You are on page 1of 1

BERITA HARIAN Rabu, 19 September 2007

Halaman Tiga
BH PILIH L3 19 (emel)

BAHASA PENJANA MiNDA


BiCARA KARYAWAN
DBP SETENGAH ABAD

Bersama Datuk Dr. Hassan Ahmad

TAHUKAH ANDA?

(Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan/ Mantan Ketua Pengarah DBP Kelima)

Gerakan Bahasa Kebangsaan

Bahasa Menunjukkan Bangsa


Jadi, orang Melayu yang tahu bahasa, atau tahu adat berbahasa, tidak akan menggunakan bahasa yang salah (dari segi peraturan sosialnya) apabila berkomunikasi atau berbual dengan orang tua mereka atau ketua masyarakat. Mereka tidak akan menggunakan ganti nama seperti engkau, aku, kamu apatah lagi ganti nama bahasa Inggeris you dan I, dan bahasa yang kesat, kasar, bahasa mencarut, ragam slanga dan sebagainya. Status sosial dan kelakuan budaya atau adat mereka dapat diketahui melalui bahasa. Inilah yang dimaksudkan dengan perkataan bangsa dalam peribahasa ini, yakni jenis atau kelas sosial orang itu. Kedua, bahasa ialah penanda identiti atau jati diri sesuatu bangsa. Bangsa tidak lagi bererti kelas sosial atau adat orang itu tetapi sebagai entiti atau kesatuan sosiopolitik atau tamadun supraetnik yang dalam bahasa Inggeris disebut nation. Kita mengenal bangsa Melayu berdasarkan bahasa yang mereka miliki dan gunakan. Bahasa inilah yang menjadi alat pembentuk tamadun bangsa Melayu sepanjang sejarahnya. Bahasa inilah yang digunakan sebagai alat pemikiran untuk menghasilkan ilmu dan karya-karya besar kesusasteraan dan seni bangsa Melayu. Kita dapat memperluas makna peribahasa ini dengan memasukkan aspek kecekapan berbahasa dari segi penguasaan peraturan linguistiknya sebagai salah satu tanda kekuatan jati diri atau kemajuan tamadun bangsa Melayu. Banyak contoh di dunia yang menunjukkan sesuatu bangsa itu tidak maju adalah kerana mereka tidak pandai lagi menggunakan bahasa sendiri sebagai alat pemikiran, alat ilmu dan kemajuan bangsa; dan membiarkan fikiran atau minda mereka terus dijajah oleh budaya bahasa asing, terutama bahasa bekas penjajah. Orang Melayu di Malaysia nampaknya sedang menghadapi masalah tersebut. Rata-rata orang Melayu lebih banyak menggunakan bahasa Melayu yang bercampur baur dengan bahasa Inggeris, dalam lebih 75% komunikasi lisan setiap hari, baik dalam komunikasi sosial yang biasa mahupun dalam komunikasi formal. Hal ini menunjukkan mereka tidak menganggap bahasa Melayu penting sebagai alat pemikiran dan kemajuan bangsa Melayu, atau mereka tidak pandai berfikir dalam bahasa Melayu yang baik dan bermutu. Boleh jadi juga, pendidikan bahasa Melayu di sekolah tidak berjaya menanamkan kesedaran terhadap pentingnya bahasa ini sebagai alat pemikiran, alat budaya dan alat kemajuan bangsa dan negara. Tidak semestinya kita menggunakan bahasa sastera dalam situasi rasmi, tetapi ini tidak bererti kita mesti menggunakan bahasa yang salah. Bahasa yang salah dan bercelaru biasanya lahir daripada otak atau minda manusia yang bercelaru, tidak mendalam dan tidak cerdik. Ini juga tanda bahawa bangsa itu tidak maju akal dan fikiran. Pendek kata, memang benar bahawa bahasa menunjukkan bangsa.

eribahasa Melayu ada berkata, bahasa menunjukkan bangsa. Maksudnya, daripada bahasa orang dapat mengenal kita. Makna ini sangat luas. Bahasa dalam peribahasa ini tidak hanya bererti bahasa sebagai sistem linguistik yang terdiri daripada lambang-lambang bunyi (fonetik atau fonem) yang disusun dalam bentuk perkataan dan seterusnya dalam bentuk kalimat atau ayat. Bahasa merujuk lambang budaya dan fungsi atau peranan bahasa sebagai sistem perhubungan sosial dalam masyarakat. Ahli antropologi budaya dan antropologi sosial lebih tertarik untuk mengkaji bahasa dari segi itu daripada mengkaji bahasa dari segi sistem atau struktur linguistiknya semata-mata. Melalui peribahasa ini, kita dapat mempelajari dua aspek penting tentang hubungan antara bahasa dengan orang atau bangsa yang menggunakan bahasa itu sebagai bahasa asalnya. Pertama, cara kita menggunakan bahasa Melayu atau ragam tertentu bahasa Melayu menunjukkan kelakuan budaya, sosial atau taraf sosial kita dalam masyarakat. Orang Melayu melihat bahasa sebagai sistem budaya. Bahasa yang baik atau betul tidak hanya bererti baik atau betul dari segi peraturan tatabahasanya tetapi lebih penting lagi adalah dari segi peraturan sosial, budaya atau adatnya. Ungkapan tahu bahasa bererti tahu adat, dan ungkapan tak tahu bahasa bererti tak tahu adat.

PEDOMAN PENTERJEMAHAN Bersama Sa'odah Abdullah

ebelum menterjemah, kita mesti membaca dahulu keseluruhan ayat, perenggan dan sebaik-baiknya keseluruhan teks yang hendak diterjemah. Penterjemah yang baik tidak akan menterjemah secara harfiah (kata demi kata), sebaliknya menganalisis
Bahasa Inggeris a case in point Bahasa Melayu

dan mencari kaedah-kaedah yang sesuai digunakan dalam proses penterjemahan. Perkataan case mempunyai makna yang berbeza mengikut konteks penggunaannya. Antaranya, termasuklah kes (undangundang), kasus (linguistik), hal, perkara, keadaan, sebab dan alasan. Namun, dalam
Bahasa Inggeris in any case

bentuk frasa, perkataan case kadangkala langsung tidak mengandungi mana-mana makna di peringkat kata tadi; contohnya, in case yang sekadar bermaksud jika atau sekiranya. Berikut ialah frasa yang mengandungi kata case .
Contoh Penggunaannya BI: We dont know whether the minister will come; in any case we are happy with the big turnout. BM: Kami tidak tahu sama ada menteri akan hadir atau tidak; walau bagaimanapun kami cukup gembira dengan bilangan hadirin yang ramai. BI: They have made up their mind, in which case there is no point discussing it. BM: Mereka sudah pun membuat keputusan, kalau begitu tak perlulah dibincangkan lagi. BI: The patient may nd di culty in swallowing; if this is the case, give him plenty of water. BM: Pesakit mungkin sukar hendak menelan; jika betul, beri minum air yang banyak. BI: Somebody has to be at home, just in case one of our relatives drops by today. BM: Perlu ada seseorang di rumah, kalau- kalau salah seorang daripada saudara kami datang hari ini. BI : In his report, the minister concerned makes out a case of providing more funds to the health service. BM: Dalam laporannya, menteri berkenaan mengemukakan hujah memperuntukkan dana yang lebih untuk khidmat kesihatan.

unakan Bahasa Kebangsaan, Bahasa Kebangsaan Bahasa Perpaduan, dan Bahasa Jiwa Bangsa adalah antara slogan Gerakan Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) sekitar tahun 1960-an. Gerakan ini merupakan usaha kerajaan untuk memupuk minat serta mendorong rakyat mempelajari bahasa kebangsaan. BBK disambut dengan penuh kemeriahan oleh rakyat di seluruh pelosok negara. Gerakan untuk menimbulkan kesedaran rakyat terhadap bahasa kebangsaan bermula dengan Minggu Bahasa Kebangsaan (MBK) pada tahun 1960. MBK seterusnya dilanjutkan menjadi Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) dan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat selama enam tahun bermula dari 28 Januari 1961 hingga 3 September 1966. Peristiwa ini menunjukkan iltizam kerajaan untuk menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi yang tunggal menjelang tahun 1967. BBK diadakan dengan matlamat untuk menimbulkan kesedaran dalam kalangan rakyat pelbagai kaum, bangsa, agama dan adat resam terhadap peri pentingnya kedudukan bahasa kebangsaan sebagai wadah perpaduan, menghidupkan semangat suka serta perlu menggunakan bahasa kebangsaan dalam setiap lapangan kehidupan. Gerakan BBK memberikan kesan yang besar kepada jiwa dan fikiran rakyat terhadap bahasa kebangsaan. Pelbagai kegiatan yang diadakan seperti syarahan, bahas, berbalas pantun dan sandiwara dapat meningkatkan penggunaan bahasa kebangsaan dalam kalangan orang ramai, pelajar, kakitangan kerajaan dan swasta. Dengan keyakinan bahawa bahasa Melayu dapat berkembang dan untuk mengembalikan semangat BBK, kerajaan melancarkan kempen Gerakan Cintailah Bahasa Kita (GCBK) pada 11 Disember 1987. GCBK memberikan tumpuan kepada usaha meningkatkan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa bernilai ekonomi. Kempen cinta akan bahasa kebangsaan seterusnya dikembangkan ke sektor swasta melalui pelancaran Gerakan Bahasa Kebangsaan Sektor Swasta (GBKSS) pada 19 Ogos 1996. Sektor perhotelan, pelancongan, perbankan, pengiklanan, media elektronik serta media cetak swasta menjadi tumpuan kempen. Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN) yang mula diperkenalkan pada tahun 1999 merupakan program tahunan DBP yang disambut pada bulan September setiap tahun. BBSN merupakan kesinambungan daripada gerakan bahasa terdahulu. Matlamat BBSN adalah untuk membina jati diri dan memperteguh perpaduan rakyat Malaysia melalui bahasa dan sastera kebangsaan.
Oleh Fatimah Zahrin Mohd. Taib

BIDALAN

Contoh Penggunaannya

Bahasa Melayu walau bagaimanapun

contoh yang baik dan jelas BI: Many of the students in this university are from foreign countries; Tatiana who is from Russia is a case in point. BM: Kebanyakan pelajar universiti ini datang dari luar negara; Tatiana yang berasal dari Rusia ialah contoh yang baik. mengikut/ tengok(lah) keadaan BI: There may be an announcement about the election tomorrow, or there may not, as the case may be. BM: Mungkin ada pengumuman tentang pilihan raya esok, atau mungkin tidak, tengoklah keadaannya. BI: We have two of our best lawyers on the case. BM: Dua daripada peguam terbaik kami sedang menangani kes ini. BI: Complaints are dealt with on a case by case basis. BM: Aduan ditangani satu per satu mengikut kes. BI: In case the chairman does not turn up, the vice chairman can chair the meeting. BM: Sekiranya pengerusi tidak datang, naib pengerusi boleh mempengerusikan mesyuarat. BI : In case of re, you are advised not to take the lift. BM: Jika berlaku kebakaran, anda dinasihati supaya tidak menggunakan lif.

Hilang Bahasa Lenyap Bangsa

as the case may be

in that case/ in which case

jika/kalau begitulah (keadaannya); jadi

pabila sesuatu bahasa itu sudah tidak terpakai lagi maka lambat-laun hilanglah bangsa itu. Maksud peribahasa ini menunjukkan bahawa bahasa perlu disanjung dan tidak dipinggirkan demi menjaga maruah sesuatu bangsa. Sikap meminggirkan bahasa akan melenyapkan bangsa sendiri dalam negara bangsa yang dibina sejak berkurun lamanya. Bak kata pepatah, bahasa melambangkan jiwa bangsa dan bahasa menunjukkan bangsa. Tidak maju sesuatu bangsa itu, tanpa adanya bahasa.
Oleh Siti Ruzaiha Mohd. Riffin

if this is the case

jika betul/benar

(be) on the case (undang-undang) case by case

sedang menangani sesuatu perkara /kes tertentu (satu per satu) mengikut kes. kalau/ sekiranya

(just) in case

kalau-kalau

KATA DIALEK

in case

make out a case

mengemukakan hujah

Ambek Ngap

in case of

jika/kalau berlaku

alam dialek Johor, ambek ngap bermaksud berhenti sebentar atau berehat daripada bekerja. Contoh penggunaan: Sejak datang mando baru, nak ambek ngap pon tak sempat (sejak datang mandur baru, semua orang tidak ada masa untuk berehat).
Oleh Shariffulizan Malek

You might also like