You are on page 1of 584

Bicara Hati

Damya Hanna

SINOPSIS

D
alam satu kemalangan kecil yang tidak
disengajakan, Tengku Syahran dan
Zahlia bertemu.Ketika itu, Tengku
Syahran sedang buntu memikirkan cadangan
emaknya yang ingin menjodohkan dia dengan
Linda, seorang wanita yang tidak pernah
dicintainya.
Seminggu mengenali
Zahlia,Tengku Syahran menyatakan hasratnya
untuk memperisterikan Zahlia untuk mengelak
dirinya dikahwinkan dengan Linda.Zahlia
terkejut dengan permintaan Tengku
Syahran.Tengku Syahran tidak dikenali dan
tidak mungkin Zahlia boleh jatuh cinta dengan
pemuda itu.
Zahlia serba salah untuk
menerima lamaran itu.Pelbagai cara dilakukan
olehTengku Syahran untuk memenangi hati
Zahlia.Akhirnya Zahlia akur tetapi dengan
syarat iaitu hak-hak peribadi Zahlia tidak akan
diganggu.
Setelah diijabkabul, Tengku
Syahran mula berubah.Egonya tinggi dan dia
tidak mengikut perjanjian yang telah
ditetapkan.Zahlia rasa tertipu.Tengku Syahran
telah mungkir janji.Kini timbul pelbagai konflik
dalam rumah tangganya.
Benarkah hakikat bahawa
perkahwinan yang berdasarkan kontrak tidak
dapat mengundang rasa cinta, kasih, sayang
dan kerinduan? Bicara Hati sebuah kisah yang
dapat mengungkap segala rahsia.

Sayangku…
B
UKAN aku pinta untuk jatuh cinta.Mungkin satu
ketentuan bahawa kita memang telah dijodohkan.Aku
takut kehilangan teman yang aku sayang dan
kehadiran kau memang tepat pada masanya.

Aku tidak pasti sebenarnya! Adakah wajar


tindakan kita dalam mencipta ikatan yang tidak
pernah aku fikirkan selama ini?

Tanpa kasih sayang seperti pasangan lain, kau


dan aku bersatu! Jangka waktu yang kita ambil untuk
menyempurnakan ikatan ini akhirnya telah
menghanyutkan kita dengan perasaan sayang
anugerah TUHAN.Aku berjaya menempatkan perasaan
dalam jiwamu dan kau telah mencuri hatiku ini tanpa
aku sedar.

Tetapi,mengapa mesti kita berjauhan hanya


kerana sedikit rintangan yang datang dalam
kehidupan kita? Mengapa harus kau dan aku menjadi
mangsa perpisahan ini seandainya kita perlu
memendam kerinduan yang amat membebankan?
Jadi… janganlah kau meninggalkan aku bersama-sama
kerinduan yang hanya akan menjadi milikmu.
Pulanglah! Kerana hanya kau yang kurindu…

Tatkala sendirian hatiku terdengar degupan cintamu…


Bab 1

A wak dah gila ke? Awak ingat


saya ni perempuan murahan?”
marah Zahlia sambil
membeliakkan biji mata.
Tengku Syahran berasa gerun
melihat wajah bengis gadis yang bertudung di hadapannya
itu.Nampak lembut tapi garang.
Tengku Syahran masih ingat
lagi peristiwa seminggu yang lalu.Kereta Honda Preludenya
telah dilanggar oleh kereta gadis itu.Tengku Syahran
sungguh geram.Ingin sahaja ditengking gadis itu yang hanya
memperkenalkan dirinya sebagai Alia.
Dahlah hatiku tengah panas
dengan karenah mak yang suka-suka nak kahwinkan aku
dengan Linda.Ini pulak, kereta kesayanganku kena balun,
bisiknya.
“Tolonglah Cik Alia! Cik Alia
ajelah yang dapat tolong saya sekarang ni!” rayu Tengku
Syahran.
“Tapi…” Zahlia jadi serba
salah.Memang Zahlia terhutang budi dengan Tengku Syahran
kerana tidak meminta wang ketika keretanya dilanggar.Tapi
takkanlah kerana ingin membalas budi, dia perlu
mengorbankan hidupnya? Menjadi isteri buat lelaki yang
baru dikenalinya seminggu yang lalu.
“Tolonglah Cik Alia, jadi isteri
saya.Itu aje permintaan saya!” Ayat itu masih terngiang-
ngiang di telinganya.
“Arrrghhh!!!” Zahlia menjerit
sambil menumbuk-numbuk meja yang ada di
hadapannya.Biar satu dunia tahu dan dengar kebuntuannya
ketika itu.
“Bagaimana? Setuju? Kita
kahwin, bukan buat apa.Saya cuma nak minta tolong Cik Alia
berlakon depan mak saya aje.Saya janji takkan ganggu Cik
Alia selepas segala-galanya selesai.”
“Amboi-amboi senangnya
awak cakap! Awak tu lelaki, bolehlah cakap macam tu.I’m a
woman.kalau ada apa-apa berlaku, lelaki mana yang nakkan
saya lagi?” petah Zahlia menghuraikan hujah.
Tengku Syahran terdiam
seketika.Dia terlupa untuk memikirkan hal itu.Selama ini
fikirannya kacau memikirkan paksaan emaknya yang mahu
dia berkahwin dengan Linda.Tengku Syahran tidak mahu
menurut kerana Linda tidak pernah dicintai.
“Mak mahu kamu berkahwin
dengan Linda! Mak dah bincang dengan Datin Rohana dan
dia setuju!” permintaan emaknya kedengaran lagi.
Tengku Syahran memicit-
micitkan kepalanya.Tiba-tiba sahaja dia terasa
pening.Otaknya berserabut lagi dan dia perlukan seseorang
untuk meringankan beban itu.
“Encik Syah! Kalau awak nak
buat keputusan, fikir dulu masalah yang akan timbul.Ini tak,
main rempuh aje.Sorrylah…I can’t accept your offer.”
Zahlia bingkas berdiri.Dia
berkira-kira untuk meninggalkan tempat itu.Suka-suka hati
dia nak ajak aku kahwin guna cara tu!Gila… dia ingat aku ni
perempuan yang senang ditolak dan ditarik sesuka
hati.Boleh blahlah!!!
“Cik Alia! Saya betul-betul
perlukan bantuan Cik Alia.Cik Alia mintalah berapa banyak
wang yang Cik Alia mahu, saya sanggup bayar dengan
syarat Cik Alia terima tawaran jadi isteri saya.”
Zahlia terlopong
mendengarnya.Ini dah kes berat.Nahas, kalau mak aku tahu!
Hatinya berdetik.
“Boleh?”
“Encik Syah, please! Jangan
paksa saya.Lelaki jenis apa awak ni? Awak ingat kahwin tu
perkara main-main ke? Kalau ini caranya nak mencipta
ikatan, baik tak usah.Saya tak mahu jadi seorang hamba
yang dibenci Allah.Menganggap perkahwinan sesuatu yang
boleh ditolak tepi.” Panjang lebar Zahlia berkata seterusnya
membuatkan Tengku Syahran terdiam.
“Saya tahu tapi saya
bingung.Saya tak mahu berkahwin dengan gadis pilihan mak
saya.Saya dah masak dengan perangai dia!” Tengku Syahran
bersuara lemah.
Zahlia membisu.Tidak sangka
di zaman berteknologi maklumat masih ada kes pasangan
disatukan dengan pilihan keluarga.Kalau aku bantu, aku
telah menyelamatkan dia dari keadaan.Tapi, aku pulak yang
terjerat.Siapa yang mahu membantuku? Jerit hatinya.
“Tolonglah Cik Alia.Kita bernikah
seperti biasa.Saya takkan ganggu hak privasi Cik
Alia.Perjanjian kita lakukan secara peribadi.”
“Dan saya terjebak dalam
keluarga awak?”
“ Tak ada pilihan lain.Itu aje yang
mampu saya minta dari awak, please!” Tengku Syahran
masih merayu.
Zahlia mengalihkan pandangan
ke luar restoran.Berharap ada seseorang yang lalu dan dapat
membantunya ketika itu.Terbayang wajah Puan Azizah di
ruang mata.Teringat Razif yang masih terlantar sakit di
hospital dan wajah lembut Fatimah bagaikan menggamit
dirinya dengan perasaan berdebar.
“Cik Alia, tolonglah…”
“Saya takut nak ambil risiko
ini.Bagaimana saya nak tahu yang awak ni jujur? Sedangkan
kita baru kenal seminggu.Lagipun saya tak pernah terfikir
untuk berkahwin dalam masa terdekat ni.”
“Tapi Cik Alia…”
“Tolonglah Encik Syah, jangan
ganggu saya lagi.Saya nak ucapkan terima kasih sebab awak
tak mahu terima wang saya.Tapi saya tak mampu nak
tolong…maafkan saya,” ujar Zahlia sambil mula hendak
melangkah pergi.
“Kalau saya tawarkan Cik Alia
wang, Cik Alia sudi terima tak?” Tengku Syahran masih tidak
berputus asa.
Langkah Zahlia terhenti serta-
merta.
“Jangan ingat dengan tawaran
awak tu, saya akan terima! Perkahwinan apa kalau
berdasarkan wang tetapi kasih sayang tak ada? Baik awak
cari perempuan lain.Saya bukan perempuan jenis tu.Saya
takut Hari Akhirat,” ujar Zahlia tenang.
Tengku Syahran mengetap
bibir.Dia tahu tentang itu.Bukan dia tidak belajar
agama.Malah sejak kecil lagi dia telah diajar tentang hukum-
hakam ALLAH sehingga guru agama dipanggil datang ke
rumah untuk mengajarnya.
Tapi hari ini, Tengku Syahran
buntu.Dia terpaksa memikirkan sesuatu untuk menjaga
perasaannya.Dia tidak mahu Linda bertamu di hatinya.Dia
lebih rela tidak berkahwin daripada menjadi suami kepada
perempuan yang gemar bertukar pasangan ketika di England
dahulu.
Masih jelas di ingatan, Linda
bermesra dengan seorang lelaki Inggeris di hadapan sebuah
hotel sebelum kedua-duanya melangkah masuk ke dalam
hotel itu.Malam esoknya, Linda kelihatan bersama lelaki lain
pula.
Apabila perkara itu disuarakan
kepada Tengku Badariah, sedaya upaya emaknya mahu
menyangkal.Tengku Badariah tidak percaya anak
sahabatnya, Datin Rohana sanggup berbuat begitu.Malah
yang paling mengejutkan apabila Tengku Syahran dipaksa
berkahwin dengan Linda.Inilah yang merunsingkan fikiran
Tengku Syahran sehinggakan dia terpaksa membuat
keputusan yang drastik dengan mencari perempuan lain
yang sudi menjadi isterinya.
Kebetulan ketika dia sedang
melarikan diri dari kekalutan itu, kemalangan kecil berlaku
dan Tengku Syahran telah diketemukan dengan Zahlia.Gadis
yang dirasakan sesuai untuk membantunya.
Namun, Tengku Syahran kecewa
apabila Zahlia menolak tawarannya.Serta-merta Tengku
Syahran terjelepok di atas lantai restoran itu.Zahlia terkejut
dengan tindakannya.Beberapa pelanggan yang berada di
situ juga turut memandang.
“Encik Syah! Apa awak buat ni?
Hei, bangunlah!” serentak itu, Zahlia terus menarik tangan
Tengku Syahran dan menuju ke meja yang ditinggalkan tadi.
Zahlia melabuhkan punggungnya
di hadapan lelaki itu semula.Wajahnya sudah mula nampak
resah.Raut wajah itu telah membuatkan hati wanitanya
sedikit terusik.
“Saya pernah nampak Linda
masuk ke dalam hotel.Setiap malam, dia bertukar
pasangan.Saya tak mahu terikat dengan Linda.Dia
perempuan yang tak pernah puas dengan hidup!”Hambar
sungguh suara Tengku Syahran ketika itu.
Zahlia memasang
telinga.Berkerut dahinya mendengar cerita yang baru diucap
oleh Tengku Syahran.
“Kalau saya tak tunjukkan
perempuan lain kepada mak saya dalam waktu terdekat ini,
saya tak ada pilihan lain lagi selain dengan apa yang saya
beritahu.Dia hanya pentingkan persahabatan!”
Zahlia mengetap bibir.Suara
Tengku Syahran yang mendatar membuatkan dia terharu.
Bantulah saya…saya sanggup
menawarkan wang jika itu yang Cik Alia pinta sebagai
balasan,” ujar Tengku Syahran berharap pujukannya kali ini
diterima.
Zahlia menelan air liur.Fikirannya
bercelaru sama ada mahu menerima atau tidak! Tiba-tiba
ingatan Zahlia melayang jauh.

“Alia,aku sayangkan kau! Aku hanya inginkan cinta dari kau,


salahkah?” Razif menyuarakan rahsia hatinya pada Zahlia.
“Tak salah Razif.Tapi hatiku tak
dapat terima kau.Aku tak boleh paksa.Aku dah anggap kau
seperti sahabat,” beritahu Zahlia.Ada riak kekeruhan di
wajah Razif.
“Tapi, aku terlalu cintakan
kau,Alia.Sejak dari kecil,sejak kita mula mengenali erti
kehidupan lagi.” Razif masih tidak berputus asa.
“Razif,jangan kau salah anggap
dengan kasih sayang yang ku tunjukkan.Aku ada had dan
batas tertentu di dalam tempat ni.Kita sama-sama yatim
piatu dan bertanggungjawab di tempat ni.Maafkan aku.”
Zahlia masih tidak berganjak
dengan keputusannya.Tidak mahu mengalah.
Razif terdiam.Nafasnya turun naik
menahan sebak.Memang dia mencintai Zahlia sejak
kecil.Walaupun perpisahan berlaku seketika tetapi cinta
berputik di hati Razif tidak pernah padam.Kemunculan
semula Zahlia berpuluh tahun lamanya menyemarakkan
kembali perasaan yang kian terkubur.
“Tapi Alia…”
“Kita teruskan hubungan sebagai
sahabat aje,” ujar Zahlia tenang.
Razif berasa pilu.Cintanya ditolak
mentah-mentah.Mengapa? Rintih hatinya.
Pandangannya mula dirasakan berpinar-pinar.Dan tiba-tiba
dia rebah di padang itu.Zahlia tersentak.Lantas dia meluru
ke arah Razif yang tidak bergerak itu.Tubuh Razif digoyang
beberapa kali sebelum dia menjerit meminta tolong.
Di hospital,segala-galanya
terbongkar.Razif didapati menghidap kanser perut.Zahlia
menangis tersedu-sedan di samping
Fatimah,rakannya.Wajah Razif ditatap sayu.Masih
lemah.Kenapalah Razif merahsiakan penyakitnya?
TIBA-TIBA Zahlia mengeluh.Lamunannya terhenti.Mula
mengingati situasinya ketika itu.Zahlia memerlukan wang
untuk rawatan Razif.
“Baiklah, Encik Syah! Saya terima
tawaran awak itu.Tapi saya ada syarat yang perlu awak
turuti.” Akhirnya Zahlia memberikan persetujuan.
Tengku Syahran mengangkat wajah
dan terus merenung gadis bertudung putih itu.Anak mata
gadis itu yang berwarna hazel ditatapnya lama.Cuba
mencari cahaya keikhlasan dan akhirnya bibir Tengku
Syahran menguntum senyuman lega.
“Syarat pertama; saya tak mahu
tinggal dengan famili awak lepas kahwin.Kita pindah dan cari
rumah lain.Saya tak mahu pergerakan saya terbatas.
Syarat kedua; saya nak terus
bekerja tanpa ada sekatan memandangkan kita hidup
dengan duit masing-masing.
S yarat ketiga; tidur di bilik masing-
masing demi menjaga kelakuan dan tindakan kita daripada
hilang pertimbangan dan menjadi rapat.Awak tak dibenarkan
menyentuh tubuh saya, walaupun perkahwinan kita
sah.Setuju?” Begitu panjang lebar Zahlia menyuarakan
syaratnya.
Tengku Syahran termenung
seketika.Sekejap duduk.Sekejap berdiri.Memikirkan syarat-
syarat yang dikenakan oleh Zahlia.Akhirnya dia bersuara.
“Kenapa banyak sangat syarat?”
“Awak nak terima atau saya
batalkan hasrat saya? Saya dah terima tawaran awak ni dah
kira bagus.Atau…”
“Okey…okey…saya setuju!”
“Kan senang.Hah! satu lagi.”
“Ada lagi?”
“Tentang duit yang awak tawarkan
tadi.Saya rasa elok awak tentukan sendiri jumlahnya.Pasti
awak dah dapat agak berapa jumlah nilai pengorbanan saya
ni kan?Saya tak mahu cakap banyak.Kalau boleh saya nak
depositnya secepat mungkin!”
Tengku Syahran masih memikirkan
syarat-syarat yang perlu dipatuhi.Syarat kedua tu, tak kisah
la.Tapi, syarat yang lain tu, macam mana aku nak
ikut.Senang-senang nak suruh pindah.Ingat mak aku setuju?
Dah la kahwin pun atas pilihan sendiri, mengamuk pulak
orang tua tu nanti! Hatinya berkata-kata.
“Bagaimana Encik Syah? Setuju
atau tak?” soal Zahlia lagi.
“Tengku Syahran mengetap bibir
dan perlahan-lahan mengangguk lemah.
“Saya setuju.Tapi saya pun ada
syarat yang perlu Cik Alia ikut.” Kini giliran Tengku Syahran
pula mengenakan syarat.
“Awak pun ada syarat?” soal Zahlia
separuh menjerit.
“Mestilah.Cik Alia kenakan saya
tiga syarat dan saya hanya kenakan Cik Alia satu syarat aje.”
“Apa dia?”
“Saya nak Cik Alia panggil saya
dengan panggilan yang sesuai.Saya mahu watak yang bakal
Cik Alia lakonkan berkesan,okey?”
“Panggil awak dengan panggilan
yang sesuai?Nak panggil apa?”
“Panggilan seorang isteri untuk
seorang suami,” ujar Tengku Syahran.
“Apa?”
“Abang!”
Zahlia tertelan air liur.Dia nak suruh
aku panggil dia dengan panggilan tu? Hisy… bagaimana aku
nak sebut perkataan tu? Tak pernah aku terfikir nak sebut
sampai macam tu sekali.Jiwanya meronta.
“Cik Alia setuju?”
Lama Za hlia terdiam tetapi akhirnya
Zahlia mengangguk.
“Kalau begitu, esok saya akan
siapkan dokumen tentang syarat tu,” tambah Tengku
Syahran.
Zahlia mengangguk dan terus
bangun.Kemudian, dia melangkah pergi dan meninggalkan
Tengku Syahran setelah masing-masing mancapai kata
sepakat.
Aduh! Bagaimana ni? Apa aku nak
cakap dengan mak kalau dia tanya kenapa nak pindah?
Takkan nak beri alasan nak hidup berdikari.Mak mesti tak
bagi punya! Takut jadi macam alonglah…duduk jauh cepat
bercerai.Itulah,inilah.Tengku Syahran seolah-olah mengajuk
percakapan emaknya.
Tengku Syahran
menggeleng.Membisu sambil jari-jemarinya mengetuk-
ngetuk permukaan meja.Lama dia terdiam dan akhirnya
tersenyum.Ah, pandai-pandailah elakkan diri dari syarat
tu.Gunakan ayah sebagai orang tengah.Mesti perempuan tu
akan kalah kalau ayah pujuk.Aku takkan pindah! Muktamad
kata-kata Tengku Syahran.
“ Yes!” Tengku Syahran tersenyum
kecil.
Bab 2
M
AJLIS perkahwinan Tengku Syahran dan Zahlia telah diadakan
secara besar-besaran bagi meraikan kedatangan orang baru
di Villa Sakura.Walaupun Tengku Badariah sedikit terkilan
dengan keputusan anaknya mengahwini orang kebanyakan,
namun dia terpaksa juga menerima hakikat tentang jodoh
pertemuan di tangan yang Maha Esa.Kini dia redha dengan
kehendak anak keduanya yang beria-ria minta dikahwinkan
segera dengan pilihan hatinya.Nak buat macam mana kalau
dia dah suka? Ikutkan ajelah.Lagipun perempuan tu nampak
dari golongan yang baik-baik.Pakai tudung, kelakuan pun
sopan.Emmm… ada chance lah aku dapat cucu dalam
setahun dua ni!Bisiknya di dalam hati.
“Yah, apa yang awak
menungkan tu?” soal Tengku Ismail apabila mendapati
isterinya tidak mengikuti topik perbualan.Tengku Badariah
terkejut seketika.
“Hah, tak ada apa-apalah
bang! Yah tengah perhatikan menantu kita tu.Sopan
orangnya kan, bang?” beritahu Tengku Badariah.
“Sopan, lawa! Teringat
awak masa muda-muda dulu,” ujar Tengku Ismail sambil
ketawa kecil.
Tengku Badariah menoleh
ke arah suaminya.
“Jadi, sekarang ni Yah dah
tak lawa lagi ke?”
“Bukan begitu maksud
abang! Apa yang abang perhatikan, Alia tu bakal jadi isteri
yang baik seperti Yah,” beritahu Tengku Ismail.
“Yalah abang tu!”
“Ya! Lagipun biarlah Syah
kahwin dengan pilihan dia.Kalau kita pilihkan isteri untuk dia,
takut bukan taste dia.Peristiwa yang terjadi pada Kimi betul-
betul buat abang serik,” ujar Tengku Ismail secara jujur.
“Yah pun rasa berdosa
pada Kimi bang! Disebabkan Yahlah, dia kena tanggung
semuanya ni.Itu pun Alhamdulillah Jasmin pergi tak bawa
Murni sekali,kan bang?” Tengku Badariah berkata sambil
mengingati cucu sulungnya yang berusia lima tahun.
“Em…syukurlah,” ringkas
Tengku Ismail menjawab.
“ Tapi Yah sebenarnya sedih
jugak sebab Syah pilih sendiri jodoh dia.Kalau Syah kahwin
dengan Linda,Yah lagi suka,” balas Tengku Badariah.
“Yah nak jodohkan dia
dengan Linda? Hisy…simpang malaikat empat puluh
empat.Abang tak berkenan sungguh dengan anak Datin
Rohana tu.Perangainya melebihi orang barat.Pakai baju
terbelah sana.Terbelah sini,” rungut Tengku Ismail.
“Abang jangan nak
mengata anak kawan Yah.”
“Abang cakap apa yang
betul.Abang memang tak berkenan dengan Linda tu,” bidas
Tengku Ismail.
Tengku Badariah mula
menarik muka masam.
“Abang memang
begitu,semua kawan Yah tak elok.Kawan abang ajelah yang
baik,” rajuk isterinya.
Tengku Ismail ingin ketawa
tetapi ditahannya.Tengku Badariah memang pantang jika
kawan-kawannya diumpat.Persahabatan pada Tengku
Badariah terlalu suci untuk dipersoalkan.
“Abang tak cakap semua
kawan Yah macam tu! Cuma segelintir saja yang abang tak
berkenan perangainya.”
“Ah, malaslah nak layan
abang!” Tengku Badariah terus melangkah pergi.
Tengku Ismail memandang
Tengku Badariah yang melangkah semakin jauh.Kepalanya
digeleng apabila kelibat isterinya itu hilang di sebalik kanopi
dan orang ramai yang ada di situ.Para tetamu sudah
semakin ramai memenuhi ruang legar pekarangan Villa
Sakura.
Taman mini yang tersedia
di tepi sudut sebelah kanan villa itu menarik perhatian
ramai.Sehingga ada yang duduk berbual di situ sambil
menikmati pemandangan air terjun buatan yang menyerikan
suasana.
Di sudut bertentangan
tersusun kerusi kayu berukir yang ditempah khas dari
China.Di kelilingnya terdapat pasu-pasu kecil bunga kertas
yang beraneka warna.
Di kejauhan, kelihatan
Tengku Syahran sedang leka memerhati Zahlia yang berada
di taman mini itu.Dia sedang rancak berbual dengan tetamu
yang hadir.Sesekali wanita itu ketawa dan berbual dengan
saudara-mara yang suka mengusik.
Tengku Syahran
tersenyum.Pandai betul dia berlakon! Mujurlah pandai bawa
diri.Bukan senang nak bergaul mesra dengan orang-orang
kenamaan yang banyak karenah, bisiknya.
“Syah!!!” Tengku Syahran
tersentak apabila namanya dipanggil.
Dia berpaling apabila
bahunya dicuit.Abangnya, Tengku Hakimi sedang tersengih
memandangnya.
“Apahal kau tenung isteri kau
tu lama-lama? Kalau ya pun sabar-sabarlah sikit,” usik
abangnya.
“Along ni merepek ajelah!”
“Apa yang merepeknya.Hei,
along dah ada pengalaman tau! Kau ingat along tak nampak
apa yang kau buat tadi? Perhatikan Alia macam nak
telan.Along pun pernah rasa perasaan tu Syah,” tambah
Tengku Hakimi lagi.
Tengku Syahran bersikap
selamba.Entah perasaan apa yang dimaksudkan oleh Tengku
Hakimi tidak pula dia terfikir.Yang dia ingat, dia sedang leka
memerhatikan Zahlia tanpa apa-apa perasaan berdebar atau
gementar.
“Along ni suka-suka mengata
orang.”
“Along cakap ikut
pengalaman.Kan along lebih dulu makan garam, lebih dulu
rasa nikmat rumah tangga,” ujar Tengku Hakimi sambil
membelai rambut Tengku Murni.
Tengku Syahran memandang
wajah Tengku Murni.Cantik, macam mamanya Raja
Jasmin.Namun dia berasa kasihan dengan Tengku
Murni.Kecil-kecil lagi sudah kehilangan kasih sayang
mama.Pada Tengku Syahran, Raja Jasminlah yang
bertanggungjawab di atas penderitaan abangnya dan anak
buahnya itu.
“Kau tak temankan Alia?
Kasihan dia melayani tetamu sorang-sorang tu.”
“Tak apa bang.Biar dia biasa
dengan keadaan rumah kita bila ada majlis keramaian
macam ni.Baru dia tau,” jawab Tengku Syahran tenang.
“Kau ni, tak elok kalau orang
tengok! Suami isteri kena bertindak mengikut kata
sepakat.Bukan dia ke sana, kau ke sini,” nasihat Tengku
Hakimi.
Tengku Syahran memandang
alongnya semula.Ucapan itu terselit makna
tersendiri.Mungkinkah along tidak mahu perkahwinan aku
menjadi seperti perkahwinannya? Tengku Syahran meneka
dalam hati.Raut Tengku Hakimi sudah jelas menyatakan
tetapi Tengku Syahran tidak dapat menangkap.
“Along bila lagi? Syah tengok
Murni ni macam tengah rindukan mama dia.Baik along cari
calon cepat-cepat sebelum Kak Min buat tuntutan hak
penjagaan sepenuhnya ke atas Murni.” Tengku Syahran terus
mengubah tajuk.
Tengku Syahran sengaja
meluahkan keresahannya sambil mencuit lembut pipi Tengku
Murni.Tengku Syahran takut alongnya menderita
lagi.Kecurangan Raja Jasmin sudah cukup azabnya.Jangan
lagi alongnya menerima hukuman akan kehilangan Tengku
Murni pula.
Tengku Hakimi terdiam
sejenak.Tubuh Tengku Murni dipeluk erat.Dia memikirkan
kemungkinan kata-kata adiknya itu.
“E ntahlah Syah,along pun takut
jugak,” ujarnya ringkas.
“Sebab itulah Syah harap along
kahwin lagi.At least Kak Min tak boleh cari kelemahan
along.Konon-konon along tak boleh jaga Murni seorang
sebab along ni lelaki,” beritahu Tengku Syahran.
Tengku Hakimi membisu sambil
matanya memerhati Zahlia yang semakin mendekati.Lama
matanya terpaku pada sekujur tubuh yang sedang berjalan
lembut dan penuh sopan.
“Di mana kau jumpa Alia?
Selama ni kau tak pernah cerita pun? Along ingat nak cari
isteri seperti dialah.Ada sifat-sifat keibuan.” Tengku Hakimi
berkata.
“Along ingat lagi tak tentang
accident kereta Syah dulu?”
“Ingat! Yang tiga bulan lepas tu,
kan?” jawab Tengku Hakimi.
Tengku Syahran mengangguk.
“Dialah perempuan yang Syah
maksudkan tu!”
“Oh… dia! Maknanya kau baru
kenal dia tiga bulan dan terus jatuh cinta?” soal Tengku
Hakimi seolah-olah kurang percaya dengan cerita adiknya
itu.
“Emm… kuasa ALLAH! Love at
first sight,” jawab Tengku Syahran segera.Cuba
menyembunyikan keresahan hati dengan soalan yang
pelbagai.
“Syah…” Tiba-tiba Zahlia
bersuara dan menghampirinya.
Tengku Syahran menoleh dan
Zahlia sudah pun berada di sisinya.Zahlia sempat mencuit
pipi Tengku Murni sebelum melemparkan senyuman kepada
Tengku Hakimi.
“Saya ada hal nak bincang
dengan awak sekejap.Kita ke bilik,” beritahu Zahlia.
Dahi Tengku Syahran
berkerut.Namun hatinya mengucap syukur.Kehadiran wanita
itu telah menyelamatkannya dari ditanya dengan pelbagai
soalan.
“Tentang apa?” tanya Tengku
Syahran.
Zahlia tidak menjawab.Lidahnya
kelu kerana Tengku Hakimi ada di situ.
“Adalah… saya tak boleh
beritahu kat sini.” Lambat-lambat Zahlia bersuara.
“Aikk… Alia! Dah kahwin pun
ber’saya’, ber’awak’ lagikah? Cubalah panggil Syah tu
dengan panggilan yang manja sikit.Sejuk hati dia.Gelaran
saya dan awak tu kan gelaran waktu bercinta,” usik Tengku
Hakimi sambil memandang Zahlia.
Zahlia menyedari kesilapannya
dan seraya tertunduk malu.Dia mula teringatkan syarat yang
dikenakan oleh Tengku Syahran.
“Along ni tak habis-habis nak
menyakat,” marah Tengku Syahran sambil ketawa kecil.
“Saya jumpa awak kat atas.”
Zahlia segera berlalu.
“Pergilah Syah.Dia panggil
tu.Nanti merajuk pulak,” gurau Tengku Hakimi lagi.
Tengku Syahran bingkas
bangun.Ketawanya masih bersisa.Sebelum berlalu dia
sempat menumbuk mesra bahu abangnya.Tengku Hakimi
faham maksud adiknya.Kemudian dia ketawa lagi dengan
tindakan Tengku Syahran.Mula merasai kebahagiaan yang
bakal dikecapi adiknya.

Tengku Syahran duduk di birai katil yang dibaluti cadar baldu


yang berwarna hijau lumut.Dia termanggu seketika.Matanya
terus merenung tubuh Zahlia yang sedang berdiri
membelakanginya.Apakah jawapan yang harusku berikan?
Tengku Syahran mati akal.
“Syah cakaplah cepat! Apa yang
harus saya buat lagi? Hari tu awak kata caranya senang!
Sekarang?”
Zahlia bagaikan merayu.Sakit
hatinya melihat kelakuan Tengku Syahran yang telah pun sah
menjadi suaminya itu.Silap Tengku Syahran yang selamba
dan bercakap tidak serupa bikin itu membuatkan hatinya
geram.Fikirannya kini terus melayang kepada seorang gadis
yang baru dikenali tadi.

“MACAM MANA you kenal Syah?” tanya seorang gadis lebih


kurang sebaya dengan Zahlia.
“Masa accident dulu.Tak sangka
jodoh kami bertemu dalam keadaan begitu,” jawab Zahlia
tenang.
“Oh, ada jugak orang yang baru kenal
tiga bulan terus kahwin ya?”
Soalan gadis itu mula tidak disenangi
Zahlia.Namun, Zahlia cuba menyembunyikan perasaan
gementarnya itu.Tetap bersabar.
“Siapa tahu kehendak ALLAH,” jawab
Zahlia pendek.
“Ya, hati orang pun kita tak
tahu.Niatnya baik atau buruk! Yalah sejak zaman teknologi
mula berkembang sekarang ni, macam-macam virus kita
ketahui.Actually, virus tu pun macam manusia jugak.Ada
yang elok dan ada yang memudaratkan.Betul tak Zahlia?”
ujarnya panjang lebar.Zahlia telan liur mendengarnya.
“Just call me Alia.”
“Okay.By the way, I’m Hazwin.” Gadis
itu menghulurkan salam.Zahlia menyambutnya walaupun
kata-kata gadis itu tadi masih terasa menyerap ke lubuk
hati.
“Alia, Hazwin tu sepupu saya yang
paling rapat.Saya yakin setelah awak mengenali dia, awak
akan tahu dia tu sebenarnya tak seperti yang awak
sangkakan.” Bicara Tengku Syahran menyedarkan Zahlia dari
terus mengingati perbualan dinginnya dengan gadis yang
dikenali sebagai Hazwin itu.
Zahlia mengeluh kecil.
“Habis tu, apa saya nak cakap kalau
dia datang bersembang dengan saya lagi? Saya dah tak
sanggup Syah! Saya tak mahu sepanjang perkahwinan kita,
saya kena terus-terusan berbohong di hadapan semua
orang! Itu baru Hazwin, kalau Linda bagaimana?” ujar Zahlia.
“Alah, pandai-pandailah awak
kelentong.Bukannya susah,” jawab Tengku Syahran.
“Syah! Awak jangan nak pandai-
pandai mengajar saya menipu pulak.Saya tolong awak ni,
tak lebih dari untuk membalas budi dan sebab saya perlukan
wang.Awak hanya suruh saya berlakon di hadapan keluarga
awak.Awak tak beritahu perangai saudara-mara awak yang
merimaskan,” jerit Zahlia geram dengan perangai Tengku
Syahran.
“Eh… janganlah jerit! Nanti orang
dengar,” marah Tengku Syahran.
“Ah, saya tak peduli! Awak memang
nak perangkap saya.Ada niat lain awak mengahwini
saya.Awak hanya mahu mengambil kesempatan ke atas diri
saya,” jerit Zahlia lagi.Kali ini lebih kuat.
Tengku Syahran terkejut.Segera dia
menerpa ke arah Zahlia.Mulut Zahlia ditekupnya dengan
tapak tangan.Tubuh Zahlia ditolaknya tepat ke dinding.
“Diam! Jangan jerit.Aku tak suka
dengar.Aku benci dengar perempuan yang suka menjerit!”
Zahlia terkesima dengan tindakan
Tengku Syahran.Bahasa lelaki itu bertukar kasar tiba-
tiba.Wajahnya direnung begitu tajam sekali.Rasa ingin
menangis kerana diperlakukan sedemikian rupa.
“Bila mereka tanya, kau buka
mulut.Bukannya susah! Aku dah bagi kau upah.Ingat, surat
perjanjian tu ada pada aku.Sekali kau buat silap, kau tahulah
akibatnya.Aku akan tuduh kau perempuan yang bukan-
bukan,” ujar Tengku Syahran berbaur ugutan.
Berlinang air mata Zahlia jatuh ke
pipi.Dia cuba melepaskan diri.Tangan Tengku Syahran ditepis
kuat.
“Don’t you dare to touch me! Tolong
hormati syarat yang patut awak patuhi.” Zahlia berkata dan
mula menjarakkan diri dari Tengku Syahran.
Zahlia mula menangis teresak-
esak.Segera dia mencapai tuala yang tergantung di penyidai
dan terus melangkah ke bilik air.Malas dia hendak melayan
Tengku Syahran.
Tengku Syahran bergerak ke katil.Dia
merebahkan tubuh lalu jauh menyimpang.Dia cuba
menenteramkan dirinya.Perlahan-lahan dia memejamkan
mata.
Beberapa minit kemudian, Zahlia
keluar dari bilik air setelah lengkap berpakaian.Baju kurung
pesak yang baru dipakainya menyerlahkan lagi kulit kuning
langsat miliknya.Cuma, kepalanya tidak dilitupi tudung
seperti tadi kerana rambutnya masih basah.
Tengku Syahran dilihatnya sedang
baring di atas katil sambil lengannya diletak di atas
dahi.Mata Tengku Syahran yang pejam terus terbuka apabila
terdengar derap langkah kaki yang berbunyi.Tengku Syahran
terpandang Zahlia.Terkesima sebentar dia melihat diri
sebenar Zahlia.
Selama ini, dia hanya melihat keadaan
Zahlia yang bertudung.Kini nafsu lelakinya tiba-tiba
bergelora.Pandangannya masih tajam menjamah tubuh
wanita yang sedang menghadap cermin.Rambut lurus Zahlia
yang basah direnungnya lama.
“Kenapa pandang saya macam tu?”
soal Zahlia keras.
Gementar hati Zahlia melihat panahan
mata nakal Tengku Syahran menjamah tubuhnya.Namun,
Zahlia berpura-pura bersikap berani.Terus menyapu losyen di
lehernya yang putih.Tengku Syahran menelan air liur.Zahlia
tidak peduli dengan renungan itu.
“Nanti, awak bincang dengan ayah
awak tentang syarat saya yang pertama tu.Saya tak mahu
tinggal lama-lama di sini.Makin lama saya dalam rumah ni,
makin gila saya melayani karenah awak.Saya nak tinggal di
bilik sendiri,” luah Zahlia terus menyedarkan Tengku Syahran
dari terus memerhatikannya.Dia tersentak seketika.
“Tapi kita baru kahwin.Takkan nak
pindah dalam masa terdekat ni? Nanti apa kata mak?”
Tengku Syahran cuba memujuk.
“Itu masalah awak.Awak pandai-
pandailah kelentong.” Sengaja Zahlia menyindirnya.
Kemudian Zahlia mencapai sejadah dan
membentangkannya.Dia hendak menunaikan solat
Asar.Selesai bersolat, dia berdoa.Tengku Syahran masih lagi
memerhatikan perbuatan Zahlia.Zahlia tidak ambil pusing
dengan renungan itu.Dengan pantas dia mencapai tudung
serkup dan disarungkan ke kepala.Diikuti dengan tudung
yang tersangkut di tepi almari.Zahlia bersiap-siap untuk
turun ke bawah.
Zahlia terus melangkah ke arah
pintu.Tengku Syahran masih lagi terbaring di atas katil.Rimas
dia melihat renungan lelaki itu.Lantas, tombol pintu
dipulasnya dan sebelum dia melangkah keluar, sempat dia
berpesan.
“Solat Asar jangan lupa.Nanti terlepas
pulak!”
Bab 3
s
elesai jamuan makan malam, maka lengkaplah majlis gilang-
gemilang bagi Tengku Ismail dan Tengku Badariah
sekeluarga.Semua tetamu dan para jemputan sudah
pulang.Hanya tinggal sahabat–handai terdekat.
Zahllia masih leka berbual-bual
dengan beberapa orang saudara-mara Tengku
Syahran.Kelihatan begitu mesra sekali.Tiba-tiba sahaja
Tengku Syahran duduk di sisi Zahlia sambil tangannya
diletakkan di atas paha wanita itu.
Zahlia terkejut.Hendak
ditepis, nanti apa pula kata saudara-mara di
hadapannya.Mahu tidak mahu, perbuatan Tengku Syahran
terpaksa dibiarkan.
“Alia, kita jumpa ayah
sekejap.Ada hal yang abang nak bincangkan tentang
cadangan Alia tadi.”
Bergetar gegendang
telinga Alia mendengar ucapan itu.Dia tidak sangka Tengku
Syahran boleh berkata begitu.Heeiii…bahasakan diri
abang.Yearkk… geli-geleman tekak aku.
“Sekarang ke?”
“Yalah.Habis tu nak
tunggu bila lagi?” jawab Tengku Syahran sambil melirikkan
mata ke arah sepupunya yang sejak tadi tersengih penuh
makna.
“ Jomlah.” Tengku Syahran
menarik tangan Zahlia dan sama-sama melangkah
mendapatkan Tengku Ismail.
Kemudian mereka bertiga
memilih taman mini sebagai tempat perbincangan yang jauh
dari keluarga dan saudara-mara.
“Betul ke ini rancangan
kamu? Nanti apa pulak kata mak kamu?” soal Tengku Ismail
sayu dengan rancangan Tengku Syahran.
Zahlia membisu.Tersentuh
hatinya melihat keresahan yang terpancar di air muka ayah
mentuanya.
“Kalau ikut saya ayah,
memang saya tak kisah tinggal di sini.Tapi, Alia yang beria-
ria nak pindah.Katanya senang nak ke tempat kerja.”
Selamba ayat itu diucapkan oleh Tengku Syahran .
Zahlia terkedu
mendengarnya.Kurang ajar betul mamat ni! Nak beritahu
ayah dia tentang cadangan aku pun janganlah depan-depan
aku, rungut hati kecilnya.
“Alia, betul ke apa yang
Syah cakap? Kenapa tak nak tunggu dua, tiga bulan lagi? Ini
belum pun sampai satu hari kamu berdua menjadi suami
isteri, dah nak pindah,” rayu Tengku Ismail.
Zahlia tidak berani
memandang wajah ayah mentuanya.Wajah lelaki yang
separuh abad itu benar-benar menyucuk nalurinya.Terasa
sayang pula Zahlia kepada ayah mentuanya walaupun baru
beberapa kali mereka berjumpa sebelum hari
perkahwinannya.
“Kalau mak kamu tahu
bagaimana? Kecil hati dia nanti,” ujar Tengku Ismail lagi.
“Ayah, Alia sebenarnya
tak kisah tinggal di sini.Tapi, seperti yang abang cakap, Alia
nak ke tempat kerja senang.Tu yang Alia ingat nak cari
rumah dekat-dekat situ aje.Lagipun tempat kerja abang tak
jauh dari tempat Alia.Kan, bang?” panjang lebar Zahlia
bercakap.Kata-kata itu tidak pernah terlintas di benaknya
sebelum ini.
Tengku Syahran
mengangguk tetapi di dalam hatinya, geli hati.Lucu dengan
jawapan yang baru diluah oleh Zahlia.Nama tempat Zahlia
bekerja pun dia tak tahu.
“ Kalau kamu duduk di sini
pun, bukannya susah.Tu, Pak Cik Osman kamu ada, dia boleh
tolong hantarkan kamu, kalau kamu malas nak drive.Tak pun
suruh aje Syah hantarkan.Dia kan dah jadi suami kamu.Kalau
payah sangat,kamu berhenti ajelah Alia.Kerja dengan ayah.”
Zahlia terkesima dengan
jawapan ayah mentuanya.Terus dia tunduk merenung meja
kayu yang seni rekanya begitu unik.Jari-jemarinya
mengetuk-ngetuk permukaan meja yang rata dan licin
itu.Tengku Syahran hanya membisu.Tiada tanda-tanda
hendak membantu isterinya yang kehilangan hujah.
Biar Alia tahu, bukan
senang nak pujuk Tengku Ismail.Apa, dia ingat dia seorang
saja yang boleh besar kepala? Mentang-mentang kemukakan
banyak syarat, ingat aku takut agaknya? Elehh… aku pun
boleh tolak kalau nak! Cuma cara aku halus sikit.Reverse
psychology ! Bisiknya di dalam hati.
“Tak mahulah,ayah.Buat
apa Alia nak berhenti.Lagipun kalau Alia berhenti mengajar,
tempat tu tak cukup cikgu.Zaman sekarang ni, ayah bukan
tak tahu.Mana ada orang muda yang mahu kerja
sukarelawan yang gaji sikit.Nanti, kesian anak-anak yatim
tu,” bantah Zahlia bersungguh-sungguh.
“Ikut suka kamulah, kalau
kamu nak terus kerja di situ.Tapi, hal pindah rumah ni ayah
betul-betul tak setuju.Ayah bukan apa Alia, Syah… ayah
dengan mak kamu dah tua.Dah tak lama di dunia ni.Jadi,
ayah tak mahu anak menantu ayah duduk jauh-jauh selagi
ayah masih hidup.”
Sedih hati Zahlia
mendengar luahan hati ayah mentuanya.Dia menelan air liur
yang begitu payah dirasakan.
“Ayah jangan cakap
begitu.Ayah buat Alia berat hati.”
“Memang ayah sengaja
buat kamu rasa macam tu.Kamu tu menantu ayah,
Alia.Menantu yang satu-satunya ayah ada sekarang ni.Jadi,
ayah merayu pada kamu, janganlah tinggalkan villa ni.Ayah
yakin dengan adanya kamu,Villa Sakura ni akan berseri
kembali.”
Fikiran Zahlia buntu
memikirkan permintaan Tengku Ismail.Lain yang dirancang,
lain pula yang jadi.Maha Suci ALLAH, tiba-tiba benaknya
terasa berat untuk meninggalkan villa itu.Permintaan ayah
mentuanya merupakan satu arahan buatnya.Peluang
untuknya menolak memang tiada walaupun satu
peratus.Dengan hati yang lemah, Zahlia mengangguk setuju.
“ Baiklah ayah.Alia batalkan
niat nak pindah rumah,” ujar Zahlia lembut.
Tengku Ismail berasa
lega.Tengku Syahran pula tersenyum bangga.
“Tapi…”
“Tapi kenapa?” tanya
Tengku Ismail.
Zahlia menoleh pada
Tengku Syahran dengan wajah menahan geram.Dia sakit hati
melihat suaminya itu dalam keadaan tenang.
“Abang tak kisah ke kalau
Alia buat keputusan tak jadi pindah?” tanya Zahlia.
Tengku Syahran ketawa
kecil.
“Tak kisah Alia.Keputusan
Alia keputusan abang jugak.” Tengku Syahran menjawab
sambil tersenyum.
“Aikk, apa yang dibualkan
ni?” sapa Tengku Badariah mengejutkan mereka.
“Eh… Yah! Sejak bila Yah
ada kat sini?” soal Tengku Ismail.
“Yah baru aje hantar Datin
Rohana dengan Linda ke kereta.Ingatkan nak ke dapur,
ternampak abang dengan anak menantu kat sini.Berbual apa
ni?”
“Emmm… abang
bersembang kosong aje.Sambil-sambil tu nasihatkan budak-
budak ni tentang rumah tangga.Kawan Yah tu dah baliklah
ya?”
“Abang jangan nak
mengumpat kawan baik Yah.Kasihan Yah tengok Linda
tu.Macam kempunan aje?” ujar Tengku Badariah.
“Memang
kempunan.Kempunan nak naik pelamin dengan Syah!” usik
Tengku Ismail.
Tengku Syahran meluat
mendengar kata-kata emaknya.Matanya melirik ke arah
wajah Zahlia yang bersahaja.Dia tahu Zahlia tidak berkecil
hati dengan isu mereka sekarang.Apatah lagi ingin cemburu!
“Mak tak mahu berehat ke?
Dah lewat ni!” soal Tengku Syahran memesongkan topik
yang baru tercetus.
“Mak tak rasa penat
lagi.Entahlah… seronok dapat menantu agaknya,” luah
Tengku Badariah riang.
“ Yah, abang tak nampak Ida
dari tadi.Kenapa dia tak datang?” tiba-tiba Tengku Ismail
bertanya.
Tengku Badariah mengelu
seketika.
“Mak Nah sakit lagi bang!
Makin teruk kata si Ida,” jawab Tengku Badariah.
“Balasan dialah tu.Suka
menganiaya orang.”
“Hisy… abang ni tak
baik.Buruk-buruk pun mak saudara Yah jugak!”
Tengku Ismail mengeluh
mengingatkan nasib adik sepupu iparnya itu.
“Kasihan abang tengok si Ida
tu.Merana betul zaman mudanya.”
“Entahlah bang.Orang tak
suka tengok orang lain lebih sikit.Ada aje hasad dengkinya
itu.”
“Dahlah anak entah ke
mana!” Tengku Ismail mengeluh lagi.
Tengku Syahran dan Zahlia
mendiamkan diri.
“Lega hati mak, kamu dah
kahwin Syah.Tercapai impian mak nak tengok kamu naik
pelamin,” ujar Tengku Badariah tiba-tiba.Matanya tepat
memandang anak lelaki keduanya.
Zahlia terharu mendengar
ucapan yang baru lahir dari mulut emak
mentuanya.Bagaimana agaknya hati wanita ini bila
mengetahui cerita sebenar?
“ Sekarang mak dah ada cucu
perempuan.Alia, lahirkan mak cucu lelaki pulak,” pinta
Tengku Badariah membuatkan Zahlia tergamam.
Segera matanya melirik ke
arah Tengku Ismail yang sedang tersenyum-senyum
itu.Matanya di alih ke arah Tengku Syahran yang juga sedang
tersengih penuh makna.Kenapa dengan Syah ni? Selamba
je.Mak dia tengah mintak yang bukan-bukan, dia boleh
tersengih macam kerang busuk.Baik!! Aku guna cara aku!
Hatinya memberontak.
“Bolehkan Alia?” soal Tengku
Badariah lagi.
Zahlia mengetap
bibir.Wajahnya tunduk dan sesekali jari telunjuknya
menggaru-garu dahi yang tidak gatal.
“Alia?” sapa Tengku Badariah
lagi.
Zahlia menarik nafasnya
dalam-dalam.
“Mak tanyalah pada
abang.Kalau abang mahu anak dalam masa setahun ni, Alia
tak kisah.” Tiba-tiba Zahlia menjawab.
Tengku Ismail dan Tengku
Badariah berpandangan.Manakala Tengku Syahran bagaikan
tidak percaya dengan jawapan yang baru didengarnya.
“ Kalau itu jawapan Alia, mak
gerenti Syah takkan membantah.Dia mesti ikut cakap mak,”
jawab Tengku Badariah dalam nada gembira.
“Tapi, sebelum kahwin,
abang dah pesan yang dia tak mahu anak dalam setahun
ni.Susah katanya! Kalau ikut Alia, memang Alia nak, mak,”
ujar Zahlia lagi.
Tengku Syahran makin
terkejut mendengar kata-kata itu.Beraninya dia!
“Eh, apa pulak begitu? Anak
kan pembawa rezeki.” Tengku Badariah berkata seolah-olah
marah.
Zahlia mengerling ke arah
Tengku Syahran dengan senyuman yang sedikit terukir di
riak wajahnya.Lelaki itu sedang mengerutkan dahi.
“Biarlah Yah oi! Mereka dah
merancang.Lagipun buat apa ada anak awal-awal? Biarlah
mereka merasai hidup berdua lama-lama sedikit.” Tiba-tiba
Tengku Ismail menyampuk.
Tengku Syahran masih tidak
lepas merenung wajah isterinya.Wah, pandainya dia
mengenakan aku.Jaga dia!
“Laa… abang ingatkan Alia
yang tidak mahu beranak awal.Abang cakaplah macam
tu.Alia pun bukannya nak beritahu abang yang Alia nak anak
cepat.” Tanpa diduga Tengku Syahran berkata.
Zahlia mula mencari ayat
yang sesuai untuk membalas.
“Maknanya abang tak kisah
ada anak dalam masa setahun ni?” soal Zahlia kepada
Tengku Syahran.
Biar benar perempuan ni!
Suka-suka berjanji dengan mak aku.Kalau mak aku tuntut
macam mana? Dahlah kahwin pun tak tentu hala, bisik hati
kecil tengku Syahran.
“Abang?” suara gemersik itu
berbunyi.
Tengku Syahran
tersentak.Entah mengapa tiba-tiba Tengku Syahran
mengangguk.Tengku Badariah dan Tengku Ismail tersengih.
“Mak bersyukur dapat
menantu macam Alia ni.Pandai Syah cari,” puji Tengku
Badariah.
Zahlia ketawa kecil.
“Janganlah puji sampai macam
tu mak.Malu Alia,” jawab Zahlia malu-malu.
Tengku Ismail tersenyum
melihat keramahan menantunya itu.Sedangkan Tengku
Syahran masih membisu mancari jawapan sebenar tentang
permintaan Tengku Badariah tadi.
Okeylah mak, ayah.Alia naik
dulu.Nak rehat.Lagi lama Alia kat sini,lagi kembang hati Alia
dibuat mak,” tambahnya.
Tengku Badariah dan Tengku
Ismail ketawa.
Bab 4

Z
ahlia sedang membaca novel Hati Seorang Wanita
sambil berbaring ketika Tengku Syahran masuk ke
biliknya lewat malam itu.Segera Zahlia bingkas
bangun apabila terlihat wajah lelaki itu di muka
pintu.Hati Zahlia berdebar tiba-tiba.
Tengku Syahran hanya melirik
sekilas ke arah Zahlia sebelum dia melabuhkan
punggungnya di sofa panjang yang terdapat di hujung
katil.Heningnya suasana yang menemani mereka saat
itu.Zahlia kaku.Tengku Syahran membisu.Yang kedengaran
hanyalah bunyi angin yang berdesir masuk melalui lubang
tingkap yang terbuka luas.
“Kau betul-betul
maksudkan kata-kata kau pada mak tadi?” soal Tengku
Syahran memecah kesunyian antara mereka.Bahasanya
tetap kasar sejak petang tadi.
Zahlia menutup novel
yang dibacanya itu dan memandang Tengku Syahran dengan
pandangan yang agak pelik.Zahlia takut sebenarnya.Sifat
Tengku Syahran terus berubah.Mana perginya sifat dan
bahasanya yang lembut? Dulu bukan main lagi pujuk aku
suruh tolong dia, ber’saya’ dan ber’awak’ konon.Penipu!
“Kenapa? Awak percaya
ke?” tanpa menjawab soalan Tengku Syahran, Zahlia
menanyakan soalan lain pula.
“Entahlah.Tapi, tengok
gaya kau cakap tadi macam percaya.Kau betul-betul nak?
Aku tak kisah! Sekarang jugak kau boleh dapat,” ucap
Tengku Syahran bersahaja.
Tengku Syahran lantas
bangun dan mengunci pintu.Zahlia terkesima.Lebih laju
jantungnya berdegup.Tengku Syahran berpaling dan
tersenyum.Makin melemahkan urat-urat sendi Zahlia.Zahlia
tidak senang duduk.
“Gila.Awak dah lupa
tentang syarat ketiga? Awak tak dibenarkan menyentuh saya
walaupun kita halal untuk berbuat demikian.” Zahlia
mengingatkan syarat perjanjian.
“Itu kita tolak tepi.Yang
penting malam ni kita seronok!” ucap Tengku Syahran yang
semakin mendekati Zahlia.
“Syah! Saya dah tolong
awak.Ingat! Awak pernah kata awak takkan usik hak privasi
saya.” Zahlia mengingatkan lagi.
Sebenarnya Tengku
Syahran masih ingat tetapi dia sengaja mahu
mengusik.Kekagetan wanita itu mencuit hatinya.Langkah
Tengku Syahran terhenti kemudian kembali duduk di sofa.
“Habis, siapa suruh kau
bagi mereka harapan? Kalau mereka menanti, bagaimana?”
“Awak nak suruh saya
jawab apa masa mereka tanya? Tolak permintaan mereka
terang-terang? Beritahu mereka yang kita kahwin hanya
sekadar untuk dijadikan alasan agar awak dapat menolak
kehadiran Linda? Cuba fikir sikit, Syah!” Zahlia meluahkan
hujahnya.
Tengku Syahran bingkas
berdiri.Merenung Zahlia dengan pandangan yang sungguh
tajam.Bagaikan seekor harimau sedang menunggu
mangsanya.
“ Kau tau tak, selepas kamu
masuk tadi, mereka sibuk mencari nama untuk cucu lelaki
yang kau janjikan tu,” beritahu Tengku Syahran.
“ Biarkanlah.Kalau awak tak
buat apa-apa pada saya, tak adanya keluar budak tu pun,”
jawab Zahlia.
“ Tapi aku tak suka cara kau
gunakan untuk memenuhi harapan mereka.Cara kau tu akan
menghampakan mereka.Aku tak pernah cintakan kau.Jangan
kau harap satu sen pun harta akan jatuh kalau kita
berpisah.Aku pun tak ingin menyentuh kau.Aku tak akan
benarkan kau mengandungkan anak aku.Kau dah dapat
upah.Segalanya-galanya dah selesai.”
Zahlia terpana dengan
kata-kata Tengku Syahran.Hatinya terguris.Begitu payah dia
membuat keputusan untuk membantu Tengku Syahran.Rupa-
rupanya dia tidak langsung menghargai pengorbanannya.
“Ingat! Jangan sebut pasal
anak lagi.Benci aku mendengarnya!”
“Dahlah ,Syah! Tadi awak
sendiri yang cakap, pandai-pandailah guna cara sendiri
untuk buat orang percayakan kita.Bercakap mengikut
kesesuaian keadaan.I’m doing my job,” Zahlia membalas
kata-kata Tengku Syahran.
Tengku Syahran mendengus
geram.Matanya merenung wajah Zahlia yang
selamba.Namun riak yang selamba itu tiba-tiba bertukar
keruh.Zahlia seperti mahu menangis menyesali nasibnya.
“Kenapa kau buat macam tu,
Alia? Aku tak suka kau mereka-reka cerita yang tak wujud
dalam skrip.Aku hanya mahu kau ikut apa yang aku suruh
kau buat, jangan tambah benda yang tak mungkin berlaku.”
“Tadi awak yang cakap tokok-
tambah apa yang patut.Saya dah ikut.Mak awak yang
timbulkan soal anak.Awak nak suruh saya jawab apa?
Beritahu mereka yang kita tak mungkin ada anak?” Zahlia
berkata sambil melangkah ke tingkap.
“Okay, okay.It’s my fault.Tapi
kau kena janji dengan aku yang kau takkan buat macam tu
lagi,” pujuk Tengku Syahran setelah mendapati wajah Zahlia
sudah mula keruh.
Zahlia mengetap bibir.Masih
merenung gelap malam yang memenuhi ruang seisi
alam.Perlahan-lahan dia mengeluh.Betapa kerdilnya dia
ketika itu.Terasa menyesal pula kerana setuju dengan
tawaran lelaki itu.
Zahlia tunduk.Kalau dikesali
sekalipun, tidak guna lagi.Tengku Syahran sudah menjadi
suaminya pagi tadi.Zahlia berpusing.Dia tersentak apabila
mendapati Tengku Syahran berada betul-betul di
belakangnya.Lelaki itu sedang memandangnya dengan satu
pandangan yang agak luar biasa.Zahlia berdebar-debar.
“Syah, apa awak buat ni?”
Tengku Syahran tersenyum
nakal.Kakinya melangkah sedikit ke hadapan untuk
menghampiri Zahlia.
Takkan kau nak tanya lagi?
Tadi kau sendiri yang cakap, kau tak kisah ada anak dalam
tempoh setahun dua ni.Aku nak tuntut apa yang kau cakap,”
ujar Tengku Syahran membuatkan Zahlia terasa bagaikan
jantungnya direntap.
Segera kakinya melangkah
ke belakang.Dia cuba menjarakkan diri.Namun, Tengku
Syahran semakin hampir.Makin lebar senyumannya apabila
Zahlia terperangkap di permukaan dinding.
“Syah, please.Jangan datang
dekat saya!” Terketar-ketar Zahlia berkata.
Zahlia cuba bergerak ke
tempat lain tetapi tidak berjaya.Tubuh Tengku Syahran telah
pun berada di hadapannya.Ingin ditolak tubuh itu, namun dia
tewas.Malah kedua-dua belah tangannya digenggam
kemas.Dia tidak mampu menolak lagi.Tengku Syahran mula
mendekatkan wajahnya ke wajah Zahlia.
Dada Zahlia berombak
kencang.Wajah Tengku Syahran semakin hampir.Makin
terasa hangat hembusan nafas lelaki itu.Perlahan-lahan
Zahlia memejamkan mata.Dia takut menghadapi kenyataan
yang bakal terjadi.Dia benar-benar tidak menyangka sampai
begitu sekali tindakan Tengku Syahran terhadapnya.Dia
berserah kepada keadaan.
Tiba-tiba kedengaran ketawa
yang agak kuat.Lantas Zahlia membuka
matanya.Genggaman yang kuat mencengkamnya tadi mula
longgar dan akhirnya terlerai.Tengku Syahran menjauhkan
diri dengan ketawa yang masih berbisa.Zahlia mengerutkan
dahi.
“Kau ingat aku ni manusia
jenis apa? Suka mungkir janji! Mesti kau fikir aku dah hilang
akal kan?” soal Tengku Syahran sambil melangkah ke katil
dengan ketawa yang masih kedengaran.Kemudian dia
merebahkan tubuhnya sambil kedua-dua belah tangan
dijadikan bantal.
“Kau ni kelakarlah, Alia.Aku
tak seburuk yang kau sangkakan tau,” ucapnya lagi.
Zahlia memandang dengan
perasaan geram.Dia main-mainkan aku? Kurang ajar betul!
“Awak memang dah gila
sebenarnya Syah!” jerit Zahlia tiba-tiba.
Tengku Syahran tersentak.
“Alia, jangan jerit kuat-
kuatlah.Aku dah pesan tadi kan!Nanti tak pasal-pasal ayah
dan mak dengar!” marah Tengku Syahran.
“Biar mereka dengar.Awak
peduli apa?” Zahlia terus menjerit.
“Alia!!!”
“Awak tipu saya Syah! Awak
cakap awak boleh ikut semua syarat kalau saya sanggup
kahwin dengan awak.Sekarang awak tengok apa dah jadi?
Saya kena menghadap karenah adik-beradik awak, saya
kena menghadap mak dan ayah awak dan saya kena
menghadap muka awak hari-hari dalam bilik ni.” Suara
Zahlia mula bergetar kuat.
Hatinya tiba-tiba diruntun
pilu.Seluruh anggota badannya terasa lemah.Dia terjelepok
di tepi dinding.Tiba-tiba sahaja perasaan sebak mencuit-cuit
nalurinya.Zahlia sudah tidak dapat membendung perasaan
sedihnya lagi.Lantas Zahlia menangis di situ juga.
Tengku Syahran bingkas
bangun.Merenung Zahlia dengan rasa simpati.Wanita itu
masih tersedu-sedan menangis sambil memeluk
lutut.Timbullah rasa kesal di hati Tengku Syahran.
“Alia, aku terlupa!”
“Dah! Pergi! Jangan ganggu
aku.Kau penipu! Kau pendusta!” jerit Zahlia sekuat hati.
“Okey, okey, aku takkan
ganggu kau.Tapi tolong jangan jerit Alia.Nanti mak dan ayah
dengar,” pujuk Tengku Syahran.
“Dahlah tu.Kau tidurlah atas
katil.Biar aku tidur kat sofa ni aje,” pujuk Tengku Syahran
lagi.
Tengku Syahran terus
melangkah ke sofa dan merebahkan tubuhnya.Dia tidak
mahu mengganggu Alia lagi.Biarlah Zahlia melayani
perasaan sedihnya.Akhirnya, Tengku Syahran terlena di situ.
Bab 5

A zan Subuh berkumandang, Zahlia terjaga.Dilihatnya jam


sudah menunjukkan pukul 5.56 pagi.Dia bingkas bangun
dan melangkah ke bilik air.Ketika itu Tengku Syahran masih
lena di sofa panjang.Dua puluh minit kemudian Zahlia keluar
dari bilik air dan terus menunaikan solat Subuh.
Setelah habis bersolat, dia
memberanikan diri melangkah ke arah Tengku
Syahran.Peristiwa semalam sudah lenyap dari
fikirannya.Biarlah ia menjadi kenangan di hari pertama dia
tinggal di villa itu.
“Syah… Syah… bangun!
Dah Subuh ni.” Kejut Zahlia sambil menggoyang-goyangkan
tubuh Tengku Syahran beberapa kali.Namun, tiada
respons.Zahlia mengeluh.
Heiii… liatnya nak bangun?
Beginikah cara hidup orang yang kaya harta? Detik hati
kecilnya.
“Syah!” panggil Zahlia lagi.
Akhirnya Tengku Syahran
menggeliat dan perlahan-lahan membuka mata.
“Apa hal ni?” agak keras
suara Tengku Syahran.Mungkin marah kerana tidurnya
diganggu.
“Bangunlah, solat Subuh!”
balas Zahlia kembali dalam nada yang agak keras.
Tengku Syahran
terdiam.Lantas bangun dan menuju ke bilik air.
Za hlia mengeluh dan pantas
membuka telekung yang menutup sebahagian
kepalanya.Telekung itu dilipat dan kemudian disidai di
tempat biasa.Sejurus itu, dia melangkah ke meja solek.
Menatap wajahnya di cermin
sebelum menyapu bedak.Setelah menyapu bedak di
wajahnya, Zahlia menyisir rambutnya yang basah ke
belakang.Begitu lurus dan tidak kusut langsung.Dia
bersyukur kepada ALLAH kerana mengurniakan rambut yang
cantik.
Sedang Zahlia leka menyisir-
nyisir rambutnya tiba-tiba matanya terpandang wajah
Tengku Syahran di sebalik pintu.Cepat-cepat dia mengambil
sarung kepala dan menutupnya.
Tengku Syahran lantas
mencapai sejadah dan menunaikan solat Subuh.Selesai
bersolat,Tengku Syahran berdoa dan kemudian meletakkan
kembali sejadah di tempat biasa.
Zahlia masih lagi berada di
cermin solek sambil memerhatikan Tengku Syahran.Tengku
Syahran naik rimas direnung begitu.Apa hal dengan dia ni?
Tak habis-habis pandang aku! Hatinya merungut.
“Kenapa pandang macam tu?
Dari tadi, kau pandang aku macam nak telan, aje?” tanya
Tengku Syahran kehairanan.
Serta-merta Zahlia
mengalihkan pandangan ke cermin semula.Kemudian
menggelengkan kepala.Tengku Syahran pula melangkah ke
katil yang telah pun dikemas rapi.Dia merebahkan tubuhnya
di situ.Seketika, dia menoleh ke arah Zahlia yang masih
membelek wajahnya di cermin itu.
“Awak tu yang tak senonoh?
Curi-curi pandang orang,” marah Zahlia.
“Hai, pandang pun tak boleh?
Kan awak tu isteri saya,” ujar Tengku Syahran.
Zahlia tidak menjawab
lagi.Tidak guna layan orang macam ni.Makin dilayan, makin
menjadi-jadi miangnya.Lantas dia mencapai tudung yang
tersangkut di penyidai dan disarungkan ke kepala.Kemudian,
dia melangkah dan menuju ke pintu.Sebelum melangkah
keluar, dia sempat berkata,“Lepas Subuh tak elok tidur
balik.Nanti otak bengap.”
Tengku Syahran mengetap
bibir.Namun apabila menyedari kelibat Zahlia telah hilang,
dia tersenyum.
ZAHLIA melangkah ke dapur.Dua orang tukang masak, iaitu
Salmah dan Siti sedang sibuk menyediakan sarapan
pagi.Zahlia terus menyapa mereka.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.Eh, Puan
Zahlia! Awalnya bangun?” jawab Salmah yang tua dua tahun
dari Zahlia.
“Emm, tak elok tidur lepas
Subuh,” balasnya.
Salmah tersenyum.
“Biasanya jarang orang dalam
villa ni bangun awal.Paling tak pun pukul 7.30 nanti, baru
riuh sikit villa ni,” sampuk Siti.
Zahlia hanya mengangguk.
“Puan Zahlia…”
“Tak payah berpuan-puan dengan
saya.Panggil Alia cukup,” potong Zahlia sebelum sempat
Salmah berkata-kata.Salmah tersenyum simpul.
“Hah, Alia tak ke mana-
mana?Ajaklah Syah berjalan-jalan.Orang baru kahwin ni elok
pergi berbulan madu,” sambung Salmah yang berkelulusan
ijazah dalam bidang Catering di Universiti Putra Malaysia
dalam nada malu-malu.Siti yang mendengar hanya
tersengih.
Zahlia menjungkitkan bahu.Tidak
pernah dia memikirkan hal itu.Lagipun dia malas mahu
bercakap banyak tentang Tengku Syahran.Malah apabila
mendengar nama lelaki itu disebut tadi, dia segera
terkenangkan jeritannya malam tadi.Terbayang kelakuan
lelaki itu yang sengaja mengusiknya.
Ah, kalau perkahwinan ini sampai
ke pengetahuan Razif, mesti Razif akan
mentertawakannya.Betapa bodoh dirasakan kerana
mengambil tindakan yang terburu-buru tanpa diketahui
Razif.
Razif! Sudah sebulan dia tidak
menjenguk Razif.Entah apalah khabarnya tidak
diketahui.Hari pembedahan semakin hampir.
Zahlia segera teringatkan cek
yang perlu ditunaikan.Cek yang telah diberikan oleh Tengku
Syahran sehari sebelum berlangsungnya perkahwinan
mereka.Dua hari lagi, Zahlia akan ke bank dan menunaikan
cek itu.Kemudian dia akan menyerahkan wangnya kepada
Razif agar pembedahan akan dijalankan dengan lancar.
Zahlia tersenyum lega.Tidak lama
lagi, Razif akan sembuh sepenuhnya.InsyaAllah kalau
diizinkan TUHAN.Razif adalah teman rapatnya sejak kecil di
rumah anak-anak yatim sehinggalah dia diambil oleh Puan
Azizah sebagai anak angkat.
Namun, hubungan mereka yang
terputus mula menjadi baik apabila Zahlia mengambil
keputusan untuk menjadi ahli sukarelawan mengajar anak-
anak yang kehilangan ibu bapa sepertinya.Dia sendiri tidak
menyangka akan bertemu dengan Razif semula di tempat
yang sama.Tempat yang pernah didiami ketika kecil.
Zahlia tidak pernah menyesal
memilih keputusan untuk mengajar anak-anak yatim.Malah
dia bersyukur kerana ALLAH sentiasa membuka pintu
hatinya untuk membuat kebajikan di muka bumi.Walaupun
segulung Ijazah Sarjana Muda Perakaunan berada di
genggamannya.
“Alia tahu tak, Syah suka betul
makan kuih pelita.Sebab itu sebulan sekali kami diarahkan
membuat kuih tu.Lepas tu dalam sebulan biasanya kami
akan masak makanan yang diminati oleh semua orang
dalam villa ini. Alia suka makan apa? Nanti kami masakkan,”
bicara Salmah mengaburkan lamunan Zahlia.
Zahlia terpinga-pinga.Namun dia
cuba tersenyum.
“Saya makan semua Kak Mah.Tak
kisah, selagi halal,” jawab Zahlia.
Kedua-dua tukang masak itu
begitu pantas membuat kerja-kerja di dapur.Zahlia hanya
memerhati sejak tadi.Dia mahu menolong tapi dihalang.
“Biasanya hari apa orang dalam
rumah ni makan besar?” soal Zahlia.
Siti mengetap bibir.
“Tengok pada persetujuan
ramailah.Setakat ni, Tengku Ismail lebih suka kalau hari
terakhir setiap bulan dijadikan tarikh perjumpaan anak-
beranak,” jawab gadis hitam manis itu bersungguh-sungguh.
Kemudian Zahlia melangkah pula
ke rak-rak pinggan.Niatnya terbantut lagi.Salmah melarang
keras dan memintanya menunggu di ruang tamu.Zahlia
mengeluh kecil sebelum melangkah keluar dari dapur.Ruang
tamu villa ini begitu besar.Begitu terserlah kecantikannya
sejak akhir-akhir ini.Mungkin kerana menyambut kedatangan
ahli keluarga baru.Zahlia tersenyum dalam hati.
Villa ini terlalu mewah untuk aku
duduki.Sepatutnya Linda yang sesuai tinggal di sini
seterusnya memegang gelaran menantu kepada Tengku
Ismail dan Tengku Badariah.Sedangkan aku, hanyalah insan
yang tiada ibu bapa.Hanya mendapat kasih sayang dari Puan
Azizah,Razif, Fatimah dan anak-anak yatim.
Tiba-tiba Zahlia teringatkan
Tengku Syahran.Kenapa aku bodoh sangat menerima
tawaran lelaki itu? Sepatutnya aku membiarkan dia
berkahwin dengan Linda.Baru dia tau! Baru sehari aku
menjadi isterinya, dia sudah mengawal segala-galanya.Ah,
bosan!
Linda! Zahlia tiba-tiba terasa
kerongkongnya tersekat.Semalam dia ada perasan beberapa
orang wanita sedang merenung tajam ke arahnya sambil
berbisik-bisik.Tetapi, Zahlia tidak tahu yang mana satu Linda
seperti yang dimaksudkan oleh Tengku Syahran.
Yang paling Zahlia ingat ialah
Hazwin, sepupu Tengku Syahran yang sudah pun
berkahwin.Masakan dia akan lupa wanita yang menegurnya
sinis.
Zahlia mengeluh
kecil.Perjuangannya di rumah itu baru bermula.Semalam dia
hampir berputus asa.Hari ini? Entahlah, Zahlia kurang
pasti.Belum pun sehari Zahlia menetap di situ, Tengku
Syahran sudah menunjukkan aksi-aksi mahu
berubah.Bahasa yang kasar dan perbuatan yang benar-
benar menakutkannya semalam.
Zahlia tersentak apabila terasa
bahunya dicuit.Dia berpaling dan Tengku Hakimi yang
tersengih menghadapnya.
“Aikk, pagi-pagi dah termenung?
Ingatkan apa?” soal Tengku Hakimi.
“Dah lama ke along turun?” soal
Zahlia.
Tengku Hakimi menggeleng.
“ Baru aje.Ingatkan nak melepak kat
taman mini luar tu.Ternampak Alia tengah termenung kat
sini.Kalau along tak tegur tadi, sampai ke benua mana Alia
pergi pun along tak tau,” usik Tengku Hakimi.
Zahlia tersenyum kelat.
“ Okeylah, along nak ambil angin kat
luar.Alia nak ikut?” tanya Tengku Hakimi.
“Tengku Murni mana?” soal Zahlia.
“Tidur lagi.Penat sungguh dia
semalam.Alia nak ikut tak? Kita sembang-sembang,” pelawa
Tengku Hakimi lagi.
Lama Zahlia berfikir dan akhirnya
dia mengangguk.
Bab 6

T
ENGKU SYAHRAN terjaga dari tidur.Gelak ketawa Zahlia
kedengaran sehingga ke biliknya.Tengku Syahran bingkas
bangun dan mengintai disebalik tirai langsir.Dari bilik atas
dia dapat melihat Zahlia ketawa.Tengku Hakimi yang berada
di sebelahnya sedang rancak bercerita.
Tengku Syahran mengetap
bibir.Cemburu juga dia melihat kemesraan itu.Zahlia
nampaknya lebih senang dengan Tengku
Hakimi.Dengannya? Tengku Syahran malas hendak fikir.
Sejak dia
mengusulkan cadangan untuk memperisterikan Zahlia dalam
rancangan itu, Zahlia sudah tidak kelihatan seperti kali
pertama mereka bersua semasa berlakunya kemalangan.
Kini, wanita itu sedang
ketawa dengan gembira.Cemburu? Ya, Tengku Syahran
memang cemburu.Tetapi, bila difikirkan semula, untuk apa
dia cemburu? Sedangkan dia tahu Zahlia bukan haknya yang
mutlak.Mereka hanya sah sebagai suami isteri hanya di
dalam sijil nikah dan surat perjanjian.Yang selebihnya,
tidak.Tengku Syahran mengeluh.Kemudian dia menuju ke
sofa di hujung katil.
Kasihan, Alia! Tak
semena-mena terlibat sama dalam masalah hidup aku, keluh
Tengku Syahran.Aku pun satu, guna bahasa yang kasar
sangat tu kenapa? Baru sehari dah tunjuk belang… dahlah
dia sudi tolong aku! Ah, perempuan tu keras
kepala.Biarkan… dia rasa.Tiba-tiba terbayang di fikirannya
wajah Zahlia yang muram malam tadi.Teresak-esak Zahlia
menangis di tepi dinding.Sampai Tengku Syahran sendiri
tidak tahu bila isterinya terlelap.
Namun, ketika Tengku
Syahran terjaga lewat pukul 4.00 pagi,dia terpanggil untuk
mengamati keadaan Zahlia.Isterinya hanya terbaring lesu di
atas ambal tanpa bantal dan selimut.
Niat Tengku Syahran
untuk ke bilik air hilang begitu saja.Yang terlahir di hati
hanyalah nafsu lelakinya yang tiba-tiba bergelora.Bila
teringatkan syarat-syarat yang dikenakan, terpaksalah dia
mengawal nafsunya.

TIBA-TIBA pintu biliknya diketuk.Tengku Syahran menuju ke


pintu dan membukanya.Wajah adik bongsunya Tengku
Farhana muncul.
“Angah, mak suruh
turun.Breakfast,” ucap gadis berumur 17 tahun itu.
“Baiklah, nanti Abang Ngah turun.”
Sep uluh minit kemudian,
Tengku Syahran sampai di meja makan.Ahli-ahli keluarga
yang lain sedang bersembang-sembang.Mata Tengku
Syahran cuba mencari kelibat Zahlia.Dan tiba-tiba Zahlia
muncul dari dapur membawa seteko air minuman.
“Maaf, Tengku Syahran!
Saya nak buat semua kerja, tapi Puan Zahlia yang beria-ia
mahu menolong,” ucap Salmah takut-takut apabila
menyedari sejak tadi pandangan lelaki itu seakan terpaku ke
arah Zahlia.
Tengku Syahran tersedar
dari lamunannya.Segera dia mengangguk.
“Alia, mari duduk
sebelah abang,” panggil Tengku Syahran sambil menarik
kerusi kosong di sebelahnya.
Za hlia merenung Tengku
Syahran.Lambat-lambat dia melangkah menuju ke kerusi
itu.Hatinya tiba-tiba terasa pelik.Apa kenalah dengan mamat
seekor ni! Bukan main romantik pulak? Bebel Zahlia.
Keluarga Tengku Ismail
bersarapan dengan penuh meriah.Makanan yang terhidang
begitu membuka selera.Sambil mengisi perut, mereka
bersembang-sembang.Dan adakalanya mereka ketawa
apabila masing-masing menyakat sesama sendiri.
Zahlia berlagak gembira
pagi itu.Banyak kisah silam Tengku Syahran sampai ke
pengetahuannya apabila Tengku Badariah ligat menceritakan
kisah yang sudah lama menjadi sejarah.Walaupun pada
awalnya Zahlia tidak berminat, namun apabila mengetahui
yang sewaktu kecil, Tengku Syahran pernah dijodohkan
dengan dua pupunya yang hilang menyebabkan Zahlia
berminat tiba-tiba.Keluarga ini tidak akan lari dari memasang
jodoh dengan anak-anak kenalan rapat.Fikir Zahlia.
Sesekali Zahlia ketawa
gelihati apabila Tengku Hakimi mengusik Tengku
Syahran.Tengku Hafizah, anak ketiga keluarga Tengku Ismail
pula hanya ketawa dan tidak banyak bercakap.Tengku
Farhana juga begitu.Tengku Murni pula hanya sesekali
ketawa seolah-olah memahami topik yang sedang dibualkan.
“Eh… eh… Alia! Makanlah
lagi.Mak tengok kamu makan sikit aje tu.Tambah lagi,” ujar
Tengku Badariah sambil mencedok mi goreng ke pinggan
Zahlia.
Zahlia ingin mengelak
namun mi goreng itu sudah pun sampai ke pinggannya.Mahu
tidak mahu, Zahlia terpaksa menghabiskannya.Tengku
Syahran pula mengambil peluang menatap wajah isteri yang
baru dinikahi semalam.
Penuh tatatertib wanita itu
menyuapkan mi goreng ke mulutnya.Keasyikan Tengku
Syahran memerhati gerak-geri Zahlia telah membuatkannya
tidak menyedari yang perbuatannya juga sedang
diperhatikan oleh Tengku Hafizah.
Segera Tengku Hafizah
menyiku lengan Tengku Syahran membuatkan Tengku
Syahran tersedar dari lamunan.
“Sakitlah,” ucapnya sedikit
marah kerana khayalannya diganggu.Adik-beradik yang lain
memandang ke arah mereka.
“Fiza, apa kau buat angah
kau macam tu?” tegur Tengku Hakimi.
“Sorrylah angah.Fiza
rimaslah tengok angah pandang Kak Alia macam
tu.Meremang bulu tengkuk ni tau tak,” ucap Tengku Hafizah
selamba.
Zahlia terhenti menyuap mi
goreng ke mulutnya.Perlahan-lahan dia memusing
memandang Tengku Syahran yang kelihatan resah.Tengku
Farhana pula hanya tersenyum-senyum sejak tadi.
“Bukan apa angah, macamlah
angah tak puas lagi menatap wajah Kak Alia.Sampai hari ni
pun nak tenung lama-lama,” tambah Tengku Hafizah lagi.
“Yang kau sibuk-sibuk tu
apasal? Suka hati angahlah nak pandang ke nak apa ke? Kak
Alia dah jadi isteri angah, kalau kau nak suruh angah cium
dia sekarang pun, angah boleh buat kalau kau nak tengok,”
luah Tengku Syahran membuatkan wajah Zahlia tiba-tiba
merah.Perasaan malu tiba-tiba menyelinap ke segenap
wajahnya.
“Elehh, macam berani sangat?
Ingat Fiza tak tau perangai angah yang penakut tu?” cabar
Tengku Hafizah.
Tengku Syahran berasa geram.
“Kau cabar angah?”
“Buatlah.”
Segera Tengku Syahran
menarik Zahlia menghampiri dan mencium pipi isterinya itu
sekuat hati.Zahlia tersentak.Pantas menolak tubuh Tengku
Syahran.Zahlia rasa malu tiba-tiba.
“Eleh, angah cium pipi aje.Tu
dah biasa orang buat,” balas Tengku Hafizah tidak puas hati.
“Habis tu, kau nak angah cium
apa pulak?” tanya Tengku Syahran.
Za hlia tersentak lagi mendengar
kata-kata Tengku Syahran.
“Hisy… kau ni, malu Alia
dibuatnya.Tengok muka Alia tu dah merah padam,” tegur
Tengku Hakimi.
Zahlia tunduk.Perbuatan Tengku
Syahran tadi betul-betul memeranjatkan.Selama ini pipinya
tidak pernah disentuh oleh mana-mana lelaki.Dan hari ini
merupakan sejarah.Pipinya yang licin, telah disentuh oleh
lelaki yang telah menjadi suaminya.Dan sentuhan itu
bukanlah sentuhan biasa baginya.
“Betul jugak cakap along
tu.Malaslah Fiza nak cabar angah lagi.Lagipun buat apa Fiza
tengok angah cium kak Alia.Buang karan aje.Angah
simpanlah ciuman angah tu elok-elok ya,” usik Tengku
Hafizah lagi.
Za hlia terasa duduknya semakin
tidak selesa.Tiba-tiba Zahlia terasa tangannya digenggam
kemas oleh jari-jemari Tengku Syahran di bawah meja.Zahlia
terpana seketika.Dia cuba menarik tangannya.Tetapi tewas
dan akhirnya membiarkan sahaja.
“Alia, temankan mak pergi
shopping hari ni boleh tak?” Tengku Badariah bersuara tiba-
tiba.
Zahlia memandang wajah emak
mentuanya.Pelik.Cepat benar wanita itu mengajaknya
berjalan bersama.Padahal baru semalam dia sah bergelar
menantu di rumah ini.
Tengku Ismail mengerling Tengku
Badariah.Ada cahaya kurang senang di matanya dengan
kata-kata isterinya itu.Dia tahu Tengku Badariah sekadar
menguji.Malah isterinya pernah memberitahu yang dia akan
menguji setiap ahli keluarga baru di villa itu.Tidak kira lelaki
ataupun perempuan.
“Yah nak uji setiap menantu kita
sehari selepas majlis perkahwinan,” ayat itulah yang masih
diingatinya sehingga ke hari ini.
“Awak jangan nak buat benda
yang tak pernah dibuat orang! Mana ada orang baru kahwin
sehari dah keluar shopping sana-sini.Buang tabiat agaknya
awak ni!” marah Tengku Ismail sewaktu isterinya
menyuarakan cadangan itu.
“Alah,Yah bukan nak keluar betul-
betul.Yah nak tengok reaksi mereka aje.Sudi tak keluar
dengan mentua.”
Tengku Ismail hanya mampu
mengeluh.Dia masih ingat ketika Raja Jasmin baru menjadi
menantunya, isterinya itu telah mengajukan soalan yang
sama.Tetapi Raja Jasmin menolak bulat-bulat tanpa apa-apa
alasan.Akhirnya, Tengku Badariah muncung di dalam kamar
tidur.

“BOLEH tak Alia?” suara Tengku Badariah memecah ingatan


lama.
Tengku Ismail merengus kecil.
“Mereka baru berkahwin semalam,
Yah! Nak bermanja-manja pun belum cukup, awak nak kacau
masa mereka.Sabar-sabarlah dulu.Tunggu seminggu dua lagi
ke?” bangkang Tengku Ismail.
Tengku Badariah menarik muka
masam.Dia sudah menjelaskan pada suaminya yang dia
hanya mahu menguji.Suaminya langsung tidak faham.
Tengku Farhana dan Tengku Hafizah
ketawa geli hati.Mereka faham benar dengan perangai emak
kesayangan mereka itu.Pantang ditegur, kalau tidak
berjawab, pasti mengambil jalan mudah untuk merajuk.
Za hlia yang sedang membisu kerana
tangannya masih digenggam terpaksa memikirkan cadangan
Tengku Badariah.Dia telah mengambil cuti selama empat
hari.Kini baru sehari dia menjalani kehidupan berkeluarga di
villa itu tetapi setiap waktu benar-benar membuatkannya
sesak.
Hendak terima atau tidak?Jika dia
terima ajakan itu, dia risau emak mentuanya akan bertanya
pelbagai soalan dan dia takut terlepas cakap tentang
perkahwinan mereka.
Jika tidak terima, dia akan lebih
terseksa menghadapi Tengku Syahran di mana-mana sudut
villa itu, apatah lagi di dalam bilik.Itu pun baru hari ini,
belum esok.Belum lusa.Pasti membosankan!
“Alia tak kisah.Kalau mak nak ajak,
tanyalah abang dulu.Alia kan hak dia.”
Pandai sungguh Zahlia berkata-
kata.Tengku Syahran terkejut.Beraninya dia nak keluar
dengan mak aku.Tiba-tiba mak aku korek rahsia perkahwinan
ni, apa kau nak jawab? Tak pasal-pasal heboh satu
Malaysia.Perkahwinan anak Tengku Ismail sebenarnya
disertai surat perjanjian! Mampus aku! Hatinya merintih.
Tengku Badariah pula tersenyum
senang hati.Jawapan Zahlia melegakan hatinya.Dia
menjeling suaminya yang hanya mampu menggeleng.
“Boleh, Syah? Mak nak keluar dengan
isteri kamu sekejap?” pinta emaknya.
Nak bagi tak? Dia kan isteri aku?
Kalau aku tak bagi, mak tak boleh nak cakap apa.Lagipun
baru kahwin semalam.Betul jugak cakap ayah, nak bermesra
dengan isteri pun belum puas lagi.Perempuan ni pun
satu.Duduk aje la kat rumah.Bukan aku nak ganggu dia
pun.Yang semalam tu, bukannya aku sengaja.Sekadar
mengusik pun sampai terjerit-jerit.Nasib baik rumah ni,
rumah batu… kalau tak?
“Syah!” lamunannya terhenti.
“Hmmm… boleh! Tapi…”
“Tapi apa?”
Zahlia memandang Tengku
Syahran.Dia berasa lega suaminya memberi keizinan.Tidak
salah jika dia mahu mengenali hati budi emak mentuanya
itu.Dan yang paling penting, dia boleh melarikan diri dari
perangai Tengku Syahran yang menyakitkan hati.Terbayang
peristiwa semalam.Hampir-hampir dirinya membiarkan
perlakuan lelaki itu.
“Syah pun kena ikut!”
Zahlia tercengang.Runtuh
harapannya.Menghadap dia lagikah? Gerutu hatinya.Tengku
Badariah pula membisu.Diam-diam dia pun turut setuju.
“Em, boleh jugak! Kita naik kereta
Alia.Mak pun nak keluar dengan anak menantu mak yang
baru kahwin ni.”
Zahlia tersentak lagi.Dengan pantas
tangannya yang erat digenggam oleh lelaki itu, ditarik
kasar.Tanda protes.Zahlia sakit hati apabila Tengku Syahran
buat tidak reti.Dia hanya mendiamkan diri sambil menikmati
sarapan dengan hati yang sebal.
Bab 7
T
ENGKU BADARIAH, Tengku Syahran dan Zahlia malangkah
masuk ke Mines Shopping Fair lewat tengah hari itu.Zahlia
tidak banyak bercakap.Sepatah ditanya, sepatah
dijawab.Sebenarnya Zahlia tidak berapa selesa berada
disamping Tengku Syahran.
“Ha, Alia! Tengok baju baby ni cantik
tak?” Tanya Tengku Badariah.
Zahlia terpana
seketika.Emak mentuanya sedang berada di sebuah kedai
pakaian bayi yang bernama Poney.Zahlia memandang
Tengku Syahran yang nampak seperti ingin ketawa.Dia
terpaksa menahan sabar.
“Ya mak, memang
cantik.Tapi, kami belum bersedia lagi mak! Kami dah bincang
semalam, Alia kata dia tak mahu anak lagi,” ujar Tengku
Syahran selamba.
Zahlia menjegilkan matanya
ke arah Tengku Syahran.Mengetap bibir tanda geram.Merah
padam terasa wajahnya kerana dimalukan begitu di hadapan
emak mentuanya.
Tengku Badariah memandang
Zahlia.Meminta kepastian.Semalam, dua-dua kata tak
kisah.Hari ni, ada pulak alasannya.Lambat lagilah aku nak
timang cucu? Detik hatinya.
“Mak jangan dengar cakap
abang tu.Dia tu nak menuduh aje.Depan mak, bukan main
lagi.Padahal dia yang kata bila ada anak nanti susah nak
berdua-duaan.Nak bermanja-manja! Malas Alia nak lawan
cakap dia lagi.” Zahlia melawan kata.
Kini giliran Tengku Syahran
pula menjegilkan mata.Jaga kau! Nak kenakan aku pulak!
“Mana satu yang betul ni?
Siapa yang tak mahu anak?” tanya Tengku Badariah.
Zahlia dan Tengku Syahran
berpandangan.Kemudian masing-masing menunjuk sesama
sendiri.Tengku Badariah memandang kedua-dua anak
menantunya bergilir-gilir.
“Kau berdua ni, patut sedar
yang anak adalah pembawa rezeki.Bertambahnya anak,
bertambahlah rezeki.Itu pun kamu berdua nak sekat-
sekat.Bukannya susah, kalau ada anak nanti, kamu
tinggalkan aje pada mak bila nak berdua-duaan.Mak kan
ada! Boleh jaga,” nasihat Tengku Badariah.
Zahlia terdiam kerana terasa
bersalah akibat berbohong tadi.Emak mentuanya
bersungguh-sungguh mahukan cucu lelaki.Kasihan kalau
Tengku Syahran tidak mencari calon secepat mungkin untuk
melahirkan zuriat lelaki.Aku?Tak mungkin! Aku tak pernah
sayangkan dia dan tak mungkin itu berlaku.Lelaki macam ni
nak aku jadikan suami? Tak sanggup!
“Yalah mak! Sebenarnya Alia
yang tak mahu lagi.Kami nak tunggu kedudukan rumah
tangga stabil dulu.Baru fikirkan tentang anak.Kan bang?”
Zahlia akhirnya mengalah.
Tengku Syahran terkejut kerana
tidak sangka Zahlia sudi mengalah.Kali pertama Tengku
Syahran bertemu dengan perempuan yang tidak suka
membalas kata-katanya dengan perbalahan yang panjang.
Zahlia tidak seperti
Nazirah.Sungguh berbeza! Nazirah pantang dicabar,
pastinya disahut.Zahlia pula hanya sedikit rasa
tercabar.Akan mengalah apabila dia rasa bersalah.
Keberanian Nazirah dalam
segala hal telah mengikat hati Tengku Syahran.Nazirah
adalah segala-galanya.Pakaian gadis itu memang mengikut
perkembangan semasa.Tudung yang dipakai, ikut citarasa
terkini.Kelembutan tetap ada walaupun nampak lincah dan
bersahaja.
N azirah! Sayang sekali gadis itu
telah tiada.Dan kesannya hinggalah ke hari ini wajah itu
terpahat di hati Tengku Syahran.Dia merana akibat peristiwa
itu.Terasa sekejap perhubungannya dengan Nazirah.Padahal
sudah hampir lima tahun mereka bersama.Memang telah
tersurat gadis itu pergi dahulu menyahut seruan Illahi.
“Ni, kenapa tiba-tiba senyap?”
tegur Tengku Badariah mematikan memori lamanya.
Kelihatan Tengku Badariah dan
Zahlia sedang ketawa.Tengku Syahran hanya menggaru-
garukan kepalanya yang tidak gatal.Bayangan Nazirah telah
hilang.Teringat Zahlia yang sudah menjadi isterinya.Dia akan
cuba mengelak dari jatuh cinta pada wanita itu.Nazirah
masih terpahat utuh dalam jiwa.Tiada insan lain.
Mungkin dia hampir tewas
malam tadi tetapi hatinya tidak pernah terlintas untuk
menyayangi mana-mana wanita lain selepas Nazirah.Tengku
Syahran akui Zahlia berjaya menggugat nafsu lelakinya
semalam.Dan Tengku Syahran sendiri tidak pernah lupa jika
seorang lelaki dan permpuan duduk berdua-duaan, yang
ketiga adalah syaitan.
Tengku Syahran seorang
lelaki.Dia gagal menyekat keinginan lelakinya terhadap
seorang wanita tambah-tambah lagi Zahlia adalah
perempuan pertama yang tidur bersama di bilik itu walaupun
di tempat yang berbeza.
“Syah, mak dah haus ni.Jomlah
pergi basahkan tekak.” Lamunan Tengku Syahran melayang
lagi.
Tengku Syahran mengangguk.
“Marilah.Kita ke Food Court kat
sebelah sana,” ajak Tengku Syahran.
Mereka berjalan bersama menuju
ke bahagian yang telah dikhaskan untuk ruang
makan.Setelah memesan minuman, Tengku Syahran datang
membawa dulang yang berisi minuman itu ke meja yang
telah dipilih oleh Tengku Badariah dan Zahlia.
“Emm… leganya tekak ni.Haus
benar,” ujar Tengku Badariah sambil meletakkan cawan
kertas itu di atas meja.
Zahlia tersenyum.Turut menyedut
minuman ringan di hadapannya.
“Dalam persatuan mak tu,
selalunya aktiviti apa yang mereka jalankan untuk kaum
wanita?” soalan Zahlia kedengaran.
Tengku Syahran hanya diam.Sudah
dapat meneka tajuk perbualan kedua-dua wanita itu sering
diselangi gelak ketawa sejak tadi.
“Banyak.Ada macam-macam
pertandingan.Kadang-kadang kami buat lawatan.Biasanya
bergantung pada persetujuan ahli jugak,” jawab Tengku
Badariah sambil memandang wajah menantunya itu.
Cantik dia ni! Puji hati kecil Tengku
Badariah.Matanya itu kemudian beralih pada anak mata
Zahlia yang disedari ada tarikan di situ.Warna anak mata
coklat cair itu seperti pernah dilihat sebelum ini.Tengku
Badariah tidak tahu di mana.
“Ohh… kiranya mak ni aktif jugak
lah ya? Dulu abang pernah cerita sikit aje tentang mak.”
Zahlia mengerling wajah Tengku Syahran yang tidak
mengikuti perbualan yang digembar-gemburkan.Lelaki itu
hanya diam.
“Alah… penolong setiausaha aje,”
ringkas Tengku Badariah menjawab.
Mata Tengku Syahran mula meliar ke ruang
makan.Fikirannya tidak tertumpu apa-apa yang
dibualkan.Dia malas mahu mencampuri urusan emaknya itu.
“Syah, kamu ni kenapa? Diam dari
tadi?” Tengku Badariah menegur anaknya yang tidak banyak
bercakap sejak tadi.
“E hh, tak adalah mak! Syah okey.Tak
tau nak cakap apa.Yalah, perempuan kalau bertemu
perempuan, lelaki yang seorang kalahlah.”
Zahlia tergelak kecil.Dia hampir
terlupa dengan kehadiran Tengku Syahran di sisinya.Dia
terlalu seronok menanyakan hal-hal persatuan Tengku
Badariah.Zahlia mula tertarik dengan wanita itu.Kewujudan
Tengku Syahran terus dilupakan.Jika Tengku Badariah tak
tegur tadi, pasti Tengku Syahran telah dianggap tidak pernah
ada ketika itu.
“Alah mak… lelaki kalau senyap aje
tu, jangan dianggap tak ada apa-apa.Tambah-tambah lagi
bila mata gatalnya meliar tak tentu arah.Entah apa yang
dilihatnya,” ucap Zahlia berbaur marah.
Sengaja dia bertindak begitu kerana
mahu lakonannya berkesan.Jauh di sudut hati, dia bersimpati
pada Tengku Badariah.Tidak langsung dapat mengesan
perkahwinan yang diadakan secara tergesa-gesa itu
sebenarnya merupakan satu muslihat.
Sudah tiga bulan dia mengenali
Tengku Syahran sejak kemalangan itu dan hampir dua hari
sudah dia bergelar isteri kepada lelaki yang tidak pernah
dicintai.
Zahlia menjeling seketika kepada
Tengku Syahran.Entah mampu atau tidak dia mengharungi
hidup bersamanya tanpa melanggar surat perjanjian.Ya
ALLAH! Minta dijauhkan hal-hal yang menakutkan.Bisik hati
kecil Zahlia.
Tengku Badariah ketawa kecil apabila
mendengar ayat yang diucapkan Zahlia seterusnya
mematikan lamunan menantunya itu.Tengku Syahran pula
hanya terkulat-kulat.
“Kamu berdua ni tak mahu
merancang pergi honeymoon ke?” soalan Tengku Badariah
membuatkan Tengku Syahran dan Zahlia tergamam.
Mereka berpandangan sesama
sendiri.Kelu lidah masing-masing untuk berkata.Tengku
Badariah sedang menanti jawapan.Wajah anak menantu itu
ditatapi bergilir-gilir.
“Tak tau lagi mak.Syah dengan Alia
belum fikirkan.Lagipun lusa kami dah start kerja! Nak pergi
honeymoon pun tak sempat,” jawab Tengku Syahran
tenang.Tangan Zahlia mula dicapai dan digenggamnya
kemas di bawah meja.
Zahlia tetap diam.Tengku Badariah
pula kurang setuju dengan jawapan itu.Berkerut-kerut
dahinya memandang mereka.
“Kenapa cepat sangat nak kerja? Kamu
berdua tak minta cuti panjangkah Syah, Alia?” tanya Tengku
Badariah.
“Kami sibuklah mak! Syah kena
uruskan projek terbaru syarikat.Alia pulak kena uruskan
program terbaru untuk anak-anak yatim tu,” ujar Tengku
Syahran selamba.
Tengku Syahran hanya tahu sedikit
tentang rancangan Zahlia itu sebelum mereka
berkahwin.Zahlia ada memberitahunya yang dia perlu
menguruskan program untuk anak-anak yatim selepas tarikh
mereka berkahwin.Disebabkan itu, masing-masing hanya
memohon cuti selama empat hari sahaja.
Tengku Syahran tidak pernah tahu di
mana Zahlia bekerja.Dia hanya tahu Zahlia mengajar anak-
anak yatim di sebuah rumah kebajikan.Nama tempat itu
langsung tidak diketahui.Latar belakang Zahlia juga tidak
pernah diselidiki.Zahlia hanya pernah menceritakan sekali
imbas tentang hidupnya yang sebatang kara.Tiada ibu bapa
dan tinggal dengan keluarga angkat sejak berumur lima
tahun.
Zahlia juga pernah berkata yang dia
ditemui di tengah-tengah semak sewaktu kecil.Itu sahaja
yang Tengku Syahran tahu.Tidak langsung mahu ditanya
sama ada wanita itu ada apa-apa kelulusan dalam pelajaran,
belajar di takat mana, pernah memasuki universiti atau tidak
dan bermacam-macam lagi yang kini menjadi tanda tanya
dalam benaknya.
“Kamu berdua kan baru
berkahwin.Takkan tak teringin berbulan madu seperti orang
lain?” pertanyaan Tengku Badariah mengembalikan fikiran
Tengku Syahran ke alam realiti.
“Mak, kalau nak berbulan madu, tak
payah nak pergi jauh-jauh.Dalam bilik pun boleh jugak,
kan?” ujar Tengku Syahran.
Wajah Zahlia merona merah.Direntap
terus tangannya yang berada di bawah meja.Dia nampak
Tengku Syahran sedang senyum mengejek.Kurang ajar! Dah
gatal sangat agaknya, gumam Zahlia.
“Hisy… mangarut sungguh budak
ni.Kita cakap betul-betul, dia main-main pulak!” marah
Tengku Badariah.
“Memanglah abang ni.Merepek-repek
aje.Ada cakap macam tu depan mak.” Zahlia cuba bertenang
sedangkan hatinya hanya ALLAH sahaja yang tahu.
Tengku Syahran ketawa berdekah-
dekah.
“Betulkan apa yang abang cakap? Tak
payah nak pergi jauh-jauh.Lebih afdal dalam rumah sendiri.”
Tengku Syahran masih mengusik Zahlia.
Zahlia terus membisu.
“Dahlah tu.Jom kita balik.Kamu ni Syah
tak habis-habis nak mengusik Alia.Kasihan mak tengok.”
Tengku Badariah mencelah apabila melihat wajah Zahlia
yang mula berubah.
“Marilah.Zohor pun dah nak habis ni,”
ajak Tengku Syahran sambil melirik jam tangannya.
“Baik kita singgah masjid dulu.Lepas
bersolat, baru kita balik,” cadang Tengku Badariah sambil
memandang Zahlia yang masih terdiam.
Tengku Syahran mengangguk.Mereka
kemudian beredar.

Bab 8

T
ENGKU SYAHRAN mula bekerja hari ini setelah empat hari
bercuti.Awal pagi lagi dia sudah sampai di Neraca
Holdings.Walaupun empat hari bercuti, rasanya macam
seminggu.Apa tidaknya, perkahwinan yang tak
dirancang.Tentu bosan.
“Assalamualaikum… Encik
Syahran,” sapa Yani lembut.
Gadis yang kecil molek itu tersenyum manis menyambut
kedatangan majikannya pada pagi itu.Tengku Syahran
membalas senyuman setiausahanya seperti biasa.
“Ada appointment untuk
saya pada hari ini?” tanya Tengku Syahran sedikit ceria.
Tidak tahu mengapa dia
berasa segar sekali hari ini.Mungkin hari ini adalah hari
pertama dia bersolat secara berjemaah dengan
isterinya.Selama ini, dia tidak pernah menjadi
imam.Zahlialah orang pertama.
“Happy aje Encik Syahran!
Ada apa-apa ke?” tegur Yani membuatkan Tengku Syahran
ketawa kecil.
Seti ausahanya itu memang
pandai mengambil hati.Buat kerja pun jarang ada yang silap.
“Saya tanya awak soalan itu
ke?” berbaur gurauan kata-kata Tengku Syahran.
Yani tersenyum
simpul.Menyedari kesilapannya.
“Maaf Encik Syahran!
Emm… hari ini Encik Syahran ada appointment dengan Encik
Adli,” ucap Yani sambil meneliti kalendar rancangan yang
dikhaskan untuk temujanji Tengku Syahran.
Tengku Syahran
mengerutkan dahi.Segera melepaskan pandangan pada
pintu bilik Adli tidak jauh dari situ.Adli temannya sejak dari
sekolah lagi sehinggalah ke universiti dan kini menjadi
pembantu dalam perniagaannya.
“Apa dia mahu?”
“Encik Adli ajak Encik
Syahran main boling malam nanti.Katanya kat tempat biasa
dan tempatnya dah ditempah.” Yani masih memandang
kalendar rancangan itu.
“Aikk… personal case pun
awak catatkan dalam kalendar tu?”
“Dah tugas saya Encik
Syahran.Encik Adli yang suruh saya tinggalkan pesan dan
saya sebagai setiausaha Encik Syahran hanya menurut
perintah.”
Tengku Syahran
mengangguk.Kemudian dia melangkah ke biliknya dan
melakukan kerja-kerja yang terbengkalai.Nasib baik dia tidak
mengambil cuti panjang.Jika tidak banyaklah kerjanya yang
terpaksa dibereskan.
Itu pun maknya masih sibuk
menyoalkan tentang hal berbulan madu dan menyuruh
Tengku Syahran membawa Zahlia melancong ke tempat
orang.
Hehh… tak mungkin aku nak
pergi jauh-jauh.Dalam bilik pun aku dah tak boleh nak tahan,
bila dah jauh? Apa pulak jadinya! Lagi parah…
Astaghfirullah-al-azim.
Tiba-tiba pintu bilik terbuka
luas.Tengku Syahran terkejut.Adli muncul dalam senyuman.
“Assalamualaikum,” sapa Adli.
“Hmm…
Waalaikumussalam.Kau dari mana?” soal Tengku Syahran
seraya mencampakkan pen di atas meja.
Adli terus duduk di
hadapannya.
“Aku dari bilik akulah.Mana
lagi?”
“Anis sihat?”
“Okey.Semalam aje dia tak
sedap badan.Faham-faham ajelah orang perempuan kalau
pregnant! Kau bagaimana? Sejak jadi pengantin baru ni,
bukan main lagi. Tak call aku pun masa cuti.Sibuk
berhoneymoon ke?” usik Adli dengan ketawa nakal.
“Merepeklah kau.Nothing
happen okay! Dia ke tempat lain dan aku ke tempat lain.Tak
ada persamaan,” jawab Tengku Syahran.
Adli sudah tahu tentang
perkahwinan Tengku Syahran dan juga tentang surat
perjanjian.
“Aku takut kau tak mampu
bertahan lama Syah! Dulu lagi aku dah ingatkan… Alia tu
have something yang boleh membuatkan kau layu.Jangan
sampai kau tersyok sendiri dahlah!”
“Hei, aku ingat lagi perasaan
aku tau.Tak akan ada cinta untuknya kerana Nazirah tetap
nombor satu.”
“Asyik-asyik Nazirah.Nazirah dah
tak ada Syah.Sampai bila kau nak tutup pintu hati kau tu?
Cuba bagi peluang kat diri-sendiri.”
Adli mengeluh dengan sikap
temannya itu.Nazirah juga adalah sahabatnya ketika di
universiti dahulu.Tidak sangka di waktu itu, Tengku Syahran
menaruh hati pada Nazirah.Gadis bertudung yang ligat dan
peramah itu.
“Sayangku pada Nazirah tak ada
tandingan.Alia… kau suruh gantikan tempat Nazirah? Kirim
salam ajelah.Bagi free pun aku tak ingin!” Tengku Syahran
berkata riak.
“Wehh… bagi free tak ingin
konon.Kalau dah tahu, kenapa kau ajak dia kahwin dengan
kau? Dah buang tabiat!” Adli berasa sedikit geram dengan
perangai keras kepala rakannya itu.
Pada pandangan Adli, Zahlia
adalah dunia baru Tengku Syahran.Mungkin dahulu, Nazirah
sahaja yang dia nampak.Tetapi kini, Zahlia bagaikan jelmaan
baru Nazirah dan kelihatan sempurna untuk menjadi isteri
kepada Tengku Syahran.Rupa ada!Budi bahasa kaya! Tidak
tahulah Adli apa kelebihan Nazirah pada Tengku Syahran
sehinggakan Zahlia kelihatan terlalu kecil di matanya.
“Aku kahwin dengan Alia sebab
nak elakkan diri dari Linda.Kebetulan pulak Alia perlukan
wang.Tak ada sebab lain untuk aku berkahwin dan jatuh
cinta pada dia.” Tengku Syahran menjawab.
“Kau sure ke? Entah-entah sejak
malam tu lagi… kau dengan Alia…”
“Hissyyy… cakap biar beralas
beb.Aku tak seburuk yang kau sangkakan tau? Sesuka hati
nak ambil kesempatan walaupun Alia dah jadi isteri aku yang
sah.Aku masih waraslah,Li! Nazirah adalah segala-galanya.”
Tengku Syahran berkata lagi.Dia terlupa perbuatan nakalnya
pada Zahlia sejak hari pertama wanita itu tidur di biliknya
lagi.Langsung tak ingat.
“Nazirah lagi! Eleh… dahlah.Aku
nak lihat sejauh mana kemampuan kau untuk bertahan.” Adli
seolah-olah mencabar.
Tengku Syahran ketawa kecil.
“Alright!” ujar Tengku Syahran
pendek.
“Kau dah dapat message aku
dari Yani?” Adli menukar topik.Dia sudah malas mahu
berbalah dengan teman yang memang pandai menjawab.
“Dah.Kau jadi pergi malam ni?”
“Aku sure! Kau tu aje, pengantin
baru.Aku takut Alia gari kaki kau, tak bagi keluar bilik,”
seloroh Adli memecah keheningan kamar pejabat berhawa
dingin itu.
“Yalah tu.Kita tengok kaki siapa
yang kena gari.Kau ke aku?” Tengku Syahran membalas
dengan ketawa.

“SYAH hari ni kita nak ke mana?” Nazirah bertanya sambil


duduk di sebelah Tengku Syahran.
Tengku Syahran menoleh pada
gadis yang baru sampai dan masih tercungap-cungap
itu.Bibirnya mengukir senyuman walaupun sudah 15 minit
gadis itu terlewat dari waktu yang dijanjikan.Tengku Syahran
tidak kisah.Cintanya telah mengaburi mata.Hatinya buta
untuk melayani perasaan rajuk.Nazirah terlalu baik untuk
dimarahi.Mungkin dia terlewat kerana kuliah habis lambat.
“Suka hati Irahlah.Syah tak
kisah.Bosanlah duduk kat apartment sorang-sorang.”
“Adli tak ada ke?” tanya Nazirah
lembut sambil membuka beg kecil mengeluarkan alat
soleknya.Wajahnya nampak pudar.Ingin di touch-up.
Gelagat Nazirah itu hanya
diperhatikan oleh Tengku Syahran.Lelaki itu tahu, Nazirah
memang suka bersolek.Tidak kira di mana berada, gadis itu
pandai bergaya.
“Dia ada discussion group dengan
Jeff.Esok mereka ada presentation kat tutorial,” jawab
Tengku Syahran.
Nazirah menyimpan semula alat
soleknya ke dalam beg.
“Irah sebenarnya tak ada mood
nak jalan jauh.Apa kata kalau kita duduk kat sini dan
berbual? Dah lama kita tak berbual berdua,” pinta Nazirah
seraya merenung anak mata Tengku Syahran dalam-dalam.
Anak mata Tengku Syahran yang
hitam berkilat itu telah memikat hatinya sejak kali pertama
bertentang mata.Nazirah malu mahu berterus-terang.Dia
takut Tengku Syahran tidak menyimpan perasaan
terhadapnya.Disebabkan itu, Nazirah bersikap selamba
apabila duduk bersama Tengku Syahran sehinggalah lelaki
itu sendiri yang meluahkan perasaan yang sama kepadanya.
“Kenapa kat sini aje? Syah
bosanlah hari-hari menghadap bangunan ni.Apa kata kalau
kita mencuci mata pulak,”ujar Tengku Syahran sambil
membalas renungan itu.
Kasih sayangnya suci dan tulus
sekali.Dahulu, dia pernah putus cinta tetapi cinta dahulu
hanyalah cinta monyet.Selepas berjumpa Nazirah, segala-
galanya kembali indah.Tengku Syahran sayangkan gadis
yang dikenali melalui Adli itu.Dia juga telah menyuarakan
hasrat hati untuk memiliki gadis itu apabila tamat pengajian
nanti.
“Boleh jugak.Tapi… carilah
tempat yang ada privacy sikit.Irah nak berdua aje dengan
Syah.Irah tak mahu ada sesiapa yang kacau sebab Irah takut
Irah tak dapat hidup lama.”
Tengku Syahran pantas
meletakkan jari-jemarinya di bibir Nazirah.Memberi isyarat
supaya gadis itu tidak meneruskan lagi kata-
katanya.Semenjak dua menjak ni, Nazirah sering berbicara
yang pelik-pelik.Wajahnya lebih ceria dan berseri-seri.Tengku
Syahran tidak tahu mengapa.
“I rah selalu cakap begitu.Syah tak
suka dengar.Kan kita dah janji nak hidup semati.Kalau Irah
betul-betul nak pergi, bawa Syah sekali.Kita pergi sama-
sama.” Berkobar-kobar Tengku Syahran berkata.
Nazirah hanya tersenyum
manja.Perasaan marah Tengku Syahran terus berkubur
apabila mendengar ungkapan pelik Nazirah sebentar tadi.
“Syah tahu tak, mengingati mati
ni hukumnya sunat.” Nazirah bersuara tenang.Masih
tersenyum manja.
Tengku Syahran terdiam.Kata-kata
Nazirah, membuatkan hatinya berdebar-debar.Apakah itu
satu petanda? soal Tengku Syahran dalam hati.
“Cukuplah.Jom kita pergi.Nak naik
cab ke?” Tanya Nazirah.
“Tak Syah drive.Sewa kereta,”
jawab Tengku Syahran sambil bangun.
Debaran di hati sudah reda.Tiada
lagi perasaan cemas yang mengacau fikirannya.Dia hanya
ingat cintanya pada gadis itu yang kian bertambah.Tanpa
langsung difikirkan yang hari itu adalah hari terakhir mereka
bersama.

“SYAH!” teguran itu bergema bersama satu tepukan kecil di


bahu Tengku Syahran.
Tengku Syahran tersedar.Bunyi
bola boling yang kedengaran bergolek di sana-sini terus
menyapa telinga.Adli sedang memandangnya.
“Turn kaulah,” beritahu Adli
sengaja ditekankan suaranya.
Tengku Syahran bangun untuk
membuat balingan.Adli memerhatikan gerak-geri Tengku
Syahran dengan rasa hairan.Tengku Syahran sejak tadi asyik
berkhayal.Tidak ada tumpuan langsung.Kenapa?
Tengku Syahran duduk semua di
kerusinya.Balingannya hanya menjatuhkan lima pin
sahaja.Dia tidak langsung menyedari yang dirinya sedang
diperhatikan.
“Kau tengah fikirkan apa,Syah?”
tanya Adli sambil memeluk tubuh.
“Tak ada apa-apalah.Aku
teringatkan seseorang aje,” ujar Tengku Syahran sambil
tangannya mencapai minuman dalam tin lalu diteguknya.
Adli terus membuat
balingan.Kemudian duduk di kerusi yang bertentangan
dengan Tengku Syahran.
“Pasal Alia ke?”
“Bukanlah.Buat apa aku nak
ingatkan dia? Buang masa aje.Baik aku ingatkan kau,” ujar
Tengku Syahran sambil tergelak.
Wajah Adli begitu serius.Adli
kurang senang dengan kata-kata Tengku Syahran tadi.Kalau
bukan Alia siapa?
Melihat wajah serius Adli, Tengku
Syahran mematikan ketawanya.Dia membuat balingan
terakhir untuk game kedua mereka.
Balingan yang masih tidak
memuaskan.Hari itu, nasibnya kurang baik.Jatuhan pin tiada
yang habis kesemuanya.Biasanya dialah juara.Mungkin
malam ini, Adli bakal menyandang gelaran juara yang
selama ini menjadi milik Tengku Syahran.
“Kalau bukan Alia, Nazirah?” soal
Adli.
Tengku Syahran tunduk.Rindunya
masih menggunung.Pertanyaan Adli menggamit kembali
wajah yang tidak pernah lekang dengan senyuman itu ke
mindanya.Makin lenyaplah bayangan Zahlia yang hanya
sesekali melayang ke ruang mata.
Adli tetap menanti tetapi Tengku
Syahran tidak menjawab soalan tadi.
“Kau ni tak habis-habis dengan
Nazirah.Tak tenteram rohnya.Nazirah dengan kau pun belum
ada apa-apa pertalian.Sampai bila kau nak terus mengingati
dia?” suara Adli tenang tetapi hati Tengku Syahran terguris.
Sampai hati Adli berkata
begitu.Sesungguhnya cinta Tengku Syahran kepada Nazirah
terlalu sukar untuk dilupakan.Hanya ALLAH yang Maha
Mengetahui betapa rasa cinta itu masih menyala.
“Sedarlah Syah! Kau dah kahwin
tau… kau dah kahwin! Kisah kau dengan Nazirah sudah lima
tahun berlalu.Isteri kau kat rumah tu, takkan kau nak biarkan
hubungan kau dengan Alia hambar dan hidup macam biasa.
Selama mana seorang perempuan
dengan lelaki boleh hidup sebilik tanpa ada apa-apa berlaku?
Tak mungkin, kalau pun sehari dua kau boleh bertahan,
belum tentu dalam waktu-waktu akan datang, kau dengan
Alia tak ada apa-apa! Percayalah… aku dah kaji perkara ni
sebelum kau kahwin lagi.” Adli melepaskan perasaan
geramnya yang membuak-buak.
Adli tidak marahkan Tengku
Syahran, tetapi haruslah ada batasnya.Nazirah sudah
tiada.Zahlia yang seharusnya cuba didekati.Bukan terus
berusaha agar cinta Nazirah kekal di hati.Sebaliknya
rebutlah hati Zahlia yang Adli tahu masih belum
berpunya.Bodohlah Syah, jika Zahlia dilepaskan begitu
sahaja.
“Aku masih sayangkan Nazirah.”
Lemah ucapan itu.
“Aku tahu! Tapi kau kena ingat,
Nazirah dah tak ada.Alia dah jadi isteri kau.Cubalah dekati
dia dan simpan kenangan kau dengan Nazirah.Alia tu tak
ubah macam Nazirah.Lawa… kenapalah hati kau ni buta
sangat?”
“Li, aku pernah cuba membuang
wajah Nazirah jauh-jauh.Tapi aku gagal.Setiap waktu
bayangannya tetap ada.Aku dah berusaha, Li.Malah sewaktu
aku menyuarakan cadangan aku untuk mengahwini Alia, aku
pernah jugak terfikir untuk cuba menyayangi Alia
sepertimana aku menyayangi Nazirah.Tetapi gagal.Wajah
Alia tak mampu untuk menggantikan tempat
Nazirah.Mungkin apa yang kau cakap pasal lelaki tadi
betul.Aku akui, hampir-hampir tertewas dengan perasaan
nakal aku sendiri sewaktu kali pertama aku melihat Alia tak
bertudung.Tapi entahlah…”
Tengku Syahran teringat perbuatan
nakalnya malam itu.Dia memandang Adli.Minuman ringan di
tangan diteguk lagi.Lega terasa tekaknya.Mujurlah Adli
teman yang pandai menyimpan rahsia.Jika tidak, jenuh juga
mahu mencari teman yang sudi berkongsi masalah.
“Aku tak suruh kau buang bayangan
Nazirah terus.Mengingati tak apa.Jangan lebih-lebih.Alia tu,
baik sangat.Aku tau Alia pun tak pernah cintakan kau.Tapi,
apa salahnya kalau kau buat dia jatuh cinta kat kau! Tak
semestinya bercinta sebelum berkahwin lebih bahagia
daripada bercinta selepas berkahwin.Kau boleh buktikan.Alia
tu masih solo.I think she’s the one for you,” pujuk Adli
perlahan.
Tengku Syahran terdiam.
“Aku dengan dia dah berjanji.Dia ada
syarat dan aku pun ada syarat.Kami tak boleh jatuh cinta.”
“ Syarat untuk melarang kau dengan
Alia bercinta ada ke? Kau jangan nak temberanglah Syah!
Aku baca perjanjian tu tau!” Adli mencelah.
Tengku Syahran terdiam.Mengiakan
kata-kata Adli di dalam hati.Dia tidak mahu bersuara secara
terang.Lagipun dia sendiri sudah melanggar perjanjian itu
sejak hari pertama lagi kerana berani mengusik wanita
itu.Dan Zahlia pun apa kurangnya, tidak menggunakan
panggilan yang termaktub dalam syarat pun.
“Kenapa senyap? Betul tak aku
cakap tak ada?”
“Memanglah tak ada.Tapi aku takut
bila dah separuh mati bercinta, tiba-tiba kena berpisah.Lagi
parah.Aku merana dua kali.Alia? Sekali aje tau!”
“Alah… bila dah jatuh cinta takkan
ada rintangan yang menghalang.Kalau kena berpisah pun,
rujuklah balik.Apa yang susah?Lagipun hal ni hanya aku dan
Anis sahaja yang tahu.Kalau kau dengan Alia tak heboh pada
sesiapa, insyaALLAH segalanya beres.” Bersungguh-sungguh
Adli memberikan pendapat.
Tengku Syahran merenung Adli yang
sedang mencapai minuman tin yang masih belum
dibuka.Selepas penutup itu ditarik, Adli meneguk perlahan-
lahan.
“Aku…”
“Dahlah tu.Fikirkan hal ini
kemudian.Aku yakin… kau dengan Alia sepadan.Mintalah
petunjuk ALLAH, mana tau memang Alia jodoh kau.”
“Nampaknya hari ini aku kalahlah
Li.” Tengku Syahran memerhatikan skrin markah di
tepinya.Adli tersengih.
“Itulah.Biasanya kaulah juara.Hari
ni biar aku pulak yang menang.”
“Kau nak aku buat apa ni?”
Adli terdiam.Mencari jawapan
kepada pertanyaan Tengku Syahran.
“Belanja makan ajelah.”
“Jom…”
Mereka berjalan keluar dari pusat
boling itu.
“Haa… esok malam datang rumah
aku! Ajak Zahlia sekali.Anis yang beria-ia nak berkenalan
dengan Alia.Kau mesti datang… kalau tak? Nahas!” bagaikan
satu ugutan Adli berkata.
Tengku Syahran menjegilkan biji
mata.
“Wah, kau ugut aku ya?”
“Lebih kuranglah.”
Tengku Syahran ketawa kecil.
“InsyaALLAH.Nanti aku tanya Alia
dulu.”
“Lepas Maghrib tau!”
“Okey.”
Bab 9
Z
AHLIA melihat jam di dinding.Sudah pukul 5.30 petang.Pagi
tadi, Tengku Syahran ada memberitahu tentang pelawaan
Adli.Hendak ditolak, Zahlia tidak sampai hati apabila
terbayang Anissa yang sedang berbadan dua dan beria-ia
mahu berkenalan rapat dengannya.Dengan pantas Zahlia
mengemas buku-buku latihan yang berselerak di atas meja.
Sebelum kahwin, Zahlia pernah berjumpa
dengan Anissa sewaktu mahu menandatangani perjanjian
perkahwinan.Selepas itu, semasa hari perkahwinannya dan
kini malam ini dia kan bertemu lagi dengan Anissa.
Sebaik saja Zahlia habis berkemas,
Fatimah masuk ke bilik guru dengan membawa buku-buku
latihan kelasnya.Fatimah memandang Zahlia sebelum
mengalihkan pandangan pada jam di dinding.
“Hai Alia, tergesa-gesa nampak!
Kau nak ke mana?” tegur Fatimah sambil meletakkan buku-
buku latihan tadi di atas meja.
Zahlia menyangkut beg tangan ke
bahu.Dia bergerak ke meja Fatimah.Fatimah sudah tahu
berkenaan perkahwinannya.Zahlia sendiri yang berterus-
terang.
“Aku ada hal dengan Syah.Dia ajak
aku ke rumah kawan dia malam ni,” beritahu Zahlia lembut.
Fatimah mengangguk.Matanya
merenung anak mata Zahlia seketika.Fatimah suka benar
merenung anak mata Zahlia yang jarang-jarang
dijumpai.Cantik dan menawan.Memang sesuai untuk mata
yang bulat dan bundar beserta alis mata yang cantik
terukir.Mata kau memang cantik Alia! Pujinya dalam hati.
“Kenapa pandang aku macam tu?”
soal Zahlia.
Fatimah hanya menggeleng.
“Rajin pulak kau nak pergi? Kalau
aku,dahlah kahwin pun cara macam ni.Tak pernah sayang-
menyayangi.Lepas tu,nak menghadap muka dia… baik
lupakan.Tapi, kau tu tak apalah.Nak menghadap muka suami
kau sepanjang masa pun tak kisah.Sejuk mata turun ke
hati.”
Kata-kata Fatimah menimbulkan
persoalan dalam benak Zahlia.Dia membalas pandangan
temannya itu.
“Mengapa kau cakap macam tu?
Maksud aku… sejuk mata turun ke hati?”
“Laki kau tu… handsome, kacak,
tampan apalagi kau nak? Kerabat diraja lagi, kalau aku
dapat, jangan guna kontrak, kalau dia paksa kahwin pun aku
rela.”
Zahlia tergelak.Kata-kata Fatimah
tidak pernah difikirkan langsung.Dia berkahwin dengan
Tengku Syahran pun bersebab.Sebab yang tiada pada
pasangan lain.Mana mungkin dia jatuh cinta pada lelaki yang
hanya dikenali seminggu.
Zahlia teringat sewaktu dia
terkocoh-kocoh hendak ke hospital melawat Razif.Tiba-tiba
dia terlibat dengan kemalangan kecil.Kemudian, tanpa
diduga dia mengambil keputusan untuk berkahwin dengan
Tengku Syahran.Tidak terfikir langsung oleh mindanya akan
timbul masalah yang mendatang.
“Wehh, kau dengar tak apa yang
aku cakap ni?” Fatimah mengawang-awangkan tangan di
hadapan muka Zahlia.
Zahlia tersenyum.Terlupa yang
Fatimah masih berada di situ.Zahlia pandang ke arah jam
tangannya lagi.
“Aku nak balik dululah Imah.Dah
dekat pukul 6.00 ni.Takut Syah sampai rumah dululah.Aku
nak berebut bilik air ni!”
“Laa… itu ke sebabnya kau
tergesa-gesa?”
Zahlia tersengih dan
mengangguk.
“Syah kalau mandi mengalahkan
orang perempuan.Baik aku masuk bilik air dulu.Asar pun dah
nak habis ni.Okeylah ya? Assalamualaikum.”
Fatimah menjawab salam
Zahlia.Matanya menyorot memandang kelibat Zahlia yang
semakin menghilang.Dia mengukir senyuman di cermin
tingkap apabila kereta Zahlia bergerak pergi.Zahlia memang
sesuai dengan Tengku Syahran, fikir Fatimah.

ZAHLIA membantu Anissa menyediakan hidangan di atas


meja.Ketika dia dan Tengku Syahran sampai di rumah Adli,
Anissa masih sibuk memasak di dapur.Nampak kelam kabut
wanita yang sedang mengandung itu menguruskan
hidangan.
“Saya pesan pada Adli, suruh
beritahu lepas Isyak, tapi dia terlupa dan kata lepas
Maghrib.Tak sempat nak siapkan semuanya,” ujar Anissa
sambil mengacau kuah kari untuk hidangan nasi beriani
malam itu.
Zahlia hanya tersenyum sambil
menyusun empat biji gelas di atas dulang.Kemudian, dia
membantu Anissa membancuh air sarsi ke dalam jag.
“Tak apalah Anis, datang awal pun
apa salahnya? Dapat jugak menolong.Anis kan dah sarat, tak
penatkah ke hulu ke hilir dengan perut memboyot tu?” tanya
Zahlia.
Anissa hanya ketawa kecil.
“Penat tak penat, memang kerja
orang perempuan.Sebab itulah Syurga terletak di bawah
tapak kaki ibu sebab penghormatan seorang ibu tiga kali
ganda dari seorang ayah.Masa mengandung nilah baru kita
sedar betapa banyaknya dosa kita pada ibu bapa kita dulu,”
ujar Anissa.
Anissa teringatkan zaman
remajanya yang terlalu sosial.Mujurlah dia berjumpa dengan
Adli yang telah menyedarkannya tentang kehidupan.Jika
tidak, pasti dia sudah terlajak jauh.
“Saya pun teringin jugak nak timang
anak sendiri.Tapi, perkara tu tak mungkin berlaku dalam
perkahwinan ni.”
“Beritahulah pada Syah.Mana tahu
bila Alia pregnant, kamu berdua boleh jatuh cinta seterusnya
menerbitkan perasaan sayang.”
“Ehh, tak mahulah.Saya bukan
mahukan anak dari Syah.Tapi, dengan lelaki yang saya
cintai.Bukan Syah… mungkin lelaki lain.Kami berkahwin,
bukan atas kehendak perasaan.Tapi, keadaan yang
memaksa kami.Anis kena faham.”
Zahlia sudah melangkah menuju ke
pintu dapur.Tetapi langkahnya terhenti sebelum sempat dia
menerpa ke luar apabila dia dapat menangkap perbualan
Tengku Syahran dan Adli di ruang tamu.
“Aku dah cuba Li.Semalam, senyap-
senyap aku dekati dia.Tapi, dia tu bosanlah.Depan famili aku
bolehlah dia control perangai dia.Bila duduk dalam bilik,
kalau bukan aku yang bersuara,alamatnya macam dalam
penjaralah bilik tu.
Suara dia susah sangat aku nak
dengar.Bengang aku… perempuan macam tu kau nak aku
jatuh cinta? Tengoklah tadi, datang rumah kau pun nak kena
naik kereta dia.Mengada-ngada! Aku boleh jadi gila macam
ni!” Suara Tengku Syahran begitu yakin tanpa menyedari
setiap kata-katanya mengguris perasaan Zahlia.
“Syah, cakaplah perlahan-lahan
sikit.Dia ada kat dapur tu! Nanti dia dengar… nahas kau.”
“Biar dia dengar.Tension aku.Entah
bilalah segala-galanya nak selesai.”
“Dulu kau yang beria-ia mahu dia
kahwin dengan kau! Bila kau dah lepas dari Linda, kau cakap
benda yang merepek-repek pulak.Patutnya kau berterima
kasih Syah.Bukan mengutuk!”
“Aku tak pernah fikir pun hal tu.”
“Fikirkanlah.Try lagi dekati dia.”
Suara Adli semakin jelas.
Zahlia terasa kakinya lemah di
situ.Sampai begitu sekalikah perasaan benci Tengku Syahran
terhadapnya.Patutlah semalam, kelakuan lelaki itu pelik
sekali.Bercakap menggunakan nada suara yang
meremangkan bulu tengkuk.Zahlia pula hanya menjawab
setiap pertanyaan dengan suaranya yang selamba dan
bersahaja.Rupa-rupanya itu muslihat lelaki itu mahu
mendekatinya.
Zahlia sudah berkecil hati.Wajahnya
terpancar sinar kemurungan.Perlahan-lahan dia melangkah
ke ruang tamu.
S uasana menjadi hening.Perbualan
Adli dan Tengku Syahran terhenti dengan sendiri.Zahlia tahu
mengapa ia berlaku.Selepas menuang air, Zahlia berlalu ke
dapur semula.Tanpa sedar ada titisan jernih mengalir ke
pipi.Kegirangan hatinya telah berlalu pergi.
Kata-kata Tengku Syahran yang
masih jelas telah membuka matanya tentang status dan
harga dirinya di mata lelaki itu.Dia mula sedar,Tengku
Syahran bukan haknya.Masih belum terlambat untuknya
mengawal perasaan dari jatuh cinta pada lelaki itu.Zahlia
yakin kini, lelaki yang datang dalam mimpinya dahulu pasti
bukan Tengku Syahran.Habis, siapa? Gerak gaya dan tingkah
laku kelihatan seperti Tengku Syahran.
Tapi, ucapan Tengku Syahran tadi
telah membuatkan Zahlia pasrah.Jodohnya belum
sampai.Mungkin ada yang lebih baik sedang menanti.
“Alia, jomlah ke depan.Semua dah
settle.Tinggal nak makan aje.” Anissa menyentuh tangan
Zahlia.Dia pelik dengan kebisuan Zahlia tiba-tiba.
Zahlia mengangguk dan menuruti
langkah Anissa.

DI DALAM perjalanan pulang, Zahlia menyepi.Dia lebih


selesa menumpukan perhatian melihat lampu-lampu di tepi
jalan.Malam ini nampak gelap.Tiada bintang-bintang yang
berkelipan di langit.Nampak kelam dan murung seperti
memahami keadaan hatinya saat itu.
Tengku Syahran yang memandu
kereta Proton Wira turut membisu.Tidak tahu tajuk apa yang
hendak dibualkan.Lelaki itu kelihatan selamba dan seolah-
olah tidak terbit perasaan bersalah dalam diri kerana telah
berkata sesuatu yang mengguris perasaan Zahlia.
Entah-entah kat pejabat, lagi teruk
dia mengata aku.Zahlia terus melayani perasaannya.Tiba-
tiba Zahlia terasa tangannya diramas lembut.Zahlia
terkejut.Dia menoleh dan mendapati tangan Tengku Syahran
sedang melekat kemas di tangannya.Zahlia naik berang.Dia
tahu itu satu muslihat.Sepantas kilat Zahlia menarik
tangannya.Dahlah mengata aku, ada hati nak pegang-
pegang pulak, gomelnya di dalam hati.
“Apa awak buat ni? Dah lupa
syarat perjanjian kita?” marah Zahlia tanpa memandang
Tengku Syahran.
Tengku Syahran tersenyum
sinis.Zahlia memang pantang diusik begitu.Tengku Syahran
sudah faham benar dengan perangai Zahlia sejak hari
pertama lagi.Disebabkan itu Tengku Syahran suka
mengambil peluang bila dia dan Zahlia di hadapan
keluarga.Dipeluknya pinggang wanita itu sesuka
hatinya.Atas nasihat Adli, Tengku Syahran cuba mendekati
Zahlia.Mungkin masa itu adalah waktu yang sesuai.
Tengku Syahran mencapai tangan
Zahlia sekali lagi.Didekatkan ke bibirnya tetapi belum
sempat dia mencium tangan itu, Zahlia sudah menarik
tangannya.
“E h, jangan nak menggatal. Kawal
diri tu sikit!” marah Zahlia dengan nada yang agak kuat.
Tengku Syahran
terkaku.Kemarahan Zahlia membuatkan dia tidak jadi mahu
meneruskan perbuatannya.
“Eleh… nak pegang sikit pun tak
boleh.Bukannya nak buat apa!” Tengku Syahran menjawab
perlahan tetapi dapat didengar oleh telinga Zahlia.
“Dengar sini Syah.Saya bukan
perempuan murahan yang awak boleh usik sesuka hati.Kita
tak pernah bercinta.Saya sedar siapa diri saya.Jangan sebab
saya anak yatim, awak ingat awak boleh ambil
kesempatan.Peluk sana… peluk sini… bila di belakang,
mengata ikut sedap mulut,” rungut Zahlia.
Tengku Syahran mengerutkan
dahi.Tidak faham dengan ayat Zahlia.Tengku Syahran
teringatkan perbualannya dengan Adli tadi.Dia sudah
dengarkah?
Tengku Syahran ingin bertanya
lagi tetapi lidahnya kelu.Akhirnya, dia mengambil keputusan
untuk terus membisu sehingga sampai di Villa Sakura.
Bab 10
S
UDAH sebulan Zahlia tinggal di Villa Sakura.Hari ini hari
Ahad, Zahlia tidak bekerja.Selepas solat Subuh, Zahlia turun
ke tingkat bawah.Niat di hati hendak terus melangkah ke
dapur tetapi tidak jadi apabila Tengku Hafizah memanggilnya
ke ruang tamu.
“Kenapa Fiza?” tanya Zahlia lalu duduk di
kerusi berhadapan Fiza yang sedang bersila di hadapan
meja.Buku-buku pelajaran Tengku Hafizah bersepah di sana-
sini.
“Akak pernah belajar subjek
accounting tak? Fiza tak fahamlah.”
Zahlia terdiam.Sejak bekerja di
Sinar Iram, dia tidak pernah mengingati ijazah yang ada
dalam simpanannya.Semuanya dilupakan demi kasih
sayangnya pada anak-anak yatim.Zahlia sanggup
melupakan ijazah perakaunan itu demi membantu rumah
kebajikan yang pernah menjadi tempat tinggalnya suatu
ketika dahulu.
“Fiza tak faham pasal belanja
angkutan ni.Apa bezanya angkutan masuk dengan angkutan
keluar? Bukankah kedua-duanya satu belanja.” Tengku
Hafizah bersuara.
Zahlia turun ke ambal dan
bersimpuh bersebelahan Tengku Hafizah.Dia mula
menerangkan satu-persatu pada Tengku Hafizah.Tidak
disangka ilmu itu masih melekat di kepalanya.
Tengku Syahran yang baru
sampai di anak tangga pertama menghentikan langkah.Dia
memasang telinga dengan setiap penerangan Zahlia pada
Tengku Hafizah.Zahlia tidak langsung menyedari kehadiran
Tengku Syahran.
“Wah, pandailah Kak Alia
terangkan.Fiza dah faham sekarang.Thanks.” Tengku Hafizah
menyambung tugasannya selepas penerangan Zahlia tamat.
Zahlia tersenyum dan bangun
untuk duduk semula di atas kerusi.
“Dulu akak belajar kat mana?”
tanya Tengku Hafizah sambil meneruskan kerjanya.
“Kat UKM.Bachelor of
Accounting.” Zahlia menjawab.
Tengku Syahran terkejut
mendengarnya.Selama ini dia sendiri tidak pernah tahu yang
Zahlia juga mempunyai segulung ijazah.Dia hanya fikir
wanita itu bekerja di rumah kebajikan anak-anak yatim itu
kerana tiada kelulusan.Malah nama tempat kerja wanita itu
juga tidak pernah diketahui sehingga ke hari ini.
“Wow, angah tak pernah cerita
langsung tentang itu.Maknanya akak dah lama graduate?”
soal Tengku Hafizah.
“Adalah dalam tiga tahun.”
Tengku Hafizah memandang
Zahlia.Ketika itulah dia tersedar kewujudan abangnya di situ.
“Eh, angah! Marilah duduk kat
sini.Kita sembang-sembang,” ujar Tengku Hafizah.
Zahlia berpaling.Tengku
Syahran sedang tercegat sambil memandang Zahlia.Mungkin
menanti bibir Zahlia pula yang memanggilnya.Zahlia
mengetap bibir.Sejak peristiwa di rumah Adli dulu, dia sudah
jarang bersuara dengan suaminya itu.Bercakap hanya
waktu-waktu tertentu sahaja.
“Marilah bang.Nak sarapan pun,
belum siap lagi.” Zahlia bersuara lembut.Dia terpaksa
berlakon.Konon-kononnya kehadiran Tengku Syahran amat
dihargai.
Tengku Syahran melangkah dan
duduk di sisi Zahlia.Dia tetap cuba mendekati Zahlia atas
sokongan Adli setiap hari dan Zahlia semakin hari semakin
menjauhkan diri.Tengku Syahran tidak tahu mengapa.
Tengku Hafizah sudah
menumpukan perhatian pada kerja.Zahlia pula
membisu.Sesekali mata Tengku Syahran menjeling ke wajah
Zahlia yang kelihatan tenang.
“Mengapa angah tak cakap
yang Kak Alia pernah belajar subjek accounting? Kalau tak
dah lama Fiza jadikan Kak Alia sebagai cikgu tak rasmi Fiza.”
Tengku Hafizah bersuara sambil tangannya ligat menekan
calculator.
Tengku Syahran menjeling lagi
pada Zahlia yang sudah tertunduk malu.Zahlia tidak berani
mahu melawan pandangan mata Tengku Syahran.Perkara itu
tidak pernah diberitahu pada Tengku Syahran.
Tengku Syahran tersenyum
tiba-tiba.
“Angah malas nak heboh.Nanti
dia bangga diri pulak,” selamba Tengku Syahran menjawab.
Zahlia menyiku lengan Tengku
Syahran.Dia benci apabila Tengku Syahran mengenakan
dirinya dengan cara itu.
“Aduh, sakitnya! Sampai hati
ayang buat abang macam ni.Abang cakap apa yang
betul.Ayang tu bukan boleh dipuji lebih-lebih, nanti
terkembang sendiri.Lepas tu bangga… kemudian riak.”
Tengku Syahran tetap menyakat.
Tengku Hafizah tergelak
manakala Zahlia bertambah bengang.Zahlia beristighfar di
dalam hati.Berharap dirinya dapat bersabar dengan usikan
Tengku Syahran yang merepek-repek itu.
Pada waktu yang sama ahli
keluarga Tengku Syahran sudah turun dan bersiap-sedia
untuk bersarapan.Selepas dipanggil oleh Siti, masing-masing
mengambil tempat.Cuma Zahlia dan Tengku Syahran masih
membisu di ruang tamu.
“Kenapa tak beritahu aku
yang kau pernah belajar? Aku tak pernah tau pun,” bisik
Tengku Syahran di telinga Zahlia.
Zahlia bingkas bangun.
“Buat apa nak beritahu?
Awak tu siapa nak ambil tau semua hal saya.” Zahlia
bergerak sedikit.
“Dengar sini Alia, kau tu isteri
aku.Semua rahsia kau kena beritahu aku.Kalau aku dapat tau
apa-apa cerita tentang kau lagi.Nahas!” ugut Tengku
Syahran.
Zahlia telan air liur.Apa hal
pulak! Suka hati akulah nak rahsiakan hal aku.Penyibuk!
Tengku Syahran sudah
sampai ke meja.Zahlia tetap kaku, berdiri di ruang tamu.Dia
tersedar apabila Tengku Badariah memanggilnya ke ruang
makan.

“NERACA HOLDINGS bagaimana Syah?Projek Bayu Idaman tu


kau dah settlekan pembentangan kertas kerjanya?” tanya
Tengku Ismail sambil memandang Tengku Syahran.
Neraca Holdings adalah anak
Syarikat Seri Nilam Corporation.Dahulu Neraca Holdings
berada di bawah naungan Tengku Hakimi.Tetapi atas
permintaan Tengku Ismail, Neraca Holdings telah diserahkan
atas pengawasan Tengku Syahran dan Tengku Hakimi
diminta membantu Tengku Ismail di Seri Nilam Corporation.
“Emm… okey ayah! Tan Sri
Rahman dan hantarkan wakil untuk menguruskan projek
itu.Kami dah setuju akan mulakan kerja pembinaan bulan
depan,” jawab Tengku Syahran.
Mereka yang lain hanya diam
sambil menikmati sarapan.Tengku Badariah merengus
kecil.Dia tidak suka apabila hal-hal pejabat dibawa ke rumah
tetapi Tengku Ismail memang selalu bertanyakan hal-hal
pejabat apabila ada peluang di hadapan anak-anak.
“Habis, kau dah tengokkan
tapaknya?”
“Dah.Syah rasa strategic.Sebab
itulah boleh mulakan kerjanya awal sikit.Kalau tak, mahu dua
tiga bulan lagi kerja-kerjanya dapat dimulakan,” ujar Tengku
Syahran.
Tengku Ismail mengangguk.
“Abang ni kalau berjumpa Syah
dengan Kimi tak bersembang pasal office boleh tak? Hari-
hari minggu macam ni apa kata kalau kita sembang-
sembang hal keluarga.Ini, bila bertemu mata… kalau tak
Neraca Holdings mesti Seri Nilam Corporation abang
tu.Bosan yah,” sampuk Tengku Badariah tiba-tiba.
Tengku Ismail mengarahkan
pandangan pada Tengku Badariah.Kelakar juga mendengar
teguran isterinya itu.Tetapi sikap ambil berat Tengku Ismail
terhadap pejabat sukar disingkirkan.Memang itu sifat turun-
temurun yang diwarisi dari ayah Tengku Ismail.
“Betullah ayah.Ana pun dah
bosan dengar cerita pasal office ayah tu.Dari hari Isnin
sampai ke hari Isnin minggu yang baru.Office! Office!Office!
Boringlah.Sembanglah cerita yang lain pulak.” Tengku
Farhana mencelah.
Tengku Hakimi dan Tengku
Hafizah ketawa gelihati.Zahlia pula hanya membisu.Dia
sedang memikirkan kata-kata serius Tengku Syahran tadi.
“Baiklah… kamu nak ayah
sembang pasal apa?” soal Tengku Ismail.
Masing-masing
membisu.Sedang mencari tajuk yang sesuai untuk dibualkan
pada pagi itu.
“Haa… kita pergi bercuti nak
ayah? Cuti sekolah dah dekat ni!” Tengku Farhana membuat
cadangan.
Tengku Hafizah mencebik.Dia
tidak bersetuju dengan cadangan adiknya kerana kolejnya
masih belum bercuti apabila cuti sekolah bermula.
“Kau dah nak SPM.Sepatutnya
cuti pertengahan tahun ni kau gunakan untuk ulangkaji
pelajaran, bukannya berjalan,” marah Tengku Badariah.
Tengku Farhana menarik muka
masam.Tengku Hafizah menahan ketawa melihat adiknya
yang menarik muka masam itu.Tetapi wajah Tengku Farhana
kembali ceria.Dia mula bersuara.
“Angah! Hari itu, angah cakap nak
bawa Kak Alia pergi bercuti.Angah dah pilih tempat yang
angah nak pergi?” soal Tengku Farhana menggegarkan
jantung Zahlia.
Nak pergi bercuti? Zahlia tertanya
di dalam hati.Dia menoleh ke arah Tengku Syahran yang
sedang menghirup air milo. Tengku Syahran menoleh ke arah
Zahlia.
“Sorrylah Alia! Abang tak
beritahu tentang cadangan abang ni.Sengaja nak buat
surprise,” jawab Tengku Syahran apabila menyedari wanita
itu berkelakuan sedikit ganjil.
“Kak Alia takkan marah
angah.Mana ada perempuan yang tak suka pergi bercuti
lepas kahwin?” sampuk Tengku Hafizah.
“Betul tu.Ana sokong! Cakaplah
mana angah nak bawa Kak Alia pergi?” tanya Tengku
Farhana ingin tahu.
Tengku Syahran menoleh ke arah
Tengku Ismail dan Tengku Badariah yang juga sedang
menanti perkataan yang bakal diucapkan.Dia mencapai
tangan Zahlia yang di atas meja perlahan-lahan.
Zahlia menarik nafas yang turun
naik.Tadi suara lelaki itu serius sekali.Kini, genggaman
tangan yang amat kuat mencengkam jari-jemari Zahlia amat
menakutkan.Zahlia membatu.Tidak mampu menepis.
“Syah ingat nak ajak Alia buat
umrah dulu, mak.Lepas itu, Syah cadang nak pergi bercuti di
dalam negara aje,” ucap Tengku Syahran perlahan tepat
merenung Tengku Badariah.
“Em… eloklah tu.Mak setuju,”
jawab Tengku Badariah ringkas.
Zahlia menguis makanan di
dalam piringnya.Matanya memandang kosong makanan itu
sambil telinganya mendengar setiap perbualan yang
tercetus.Dia masih terkejut.
“Syah rasa nak pergi Pulau
Pangkor.Alia pun tak pernah pergi tempat tu.” Tengku
Syahran menjelaskan lagi.
Zahlia mengerutkan sedikit
dahinya.Mana dia tahu aku tak pernah pergi Pulau Pangkor?
Sesuka hati aje nak buat cerita! Aku pernah pergi tau…
Zahlia menjawab di dalam hati.
“Nanti! Nanti! Ana nak cakap
sikit.Kalau angah nak buat umrah, Ana setuju.Tapi, tentang
bercuti tu, kenapa tak pergi kat luar negara? Dalam negara
bila-bila masa boleh pergi,” sampuk Tengku Farhana tiba-
tiba.Tengku Hafizah mengangguk-angguk mengiakan kata-
kata adiknya.
“Yalah. Fiza pun setuju cakap
Ana.Kenapa angah tak bawa Kak Alia pergi Turkey ke, Bali ke,
Agra ke? Angah ni tak romantiklah,” marah Tengku Hafizah.
“Kamu berdua ni tak habis-habis
dari tadi.Yang nak pergi bercuti ni siapa? Angah ke kamu
berdua?” kata Tengku Syahran sambil mengeluh.Sesekali dia
melirik ke arah Zahlia yang bungkam di sisi.
“Hah, apa kata Kak Alia aje yang
pilih tempat untuk berbulan madu ni.Yalah, kita kena jugak
tanya tuan punya badan,” soal Tengku Farhana.
Zahlia telan air liur mendengar
kata-kata Tengku Farhana.
“Betul tu Alia.Kamu takkan tak
ada cadangan nak ke mana-mana?” tanya Tengku Hakimi
memandang Zahlia yang diamuk resah.
“Cakaplah.Jangan malu-
malu.Nanti pandai-pandailah Syah aturkan rancangannya,”
sambung Tengku Hakimi lagi.
Zahlia melepaskan nafas.Berada
antara ahli keluarga itu amat menyerabutkan fikiran.Zahlia
memikirkan soalan Tengku Hakimi pula.Lama dia membisu
sebelum menjawab.
“Alia ikut Syah aje along.Mana
Syah nak pergi, Alia tak bantah.Tapi, kan elok kalau pergi kat
dalam negara aje.Alia setuju jugak dengan cadangan Syah
tu,” ucapnya lambat-lambat membuatkan Tengku Syahran
tersenyum puas.Zahlia sudah pandai bertindak mengikut
keadaan dan kesepakatan.
“Tengok tu, kan angah dah cakap
Kak Alia ni mesti ikut cakap angah punya,” ujar Tengku
Syahran memandang adiknya dengan pandangan yang
sedikit berlagak.Tengku Farhana dan Tengku Hafizah
mencebik.
“Perasan, sebenarnya Kak Alia
malu nak cakap kat depan angah.Takut angah kecil hati,”
ujar Tengku Farhana.
Zahlia tersenyum
tawar.Sarapannya sudah tidak tertelan.Dia berkira-kira mahu
meninggalkan ruang makan itu.
“Okeylah, Alia dah habis makan
ni.Alia nak kemas dulu,” beritahu Zahlia tiba-tiba.
Tengku Syahran menoleh ke arah
Zahlia.Hairan seketika.Marahkah dia dengan rancangan
mengejutku ini? Ah, ini merupakan kebaikan untuk aku
berbincang dengan dia tanpa gangguan orang.Pedulikan…
Zahlia bingkas bangun.
“Maknanya Alia ikut cakap
Syah?” soal Tengku Ismail yang sejak tadi membisu.
Za hlia tersenyum kecil kemudian
mengangguk sebelum berlalu ke dapur dengan pinggan
kotornya.

Bab 11

Z
AHLIA menangis di dalam bilik.Rancangan Tengku Syahran
tadi membuatkan dia mula benci lelaki itu.Tiba-tiba pintu
bilik dibuka.Tengku Syahran melangkah masuk.Zahlia terus
memandang Tengku Syahran tanpa berkelip.Tengku Syahran
tahu yang isterinya sedang marah.
“Awak selalu begini Syah! Kenapa
awak buat rancangan tak beritahu saya dulu?” bentak Zahlia
dengan linangan air mata.
Tengku Syahran tidak
bersuara.Memang dia akui kesilapannya.Merahsiakan
perkara itu dari pengetahuan Zahlia.
“Saya tak suka cara awak Syah!
Kita boleh terlanjur.Saya tak mahu perkara tu berlaku!”
“Dengar dulu alasan aku.Jangan
nak membentak tak tentu pasal.” Tengku Syahran bersuara
dengan nada yang agak mendatar.
“Dengar apa lagi? Dulu, tak
tunaikan syarat saya! Hari ni, rancang nak pergi bercuti!
Esok, entah apa-apa pulak yang awak nak.Saya bosan tau!”
“Alia! Tentang pindah rumah tu,
bukan salah aku.Mana aku tau yang ayah tak bagi
pindah.Kalau aku tahu, tak adanya aku ajak kau berkahwin
dengan aku,” ujar Tengku Syahran dengan nada riak.Tanpa
sedikit pun mengingati rayuannya pada wanita itu dahulu.
“Oh, pandai! Masa saya tak nak
tolong awak, pandai awak merayu.Sekarang bila dah dapat,
suka-suka cakap tak tentu pasal.Awak tahu tak Syah, dalam
banyak-banyak hari yang saya lalui selama ni, waktu nilah
saya sedar yang rupa-rupanya dalam dunia ni wujud seorang
manusia yang tak kenang budi macam awak.Saya tak taulah
kenapa saya boleh bermurah hati nak tolong awak
menjayakan rancangan ni.Saya rasa bodoh sangat.” Panjang
lebar Zahlia menyuarakan kemarahannya.Biar Tengku
Syahran tahu betapa marahnya dia ketika itu.
Tengku Syahran mengeluh.Dia
teringat kembali rayuan dan pujukannya hari itu.Kata-kata
Zahlia juga ada benarnya.Tengku Syahran menyedari yang
dia memang ada mengambil kesempatan di atas peluang
yang diberi.
Tengku Syahran tidak tahu kuasa
apa yang memaksanya begitu.Sedangkan sebelum hari
pernikahan, sudah banyak dia berdoa kepada ALLAH agar
dia dapat mengawal diri ketika berdua-duaan dengan Zahlia.
Tetapi, Tengku Syahran hampir-
hampir tewas.Zahlia bagaikan mempunyai aura yang
mampu menggoyahkan nafsu lelakinya ketika duduk berdua-
duaan.Itu pun nasib baik Tengku Syahran dapat mengawal
perasaan.Jika tidak, pasti wanita itu telah jatuh ke tangannya
saat ini.
Tengku Syahran menelan air
liur.Sudah lama kalimat cinta terpadam dari kamus
hatinya.Kekecewaan cinta pertama membuatkan dia serik
untuk bercinta lagi.Nazirah hadir membawa saat manis dan
indah sekali.
Buat kedua kali, Tengku Syahran
hanyut dalam keindahan perasaan sayang yang tidak
terperi.Kelembutan dan kesopanan Nazirah telah mengikat
hati Tengku Syahran buat kesekian kali.
Dia terus ghairah mengejar
kenikmatan cinta yang baginya tiada penghujung.Tidak
terfikir yang kebahagiannya akan diragut ketika dia hampir
sampai ke puncak bahagia yang diimpikan.Tengku Syahran
ingat lagi ketika berita menyedihkan itu sampai ke
pengetahuannya.
Nazirah sudah tiada! Ayat itu
bergema-gema di telinganya.Sewaktu dia masih terlantar di
hospital akibat terlibat dalam kemalangan yang
sama.Betapa sedihnya dia.Betapa pilunya hati.Tengku
Syahran menangis teresak-esak di situ juga.
Bertahun-tahun jiwanya kosong
dan tiba-tiba Linda hadir dengan memberi janji ingin
mengubati luka di hati.Kononnya dia akan setia di sisi
menemani.Akhirnya wanita itu yang berdusta.Kini, ketika api
cintanya telah terpadam walaupun untuk sesiapa pun, dia
dipaksa berkahwin dengan Linda dan ketika itulah Zahlia
hadir di dalam hidupnya.Tanpa diduga, Zahlia bagaikan
bertanggungjawab ke atas hatinya yang ketandusan kasih
sayang yang sejati.
Tengku Syahran takut
perasaannya terjebak lagi.Demi ALLAH, sesungguhnya dia
gerun untuk menghadapi perasaan aneh itu semula.Segera
dia cuba membuang perasaan istimewa yang kini sedikit
sebanyak bagaikan mula mencambahkan benih dan
membajai hatinya.Mampukah dia?
Sebiji bantal kecil yang dicampak
di paha, memeranjatkan Tengku Syahran yang sejak tadi
mengelamun panjang.
“Saya tengah marah awak ni tau
tak? Awak boleh termenung aje?”
Wajah Zahlia mencuka.Tengku
Syahran meraup mukanya dengan tapak tangan.Beristighfar
beberapa kali minta hatinya ditenangkan.
“Aku minta maaf,” ujar Tengku
Syahran lembut.
Zahlia merengus kecil.Maaf?
Ikhlaskah ucapan dari lelaki ego sepertinya? Rungut Zahlia di
dalam hati.Tiba-tiba hatinya yang semakin membara
menjadi sejuk.Wajah Tengku Syahran ditenung
lama.Kenapalah apabila berhadapan dengan lelaki itu dia
sering tewas?
Zahlia sudah menyedari sejak
hari pertama mereka bersua lagi.Dia kalah apabila lelaki itu
beria-ia menghalangnya untuk membayar bil pembaikan
kereta Honda Prelude yang dilanggarnya.Sedangkan selama
ini Zahlia cukup pantang untuk terhutang budi dengan
sesiapa.
Kali kedua, ketika lelaki itu
merayu supaya menolongnya menjadi isteri demi mengaburi
mata emaknya.Pada awalnya memang Zahlia membantah
keras cadangan lelaki itu, tetapi melihat wajah lelaki itu yang
kebuntuan, Zahlia menurut juga.
Dan yang paling Zahlia ingati
ialah ketika malam pertama perkahwinan mereka.Zahlia
tidak mengetahui apakah niat sebenar lelaki itu
mendekatinya malam itu.Yang Zahlia tahu dia sendiri
bagaikan terpaku dengan tenungan lelaki itu yang menusuk
hatinya.
Memang Zahlia takut
menghadapi kenyataan ketika wajah lelaki itu mula
mendekatinya, namun sedikit sebanyak dia bagaikan rela
membiarkan lelaki itu melakukan apa sahaja kerana dia tahu
lelaki itu berhak ke atasnya.
Sebelum berkahwin dahulu,
Zahlia sering berdoa minta petunjuk agar keputusannya
menghulurkan bantuan kepada Tengku Syahran adalah
tepat.Ada sekali dia melakukan solat sunat Istikharah ketika
Razif beria-ia meluahkan rahsia hati.Tetapi yang muncul
dalam mimpinya bukan Razif.Wajah lain dan Zahlia tercari-
cari.Siapa lelaki itu, pun tidak diketahui.
Tetapi… lelaki itu kelihatan
seperti Tengku Syahran yang sudah menjadi suaminya
sebulan yang lalu.Jika benar lelaki yang datang dalam
mimpinya adalah Tengku Syahran, mengapa tiada langsung
perasaan sayang yang terbit dalam dirinya untuk lelaki itu?
“Kau dengar dulu apa yang aku
nak cakap.Lepas tu kalau kau nak bantah, aku akan ikut
kalau alasan kau boleh diterima.Okey?” ucapan Tengku
Syahran menyedarkan Zahlia.
Zahlia menggigit bibir.Sepatah
perkataan Tengku Syahran langsung tidak masuk ke
fikirannya.
“Apa yang okey?” Tanya Zahlia.
“Lah… tadi marahkan kita
mengelamun.Sekarang, dia pulak berangan.Tulah, dari tadi
asyik tenung muka aku aje.Mana nak masuk perkataan
dalam kepala kau.” Kata-kata Tengku Syahran membuatkan
wajah Zahlia bertukar warna.Wanita itu mula berasa malu.
“Dengar dulu apa yang aku nak
katakan.Sebenarnya, aku memang ada rancangan nak pergi
bercuti.Itu pun dari cadangan Fiza, sebulan sebelum kita
berkahwin.
Aku ingat nak diamkan aje bila
teringat syarat pertama kau yang nak pindah rumah
tu.Sebab kalau ayah bagi pindah, aku rasa rancangan nak
pergi bercuti tu tak payahlah kita ikut.Tapi, bila ayah dah
tolak mentah-mentah syarat kau, aku rasa rancangan nak
bercuti tu boleh dipertimbangkan.Mungkin dengan cara itu
kau boleh merehatkan diri dengan perangai keluarga aku
yang memeningkan kepala,” luah Tengku Syahran.
Zahlia terdiam.Kepalanya pantas
memikirkan kata-kata Tengku Syahran yang ada
kebenarannya.
“Bagaimana? Setuju?” Tengku
Syahran bertanya.
Za hlia memeluk tubuh.Matanya
yang hazel dilirik ke arah Tengku Syahran.Lelaki itu sedang
memandangnya.Zahlia akhirnya mengangguk setuju.
“Bagus. Hal ni dah beres.Kau
ada apa-apa nak tanya lagi?”
“Kat sana kita kena duduk
sebilik jugakkah?” soal Zahlia.
“Habis tu, nak duduk bilik lain-
lain? Nak mampus kalau mak dengan ayah tau kita duduk
bilik asing-asing?”
Zahlia menelan air liur.Wajah
Tengku Syahran ditatapnya lagi.
“Kau jangan risau, Alia! Kita
akan lakukan seperti apa yang kita lakukan di sini.Kau tidur
di atas, aku tidur kat kerusi.Okey?” ujar Tengku Syahran.
Zahlia mengeluh.Rasa simpati
tiba-tiba menyelinap ke dalam hati.Lelaki ini pandai
menggunakan nada suaranya dalam bicara.Tetapi sayang
sekali, kelembutan bahasanya sudah hilang ke mana.Bahasa
‘kau’ dan ‘aku’ yang digunakan oleh Tengku Syahran
kadangkala menyebabkan Zahlia terasa terlalu jauh darinya.
“Boleh tak?” soal Tengku
Syahran.
“Tak apa ke?Asyik awak aje
yang mengalah.” Tiba-tiba Zahlia bersuara.
“Jadi, kau nak aku tidur sekatil
dengan kau?” soal Tengku Syahran.
Zahlia mengetap bibir.Laju
kepalanya digeleng.
Tengku Syahran membalas
pandangan isterinya itu yang masih duduk di birai katil.Dia
kelihatan begitu gugup sekali.Timbul perasaan simpati
dalam diri Tengku Syahran.
“Emm… tapi jangan tanya
soalan itu lagi.” Zahlia memberi amaran.
“Terima kasih kerana sudi
membantu.Kalau kau tak ada, aku rasa aku dah gila dibuat
Linda,” ucap Tengku Syahran tiba-tiba bernada sayu.
Zahlia mengangkat
wajah.Tengku Syahran sudah berbicara lembut.
“Saya pun perlukan wang untuk
kawan saya.” Zahlia menjawab.
Giliran Tengku Syahran terdiam.
“Yang pasal umrah tu, awak
betul-betul nak pergi?” soal Zahlia meminta kepastian.
Tengku Syahran bangun.Dia
melangkah ke tingkap.Menyelak langsir supaya
pemandangan di luar rumah dapat dilihat dengan lebih
jelas.Zahlia tetap menunggu jawapan daripadanya.
“Itu hadiah aku untuk
kau.Walaupun hati kita lain-lain, kau tetap isteri aku
sekarang.Pengorbanan hidup kau terlalu besar jika nak
dibandingkan dengan hadiah yang aku bagi tu.Aku harap kau
sudi terima,” ujar Tengku Syahran sambil tersenyum.
Zahlia membalas senyuman
lelaki itu.
“Bila awak bercadang nak
pergi?” tanya Zahlia lagi.
“Aku akan uruskan
prosedurnya dulu.Aku akan buatkan pasport untuk kau dan
tempahkan tiket ke Mekah.Mungkin dalam sebulan lagi kita
berangkat.Kau mohon cuti lebih kurang tiga minggu, okey?”
beritahu Tengku Syahran.
“Tiga minggu?” tanya
Zahlia.
Tengku Syahran
mengangguk.
“Tiga minggu cukuplah.Dua
minggu kita buat umrah, seminggu kita ke Tokyo.” Kata-kata
itu membuatkan Zahlia tersentak.
“Tokyo?” tanya Zahlia.
Tengku Syahran
mengangguk lagi.
“ Lepas kita kerjakan umrah,
aku nak bawa kau melancong di sekitar Tokyo atau kau ada
tempat lain yang nak pergi?” soal Tengku Syahran.
“Tak… tapi tadi awak cakap,
awak nak melancong dalam negara aje,” soal Zahlia pelik.
“Sengaja aku cakap
begitu.Kalau aku beritahu tempat yang kita nak pergi, nanti
tak pasal-pasal ada orang kacau.Aku tak mahu ada orang
ganggu waktu bercuti kita.Ingat, kita kena berlakon seperti
pasangan suami isteri yang betul.Anggap waktu bercuti ni
macam berbulan madu.Privacy lebih penting,” ujar Tengku
Syahran.
Zahlia merapatkan
bibir.Tengku Syahran sudah merancang segala-galanya!
“Dan… kita akan bincang
hal perjanjian yang seterusnya di sana,” sambung Tengku
Syahran lagi.
Tiba-tiba kedengaran pintu
bilik diketuk perlahan.Zahlia menoleh ke arah Tengku
Syahran.Lelaki itu memberi syarat supaya membuka
pintu.Langkah Zahlia terus dihayun ke situ.Kelihatan Tengku
Farhana sedang tersengih sambil tangan kirinya memegang
cordless phone.
“Kenapa Ana?” soal Zahlia.
“Ada call untuk akak.Dari
hospital, dia kata kawan akak,” jawab gadis itu sambil
menghulurkan telefon itu kepada Zahlia.
Zahlia segera mencapai
telefon itu dan melekapkan ke telinga.
“Helo.”
“Helo, Alia!” Zahlia
tersentak.Dari mana Razif dapat nombor telefon ni?
“Razif?” ucapnya separuh
terperanjat.
Tengku Syahran menjeling
ke arah Zahlia.Hatinya sedikit terusik apabila mendengar
nama seorang lelaki yang tidak dikenali disebut.Dia cuba
memasang telinga.
“Ingatkan kau dah lupa?
Sampai hati kau kahwin tak beritahu aku.Apa, kau ingat aku
tak sudi datang.Mentang-mentanglah aku sakit, kau terus
lupakan persahabatan kita.” Suara itu bernada sayu.Zahlia
tersentuh.
“Zif, aku minta maaf.Aku
tak mahu kau kecewa dengan tindakan aku.Aku tak mahu
kau terus-terusan mengharap cinta dari aku! I’m sorry
Razif.”
“Dahlah.Tindakan kau
sekarang memang benar-benar mengecewakan aku.Kalau
kau tak sudi berkawan dengan aku lagi, tak payahlah
berjumpa dengan aku.”
“Razif…!” Zahlia ingin
terus memujuk tetapi talian telah pun diputuskan.
Zahlia kecewa dengan
sikap Razif.Razif adalah kawannya yang akrab sejak kecil
lagi.Dia tidak mahu kehilangan sahabat sejujur
Razif.Akhirnya, dia menangis.
Tiba-tiba ada sepasang
tangan memegang bahunya.Zahlia terkejut.Barulah dia
tersedar yang Tengku Syahran ada bersamanya.Bermakna
lelaki itu sudah mendengar setiap patah perkataan dengan
Razif.
Perlahan-lahan tubuh
Zahlia dipusingkan menghadap Tengku Syahran.Dagu wanita
itu diangkat.Zahlia hanya mengikut rentak Tengku
Syahran.Tengku Syahran tersenyum.
Zahlia tidak
membalas.Hatinya masih sebal.Perasaan sebak masih
melingkari sanubarinya.Dan air matanya sudah deras
mengalir dan membasahi pipinya.Tangan Tengku Syahran
segera menyeka air jernih yang mengalir ke pipi Zahlia.
“Janganlah menangis!
Boleh aku tau siapa Razif?” soal Tengku Syahran.
Zahlia tunduk
semula.Soal siapa Razif bukan hak Tengku Syahran untuk
ketahui.Razif tidak ada kena-mengena dalam hal ni.Tengku
Syahran tidak perlu ambil tahu.
“Kalau kau sudi,
ceritalah.Kalau tak, tak payahlah.Aku pun mungkin tak perlu
libatkan diri dengan perkara yang bukan urusan aku,” ucap
Tengku Syahran sopan.
Zahlia melepaskan
nafas.Setiap kata-kata Tengku Syahran pasti menyentuh
naluri kewanitaannya.Zahlia membisu.
“Dahlah.Aku jadi risau
bila tengok kau menangis begini.Apa yang boleh aku
katakan, kalau kau rasa bersalah dan masalah itu berpunca
dari kau, baik kau minta maaf padanya.Kalau tak, tak ada
sebab untuk kau memohon maaf,” beritahu Tengku Syahran.
Lidah Zahlia kelu dengan
nasihat itu.Ucapan Tengku Syahran telah menenangkan
kesayuan hatinya.
“Kalau kau nak pergi,
aku izinkan,” sambung Tengku Syahran sebelum berlalu
meninggalkan Zahlia keseorangan di dalam bilik.
Enta h mengapa tiba-tiba
sahaja hati Tengku Syahran terasa sesuatu.Cemburukah
aku? Hati Tengku Syahran tertanya-tanya.Ah, tak mungkin!
Bab 12

Z
AHLIA meletakkan buku-buku latihan di atas
meja.Dia baru lepas mengajar subjek Matematik di
kelas sebentar tadi.Kini, dia sedang membuat
semakan ke atas buku latihan anak-anak yatim
yang telah diberi semalam.Bibirnya menguntum
senyuman kerana anak-anak muridnya telah mahir dalam
subjek ini.
Mata Zahlia meliar ke sekeliling ruang
bilik pula.Ramai teman seperguruan yang tiada di
situ.Mungkin sedang mengajar.Patutlah sunyi! Mata Zahlia
terpaku pada pintu bilik Hajah Rashidah, Pengurus Sinar
Iram.Pintu bilik itu tertutup rapat.
Zahlia membiarkan matanya
melekat pada pintu bilik Hajah Rashidah selalunya
terbuka.Pintu itu akan tertutup hanya jika ada tetamu yang
hadir.Zahlia terpandang Fatimah yang leka dengan kerjanya.
“Imah!” panggil Zahlia lembut.
Fatimah tersedar.Mendongak
memandang Zahlia.Fatimah menggerakkan kening memberi
isyarat tidak mengerti.
“Siapa datang jumpa Hajah
Rashidah?” tanya Zahlia.
F atimah melirikkan matanya ke
arah pintu bilik Hajah Rashidah.Dahinya berkerut.Kemudian
matanya tertuju semula pada Zahlia.
“Entah.” Fatimah menjawab
dengan jungkitan di bahu.
“Ada orang nak ambil anak
angkat kot,” sambung Fatimah lagi.
Zahlia terdiam.Tekaan itu tidak
mustahil.
“Kenapa Alia?”
“Em… tak ada apa-apa.Pelik
aku, pagi-pagi dah ada orang datang,” jawab Zahlia.
Fatimah tersenyum dan
menyambung kerjanya semula.
“Kau ada melawat Razif?” soal
Fatimah tiba-tiba.
Zahlia memandang temannya
dan menggeleng.
“Belum.Tapi dia dah tahu
tentang perkahwinan aku.Dia terkejut,” beritahu Zahlia
dengan nada sedih.
Fatimah membisu.Mendongak
memandang Zahlia.Punggungnya diangkat, kemudian
melangkah ke meja Zahlia.
“Aku yang beritahu dia pasal
perkahwinan kau tu.”
“Kau?”
Fatimah mengangguk.
“Dia dah lama sukakan kau,
Alia! Mestilah dia terkejut,” ucap Fatimah.
Zahlia mengetap bibir.Cepat-
cepat dia menggeleng.
“Aku dah anggap dia sebagai
kawan.Tak boleh lebih dari itu.Aku tak boleh paksa perasaan
aku,” beritahu Zahlia bersungguh-sungguh.
“Laki kau tu, kau boleh
sayangkan dia?”
Zahlia terdiam.
“Kau berkahwin dengan Syah
dalam satu perjanjian, Alia.Kau memperbodohkan diri kau
sendiri kerana nak menolong orang lain.Aku belum pernah
jumpa orang macam kau.”
“Aku sayangkan Razif as a
friend.Aku tak kisah kalau aku terpaksa berkorban untuk
menolong dia.Kalau benda ni terjadi pada kau pun, aku pasti
tolong Imah.”
Fatimah tersenyum.
“Bertuah aku dapat kawan
macam kau Alia.Tapi bagaimana dengan hidup kau selepas
segala-galanya selesai nanti?”
“Maksud kau?”
“Yalah, kalau apa-apa yang
berlaku pada perkahwinan kau.”
Zahlia tunduk.Mengeluh
seketika.
“Entah.Aku pun tak
pasti.Mungkin kami akan berpisah,” ujar Zahlia tenang.
Fatmah cuba mengukir
senyuman.Perlahan-lahan tangan Zahlia dicapai dan diramas
lembut.
“Aku bangga ada kawan seperti
kau.Kalau kau tak ada tempat nak pergi, carilah aku,”
beritahu Fatimah.
“Itu… kau jangan risau.Aku dah
merancang.”
“Apa?”
“Kalau mak tak mahu terima
aku, aku mesti tumpang rumah kau boleh tak?”
“Kalau kau, mestilah
boleh.Tapi…”
“Apa pulak lagi?” berkerut dahi
Zahlia.
“Kalau tiba-tiba kau ditakdirkan
terjatuh cinta pada Syah, apa kau nak buat?”
“Oh…no…no…no… tak
mungkin! Kami hanya suami isteri di dalam surat perjanjian
yang kami cipta.Not more than that! Dan aku akan pastikan
hati aku tak akan terjatuh cinta pada lelaki ego!”
bersungguh-sungguh Zahlia melafazkan ayat itu.
“Ohh, really?”
“Hmm…”
“Okay, we’ll see!”
Perbualan mereka terganggu
apabila pintu bilik Hajah Rashidah terbuka.Kelihatan seorang
wanita keluar bersama Hajah Rashidah.Zahlia dan Fatimah
berpandangan sesama sendiri.
Dahi Zahlia berkerut.Wajah itu
seperti pernah dilihatnya.Samar-samar di fikiran.Penampilan
yang anggun dan menarik.Siapa?
Hajah Rashidah membawa
wanita itu ke arah Zahlia dan Fatimah.Zahlia terus meneliti
wajah yang seperti dikenali.Mencari bintik-bintik jawapan
yang semakin mendekati.
“Alia, Imah! Saya nak kenalkan
awak berdua dengan mak baru kepada Siti Asyiqin,” ujar
Hajah Rashidah.
Wanita di sebelah Hajah
Rashidah hanya tunduk dari tadi.Matanya takut untuk
diangkat dan kemudian merenung wajah Zahlia di hadapan.
Zahlia dan Fatimah berdiri
sambil menghulurkan tangan.
“Hazwin kan?” Zahlia
membuka mulut.
“Awak kenal Puan Hazwin,
Alia?” Hajah Rashidah kelihatan terkejut.
Zahlia mengangguk.
“Ini sepupu suami saya!” jawab
Zahlia dengan senyuman ceria.
“Hai, saya Fatimah!” beritahu
Fatimah ramah.
“Hazwin.” Hazwin
menghulurkan tangan dengan senyuman yang dipaksa.
“ Kalau begitu tak perlulah saya
kenalkan lagi.Puan Hazwin akan mengambil Siti Asyiqin
sebagai anak angkat mulai esok!” terang Hajah Rashidah.
Zahlia memandang Hazwin
yang asyik tunduk dari tadi.
“Kamu bersembanglah
dulu.Saya ada hal sekarang.” Hajah Rashidah berkata sambil
menoleh pada jam tangannya.
“Apa kata kita ke restoran
sebelah.Sambil bersembang boleh kita basahkan tekak.Saya
belanja,” ajak Zahlia segera.
Hazwin hanya mengangguk
lemah.
“DAHLAH… Haz! Jangan menangis lagi,” pujuk Zahlia sambil
menghulurkan sehelai tisu kepada Hazwin.
“Saya malu dengan Alia.Dulu,
saya syak wasangka tak bertempat.Sekarang bila saya
ditimpa masalah begini, Alia pulak yang tolong saya,” luah
Hazwin dalam riak kesal.
“Saya dah lupakan perkara
tu.Kalau Haz tak ungkitkan pun, saya dah tak ingat
langsung,” ucap Zahlia sungguh-sungguh.
Hazwin mengelap air matanya
yang jatuh ke pipi.
“Apa yang patut saya buat
Alia? Elokkah kalau saya betul-betul ambil anak angkat?”
Hazwin mula bertanya tentang masalahnya.
Zahlia mengeluh seketika.
“Ia bergantung kepada
kesungguhan Haz.Fikri dah tahu tentang rancangan Haz nak
ambil angkat?” tanya Zahlia pula.
“Saya takut nak beritahu
Fikri.Saya pernah suarakan hasrat saya, dia tak
setuju.Katanya dia hanya mahu jaga anak sendiri.Saya
kasihankan dia.Dah tiga tahun kami berkahwin, langsung tak
ada perubahan.Dia kata, kalau tak ada rezeki, dia tak kisah,”
beritahu Hazwin bersama linangan air matanya.
Zahlia turut berasa sedih
melihat wanita itu mengalirkan air mata.Dia tidak sangka
selama ini Hazwin menyembunyikan masalahnya sendirian.
“Apa kata Haz berbincang dulu
dengan Fikri.Dia patut tau tentang hal ni.Lambat laun pun
dia pasti akan tau.”
Hazwin menggeleng.
“Saya takut.Dia selalu marah
kalau saya buka cerita pasal ni.Tapi, saya tak sampai hati
tengok muka dia yang masih menunggu kehadiran anak
dalam hidup kami.Saya tahu dia pendamkan dalam
hati.Mata saya dapat kesan riak wajahnya bila saya tak
sedap badan sikit.Saya sedih, Alia.Saya tak dapat penuhi
kehendak dia.”
“Haz dah pastikan betul-betul
yang Haz tak boleh melahirkan anak?” soal Zahlia lagi.
“Kami dah buat
pemeriksaan.Doktor kata, tak ada masalah.Dah banyak kali
kami berusaha tetapi tak ada hasil.Saya tak tau apa masalah
yang sebenarnya.”
Zahlia tiba-tiba menguntum
senyuman.
“Itu maksudnya, ALLAH masih
belum beri rezeki.Tak salah kalau Haz dan Fikri terus
berusaha.Mana tau esok lusa rezeki Haz dan Fikri sampai,”
ujar Zahlia dengan nada sedikit ceria.
“Entahlah Alia.Dah tiga tahun
berlalu sia-sia macam tu aje.Saya bosan duduk kat rumah tu
sorang-sorang.Sebab tu saya bercadang ambil anak
angkat.Fikri tak faham perasaan saya yang kesunyian setiap
hari.”
“Saya cadangkan Haz bincang
dulu dengan Fikri.Mana tau selepas dia melihat Siti Asyiqin,
hati dia tertarik,” cadang Zahlia.
Hazwin merenung wajah Zahlia
seketika.Bibirnya mengukir senyuman.
“Terima kasih kerana sudi
mendengar masalah saya.I feel better now.”
Zahlia pula
tersenyum.Tangannya mencapai gelas air oren dan
menghirupnya seteguk.
“Alia dengan Syah pulak
janganlah sia-siakan masa yang berlalu.”
Za hlia hampir tersedak.Terbatuk
kecil dia mendengar ayat yang baru keluar dari mulut
Hazwin.
“Apa maksud Haz?”
“Saya berharap Alia dengan
Syah akan menerima cahaya mata dengan senang.Jangan
jadi macam saya dan Fikri yang masih ternanti-nanti.”
Zahlia tersipu mendengar
Hazwin melafazkan ayat tersebut.
“Kami belum merancang.”
Zahlia cuba memberi alasan.
Hazwin sekadar tersenyum.
“Nak tunggu masa berbulan
madukah?” tanya Hazwin tiba-tiba.
Zahlia gugup.Berdebar kuat
jantungnya.Bagaimana dia tahu?
“Saya dengar-dengar Alia
dengan Syah nak pergi bercuti, kan?”
Zahlia mengangguk.
“Bila nak pergi?”
“Mungkin dalam dua tiga
minggu lagi.”
“Hmm… berseronoklah.Syah
sepupu yang paling saya sayang.Saya bersikap dingin
dengan Alia dulu, kerana saya takut Alia main-mainkan
perasaan dia.Syah kalau dah jatuh cinta pada seseorang, dia
akan bersungguh-sungguh.”
“Mana Haz tau?”
“Saya rapat dengan dia.Setiap
masalah yang berlaku, kami kongsi bersama.Dia pernah
kehilangan seseorang yang tersayang.Jadi, saya berharap
Alia bahagiakanlah dia.”
“Dia pernah kehilangan orang
tersayang?Saya tak faham maksud Haz?”
“Syah tak ada ceritakan kisah
silam dia pada Alia?”
Zahlia menggeleng.
“Oppss… saya dah terlebih!”
“Tak apa! Ceritalah.Saya pun
nak tau jugak,” pinta Zahlia tidak sabar.
“Saya rasa baik Alia tanya pada
Syah sendiri.Mungkin dia sengaja merahsiakan hal itu pada
Alia, sebab takut Alia cemburu.Tapi, saya yakin, selepas Alia
mendengar ceritanya, Alia tak mungkin cemburu.”
Hati Zahlia semakin membuak-
buak untuk mengetahui cerita selanjutnya.
“Okeylah.Saya nak balik
dulu.Terima kasih kerana meringankan beban fikiran
saya.Insya ALLAH saya akan bincang dengan Fikri tentang
hal tu.”
Hazwin bingkas bangun.Zahlia
turut sama bangun.Mereka berpelukan seketika sebelum
masing-masing membawa haluan sendiri.

ZAHLIA melipat pakaiannya di tepi almari.Pakaian-pakaian


Tengku Syahran sudah pun dilipat dan diasingkan di sudut
lain.Pada waktu itu, Tengku Syahran sedang menyiapkan
kerjanya di sebuah meja yang terdapat di satu sudut bilik itu.
Hati Zahlia sebenarnya masih
dicucuk dengan persoalan mengenai kisah silam Tengku
Syahran.Walaupun Zahlia sedar dia tidak berhak mengetahui
hal itu tetapi masih seorang manusia yang mempunyai sifat
ingin tahu.Pasti cerita itu menarik sekali, sampai Hazwin
beria-ia mengharap dirinya akan membahagiakan lelaki itu.
Zahlia melirik ke arah Tengku
Syahran yang sedang mengetuk permukaan meja.Mulut
lelaki itu terkumat-kamit seperti sedang bercakap seorang
diri.Kemudian, kepala itu tergoyang-goyang sebelum
mencapai pen dan menulis sesuatu.
Zahlia ingin ketawa melihat
perlakuan lelaki itu yang nampak seperti orang gila bercakap
seorang diri.Ketawanya ingin pecah tetapi segera
ditahan.Dia hanya membiarkan senyuman kecil terukir di
bibirnya.
“Apa yang buat kau seronok
sangat tu?” teguran itu menyentakkan Zahlia.Termati
senyumannya.Terus matanya terarah pada lelaki itu.
Tengku Syahran selamba sahaja
menyambung kerjanya sedangkan Zahlia terasa bagaikan
ingin tercabut jantungnya kerana ditegur sebegitu.Alamak!
Lelaki tu nampakkah aku asyik pandang dia dari tadi? Ciss….
Malunya aku!
Zahlia hanya diam.Dia bangun
dan mula menyusun pakaian yang sudah kemas berlipat ke
dalam almari.
“Baju awak ni nak letak kat
mana?” tanya Zahlia demi menutup perasaan malunya.
“ Biasanya kau letak kat mana?”
tanya Tengku Syahran.
“Sini,” ringkas Zahlia
menjawab.
“Hah, biar ajelah.”
“Eleh, boleh percaya ke awak
tu? Esok-esok berlambak aje kat sini.Kalau tak ditegur,
jangan harap nak masukkan dalam almari.” Zahlia
membebel.
“Kalau tak mahu bersepah
dekat situ, tolonglah masukkan dalam almari.Jangan nak
membebel aje.” Tengku Syaran membalas.
Zahlia membuka pintu almari
Tengku Syahran.Bulat matanya melihat baju lelaki itu yang
bergumpal di sana-sini tidak berkemas.Zahlia mengeluh.
“Kenapa?” tanya Tengku
Syahran.
Zahlia malas mahu
menjawab.Baju yang dilipatnya tadi, disusun di satu
tempat.Selesai semuanya, Zahlia menutup pintu almari dan
terus berpusing.
“Saya nak ke dapur, awak nak
kirim apa-apa? Air ke?” tanya Zahlia tenang.
Tengku Syahran menggeleng.
Zahlia menjungkit bahu.Tudung
yang tersidai di penyidai baju, dicapai dan disangkutkan di
atas kepala.Kakinya bergerak ke daun pintu tetapi belum
sempat pun dia melangkah keluar, Tengku Syahran bersuara.
“Alia, bolehlah…”
Zahlia berpaling
semula.Bolehlah? Apa yang boleh? Zahlia tertanya-tanya
sendiri.
“Saya tak faham.Bolehlah? Apa
maksud awak?” soal Zahlia.
Tengku Syahran ketawa kecil.
“Boleh jugak kalau kau nak
buatkan air untuk aku.Aku nak Nescafe panas,” ucap Tengku
Syahran selamba.
Zahlia melangkah semula.
Sewaktu Zahlia sampai
kembali di biliknya dengan secawan Nescafe panas,
kelihatan Tengku Syahran sedang mengurut tengkuk sambil
menumbuk-numbuk bahu yang terasa lenguh.Zahlia
meletakkan cawan itu di tepi Tengku Syahran.
“Terima kasih,” ucap Tengku
Syahran pendek.
Zahlia mengangguk.Matanya
dibiarkan terbias di laman wajah Tengku Syahran sebentar.
Tengku Syahran yang ingin
menyambung kerja, terbantut kerana Zahlia masih berdiri
tegak di tepinya.Tengku Syahran mengangkat kening tanda
tidak mengerti dengan keadaan itu.
Zahlia tiba-tiba
tersedar.Cepat-cepat ingin berlalu tetapi tangannya ditarik
kuat.
“Eh, apa pegang-pegang ni?”
Zahlia merentap tangannya kembali.
Tengku Syahran bingkas
bangun.Berdiri sambil bersandar di tepi meja berhadapan
Zahlia.
“Apa yang kau nak cakap
sebenarnya? Dari tadi, kau seperti diganggu sesuatu.”
Demi mendengarkan
ungkapan itu, Zahlia menggeleng laju.
“Tak ada apa-apa.I’m okay,”
jawab Zahlia sedikit cemas.
“Haa… tu, cemas semacam!
Baik kau cakap.Kau ada buat salah ya?” Tengku Syahran
sengaja menduga.
Zahlia membeliakkan mata.
“Jangan nak menuduh
pulak.Eleh, macamlah awak tu baik sangat.” Zahlia berkata
keras.
Tengku Syahran tersenyum.
“Malaslah nak layan
awak.Baik saya tidur.” Zahlia terus menghayun langkah.
“Kau nak tahu kisah silam aku
ke?”
Langkah Zahlia tergantung.Dia
berpaling kembali.Berkerut dahinya.
“Tadi Hazwin call! Dia pelik
sebab aku tak ceritakan kisah silam aku pada kau.Kau ada
jumpa dia tadi?” soal Tengku Syahran sambil memeluk
tubuh.
Zahlia melabuhkan punggung
di atas katil.Dia mengaku.
“Dia ceritakan masalah dia
dengan Fikri.Tiba-tiba dia buka cerita pasal awak.”
“Apa yang dia cakap?”
“Dia beritahu… awak pernah
kehilangan seseorang.Sebab tulah saya terasa nak tau kisah
awak.”
“Kau serius nak tahu?”
Zahlia mengangguk.
“Tak salah kalau saya nak
tahu, kan?”
“Okey, apa yang kau nak
tahu?”
“Em… awak pernah jatuh
cinta?”
Tengku Syahran terdiam
lama.Zahlia pula masih menanti jawapan dengan penuh
sabar.
Tiba-tiba bibir Tengku Syahran
tersenyum nakal.
“ Good question! Kenapa? Kau
dah jatuh cinta pada aku?” Tengku Syahran mengusik.
Zahlia menjegilkan biji
matanya.
“Eeee… tak kuasa! Beginilah
Syah.Saya malas nak layan awak lagi.Baik awak simpan aje
kisah silam awak tu sebagai rahsia! Saya nak tidur.” Zahlia
mula memanjat katil.Kepalanya direbahkan di atas bantal
selepas menarik selimut membaluti tubuh.
Situasi itu membuatkan
Tengku Syahran ketawa.
“Mimpilah yang indah-
indah.Kalau ada rezeki, aku pun nak masuk jugak dalam
mimpi kau tu.” Ketawa Tengku Syahran pecah lagi.
Zahlia memuncung.Pantas
menarik gebar membungkus seluruh tubuhnya.Malas dia
hendak layan lelaki itu lagi.

Bab 13
A
DLI dan Tengku Syahran baru sahaja tamat perbincangan
dengan pengurus-pengurus di bahagian lain mengenai
projek penting yang dikendalikan oleh pihak syarikat.
“Kau dengan Alia bagaimana?” tanya
Adli sambil tangannya menyusun fail-fail yang bersepah di
atas meja.
“Bagaimana apa?” ujar Tengku Syahran,
lama baru dia bersuara.
“Yalah… dah macam pasangan
suami isteri yang lain ke?” soal Adli selamba.
Tengku Syahran ketawa.
“ That’s never gonna happen!
Kan aku dah beritahu kau, aku dengan Alia tak ada apa-
apa.Our marriage is just a contract.Aku tak mungkin akan
jatuh cinta pada dia,” beritahu Tengku Syahran bersungguh-
sungguh.
Adli mencemik mendengar
kata-kata itu.
“Kau jangan cakap lepas.Tiba-
tiba suatu hari kau…”
“Stop! Hati aku masih kuat
dengan cinta Nazirah.Aku dah ikut cakap kau supaya
mendekati dia dan aku dah buat.Tapi, tak berjaya.Alia gagal
mencuri hati aku dan tak berjaya menempatkan diri dia
dalam jiwaku.Never! Lagipun, aku tak pernah terlintas nak
sayangkan dia.Dia pun sama.Untuk kami jatuh cinta is
impossible!” ujar Tengku Syahran lagi.
“Syah! Takkan selamanya kau
nak biarkan Nazirah dalam hati kau.”
“Itu tak mustahil, kan?”
“Tapi, Nazirah dah tak ada! Kau
kena ingat tu. Alia yang dekat kau sekarang ni.Cuba beri
peluang pada diri kau untuk memulakan percintaan
baru.Mana tau kali ini lebih menarik.”
“Perempuan macam tu, tak
sesuai untuk aku,Li! Dia tu tak up to date lah.Macam
Nazirah, tudung pun pakai jugak.Tapi tak adalah asyik pakai
baju kurung aje.” Tengku Syahran bersuara dengan matanya
meneliti fail-fail yang terbuka.
“Nazirah dari famili yang
kaya.Alia pulak anak yatim.Kau kena faham dua situasi yang
berbeza,” ujar Adli lagi.
Tengku Syahran melarikan
pandangan dari fail ke wajah Adli.Adli membalas pandangan
Tengku Syahran.Dia masih tetap setia menanti bicara lelaki
itu yang seolah-olah sedang berfikir sesuatu.
“Aku macam dapat bayangkan
kalau aku bercinta dengan Alia, mesti tak sehebat percintaan
aku dengan Nazirah.Alia tu macam tak ada pengalamanlah.”
“Sebab tulah kau kena ambil
peluang ni.Hati dia masih suci dari mana-mana lelaki.” Adli
tidak berputus asa menghasut temannya.
Tengku Syahran terdiam lagi.
“Fikirkan Syah! Alia tu cantik
sebenarnya.Kau aje yang tak perasan.Cantik dia cantik
asli.Yang bukan hanya pada rupa, tapi bahasa, sikap dan
macam-macam lagi.Kalau kau tak percaya… balik nanti,
cuba kau teliti bini kau tu lama-lama.Perhati setiap gerak
geri dia setiap masa.Mana tahu dengan cara tu, kau akan
tertarik pada dia.”
Tengku Syahran masih
membeku.Galak memikirkan kata-kata Adli sebentar tadi.
“Ingat!” Adli berkata lagi dan
melangkah ke arah pintu.Tidak lama kemudian Adli berlalu
keluar.
Tengku Syahran
mengeluh.Fikirannya tidak lagi menumpukan pada kerja-
kerja yang belum siap.Kata-kata Adli bagaikan menari-nari di
hadapan matanya.
“Tak mungkin semudah itu!
Aku tak pernah rindukan dia apatah lagi teringatkan dia bila
aku sendirian.”
“Ya ke?” ada satu suara
berbisik.
“Ya… aku tak pernah cintakan
dia sebab aku masih sayangkan Nazirah.”
“Tapi sejak dulu lagi kau tewas
pada Alia!”
“Mana ada?”
“Eleh, cuba kau terangkan apa
perasaan kau bila kali pertama mendengar Alia menyebut
nama Razif?”
“Razif???”
Tengku Syahran
terdiam.Teringat perasaannya yang tiba-tiba terusik ketika
mendengar nama seorang lelaki yang tidak dikenali meniti di
bibir Zahlia.Adakah itu satu kekalahan? Mungkinkah dia
cemburu?
“Mengaku aje, Syah!”
“ No way! Aku takkan mengaku
kalah! Aku dah jelaskan yang takkan jatuh cinta pada dia.Dia
bukan perempuan yang sepatutnya aku sayangi.Bukan dia!”
“Really???”
“Kau akan tertewas Syah.Alia
tu cantik dan menawan.Kau akan jatuh cinta pada dia!”
“Tidak!”
“We’ll see! Who is right?”
“Stop!”
Tengku Syahran
menggeleng.Tak mungkin! Dia mengingatkan dirinya.Bisikan
yang bergema di dalam fikirannya tadi meremangkan bulu
tengkuknya.Ah, tak mungkin aku akan tewas! Dia terus
mengingatkan dirinya.

TENGKU SYAHRAN sedang menenteramkan fikirannya di


Taman Mini Villa Sakura.Angin petang yang bertiup sepoi-
sepoi bahasa tidak mampu menenangkan fikirannya yang
kusut.Kata-kata Adli masih lagi berlegar-legar di
fikirannya.Sudah dua hari fikirannya berkecamuk dengan
kata-kata itu, tetapi Tengku Syahran sengaja tidak buat
peduli.
Tiba-tiba Zahlia melabuhkan
punggung di sisinya sambil meletakkan Nescafe panas di
atas meja.Tengku Syahran terkejut.
“Assalamualaikum.” Zahlia
menyapa.
“Waalaikumussalam,”
jawabnya.
“Saya tengok awak asyik
termenung dari tadi, kenapa?” soal Zahlia cuba
berbual.Tangannya menolak secawan Nescafe panas yang
berasap-asap ke arah Tengku Syahran.
Tengku Syahran menoleh ke
arah Zahlia seketika.
“Tak ada apa-apa.Dah lama
aku tak buat kerja sambilan ni.Tiba-tiba hari ni terdetik pulak
nak melayani fikiran.Layan ajelah.”
Zahlia
tersenyum.Senyumannya itu diperhatikan lama oleh anak
mata Tengku Syahran.Manis! Detik hatinya.
“Kau dari mana?” Tengku
Syahran menyoal selepas dilihatnya Zahlia hanya membisu.
“Dari dapur.Itu yang saya
bawakan awak Nescafe panas.Saya tengok dari bilik tadi
awak asyik termenung,” ujar Zahlia lembut.
Tengku Syahran sedikit pun
tidak senyum.Wajahnya serius.Entah mengapa suara Zahlia
hari itu kedengaran berbeza di cuping telinga Tengku
Syahran.
“Kak Alia!” suara Tengku
Hafizah kedengaran di pintu dapur mengejutkan kedua-dua
insan itu.
Zahlia dan Tengku Syahran
berpaling serentak.Kelihatan Tengku Hafizah sedang berlari-
lari anak ke arah mereka.
“Kenapa Fiza?” Zahlia berasa
pelik melihat adik iparnya tercungap-cungap mendekati
mereka.
“Novel yang berlambak
dalam bilik akak tu, akak yang punya ke?” tanya Tengku
Hafizah.
Tengku Syahran
mengerutkan dahi.
“ Kau masuk bilik angah ya?”
tanya Tengku Syahran.
Tengku Hafizah mengetap
bibir.Tertunduk seketika.
“Tadi Fiza cari telefon.Ana
kata Kak Alia ada guna.”
Zahlia menepuk dahi.
“Alamak sorry! Akak terlupa
nak letak balik kat bawah.”
“Tak apa.Fiza dah
ambil.Lepas tu, Fiza ternampak novel kat atas almari.Akak
punya ke?” tanya Tengku Hafizah tidak sabar.
“Habis, takkan angah yang
punya,” ujar Zahlia seraya mengerling ke arah Tengku
Syahran.Lelaki itu cuba bertenang.
Tengku Hafizah ketawa.”Ya
tak ya jugak, kan.”
“Kenapa?” tanya Zahlia.
“Fiza nak pinjam boleh tak?”
“Ambillah.Fiza nak baca
yang mana?”
“Tadi, Fiza tengok banyak
sangat novel Norhayati Berahim.Akak minat dia ke?”
Zahlia mengangguk.
“Minat sangat! Akak minat
Norhayati Berahim dengan Fauziah Ashari.”
“Kalau macam tu, Fiza nak
baca semua novel Norhayati Berahim dengan Fauziah Ashari
dululah!” ujar Tengku Hafizah.
Zahlia tersenyum.Dia dan
Tengku Hafizah terus berbual bersama tanpa menghiraukan
Tengku Syahran yang sedari tadi membisu seribu
bahasa.Zahlia lebih rapat dengan Tengku Hafizah berbanding
dengan Tengku Farhana yang masih berada di tingkatan
lima.Mungkin sejak Zahlia mula mengenali keluarga Tengku
Syahran, Tengku Hafizah lebih banyak berborak dengannya.
“Leka betul dia bercakap! Aku
yang ada kat sini, macam tak wujud pulak,” rungut Tengku
Syahran sendirian.Suaranya kedengaran tetapi sayup-sayup.
“Apa bang?” tanya Zahlia.
Tengku Syahran
tersentak.Segera kepalanya digeleng.
“Nasib baik dia tak dengar,”
ucapnya dalam hati.
Zahlia terus menyambung
bualan dengan Tengku Hafizah.Ada masa dia
senyum.Kadang-kadang dia ketawa pula.
Tengku Syahran meneliti wajah
Zahlia dari tepi.Matanya asyik beralih dari sudut ke satu
sudut wajah itu.Dahi, hidung, pipi, dan kemudian ke arah
bibir merekah yang sering tersenyum.Cantikkah dia?
‘Kalau tak percaya… balik
nanti, cuba kau teliti bini kau tu lama-lama.Perhatikan setiap
gerak geri dia setiap masa.Mana tau dengan cara tu, kau
akan tertarik pada dia.’ Kata-kata Adli tersembur lagi di
fikirannya.
Tengku Syahran cuba
mengikuti kata-kata Adli.Perlahan-lahan dia memanjangkan
sedikit lehernya.Berniat mencari posisi yang lebih tepat agar
matanya dapat mengamati wajah Zahlia dengan lebih
dekat.Kedua-dua tangannya menongkat dagu.Lalu panahan
matanya dilepaskan ke arah Zahlia.
Bibir yang merah tanpa gincu
itu diperhatikan lama.Masih mekar dengan senyuman
sehingga giginya yang putih tersusun jelas
kelihatan.Cantiknya bibir itu merekah apabila senyuman
terukir di situ.Desis hati Tengku Syahran.
Mata Tengku Syahran beralih
pula pada mata wanita itu pula.Terlihat anak mata yang
bundar dan berkaca-kaca.Menawan sungguh! Hidungnya
pula… emm, boleh tahan! Tengku Syahran terus ralit
memerhati wajah isterinya.Tidak lepas-lepas matanya
terpaku di segenap wajah yang leka berbual di sisi.
Adli memberitahu yang Alia
merupakan wanita yang cantik! Cantik asli? Ada persoalan
terbit dalam fikiran Tengku Syahran.
Tengku Syahran mengamati
wajah itu sekali lagi.Lebih lama dari tadi.Kepalanya diangguk
tiba-tiba.Dia memang cantik! Terdetik di hatinya tiba-tiba.
Ya ALLAH! Apa yang aku buat
ni?
Tengku Syahran tersedar
yang dia sudah terlalu lama mengelamun.Segera dilarikan
pandangan matanya dari terus melekat di wajah itu.Tangan
yang lama menongkat di dagunya, segera dijatuhkan.Tetapi,
tidak semena-mena tangannya itu terlanggar cawan yang
berisi Nescafe panas di atas meja.
“Aduh!!” Tengku Syahran
menjerit kecil.
Tengku Hafizah dan Zahlia
tersentak.Segera menoleh ke arah Tengku Syahran yang
sedang memegang tangannya yang masih basah dengan air
Nescafe.Berkerut-kerut wajah itu menahan panas.
“Ya ALLAH! Kenapa ni,
bang?” Zahlia bertanya separuh cemas.
Nasib baik Zahlia teringat
situasi mereka bersama Tengku Hafizah ketika itu.Kalau
tidak, dalam keadaan cemas sebegitu, mahu saja dipanggil
Tengku Syahran dengan nama seperti selalu.
“Aduh…” Tengku Syahran
masih mengerang kecil.
Zahlia bingkas bangun dan
berlari-lari anak ke arah pintu dapur.Tidak berapa lama
kemudian dia keluar bersama tin susu di tangan.Tengku
Hafizah pula kelihatan selamba duduk ditempatnya.
Tengku Syahran bagaikan
terkejut dengan tindakan Zahlia yang selamba menyentuh
tangannya.Dia merenung wajah Zahlia yang kelihatan risau
dan leka membelek-belek tangannya.Dengan sendiri
jantungnya berdegup kencang.Apa dah jadi ni?
“Dah okey, bang?” tanya
Zahlia.
Senyap.Tiada reaksi.
Zahlia masih melumurkan
susu itu dan menyapunya ke sekeliling tangan.Tengku
Syahran tetap senyap dan membisu dengan membiarkan
wajahnya menatap raut Zahlia.
“Alia rasa kejap lagi okeylah ni,”
ujar Zahlia.
Senyap lagi.Zahlia mula memandang
Tengku Syahran.Serta-merta air muka Zahlia berubah.Lelaki
itu sedang merenungnya tanpa berkelip.Zahlia
gugup.Pandangan mata kedua-dua insan itu terus berlaga
dan bersatu.Lama mereka begitu sebelum Zahlia mematikan
perasaan bahagia yang ingin menerjah ke kamar hatinya.
“Bang???”
Tengku Syahran terpinga-pinga.
“Ah?”
“Dah okey ke?” tanya Zahlia
lagi.
Tengku Syahran mengangguk
laju.Tersenyum kecil di dalam hati.Sebenarnya dia malu
disergah begitu.
“Ala… kak! Lain kali tak payah
ditolong angah tu.Mata entah letak kat mana agaknya! Boleh
tak perasan air panas kat depan mata,” bebel Tengku
Hafizah.
Zahlia tersenyum.
“Mana Alia belajar petua ni?”
soal Tengku Syahran memerhati susu pekat yang melekit di
tangannya.
“Dengan mak.” Pendek Zahlia
menjawab.
Tengku Syahran mengangguk.
“Alia masuk dulu bang,” ujar
Zahlia dan terus beredar membawa sekali tin susu dan
dulang yang berisi cawan kotor.
Tengku Syahran hanya
memerhati tubuh Zahlia sehingga hilang di balik pintu dapur.
“Haaa… itulah! Padan muka
angah! Leka sangat tengok Kak Alia tu, apa pasal?” teguran
itu mengejutkan Tengku Syahran.Segera dia menoleh ke
arah Tengku Hafizah.Gadis itu tersengih.Dia perasankah?
“Yang kau sibuk tu kenapa?”
“Eeee…. takut Fiza tengok
angah nilah.Dari hari tu tak puas-puas nak tenung Kak Alia.”
“Dia kan isteri angah.”
“Alah, orang lain pun ada isteri
jugak.Tapi tak adalah dapat suami yang macam angah
ni.Gatal semacam.” Tengku Hafizah menjawab.
“Mana kau tau? Kau tu dah
kahwin ke?” Tengku Syahran berkata geram.
Tengku Hafizah mencemik.
“Memanglah belum.Tapi, kalau
Fiza kahwin nanti, Fiza akan pastikan Fiza tak dapat suami
yang macam angah ni.Seram.”
“Eleh, pandailah tu! Belajar
pun belum habis lagi,” jawab Tengku Syahran selamba.
Tengku Hafizah
terdiam.Menyedari keterlanjuran kata-kata.
“Kak Alia tu kan dah jadi isteri
angah.Kalau tak tengok dia, angah nak tengok siapa lagi?”
Tengku Hafizah mencebirkan
bibir.
“Tapi pandangan mata angah
tu penuh makna tersirat.Angah jangan ingat Fiza kecil
lagi.Fiza dah 21 tahun tau? Kalau berkahwin pun dah boleh
beranak.Angah tenung Kak Alia sampai bulu tengkuk Fiza
yang meremang.Kalau Kak Alia perasan tadi…”
“Kau janganlah beritahu dia.”
“Tapi kan, angah, Kak Alia tu
cantikkan?”
Soalan Tengku Hafizah
membuatkan Tengku Syahran diam membatu.Dia takut
untuk membuka mulut dan mengiakan kata-kata itu.
“Fiza suka tengok dia kalau
tersenyum.Cantik betul! Mata dia… coklat yang macam
hazelnut tu.Hisyy… kalau dia pregnant anak perempuan,
mesti lawa macam dia! Mata pun mesti ikut dia!” Tengku
Hafizah berangan-angan.
Tengku Syahran tetap
terdiam.Seronok pula mendengar angan-angan adiknya yang
tidak mungkin terjadi.
“Kalau anak lelaki?” Tengku
Syahran sengaja memancing adiknya untuk terus bercerita.
“Kalau anak lelaki, mestilah
ikut ayah dia.Tak handsome!”
Tengku Syahran membulatkan
mata.Akhirnya mereka ketawa.

Bab 14
T
ENGKU HAKIMI sedang leka meneliti fail-fail Syarikat Seri
Nilam Corporation bila tiba-tiba interkomnya
berbunyi.Dengan malas dia mengangkatnya.Kedengaran
suara setiausahanya di talian.
“Tengku,there is someone on the line!”
“Who is it?”
“I’m not sure! She didn’t tell.”
“She? Okay pass me the line.”
“Helo.” Suara seorang wanita
kedengaran.
Tengku Hakimi tersentak.Hampir
tercampak pen yang ada di tangannya.
“Jasmin?” tekanya.
“Aha,so you kenal suara I?”
“Apa you mahu?” bentak Tengku
Hakimi kuat.
“Sorrylah sayang.Maybe I
mengganggu you time macam ni kan? Tapi I harap kita dapat
berjumpa di lobi Equatorial Hotel,Bangi pukul 2.00 nanti.I
ada hal nak bincang dengan you!” Raja Jasmin berkata
dalam lenggok manja.
Tengku Hakimi bersikap
tenang.Lenggok suara sebegitulah yang pernah
membuatkannya separuh gila.Dipejamkan matanya
menahan tangis yang ingin keluar.Ditahan jiwanya yang
terasa sebak.Tengku Hakimi mengeluh kecil.
“Kimi, you heard what I said?”
suara itu kedengaran lagi.
Tengku Hakimi pantas menyeka
air mata yang menitis tiba-tiba.Raja Jasminlah wanita
pertama yang disayangi.Meskipun wanita itu adalah pilihan
keluarganya, namun Tengku Hakimi tetap cuba
menyintainya.Setelah Raja Jasmin dimiliki, Tengku Hakimi
berasa kecewa kerana cintanya tidak sempat mendaki ke
puncak bahagia.
“Kimi…”
“Oh, sorry.”
“ What? Sorry? Wow… first time I
dengar you cakap perkataan itu pada I.” Suara Raja Jasmin
sudah mula kendur.
Tengku Hakimi turut
terdiam.Benarkah? Ini kali pertama aku ucap perkataan maaf
pada dia?
“Ah, forget about it! I nak jumpa
you petang ni! Pukul 2.00 di lobi Equatorial Hotel Bangi,”
ucap Raja Jasmin sedikit memaksa.
“I ada hak untuk tak pergi, kan?”
Tengku Hakimi bersuara selamba.
“I tak kira, I nak you datang
jugak!”
“For what? Ikut suka hati I lah.You
jangan nak paksa-paksa I, Min.I tak suka,” bantah Tengku
Hakimi.
“ Okay, fine! Kalau you tak nak
datang, you tunggulah surat dari peguam I!” suara Raja
Jasmin semakin melenting.
Tengku Hakimi tersentak.Seolah-
olah pertemuan yang bakal terjadi terselit satu muslihat.
“ What do you mean by surat dari
peguam you? I don’t understand,” tanya Tengku Hakimi
pantas.
Raja Jasmin ketawa besar.
“I nak tuntut hak penjagaan
Murni.”
“ What? You jangan jadi gila Min!
Murni hak I.”
“Tapi, I yang lebih berhak. I ibu
kepada Murni.”
“Baru sekarang you sedar yang
you ibu kepada Murni? Dah terlambat! Mana you pergi
empat tahun yang dulu? You tinggalkan dia pada I semata-
mata ikut jantan lain, kan?” Tengku Hakimi bertempik.
“ You cari nahas, Kimi! I akan bawa
hal ni ke mahkamah,” ujar Raja Jasmin kuat.
“I don’t care.It’s not a big deal for
me.I akan fight untuk dapatkan hak penjagaan Murni yang
sepenuhnya,” beritahu Tengku Hakimi disertakan dengan
tumbukan yang kuat di permukaan meja.
“Shit! You memang jahat.You cari
nahas.See you in court!” gagang telefon dihempas kuat oleh
Raja Jasmin.
Tengku Hakimi mengeluh
berat.Gagang telefon di tangan turut diletak ke
tempatnya.Dia menyandarkan badannya ke kerusi.Raja
Jasmin benar-benar telah berubah.

“ASSALAMUALAIKUM.” Suara Tengku Hakimi kedengaran


lemah.
“Waalaikumussalam.Haa… along!
Baru habis kerja?” Tengku Syahran menyapa apabila
ternampak kelibat abangnya memasuki rumah.Tengku
Hakimi mengangguk.Lantas melabuhkan punggung di sofa.
“Bagaimana dengan Seri Nilam?
Okey?” soal Tengku Syahran lagi.
Tengku Hakimi masih mengangguk
tanpa melafazkan sepatah kata.Tidak lama kemudian Zahlia
tiba membawa air.
“Jemput minum along,” tegur
Zahlia dengan senyuman.
Tengku Syahran memandang Zahlia
seketika.Tercetus perasaan cemburu.Kalau aku balik pejabat,
tak pernah pulak ditegur begini.Nampaknya Zahlia lebih
mesra dengan along, hatinya berkata-kata.
“Abang minumlah,” ujar Zahlia
sambil meletakkan cawan berisi air Nescafe di hadapan
Tengku Syahran.
Tengku Syahran hanya mendiamkan
diri.
“Kenapa along nampak muram aje?
Ada masalah di pejabat?” tanya Zahlia lalu melabuhkan
punggung di sisi suaminya.
Tengku Hakimi mengeluh berat.Air
mukanya nampak sarat dengan keresahan yang
menggunung.Bagaikan teringat kata-kata Raja Jasmin pagi
tadi.Selepas dia mendapat panggilan itu, satu kerja pun
tidak menjadi.
“Along,” tegur Tengku Syahran pula.
Tengku Hakimi tersedar.Memandang
adiknya dengan wajah yang seperti baru terjaga dari tidur.
“Along ada masalah ke?” tanya
Tengku Syahran risau melihat keadaan abangnya.
“Mak dan ayah mana?” tanya
Tengku Hakimi melarikan diri dari persoalan Tengku Syahran.
“Mak dengan ayah ada Kelas Tajwid
di masjid,” jawab Tengku Syahran.
“Kenapa dengan along ni?” Tengku
Syahran bertanya lagi.
Tengku Hakimi tidak menjawab.Dia
menyandar tubuhnya di sofa.Tetapi tidak lama.Dia
teringatkan pula Tengku Murni.
“Murni mana?” tanya Tengku
Hakimi.Kepalanya melilau mencari Tengku Murni.Soalan
Tengku Syahran terbiar lagi tanpa jawapan.
Tengku Syahran dan Zahlia
berpandangan.Pelik dengan sikap Tengku Hakimi yang
kelihatan kalut.
“Dia ada di rumah Cikgu Sofea.Tadi,
Cikgu Sofea datang ambil dia,” jawab Zahlia tenang.
Tengku Hakimi pantas bangun dan
menuju ke pintu.Kemudian dia terdengar orang memberi
salam.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.”
Pintu rumah dibuka.Wajah Tengku
Murni dan Sofea melekat ke anak matanya.Tengku Hakimi
cepat-cepat memeluk Tengku Murni.Dicium pipi anak
tunggalnya berkali-kali.
“Un i ke mana sayang?” soal Tengku
Hakimi seolah-olah Sofea tiada di situ.
“Uni ke rumah cikgu.Cikgu masak
mi hoon sup.Sedap papa,” ujar Tengku Murni petah.
Tengku Hakimi tersenyum.Selepas
itu dia memandang Sofea yang juga sedang berdiri tercegat
melihat kemesraan kedua-dua beranak itu.Tengku Hakimi
mendukung Tengku Murni.
“Terima kasih cikgu kerana sudi
melayan anak saya.”
Sofea adalah jiran di sebelah
rumahnya.Selama ini Tengku Hakimi tidak pernah kisah
dengan kewujudan Sofea.Tetapi, tidak disangka yang kini
Sofea adalah guru tadika Tengku Murni dan melalui Tengku
Murni, hubungan Sofea dan Tengku Hakimi menjadi
rapat.Seperti hubungan penjaga dengan guru.
“Saya tinggal seorang diri tadi.Mak
dan ayah saya ke rumah pak cik.Rasa bosan pulak.Itu yang
saya pinjam Murni sekejap.Saya harap Tengku tak marah.”
“Eh, tak usah bertengku-tengku
dengan saya.Panggil Kimi cukup,” ucap Tengku Hakimi.
“ Saya ada bawakan sedikit mi hoon
sup.Saya masak pun tak banyak sangat.Cukuplah untuk
dibuat jamah.” Bekas mi hoon sup itu dihulurkan kepada
Tengku Hakimi.
“Terima kasih.Masuklah dulu.”
Tengku Hakimi mempelawa.
“Tak apalah.Dah petang sangat ni.”
“Alaa… cikgu, masuklah dulu.Papa
Uni dah suruh masuk tu,” celah Tengku Murni tiba-tiba.
Sofea rasa serba salah.
“Jangan takut cikgu.Adik saya dan
isterinya ada di dalam.Kalau cikgu tak mahu duduk lama,
singgah sekejap pun jadilah,” ujar Tengku Hakimi
bersungguh-sungguh.
Sofea akhirnya mengangguk dan
perlahan-lahan melangkah masuk.
“Jemput duduk cikgu,” ujar Zahlia
ramah.
“Terima kasih Alia.”
“Alia nak ke dapur dulu bang.” Zahlia
berkata kepada Tengku Syahran.
“Tak payah susah-susah Alia.Saya
singgah sekejap aje.”
“Tak ada yang susah cikgu.Duduk
dulu.Kita sembang-sembang,” ujar Zahlia dan terus bangun.
“Saya ikut Alia ke dapur?”
Zahlia terdiam.Menyedari Sofea tidak
selesa ditinggalkan keseorangan antara dua lelaki itu.Zahlia
tersenyum dan mengangguk.
Selepas mereka melangkah ke dapur,
Tengku Syahran memandang Tengku Hakimi dengan
senyuman bermakna.Tengku Hakimi berasa hairan.
“Kenapa senyum ni?” soalnya.
“Cikgu Sofea tu nampaknya macam
calon yang sesuai.”
“Calon? Calon apa?”
“Isteri,” jawab Tengku Syahran
pendek.
“Haa… kau jangan nak memandai-
mandai.Dia cikgu sekolah Murni,” ujar Tengku Hakimi sambil
meletakkan Tengku Murni di atas kerusi.
“Uni nak mama tak?” tanya Tengku
Syahran lembut pada anak buahnya.
Wajah Tengku Murni kelihatan ceria.
“Betulkah Pak Ngah? Uni boleh dapat
mama ke?”
Tengku Hakimi merenung geram ke
arah Tengku Syahran.Tengku Syahran pula sengaja buat
tidak mengerti dengan renungan alongnya.
Dia seboleh-boleh mahu menjerat
Tengku Hakimi supaya mencari calon isteri.
“Betul,” jawab Tengku Syahran.
“Bagaimana? Siapa yang nak jadi
mama Uni?” tanya Tengku Murni petah sekali.
Tengku Hakimi menggeleng.Akhirnya
bibir Tengku Hakimi tersenyum melihat karenah anaknya
yang beria-ia.
“Uni kenalah suruh papa Uni kahwin
dulu.” Tengku Syahran berkata lagi.
“Siapa yang nak kahwin dengan papa
Uni?”
“Uni suka Cikgu Sofea tak?”
“Suka!”
“ Suruhlah Cikgu Sofea kahwin dengan
papa.Uni kan sukakan cikgu tu.Dia baik, boleh jadi mama Uni
tau.” Tengku Syahran bersuara lagi.
“Syah, kau jangan nak racun fikiran
dia.” Tengku Hakimi mencelah.
“Boleh ke Pak Ngah?” Tengku Murni
pula menyampuk.
Tengku Syahran
mengangguk.Tersenyum dengan kepetahan anak
buahnya.Tengku Hakimi pula terdiam merenung Tengku
Murni.Dia teringat kata-kata Raja Jasmin semula.Dia risau
memikirkan nasib anaknya kelak.
“Papa mesti kahwin dengan cikgu
tau?”
Sentuhan lembut tangan Tengku Murni
menyedarkan Tengku Hakimi ke alam yang sebenar.Tengku
Hakimi pilu.Dia tidak mahu kehilangan anaknya
pula.Cukuplah dia kehilangan isteri yang disayangi.Tengku
Hakimi pantas memeluk Tengku Murni.Sekuat mungkin.Dia
tidak mahu berpisah dengan anaknya itu.Gerak-geri Tengku
Hakimi menghairankan Tengku Syahran.Berkerut dahi lelaki
itu.
“Along,” tegur Tengku Syahran
apabila terdengar esakan kecil abangnya di dalam pelukan
Tengku Murni.
Tengku Hakimi melepaskan
pelukan.Dikesat air mata yang menitis tiba-tiba.Di waktu
yang sama, Zahlia dan Sofea keluar dari pintu dapur
membawa air dan bekas kuih bersama senyuman.Senyuman
kedua-duanya mati apabila melihat wajah keruh Tengku
Hakimi.Mereka berpandangan sesama sendiri.Hairan melihat
perangai Tengku Hakimi.
“Kenapa ni along?” soal Tengku
Syahran lagi.
Tengku Hakimi melepaskan keluhan.
“Kak Min nak buat tuntutan hak
penjagaan Murni.” Tengku Hakimi memberitahu.Lemah
sekali.
Zahlia dan Sofea meletakkan air dan
kuih ke atas meja.Mereka duduk bersimpuh di ambal untuk
menyertai kedua-dua lelaki itu.
“Along risau Murni jatuh ke tangan
Kak Min.” Tengku Hakimi menyambung.
“Tak mungkin.Along yang jaga Murni
selama ini.Kak Min dah lama mati dalam hidup Murni.Sejak
empat tahun yang dulu! Kak Min tak pernah jalankan
tanggungjawab dia kepada Murni.” Tengku Syahran
membantah.
“Tapi Murni masih belum berumur tujuh
tahun! Kebanyakan kes, ibu lebih berhak pada anak yang di
bawah umur,” ujar Tengku Hakimi sambil memangku Tengku
Murni di atas riba.
Zahlia memandang Tengku
Hakimi.Sofea yang duduk di sisinya hanya membisu.Masing-
masing rasa simpati.
“Kak Min dah buat keputusan betul-
betulkah along?” sampuk Zahlia tiba-tiba meskipun Zahlia
tidak mengenali bekas kakak iparnya itu.
Tengku Hakimi mengangguk.
“Dia akan bawa hal ni ke mahkamah.Dia
suruh along tunggu surat dari peguam.”
“So… kita fight aje along.Syah yakin
kemenangan berpihak pada kita.” Tengku Syahran bersuara
kuat.Wajah kakak iparnya terbayang di ruang mata.Rasa
bencinya meluap-luap.
“Along ingat nak selesaikan cara
baik.Along tak mahu hal peribadi along dengan Kak Min
dibawa ke mahkamah.”
“Tapi Kak Min sendiri yang mulakan!
Along kena terima hakikat yang Kak Min dah berubah.Dia
mahu berlawan dengan along, nak buat apa lagi? Lawan
ajelah.Jangan lemah along.Kami semua ada di belakang
along,” ucap Tengku Syahran dengan penuh semangat.
Sofea turut mengangguk kecil dengan
kata-kata Tengku Syahran.Zahlia juga begitu.Tengku Hakimi
menoleh ke arah Tengku Murni yang diam di atas
riba.Ungkapan Tengku Syahran perlu diikut.Raja Jasmin
memang telah mencabar kesabarannya.
“Esok, along akan cari peguam.” Tengku
Hakimi memberitahu.
“Oh, ya! Saya ada seorang kawan yang
bekerja sebagai peguam.Kalau Tengku mahu, saya boleh
kenalkan sebab dia banyak kendalikan kes yang sebegini.”
Sofea bersuara tiba-tiba.
Tengku Hakimi memandang
Sofea.Tengku Hakimi geram dengan panggilan wanita itu
yang suka benar memanggilnya dengan gelaran pada
pangkal namanya.
“Kan saya dah kata, tak usah
bertengku-tengku.Panggil saya Kimi lebih elok.”
Sofea tertunduk malu.
“Cikgu ada kawan di firma guaman?
Kalau begitu, bolehlah kenalkan pada saya?” ujar Tengku
Hakimi menyedari wanita itu malu diherdik begitu.
Sofea mengangguk.
“Nanti saya telefon dia dulu.Kemudian
saya beritahu.”
Zahlia mengukir senyuman mendengar
ucapan Sofea.Tengku Hakimi juga tersengih.Sejuk juga
hatinya melihat wajah Sofea yang kelihatan manis dan malu-
malu jika berhadapan dengannya.
“Dahlah cikgu.Jemput minum.” Zahlia
mengalihkan topik.
Sofea hanya mengangguk sedangkan
matanya membalas renungan Tengku Hakimi.

Bab 15
T
ENGKU SYAHRAN menoleh ke kiri bilik pejabatnya, dia
ternampak Zahlia.Dia menoleh ke kanan, bayangan Zahlia
menggamit lagi.Pandangan Tengku Syahran tertuju pada
skrin komputer pula, wajah Zahlia tetap menyapa.Sedang
tersenyum, adakalanya bagaikan sedang merenung dirinya.
Sejak akhir-akhir ini bayangan
Zahlia sering mengganggu tanpa mengira waktu dan
tempat.Bila dipejamkan mata, wajah lembut itu tetap
melayang datang menyebabkan Tengku Syahran resah.
Kerja-kerja pejabat
seringkali dibiarkan terbengkalai.Bila dia berada dalam
kesunyian, seringkali wajah Zahlia muncul.Ke mana
hilangnya senyuman Nazirah yang sering dipuja dahulu.
Tengku Syahran mengeluh
berat.Tubuhnya bersandar di kerusi.Dia mula mencari posisi
yang sesuai untuk duduk dengan lebih selesa.Serius
wajahnya bersama kerutan kecil di dahinya.
Tengku Syahran menelan
air liur.Aku dah jatuh cintakah? Soalnya sendirian.Waktu itu
juga, tanpa segan silu gemersik suara halus Zahlia bagaikan
menggigit cuping telinganya.Mengusir pergi suara manja
Nazirah yang semakin pudar.Hati Tengku Syahran bagaikan
terikat.Segala-gala milik Zahlia sudah terkukuh terpahat di
dalam jiwa.
Betulkah aku mencintai
dia? Kalau tak, kenapa semalam aku tak sabar-sabar
menanti dia pulang di muka pintu? Tengku Syahran tertanya
sendiri apabila mengenangkan sikapnya semalam yang
resah menunggu kepulangan Zahlia di muka pintu utama
Villa Sakura.
Tengku Syahran teringat
pula kes tangannya yang melecur dahulu.Semuanya gara-
gara leka memerhatikan wajah Zahlia.Dia terbayang anak
mata Zahlia yang berlaga dengannya.Mungkin waktu itu
hatiku sudah tertarik padanya! Tapi mengapa begitu mudah?
Tengku Syahran masih
tidak dapat menerima hakikat itu.Kerjanya dibiarkan
seketika.Perlahan-lahan Tengku Syahran menarik laci
meja.Menarik sebuah fail keluar dari situ.
Fail itu dibuka dan
tangannya mula mencapai sekeping foto Zahlia yang diambil
senyap-senyap sewaktu dia membuka pintu almari Zahlia
dua hari lalu.Foto itu ditatapnya lama.Lembut, manis dan
ayu wajahnya.Mata Zahlia seperti sedang membalas
renungan matanya.Tengku Syahran menggigit bibir.
Dirasakan hatinya sudah
tertawan.Fikirannya semakin angau kerana berperang
dengan perasaan sendiri.Tengku Syahran mendekati foto itu
ke wajahnya lalu dilekatkan ke bibir.Lama dia begitu sambil
melayani perasaan hanyut.
Serentak itu pintu bilik
terbuka luas.Tengku Syahran tersentak.Pantas sungguh
sekeping foto itu dibaling ke bawah meja.Ternampak Adli
sedang menapak ke dalam dengan wajah yang tidak
mengerti.
“Kenapa tak ketuk dulu?”
marah Tengku Syahran.
Adli memakukan
langkah.Pelik dengan ucapan Tengku Syahran.Selama ini dia
tidak pernah mengetuk pintu sebelum masuk.Tidak pernah
pula Tengku Syahran mengamuk atau marah-marah.Tetapi,
hari ini, wajah Tengku Syahran jelas menampakkan kurang
senang dengan sikapnya yang masuk tanpa mengetuk pintu
tadi.
“Lain kali kalau nak
masuk bilik aku, ketuk dulu.” Tengku Syahran melepaskan
keluhan.Dadanya masih berdebar.
Adli menutup pintu.Dia
berjalan ke meja Tengku Syahran sambil menggaru-garukan
kepalanya.
“Selama ini kau tak
pernah marah aku pun bila aku buat begitu! Hari ni nak
mengamuk pulak.” Adli duduk di kerusi bertentangan Tengku
Syahran.
Tengku Syahran sengaja
buat sibuk.Buat-buat tidak faham dengan ucapan Adli.
“Apa halnya?” tanya
Tengku Syahran masih cuba menumpukan perhatian pada
kerja biarpun hatinya masih bergelodak dengan pelbagai
debaran.
“Aku nak ingatkan kau
tentang appointment kita dengan Encik Kasim tengah hari
nanti,” ujar Adli.
“Encik Kasim?”
“Hmm… Pengurus Projek
Bayu Idaman.Takkan kau dah lupa? Baru dua hari lepas kita
berjumpa dengan dia di tapak projek.” Adli memandang
Tengku Syahran.
Tengku Syahran
gugup.Dia sudah terlupa segala-galanya.Yang dia ingatkan
sekarang adalah Zahlia yang sedang tersenyum
manis.Bukan Nazirah apatah lagi Encik Kasim!
“Woi, kau ni kenapa?
Nampak gelisah sejak aku masuk tadi.Kau ada masalah?”
Adli mengetuk permukaan meja.
Tengku Syahran meraup
mukanya kemudian tersengih.
“Aku okey.Kau jangan
risau.Ada lagi yang kau nak beritahu aku?” tanya Tengku
Syahran.
Adli faham dengan maksud
kata-kata Tengku Syahran.Dia tahu lelaki itu tidak mahu
diganggu saat ini.Perlahan-lahan Adli bangun.
“Aku balik bilik aku
dululah.Lastly aku cuma nak tanya kau tentang program kita
malam ni, jadi tak?” soal Adli.
Tengku Syahran
terdiam.Program? Program apa? Dia tertanya-tanya.Tidak
langsung teringatkan apa-apa yang pernah diberitahu Adli
tentang program sebelum ini.
“Aku lupalah, Li.Program
apa?” Tengku Syahran tersengih lagi.
Adli mencelikkan mata.Ganjil
betul sikap Tengku Syahran yang seolah-olah telah menjadi
seorang yang pelupa sejak kebelakangan ini.
“Kau kata nak main
squash.”
“Hah? Aku yang cakap ke?”
soal Tengku Syahran.
Adli mengangguk.Masih
berdiri di hadapan Tengku Syahran dan berkira-kira mahu
keluar.Namun langkahnya terhenti.Perangai Tengku Syahran
semakin menghairankan sehingga meninggalkan tanda
tanya dalam diri Adli.
Tengku Syahran
memandang jam.Sudah menunjukkan pukul 12.00 tengah
hari.Sebentar lagi dia ada temujanji dengan Encik
Kasim.Pukul 3.00 petang, dia perlu ke Seri Nilam Corporation
untuk berbincang tentang belanjawan syarikat dengan
Tengku Hakimi.
Kalau dia pergi main
squash, sekurang-kurangnya pukul 8.00 malam sampai di
stadium.Balik pulak, paling tidak mesti pukul 11.00.Nak
makan dan minum lagi dengan Adli dah pukul berapa? Habis,
bila masa aku dapat berjumpa dengan Alia?
Alia? Alamak, kenapa dia
juga yang aku ingatkan saat ini? Aku seperti rindukan dia
setiap masa.Mana Nazirah pergi?
“Syah! Jadi tak ni?”
“Err… aku rasa… aku rasa
tak jadilah, Li.Aku ada hal malam ni.” Tengku Syahran
berkata walaupun dia tahu itu satu pembohongan.
“Okeylah.Aku pun ingat nak
batalkan.Anissa tu kasihan pulak ditinggalkan dalam waktu-
waktu yang macam ni.Kalau begitu, aku balik bilik dulu.Pukul
1.00 nanti, appointment dengan Encik Kasim.Jangan lupa
tau?”
“Alright!” jawab Tengku
Syahran.
Adli melangkah
keluar.Selepas kelibat Adli hilang, Tengku Syahran
membongkok dan mencari foto Zahlia yang dicampakkan di
bawah meja tadi.Sebelum menyimpan semula gambar itu ke
dalam fail, sempat Tengku Syahran mengucup gambar itu
sekali lagi.

ZAHLIA menumpukan perhatian pada kerja-kerja terhadap


program terbaru Sinar Iram.Namun hatinya tidak dapat
menumpukan sepenuhnya kepada program itu.Fikirannya
terasa tidak tenteram.
Entah kenapa sejak
beberapa hari ni, dia sibuk memikirkan sikap Tengku
Syahran.Suaminya itu tidak lagi sedingin selalu.Lebih kerap
memerap di rumah dan selalu mengambil peluang untuk
beramah mesra dengannya.
Za hlia kebingungan.Tengku
Syahran yang dahulu terlalu menghambarkan dan kini
Tengku Syahran amat merimaskannya.Zahlia masih keliru
dengan sikap Tengku Syahran semalam.
Sewaktu kereta Proton Wira
Zahlia memasuki pekarangan garaj Villa Sakura, Tengku
Syahran sedang menantinya di pintu utama dengan
senyuman.Zahlia yang kepenatan hanya membalas
senyuman itu sekali imbas dan terus naik ke atas.
Ketika Zahlia selesai
menunaikan solat Asar, Tengku Syahran sudah berada di
dalam bilik dan sedang merenungnya.Zahlia kaget waktu
itu.Masih terasa betapa laju degupan jantungnya ketika
mata hazel miliknya berlaga dengan anak mata yang hitam
pekat itu.
Namun, Zahlia sengaja
buat tidak mengerti.Dia terus melipat pakaian yang
bertimbun di atas katil.Tetapi, sikap Tengku Syahran tetap
pelik.Tiba-tiba Tengku Syahran turut serta membantunya
melipat pakaian sambil mengambil peluang untuk
bersembang dengannya.
Zahlia hanya melayani
sambil lewa.Kadangkala dia terdengar pula bicara lelaki itu
yang tersasul dengan panggilan ‘abang’ dan adakalanya
bagaikan sengaja diucapkan.Zahlia tetap berlagak
selamba.Buat tidak dengar walaupun di hatinya hanya
ALLAH yang tahu betapa dia berdebar mendengar ungkapan
itu.

“ALIA, kelas Alia dah nak start ni! Alia dah siapkan kertas
kerja Program Ikatan Kasih tu? Kak Mon nak tengok sekejap.”
Suara Maimon kedengaran di telinga Zahlia.
Zahlia membesarkan anak
matanya.Tersentak dengan teguran Maimon yang
mengejutkan.Lama dia membisu sebelum otaknya mendapat
mesej untuk bertindak.
“Ini kertas kerjanya.Lepas
Kak Mon tengok, bagi pada Alia balik ya? Alia nak buat
fotokopi.” Zahlia menghulurkan beberapa kertas kerja
kepada Maimon.
Maimon
menyambutnya.Dia membelek-belek muka hadapan kertas
itu sebelum memandang Zahlia dengan wajah yang
terpinga-pinga.
“Kenapa?” soal Zahlia.
“Ini bukan kertas kerja
program tu.Rasa Kak Mon, ini kertas kerja program tahun
lepas.”
Maimon menghulurkan
kembali kertas-kertas itu kepada Zahlia.Zahlia menggigit
kuku.Wajahnya sudah panik sambil membalas renungan
Maimon.
“Mana kertas tu pergi?”
soal Zahlia sambil bangun.
Fatimah yang turut
berada berhampiran mereka mula mengangkat wajah.Zahlia
kelihatan kalut dan cemas mencari-cari kertas yang
berselerakan di atas meja.Fatimah menghampiri.Berdiri
antara Zahlia dan Maimon.
“ Kau cari apa Alia?” tanya
Fatimah.
Zahlia sudah menggaru-
garu kepalanya yang dilitupi tudung.Kemudian bercekak
pinggang sambil melepaskan nafas yang turun naik
menahan penat.Ada percikan peluh di dahinya.
“Aku cari kertas kerja
Program Ikatan Kasih.Kau ada nampak tak aku letak kat
mana? Aku rasa aku letak kat sini tadi.” Zahlia mengeluh.
Fatimah mengetap bibir.
“Bukankah kau bagi kat
aku tadi? Kau suruh aku semak susunan ayatnya, kan?” ujar
Fatimah seraya meletakkan beberapa helai kertas yang telah
disusun di atas meja Zahlia.
Zahlia terdiam.Dia dapat
mendengar suara Maimon yang sedang ketawa gelihati
bersama Fatimah.Lambat-lambat Zahlia turut ketawa.
“Kak Mon tengok dulu
ya?”
Zahlia mengangguk dan
melihat Maimon berlalu dengan ketawa kecil.Zahlia
mengeluh lagi.Membiarkan Fatimah memandangnya dengan
pandangan yang pelik.
“Apa sebenarnya yang
berlaku pada kau, Alia? Dah dua tiga hari aku tengok kau jadi
pelupa.Kau sihat tak?”
Zahlia duduk.Melepaskan
segala kesesakan di dadanya.Peluh yang tadi merimaskan
muka, terasa semakin dingin dan mula menyejukkan
wajah.Zahlia terdiam sejenak membuatkan Fatimah tetap
setia menanti.
“Atau kau ada masalah
dengan Syah?” soal Fatimah lagi.
“Eh, tak adalah! Aku okey.”
Pantas Zahlia menyangkal pertanyaan Fatimah sambil
menyusun kertas-kertas yang berselerakan.
“Ya ke?” soal Fatimah
penuh makna tersendiri.Ada senyuman mengusik di situ.
“ Betullah.Tak ada apa yang
berlaku antara aku dengan Syah.Kami still macam dulu.Dia
dengan hal dia dan aku dengan hal aku.”
Zahlia cuba tersenyum
tetapi dia sendiri tidak tahu rasa sebenar senyuman itu.Yang
dia tahu senyuman itu bagaikan dipaksa terukir di
bibirnya.Seolah-olah senyuman itu dapat mengawal gelodak
yang semakin tidak menentu.
“Aku ada kelas
sekarang.Aku pergi dulu!”
Zahlia mencapai bahan-
bahan pengajarannya.Bergerak pantas untuk menuju ke
kelas.Fatimah terdiam.Dia seperti terlihat sesuatu pada
gerak laku Zahlia yang dari sehari ke sehari semakin
pelik.Pasti ada sesuatu! Luahnya di dalam hati.

“HAI, termenung jauh nampak?” tegur satu suara.


Za hlia terkesima.Berpaling
ke arah suara yang menegurnya.Tengku Syahran tersenyum
membuatkan Zahlia tersipu malu kerana ditegur
begitu.Tengku Syahran terus melabuhkan punggungnya di
sebelah Zahlia.
Suasana bilik yang terasa
panas telah menyebabkan Zahlia mengambil keputusan
keluar dari bilik, Tengku Syahran sedang sibuk menyiapkan
kerjanya.Zahlia berasa bosan dan terus berlalu
meninggalkan bilik itu.
Zahlia tidak berani
menatap wajah Tengku Syahran.Dia tunduk dan
membisu.Lidahnya bagaikan kelu untuk berbicara.Tidak tahu
mengapa, dia terasa lain bila ada di samping lelaki itu.
Tengku Syahran juga
mendiamkan diri.Turut merasakan kelainan seperti yang
sedang dialami oleh Zahlia.Sekejap-sekejap, Tengku Syahran
melirikkan mata pada Zahlia.Wajah lembut itu kelihatan ayu
pada pandangan matanya tiba-tiba.Kau memang telah
mencuri hatiku, Alia! Desis hati Tengku Syahran.
Tengku Syahran
ternampak Zahlia sedang menggosok tangan tanda wanita
itu sedang kesejukan.Kalau diikutkan hati, Tengku Syahran
ingin menarik wanita itu ke pelukannya.Pasti cara itu,
kesejukan yang terasa akan hilang.Ah, tak mungkin berlaku!
“Kerja dah siap?” soal
Zahlia memulakan perbualan.
“Dah,” jawab Tengku
Syahran ringkas.
Zahlia masih menggosok-
gosokkan tangannya.
“Sejuk ke?” soal Tengku
Syahran pula.
“Hmm… dalam bilik tadi
panas.Tak sangka pulak dekat luar terlalu sejuk.”
“Minggu depan kita akan
berangkat.Tiket dah ada.Passport pun dah settle,” beritahu
Tengku Syahran.
Zahlia menyepi sebentar.
“Terima kasih,” jawab
Zahlia.
“Untuk apa?”
“Semua yang berlaku…
Alhamdulillah hampir dua bulan kita berjaya lalui hidup
dalam perkahwinan yang tiba-tiba ni kan?” soal Zahlia.
Tengku Syahran
mengangguk.Tersenyum sedikit meskipun dalam cahaya
yang suram.Tengku Syahran memerhati ke sekeliling taman
mini.Dia sudah kehilangan idea untuk bersuara lagi.Hendak
berbual tentang apa lagi? Pejabat aku? Adli dan Anissa?
Tempat kerja dia? Projek Bayu Idaman? Hisyy… tak masuk
akal.
“Perasaan kau, Syah!
Beritahu dia tentang perasaan kau!” suara hatinya
memberikan jawapan.
Tengku Syahran
terkesima.Kaku terasa bibirnya untuk berbicara soal itu.Tak
mungkin aku akan luahkan tentang perasaan aku padanya
malam ni.Aku belum bersedia!
“ Dulu, masa kau beritahu
Nazirah yang kau cintakan dia, adakah kau perlukan
persediaan?” soalan itu tercetus di hati nurani Tengku
Syahran.
“Tak!” jawab Tengku
Syahran pendek.
“Habis… gunakan cara
tu.Beritahu dia secara spontan.Cepat! Sebelum
terlambat.Dia dah mengantuk tu!” hasutan itu bergema lagi
di hatinya.
Tengku Syahran
memandang Zahlia yang sedang menutup mulut kerana
menguap.Hatinya berdebar-debar.Tertunduk semula.
“Tapi aku malu!
“Dulu aku pernah
beritahu dia yang aku tak akan jatuh cinta pada dia.Nanti
apa kata dia?” soal Tengku Syahran.
“Tak usah fikirkan hal
tu.Yang penting hati kau.Dulu, mana kau tau yang kau akan
jatuh cinta.Kau kan manusia? Ada perasaan.”
Tengku Syahran menarik
nafas dalam-dalam.Suara hatinya berjaya menghasut naluri
lelakinya.Dia menjilat bibirnya yang terasa kering.Seolah-
olah cara itu dia dapat mencari ayat yang sesuai untuk
memberitahu rahsia hatinya yang sudah dicuri oleh Zahlia.
Aku… saya… abang… I?
Tengku Syahran terfikir-fikir.Nak guna yang mana satu? Aku?
Terlalu kasar.Saya? Terlalu formal.Abang? Tengku Syahran
menelan air liur.I? Tak mungkin.
Habis, yang mana satu?
Aku nak guna yang mana ni? Tengku Syahran menggigit
kuku.Selama ni tak pernah terfikirkan hal itu.Tetapi malam
itu Tengku Syahran tercari-cari bahasa yang sesuai.Ah, guna
ajelah yang mana-mana!
“Eerr… aku… ss…saya…
abang dah… jatuh cinta!” Tengku Syahran bersuara
perlahan.
Fuhh, lega!!! Tengku
Syahran melepaskan keluhan.Dia terasa tenang selepas
mengucapkan kata-kata itu.Dadanya sudah kembali pulih
dari nafas yang menyesakkan.
Tetapi, Zahlia sepi di
sebelah.Diam dan kaku.Tengku Syahran telan air liur.Dia
masih tunduk kerana malu untuk menatap wajah
Zahlia.Kenapa senyap? Dia dengarkah? Atau sudah pekak?
“Beritahu lagi sekali
Syah! Kuat sikit.Dia tak dengar kot!” hati Tengku Syahran
berbisik lagi.
Tengku Syahran
menggigit bibir.Memberitahu sekali lagi bermakna dia perlu
melepasi tahap kritikal lagi sekali.Ya, ALLAH! Bantulah
aku.Doa lelaki itu.
Tengku Syahran menarik
nafas semula.Lebih dalam dari tadi.Bibirnya sudah terbuka
sedikit untuk mengulangi bicara.
“Ab… bang dah jatuh
cinta pada Alia!” sedikit kuat ucapannya dari tadi.
Tengku Syahran terasa
nyawanya hendak tercabut.Mintak-mintaklah kali ni Alia
dengar! Tengku Syahran berbisik.Dia sudah bersedia dengan
alasannya.Tengku Syahran jatuh cinta tanpa sedar.Nak buat
macam mana? Takdir! Cakap aje macam tu.
Tetapi, Zahlia masih
kaku.Tengku Syahran terus diterpa perasaan malu.Pasti
Zahlia sedang mentertawakan aku kerana tewas dengan
perasaan! Gerutu Tengku Syahran.
Tengku Syahran
memberanikan diri untuk mengangkat wajah.Takut-
takut.Tengku Syahran ternampak tangan kanan Zahlia
sedang menongkat kepala.Tindak-tanduk wanita itu beku
dan senyap.
Tengku Syahran
mengintai wajah Zahlia.Tidak jelas kerana tiada cahaya yang
terbias ke wajahnya.Tengku Syahran memanjangkan
leher.Menjegil biji matanya tiba-tiba.
Laa… dia dah tidur?
Maknanya dia tak dengar? Dan aku kena luahkan sekali lagi?
Ya,ALLAH! Kenapa dengan aku ni? Apa dah jadi? Mengapa
semua ni berlaku padaku?
Tengku Syahran
bersandar di kerusi.Merenung Zahlia lagi.Nafas Zahlia
kedengaran kecil dan Tengku Syahran terasa damai di
jiwanya.Tangan Tengku Syahran perlahan-lahan menghampiri
tangan kiri Zahlia yang sedang berada di atas meja.Dia
gugup sebenarnya tetapi demi hati yang kian tersemai
perasaan cinta, Tengku Syahran memberanikan diri.
Tangan kiri Zahlia
sudah digenggam.Lembut dan halus sehingga meresapi ke
sanubari.Tengku Syahran tunduk.Aku cintakan kau! Maafkan
aku kerana tak dapat menyembunyikan lagi perasaan ini!
Aku benar-benar cintakan kau.Ucap Tengku Syahran separuh
berbisik.
Tengku Syahran
terkejut.Zahlia sudah bergerak.Pantas Tengku Syahran
menarik tangannya semula.Pada waktu itulah kelopak mata
Zahlia terbuka.
“E h, saya tertidur ya?”
tanya Zahlia dalam suara seraknya.Tanpa mengesyaki apa-
apa.
Tengku Syahran
mengangguk.
“Hmm… ingatkan nak
kejut, tak sampai hati! Pergilah naik… tidur.” Tengku Syahran
berkata.
Zahlia bingkas.Dia
menggaru-garu kepalanya yang masih bertudung.
Rutin dan kebiasaannya apabila keluar bilik.Mesti bertudung!
“Saya naik dulu ya?”
“Hmmm….”
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.”
Tengku Syahran
merapatkan bibir.Perasaannya berperang
semula.Arggghhh… bagaimana aku nak beritahu dia lagi?
Soalan itulah yang menemani tidur Tengku Syahran malam
itu.Entahkan lena entahkan tidak hanya Tengku Syahran
sahaja yang tahu.

Bab 16
P
AGI ini, Zahlia akan ke Hospital Kajang melawat Razif.Zahlia
telah pun meminta izin Tengku Syahran dan dia
mengizinkan.Kini, Zahlia telah sampai di hadapan pintu bilik
yang tertera nama Mohd Razif.Jantungnya berdegup begitu
kencang sekali.
Zahlia melangkah ke dalam
bilik yang pintunya memang sudah terbuka.Matanya melilau-
lilau mencari katil nombor 12 dan akhirnya dia terpandang
Razif sedang merenungnya tanpa berkelip-kelip.Zahlia
melangkah ke arahnya.
“Zif,” sapanya lembut.
Razif tidak
menyahut.Malah segera mengalihkan tubuh ke arah lain.
“Aku minta maaf.”
Zahlia berkata separuh merayu.
Razif buat tidak
tahu.Hatinya masih bengkak kerana lambat mengetahui
perkahwinan Zahlia.
“Zif, janganlah macam
ni.Aku rasa berdosa tau.Kau buat aku rasa bersalah
sangat.I’m sorry,” ujar Zahlia sambil mengangkat kedua-dua
belah tangannya.
“Lain kali, bagilah
salam dulu,” marahnya.
“Aku tengok kau
macam tengah marah.Kalau aku bagi salam, nanti kau tak
jawab.Aku tak nak bagi kau dosa.” Lembut Zahlia berkata.
“Aku ingat kau
memang tak sudi berkawan dengan aku lagi.” Kata-kata itu
membuatkan Zahlia ketawa.
“ Kau tak marah?” soal
Zahlia.
“Marah… tapi dah
reda.Lain kali kalau kahwin, jemputlah orang,” ujar Razif.
“I ngat perkara kahwin
tu boleh ber’lain kali’ ke?” soal Zahlia.
Razif terus ketawa
besar.
“Kenapa tak beritahu
aku, kau dah ada calon? Senyap-senyap aje.Tahu-tahu dah
kahwin.”
Zahlia
tersengih.Merenung Razif dengan pandangan simpati.Kesian
Razif! Dia tidak tahu cerita di sebalik perkahwinan ini.Hati
Zahlia berkata-kata.
“Hei, ni kenapa pulak
ni? Tiba-tiba senyap aje?” kejutan itu membuatkan Zahlia
tersedar.Segera dia menggeleng.
“Kau macam mana?
Dah sihat?” soal Zahlia.
“ Well, macam nilah
Alia.Kalau sakit dah teruk begini, tak payah berubat pun tak
apa.”
Zahlia mengerutkan
dahi mendengar kata-kata Razif.Kata-kata itu tidak
disenanginya.
“Kenapa kau cakap
macam tu? Tak elok.Semuanya datang dari ALLAH.Setiap
yang berlaku ada rahmat di sebaliknya.Kau dah lupa apa
yang pernah kita belajar dulu?” soal Zahlia sedikit tenang
walaupun dia marah dengan keluhan Razif.
Kata-kata Ustazah
Faridah masih terngiang-ngiang di telinganya.
“Setiap peristiwa ada
rahmat dan hikmah yang terselindung.Semuanya datang
dari ALLAH.Dia sengaja menurunkan dugaan kepada kita
untuk menguji kesabaran kita.Maka, kesabaran itulah yang
akan menunjukkan keimanan kita kepadaNYA.Di situlah
ALLAH akan menilai ketaqwaan setiap makhluknya.”
“Entahlah Alia! Aku
rasa dah banyak dosa yang aku buat sekarang ni.Bila ada
benda yang tak kena aje, mesti aku membentak tak tentu
pasal.Kalau macam tu, baik aku mati dari menanggung
banyak dosa.” Ucapan itu berbaur sayu.Zahlia mengeluh
kecil.
“ Zif… Zif… sepatutnya
bila fikiran dilanda buntu, kau kena mengucap panjang.Ada
pulak membentak nak marah-marah.Sebab itulah, fikiran tak
tenang,” jawab Zahlia selamba.
Razif tersengih
kelat.Matanya jatuh ke jari-jemari Zahlia yang masih merah
berinai.Walaupun inai itu sudah separuh hilang dari kukunya,
hati Razif tetap terusik.Inai itu tandanya wanita itu sudah
menjadi isteri orang.Razif tidak kenal siapa suami
Zahlia.Namun, Razif pasti lelaki itu sungguh bertuah
memiliki Zahlia.
Hati Razif dilanda
cemburu.Entah kenapa sampai hari ini rasa kasihnya kepada
wanita itu masih mekar.Malah, dia hampir hilang nyawa
apabila mengetahui berita perkahwinan itu dari Fatimah dan
yang paling penting dia masih tidak dapat menafikan kasih
sayangnya sehingga ke hari ini.
“Bila nak kenalkan
suami kau?” soalan yang tak terduga itu lahir dari bibir
Razif.Zahlia tersenyum malu.
“Nantilah.Aku
kenalkan.” Ringkas ucapan Zahlia.
Perlahan-lahan Razif
mengambil tangan Zahlia mendekatinya.Zahlia
tersentak.Namun, dibiarkan sahaja kerana dia tahu Razif
sahabatnya yang paling setia di sisi.
“Aku akan doakan kau
bahagia.Walaupun aku kecewa sebab tak berjaya memiliki
kau, tapi aku yakin hidup kau akan bahagia.Lelaki itu
seorang lelaki yang bertuah Alia.Bahagiakanlah dia.”
Ucapan itu
membuatkan Zahlia menelan air liur.Sampai begitu sekali
harapan Razif? Tiba-tiba hati Zahlia dilanda rasa
bersalah.Namun bibirnya membalas senyuman kecil.
“Okeylah, aku nak
pergi bank.Ada orang dermakan kau RM 30,000 untuk
rawatan dan pembedahan.Nanti, aku datang melawat kau
lagi,” jawab Zahlia pantas menarik tangannya yang masih di
dalam genggaman Razif.
Razif mengangguk.
TENGKU SYAHRAN menaiki keretanya dengan perasaan
berkecamuk.Dia tidak tahu kuasa apa yang memaksanya
memerhati gerak-geri Zahlia pagi itu.Sedangkan dia tahu
Zahlia akan ke hospital untuk melawat rakannya.Zahlia
sendiri sudah meminta keizinannya dan dia membenarkan.
Tetapi hati Tengku
Syahran bagaikan tidak senang.Selang beberapa minit
Zahlia pergi, dia juga keluar.Mengikuti kereta Zahlia dari
belakang.Sampai sahaja di Hospital Kajang, dia meletakkan
kereta Honda Preludenya tidak jauh dari situ.
Dengan pantas dia
melangkah keluar dari kereta dan mengikut Zahlia.Sampai di
wad 10A, terpampar nama Razif di situ.Tengku Syahran
hanya menunggu di luar.Hatinya diserbu perasaan cemburu
apabila kedengaran isterinya ketawa mesra dengan
Razif.Kemudian dia ternampak lelaki itu meramas-ramas jari-
jemari Zahlia.Sakit benar hati Tengku Syahran dibuatnya.
“Damn!” jeritnya dan
terus melangkah pergi.
Di dalam kereta dia
menumbuk-numbuk stereng kereta melepaskan
geram.Kenapa harus ianya terjadi? Tengku Syahran sudah
mula menyayangi Zahlia.Tiba-tiba Zahlia berpaling tadah
kepada orang lain pula.
Tengku Syahran
membatukan diri di dalam kereta.Perbualannya dengan Adli
ketika di Hotel Crystal Crown dahulu terbayang di
fikiran.Waktu itu, dia dengan Zahlia masih belum berkahwin.

“KAU jangan jadi gila Syah! Aku takut kau terjatuh cinta kat
dia nanti.Tak pasal-pasal kau yang parah,” ujar Adli selamba.
“Li, aku dah pernah
kecewa sebab cinta.Aku dah lali.Dalam hidup aku, yang aku
yakin Cuma cintaku pada Nazirah.Lepas Nazirah meninggal,
semua perempuan yang datang kat aku tak pernah setia.Aku
yakin aku takkan jatuh cinta pada perempuan tu,” jawab
Tengku Syahran.
“Kau jangan cakap
besar Syah. Orang perempuan ni lain sikit, aku bukan
apa.Kau tu lelaki, pergi mana-mana pun nafsu tetap ada.Aku
takut, malam pertama kau tu, terus kau terkam dia.Time tu,
perjanjian entah ke mana, sayang entah ke mana,” ujar Adli.
Tengku Syahran
hanya ketawa mendengar kata-kata Adli.Adli adalah teman
baiknya sejak sekolah menengah sehingga melanjutkan
pelajaran bersama-sama ke London.
Adli jugalah yang
memperkenalkan Nazirah kepadanya.Bila berita sedih
diterima tentang kematian Nazirah, Adlilah teman yang
menemani Tengku Syahran.Persahabatan mereka bagaikan
isi dengan kuku.
“Eleh… aku tengok
perempuan tu macam mata duitan aje.Dia terima rancangan
aku pun lepas aku cadangkan wang sebagai ganjaran.Tak
mahulah aku hidup sekatil dengan perempuan macam tu,”
ujar Tengku Syahran lagi.
Kali ini Adli pula
ketawa.Tengku Syahran mengerutkan dahi.
“Kenapa?” soal
Tengku Syahran kehairanan.
“Kau ni sebelum
dapat, cakap beria-ia.Tengoklah lepas dapat nanti, siapa
yang tersungkur.Lepas tu, kau akan datang pada aku dan
cakap yang kau fall in love.Masa tu aku tak heran sebab aku
dah kenal hati budi kau Syah.Lagipun aku dengar Zahlia tu
lemah lembut orangnya.Pandai ambil hati.Kalau kau tak
tersangkut, mak bapak kau pulak yang tersangkut.Ingat
Syah, bila berdua-duaan macam-macam benda boleh
berlaku.”
“Macam mana kau
kenal dia, Li?” tanya Tengku Syahran pelik.
“Dulu, syarikat lama
tempat aku bekerja pernah tawarkan dia satu jawatan.Aku
pernah jumpa dia sekali waktu serahkan surat untuk
temuduga.Tapi, aku tak tau kenapa dia tolak tawaran tu,
sedangkan terlalu banyak faedah yang ditawarkan.”
“Maksud kau?”
“ She is a brilliant
woman! Pemilik Bachelor of Accounting.Aku tengok
kelulusan dia.Fuhh… macam nak tersembul biji mata,”
beritahu Adli.
Tengku Syahran
terdiam.Tiba-tiba bibirnya mencebik.
“Dahlah, malas aku
nak cakap dengan kau.Makin sakit hati aku,” ujar Tengku
Syahran dengan nada marah.
Adli hanya ketawa
besar.
Tengku Syahran
tersedar dari lamunan apabila terdengar bunyi hon kereta di
belakang.Tengku Syahran tidak sedar bila keretanya sudah
berada di tengah jalan.Dia mengeluh berat.Kata-kata Adli
terngiang-ngiang lagi.
Kenapa aku tak
pernah ingat perjumpaan aku dengan Adli sebelum aku
kahwin dengan Alia? Adli pernah berjumpa dengan Alia? Adli
dah beritahu aku yang Alia ada ijazah perakaunan! Adli dah
nasihatkan aku tentang perasaan manusia yang senang
terpengaruh! Kenapa aku tak ingat?
Tengku Syahran
merengus kecil mengingatkan peristiwa yang berlaku
sebelum perkahwinannya.Waktu itu Tengku Syahran buta
untuk menilai sikap dan kelembutan Zahlia.Dan betapa
beraninya dia memberitahu yang hatinya takkan jatuh cinta
pada wanita itu secara terang.Kecilkah hati wanita itu?
Tengku Syahran sendiri tidak pernah ambil tahu.
Mungkin benar kata
Adli, aku sekarang dah jatuh cinta! Habis tu, apa yang patut
kulakukan? Tengku Syahran cuba mencari jalan.Akhirnya, dia
memecut Honda Preludenya menuju ke Neraca Holdings
untuk mencari Adli.

PINTU bilik yang tertera nama ‘Ahmad Adli’ diketuk bertalu-


talu.Apabila terdengar suara orang mengarah masuk,
barulah Tengku Syahran memulas tombol pintu.Kelihatan
Adli sedang membelek-belek beberapa fail di atas meja.
“Hai… sibuk sangat
ke, sampai tak sempat nak tengok siapa yang datang?” sapa
Tengku Syahran membuatkan Adli mengangkat wajah.
Segera bibir Adli
melemparkan senyuman.
“Eh, kau Syah!
Sorrylah, tak sedar aku.Kau dari mana? Tadi aku ke bilik kau,
tak ada orang pun,” beritahu Adli sambil menutup fail yang
berselerak di atas meja.
T engku Syahran terus
melabuhkan punggung di kerusi tanpa disuruh.Dia sudah
terbiasa dengan Adli yang menjawat jawatan Pengurus
Sumber Manusia di Neraca Holdings itu.
“Aku dari hospital
ni,” ujar Tengku Syahran.
“Siapa sakit? Ayah
kau ke?” soal Adli sedikit cemas.
“Eh, tak adalah.Ada
hal sikit,” jawab Tengku Syahran acuh tak acuh.
Masakan dia ingin
membuka pekung di dada dengan memberitahu Adli yang
dia ke hospital kerana mengintip perbuatan
isterinya.Bodohlah dia!
“Apahal kau datang
ni? Aku tengok muka kau macam ada problem aje, kenapa?”
soal Adli pelik.
Selama ini Tengku
Syahran akan masuk ke biliknya bila perlu sahaja.Itu pun
kalau dia dilanda masalah.Selebihnya mereka lebih senang
berjumpa di luar waktu pejabat.
Tengku Syahran
menelan air liur.Hatinya memberontak ingin memberitahu
Adli tentang perasaannya pada Zahlia, tetapi dia takut di
tertawakan.
“Apasal ni Syah? Kau
ni macam ada masalah besar aje.Macam kali pertama aku
tengok semasa kau jatuh cinta dengan Nazirah.”
Tengku Syahran
sedikit tersentak mendengar nama Nazirah disebut.Tetapi
bukan itu persoalan yang mengganggu fikirannya saat
ini.Perkara berkenaan dengan Zahlia yang mengacau.
“Syah… apasal
senyap aje ni? Peliklah aku tengok kau.Kenapa ni?” Adli
bertanya lagi.
Tengku Syahran
menarik nafas.Dia resah duduk di situ.Serasa seperti
dunianya tidak menentu dan hilang segala tarikan
graviti.Dunia Tengku Syahran seakan terawang-awang.
“Syah… kau ada
problem dengan Alia ke?” soal Adli berusaha memancing
jawapan dari teman baiknya itu.
Tengku Syahran
ingin mengangguk tetapi dia tidak jadi.Dia hanya
menyorotkan pandangan pada wajah Adli yang sudah
meletakkan pen di atas meja.Kelu lidahnya.
“Aku masih
menunggu. Jangan sampai aku bosan dahlah.” Adli seperti
memberi amaran.
Tidak terluah
ucapan Tengku Syahran dirasakan.Tengku Syahran menyaruk
rambutnya ke belakang dengan kedua-dua belah
tangan.Berusaha mengumpul kekuatan.
“Mengapa ni?”
soalan Adli semakin berbaur geram.
“Aku rasa… aku
rasa… kan… aku dah jatuh cinta.” Lambat-lambat Tengku
Syahran bersuara.
A dli terdiam.Terkedu
juga dia.Benarkah? Pelbagai soalan terkeluar di lubuk hati
Adli, tetapi Adli ketawa.Ketawanya bersambung-sambung
membuatkan wajah Tengku Syahran menjadi kelat.
“Dengan siapa?”
soal Adli.
Perlukah soalan itu
ku jawab? Tanya Tengku Syahran di benaknya.Tengku
Syahran tidak menjawab.Hanya membalas pandangan Adli
yang masih ketawa.
“ Wife kau tu ke? It’s
impossible!” Adli meneka sendiri ketika ketawanya mula
reda.
Tengku Syahran terus
mengangguk.Adli menyambung ketawa kembali
membuatkan Tengku Syahran bertambah malu.Lucu
sangatkah bila jatuh cinta? Tak salah bukan?
“Tulah, aku dah
beritahu, jangan cakap besar.Orang perempuan ni
lain.Tengok apa dah jadi pada kau, baru dua bulan kau
kahwin, dah surrender? Apalah kau ni Syah, lemah
sangatlah.Ubat apa yang bini kau kasi sampai rupa kau teruk
macam ni?”
Tengku Syahran
hanya mendengar kata-kata Adli tanpa sebarang alasan.Dia
tahu dia yang silap.Egonya tinggi konon-kononnya dia
takkan jatuh cinta dengan Zahlia, tetapi apa dah jadi? Kalau
dia tak jatuh cinta, kenapa dia cemburu melihat kemesraan
Zahlia dengan pemuda yang tidak dikenali itu? Razif… ya,
Razif namanya!
“Apa aku nak buat
ni, Li?” soal Tengku Syahran seperti orang bingung.
“Buat apa? Pikat
ajelah dia? Dia pun dah jadi bini kau, kan? Aku dah banyak
kali beritahu kau supaya dekati dia dan kau dah berjaya
jatuh cinta.Ini bermaksud dia pun begitu.”
“Aku taulah.Tapi,
aku takut.Dia tu susah sikit, keras hati.”
Adli
mengeluh.Syah… Syah… sampai dah kahwin pun, macam
orang tak waras.Setiap kali jatuh cinta mesti dia tak tentu
arah, desis hati kecil Adli.
“Orang yang keras
hati ni, lawannya lembut.Jadi, kau kenalah berlembut dengan
dia.Kalau dia dah keras hati, kau balas dengan berkeras,
makin keraslah gamaknya,” jawab Adli bersahaja.
“Aku tak tahu nak
mulakan dari mana.Aku pun tak sedar bila aku start jatuh
cinta pada dia.Yang aku tahu, aku cemburu bila ada lelaki
telefon dia.Lepas tu, dia menangis tiba-tiba.Aku cemburu tau
tak!” luah Tengku Syahran masih dipagut rasa cemburu.
A dli ketawa lagi.Tak
sangka Tengku Syahran semakin teruk sekarang.Kasihan,
desis hati kecilnya.
“Kau ni tak habis-
habis nak ketawakan aku apasal? Aku tengah bingung
ni.Tolonglah aku, Li.” Tengku Syahran seperti merayu.
“Macam nilah, kau
fikir apa yang Alia suka.Dia suka bunga tak? Kalau dia suka,
kau belikan.Ataupun kau belikan dia barang-barang
perempuan.Macam baju ke, kasut ke,” jawab Adli.
Tengku Syahran
cuba memikirkan cadangan Adli.Perlahan-lahan dia
menggeleng.
“Alia bukan jenis
perempuan yang macam tu.Mana dia suka bunga-bunga
ni.Kasut dengan baju tu pun aku rasa dia tak sukalah.Kau
tengoklah cara dressing dia pun.Simple dan taklah memilih
macam si Linda tu,” ujar Tengku Syahran sambil menjuihkan
bibir.
“Eh, bukan ke hari
tu kau yang cakap Alia tu jenis perempuan yang mata
duitan? Sekarang cakap dah lain pulak?” bidas Adli sengaja
memulangkan paku buah keras.
“Kau ni nak sindir
aku ke, nak tolong aku?” soal Tengku Syahran seolah-olah
merajuk.Adli tersengih.
“Perangai kau ni
kan Syah, semakin hari semakin pelik.Dah pandai merajuk
sekarang ni.Mesti si Alia tu yang ajarlah ni.Hmm… ada
kemajuan,” ujar Adli sambil ketawa.
“Li!!” keras Tengku
Syahran menjerit.
“Okeylah, okey, apa
kata kalau kau ajak dia dinner.Time tu, kau beritahulah dia,
yang kau dah fall in love pada dia.Habis cerita.”
Tengku Syahran
segera teringatkan rancangan percutiannya tiga hari
lagi.Perlahan-lahan dia tersenyum.
“Eh, ni apasal
pulak ni.Sengih-sengih tak tentu pasal?” soal adli pelik
melihat kelakuan Tengku Syahran yang tiba-tiba.
“Aku baru teringat
yang aku ada buat pelan nak pergi bercuti.Haa… time tu aku
beritahu dia,” ucap Tengku Syahran.
Adli mengerutkan
dahi.Pelik dengan kenyataan yang baru diterima.Hari tu, dia
kata perkahwinan ni sebab nak elakkan diri dari Linda.Tanpa
perasaan cinta pun ada hati nak pergi bercuti? Pelik betul dia
ni!
“Eh, kalau dah
pergi bercuti maknanya dia taulah yang kau sayangkan
dia.Buat apa kau nak takut lagi?” soal Adli.
“Sebenarnya aku
rancang nak duduk jauh dari keluarga buat sementara waktu
ni.Aku dengan Alia nak pergi kerjakan umrah dulu.Selepas
tu, kami pergi bercuti supaya Alia dapat rehatkan fikiran dia
dari famili aku.Kami pergi ni pun bukannya nak berbulan
madu betul-betul, olok-olok aje,” jawab Tengku Syahran.
“Hah… buat lagi
pelan macam tu.Kat sana dugaan kau lagi banyak, dahlah
berdua aje.Dalam bilik sejuk-sejuk macam tu.Lagi naya
Syah,” beritahu Adli.
Tengku Syahran
terdiam.Yang pasti, hatinya sudah lega sikit.Perlahan-lahan
bibirnya menguntum senyuman.
“Kalau dah terpaksa
buat ajelah.Lagipun dia kan bini aku.Kalau aku dah tak
tahan, dia tak rela, aku paksa.Takkan dia nak membantah,
berdosa ingkar perintah suami.” Kata-kata Tengku Syahran
itu menghamburkan ketawa lagi di bibir Adli.Adli
menggeleng-geleng.
“Kau ni Syah! Tak
senonoh.Cakap tak serupa bikin, hisy…pelik aku dengan
orang macam kau ni.Dahlah.Kau dah makan? Kita pekena
roti canai, syok jugak ni,” ajak Adli.
“Boleh jugak,” balas
Tengku Syahran.
“Sejak aku jatuh
cinta ni… rasa macam tak lalu nak makan,” sambung Tengku
Syahran.
Adli tersenyum
lucu.
“Marilah… aku
bawa kau ke tempat yang jual roti canai angau.Sesuai untuk
orang yang macam kau.”
Tengku Syahran
membesarkan mata.Adli pula sudah mula ketawa.Akhirnya
Tengku Syahran turut ketawa.Tidak tahan melihat ketawa
Adli.
Bab 17

L INDA duduk menonton televisyen.Namun hatinya masih


bengkak.Perkahwinan Tengku Syahran masih menjadi
punca utama.Sakit hatinya masih terasa bila berita
perkahwinan itu sampai ke telinganya.
Linda berasa geram.Wajah
ceria Tengku Syahran sekeluarga bagaikan sembilu yang
mencucuk ulu hatinya.Semua tetamu yang hadir pada hari
itu memuji-muji kecantikan pengantin perempuan.Hati Linda
terus dilanda cemburu yang tidak menentu.
Cis! Kurang asam!
Jaga kau Alia! Buat pertama kalinya, Linda tewas.Selama ini
semua kehendaknya dipenuhi.Dia mehukan kereta,
mamanya akan belikan.Dia mahukan rumah, papanya
sediakan banglo yang sudah siap dengan kolam
renang.Kalau inginkan seorang lelaki, petik saja jari, pasti
tersusun datang di hadapan mata.
“Kau perempuan
murah Linda! Jangan harap aku akan berkahwin dengan kau!
Aku tak ingin perempuan seperti kau untuk menjadi isteri
aku.” Linda masih belum dapat melupakan kata-kata Tengku
Syahran suatu ketika dahulu.
Kini, Linda terasa dia
telah kalah.Tengku Syahran benar-benar mengotakan
janjinya.Linda terasa dirinya kerdil sekali kerana Tengku
Syahran tidak mahu dirinya dijadikan isteri.Linda tidak tahu
kenapa hanya Tengku Syahran yang menjadi fokus utamanya
sejak kebelakangan ini.Sedangkan semua lelaki yang pernah
didampingi lebih hebat dari Tengku Syahran.Punya rupa,
harta, dan pangkat yang lebih power! Bukan sahaja di
tempat awam, malah sanggup menjadi teman di ranjang
ketika dia ingin melepaskan nafsunya.
Alat kawalan
televisyen dicapai.Siaran mula bertukar arah.Berulang-
ulang.Tiada yang menarik padanya.Off.Alat kawalan itu
dicampak ke hadapan.Berdentum bunyi pasu bunga yang
dibeli dari Indonesia jatuh ke lantai.Pecah berderai.
Linda mencapai rokok
di atas meja.Dinyalakan apinya dan disedut sedalam
mungkin.Tiba-tiba kelibat Datin Rohana berlari-lari anak ke
arahnya.Bunyi kaca yang pecah berderai amat
memeranjatkan.Terkejut wanita itu bila melihat kelakuan
anak perempuannya yang semakin tidak keruan.
“Linda, apa yang kau
buat ni?” tengking Datin Rohana segera merampas rokok itu
dari tangan Linda.
Linda hanya
tersenyum.Fikirannya kacau.
“ Mama jangan ganggu
Linda.Linda bosanlah!” terkapai-kapai tangan Linda ingin
mengambil semula rokok itu dari tangan ibunya.
“Kau jangan jadi gila!
Benda ni tak elok untuk baby dalam kandungan kau tu,”
marah Datin Rohana.
“Ala mama.Baby ni pun
teringin nak merasa.Bagilah mama.Sikit aje,’ rengek Linda.
“Dah.Pergi naik
atas.Ada anak perempuan pun tak boleh diharap,” jerkah
Datin Rohana.
Pening kepalanya
memikirkan perangai Linda sejak akhir-akhir ini.Semakin
menjadi-jadi ketagihannya merokok.Tambah-tambah lagi
keadaan Linda yang berbadan dua, pasti memudaratkan
bayi yang sedang dikandungnya itu.Ini semua Tengku
Syahran punya pasal.Jantan tak guna! Jerit Datin Rohana di
dalam hati.
“Mama, bagilah
mama!”
“Linda apa nak jadi
dengan kau ni? Jangan kerana lelaki tu, kau nak musnahkan
diri kau.Fikirkan anak dalam perut kau! Syah dah malukan
keluarga kita.Sedar sikit!” Linda memandang wajah ibunya
tanpa perasaan.
“Kau ingat sikit Linda,
kandungan kau dah nak masuk dua bulan.Jangan harap Syah
tu nak kat kau.Dia dah kahwin.Dah ada isteri.Itulah kau, dulu
lagi mama dah pesan, nak enjoy tu jangan melampau-
lampau sangat.Ini tak, keluar dengan jantan tak habis-
habis.Malam keluar, pagi baru balik.Sampai boleh jadi anak
dalam perut tu.” Lantang suara Datin Rohana membebel.
Linda sudah tidak
menghiraukan kata-kata ibunya.Malas mahu melayan setiap
bebelan itu.Hanya akan menambahkan sakit hatinya
sahaja.Ah, biarkan!

“PAPA rasa elok kalau Linda pergi bercuti beberapa


hari.Rehatkan fikiran.” Datuk Firdaus mengemukakan
cadangan.
Anak perempuan
kesayangannya itu tetap membisu.Tiada riak-riak ingin
membalas kata-kata papanya.Datin Rohana hanya
memerhatikan kelakuan Linda.Malas dia mahu membuka
mulut.Suaminya itu seakan tidak mengerti perasaan
anaknya.
Berita tentang
kandungan Linda tidak langsung diberitahu kepada Datuk
Firdaus.Kalau sampai ke pengetahuan suaminya, pasti dia
akan mengamuk sakan.Entah-entah dihalaunya keluar dari
rumah itu nanti.
“Linda, kau tak boleh
patah semangat! Kan banyak lelaki lain dalam dunia ni.Syah
bukan jodoh kau,” ujar papanya namun nasihat papanya itu
tidak melekat ke dalam benaknya.
“Kau nak teman lelaki,
papa boleh carikan.Kawan-kawan papa tu semuanya ada
anak bujang.Kau pilih aje.Nak lawyer, doctor. Engineer?
Semua ada.Apa yang kau nak risaukan?” Datuk Firdaus
merenung wajah itu sepenuh kasih.
Datin Rohana
mencebik.Kata-kata suaminya bukannya boleh
dipakai.Takkanlah Datuk Firdaus tidak mengerti kehendak
anak perempuan tunggalnya itu.Kalau berkehendakkan
sesuatu pasti dipenuhi.Kini, lelaki yang telah mengutuk diri
anaknya itu yang menjadi pujaannya.Tetapi tidak berjaya
dimiliki.Pastinya hati anak tunggalnya itu akan terluka
kerana niat Linda mendampingi Tengku Syahran adalah
kerana dendam.
“Anak papa kan
cantik, manja, lawa! Mesti ada yang lebih kacak menanti kau
suatu hari nanti,” pujuk Datuk Firdaus lagi.
Linda
medengus.Malas mahu melayan kata-kata papanya.Hatinya
masih terluka.Dicampur rasa gerun dengan kandungannya
yang kian membesar.Di mana ingin disorokkan perutnya
apabila janin itu sampai ke usia lima bulan.Ingin digugurkan,
dia takut.Sudah tiga kali dia gugurkan kandungan.Kali ini
doktor tidak berani mengambil risiko.Linda terpaksa
melahirkan bayi itu kalau mahu nyawanya selamat.
“Honey, papa bawa
kau berjalan ke London nak? Kita satu family pergi holiday,”
cadang Datuk Firdaus lagi.
“Tak payahlah
papa.Linda tau jaga diri.” Keras Linda menjawab sebelum
melangkah pergi meninggalkan papa dan mamanya di situ.
“Itulah awak, bagi
muka sangat dengan anak.Tengok apa dah jadi?” marah
Datuk Firdaus kepada Datin Rohana ketika Linda hilang di
balik tangga.Datin Rohana mendengus.
“Abang jangan nak
tuduh saya! Salah abang jugak.”
“Eh, Rohana! Siapa
sebenarnya yang ikut sangat cakap anak? Awak tu, Linda
suruh beli kereta, awak belikan.Dia nak rumah, awak paksa
saya beli.Sekarang semua benda yang dia nak, kena jadi
milik dia.Itu, suami orang tu pun nanti dirampasnya,” bentak
Datuk Firdaus kuat.
“Abang, abang kena
ingat Linda tu satu-satunya anak yang kita ada.Abang tau
tak betapa payahnya saya nak melahirkan dia sebelum
doktor sahkan yang saya tak boleh beranak lagi.Harta yang
kita ada ni pun tak habis kalau kita beli sepuluh biji banglo
lagi bang,” balas Datin Rohana semakin kuat.
Datuk Firdaus
mengeluh.
“ Ha, itulah modal yang
awak ungkitkan.Kalau wang itu kita pergi Mekah
mengerjakan haji, kan elok anak-beranak.Ini, bila saya ajak
awak banyak sangat alasannya.Ada meetinglah,
busylah.Itulah, inilah! Kali ni saya dah daftarkan nama kita
sekeluarga.Kalau awak tak nak pergi dahlah.Biar saya pergi
sendiri.” Datuk Firdaus terus bangun dan meninggalkan
Datin Rohana di situ.
Bab 18
T
ENGKU HAKIMI dan Sofea sedang berada di dalam
kereta.Mereka sedang menuju ke pejabat guaman milik
rakan Sofea.Masing-masing tidak bersuara.Maklumlah
pertama kali bersama.
“Cikgu, cikgu tak kisah kalau saya
panggil nama?” soal Tengku Hakimi dengan nada yang
tersipu-sipu.
Sofea tidak menjawab pertanyaan
Tengku Hakimi.Dia hanya melemparkan senyuman.Beberapa
minit kemudian, Sofea pula bersuara.
“Kalau saya tanya Kimi
satu soalan, Kimi boleh jawab tak?”
“ Depends on the
question.Tanyalah?”
Lagu I Don’t Wanna Miss
A Thing nyanyian Aerosmith berkumandang di dalam
kereta.Suasana sunyi seketika.
“Bagaimana Kimi kenal
dengan bekas isteri Kimi?”
“Kenapa tanya soalan
tu?”
Sofea hanya
menggeleng.Dia tidak tahu apa yang hendak
dijawab.Kemudian dia mengalihkan pandangan ke luar.
“Kami kenal dalam satu
pertemuan yang diatur oleh keluarga,” ujar Tengku Hakimi.
“Kimi sayangkan dia?”
soal Sofea masih memandang ke luar.
“Terlalu walaupun ia
berputik melalui cinta pandang pertama.Kemudian kami
berkahwin tapi tak sangka perkahwinan kami hanya sempat
bertahan selama dua tahun aje.Dia tak setia sedangkan saya
bermati-matian menyintai dia.”
Sofea menoleh pada
Tengku Hakimi yang sudah berubah wajah.Menyesal pula
kerana membuka cerita itu.Tetapi hatinya membuak-buak
ingin mengetahui kisah lelaki itu.Dia berasa selesa
berdamping dengan anak jiran sebelah rumahnya itu.
“Maafkan saya kalau
pertanyaan saya telah membuatkan Kimi terkenangkan
kisah silam.”
“Tak apa.Kisah tu dah
lama berlalu.Dia betul-betul dah berubah.Saya akan cuba
menerima hakikat itu.Yang penting, Murni milik saya
sepenuhnya.”
“Tapi dia juga mama
kepada Murni.Bukan niat saya mahu mencampuri urusan
peribadi Kimi.Tapi, sebagai seorang wanita, saya dapat rasa
yang dia merindui anaknya.”
“Saya tak halang dia
menjenguk Murni, Sofea! Dia ada hak untuk datang
berjumpa dengan Murni tapi saya takkan benarkan Murni
tinggal dengannya sepanjang hayat.”
“Murni pulak macam
mana? Dia masih kecil dan memerlukan kasih seorang
mama.Kimi tak boleh memikirkan hal ini bagi sudut Kimi
aje.Kena fikirkan jugak kehendak Murni.”
“Maksud Sofea?”
“Di sekolah, Murni selalu
bertanyakan hal yang pelik-pelik.Setiap hari pasti ada
perkataan mama yang disebut.Saya kasihankan dia, Kimi!”
Sofea teringatkan kata-
kata Tengku Murni beberapa hari yang lalu yang
menyuruhnya menjadi mama kepadanya.Tersentuh hati
Sofea mendengarnya tetapi dia hanya mendiamkan
diri.Hanya hari ini baru dia berkesempatan bercerita tentang
hal itu.
Tengku Hakimi
terdiam.Dia pula teringat kata-kata Tengku Murni bersama
Tengku Syahran beberapa hari yang lalu.Tengku Hakimi tahu
anaknya memang rindukan belaian kasih seorang
mama.Cuma dia yang masih takut untuk memperjudikan
hidupnya kepada seorang wanita yang bergelar isteri.Dia
takut cintanya dipermainkan lagi.Masih terasa keperitannya
sehingga kini.
“Kahwinlah lagi, Kimi.Ia
bukan aje baik untuk Murni tetapi jugak untuk Kimi.Takkan
selamanya Kimi mahu hidup bersendirian?” soal Sofea
lembut.
Hati Tengku Hakimi
tersentuh mendengar ayat Sofea.Dikerling sekilas ke arah
Sofea.Gadis manis yang bertudung itu.Tiba-tiba dia terasa
sesuatu yang aneh terbit dalam sanubarinya.Tengku Hakimi
mengeluh.
“Kalau saya pilih Sofea
sebagai calon mama kepada Murni, Sofea sudi terima?”
tanpa diduga Tengku Hakimi berkata begitu.
Sofea terkedu.Semakin
laju denyutan jantungnya.Dia melamar akukah?
“Saya beri Sofea masa
untuk fikirkan hal ini.Kalau Sofea setuju, saya akan suruh
mak dengan ayah saya masuk meminang.Kita kahwin
secepat mungkin.Saya tak perlukan masa untuk bercinta
sebelum kahwin.Cukuplah sekadar saya mendapat seorang
isteri yang setia dan mampu menjaga saya dan Murni
seikhlas hati.Saya akan bercinta melalui itu.”
Sofea tertunduk.Kelu
lidahnya untuk membalas kata-kata Tengku Hakimi.Pada
waktu itu mereka telah sampai di hadapan firma guaman
milik rakan Sofea.Enjin kereta telah dimatikan.Sofea
membisu di dalam kereta.
“ Tolong fikirkan Sofea.Saya
tau tindakan saya terburu-buru.Tapi saya perlukan wanita
yang dapat menyayangi Murni lebih dari diri saya.Saya dapat
lihat ciri-ciri itu dalam diri Sofea,” ujar Tengku Hakimi lagi.
Sofea terus membisu.
“Jika betul-betul Sofea
setuju, percayalah… saya takkan sia-siakan hidup
Sofea.Saya akan cuba menyintai dan menyayangi Sofea
dengan syarat, setia!”
Sofea mula menoleh ke
arah Tengku Hakimi.Melawan pandangan mata lelaki itu.
“Soal jodoh saya telah
serahkan pada umi dan ayah saya.Kalau Kimi mahu jadikan
saya sebagai isteri, berjumpalah dengan umi dan ayah saya
dulu,” beritahu Sofea sedikit gugup.
Tengku Hakimi tersenyum
dan mengangguk.
“Terima kasih.Saya akan
hantar mak dan ayah saya.Jomlah… kita dah sampai.”
Tengku Hakimi keluar
diikuti Sofea dari belakang.

“KAMU nak kami meminang Sofea?” tanya Tengku Badariah


sedikit terkejut.
“Betul ke ni? Kamu tak
main-main?” ayahnya Tengku Ismail pula inginkan kepastian.
Tengku Hakimi telah
menyuarakan hasratnya itu pada suatu malam ketika
mereka sedang duduk bersembang.Tengku Ismail terkejut
dengan pengakuan anaknya itu.
Selepas memberitahu
hasratnya itu, Tengku Hakimi tidak bersuara.Hatinya
berdebar-debar.Benarkah tindakannya? Tidakkah tergesa-
gesa?
Tiba-tiba wajah Sofea
terbayang di ruang mata.Senyumannya memikat kalbu,
tingkah lakunya sopan.Orangnya lembut.Jauh berbeza
dengan Raja Jasmin.Sudah jatuh cintakah aku? Tengku
Hakimi tertanya-tanya dalam hati.
“Mak tak nak kau ambil
keputusan yang tergesa-gesa.Nanti apa pulak kata ayah dan
umi Sofea? Tak pasal-pasal mereka ingatkan kau nak kahwin
dengan Sofea sebab terdesak.Takut kehilangan Murni.” Suara
Tengku Badariah memecahkan lamunan Tengku Hakimi.
Tengku Hakimi mendongak
memandang emaknya.Memang jelas raut emaknya itu
kelihatan risau.
“Kimi dah fikirkan
semalaman.Kimi rasa Sofea yang sesuai jadi mama kepada
Murni.Lagipun Sofea ada beritahu yang soal jodohnya telah
diserahkan pada ayah dan uminya.Mak dan ayah hanya
perlu merisik,” balas Tengku Hakimi.
“Kamu tak takut kalau
keluarganya menolak?” tiba-tiba Tengku Ismail bersuara.
Tengku Hakimi menelan air
liur.Tidak langsung dia terfikirkan tentang hal itu.
“Kemungkinan lamaran
Kimi ditolak mungkin datang dari ayah atau uminya.Kalau
Sofea, Kimi rasa dia dah setuju.Kimi dah tanya dia face to
face, dia yang cadangkan suruh Kimi tanya pada ayah dan
uminya,” beritahu Tengku Hakimi.
“Kalau begitu hal ni dah
tak jadi masalah.Kau beritahu Sofea, malam ni kita datang
ke rumahnya.Yah, awak cari cincin untuk buat syarat.Kalau
pinangan diterima, barulah beli yang betul-betul,” ujar
Tengku Ismail.
Tengku Hakimi tersenyum
lega.Debaran di dadanya mula hilang dan segera dia
melangkah ke tingkat atas untuk menghubungi Sofea.
Bab 19

“S ofea yakin boleh bahagia dengan Kimi?” soal Encik


Ishak sambil merenung tepat wajah anaknya yang kelihatan
malu-malu itu.Sofea tidak berani memandang wajah
ayahnya.Begitu juga dengan wajah uminya, Puan Solehah.
Ketika itu, mereka sedang
duduk beristirehat sambil menikmati angin malam di luar
rumah mewah dua tingkat milik Encik Ishak.Sofea tidak
bersuara, dia sebenarnya tidak tahu apa yang hendak
diperkatakan.
Encik Ishak masih lagi menanti
jawapan dari anak perempuan tunggalnya itu dengan penuh
sabar.Puan Solehah pula hanya menjadi pendengar setia
sejak tadi.Tidak pula ingin berkata apa-apa.
Selepas keluarga Tengku
Hakimi pulang, Encik Ishak terus mendapatkan Sofea.Ingin
bertanya dari hati ke hati.Terkejutnya bukan kepalang.Entah
mengapa tiba-tiba sahaja Tengku Badariah dan Tengku Ismail
bertandang bersama beberapa saudara-mara ke rumahnya
dengan tujuan tertentu.Ketidakwujudan Tengku Hakimi dan
anak-anak Tengku Ismail yang lain tidak pula menimbulkan
apa-apa kemusykilan di hatinya.
Tahu-tahu sahaja Sofea hendak
dirisik oleh jirannya itu.Encik Ishak terangguk-angguk
sahaja.Seolah-olah sudah sedia maklum dengan rombongan
tersebut.Padahal hatinya masih terkejut.
Encik Ishak terpaksa meminta
sedikit waktu sebelum memberi kata putus.Sofealah satu-
satunya anak yang dia ada.Dialah permata hati dan penyeri
dalam rumah tangganya setelah hampir 20 tahun usia
perkahwinannya dengan Puan Solehah.
Encik Ishak tidak mahu hati
Sofea disakiti.Apatah lagi membiarkan anaknya menjadi
mangsa kepada sesiapa yang berdampingan semata-mata
untuk mengambil kesempatan.Jika diberi peluang, biarlah
Sofea dikurniakan seorang suami yang benar-benar
menyayanginya.Itulah harapan Encik Ishak.
Encik Ishak mengeluh.Wajah
lembut Sofea dipandang lagi.Kemudian beralih kepada
isterinya pula.Tiada apa-apa reaksi.
“Ayah bukan apa Sofea, ayah
tak mahu Kimi kecewakan perasaan Sofea.Ayah tak mahu
dia terima Sofea semata-mata kerana anaknya.Bukannya
ayah tak suka budak Kimi tu.Tapi… “
“Ayah, Sofea dah fikir masak-
masak.Sofea yakin, Kimi boleh bahagiakan Sofea.Lagipun dia
dah berjanji akan menyayangi Sofea kalau Sofea bersetuju
menjadi isterinya.Kan itu yang ayah nak,” potong Sofea
segera.
Tiba-tiba Puan Solehah
mencapai tangan Sofea.Lalu digenggam erat dan penuh
kasih.Sofea hanya membiarkan sahaja.Turut menggenggam
jari-jemarinya uminya yang tersayang.
“Umi nak Sofea fikir
panjang.Jangan kerana ikutkan perasaan, Sofea pulak yang
kecewa.Kimi dah ada anak.Pendapat umi sama macam
ayah.Umi takut Kimi gunakan Sofea sebagai alasan agar hak
penjagaan Murni jatuh ke tangannya.Itu Sofea kena ingat.”
Akhirnya Puan Solehah mengeluarkan bicara.Lembut penuh
memujuk.
Demi mendengarkan ucapan
Puan Solehah, Sofea menarik tangannya pantas.Kurang
senang dengan alasan uminya.
“Jadi, umi dan ayah tak setuju
dengan lamaran Kimi?” Sofea bertanya sebak.
Entah… Sofea sendiri tidak
pasti mengapa harus dia menangis dan bersedih sekiranya
dipaksa menolak lamaran Tengku Hakimi.Yang Sofea tahu,
hari itu adalah satu-satunya hari yang dinanti-nantikan
dalam hidup.Saat di mana dia disunting oleh seorang lelaki
untuk dibawa ke alam baru.Alam yang tidak pernah
diimpikan semenjak dia melihat Tengku Hakimi bersanding
dengan Raja Jasmin dahulu.
Sungguh, Sofea benar-benar
kecewa bila melihat pasangan raja sehari itu kelihatan
secocok bersanding di pelamin mewah.Saat itu, hati Sofea
bagaikan disiat-siat.Jiwanya bagaikan ditikam-tikam.
Sofea kecewa.Namun hanya
di dalam hati dia memendam segala-galanya.Berhari-hari dia
mogok tak bercakap.Hanya berkurung di dalam bilik
seharian.Ayah dan uminya juga tidak pernah diberitahu
tentang perasaan itu.
Kini, sungguh tak terduga,
lelaki yang dikasihi dalam diam itu telah melamarnya untuk
dijadikan suri hidup seterusnya dijadikan mama kepada anak
comelnya itu.Bukankah itu yang paling dinantikan Sofea?
Tapi mengapa mesti wujud lagi halangan yang mahu
menyekat kebahagiaannya? Sampai bila harus dia mengalah
tanpa berusaha mencari kebahagiaan sendiri?
Sofea tunduk.Serentak dengan
itu, air matanya gugur ke bumi.Mulai pasrah andaikata itu
suratan yang telah ditentukan dalam hidupnya.
Encik Ishak d an Puan Solehah
berpandangan.Tidak mengerti dengan tingkah laku Sofea
yang menghairankan.Pantas mereka mencapai tangan Sofea
lalu diusap manja.
“Kenapa Sofea menangis?”
soal Encik Ishak perlahan.
Sofea hanya mendiamkan
diri.Wajahnya kembali muram.Ia benar-benar merunsingkan
fikiran ayah dan uminya.
“Sofea,” panggil uminya pula.
Sofea tetap
membisu.Kemudian mengeluh kecil sambil membiarkan
matanya terpaku pada Villa Sakura.
“Ayah dan umi bukannya
menyekat kebahagiaan Sofea.Jauh sekali mahu memaksa
Sofea supaya menurut kehendak kami.Kami dah berikan
kebebasan kepada Sofea untuk memilih calon suami.Tapi,
kenapa mesti Kimi?” suara Encik Ishak kedengaran lagi.
Sofea menyeka air mata yang
sudah beransur kering.Dia menarik nafas dalam-
dalam.Wajah ayahnya ditentang dengan berani.Berupaya
untuk mengukir senyuman walaupun hambar.
“Kalau ayah dan umi dah
fikirkan baik dan buruknya untuk Sofea, biarlah Sofea aje
yang mengalah.Sofea tak mahu digelar anak derhaka.Esok,
ayah berilah kata putus pada mereka.Katakan Sofea sendiri
yang tolak lamaran Kimi.”
Sofea bersuara pasrah.Nada
sebaknya cuba disembunyikan.Dengan longlai dia
bangun.Tanpa sepatah bicara, Sofea melangkah
meninggalkan ayah dan uminya.
Encik Ishak dan Puan Solehah
yang memerhati berasa pelik dengan tingkah laku
Sofea.Bagaikan ada sesuatu yang sedang berlaku kepada
anak gadis mereka.Apa bendanya? Tiada jawapan yang
tercetus di minda masing-masing.

SUASANA hening malam itu.Hanya kedengaran gemersik


bunyi angin yang berdesir membelai tubuh pasangan
manusia yang hanya membisu sejak tadi.Tiada ucapan yang
terluah.Hanya suasana malam yang dingin menemani
mereka.
Tengku Hakimi kelihatan
tenang.Sofea yang duduk tidak jauh darinya juga bersikap
tenang.Kedatangan Tengku Hakimi ke rumah Sofea yang
tiba-tiba setengah jam yang lalu benar-benar mendebarkan.
Sofea tahu tujuan kedatangan
Tengku Hakimi.Sofea sudah bersedia dengan
jawapannya.Sekarang, Sofea hanya menantikan saat lelaki
itu berbicara.
Lamunan Sofea
hilang.Keluhan kecil Tengku Hakimi kedengaran sayup-sayup
di telinganya.Sofea menjeling sekilas ke arah Tengku
Hakimi.Zapp!! Jantung Sofea bagaikan direntap.Mata Tengku
Hakimi berlaga dengan anak matanya.Pantas Sofea
melarikan anak matanya ke sudut lain.
“Sofea, apa yang Sofea mahu
sebenarnya? Kan Sofea yang beri saya harapan.Kenapa
mesti Sofea jugak yang kecewakan saya?” Tengku Hakimi
meluahkan perasaan yang terbuku di dada.
Sofea tunduk.Tidak berani
bertentang mata dengan Tengku Hakimi.Takut hatinya tewas.
“ Please… say something!
Kenapa Sofea tolak lamaran saya? Saya nak tahu
sebabnya.Semalam Sofea sendiri yang beritahu, soal jodoh
telah Sofea serahkan kepada ayah dan umi.”
“Memang saya serahkan
kepada ayah dan umi saya.Jadi, apa masalahnya?”
“Kenapa Sofea menolak?”
“Sebab saya belum bersedia
menjadi seorang isteri,” jawab Sofea pantas.
Tengku Hakimi
mendengus.Jawapan Sofea tidak dapat diterima.
“Saya tak percaya.Sofea
melayani Murni seperti anak sendiri.Tak mungkin kerana
alasan itu aje, Sofea menolak kehadiran saya dalam
hidup.Atau… kerana status saya sebagai duda beranak satu
yang membuatkan Sofea tawar hati untuk menerima
lamaran saya?” Tengku Hakimi cuba menduga.
“Jangan menuduh saya seolah-
olah saya ni terlalu memilih! Saya bukan jenis macam tu.Apa
yang saya lakukan adalah untuk diri saya sendiri.Saya
berhak mencari kebahagiaan hidup yang saya impikan.”
“Dengan menolak lamaran
saya? Bererti saya tak mampu memberikan Sofea
kebahagiaan, begitu?” Tengku Hakimi memintas.
Sofea mengeluh kecil.Jika dia
terus-menerus menjawab setiap persoalan yang dicetuskan
oleh Tengku Hakimi, alamatnya topik yang ingin
dibincangkan takkan tamat.
“ Please Kimi.Lupakanlah niat
untuk memperisterikan saya.Carilah seorang perempuan
yang benar-benar mampu menyayangi Kimi dan Murni
seikhlas hati.Saya tak mampu berikan kebahagiaan dan
kasih sayang kepada Kimi dan Murni.”
Akhirnya Sofea
mengalah.Baginya itu yang terbaik daripada dipanjang-
panjangkan lagi perbalahan.Sofea sudah tidak sanggup
membohongi perasaannya.Dia bimbang air matanya gugur
di hadapan Tengku Hakimi.
“Saya dapat lihat ciri-ciri itu
ada dalam diri Sofea sebab itu saya tak teragak-agak untuk
memilih Sofea sebagai isteri seterusnya mama kepada
Murni.Saya yakin Sofea perempuan yang sesuai untuk
mengasihi saya dan Murni seikhlas hati.” Tengku Hakimi
berusaha memujuk.
“Saya tak dapat tunaikan
permintaan Kimi.Maafkan saya.”
“Sofea bingkas
bangun.Perlahan-lahan ingin meninggalkan Tengku
Hakimi.Namun Tengku Hakimi lebih pantas
bertindak.Pergelangan tangan Sofea dicapai dan digenggam
kuat.Sofea terkesima dengan tindakan itu.
“Apa ni? Lepaskan saya.”
Sofea berusaha menarik
tangannya.Namun tidak berdaya.Cengkaman tangan Tengku
Hakimi terlalu kuat.Mujurlah lengan baju Sofea betul-betul
menutupi auratnya.
“Kimi, please,” rayu Sofea.
Tengku Hakimi buat-buat tak
dengar.Tangan Sofea ditarik mengikut langkahnya.Sofea
terikat.Malah terpaksa mengikut jejak langkah Tengku
Hakimi yang semakin dekat dengan pintu rumah Encik
Ishak.Dada Sofea semakin gementar.Apa yang akan dibuat?
Di waktu yang sama, Puan
Solehah dan Encik Ishak sudah berada di muka pintu.Seolah-
olah terkejut dengan kemunculan Tengku Hakimi yang
selamba memegang tangan Sofea.Nasib baik beralas, bisik
hati kecil Puan Solehah.
Langkah Tengku Hakimi
berhenti di hadapan ayah dan umi Sofea.Tubuh Sofea ditarik
mendekatinya.
“Pakcik, makcik, saya nak
minta izin untuk mempertisterikan Sofea.Jika pakcik dan
makcik izinkan, esok saya sendiri akan hantarkan cincin
tunang dan lusa kami bernikah.”
Kata-kata Tengku Hakimi itu
benar-benar memeranjatkan Sofea.Encik Ishak dan Puan
Solehah juga terlopong sejenak.Masing-masing bagaikan
tidak percaya dengan tindakan Tengku Hakimi.
“Maafkan saya kerana
terburu-buru.Bukan kerana terdesak, tapi kerana saya tak
mahu lepaskan Sofea ke tangan lelaki lain.Saya berjanji akan
menjaga Sofea sepertimana pakcik dan makcik menjaganya
dengan baik.Saya akan belajar mencintainya sepenuh
hati.Tetapi, izinkanlah saya berikan kebahagiaan dan
menagih kasih darinya.Izinkanlah saya pakcik.” Tengku
Hakimi menyambung lagi.
Sofea memandang ayah dan
uminya dengan wajah kurang percaya.Dia tidak mampu
untuk berkata apa-apa.Lidahnya kelu dengan tindakan
spontan Tengku Hakimi.
“ Kimi, ikut pakcik sekejap.Kita
berbual-bual,” pinta Encik Ishak setelah agak lama
mendiamkan diri.
Tengku Hakimi
menurut.Mereka berjalan seiringan ke ruang
rehat.Meninggalkan Sofea dan Puan Solehah terpinga-
pinga.Puan Solehah kemudian mendaratkan anak matanya
ke arah Sofea.Tetapi pandangan itu sengaja tidak ambil
pusing oleh Sofea.Segera dia berlalu ke ruang tamu.
Sofea menekan alat kawalan
jauh untuk melihat siaran televisyen.Namun di hatinya, dia
sedang gelisah.Entah apa pula yang ayahnya akan
perkatakan kepada Tengku Hakimi dan apa pula yang akan
Tengku Hakimi jelaskan tentang penolakan lamarannya.
Ya ALLAH! Bantulah aku!
“Sofea,” panggil satu suara.
Sofea tersentak.Encik Ishak
sedang berdiri tegak bersama-sama Tengku Hakimi dan Puan
Solehah di sisi.Semuanya berwajah serius.Sejak bila mereka
berada di situ, tidak pula Sofea sedari.
“Sofea sudi jadi isteri Kimi?”
soal Encik Ishak.
Sofea membeliakkan
mata.Senyuman ayahnya tidak dapat ditangkap
maksud.Kemudian mata Sofea beralih pada Puan
Solehah.Bibir uminya juga sedang tersenyum.Tengku Hakimi
pula hanya mendiamkan diri.
“Sofea, apa jawapan Sofea?
Terima atau tak? Kalau terima, esok bertunang dan lusa
bernikah.Kalau tak, kita tamat di sini aje.” Encik Ishak
bertanya lagi.
Sofea menelan air liur.
“Diam tu, kalau ikut orang
dulu-dulu, setujulah tu.” Kedengaran suara uminya ceria.
Sofea terasa wajahnya
merah.Segera dia bangun dan melangkah ke dapur dengan
senyuman malu.
Ketika berada di dapur,
sayup-sayup suara gelak ketawa ayah dan uminya menyapa
ke telinga.
“Jagalah Sofea sebaik
mungkin.Pakcik terlalu menyayanginya sampai tak sanggup
melihat dia dikecewakan walau sebesar kuman sekalipun.”
Kedengaran suara ayahnya menaruh harapan kepada Tengku
Hakimi.
Sofea sebak.Dia terasa air
matanya mula bertakung.
“Insya ALLAH pakcik.Saya
berjanji.” Suara Tengku Hakimi pula kedengaran.
Sofea cuba memasang
telinganya lagi.Sengaja ingin mencuri dengar perbualan
mereka.
“Terima kasih kerana
mengingatkan saya tentang tanggungjawab.Saya berjanji
akan menjalankan tanggungjawab saya sebagai suami dan
ayah dengan baik.Itu janji saya.Pakcik dan makcik janganlah
risau.Jika berlaku apa-apa pada Sofea, hukumlah saya.”
Ucapan ikhlas itu benar-benar membuatkan Sofea terasa
bahagia.

Bab 20
K
ELUARGA Tengku Hakimi melangkah keluar dari mahkamah
dengan senyuman lega.Tengku Murni adalah hak mutlak
Tengku Hakimi.Raja Jasmin tidak boleh mengganggu
hidupnya lagi.Dia hanya boleh melawat Tengku Murni di
hujung minggu sahaja.
Raja Jasmin berlari
keluar.Mendapatkan Tengku Hakimi yang sedang berbual-
bual dengan peguamnya.
“Kimi… Kimi please
jangan buat I begini.Murni anak I jugak.” Tangan Tengku
Hakimi ditarik ke arahnya.
“Lepas!” tengking
Tengku Hakimi.
Raja Jasmin
melepaskan tangan lelaki itu.Kebanyakan orang yang berada
di pekarangan luar mahkamah menumpu ke arah
mereka.Pelik.
“ Please Kimi… maafkan
I.I silap kerana pilih lelaki tu. Dia buat I macam pelacur
Kimi.”
“Itu bukan urusan I. I
tak mahu ambil tahu.Kita dah bercerai.No more.” Tengku
Hakimi berkata tegas.
“Kimi, I still sayangkan
you.Sampai hati you buat I begini.”
“ Sayang? You sayang I?
Kalau you cakap macam tu empat tahun dulu, mungkin
benda macam ni takkan berlaku Jasmin.Sekarang dah
terlambat.Sayang I dah tak ada untuk you.Dah mati.”
Raja Jasmin menangis
tersedu-sedu.Habis melunturkan make-up yang dipakai.
“I sedar, I buta menilai
cinta you, Kimi.But now I’ve changed.I still love you honey.I
can still be a mom for our child.” Raja Jasmin
menghampiri.Mengusap tangan Tengku Hakimi lembut.
“Shut up! Setelah apa
yang you lakukan pada I, you ingat I akan senang-senang
terima you semula.You silap, Min.I tak semudah yang you
sangkakan.” Tengku Hakimi menepis tangan yang bergayut
itu.Hatinya membara.
R aja Jasmin tidak mudah
mengalah.Dia menghampiri lagi.
“ Sayang… kenapa cakap
macam tu? Kita boleh mulakan percintaan baru. I akan
berubah. I akan jadi isteri yang baik untuk you.” Lembut dia
bersuara.
“Sudah. I tak perlukan
you lagi.I’m not your husband anymore and I don’t want that
things happen again.Perempuan macam you tak sesuai
hidup dengan I dalam ikatan perkahwinan.Lupakan niat
you,” bantah Tengku Hakimi dengan nada kuat.
Dia mula melangkah
jauh.
“Tapi I masih perlukan
you,” jerit Raja Jasmin.Semua yang ada di situ dapat
mendengar dengan jelas.
“Berubahlah
Jasmin.Terima hakikat yang kita tak ada jodoh.Tak ada
chemistry.Cari kehidupan you sendiri.Bukan untuk I tapi
mungkin untuk orang lain.I tak mahu hidup dengan you lagi.
I dah ada isteri yang boleh berikan I dan Murni kasih sayang
yang telah you abaikan.
I sayangkan dia.Dan
yang paling penting, dia sayangkan Murni. I tak marah kalau
you nak datang melawat Murni. I akan benarkan Murni
bermalam di rumah you kalau you mahu. I tak akan sekat
pertalian azali antara you dengan Murni.But… you must
change yourself and don’t try to make mistake again.”
Panjang lebar Tengku Hakimi berkata.Cuba memujuk bekas
isterinya.
Raja Jasmin sudah
menangis teresak-esak.Menyesalnya tidak sudah-sudah.Dia
pasrah apabila Tengku Hakimi berlalu pergi meninggalkan
dia seorang diri.
Tengku Hakimi berjalan
ke arah keluarganya.Dia segera memeluk tubuh isteri yang
baru dinikahi semalam.Dicium dahi isterinya sekali.
Sofea tersentak dengan
perlakuan suaminya.Dia memandang wajah itu dengan
perasaan hairan.
“Sofea mesti janji
dengan abang yang Sofea tak akan kecewakan hati abang
ya?” soal Tengku Hakimi penuh perasaan.
Sofea tersenyum
memandang Tengku Hakimi.Dia mengangguk kemudiannya.
“Sofea janji bang,”
ucapnya perlahan.
Tengku Hakimi
membalas senyuman isterinya.Dikucup sekali lagi wajah itu
sepenuh kasih.
“Papa, mama, jomlah
balik.” Suara Tengku Murni mengganggu pasangan yang
sedang merenung sesama sendiri itu.Tengku Hakimi
menggenggam jari-jemari isterinya.
“Jom sayang,” ucapnya
dengan senyuman.
Tengku Syahran dan Zahlia
serta ahli keluarga yang lain masih berada di luar
pekarangan mahkamah.Mereka sungguh kagum melihat
kemesraan Tengku Hakimi dan Sofea.
Tengku Syahran
memandang Zahlia dengan rasa cinta yang begitu
mendalam.Terus dia mencapai pergelangan tangan Zahlia
lalu digenggam lembut.
Zahlia terkejut dengan
tindakan Tengku Syahran.Mahu sahaja ditepisnya tetapi bila
menyedari mereka berada di tempat umum, dibiarkan
sahaja.Peluang itu diambil sepenuhnya oleh Tengku Syahran.
Mereka melangkah
sambil berpegangan tangan menuju ke kereta.Di dalam hati
Tengku Hakimi terdetik, kenapalah dia tidak sedar yang
selama ini, anak perempuan jiran sebelah rumahnya benar-
benar diciptakan untuknya? Kenapa dia boleh berjumpa
dengan Raja Jasmin terlebih dahulu dari menemui Sofea? Ah,
segala-galanya telah ditentukan.
Bab 21

Z
AHLIA berasa semakin pelik.Semenjak sampai ke
bandaraya Tokyo, sikap Tengku Syahran berlainan
sekali.Layanan Tengku Syahran begitu romantis
membuatkan Zahlia tertanya-tanya di dalam hati.
Sudah dua minggu
Zahlia dan Tengku Syahran meninggalkan Villa
Sakura.Setelah selamat mengerjakan umrah, Zahlia dan
Tengku Syahran bertolak ke Tokyo.Mereka sampai di
Lapangan Narita, Jepun lebih kurang pukul 12.00 tengah
hari.Terus Tengku Syahran mencari teksi untuk membawa
mereka ke Tokyo Station Hotel.
Seharian masanya
dihabiskan di dalam bilik dengan berehat.Zahlia tidak sedar
bila dia tertidur.Dia cuma tersedar apabila jam tangannya
berbunyi menunjukkan pukul 3.00 petang waktu Malaysia.
Dia bingkas
bangun dan mendapati Tengku Syahran sudah tidur di kerusi
panjang.Terus Zahlia melangkah ke bilik air untuk
mengambil wuduk.Selepas menunaikan Solat Zohor, Zahlia
menuju ke arah Tengku Syahran.Tubuh lelaki itu digoyangnya
perlahan-lahan.Nafasnya kedengaran terlalu letih.
“Syah…” Zahlia
memanggil.
Beberapa ketika
kemudian barulah Tengku Syahran tersedar.
“Em… nak apa?”
Sejak menunaikan
umrah bersama-sama, hubungan mereka semakin
baik.Mereka sudah berbual dan kadang-kadang bergelak
ketawa bersama.Zahlia berpuas hati kerana Tengku Syahran
tidak lagi menggunakan bahasa kasar bila berbicara
dengannya.Itu adalah doanya!
Tengku Syahran
mengangguk dan terus bangun.
Selepas
menunaikan solat Zohor, Tengku Syahran duduk di birai
katil.Ketika itu, Zahlia sedang duduk membelek peta Tokyo di
kerusi panjang yang menghadapnya.
Gerak geri wanita
itu diperhatikan tidak jauh dari tempatnya.Lama matanya
jatuh ke pipi wanita itu.Kemudian jatuh ke bibirnya
pula.Tengku Syahran menelan air liur.
Hati Tengku
Syahran bergelodak lagi.Mahu sahaja dia menarik Zahlia ke
dalam pelukannya saat itu.Perlahan-lahan Tengku Syahran
bangun dan menuju ke arah Zahlia.Punggungnya dilabuhkan
di sisi wanita itu.
“Alia tengok apa?”
soalnya lembut.
Zahlia menoleh
sekilas ke arah Tengku Syahran yang sedang
merenungnya.Bibir Zahlia mengukir senyuman.Tengku
Syahran tidak membalas.Tetapi matanya tepat memandang
bibir wanita itu yang merekah.
“Tengok peta ni.”
Ringkas Zahlia menjawab.
Kertas di tangan
ditunjukkan kepada Tengku Syahran.Tengku Syahran tidak
berminat dengan peta itu.Yang sedang berlegar-legar di
fikirannya ialah Zahlia.Perlahan-lahan Tengku Syahran
menghampirkan wajahnya ke arah wanita itu.Zahlia yang
merasakan hembusan nafas hangat di telinganya segera
berpaling dan mendapati wajah Tengku Syahran semakin
hampir.
Zahlia
tersentak.Dia cuba menolak wajah itu, tetapi tidak
berjaya.Hidungnya sudah bertemu dengan bibir lelaki
itu.Hatinya mula berdebar-debar melihat renungan Tengku
Syahran.Tengku Syahran melangkah ke arahnya.Zahlia
berasa seram sejuk.
Zahlia ingin
melarikan diri tetapi tubuh Tengku Syahran telah pun berada
di hadapannya.Zahlia terkedu.Dia menelan air liurnya yang
dirasakan tersekat di kerongkong.Mata Tengku Syahran
masih merenung wajahnya.Tengku Syahran menolak tubuh
Zahlia ke katil.Zahlia terpempan.
“Apa ni Syah?”
marah Zahlia dengan perasaan berdebar.
Tengku Syahran
membisu.Rambut wanita itu dibelai halus.Bibirnya mengukir
senyuman.
“Aku cintakan
kau.”
Zahlia terdengar
ucapan lelaki itu.Zahlia rasa ingin pengsan.
“ Jangan… “ Zahlia
hampir menjerit.
“ Aku cintakan kau,
Alia.” Tengku Syahran mendekatkan wajah.
Tetapi Zahlia
bertindak pantas.Dia bangun setelah menolak tubuh Tengku
Syahran.Zahlia berlari menuju ke bilik air membiarkan
Tengku Syahran dilanda perasaan kecewa.

ZAHLIA keluar dari bilik air sejam kemudian.Terintai-intai


mencari Tengku Syahran dan bibirnya tersenyum puas
apabila mendapati Tengku Syahran tiada di bilik ketika itu.
“ Yes! Dia dah tak
ada!”
Zahlia ingin
duduk di kerusi panjang.Namun belum pun sempat dia
melabuhkan punggungnya di kerusi itu, Tengku Syahran tiba-
tiba terpacul di muka pintu.Zahlia tersentak.Wajah Tengku
Syahran kelihatan begitu kecewa.
Zahlia ingin
bangun dan berniat melarikan diri ke bilik air semula.Namun,
tangannya segera disambar oleh Tengku Syahran.Zahlia
terperangkap.
“Syah, lepaskan
saya!” ucapnya.
Tengku Syahran
menggeleng dan semakin kuat mencengkam pergelangan
tangannya.
“Syah, please.”
“Kenapa dengan
Alia ni? Kenapa Alia nak lari dari abang?” soalnya lembut.
“Abang?”
Zahlia pelik
dengan bahasa yang digunakan.Mana perkataan aku, kau
yang biasa terkeluar dari bibir Tengku Syahran.Zahlia
semakin gerun.
“Syah!”
“Panggil ‘abang’
sayang.”
“Syah, apa dah
jadi pada awak ni? Awak dah lupa syarat-syarat yang patut
awak patuhi.Mengucap Syah.Kita berkahwin atas dasar apa?
Ingat sikit.”
“Tapi abang dah
sayangkan Alia.Hari-hari abang menghadap Alia.Abang dah
tak tahan.Abang tak boleh nafikan yang abang sayangkan
Alia.Abang tak mahu kita berlakon aje, abang nak lebih dari
itu,” ujar Tengku Syahran.
Zahlia terasa
bulu tengkuknya meremang.Segera dia
menggeleng.Kelakuan Tengku Syahran semakin melampaui
batas.Dia sendiri sudah tidak sanggup menghadapi situasi
begini.Zahlia takut dia akan menyerah diri.Tak! Aku tak
cintakan dia! Aku tak cintakan dia ! Jeritnya di dalam hati.
“Tolonglah
Alia.Abang terpaksa berterus-terang, abang dah sayangkan
Alia.I love you so much.Abang tak boleh kehilangan Alia.Kita
jangan berpisah, Alia!” kata-kata itu membuatkan Zahlia
tersentak.
Zahlia ingin
menjerit mengatakan tidak tetapi apa kuasanya? Sedangkan
dia tahu lelaki itu berhak ke atasnya? Arghhh…. Kenapa ini
yang terjadi?
“Syah, apa
sebenarnya ni? Mana pergi janji awak.Jangan jadi bodoh
Syah.Buang perasaan sayang awak tu cepat-cepat.Walau
apa pun yang terjadi, saya tetap mahukan perpisahan.Saya
tak cintakan awak.” Keras Zahlia berkata.
“Please Alia.Kita
mulakan dari awal.Kita bercinta.Abang sayangkan Alia.”
Kata-kata yang diluahkan membuatkan Zahlia semakin
terkejut.
“Syah… apa
kenanya ni? Awak dah tak waras ke? Awak kena ingat, saya
tolong awak ni hanya sementara.Perjanjian kita hanya
sementara.Jangan nak memandai-mandai mengubah pulak,”
bentak Zahlia semakin tidak tahan dengan karenah lelaki
itu.Tangan Zahlia meronta-ronta meskipun ianya terikat kuat
di tangan Tengku Syahran.
“Ah, walau apa
pun yang terjadi, abang tetap nakkan Alia.Biarlah apa nak
jadi pun,” ucap Tengku Syahran lagi sambil jari telunjuknya
mengusap pipi Zahlia.
Zahlia ingin
mengelak tetapi tangan lelaki itu semakin galak menyentuh
pipinya.Kini, bibirnya pula dijadikan mangsa.Lama bibirnya
bertaut dengan bibir lelaki itu.Zahlia sudah tidak mampu
mengelak lagi.
“Alia, bagi abang
peluang? Kita jalankan hidup kita sebagai suami isteri yang
sah seperti pasangan lain ya?” ujar Tengku Syahran.
“Tak… saya tak
cintakan awak.Tolong jangan begini Syah! Beristighfar
banyak-banyak.Tolonglah lepaskan saya dulu,” rayu Zahlia
sambil menangis teresak-esak.
“Abang dah jatuh
cinta.Alia kena faham… ini bukan main-main.Abang dah
jatuh cinta sebelum kita bercuti lagi.Sejak tangan abang
melecur dulu,” beritahu Tengku Syahran sambil melepaskan
tangan Zahlia.
Zahlia duduk di
birai katil.Terasa lemah seluruh urat sarafnya.
“Kenapa awak
biarkan?”
“Ia datang
sendiri.Abang tak sedar.”
“Patut awak
elakkan.Benda ni takkan berlaku.Kita takkan bercinta,” ujar
Zahlia bersungguh-sungguh.
Zahlia pernah
memikirkan hal itu dahulu tetapi Zahlia belum
bersedia.Malah, tidak pernah terlintas di fikiran untuk tidur
sekatil dengan lelaki yang hanya dikenali beberapa
hari.Tambah-tambah lagi Zahlia sudah semakin mual dengan
sikap Tengku Syahran yang sudah berlebihan.
“Abang dah tak
boleh lari, abang cintakan Alia,” ujar Tengku Syahran lemah.
Zahlia
menggeleng.Dia tidak dapat menerima hakikat itu lantas
Zahlia melangkah keluar dari bilik hotel dan meninggalkan
Tengku Syahran bersama satu perasaan yang sukar
dimengertikan.
Mengapa dia boleh
jatuh cinta? Tanya Zahlia ketika kakinya sudah berada di luar
hotel.Zahlia berjalan sendirian.Tidak tahu hala tujunya.Zahlia
perlukan ketenangan.Fikirannya begitu kusut.
Syah sudah jatuh
cinta pada aku.Dan aku, adakah aku juga telah jatuh cinta
padanya? Soalan itu bermain-main di benak Zahlia.
Zahlia menelan air
liur.Setitis air mata menitik ke pipi.Zahlia hanya
membiarkannya.Dia terasa langkahnya longlai dan
lemah.Aku nak ke mana? Tanya Zahlia sendiri tetapi kakinya
masih bergerak dan Zahlia tidak mahu menjawab persoalan
itu.Dia terus mendiamkan diri bersama langkah kaki yang
dihayun tanpa arah.

ZAHLIA tidak dapat melelapkan mata malam itu.Terkebil-


kebil dia merenung siling hotel yang diterangi cahaya suram
dan malap.Sesekali dia menoleh ke arah Tengku Syahran
yang sudah lama terlena di kerusi panjang.
Petang tadi selepas
bertengkar, Zahlia terus keluar berjalan-jalan di sekitar
bandaraya Tokyo.Hati yang buntu cuba dirawat dengan
membawa diri.Apabila pulang, Tengku Syahran sedang
menantinya.Senyuman manis tidak lekang dari bibir lelaki
itu.
Zahlia pelik.Sudah
redakah segala perasaan lelaki itu? Itulah soalan pertama
yang terpacul di benaknya.Zahlia tidak membalas dan terus
melabuhkan diri di birai katil.
Malamnya, selepas
menunaikan solat Maghrib, Tengku Syahran mengajaknya
keluar ke Tokyo Walt Disney.Kalau diikutkan hati, memang
Zahlia malas mahu pergi.Tambah-tambah lagi hanya
berkepit berdua.Namun, apabila Tengku Syahran merengek
seperti budak kecil, Zahlia terpaksa menurut.
Entah apa kenalah
dengan lelaki ni? Berjanji tak serupa bikin.Kalau aku tahu
begini sudahnya, jangan harap aku nak tolong dia.Cis! Ingat
aku ni apa?
Tiba-tiba dia
teringatkan Razif.Mesti Razif sedang sibuk menjalani
rawatan.Seminggu sebelum Zahlia ke Mekah, dia ada
menyerahkan duit untuk pembayaran pembedahan.Nasib
baik Razif tak banyak soal.Kalau dia tahu dari mana aku
dapat, mesti dia tak mahu terima.
Namun, fikirannya
terus terbayang pertemuannya dengan Linda.Ketika itu dia
ke Bank Eon untuk menunaikan cek.Zahlia tidak tahu Linda
adalah salah seorang pegawai bank di situ.
“Rasanya I kenal you,
kan? Wife Syah right?” soal Linda.
Zahlia terasa ombak
di dadanya semakin ganas.Wajah Linda di tatap dengan rasa
gundah.Namun dia cuba menenangkan diri.Perlahan-lahan
dia mengangguk.
“Linda?” tanyanya
lembut.
Zahlia buat-buat tidak
kenal.Linda mencebikkan bibirnya.Tanda meluat melihat
Zahlia.Inilah orangnya yang telah menghancurkan
harapanku, detik hati kecilnya.
“Wow, banyaknya
duit you Alia? From Tengku Syahran bin Tengku Ismail,
transfer to your account? Emm… baru beberapa hari kahwin,
dah tinggalkan duit? Thirty thousand? Niat apa ni?” soal
Linda seolah-olah mengesyaki sesuatu.
Zahlia mengetap
bibir.Mencari nafas ketenangan untuk menyusun kata-kata.
“Tempat Alia bekerja
ada buat program kutipan derma untuk salah seorang
pekerja yang menghidap kanser perut.Syah adalah salah
seorang penyumbangnya.”
Linda mencebik
lagi.Menatap wajah Zahlia membuatkan hatinya
membara.Dia marah kerana wanita itu berjaya dipilih oleh
Tengku Syahran sebagai isteri.Linda bengang kerana dia
ingin membalas dendam pada Tengku Syahran yang pernah
menghinanya suatu waktu dahulu dan kini tidak berjaya.
“Eleh, nak buat
baiklah tu.Kau jangan nak tunjuk lagak Alia.Benci aku
menengoknya.Entah apa ubat yang kau dah bomohkan Syah
tu sampai sanggup tunduk menerima kau.Kau tak kenal
siapa Syah tu Alia.Aku yang kenal dia dulu dari kau.Kau
tunggu ajelah, apa yang dia buat pada kau nanti.” Kata-kata
Linda seperti mengugut.
Zahlia masih
kelihatan tenang.Itulah yang membuatkan hati Linda
berang.Dia sakit hati melihat wajah tenang Zahlia.Serasa
mahu dicekik leher wanita itu dan ditoreh wajahnya dengan
pisau tajam.Itu pun belum pasti sama ada dia sudah puas
atau tidak.
“ Aku tak kisah sebab
aku kenal siapa suami aku.Kau tak payah nak nasihatkan
aku.Aku boleh handle sendiri,” ujar Zahlia sinis.
Zahlia masih boleh
bersabar.Tetapi bahasa yang digunakan sudah lari dari yang
sebenarnya.Zahlia lebih senang ber’aku’ dan ber’kau’
sekarang.
Linda
mengancingkan gigi.Zahlia berani bertindak begitu kerana
Linda sedang berada di bilik pejabatnya.
“Kau kurang ajar!
Kau perampas!Syah milik aku!” jerit Linda sedikit kuat.
Zahlia bersikap
selamba.
“Tapi kenapa dia tak
pilih kau sebagai isteri? Kenapa dia datang pada aku?”
“Perempuan tak
guna!” ucap Linda keras.
Kali ini Zahlia gagal
mengawal kesabarannya.
“Kenapa dengan kau
ni Linda? Nak marah-marah aku ni kenapa? Kalau kau nak
sangat Syah tu, kau ambiklah.Aku tak heran pun.Kau
beritahu dia yang kau dah gilakan dia.Ajak dia kahwin
dengan kau.Kau marah-marah aku ni pun, bukannya luak
apa-apa.Menambahkan dosa lagi ada.” Zahlia berkata dalam
nada marah.
“Kau dah berani
cakap besar sekarang ni Alia.Tak sedar diri! Kau tu ingatkah
yang kau berasal dari mana? Dari tempat anak-anak yatim
tu Alia.Asal-usul kau sendiri pun tak siapa tau sebab kau ni
bayi pungut.Bayi yang orang jumpa di tengah-tengah
semak.Entah-entah kau ni anak luar nikah?”
Zahlia rasa mahu
menangis tetapi dia cuba tahan.Dia tidak mahu terus kalah
dengan tuduhan itu walaupun dia juga sering
mempertikaikan perkara yang sama.
“Suka hati kaulah nak
cakap aku ni apa, Linda.Anak luar nikah ke? Anak haram ke?
Aku tetap isteri Syah.Kalau kau menjerit kutuk aku sekalipun,
tak boleh mengubah takdir.Syah dah jadi suami aku.Nak
buat macam mana?” Zahlia mengangkat bahu.Sengaja
menambahkan geram di hati Linda.
Setelah segala urusan
selesai, Zahlia segera berlari keluar dari bank itu.Dia
menangis sepuas-puas hatinya apabila berada di dalam
kereta.Dia tidak tahu, kenapa dia jadi lemah ketika itu.Ya
ALLAH! Bantulah aku.

BUNYI tapak kaki menghampirinya mengejutkan


Zahlia.Pantas Zahlia menutup matanya.Dan tiba-tiba dia
terasa dahinya dikucup lembut.Apabila kucupan itu tidak
terasa, Zahlia membuka matanya dan mendapati Tengku
Syahran sudah berlalu ke kerusi panjang.Lalu, merebahkan
diri di situ.
Hati wanitanya
tersentuh.Zahlia bersimpati pada Tengku Syahran.Lelaki itu
jatuh cinta di tempat yang salah.Zahlia sebenarnya tidak
mahu terikat dengan sesiapa.Dia kenal siapa dirinya yang
tiada ibu bapa.
Zahlia terpaksa
menyekat perasaan sayangnya.Zahlia juga terpaksa berbuat
begitu agar dirinya tidak jauh hanyut dalam rasa sayang
yang sementara.

Bab 22
T
ENGKU SYAHRAN masih membelek-belek barang-barang
berjenama yang tersusun rapi di hadapannya.Sudah hampir
setengah jam dia berada di hadapan rak tersebut.Membelek-
belek dan kemudian meletakkan semula barangan itu.
Dia bingung.Tidak tahu jenama
apa yang hendak dibeli.Sebelum keluar dari bilik hotel tadi,
Zahlia ada memberitahunya jenama yang patut dibeli.Tetapi,
Tengku Syahran sudah lupa.
Pagi tadi ketika Zahlia
keluar dari bilik air wajahnya nampak pucat.Tangannya
menekan-nekan perut seolah-olah menahan sakit yang amat
sangat.Segera Tengku Syahran memapah Zahlia ke katil dan
membaringkan wanita itu di situ.
“Kenapa Alia? Muka Alia
nampak pucat aje.Sakit perut ke?” soal Tengku Syahran risau
melihat wajah isterinya.
Zahlia menggeleng.Dia
ingin memberitahu Tengku Syahran tetapi perasaan malu
terus menerpa wajahnya.Tetapi, Zahlia terpaksa juga kerana
dia ingin meminta pertolongan Tengku Syahran.
“Habis tu, abang tengok
Alia macam tak larat aje?” soal Tengku Syahran lagi.
“Saya senggugut.”
Lembut Zahlia berkata.
Wajahnya sudah mula
bertukar warna.Selama ini tidak pernah perkara sebegitu
dikongsi bersama lelaki.Tetapi kali ini, Zahlia sedar dia
terpaksa.Kalau tak diberitahu, siapa lagi yang akan
mengurangkan beban kesakitannya?
“Senggugut? Apa tu?”
tanya Tengku Syahran macam orang bodoh.
Zahlia ingin ketawa
melihat Tengku Syahran yang kelihatan pelik apabila
mendengar perkataan itu.
“Penyakit orang
perempuanlah.Itu pun tak tau?” marah Zahlia sekadar
bergurau.
Za hlia cuba melupakan
perkara semalam.Dia malas hendak mengingati setiap patah
perkataan lelaki itu yang bersungguh-sungguh menyatakan
cinta.Zahlia ingin melupakan.
Tengku Syahran terus
terdiam.Dia pernah terdengar perkataan itu dahulu.Tetapi
dia malas hendak ambil tahu.Kini, baru dia tahu apakah
makna perkataan yang baru diucapkan Zahlia.Tengku
Syahran tersenyum malu.
“Bagaimana boleh kena
ni?” soal Tengku Syahran lagi.
Zahlia ingin ketawa lagi
namun ditahannya.Tengku Syahran memang tidak tahu!
Ucap Zahlia di dalam hati.
“ Saya uzur.Awak boleh
tolong saya tak?” soal Zahlia.
“Apa dia?”
“Pergi belikan roti
kering,” ujar Zahlia malu-malu.Tengku Syahran mengerutkan
dahi.
“Nak pergi beli roti
kering, buat apa?” soal Tengku Syahran masih tidak
mengerti.Zahlia mengeluh.
“Awak ni, takkan roti
kering pun awak tak tau?” Zahlia sudah mula marah.Tengku
Syahran menggeleng lagi.
“Pad.Tau, kan?”
Ucapan itu terus
menjadikan Tengku Syahran terdiam.
“Tau tak?” soal Zahlia
lagi.
Tengku Syahran
mengangguk.
“Boleh tak tolong
belikan benda tu?”
“Kenapa tak bawa dari
rumah?” Tengku Syahran mengeluh sengaja
menyembunyikan rasa malunya.
“Mana saya tau yang
saya uzur kat sini? Benda nak keluar, bukan saya yang
paksa.” Zahlia mula merajuk.
“ Takkan Alia tak boleh
nak agak tarikh duenya? Bulan lepas datang bila, bulan ni
kan boleh agak-agak.” Tengku Syahran pula berkata.
Sebenarnya dia
sengaja berkata begitu.Hatinya ingin ketawa mengingatkan
soalan bodohnya tadi.
“Habis tu, sekarang
nak suruh saya buat apa? Benda ni dah keluar pun.Kalau tak
nak tolong tak apalah, saya boleh pergi sendiri,” ujar Zahlia
separuh merajuk.
“Okeylah, okeylah,
abang pergi beli.Alia mahu yang bagaimana?” soal Tengku
Syahran.
Zahlia menguntum
senyuman.
“Laurier.Yang saiznya
maxi.Plastik dia warna hijau,” ujar Zahlia.
Tengku Syahran
melangkah keluar.Sempat Tengku Syahran mengucup dahi
Zahlia dan Zahlia hanya menarik muka masam.
Kini, pelbagai jenama
terpampang di hadapannya.Tengku Syahran tidak tahu ingin
memilih yang mana satu.Dia mengambil satu jenama di
hadapannya.Membelek-belek dan kemudian terus berlalu ke
kaunter.
Sebaik sahaja sampai
di bilik, Zahlia sudah pun terlena di bawah katil.Kasihan
dilihat wajah Zahlia yang mungkin menahan sakit.
Perlahan-lahan Tengku
Syahran menggoyang-goyangkan bahu Zahlia.Lama dia
menggerakkan tubuh itu, barulah Zahlia tersedar.
“Nah, ni
barangnya.Abang main beli aje.Abang dah lupa brand apa
yang Alia pesan tadi.Pandai-pandailah Alia ya?” beritahu
Tengku Syahran seraya menghulurkan sebungkus plastik ke
arah Zahlia.
Zahlia mencapai dan
membelek-belek jenamanya.Kemudian dia mengerutkan
dahi sebelum menoleh ke arah Tengku Syahran.
“Kan saya dah cakap,
beli jenama Laurier! Yang awak beli jenama ni apasal?”
Zahlia mengeluh.
“Kan abang dah
cakap, abang dah lupa brand yang Alia nak tu.Abang beli
ajelah brand yang lain.Lagipun abang tengok jenama ni
macam elok aje.Siap ada wings lagi,” beritahu Tengku
Syahran sambil tersengih.
“Sebab ada wingslah
saya malas nak pakai.Susah tau tak?” bentak Zahlia.
“Apa yang susahnya?
Saiz sama, maxi.Cuma yang ni ada kepak aje.Kalau susah
sangat, meh sini abang pakaikan,” usik Tengku Syahran.
Zahlia mengetap bibir.
“Elehh… nak
merajuklah tu.Sorrylah, mana abang tau.Ni semua kan
barang wanita, abang ni lelaki.Lain kali abang takkan buat
lagi, okey sayang,” ucap Tengku Syahran.
Zahlia rasa hendak
muntah mendengar ayat yang baru diucapkan.Segera Zahlia
berlalu ke bilik air dengan wajah yang bengang.

TENGKU SYAHRAN dan Zahlia sedang bersiap-siap untuk


pulang ke Malaysia.Sebuah teksi telah pun menunggu
mereka di luar hotel untuk dibawa ke Lapangan Terbang
Narita.Sepanjang berada di Tokyo, tidak banyak tempat yang
dikunjungi.Cuma semalam, mereka ke Menara Tokyo
sebelum berangkat ke Tasik Nikko menikmati udara segar
dan pemandangan yang menarik di kawasan itu.
“Alia dah siap?” soal
Tengku Syahran tiba-tiba sambil memeluk bahu isterinya.
Zahlia
tersentak.Segera menolak tubuh Tengku Syahran
menjauhinya.Kemudian mengangguk.
“Kalau begitu,
jomlah.Nanti teksi tunggu lama sangat pulak.” Tengku
Syahran berkata lembut.
Zahlia mencapai beg
pakaiannya dan berjalan membuntuti Tengku Syahran dari
belakang.Kakinya dihayun lambat-lambat.Seolah-olah malas
mahu melayani karenah Tengku Syahran.
Sampai saja di
lapangan Terbang Narita, Zahlia bergegas ke telefon
awam.Setelah memasukkan beberapa ribu yen, dia mendail
nombor telefon Puan Azizah.
“Helo!” kedengaran
satu suara menyahut.
“Helo, mak!
Assalamualaikum, Alia ni,” jawab Zahlia.
“Ha, Alia!
Waalaikumussalam.Alia kat mana ni? Kat Jepun lagi ke?” soal
Puan Azizah ceria.
“Yalah mak.Alia dah
nak balik ni.Tengah tunggu flight kejap lagi.Mak sihat?” soal
Zahlia gembira.
“Sihat.Kau tu bercuti
sampai lupa kat mak.Tak telefon pun,” ujar Puan Azizah
seperti merajuk.Zahlia ketawa kecil.
“Sorrylah mak.Alia kan
dah telefon ni.Mak nak pesan apa-apa?Alia ada satu jam lagi
ni,” tanya Zahlia cuba memujuk Puan Azizah.
“Tak payahlah.Orang
dah bersuami, mana ingat kat mak lagi.”
“Alah mak.Takkan
merajuk kot.Sengaja Alia tak nak telefon.Bagi chancelah,
pengantin baru.Bila terpandang aje telefon kat airport ni,
teringat nak call mak.Maafkan Alia ya mak!”
Kedengaran Puan
Azizah ketawa besar.
“Ingatkan bila dah ada
suami, kau dah lupakan mak,” duga Puan Azizah.
“Eh, mak ni.Kasih mak
lain, untuk suami lain.Ada nak samakan pulak.Okeylah mak,
duit dah habis ni.Nanti bila sampai kat Malaysia, Alia call
mak lagi,” ujar Zahlia.
“Okeylah.Jaga diri
baik-baik.Kirimkan salam mak pada suami kau.”
“Okey,
Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.”
Zahlia meletakkan
gagang telefon.Bibirnya masih berbunga dengan senyuman
sambil melangkah ke tempat Tengku Syahran menunggu.
“Kenapa senyum-
senyum ni?” soal Tengku Syahran.
Zahlia mematikan
senyuman.Kemudian melabuhkan punggung di sisi Tengku
Syahran apabila lelaki itu memberi ruang untuknya.
“Mak saya kirim
salam.” Ringkas Zahlia berkata.
“W aalaikumussalam.
Alia baru call dia ke? Kenapa tak beritahu abang?” soal
Tengku Syahran lembut.
“Kalau beritahu
awak, kenapa?” soal Zahlia.
“Tak adalah.Abang
nak jugak bersembang dengan mak mentua abang.Tanya
khabar dia? Mak sihat ke?” tanya Tengku Syahran.
Zahlia hanya
menjawab dengan anggukan.
“Abang nak pergi
sana kejap.Alia tunggu sini ya, jaga barang,” beritahu Tengku
Syahran lalu mengangkat punggung melangkah ke arah satu
sudut.
Zahlia hanya
merenung seketika sebelum mengalihkan pandangan ke
arah lain.

“ALIA yakin Alia akan bahagia? Kahwin ni bukan perkara


main-main Alia.Tersilap langkah dah tak boleh berundur,”
luah Puan Azizah suatu hari ketika Zahlia memberitahu
emaknya tentang cadangan dia ingin mendirikan rumah
tangga.
Pada awalnya, Puan
Azizah kelihatan terkejut.Dia tidak pernah sekali menyangka
yang anak angkatnya itu sudah berteman.Namun, bila
diberitahu dengan bersungguh-sungguh, wanita itu barulah
percaya.
“Alia tau mak.Alia
dah buat keputusan.Lagipun dia lelaki yang baik,” bohong
Zahlia.
“Alia pasti? Jangan
terlalu berharap.Tak semua lelaki sama dalam dunia ni.Alia
tengoklah mak sendiri.Siapa yang kecewakan mak kalau
bukan lelaki.Mak tak mahu Alia kecewa seperti mak rasakan
sekarang ni.Pedih Alia,” ujar puan Azizah sambil meramas
lembut jari-jemari Zahlia.
“Alia ingat mak.Tapi,
tak semua lelaki macam tu.Mak janganlah risau, Alia percaya
dia akan bertanggungjawab,” beritahu Zahlia lembut sambil
membalas genggaman Puan Azizah.
“Dia dah tahu
tentang asal-usul Alia? Mak takut di kemudian hari, dia
ungkit kisah hidup Alia.Dia memperkecil-kecilkan maruah
Alia.Itu yang mak takut nak hadapi.”
Zahlia mengeluh
kecil.Perlahan-lahan kepalanya diangguk.
“Dah mak.Awal-awal
lagi Alia dah beritahu dia yang Alia ni anak yatim.” Selamba
Zahlia berkata.Wajahnya dialihkan ke arah peti televisyen.
“Alia beritahu dia
macam tu? Habis tu mama Alia?”
“Alia tak ada mama!
Alia hanya ada mak dalam dunia ni,” ujar Zahlia memotong
percakapan Puan Azizah.
“Tapi…”
“Dahlah mak.Malas
Alia nak dengar pasal cerita tu.Alia nak naik atas dulu,”
potong Zahlia lagi.
“Bila rombongan
meminang nak datang?” soal Puan Azizah ketika tapak kaki
Zahlia sampai di anak tangga kedua.
“Mungkin minggu
depan,” jawab Zahlia ringkas.
“Alia…”
Zahlia tersedar
apabila tangan Tengku Syahran mengusap lembut jari-
jemarinya.Perlahan-lahan Zahlia mengeluh.Lamunannya
sudah hilang.Pergi entah ke mana.
“ Kenapa mengeluh?”
soal Tengku Syahran.Zahlia hanya menggeleng.
“ Ni untuk Alia.Abang
beli ikhlas untuk Alia,” ujar Tengku Syahran sambil
menghulurkan sebungkus kotak yang berbalut kemas.
Zahlia mengerutkan
dahi.Lama dia mengamati bungkusan kecil di tangannya.
“Kenapa bagi saya
ni?” soal Zahlia lembut.
Tengku Syahran
menjungkit bahu sambil tersenyum kecil.
“Saja.Kenapa… Alia
tak suka ke?” soal Tengku Syahran sengaja menduga.Zahlia
terdiam.
“Tak tengok lagi,
manalah saya tau saya suka ke tak,” jawab Zahlia
selamba.Tengku Syahran terus ketawa.
“Buat apa susah-
susah beli ni? Membazir duit aje.” Zahlia berkata tiba-
tiba.Ketawa Tengku Syahran terus mati.
“Takkan beli untuk
isteri pun membazir? Daripada abang guna duit tu untuk beli
benda yang bukan-bukan, lebih baik abang gunakan untuk
isteri abang,” jawab Tengku Syahran.
“Bukalah sekarang.”
Tengku Syahran berkata apabila Zahlia hanya membisu.
“Nantilah.Orang
ramai ni.Kat rumah ajelah,” jawab Zahlia hambar.Lalu
memasukkan bungkusan kecil itu ke dalam beg.
Tengku Syahran
terus terdiam.Sedikit sebanyak dia berkecil hati dengan
tingkah laku Zahlia yang seolah-olah tidak menghargai
pemberiannya.Mereka terus membisu sehingga kapal
terbang yang dinaiki membelah awan menuju ke destinasi.
Bab 23
J
AM menunjukkan pukul 9.30 malam.Suasana di Villa
Sakura riuh menyambut kepulangan Tengku Syahran dan
Zahlia.Sejak dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur lagi
suara Tengku Farhana dan Tengku Hafizah kecoh
bercerita dan seringkali membuatkan suasana menjadi
gamat.
Tengku Syahran dan Zahlia tidak
berbual panjang apabila sampai di Villa Sakura.Mereka
kelihatan begitu letih.Awal-awal lagi Tengku Syahran sudah
masuk ke bilik.Zahlia menurut tidak lama kemudian selepas
dia menelefon Puan Azizah.
Sewaktu pintu bilik
terbuka, Zahlia sempat menoleh ke arah Tengku Syahran
yang telah pun merebahkan diri di sofa panjang di hujung
katil.Lelaki itu tidak sedikit pun memandang Zahlia.Sejak
dari Lapangan Terbang Narita lagi, Zahlia sudah menyedari
sikap Tengku Syahran yang tiba-tiba menjadi seorang
pendiam.
Rasa bersalah tiba-tiba
muncul dari hati.Mungkinkah lelaki itu berkecil hati dengan
tindakannya pagi tadi yang seolah-olah tidak berminat
dengan hadiah itu? Zahlia mengetap bibir sebelum
melangkah pantas ke bilik air.
Semasa Zahlia selesai
membersihkan diri, Tengku Syahran dilihatnya masih
terkebil-kebil di sofa.Zahlia terus melabuhkan punggungnya
di birai katil.Kemudian dia mencapai beg sandangnya.Hadiah
pemberian Tengku Syahran dikeluarkan.Sesekali matanya
memerhati tubuh Tengku Syahran yang menghadap ke pintu.
Zahlia memejam matanya
lama.Kemudian, kelopak matanya dibuka semula.Terkebil-
kebil memandang kotak yang tergenggam kemas di
tangan.Bergilir-gilir matanya memandang kotak itu dengan
tubuh lelaki yang sejak tadi tidak bergerak.
Kertas pembalutnya itu
dikoyak perlahan-lahan.Sebuah kotak jernih berada di
tangannya.Seutas rantai emas putih berserta dengan loket
batu permata berwarna ungu cair terlayang di hadapan
mata.Wow, cantiknya! Hati Zahlia berkata.
Jari-jemari runcing itu
mengeluarkan rantai itu diselangi dengan pandangan mata
ke arah Tengku Syahran.
“Terima kasih, Syah!
Cantik rantai ni,” ucap Zahlia tiba-tiba.Cuba memancing
minat Tengku Syahran untuk berbual.
Tengku Syahran tidak
bergerak.Tubuhnya masih kaku seperti tadi.Zahlia terus
merenung rantai itu dengan penuh minat.Kadangkala dia
melekapkan rantai itu ke lehernya seolah-olah sedang
mencuba.
“Syah, I’m sorry okay?
Saya tak expect awak boleh berkecil hati dengan perkara
remeh ni! Awak buat saya rasa bersalah kalau terus senyap
macam ni.” Akhirnya Zahlia meluahkan rasa bersalahnya.
Tengku Syahran masih
membatu.Membuatkan Zahlia terus dihantui rasa bersalah.
“Syah!!!” Zahlia hampir–
hampir menjerit dengan kelakuan lelaki itu yang selamba.
Tengku Syahran
tersentak.Lantas mata yang sedang tertutup rapat itu
terbuka semula.Matanya berkelip kuyu sambil jari-jemarinya
tidak henti-henti menggaru-garukan kepalanya yang tidak
gatal.
“ Kenapa jerit-jerit ni Alia?
Dah malam tau tak? Orang nak tidurlah,” ujar Tengku
Syahran.
Zahlia
terkedu.Memandang lelaki itu yang masih terpinga-pinga.
“ Alia nak apa? Lapar ke?”
soal Tengku Syahran apabila dilihatnya Zahlia seakan-akan
terkejut dengan ucapannya.Terus hilang rasa mengantuknya.
Zahlia segera
menggeleng.Rantai di tangan terus disorok ke belakang.
“Tak ada apa-apalah,”
jawab Zahlia terus berundur ke belakang.Mula menyedari
yang lelaki itu telah terlena sebenarnya.
Rantai tersebut ingin
disimpan semula ke dalam bekasnya.Belum pun sempat
rantai itu diletakkan ke dalam kotak itu, tangan Tengku
Syahran menghalang.Perbuatan Zahlia terhenti.Sejak bila
Tengku Syahran menghampiri tidak pula disedarinya.
“Kenapa simpan aje
rantai ni? Pakailah.Mesti cantik,” ucap Tengku Syahran
sambil tangannya mengambil semula rantai itu dari
genggaman Zahlia.
Zahlia kehilangan kata-
kata.Hatinya berdebar-debar bila jari-jemari mereka
bertaut.Debaran luar biasa dirasakan.Selama ini, bukannya
dia tidak pernah disentuh begitu.Malah, bibir merekahnya
pun pernah dijamah oleh lelaki itu.Bukan sekali dua, lebih
dari itu pun ada.
Zahlia tersentak apabila
rambut lurusnya diselak ke tepi.Kelihatan Tengku Syahran
sedang menyarungkan rantai itu ke lehernya.Zahlia
mengambil peluang itu untuk mengamati wajah di
hadapannya.
Alis mata yang tebal,
bentuk mata yang tidak terlalu besar dan tidak pula terlalu
kecil, hidung yang sedikit mancung serta bibir yang mampu
menggoyahkan perasaan wanita.Ya ke? Kalau begitu, kenapa
aku masih boleh bertahan berada di sisinya tanpa apa-apa
perasaan? Zahlia tersentak lagi apabila tangannya ditarik
melangkah ke cermin.
“Tengok tu! Kan
cantik.Tak rugi duit abang beli rantai ni kalau Alia terus
memakainya.” Tengku Syahran berkata.
Tidak lepas-lepas
matanya memandang figura wanita itu di hadapan
cermin.Zahlia tunduk.Malu juga kerana dipuji begitu.
“Alia tak suka ke? Kalau
Alia tak suka, abang boleh tolong bukakan,” tanya Tengku
Syahran apabila wanita itu hanya membisu tanpa apa-apa
reaksi.
“Tak adalah.Cantik rantai
ni.Saya suka.Terima kasih.Tapi, lain kali tak payah membazir
duit lagi.Ingat Syah, perkahwinan kita hanya
sementara.Jangan buat sesuatu yang boleh menyebabkan
saya tak sampai hati suatu hari nanti,” ujar Zahlia panjang
lebar.
Tengku Syahran
mengerutkan dahi.Bibirnya diketap sebelum satu keluhan
nafas dikeluarkan.Langkah kakinya tiba-tiba berlalu menuju
ke kerusi panjang.Lantas punggungnya dilabuhkan di
situ.Lama dia membisu.
Zahlia diam melihat
perlakuan Tengku Syahran yang agak pelik tiba-tiba.
“Abang tak tau kenapa
abang boleh jadi begini.Abang rasa abang dah sayangkan
Alia.” Ucapan itu membuatkan Zahlia hilang pertimbangan
sekali lagi.
Se waktu di Tokyo dahulu,
ucapan sebegitu telah menyebabkan Zahlia tidak
tenang.Dan hari ini, Zahlia menghadapi perasaan yang sama
ketika Tengku Syahran mengucapkan perkara yang
sama.Jatuh cinta!
Zahlia terus duduk di
birai katil.Lemah terasa urat sarafnya.Sementara tangan
kanannya terus menggenggam rantai yang tergantung di
leher.
“Maafkan abang, Alia!
Abang tak sedar bagaimana perasaan itu muncul.Yang pasti
abang betul-betul sayangkan Alia.Abang sayangkan
perhubungan ni.Abang tak mahu perkahwinan ni sia-
sia.Berikan abang peluang?”
Lamunan Zahlia terus
hilang.Rasa tidak menentu terus-menerus menerpa ke
sanubarinya.Kenapa boleh jadi macam ni? Soalan itu
bermain-main di benaknya.
“Alia…” suara itu dekat
di telinga Zahlia.
Kelihatan Tengku
Syahran berada di sisinya.Jari-jemari runcingnya digenggam
kemas sehingga kehangatannya terasa mengalir ke seluruh
tubuh.Zahlia mengeluh kecil.Merelakan genggaman itu
bertaut di tangannya.
“Please say something!
You make me feel guilty if you’re just sitting here without
talking!” pujuk Tengku Syahran disertai usapan lembut di
tangan.
Zahlia membalas
pandangan Tengku Syahran.Gementar.
“Saya tak boleh
teruskan hidup begini Syah.Kita dah lakukan
kesalahan.Keluarga awak tak tau tentang perjanjian
kita.Lagipun benda ni berlaku secara drastik.Kita masih
belum mengenali hati budi masing-masing.Saya tak dapat
menyayangi awak dengan situasi yang telah berlaku,” jawab
Zahlia bersungguh-sungguh.Pandangan mereka masih
bertembung.
“Adakah disebabkan
abang pernah menyatakan sesuatu yang mengguris hati
Alia?”
“Bukan!”
“Habis, apa salahnya
kita bercinta?”
“ Awak tak faham.Dunia
kita tak sama.Kita tak boleh hidup bersama dan saya tak
dapat sayangi awak serta-merta.”
“Abang tak minta Alia
sayangkan abang serta-merta.At least, you must try! You
can’t make your own decision without trying!” ujar Tengku
Syahran penuh mengharap.
“Tapi, awak kena
ingat.Saya datang dari keluarga yang tak diketahui asal-
usul.Orang jumpa saya kat tengah-tengah semak.Entah-
entah saya ni…”
“Syhhh… jangan cakap
begitu.Abang tak kisah dari mana Alia berasal.Abang tak
mahu Alia perbesarkan soal keturunan.Apa yang penting
kasih sayang,” potong Tengku Syahran lagi.
“Itu hakikat
Syah.Darah yang mengalir dalam tubuh awak adalah dari
golongan yang disegani.Sedangkan saya? Awak mahukah
tiba-tiba keluarga awak dipandang serong dengan kehadiran
saya? Misalnya suatu hari nanti ditakdirkan saya melahirkan
anak awak, salasilah keluarga awak akan tercemar.Jika benar
saya ni anak luar nikah, keadaan akan menjadi lebih buruk,”
beritahu Zahlia mula melarikan pandangan ke arah lain.
Sesungguhnya begitu
perit dirasakan untuk meluahkan kisah hidupnya yang masih
ragu-ragu.Betapa dia pilu apabila salasilah keluarganya
diselongkar semula.Tengku Syahran tersenyum kecil.
“Islam agama yang
syumul, Alia! ALLAH tak pernah melarang setiap umatnya
untuk berkahwin.Malah perkahwinan adalah salah satu dari
kesempurnaan Islam.Tolong jangan buat sesuatu
menyeksakan diri sendiri.Setiap manusia dikurniakan
perasaan.Abang dah temui perasaan tu.Abang berharap, Alia
akan temuinya suatu hari nanti.Abang akan tunggu! Sampai
bila-bila, abang akan setia menanti.” Tengku Syahran
membalas lembut.
“Tapi…”
“Dahlah.Abang dah
mengantuk.Abang nak tidur dulu. Good nite, honey.” Tengku
Syahran mula mengangkat punggung.
Bab 24

Z
AHLIA tersedar apabila bahunya digoyang
lembut.Perlahan-lahan dia membuka kelopak
matanya.Terasa perit apabila matanya dipanah
cahaya lampu yang menerangi ruang bilik.Dalam
mencari kepayahan untuk memfokuskan
pandangan, matanya tertancap pada seraut wajah yang
terlalu hampir sehingga deruan nafas itu terasa hangat
menampar wajahnya.
“Alia, bangun sayang.Dah Subuh
ni,” ujar suaminya.
Zahlia menoleh pada
jam loceng di tepi katil.Terkebil-kebil dia memandang jarum
jam yang bergerak sebelum matanya dialih ke arah wajah di
hadapannya.
“Dah pukul berapa ni?”
soalnya yang masih dikuasai rasa mamai.
“Dah pukul 6.30.Kejap
lagi Subuh nak habis,” jawab Tengku Syahran sambil
mengukir senyuman.
Zahlia menggosok
mukanya beberapa kali.
“Bangun ya?”
“Kan saya
uzur.Bagaimana nak solat Subuh?” ujar Zahlia tiba-tiba.
Tengku Syahran
membeliakkan mata.Alamak! Macam mana boleh terlupa ni?
Soal Tengku Syahran di dalam hati.Dengan perasaan malu,
songkok yang tersangkut di kepala ditarik.Jari-jemari
kasarnya menggaru-garu kepalanya yang tidak
gatal.Kelakuannya itu disertai dengan senyuman yang terasa
kelat.
“Err… sorry! Abang…
terlupa.Kalau Alia rasa mengantuk lagi, sambunglah tidur.”
Tengku Syahran
berkata dalam keadaan gelabah membuatkan Zahlia geli
hati.Tercetus sedikit senyuman di bibir mungilnya.
“Kenapa Alia
tersenyum? Abang betul-betul minta maaf.Abang tak ingat
langsung.”
“Tak ada apa-
apalah.Saya gelihati tengok muka awak macam tu.Terima
kasih sebab kejutkan saya,” beritahu Zahlia sambil bangun.
Tengku Syahran berasa
sedikit lega.Mula mengukir senyuman walaupun perasaan
malu masih berbaki di sudut hatinya.
“Saya nak mandi
dulu,” ujar Zahlia terus berlalu ke bilik air.

TEPAT pukul 7.30 pagi, Tengku Syahran dan Zahlia turun


beriringan.Ketika itu, Tengku Ismail sedang duduk membaca
surat khabar manakala Tengku Badariah sedang menonton
berita pagi di televisyen.
Tengku Syahran dan
Zahlia segera melabuhkan punggung di kerusi berdekatan
selepas mengucapkan salam kepada Tengku Ismail dan
Tengku Badariah.
“Yang lain mana mak?”
tanya Zahlia memecah keheningan pagi yang masih dingin.
“Ana dengan Fiza
masih tidur lagi agaknya.Along kau ada kat luar.Entah apa
dibuatnya pagi-pagi kat situ,” jawab Tengku Badariah
lembut.
Suasana menjadi
hening seketika.Masing-masing melayani perasaan sendiri
tanpa ada perkataan yang dituturkan.
“Macam mana dengan
percutian kamu berdua? Seronok?” tiba-tiba soalan itu
terkeluar dari mulut Tengku Ismail.
Semalam mereka tidak
sempat berbual panjang memandangkan pasangan suami
isteri itu masih keletihan kerana seharian berada di dalam
kapal terbang.
Zahlia dan Tengku
Syahran berpandangan seketika sebelum masing-masing
mengangguk.Tengku Badariah mula menumpukan minat
tentang topik yang baru dicetuskan.Tidak sabar untuk
mendengar jawapan dari anak menantunya.
“Apa yang tak bestnya
ayah? Kalau tak best, tak adalah mereka asyik nak berkepit
aje tu.” Satu suara dari muka pintu yang menyampuk
mengejutkan mereka.
Masing-masing
menoleh.Kelibat Tengku Hakimi muncul dengan senyuman
mengusik di bibirnya.Zahlia tertunduk.Manakala Tengku
Syahran hanya memerhati setiap gerak langkah Tengku
Hakimi yang semakin hampir.
“Itu rahsia kami! Mana
boleh beritahu orang lain.Tapi, memang best.Kalau ada
rezeki lagi, Syah ingat nak pergi sana lagi.” Tengku Syahran
bersuara.
Tengku Ismail
meletakkan surat khabar yang sudah habis diselak di atas
meja.Cermin mata yang dipakai, ditanggalkan dan disangkut
ke dalam kocek baju.
“Kalau ada rezeki,
ajaklah Alia berjalan ke tempat lain.Takkan nak ke Jepun
aje.Sekali sekala tengok tempat yang lain pulak.” Tengku
Ismail berkata.
Tengku Badariah
menyokong kata-kata suaminya.Kecoh mulutnya
mencadangkan pelbagai nama tempat yang boleh
dikunjungi.
“Betul tu, Syah.Lepas
ni, pergilah Vienna ke, Switzerland ke.Sementara masih
muda ni elok pergi berjalan puas-puas.Nanti dah tua, tak
syok,” ujar Tengku Badariah sempat menjeling ke arah
Tengku Ismail.
Tengku Ismail yang
mendengar hanya ketawa.Segera membalas jelingan si isteri
yang berada di sebelah.
“Awak tu kalau nak
ajak saya berjalan, bukan main berkias lagi.Jangan risaulah
Yah ooii!! Saya tengah settlekan kerja-kerja saya dulu
sebelum pergi bercuti.Saya janji lepas habis kerja saya tu,
kita pergi okey?” beritahu Tengku Ismail dalam sisa ketawa
yang masih berbunyi.
Zahlia dan Tengku
Syahran ketawa melihat gelagat pasangan suami isteri itu
yang sentiasa kelihatan mesra.Tengku Hakimi pula hanya
tersenyum.Kenangan bersama Raja Jasmin mula terbayang
di ruang mata.Terlupa sekejap wajah Sofea yang masih
terlena ketika dia turun ke bawah tadi.
Memori ketika Tengku
Hakimi dan Raja Jasmin berbulan madu di Wales terbayang
lagi.Pada waktu itu, semuanya indah belaka.Tiada cacat cela
dalam perhubungan.Betapa dia merindui setiap detik ketika
bersama wanita itu berjalan-jalan di Cardiff.Sempat mereka
berjalan ke Istana Caerphilly sebelum singgah ke
Abergavenny.
Ah, kenapa wanita itu
terlalu buta untuk menilai kasih sayangku? Terdetik soalan
itu tiba-tiba.Di waktu yang sama, Tengku Hakimi ternampak
Sofea baru turun dari anak tangga.Semalam dia dan Sofea
telah bersepakat untuk bermalam di Villa Sakura setelah
menjemput Tengku Syahran dan Zahlia dari lapangan
terbang.
Tengku Hakimi
merenung setiap langkah isterinya yang sedang menuju ke
situ.Kasih sayangnya kian terasa.Lenyap terus bayangan
Raja Jasmin.Bersemarak terasa kasihnya terhadap Sofea
yang sabar dengan setiap perangainya yang kadangkala
berubah hati.Dan kini, jelaslah sudah… Sofea hanya
untuknya.Dan dia tidak rela wanita itu pergi sepertimana
Raja Jasmin meninggalkannya.

“ABANG, Alia nak ke dapur dulu.” Spontan kata-kata Zahlia


menyedarkan Tengku Hakimi dari khayalan.
Tengku Syahran
hanya mengangguk lalu memberi ruang kepada Zahlia.Sofea
sudah tiba di situ dan duduk di sisi Tengku Hakimi setelah
memberi salam.Tengku Hakimi terasa ingin memeluk tubuh
itu seperti yang selalu dilakukan ketika mereka berdua-
duaan di rumah.Biar wanita itu sedar kasih sayangnya sudah
menggunung tinggi.
“Kenapa abang tak
kejut Sofea tadi? Boleh kita sembahyang berjemaah sekali,”
tegur Sofea sedikit berbisik.
Tengku Hakimi tidak
menumpukan perhatiannya pada pertanyaan itu.Dia lebih
suka melayani perasaan dengan mengenangkan saat-saat
indahnya dengan Sofea yang bakal menggugat dan
mengusir pergi kenangan indah yang pernah dilalui dengan
Raja Jasmin.Dia tersenyum tiba-tiba.
Dahulu, Sofea
kelihatan malu-malu dengannya.Kini, wanita itu sudah
pandai berkata-kata dan menasihatinya secara kiasan tanpa
sedikitpun menyentuh hati kecilnya.
“Abang…
mengelamun ni kenapa?” tegur Sofea.Tengku Hakimi
memandang wajah isterinya.Tersenyum dan menggeleng.
“Sofea ke dapur
jugak ya? Nak tengok apa Alia buat?” ujar wanita itu.
Tengku Hakimi
mengangguk.
Di dapur, Zahlia
hanya dapat membantu Salmah dan Siti dengan menyusun
piring dan cawan di atas dulang.
“Alia nak tolong, Kak
Salmah tak kasi.Apa yang Alia nak buat?” marah Zahlia
berbunyi gurauan.
Kedua-dua tukang
masak itu ketawa kecil.
“Tak usah.Nanti
Tengku marah kami.Alia kan ahli keluarga Tengku Ismail.Tak
pasal-pasal, gaji kami kena potong pulak,” beritahu Salmah
masih dengan nada ketawa.
“Tak mungkin.Alia
duduk macam ni, bosanlah.Sekurang-kurangnya bolehlah
cepatkan kerja-kerja Kak Salmah dengan Siti,” jawab Zahlia
tenang.Tangannya masih gatal mahu menolong.
Di w aktu yang sama,
Sofea tiba di situ dengan mengucap salam.
“Kenapa bising-bising
ni? Sampai kat luar dengarnya?” soal Sofea.
Zahlia tersenyum
pada birasnya.
“Tak ada apa-apalah
kak.Alia nak tolong, tak dikasinya.Dia suruh kita duduk
mengelamun.” Zahlia menjawab sambil menjeling ke arah
Salmah dan Siti.
“Alia tak payahlah
buat.Biar akak yang buat,’ ujar Sofea menghampiri.
“Haa… yang ni
seorang lagi.Kalau Kak Alia kami tak kasi, Kak Sofea pun
samalah.Akak berdua ni kan menantu dalam rumah ni.Kalau
Mak Engku dapat tau, habis kami.” Siti pula menyampuk.
Sofea memandang
Zahlia sambil menjungkitkan bahu.
“Dahlah kak.Duduk
ajelah.Kami masih mampu buat semua kerja.” Siti berkata
membuatkan Zahlia dan Sofea berpandangan lagi.
“Duduk sini ajelah
Alia, Sofea!”
T engku Badariah tiba-
tiba sahaja berada di dapur dan menarik kerusi untuk kedua-
dua menantunya apabila dilihatnya kedua-dua wanita itu
hanya duduk termenung di sisi almari pinggan.
Zahlia dan Sofea
lantas melabuhkan punggung di sisi Tengku
Badariah.Perlahan-lahan jari-jemari mereka bertaut.Zahlia
terkejut dengan tindakan itu.Segera memandang Tengku
Badariah dengan pandangan yang tidak mengerti.Sofea juga
begitu.
“Mak nak cakap
mengenai Alia.Kamu Sofea, mak cuma mahu kamu dengar
sebagai ahli keluarga.Okey?” ucapan Tengku Badariah
menyebabkan Zahlia gugup.Tentang apa?
Sofea pula hanya
diam dan mengangguk.
“ Mak harap, Alia tak
berkecil hati dengan apa yang mak nak tanyakan ni! Mak
cuma nak tahu sebabnya aje.” Suara Tengku Badariah
kedengaran tenang.Zahlia berasa pelik dengan kata-kata
itu.Namun, jari-jemari mereka masih bertaut.
“Kenapa mak?”
tanya Zahlia yang masih tidak faham dengan tindakan
Tengku Badariah.
Tengku Badariah
merenung wajah menantunya sepenuh kasih.Selepas Raja
Jasmin meninggalkan rumah kerana mengikut lelaki lain,
Tengku Badariah amat takut kalau-kalau dia sukar mendapat
menantu lagi.Mujurlah Tengku Hakimi berniat untuk
berkahwin lagi dan wanita itu adalah anak kepada jirannya.
Di a tidak kisah siapa
yang menjadi pilihan anaknya, asalkan wanita itu pandai
menjaga hati keluarga dan bersopan-santun.Ciri-ciri itu ada
pada Zahlia dan Sofea.Mereka bukan sahaja bersopan-
santun malah pandai membawa diri, ringan tulang, peramah
dan yang paling penting kedua-dua wanita itu tahu menjaga
batas-batas aurat seorang wanita sehinggakan di dalam
rumah itu pun mereka masih memakai tudung di kepala
demi menjaga aurat di hadapan lelaki.
Namun, Tengku
Badariah masih tidak mengerti kenapa Linda anak Datin
Rohana itu boleh tersenarai sebagai calon menantu
pilihannya untuk Tengku Syahran.Jika hendak dibandingkan
Linda dengan Zahlia, memang terlalu jauh bezanya.Bagaikan
langit dengan bumi.Mungkin kerana Linda memang pandai
memujuk!
Tetapi, Linda
mempunyai salasilah yang lebih jelas manakala Zahlia masih
ragu-ragu keturunannya.Namun, Linda yang lebih kepada
kehidupan sosial dengan pakaian yang sentiasa up to date
itulah yang gagal memikat hati Tengku Syahran.Sedangkan
Zahlia yang low profile itu pula berjaya menakluki hati anak
keduanya.
“Mak…” suara
Zahlia yang tiba-tiba itu mengembalikan fikirannya yang
jauh melayang.Tengku Badariah menunduk.
“Selepas kamu ke
Mekah hari tu, Datin Rohana ada datang jumpa mak.”
Tengku Badariah
memulakan bicara.
“Linda ada
mengadu pada Datin Rohana yang kamu ada issue check di
banknya beberapa minggu lepas.”
Gulp! Zahlia
menelan air liur.Linda? Apahal pulak dengan minah tu?
Rungut Zahlia dengan hati yang berdebar-debar.
“Linda kata, check
yang kamu issue tu daripada Syah dengan nilainya lebih tiga
puluh ribu, betul ke?” soal Tengku Badariah masih bernada
lembut.Wajah Zahlia dipandang sepenuh kasih.Sofea pula
tidak mengerti.Dia hanya membisu.
Zahlia membalas
pandangan Tengku Badariah tanpa ragu.Mula menyusun
kata-kata untuk berbicara.
“Memang betul
mak.Memang Alia ada pergi bank nak cashkan check tiga
minggu lepas.Alia ada jumpa Linda hari tu,” terang Zahlia
dengan tenang.
“Kamu buat apa
dengan check tu? Kamu nak tukar kereta ke?” soal Tengku
Badariah masih menggenggam jari-jemari menantunya.
Zahlia
menggeleng.
“Bukan.Di Sinar
Iram ada seorang pekerja menghidap penyakit kanser
perut.Syah sumbangkan duit untuk rawatan mak,” terang
Zahlia lagi.
Tengku Badariah
mengangguk.
“Mak bukannya
apa.Mak tak mahu kata-kata Linda tu menghakis
kepercayaan mak terhadap kamu.Mak takut Linda guna cara-
cara tertentu untuk memburukkan kamu.Bukannya kamu tak
tahu yang Linda tu pernah mak calonkan sebagai
menantu.Tapi, kamu yang jadi pilihan Syah.Mak takut Linda
berdendam.” Panjang lebar Tengku Badariah meluahkan
kerisauannya.Sesungguhnya kasihnya kepada Zahlia sudah
mula berputik.Zahlia tersenyum lega.
“Alia faham
mak.Jangan risau sangat.Linda buat macam tu sebab dia
takut Alia yang ada niat sendiri.Syak wasangka Linda
bertempat,” balas Zahlia lembut.
“Mak Engku, Alia,
Sofea… makanan dah disediakan.”
Ketiga-tiga wanita
itu terkejut apabila ditegur oleh Salmah.Genggaman yang
erat bertaut, sedikit demi sedikit mula terlerai.Mereka
berjalan sambil berpelukan keluar dari pintu dapur menuju
ke meja makan.
“Kenapa senyum-
senyum ni mak? Alia?” sapaan Tengku Syahran mematikan
lamunan ketiga-tiganya.Ketiga-tiga mereka ketawa manja
membuatkan Tengku Syahran tertanya-tanya sendirian.
“Tak ada apa-
apalah.Hal orang perempuan, mana boleh beritahu orang
lelaki kan Alia, Sofea?” Zahlia dan Sofea mengangguk dan
tersenyum lagi.
Tengku Syahran
mengerutkan dahi.Pelik bin ajaib.Namun, tiada ucapan yang
terluah untuk dia terus bertanya ketika itu.
Tengku Badariah
duduk di sebelah Tengku Ismail.Sofea di sisi Tengku Hakimi
manakala Zahlia melabuhkan punggung di sisi Tengku
Syahran.Sempat tangan Tengku Syahran mencuit paha
Zahlia yang sedang menuang air ke dalam cawannya.
Zahlia menoleh ke
arah Tengku Syahran dengan pandangan yang sedikit
pelik.Keningnya yang cantik terbentuk sengaja
dinaikkan.Tengku Syahran mendekatkan wajahnya ke arah
Zahlia.
“Apa yang Alia
sembangkan dengan mak kat dapur?” bisik Tengku Syahran
di telinga Zahlia.
Zahlia
menjungkitkan bahu.Kepalanya digoyang laju sehingga
menerbitkan perasaan geram di hati Tengku Syahran.Tangan
lelaki itu pantas menggenggam jari-jemari Zahlia kuat di
bawah meja.Zahlia cuba untuk menarik tangannya semula
tetapi gagal.Bibirnya diketap.Geram diperlakukan begitu.
“Cakaplah Alia,”
pujuk Tengku Syahran.
“Mana boleh.Kan
mak dah beritahu, hal orang perempuan.Hisy… awak ni
sibuk ajelah,” balas Zahlia sambil ketawa.
Tengku Syahran
mendengus.Semakin sakit hati dengan kelakuan Zahlia yang
sengaja mempermainkannya.Melihatkan wajah itu, Zahlia
ketawa lagi.Namun, ketawanya itu segera disembunyikan
agar emak dan ayah mentuanya tidak menyedari kelakuan
mereka.
“Alia cuti sampai
bila?” suara Tengku Hakimi yang kedengaran membantutkan
perbuatan Tengku Syahran untuk terus memaksa Zahlia.
Zahlia mengambil
kesempatan itu untuk menarik tangannya dari pegangan
Tengku Syahran yang semakin kuat.Segera tangannya
diletak di atas meja.
“ Mungkin dua tiga
hari lagi, Alia start mengajar.Alia ingat nak pergi melawat
kawan Alia yang menghidap penyakit kanser perut tu,”
jawab Zahlia tenang menyembunyikan rasa gelihati yang
tercetus di hatinya.
Tengku Hakimi
mengangguk.Terdiam dan mula mengunyah makanan.Sofea
di sisi juga begitu.
Zahlia mengerling
wajah Tengku Syahran sekilas.Kelihatan masam
mencuka.Tidak sejernih tadi.Waktu itu semua yang ada di
ruang makan itu sedang melayani perasaan sendiri.
Zahlia
mendekatkan sedikit mulutnya ke arah lelaki itu.Ingin
berbisik. “Boleh tak bang? Alia nak melawat kawan Alia tu?”
soal Zahlia.
Tengku Syahran
menyedut minuman.Hatinya dipagut rasa cemburu tiba-
tiba.Adegan ketika di hospital dahulu terbayang semula di
ruang mata.
Siapa lelaki itu?
Kekasih diakah? Kalau bukan, kenapa Alia membenarkan
tangannya dipegang sesuka hati oleh lelaki itu? Sedangkan
aku, terpaksa curi-curi untuk menyentuhnya walaupun aku
lebih halal terhadap dirinya! Tengku Syahran mendengus di
dalam hati.Melepaskan kemarahan yang meluap-luap di situ.
“Abang,” panggil
Zahlia perlahan sambil mencuit lengan lelaki itu.
Tengku Syahran
tersedar.Segera meletakkan cawan di atas piring.
“ Boleh tak?” soal
Zahlia lagi.
“Suka hati
Alialah!” keras Tengku Syahran membalas sebelum berlalu
ke tingkat atas.
Zahlia pelik.Apa
kena dengan suaminya itu? Tadi bukan main elok
moodnya.Tiba-tiba aje berubah! Nak marah-marah orang
pulak, rungut Zahlia sendirian.Mujur mereka yang berada di
meja makan tidak menyedari hal itu.Masing-masing
meneruskan sarapan.
“Bila ayah nak
buat mesyuarat famili? Biasanya ayah suka pilih hari last
untuk makan besar.” Tengku Hakimi mengalihkan topik
apabila keadaan kembali sunyi.Sofea leka mengunyah
kuetiau goreng.
Zahlia hanya
memasang telinga.
“Ayah ingat nak
buat pertengahan bulan ni.Ayah nak umumkan
sesuatu.Kamu boleh tolong ayah tak Kimi?” tanya Tengku
Ismail memandang anak sulungnya.
Tengku Hakimi
meletakkan sudu di tangan ke atas pinggan yang berisi
kuetiau goreng.
“Apa dia ayah?”
Tengku Hakimi membalas pandangan ayahnya.
Tengku Badariah
juga berminat dengan topik tersebut.Suapan di mulut
perlahan-lahan dikunyah.
“Kamu tolong
ayah carikan tukang masak makanan kampung! Dah lama
ayah tak makan masakan kampung,” ujar Tengku Ismail
membuatkan Tengku Badariah mengerutkan dahi.

“Aikk… dulu
abang jugak yang tak suka makanan kampung.Bukan main
beria-ia Yah nak belajar, abang tak bagi.Pedaslah, tawarlah,
pahitlah,.Kenapa tiba-tiba aje ni?” perli Tengku Badariah
membuatkan Tengku Hakimi, Sofea dan Zahlia ketawa
mendengarnya.
“Awak ni! Perut
abang tiba-tiba rasa nak makan.Agaknya dah bosan asyik
menghadap western food kot,” jawab Tengku Ismail selamba.
“Tengoklah
ayah.Kimi tak boleh janji.Tapi, Kimi akan cuba cari,” balas
Tengku Hakimi bersungguh-sungguh.Tengku Ismail hanya
mengangguk.
“Kalau tak dapat
macam mana ayah?” soal Tengku Hakimi tepat memandang
Tengku Ismail.
“ Kalau tak dapat,
serahkan pada Alia aje along,” pintas Zahlia tiba-tiba.
Kini, semua mata
sedang menumpu ke arah Zahlia.
“Alia boleh
bereskan hal ni, kalau along dengan ayah tak kisah.Macam
mana?” Zahlia mengangkat keningnya.
“Alia nak buat
apa?” tanya Tengku Badariah.
“Rahsia!”
Tengku Ismail
dan Tengku Badariah berpandangan.Tengku Hakimi masih
memandang Zahlia.Sofea juga begitu.Akhirnya bibir masing-
masing mengukir senyuman.
“Oraitt, macam
nilah.Alia tolong selesaikan hal ni untuk along, boleh tak?
Along busy sikitlah dua tiga minggu ni,” pinta Tengku Hakimi.
Zahlia
terdiam.Lama kemudian barulah dia mengangguk setuju.
“Kalau semua
dah beres, Alia naik dulu,” ujar Zahlia sambil mengangkat
cawan-cawan kotor dan membawanya ke dapur.
Bab 25

K ETIKA Zahlia membuka pintu bilik, Tengku Syahran


sedang membaca akhbar Bacaria di sofa panjang.Lelaki
itu tidak menegurnya walaupun dia nampak Zahlia terjengul
di muka pintu.
Berkerut dahi Zahlia.Apa sudah
berlaku dengan lelaki itu? Hatinya tertanya-
tanya.Sungguhpun begitu, Zahlia terus melangkah ke bilik
air selepas mencapai sepasang baju kurung yang tergantung
di dalam almari.
Sewaktu Zahlia keluar
dari bilik air, kedudukan Tengku Syahran masih seperti
tadi.Tumpuannya masih melekat di dada akhbar tanpa
sesaat pun berganjak ke tempat lain.Zahlia terus menukar
tudung berwarna putih yang dipakainya dengan tudung hijau
muda pula.Wajahnya hanya dicalit dengan sedikit bedak
asas tanpa apa-apa alat solek.
Selepas mengambil beg
tangan, kakinya melangkah ke arah pintu.Belum pun sempat
kakinya sampai di situ, langkahnya terhenti.Zahlia berpaling
semula.Menggerakkan kaki ke arah Tengku Syahran.Zahlia
melabuhkan punggung di lantai berhadapan Tengku Syahran.
“Syah, saya nak pergi
melawat kawan saya.Awak izinkan tak?” pertanyaan Zahlia
membuatkan tumpuan Tengku Syahran beralih kepada
Zahlia.
Terus matanya
difokuskan ke arah wajah yang tenang dan lembut di
hadapannya.Mata yang bening dan redup menawan itu
ditatap sepuas hati.Kemarahannya mulai reda apabila
senyuman kecil muncul di bibir merekah itu.
Arrrhhh… wanita ini
mempunyai kuasa mistik yang mampu mencairkan hati
lelakiku.Mana perginya kekuatanku sebagai seorang lelaki?
Jerit Tengku Syahran sekuat hati.
“Pergilah.Tapi jangan
balik lambat sangat.”
Bagaikan satu kuasa,
Tengku Syahran meluahkan kata-kata itu.Tiada nada keras
dan marah di situ.
“Terima kasih,” ujar
Zahlia lantas mencapai tangan Tengku Syahran.
Tengku Syahran
tersentak.Tangannya dicium dengan penuh syahdu.Penuh
tatatertib seorang muslimah yang sejati.Hati lelakinya
bagaikan tersentuh.Tindakan itu seakan mencambahkan lagi
kasih sayangnya pada wanita itu.
Bagaikan ingin
mengalir air matanya.Haruskah dibiarkan dirinya terus
membohongi dengan bersikap tenang apabila bersama
wanita itu? Tengku Syahran memejam mata.Apabila kelopak
matanya terbuka, Zahlia sudah pun menarik tangan dan
bangun.Berhasrat untuk melangkah pergi.
Tengku Syahran
segera menyambar pergelangan tangan Zahlia.Tidak sangka
sampai begitu sekali tindakan refleksnya terhadap wanita
itu.
Zahlia
tergamam.Tubuhnya tercampak ke hadapan.Tanpa disedari,
Zahlia terduduk di atas paha suaminya membuatkan Tengku
Syahran juga seakan terkedu.Untuk sesaat dua, pasangan
itu bagaikan dikejutkan dengan satu kejutan elektrik yang
amat asing bagi kedua-duanya.Tidak tahu apakah
petandanya!
Cis, kenapa boleh
jadi macam ni? Kelam kabut Zahlia bangun.Wajahnya yang
putih bersih nampak kemerah-merahan walaupun pagi
masih sejuk dan dingin.Jelas menunjukkan dirinya malu
dengan adegan singkat sebentar tadi.
Apabila Zahlia sudah
stabil untuk berdiri tegak, dia memandang Tengku
Syahran.Tengku Syahran kelihatan relaks dengan wajah yang
kelihatan selamba.Zahlia bengang.Pantas, kakinya
melangkah meninggalkan suaminya itu.Tengku Syahran
tersenyum puas apabila kelibat Zahlia hilang di sebalik pintu.
Aku akan tawan
hatinya.Sebagaimana Nazirah tertawan dengan
diriku.Tunggu Alia! Aku akan lakukan sesuatu yang akan
menunjukkan betapa sayangnya aku pada kau!

ZAHLIA menuruni anak tangga dengan berhati-hati.Debaran


di dada masih segar terasa sejak kakinya melangkah keluar
dari biliknya.Tambahan pula perasaan malu yang menguasai
diri seolah-olah membuatkan dirinya bagaikan di awang-
awangan.
Za hlia menarik nafas
dalam-dalam.Cuba menenangkan dirinya yang terasa kekok
ketika berjalan.Sayup-sayup telinganya menangkap suara
riuh orang berbual di ruang tamu.
Sewaktu kakinya
menjejaki ke ruang tamu, beberapa pasang anak mata
sedang memandangnya.Zahlia terdengar namanya
dipanggil.
“Alia, kamu nak ke
mana tu?” soal Tengku Badariah lembut.
Zahlia melempar
senyuman manis.
“Mak, Alia nak pergi
melawat kawan Alia yang kat hospital tu.Mungkin Alia balik
petang sebab Alia nak menjenguk Sinar Iram sekejap,” ujar
Zahlia masih tersenyum.
Beberapa pasang
mata yang asing masih tepat merenungnya sejak tadi.
“Sebelum tu, mari
berkenalan dulu dengan kawan-kawan persatuan mak,”
pinta Tengku Badariah kepada menantunya.
Zahlia terpaksa
mengangguk.
“Ni menantu saya.”
Tengku Badariah memperkenalkan Zahlia kepada rakan-
rakannya.
Zahlia tersenyum.
“Ini Puan Rahimah,
setiausaha persatuan.” Zahlia menghulur tangan kepada
wanita yang sedang duduk di hadapannya.Wanita itu
menyambut dengan wajah yang ceria.
“ Yang ni pulak, Datin
Rohana.Alia dah kenalkan? Mama Linda.”
Zahlia mengangguk
dan menghulur tangan ke arah wanita yang memandangnya
jengkel.Zahlia pura-pura tidak mengerti dengan pandangan
itu.
“Yang ni, orang
penting dalam persatuan, Raja Khalida.” Tengku Badariah
menunjukkan ibu jari ke arah wanita yang berada
bertentangan dengannya.
“ Auntie Khalida ni
adik sepupu mak.Alia kena panggil Mak Su.Masa majlis
kahwin Alia dengan Syah, Mak Su kamu ni tak dapat
datang,” ujar Tengku Badariah lagi.
Zahlia menghulur
tangan dan mula mengalihkan tumpuan ke arah wanita
seterusnya.Senyuman yang terukir di bibirnya sedikit
kaku.Perlahan-lahan senyuman manisnya hilang bersama
leraian salam yang baru disambut.Pantas tangannya ditarik
laju.
“Alia pergi dulu,
mak.”
Zahlia terus
melangkah keluar sepantas mungkin.Tanpa menghiraukan
sepasang mata yang masih memandangnya keluar tanpa
jemu.Diakah wanita itu? Zahlia tertanya di dalam hati.

ZAHLIA duduk di sisi Razif yang mula beransur pulih.Razif


sahaja yang banyak bersuara berbanding Zahlia.Zahlia lebih
senang mendengar setiap perkataan yang dibicarakan oleh
Razif.Fikirannya melayang mengingati wajah wanita yang
ditemui di Villa Sakura tadi.
“Weh… kenapa ni
Alia? Dari tadi aku tengok kau asyik termenung aje,” sergah
Razif.
“Tak ada apa-
apalah.Tiba-tiba aku rasa tak sihat,” jawab Zahlia cuba
berlagak tenang.Razif mengerutkan dahi.Wajah keruh itu
ditatap lama.
“ Kau jangan nak tipu
aku, Alia.Aku kenal kau sejak kecil.Walaupun kita pernah
berpisah, tapi hanya sekejap.Kita ditakdirkan berjumpa
semula.Aku tau keadaan kau kalau kau ada masalah,”
serkap jarang Razif mengena.
“Tak apa Razif.Aku
masih mampu menanggung masalah aku.Janganlah kau
risau.It’s just a small matter.I can handle it on my own.”
Zahlia mula mengukir senyuman.
“Are you sure? Your
face looks like you’re hiding something horrible,” balas Razif
dengan dahi yang berkerut.
Zahlia ketawa.
“ Tak adalah.Merepek
aje kau ni.Dahlah, aku nak ke Sinar Iram.Kau nak kirim apa-
apa?”
“Kirimkan salam aku
pada semua,” ujar Razif sambil tersenyum.
“Itu aje?”
“Emm… haa…
beritahu Fatimah, aku rindukan dia.Dia tak mahu melawat
aku lagi ke?”
Zahlia bingkas
berdiri.Membalas senyuman lelaki itu seikhlas
mungkin.Selepas mengucapkan salam, Zahlia keluar dari
bilik itu.Meninggalkan Razif keseorangan.

ZAHLIA tiba di Sinar Iram sejam kemudian.Membatu seketika


sebelum menolak pintu kereta dan melangkah keluar.Wajah
wanita yang ditemui ketika keluar dari Villa Sakura tadi
datang menyapa fikirannya.
Zahlia
mengeluh.Mengapa wanita itu wujud lagi? Soalan itu terbit di
benaknya.Zahlia ingin melupakan wajah itu tetapi sepanjang
pemanduannya tidak kira ketika mahu ke hospital mahupun
ke Sinar Iram, wajah itu jugalah yang datang menyapa.
Dia sepupu Tengku
Badariah? Jadi, namanya Raja Khalida? Zahlia
bengang.Semakin ingin menjauhi semakin dekat wanita itu
berada dengannya.Zahlia benci mahu melihat wajah itu lagi.
Zahlia ingin
melangkah ke pejabat guru.Dia pening memikirkan masalah
tadi.Ketika itu matanya ternampak kelibat Fatimah.
“Imah,” jerit Zahlia.
Fatimah berpusing
apabila terdengar namanya dipanggil.Fatimah ternampak
Zahlia.Pantas kaki Fatimah berlari-lari anak ke arah Zahlia
dengan senyuman lebar.
“Wah, dah tiga
minggu aku tak jumpa kau! Apa khabar?” sapa Fatimah
seraya memeluk tubuh Zahlia.
“Emm… aku
sihat.Baru sampai semalam.” Suara Zahlia lemah.
“Ohh… bagaimana
dengan percutian kau? Ada apa-apa berlaku antara kau dan
Syah?” pertanyaan Fatimah menimbulkan keluhan di bibir
Zahlia.
Zahlia ingin
melupakan masalah Tengku Syahran.Fikirannya masih cair
dengan masalah yang baru menimpa.Dia fikir mahu
melupakan wajah Tengku Syahran apabila sampai di Sinar
Iram kerana masalah Raja Khalida baru menyapanya
tadi.Tetapi, pertanyaan Fatimah tadi telah menyebabkan
Zahlia teringatkan masalahnya semula.
Zahlia mengeluh
lagi.
“Kenapa?” soal
Fatimah.
Fatimah melepaskan
pelukan.Pelik memandang Zahlia.
“Aku ada masalah.”
Zahlia bersuara lambat-lambat.
“Masalah? Dengan
Syah?”
“Semua.Syah…
wanita tu… entah apa-apa lagi.Aku bingung.Apa aku nak
buat ni?”
“Alia… ceritakan
pada aku.Mungkin aku boleh tolong kau,” ujar Fatimah
lembut memujuk.
Zahlia melangkah
menuju ke taman yang disediakan untuk anak-anak yatim
bermain di waktu petang.Zahlia duduk di sebuah kerusi yang
terdapat di situ.Fatimah menurut dari belakang.
“Kenapa Alia? Apa
masalah kau?”
“Dia…”
Zahlia
tunduk.Patutkah dia memberitahu segala masalahnya pada
Fatimah? Tentang perasaan Tengku Syahran dan kewujudan
Raja Khalida yang tiba-tiba? Tapi, Zahlia tertekan.Masalah
yang menggunung secara mendadak bagaikan mengusutkan
segala urat fikirannya.Masalah tentang perasaan Tengku
Syahran dan Raja Khalida.Arrhhh… parahnya terasa
menanggung masalah ini.
“ Alia, aku tak faham
apa yang berlaku! Kau tak jelaskan lagi apa yang
mengganggu fikiran kau berkenaan dengan Syah… wanita
itu… siapa?”
Zahlia mengeluh.
“E ntahlah… aku pun
tak pasti sama ada ini merupakan satu masalah atau satu
pembaharuan.Tapi, sejak Syah beritahu aku, kepala aku
pening.Tiba-tiba wanita tu muncul, aku tak tau nak buat apa
lagi Imah.”
Fatimah
mengerutkan dahi.Kata-kata Zahlia tidak langsung dapat
ditangkap.Fatimah semakin tidak mengerti apatah lagi mahu
memahami.Fatimah mencapai tangan Zahlia lalu digenggam
kemas.
“Kenapa dengan kau
ni? Ceritakan pada aku satu-persatu.Kata-kata kau tak jelas,
aku tak faham.”
“Aku nak tumpang
rumah kau sekejap.Aku nak tenangkan fikiran.Aku tak mahu
balik ke rumah hari ni.Aku…”
“Okey… okey… aku
bawa kau,” ujar Fatimah.
“Aku cuma nak
rehat.Aku nak bersendirian seketika… hari ni aje.”
Zahlia melangkah
longlai.Dia meninggalkan Fatimah di kerusi itu dengan penuh
tanda tanya.Zahlia sudah tahu di mana rumah Fatimah
kerana rumah itu juga merupakan rumah kakitangan Sinar
Iram.
Zahlia perlukan
rehat.Dia ingin melupakan segala masalahnya seketika.

Bab 26

K ETUKAN yang bertalu-talu di muka pintu menghilangkan


daya tumpuan Adli untuk terus menyambung kerja.Adli
mengeluh kecil kerana diganggu.
“Masuk!” kedengaran suara Adli
agak tinggi.
Daun pintu terbuka.Tengku Syahran
muncul.Serta-merta Adli mengukir senyuman.Sudah hampir
lima minggu dia tidak berjumpa dengan Tengku Syahran.
“ Come! Come in Syah!”
suaranya kembali ceria.
Tengku Syahran
melabuhkan punggung di sofa yang disediakan di satu sudut
dalam bilik berhawa dingin itu.
“Mana kau menghilang?
Tak call aku.Setahu aku, cuti kau dah tamat dua minggu
lepas.Ni dah almost five weeks, satu berita pun kau tak
kirim.Majikan jenis apa kau ni, Syah?” soal Adli melepaskan
geram.
Tengku Syahran
menyandarkan tubuh ke belakang.Senyuman hambar diukir
sekadar membalas pertanyaan temannya itu.Adli menongkat
dagu.Memerhatikan tingkah laku teman yang berada tidak
jauh dari mejanya.Pelik.Ni mesti ada problem ni? Getusnya.
“ Hey… what’s up? Macam
mana percutian kau? Is everything all right?”
Soalan itu membuatkan
Tengku Syahran melepaskan keluhan kecil.Dia tidak
menjawab pertanyaan Adli.Adli masih menanti jawapan.
“ What happened to you,
Syah? Apa kena ni?” Adli terus menghampiri Tengku Syahran
dan duduk di sisinya.
“Aku tensionlah, Li.”
Sayup-sayup terdengar suara Tengku Syahran berbisik di
telinganya.
“Haa… at last dengar
jugak suara kau! Kali ni apa problemnya lagi? Zahlia again?”
teka Adli.
Tengku Syahran mengeluh
dan lambat-lambat mengangguk.
“Apa halnya dengan
Zahlia? Dia dah tahu tentang perasaan kau?” penuh
psikologi Adli menyoal.
Orang kalau kemaruk
macam nilah! Kena guna cara lembut dan berhati-hati.Bisik
Adli sendirian.Tengku Syahran hanya mengangguk.
“Any response?”
“Negative!”
“ Negative? Apa maksud
kau?” hampir-hampir terbeliak biji mata Adli mendengar
jawapan itu.Tengku Syahran mengeluh.
“Seminggu aku cari
dia.Entah apa kenanya dia tu! Takkan sebab aku beritahu dia
tentang perasaan aku, dia lari.” Tengku Syahran merungut.
Adli membuntangkan
mata.
“Alia lari? Ke mana?”
“Entah? Aku buntu
sekarang.Seminggu dia menghilangkan diri selepas balik
bercuti hari tu.Dia kata nak melawat kawan dia kat
hospital.Takkan sehari suntuk dia duduk kat hospital tu.”
Tengku Syahran masih membebel.Tidak langsung menjawab
soalan yang ditanyakan kepadanya.
Adli menelan air liur.Masih
terkejut dengan berita yang baru diterima.
“ Kau tak cari dia di rumah
maknya?”
“Tak.Aku dah siasat, dia
ada sewa hotel.Bengang aku Li.Kenapalah susah sangat dia
nak terima aku? Aku dah cuba.Sungguh-sungguh aku
beritahu dia.Tapi, kau tau apa reaksi dia masa di Tokyo dulu?
Dia kurungkan diri dalam bilik air.Bila aku cakap lagi soal
kasih sayangku, beria-ia dia menyanggah kata-kataku.Asyik-
asyik soal keturunan yang dibangkitkan.
Aku tak kisah dari mana
asal-usulnya.Aku boleh terima dia walaupun berjuta kali dia
katakan yang dia dijumpai orang di dalam semak.Aku tak
peduli, asalkan dia sayangkan aku dan aku sayangkan
dia.That’s enough for me.” Tengku Syahran melepaskan
keluh-kesahnya sepuas hati.
Kasihnya pada Zahlia
sudah terlalu suci untuk disia-siakan.Zahlia patut sedar
tentang itu.Tetapi, wanita itu terlalu payah untuk difahami!
Arghh…
Adli yang sejak tadi
mendiamkan diri, mengetap bibir.Sepantas kilat tangannya
menepuk-nepuk bahu Tengku Syahran.Seolah-olah dengan
cara itu, dapat mengurangkan beban fikiran yang
ditanggung oleh temannya itu.
“Sabarlah.Kau kena bagi
dia masa.Mungkin dia masih terkejut dengan penerangan
kau,” pujuk Adli masih menepuk-nepuk bahu Tengku
Syahran.
“Pasal masa tu, aku tak
kisah.Ambillah seberapa banyak masa pun kalau itu dapat
meleraikan segala kekusutan.Tapi, sampai bila? Sampai
heboh mak dan ayah aku tau pasal perkahwinan kami? Aku
tak mahu hal ni dilewat-lewatkan.Kalau boleh aku nak
selesaikan secepat mungkin.”
Tengku Syahran meraup
mukanya sebelum menyelak rambutnya yang terjuntai di
dahi ke belakang.
“Hei, relakslah! Kau masih
ada banyak masa untuk memenangi hati dia.Jangan buat
kesimpulan yang negatif walaupun kadang-kadang yang
negatif tu penting dalam kehidupan tapi at least kau kena
cuba dulu.Apalah kau ni Syah? Owner of BBA from Oxford
University boleh jadi selemah ni dalam soal cinta? Buat malu
aje!” Adli berkata bagaikan satu cabaran bagi Tengku
Syahran.
“Aku tak belajar cara-cara
nak memikat perempuan! Apa kau ingat, nak dapatkan
Bachelor of Business Admin tu kena lulus subject yang
belajar tentang kaedah untuk memenangi hati seorang
perempuan?Jangan mengarutlah Li.”
“Siapa cakap mengarut?
Tulah kau, tak tau nak praktikkan apa yang kau belajar dulu
dalam kehidupan.Cuba kau fikir macam subject accounts
yang kita belajar dulu.Banyak gunanya Syah! Okeylah aku
ambil contoh yang paling senang debit dan kredit.”
Tengku Syahran mula menumpukan
minat pada Adli yang beria-ia memberikan contoh dalam
situasinya ketika itu.
“Semua orang tahu debit
akan menambahkan akaun aset dan kredit pulak akan
mengurangkan akaun aset, right?” Tengku Syahran
mengangguk dengan pertanyaan Adli.
“Okey, cuba kau lihat debit
dan kredit dari sudut kau sebagai seorang lelaki.Apa yang
kau dapat?” soal Adli sambil memain-mainkan keningnya.
Dahi Tengku Syahran
berkerut.Kurang jelas dengan contoh yang diberi.Segera dia
menggeleng.Gagal menangkap maksud yang ingin
disampaikan.
“Kau ni betullah, Syah!
Lambat sangat nak tangkap maksud aku.Macam ni, aku
ibaratkan kau macam satu akaun aset tunai.Maknanya
dalam akaun kau, akan terlibat akaun hasil dan
belanja.Faham?”
Tengku Syahran
mengangguk.
“Okey.Dalam akaun tunai
kau, hasil yang paling penting ialah lelaki dan suami.Secara
automatik, pangkat lelaki dan suami yang kau sandang tu
dah termasuk dalam bahagian debit kerana kedua-dua
benda tu hasil penting dalam akaun kau! Faham tak?”
Tengku Syahran
mengangguk lagi.
“ Jadi, kau kena tau.Nilai di
bahagian debit akaun kau dah cukup tinggi untuk seorang
perempuan.Sekiranya kau nak tambah nilai tunai, kau kena
cari banyak hasil, kan?”
Tengku Syahran
mengangguk.
“ So, tambahkan akaun
kau dengan sifat-sifat semulajadi seorang lelaki dan
suami.Itu dah cukup untuk memikat seorang perempuan,
Syah.Seelok-eloknya jangan ada belanja di bahagian debit
yang boleh mencatatkan akaun kau.Tapi harus diingat!
Belanja jugak kadang-kadang perlu untuk mendapatkan
sesuatu hasil.
Contohnya ibaratkan
perasaan cemburu kau sebagai satu belanja.Itu akan
menunjukkan yang kau sayangkan dia.Bererti kasih sayang
tu suatu hasil.” Penerangan itu membuatkan mulut Tengku
Syahran diam.Fikirannya ligat berputar memikirkan
kebenaran kata-kata rakannya itu.
“Aku tau kau masih tak
jelas dengan penerangan aku.Lebih elok kalau aku
ringkaskan.Kau tunjukkan kelebihan kau dengan sifat-sifat
kau yang penyayang, suami yang memahami dan
mengambil berat atau apa-apa sifat baik yang boleh
menambahkan nilai kepercayaan Zahlia terhadap kau.Itu
salah satu hasil yang akan menaikkan martabat kau sebagai
seorang lelaki dan suami.Sebaliknya buang sifat-sifat buruk
macam cemburu buta, panas baran dan apa-apa yang
mencacatkan diri kau jauh-jauh.Jangan tertulis walaupun
satu keburukan kau di bahagian kredit yang boleh
menghakis kepercayaan Zahlia terhadap diri kau.”
Tengku Syahran sudah
hampir faham dengan maksud yang disampaikan oleh
Adli.Perlahan-lahan hatinya mengiakan kata-kata teman
yang memang ada kebenarannya.Dengan lemah kepalanya
disandar ke belakang.Terasa kelegaan yang dicari-cari
datang menyapa.
“Habis tu, aku nak buat
apa?” pertanyaan Tengku Syahran dianggap lucu oleh
Adli.Mahu sahaja lelaki itu ketawa besar di saat-saat genting
ini.
“Pikatlah dia.” Adli
berkata selamba.Punggungnya mula diangkat.Melangkah ke
arah tingkap biliknya.
“Aku takut jawapan dia
negative.”
Tiba-tiba kedengaran
ketawa yang agak kuat di tepi tingkap.Tengku Syahran
berpaling.Berkerut dahinya menahan marah dengan nada
ketawa Adli yang menyakitkan hati.
“Aduh… susah betul
berkawan dengan orang yang tengah kemaruk ni,” gerutu
Adli dalam sisa ketawanya.Tangan kasarnya tidak habis-
habis menepuk dahi.
“Li, jangan ketawakan
aku boleh tak? Aku tengah tension ni!” bebelnya keras.
Adli semakin galak
ketawa.Kelakar betul mamat ni! Getusnya di dalam hati.
“Kau tak boleh buat
keputusan sendiri! Kalau jodoh kau dengan Alia memang
telah ditentukan, kau buatlah apa cara sekalipun.Takkan ada
benda yang boleh pisahkan kau dengan dia.”
Adli memusingkan
tubuhnya betul-betul tegak di hadapan Tengku Syahran.Sisa
geli hati masih ada.Tengku Syahran sedikit tenang dengan
penerangan itu.
“But… kalau jodoh kau
bukan dengan dia, kau kena redha.Itu ketentuan,” sambung
Adli menggetarkan perasaan Tengku Syahran.Berulang-ulang
kepalanya digoyang.
“Syah ingat! Perempuan
yang baik hanya untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik
hanya untuk perempuan yang baik.Itu janji ALLAH.Mungkin
kalau bukan Alia, ada perempuan yang lebih baik telah
ditakdirkan untuk kau.”
Tengku Syahran
tergamam.Kata-kata Adli memang masuk dek akal! Tapi,
mampukah dia menghadapi hari itu?
“Tapi, aku yakin, Li.Aku
dapat rasakan Alia adalah jodoh aku.Mungkin masih samar-
samar, tapi perasaan aku lain bila bersama dia.Aku ingat
lagi, dua tiga hari lepas… aku pernah berdoa minta petunjuk
ALLAH dalam mimpi.Walaupun tak berapa jelas muka
perempuan tu, aku masih terasa Alialah perempuan yang
ada dalam mimpi aku tu.Dia sedang duduk dengan aku
berdua-duaan.Aku nampak dia macam tengah pegangkan
sesuatu.” Bersungguh-sungguh Tengku Syahran menafsirkan
mimpinya beberapa hari yang lalu.
Adli menggaru-garukan
kepalanya yang tidak gatal.Parah sungguh! Sampai bab-bab
mimpi pulak mamat ni.
“Okey, okey, kau takut
kehilangan dia, kan?” soal Adli.
Tengku Syahran
mengangguk.
“ Pelanlah sesuatu,” terang
Adli.
“Maksud kau?”
“Gunakan kuasa kau
sebagai suami untuk mengikat dia dalam hidup kau! Takkan
itu pun aku nak ajar.” Adli tersengih nakal.
Lama Tengku Syahran
terdiam.Senyuman Adli bagaikan tersirat satu niat jahat.Dia
yang pada awalnya kurang jelas dengan kata-kata itu,
namun tiba-tiba dia menggeleng.
“ No… no… no… aku
takkan guna cara kotor untuk dapatkan dia.Berdosa Li.Aku
tak nak nanti dia benci aku pulak,” bantah Tengku Syahran
dengan jari telunjuknya digoyangkan beberapa kali.
“Tapi, kau berhak, kan?
Walaupun perkahwinan kau tanpa perasaan sayang pada
awalnya, kau jangan lupa dia tetap isteri kau sekarang.Dia
sudah sah untuk kau selama-lamanya.Tak salah, kan?” Adli
mula meracuni fikiran rakannya.
“Aku akan musnahkan
kepercayaan dia terhadap aku.Aku tak akan melakukan
perkara yang dia tak rela.Tak adil namanya.”
“Kalau macam tu, fine!
Terserah pada kau.Aku cuma nak tolong kau.Kalau kau tak
setuju, kau carilah pelan lain.” Adli mengangkat kedua-dua
belah tangannya.
Tengku Syahran
mengeluh.Cadangan Adli terlalu sukar untuk diterima.Tetapi,
jika berjaya, dia juga yang untung.Zahlia akan menjadi
miliknya yang mutlak.Bukankah itu yang diinginkan? Namun,
sanggupkah dia melukakan hati Zahlia dengan perkara yang
sukar untuk dia gambarkan? Arrhhh… susahnya nak
ramalkan!
“Aku akan fikirkan dulu,
Li.Mungkin kalau terpaksa… aku…” Tengku Syahran
menghentikan bicara.Malu tiba-tiba untuknya meneruskan
kata.
“Dahlah.Berusaha dan
berdoa.Apa-apa hal aku tetap sokong kau dari belakang,”
balas Adli sambil tersenyum.Memahami perasaan lelaki yang
dibebani masalah itu.
“Terima kasih, Li.Aku dah
rasa lega sekarang.” Adli terus tersenyum.
“Anissa apa khabar?”
tanya Tengku Syahran mengalihkan topik.
Wajah Adli bertukar
ceria.Senyumannya makin lebar.Riak seorang bakal bapa
yang sedang menanti kelahiran cahaya pertama.
“Dia sihat.Mungkin awal
bulan depan sampailah harinya! Aku berdebar-debar,Syah.”
Jawab Adli sambil ketawa.Tengku Syahran juga ketawa.
Alangkah bahagianya jika
dia dapat merasai debaran itu.Debaran seorang bapa yang
sedang menanti kelahiran cahayamata pertama bersama
orang tercinta dan jika orang yang tercinta itu adalah Zahlia,
dialah insan yang paling bahagia di dunia.
Tengku Syahran sedar
angan-angannya itu seperti menanti bulan jatuh ke riba.Saat
manis sebegitu bagaikan sepotong mimpi yang datang di
siang hari.Sesuatu yang sukar terjadi.Tetapi tidak mustahil!
“Okeylah, Li! Aku minta
diri dulu.Dah terlalu banyak aku curi masa kau.Terima kasih
kerana sudi mendengar masalah aku.”
“Fikir elok-elok cadangan
aku, Syah! Aku cabar kau.”
Tengku Syahran
berpusing.Lambat-lambat bibirnya tersenyum.
“Beritahu aku bila Anis
bersalin.” Tengku Syahran membalas sambil memulas
tombol pintu.Kelibatnya serta-merta hilang apabila daun
pintu tertutup rapat.
Bab 27
J
AM sudah menunjukkan pukul 10.30 malam.Zahlia masih
berada di dalam kereta.Kalau diberi pilihan, dia rela tidur
di situ dari masuk ke dalam rumah.Tetapi, apa pulak kata
emak mentuanya nanti.
Baru seminggu ini Zahlia pulang ke
rumah setelah bermalam di rumah Fatimah dan hotel untuk
menenteramkan fikirannya.Zahlia mengeluh.Jam di tangan
diamati lagi.Sudah hampir pukul 10.45 malam.Hatinya
berdoa moga-moga semua rakan-rakan persatuan Tengku
Badariah sudah pulang.Sejak akhir-akhir ini, hati Zahlia tidak
tenteram.Tiba-tiba sahaja Raja Khalida muncul dalam
mindanya.Semakin hampir dan kerap datang mengacau
fikirannya.
“Mama mahu Alia tinggal
dengan mama.”
Ayat itu bergema lagi.Waktu
itu umurnya baru mencecah 15 tahun.Wajah asing itu amat
digeruni walaupun pakaiannya kelihatan mahal dan menarik.
Raut wajah Puan Azizah
diamati sekali imbas.Sinar sedih terpancar di situ
sungguhpun bibir halus itu cuba tersenyum.Zahlia
memandang kedua-dua wajah di hadapan.Keliru dengan
situasi yang sedang berlaku.
“Alia, mak rasa mak dah
jaga Alia sebaiknya.Sekarang, Alia boleh buat pilihan untuk
tinggal dengan mak atau mama Alia.”
Suara Puan Azizah
kedengaran tersekat-sekat.Setitis air jernih mengalir di
pipi.Zahlia terharu.Zahlia menghampiri Puan Azizah.Hangat
tubuh itu dipeluk erat.
“Mak, kenapa cakap macam
tu? Alia takkan tinggalkan mak! Mak nak halau Alia ke?”
“Bukan Alia.Bukan itu niat
mak.Ini mama kau sebenarnya, Raja Khalida! Mama kau
lebih berhak ke atas kau,” beritahu Puan Azizah.
Zahlia menggeleng.Sengaja
tidak menghiraukan kewujudan wanita yang tidak
dikenalinya itu.
“Tak.Mak yang berhak ke
atas Alia.Mak yang jaga Alia dari kecil sampai
sekarang,Kenapa dia tiba-tiba datang mengaku sebagai
mama Alia?” bentak Zahlia nyaring memecah suasana
tengah hari itu.
Wajah wanita yang tidak
dikenali itu kelihatan terkejut.Puan Azizah hanya mengetap
bibir.
“Alia, tak elok cakap macam
tu sayang! Ini mama Alia.Mama yang lahirkan Alia.Alia kena
hormatkan dia.” Lembut tutur kata Puan Azizah cuba
mencairkan hatinya.
“Mari dekat mama sayang.”
Tiba-tiba wanita yang bertudung itu bersuara.
Zahlia menggeleng.
“Saya tak kenal makcik.”
“Panggil ‘mama’ Alia.Dia
mama Alia,” pintas Puan Azizah.
“ Kenapa mak tak habis-habis
cakap yang dia mama Alia? Alia tak kenal dia mak! Kalau
betul dia mama Alia, kenapa dia buang Alia dalam semak?
Kenapa baru sekarang dia datang cari Alia? Sebab Alia anak
luar nikah, kan?”
Zahlia menangis tersedu-
sedan.Kakinya terus berlari keluar.Lebih senang untuknya
melayani perasaan sedihnya yang tiba-tiba menerpa ke
sanubari.Jiwanya semakin perit melihat wajah tenang wanita
yang duduk di sisi Puan Azizah.Wanita yang
bertanggungjawab menjadikan hidupnya begitu.
“Kau anak haram! Anak luar
nikah! Mak bapak kau berzina! Sepatutnya kau tak
dibenarkan masuk dalam kelas kami.Kau dah busukkan
nama kelas akaun yang terbaik dalam sekolah ni.”
Ayat yang pernah diucapkan
kepadanya oleh seorang teman sekelas bagaikan duri tajam
yang amat berbisa.Sehingga saat ini, ayat itu masih kuat
tersemat dalam ingatannya.
Zahlia melepaskan keluhan
lagi.Bayangan peristiwa 10 tahun lalu melayang pergi.Zahlia
tersedar kembali.Cepat-cepat dia mencapai beg untuk keluar
dari kereta.Ketika kakinya hendak melangkah keluar, Tengku
Badariah menegurnya.
“Alia baru balik?”
Zahlia terpaksa tersenyum.
Niatnya ingin berlalu,
terbantut lagi.Wajah wanita di sebelah emak mentuanya
mengukir senyuman.Wanita yang anggun bertudung itu
sedang merenungnya.
“Alia kenal dengan auntie ni,
kan? Mak Su Khalida?” tanya Tengku Badariah.
Zahlia mengangguk.
“Mak, Alia masuk dulu,”
ujarnya hambar dan berlalu meninggalkan kedua-dua wanita
itu.

ZAHLIA baru sahaja menunaikan solat Isyak.Setelah habis


berdoa, terus dia menyidai telekungnya di balik pintu.Ketika
itu, Tengku Syahran sedang berdiri di tepi tingkap.Sengaja
dibuka tingkap itu seluas-luasnya.Ingin membiarkan angin
malam menyusup masuk.
Hati Tengku Syahran begitu
geram melihat perangai Zahlia.Baru seminggu ini dia pulang
ke rumah.Tengku Syahran tidak berani hendak bertanya ke
mana hilangnya dia tempoh hari? Hanya emaknya, Tengku
Badariah yang memberitahu Zahlia selamat setelah dia
menghubungi emak mentuanya itu.
Tengku Syahran masih lagi
berdiri di situ.Hatinya benar-benar tertekan dengan tindak-
tanduk Zahlia beberapa hari kebelakangan ini.Zahlia lebih
suka berdiam diri.Setiap hari dia akan pulang lebih dari jam
10.00 malam.Tengku Syahran betul-betul geram dengan
perangai Zahlia.
“Kenapa balik lambat?”
nada Tengku Syahran yang tinggi memeranjatkan Zahlia.
“Banyak kerja.” Dengan
pantas Zahlia menjawab.
“Jangan tipu abang, Alia!
Abang tau Alia keluar dari Sinar Iram pukul berapa!”
tempelak Tengku Syahran menyanggah jawapan Zahlia.
Zahlia terlopong
seketika.Bagaimana dia tahu?
“Betulkan apa yang abang
cakap? Alia dah keluar dari Sinar Iram pukul 5.00?” Tengku
Syahran masih bertempik.Dada Zahlia bergetar.Tempikan
yang kuat dan nyaring itu amat menakutkan dia.
“Apa Alia buat lepas pukul
5.00? Waktu sekarang baru ingat nak balik.”
Zahlia diam
membatu.Hilang kekuatan untuk menuturkan kata-kata.
“Alia ingat abang ni apa?
Tunggul? Sejak bila timbul hukum suami yang kena tunggu
isteri balik kerja?” Tengku Syahran melepaskan kemarahan
yang kian meledak.Zahlia tunduk.
“Saya…” tidak terkeluar
kata-kata itu dari mulut Zahlia.
“Lepas Alia keluar dari
Sinar Iram, Alia pergi shopping kan? Mana barang-
barangnya? Bagi pada lelaki yang kat hospital tu, kan?”
berkerut-kerut dahi Tengku Syahran melafazkannya.
Zahlia mula mengangkat
wajah.Memandang raut wajah Tengku Syahran lama.Hairan
dengan kata-kata lelaki yang tahu setiap aktivitinya hari itu.
“Awak intip gerak geri saya
ya?” soal Zahlia tiba-tiba.
“Kalau abang intip Alia
kenapa? Alia takut rahsia terbongkar?”
“Apa awak repekkan ni
Syah? Rahsia apa ni?” Zahlia mula membentak.Geram
dituduh bukan-bukan.
“Jangan nak tipu abang!
Hari-hari Alia ke Hotel Istana, apa yang Alia lakukan? Alia
jumpa lelaki lain, kan?”
“Syah, tolong jangan
berperangai macam budak-budak boleh tak? Otak saya
tengah berserabut ni!”
“Berserabut memikirkan
masalah Razif?”
Razif? Kenapa pulak nama
lelaki itu yang disebut-sebut?
“Syah!”
“Baik Alia cakap betul-betul!
Alia ada simpan jantan lain kat hotel tu ya?”
Pangg! Satu tamparan
hebat mengena pipi Tengku Syahran.
Zahlia tersentak.Tidak
menyangka tindakan yang datang secara spontan itu terlalu
melampaui batasan.Berombak-ombak dadanya menahan
kesabaran yang telah hilang.Tengku Syahran juga kelihatan
terkejut dengan keadaan Zahlia.Merah padam mukanya
menahan sakit.
“Jadi, semuanya betullah?”
bentak Tengku Syahran sambil melangkah keluar.Hempasan
pintu yang kuat seolah-olah menyedarkan Zahlia dari mimpi
ngeri.Setitis mutiara jernih menitik di pipi.Menangisi hatinya
yang makin dilanda pilu.

TENGKU SYAHRAN memulas tombol pintu perlahan-


lahan.Hatinya berdoa moga-moga wanita yang diyakini telah
terlena itu tidak tersedar dengan kepulangannya.Esok pagi-
pagi dia akan keluar.Itu rancangannya sebelum masuk ke
bilik itu.
Namun rancangannya
terbantut.Ketika daun pintu di tolak, raut yang sejuk
mengetuk pintu hati yang sedang kepanasan segera
menerpa ke anak mata.Dia tewas lagi! Riak yang tenang
menyambut kepulangannya gagal memberi peluang
untuknya terus melayani rasa kecewa.Who is she? Marahnya
di dalam hati.
Zahlia sedang menggosok
baju apabila ternampak kelibat Tengku Syahran masuk ke
dalam bilik.Sengaja dia menanti lelaki itu.Pada awalnya dia
ingin terus tidur tanpa memikirkan hal yang baru
berlaku.Tidak berjaya kerana rasa bersalah terus-terusan
mengacau fikirannya.
Za hlia ingin menjadi seperti
Fatimah Az-Zahra, wanita yang dijanji ALLAH sebagai wanita
penghulu syurga kelak.Puteri kesayangan Rasulullah S.A.W.
yang pernah merayu-rayu suami kesayangannya Saidina Ali
Karamullahu Wajhah sebanyak 70 kali pusingan demi
meminta maaf atas keterlanjuran kata yang tidak
disengajakan.
Sedangkan dia?
Perbuatan yang melampaui batas tadi benar-benar telah
menjadikan dirinya isteri yang derhaka! Dia rasa berdosa.
Tengku Syahran
mengerling sekilas ke arah wanita yang sedang leka
memancutkan air ke arah baju kemeja berlengan panjang
yang terbentang di papan gosok.Pandangannya beralih ke
arah longgokan baju berhampiran isterinya itu.Kesemuanya
milik Tengku Syahran.Hanya beberapa helai pakaian yang
dikenali bukan miliknya.
Tengku Syahran
melangkah ke arah tingkap.Berdiri di situ melayani perasaan
yang kian bercampur aduk di dalam jiwa.Marah, sayang,
cemburu, terharu dan resah menjadi satu.Semuanya kerana
Zahlia!
‘Gunakan kuasa kau
sebagai suami untuk mengikat dia dalam hidup kau! Takkan
itu pun aku nak ajar.’ Ungkapan Adli terkeluar dari ingatan
disertai sengihan nakal lelaki itu.
Tengku Syahran
memejamkan mata.Tidak dapat membayangkan betapa
kecewanya Zahlia jika dia melakukan sesuatu yang wanita
itu tidak rela.Astaghfirullah-al-azim! Kalimat suci itu
terkumat-kamit di bibirnya bersama raupan di muka yang
berkali-kali.
Tengku Syahran
berpaling.Terperanjat apabila melihat Zahlia berada di
belakangnya.Sedang duduk tertunduk di permaidani.
“Maafkan saya.”
Ringkas Zahlia berkata dengan suara yang tersekat-
sekat.Ada air jernih mengalir dari matanya.
Perkataan maaf yang
halus tersemat di tangkai hati Tengku Syahran hampir-
hampir membuatkan lelaki itu menyerahkan
keegoannya.Siapa perempuan ni sebenarnya? Kenapa aku
boleh jadi selemah ini bila berhadapan dengannya? Shit!
Sumpah seranah yang memarahi diri sendiri dibiarkan
bergema di dalam diri Tengku Syahran.
“Saya tau saya tak
menjalankan tanggungjawab saya sebagai isteri dengan
sempurna.Walaupun perkahwinan kita adalah sesuatu yang
drastik, saya patut melayani awak dengan baik.Tapi, saya
terpaksa Syah! Saya tak mahu wujudkan perasaan sayang
dalam diri saya mahupun awak dengan perhubungan ni.Saya
takut kita sama-sama kecewa.” Panjang Zahlia meluahkan
apa yang terbuku di hati.
“Alia gagal! Perasaan
sayang dah pun wujud dalam diri abang.” suara Tengku
Syahran terkeluar juga.Zahlia menelan air liur.
Aku gagal? Tapi kenapa?
Betulkah aku tak mahu perasaan sayang wujud dalam
perhubungan ni? Habis, apa yang sedang aku lakukan?
Kenapa aku boleh duduk meminta maaf seolah-olah aku
benar-benar seorang isteri yang solehah? Ah, kacau!
“Alia…”
Tengku Syahran duduk
bertentangan dengannya.Mematikan segala persoalan yang
mengganggu-gugat perasaan.Wow, kacak juga rupanya dia
ni! Ada tahi lalat kecil di atas bibirnya.Selama ni aku tak
perasan pun!
Macam mana nak
perasan, Alia? Kau tu yang tak pernah nak menatap muka
dia lama-lama.Sekarang, tengoklah! Tataplah muka suami
kau puas-puas.
“Kenapa Alia mesti
halang perasaan tu? Fikirkan Alia.Sebelum kita bernikah,
abang dah siasat.Kita tak ada apa-apa tanggungjawab yang
menghalang untuk kita meneruskan perkahwinan,” ujar
Tengku Syahran.
Zahlia terasa bagaikan
digam.
“Kenapa Alia tak balik
rumah seminggu yang lepas?Alia tidur kat mana?” soal
Tengku Syahran lembut.Tidak bertempik seperti tadi.
“Hotel.”
“Dengan siapa?”
“Seorang diri.”
“Alia buat abang
risau.Takkan sebab abang berterus terang, Alia nak lari.”
Zahlia tunduk.Dia
mempunyai masalah lain yang tidak mahu dikongsi dengan
Tengku Syahran lagi.Masalah itu pun masih menjadi tanda
tanya di benaknya.Ah… wajah Raja Khalida juga yang
diingati saat itu.
“Abang tak kerja dua
minggu.Abang cari Alia serata tempat.Mak, ayah, semua
tanya.Abang tak tau nak jawab apa.Mereka semua ingat
abang yang bersalah padahal abang tak tau apa puncanya,”
ujar Tengku Syahran.
Zahlia mendiamkan
diri.Terus diburu rasa bersalah.
“Abang dapat siasat
gerak geri Alia apabila ternampak kereta Alia keluar dari
hotel.Abang ikut kereta Alia dan abang dapat tau Alia kerja
dekat Sinar Iram.Alia keluar pukul berapa, semua abang
siasat.Kenapa Alia buat macam ni?”
“Maafkan saya.” Zahlia
tidak menjawab soalan Tengku Syahran sebaliknya
meluahkan kekesalannya.
“Dahlah… abang bagi
Alia masa untuk fikirkan tentang hal kita.Jangan terburu-
buru.”
“Tapi…” Zahlia cuba
membantah.
“Alia fikirkanlah.Kita tak
ada apa-apa yang mengikat ke arah tanggungjawab lain,”
ucap Tengku Syahran lembut.
“Atau Alia dah ada
orang lain dalam hati?”
“Awak syak saya ada
hubungan dengan Razif?” soal Zahlia.
“Habis tu, ada lelaki
lain?”
“ Stop it Syah!” Zahlia
mula menjeling membuatkan Tengku Syahran tersenyum.
“Abang berhak
cemburu, kan?” Tengku Syahran mengangkat kening.
“Tak kena pada
tempat.”
“Apa yang tak
kenanya?Alia isteri abang kan?”
“ Stop saying that word
boleh tak? Jangan lupa yang perkahwinan kita ni atas dasar
apa?”
“ I don’t care! Lantaklah
dengan perjanjian tu.Yang penting sekarang, Alia dah pun
jadi isteri abang.Abang takkan lepaskan Alia.” Tengku
Syahran tersenyum nakal.
Zahlia mengetap
bibir.Geramnya dia dengan kata-kata suaminya itu.Penipu
besar betullah dia ni! Mungkir janji.Kalau tahu ini yang akan
berlaku, jangan harap aku nak tolong dia.Harap muka aje
handsome, perangai macam budak-budak.Bebel Zahlia
dengan wajah yang mencuka.
“Sekarang abang
perintahkan Alia urut badan abang.Abang penat ni,” katanya
dengan muka selamba.Ditumbuk-tumbuk bahunya dengan
riak yang menyakitkan hati.
Zahlia membeliakkan
mata.
“Jangan nak mengada-
ngada,” ujar Zahlia.
“Eh… eh… sepatutnya
awak bersyukur sebab abang hanya suruh Alia urutkan
badan abang.Kalau abang minta hak abang sebagai suami,
Alia rela mengabdikan diri untuk abang? Alia sanggup
jalankan kewajipan Alia sebagai isteri yang sempurna?”
Zahlia terdiam seketika.
“Okeylah.Kalau macam
tu, tidur dengan abang malam ni.”
Zahlia ternganga.
“Syah!”
“Kenapa? Takut? Ingat
Alia! Abang ada hak ke atas diri Alia.Abang boleh paksa
kalau Alia tak rela.So… Alia nak buat apa? Nak menjerit? Biar
semua orang tahu.Bila orang tanya, abang boleh cakap Alia
tak nak ikut permintaan abang!” potong Tengku Syahran lagi
sambil ketawa.
Zahlia menjeling
Tengku Syahran yang masih ketawa.Sakitnya hati! Sabar…
sabar Alia!
“Habis tu, syarat
yang…” Zahlia ingin bersuara tetapi dipintas segera.
“Pedulikan syarat tu!
Sekarang abang nak rasa kenikmatan urutan dari isteri
abang.Cepat! Atau Alia nak ikut permintaan abang yang
kedua tu? Kalau yang tu, kecil tapak tangan, sebesar padang
bola abang tadahkan.” Tengku Syahran masih
ketawa.Semakin galak mengetuk gegendang telinga Zahlia.
“Awak ni…”
“Hei, berdosa ingkar
perintah suami tau!” pintas Tengku Syahran lagi dengan
mata yang sengaja dibuntangkan.
Zahlia menggigit
bibir.Nak ikut cakap dia? Kenapa dia ni tiba-tiba jadi macam
ni? Tadi, bukan main garang! Sekarang, mengada-ngada
pulak!
Zahlia
mengeluh.Lambat-lambat dia bangun dan melangkah ke
belakang Tengku Syahran.Sebaik saja tangannya melekat di
bahu suaminya itu, Tengku Syahran membuka mulut untuk
bersuara.
“Nanti kejap! Abang
nak baring dulu.Alia urut abang masa abang tengah baring,
okey sayang?” Tengku Syahran bingkas bangun.
Dahi Zahlia berkerut.Mengada-
ngada! Dengusnya.
Tengku Syahran
melangkah ke sofa panjang yang telah menjadi tempat
lenanya kini.Namun, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah
ketika melintasi katil yang diselimuti cadar tebal.Tengku
Syahran mengangkat kening.
“Aha! Katil ni nampak
best.Malam ni abang nak tidur kat sinilah!”
Zahlia terlopong
mendengarnya.
“Kalau awak tidur kat
sini, mana saya nak tidur malam ni?” bantah Zahlia.
Tengku Syahran
menjungkit bahu.
“ None of my business!
Kalau Alia tak kisah, tidurlah sebelah abang.Kalau Alia takut,
Alia carilah mana-mana port yang Alia rasa selesa.” Tengku
Syahran mencuit dagu Zahlia.
“Awak dah melampau
Syah!”
“Syhhh… jangan jerit
kuat-kuat.Nanti, mak dengan ayah dengar!”
“Syah!”
“Oppss! Abang dah tak
sabar nak rasa urutan Alia ni.Alia urut abang sampai abang
tertidur tau.Jangan curi tulang.Cepatlah!”
Tengku Syahran menarik
t-shirt yang tersarung di badan.Lantas merebahkan diri ke
atas katil.Em, nikmatnya!
Zahlia kelu tanpa
sebarang kata.Setiap gerak geri Tengku Syahran
diperhatikan dengan rasa meluat dan terkejut.
“Cepatlah sayang!”
Zahlia tersedar.Tengku Syahran
sudah pun berbaring di hadapannya.Dengan lemah, Zahlia
memanjat katil dan duduk di sisi Tengku Syahran.Tangannya
menggigil-gigil mendekati tubuh lelaki yang tidak berbaju
dan menampakkan separuh tubuhnya itu.Semakin hampir…
hampir… dan terus melekat.
Bahu suaminya itu
dicengkam lembut dan diurut perlahan-lahan.Seumur
hidupnya inilah kali pertama Zahlia berbuat demikian
dengan lelaki.Berdegup kencang jantungnya.Rasa nak
tercabut kepala lutut.
Tengku Syahran hanya
senyap dan kadangkala kepalanya sahaja yang bertukar ke
kiri dan ke kanan.Posisi tubuhnya tetap seperti tadi.Mungkin
sedang merasai kenikmatan urutan isterinya itu.Zahlia terus
mengurut.
Semakin lama urutan
Zahlia semakin perlahan.Dirinya sudah terlalu letih.Berkali-
kali tangannya menutup mulut yang tidak henti-henti
menguap.Adakalanya kepala Zahlia tersenggok-senggok
menahan rasa mengantuk.Apabila tangannya berhenti
bergerak, suara Tengku Syahran akan kedengaran.Dia akan
mengurut semula dengan mata yang terpejam.
Kali ini, dia sudah
terlalu mengantuk.Matanya tertutup rapat.Segalanya
menjadi sunyi dan senyap tiba-tiba.Lampu yang terpasang
sudah tidak kelihatan cahayanya lagi.Jari-jemari Zahlia
semakin longgar mencengkam tubuh lelaki itu.Tanpa
disedari, tangan halusnya terkulai layu bersama-sama
tubuhnya yang tiba-tiba rebah di sisi suaminya.

ZAHLIA menggosok-gosok matanya berkali-kali.Rasa


malasnya hendak membuka kelopak mata.Lalu dibiarkan
matanya terpejam.Sesekali tangannya menggaru-garu
kepala dan membetulkan rambut yang menutup
muka.Kemudian tangannya dijatuhkan semula ke atas tilam.
Tilam? Kerasnya tilam
ni? Zahlia teraba-raba.Matanya masih pejam.Lama
tangannya memegang benda yang disangka tilam.Cahaya
yang terasa merecik-recik ke wajah memaksa dirinya untuk
bertindak.Perlahan-lahan dia membuka matanya.
Berderau darahnya
apabila mendapati dirinya berada di sisi Tengku
Syahran.Sedang berbaring memeluk tubuh suaminya
itu.Segera dia bangun.Terkejut dengan situasi yang baru
terjadi.Nafasnya berombak kencang.
Wajah Tengku
Syahran yang masih terlentang diamatinya lama.Tengku
Syahran terjaga dan melemparkan senyuman nakal.Dengan
pantas Zahlia menarik selimut menutupi tubuhnya.Mujurlah
baju tidur berlengan panjang yang dipakainya tidak terdedah
sedikitpun anggota tubuhnya.
“Dah puas hati dapat
tidur dengan abang?” Tengku Syahran bersuara
tenang.Zahlia mengerutkan dahi.Nafasnya terasa sesak.Apa
maksud lelaki ini?
“Kenapa awak tidur
kat sini? Nak ambil kesempatan ya?” marah Zahlia keras.Dia
sudah terlupa apa yang berlaku.
Tengku Syahran
bangkit.Duduk menghadap Zahlia dengan wajah
selambanya.
“Siapa yang ambil
kesempatan? Abang atau Alia?” Tengku Syahran bertanya.
Zahlia mendengus.
“Syah, kan awak
biasa tidur kat kerusi! Kenapa awak tidur kat sini?” marah
Zahlia lagi.Suaranya sedikit meninggi.
“ So… abanglah yang
ambil kesempatan? Alia tak ingat ke apa yang berlaku
semalam?” soal Tengku Syahran sambil menjungkitkan
keningnya.
Semalam? Zahlia terkedu.Terus
menelan air liur.Pahit.Fikirannya mula teringat peristiwa
semalam.Suaminya itu ada memberitahu untuk tidur di katil
itu.Zahlia sudah mendengar dengan terang-terang.Jadi siapa
yang ambil kesempatan sebenarnya? Akukah? Alamak!
“Kenapa senyap?
Cakaplah! Setahu abang, semalam abang dah beritahu Alia
kan yang abang nak tidur atas katil ni! Jadi, sekarang ni
salah siapa, hmm?”
Zahlia kehilangan
kata-kata.Segera tunduk.Malu dengan setiap kata-kata
Tengku Syahran.
“Pandang mata
abang waktu abang tengah bercakap! Kenapa tunduk? Malu?
Atau Alia takut jatuh cinta dengan abang?” Zahlia telan air
liur lagi.Kepalanya terus dibiarkan jatuh.Malu.
“ Kenapa dengan Alia
ni? Kita dah jadi suami isteri hampir dua bulan.Apa salah
abang tidur atas katil ni? Sampai bila Alia nak biarkan abang
tidur atas kerusi? Alia tak pernah nak faham perasaan
abang.” Tengku Syahran melepaskan lagi kemarahan.
“Syah! Ini semua
kehendak awak.Kita takkan jatuh cinta.Awak sepatutnya
takkan jatuh cinta.Itu kata-kata awak sewaktu kita baru
bernikah.Saya takkan lupa.Tapi, awak tengok sendiri.Siapa
yang mungkir janji? Awak berkeras takkan jatuh cinta pada
saya dan sejak terdengar perbualan awak dengan Adli di
rumahnya dulu, saya jugak dah tanamkan dalam diri saya
yang saya takkan jatuh cinta pada awak!” Zahlia mula
membalas.
Tengku Syahran
hampir ternganga.Maknanya dia sudah mendengarnya?
“Ingat Syah! Kita
tetap akan berpisah.Saya tak mahu jadi isteri awak lagi…
ego awak tinggi.”
Mendengarkan kata-kata Zahlia,
Tengku Syahran tersenyum.Dahulu, egonya memang tinggi
tetapi disebabkan Zahlia, Tengku Syahran sanggup
merendahkan egonya.Dia sudah jatuh sayang dan dia akan
pastikan Zahlia menjadi miliknya.
“Abang akan
berusaha mendapatkan Alia.Kalau Alia berkeras lagi…
tunggulah harinya.Macam-macam cara abang boleh
buat..Keras atau halus, nantikan.Alia tetap akan jadi isteri
abang sampai bila-bila,” balas Tengku Syahran.
Zahlia mengecilkan
matanya.Nafasnya menderu laju.Dia ingin melawan lagi.
“Dahlah.Abang nak
mandi! You want to join me?”
Tengku Syahran
turun dari katil.Soalan yang sengaja diajukan kepada Zahlia
sekadar usikan baginya.Hatinya bagaikan digeletek melihat
wajah Zahlia yang merah padam.Baru tau aku siapa!
Kaki Tengku Syahran
melangkah perlahan ke bilik air.Membiarkan Zahlia melayani
rasa malunya.Nafas Zahlia terasa bagaikan terhenti.Malunya
aku!
“Aaaa… satu lagi
abang nak pesan.Next time, kalau nak tidur off lampu
dulu.Membazir.Mata dah tertutup, bukan nampak apa-apa
kalau pasang lampu.Tak taulah pulak abang kalau Alia ambil
kesempatan yang ada nak menatap muka abang yang
handsome ni puas-puas!” ujar Tengku Syahran sambil
melangkah bersama ketawanya.
Arrhhh… Zahlia
terasa ingin menjerit sekuat hatinya.Melepaskan segala
tekanan yang terbuku di hati ketika lelaki itu melangkah
masuk ke bilik air.

Bab 28

L INDA menghempaskan tubuhnya di atas kerusi.Hari ini dia


masuk ke pejabat lebih awal.Wajahnya mencuka.Setiap
pekerja yang keluar masuk dari biliknya akan menjadi
mangsa maki hamunnya pagi itu.Bayangan perkahwinan
Tengku Syahran dan Zahlia masih segar dalam
ingatannya.Malah, berita berbulan madu lelaki itu dengan
isterinya masih panas di telinganya.
Shit! Kurang ajar kau Alia! Berani
kau rampas Syah dari aku.Tak padan dengan anak
haram.Kau perempuan tak guna! Tak layak hidup dengan
kerabat di raja.Aku akan musnahkan hidup kau.Jeritnya
sekuat hati.Ketawanya mula nyaring memenuhi segenap
ruang bilik.
Pen di tangan dicampak
ke hadapan.Ketawanya masih berbunyi.Tiba-tiba kedengaran
ketukan di pintu berkali-kali.Lamunan Linda terhenti.
“Masuk!” kuat suaranya
memberi arahan.
Daun pintu
terkuak.Berkeriut bunyinya.Seraut wajah lelaki terjengul di
situ.Linda mengerutkan dahi.Lama dia merenung wajah
itu.Akhirnya bibir halusnya membalas senyuman itu.
“Masuklah, Bernard. Sorry
I tak perasan muka you.” Suara Linda cuba dikawal agar riak
kemarahan tidak terluah.
“Bagaimana you nak
perasan, I ni apalah sangat pada you, Linda?” usik Bernard.
Linda hanya ketawa
manja.
“Have a seat.Sorrylah bilik
I ni tak sehebat office you yang tiga kali lebih besar tu.”
Linda membalas usikan Bernard.
“Hey, nice room what?
You yang decorate kan?”
“Tak adalah. I ni siapa?
Manager cabuk aje kat dalam bank ni.”
“Eh, father you kan ada
title datuk.Kenapa you tak kerja kat office father you aje?”
“ Well… I lebih suka
berdikari.Bak kata orang, adventure cari duit sendiri.Lagipun,
I tak berapa gemar guna duit father I.Rasa macam I ambil
kesempatan title datuk dia pulak.”
“Em… I like prinsip you,
sebab tu I rasa selesa berdampingan dengan you.Seorang
yang tak suka bergantung hidup pada orang lain.”
Linda tersenyum dengan
pujian itu.Hatinya ketawa gelihati.Kelakarnya! Betul ke
prinsip aku tu? Hipokrit!
“Your face looks like
chubby! What happened? You dah tak amalkan diet lagi ke?”
teguran Bernard mematikan senyuman Linda.Peluh dingin
terasa meletus di segenap liang romanya.Tiba-tiba
jantungnya berdegup pantas.
“Ya ke? I tak perasan
pulak.Kenapa… I dah tak cantik ke pada you?” sengaja Linda
menduga.Ingin menutup getaran jantungnya yang semakin
tak menentu.
“Eh, bukan macam tu
maksud I.Linda yang ada depan I tetap Linda yang I kenal
dulu.Good looking and pretty!”
Linda ketawa.Berjaya
menutup lubang yang hampir pecah.
“ So, takkan kita nak
melepak macam ni aje.You tak lapar ke? Mind if I join you
this lunch?” Bernard bertanya.
“ Erm… that’s a good
idea.Boleh jugak kalau you tak kisah.”
“I don’t mind.”
“Okay… jom!”
Li nda terus mencapai beg
tangannya.Mereka beredar melangkah ke Restoran Thai
Kitchen yang berdekatan.Mereka menjamu selera sambil
berbual panjang.Sesekali Linda menjatuhkan kepalanya di
bahu Bernard.Lelaki itu hanya membiarkan.Malah, terasa
bahagia diperlakukan begitu.
“Linda, you tunggu siapa
sebenarnya? Sejak dari England, I dah sukakan you.Kenapa
you tak nak terima cinta I? Pertanyaan Bernard mematikan
khayalan Linda.
Wanita itu terus
mengangkat kepalanya.Segera mencarik-carik otak lelaki
cina kacukan India itu agar tertanya-tanya sendiri.
“I bukan tak sayang you,
Bernard.I cuma belum bersedia lagi! Lagipun I risau famili I
tak dapat terima kehadiran you sebagai ahli keluarga.You
faham-faham ajelah dengan perbezaan agama kita.I
perlukan masa untuk meyakinkan mereka.You boleh tunggu,
kan?’
Bernard mengeluh.
“Apa yang perlu
dirisaukan lagi? I dah berkali-kali beritahu you yang I
sanggup tukar agama.Famili I semuanya kahwin
campur.Mother I tak melarang, daddy I pun berketurunan
India.And you must know yang I tak makan daging tu… I tak
minum arak.Apa yang susah. I yakin I boleh jadi seorang
Islam yang sejati kalau you sudi pimpin I.”
“Bernard, Islam tak bertumpu
pada dua benda tu aje.You must know a lot to be a good
muslim.I takut you tak sanggup menghadapi dugaan.Nanti,
tak pasal-pasal I yang kena tanggung dosa you,” bantah
Linda bersungguh-sungguh memadamkan api keinginan
Bernard yang menyemarak.
Eleh, macam bagus sangat
dengan ilmu Islam kau tu Linda! Sembahyang, puasa, zakat,
kau pernah buat ke? Kata-kata itu terngiang-ngiang di cuping
telinganya.
“I boleh belajar. You kan boleh
ajar I.”
Linda hampir tersedak.
“ You kena fikir masak-masak
Bernard.Jangan buat keputusan terburu-buru.” Linda masih
berusaha menyangkal permintaan Bernard.
“You ni macam tak
menggalakkan I masuk Islam aje?” teka Bernard.
Linda menelan air liur.
“Eh, bukan macam tu. I
cuma…” ayat itu tidak dihabiskan.
Fikiran Linda mula
menumpukan perhatian pada sepasang manusia yang
sedang duduk di meja yang agak jauh dari
tempatnya.Bernard yang ada di hadapan dilupakan
seketika.Tidak tentu arah kepalanya terintai-intai pasangan
itu dari jauh.
Pasangan itu kelihatan leka
berbual.Tidak menyedari langsung gelagat mereka sedang
diperhatikan.
“Cuma apa Linda?”
“Syhhh…”
“Hey, what’s going on?”
sergah Bernard sedikit berbisik.Masih hairan dengan situasi
itu.
“Tu…” Linda memuncungkan
bibir seksinya ke satu sudut.
Bernard mengalihkan
matanya ke tempat yang dimaksudkan.Pandangannya
tertumpu pada tiga orang manusia yang sedang menjamu
selera di satu meja yang agak jauh dari tempatnya.Wajah
yang tidak pernah dilihat sebelum ini.
“Kenapa?” Bernard bertanya
ingin mencari jawapan terhadap persoalan yang sedang
meletus di mindanya.
“Perempuan yang pakai baju
warna hijau tu isteri Syah,” ujar Linda bijak
menyembunyikan rasa amarahnya.
“Syah? Macam pernah dengar
nama tu.”
Fikiran Bernard
bercelaru.Cuba mencari-cari nama yang baru disebut oleh
Linda.Serta-merta dia teringatkan rakan pengajiannya ketika
di England dahulu.
“Yang selalu dengan Adli tu
ke?” tanya Bernard sedikit tidak yakin.
Sewaktu belajar di England,
mereka tidaklah serapat mana.Bagaimanapun, sebagai
pelajar di perantauan yang datang dari tanahair yang sama,
secara tak langsung wujud hubungan kekeluargaan antara
mereka.
Anggukan Linda memecahkan
ingatan Bernard terhadap lelaki melayu yang dikenali di
England dahulu.Bernard terus memakukan perhatian kepada
wanita bertudung itu.Begitu ayu di penglihatannya.
“Siapa nama dia?” tanya
Bernard.
“Zahlia,” jawab Linda acuh
tak acuh.
Bernard mengangguk.Aduh,
jelita sungguh wanita itu.Bertuahnya lelaki setampan Syah
dapat memiliki wanita seanggun itu.Jadi, tidak bertuahkah
aku kerana dapat menyelami hati wanita cantik di
hadapanku ini? Walaupun cintaku masih ragu-ragu untuk
diterima?
Bernard terus merenung
wajah Linda.Begitu jauh bezanya dengan wanita yang
didakwa sebagai isteri Tengku Syahran itu.
Linda akan kelihatan cantik
berseri dengan tempekan bedak tebal dan berjenis-jenis alat
solek yang datang dari luar negara.Sedangkan wanita itu,
tidak tercalit sedikitpun hiasan alat mekap untuk
mencantikkan wajah.Kecantikannya semulajadi.Tulen dan
asli.Hati lelaki Bernard terusik ketika senyuman mekar
tersadai di bibir Zahlia.Aduh, menawan sungguh!
“Lawanya…” tanpa diduga
perkataan itu lahir dari mulut Bernard.
“ What?” terbeliak biji mata
Linda.Dia hampir melenting mendengar pengakuan Bernard.
Pujian sebegitulah yang
menyakitkan hati, menembak-nembak dirinya untuk terus
mengepung rasa cemburu yang menggila.Kurang asam kau
Alia! Jeritan itu bergema di dalam dirinya.Linda mendengus
marah.
“Hei, jangan macam tu
sayang! Selawa mana pun dia, you tetap cantik pada mata
I.” ungkapan Bernard bermaksud untuk memujuk.
Namun, di hati kecilnya
sungguh-sungguh memprotes kata-kata yang baru terluah
tadi.Sekelip mata pendiriannya berubah.Wanita sehebat
Zahlialah yang sepatutnya dibuat isteri.Bukan seperti wanita
di hadapannya yang gemar berpakaian seksi.Mempamer
tubuh untuk santapan lelaki yang ghairah mengejar alam
dunia yang tidak kekal.
Bernard membuat andaian
sendiri.Sedikit sebanyak dia mengetahui tentang Islam.Dia
telah berhasrat untuk menukar agama.Harapannya bersinar
ketika bertemu dengan Linda.Berharap wanita itu sudi
memimpinnya ke arah kebenaran.Rupa-rupanya dia tersalah
anggap.Linda seolah-olah menjadikan dirinya sebagai teman
ketika sunyi. Dia yang dungu kerana tertipu dengan pujuk
rayu wanita itu.
Linda kelihatan
tersenyum.Tidak menyedari ungkapan Bernard tadi hanya
lahir dari mulut namun tidak terdetik walau sedikit di dalam
hati.Senyuman menggoda Linda sedikitpun tidak
menggoyahkan iman Bernard kali ini.Hatinya bagaikan mati
untuk wanita itu.Sepantas tiupan puting beliung.Segala-
galanya karam untuk wanita itu.
“Bernard, I rasa mereka itu
macam ada affair aje.” Kata-kata berbaur tuduhan itu
disambut dingin oleh Bernard.
Siapa tak kenal Linda yang
pandai menyebar fitnah? Hai, kenapalah dulu aku terlalu
buta? Tidak langsung menyedari yang wanita ini memang
suka mereka cerita.
“ Kenapa cakap macam tu? Tak
elok Linda, berprasangka pada orang,” Bernard cuba
menyangkal kata-kata itu.
Linda naik berang mendengar
kata-kata Bernard.Tiba-tiba sahaja perangai Bernard
berubah.
“ You mana tau.Perempuan
macam dia tu tak boleh dibuat bini.Merampas kekasih orang
dia taulah.” Linda terus menuduh.
“Linda, mereka duduk
bertiga.Dua perempuan, satu lelaki.Bukankah Islam yang
meletakkan syarat sebegitu dalam pertemuan untuk
mengelakkan timbulnya fitnah.” Kata-kata itu terasa
berbahang-bahang di dinding telinga Linda.
Terasa cetek pengetahuannya
tentang Islam.Siapa lelaki beragama kristian itu untuk
menasihatinya tentang Islam sedangkan dia lebih dahulu
makan garam dengan agamanya sendiri.Kurang ajar!
“You ni kenapa Bernard?
Kenapa tiba-tiba you berpihak pada dia?” Linda meledakkan
api kemarahan.
Bernard kelihatan
tenang.Mungkin dengan cara itu dia akan selamat dari rasa
bersalahnya pada mama dan papanya.

“MAMA tak suka Ben berkawan dengan Linda tu.She’s not


suitable for you.” Kata-kata mamanya malam tadi masih
terngiang-ngiang lagi.Papanya hanya diam
membisu.Mungkin di dalam hati setuju dengan penerangan
isterinya.
“ But, I love her mama.I love
her since I met her in England.I love her so much!” Bernard
masih memujuk.Berharap benar agar hati orang tuanya itu
setuju dengan pilihannya.
“So, you think by loving that
woman, it can make your life happy? Ben, mama tak kisah
kalau Ben nak kahwin dengan orang melayu.Mama tak
halang kalau Ben nak tukar agama sekalipun.Itu hak Ben tapi
mama tak rasa perempuan yang Ben pilih untuk jadikan
isteri tu sesuai.Dia sekadar rapat dengan Ben sebab dia tak
ada teman.Trust me, Ben.Mama pernah nampak dia
bermesra dengan lelaki lain.”
Mungkin kata-kata mamanya
benar.Dia sahaja yang buta menilai kasih sayang yang
sebenarnya kusam tanpa balasan.Dia tersepit antara
kehendak dan cinta.Kehendaknya untuk memperolehi nur
Islam seperti abang sulungnya dan cintanya pada Linda yang
tidak bertepi.
Aku masih belum terlewat
untuk menggenggami nur Islam itu.Mungkin ada insan lain
yang sudi menghadiahkanku nur itu.Selamat tinggal Linda!
Bisik hati kecilnya.
Ucapan itu terpelanting di
benaknya bersama-sama tindakan refleks di kaki
Bernard.Melihatkan Bernard yang tiba-tiba
meninggalkannya, Linda terasa gunung kemarahannya kian
memuncak.
Fikirannya mula memasang
angan-angan.Ligat benar hatinya yang penuh bertampal
titik-titik hitam memasang jerat.Jaga kau, Alia! Linda
tersenyum sendiri.
“AUNTIE!” suara lunak manja seorang wanita yang
membingitkan telinga memaksa Tengku Syahran untuk
melihat siapakah gerangannya.
Demi terpandangkan wajah
itu, Tengku Syahran disembur dengan rasa jengkel dan
meluat.Namun, di sebalik hatinya terselit pingat emas
kemenangan kerana berjaya menolak permintaan emaknya
untuk memperisterikan wanita itu.
Linda tersenyum
menggoda.Konon-kononnya dengan senyuman itu, lelaki
kacak di hadapannya akan duduk melutut dan menurut
segala kehendaknya.Bagaimanapun, angan-angan Linda
hancur terkubur.Suara tengkingan Tengku Syahran
kedengaran menampar-nampar telinganya.
“Apa you buat kat sini?”
Tengku Syahran bertanya dengan lagaknya yang bersahaja.
Linda cuba mengawal
kemarahannya.Sikap angkuh Tengku Syahran dipandang
dengan sedikit cebikan yang sengaja diselitkan dari panahan
matanya.Berlagaknya dia?
“Hai, Syah! Lama tak jumpa
you? Sihat?” Linda menyoal sambil melangkah masuk ke
Villa Sakura tanpa segan silu.
“You nak apa?” tanpa
menjawab persoalan Linda, Tengku Syahran
menghamburkan persoalan lain.
“Saja-saja datang nak tanya
khabar pengantin baru.Takkan tak boleh?” Linda menjawab
berani.
“Oh, ya ke? I tak perasan pun
yang you mempunyai sikap prihatin yang tinggi untuk
mengetahui khabar I dan Alia secara tiba-tiba?” Tengku
Syahran sengaja mengundang rasa kebencian di hati Linda.
“Syah, you jangan ingat I
datang ni sebab I nak terhegeh-hegeh kat you tau.Tolong
sikit.Lelaki macam you tak pernah I impikan untuk hidup
bersama.I ni kalau petik jari, tak payah tunggu
lama.Bersusun-susun menunggu I di mana-mana.” Hati
Tengku Syahran bagaikan digeletek mendengar pengakuan
berani wanita itu.
Perasannya kau perempuan!
Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong.Cuba cermin diri
dahulu sebelum membuat andaian sendiri.Aku yang lelaki ni
pun tidak langsung menunjukkan minat terhadap wanita
murah seperti kau.Kau manusia yang tidak layak memegang
gelaran wanita.Gelaran yang diagung-agungkan oleh
Rasulullah S.A.W. untuk seorang wanita yang suci menjaga
maruah.Bukan wanita seperti kau.
“Kenapa you senyap? Kalah
dengan kata-kata I?” sergahan itu mencetuskan sedikit
ketawa yang menyakitkan hati Linda.
“Siapa datang Syah?” satu
suara wanita yang tiba-tiba muncul di pintu dapur
mencacatkan perbualan dingin itu.
Linda menapak ke arah Tengku
Badariah yang menjadi punca mengapa dia berkunjung di
Villa itu.Serta-merta dia merangkul tubuh itu.
“Assalamualaikum auntie.Apa
khabar?” sapanya apabila pelukan dileraikan.
Tengku Badariah hanya
mengangguk dan membalas dengan senyuman kecil.Tidak
semesra dulu.
“W aalaikumussalam.Linda dari
mana ni? Tak kerja ke?” soal Tengku Badariah cuba mencari
suasana untuk beramah.
“Dari pejabat auntie.Saja nak
singgah jenguk auntie sekejap.” Kata-kata itu hanya dibalas
dengan senyuman lagi.
“Mama sihat?” tanya Tengku
Badariah pendek.
Modalnya untuk berbual
dengan Linda bagaikan sudah habis.Tiba-tiba dia jadi kelu
untuk beramah mesra dengan wanita itu.
“Sihat.Errmmm… Alia mana
auntie?”
Suara yang sengaja
diperlahankan menimbulkan curiga di hati kecil Tengku
Badariah.Wajah Linda ditenung dalam-dalam.
M ungkin kedatangan Linda ini
sengaja memancing minatnya untuk mendengar cerita yang
tidak enak didengar seperti dulu.Tengku Badariah terbayang
lagi ketika cerita tentang cek yang berjumlah puluhan ribu
itu menjadi habuan telinganya.Adakah kali ini cerita dari
pokok yang sama sengaja digoyangkan demi menggugurkan
daun-daun kepercayaannya terhadap menantu yang kian
disayanginya itu?
“Dia kerja.Kenapa?” jawapan
dan soalan itu hambar terkeluar dari bibir Tengku Badariah.
“Linda nak beritahu auntie
sesuatu.Tapi, auntie mesti janji jangan beritahu sesiapa
tentang hal ni?”
Tengku Badariah sudah agak
cerita buruk yang bakal digembar-gemburkan lagi.Moga-
moga kali ni ceritanya tidaklah sehebat mana.Doanya di
dalam hati.
“Apa halnya?” Tengku
Badariah pura-pura tidak mengerti.
“Tadi, masa Linda keluar
makan dengan kawan, Linda ternampak Alia dengan seorang
lelaki.Berdua aje!” bermulalah satu pembohongan yang
tercipta dari bibir Linda yang tidak takut bercerita.
“Kamu biar betul Linda.Salah
orang agaknya!” Tengku Badariah membalas dingin.
“Tak auntie.Linda nampak
dengan mata ni sendiri.Mereka tengah makan, bukan main
mesra lagi!”
“Auntie bukannya apa
Linda.Alia tu biasa keluar makan dengan kawan-kawan
pejabatnya. Agaknya itu kawan dialah tu.” Tengku Badariah
tetap berpihak kepada menantunya.Linda mengancing
gigi.Tanda geram.
“Tapi, takkan sampai
berpegang tangan auntie, bertepuk-tampar? Itu dah lebih
dari kawan!” ungkapan fitnah mula bersinar.Memberi
peluang kepada syaitan untuk berdansa gembira.Satu umat
Adam telah terkena!
Tengku Badariah
menghentikan kerja.Cerita seperti itulah yang tidak enak
didengarnya.Dia sebenarnya masih tidak yakin dengan cerita
yang dibawa itu.Namun, naluri jahatnya terkinja-kinja
menari-nari mengikut rentak lagu yang dinyanyikan
Linda.Sedikit sebanyak jiwanya terusik.
“Kau cakap betul-betul
Linda.Auntie rasa Alia bukan perempuan yang macam tu!”
Tengku Badariah masih mencari lubang kepastian.
“Itu perasaan
auntie.Manusia ni tak boleh dijangka auntie! Kita tak boleh
percaya seratus peratus.Entah-entah sebelum ni, lagi teruk
perangai dia.Who knows?” Linda masih berlagak
tenang.Setenang hati syaitan yang ketawa kerana berjaya
memperdayakan seorang umat Adam.
Tengku Badariah terasa
nafasnya sedikit sesak.Prasangka yang kian mendarat ke
sanubari dibiarkan berjuntai-juntai di dahan hati.Nalurinya
berbelah bahagi.Antara percaya atau tidak.Kata-kata Linda
memang masuk akal.
“ Auntie rasa macam tak
percayalah.Dia nampak baik.”
“Itu satu lakonan untuk
menutup kelakuan yang macam syaitan.Suka hati auntielah
nak percaya ke tak.Linda cuma beritahu apa yang Linda
nampak.At least dosa Linda dah lepas.Dan lebih tepat lagi
Linda nak cakap yang Linda tak sampai hati tengok
penderitaan Syah yang tak habis-habis.Dulu sebab Nazirah,
sekarang kalau Alia buat hal pulak macam mana?”
Dumm!!! Bunyi hempasan
pintu yang kuat memecah keheningan yang bertapa hari
itu.Bagaikan nak tercabut jantung mereka dibuatnya.
Linda ketawa jahat di dalam
hati.Dia tahu Tengku Syahran mendengar perbualan
itu.Ketawa Linda terus bergema.Bergemersik suaranya
menyanyikan lagu kejayaan di dalam hati.Mungkinkah
kemenangan akan berpihak padanya akan datang?
“Bunyi apa tu Linda?”
persoalan Tengku Badariah mematikan impian Linda.
“Entah.Tak apalah auntie,
Linda nak balik dulu.Nanti mama risau pulak anak dia tak
balik lagi!”
Linda mencapai beg
tangannya dan tanpa disuruh, wanita itu melangkah
keluar.Tengku Badariah terdiam.Alia ada pasang lelaki lain?
Tak mungkin! Alia bukan perempuan seperti Raja Jasmin.Alia
bukan begitu! Jerit Tengku Badariah di dalam hati.
Tak mungkin!
Bab 29

Z
AHLIA berasa gelisah.Sekejap duduk sekejap
berdiri.Kemudian dia melangkah ke
tingkap.Melihat suasana suram.Tiada bintang-
bintang yang berkelipan di langit.Jam dinding
sudah berdetik sebanyak sebelas kali.Batang
hidung suaminya masih belum kelihatan.Di manakah dia
sekarang ni?
Sesekali Zahlia membetulkan
rambut yang kusut ditiup angin malam.Udara sejuk mula
terasa.Rasa mengantuknya tadi tiba-tiba sahaja hilang dan
ianya diganti dengan perasaan yang tidak tenteram.Kini,
tangannya mula memegang rantai leher pemberian Tengku
Syahran.
Bibirnya mengukir
senyuman manis.Tiba-tiba dia teringat peristiwa di mana dia
dipaksa mengurut Tengku Syahran hingga dia terlena.Begitu
selesa dia memeluk suaminya seolah-olah tubuh sasa itu
adalah bantal peluknya.Nasib baik tidak berlaku apa-
apa.Kalau tak...
Zahlia mengeluh.Dia masih
belum dapat menerima perasaan yang wujud di dalam
dirinya untuk Tengku Syahran.Entahlah Zahlia sendiri kurang
pasti.Mengapa sukar untuknya membalas cinta dan kasih
sayang yang tulus dari suaminya itu.
Tiba-tiba pintu terkuak
luas.Muncul Tengku Syahran.Zahlia tersentak dari lamunan.
“Masuk bilik tu bagilah
salam dulu.Buat orang terkejut aje!” marah Zahlia sambil
mengurut dada.Terasa hendak gugur semangatnya tiba-tiba.
Tengku Syahran menutup
daun pintu.Dia tidak berkata apa-apa.
“Awak ke mana Syah?
Berjam-jam saya tunggu.Lain kali kalau nak balik lambat,
telefonlah rumah dulu.Ni, ikut sedap dia aje.Tak tau orang
dekat rumah ni risau ke tak,” sambung Zahlia dengan nada
kemarahannya yang masih belum reda.
Tengku Syahran duduk di
sisi isterinya.Bebelan yang terluah dari bibir halus isterinya
itu tidak langsung mengusik hati kecilnya.Mindanya masih
mengingati kata-kata Linda yang dianggap sebagai tuduhan
petang tadi.
Tengku Syahran terlalu
marah pada Linda yang seolah-olah sengaja mencari
kesalahan isterinya.Tengku Syahran takut dengan dakwaan
Linda.Dia tak sanggup kehilangan Zahlia sepertimana
alongnya kecewa disebabkan sikap Raja Jasmin.
“Syah, awak dengar tak
apa yang saya cakapkan ni?” Zahlia mengawang-awangkan
tangannya di hadapan lelaki itu.
Tengku Syahran
mengeluh.Berat mulutnya mahu bertanya bagaikan ada
pohon emas yang bergayutan di situ.Tetapi, sampai bila
hatinya boleh memendam perasaan?
“Alia, tengah hari tadi Alia
makan dengan siapa?” soal Tengku Syahran.
Zahlia menoktahkan
bebelan.Berkerut dahinya.
“Kenapa?” Zahlia berasa
hairan.
Tengku Syahran merenung
Zahlia.Tiada kata-kata yang diucapkan dan hanya menanti
jawapan dari Zahlia.

Zahlia berfikir
sejenak.Baru dia teringat yang dia makan tengah hari
bersama Razif dan Fatimah.
“Alia makan dengan
siapa?” soal Tengku Syahran lagi.
“Macam biasalah saya
makan dengan kawan-kawan saya.”
“Dengan Razif?” teka
Tengku Syahran.
Zahlia hanya
mengangguk.Tidak langsung ambil peduli perasaan
suaminya yang makin diburu resah.
Tengku Syahran hanya
mengetap bibir.Nafasnya berombak-ombak.Hatinya mula
menunjukkan reaksi untuk memberontak.
“Kenapa Syah?”
“ Alia makan dengan Razif,
berdua aje ke?”
“Berdua?” Zahlia terdiam
seketika.
Tengku Syahran terus
menanti dengan penuh sabar.
“Tak adalah.Kami makan
bertiga.Saya, Razif dan Fatimah.” Zahlia menyambung.
Tengku Syahran hampir
tersedak.Biar betul? Harap-harap apa yang diluahkan oleh
isterinya benar belaka!
“Betul ke?” Tengku
Syahran masih meminta kepastian. Zahlia mengerutkan
dahi.Anehnya lelaki ini! Seperti sedang mengesyaki sesuatu
saja.Lambat-lambat Zahlia mengangguk.
A lhamdulillah! Kalimah itu
berkali-kali keluar di bibir Tengku Syahran.Tanpa menunggu
lama, Tengku Syahran meraih tubuh Zahlia ke dalam
dakapan.Tergamam Zahlia dengan tindakan yang sepantas
kejutan elektrik itu.
Bara cemburu Tengku
Syahran semakin padam dari ingatan apabila panas tubuh
isterinya terasa begitu menenteramkan jiwanya.
“Kenapa ni Syah?” Zahlia
meleraikan rangkulan.Rimas dirinya dengan tingkah-laku
suaminya yang tiba-tiba.
Tengku Syahran
melepaskan keluhan kecil.Segala-galanya menjadi lega
semula.
“Syah?” Zahlia bertanya
lagi.
“Maafkan abang Alia!
Abang dah tersalah sangka terhadap Alia.Abang terlalu
melayani perasaan cemburu.Abang takut apa yang…”
“ Syah, what’s going on? I
don’t understand what are you talking!” Zahlia memintas
percakapan Tengku Syahran.
“I’m sorry.” Ucapan
pendek itu terkeluar dari mulut Tengku Syahran.
“For what?” Zahlia hairan.
“Everything.”
“Everything? I still don’t
get it, Syah?” Zahlia semakin dipalu rasa tak mengerti.
“Sebenarnya fikiran
abang tengah kacau sebab perempuan tu.”
“Perempuan? Siapa?”
“Linda.Dia ada datang
rumah ni tadi.Dia beritahu mak cerita tentang Alia yang tak
sedap didengar pada abang.Abang sungguh-sungguh
berharap hati abang tak terusik dengan tuduhan itu.Tapi,
abang rasa berdosa sebab naluri abang tetap ragu-ragu
dengan kejujuran Alia.You’re right that my jealously is not on
the point.I’m sorry.”
Zahlia menyandarkan
badan ke belakang.Terdiam serta-merta.
“Apa yang Linda beritahu
pada mak?” soal Zahlia dalam nada sayu.
“ Just forget about it,
honey! This is not important now.” Tengku Syahran tidak
mahu memanjangkan cerita.Baginya biarlah perkara itu
berakhir di situ.Muktamad.
“Tapi…”
“Alia, dengar sini! Alia tak
perlu mengetahui semuanya.Abang percaya pada Alia.Abang
yakin dengan tindak-tanduk Alia.Abang berjanji, abang
takkan cemburu lagi.Maafkan abang, ya?” potong Tengku
Syahran tangkas membantutkan mood Zahlia untuk
bersuara.
Zahlia terkaku.Kelu lidah
apabila anak mata Tengku Syahran memanah tepat ke dasar
anak matanya.Bagaikan petir Zahlia melarikan pandangan
dari terus ditenung.
“Abang penatlah.Sakit-
sakit badan abang ni memandu kereta dari sini ke Perak
lepas tu patah balik.” Tengku Syahran sengaja mengalih
topik.Zahlia yang mendengar pengakuan Tengku Syahran
terus membeliakkan mata.
“Awak pandu kereta ke
Perak? Buat apa?”
“Cemburu punya pasal,
apa-apa boleh jadi pada abang,” ujar Tengku Syahran sambil
mengurut tengkuknya.
Mata lelaki itu sengaja
dilirikkan ke arah isterinya.Zahlia faham maksud suaminya
itu.Nak suruh aku urutlah tu! Perasan… jangan harap aku
nak tunduk dekat kaki kau lagi! Getusnya di dalam hati.
“Saya nak tidur dululah,”
ujar Zahlia sambil bangun dan melangkah pergi.Hanya
beberapa langkah, dia berhenti dan berpusing menghadap
suaminya.
“Haa… satu lagi, esok
saya nak ke rumah mak saya.Ada hal sikit.” Zahlia
memberitahu dan mula mengorak langkah.Tiba-tiba,
tangannya ditarik.Zahlia hampir terpelanting.
“Syah, apa ni? Sakit tau!”
tengking Zahlia sambil mengusap-usap pergelangan tangan.
“ Sorrylah sayang.Abang
tak sengajalah.Boleh tak sayang tolong picitkan belakang
abang?”
“Tak boleh!” Laju Zahlia
berkata membuatkan Tengku Syahran mengetap bibir.
“Tak apalah.Good night.”
Tengku Syahran bangun
dan mengucup lembut dahi Zahlia.Tubuh sasanya
direbahkan kembali di atas kerusi yang kini menjadi tilam
untuknya berehat saban malam.Zahlia masih berdiri di
hadapan Tengku Syahran.Tidak sampai pula hatinya melihat
wajah suaminya itu.Eeee… lelaki ini sengaja nak buat hati
aku terharu.Geramnya!
“Okeylah, saya urut tapi
dengan satu syarat!”
Tengku Syahran
membuka kelopak matanya semula.
“Awak tak boleh tidur
atas katil.Saya akan picit awak dekat sini.”
Tengku Syahran
tersenyum mendengarnya.
“Kenapa Alia tak kasi
abang tidur atas katil? Alia takut peristiwa malam tu berlaku
lagi ke?” sengaja Tengku Syahran berkata begitu dan
membiarkan Zahlia tertunduk malu.
Zahlia menggeleng laju.
“Habis tu, kenapa?” usik
suaminya lagi sambil tersengih.
Zahlia tidak
menjawab.Hanya memeluk tubuhnya.Tak kuasa nak
melayan!
“Awak nak ke tak nak?
Kalau tak nak senang aje, saya boleh terus tidur.Tak payah
susah-susah.” Zahlia bertanya sedikit angkuh.
Kali ini dia yakin, Tengku
Syahran akan mengikut telunjuknya.Nak action sangat! Hari
tu, bukan main kau kenakan aku.Sekarang, turn aku pulak!
Hati Zahlia ketawa besar.
Tengku Syahran
memandang lama wajah wanita yang tiba-tiba menjadi
berani untuk mencabarnya.Ada senyuman kecil terukir di
bibir lelaki itu.Penuh makna tersirat yang hanya diketahui
oleh Tengku Syahran.Tetapi pantas Tengku Syahran
menggeleng.
“Apa maksud awak
dengan gelengan tu?” Zahlia cuba menenangkan rasa
gementar yang kian merusuh.
Tengku Syahran bangkit
dari duduk.Berdiri bertentangan dengan wanita yang terlalu
disayangi.Kini, hanya jarak satu kaki yang memisahkan
mereka.Zahlia diburu resah.Dapat dirasakan degupan
jantungnya yang laju bergendang.Memainkan lagu yang
tidak diketahui iramanya.Tapak kaki Zahlia seolah-olah tidak
jejak ke bumi.Terasa di awang-awangan.
Anak mata Zahlia cuba
melawan renungan mata lelaki itu.Batinnya bagaikan
dipancing dengan satu perasaan aneh.Zahlia dengan pantas
melarikan anak mata ke arah lain.Bimbang kalau-kalau
batinnya tiba-tiba menjadi sukar untuk dikawal.
“Pandang mata abang ni,
Alia! Kenapa bila abang bercakap, Alia tak pernah tenung
mata abang lama-lama?”
Tengku Syahran menarik
wanita itu hampir kepadanya.Zahlia hanya mengikut langkah
kaki yang bergerak.Wajahnya tetap dibiarkan ke sudut
lain.Kalau diturut kemahuan lelaki itu, pasti Zahlia merana
akibat menanggung kasih sayang yang mula mengintai
naluri wanitanya.
“Alia!” Tengku Syahran
memanggil.
Zahlia menggeleng
lagi.Dia tidak mahu memandang wajah itu.Dia gementar.
“Kenapa? Alia takut jatuh
cinta, kan?” soal Tengku Syahran.
Zahlia tetap
menggeleng.
“Jangan hipokrit Alia!
Abang tahu Alia cuba sembunyikan perasaan tu.Kenapa
mesti seksa perasaan sendiri?” kata-kata Tengku Syahran
dibiarkan tergantung.
“Sampai bila kita nak
hidup begini, Alia? Cuba fikirkan! Abang dah cukup
menderita memikirkan penghujung perkahwinan kita.Abang
tahu Alia pun mesti tak terlepas untuk memikirkannya.Paling
tak pun mesti terlintas sikit, kan?”
Zahlia mengetap
bibir.Seboleh mungkin dia ingin menyimpan jawapan kepada
persoalan itu sebagai rahsia.Mata Zahlia masih di sudut lain.
“Alia!!!” bahu wanita itu
digoncang kuat berserta sergahan yang mampu
menggugurkan semangat.
Namun, Zahlia terus
menggeleng.Nafas Zahlia terasa bagaikan gelombang yang
kian mengganas.Jantung Zahlia berdenyut kencang.Segera
matanya dipejam rapat.Kosong pemandangannya.Tiba-tiba…
C upp!! Ada satu ciuman
hinggap di pipi Zahlia.Sentuhan itu telah memaksa Zahlia
untuk membuka kelopak mata.Kepalanya tegak ke hadapan
semula.Tanpa disuruh, mata Zahlia dan Tengku Syahran
bersabung pandang.
“Abang menang,” ujar
lelaki itu dalam nada ceria.
Zahlia mendengus
kecil.Berkerut-kerut dahinya menahan marah kerana
dipermainkan.
“Abang nak beritahu
jangan sesekali Alia cuba mencabar kelelakian abang.Kalau
Alia tak mahu kena lebih teruk dari ciuman tadi, ikut
kehendak abang.InsyaALLAH semuanya akan berjalan
lancar! All right honey?” sambung Tengku Syahran dengan
senyuman sakatnya.Zahlia menjeling.
“Janganlah macam tu
sayang.Tak elok tau menjeling begitu depan suami.Berdosa!
Alia kan nak jadi isteri yang solehah.Kalau Alia picit-picitkan
kepala abang ni, kan dapat pahala.Boleh berdampingan
dengan abang bila akhirat nanti.” Tengku Syahran berkata
lagi.
Hati Zahlia kembali
sejuk.Kembang pulak terasa apabila mendengar ucapan
lelaki itu yang kedengaran ikhlas.
“Dahlah.Abang nak
merasa urutan Alia lagi.Boleh mulakan sekarang?”
Tengku Syahran
beredar ke katil.Langkahnya santai dan bersahaja tanpa
mempedulikan riak Zahlia yang seperti terkejut melihat
jasad Tengku Syahran jatuh ke atas katil yang diselaputi
selimut tebal.Dia hendak tidur kat atas katil lagi ke?
“Sayanggggg,
cepatlah!” suara Tengku Syahran kedengaran seperti
merengek.
“Syah! Tadi, awak kata
awak takkan tidur kat sini kalau saya picitkan awak.” Zahlia
mula menengking.
Tengku Syahran pura-
pura tidak mendengar tengkingan Zahlia.Tubuhnya manja
dengan kedinginan tilam yang membelai badan.
“Syah!”
“Bila abang cakap?
Abang tak ada buat apa-apa perjanjian pun dengan Alia!”
mendatar bunyi perkataan itu diucap.Zahlia mengancingkan
gigi.
“Awak jangan nak
mengada-ngada Syah! Kalau awak tidur sini, saya tak nak
urut awak.” Zahlia seperti mengugut.
“Tak nak urut
dah.Abang tak payahlah izinkan Alia keluar pergi rumah mak
esok.Padan muka Alia! Kalau Alia tak nak picitkan abang,
abang tak paksa.Tapi, jangan lupa! Nabi Muhammad S.A.W.
tak nak mengaku umat kalau seorang isteri tak nak ikut
cakap suaminya.” Tengku Syahran sudah mengeluarkan
hujah.Semata-mata hendak menakutkan Zahlia dengan ilmu
Islam yang pernah dipelajari.
Zahlia semakin
geram.Lelaki itu sengaja menggunakan modal yang sama
untuk memaksanya membuat sesuatu yang tidak digemari.
Kebisuan yang
melanda Zahlia, memberi peluang Tengku Syahran untuk
turut diam.Kedinginan tilam yang mencucuk-cucuk tubuhnya
mengundang ketenangan yang teramat.Dia cuba menutup
mata.Berdoa ketenangan itu akan sudi bergayut selamanya
di situ.
Tengku Syahran terasa
ada belaian mesra di ubun-ubun kepalanya.Dia membuka
mata.Terlihat wajah Nazirah yang tersenyum manis sedang
memangku kepalanya.Sudah lama Tengku Syahran tidak
berjumpa dengan wajah itu.Tengku Syahran membalas
senyuman Nazirah.Mencapai jari-jemari halus di kepalanya
lalu dikucup penuh kasih.Rindunya pada Nazirah hanya
ALLAH yang tahu.
Keindahan yang
dirasakan sesungguhnya bukan milik Tengku Syahran yang
akan kekal selamanya.Bayang-bayang wajah Nazirah
semakin kabur dan berbalam-balam.Senyuman manis gadis
itu semakin kelam melayang dari sangkar ingatan.Sentuhan
mesra seorang kekasih yang erat bertaut di tapak tangan
juga kian longgar.
Tengku Syahran tidak
mahu bayang itu pergi.Dia mahu gadis ayu bertudung itu
mengusap rambutnya seperti selalu.Dia rindukan saat
itu.Terlalu rindu.
“Nazirah!” dia
menyebut sepotong nama itu.
W ajah yang kelihatan
nyata tadi sudah pun pergi dibawa angin
lamunan.Meninggalkan Tengku Syahran ruang kesepian yang
disapa rasa sebak yang menikam.Kolam matanya
berair.Perlahan-lahan kolam yang ditakungi air jernih itu
akhirnya mengalir ke wajah.Air itu bagaikan faham dengan
kepiluan yang merayap ke segenap naluri Tengku Syahran.
“Syah!” lembut
suara yang memanggil Tengku Syahran berjaya
meruntuhkan tiang-tiang lamunan yang kian menjauh.
Tengku Syahran
pantas mengelap air matanya.Menyedari Zahlia berada
bersama-sama di ruang kamar yang sunyi.Lenyap terus
bayangan Nazirah bertukar dengan jasad realistik Zahlia
yang sedang berdiri di hadapan.Zahlia tidak bercekak
pinggang.Wanita itu nampak terkejut memandangnya.
Tengku Syahran
menarik nafas dalam-dalam.Memaksa diri mengumpul
kekuatan untuk merelakan bayangan Nazirah pergi bertukar
ganti dengan rasa cintanya pada si isteri yang kian
mencurah-curah.Biarlah bayangan wajah itu tersimpan rapi
dalam halaman kamus hidupnya yang telah menjadi
sejarah.Itu sudah suratan.Tengku Syahran hanya menyerah.
“Syah!” panggilan itu
bergema lagi.Sayup-sayup menusuk jiwa yang ketandusan.
Buat kesekian
kalinya Tengku Syahran tersedar dari menungan yang
seolah-olah mahu mengkhayalkan diri.Tengku Syahran
bangkit.Matanya terus dipancing untuk merenung wajah
lembut yang bersudut tegak di hadapan.
“Abang nak tidur
dululah.Abang dah letih.” Suara Tengku Syahran seakan
bergayut rahsia tersembunyi pada pendengaran
Zahlia.Apakah dia?
Tengku Syahran
beredar dari katil untuk menuju ke tempat
peraduannya.Longlai langkah itu seolah-olah meninggalkan
tanda tanya pada benak Zahlia.Terbit rasa bersalah dalam
diri Zahlia.Barangkali Tengku Syahran berkecil hati dengan
tengkingannya tadi! Mungkin juga lelaki itu sedang dibebani
masalah pejabat!
Tapi, air mata itu?
Mungkinkah ada sesuatu yang disorokkan? Nazirah… siapa
Nazirah? Berbagai-bagai soalan yang bermukim di kotak
fikiran Zahlia tetapi tidak berupaya merembeskan jawapan
yang memuaskan hati.
Enta h apalah kuasa
yang tiba-tiba mempengaruhi kepala Zahlia untuk
bertindak.Improvisasi yang spontan! Pantas jari-jemari
runcing Zahlia menyabit pergelangan tangan Tengku
Syahran.Kukuh terikat tanpa tali yang tersimpul.Serta-merta
membuatkan langkah yang dihayun oleh Tengku Syahran
terhenti.Kaku tanpa tindakan refleks untuk membantah.
“Syah, kenapa ni?
Awak marahkan saya ke?” pertanyaan Zahlia menyentuh
jiwa Tengku Syahran.
Tengku Syahran
memalingkan tubuh.Serentak itu, dia mengelus pipi Zahlia
dengan sebelah tangan.Kali ini, Zahlia berani menentang
pandangan lelaki itu.Zahlia dengan rela hati sudi memecah
tradisi hidupnya untuk menyelam ke dasar anak mata lelaki
yang redup menyembunyikan sesuatu di situ.
“Saya minta maaf
sebab menengking awak tadi kalau itu yang membuatkan
awak….” ayat Zahlia mati di situ.
Jari telunjuk
Tengku Syahran melekat di bibirnya.Lelaki itu
menggeleng.Memberi isyarat agar jangan menyambung
percakapan.
“Abang tak
marah.Cuma ada sesuatu yang mengganggu fikiran abang
sekejap.Tapi, Alia jangan risau.Bukan Alia
puncanya.Sekarang, abang dah letih.Abang nak berehat.”
Tengku Syahran menarik tangannya.
“ Syah… janganlah
begini.Saya rasa bersalah.”
“Abang betul-betul
penat Alia.Abang nak berehat.”
“Ermm… saya
urutkan awak?” laju kata-kata itu menapak gegendang
telinga Tengku Syahran.Lelaki itu menggeleng.
“ Tak payahlah.Alia
pergilah tidur.Abang izinkan Alia pergi ke rumah mak
esok.Kirimkan salam abang pada mak,” ujar Tengku Syahran
dan melangkah setapak lagi.
“Abangg… er…
Syah.” Zahlia terkedu.Tidak menyedari perkataan keramat
yang cuba dikawal dari bibirnya boleh terkeluar akhirnya.
Tengku Syahran
memusingkan badan kembali.Sedikit berbunga mendengar
lajakan kata dari mulut Zahlia.
“Abang selalu
mengharapkan panggilan itu dari Alia.Terima kasih kerana
menyebutnya hari ini.Sekurang-kurangnya abang tak
kempunan.” Tengku Syahran berkata.
Zahlia menunduk.
“Esok, temankan
saya ke pasar?” tanya Zahlia lembut.
Tengku Syahran
sempat mengangguk dan berlalu.
Zahlia terkedu
lagi.Dia rasa bersalah.Gerak geri Tengku Syahran cukup
memelikkan.Sekejap ceria, sekejap muram.Mengapa? Apa
dah berlaku? Bukankah dia sedang mengusikku tadi? Tapi,
air mata itu! Nazirah! Siapa? Arrghh… hati Zahlia bagaikan
ingin menjerit.Dia cemburu tiba-tiba.

Bab 30

P ETANG Sabtu itu, Tengku Syahran pulang lewat dari


pejabat.Sebaik sahaja sampai di pekarangan Villa Sakura,
kedengaran suara riuh rendah di ruang tamu.Dengan pantas
dia melangkah masuk.Kelihatan Tengku Hakimi dan Sofea
sedang bergurau senda bersama Tengku Murni.
“Bila sampai along, Kak
Sofea?” tanya Tengku Syahran sambil duduk di kerusi.
“Baru sekejap,”
jawab Tengku Hakimi.Sofea hanya tersenyum.
“ Angah, kenapa balik
lambat? Kan pagi tadi angah dah janji nak bawa Kak Alia ke
pasar?” celah Tengku Hafizah tiba-tiba.
Tengku Syahran
lantas teringatkan wajah lembut si isteri yang belum
ditatapnya sejak pagi tadi.Rasa berdosa bersimpul kerana
membiarkan fikirannya melupakan kewujudan Zahlia di
rumah itu.
“Sampai hati angah
buat Kak Alia macam tu! Nasib baik Fiza tak ada kelas hari
ni.Boleh jugak Fiza temankan Kak Alia ke pasar tadi.Kalau
tak, bagaimana Kak Alia nak menjijit semua barang? Eee…
angah ni, buat Fiza geram aje!” marah Tengku Hafizah lagi.
Tengku Syahran
mencari-cari wajah Zahlia.Tidak kelihatan di situ.Rindunya
kini membuak-buak.Di manakah dia? Hati Tengku Syahran
berteka-teki.
“Mana Kak Alia?”
terpancut soalan itu dari bibir Tengku Syahran yang sejak
tadi tidak banyak bersuara.Tengku Hafizah menghentikan
bebelan.
“Ada kat
dapur.Pergilah pujuk, takut dia merajuk,” jawab Tengku
Hafizah sambil memuncungkan mulut.
Bagaikan disengat
tebuan, Tengku Syahran bingkas bangun dan beredar dari
ruang makan menuju ke dapur.Ketika kakinya melangkah ke
dapur, dia ternampak belakang Zahlia yang leka membuat
kerja.Tengku Syahran memberi isyarat kepada Salmah dan
Siti supaya meninggalkan mereka.Kedua-duanya tersenyum
bagaikan mengerti.
Tengku Syahran
melangkah mendekati Zahlia.Berharap agar wanita itu belum
menyedari kewujudannya.Apabila mendapati tiada tindak
balas, laju tangan Tengku Syahran memeluk tubuh Zahlia.
“Aaaaa!” Zahlia
hampir menjerit kuat.
“Hei, abanglah!”
ujar Tengku Syahran separuh berbisik.
Zahlia mengeluh
kecil.Pecah berderai segala lamunan yang entah apa-
apa.Terasa tubuh sasa Tengku Syahran merangkul pinggang
Zahlia kemas.Timbul rasa berang di dalam hati dengan
kesempatan yang diambil.Tengku Syahran selalu begitu.Bila
berada di hadapan keluarga sungguh berani merangkul
tubuhnya.Kalau diikutkan perasaan Zahlia, mahu sahaja
ditolak tubuh gagah itu dari melekat rapat di belakang
badannya.
Namun, apa
dayanya.Zahlia takut Salmah dan Siti mengesyaki
sesuatu.Lalu, dibiarkan pelukan mesra itu menyulam ke
segenap pinggang.Sehingga merimaskan diri Zahlia yang
sedang kepanasan.Zahlia sengaja menyibukkan diri dengan
mengacau bubur keledek yang masih belum masak
sepenuhnya.
“Bila abang
sampai? Alia tak perasan pun?” Zahlia memaksa untuk
berbicara.
“Baru aje.Abang
penatlah.”
“Banyak sangat
kerja ke?” Zahlia sekadar berbasa-basi.
“Hmm… penat
sangat.Malam nanti boleh picitkan abang tak?”
P ermintaan Tengku
Syahran menyakitkan hati Zahlia.Sempat Zahlia
menjeling.Mengada-ngada betullah dia ni! Rungut Zahlia di
dalam hati.Tetapi lain pula jawapan yang terluah.Zahlia
setuju bagaikan lembu dicucuk hidung.Tengku Syahran
tersenyum gelihati.Rancangannya menjadi.
“Maafkan abang
sebab tak dapat temankan Alia ke pasar tadi.Abang baru
perasan tentang tarikh due tender yang perlu abang siapkan
tu tinggal dua minggu aje lagi.”
Penerangan
Tengku Syahran menyejukkan hati Zahlia.Tadi hatinya benar-
benar sakit menanti kepulangan Tengku Syahran.Mujurlah
Tengku Hafizah sudi menemaninya ke pasar membeli
barang-barang untuk majlis keluarga itu.
“Alia merajukkah?”
“Tak adalah.Nasib
baik Fiza ada temankan Alia.Kalau tak… jaga abang!”
Kata-kata Zahlia
yang berbau ugutan itu hanya melahirkan kuntuman bahagia
dalam diri Tengku Syahran.Hai, manisnya bibir itu
mengungkapkan perkataan yang aku tunggu-tunggu ketika
duduk berdua!
Ah, Zahlia masih
belum sedar yang ketika itu mereka sedang berdua di
dapur.Kalau tidak, jangan harap Zahlia mahu menuturkan
perkataan selembut itu.Semalam… aku baru terdengar dia
memanggil aku dengan panggilan ‘abang’.Hari ini… pasti
susah mahu mendengar lagi.Keras kepala!
“Alia masak semua
lauk tu?” pertanyaan Tengku Syahran dibalas dengan
anggukan kecil.
“ Pandai isteri abang.”
Pujian itu mengembangkan hati wanita yang mula ditambat
angin sepi.Zahlia tersenyum kecil.
“Kenapa? Selama ni
abang ingat Alia tak tahu memasak ke?” soal Zahlia
meminta kepastian.
Tengku Syahran
ketawa di mana bunyinya kedengaran dekat dengan telinga
Zahlia.Rangkulan yang masih melekat diperkemaskan
lagi.Zahlia semakin berdebar.Pergilah! Cepatlah pergi dari
sini! Ungkapan rayuan itu merayap-rayap di lubuk jiwa
Zahlia.
“Abang lupa nak
tanya, apa tujuan Alia ke rumah mak semalam?”
“Alia belajar buat
kuih.” Jawab Zahlia acuh tak acuh.
“Kuih? Kuih apa?”
“Kuih pelita.Kan
abang suka kuih pelita!”
Tengku Syahran
menoleh sekejap ke arah kuih yang bersusun di atas
kabinet.Makin mekar terasa kasih sayangnya terhadap
Zahlia.Terlekat satu ciuman kudus di bahu Zahlia.
“Baguslah Alia cuba
belajar sesuatu tentang diri abang.Abang pun dah banyak
belajar tentang diri Alia.” Ayat itu semakin dekat di telinga.
“Apa yang abang
tau?” suara Zahlia mulai mesra.
Zahlia mula
merasakan kehadiran Tengku Syahran seolah-olah
mempelawa sedikit kebahagiaan di sudut hati.Tadi, sebelum
Tengku Syahran pulang, Zahlia tidak banyak berbual dengan
Salmah dan Siti.Zahlia sibuk dengan kerjanya.
“Macam-
macam.Abang tahu Alia peminat setia penulis novel
Norhayati Berahim dengan Fauziah Ashari, kan?” Zahlia
tersenyum dan mengangguk.
“Lagi?”
“Emm… suka
menengking.” Sayup-sayup terdengar bisikan itu di cuping
Zahlia.
Zahlia ketawa kecil.
“Lagi?”
“Emm… Alia suka
tidur atas katil seorang diri dan biarkan abang tidur
kesejukan di atas kerusi.” Bunyi sebaris ayat itu sedikit kuat.
Zahlia
tersedar.Segera dia memusing dan mendapati dirinya hanya
berdua dengan Tengku Syahran.Tiada Salmah dan Siti di
ruang dapur itu.Cisss… dia gunakan taktik kotor! Sepantas
kilat, tubuh Tengku Syahran ditolak jauh.Zahlia terpedaya
dengan segala tindakan Tengku Syahran tadi.
“Apa awak buat ni?
Tak sedar diri ke?” deras perkataan itu diucapkan dalam
suhu kepanasan yang meledak-ledak.
Zahlia sakit hati
apabila peluang yang diberi telah diambil kesempatan oleh
Tengku Syahran.Panas terasa wajahnya kerana merelakan
tubuhnya sesuka hati dipeluk dan dicium Tengku
Syahran.Seorang lelaki yang sentiasa ligat dengan tindakan
yang tersendiri.
“Abang tengah
sedarlah ni, sebab tu abang nak suruh Alia tolong sedarkan.”
“Tengku Syahran
memeluk Zahlia ke dalam dakapannya semula.Lebih kuat
dari tadi.Betul-betul menyelitkan perasaan benci dalam
sanubari Zahlia yang bersungguh-sungguh menepis dada
bidang yang kian mendekati itu.
“Syah, jangan
macam nilah! Cuba senonoh sikit boleh tak?”
Zahlia masih cuba
mengelak wajahnya dari menjadi ciuman Tengku Syahran
yang kian menggila hinggap di pipi.Pantang ada ruang yang
terbuka.
“Tak… abang dah
tak boleh nak senonoh! Abang tengah geram ni!”
“Hisy…
janganlah.Saya tak suka.Lepaskan saya Syah.Ingat syarat
perjanjian!”
Tengku Syahran
menghentikan perbuatannya.Dia membiarkan tangannya
memeluk Zahlia tetapi wajahnya tidak lagi menggila seperti
tadi.
“Abang nak tanya
Alia.Alia ada ikut syarat yang abang kemukakan tu?” soal
Tengku Syahran.
“Ada! Saya panggil
awak panggilan yang awak nak, kan? Saya sebut perkataan
tu depan famili awak.”
“Tunggu dulu!
Abang ada cakap tak yang Alia perlu guna panggilan di
hadapan keluarga abang aje? Hmm?”
Lidah Zahlia
kelu.Terdiam seketika.Zahlia sudah terlupa tentang syarat
tersebut.Benarkah begitu? Zahlia tidak ingat!
“Abang mahu Alia
panggil abang dengan panggilan yang abang kemukakan tu,
tak kira di mana mulai sekarang.”
“Tak nak!”
“Betul?”
Zahlia
mengangguk.
“Baik.Abang akan
batalkan perjanjian kita.Jaga-jagalah dengan syarat Alia yang
ketiga tu.Abang tak benarkan menyentuh Alia, ya? Emm…
tengoklah nanti! Bukan sentuhan biasa tapi yang lebih dari
biasa pun abang boleh buat.”
Zahlia
mengerutkan dahi.Air liurnya terasa kelat dan
kesat.Beranikah lelaki ini? Oh, tidak!
“Jangan nak
mengada-ngada Syah! Kalau awak lakukan macam tu, saya
menjerit.Tak kisah orang nak tau atau apa.” Zahlia cuba
memberanikan diri untuk membalas.
Tengku Syahran
tersenyum.
“Berani ke?”
Tengku Syahran
mula mendekatkan wajah.Zahlia berusaha menepis.Dia
meronta-ronta dalam diam.Sebenarnya dia memang takut
untuk menjerit.Nanti apa kata ahli keluarga yang lain?
“Lailahaillallah…
dia mengacau kat sini.Bertuah punya budak! Badan
berpeluh-peluh, terus memeluk isteri. Pergi mandi dulu.Kamu
dah sembahyang ke belum?” suara yang kedengaran
nyaring di muka pintu pantas menghangatkan kembali
suasana suami isteri yang tadinya dingin.
“Alah mak, hari-
hari menantu mak ni mencium bau badan suami dia.Takkan
sebab peluh sikit ni, dia nak mengamuk pulak.Kalau nak
mengamuk, awal-awal lagi dia dah halau Syah keluar! Kan
Alia?” Tengku Syahran membalas kata-kata emaknya sambil
tangannya erat merangkul tubuh Zahlia yang semakin
lemas.
Zahlia
sesak.Semakin dilayan, semakin gila jadinya!
“Yalah tu! Tadi
mak nampak tangan Alia yang dok menepis-nepis muka
kamu tu apa? Syah, mak ni seorang isteri jugak.Bukannya
mak tak tau perangai orang perempuan ni.Takut nak tolak
kemahuan suami.Nanti dikata berdosa,” ucap Tengku
Badariah selamba.
Zahlia menahan
ketawa melihat wajah kelat Tengku Syahran yang tersenyum
kambing.Tengku Syahran mengetap bibir.Mencari jalan lain
untuk mengusik Zahlia lagi.
“Tapi, mak
tengoklah sekarang ni.Siapa yang peluk siapa? Menantu mak
atau anak mak?”
Tengku Syahran
meleraikan rangkulannya di tubuh Zahlia.Gerakan pantas itu
membuatkan Zahlia hampir terjatuh.Segera tapak tangan
Zahlia memaut lengan Tengku Syahran.Erat dari
tersungkur.Di waktu yang sama, Tengku Badariah menoleh
ke arah pasangan itu.Zahlia terperangkap.
Tengku Badariah
tersenyum melihat gelagat pasangan anak-menantunya
yang tidak jemu-jemu menyemai kasih.Teringat zaman
mudanya yang indah sewaktu memadu kasih bersama
Tengku Ismail.Lelaki yang dikenali atas pilihan keluarga.Ah,
begitu cepat masa berjalan.Kenangan itu telah terlipat dan
tersimpan rapi dalam kabinet hidupnya.
“Dahlah tu Syah!
Pergi naik, mandi.Hisy… mak yang tengok ni pun rasa
lemas.Kalau mak jadi Alia, dah lama mak tolak badan kamu
tu jauh-jauh.Belengas,” ujar Tengku Badariah meleraikan
perasaan malu di benak Zahlia.
“Itu kalau mak
yang jadi Alia.Masalahnya, sekarang Alia tak jadi mak.Sebab
tu, dia tak mahu berpisah dengan Syah.Nanti
merajuk.Konon-kononnya kita tinggalkan dia, padahal
rindu.Tapi, malu nak cakap.”
Zahlia terasa
wajahnya kebas.Ucapan Tengku Syahran telah mencabar
naluri kewanitaannya.Nak kenakan akulah tu! Kurang ajar!
Jaga kau!
“Dengarlah cakap
abang tu mak.Dia tu yang sebenarnya tak sedar
diri.Mengada-ngadanya tak kena tempat.Manjanya berlebih-
lebih.Kadang-kadang sampai tak tau macam mana Alia nak
layan karenahnya lagi.Ini baru seorang, kalau dah ada anak
nanti, lagi teruk agaknya!” Zahlia berkata berani.
Tengku Syahran
ternganga mendengar pengakuan berani dari mulut Zahlia
tadi.Wah, sudah pandai bermain tarik tali nampaknya!
Tengku Badariah
menggeleng dan perlahan-lahan menyusup keluar dari pintu
dapur.Biarlah mereka di situ!
Zahlia segera
menepis cengkaman tangan Tengku Syahran.
“Tak malu ke biar
mak tengok? Jangan nak ambil kesempatan! Kawal sifat
gatal tu sikit boleh tak?”
Zahlia melepaskan
rasa rimas yang berselirat dalam benteng hati.Jika diturutkan
rasa benci, ingin dicekik batang leher Tengku Syahran sekuat
yang boleh.Bengkak terasa hatinya melihat senyuman nakal
yang terbentuk di wajah lelaki itu.Sabar… sabarlah wahai
hati.
“Abang bukan
malaikat yang dicipta tanpa hawa nafsu.Abang manusia
biasa yang ada sembilan akal dan satu nafsu.Kalau ikutkan
hati abang yang tak tahan ni, sekarang jugak abang nak
terkam lepas tu dukung Alia bawa masuk bilik.Tapi, sebab
abang cuba kawal sifat abang nilah, abang berjaya
menenangkan nafsu abang yang bergelora ni tau!” sayup-
sayup suara itu bergemaung di telinga.
Zahlia
terdiam.Ombak yang kian mengganas di dalam dada
mematikan hasrat untuknya menjawab setiap tutur kata
Tengku Syahran.Zahlia gugup dengan bisikan romantis di
telinganya tadi.
“Fikirkanlah apa
yang abang cakapkan tadi.Abang nak tengok sejauh mana
Alia mampu kawal sembilan nafsu Alia tu.Jangan sampai
suatu waktu, Alia yang menyerah kalah! Time tu Alia hanya
mahu melihat wajah abang sahaja bila Alia membuka mata.”

SETELAH menunaikan solat Maghrib berjemaah, ahli


keluarga Tengku Ismail mula menjamu selera.Sambil
menikmati masakan kampung yang terhidang, Tengku Ismail
banyak berbicara tentang tujuan mesyuarat tersebut
diadakan.Terselit juga pujiannya pada menantu kerana
masakan yang memuaskan hati.Kembang hati Zahlia
mendengarnya.
Kini, Zahlia
membeku di sisi Tengku Syahran.Rupa-rupanya begini acara
makan besar dalam keluarga ini.Ingatkan acaranya
formal.Nasib baik tak pakai lawa-lawa.Berdetik hati Zahlia.
“Bila ayah dan mak
nak pergi?” suara garau Tengku Hakimi memecahkan segala
angan-angan yang beraja di hati Zahlia sekejap tadi.
“Lambat
lagi.Mungkin lima atau enam bulan lagi.Tengoklah kalau tak
ada aral melintang.Ayah sengaja beritahu awal sebab nak
bersedia awal sikit,” ujar Tengku Ismail.
“Ayah pergi lama
ke? Berapa hari?” sampuk Tengku Farhana.
“Mungkin sebulan
setengah.”
“Sebulan
setengah? Lamanya?”
“Ayah nak
melancong.Sambil-sambil tu nak berbulan madu sekali lagi
dengan mak kamu.Untung-untung boleh menambah ahli
keluarga baru.” Gurauan itu membeliakkan mata Tengku
Badariah.
“Dah tua-tua pun
gatal lagi?” marah Tengku Badariah.
Anak-anak yang
mendengar ketawa gelihati.Termasuk Zahlia yang tercuit
hatinya melihat kemesraan itu.
“Mak, ayah! Kimi
pun ingat nak ajak Sofea dengan Murni berjalan.Dah lama
benar tak bercuti.Kimi ingat nak ke Cherating,” celah Tengku
Hakimi di tengah-tengah suasana yang rancak dengan gelak
ketawa.
“Habis tu, Seri
Nilam bagaimana?”
“Kimi pergi dalam
dua minggu aje.Nak jumpa kawan.Sementara tu, suruhlah
Taib tolong uruskan.Tak pun Syah kan ada.Neraca Holdings
biarlah Adli tengok-tengokkan sekejap,” jawab Tengku
Hakimi beria-ia.
“Suka hati
kaulah.” Akhirnya Tengku Ismail bersuara.
“Alaa… kalau
semua bercuti, takkan kami nak tinggal berdua aje dalam
rumah ni.Tak bestlah!” suara manja Tengku Hafizah
kedengaran bersama-sama anggukan Tengku Farhana.
“Eh, kan Kak Alia
dengan angah kamu ada.Apa yang tak bestnya?” soal
Tengku Badariah pelik.
“Tak bestlah nak
kacau daun.Mak ni macam tak faham-faham pulak dengan
privacy orang yang baru kahwin ni! Kan angah?”
Tengku Syahran ketawa
besar.Namun, disatu sudut batin Zahlia terjentik perasaan
tergamam dengan aksi spontan kedua-dua adik ipar dan
Tengku Syahran.Semuanya bagaikan dirancang.Di mana
harus Zahlia mencari kekuatan untuk menolak dakwaan
itu.Zahlia terasa bagaikan digam.
“Tapi ayah…”
belum sempat Zahlia berbicara, pinggangnya telahpun
dirangkul oleh Tengku Syahran.
“ Apa Alia?” wajah
hairan Tengku Ismail singgah di dinding wajah Zahlia.
Tengku Syahran
semakin kuat merangkul pinggang Zahlia.Memberi isyarat
kepada isterinya supaya jangan bersuara.Zahlia terkedu.
“ Macam ni ayah,
sebenarnya Ana dengan Fiza ada berjanji nak ajak Alia
berjalan ke kampung kita.Syah rasa biar Syah ajelah yang
temankan Alia nanti.So, kalau Ana dengan Fiza nak pergi
berjalan masa semua tak ada nanti, pergilah! Lagipun,
mereka sedang bercuti waktu tu.”
Demi
mendengarkan ucapan itu, Zahlia mengerutkan dahi.Dia
ingin membuka mulut untuk memprotes.Tetapi, sekali lagi
dia tewas.
“Lagipun, betul
jugak kata Fiza tu.Syah pun nak ambil peluang duduk
berdua-duaan dengan isteri sendiri bila Villa ni kosong!
Terasa alam rumah tangga sikit.Betul tak Alia?”
Ayat itu bagaikan
mencarik-carik tulang belulang Zahlia.Lemah segala sendi
yang selama ini ketat diskru.Tetapi, entah apa yang
menyantau akalnya untuk bersetuju dengan pernyataan itu,
dia sendiri tidak tahu.Yang pasti lidahnya bagaikan dikekang
untuk membalas rasa tidak puas hatinya yang mula
bersarang di dalam jiwa tatkala itu.
Tengku Ismail
dan Tengku Badariah tersenyum.Setuju dengan setiap
rancangan anak-anaknya.
“ Pak Ngah, nanti
masa Pak Ngah pergi jalan-jalan dengan Mak Ngah, belikan
Kak Long buku colour-colour tau!” ayat yang keluar dari
mulut Tengku Murni menyentakkan ke semua mulut yang
rancak bersembang.
Tengku Syahran
berpaling ke arah anak buah tunggalnya sambil
tersenyum.Tengku Hakimi memandang Sofea pelik.
“Aikk, sejak bila
Uni pandai bahasakan diri dengan Kak Long ni?” tegur
Tengku Syahran sambil meriba Tengku Murni ke
pangkuannya.
“ Kat sekolah Uni
ada budak lelaki tu panggil kawan Uni, Kak Long.Bila Uni
tanya, dia kata budak lelaki itu adik dia.Uni pun nak adik
lelaki jugak.Boleh buat kawan.” Kata-kata itu mencetuskan
ketawa yang panjang dalam villa itu.
Kecerdikan
bicara si anak kecil kian terpampang jelas di penglihatan
penghuni Villa Sakura.Zahlia tersenyum.Rasa marah pada
Tengku Syahran cuba diletak ke tepi.Dia tidak mahu
merosakkan moodnya yang kian pulih.
“Kalau Uni nak
adik lelaki, suruhlah mama Uni lahirkan adik.Lepas tu,
mintalah berapa banyak adik lelaki pun, mesti Uni dapat,”
usikan Tengku Syahran itu sengaja ditujukan kepada Sofea
yang sedang ketawa dengan keletah Tengku Murni.Tengku
Hakimi turut ketawa.
“Alaa… mama
Uni lahirkan adik lambat lagi.Uni nak adik lelaki yang ada
dalam perut Mak Ngah!”
Gulp! R asa kelat
air liur yang ditelan.Buat beberapa saat, Zahlia terasa
dunianya sunyi.Jarum jam juga bagaikan terhenti
berdetik.Suara di sekeliling senyap dan bisu serta-
merta.Zahlia tergemap di tempat duduknya.Dia tersedar
apabila jari-jemari Tengku Syahran menjalar-jalar di pahanya.
“Em, tengok tu
Alia.Budak sekecil tu pun mahu perubahan.Inikan pulak kami
yang memang dah lama mengidam nak menimang cucu
lelaki.Kamu dah berkahwin lebih dua bulan, takkan tak ada
tanda-tanda lagi?” Tengku Badariah bersuara.
Air liur yang
perit tersalur ke anak tekak Zahlia ditelan sedaya
mungkin.Dia kehilangan punca bicara.Sempat melirik ke
arah Tengku Syahran di sisi meminta bantuan.Tengku
Syahran mengukir senyuman nakal.Mengerti dengan
pandangan Zahlia yang sedang menggelabah mencari
alasan.
Itulah, dulu lagi
aku dah cakap jangan bagi harapan.Sekarang, apa nak
jawab? Sentuhnya pun tak, nak ada tanda-tanda konon!
“ Belum ada lagi
mak.Tapi, semenjak dua menjak ni Alia ada mengadu yang
tekaknya rasa tak sedap.Loya katanya.” Tengku Syahran
membuka mulut.Sengaja dipukul hati Zahlia dengan usikan
itu.
Zahlia
mengerutkan dahi.Geram juga dengan Tengku Syahran yang
tidak habis-habis mahu menipu.Wajah Zahlia asyik menahan
malu kalau terus-terusan begitu.Tetapi, apa alasan yang
harus diberikan kalau Tengku Syahran tidak terlebih dahulu
menuturkan kata? Ah, terlalu banyak pembohongan yang
telah berlaku!
“Betulkah Alia?
Alhamdulillah kalau macam tu!”
“Mak jangan
berharap sangat.Itu cuma tekaan aje.Abang belum bawa Alia
ke klinik lagi untuk check.Kalau ada rezeki, adalah mak!”
tiba-tiba Zahlia terpanggil untuk bercakap.Tengku Syahran
menoleh sekilas ke arah Zahlia.
Tiba-tiba pipi
Zahlia terasa hangat dikucup oleh emak mentuanya.Zahlia
tersipu.Tersentuh jiwanya.Rasa bersalah menguasai
dirinya.Namun, adegan pendek itu diganggu dengan bunyi
loceng yang berdering di muka pintu.Tengku Farhana bangun
dan melangkah ke muka pintu.
Tidak lama
kemudian, Tengku Farhana melangkah di ruang makan
bersama seorang tetamu wanita.Wajah yang tidak pernah
diundang oleh kamar hati Zahlia untuk ditatap.Kenapa
wanita ini hadir di saat-saat aku sedang terawang-awang
dengan duniaku sendiri?
Kacau! Hilang
segala impian yang melambung tinggi.Luruh segala
perasaan bahagia yang baru ingin menyapa.
“Kau anak
haram! Kau anak luar nikah! Perempuan jalang.” Hati Zahlia
pedih kembali.Kata-kata yang cuba dilupakan itu, mengejar-
ngejar mengisi ruang mindanya.Zahlia tertekan.Bibirnya
terkunci rapat.
“Maafkan Ida
sebab mengganggu akak.Ida ada kecemasan sekarang
ni.Nak balik kampung.” Suara lunak si wanita itu
mengganggu fikiran Zahlia.Melayang pergi kata-kata perih
itu dari ingatan.Yang tinggal hanya bekas-bekas luka yang
masih berparut.
“Kenapa Ida?”
soal Tengku Badariah cemas.
“Mak Ida sakit
kat kampung.Jadi, Ida nak minta tolong akak uruskan
mesyuarat persatuan hari esok.Kalau Ida sempat, dua tiga
hari lagi Ida balik.Tapi, kalau penyakit mak Ida tak sembuh,
mungkin minggu depan Ida balik.Akak tolong uruskan ya?”
ramah kedengaran namun perit menerajang Zahlia.
“Yalah! Tapi,
terlanjur Ida datang ni, jamahlah dulu,” pelawa Tengku
Badariah.
Raja Khalida
menggeleng.
“Tak apalah
kak.Ida takut lambat sampai.” Bantah Raja Khalida.
“Tak baik
begitu Ida.Bak kata orang, rezeki jangan ditolak, musuh
jangan dicari.Makanlah dulu.Ni, semua Alia yang masak!”
Bagaikan
magnet, gerak kaki Raja Khalida laju berjalan ke meja.Seraut
wajah lembut yang dirindui bagaikan memberi semangat
untuk Raja Khalida melangkah.Terpancar sedikit cahaya iras
wajah suaminya di dalam anak mata milik Zahlia.Anak mata
yang bundar dan berwarna hazel itu menggamit-gamit naluri
keibuan Raja Khalida untuk merenung Zahlia tanpa jemu.
“Angah,
Abang Adli telefon!” sayup-sayup terdengar suara Tengku
Hafizah memanggil Tengku Syahran.Zahlia tidak sedar bila
telefon berdering.
Tengku
Syahran berlalu pergi.Tidak lama kemudian, Tengku Syahran
kembali semula.
“Mak, ayah!
Syah nak ke hospital.Anis dah bersalin!”
Zahlia
mengalihkan pandangan ke arah Tengku Syahran yang kalut
mencapai kunci kereta.Lama dia memandang sambil berfikir
sesuatu.
“Abang, Alia
nak ikut.” Tanpa diduga, ayat itu lahir dari bibir
Zahlia.Tengku Syahran menggantungkan langkah sambil
mengangguk gembira dengan permintaan Zahlia.
“Baguslah Alia
kalau kau nak pergi.Manalah tau terkena badi si Anis tu,
cepatlah mak dengan ayah menimang cucu.” Sempat
ungkapan Tengku Badariah mengena cuping telinga
Zahlia.Zahlia tersenyum kecil.Tidak semesra tadi.
“Kirimkan
salam mak pada Anis.Kalau ada masa nanti, mak datang
jenguk.”
Tengku
Syahran mengangguk dan melangkah keluar dari Villa itu
bersama Zahlia.

Bab 31

K ERETA Honda Prelude milik Tengku Syahran menyusur


laju membelah jalan raya.Zahlia sejak tadi tidak berkata
sepatah pun.Dia asyik memandang ke luar.Anak mata
Tengku Syahran sekali-sekala menjeling ke arah
Zahlia.Tengku Syahran berasa sunyi.Akal jahat Tengku
Syahran mengatur rancangan.
Tangan nakal Tengku
Syahran mula menjalar dan menggenggam jari-jemari
runcing isterinya.Zahlia terasa seperti ada arus elektrik
sedang mengalir di seluruh badan dan urat nadinya.Tangkas
sekali Zahlia menangkis sentuhan nakal Tengku Syahran.
“Apa ni?” marah
Zahlia.
“Alia marahkan
abang pasal soal anak yang mak sebut tadi ke?” Tengku
Syahran menyoal Zahlia.
Tengku Syahran
mahu penjelasan.Dia tidak mahu belenggu yang meresahkan
itu terus meliuk lentok di dalam diri Zahlia.Seminit tidak
mendengar suara lunak Zahlia, Tengku Syahran pasti diburu
rindu.Begitu terseksa jiwanya dengan keadaan itu.
Zahlia masih
diam membatu.Dia mengikut Tengku Syahran malam itu
kerana motifnya yang tersendiri.Bukanlah dia sengaja ingin
duduk berdua-duaan seperti yang selalu dilakukan oleh
Tengku Syahran untuk mengambil kesempatan.Sebenarnya
Zahlia sedang melarikan diri dari realiti hidupnya.
Jika benar Raja
Khalida adalah mamanya, biarlah.Tetapi, untuk mengakui
kebenaran itu di hadapan umum, tidak sama sekali.Zahlia
malu.Gelaran anak luar nikah yang sering dimomokkan oleh
rakan-rakan sekolahnya dahulu masih terpahat utuh di
dalam hati.Selama-lamanya Zahlia akan dihantui rasa benci
terhadap Raja Khalida.
Zahlia terasa
panas sentuhan Tengku Syahran melekap di tangannya
sekali lagi.Di saat ini, Zahlia sedar yang dia memerlukan
seseorang di sisi.Ingin sahaja diluahkan segala masalah itu
kepada Tengku Syahran.Tetapi, Zahlia tidak mampu.Lelaki itu
hanya sibuk dengan kasih sayangnya sedangkan Zahlia
sedang bingung dengan masalah hidupnya.
“Alia!” panggil
Tengku Syahran berserta satu ciuman lembut di tangan
Zahlia.
Zahlia menarik
tangannya.Segala memorinya pada Raja Khalida hilang sama
sekali.Teringat kembali perasaan amarahnya yang masih
menggunung pada Tengku Syahran.
“Kenapa ni Alia?
Senyap aje dari tadi?” suara lembut itu menyapa telinga
Zahlia.

Zahlia
mencebik.Dia tahu Tengku Syahran sengaja memancingnya
untuk berbicara.Kelembutan suara lelaki itu tidak langsung
mengusik jiwanya.Malahan mengundang rasa menyampah
yang teramat.
“Abang tau Alia
marahkan abang sebab abang tipu mak tadi, kan?” Tengku
Syahran tetap tidak jemu mengajak Zahlia turut sama
berbual.
“Tau pun.”
Pendek Zahlia membalas.
Sungguhpun
nada itu keras tetapi ia tetap membuatkan Tengku Syahran
tersenyum.Sekurang-kurangnya Zahlia sudah mampu untuk
bersuara.
“Abang buat
macam tu sebab abang nak tolong Alia.Kalau abang tak
cakap macam tu, apa alasan Alia nak bagi pada mak?”
Zahlia
terdiam.Matanya di arah ke luar tingkap.Memang Zahlia
tidak mempunyai alasan yang kukuh.Mujurlah Tengku
Syahran sudi membantu.Jika tidak, pasti otak Zahlia sudah
tergeliat untuk mencari alasan.
“Tapi abang tak
boleh cakap macam tu! Macam bagi mak harapan
pulak.Dulu abang jugak yang marah-marah.Jangan sesuka
hati bagi mak harapan konon.Tengok sekarang?Abang yang
lebih-lebih.”
Tengku Syahran
mengerutkan dahi.Abang? Matanya dikerling ke tempat
duduk belakang.Kosong.Hanya dia dan Zahlia di dalam
kereta itu.Abang? Betul ke apa yang aku dengar ni?
“Err… abang
kurang jelaslah dengan bahasa yang Alia gunakan tu.Boleh
ulang balik tak?” Tengku Syahran cuba meminta kepastian.
“Abang jangan
nak bergurau sekarang.Alia tengah marah ni!” Zahlia
mendengus.
Tengku Syahran
terdiam.Lama dia mendiamkan diri.Ligat fikirannya
memikirkan perubahan kata-kata Zahlia.Akhirnya ada
ketawa kecil meletus di bibirnya.
“Apa abang ni?”
Zahlia menekan.Geram telinganya mendengar bunyi ketawa
Tengku Syahran.
“Tak.Abang keliru
dengar bahasa yang Alia pakai tu! Sejak bila pulaklah isteri
abang ni tau bahasakan diri dengan nama.Panggil abang
pun…’abang’,” ujar Tengku Syahran dengan ketawa yang
masih bersisa.
Za hlia mengetap
bibir.
“Itu yang abang
mahu, kan? Sekarang Alia dah ikut syarat perjanjian abang
tu.Abang pun jangan nak mungkir janji.Ingat semua syarat
Alia tu terutamanya syarat yang ketiga.” Zahlia menekan
lagi.
Tengku Syahran
mematikan ketawanya.Membiarkan ia berganti dengan
senyuman berbunga.Kepalanya digeleng berkali-kali.
“Keras kepala
betul isteri abang ni! Entah apalagi yang abang perlu buat
untuk melembutkan hati Alia.” Tengku Syahran berkata
sebelum membelokkan kereta di pekarangan Pusat Rawatan
Islam Kajang.

SEBAIK sahaja meletakkan kereta di pekarangan hospital itu,


Tengku Syahran dan Zahlia terus melangkah ke wad
bersalin.Kelihatan Adli sedang duduk di samping
isterinya.Zahlia dan Tengku Syahran sempat bersalam-
salaman dengan ahli keluarga Adli dan Anissa sebelum
melabuhkan punggungnya di sisi Anissa.Bibirnya mengukir
senyuman.Wajah Anissa ceria.Terpancar seri seorang ibu.
Seorang
jururawat masuk dan membawa seorang bayi
perempuan.Naluri Zahlia tersentuh.Alangkah indahnya
suasana begini.Tiba-tiba hatinya dipalu dengan sifat-sifat
keibuan yang mengacau fikiran.Entah mengapa dia terasa
seperti mahu menikmati suasana sebegitu.Dikelilingi orang
yang tersayang di saat menerima cahayamatanya.Pasti
itulah memori paling indah untuk diungkapkan.
Mata Zahlia
berubah arah memandang tepat ke wajah suaminya yang
berada tidak jauh dari situ.Lelaki itu sedang leka
bersembang dengan ahli keluarga Adli.Zahlia terus
merenung suaminya.Memerhatikan senyuman dan ketawa
lelaki itu yang begitu rancak sekali.Seperti pernah dilihatnya
sebelum ini.Di mana? Dalam mimpikah? Ah, lupakan!
Zahlia tidak
sedar ada senyuman kecil terukir di bibirnya.Dia ralit dengan
dunianya yang mengkhayalkan.Tiba-tiba dia disapa dengan
suara bayi yang merengek-rengek lalu melenyapkan dunia
indah ciptaannya.Terus berganti dengan suara bising orang
berbual yang membingitkan telinga.Tanpa disuruh, Zahlia
mengeluh.
Keluhannya itu
mengundang tanda tanya di benak Anissa.Perlahan-lahan
tangan Anissa menyentuh jari-jemari Zahlia.Dingin dan
lembut.Pantas sekali Zahlia mengukir senyuman pada
Anissa.Seolah-olah cuba disembunyikan angan-angan yang
bersadaian di jiwanya sebentar tadi.
“Saya dah
selamat.Alia bila lagi?” Anissa bersuara setelah agak lama
memerhati gerak geri wanita bertudung itu.
Anissa tertarik
dengan sifat Zahlia yang lemah lembut itu.Mata yang
berkaca-kaca itu seperti sedang memendam sesuatu
sebagai rahsia.Anissa selalu ingin berkongsi perkara itu
tetapi dia takut Zahlia akan tersalah anggap dengan
kebaikannya.
Anissa
mematikan hasratnya itu.Dia tidak mahu perkenalan
singkatnya dengan Zahlia terputus begitu sahaja.Anissa
mahu mencipta hubungan baik.Sekurang-kurangnya dia
masih mempunyai kawan untuk meluahkan apa-apa
masalah.
Zahlia sengaja
tergelak.Kata-kata Anissa sebentar tadi memang tidak
masuk akal.Bukankah Anissa sudah jelas dengan cerita di
sebalik perkahwinannya dengan Tengku Syahran?
“Saya serius
Alia.Kenapa ketawa?” suara Anissa kedengaran lembut.
Zahlia
mematikan gelak.Pandangannya terus terpahat
bertentangan dengan Anissa.Anak mata seorang ibu itu
bagaikan merenjis satu sinar kemilau dalam jiwa
Zahlia.Sedikit-sedikit bertukar menjadi pancaran cahaya
yang amat menyenangkan.Zahlia menggeleng
laju.Mematikan perasaan itu dari terus menambat hati.
“Orang lelaki ni
Alia, kita kena ikat dengan anak.Lagipun anak kan pembawa
rezeki dalam rumah tangga.Tak mungkin Alia dengan Syah
tak teringin langsung nak menimang anak sendiri?” kata-
kata Anissa seperti gurindam yang bergemaung di telinga
Zahlia.
Mempunyai anak
sendiri memang merupakan impian Zahlia sejak
dahulu.Tetapi, Tengku Syahrankah lelaki yang
bertanggungjawab menjadi bapa kepada anak-anaknya
nanti? Jika ya, siapa lelaki yang ada dalam mimpinya ketika
dia menunaikan solat sunat Istikharah suatu waktu dahulu?
Tengku Syahrankah? Zahlia sering bingung dengan persoalan
itu.
Lamunan Zahlia
rentung apabila terasa jari-jemarinya diusap lembut.Teringat
pertanyaan Anissa yang masih belum berjawab.
“Susah saya
nak cakap, Anis.Siapa yang tak mahu timang anak sendiri?
Semestinya saya mahu, cuma perkara ni tak mungkin
berlaku antara saya dengan Syah,” jawab Zahlia
menoktahkan persoalan yang melayang-layang dalam diri
Anissa.
Anissa
mengerutkan dahi.Ayat yang diucapkan oleh Zahlia amat
menghairankan.Tidak mungkin berlaku antara dia dan Syah?
“Kenapa pulak
tak mungkin? Alia kan perempuan dan Syah pulak
lelaki.Sesuatu yang tak mustahil.Lainlah kalau antara saya
dengan Alia.memang tak mungkin.”
Anissa tetap
tidak berpuas hati dengan jawapan Zahlia.Kalau boleh
Anissa mahukan perkahwinan Zahlia dan Tengku Syahran
berkekalan selamanya.Jangan berputus setelah segala-
galanya selesai.Zahlia terlalu baik untuk seorang lelaki
seperti Tengku Syahran.Walaupun kerap kali Tengku Syahran
mengadu kepada Adli bahawa Zahlia seorang yang keras
kepala, Anissa yakin Tengku Syahran amat menyayangi
Zahlia.
Zahlia ketawa
dan membalas kata-kata Anissa dengan gelengan.Setiap
patah perkataan Anissa itu sikit-sikit cuba ditangkis dari
meniti dalam fikiran.Sesungguhnya Zahlia takut ayat-ayat
Anissa akan merencanakan perasaan sayang.Ego Zahlia
masih teguh berdiri.Zahlia tidak mahu tewas.
“Cuba Alia lihat
tu! Takkan tak tersentuh hati tu langsung?” Anissa
menunjukkan jari ke arah satu sudut bilik itu.
Zahlia
memahatkan pandangan pada tempat yang
ditunjukkan.Terkesima dia seketika.Tertawan juga hatinya
dengan aksi Tengku Syahran yang kelihatan kekok
mengendong bayi dalam pelukan.Tercetus sedikit rasa
gelihati di dalam diri yang menyeru senyuman kecil terukir di
bibirnya.
Zahlia
merelakan pandangannya terus mendarat pada tingkah laku
Tengku Syahran.Walaupun pekerti suaminya nampak kekok,
nurani Zahlia tetap merisik perasaan aman dalam kamar
hatinya.Agaknya, begitulah keadaan lelaki itu apabila
memegang zuriatnya sendiri nanti.
Lamunan Zahlia
berpendar-pendar hilang dari ingatan semasa semua tetamu
meminta diri untuk pulang.Kini, hanya aksi Tengku Syahran
dengan bayi perempuan itu,tanpa menyedari dirinya turut
diperhatikan oleh ekor mata Tengku Syahran dari jauh.
T engku Syahran
tertawa dalam hati.Pipi mulus bayi yang sedang nyenyak
dipelukan kadangkala diusap perlahan.Adli tergelak melihat
sahabatnya yang seperti baru kali pertama memegang anak
kecil.Kelakar betul!
“W oi, Syah! Kau
dengan Alia bagaimana? Dah positif?” soalan yang ingin
ditanya sejak tadi terkeluar juga dari mulut Adli.
Hilang
konsentrasi Tengku Syahran pada bayi itu.Deria penglihatan
Tengku Syahran terus difokuskan pada Adli.Demi melihatkan
wajah itu, Tengku Syahran tergelak.
“Aku rasa kan,
betullah cakap kau tu, Li! Aku kena ikat dia dengan kuasa
aku.”
“Maknanya kau
dengan Alia belum…”
“Hisy… kau
ingat benda tu perkara main-main ke? Ini soal perasaan
tau.Aku tak sampai hati nak paksa-paksa dia.Kesian! Bila aku
tenung mata dia, hati membara aku ni boleh cair tau tak?”
Tengku Syahran mengakui apa yang bertakhta di dalam
benaknya.
“Kau ni
pesimislah Syah! Mudah berputus harap terhadap diri
sendiri.Kau tak cuba lagi, kan? Mana kau tahu? Entah-entah
perangai dia yang kau kata keras kepala tu boleh lentok
lepas kau ikat dia dengan kuasa kau.Itulah… aku dah bagi
petua kau tak nak.Tengok aku ni, dah selamat keluar
seorang.” Adli seolah-olah angkuh dengan gelaran bapa
yang baru disandang.
Perilaku Adli itu
hanya melayarkan cebikan kecil di wajah Tengku
Syahran.Meluat Tengku Syahran mendengar pengakuan Adli
yang nampak berlagak.
“Eleh, kau dulu
lagi teruk.Takkan kau tak ingat masa kau dengan Anis
bergaduh selang dua hari selepas kau dengan dia
bernikah.Mana tempat kau lari? Rumah aku jugak, kan!
Sebabnya Anis belum bersedia, kau yang terover-over.Bagi
petua konon.Boleh blahlah!” ada kekekan kecil meletus di
bibir Tengku Syahran.
“ Syhhh… dengar
bini aku tu karang!” potong Adli sambil meletakkan jari
telunjuk di bibir.
Adli mengintai wajah
isterinya dari jauh.Lucu juga dia apabila teringat memori
hidupnya itu.Betul juga kata Tengku Syahran.Orang
perempuan ni tak boleh dipaksa sikit.Cepat sangat melatah!
“ Tapi kan Li! Hari
tu aku ada jugak gertak Alia suruh tolong urutkan aku.Niat
aku mula-mulanya sekadar bergurau, tak tau pulak dia
mengikut.Yang aku tak tahan nak ketawa sangat, masa aku
terjaga pagi tu.Bukan main sedap dia peluk aku macam
bantal peluk.Tapi, nasib baik dia terjaga awal.Kalau tak mahu
aku…,” Tengku Syahran membuat aksi jahatnya.
“Kau ni Syah,
cakap tak serupa bikin! Kalau betul dia tak terjaga pun
belum tentu kau nak tuttttt….” Adli mengusik Tengku
Syahran.Biar Tengku Syahran sedar kata-katanya tadi
merupakan satu cabaran.
“Kau jangan cabar
aku, Li.Kau belum kenal aku siapa! Jangan terperanjat suatu
hari nanti tiba-tiba Alia lahirkan dua pasang anak kembar
untuk aku.Baru kau kenal langit tu tinggi ke rendah.” Tengku
Syahran berkata bersungguh-sungguh.
“ So, take it as a
challenge!”
Tengku Syahran
mengangguk.Dia akan buktikan pada Adli suatu hari nanti
dia akan berjaya memiliki Zahlia sebagai suri hidupnya
sehingga ke akhir hayat.Tidak lagi perlu bersusah payah
membiarkan otaknya berserabut dengan surat perjanjian
yang merepek-repek.
Di waktu itu
hanya kuntum-kuntum bahagia yang berseri dalam taman
hidupnya.Dia mempunyai dua pasang anak kembar yang
lincah berlari-lari di halaman rumah ketika menantinya
pulang dari kerja.Manakala Zahlia pula dengan penuh sabar
menantinya di muka pintu.
“Abang, Alia nak
pegang pulak boleh tak?” gemersik suara halus Zahlia
meratah-ratah segala impian indah yang baru diangankan
sejenak tadi.
Perlahan-lahan
tangan Tengku Syahran menghulurkan bayi perempuan ke
dalam dakapan Zahlia yang sedang berdiri.Zahlia
tersenyum.Berhati-hati menyambut anak kecil itu.Dia
melabuhkan punggungnya di sisi Tengku Syahran.Lelaki itu
mula mengambil peluang untuk memerhati gerak geri Zahlia
ketika berada dalam suasana begitu.
Adli beredar dan
menuju ke arah Anissa.Dia ingin memberi kesempatan untuk
pasangan itu menyendiri.Mungkin sebagai langkah pertama.
Za hlia mengusap
pipi bayi perempuan itu kudus.Kepalanya ditunduk sedikit
lalu satu kucupan gugur di atas ubun-ubun anak kecil
itu.Mata hazelnya terus mengamati ke sekeliling bentuk
wajah polos si bayi.Lebih iras kepada bentuk wajah Adli
berbanding Anissa.Mata, kening dan bibir lebih memberat
kepada ibunya dan hidung kecilnya kelihatan serupa seakan
hidung Adli.
Zahlia terus
tersenyum tanpa menghiraukan mata Tengku Syahran yang
terlalu asyik memerhatinya sejak tadi.Wajah bayi itu mula
melerahkan perasaan indah yang merejah-rejah nurani
Zahlia.Satu kucupan tersua lagi.Kali ini di pipi si kecil.Zahlia
terasa bahagia.
“Alia tak teringin
merasai perasaan ni lagi untuk anak sendiri pulak?”
persoalan Tengku Syahran merempuh segala rasa keindahan
yang terukir di lubuk hati.Lenyap bersama perasaan bahagia
yang baru bertakhta.
Senyuman yang
terterap di bibir halusnya ketika menatap wajah bayi itu tadi
mati serta-merta.Wajah Tengku Syahran dikerling sekali
imbas.Lambat-lambat Zahlia menggeleng.
Tengku Syahran
mencebik nakal.Dia tahu Zahlia berbohong.Masakan begitu
asyik mata wanita itu melayarkan pandangan ke wajah si
bayi tanpa wujud satu perasaan tulus.Siap dengan ciuman
yang berkali-kali lagi.
“Eleh, jangan
nak tipu abang! Sekeras mana pun hati Alia, mesti tersentuh
jugak bila Alia tengok muka baby girl ni, kan?”
Pertanyaan
Tengku Syahran diabaikan dari berlabuh di kotak
fikiran.Zahlia malas mahu menjawab pertanyaan lelaki itu
yang hanya akan melemahkan nalurinya.Tabir egonya masih
tegak bergantung.Belum bersedia untuk diruntuhkan.
“Senyap aje tu,
betullah, kan?” suara Tengku Syahran semakin dekat di
telinga.
Zahlia segera
menjarakkan kepalanya jauh sedikit dari Tengku
Syahran.Namun, cengkaman tangan Tengku Syahran tiba-
tiba terpaku di bahunya.Zahlia terikat.
“Jangan cuba
nak melarikan diri dari abang.Selagi Alia masih hak abang,
selagi itulah abang takkan lepaskan Alia.Abang pernah cakap
jangan cabar kelelakian abang.Mungkin bukan hari ini, esok,
lusa, tulat, siapa tau? Tiba-tiba Alia sendiri yang datang pada
abang.”
Tengku Syahran
berbisik di telinga Zahlia.Dibiarkan Zahlia didatangi
perasaan gementar dengan kata-katanya yang seolah-olah
satu ugutan.Terselit satu senyuman nakal di pinggir bibir
apabila kening matanya dimain-mainkan.
“Abang jangan
Alia ni mudah takut dengan ugutan abang tu! Apa abang fikir
Alia ni tak ada maruah? Nak menyerah aje bila digertak?
Abang silap,” balas Zahlia berani.
Tengku Syahran
terasa bahagia.Zahlia memang memanggilnya dengan
perkataan keramat itu.Alhamdulillah… Tengku Syahran
bersyukur.
Zahlia mencium
bayi itu lagi.Dia memang berdebar dengan kata-kata Tengku
Syahran tadi.Zahlia memejamkan matanya
sejenak.Mengambil kesempatan itu untuk menenangkan
fikiran yang mula berkocak.Termangu dirinya apabila Tengku
Syahran menarik kerusi dan duduk menghadap
dirinya.Keadaan itu mengacaukan lagi fikiran Zahlia yang
masih belum bertenang.
“Kenapa tak
pandang abang? Berdebar-debar?” bunyi suara itu
merungkaikan perasaan gementar yang bermukim.
Zahlia masih
berlagak santai.Kali ini tanpa dipaksa, Zahlia membalas
renungan suaminya.Melucup laju panahan matanya telus ke
dasar hati.Benar-benar menggigit naluri.
“Wah, satu
perubahan yang drastik.” Ucapan itu mematikan renungan
Zahlia.Serta-merta dahi Zahlia mengedut.
“Maksud abang?”
“Alia dah berani
nak lawan pandangan mata abang! Bukan main
asyik.Bagaimana? Ada timbul perasaan asing?” Gementar?”
Tengku Syahran bertanya sambil tersengih.
“Tak sama sekali.”
Laju Zahlia menyangkal ucapan Tengku Syahran.
“Konkrit betul ego
Alia ni.Tak mungkin selamanya Alia nak menjaga anak orang
kat Sinar Iram tu.Cuba Alia bayangkan bila kita ada anak
sendiri nanti.Yang lelaki, mesti kacak dan segak macam
abang.Yang perempuan pulak, mesti sopan, cantik,lemah-
lembut dan semestinya mempunyai sepasang anak mata
yang cantik seperti ibunya! Alia tak teringin ke?” Tengku
Syahran tetap cuba menarik minat isterinya.
“Nak memang
nak.Tapi, bukan dengan abang.Dengan orang lain!”
“Eh, amboi!
Cerdiknya dia menjawab.That thing wouldn’t happen to you
with another guy but only between you and me.Remember
that? You are mine!” Tengku Syahran membantah kata-kata
isterinya.
“Tak ingin Alia
serahkan tubuh Alia ni pada abang.Tak rela!” Zahlia masih
utuh dengan keputusannya.
“Eleh, tengoklah
nanti! Betapa hebatnya abang untuk menjadi ayah kepada
anak-anak yang Alia kandungkan.Abang akan buka mata Alia
luas-luas.Biar Alia sedar sesaat tak mendengar suara
romantik abang ni, Alia boleh jadi gila.” Kata-kata Tengku
Syahran hanya melahirkan rasa jengkel di laman hati
Zahlia.Geli-geleman dia mendengar pengakuan tersebut.
“Dahlah.Malas
nak layan abang.Jomlah kita balik.Dah lama benar kita kat
sini.Nanti mengganggu Adli dengan Anissa pulak.” Zahlia
berkata memintas perbualan Tengku Syahran yang mula
melalut-lalut.
Tengku Syahran
tersengih nakal.
“Kenapa awal
sangat? Alia dah tak sabar nak dukung anak sendiri ke?” usik
Tengku Syahran membuatkan Zahlia membuntangkan mata.
“Jangan nak
merepek-repek.Alia tampar nanti.”
“Tamparlah.Bila
melekat aje tangan Alia kat pipi abang, jagalah! Abang tarik
Alia naik atas katil… tu tengok katil tu… tak ada
orang.Macam bagi peluang kat kita aje.Bila dah naik atas
katil, abang akan tarik tirai tu dan tak ada orang akan
nampak kita.” Tengku Syahran ketawa besar.
Zahlia menahan
geram.
“Kenapa senyap?
Takut? Susah-susah sangat kita sewa hotel aje nak? Kita
raikan bulan madu kita secara rasmi! Nak tak sayang?” usik
Tengku Syahran dalam nada gelaknya.
“Abang tidurlah
seorang diri.Alia boleh balik naik teksi.Kalau mak tanya,
cakap aje abang tinggalkan Alia kat tengah jalan seorang
diri.”
“Lepas tu, bila
mak tanya abang pulak, abang jawablah Alia tak mahu
lahirkan cucu untuk mak.”
Zahlia terus
kehilangan kata.Setiap ayat yang diucapnya pasti ada
balasan yang menyakitkan hati.Zahlia tunduk.Sempat
matanya menjeling tajam wajah Tengku Syahran.
“Dah habis modal?
Okeylah sayang, jom kita balik! Selagi Alia belum bersedia,
abang takkan buat macam tu! Alia ingat abang ni buruk
lantak? Nak terkam sesuka hati walaupun yang halal tak sudi
nak bagi?”
Jawapan Tengku
Syahran menenangkan kegelisahan di hati Zahlia.Perlahan-
lahan mereka melangkah ke arah Adli dan Anissa.Setelah
bersalaman, mereka melangkah pulang.
Bab 32
J
IWA Linda berasa tidak tenteram.Dua hari lepas,Linda telah
dihalau keluar dari rumahnya.Papanya malu akibat
perbuatan tidak bermaruah yang dilakukan oleh Linda.Kini,
Linda sedang mengandung tiga bulan hasil hubungannya
entah dengan lelaki mana, dia kurang pasti.
Ini adalah kandungan
terbaru.Kandungan dahulu yang hampir berumur dua bulan
ketika perkahwinan Tengku Syahran dan Zahlia telah
disahkan mati.Pada awalnya, Linda berasa gembira.Tapi, kini
dia mengandung lagi.Linda tidak tahu apa yang perlu
dilakukan.Mamanya pula tidak ada.Entah di pelosok dunia
mana menyembunyikan diri, Linda tidak tahu.
Linda bengang.Hatinya
masih membara bila mengenang kembali sewaktu dia
terserempak dengan Tengku Syahran dan Zahlia beberapa
minggu lalu di Pusat Rawatan Islam Kajang.Fikirannya tidak
dapat menerima hakikat jika benar Zahlia sedang
mengandung zuriat Tengku Syahran.
“Jaga kau Syah! Kau
dan Alia akan musnah selepas ini.” kata-kata itu diucap
berselang-seli dengan ketawanya yang kian bergema
nyaring.
Namun ketawa Linda
tiba-tiba mati apabila pintu biliknya diketuk berulang kali.
“Masuk!" jerit Linda
kuat.
Pintu bilik terbuka.Dua
orang lelaki yang bertubuh tegap masuk.Linda menoleh
pada jam yang terdampar di atas meja.Serta-merta bibirnya
menguntum senyuman.
“ Good.Very punctual,”
kata Linda.
“That’s our job,”
jawab salah seorang daripada mereka.
“I am Linda.” Linda
bangun menghulurkan salam perkenalan.
“ Faizal and this is my
partner, Naim!”
“We’ve known from
our boss that Mrs.Linda…”
“ Wait! Wait! Miss
Linda.I’m not married yet!” potong Linda sepantas kilat.
Faizal terdiam
seketika.Matanya berarak pada perut Linda yang nampak
berisi.Berkerut dahinya tiba-tiba.
Melihatkan wajah
lelaki itu, air muka Linda berubah.Segera dia merebahkan
tubuh di kerusinya semula.
“Forget about this
thing! You can call me Linda or Miss Linda.Remember, your
job is just do as I say.But, don’t you ever get to know what I
am doing.” Linda bersuara agak keras.
“ Relaks.Okey, apa
yang kami perlu buat?” Naim mula menyampuk apabila
keadaan dirasakan sedikit tegang.
“ Haa… that is a good
question! I nak you all siasat gerak geri dua orang manusia
ni secepat mungkin,” ujar Linda sambil melemparkan
sekeping gambar di atas meja.
Naim mengambilnya
sambil matanya dikerling ke arah Faizal.Gambar itu bertukar
tangan ke genggaman Faizal.
“Apa yang perlu kami
lakukan?”
“Tolong siasat apa
yang mereka lakukan setiap hari.I nak you all gunakan
rakaman dalam CD.I tak suka you bagi gambar-gambar yang
you ambil dengan kamera buruk.Cara tu dah lapuk.Dan
pastikan gambarnya terang dan jelas.” Panjang Linda
berkata dengan wajah serius.
“Kerja ni agak
payah.Kami perlukan dua minggu untuk selesaikan semua,”
beritahu Naim.
Linda mengerutkan
dahi.Matanya merenung wajah kedua-dua lelaki itu
berselang-seli.
“Why it takes too
long?” tanyanya tidak berpuas hati dengan syarat yang
dikenakan.
“Tugas ni bukan
mudah Cik Linda.Kami perlu tau biodata peribadi
mereka.Dua minggu tu pun kadang-kadang pendek untuk
kami.”
“Okay, fine! You
ambillah berapa banyak masa sekalipun.Tapi, pastikan
keputusan yang I perolehi nanti memuaskan hati.Jangan duit
yang you dapat lumayan, namun kerja satu pun tak
menjadi!” beritahu Linda seperti menyindir.
“I have said, that is our
job.Don’t worry!” jawab Faizal selamba.
“Okey! Kita jumpa dua
minggu dari sekarang,” ujar Linda.
Kedua-dua lelaki itu
mengangguk.

ZAHLIA membungkam di meja kerjanya.Dia lebih senang


dengan situasi begini.
“Woi, mak cik! Asyik
mengelamun aje.” Teguran Fatimah mengejutkan Zahlia.
Lamunannya
lenyap.Wajah ayu Fatimah yang hitam manis menyapa ruang
mata.Zahlia menerapkan senyuman di bibir.
“Kau ni kenapa Alia?
Senyap aje?” soal Fatimah yang sedang duduk di kerusi di
hadapan mejanya.
“Tak ada apalah
Imah.Kalau tak ada benda nak buat, inilah kerjanya!
Mengelamun aje,” jawab Zahlia sambil ketawa.
“Eleh, cakap ajelah
yang kau tengah rindukan laki kau tu,” potong Fatimah
segera.
Ada senyuman
mengusik terlempar di bibirnya.
Zahlia hanya
menjungkit bahu.Malas hendak melayan usikan
Fatimah.Namun, bunyi deringan telefon yang agak jauh tiba-
tiba mengganggu kebisingan suasana di dalam bilik
itu.Zahlia sempat menjeling ke arah jarum jam yang sedang
bergerak.Menunjukkan angka 12.00 tengah hari.Mesti lelaki
tu! Terdetik tekaan itu di dalam hati.
“Laki kau agaknya
Alia.” Fatimah turut berpendapat yang sama.
Zahlia berpura-pura
tidak tahu.
“Alia telefon! Abang
sayang kau,” jerit seorang guru lelaki membuatkan Zahlia
menjegilkan mata.
Guru itu hanya
ketawa besar.Seronok dapat menyakat Zahlia.
“Assalamualaikum.”
Zahlia berkata selepas meletakkan gagang telefon ke cuping
telinga.
“Waalaikumussalam
sayang! Hai, tengah buat apa?” suara Tengku Syahran
kedengaran.
“Dah makan?” tanya
Tengku Syahran lagi.
Zahlia terdiam.
“Abang laparlah
sayang.Kita lunch sama-sama nak? Abang ambil Alia.”
Tengku Syahran tetap bersuara untuk menarik minat Zahlia
untuk berbual.
Senyap.
“Aikk… kenapa
senyap aje ni? Tak sihat? Abang bawa ke klinik?” lelaki itu
tetap berbicara.
Zahlia
membisu.Hanya mendengar celoteh suaminya tanpa
balasan.
“Susah betul nak
dengar suara Alia dalam telefon.Dulu, bila abang telefon
jugak Alia jawab sikit-sikit.Sekarang… macam ada lombong
emas.” Kedengaran ketawa kecil yang dibuat-buat.
Zahlia tetap
membisu.
“Cakaplah Alia.Apa-
apa pun.Asalkan rindu abang ni terubat sikit.Abang terseksa
ni.Tak concentrate nak buat kerja! Please sayang.” Lembut
Tengku Syahran merayu.
Zahlia tetap tidak
bersuara.
Tiba-tiba satu keluhan
dilepaskan.
“Tak apalah kalau Alia
sibuk.”
Klik! Talian terputus.
Zahlia terkedu.Tiada
lagi suara romantis itu menyapa telinganya.Bunyi itu
hilang.Kosong.Lemah sekali Zahlia meletakkan gagang itu ke
tempat asalnya.Marahkah lelaki itu? Bersahut-sahut soalan
itu terpelanting di benaknya.Keluhan terlepas dari bibirnya
pula.
“Alia, ada orang cari
kau!” Suara Fatimah bergayut di gegendang.
Zahlia
mengangguk.Berkerut dahinya seketika.Syah! Kakinya mula
melangkah laju ke bilik tetamu.Matanya mencari-cari wajah
lelaki itu.Tetapi, jantungnya bagaikan direntap.Wajah
seorang wanita muncul di hadapannya.
Zahlia memakukan
langkah.Nafasnya berombak kencang.Pantas dia
memusingkan tubuh.Serentak itu, Zahlia mula menyusun
langkah untuk beredar.
“Alia…” panggil
wanita itu lembut.
Zahlia tidak jadi
melangkah.
“Alia, mama datang
sayang.” Halus suara wanita itu menegurnya.
Zahlia memejamkan
matanya.Entah mengapa tiba-tiba dirinya amat lemah untuk
berhadapan dengan situasi sebegitu.Selama ini, dia sentiasa
mampu mengelakkan diri.Tetapi, tidak hari ini.
“Alia… jangan buat
mama terseksa sayang.Mama rindukan Alia!”
Zahlia terus
membisu.Nafas yang masih tidak menentu hala
mengundang rasa sebak yang menyebabkan matanya mula
digenangi air.Perlahan-lahan air mata itu jatuh
mengalir.Zahlia hanya menyeka air itu dengan hujung jari.
“Alia, pandang mama!”
Raja Khalida memusingkan tubuh Zahlia supaya
bertentangan.
Zahlia hanya
mengikut.Serta-merta mata mereka bersabung.Menambah
rasa kelu di hujung lidah Zahlia.Wajah Raja Khalida kelihatan
tenang dan lembut sekali.Sempat Zahlia melirik ke anak
mata wanita itu.
Perasaan bahagia yang
mula menyinggah di hatinya, tidak dibiarkan lama.Zahlia
cepat-cepat melarikan wajah ke tempat lain.Runtuh semua
keindahan yang ingin mengibarkan sayap.Malah, Zahlia
membentengkan lagi hatinya dengan perasaan ego yang
menebal.
Zahlia masih belum
melupakan gelaran ‘Anak Haram’ yang sehingga kini
bagaikan sebati dalam jiwa.Pastinya disebabkan wanita itu,
Zahlia hidup terseksa dengan pelbagai kata cacian.Siapa
yang tidak pelik? Dia dijumpai di tengah-tengah semak yang
jarang dilalui orang.Apabila hidupnya sudah bahagia di
samping emak angkatnya, tiba-tiba wanita itu datang
memperkenalkan dirinya sebagai mama.Zahlia tertekan.
“Dah besar anak
mama sekarang.Cantik.”
Raja Khalida
tersenyum manis sambil mengusap pipi anak kesayangan
yang dirindui.Anak tunggal hasil perkongsian hidupnya
dengan Megat Saifiuddin.Raja Khalida merenung segenap
wajah Zahlia.
“Puan, jika puan tiada
perkara penting yang nak dicakapkan, saya harap kita
bersurai di sini.Saya banyak kerja sekarang.” Teguran Zahlia
yang agak tegas menghalau semua ingatan Raja Khalida.
Raja Khalida kembali
ke dunia sebenar.Sedikit terkedu dengan kata-kata anak
kesayangannya itu.
“Alia kenapa cakap
macam tu? Alia tak rindukan mama?” soal Raja Khalida cuba
memujuk hatinya yang pilu.
“Saya tak faham
maksud puan.Saya sibuk sekarang.Maafkan saya!” ujar
Zahlia selamba.Kakinya mula hendak melangkah pergi.
Raja Khalida
mengalirkan air mata apabila menyaksikan reaksi Zahlia
yang acuh tidak acuh dengan kedatangannya.
“ Sampai hati Alia buat
mama begini! Apa kesalahan mama sehingga Alia hukum
mama sebegini rupa?” tanya Raja Khalida dengan suara
yang tersekat-sekat.
Hati Raja Khalida
dipercik rasa walang yang bertali arus.Pedihnya jiwa
mendengar Zahlia berkata begitu.Seolah-olah terlalu berat
kesalahan yang dilakukannya.
Zahlia menghentikan
langkah.Bibirnya diketap demi menahan air mata yang ingin
dirembes keluar.Nuraninya merintih mendengar wanita itu
berkata sedemikian.Dirinya sendiri terhiris dengan ungkapan
biadapnya sebentar tadi.
Tetapi maruah Zahlia
perlu dijaga.Hati Zahlia telah lama dicarik dengan kata-kata
duka yang sering memperolok-olokkan nilai dirinya.Zahlia
juga inginkan hidup seperti insan biasa.Tetapi, mengapa
mesti ada mulut yang suka mempertikaikan tentang
maruahnya?
“Puteri…” panggilan
itu menyentakkan Zahlia.
Pantas sekali Zahlia
menoleh ke arah Raja Khalida.Hairan dengan panggilan
wanita itu tiba-tiba.Raja Khalida mendekati Zahlia.Membelai
pipi puteri kesayangan yang hanya dapat menikmati hidup
selama setahun dengannya ketika kecil.Mencurah-curah rasa
rindu yang membahang.
“Dulu, mama dengan
ayah panggil Alia dengan panggilan Puteri.Alia nak tahu
kenapa? Sebab, nama Alia…”
“Puan! Saya sibuk
ni.Saya perlu pergi sekarang.Assalamualaikum…” Zahlia
memintas.
“Puteri…”
“Saya fikir puan ni
tersalah orang agaknya.Setakat yang saya tau, nama saya
adalah Zahlia Abdullah.Saya dijumpai di tengah-tengah
semak yang orang dakwa anak luar nikah.Saya tak pernah
pun ambil tahu siapa ibu bapa kandung saya.Lagipun, untuk
apa saya mengenali mereka? Sedangkan mereka yang tak
pernah mahu menerima saya di dunia ni.Harap puan boleh
cari orang lain.”
Za hlia melangkah laju
bersama air matanya.

TENGKU SYAHRAN membuka pintu biliknya.Gelap.Pantas


tangannya menekan suis lampu.Keadaan katil yang masih
kemas bersusun menghampakan dirinya.Pasti Zahlia belum
pulang.
Setelah
mencampakkan tali leher dan begnya di kerusi panjang,
Tengku Syahran terus menuju ke bilik air.Sebelum menutup
pintu bilik air itu, sempat matanya menoleh ke arah jarum
jam.Sudah pukul 10.00 malam.
Ketika dia keluar dari
bilik air, Zahlia sudah pun duduk tercongok di atas katil.Demi
melihatkan isterinya, Tengku Syahran berasa lega.Bibirnya
menguntum senyuman.
“Sayang dah makan?
Kita makan sama-sama nak?” soal Tengku Syahran segera
melangkah ke almari pakaian.Pintu almari dibuka lalu
tangannya mencapai sehelai t-shirt dan kain pelekat yang
masih berlipat.
Zahlia membisu di atas
katil.Pertanyaan Tengku Syahran langsung tidak masuk ke
telinga Zahlia.Fikirannya tidak tenteram selepas berjumpa
dengan Raja Khalida tengah hari tadi.Panggilan ‘Puteri’
bagaikan terngiang-ngiang di telinga.Zahlia ingin
merehatkan otak.
Namun, Zahlia benar-
benar terperanjat apabila terasa wajahnya disentuh dengan
sesuatu yang sejuk.Berombak dadanya menahan gementar
bersama degupan jantung yang deras bergetar.
Tengku Syahran turut
terkejut melihat reaksi Zahlia yang menggigil
ketakutan.Serentak dialihkan tapak tangannya dari pipi
Zahlia lalu digenggam seluruh jari-jemari Zahlia yang
terketar-ketar.
“Alia, kenapa ni? Are
you okey?” tanya Tengku Syahran semakin kuat menyulam
jari-jemari Zahlia.
Zahlia kembali
tenang.Gelombang yang tidak menentu tadi, kian pulih.
“ Abang… terkejut Alia!”
bergetar suara Zahlia.Zahlia mengurut dadanya perlahan-
lahan.
Tengku Syahran duduk
mencangkung menghadap Zahlia.Sinar kerisauan jelas
terpancar di seluruh wajah itu.
“Alia tak sihatkah?
Kenapa termenung aje ni?” soal Tengku Syahran dalam nada
gelisah.
Zahlia menggeleng
laju.Wajahnya sengaja dimasamkan.
“Abang tu, Alia dah
pesan, kan? Kalau nak masuk bilik bagi salam dulu!”
Zahlia cuba berlagak
selamba.Suaranya dikeraskan untuk menyembunyikan
perasaan malu yang menguasai diri.
“Hei, buang tabiat apa?
Abang dah lama dalam bilik ni tau.Sebelum Alia balik lagi.Ni
tengok ni, abang dah siap mandi pun,” beritahu Tengku
Syahran.
Zahlia memandang
Tengku Syahran.Serta-merta wajahnya merona merah.Zahlia
malu dengan kata-katanya tadi.Lagipun, keadaan Tengku
Syahran yang hanya bertuala menyebabkan jantung Zahlia
mula bergetar laju.Anak matanya dilarikan ke sudut lain.
Tengku Syahran turut
melirikkan mata ke arah tubuhnya yang masih belum
berpakaian.Terpahat senyuman kecil di bibirnya.
“Kenapa tak nak
pandang abang? Malu nak tengok abang macam ni?” soal
Tengku Syahran dengan senyuman.
“Kalau dah tahu, kenapa
buat macam tu? Tak reti-reti nak pakai baju dalam bilik air?”
marah Zahlia.
Tengku Syahran ketawa
besar.
“Eleh, apa yang nak
dimalukan? Abang kan suami awak.Maruah abang rahsia
awak.Maruah awak rahsia abang.Buat apa nak susah-
susahkan diri keluar masuk bilik air semata-mata nak
menukar baju? Buat aje macam ni, kan senang!” Tengku
Syahran berkata sambil tangannya mula memegang hujung
tuala.
Zahlia membeliakkan
matanya sebelum bertindak pantas menarik tangan lelaki itu
dari memegang tuala itu.Namun, tuala yang tersangkut di
separuh tubuh Tengku Syahran terlucut juga.Zahlia
tersentak.Lalu memejam matanya rapat-rapat.
Tiba-tiba kedengaran
ketawa yang kuat memecah gegendang telinga.Zahlia
menberanikan diri membuka matanya sikit-sikit.Tengku
Syahran sedang berdiri dengan seluar pendek tersangkut di
tubuhnya.Lelaki itu masih ketawa gelihati sambil
menyangkut semula tualanya ke pinggang dengan kemas.
“Rugi Alia pejam mata,”
ujar Tengku Syahran sambil ketawa.
Zahlia menjeling.
“Ini sayang baru nampak
separuh.Sayang nak abang tunjukkan semuanya ke?”Tengku
Syahran mengusik sambil tangan memegang kembali bucu
tuala.
“Abang!” Zahlia menjerit
kecil.
“Tau takut!” Tengku
Syahran mula beredar dari situ bersama sisa ketawanya.
“Abang ni melampaulah!”
bibir Zahlia mula memuncung.Tengku Syahran mematikan
langkah.
“Nak lagi?” Tengku
Syahran menyakat.Zahlia hanya membalas dengan jelingan.
“Dahlah tu sayang.Pergi
mandi, kita solat Isyak sama-sama.Lepas tu, kita
makan.Abang dah lapar.Lepas tu… erm… kita tidur! Okey?”
ujar Tengku Syahran sambil tersengih.
“Tak ingin Alia tidur
dengan abang!”
“Eh, bila pulak abang
cakap macam tu? Maksud abang kita tidur macam biasalah!”
potong Tengku Syahran.
Zahlia bengang dan terus
berlalu ke bilik air.
Bab 33

“A BANG,Ida baru dapat telegram dari Kak Long, mak


sakit kat kampung.” Suara sebak Raja Khalida kedengaran di
telinga Megat Safiuddin.
Suaminya yang sejak tadi
leka membaca surat khabar di anjung rumah menghentikan
bacaan.Menoleh ke arah isteri yang kelihatan muram tidak
jauh dari situ.
Megat Safiuddin menghampiri
Raja Khalida.Suri hidup yang amat disayangi.Mata coklat cair
milik isterinya itu ditenung dengan sepenuh kasih
sayang.Terlimpah rasa cinta yang amat mendalam di situ.
Mata isterinya kelihatan
berair tiba-tiba dan perlahan-lahan air yang bergenang
mengalir keluar dari matanya.Benar-benar menyentuh
perasaan Megat Safiuddin.Laju sahaja jari telunjuknya
menyeka air mata itu dari menitis lagi.
“Kenapa sedih sangat ni,
hmm?” soal Megat Safiuddin terus melabuhkan punggung di
sisi Raja Khalida.
Raja Khalida terasa bahagia
mendengar suara suaminya.Ungkapan lembut itu terasa
damai menyusup ke seluruh jiwa.
“Bagaimana keadaan mak
agaknya bang? Ida takut mak sakit teruk,” ujar Raja Khalida
risau.
Wajah Syarifah Muzainah
terbayang di ruang mata.Wajah itu menggamit naluri
seorang anak yang terlalu merindui ibunya.Sudah lebih dua
tahun raut ibunya tenggelam dalam kamus hidupnya.
“Ida nak pergi melawat mak
ke?” tanya suaminya.
Wajah Syarifah Muzainah
mula kabur dari layar ingatan.
“Kalau abang izinkan, Ida nak
menjenguk mak.Dah lebih dua tahun bang.Dah lama benar
Ida tinggalkan mak,” jawab Raja Khalida meminta simpati.
“Ida menyesal kahwin dengan
abang?” pertanyaan Megat Safiuddin membuatkan Raja
Khalida sebak semula.
Sekali lagi matanya digenangi
air.
“Kenapa abang selalu duga
Ida macam tu? Abang tak yakin dengan kasih sayang Ida?”
tersangkut-sangkut suara Raja Khalida menyoal Megat
Safiuddin.
Senyuman manis tiba-tiba
terukir di bibir Megat Safiuddin.
“Okeylah, abang izinkan Ida
pergi.Ida pergilah berapa hari pun dengan syarat telefon
abang bila sampai rumah mak nanti,” ujar Megat Safiuddin.
Raja Khalida berasa sungguh
gembira.
“Abang tak nak ikut sama?
Kita lawat sama-sama,” pelawa Raja Khalida lembut.
“Abang ada kerja yang perlu
disiapkan dalam masa dua hari lagi.InsyaALLAH kalau
sempat, abang akan singgah rumah mak nanti,” Megat
Safiuddin menjawab menenangkan hati Raja Khalida.
“Puteri macam mana bang?
Ida bawa sekali ya?” pinta Raja Khalida bersungguh-
sungguh.
“Tak payahlah Ida balik ni naik
bas, kalau abang ada tak apa.Lagipun, Puteri tak berapa
sihat.Biarlah dia bersama abang.Sepeninggalan Ida nanti,
abang akan jaga Puteri sepenuh kasih sayang.Dah lama
betul abang tak luangkan masa dengan dia.Kesian kalau
tiba-tiba umur abang tak panjang.”
“Hisy… kenapa abang cakap
macam tu? Abang nak tinggalkan Ida dengan Puteri?”
potong Raja Khalida pantas.
“Bukan itu maksud abang.Kita
tak tau apa akan berlaku esok.Manalah tau umur abang
pendek.Tak dapat tengok Puteri membesar depan mata.”
“Cukuplah bang.Ida tak nak
dengar lagi.” Raja Khalida menerkup telinganya.
“Kalau abang tak ada
nanti,Ida kena janji jaga Puteri baik-baik tau.Dia ni satu-
satunya zuriat yang kita ada.”
“Abang, stop it! Ida jenguk
mak dua hari aje.Ida akan balik selepas dua hari.Kita akan
jumpa lepas tu tau.” Kata-kata luahan Raja Khalida
kedengaran beria-ia.
Namun, rindu Raja Khalida
pada ibunya yang menggunung sedikit demi sedikit bertukar
menjadi rasa benci yang amat berbisa.Tanpa Raja Khalida
sedari, segala-galanya adalah rancangan Syarifah Muzainah
semata-mata untuk memutuskan hubungannya dengan
Megat Safiuddin.Seksanya dia menanggung azab kerinduan
terhadap suami dan anaknya selama berhari-hari dikurung di
rumah besar itu.Hanya ALLAH sahaja yang tahu.
Dan kerinduan itu
memaksanya untuk berazam melarikan diri.Pelariannya
diharapkan dapat memberi tempat untuknya
menyembunyikan diri.Namun, rupa-rupanya pelariannya itu
telah membongkar rasa kesedihan yang benar-benar
menjerut jiwa.
Raja Khalida kehilangan orang
yang tersayang dalam sekelip mata.Megat Safiuddin pergi
meninggalkannya seperti yang pernah diucapkan.Lelaki itu
rentung dalam kebakaran yang berlaku di rumahnya.Puteri
kesayangannya pula tidak ditemui di mana-mana.Tiada
mayat lain yang ditemui di rumahnya selain mayat suami
tersayang.Raja Khalida menanam azam, ingin mencari Puteri
kesayangan walaupun ke pelosok mana.Dia yakin Puterinya
masih hidup.
RAJA KHALIDA tersentak apabila terasa bahunya di sentuh
mesra.Kabur terus peristiwa lama yang mengganggu
ingatan.Kuyup pipinya dengan air mata.Kelihatan wajah
Tengku Badariah sedang tersenyum lembut sambil
memegang lengannya.
“Ida fikirkan apa?” soalan
Tengku Badariah menyapa telinga.
Raja Khalida mengesat air
mata.Kepalanya digeleng.
“Dahlah Ida.Jangan terlalu
mengenangkan perkara yang dah berlalu.Bukan akak nak
menghalang kau mengingati kenangan lalu tapi kalau kau
selalu macam ni, tak elok! Tak tenteram orang yang dah tak
ada,” nasihat Tengku Badariah.
Raja Khalida menarik nafas.
“Entahlah kak! Sejak dua
menjak ni Ida selalu teringatkan Puteri.Rindu betul Ida,”
beritahu Raja Khalida jujur.
Wajah Tengku Badariah
dipandang seketika.Wanita itulah yang bertanggungjawab
memulihkan semangatnya sehingga ke hari ini.Raja Khalida
teringat kembali ketika dia hampir hilang upaya untuk
meneruskan hidup, kakak sepupunya itulah yang
mengingatkannya bahawa sesuatu yang berlaku adalah
dugaan.
Ketika itu, Raja Khalida mulai
sedar betapa jahilnya dia tentang Islam.Baginya seorang
Islam hanya perlu mengucap, bersembahyang lima kali
sehari, berpuasa, membayar zakat dan menunaikan haji.Raja
Khalida tidak pernah sedar bahawa Islam mengajar umatnya
tentang Qada’ dan Qadar.Dia tidak pernah mahu bertanya
pada suaminya dahulu.Patutlah lelaki itu sentiasa tenang!
“Dah besar agaknya,kan? Ida
tak pergi jenguk rumah mak angkatnya?”soalan Tengku
Badariah berbunyi lagi.
“Dah lama tak pergi! Biarlah
kak.Kalau Puteri dah selesa duduk situ.Ida nak buat macam
mana lagi? Berdoa dari jauh ajelah.” Raja Khalida
berkata.Suaranya dikawal bersama getaran yang
mendebarkan jantung.
“Baguslah kalau Ida fikir
begitu.Dulu kita pernah berangan nak jadi biras bila Puteri
lahir.Siapa nama anak Ida tu?”
“Safira Khairina!”
“Haaa… Puteri Safira
Khairina! Panjang betul namanya!” Tengku Badariah
menggeleng.
Raja Khalida hanya
ketawa.Nama Puteri sentiasa diingati di kamar hati.Nama
yang dipilih berdasarkan pangkal huruf namanya dan nama
suaminya.Indah terselit makna yang tersendiri. ‘Puteri Wakil
Kebajikan’.
Sewaktu nama itu dipilih, Raja
Khalida dan Megat Safiuddin berharap anak perempuan
mereka akan membesar dan menjadi orang yang
berguna.Doa itu benar-benar dikabulkan ALLAH apabila Raja
Khalida mendapat khabar yang Puterinya itu sedang
berkhidmat di sebuah rumah kebaijkan anak yatim.Menjadi
wakil yang sudi mengajar anak-anak yatim di rumah
kebajikan.
“Tak ada jodoh agaknya kita
nak berbiras.Kalau Ida jumpa Puteri pun, anak-anak lelaki
akak semuanya dah berkahwin.Memang tak ada
harapanlah.” Kata-kata Tengku Badariah dibiarkan
bergelodak dalam nurani.Raja Khalida hanya membalas
dengan senyuman kecil.
“Ida nak balik dululah
kak.Kirimkan salam Ida pada semua.Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.”
Bab 34

L AGU Impian Kasih nyanyian kumpulan nasyid In-Team


bergema di corong radio kereta Honda Prelude yang
dipandu oleh Tengku Syahran.Tiada suara atau kata-kata
yang terluah sejak tadi.Zahlia hanya membisu seribu
bahasa.Yang kedengaran hanyalah suara Tengku Syahran
yang menyanyi-nyanyi kecil mengikut rentak lagu sambil
jari-jemarinya mengetuk-ngetuk stereng kereta.
“Sedap kan lagu ni,
Alia?” bicara Tengku Syahran memecah kesunyian.
“Hmmm…” ringkas
Zahlia menjawab pertanyaan suaminya.Dia tiada mood
untuk bersembang.
“Abang suka lagu
ni.Tambah-tambah part yang chorus tu.Banyak memuji kaum
wanita, mengagungkan wanita terutamanya wanita solehah,
kan?” ujar Tengku Syahran bersungguh-sungguh.
“Hmmm…” Zahlia masih
menjawab acuh tak acuh.
“Lagu ni sesuai untuk
Alia.Abang nak tujukan lagu ni khas untuk Alia.Abang harap
Alia sudi terima lagu ni ikhlas dari abang,” ucap Tengku
Syahran sambil tersenyum riang.
Zahlia tidak menjawab
kali ini.
“Alia tak suka lagu ni?”
soal Tengku Syahran tidak jemu-jemu memancing minat
Zahlia untuk berbicara.
“Hmmm…” Zahlia tetap
seperti tadi.
Tengku Syahran
mengerling sekilas ke arah Zahlia.Wajah lembut itu ditenung
dengan rasa penuh kesabaran demi mengambil hati
isterinya itu.Zahlia berlagak selamba.Seolah-olah tiada apa-
apa yang berlaku.
“Kita nak makan kat
mana ni?” Tengku Syahran cuba mengubah tajuk.
“Ikut abang
ajelah.Abang yang jemput Alia,” jawab Zahlia hambar.
Tengku Syahran
menoleh lagi ke arah isterinya yang seolah-olah tidak
gembira berada di sisinya.Terkumat-kamit bibir Tengku
Syahran beristighfar menahan sabar dengan karenah Zahlia.
“Kenapa ni? Alia macam
tak suka aje keluar makan dengan abang?” lembut tutur
kata Tengku Syahran langsung tidak menyentuh sudut hati
Zahlia.
“Kita makan kat
restoran tu.Ada banyak lauk yang Alia suka, nanti mesti Alia
rasa nak pergi lagi,” ujar Tengku Syahran sambil
menunjukkan restoran makanan yang berdekatan.
Zahlia terus-terusan
membatu.Tidak berminat langsung.
Tengku Syahran
mengeluh.
“Kalau Alia tak nak
makan tak apalah.Cukup sekadar temankan abang makan,
ya?” Tengku Syahran tetap bersuara.
Zahlia tetap diam.Malah
tidak langsung menoleh ke arah restoran yang ditunjukkan.
Tengku Syahran
merasakan kesabarannya mula tercabar.Kebisuan Zahlia kali
ini menimbulkan rasa tidak senang di dalam hatinya.Tengku
Syahran tidak mahu keadaan yang sunyi dan hambar itu
melayari di seluruh ruang antara mereka.
“Alia, kalau tak nak
keluar dengan abang, kenapa tak cakap dari tadi?” suara
Tengku Syahran mulai tegang.
Zahlia bersikap
selamba.Suara itu tidak langsung menerbitkan rasa takut di
dalam hatinya.
Tengku Syahran
mengetap bibir.Dirinya betul-betul tercabar dengan sikap
Zahlia hari itu.Pantas sekali pedal minyak ditekan
kuat.Kereta meluncur laju.Sampai di simpang jalan yang ada
tanda ‘U’,Tengku Syahran memusing stereng dengan kasar
sekali.
Zahlia tersentak dengan
situasi yang sepantas kilat itu.Mujurlah tali pinggang yang
dipakai mengikat tubuhnya dari tercampak ke hadapan.
“Apa ni bang?” marah
Zahlia keras.
Kecut perutnya dengan
kelajuan kereta yang dipandu oleh Tengku Syahran.Lelaki itu
tidak mengendahkan kata-katanya.Terus memecut laju
dengan rasa sebal yang meluap-luap.Perasaan amarah yang
menggelegak tidak dapat disabarkan.

SETENGAH jam kemudian, kereta Honda Prelude sampai di


Sinar Iram semula.Tengku Syahran menghentikan keretanya
betul-betul di hadapan pintu besar rumah kebajikan itu.
Zahlia menelan air
liur.Terasa kelat.Berdebar-debar hatinya melihat lelaki di sisi
yang langsung tidak menoleh ke arahnya.Yang jelas
kelihatan hanyalah wajah lelaki itu yang kelihatan merah
menahan marah.Tiada riak mesra ketika menyambutnya
tadi.
“Abang!” Zahlia menegur
takut-takut.Wajah bengis Tengku Syahran mengundang rasa
gementar.
“Kalau Alia tak sudi nak
temankan abang makan, tak apalah.Alia pergilah sambung
kerja,” suara Tengku Syahran agak kasar.Sedikit pun tidak
menoleh ke arah Zahlia.
Zahlia terasa bersalah.
“Abang, Alia…”
“Keluar…” Tengku
Syahran memotong.
Setitis air mata Zahlia
gugur di pipinya.
“Alia minta maaf.”
“Cukup.Abang dah tak
ada selera nak makan.Kalau hari-hari Alia layan abang
macam ni, biar abang mati lagi senang.”
“Abang!” Zahlia
terperanjat dengan kata-kata Tengku Syahran.
Mendengarkan ayat itu,
hatinya tidak henti-henti meluncurkan perasaan
bersalah.Terlalu berat rasanya mahu memikul ayat itu
sebagai hukuman.Air matanya gugur lagi.
“Keluar Alia.”
“Alia minta maaf bang.”
“Sudah.Selera abang
dah mati.Abang dah tak lalu nak makan.Alia puas hati, kan?
Sekarang keluar.” Tengku Syahran melepaskan ayat bersama
kesedihan yang berbuku di hati.
“Alia tak bermaksud
macam tu! Alia cuma…”
“Cuma apa? Alia nak
makan dengan kawan-kawan Alia? Pergilah! Abang
izinkan.Buatlah apa yang Alia nak buat, ikut suka hati
Alia.Abang izinkan semuanya.Sekarang, abang cuma nak
Alia keluar.” Suara Tengku Syahran sudah pun tersekat-
sekat.Nafas di dadanya sudah tidak menentu.
“Abang… Alia minta maaf
bang.Alia bersalah!”
Zahlia menangis tersedu-
sedan di tempat duduknya.Tengku Syahran tidak langsung
memberi peluang kepadanya untuk memohon maaf.Zahlia
tahu dia bersalah.Dia sedar kesilapannya tadi.Tapi, bukankah
dia sudah memohon maaf?
“Keluar!” suara Tengku
Syahran mula keras.
Berdesir nyaring suara itu
ke segenap urat saraf Zahlia.Betul-betul membuatkan Zahlia
ketakutan.Tubuhnya terangkat.Degupan jantung yang
bergetar sudah lari dari keadaan asal.Air liur yang ditelan
bagaikan payah menyusur ke kerongkong.Bibirnya digigit
demi menahan rasa sebak yang menongkol di dada.
Entah mengapa
kemarahan lelaki itu kali ini amat mengusik nalurinya.Air
mata yang gugur dibiarkan lencun di wajah.Bengkak
matanya tidak mahu difikirkan.Zahlia benar-benar rasa
bersalah.Perasaan yang amat menakutkan Zahlia.
“Abang…”
Zahlia mencapai tangan
lelaki itu.Dia cuba merayu dan berharap pujukan itu dapat
memakan hati Tengku Syahran.Namun, tangannya ditepis
kuat.Zahlia menangis lagi.
“Abang, Alia merayu…”
“Aku cakap keluar…
keluar!!!” tengkingan yang lebih kuat mematikan semangat
Zahlia.
Kali ini tanpa menunggu
lama, Zahlia menolak pintu kereta.Dia melangkah
keluar.Sejurus selepas pintu kereta di tutup, Honda Prelude
itu meluncur pergi.Meninggalkan dirinya yang tidak henti-
henti dihantui rasa bersalah yang teramat.Zahlia terus
menangis.Berlagu-lagu mengiringi sendu yang muncul.
Sementara itu, di dalam
Honda Prelude, tanpa disedari ada air mata hangat yang
menyusur keluar dari mata Tengku Syahran.Jiwa lelakinya
amat sebak.Rasa sebak yang terlalu menggigit perasaan
seterusnya menjadikan Tengku Syahran seorang yang
sensitif tiba-tiba.
Tengku Syahran gagal
membendung kesabarannya lagi.Dia turut mempunyai
batasan ego seorang suami yang perlu dijaga.Sampai bila
dia harus kalah dengan kuasa cinta isterinya? Hanya
menerima semua kesalahan isteri dengan kata-kata maaf?
Dia juga seorang lelaki yang punya perasaan.Masih
mengharap kasih seorang isteri yang amat disayangi.Sukar
sangatkah? Walaupun diakui dia hampir termakan dengan
pujuk rayu wanita itu tadi!
Sungguh! Dia benar-benar
tersentuh hati melihat air mata wanita kesayangannya
gugur.Kalau boleh dia ingin suara pujukan wanita itu
bergema menemani tidurnya.Tetapi, semua itu hanya
impiannya yang mustahil.Tengku Syahran gagal merebut hati
wanita itu.Hati yang terlalu keras untuk dilembutkan.
Tengku Syahran menyeka
air matanya dengan tapak tangan.Lencun air itu membasahi
pipi tidak dihiraukan mengalir dan menitis ke baju kemeja
yang dipakai.Sesungguhnya itulah kali pertama dia benar-
benar tersentuh dengan sikap isterinya.
Zahlia tidak pernah mahu
memberi peluang untuknya menunjukkan rasa cinta
kasihnya yang tulus.Jika beginilah ujian yang perlu dilalui
untuk memiliki wanita itu, Tengku Syahran merasakan
dirinya telah tewas.Egonya yang sudah lama disimpan patut
dipamerkan semula.Dia tidak boleh kalah lagi.

Tengku Syahran terus


memandu keretanya ke destinasi tanpa tujuan.Laju
keretanya dipandu membawa sekali jiwanya yang
lara.Tengku Syahran menangis pilu.Tangisan yang berselirat
dengan rasa kecewa dan sengsara yang menyucuk ulu
hati.Tengku Syahran terus kalah dengan perasaannya.
Bab 35

K EPULANGAN Zahlia dari tempat kerja petang itu tidak


disambut seperti selalu.Suasana begitu dingin.Selalunya,
Tengku Syahran akan mengusik dan bergurau dengan Zahlia.
Hari itu, segala-galanya
berubah.Wajah ceria Tengku Syahran tidak lagi
menyambutnya di muka pintu.Dia hanya melemparkan
wajah murung tanpa sedikitpun memandang Zahlia.
Zahlia tertunduk di atas
katil.Gerak-geri Tengku Syahran yang terbaring lesu di atas
kerusi panjang menyerbu rasa kebimbangan.Zahlia tahu
suaminya itu masih marah.Zahlia sendiri rasa menyesal
dengan sikapnya tadi.Benteng ego yang dibina untuk
menyekat cinta lelaki itu rupa-rupanya gagal berdiri
lama.Kini rasa cinta lelaki itu telah berjaya meresap ke
jiwanya lalu melunturkan tembok keegoannya.
Zahlia sedar akhirnya
hati wanitanya turut memerlukan kasih sayang seorang
lelaki itu.Tengoklah tadi, betapa sengsara dirinya
ditinggalkan lelaki itu dengan perasaan bersalah yang
menikam jiwa.Terlalu seksa dia mengenangkan kembali
kemarahan Tengku Syahran yang kuat menjerut dahan
jantungnya.
Azan Maghrib yang
berkumandang merungkaikan suasana hening yang setia
menemani kedua-dua insan di dalam bilik
itu.Bergelimpangan jatuh segala isi hati Zahlia yang
melayang-layang di dalam lembaran rahsia hatinya sekejap
tadi.
Lemah kakinya menapak
ke bilik air dengan air mata yang ingin tumpah.Derita
perasaan yang ditanggung dipujuk sendiri.Tidak diduga
kolam matanya pecah juga akibat sarat dengan air
mata.Laju kakinya meninggalkan lelaki itu.Tidak sanggup
melihat wajah Tengku Syahran yang sedang berkecil hati
dengan sikapnya tadi.
Zahlia keluar dari bilik air
setelah selesai membersihkan diri.Tengku Syahran pula
menyusul untuk mengambil wuduk.Ketika lelaki itu keluar,
Zahlia sudah pun membentangkan sejadah dan sedang
menantinya untuk berjemaah.
Tengku Syahran tidak
bersuara.Hanya mengimamkan solat Maghrib seperti
biasa.Selesai berdoa, Zahlia duduk menghadap Tengku
Syahran yang masih berwajah sugul.Tangan suaminya
dicapai dan dikucup.Seperti selalu pasti satu kucupan lembut
akan singgah di dahi dan pipi Zahlia.Tetapi, hari itu kucupan
tidak langsung menyapa wajah Zahlia.Yang memedihkan
Zahlia, wajahnya tidak dipandang langsung walau sejenak.
Tengku Syahran
menarik tangannya semula.Wajah Zahlia tidak ingin
dipandang dan direnung lagi.Marahnya masih
berbaki.Kelembutan Zahlia sewaktu menarik tangannya tadi
tidak berjaya melemahkan perasaan amarah yang
berbara.Kalau pun dia sedar suatu hari nanti dia pasti kalah
bila berhadapan dengan wanita itu, untuk hari ini biarlah dia
melayani perasaan sedihnya sendiri.Dia ingin melihat sejauh
mana kesungguhan Zahlia memujuk hatinya.
Tengku Syahran ingin
berlalu namun tangan kasarnya direnggut lembut.Jasadnya
terikat di situ.Halusnya tapak tangan itu seakan meresapi ke
sanubari.Namun tangan itu tidak dibiarkan lama bergayut di
tangannya.Pantas ditepis tangan halus yang ingin
menyimpul jari-jemarinya.
Zahlia tidak berputus
asa.Sekali lagi pergelangan tangan Tengku Syahran
disambar.Dirinya yang sejak tadi duduk membungkam di
atas sejadah, mulai bingkas.Dia berdiri berhadapan dengan
Tengku Syahran.
“Abang janganlah
macam ni! Alia sedar salah Alia tapi jangan hukum Alia
dengan berperangai begini,” ujar Zahlia lembut memegang
kedua-dua pergelangan tangan suaminya.
Zahlia merenung wajah
Tengku Syahran dengan hati yang sebak.Dinginnya riak
wajah Tengku Syahran membangkitkan naluri
kesedihan.Bagaikan turut mengerti, dengan sendiri air mata
Zahlia merembes keluar.Berair kedua-dua belah pipinya.
“Alia takut kalau abang
betul-betul tinggalkan Alia sebelum memaafkan Alia! Alia tak
mahu menanggung dosa yang besar seumur hidup.”
Tersangkut-sangkut Zahlia berkata bersama air mata yang
semakin berjuraian.
Tengku Syahran masih
tenang.Dasar perempuan! Asyik-asyik air mata! Rungutnya
dalam diam.
“Abang, maafkanlah
Alia.Alia berdosa! Alia berjanji Alia takkan buat
lagi.Hukumlah Alia! Pukullah Alia! Tapi tolong jangan seksa
jiwa Alia dengan tindakan berdiam diri abang tu.Alia risau
kata-kata abang tengah hari tadi betul-betul terjadi,” pujuk
Zahlia sambil menangis tersedu-sedan.
“Memang itu yang Alia
nak, kan? Bila abang dah mati, Alia tak perlu terikat dengan
apa-apa lagi.Alia bebas nak buat semua perkara ikut suka
hati Alia.Jadi, kenapa nak merayu-rayu pada abang lagi?
Cukuplah abang dah bosan mendengarnya.” Suara Tengku
Syahran akhirnya kedengaran.
Zahlia menggeleng.
“Alia tak pernah
terniat macam tu.Sampai hati abang tuduh Alia yang bukan-
bukan.”
“Habis, Alia buat
abang terseksa tak apa? Alia tak menjawab setiap
pertanyaan abang pun tak apa?” Tengku Syahran
melepaskan kesedihan.Tangannya ditarik kasar.
Zahlia menangis
pilu.Telekung yang dipakai, ditarik keluar perlahan-lahan.
“Itu Alia akui memang
salah Alia.Sebab tu Alia nak minta maaf.Tapi, hukuman
abang pada Alia macam kesalahan Alia terlalu berat!”
“Ohh… dah pandai
nak mengajar abang bagaimana nak menghukum? Jadi, cara
abang ni salahlah? Alia ajelah yang betul? Alia tau tak
betapa seksa abang menahan sabar dengan setiap
perbuatan Alia dari dulu.
Hari-hari abang
berdoa agar hati Alia lembut untuk menerima abang.Rupa-
rupanya ini balasan yang abang dapat dari kelembutan
abang.Mungkin keimanan abang belum cukup untuk ALLAH
jadikan sebab sebelum memakbulkan doa abang.Atau Alia
sendiri yang sebenarnya yang sengaja menyeksa jiwa
abang,” ujar Tengku Syahran mengalihkan pandangan ke
arah lain.
“Alia takut jatuh cinta
pada abang.Sebab tulah Alia layan abang macam tu,”
beritahu Zahlia jujur.
Tengku Syahran
merenung wajah itu semula.Melawan pandang mata wanita
itu yang masih berair.Tiba-tiba satu keluhan keluar dari
bibirnya.
“Kenapa mesti seksa
diri sendiri? Alia bukan aje menghukum diri Alia sendiri tapi
jugak menghukum perasaan abang! Sudahlah.Alia takut
jatuh cinta, kan? Okay, fine! Abang akan halang perasaan
Alia dari jatuh cinta pada abang mulai sekarang.Lepas ni,
abang takkan ganggu hidup Alia lagi.Kita akan teruskan
ikatan ni sampai segala-galanya selesai.Atau Alia nak abang
selesaikan sekarang jugak? Kalau nak, jom kita cari saksi.”
Tengku Syahran berkata pilu.Satu pengucapan yang tidak
ikhlas lahir dari hati.
Keputusan itu hanya
menambahkan lagi kesayuan di hati Zahlia.Kasih sayang
lelaki itu lenyap tiba-tiba.Semua kerana keegoannya!
Dengan lemah Zahlia melutut di hadapan Tengku
Syahran.Dia rela mengalah dari terus berperang dengan
perasaan bersalah pada suami sendiri.Biarlah egonya punah
kalau dengan cara itu,api kemarahan Tengku Syahran akan
berjaya dipadamkan.
“Abang…”
“Kenapa? Bukankah
itu sebenarnya yang Alia nak! Buat apa nak melutut di
hadapan abang?”
“Abang, hukumlah Alia
dengan cara lain.Tolong jangan hukum Alia dengan
keputusan abang tadi.Alia mengaku, Alia bersalah.Alia
berdosa sejak kita bernikah lagi.Tolong bang, jangan
seksakan lagi hati Alia.Alia rela abang sakiti tubuh
Alia.Abang pukullah Alia sekuat mana pun.Tapi, jangan sakiti
hati Alia dengan kata-kata abang tadi. Alia merayu.” Zahlia
semakin tersedu-sedan.
Tengku Syahran
mendengus kecil.Tangannya mengurut dahi dengan mata
terpejam.Gelisahnya hati mendengar rayuan wanita
itu.Tetapi, dia tidak harus mengalah.Persetankan dengan
pujuk rayu isteri kau Syah! Dia nak peralatkan kau! Kata-
kata itu menghasut.
Tengku Syahran perlu
mengajar Zahlia.Ya, wanita itu perlu diajar berkenaan kasih
sayang!
“Semua ni kehendak
Alia sendiri! Abang takkan ganggu hidup Alia lagi.Mungkin ini
yang Alia mahu.” Tengku Syahran membalas.
“Habis, mana janji
abang nak menunggu hati Alia terbuka untuk abang? Abang
tipu! Bila hati Alia dah mula menyayangi abang, abang main-
mainkan perasaan Alia.Sebab tu Alia tak mahu jatuh
cinta.Alia dah agak, semua lelaki sama!” marah Zahlia kuat
bersama tangisan.
Tengku Syahran tidak
mengendahkan kata-kata itu.Dia terus berlalu membiarkan
wanita itu dengan air matanya.
Malam itu, Zahlia
terlena bertemankan air mata.Tidurnya diselangi sedu-sedan
yang berlagu-lagu.Hukuman Tengku Syahran bagaikan mimpi
ngeri.Namun, Zahlia belum pasrah.Hatinya masih kuat untuk
mencari jalan membuka hati lelaki itu semula.Dia yakin,
lelaki itu pasti pulang kepadanya!

HARI itu Zahlia tidak mengajar.Dia telah memohon


cuti.Matanya bengkak.Ada teman-temannya yang bertanya
tetapi Zahlia nekad mendiamkan diri.Dia melangkah ke
Proton Wiranya selepas memohon cuti dari Puan
Hajah.Zahlia berharap dia akan dapat memujuk suaminya
nanti.Biarlah berapa lama pun dia menghambakan diri
asalkan lelaki itu sudi memaafkannya.
Zahlia
melemparkan barang-barangnya ke tempat duduk
belakang.Kemudian, kakinya melangkah ke tempat
memandu.Ketika jari-jemarinya baru hendak memegang
tempat pembuka pintu, dirinya ditegur oleh suara seorang
lelaki…
Zahlia
menoleh.Wajah lelaki yang seakan-akan mirip melayu itu
sedang tersenyum ke arahnya.Zahlia tidak jadi membuka
pintu.Berdiri menghadap lelaki itu dengan tanda tanya.
“Saya kenal
saudara?” soal Zahlia pelik.
Suaranya yang
serak akibat terlalu banyak menangis itu dibiarkan
terluah.Bengkak di matanya tidak langsung
disorokkan.Hanya merelakan segala-galanya didengar dan
dilihat oleh lelaki yang tidak dikenali itu.
“Maaf
mengganggu.Saya Bernard,” ujar lelaki itu dengan tangan
kanan dihulur ke arah Zahlia.
Zahlia
mengangguk.
“Maaf! Saya tak
dapat nak sambut salam saudara.” Zahlia berkata jujur.
“Oh, saya
faham.Boleh saya ambil masa Cik…”
“Alia!”
“Haa, Cik Alia?”
“Saya dah
bersuami.”
“Ohh, saya nak
curi sedikit masa Puan Alia sebentar, boleh?”
“Untuk apa?
Bagaimana saya nak tau saudara ni orang yang bercakap
jujur?” soal Zahlia selamba.
“Kita bercakap di
sini,” jawab Bernard tenang.
Zahlia terdiam
sejenak.Akhirnya dia mengangguk.
“Saya nak minta
bantuan Puan Alia berkenaan dengan sesuatu yang agak
rumit bagi saya,” ujar lelaki itu ketika mereka melabuhkan
punggung di sebuah tempat yang dikhaskan untuk
berbincang.
“Panggil saya Alia
cukup.Dan saudara, saya kena panggil?”
“Ben.”
“Okey, Encik
Ben.”
“Ben,call me
Ben!”
“Okey, Ben.Apa
yang Ben mahu saya tolong?” tanya Zahlia mulai senang
dengan bahasa sopan lelaki itu yang tidak diketahui
bangsanya itu.
“Saya… nak
masuk Islam.Kalau Alia boleh tolong, saya nak minta Alia
ajarkan saya tentang hukum-hakam Islam.” Bernard berkata
lembut.
Namun, Zahlia
sedikit terpana dengan ucapan yang kedengaran luhur
menampar gegendang telinganya.Wajah lelaki itu ditatap
sekejap mencari sepalit sinar kejujuran.
“Saya tak salah
dengar, kan?” soal Zahlia serius.
Bernard ketawa
kecil.Kepalanya digeleng.
“Saya sungguh-
sungguh Alia.Saya serius nak masuk Islam dan saya
berharap Alia sudi membimbing saya,” ujar Bernard lagi.
Zahlia terdiam.
“Boleh saya tanya
sesuatu?” tanya Zahlia masih ragu-ragu.
“Go ahead.”
“Kenapa awak
pilih saya? Macam mana awak boleh ke sini mencari saya
tiba-tiba?”
“Kalau saya kata
dari musuh Alia, Alia percaya tak?” Bernard berkata beria-ia.
“Siapa?”
“Linda!!”
“Linda?” Zahlia
sedikit terkejut.
“Saya dah agak
Alia mesti terkejut.Tapi, jangan risau.Saya datang ni sebagai
kawan bukan sebagai musuh.Hal ni tak ada kena-mengena
dengan Linda,” beritahu Bernard.
“How do I know?”
“Trust me!”
“Tapi,kenapa
saya?”
“Sebab saya
yakin dengan Alia.Dulu, saya pernah luahkan hasrat saya
untuk memeluk Islam pada Linda tapi dia macam tak
menggalakkan saya masuk Islam.Saya rasa pelik.Sepatutnya
seorang Islam amat mengalu-alukan kedatangan orang
baru.Sebab tu saya cari Alia,” pinta Bernard masih tepat
memandang wajah Zahlia.
“Saya bukan tak
mahu membantu Ben tapi saya masih ragu-ragu.Kenapa
mesti saya yang Ben pilih? Banyak orang lain di luar yang
Ben boleh cari… but why me?” Zahlia melepaskan tanda
tanya yang bergelimpangan di lubuk hati.
“Sewaktu saya
keluar makan dengan Linda dulu, saya pernah ternampak
Alia bersama rakan-rakan.Kali pertama mata saya terlihat
Alia, hati saya dah tertarik.Maksud saya dari air muka Alia,
saya dapat rasakan Alia punya sense yang memberi
kesimpulan di benak saya bahawa Alia orang yang saya cari
sebagai kawan.Bila saya dengar Linda marah-marah, saya
tertanya-tanya di dalam hati apa kesalahan Alia? Lalu saya
tinggalkan dia sendirian.Saya tak mahu berkawan
dengannya lagi.Dia tak sesuai untuk saya… mungkin itu
petunjuk ALLAH.”
Kata-kata Bernard
kali ini amat menyentuh hati Zahlia.Betapa besar kekuasaan
ALLAH terhadap makhluk-NYA sehingga insan yang
dilahirkan dari agama berlainan amat tertarik dengan Islam.
“Alia sudi bantu
saya?” soal Bernard sekali lagi.
Kali ini barulah
Zahlia mengangguk.
“InsyaALLAH
setakat yang saya mampu.Tapi, Ben tak boleh bercakap ikut
sedap mulut, yang penting hati,” ujar Zahlia.
“Saya tau.Saya
dah bersedia Alia.”
“Esok, saya bawa
Ben ke pejabat agama.Sebelum masuk Islam, Ben perlu
mempelajari rukun-rukun dan perkara-perkara asas.Saya tak
mahu di sudut hati Ben suatu hari nanti, tercetus rasa
menyesal.” Zahlia berkata lagi.
“Saya yakin Alia,”
ucap Bernard sambil tersenyum lega.
“Alia!!!” jeritan
seorang perempuan sayup-sayup menyentakkan mereka.
Pandangan Zahlia
bertukar ke tempat itu.Begitu juga Bernard.Kelihatan
Fatimah tercungap-cungap sedang berlari-lari anak ke
arahnya.Zahlia mengerutkan dahi.Bernard hanya diam
memerhatikan tubuh wanita yang manis bertudung yang
semakin menghampiri mereka.
“Kenapa Imah?”
tanya Zahlia cemas.
“Razif… Alia…
Razif…” Fatimah bersuara tidak tentu arah.
“Kenapa dengan
Razif?” Zahlia tidak sabar ingin tahu.
“Razif pengsan
dekat toilet.”
“Ya ALLAH! Macam
mana boleh berlaku ni?”
“Aku tak tau.Tapi,
ada budak beritahu dia terbaring dekat toilet.Macam mana
ni Alia? Tak ada siapa sekarang ni! Siapa nak tolong
angkatkan Razif?”
Fatimah kelam-
kabut.Apa yang harus dibuat? Setitis air jernih dibiarkan
mengalir di pipinya yang basah.Pemandangan yang kabur
membuatkan Fatimah segera menyapu air mata yang
mengganggu penglihatannya.
Bernard
memandang wanita yang tidak dikenali itu dengan rasa
sayu.Wajah yang pernah dilihatnya bersama-sama Zahlia
suatu waktu dahulu semakin jelas di matanya.
“Sabar dulu Imah!
Kita cari jalan.” Zahlia berlagak tenang.
Namun hatinya
turut berasa kepiluan dari berita itu.Razif teman kesayangan
rupa-rupanya masih menanggung kesakitan penyakitnya.
“Alia, biar saya
tolong.” Suara Bernard memecah kekusutan.
Fatimah dan
Zahlia berpandangan.
“Siapa ni Alia?”
tanya Fatimah.
“Oh, lupa aku
kenalkan.Ni, Bernard! Nanti aku ceritakan pada kau.Ben… ni
Fatimah, kawan saya,” beritahu Zahlia.
Fatimah dan
Bernard hanya sempat bertukar senyuman.
“Cepatlah! Saya
tolong,” ujar Bernard lembut.
Fatimah dan
Zahlia berpandangan sekali lagi dan segera mengangguk.
Bab 36

R AZIF tersenyum apabila ternampak kelibat Zahlia masuk


ke dalam bilik.Dia duduk di atas katil sehingga wanita itu
menghampiri.
“Assalamualaikum.” Zahlia
meletakkan buah tangan di hujung katil.
“Waalaikumussalam.Mana
yang lain? Takkan kau seorang aje.”
“Yang lain sibuk hari ni.Aku pun
singgah sekejap aje.Aku ada hal.” Zahlia melabuhkan
punggung di sebuah kerusi.
“Kalau sibuk, lain
kali tak payahlah susah-susahkan diri.” Razif berkata
tenang.Zahlia tahu Razif tersentuh dengan kata-katanya
tadi.
“Razif aku tak
bermaksud macam tu.Sebenarnya Imah pun datang tadi,
tapi Puan Hajah minta tolong dia gantikan Hanim.Hanim
demam,” jawab Zahlia memujuk Razif.
“Habis, kenapa kau
tak boleh lama? Aku bosanlah duduk sini, Alia!”
“Aku ada hal dengan
suami aku.” Zahlia berbohong.Sebenarnya dia ingin pulang
awal sebelum suaminya.Dia mahu memujuk suaminya lagi.
“Aku cemburukan
suami kau, Alia.Dia beruntung memiliki kau.”
Zahlia mengetap
bibir.Memaksa diri mengukir senyuman.
“Rawatan kau
bagaimana? Kau rasa sihat?” Zahlia mengubah tajuk.
Razif mengangguk.
“Aku rasa lebih sihat
dari dulu.By the way, kau tolong ucapkan terima kasih aku
pada… siapa lelaki cina tu?”
“Nama lamanya
Bernard.Nama barunya Ahmad Adam.”
“Maksud kau?”
“Dia dah masuk
Islam dua hari lepas.”
Razif hampir
terkejut.Wajah pucatnya kelihatan tersentak sedikit.
“Alhamdulillah.”
Akhirnya dia melafazkan perkataan itu.
“Okeylah Razif.Aku
nak balik dulu.InsyaALLAH aku jenguk kau lagi.”
“Kirimkan salam aku
pada suami kau.”
Zahlia bingkas.
“Bila kau nak
kenalkan suami kau pada aku? Dah lebih lima bulan kau
kahwin.Aku tak pernah kenal dia.”
Zahlia berfikir
sejenak.
“Aku akan kenalkan
dia.Tapi bukan di sini tempatnya… aku akan tunggu bila kau
betul-betul dah sihat nanti.” Ujar Zahlia.
“Okeylah, aku balik
dulu.Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.

ZAHLIA tersenyum melihat Tengku Syahran masuk ke dalam
bilik.Tanpa menoleh ke arah Zahlia,Tengku Syahran
melabuhkan punggungnya di atas kerusi.Wajahnya begitu
serius.Zahlia memberanikan diri untuk menegurnya.
“Abang penat? Alia
urutkan abang ya?”
“Tak usah.Aku tak
perlukan perempuan seperti kau untuk mengurut aku!”
Zahlia terdiam.Kaku
tertunduk ke bawah.Lelaki itu masih berkecil hati
dengannya.Ah, silap aku!
Zahlia memujuk
hatinya.Dia perlu kuatkan semangat.
“Abang dah makan?
Kita makan sama-sama nak?” Zahlia duduk di sisi Tengku
Syahran.
“Kau nak makan
dengan aku? Tak payahlah Alia.Selera aku akan mati bila
menghadap muka kau.” Tengku Syahran membalas
santai.Cukup membuatkan Zahlia terasa hati.Tetapi wanita
itu hanya menutup mulut.Tidak mahu membalas.
“Abang masih
marahkan Alia? Abang belum memaafkan Alia lagi?” soal
Zahlia dengan suara yang lunak dan lembut.Tidak cepat
berputus asa memujuk suaminya.
Namun Tengku
Syahran hanya mendengus.
“Untuk apa? Untuk
memudahkan kau menyakitkan hati aku lagi? Tak puas-puas
lagi dengan setiap tindakan kau? Cukuplah Alia… jangan sia-
siakan air liur kau tu!” balas Tengku Syahran tanpa sedikit
pun menoleh ke arah Zahlia.
“Abang janganlah
dera perasaan Alia.Alia ikhlas meminta ampun dari
abang.Maafkan Alia, ya?” Zahlia mencapai tangan lelaki itu.
“Dah.Benci aku
mendengarnya.Setiap hari aku bersabar dengan perangai
kau tapi apa yang aku dapat? Seorang isteri yang hanya
mementingkan diri sendiri! Kau ego Alia.Aku benci
perempuan macam kau!” Tengku Syahran bangun.Ingin
melangkah keluar.
“Sekelip mata cinta
abang berubah.Abang tak bersungguh-sungguh dalam
meluahkan cinta.Abang cepat mengalah.” Zahlia bersuara
kuat tiba-tiba.Geram juga kata-kata maafnya tidak
dipedulikan.
“Itu yang sebenarnya
kau mahu, kan? Takut jatuh cinta konon! Aku takkan ganggu
kau lagi! Dan aku tak ingin kau mengganggu aku lagi!”
Tengku Syahran melenting.Zahlia sudah pandai membalas
setiap bicaranya.
“Bukan itu maksud
Alia, bang.Alia tak mahu bagi abang harapan.Alia anak luar
nikah.Alia tak mahu rosakkan keturunan abang dengan
perkahwinan ni!”
“Ah, jangan jadikan
itu sebagai alasan.Sebetulnya kau memang mahu
menyakitkan hati aku.Sia-sia aku menyayangi kau kalau ini
yang kau balas.”
“Abang!” Zahlia
menghampiri lagi.Suaranya lebih lembut dari tadi.Manja
menyapa telinga Tengku Syahran.
“Memang silap Alia
melayan abang sebegitu.Alia dah sedar.Tapi, tolonglah bagi
Alia masa untuk berubah.Alia akan cuba jadi isteri yang
baik.Abang pimpinlah Alia.” Sambung Zahlia.
Dia memeluk tubuh
Tengku Syahran.Terasa hangat pelukannya walaupun Tengku
Syahran kaku dan dingin sekali.
“Maafkanlah Alia.”
Zahlia berbisik perlahan.
Tengku Syahran
menolak tubuh itu.
“Tak payah
mengaburi mata aku dengan kelembutan kau.Aku dah bosan
dengan sifat pura-pura kau selama ini.”
Zahlia
terdiam.Sampainya hati lelaki itu berkata begitu.
“Aku tak nak tengok
muka kau mengganggu aku lagi.” Tengku Syahran
melangkah keluar dari bilik itu.
Zahlia cuba
menyabarkan hatinya.Tengku Syahran sedang menghukum
dirinya.Dia sedar akan hal itu.Dia harus redha.Alia akan
berusaha memujuk abang, desisnya di dalam hati.
Zahlia mencapai
tudung.Dia turun ke ruang tamu.Tengku Syahran tiada di
situ.Zahlia mengintai di dapur.Kelibat lelaki itu tetap tiada.
Zahlia ternampak
Tengku Hafizah sedang melintasi ruang tamu.
“Fiza, nampak angah
tak?” tanya Zahlia lembut.
“Haa… dia duduk kat
tepi taman.Kak Alia pergilah.Dia tengah duduk sorang-
sorang tu.Tadi, Fiza nak temankan, dia kata tak payah! Muka
nampak macam tengah tak ada mood aje.”
Zahlia
mengangguk.Dia melangkah keluar.Menghampiri lelaki yang
keseorangan melayani perasaannya.Zahlia menuju ke situ
dan terus merangkul leher suaminya.
“Abang, janganlah
hukum Alia lagi.Alia akan ikut cakap abang selepas ni.Abang
cakap aje apa yang patut Alia lakukan, Alia akan turut.Tapi…
tolong maafkan Alia!” Zahlia berbisik dekat telinga lelaki itu.
Terasa panas nafas
Zahlia menampar cuping telinganya.Mata Tengku Syahran
sedang merenung pancutan air buatan manusia berhadapan
meja berukir itu.
“Alia ingat lagi, abang
pernah cakap yang abang akan tunggu sampai Alia
menyayangi abang.Takkan cepat sangat abang berputus
asa.” Zahlia cuba memancing.
Tengku Syahran
merengus.Bosan diperlakukan begitu.
“Alia minta
ampun.Abang ampunkan Alia,ya?” sambung Zahlia lagi.
“Sudah! Aku kata
jangan ganggu aku lagi!” tangan yang melingkari leher
Tengku Syahran ditarik kasar.Tengku Syahran bangun dan
terus meninggalkan Zahlia.
Zahlia berasa pilu.Dia
mengeluh kecil.Dia yakin yang dia perlu berbuat sesuatu.

ZAHLIA menghentikan keretanya betul-betul di hadapan


pintu pagar rumah Adli.Dia mengesat air mata yang
menemaninya sepanjang perjalanan.Dia membetulkan
tudung yang tersangkut dan menutup sebahagian
kepalanya.Dia keluar dan menekan loceng rumah itu berkali-
kali.
Semalam, selepas
Tengku Syahran meninggalkannya sendirian di taman mini
itu, Zahlia hampir mahu melupakan niatnya untuk memujuk
lelaki itu.Namun, dia teringatkan Anissa tiba-tiba.Mungkin
Anissa akan dapat membantunya meringankan beban itu.
Zahlia menarik
nafas.Dia menekan punat loceng rumah itu sekali lagi.Dalam
waktu yang sama, dia ternampak kelibat Anissa keluar dari
rumah menuju ke pintu pagar.
“Alia…” Anissa
tersenyum.
“Masuklah.”
Zahlia mengikut.Dia
duduk di kerusi yang terhias di ruang tamu sambil menanti
Anissa yang sedang membuat air di dapur.Tidak berapa lama
kemudian, Anissa muncul bersama dulang di tangan.
“Kenapa muram dari
tadi? Alia ada masalah?” tegur Anissa sambil menuang air
sirap ke dalam gelas.
Zahlia terdiam.Masih
berkira-kira untuk menceritakan hal itu atau tidak.
Anissa duduk di
sisinya.
“Ada problem dengan
Syah?” teka Anissa.
Zahlia mula
mengangguk.
“Salah saya,” jawab
Zahlia perlahan.
“Kenapa?”
“Saya kecilkan hati
dia.”
Anissa
terdiam.Mengeluh kecil.
“Alia sedar tak ia
merupakan satu dosa bagi seorang isteri?” soal Anissa.
Zahlia mengangguk
lemah.
“Habis, kenapa buat
begitu?”
“Saya tak sedar
bagaimana Syah betul-betul marah dengan tindakan saya
hari tu.Dah beberapa hari dia tak tegur saya.Saya takut,
Anis! Saya isterinya.Kalau dia tak maafkan saya, saya akan
berdosa sepanjang hayat.” Suara Zahlia tersangkut-sangkut
bersama sendunya.
“Alia dah cuba minta
maaf pada dia?”
“Setiap hari.Tapi, dia
tetap macam tu.Bercakap pun dah tak macam dulu.”
Anissa menggigit
bibir.Berbelas juga hatinya melihat wajah Zahlia yang sudah
kuyup.Tetapi, dia tidak tahu bagaimana mahu membantu.
“Alia mahu saya
beritahu pada Adli? Mungkin Adli boleh tolong.”
“Please jangan! Saya
cuma perlukan seseorang untuk meringankan beban fikiran
saya.Saya buntu sekarang ni.”
Anissa meneguk air
sirap di hadapannya.
“Saya tak tau
bagaimana nak bantu.”
“Cukuplah sekadar
tolong menjadi pendengar, saya akan cuba selesaikan
masalah yang berpunca dari saya sendiri,” jawab Zahlia.
Suasana kembali
menyepi.Zahlia tertunduk.
“Syah dah pernah
kecewa dengan perasaannya dulu.Alia tolonglah jangan
mensia-siakan perasaan sayang dia tu.”
Zahlia mengangkat
wajah.Mengerutkan dahi mendengar ucapan Anissa.
“Dia pernah kecewa?”
“Perkara tu dah lama
berlaku.Dia terlalu sayangkan perempuan tu.Sampaikan
masa dia bernikah dengan Alia pun, sayangnya masih belum
pudar untuk perempuan tu.”
Zahlia leka mendengar
cerita tersebut.Ini bermakna betullah apa yang pernah
Hazwin cakapkan dahulu?
“Tapi, sampai sekarang
saya dan Adli pelik sungguh dengan Syah.Sebelum
berkahwin, dia yang beria-ia takkan jatuh cinta pada Alia.At
last, dia kalah jugak! Kami tak tau ubat apa yang Alia bagi
sampaikan dia boleh angau macam tu sekali.” Anissa
berterus terang lagi.
Zahlia terdiam.Sedikit
cemburu sebenarnya.Siapa perempuan itu? Dia ingin
bertanya tetapi malu.
“Jangan kecewakan dia,
Alia.Sekali dia jatuh cinta, selamanya dia akan
sayang.Tengoklah kisahnya dengan Nazirah,” ujar Anissa
lagi.
Oh, nama perempuan tu
Nazirah! Hmm… macam pernah dengar.Bila? Zahlia cuba
mengingati dirinya.Tetapi sungguh, Zahlia terlupa!
“Kemalangan tulah
yang membuatkan Syah menderita sungguh-sungguh.Saya
dapat lihat yang dia betul-betul rasa kehilangan bila dia
menangis tak henti-henti disebabkan kehilangan Nazirah dari
hidupnya.Sehinggalah Alia muncul, dan dia jatuh cinta
selepas beberapa bulan berkahwin dengan Alia.Is that
amazing story? Alia boleh ubati penyakit cinta Syah dengan
sendiri,” ujar Anissa.
Zahlia terasa cemburunya
hilang.Simpatinya mengingatkan perasaan lelaki itu yang
tidak pernah dipedulikan.Zahlia menghela nafas.
“Saya sayangkan Syah,
Anis! Saya dah tak boleh menafikan perasaan tu.Tapi, kalau
dia terus-terusan menghukum saya macam ni, saya takut
perasaan tu akan bertukar.” Zahlia bersuara setelah lama
mendiamkan diri.Benarkah pernyataan ini? Zahlia sendiri
masih keliru.
Anissa tersenyum
mendengar penjelasan itu.Zahlia mengaku juga
akhirnya.Anissa terasa lega.Sekurang-kurangnya dia tahu
Tengku Syahran tidak bertepuk sebelah tangan.
“Pujuklah dia Alia! Tak
mungkin rajuknya berpanjangan.Dia bukan macam kita,
perempuan yang tak boleh tersentap sikit.Lagipun, he loves
you so much.It’s not a big deal.”
“Saya akan cuba
walaupun dia betul-betul marah dengan perbuatan saya.”
“Jangan berputus
asa.Terus berusaha.Saya akan bantu Alia dari belakang.”
“Tolong jangan ceritakan
hal ni pada Adli.Saya tak mahu sesiapa tahu kecuali Anis
seorang.”
Anissa mengangguk.
“Tapi, kalau dah
terdesak, saya tak ada jalan lain.Terpaksa.” Anissa
mengingatkan Zahlia kemungkinan itu.
Zahlia tersenyum dan
mengangguk.
Bab 37

T ENGKU SYAHRAN melemparkan fail-fail yang dipegang ke


atas meja.Kertas-kertas kerja yang bertaburan di sekitar
lantai dibiarkan menghiasi biliknya yang sememangnya
berserabut.Kerutan di dahi menunjukkan otaknya yang
sedang bingung ketika itu.Satu kerja yang dilakukan tidak
langsung menarik perhatian.Asyik-asyik wajah Zahlia yang
muncul dalam fikiran.Ditoleh ke kanan, Zahlia sedang
tersenyum.Ditoleh ke kiri, Zahlia sedang ketawa.Ah, segala-
galanya rumit mengganggu ingatan!
Tengku Syahran
menyandarkan tubuh ke kerusi.Termenung lagi! Itulah rutin
hariannya sejak dia cuba melupakan Zahlia.Namun, dia tidak
berjaya.Kekerapan wajah Zahlia muncul dalam ingatannya
semakin menjadi-jadi mengganggu hidupnya.
Tengku Syahran
mengeluh.Sudah tiga bulan hubungannya dengan Zahlia
hambar dan dingin.Tiada lagi gurauan yang selalu lahir dari
bibirnya untuk mengusik wanita itu.Semuanya hanya
kesepian yang melayari setiap ruang antara dia dan Zahlia.
Tengku Syahran akui
Zahlia masih belum berputus asa memujuknya di mana-
mana.Tidak kiralah dia sedang bekerja atau di
rumah.Sekiranya dia di pejabat pasti ada sahaja bungkusan
yang dihantar.Jika dia di rumah, Zahlia akan merayunya
selepas solat berjemaah.Namun, Tengku Syahran sengaja
mencipta ego antara mereka.
Dia gembira apabila
Zahlia menantinya pulang setiap hari.Kadangkala sampai
tertidur di kerusi panjang.Kalau boleh Tengku Syahran mahu
perkara itu menjadi kebiasaan bagi wanita itu.Dia hanya
mahu wajah wanita itu yang datang kepadanya ketika dia
sedang keletihan seharian di pejabat.Sesungguhnya Tengku
Syahran masih menyayangi wanita itu!
Tiba-tiba pintu biliknya
terkuak.TengkuSyahran mendongak.Kelihatan Adli terpacul di
situ.Tengku Syahran menjatuhkan kepalanya
semula.Membiarkan lelaki itu masuk ke biliknya seperti
biasa.
Adli duduk di
hadapan Tengku Syahran.Memerhati gelagat teman yang
seperti menanggung beban masalah.Adli sudah tahu
puncanya.Anissa sendiri yang memberitahunya semalam.
“Syah, apa kena
dengan kau ni sebenarnya? Kau dah gila agaknya?” Adli
bersuara tenang dengan matanya tepat memandang Tengku
Syahran.
“Gila? Aku gila??
Entah.Aku pun tak sedar,” jawab Tengku Syahran masih
memandang siling pejabatnya.
Adli mengeluh sambil
menggeleng-gelengkan kepalanya berkali-kali.
“Apa yang kau nak
sebenarnya, Syah? Dulu, kau yang beria-ia nakkan si Alia tu!
Sekarang, bila dia dah datang, kau buat begini pulak! Kau
ingat dia tu apa? Bila dah bagi harapan, dia pun dah
percayakan kau, kau tinggalkan dia! Hisy… tak masuk akal,”
ujar Adli dengan sisa kemarahan.Dia hairan dengan tindakan
Tengku Syahran yang berubah-ubah.
“Bagaimana kau tau
hal ni?” soal Tengku Syahran hambar.
“Dia datang cari
Anis.Rupa-rupanya kau dah tak tegur dia selama tiga bulan,
Syah.Kalau ikut Islam dah berdosa.Kau langsung tak beritahu
aku masalah kau.Kenapa?”
“Hal rumah tangga
aku, buat apa nak heboh-heboh!”
Adli ketawa.
“Hei, sejak bila kau
pandai nak berahsia ni? Dulu, pantang ada masalah sikit,
kau cari aku.Sekarang, masalah yang rumit macam ni pun
kau boleh buat main-main.Pelik!” Adli masih ketawa.
“Ini hal antara aku
dengan Alia, Li! Biar aku selesaikan sendiri.” Suara Tengku
Syahran tegas.
“Tapi,apa yang kau
nak buat? Dia menangis tersedu-sedan mengadu kat
Anis.Kau tak kesian ke? Dulu, kau yang hampir setengah
mati dibuat dia.Bila dah jadi macam ni, kau main-mainkan
perasaan dia.Manusia jenis apalah kau ni, Syah?”
Tengku Syahran
terdiam memikirkan kata-kata Adli.Pedih hatinya dituduh
begitu.
“Li, aku masih
sayangkan dia.Aku tak pernah buang dia dari hati aku.Tapi,
ego dia tinggi sangat.Aku bengang!” Tengku Syahran berkata
geram.
“Sekarang kan dah
okey.Dia beritahu Anis yang dia dah sayangkan kau.Kenapa
kau pulak nak melayan ego?”
“Aku sakit hati tau
tak? Dia buat aku macam aku ni tak ada perasaan.Kalau
macam nilah hidup yang perlu aku lalui sepanjang hayat,
lebih baik kami buat hal sendiri.”
“Astaghfirullah-al-
azim… mengucap Syah! Kau ni, makin lama aku kenal,
makin tak faham aku dengan perangai kau!” Adli
menggerutu.
Tengku Syahran ingin
membalas namun suara yang bergema di interkom
mematikan niatnya.
“Encik Syahran, ada
bungkusan untuk encik.” Suara Yani bergema di situ.
Tengku Syahran
memandang Adli.
“Nak pujuk akulah tu,”
ujar Tengku Syahran kepada Adli.Temannya itu hanya
ketawa.
“Kalau bungkusan
seperti selalu tolong batalkan.Tak pun awak buang ajelah,”
luah Tengku Syahran di interkom.
“Bukan.Yang ini lain
sikit,” ujar Yani lagi.
Tengku Syahran
terdiam sebentar.
“Tak apalah.Bawa
masuk.”
Tidak lama kemudian,
jari-jemari Tengku Syahran sedang menari-nari di permukaan
kotak yang berbungkus cantik.Kalau selalu, bungkusannya
hanya menggunakan kertas yang berwarna coklat.Tetapi,
hari ini kotak yang dibungkus kemas itu kelihatan amat
menarik.
“Bukalah Syah! Aku
pun nak tengok jugak apa yang Alia bagi,” beritahu Adli tidak
sabar.
Tengku Syahran
meletakkan bungkusan itu di atas meja.
“Mesti benda yang
merepek-repek macam selalu.Dia ingat aku ni perempuan
agaknya.Bagi coklat, bunga, candy! Bosan,” rungut Tengku
Syahran.
“Habis, kau tak naklah
ni? Biar aku ambil.” Adli mencapai bungkusan itu.
Tengku Syahran
membeliakkan mata.
“Eh, mana boleh? Ini
Alia bagi aku!” Tengku Syahran merampas semula.
“Hipokrit! Perangai
macam budak-budak.Mengaku ajelah yang kau dah
termakan pujuk rayu Alia?”
Tengku Syahran
menunduk.
“Aku kalah,Li! Alia
betul-betul mampu buatkan aku jadi gila,” ucap Tengku
Syahran.
“So, tunggu apa lagi?
Bukalah… aku pun nak tengok jugak!”
“Eeee… tak
malu.Pergilah balik bilik kau.Sibuk aje.”
“Eleh, berlagak.Nanti,
bila aku dapat hadiah dari Anis, tak ingin aku nak tunjukkan
pada kau.”
“Kalau nak…
merajuklah macam aku!”
Adli melangkah keluar
dengan ketawanya.
Tengku Syahran
tersenyum melihat kelibat Adli berlalu pergi.Dia berasa lega
tiba-tiba.Bungkusan itu terus dikoyak sehingga matanya
terpahat pada sebentuk kotak yang berukir cantik.Terus
pandangannya melekat pada sebentuk jam berjenama Guy
Laroche berwarna perak yang menyilaukan mata.Bibir
Tengku Syahran tersenyum.
Secebis kad kecil
tersepit di tepi kotak itu ditarik keluar.Tengku Syahran
memahatkan pandangan pada bait-bait tulisan yang tertera
di kad kecil itu.

Untuk abang tersayang,


Alia masih tetap
mahu berusaha untuk memujuk hati abang.Alia dah
sedar kesilapan Alia..Maafkan Alia…

Alia.

Tengku Syahran
tersenyum lagi.Jam yang tersepit di dalam kotak itu
ditarik.Jam lama yang masih tersangkut di pergelangan
tangan, dibuka lalu Tengku Syahran menyarungkan jam
berwarna perak itu di pergelangan tangannya.Jam Guy
Laroche Itu terus dibiarkan melekat sehingga dia leka
meneruskan kerjanya.

ZAHLIA tersenyum apabila melihat wajah Tengku Syahran


muncul di muka pintu.Walaupun wajah itu tidak
menghadiahkan senyuman namun, keadaan itu tidak
langsung menggugat perasaan Zahlia yang tidak pernah
berputus asa untuk memujuk hati suaminya.
Zahlia segera
mendapatkan Tengku Syahran.Tangan lelaki itu dicapai untuk
disalam dan dikucup seperti selalu.Beg yang dipegang oleh
Tengku Syahran diambilnya dan diletakkan di atas
kabinet.Tengku Syahran hanya memerhatikan gelagat Zahlia
dengan ekor matanya.Hatinya tercuit.Marahnya telah lama
reda.Cuma dia masih mahu menguji kesungguhan wanita
itu.Dia ingin lihat sejauh mana Zahlia mampu melayani
karenahnya.
“Abang dah terima
hadiah Alia?” soal Zahlia.
“Kenapa membazir?
Ingat abang ni dah tak ada duit nak beli?” Tengku Syahran
sengaja menempik.
Zahlia mencebik.
“Kalau ada duit
kenapa tak beli dari dulu?” jawab Zahlia berwajah selamba.
“Abang tak nak
membazir.Jam lama abang tu masih elok.”
“Eleh, Alia tengok jam
lama abang tu tinggal nak tertanggal skru aje.Agaknya kalau
ada orang tarik skru sampai tercabut pun abang masih nak
pakai.” Zahlia menjawab lagi.
“Kalau dah tau kenapa
beli?” tanya Tengku Syahran.
“Kenapa, abang tak
mahu? Bagi Alia balik! Harta kalau bertimbun pun tak guna
kalau tak tau nak menghargai masa.” Zahlia terus-terusan
mengata.
“Kalau kita aje tau
menghargai masa, orang lain pulak tak tau nak hargai buat
apa? Sia-siakan waktu dengan bersikap endah tak endah,
pun tak guna jugak, kan?” kata-kata Tengku Syahran
membuatkan Zahlia terdiam seketika.
“Abang sindir Alia ke?”
perlahan Zahlia bertanya.Ada nada kesalan di situ.
“Kenapa? Alia terasa?
Ada abang sebut nama Alia? Tak ada, kan? Kenapa pulak Alia
nak terasa?” Tengku Syahran masih berlagak tenang.
Zahlia mengangkat
kepalanya semula.Memberanikan diri merenung mata
suaminya.
“Sampai bila abang
nak hukum Alia begini? Dah tiga bulan abang buat Alia
terseksa.Sampai hati abang.Nanti, kalau Alia mati, Alia jadi
hantu, jaga-jagalah abang!” kata-kata Zahlia membuatkan
Tengku Syahran ketawa besar.
Zahlia mendengus
geram.
“Kenapa ketawa?”
“Abang pun teringin
nak tengok rupa Alia bila jadi hantu! Mesti seram.” Tengku
Syahran berkata dengan sisa ketawanya.
Zahlia mengancingkan
giginya.
“Eeee… malaslah nak
layan abang.”
Zahlia mengatur
langkah untuk berlalu.Namun, tangan Tengku Syahran
pantas memaut lengannya.Zahlia tersentak.
Bibir Tengku Syahran
dilihatnya sedang mengukir senyuman.Senyuman yang
terlalu dirindui untuk ditatapi.
“Kenapa cepat sangat
mengalah? Dalam kad ucapan bukan main lagi, tetap nak
berusaha memujuk hati abang konon! Alia ni berlagak aje
lebih,” ujar Tengku Syahran tepat merenung wajah wanita
kesayangannya.
“Alia dah berusaha
lebih tiga bulan, abang yang tak nak maafkan Alia.Alia dah
penat nak pujuk abang lagi.Abang layanlah rajuk abang
sorang-sorang,” jawab Zahlia membalas tenungan Tengku
Syahran.
“Alia tak takut dosa,
kalau betul-betul abang mati?”
“Alia dah cakap, Alia
dah sedar kesilapan Alia.Abang aje yang tak nak
maafkan.Buat apa nak susah-susah merayu orang yang
keras kepala macam abang.Buat habis air liur aje.”
Tengku Syahran
ketawa.Bebelan Zahlia amat menyenangkan hati.
“Abang dah lama
maafkan Alia.Cuma abang sengaja nak menguji
kesungguhan Alia memujuk abang.Hemm… taklah sehebat
mana! Abang ingatkan Alia sanggup bina rumah impian
untuk abang!”
“Hisy… tak ingin!
Daripada bagi abang, lebih baik Alia duduk sendiri.Lagi
senang hati.Tak payah nak memeningkan kepala melayani
karenah abang tu! Dahlah, Alia malas nak layan abang.Alia
nak pergi makan.”
Zahlia mula
menjarakkan diri.Hatinya sudah tenang.Sedikit sebanyak
kata-kata maaf Tengku Syahran berjaya meleraikan perasaan
bersalah yang kian menjalar dalam dirinya.Setelah memakai
tudung, Zahlia melangkah ke arah pintu.Ketika dia baru
hendak membuka pintu bilik, suara Tengku Syahran
memecah gegendang telinganya.
“Abang pun lapar
jugak.Tapi, abang nak makan lauk-pauk dari air tangan isteri
abang sendiri.Hari ni, Alia kena masak untuk abang.”
“Habis, lauk yang Kak
Salmah masak tu? Membazir aje.” Protes Zahlia dengan
kerutan di dahinya.
“Rumah ni kan banyak
kucing.Sedekahkan aje pada kucing, banyak pahala! Abang
tak kisah, abang nak makan lauk-pauk yang Alia
masak.Kalau tak, abang hukum Alia lagi,” jawab Tengku
Syahran membeliakkan matanya.
“Perangai tak ubah-
ubah.” Zahlia mengetap bibir dan terus berlalu keluar
dengan bebelan.
Tengku Syahran hanya
ketawa.Hatinya berbunga kembali.Tenang dan damai.Dia
terus melangkah ke bilik air dengan senyuman yang mekar
di bibirnya.

Bab 38

F AIZAL terlena di sebelah Linda.Suasana bilik yang suram


dan gelap telah menyaksikan segala perbuatan maksiat
mereka beberapa jam yang lepas.Linda tersenyum kecil
sambil memainkan jari telunjuknya di wajah Faizal.
Faizal tersedar.Terus bibirnya
tersenyum kecil.Perlahan-lahan wajahnya didekatkan ke
Linda.Mengucup pipinya.Tanpa sedar, dia mula bertindak
ganas.Merangkul tubuh Linda.Dicumbunya segenap tubuh
Linda yang putih gebu itu.Linda berasa rimas.Ditolak wajah
Faizal yang semakin menggila.
“Kenapa ni sayang?” soal
Faizal sambil membelai rambut Linda yang kusut.
Linda tersenyum
menggoda.
“ Cukuplah untuk hari ini.
I dah penatlah.Baby ni pun nak berehat juga,” ujar Linda
manja.
Faizal
mengeluh.Semakin galak mengusap rambut Linda sambil
jari-jemarinya bermain-main di bibir halus Linda.
“Tapi, yang tadi tu just
an intro, honey! I nak berada bersama you lebih lama lagi. I
rindukan you.” Faizal memujuk.
Linda tersenyum
manja.Membiarkan jari-jemarinya melekap di pipi lelaki yang
sedang terbaring bertentangan dengannya.
“Sorrylah. I ada kerja
sekarang.Kalau kerja I dah selesai nanti, kita akan lakukan
lebih dari ini, okey sayang.”
Linda mencapai bajunya
yang terdampar di bawah lantai.Dia turun dari katil dan
kemudian melangkah selamba ke arah bilik air.Tidak berapa
lama kemudian, dia sudah siap berpakaian dan
bersolek.Linda berjalan ke arah Faizal.Dicium lembut bibir
lelaki itu sebelum mencapai dua keping CD di atas meja
solek.
“ I pergi dulu sayang.See
you again.” Linda berkata sambil melangkah ke muka pintu.
Faizal memandang tubuh
itu berlalu dengan perasaan kecewa sehingga tubuh wanita
itu hilang dari pandangan.

LINDA menolak kasar daun pintu bilik pejabat Tengku


Syahran.Penyambut tetamu yang melarang Linda masuk ke
bilik itu, tidak dihiraukan.Linda selamba melangkah masuk
bilik Tengku Syahran dengan wajah yang penuh emosi.
“Buat apa you datang?”
soal Tengku Syahran benci.
“Saja.Nak tengok muka
you yang cute tu? I rindulah!”
Tengku Syahran berada
jengkel.Tak padan dengan perut memboyot!
“Dahlah Linda! I dah
bosan tengok muka you.Tu dalam perut you tu, anak siapa?”
sengaja Tengku Syahran menyoal.
Linda bengang.Dia
paling pantang orang bertanya tentang kandungannya.Dia
benci.Berapi-api mukanya kerana menahan marah.
“You jangan kurang ajar,
Syah! You ingat you tu alim sangat? Perempuan yang you
simpan kat rumah tu pun, bukannya baik sangat.” Linda
menyumpah.Bahasanya sudah mula kedengaran kasar.
Tengku Syahran hanya
ketawa.
“ At least, Alia taklah
sehebat kau.Nak pregnant pun sebelum nikah!”
“Hei! Isteri you sendiri
lahir sebelum mak dengan ayah dia bernikah tau!” kini
giliran Linda pula ketawa.
Tengku Syahran
mengerutkan dahi.Kurang ajar!
Linda menyeluk
tangannya ke dalam beg.Satu CD dikeluarkan dan terus
dilemparkan di atas meja.Tengku Syahran hanya
memandang CD itu tanpa apa-apa respon.Tidak berminat
langsung dengan tingkah laku Linda.
“You tengok sendiri apa
yang dia buat belakang you! Tak sangka perempuan yang
you sanjung sangat tu boleh ada hubungan dengan kawan
lama you sendiri.Nampak aje baik.” Linda membebel.
“ I pernah beritahu you,
sepuluh perkara yang you cakap, satu pun I tak mungkin
percaya! I lebih percayakan isteri I dari I percayakan setan
macam you.” Tengku Syahran menjawab.
“Well… it’s up to you!
Tapi, lepas you tengok CD ni, you mungkin tau aktiviti harian
dia yang dirahsiakan pada you.Yalah, pergi pejabat agama
dengan seorang lelaki yang I rasa you kenal hampir setiap
hari.For what? Lainlah kalau you dah ceraikan dia?”
“ Shut up Linda! Kalau
you datang sini semata-mata nak burukkan Alia, baik keluar!
I tak akan percaya semua cerita karut you!” tengking Tengku
Syahran.
Linda mencebik.Sengaja
melemparkan wajah bosan.
“I tak sangka you
dengan Alia memang pandai berlakon.Kahwin dah hampir
sembilan bulan, siap ada surat perjanjian. I like syarat Alia
yang ketiga tu.So… you dah sentuh dia ke belum?” Linda
berlagak selamba.
Tengku Syahran
tersentak.Dia mula geram dengan kata-kata Linda.Merah
wajahnya menahan marah.
“You jangan kurang ajar
Linda! Keluar!”
“Takut nampaknya,
Syah? Dahlah tu sayang. I dah tau cerita di sebalik
perkahwinan you dengan anak haram tu.”
“Linda!!”
“You kahwin berserta
dengan syarat, kan? Well… nampaknya usia perkahwinan
you takkan lama.Atau esok, lusa, you dengan dia dah boleh
boom!!!” Linda tersenyum menggoda.
Tengku Syahran
mencerlang memandang Linda.
“ You jangan nak
menuduh!”
“Surat perjanjian tu ada
pada I.I’m sorry honey… I terambil tanpa you sedari.So,
sekarang ni you tak payahlah nak sorokkan apa-apa lagi
pada I. I boleh buat you dengan Alia dibuang keluarga.Dan
yang paling penting kepercayaan famili you terutama
mother and father you boleh hilang kepercayaan terhadap
you and poor daughter-in-law.Kesian auntie dapat anak
macam you.”
“ Kurang ajar you Linda! I
sumpah you…”
“Syhh…” Linda
meletakkan jari telunjuknya di atas bibir.
Tingkah lakunya itu
benar-benar menyakitkan hati Tengku Syahran.
“Jangan jerit-jerit.Nanti
orang dengar! Perkara ni rahsia bukan? Don’t worry.I’ll keep
it as a secret.Bak kata orang biar pecah di perut, jangan
pecah di mulut, right?” Linda ketawa.Nyaring memenuhi
ruang bilik.
Tengku Syahran
melepaskan nafas yang hangat membakar dada.
“Apa yang you nak
sebenarnya Linda? Tak habis-habis you nak ganggu hidup I !”
“Aha… that’s the
question yang I tunggu-tunggu.Tak sangka cepat betul you
bagi response” ujar Linda dengan senyuman sambil
melangkah menghampiri Tengku Syahran.
“Okey… since you’re
asking, I harap you bersabar dengan permintaan I ni.But,
you don’t have any choices.You must do it without saying
no!”
Tengku Syahran terus
merenung wajah yang paling dibenci itu dengan rasa
bengang.Bagaikan ternampak-nampak tanduk syaitan
sedang tumbuh di kepala itu yang lebat dengan rambut yang
berwarna perang.
“ I nak you ceraikan Alia
right now!”
Tengku Syahran
membeliakkan mata.
“Never!”
“Okey, kalau you nak
masa… I akan bagi.Take your time.”
“ I takkan ceraikan
Alia.Itu kata putus dari I !” Tengku Syahran mengetuk
permukaan meja.
“ You look so sweet,
honey!! I like your face when you’re angry.I feel like…”
“ Shut up! Berambus you
dari sini!” jerit Tengku Syahran kuat.Linda terperanjat
seketika.
“ Sekarang you beranilah
nak tengking-tengking I. I will wait, Syah! Kalau dalam masa
tiga bulan ni, you tak ceraikan Alia, I akan hebohkan perkara
ni pada auntie.Remember, I tak mahu harta you walaupun
sesen, hidup dengan you pun I tak ingin.Tapi, untuk melihat
kemusnahan you dan Alia adalah tanggungjawab I.”
Linda ketawa lagi.
“ Okay, honey! See you
next time. I akan nantikan berita gembira ni dengan
sabar.Kalau you rasa susah nak ceraikan Alia, you tengoklah
CD tu.Bye sayang!” Linda melayangkan ciuman menggoda
ke arah Tengku Syahran yang kelihatan bengis.Dia keluar
bersama ketawanya yang menyakitkan hati.
Sejurus selepas Linda
berlalu, Tengku Syahran mengamuk di dalam bilik.Habis
segala barang yang ada di atas meja menjadi mangsa
balingan.Jiwanya berserabut.

TENGKU SYAHRAN menendang pintu biliknya sekuat


hati.Tidak berapa lama kemudian, pintu bilik terkuak.Wajah
berkerut Zahlia muncul.Tengku Syahran masuk ke bilik
dengan keadaan yang tidak terurus.
“Apa ni bang? Tendang-
tendang pintu! Mak dengan ayah dengar nanti.Tak senonoh
betul! Dah berapa kali Alia cakap, bagilah salam,” marah
Zahlia dengan suara seraknya yang baru terjaga dari tidur.
“Kau jangan nak ajar aku!
Tepi!!” Tengku Syahran menolak tubuh Zahlia yang berada di
hadapannya.
Zahlia terpana.Kasarnya
dia!
“Abang, kenapa dengan
abang ni? Balik rumah dahlah pukul 1.00 pagi, nak
mengamuk tak tentu pasal pulak!” Zahlia mendekati Tengku
Syahran semula.Lelaki itu sudah merebahkan diri di kerusi
panjang.
“Kau jangan nak
menyibuk dengan urusan aku, Alia! Aku pukul kau nanti!”
Tengku Syahran mendengus.
Seseu ngguhnya dia tidak
mahu mengingati rakaman CD yang dilihatnya tadi.Dia tidak
mahu melayani cemburunya lagi.Tetapi fikirannya kini benar-
benar kusut.
Mulut Zahlia hampir
ternganga mendengar ucapan Tengku Syahran.Bengis wajah
lelaki itu benar-benar menggerunkan naluri Zahlia.
Zahlia mendekati lagi.
“Abang, abang ada
masalah ke?” suara Zahlia mulai kendur.
Wajah kusut Tengku
Syahran dipandang dengan rasa simpati.Namun, simpatinya
tidak dihargai.Tengku Syahran membalas dengan renungan
tajam.
“Jangan sibuk aku
kata.Kau degil?” Tengku Syahran bingkas bangun.
Zahlia tersentak.Wajah
bengis itu dipandang dengan rasa gementar yang makin
kencang.Zahlia mula menjarakkan diri.
“Abang, cuba abang
ceritakan pada Alia satu-persatu.Kenapa ni?” Zahlia masih
cuba memujuk.
Tengku Syahran makin
berang.Mulut Zahlia tetap tak henti-henti
membebel.Dadanya mula berombak-ombak.Kelembutan
suara Zahlia tidak langsung menggugat perasaannya yang
sedang berserabut.
“Abang, mengucap bang!
Abang pergi mandi dulu.Lepas bersolat, mesti abang
tenang.” Suara Zahlia dirasakan makin menyerabutkan otak.
Tengku Syahran
menerkup kedua-dua belah telinganya.
“Diam!!!”
Zahlia telan air liur.
“Abang…” Zahlia cuba
memanggil.
Tengku Syahran sudah
tidak dapat menahan sabar.Zahlia memang patut diajar.
“Dasar anak luar nikah!
Kau main dengan jantan lain, di belakang aku!!”
Pangg!!! Tangan Tengku
Syahran melayang ke pipi Zahlia.Zahlia terpana.Tengku
Syahran juga terpana! Kedua-dua pasang mata itu
bertembung.Lama sehingga lidah mereka kelu untuk
berkata-kata.
Air mata Zahlia
tumpah.Zahlia meraba-raba pipinya yang perit dan sakit.Air
matanya dibiarkan mengalir.
“Sampai hati abang
menghina Alia! Selama ini abang hanya berpura-pura
menyayangi Alia!” Zahlia berkata dengan sendunya.
Air matanya menitis
lagi.Semakin kuyup membasahi wajahnya.Zahlia
tunduk.Perlahan-lahan dia berlalu ke katil dan merebahkan
diri di situ.Tilam yang dingin gagal memujuk
hatinya.Matanya yang masih basah, dipejam rapat.Memaksa
lenanya memujuk jiwanya yang sayu.
Akhirnya Zahlia terlena
sendiri.Membawa sekali ungkapan Tengku Syahran ke dalam
mimpi sedihnya.Tanpa disedari, Zahlia menangis di dalam
tidur.Air mata yang keluar dari kelopak mata yang tertutup
rapat, tidak langsung dihiraukan.Basah air matanya terus
meresap ke sarung bantal.Zahlia terus menangis.
Tengku Syahran pula
tidak dapat tidur dengan nyenyak malam itu.Sepanjang
malam, ugutan Linda, perasaan cemburunya dan tangisan
Zahlia datang mengacau fikiran.Dia benar-benar
tertekan.Tindakannya yang tanpa diduga tadi turut
mengundang perasaan bersalah.Fikirannya sedang
kacau.Semuanya kerana Linda!

Bab 39

R AJA KHALIDA ternampak Zahlia keluar dari


kereta.Dengan pantas dia melangkah mendekati
Zahlia.Sejak pagi lagi dia sudah terpacak di pekarangan
tempat letak kereta Sinar Iram.Raja Khalida perlu selesaikan
halnya dengan Zahlia segera.Dia tidak mahu hal itu
tertangguh-tangguh lagi.Hanya akan menambahkan beban
di fikirannya.
“Alia!” panggil Raja Khalida.
Zahlia berpusing ke
arah suara itu.Kemudian dia berpaling membelakangi wajah
itu.
“Ya, boleh saya bantu
puan?” soal Zahlia sambil membongkok mengeluarkan fail-
fail yang tersusun di tempat duduk belakang.
Raja Khalida
tercengang melihat mata Zahlia sembab.Dia ingin mencari
kepastian dari apa yang baru dilihatnya sebentar tadi sekali
lagi.Segera dia menarik tubuh Zahlia menghadapnya.Hampir
ternganga mulutnya apabila melihat urat mata Zahlia
merah.
“Alia, kenapa ni? Apa
pasal mata Alia bengkak macam ni?” tanya Raja Khalida
dalam nada risaunya.Habis wajah Zahlia dibelek.
Zahlia menepis tangan
Raja Khalida yang erat memaut lengannya.
“Adakah ini urusan
sebenar puan mahu menemui saya? Kalau ini, saya minta
maaf! Saya tak ada masa!” Zahlia berjalan longlai bersama
fail-failnya meninggalkan tempat itu.
“Alia, bagilah mama
peluang jelaskan hal yang sebenar.”
Langkah Zahlia
terhenti.Kemudian, dia berpaling.
“Saya tak perlukan
apa-apa penjelasan.Cukuplah dengan apa yang telah saya
lalui dari kehidupan saya yang lepas,” ujar Zahlia sambil
melangkah pergi.
“Alia bukan anak luar
nikah! Alia anak mama yang halal,” jerit Raja Khalida.
Zahlia terkaku.Cuba
memutarkan kembali jeritan Raja Khalida sebentar tadi.Aku
bukan anak luar nikah? No… no… no… itu hanya taktik dia
mahu pujuk aku! Jangan percaya Alia!
Raja Khalida
menghampiri Zahlia.Berdiri bertentangan dengan tubuh itu.
“Percayalah Puteri!
Puteri anak mama yang sah.Yang mama kandung selepas
mama bernikah dengan ayah.” Raja Khalida berkata
bersama riak rayuannya.
“Maaf puan! I think you
are at the wrong place!”
“I’ve got a prove,
Puteri! Prove membuktikan Puteri bukan anak luar nikah.”
Kata-kata itu
membuatkan Zahlia berpaling ke arah suara itu semula.Raja
Khalida mengeluarkan sesuatu dari beg tangannya lalu
dihulurkan kepada Zahlia.Zahlia menyambutnya ragu-ragu.
“Ini sijil nikah mama
dengan surat beranak Puteri yang selamat dari kebakaran
rumah kita dulu.”
Zahlia mengamati
kedua-dua helai kertas yang masih baru di tangannya.
“Hanya dokumen-
dokumen penting sahaja yang selamat dari terbakar kerana
mama menyimpannya di peti keselamatan di bank.Tengok
tarikhnya Puteri.Selepas lebih dari setahun mama
berkahwin, baru mama lahirkan puteri.Mama tak bohong!
Mama kandungkan Puteri selepas lima bulan mama
bernikah,” beritahu Raja Khalida lagi.
Zahlia meneliti tarikh-
tarikh yang tercatat di sijil nikah di tangannya.Kemudian,
matanya beralih pada surat beranak yang didakwa wanita
itu adalah miliknya.Nama yang tercatat di situ, Puteri Safira
Khairina binti Megat Safiuddin.Bibir Zahlia tersenyum
sedikit.Entah mengapa tiba-tiba hatinya bagaikan berbunga
membaca nama itu.
Zahlia segera
mengingati situasinya ketika itu.
“Maafkan saya puan!
Saya masih ragu-ragu!” Zahlia mengembalikan kertas itu
kepada Raja Khalida.
“Puteri, keluarga kita
dianiaya.Ayah Puteri meninggal kerana rentung dalam
kebakaran yang telah dirancang oleh nenek Puteri tanpa
pengetahuan mama.”
Zahlia terkejut.Wanita
di hadapannya sudah mula mengalirkan air mata.
“Saya tak faham,” ujar
Zahlia.
“Keputusan mama
mengahwini lelaki pilihan mama tak direstui oleh nenek
Puteri.Mama dibuang keluarga.Selepas mama berkahwin
lebih dari dua tahun dan selamat melahirkan Puteri, mama
mendapat telegram dari keluarga mama yang mengatakan
nenek Puteri sakit tenat.”
Raja Khalida mengeluh
kecil.Air mata makin mengalir.Zahlia pula hanya diam
membisu.Dia ingin mendengar cerita yang selanjutnya.
“Masa tu, Puteri dah
hampir satu tahun.Selepas mendapat keizinan dari ayah
Puteri, mama balik ke rumah nenek.Di sana, mama ingat
nenek Puteri sudah berubah.Rupa-rupanya semua itu hanya
rancangannya mahu melihat kemusnahan hidup mama.”
Raja Khalida menangis lagi.Lebih teruk dari tadi.
Zahlia telan air
liur.Benarkah?
“Mama dikurung
berhari-hari di rumah nenek.Sehingga suatu hari, mama
mengambil keputusan untuk melarikan diri.Mama berjaya!
Tetapi, kejayaan mama hanya setakat melarikan diri sampai
ke rumah mama yang telah hangus terbakar.Mama terkejut
Puteri.Mama dapat tau, ayah Puteri meninggal kerana
rentung dalam kebakaran.Mama cari Puteri, tapi tak ada
siapa yang tau di mana Puteri.Mama hanya dapat mengesan
Puteri selepas 14 tahun mama mencari.Mama hampir gila!
Tetapi, Puteri dah tak mahukan mama lagi.Mama terpaksa
redha,” ujar Raja Khalida bersama tangisan yang semakin
kuat bergema.
Zahlia terharu.Entah
mengapa air matanya turut sama mengalir menangisi kisah
hidup wanita itu yang sudah lama menderita.
“Mama tak bohong,
Puteri.Mama tak tau bagaimana orang tinggalkan Puteri
dalam semak.Mama betul-betul tak tau sampai sekarang.”
Raja Khalida berkata dalam sendu.
Zahlia tunduk.Perlahan-
lahan diseka air mata yang ingin menitis lagi.
“Bukti masih belum
cukup puan! Mungkin saya memang bukan anak puan! Apa
akan berlaku nanti?”
“Tak.Mama tau, Puteri
anak mama.Mama dapat lihat dari air muka Puteri yang ada
iras dengan suami mama!”
“Saya tetap tak
yakin.Maafkan saya!” Zahlia berkata.
“Puteri, betul tak Puteri
ada tanda lahir berwarna merah di lengan kanan Puteri?”
Zahlia
terdiam.Mengingatkan lengan kanannya yang mempunyai
tanda sebegitu.Tetapi, Zahlia segera menggeleng.
“Jangan bohong! Mama
tau Puteri ada tanda sebegitu! Satu lagi di paha kiri Puteri
ada parut yang sepanjang dua inci,kan?” Raja Khalida
meneka lagi.
Zahlia mula berasa
sesak.Tekaan itu tepat sekali.Benarkah semuanya TUHAN?
Zahlia bertanya di dalam hati.Zahlia memandang tepat ke
wajah Raja Khalida.Cuba mencari sesuatu yang dia sendiri
tidak tahu.
Raja Khalida seperti
sedang menanti Zahlia meluru ke arahnya.Raja Khalida turut
membalas pandangan Zahlia.Lama mereka begitu.Tiba-tiba
Zahlia meluru ke arah Raja Khalida.Dia memeluk tubuh itu
begitu erat sekali.Entah apa kuasa yang memaksanya
berbuat demikian? Buat pertama kali, Zahlia rebah dalam
pelukan yang hangat merangkul tubuhnya.
“Mama…”
Raja Khalida
sebak.Turut menangis mendengar ungkapan yang lahir dari
bibir Puteri kesayangannya.
“Maafkan Alia!”
“Puteri, sayang!”
Zahlia menggeleng.
“Nama itu terlalu suci
untuk Alia.Biarlah ia jadi kenangan!”
Raja Khalida
tersenyum dan terus membalas pelukan Zahlia.
“Mama, tolong
rahsiakan hal ni dulu.Jangan beritahu sesiapa.Alia perlukan
masa untuk menyesuaikan diri dengan keadaan.”
Permintaan itu
disambut baik oleh Raja Khalida.Pantas wanita itu
mengangguk setuju.
“Terima kasih, mama.”
“Tapi, kenapa dengan
mata Puteri?”
Zahlia tidak
menjawab.Pelukan Raja Khalida dileraikan perlahan-lahan.
“Puteri bergaduh
dengan Syah?” teka Raja Khalida.
Zahlia tetap diam
membuatkan Raja Khalida tersenyum.
“Pergaduhan dalam
rumah tangga memang biasa Puteri.Salah seorang kena
bertolak ansur.”
Zahlia membeku
lagi.Tidak tahu sama ada dia masih marahkan Tengku
Syahran atau tidak.Segala-galanya telah selesai hari itu.Dia
bukan anak luar nikah seperti yang dimomokkan orang.
Tetapi, Zahlia tetap
ingat kata-kata Tengku Syahran.Kata-kata penghinaan yang
lahir dari bibir lelaki itu mungkin akan sentiasa bergayutan di
benaknya.Zahlia sedar ayat itu pernah menjadi sebahagian
dari hidupnya.Ah, cuba lupakan Alia!
“Dahlah
Puteri.Janganlah melayan rajuk sangat.” Suara Raja Khalida
berbisik di telinganya.
Zahlia merebahkan
dirinya ke pelukan mamanya lagi.
“ I love you, honey!”
bisik Raja Khalida.
Zahlia tersedu semula.
Bab 40

S UDAH seminggu Villa Sakura tidak berpenghuni.Tengku


Ismail dan Tengku Badariah sudah berangkat ke luar
negara.Begitu juga dengan Tengku Hakimi, Sofea dan Tengku
Murni.Tengku Hafizah dan Tengku Farhana pun tiada di
rumah.Hanya kedengaran bunyi air terjun buatan di tepi
taman mini.
Tengku Syahran masuk ke
bilik selepas pulang dari pejabat.Ketika itu, Zahlia leka
menyisir rambutnya di hadapan cermin.Kelibat Tengku
Syahran tidak langsung menarik perhatian Zahlia.
Pelukan Raja Khalida
beberapa hari yang lalu bagaikan masih terasa.Segala-
galanya masih menjadi rahsia.Suaminya tidak ditegur.Apatah
lagi mahu membiarkan matanya memandang wajah lelaki
itu.Keperitan tamparan bersama ungkapan pedih itu masih
terasa di sanubari Zahlia.Tidak mudah dapat dilupakan
begitu sahaja.
Tengku Syahran
tunduk.Dia terus duduk di kerusi panjang dan mendiamkan
diri.Dia masih berasa bersalah.Tindakan terburu-burunya
telah menyebabkan Zahlia berkecil hati.Tengku Syahran
mengeluh.Perlahan-lahan kepalanya diangkat.
“Alia, abang…”
Tengku Syahran
berpaling ke meja solek.Tidak jadi untuk meneruskan kata-
kata.Kerusi itu kosong.Tengku Syahran memusingkan
kepalanya ke sekeliling bilik.Kelibat Zahlia sudah tiada.Mana
dia? Tengku Syahran bercekak pinggang.Tiba-tiba matanya
terpaku pada pintu bilik yang terbuka luas.Laa… senyap-
senyap dia menyusup keluar! Rungut Tengku Syahran di
dalam hati.
Tengku Syahran
menggaru-garu kepala yang tidak gatal.Wanita itu masih
marahkannya.Apa aku nak buat ni? Tengku Syahran
menggigit jari.Ligat berfikir bagaimana caranya mahu
memujuk Zahlia.Dengan lemah dia mencapai tuala dan
berlalu ke bilik air.
Selesai bersolat,
Tengku Syahran turun ke ruang tamu.Zahlia dilihatnya
sedang menonton televisyen.Tengku Syahran melangkah
senyap ke arah Zahlia.Tidak mahu mengganggu konsentrasi
Zahlia yang bagaikan tidak menyedari kehadirannya.Atau
Zahlia sengaja berpura-pura tidak sedar.
Tengku Syahran
melabuhkan punggungnya dekat dengan
Zahlia.Bersebelahan sehingga duduknya bersentuhan
dengan tubuh wanita itu.Zahlia rimas.Sengaja mengengsot
sedikit untuk mencari ruang jarak di antara
mereka.Wajahnya tetap dihadapkan ke skrin televisyen.Tidak
terlintas di hatinya untuk memandang wajah suaminya
ketika ini.
Tengku Syahran
mendekatkan semula tubuhnya ke arah Zahlia.Perlahan-
lahan kepalanya dilentokkan ke bahu isterinya.Zahlia
bengang! Segera ditolak tubuh lelaki itu jauh darinya.
“Apa abang ni?
Jangan nak ambil kesempatan waktu orang tengah tak ada
dalam rumah ni.Alia tak suka!” Zahlia mengamuk.
Tengku Syahran
tersenyum.
“Haa… at last dengar
pun suara Alia.Abang rindu nak dengar suara sayang! Dah
seminggu sayang tak nak cakap dengan abang.” Tengku
Syahran mendekatkan lagi tubuhnya ke arah Zahlia.
Zahlia rimas.Mahu
ditepis tetapi tangannya dicapai.Zahlia terperangkap.
“Sorrylah.Abang tak
bermaksud nak buat macam tu.Abang tak berniat pun nak
cakap perkataan tu.Abang tak sengaja.” Tengku Syahran
mengelus permukaan tangan Zahlia dengan lembut.
Zahlia menjeling
suaminya.Tangannya ingin ditarik.Namun, Tengku Syahran
semakin kuat mencengkam jari-jemari Zahlia.Kemudian, jari-
jemari itu dibawa ke mulutnya.
Zahlia merengus.
“Janganlah! Alia tak
suka abang buat macam ni!” Zahlia tetap menarik
tangannya.
“Habis tu, Alia nak
suruh abang buat apa? Abang cakap secara ikhlas ni, abang
minta maaf.”
“Dah bosan Alia
dengar abang cakap perkataan tu.Puncanya dari hal yang
sama.Cemburu! Tapi, perangai tak berubah-ubah.Benci.”
Zahlia menjeling lagi.
“Nak buat macam
mana? Abang pun manusia yang ada perasaan!”
“Habis, abang ingat
Alia tak ada perasaan? Nak terima setiap kata-kata maaf
abang lepas abang tuduh Alia yang bukan-bukan? Alia sakit
hati tau tak? Abang anggap Alia betul-betul macam patung
bernyawa dalam rumah ni.Nak kena dengar semua cakap
abang.” Zahlia merungut.
Tengku Syahran
mencebik nakal.
“Yalah,
sayang.Abang yang bersalah dalam hal ni.Cemburu abang
tetap tak kena pada tempat.Tapi, siapa suruh Alia tak
ceritakan pada abang hal-hal yang berlaku pada Alia setiap
hari? Cuba bawa bersembang dengan abang tiap-tiap malam
apa yang berlaku dalam hidup Alia.Ini… ada hal sikit,
sembunyikan dari abang.Mana abang tak geram! Orang lain
tuduh Alia yang bukan-bukan dan abang terima cerita yang
menyakitkan hati dari orang lain.”
“Yang abang
percaya sangat tu apasal? Alia pun ada terima CD yang
fitnah abang dari Linda.Alia tak percaya pun! Abang tu aje
yang cepat terpengaruh!” Zahlia sudah meledakkan
kemarahannya.
Tengku Syahran
mengeluh kecil.
“Abang sayangkan
Alia, sebab tu abang takut Alia kecewakan abang.”
“Dah tak ada kerja
lain agaknya? Semua cerita pasal Alia abang nak ambil tau!
Alia pun ada jugak cerita yang tak boleh beritahu abang,”
jawab Zahlia keras.
“Hei, dalam rumah
tangga mana boleh berahsia.Kalau Alia berahsia, abang pun
berahsia, seri rumah tangga tak mahu hinggap tau.”
Tengku Syahran
melirikkan mata ke arah isterinya.Bibirnya tersenyum nakal.
Zahlia mencebik.
“Meluat Alia tengok
muka abang macam tu.”
“Meluat-meluat pun,
laki awak jugak.” Tengku Syahran menjawab dengan ketawa.
Zahlia
mendengus.Segera dia bingkas untuk berlalu.
“Eh, nak ke mana
tu?” pantas Tengku Syahran menegur.
“Alia nak naik bilik!
Malas nak layan abang.”
“Haa… sebelum
tu,sediakan makanan abang.Abang dah lapar,” pinta Tengku
Syahran.
Zahlia memuncung.
“Ambillah sendiri kat
dapur.Semua lauk Alia dah panaskan.”
“Tak mahu! Abang
nak yang terhidang atas meja.”
“Abang ni mengada-
ngadalah.Pemalas betul.”
“Suka hati
abanglah.Abang dah ada isteri.Awak tu waktu-waktu macam
nilah kena tunjuk tanggungjawab sebagai isteri.Itu pun nak
kena ajar?” Tengku Syahran mengusik.
Zahlia mendengus
lagi.Lambat-lambat menggerakkan kaki melangkah ke dapur.
ZAHLIA sudah lama terlelap di atas katil.Tengku Syahran juga
telah terlena di kerusi panjang.Masing-masing tidur dengan
nyenyak tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.
Lenanya tidur
kedua-duanya insan itu tanpa diganggu dengan apa-apa
bunyi biarpun kedinginan angin malam yang meniup sesekali
mengacau tubuh yang tidak berselimut.
Zahlia terus
melayani tidurnya.Sesekali kelopak mata yang terpejam
rapat itu bergerak-gerak apabila terasa sesuatu berjalan-
jalan di sekitar lehernya.Kuat mencengkam dan kemudian
merayap di tangannya.
Zahlia masih
memejam mata tanpa menghiraukan benda yang masih
berjalan-jalan merata-rata tubuhnya.Cengkaman yang tajam
menyucuk kulitnya terasa menjalar di seluruh tapak
kakinya.Sikit-sikit beralih ke betisnya dan kemudian bergerak
perlahan-lahan ke pahanya.
Zahlia mula tidak
sedap hati.Pantas membuka mata.Kemudian bangun dan
duduk di atas katil bagaikan terpinga-pinga.Zahlia
menggaru-garu kepala.Dalam kesamaran cahaya yang
terbias dari luar rumah, Zahlia ternampak seperti ada
sesuatu yang melekat di baju tidurnya.Zahlia membesarkan
mata yang masih mengantuk.Benda kecil yang berwarna
hitam itu bagaikan jelas di penglihatan.
Tiba-tiba Zahlia
panik! Laju jantungnya bergetar.Lipas? Dengan sendirinya
bulu roma Zahlia meremang tegak.Serangga yang paling
ditakuti sedang melekat di baju yang dipakainya.Serangga
kecil yang telah mengundang rasa fobia dalam dirinya
dengan tiba-tiba.
Zahlia semakin
cemas.Matanya dipejam rapat.Terkumat-kamit bibirnya
beristighfar berharap segala-galanya hanya mimpi semata-
mata.Tetapi, apabila matanya dibuka semula, serangga itu
tetap seperti tadi.Zahlia telan air liur.
Tiba-tiba dia
teringatkan Tengku Syahran.
“Abang…” Zahlia
memanggil.Mendayu-dayu suaranya menahan
gementar.Matanya tidak lepas-lepas memandang lipas yang
masih pegun berada di baju tidurnya.
Tiada respons yang
lahir dari Tengku Syahran.Malah deruan nafasnya semakin
kuat kedengaran di telinga Zahlia.Zahlia semakin
gementar.Peluh dingin hadir dengan sendiri membasahi
seluruh tapak tangannya.
“Abang…” Zahlia
masih mencuba.Kali ini semakin kuat suaranya.Berharap
suaminya terjaga.
Tengku Syahran
dilihatnya kaku.Nafas Zahlia makin sesak.Dia perlu buat
sesuatu.
“Abang!” jeritnya
kuat.
Kali ini Tengku
Syahran terjaga.Suara Zahlia yang nyaring masuk ke lubang
telinga amat memeranjatkan.Tidurnya tergugat.Tengku
Syahran meraup mukanya.Dengan mamai yang masih ada,
dia menoleh ke arah Zahlia.
“Apa halnya menjerit
tengah-tengah malam ni? Abang mengantuklah,” jawab
Tengku Syahran sedikit marah.
Zahlia mengetap
bibir.Rasa ingin menangis pun ada dengan sikap acuh tak
acuh Tengku Syahran.Sesungguhnya Zahlia memerlukan
seseorang untuk menghilangkan ketakutan yang sedang
dialaminya ketika ini.
“Kenapa?” soal
Tengku Syahran sedikit tinggi.
“Alia… Alia takut,”
jawab Zahlia pendek.Entah mengapa tiba-tiba dia terasa
malu untuk berterus-terang.Tapi, dia benar-benar takutkan
lipas!
Tengku Syahran
bingkas bangun dan menuju ke arah Zahlia.
“Alia takut apa?”
tanya Tengku Syahran.
“Tu…” Zahlia
memuncungkan bibirnya ke arah serangga berwarna hitam
di bajunya.
Tengku Syahran
menoleh.Selamba wajahnya.Tiada apa-apa riak kerisauan
yang kelihatan di wajahnya dalam kesamaran cahaya itu.
“Lipas? Laa… abang
ingatkan apa benda! Buang ajelah kat tingkap tu!”
Dahi Tengku Syahran
berkerut.Kakinya mula bergerak.Ingin menuju ke kerusi
panjang semula tanpa apa-apa tindak balas.Namun,
langkahnya terhenti sendiri.Rasa mengantuk yang pada
mulanya bersisa, bagaikan hilang dengan sendiri.Telinga
Tengku Syahran tiba-tiba menangkap bunyi tangisan kecil di
belakangnya.
Segera Tengku
Syahran memusing.Wajah pilu Zahlia mengundang rasa
simpati dalam dirinya.Berkaca-kaca mata yang kuyu itu
membendung air jernih yang ingin meleleh keluar dari
kelopak mata.
Tengku Syahran mula
tersedar.Dia tidak patut bersikap begitu.Mungkin Zahlia
benar-benar dalam ketakutan.Ya, ALLAH! Apa yang telah aku
lakukan ni? Boleh buat endah tak endah waktu Alia sedang
dalam situasi begini!
Tengku Syahran terus
melangkah ke arah Zahlia.Pantas sekali tangannya
mencekup lipas yang melekat di baju tidur isterinya lalu
dibuangnya ke luar tingkap.Tengku Syahran berpaling ke
arah Zahlia semula.Wanita itu masih kaku.
Tengku Syahran terus
melangkah semula ke arah Zahlia.Matanya menjilat segenap
wajah yang kelihatan benar-benar ketakutan.Dengan lemah
Tengku Syahran duduk di sisi isterinya.Pandangannya masih
belum lari dari memerhati seluruh wajah yang sudah biasa
basah dengan air mata.Tengku Syahran membiarkan
matanya menumpu pada bibir Zahlia yang merekah.Nampak
menggigil.Timbul rasa bersalah kerana membiarkan
perasaan takut menjalar dalam diri isterinya tadi.
“Maafkan abang,
Alia.Abang tak tau Alia takutkan lipas,” pujuk Tengku
Syahran.Air mata isterinya diseka dengan jari kasarnya.
Zahlia membeku
dalam duduknya.Nafasnya masih laju menderu.Fobianya
pada lipas tidak pernah padam sejak kecil lagi.Ketika itu, dia
memakai baju sekolah.Tiba-tiba hinggap seekor lipas.Dia
benar-benar takut dan terus menangis.Kawan-kawannya
gelihati melihat perangai Zahlia.Sejak itulah dia fobia
dengan lipas.
Tengku Syahran
runsing melihat kesepian Zahlia.Lantas diraihnya tubuh
wanita itu ke dalam pelukan.Berharap ketakutan Zahlia
dapat diredakan.
Zahlia rebah di
pelukan Tengku Syahran.Dia menangis tersedu-sedan di
dada lelaki yang erat merangkul tubuhnya.Sedikit hilang
perasaan gementar yang menguasai diri.
Tengku Syahran
terasa tangan isterinya kuat memeluk
pinggangnya.Simpatinya tumpah di situ.Perlahan-lahan
dicium lembut bahu Zahlia.
“Sudahlah, sayang!
Abang ada dekat sini!” Tengku Syahran berbisik dan sempat
mengucup telinga isterinya.Ciuman itu terus berjalan ke
sekitar wajah Zahlia.
Zahlia tidak
membantah.Malah belaian suaminya bagaikan menghalau
ketakutan yang dirasainya.Buat pertama kali Zahlia hanya
membiarkan kelakuan lelaki itu.Tangannya semakin erat
memeluk Tengku Syahran sehingga Tengku Syahran lupa
segala-galanya.Tangan Zahlia yang kuat memeluk
pinggangnya terasa kemas.Tengku Syahran dan Zahlia
kalah!
Akhirnya, malam pun
merangkak pergi membawa bersama rahsia yang tersendiri.

ZAHLIA menangis tersedu-sedan di dalam bilik air.Pancutan


air yang menderu keluar dari corong shower bagaikan
berlumba-lumba mahu membersihkan dirinya.
Kain batik kemban
yang dipakainya sudah lama lencun dibasahi air.Zahlia masih
belum berhenti menangis.Sejak dia melangkah ke bilik air,
Zahlia sudah melayani rasa hiba yang tidak henti-henti
datang mengganggu.Dia menangis sehingga terduduk di
atas lantai.Dia terus dihantui rasa bersalah yang memuncak.
“Kau dah tercemar!
Hanya kerana seekor lipas, kau dah musnahkan hidup kau!
Kau dah tak ada apa-apa Alia! Kau dah serahkan maruah kau
pada lelaki itu!” Zahlia terdengar bisikan itu bergema di
telinganya.
“Kau tak pernah
tercemar Alia.Kau sudah menjalankan tanggungjawab kau
sebagai isteri dengan baik.Bagus! Selepas ini, jangan sia-
siakan perkahwinan ini lagi.Kau dan Syah memang patut
hidup bersama,” bisikan yang lain pula kedengaran.
“Tapi, kau dengan
Syah akan berpisah tak lama lagi! Jangan harap yang Syah
akan ambil kau sebagai isteri.Dia dah dapat apa yang dia
mahu dari kau.Dia akan tinggalkan kau!” suara jahat itu
terus menyampuk.
“Tidak, Alia!
Percayalah.Syah sayangkan kau.Dia akan terus menyayangi
kau kalau kau pandai mengambil hati dia.Jangan percayakan
kata-kata karut tu,” bisikan halus yang bergema cuba
memujuknya.
Zahlia tersedu
lagi.Fikirannya ligat memikirkan kata-kata yang tersembur di
benaknya tadi.Kalau boleh Zahlia ingin terus berlama-lama
di situ tetapi tubuhnya yang kian menggigil mematikan
niat.Zahlia segera mengesat air matanya.Dia bangun dan
memulas tombol air pancut yang sejak tadi terpasang.
Setelah siap
berpakaian, Zahlia keluar dari bilik air.Ketika itu, Tengku
Syahran sudah pun terjaga dari tidur.Dia
tersenyum.Senyuman yang sukar ditafsirkan oleh
Zahlia.Zahlia berpura-pura menyibukkan diri.Selesai
menunaikan solat Subuh, dia turun ke dapur untuk
menyediakan sarapan.Itulah rutinnya sejak beberapa hari
yang lalu.
Zahlia sudah siap
menyediakan sarapan.Kini, dia sedang leka mengelamun di
kerusi makan.Entah apa yang meracau isi hatinya sehingga
mampu membuatkan dirinya hanyut dengan dunianya
sendiri.
Tengku Syahran yang
berdiri di sebelahnya secara tiba-tiba tidak berjaya
menghalau lamunannya.Zahlia hanya tersedar apabila
terasa ciuman mesra bertaut di pipi.Tengku Syahran hanya
tersenyum.Cerianya lelaki ini! Sedangkan aku? Gerutu hati
kecil Zahlia.
“Ayang menungkan
apa?” soal Tengku Syahran.
Zahlia menggeleng
lemah.Tindakan itu membuatkan Tengku Syahran mematikan
senyuman.Lantas melabuhkan punggung di kerusi
bersebelahan isterinya.
“Kenapa ni? Nampak
macam tak sihat aje?” Tengku Syahran semakin
risau.Disentuh lengan Zahlia berharap wanita itu sudi
memberitahu kemusykilan yang melanda diri.
Zahlia tetap
menggeleng.Pantas menarik tangan dari dipegang
suaminya.
Tengku Syahran mula
mengesyaki sesuatu.
“Alia marahkan abang
tentang hal semalam ya?” teka Tengku Syahran.
Zahlia diam
membatu.Mengeluh kecil kemudian tunduk.Tiba-tiba Tengku
Syahran menarik tubuh Zahlia supaya menghadapnya.Zahlia
hanya menurut.
“Abang dah agak benda
ni akan berlaku sejak Alia keluar dari bilik air lagi.Kenapa
mesti marah? Abang tak paksa Alia pun semalam dan
kenapa Alia tak menghalang abang langsung kalau betul Alia
tak setuju dengan perbuatan abang? Alia tak boleh salahkan
abang seorang,” ujar Tengku Syahran dengan wajah yang
serius.
Ayat yang dilafazkan
suaminya itu bagaikan mencekik pangkal leher
Zahlia.Selambanya jawapan dia! Aku yang risau bagaikan
nak gila ni, dibuat tak endah aje!
“Kalau abang tak
bertindak sesuka hati pun, benda tu takkan terjadi.”
Akhirnya Zahlia membuka mulut.
Tengku Syahran mahu
ketawa mendengar kata-kata Zahlia.Alasan yang tak
munasabah! Bukankah dia juga yang memeluk aku erat-erat
sehingga aku lupa segala-galanya.Sekarang, nak marah-
marah aku pulak!
“Habis, siapa yang
suruh Alia kejut abang dari tidur?”
“Alia nak suruh abang
tolong buangkan lipas tu aje.That’s all! Tapi, apa yang abang
lakukan lebih dari tu.” Zahlia mengesat air mata yang tiba-
tiba mengalir.
“Cuba Alia cakap, apa
yang abang lakukan pada Alia? Abang sakiti hati Alia? Abang
pukul Alia? Tak ada kan? Abang cuma cari hak abang sebagai
suami dalam diri Alia… salah ke?” Tengku Syahran mula
membentak.
Zahlia tertunduk.
Tengku Syahran cuba
bersabar.Suaranya yang kian tegang, cuba
dikendurkan.Melihatkan wajah Zahlia yang keruh amat
menyentuh jiwanya.
“Okey, kalau Alia tak
puas hati… abang minta maaf! Tapi, kita dah
terlanjur.Perkara tu dah terjadi pun.Alia tak boleh
menyangkal.Takdir telah menentukan yang Alia dah jadi hak
abang luar dan dalam! Semalam, bersaksi ALLAH.DIA dah
nampak apa yang kita lakukan.Kita tak boleh lari.”
“Cukup! Puaslah hati
abang sekarang, kan? Abang dah dapat apa yang abang
mahu dari Alia.Bolehlah abang lepaskan Alia,” pinta Zahlia
secara mengejut.
Bulat mata Tengku
Syahran mendengar ayat yang tercetus di bibir halus itu.
“Apa yang Alia cakapkan
ni? Kenapa hal semalam jugak yang Alia nak ungkitkan?
Dahlah Alia… kita lupakan perkara yang lepas.Abang berjanji
akan bertanggungjawab sepenuhnya pada Alia.Jangan nak
kusutkan lagi keadaan.Masa depan kita yang lebih penting
sekarang ni!” Tengku Syahran bersuara lembut.Berniat
memujuk kekusutan isterinya.
“Alia benci tengok
abang!”
“Tapi, abang sayangkan
Alia.Terimalah cinta abang sayang!”
“Tak nak!”
“Kenapa?”
“Kalau abang tak
menghina Alia hari tu, mungkin sudah lama Alia menerima
abang.Tapi, disebabkan kata-kata abang tu, Alia akan
membenci abang.Alia takkan lupa sampai bila-bila!
Ditambah lagi dengan hal semalam, Alia tetap akan
membenci abang.”
Tengku Syahran
tersentak.Rupa-rupanya hal itu!
“Kalau hal itu, abang
minta maaf Alia! Abang tak bermaksud pun nak menghina
Alia!”
“Itu ajelah yang abang
tau nak cakap.Alia benci tengok abang! Alia benci tengok
abang! Alia benci tengok abang!” Zahlia berkata kuat.Begitu
bersungguh-sungguh.
Tengku Syahran
mengeluh sambil menggeleng.
“Sampai bila Alia nak
berperangai begini?” tanya Tengku Syahran dalam nada
terkilan.
“Sampai bila-bila.Sampai
hati Alia puas bila tengok abang mengalah!” Zahlia
menjawab.
Tengku Syahran
tersenyum kecil.
“Abang tak mungkin
akan mengalah,Alia.Abang akan berusaha memenangi
semula hati Alia.Sampai bila-bila.Sampai hati abang yang
puas tengok Alia yang mengalah! Lagipun, abang tau isteri
abang ni bukan nak berterus-terang tentang hati dan
perasaan sendiri secara direct dengan abang.Dia lebih
senang nak beritahu orang lain tentang perasaan dia pada
kita,” ucap Tengku Syahran panjang.
Zahlia terkedu. “Apa
maksud abang?”
Tengku Syahran
menjungkit kening.
“Alia ingat abang tak tau
yang Alia ada jumpa Anis masa abang merajuk dengan Alia
dulu? Eleh, takut jatuh cinta konon… dalam diam rupa-
rupanya sayangkan kita!” Tengku Syahran mengejek dengan
senyuman nakal.
Zahlia menjeling Tengku
Syahran.
“Benci…” Zahlia berkata
dan ingin berlalu.
Bab 41

T ENGKU SYAHRAN bersiul-siul kecil berjalan di sebelah Adli


ketika mahu melangkah ke meja makan yang terletak
tidak jauh dari mereka.Adli pelik melihat perangai teman
baiknya itu.Nampak berlainan hari ini.Dah kemaruk agaknya
dia ni? Hati Adli berdetik.
Setelah memesan makanan,
Adli memerhatikan gelagat Tengku Syahran.Dia masih
dengan dunianya.Adakalanya Tengku Syahran menyanyi
kecil dan kadang-kadang dia tersenyum sendirian.Entah apa
ubat yang Alia berikan agaknya! Rungut Adli lagi.
“Kenapa
senyap,Li?” tiba-tiba Tengku Syahran bertanya.
Adli merenung
wajah ceria sahabatnya itu.Pelik sungguh!
“Kenapa?” tanya
Tengku Syahran aneh dengan renungan Adli.
“Kau tulah, pelik
aku tengok hari ni,” beritahu Adli.
“Pelik? Pelik yang
macam mana? I don’t get it!” tanya Tengku Syahran sambil
menyuap nasi goreng pattaya ke dalam mulut.
“Tak ada.Aku
tengok kau semacam aje hari ni.Tak pernah kau senyum
sampai ke telinga lebarnya!” terang Adli dengan kerutan di
dahi.
“Nothing! Aku biasa
aje.” Tengku Syahran menjawab dengan senyuman.
Adli merenung
temannya lagi.Wajah Tengku Syahran tetap selamba.Makin
lebar senyumannya.
“Haa… tu tersengih
tu.Apa kenanya ni? Dah lama benar aku tak tengok kau ceria
macam ni! Pasal Alia ke?” Adli masih bertanya.
Tengku Syahran
menjungkitkan bahu.
“Aku biasa aje,
Li.Tak ada apa-apa.Kau yang merepek ni.”
“Kau biar betul
Syah.Aku kenal kau dah lama tau!”
“Betul.I’m okay!”
beritahu Tengku Syahran bersungguh-sungguh.
Giliran Adli pula
yang menjungkitkan bahu.
“Suka hati kaulah
Syah! So… kau dengan Alia dah all right?” Adli mula mencari
ruang untuk mengetahui perkembangan perkahwinan
temannya.
Tengku Syahran
tersenyum lagi.Teringat peristiwa indah yang pertama kali
berlaku dalam hidupnya semalam.
“Alhamdulillah
semenjak dua menjak ni dia dah jinak sikit.Cuma kau faham-
faham ajelah Alia tu, angin satu badan.Tambah lagi dengan
rumah yang tengah tak ada orang sekarang ni.Pantang usik
sikit, nak mengamuk aje!”
Adli
ketawa.Kemudian dia menghirup teh aisnya.
“Pandai-pandailah
kau ambil hati dia.Ambil peluang masa rumah kau tengah
kosong ni.Kalau dia tak suka… kau kacau buat apa?” soalan
Adli membuatkan Tengku Syahran terkulat-kulat.
“Mana tahan duduk
berdua senyap macam tu aje! At least, nak juga aku…”
“Ah, sudah… sudah!
Tu mulalah nak cakap benda kotor tu!” potong Adli pantas.
“Mana ada? Kau ni…
main tuduh aje!”
“Habis, tengok dari
gaya percakapan kau tu, bukannya boleh percaya.”
“Aku nak beritahu
kau… daripada duduk berdua macam tu aje, baik aku ambil
peluang untuk bermanja dengan dia.Dia tu aje yang tak
faham!” ujar Tengku Syahran sambil menyuapkan lagi nasi
goreng pattaya ke dalam mulutnya.
“Cara kau kasar
sangat agaknya?” Adli tergelak.
“Entah.Aku pun tak
perasan.Mungkin jugak, Li!” ujar Tengku Syahran sambil
menghirup milo aisnya pula.Peristiwa semalam terbayang
lagi.Ah,aku cintakan kau, Alia!
“Itulah… kau kena
pandai bermain dengan situasi.Ini, ikut sedap kau aje! Hari
tu dia dah mengaku kat Anis yang dia sayangkan kau.Mesti
kau ada buat hal ni!”
Serkap jarang itu
membuatkan Tengku Syahran mengeluh tiba-tiba.Tangannya
mula meletakkan gelas yang berisi air milo itu di atas
meja.Tengku Syahran teringatkan peristiwa dia menampar
pipi Zahlia dahulu.Rasa bersalah datang tiba-tiba.
“Betul ke, kau ada
buat hal?” soal Adli sekali lagi.
Tengku Syahran
terdiam.Perlahan-lahan dia mengangguk.
“Laa… apa yang kau
dah buat?”
“Aku tak sengaja,Li.
Bukan niat aku!” Tengku Syahran berkata sambil tunduk.
“Yalah… apa
bendanya?” Adli sudah tidak sabar untuk mengetahui alasan
temannya itu.
Tengku Syahran
menarik nafas panjang.
“Aku… terlepas
cakap!”
Adli masih tidak
mengerti.Terus ditenung wajah temannya sedalam mungkin.
“Aku hina maruah
Alia.Lepas tu, aku tampar pipi dia.”
Adli ternganga.
“Oh, my God! Hey,
what happened to you? Sampai macam tu sekali?” Adli
terkejut.
“Aku tak sedar,Li!”
“Kau tau tak Syah…
berdosa kau pukul Alia macam tu.Kemudian, kau hina
dia.Kalaupun dia ada buat salah, bukan begitu caranya nak
menghukum isteri.”
“Aku tau! Tapi, otak
aku tengah berserabut masa tu.Semuanya Linda punya
pasallah!”
Adli mengerutkan
dahi.Tidak mengerti penjelasan Tengku Syahran.
“Linda?”
Tengku Syahran
mengangguk.
“Dia ugut aku
tentang surat perjanjian.Aku risaulah, Li… kalau dia beritahu
mak aku!” Tengku Syahran mengeluh.
“Dia ada buktikah?”
“Ada.Surat
perjanjian tu ada pada dia.Mana aku tak bengang? Dia
masuk office aku masa aku tak ada!”
Adli tercengang lagi.
“Maknanya… kau
lepaskan geram pada Alia pasal hal tu?”
Tengku Syahran
membatu.
“Mungkin itu salah
satu daripada puncanya.”
“Maksud kau?”
“Linda buat fitnah
mengatakan yang Alia ada lelaki lain.Linda mahu aku
ceraikan Alia dalam masa tiga bulan dari tarikh dia datang
office aku dulu.Linda suruh aku tengok CD rakaman dia.Ada
gambar Alia dengan seorang lelaki.Rupa-rupanya lelaki tu
kita kenal.Kau ingat Ben masa kita study dulu?”
Adli terdiam.
“Ben yang suka
pada Linda tu ke?” teka Adli.
“Hmm… dia nak
masuk Islam! Lepas tu, dia suruh Alia tolong ajarkan dia
persediaan sebelum masuk Islam! Aku berdosa besar pada
Alia, pada Ben… tuduhan yang merepek-repek!” luah Tengku
Syahran dalam nada kesal.
“Aku dah minta maaf
pada Alia! Tapi, aku tau Alia masih marahkan aku.Cuma
marahnya dah reda sikit,” jawab Tengku Syahran.
“Dah reda macam
mana?”
“Makan pakai aku,
dia tak pernah abaikan sejak pagi tadi.Tapi,kau pun kena
faham jugak aku ni.Kadang-kadang mengada-ngada sikit.Dia
dah panaskan lauk, aku suruh hidang atas meja.Sengaja aku
nak tambah pinggan kotor kat rumah tu,” jawab Tengku
Syahran panjang.
“Kau ni, Syah!
Kesian dia.”
Tengku Syahran
ketawa.
“Aku nak ajar
dia,Li.Biar dia biasa hidup dengan cara aku bila pindah
rumah nanti.Aku pun masih cuba memahami sikap dia.”
“Kau nak pindah
rumah?” Adli terperanjat.
“Aku nak merasa
hidup berumah tangga dengan Alia.Lagipun, kesian aku
tengok dia… kena jaga tingkah laku di depan famili aku.Tak
free macam orang lain.Bila keluar bilik aje, kena pakai
tudung.Pergerakan dia terbatas.Itupun nasib baik rumah
tengah tak ada orang sekarang ni.Bolehlah dia bebas sikit,”
ujar Tengku Syahran lagi.
Adli menyandarkan
tubuhnya ke kerusi.
“Emm… dia dah
tau?”
“Belum.Benda ni
masih dalam perancangan aku.Kalau boleh aku nak
dapatkan rumah dulu.Kau boleh tolong aku, kan?”
Adli terdiam.Berfikir
sejenak.
“Kalau pasal rumah…
no problem sebab aku ada ramai member yang kerja kat
agensi hartanah.Nanti aku bawa kau ke sana! Tapi dengan
syarat.”
“What?” Tengku
Syahran mengangkat kening.
“Bila dah pindah
rumah nanti, kau jangan berperangai macam budak-budak
lagi.Cuba control sikit temper kau tu.Jangan sikit-sikit nak
naik darah aje.Alia tu perempuan! Aku takut, sampai masa
bila dah tak tahan, dia lari… padan muka kau!”
Tengku Syahran
tersenyum.Lambat-lambat baru dia mengangguk.
“Aku tau…”
“So… bila nak
bincang dengan Alia tentang hal kau dengan dia? Kes kau
dah berat ni.Linda pun dah dapat surat perjanjian tu.Baik
kau bincang dengan Alia cepat-cepat!” soal Adli sambil
menghirup teh ais yang sudah meruap di permukaan gelas.
“Tunggu mak dengan
ayah aku baliklah.Lagipun, aku tak tau apa pendapat Alia
tentang rancangan aku nak hidup bersama dia.Aku takut dia
tak setujulah!”
“Mustahil.Kan dia
dah sayangkan kau!”
“Aku kena tanya dia
dulu!”
“Tulah kau… dulu
lagi aku dah suruh kau ikat dia dengan kuasa kau.Kau sendiri
yang tak nak.Sekarang,keadaan dah genting, kalau terjadi
sesuatu macam mana?”
Kata-kata Adli
membuatkan Tengku Syahran tersenyum kecil.Tengku
Syahran terbayang lagi adegan malam tadi.Alia betul-betul
menawan!
Adli pelik lantas
mengerutkan dahi.
“Ni, apasal sengih-
sengih pulak ni?” tegur Adli.
Tengku Syahran
tersentak.Segera mematikan senyuman.
“Tak ada apa-
apa.Jom… blah? Dah lama kita ni!” Tengku Syahran
memesongkan topik.
Adli menghirup teh
aisnya sampai habis.
“Jom…”

KETIKA Tengku Syahran sampai di rumah pada malam


itu,Zahlia sedang melipat kain di ruang tamu.
“Hai, sayang! Dah
lama balik?” Tengku Syahran terus memeluk bahu isterinya.
Zahlia terkejut
dengan tindakan suaminya itu.Terasa hangat tubuh Tengku
Syahran melekap di belakangnya.Pantas Zahlia menjarakkan
kepalanya dari Tengku Syahran.
Tengku Syahran
hanya tersenyum melihat respons Zahlia.Dia sudah masak
dengan tingkah laku isterinya.Pelukan yang semakin erat
segera dileraikan.Lantas Tengku Syahran melabuhkan
punggungnya di sisi Zahlia.
“Alia dah makan?
Abang laparlah sayang,” beritahu Tengku Syahran sambil
menyandarkan tubuh ke kerusi.
Zahlia senyap.Begitu
juga dengan Tengku Syahran.Suasana menjadi sunyi
semula.Zahlia menoleh ke arah Tengku Syahran.
Patutlah senyap.Dah
terlena rupanya? Detik hati kecil Zahlia.Deruan nafas yang
berbunyi bagaikan terselit dengan nada keletihan.Perlahan-
lahan Zahlia bangkit dan menuju ke dapur.Kerjanya
ditinggalkan sebentar.
Selesai memanaskan
lauk, Zahlia menghidangkan makanan itu di atas
meja.Kemudian, dia melangkah ke ruang tamu semula dan
duduk di sisi Tengku Syahran.Menyambung kembali kerja-
kerjanya yang terbengkalai sebentar tadi.Amboi, bukan main
sedap lagi dia berdengkur! Ngomel Zahlia.
Zahlia tidak terus
mengejutkan Tengku Syahran.Direnungnya wajah Tengku
Syahran.Timbul rasa belas di hatinya.Terbit rasa sayang
dalam jiwanya.Tiba-tiba Zahlia mengeluh kecil.Mengaku di
dalam hati yang dia turut menyayangi Tengku Syahran.Entah
mengapa timbul perasaan nakal di benak Zahlia untuk
mengusik suaminya itu.
Perlahan-lahan jari
telunjuknya dibiarkan bermain-main di kening Tengku
Syahran yang lebat.Zahlia ketawa kecil apabila melihat
kelopak mata Tengku Syahran bergerak-gerak dengan dahi
yang berkerut.Bagaikan ada sesuatu yang mengganggu.
Tengku Syahran
mula tersedar.Tetapi, dia tidak terus membuka mata
sebaliknya membiarkan matanya terpejam rapat.Tengku
Syahran terasa keningnya dimain-mainkan.Telinganya pula
seperti dapat menangkap bunyi ketawa yang halus
menampar pendengaran.
Tengku Syahran mula
mengesyaki sesuatu.Perlahan-lahan sebelah kelopak
matanya dicelikkan sedikit.Dalam sedikit ruang itu matanya
dapat menangkap seraut wajah yang sedang tersenyum di
sisinya.Wah, dia nak main geli-geli pulak!
Tengku Syahran
tersenyum di dalam hati.Zahlia dilihatnya masih tersenyum
dan mungkin tidak menyedari yang dirinya diintip.Tengku
Syahran memejamkan matanya semula.Hatinya ligat
mencari jalan ingin mengusik wanita itu.senyap-senyap nak
bergurau dengan aku ya?
Perlahan-lahan
Tengku Syahran menyengetkan kepala dan kemudian
sengaja dijatuhkan ke atas paha Zahlia.
Zahlia
tersentak.Mati terus senyumannya.Kepala Tengku Syahran
terasa berat menghempap kakinya.Ingin ditolak, tidak
sampai hatinya apabila melihat wajah kepenatan itu.Lalu,
Zahlia hanya membiarkan kepala Tengku Syahran terbaring
lesu di kakinya.
Zahlia meneliti
segenap wajah itu.Kemudian, dia memberanikan diri
meletakkan tapak tangan di kepala Tengku Syahran.Rambut
Tengku Syahran yang terjuntai-juntai dibelainya
lembut.Semakin lama, dia semakin berani.Bibir halusnya
tersenyum.
Tiba-tiba mata
Tengku Syahran terbuka dengan senyuman nakal tercetus di
bibir.Zahlia terkejut.Terasa bagaikan dipatuk ular.Senyuman
manis yang terukir di wajahnya dengan sendirinya
mati.Segera dia bangun.Tindakan sepantas kilatnya itu
membuatkan tubuh Tengku Syahran terjelepuk ke bawah.
“Aduh!” Tengku
Syahran terjerit kecil.Nasib baik badannya terjatuh di atas
permaidani.
Zahlia yang melihat
peristiwa yang tidak diduga itu sedikit terkejut.Tetapi,
perasaan terkejutnya bertukar menjadi rasa lucu yang
memuncak sehingga mencetuskan bunyi ketawa di
bibirnya.Zahlia menerkup mulutnya.
Tengku Syahran
tersenyum melihat isterinya ketawa besar.Dia bingkas
bangun.
“Haa… ketawa pun
isteri abang ni! Adakah ketawa itu bermaksud Alia dah tak
marahkan abang lagi?” tanya Tengku Syahran sambil duduk
di atas kerusi semula.
Zahlia mematikan
ketawanya.Lama kemudian, bibirnya mencebik.
“Selagi Alia ingat
kata-kata abang menghina Alia hari tu, marah Alia takkan
padam!” beritahu Zahlia berterus-terang.
Tengku Syahran
berdiri.Berjalan menghampiri Zahlia lalu diraihnya tapak
tangan itu dengan lembut.
“Maafkanlah
abang.Abang berjanji perkara sebegitu takkan berlaku lagi,
ya?” pujuk Tengku Syahran tepat melepas pandang ke anak
mata Zahlia.
Zahlia menggeleng.
“Tak mungkin
semudah itu!”
“Percayalah.Abang
akan bertanggungjawab pada Alia.Kita bersatu sampai bila-
bila.Abang takkan menghina Alia lagi!”
Zahlia menarik
tangannya dan berundur setapak ke belakang.Matanya
melawan renung suaminya.Seperti biasa, dialah yang akan
tewas.Pantas dilarikan penglihatannya ke sudut lain.
Tengku Syahran
tersenyum.
“Nampaknya Alia
masih belum mampu melawan pandangan abang! Kenapa?
Gementar?” Tengku Syahran bertanya dengan nada usikan.
Zahlia
tunduk.Berdebar dia mendengar pertanyaan itu.
“Alia dah hidangkan
lauk kat atas meja.Kalau abang nak makan, layanlah diri
sendiri.Alia nak habiskan melipat kain.” Zahlia
memesongkan tajuk.Soalan Tengku Syahran tidak dilayan.
Tengku Syahran
hanya menggeleng apabila Zahlia melangkah pergi.
“Isteri abang ni…
keras kepala betul.” Sempat Tengku Syahran berbisik
sebelum berlalu ke arah tangga.
Zahlia mendiamkan
diri.Tangannya menyambung kembali melipat kain baju yang
terbiar tadi.Namun, telinganya dapat menangkap kata-kata
Tengku Syahran dari anak tangga.
“Abang nak Alia
layan abang makan lepas ni.Buat apa ada isteri, kalau abang
kena layan diri sendiri? Abang nak mandi dulu.Alia pun
siapkanlah melipat kain tu!” jerit Tengku Syahran dengan
nada yang kuat.
Zahlia mengejut
kecil apabila derap kata itu kian menghilang.Tengku Syahran
memang suka memerintah!
Bab 42

“A LIA, ada bunga untuk kau!” jerit Fatimah dengan kuat


sekali.Zahlia tersentak mendengar jeritan itu hingga bingit
telinganya.Dia berpaling mencari kelibat Fatimah dan dari
jauh dia ternampak Fatimah melangkah ke arahnya sambil
memegang bungkusan bunga ros yang dihias cantik.
“Ini… bunga
untuk kau!”Fatimah berkata sekali lagi dan menyerahkan
bunga itu kepada Zahlia.Zahlia menyambut dengan
senyuman lebar.
“Siapa yang
bagi?” tanya Zahlia sambil membelek-belek hiasan bunga
ros itu.
“Entah.Laki kau
kot.Bacalah kad tu!”
Zahlia menarik
sekeping kad berwarna pink yang terselit di celah-celah
bunga ros itu.

Jumpa abang di Hotel Crystal


Crown pukul 8.00 malam ni.
Abang tunggu…

Abang.
Zahlia tersenyum.
“Siapa?” tanya
Fatimah mematikan senyuman Zahlia.
“Syah!”
“Em… aku dah
agak dah! Apa dia nak?”
“Kau bacalah
sendiri,”ujar Zahlia sambil meletakkan kad itu di atas meja.
Fatimah
mengambil kad itu dan membacanya.Kemudian dia turut
tersenyum.
“Patutlah.”
Za hlia mengetap
bibir.Tersipu-sipu.
“Aku patut pergi
ke Imah?” soal Zahlia ragu-ragu.
“Mestilah.Kau
nak biar dia merajuk macam dulu lagi?”
“ Bukan.Aku takut
dia main-mainkan aku!”
“Kenapa?”
“Pagi tadi dia
pesan yang dia akan balik lambat hari ni.Dia kata tak payah
tunggu.”
“Itulah kot
halnya.Dia nak pujuk kau tu.” Fatimah meneka.
Zahlia
terdiam.Membelek-belek tulisan kad itu sekali lagi.Keraguan
yang bertapa di hatinya sedikit demi sedikit cuba ditepis.
“Okeylah, aku
ada kelas ni.Kau mesti pergi tau!”
Fatimah terus
berlalu.Sempat dia mencuit bunga ros di tepi meja.Zahlia
membisu selepas itu.Pergi atau tidak? Dia belum fikirkan
lagi.

ZAHLIA memasuki ruang lobi Hotel Crystal Crown dengan


penuh hati-hati.Suasana kelihatan bingit dan ramai orang
sedang melangkah ke arah pintu.
“Yes madam…
who are you looking for?” seorang gadis menegurnya.
“ I’m Puan
Zahlia.Is there a reservation from Tengku Syahran?” soal
Zahlia tenang.
Gadis itu meneliti
sekeping kertas di tangannya.
“Oh, yes! But he
didn’t come yet.I’ll show you the place!”
“Okay.”
Zahlia mengikut
gadis itu ke sebuah meja yang masih kosong.Dia duduk
bersendirian sambil memerhatikan keadaan sekeliling ruang
yang sudah dipenuhi dengan orang ramai.Kebanyakannya
berpasang-pasangan.
Jam menunjukkan
pukul 9.00 malam.Sudah satu jam Zahlia menunggu, namun
kelibat Tengku Syahran tidak kelihatan.Zahlia mula gelisah.
Tiba-tiba seorang
pelayan lelaki datang dengan membawa sekuntum bunga
ros bersama sekeping kertas kepada Zahlia.
“ For you madam!”
pelayan itu berkata.
Zahlia
mengangguk dan mengucapkan terima kasih.Zahlia
membaca tulisan yang tertulis di atas kertas itu.

Sorry I’m late.I’m


coming your way…

Abang.

Zahlia tersenyum
puas.Sekurang-kurangnya dia tahu Tengku Syahran pasti
hadir.Zahlia membawa bunga ros itu ke hidung dan
kemudian meletakkannya ke atas meja.Sabar menanti
kehadiran suaminya.
“Hai!” tegur satu
suara.
Zahlia
mengangkat wajah.Bibirnya mengukir
senyuman.Tetapi,senyuman itu mati dengan sendiri.Zahlia
terkejut.Dia tidak kenal yang menegurnya itu.
“Ya?” tanya Zahlia
ragu-ragu.
Tanpa dipelawa,
lelaki yang tidak dikenali itu duduk di kerusi berhadapan
Zahlia.Zahlia terkedu.Perbuatan mendadak lelaki itu
menakutkannya.
“Siapa kau?”
Zahlia bertanya cemas.
Lelaki itu
tersenyum menggoda.Senyuman yang meresahkan lagi hati
Zahlia.
“You tak kenal I
ke?” lelaki itu bersuara.
Zahlia
menggeleng.Sungguh, dia tidak mengenali lelaki itu!
“I’m Faizal.Nice to
meet you.” Lelaki itu berkata selamba.
Zahlia takut.Dia
tidak pernah berjumpa dengan lelaki itu.Siapa?
“Aku tak kenal
kau! Aku bukan tunggu kau.Pergi!” marah Zahlia.Zahlia tidak
senang duduk.
“ I tau you tengah
tunggu husband you, right?”
Zahlia
mengerutkan dahi.
“Dia takkan
datang hari ni sayang. I will pretend as your husband right
now!”
Faizal
tersenyum.Dia mencapai bunga ros itu dan mengucup
kuntum bunga itu perlahan-lahan sebelum menghulurkannya
kepada Zahlia.
“For you,honey!”
ucapnya perlahan.
Zahlia tidak
menyambutnya.Dia terus berdiri dan hendak melangkah
keluar.Ingin melarikan diri dari lelaki yang tidak pernah
ditemuinya itu.Tiba-tiba tangannya dipegang.
“You nak ke mana?
Janganlah macam ni. I rindukan you tau.” Faizal berkata lagi.
Zahlia menarik
tangannya laju.
“Don’t touch me. I
don’t know who you are.Jangan ganggu aku!” Zahlia ingin
melangkah tetapi Faizal terlebih dahulu berdiri di hadapan
menghalang.
“Sampai hati you
buat I macam ni.Mentang-mentang you dah dapat anak
orang kaya,you tinggalkan I merana sayang. I miss you so
much!” ujar Faizal sambil mengusap pipi Zahlia.
“Aku tak kenal
kau!”
Zahlia
menjarakkan diri.Dia tidak mahu terus berdiri di hadapan
lelaki yang betul-betul menakutkannya.Dia ingin melangkah
pergi.Namun, Zahlia terasa jantungnya bagaikan terhenti
berdegup apabila terpandang wajah bengis Tengku Syahran
tidak jauh darinya.
Zahlia berlari
mendapatkan Tengku Syahran.
“Abang…” Zahlia
memegang tangan suaminya itu tetapi Tengku Syahran
menepis.
Zahlia tersentak.
“Sayang!!! Ohh…
so, this is your husband?” Faizal berdiri di sisi Zahlia.Memaut
tangan Zahlia dengan pantas.
Zahlia
memandang Tengku Syahran takut-takut.Dia menangkis
tangan itu dan menghampiri suaminya semula.
“Abang, Alia tak
kenal dia,bang!” Zahlia memeluk tangan Tengku Syahran.
“Aku pun tak kenal
kau!”Tengku Syahran berkata dan terus melangkah pergi.
“Abang…” Zahlia
memanggil.
Tengku Syahran
buat tidak dengar.Zahlia terkaku di situ.Kelibat Tengku
Syahran semakin menghilang.Dia menoleh ke arah Faizal
yang sedang tersenyum.
“Tak guna!! Siapa
kau?” Zahlia berkata kuat.
Faizal ketawa
besar.Bergerak-gerak tahi lalat di tepi matanya bersama
ketawa yang tercetus.
“Okeylah.Lakonan
I dah tamat. I pergi dulu. Bye.”
Faizal
meninggalkan Zahlia bersama ketawanya.Tinggallah Zahlia
terkulai di situ bersama air mata.Tersedu-sedan dia
menangis sebelum dia bangun dan melangkah ke arah
kereta.
Zahlia membatu
di dalam kereta.Setelah agak lama mebatukan diri, barulah
dia menghidupkan enjin.Kereta Proton Wira itu meluncur laju
membelah lebuhraya.

ZAHLIA tiba di hadapan Villa Sakura kurang lima minit pukul


11.00 malam.Kereta Honda Prelude sudah pun tersadai di
garaj.Zahlia menekan remote control untuk membuka pintu
pagar automatik.Setelah meletakkan kereta di garaj, dia
mematikan enjin.Dia keluar dan menutup semula pintu
pagar.
Zahlia masuk ke
dalam rumah.Dia menaiki anak tangga menuju ke
biliknya.Ruang tamu villa itu sudah sunyi dan gelap.Semasa
pintu biliknya terkuak, Zahlia ternampak wajah yang
kelihatan benar-benar bengis sedang duduk di atas kerusi.
Zahlia
diam.Setelah meletakkan beg tangan dan membuka tudung,
Zahlia melangkah ke bilik air.Dia terus mengambil wuduk
dan menunaikan solat Isyak.Habis bersolat, dia berdoa
kepada ALLAH semoga hati suaminya itu sejuk.
Anggapan Zahlia
meleset sama sekali.Wajah Tengku Syahran masih masam
dan bengis.Zahlia berasa gementar.Dia memberanikan diri
duduk di sisi suaminya itu.
“Abang…”
“Diam!” jerkah
Tengku Syahran.
Zahlia
terperanjat.
“Sumpah, Alia tak
kenal dia!” Zahlia tetap bersuara.
“Habis tu, kenapa
kau ada kat situ dengan dia?”
“Alia ingatkan
abang…”
“Jangan jadikan
itu sebagai alasan.Bila masa aku suruh kau ke sana?”
Zahlia terkedu.
“Abang yang
hantar bunga!”
“Ohh… kau dapat
bunga? Jantan mana pulak yang bagi kau bunga, hah?”
Tubuh Zahlia
menggeletar melihat wajah Tengku Syahran yang berapi-api
itu.Dia cuba mengelak apabila tangan Tengku Syahran
mencengkam kuat tangannya.
“Cakap cepat,
siapa yang bagi?” gertak Tengku Syahran lagi.
“Alia ingat abang
yang bagi!”
“Kau jangan nak
jadi pembohong, Alia! Aku tak pernah kirimkan kau apa-
apa!”
Cengkaman itu
semakin kuat.Zahlia mula menangis.
“Sakit, bang!”
adunya dalam sendu.
Zahlia cuba
menolak tangan yang melekat kuat di lengannya tetapi
tubuhnya ditolak.Zahlia tersandar ke kerusi.Tubuhnya
ditekan kuat ke belakang.
“Jantan tu ingat
dia seorang boleh sentuh pipi kau? Aku boleh buat lebih dari
itu!” Tengku Syahran sudah mula melalut.
Zahlia terkedu
apabila Tengku Syahran membenamkan wajahnya ke leher
Zahlia.Zahlia dapat rasakan yang lehernya dicumbu dengan
kasar.
“Abang, jangan
buat begini pada Alia!” Zahlia merayu berserta tolakan yang
kuat di tubuh Tengku Syahran.
Tengku Syahran
menghentikan perbuatannya.
“Kenapa? Dah
penat sangat melayan jantan lain. Sampai aku suami kau
pun dah tak boleh nak layan?” Tengku Syahran menengking.
Zahlia berasa
takut.Air matanya mengalir lagi.Tengku Syahran terus
bertindak ganas.Zahlia naik lemas.Dia menolak tubuh itu
sekuat hatinya.Dia cuba berlari ke arah pintu dan sempat
menarik tombol pintu.daun pintu sudah terbuka luas.Zahlia
ingin keluar tetapi rambutnya direntap kasar.Langkah Zahlia
terhenti.Dia mengaduh sakit.
“Kau nak ke
mana?”
“Sakit bang!”
Zahlia memegang tangan Tengku Syahran yang sedang
menarik rambutnya.Dia menangis lagi.
Tengku Syahran
tidak menghiraukan tangisan itu.Rambut Zahlia ditarik lagi
supaya mengikuti jejak langkahnya.
“Jangan cuba nak
larikan diri! Kau hak aku.Aku boleh buat sesuka hati aku.”
Tengku Syahran
mencampakkan tubuh Zahlia di atas katil.Zahlia ingin lari
lagi sekali tetapi gagal.Tengku Syahran sudah duduk
menindih pahanya.Zahlia meronta-ronta minta
dilepaskan.Dia cuba mengelak tubuh Tengku Syahran yang
ingin mendekati.Gagal juga apabila kedua-dua belah
tangannya digenggam oleh Tengku Syahran.Zahlia menangis
teresak-esak.
“Jangan bang! Alia
rayu pada abang.Jangan buat begini pada Alia.Tolonglah
bang!”
Tangisan Zahlia
semakin kuat.Air matanya terus laju mengalir.Dia hampa
apabila Tengku Syahran tidak langsung mempedulikan pujuk
rayunya.
“Abang…”
“Senyap! Ikut
cakap aku atau kau mahu aku paksa kau!” tengking Tengku
Syahran.
Zahlia terdiam
dalam esakan.Dia tahu apa jua tindakannya sudah tidak
bermakna.Suaminya itu benar-benar telah hilang kewarasan
tatkala itu.Zahlia tidak mampu berbuat apa-apa apabila baju
tidur yang dipakai direntap sehingga mendedahkan
sebahagian tubuhnya.
Zahlia ternampak
wajah Tengku Syahran yang sudah mendekati
wajahnya.Zahlia terus memejamkan mata.Dia tidak mahu
melihat wajah lelaki itu mencumbuinya dengan kasar dalam
keadaan lampu yang terang dan pintu bilik yang terbuka
luas.Dia tersedu dalam kegelapan yang tercipta dari kelopak
matanya.Dia meraung di dalam hatinya.Akhirnya Zahlia
pasrah.
Bab 43

Z AHLIA terjaga pukul 7.00 pagi.Dia hendak bangun tetapi


kepalanya terasa berat.Tubuhnya masih dibaluti dengan
selimut tebal.Zahlia sedar Tengku Syahran sudah tiada di
sisinya.Sejak pagi lagi lelaki itu telah meninggalkannya.Tiada
sebarang kata yang diucapkan.Zahlia tersedar yang
suaminya itu telah pergi ketika terdengar bunyi hempasan
pintu yang begitu kuat.
Zahlia sudah terjaga waktu
itu tetapi disebabkan kepalanya berpinar-pinar dan
berpusing, dia terlena kembali sehingga subuhnya terlepas
begitu sahaja.Tiba-tiba Zahlia menangis.Dia terbayangkan
perbuatan ganas suaminya malam tadi.Tidak disangka
dalam kelembutan, rupa-rupanya Tengku Syahran memang
seorang yang panas baran.
Zahlia merasa
dahinya dengan belakang tangan.Panas.Dia teringat yang
dia perlu bekerja.Namun, kepalanya terasa berat
sekali.Pantas dia mencapai telefon di tepi katil dan menekan
nombor talian Sinar Iram.
“Assalamualaikum.”
Suara Zahlia kedengaran tidak bersemangat.
“Waalaikumussalam,
ya?” sapa seseorang di hujung talian.
“Siapa tu?” tanya
Zahlia.
“Fatimah.Cik nak
cakap dengan siapa?”
“Imah… aku ni!
Alialah.”
“Oh, Alia.Kenapa?
Kau kat mana ni? Kenapa suara kau lain?”
“Emm… aku kat
rumah ni.Aku nak minta cutilah.Aku rasa tak sihat.Puan
Hajah ada?” tanya Zahlia lagi.
“Alamak… kau
terlambat call! Puan Hajah baru keluar.Ada appointment
dengan pegawai daerah,” beritahu Fatimah.Dia terdengar
Zahlia mengeluh.
“Macam mana ni?
Aku tak larat nak drive ke sana.Kepala aku pening sangat!”
Zahlia berterus-terang.
Fatimah terdiam
sejenak.Mencari alasan untuk membantu temannya.
“Tak apalah…
macam ni, bila Puan Hajah balik nanti, aku beritahu dia.Kau
tak sihat… tak payahlah nak kerja lagi.Duduk kat
rumah.Tidur dan rehat,okey?”
Zahlia berasa
sedikit lega mendengar penerangan Fatimah.
“Terima kasih
Imah.Aku sayang kau,” ujar Zahlia sedikit bergurau.
Kedengaran
Fatimah ketawa di hujung talian.
“Kau nak cuti
berapa hari?”
“Aku rasa satu hari
cukuplah.Tengok dulu esok macam mana.Kalau aku masih
belum sihat, aku akan telefon Puan Hajah sendiri,” ucap
Zahlia dengan suara yang kedengaran lemah.
“Yalah.Kau pergi
klinik Alia… mana tau pening-pening ni sebab lain ke!”
Zahlia
menyepi.Senyumannya mati.Dia benci mendengar usikan
itu.Teringat peristiwa semalam.Tanpa disedari, ada air mata
lesu mengalir di wajahnya.
“Alia?”
“Emm… tengoklah
nanti!” jawapan Zahlia hambar.
Dia tidak sihat
dengan tiba-tiba.Sejak dia membuka mata, tekaknya perit
sekali.Mungkin akibat peristiwa semalam.Zahlia tidak akan
lupa perbuatan Tengku Syahran yang mengasari tubuhnya
dalam terang.Tak mungkin!
“Kau okey ke?”
Zahlia
tersentak.Terlupa pula Fatimah ada di hujung talian.
“Emm… aku
okey.Nanti kau beritahu Puan Hajah tau.Aku nak rehat ni.”
“InsyaALLAH.”
Suara Fatimah semakin berbalam-balam.

TENGKU SYAHRAN menghempas tubuhnya di kerusi.Hatinya


masih panas.Perempuan murahan! Getus hatinya tidak
habis-habis sejak keluar dari rumah.
Tengku Syahran
bengang ketika matanya terpandang tangan lelaki yang
tidak dikenali itu mengusap-usap pipi Zahlia semalam.Patah
hatinya melihat kecurangan isterinya itu.
Semalam Tengku
Syahran mendapat panggilan misteri daripada orang yang
tidak dikenali mengatakan yang isterinya ada temujanji
dengan seorang lelaki di Hotel Crystal Crown.
Pada mulanya dia
tidak percaya, tidak mungkin Zahlia berlaku curang.Lagipun,
dia sudah berjanji tidak akan cemburu lagi.Itulah kata-kata
pujukan ketika dia memujuk Zahlia kerana kata-kata
penghinaan yang dilontarkan dahulu.
Namun, selepas
menerima panggilan itu, hati Tengku Syahran melonjak-
lonjak ingin tahu kebenaran panggilan misteri itu.Dia juga
ingin tahu apakah aktiviti Zahlia sekiranya dia memberitahu
yang dia pulang lewat kerana banyak kerja.
Tanpa membuang
masa, Tengku Syahran melangkah keluar pejabat dengan
wajah yang serius.Pintu bilik dihempasnya dengan begitu
kuat sekali.Staf-staf yang ada di situ, terkejut melihat sikap
Tengku Syahran.Bagaikan hendak luruh jantung masing-
masing mendengarnya.
Tengku Syahran
memandu kereta Honda Preludenya menuju ke Hotel Crystal
Crown seperti yang diberitahu.Sebaik sahaja sampai, dia
terus melangkah ke ruang lobi mencari Zahlia.Lobi itu penuh
dengan orang ramai.Tiba-tiba mata Tengku Syahran terpaku
di satu sudut.
Hati lelaki nya mula
terusik.Zahlia sedang tersenyum-senyum berbicara dengan
lelaki itu.Tengku Syahran ternampak tangan gatal lelaki itu
memegang pipi Zahlia dan kemudian menghulurkan
sekuntum bunga ros kepadanya.Walaupun bunga ros itu
tidak disambut, namun hati Tengku Syahran tetap membara.
Zahlia bagaikan
dapat mengesan kehadiran Tengku Syahran.Dengan pantas
Zahlia berlari mendapatkan Tengku Syahran.Tengku Syahran
berasa seronok apabila Zahlia mendapatkannya tetapi dalam
masa yang sama dia berasa kecewa apabila ternampak
lelaki itu memaut erat lengan Zahlia.Zahlia memang curang
padanya!

“DAMN you!!!” Tengku Syahran menendang meja kecil di


hadapannya.Meja kecil yang dihiasi bunga itu terpelanting
sehingga bingkai cerminnya tercabut dan pecah berderai.
St af-staf yang sibuk
melakukan kerja tersentak apabila terdengar bunyi
dentuman kaca yang berderai di ruang kamar majikan
mereka itu.Ada yang berpandangan sesama sendiri dan ada
pula yang menjungkitkan bahu.
“Yani, kenapa
dengan bos kau tu?” tanya Salina pada Yani, setiausaha
Tengku Syahran.
Y ani menjungkitkan
bahu.Dia sendiri tidak tahu mengapa.Sejak masuk pejabat
tadi, mood Tengku Syahran kurang baik.Yani tahu ada
sesuatu yang merosakkan mood bosnya itu.Sapaannya juga
tidak dilayan.Dia takut untuk bertanya.
Pernah dahulu,
selama tiga bulan Tengku Syahran tidak banyak
bercakap.Yani tidak tahu apa yang berlaku pada bosnya
itu.Yang dia ingat, setiap hari pasti ada bungkusan yang
dihantar kepada bosnya.
Baru seminggu
mood bosnya pulih.Kini panas barannya datang lagi.Yani
gementar.Jika mood lelaki itu tidak baik, pantang ada
kesilapan kecil dalam kerjanya pasti ada masalah besar.Yani
terus menyambungkan kerja.Malas hendak ambil tahu.
Adli yang turut
terdengar bunyi kaca berderai, pantas melangkah keluar dari
bilik.Dia melihat staf-staf Neraca Holdings membisu sesama
sendiri.Tiada suasana riuh-rendah dan bising seperti
selalu.Adli melangkah ke arah Yani.
“Kenapa? Bunyi apa
yang berderai tadi?” tanya Adli.
“Err… dalam bilik
Encik Syahran,” jawab Yani takut-takut.
A dli mengeluh.Pasti
wujud masalah lagi.Segera Adli menuju ke bilik sahabatnya
itu tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu.Terkejut dia
melihat bilik yang selama ini kemas tersusun, bersepah-
sepah dengan kaca berderaian.Dia ternampak wajah kusut
Tengku Syahran di satu sudut bilik.
“Syah!” tegur Adli.
Tengku Syahran
sedang mengoyak-ngoyakkan sekeping gambar di satu
sudut itu.Adli tahu itu gambar Zahlia.Dia terasa pelik.Setahu
Adli, gambar itulah yang sering ditatap oleh Tengku Syahran
di kala bosan.Wajah Zahlia yang dikahwini secara tidak
sengaja itu dipuja-puja setiap hari.Tetapi hari ini?
Tengku Syahran
buat tidak dengar dengan teguran itu.Dia lebih menumpukan
perhatian pada sekeping gambar yang sedang dikoyakkan
menjadi cebisan kecil.Itupun belum tentu luka di hatinya
terubat dengan perbuatan itu.
“Syah, kau ni
kenapa?” Adli menuju ke arah Tengku Syahran.
“Aku benci! Aku
benci! Aku benci dia!” jerit Tengku Syahran kuat sehingga
staf-staf Neraca Holdings dapat menangkap kata-kata itu.
“Hei, mengucap
Syah! Beristighfar banyak-banyak.Kau cakap tentang siapa
ni? Alia ke?”
“Huhh… dia
perempuan murah! Perempuan tak guna!”
“Astaghfirullah-al-
azim… sampai macam tu sekali kau menghina Alia?
Mengucap dulu Syah, mengucap! Ingat ALLAH banyak-
banyak,” Adli cuba menenteramkan Tengku Syahran sambil
mengurut-urut belakangnya.
“Dia curang, Li! Dia
curang belakang aku! Aku benci perempuan curang! Aku
benci dia… aku benci nak tengok muka dia lagi!” air mata
Tengku Syahran mula bergenang di kelopak mata.
“Kau jangan tuduh
melulu Syah! Mana kau tahu cerita ni?” tanya Adli inginkan
kepastian.
“Aku nampak
dengan mata aku sendiri.Lelaki tu pegang tangan dia, pipi
dia, bagi bunga… aku kecewa, Li! Sampai hati Alia.Aku
sayangkan dia macam nak mampus.Rindukan dia, bagai nak
gila.Ini yang dia balas? Aku dah tak boleh tahan lagi.”
“Syah, entah-entah
tu kawan dia? Kau salah orang tak?”
Tengku Syahran
terus menggeleng.
“Tak mungkin!
Sampai bersentuh-sentuh?”
“Entah-entah ada
orang nak kenakan kau.” Adli masih cuba mempertahankan
kata hatinya.Dia tidak merasakan yang perangai Zahlia
sebegitu rupa.
“ Ah, aku malas nak
dengar pasal dia lagi… aku benci!”
Wajah Tengku
Syahran bagaikan ada semangat jahat yang
mengganggu.Nasihat Adli tidak langsung diendahkan.Tanpa
menghiraukan Adli, Tengku Syahran melangkah keluar.Tiada
hala tujuan yang tertera di mindanya.Kalut fikirannya
bersama langkah kaki yang tidak menentu arah.
“ Kau nak ke mana,
Syah?” tanya Adli kuat.
Tengku Syahran
buat tidak dengar.Langkah kakinya semakin pantas.Dia
hilang di sebalik pintu utama Neraca Holdings.Adli terkedu.

Bab 44

Z AHLIA terjaga apabila jam menunjukkan pukul 1.00


tengah hari.Dia masih dalam keadaan lemah.Perlahan-
lahan Zahlia terus bangun dan melangkah ke bilik air.Setelah
membersihkan diri, Zahlia turun ke tingkat bawah.
Terasa sunyi Villa Sakura ini
tanpa kehadiran penghuni-penghuninya.Biasanya suara
Salmah dan Siti akan kedengaran berbual-bual sambil
memasak.Semenjak Tengku Badariah dan Tengku Ismail
pergi makan angin,Salmah dan Siti turut diberikan cuti.
Tiba-tiba Zahlia terasa
sebak.Peristiwa malam tadi terbayang kembali di ruang
matanya.Mungkin semua ini adalah rancangan Tengku
Syahran untuk mengambil kesempatan ke atas dirinya.
Kalaulah Tengku
Badariah ada, tentu Tengku Syahran tidak bertindak
begitu.Dan yang paling istimewa, Tengku Syahran selalu
membuatkannya terasa seolah-olah seperti seorang puteri
bila berada di hadapan keluarganya.
Zahlia mengeluh.Dia
takut menanti waktu malam.Apakah Tengku Syahran akan
bertindak ganas seperti semalam? Hati Zahlia tertanya-
tanya.

TEPAT pukul 11.00 malam, Tengku Syahran pulang.Ketika itu,


Zahlia sedang menonton televisyen.Hatinya berdebar-debar
apabila melihat kelibat Tengku Syahran.Tengku Syahran tidak
menegurnya malah terus berlalu ke tingkat atas.Zahlia
berdoa agar suaminya itu tidak turun ke bawah lagi dan
terus tidur.Dapatlah dia menonton rancangan televisyen
dengan aman.
N amun, tekaan Zahlia
meleset.Tiba-tiba sahaja Tengku Syahran melabuhkan
punggung di sebelahnya.Zahlia tersentak.Dia berkira-kira
untuk melarikan diri.Tapi, hendak lari ke mana? Zahlia
berdebar-debar.Dia tidak menoleh sedikitpun ke arah Tengku
Syahran.Zahlia cuba berlagak tenang sedangkan hatinya
gementar menahan takut.
Tiba-tiba suis
televisyen dimatikan.Zahlia terkejut.Terus menoleh ke arah
Tengku Syahran.Wajah itu serius dan cukup menakutkan.
“Jom… tidur!” ucap
Tengku Syahran sambil menarik tangan Zahlia.Adakah itu
satu paksaan?
Zahlia menarik semula
tangannya.
“Alia tak mahu tidur
dengan abang malam ni!” ujar Zahlia dengan nada berani.
Tengku Syahran mula
berasa bengang.Keinginannya ditolak.Wajah lelaki yang
berani mengusap pipi Zahlia mula terbayang di ruang
mata.Tengku Syahran masih belum melupakannya.Perasaan
marah mula menguasai dirinya.
“Habis, kau nak tidur
dengan siapa malam ni? Lelaki tu?” tengking Tengku
Syahran.
Zahlia terkejut
mendengarnya.Tengku Syahran terus mencengkam tangan
Zahlia.Zahlia cuba menepis tetapi tangannya ditarik
kasar.Tubuhnya diseret.Tangisan Zahlia mula kedengaran.
“Diam!” Kalau kau
terus menangis, aku pukul kau!” tempelak Tengku Syahran.
Zahlia tidak kisah
dipukul.Tetapi janganlah memperlakukan dirinya seperti
semalam.Dia tidak mahu perkara itu terjadi lagi.Esakannya
menjadi-jadi.Zahlia gerun untuk terus berada di situ kalau
begini layanan Tengku Syahran terhadapnya.
“Kenapa abang buat
Alia begini? Lepaskanlah Alia bang… Alia tak sihat ni!” ujar
Zahlia cuba berterus-terang.
“Aku peduli apa! Kau
tak usah jadikan itu sebagai alasan.Tak sihat konon! Melayan
lelaki tu, boleh.Melayan aku, pelbagai alasan kau bagi.”
Tengku Syahran masih
menarik tubuh Zahlia menuju ke anak tangga.Belum sempat
sampai ke anak tangga kedua, Zahlia memautkan tangan di
tiang kayu yang tersusun di setiap tangga.Kuat
pegangannya sehingga Tengku Syahran tidak mampu untuk
terus mengheretnya.
“Kau jangan degil,
Alia? Jangan sampai aku lakukan perkara yang lebih teruk!”
gertak Tengku Syahran.
Zahlia
menggeleng.Matanya dipejam rapat-rapat.Dia memeluk
tiang kayu itu semakin kuat.
Tengku Syahran
berasa geram.Dengan kekuatan tenaga lelaki yang ada, dia
menarik Zahlia ke bawah tangga.Zahlia meronta-
ronta.Pegangannya terlepas.
“Kau tak mahu naik
bilik, ya? Baik!” Tengku Syahran kuat menarik Zahlia ke satu
sudut.
“Kau jangan
menyesal sebab tak ikut cakap aku!” ugut Tengku Syahran
lagi.
Zahlia sudah gagal
menahan raungannya.Tengku Syahran sudah melampau,
bisiknya.Zahlia ingin menghalang perbuatan Tengku Syahran
tetapi apalah dayanya.Dia terkesima apabila tubuh lelaki itu
berat menghempapnya.Ya, ALLAH ! Itulah yang terucap di
bibir halusnya ketika itu.
Zahlia meronta
kecil.Lemah badannya sedikit menyekat setiap gerak
geri.Tetapi, dia tetap menguatkan semangatnya.Dia mahu
dilepaskan.Dan apa yang diperolehi dari rontaan itu adalah
tamparan hebat yang berkali-kali mengenai
wajahnya.Menambahkan lagi penderitaan dan tangisan yang
membuak-buak.
“Abang… Alia tak
sihat bang! Tolonglah faham,” ucapannya semakin
lemah.Tangisannya juga semakin kurang.
T engku Syahran tidak
menghiraukan rayuan itu.
“Aku tak peduli! Kau
memang patut diajar.Perempuan curang!” Tengku Syahran
mendekatkan wajahnya.
“Jangan bang!
Ingatlah Alia ni isteri abang.Tolonglah jaga maruah Alia!”
“Sebab kau isteri
akulah.Aku nak kau layan aku.Bukan jantan tu!” bentak
Tengku Syahran.
“Bukan begini
caranya nak menghukum Alia.Alia tengah tak sihat sekarang
ni.”
“ Kau sihat atau tidak,
malam ni kau kena layan aku!”
Zahlia menggeleng
lemah.Tangannya yang masih bebas menumbuk-numbuk ke
dada bidang Tengku Syahran.
Tengku Syahran
bagaikan dirasuk.Dia semakin berani menghentak kepala
Zahlia ke lantai dan menampar pipi halus itu berkali-
kali.Betul-betul membuatkan Zahlia menjadi
lemah.Pandangan Zahlia kian berpinar-pinar.Zahlia tidak
mampu untuk melawan lagi.Matanya mula tertutup dan tiba-
tiba tubuhnya terbaring kaku di sudut itu.Tengku Syahran
bagaikan singa lapar yang hendak menerkam mangsanya
dengan rakus sekali.

ZAHLIA membuka matanya perlahan-lahan.Dia sedang


terbaring di atas katil dalam biliknya.Dia tidak tahu
bagaimana dia boleh berada di situ.Tengku Syahran juga
sudah tiada di sisinya.Zahlia melirik ke arah jam.Tepat pukul
6.30 pagi.Zahlia sedar dia belum menunaikan solat
Subuh.Dia mahu bangun tetapi kepalanya terasa
berat.Malah lebih berat dari semalam.Zahlia ingin memejam
matanya semula tetapi dia ternampak kelibat Tengku
Syahran memasuki bilik.Lelaki itu sedang tersenyum dan
menghampirinya.
“Subuh,
sayang.Waktu tinggal sikit lagi.” lembut suara Tengku
Syahran.Tiada nada tengkingan.
Zahlia diam.Hanya
linangan air mata menemaninya saat itu.
“Alia demam ke?”
tanya Tengku Syahran lembut.
Zahlia tidak
menjawab.Terus membiarkan tangan Tengku Syahran
meraba-raba dahinya.
“Panas lagi ni.Alia
solatlah dulu.Hari ni tak payah pergi kerja.Abang dah telefon
Imah tadi.Abang pun cuti.Nanti abang bawa Alia ke klinik,
ya? Tapi, Alia kena solat dulu,” pujuk Tengku Syahran.
Zahlia tidak
membalas kata-kata suaminya.Dia bangun dan melangkah
ke bilik air.Tidak langsung memandang Tengku Syahran.
Setelah selesai
menunaikan solat Subuh, Zahlia melipat telekung.Tengku
Syahran duduk di sofa sambil memandang Zahlia.Zahlia
pura-pura tidak mengerti dengan pandangan suaminya.
“Alia, duduk sini
kejap.” Akhirnya Tengku Syahran bersuara.
Zahlia masih
berpura-pura tidak mendengar.Dia menuju ke katil
semula.Kepalanya terasa berpinar-pinar.Zahlia terus
merebahkan dirinya di atas katil itu.Menyelimuti dirinya yang
menggigil disapa angin pagi.
Tengku Syahran
menarik nafas.Dia rasa bersalah.Pagi tadi apabila dia
menelefon Fatimah untuk memberitahu tentang keadaan
Zahlia, Tengku Syahran sempat bersembang panjang dengan
Fatimah.Dia dilabel suami romantik dan penyayang kerana
sanggup melakukan apa sahaja untuk wanita
kesayangannya.
Pada awalnya, Tengku
Syahran tidak mengerti.Tetapi,apabila bab bunga ros yang
diterima Zahlia dipersoalkan, Tengku Syahran dapat meneka
bahawa ada seseorang yang sedang mencemburui
kebahagiaannya dengan Zahlia.
T engku Syahran tidak
pernah mengirimkan bunga itu apatah lagi mengajak Zahlia
keluar makan bersama.Tidak pernah langsung
seingatnya.Kalau makan berdua pun ketika di Tokyo dahulu
adalah.Di Malaysia? Hanya peristiwa yang menyentuh
hatinya akan diingati ketika dia merajuk dahulu.Tiada yang
lain.
Tengku Syahran
bangun.Dia melangkah ke arah Zahlia lalu menghulurkan
ubat dan air suam kepada Zahlia.Isterinya itu hanya diam
tetapi menurut.
Zahlia mula
melarikan pandangan ke sudut lain.Benci rasanya mahu
melihat wajah Tengku Syahran.
“Abang minta maaf,
Alia.Abang bertindak kasar,” pujuk Tengku Syahran lembut.
Zahlia memalingkan
tubuhnya.Tidak mahu memandang lelaki itu.Matanya
dipejam.Namun, dia dapat merasai hangatnya pelukan
Tengku Syahran yang rapat di tubuhnya.Zahlia dapat
mendengar nafas Tengku Syahran dekat dengan
telinga.Zahlia tahu Tengku Syahran sedang berbaring di
belakangnya.
“Abang berjanji
takkan bertindak macam tu lagi,” bisik Tengku Syahran.
Zahlia terasa
matanya basah.Lantas teringatkan peristiwa dua malam
yang menakutkan.Dia masih terdengar tengkingan yang kuat
dan nyaring.Zahlia terasa sakit dengan setiap perbuatan
kasar suaminya.Dia tidak mungkin lupa yang dia pernah
dicumbui dengan sebegitu kasar tanpa kerelaan hatinya.
“Please forgive me,
Alia! Abang tak bermaksud nak lakukan sebegitu kasar.”
Tengku Syahran
membelai lembut rambut Zahlia.Dikucup pipi isterinya
dengan penuh syahdu.Zahlia naik rimas.Dia bergerak sedikit
ke hadapan.Menjauhi lelaki itu.
“Hukumlah abang,”
ujar Tengku Syahran lagi.
“Tak puas lagikah
abang menyeksa diri Alia? Abang paksa Alia ikut kehendak
abang.Alia isteri abang, tapi abang meniduri Alia tanpa
kerelaan Alia.Abang tak ikhlas menyayangi Alia.” Zahlia mula
berkata-kata.
“Abang minta maaf!
Abang berdosa kerana bertindak begitu.Abang tak
sedar.Abang sakit hati bila nampak lelaki tu pegang pipi
Alia.Abang nak tunjukkan yang abang boleh buat lebih dari
itu dan abang hanya ingat benda tu aje dalam fikiran
abang.”
“Abang memang
kejam! Sanggup mempergunakan tubuh Alia untuk
memuaskan nafsu abang.”
“Jangan cakap
macam tu.Abang bukan mempergunakan tubuh Alia untuk
tujuan itu, abang suami Alia.Abang cemburu bila nampak dia
bersama Alia.Abang sakit hati.”
“Habis tu, abang
percayalah? Abang tak yakin dengan kejujuran Alia?Abang
tau tak, apa yang abang lakukan semalam dan malam
kelmarin tak pernah terlintas dari hati Alia? Abang buat
tubuh Alia macam binatang! Abang ingat Alia tak ada
perasaan ke? Alia manusia biasa bang.Ada rasa sakit dan
malu.Alia malu dengan apa yang abang buat pada Alia
dalam terang.Alia malu tau tak?”
“Abang tau…
kesilapan abang kerana melakukan begitu.Tapi percayalah…
abang silap hanya dua malam.Yang dulu, bukan salah
abang.Itu perasaan kita sama-sama.”
“Cukup! Alia tak
mahu dengar apa-apa lagi.Tinggalkan Alia sendirian,” ujar
Zahlia.
Zahlia akan kalah
kalau Tengku Syahran terus memujuknya.Tengku Syahran
bangun.Dia memandang sekejap ke arah isterinya sebelum
berlalu dengan perasaan bersalah.

“ALIA, bangun sayang! Abang suapkan Alia makan.” Suara


Tengku Syahran menyedarkan Zahlia dari lenanya.
Zahlia membuka
mata.Dia ternampak wajah Tengku Syahran.Sedang
tersenyum sambil membelai rambutnya.Zahlia terasa
tenang.Perlahan-lahan dia memejam matanya semula dan
lenanya bersambung kembali.
Zahlia hanya betul-
betul terjaga setelah satu jam berlalu.Situasi bilik yang
hening menemaninya ketika dia membuka mata.Terkebil-
kebil dia terbaring di situ.Dia tercari-cari kelibat Tengku
Syahran yang entah di mana.Kepalanya dipicit-picit dengan
jari tangannya.Dia tidak mampu mengangkat kepalanya.
“Abang…”
panggilnya perlahan.
“Abang ada kat sini
sayang.”
Zahlia menoleh ke
arah datangnya suara itu.
“Alia lapar.” Pendek
ucapan Zahlia.
Tengku Syahran
tersenyum.
“Abang suapkan
Alia makan, ya?”
Zahlia
mengangguk.
Tengku Syahran
hilang di sebalik pintu dan datang semula membawa dulang
yang mengandungi semangkuk bubur nasi dan segelas air
suam.
Tengku Syahran
meletakkan dulang itu di atas almari berdekatan
katil.Mangkuk bubur dicapai.Baru tiga kali suapan itu masuk
ke mulut, Zahlia sudah menepis suapan yang terus
seterusnya.
“Makanlah banyak
sikit.Perut tu kosong,” pujuk Tengku Syahran.Zahlia tetap
menggeleng.
“Alia tak ada
selera.Rasa nak muntah,” beritahu Zahlia.
Tengku Syahran
meletakkan mangkuk bubur itu di atas dulang.Dia mencapai
gelas air suam dan disuapkan ke mulut Zahlia.Wanita itu
hanya meneguk sekali dua.
“Makan ubat ni.”
Zahlia
menurut.Kemudian dia terbaring semula.Dia terasa tangan
Tengku Syahran melekap di dahi.
“Panas lagi ni.” Ada
riak risau.
Tengku Syahran
bangun.Dia masuk ke bilik air dan kemudian keluar
membawa sehelai tuala yang sudah dibasahkan.Tuala itu
dilap-lapkan ke leher Zahlia dan bahagian tubuh itu
terdedah.Tengku Syahran menuju ke bilik air lagi.Kali ini
tuala itu diletakkan di atas dahi Zahlia.
Zahlia hanya
membiarkan gelagat Tengku Syahran.Dalam diam dia
senang dengan keadaan itu.
“Kalau tak kebah
lagi, abang akan bawa Alia ke klinik,” beritahu Tengku
Syahran lembut.
“Alia nak ke rumah
mak esok.” Zahlia tiba-tiba bersuara.
“Tunggulah Alia
dah sihat dulu,” ujar Tengku Syahran.
Zahlia terdiam.
“Alia nak tidur
rumah mak dua tiga hari.”
Tengku Syahran
tersenyum.
“Abang bawa Alia
ya? Kita pergi sama-sama.”
“Tak apa.Alia
boleh pergi sendiri.”
Tengku Syahran
terdiam.Zahlia masih marah! Desisnya.Tengku Syahran
mengeluh berat.Tidak lama kemudian, Zahlia terlena
semula.
Bab 45

“M AMA dah lama ke tinggal kat rumah besar ni?”


tanya Zahlia sambil memerhatikan setiap sudut ruang tamu
yang berhias indah itu.
Ketika itu, Raja
Khalida sedang meletakkan dua gelas berisi air laici di atas
meja.Hati Raja Khalida sungguh gembira kerana Zahlia sudi
datang ke rumahnya.
“Lepas peristiwa lama
tu, mama menumpang di rumah mak mentua Puteri.Bila
hidup mama dah stabil, mama carilah rumah sendiri,” ujar
Raja Khalida sambil mencapai segelas air laici lalu dihulurkan
kepada Zahlia.
“Minumlah,”
pelawanya.
Zahlia mengangguk
sambil tersenyum.
“Mama tinggal
seorang aje? Kenapa mama tak duduk dengan nenek
sekali?” soal Zahlia.
“Mama nak
kenangkan memori lama mama dengan ayah Puteri.Sebab
tapak rumah nilah, tempat rumah lama kita dulu.”
Zahlia terdiam.Turut
sama memerhatikan banglo yang agak besar itu.”
“Lagipun… mama nak
hidup berdikari.Mama tak nak bergantung harap pada nenek
Puteri lagi,” sambung Raja Khalida.
“Mama dah tak
marahkan nenek lagi?” soal Zahlia.
Raja Khalida
menggeleng.
“Mama dah lupakan
perkara tu, Puteri.Lagipun nenek Puteri tengah sakit
sekarang.Mama tak mahu dia rasa bersalah pada mama,”
beritahu Raja Khalida tenang.
Zahlia menghela
nafas lega.
“Nanti, kalau mama
nak balik kampung… mama beritahu Alia tau? Alia nak ikut,”
pinta Zahlia membuatkan Raja Khalida berpaling ke arah
Zahlia.
Tidak lama selepas
itu barulah kepalanya diangguk.
“Puteri datang sini,
Syah tau tak?” tanya Raja Khalida mengubah tajuk.
Zahlia tertunduk.
“Tak, mama.Alia
beritahu dia yang Alia ke rumah mak,” ujar Zahlia dalam
nada kesal.
Raja Khalida
mengerutkan dahi.
“Kenapa tak
berterus-terang aje?”
“Alia belum
bersedia.Alia takut reaksi dia!”
“ Suka hati Alialah!”
jawab Raja Khalida dengan senyuman.
Suasana kembali
sepi.Hanya kedengaran bunyi kipas yang berputar di siling.
“Mak dengan ayah
mentua Puteri, bila nak balik dari bercuti?” soal Raja Khalida
masih mencari ruang untuk bersembang.
“I nsyaALLAH hari ni
mama.Sekali dengan anak-anaknya yang lain,” beritahu
Zahlia.
“Hubungan Puteri
dengan Syah dah okey?” tanya Raja Khalida tiba-tiba.
Zahlia mengetap
bibir.Haruskah diceritakan masalahnya pada wanita itu?
Zahlia telan air liur.Tentang perjanjian mungkin boleh
diceritakan.Tetapi, tentang dua malam itu tidak mungkin!
Raja Khalida masih
menanti.
“ Kalau Alia beritahu
mama satu perkara, mama boleh sembunyikan rahsia ni
tak?” takut-takut Zahlia mengeluarkan suara.
“Apa dia?”
“Sebenarnya…”
Zahlia menggigit bibir.
Raja Khalida
mengerutkan dahi.Tidak mengerti dengan bunyi lenggok
suara Zahlia.
“Apa dia, Puteri?”
soal Raja Khalida tidak sabar.
“Sebenarnya…”
Zahlia masih gugup untuk bersuara.
“Kalau Puteri takut
nak cakap, baik Puteri simpan rahsia tu dulu.Mama tak
desak! Tapi, kalau Puteri perlukan seseorang untuk
membantu Puteri menanggung beban rahsia tu, insyaALLAH
mama boleh simpan rahsia tu.”
Tiba-tiba setitik air
matanya gugur ke bumi.Raja Khalida sedikit terkejut melihat
keadaan itu.
“Puteri…” Raja
Khalida cuba memujuk.
Zahlia menarik
nafas dalam-dalam.
“Sebenarnya…
perkahwinan Alia dengan Abang Syah hanya lakonan
semata-mata.Kami tak pernah bercinta tapi kami kahwin
sebab…” Zahlia menghentikan kata-kata.
Kelihatan Raja
Khalida terkesima.
“Apa yang Puteri
cakapkan ni? Kenapa boleh jadi macam ni?” soalan Raja
Khalida membisu.
Zahlia sudah
menjangka yang mamanya akan kecewa selepas mendengar
pengakuannya.Zahlia telah bersedia untuk menghadapi
dugaan itu.Sekarang yang paling ditakuti adalah kekecohan
yang bakal melanda Villa Sakura nanti.Pasti menggerunkan!
“Beritahu mama
perlahan-lahan,Puteri.Mama dah bersedia mendengar apa
sahaja alasan Puteri.” Raja Khalida mengusap lembut
permukaan tangan itu pula.
Zahlia membalas
dengan meramas jari-jemari mamanya.Gementar bibirnya
mahu meluahkan kata-kata.
“Abang Syah
meminta Alia kahwin dengannya supaya dia dapat
mengelakkan diri dari dijodohkan dengan Linda.Sebagai
balasan, Alia dibayar RM 30,000.”
Raja Khalida
terlopong mendengarnya.
“Astaghfirullah-al-
azim… kenapa Puteri setuju?”
“Maafkan Alia,
mama! Alia tak mahu perkara ni berlaku sebenarnya.Tapi,
Alia perlukan wang waktu tu.” Zahlia berkata dalam sedu-
sedannya.
Raja Khalida
merenung wajah Zahlia yang mula suram.
“Puteri perlukan
wang tu untuk apa?”
“Kawan Alia sakit
kanser perut.Wang tabung Sinar Iram tak mampu nak
menampung rawatan dia.Alia tak ada jalan lain selain
menerima tawaran Abang Syah.Sekarang ni pun kawan Alia
masih ditahan di wad.Keadaan dia tenat, mama!” Zahlia
menangis lagi.
Raja Khalida
menarik nafas panjang.Mujurlah Zahlia sanggup berterus-
terang.
“ Habis, bagaimana
hubungan Puteri dengan Syah sekarang?”
Zahlia tertunduk
dan membisu.
“Kenapa?” Raja
Khalida bertanya lagi kerana pelik melihat respons Zahlia.
“Abang Syah
berjanji nak hidup bersama dengan Alia.Alia tak tau nak buat
apa?” Zahlia bersuara lemah.
Raja Khalida mula
tersenyum.
“Terima ajelah.”
“Alia tak tau
perasaan Alia yang sebenarnya.Alia tak mahu tersilap pilih
jalan.”
“Mama nampak
Syah tu macam sayangkan Puteri.Terima ajelah permintaan
dia tu, habis cerita!”
Zahlia telan air liur.
“Alia takut! Alia
risau semua orang tau tentang hal perkahwinan kami.”
Raja Khalida
mengeluh.
“Sampai masa,
bukan itu aje yang terbongkar.Hal kita jugak akan diketahui
orang.Mama dah bersedia sekarang.Cuma menunggu Puteri
bersedia.Bila agaknya tu Puteri?” tanya Raja Khalida.
“Alia belum
bersedia mama.Sampai masa nanti, kita pasti akan
umumkan hal kita, ya?”
Raja Khalida
mengangguk dan akhirnya tersenyum.Zahlia sudah mula
tenang.Raja Khalida juga sudah lega.
Tiba-tiba telefon
berdering kuat.Raja Khalida segera mencapai gagang telefon
di sebelahnya.
“Helo,
assalamualaikum.”
“Apa??”
“Okey… okey… Ida
balik sekarang jugak.” Gagang telefon dihempas kuat.
“Kenapa mama?”
tanya Zahlia cemas.
“ Nenek Puteri dah
nazak.Mama kena balik kampung sekarang!” ujar Raja
Khalida sambil berdiri.
Zahlia terpana.
“Alia nak ikut
mama?” tiba-tiba Zahlia bersuara.
Giliran Raja
Khalida pula terkejut.
“Syah
bagaimana?” tanya mamanya.
“Nanti Alia
beritahu!” jawab Zahlia.

Bab 46

“M AAFKAN nenek, Puteri! Nenek berdosa.” Ucapan itu


bagaikan terngiang-ngiang di telinga Zahlia.Zahlia dan Raja
Khalida sudah berada di rumah Syarifah Muzainah.Baru
sebentar tadi, Syarifah Muzainah menghembuskan nafasnya
yang terakhir.Zahlia sedang menangis tersedu-sedan di
samping mamanya.
Zahlia memerhatikan
wajah yang terbaring lesu itu.Memang jelas terpancar rasa
bersalah.Zahlia tidak marahkan Syarifah Muzainah.Lagipun,
untuk apa menyimpan dendam pada orang yang sudah
tiada? Hanya akan menambahkan dosanya.
“Puteri…
sabarlah.Jangan menangis lagi.Mari kita mengaji bersama,
sedekahkan pada nenek.” Suara lembut ibu saudaranya,
Raja Khalisah memecah keheningan.
Zahlia mengangguk
dan melangkah ke bilik air untuk mengambil wuduk.Setelah
selesai membaca al-Quran, keluarga Tengku Syahran pun
sampai.Zahlia melangkah mendapatkan suaminya.
“Dah lama abang
sampai?” tanya Zahlia perlahan.Terselit nada sayu di dalam
suaranya.Buat seketika Zahlia terlupa perbuatan suaminya.
Tengku Syahran
menoleh ke arah Zahlia sejenak.Sudah lama dia merindui
nada suara yang sebegitu.Hari ini isterinya pelik sekali tetapi
hati Tengku Syahran masih bergolak dengan pelbagai
soalan.Kenapa Zahlia datang lebih awal? Dengan siapa
Zahlia ke rumah nenek saudaranya? Bukankah Zahlia
memberitahu mahu ke rumah Puan Azizah?
“Abang?” Zahlia
mencuit tangan Tengku Syahran.
Lelaki itu
tersedar.Menyedari Zahlia berada di sisinya.
“Hmm… baru aje,”
jawab Tengku Syahran pendek.
“Bila mak dengan
ayah sampai dari airport?”soal Zahlia lagi.
Tengku Syahran
menoleh ke arah Zahlia semula.
“Waktu mak dengan
ayah sampai aje di rumah, Mak Su telefon beritahu Nenek
Uda dah tak ada,” jawab Tengku Syahran.
Zahlia terdiam.
“Alia datang dengan
siapa ni? Alia beritahu abang,Alia nak ke rumah mak, kan?
Kenapa masa abang pergi tadi, mak kata Alia tak datang
pun?” Tengku Syahran berkata dalam nada curiga.
Zahlia kehilangan
punca.Gugup seketika.Dia sudah mengagak lelaki itu akan
bertanyakan soalan begitu.
“Alia…” Zahlia tidak
menjawab.Hanya tunduk.
Tengku Syahran
semakin pelik.Direnung wajah itu dalam riak syak wasangka.
“Alia datang dengan
siapa?” nada Tengku Syahran mula meninggi tetapi masih
boleh dikawal.
“Alia datang dengan
ma… err… mak ss… Mak Su,” jawab Zahlia sedikit gagap.
Tengku Syahran terus
memandang Zahlia.Mula mengesyaki sesuatu dalam
kegugupan isterinya.
“Alia ada
sembunyikan apa-apa dari abang ke?” Tengku Syahran
berbisik.Menambahkan lagi getaran di dada Zahlia.
“Ikut abang sekejap!
Kita berbincang di luar.” Tengku Syahran bangkit dan
berlalu.Zahlia terpaksa menurut.Dia tidak mahu Tengku
Syahran mengamuk.
“Abang nak Alia
berterus-terang.Apa sebenarnya hubungan Alia dengan Mak
Su?” soal Tengku Syahran penuh curiga.
Tengku Syahran
sudah lama mengesyaki akan hal itu.Semenjak dia melihat
Zahlia bagaikan melarikan diri dari Raja Khalida dahulu.Bila
dia mahu bertanya, pasti ada yang menghalang niatnya.Alih-
alih soalan itu terbenam bersama masa yang berlalu.
Tengku Syahran
seperti sudah dapat melihat ada sesuatu di wajah isterinya
yang seiras dengan wajah Raja Khalida.Bagaikan ada
persamaan.
Zahlia
mendongak.Memandang sekilas ke arah suaminya sebelum
mengarahkan mata ke sudut lain.Alasan apa yang harus
kuberikan? Zahlia mati kutu.
Tindakan Zahlia
memandang sekilas ke arah Tengku Syahran seperti
memberi jawapan dengan sendirinya kepada soalan yang
berlegar di fikiran lelaki itu.Pantas dagu Zahlia dipaut oleh
tangan kasarnya supaya menghala tegak kepadanya.Anak
mata Zahlia yang hazel direnung lama.
Tiba-tiba mulut
Tengku Syahran terbuka sedikit.Kelu lidahnya untuk
meluahkan kata-kata.Segenap wajah isteri ditenung sepuas
mungkin.Diakah?
“Abang…” Zahlia
menepis tangan suaminya itu.
“Alia dengan Mak
Su…” Tengku Syahran memotong.Tetapi ayatnya terhenti
sendiri.
Zahlia telan air liur
yang tersekat di kerongkong.Dia perlu melakukan sesuatu,
bisiknya.
“Apa… apa maksud
abang, hubungan Alia dengan Mak Su?” Zahlia menyoal.
Tengku Syahran
masih tidak menganjakkan anak matanya dari wajah
Zahlia.Dia masih sukar mempercayai jawapan kepada
persoalan di benak yang telah terjawab dengan sendiri.
“Abang?” Zahlia
menggoyangkan tubuh suaminya.
Tengku Syahran
tersedar.
“Alia anak Mak Su,
kan?” Tengku Syahran menjelaskan lagi ayat yang terhenti
tadi.
Zahlia menarik nafas
panjang.
“Apa abang
cakapkan ni?” Zahlia menafikan lagi.Wajahnya dilarikan ke
tempat lain.Ya, ALLAH! Berikan aku kekuatan.
“Cakap betul-betul
Alia! Abang tau Alia sedang menyorokkan sesuatu dari
abang.” Tengku Syahran menyambar kasar lengan Zahlia.
“Aduh, sakitlah!”
Zahlia menarik tangannya semula lalu digosok lengan itu
dengan wajah yang berkerut.
“Okay… okay…
sorry! Tapi, tolong beritahu… apa yang Alia sembunyikan
dari abang.Tell me the truth!” suara Tengku Syahran separuh
merayu.
Zahlia mengeluh.
“Tak ada apa-apa
bang.Alia tak sembunyikan apa-apa dari abang.Kenapa tiba-
tiba timbul hal ni? Merepek aje.” Zahlia masih bersikap
selamba.
“Don’t lie! I know
you’re hiding something! Kalau tak, kenapa Alia tak ada kat
rumah mak masa abang singgah tadi? Semalam Alia
beritahu abang yang Alia nak pergi rumah mak kan? Abang
tengok kereta Alia tak ada pun.Alia nak tipu abang?” Tengku
Syahran sudah hilang sabar.
“Yang abang sibuk-
sibuk nak tau ni kenapa? Kan Alia dah cakap.Tak ada! Tak
ada! Tak adalah! Kenapa tak nak percaya?” Zahlia mula
menengking.
“Because you are my
wife! I know your face reaction when you’re lying.Abang dah
hidup dengan Alia nak dekat setahun.Abang tak pernah
tengok muka Alia macam ni.Abang kenal dengan sikap jujur
Alia! Mana perginya sikap jujur Alia?” Tengku Syahran pula
yang menengking.Berkerut-kerut wajahnya ketika
menuturkan kata.
Zahlia mula
geram.Tiba-tiba teringatkan tengkingan lelaki itu yang amat
menakutkan.Lantas perasaan Zahlia didatangi
sebak.Bibirnya menggigil.
“Kalau abang kenal,
kenapa abang buat Alia macam binatang dua malam tu?”
herdikan Zahlia mematikan akal Tengku Syahran.Dia terlupa
dengan sikap kasarnya beberapa malam yang lalu.Berubah
terus wajahnya.
Zahlia dilihatnya
sedang mengalirkan air mata.Tersentuh hatinya.Begitu
sekalikah anggapan wanita itu atas apa yang berlaku?
Tengku Syahran mengeluh berat.Dia sudah sedar dengan
sikap kasarnya itu.Dia menyesali peristiwa itu.
Tengku Syahran
meramas tangan Zahlia.Lembut sekali.
“Maafkan abang!
Abang ingat Alia dah lupa.”
Zahlia menarik
tangannya.Dia tidak mahu diusap begitu.
“Huh… mudah
sangat jika abang anggap hati Alia sesejuk tu apatah lagi
sehari dua.Alia bencikan abang!” Zahlia melepaskan rasa
yang terbuku di hati.
Air mata yang
menangisi malamnya sejak peristiwa hitam itu, datang
lagi.Semakin menggamit diri yang benar-benar terasa
dicemari.Zahlia mula menumpukan amarahnya pada
peristiwa itu.Tiada lagi timbul persoalan tentang
hubungannya dengan Raja Khalida.
Tengku Syahran
kaku.Berdiam diri dengan herdikan Zahlia yang memarahi
kesilapannya.Marahlah… marahlah aku, jika itu mampu
mengubat hati lukamu sayang!
“Kenapa tak nak
jawab? Dah habis modal?” gertak Zahlia lagi.
Semangat
kekuatannya hadir tiba-tiba.Demi menegakkan kembali
maruah diri yang telah dicemari.Zahlia tidak kisah air
matanya menitis.Dibiarkan berjuraian sekalipun, kelukaan
hatinya terlalu perit dirasakan.
Tengku Syahran
tetap senyap.Tertunduk ke bawah kerana perasaan malu
mengingati kelakuannya yang menyinga dua malam itu.
“Alia kecewa
dengan sikap abang.Kalau ikutkan perasaan, nak aje Alia lari
dari menghadap muka abang sejak malam tu.Tapi, abang tau
tak mengapa Alia masih boleh bertahan sampai ke hari ni?
Sebab… Alia ingat tanggungjawab Alia sebagai isteri.Alia
sedar abang suami Alia walaupun dulu kita tak pernah
bercinta.Cuma abang yang tak tau menggunakan peluang
yang Alia bagi.Inikah caranya untuk Alia sayangkan abang?
Ah, lupakan! Alia tak ingin bercakap dengan abang lagi.”
“Alia…” panggil
Tengku Syahran.
Zahlia tetap
melangkah pergi.Tanpa berpusing ke belakang walaupun
sekejap.Tiba-tiba Tengku Syahran terjelepuk ke tanah.
Bab 47

“K AU nampak kurus Alia? Kenapa? Syah tak bagi kau


makan ke?” soal Tengku Badariah lembut.Zahlia tidak
menjawab.Hanya melemparkan senyuman pahit.
Soalan itu diutarakan
oleh emak mentuanya ketika mereka menjamu selera
tengah hari di rumah arwah Syarifah Muzainah.Sudah dua
hari, Syarifah Muzainah meninggal dunia.Semalam, majlis
tahlil arwah sudah selesai dijalankan.Tengku Badariah sudah
berura-ura mahu pulang.
Tengku Syahran
memandang sekali imbas susuk tubuh isterinya.Memang
nampak jelas perubahan itu.Perubahan yang disebabkan
olehnya.Dia yang bertanggungjawab.
“Emm… tak adalah
mak.Alia yang tak berapa selera.Sejak baru balik dari
demam hari tu, selera Alia macam dah mati,” ungkapan
Zahlia bagaikan mengandungi satu mesej yang ingin
disampaikan.Hanya Tengku Syahran yang tahu.
“Makanlah vitamin.Badan
kau nampak susut benar.Risau mak tengok,” nasihat Tengku
Badariah.
“Nantilah mak.Alia suruh
abang belikan.” Hambar sungguh ucapan itu menangkap
cuping telinga Tengku Syahran yang hanya menyepi.
“Kau Syah… apa yang
kau dah buat pada Alia? Takkan kau langsung tak sedar,
susut badannya?” Tengku Badariah beralih pula pada Tengku
Syahran.
Tengku Syahran diam
membatu.Hanya tunduk dari tadi.
“Syah! Mak tanya kau
ni?”
“Syah dah bagi makan
mak.Alia yang tak berselera.Takkan Syah nak paksa.”
Spontan Tengku Syahran bersuara.Sempat dikerling ke arah
Zahlia yang tidak ambil peduli dengan kata-katanya.
“Haa… itulah.Entah
makanan apa yang kau belikan agaknya.Itu yang dia tak
berselera.Sampai boleh demam-demam.Kau tak reti jaga
Alia ke?” soalan Tengku Badariah menyebabkan ruang
makan itu dipenuhi gelak-gelak kecil dari mulut ahli keluarga
yang lain.
Zahlia tidak langsung
berketik.Dia punya dunia tersendiri.Melayani perasaan hiba
dan berkecamuk yang cuba disembunyikan.
Tengku Syahran
terdiam.Tidak tahu mahu berkata apa-apa lagi.Seolah-olah
persoalan emaknya terjawab dengan berkeadaan begitu.
“ Alia nak ke dapur dulu.”
Zahlia meminta izin dan terus melangkah pergi.
Zahlia mencuci pinggan
dan cawan kotor yang terdapat di sinki.Suara riuh-rendah
orang berbual tidak berjaya menarik hatinya yang sedang
menanggung beban masalah tersendiri.Kemudian,Zahlia
duduk di kerusi makan dan termenung di hadapan sinki.
Adakalanya tercetus
keluhan kecil dari bibirnya seolah-olah menangisi
nasibnya.Sampai bila aku harus melalui penderitaan ini?
Zahlia merintih sendirian.
Zahlia tiba-tiba rindukan
Fatimah.Dia juga teringatkan Razif.Apalah khabar mereka
agaknya sekarang? Sudah banyak masa yang dilaluinya di
Sinar Iram.Di sinilah dia mula mengenali Fatimah dan
Razif.Di sinilah, Razif pernah menyuarakan rahsia hatinya
pada Zahlia secara terang di hadapan Fatimah.Dan di sinilah
juga Razif membongkarkan penyakitnya apabila dia jatuh
pengsan tanpa diduga.
Pendedahan doktor
tentang penyakitnya telah menyebabkan Zahlia kesal.Dia
merasakan puncanya bermula dari dirinya.Tetapi, memang
benar kata hatinya, dia tidak pernah mencintai
sesiapa.Walaupun Razif sahabat lelaki yang paling rapat
namun Zahlia belum bersedia untuk bercinta.
Zahlia sedih apabila
diberitahu yang Sinar Iram tidak mempunyai sumber
kewangan yang cukup untuk membantu rawatan Razif.Zahlia
takut kehilangan Razif.
Dan… pertemuannya
dengan Tengku Syahran telah membantu Zahlia meleraikan
masalah itu.Zahlia lupa dia masih mempunyai seorang
mama yang tidak pernah mahu diakui.Zahlia kusut melihat
wajah Tengku Syahran yang seperti sedang berdepan
dengan masalah hidup yang besar.
Ketika Tengku Syahran
menyuarakan hasrat hati untuk mengahwininya, Zahlia
benar-benar terkejut.Mana mungkin dia sanggup
mengahwini lelaki yang baru dikenali dalam tempoh
seminggu.Tak mungkin! Itu kata putus dari hatinya ketika
Zahlia sudah berkira-kira mahu meninggalkan lelaki itu.
Tetapi, rayuan Tengku
Syahran yang beria-ia dengan sekelip mata dapat mengubah
prinsip Zahlia.Dia teringatkan Razif tiba-tiba.Tambahan pula,
ada ganjaran wang yang akan diperuntukkan.
Kini… apa yang telah
terjadi? Adakah aku telah memusnahkan diriku sendiri
kerana mengahwini Tengku Syahran? Tetapi, bukankah aku
juga yang telah berjaya mengubah tanggapannya terhadap
agungnya kuasa cinta dan aku juga yang telah berjaya
membuka pintu hatiku sendiri untuknya menetap di situ?
Ah… susahnya mahu menduga isi hati ini.
Zahlia tersedar bagaikan
ada kelibat yang turut sama berada di dapur itu.Dia
pusing.Pantas ingatan dan mainan perasaannya berarak
pergi.Zahlia nampak Tengku Syahran sedang berdiri di
belakangnya.
Tiada senyuman yang mahu
Zahlia lemparkan ke wajah itu.Dia sudah habis mencuci
pinggan dan ingin berlalu.Tanpa menunggu lama, Tengku
Syahran ditinggalkan di ruang itu bersama perasaan
bersalah yang menimpa-nimpa.Tengku Syahran mengeluh
lagi.Ah, Zahlia benar-benar marah! Bisik hatinya dalam diam.

TENGKU SYAHRAN bingung.Dia mundar-mundir di dalam


bilik.Sudah satu minggu dia berada di rumah arwah Syarifah
Muzainah.Satu minggu jugalah jiwanya merana akibat
hukuman yang Zahlia putuskan, tidak mahu bercakap
dengannya.
Tengku Syahran sudah
memohon maaf berkali-kali.Malang sekali maafnya itu
ditolak bulat-bulat tanpa ada perasaan berbelah bagi.Tengku
Syahran benar-benar kesal.Dua malam berturut-turut dia
mengasari tubuh wanita kesayangannya.Dua hari jugalah
wanita itu menderita dengan segala tindakan ganasnya
ketika meniduri wanita itu.
Tengku Syahran terduduk di
birai katil.Dia dapat melihat air muka Zahlia yang masih
mampu menahan sabar di hadapan keluarganya.Bukan tidak
pernah ditanya kemurungan wajahnya oleh ahli keluarga
yang lain, malah sudah kerapkali ditanya.Zahlia boleh
tersenyum walaupun Tengku Syahran sedar senyuman itu
sekadar paksaan.
Satu keluhan keluar dari
bibir Tengku Syahran.Ya, ALLAH ! Apa yang telah aku lakukan
padanya? Kejamnya aku.Tengku Syahran menyesal.
Masih terbayang tangisan
Zahlia yang kuat merayu-rayu agar dirinya
dilepaskan.Pujukan itu amat mendayu-dayu sampai
tangannya meronta-ronta menghalang tubuhnya didekati.
Tengku Syahran menggigit
bibirnya.Kepalanya digaru-garu.Bingung dengan kebisuan
Zahlia sejak seminggu yang lalu seakan menjerut tangkai
hatinya.
Perasaan berdosa sudah
lama menguasai diri Tengku Syahran.Rasa bersalah kian
menggunung tinggi.Tengku Syahran mula sedar, disebabkan
perbuatan dua malam berturut-turut itu, jiwanya tidak
tenteram sehingga ke hari ini.Tengku Syahran menyesali
dirinya apabila tersedar Zahlia benar-benar tidak sihat
keesokannya.Sedangkan malam sebelum dia meniduri
wanita itu secara kasar buat kali kedua, Zahlia sudah
mengadu tentang hal itu.
Tengku Syahran
menundukkan wajahnya.Aku telah memperkosanyakah?
Terbetik persoalan yang menakutkan dirinya tiba-tiba.Aku
telah memperkosa isteriku sendiri? Tengku Syahran terasa
lemah.Ada air mata kesalan yang ingin menitis keluar.Turut
bersimpati dengan kesalan itu.
Maafkan abang,Alia!
Bisiknya.

ZAHLIA sedang menikmati angin malam di luar


rumah.Matanya masih belum mengantuk.Dia juga tahu
Tengku Syahran masih belum tidur.Kerana itulah Zahlia
malas hendak naik ke bilik lagi.Pujuk rayu lelaki itu hanya
akan merimaskan jiwanya.Zahlia risau jika dia tertewas
dengan egonya.
Zahlia memeluk tubuh
yang kedinginan.Terasa nyaman setelah seminggu menetap
di rumah arwah neneknya.Dia mendongak ke langit.Tiada
bintang yang berkelip malam itu.Seolah-olah memberi tanda
yang hari hendak hujan.
Zahlia mengeluh tiba-
tiba.Ingatannya tertumpu pula pada Tengku Syahran.Sudah
seminggu dia tidak bertegur sapa dengan Tengku
Syahran.Itu keputusannya.Kerap juga lelaki itu cuba
mencetuskan perbualan tetapi tiada langsung yang menarik
minatnya untuk berbual sama.
C uma sebentar tadi, Zahlia
hampir-hampir membuka mulut menjawab pertanyaan
Tengku Syahran.Zahlia nyaris menerima huluran tangan
lelaki itu yang mahu memimpinnya ke ruang makan.Mujurlah
dia diingatkan semula dengan kata-kata yang lahir dari
hatinya seminggu yang lalu.
Zahlia bungkam.Sampai
bilakah dia dan Tengku Syahran harus begini? Senyap dan
sepi sahaja yang mengulit setiap ruang.Adakah aku yang
keras kepala? Bukankah lelaki itu sudah berkali-kali meminta
maaf? Apalagi yang aku mahukan? Perceraian? Tak mungkin!
“Tapi, kenapa tak
mungkin? Kau mahu dia sakiti tubuh kau lagi?” bisikan halus
bergema di telinganya secara tiba-tiba.
Zahlia terdiam.Terbayang
semula peristiwa hitam itu.
“Tidak!!” ujarnya dalam
hati.
“Habis,minta aje cerai.Kau
tak perlu menderita lagi.Biar dia yang menanggung masalah
tu.Biar padan muka dia!”
Zahlia terdiam
lagi.Memikirkan bisikan halus yang dia sendiri tidak tahu dari
mana datangnya.
“Dia dah perkosa kau,
Alia? Suami kau sendiri… dah merendah-rendahkan maruah
kau!” bisikan itu semakin mengancam sudut hatinya.Zahlia
menerkup telinga.
“Tidak!!” jerit Zahlia lagi.
“Dia meniduri kau secara
kasar, di dalam terang dan yang paling menakutkan di ruang
tamu itu! Kau tak malukah?” bisikan itu masih menghasut.
Zahlia menggeleng.Dia
tidak sanggup mendengar bisikan itu yang kian merobek
hati.
“Minta cerai padanya!
Perkahwinan ini tak mendatangkan bahagia.Apalagi yang
mahu kau tunggu! Hanya penderitaan yang akan kau dapat!
Minta cerai Alia!!”
Zahlia terus-terusan
menggeleng.Minta cerai?
“Tidak.Aku tak mungkin
bercerai dengannya.Syah perlu bertanggungjawab.Dia
sendiri dah berjanji tak akan mengabaikan aku.Untuk apa
aku meminta cerai? Dia akan bertanggungjawab ke atasku,”
Zahlia membalas dengan jeritan di dalam hati.
“Kau pasti? Entah-entah…
dia nak main-mainkan perasaan kau.Dia buat begitu kerana
nak sesuatu dari tubuh kau.”
Zahlia memejamkan
mata.Bisikan itu semakin menghiris hatinya.Semakin
dihalang, semakin banyak yang mengacu pisau ke lubuk
jiwa.Dia takut kebenaran berpihak pada bisikan itu.Segera
dia menggeleng.
“Aku yakin! Syah
sayangkan aku.Dan aku… aku jugak sayangkan dia.Aku
takkan benarkan sesiapa merampas dia dari aku.Aku
cintakan dia!!!” Zahlia menjerit sekuat hati.
Hanya anggota dalaman
yang terasa gentar dengan jeritan itu.Hanya Zahlia yang
tahu hatinya sedang menjerit sepuas hati mengatakan yang
dia cintakan Tengku Syahran.Tiada yang tahu kecuali ALLAH
yang dapat mendengar segala keluh-kesahnya.
Zahlia tersedar lantas dia
beristighfar.Bisikan yang hampir memperdayakannya sudah
hilang entah ke mana.Tiada lagi yang mengganggu
fikiran.Segera Zahlia bingkas bangun.Bilik tidur yang sepi
bagaikan melambai-lambai memanggilnya untuk ke
situ.Zahlia menarik nafas sebelum melangkah ke bilik.

TENGKU SYAHRAN ternampak wajah sugul Zahlia terpacul di


muka pintu, pantas dia menyeka air mata yang sedang
menitis.Tengku Syahran memandang isterinya dengan rasa
berbaur.Ada kesalan dan ada kerinduan.Dia kesal dengan
perbuatan kejamnya dan dia merindukan suara lunak itu
berbicara lembut memujuknya seperti suatu ketika dahulu.
Tengku Syahran nampak
Zahlia sudah mencapai bantal dan meletakkan ke hamparan
permaidani di hujung katil.Perbuatan itulah yang
membebankan lagi perasaan bersalah dalam jiwa Tengku
Syahran.Zahlia sedang melarikan diri darinya.Menjarakkan
lagi perhubungan yang semakin longgar.Kata-kata hatinya
bertandang lagi dalam diri.
Segera Tengku Syahran
memejamkan matanya.Berbicaralah dengan aku, Alia! Aku
rindukan kau… suara kau dan segala-galanya milik kau!
Tengku Syahran berbisik dalam hatinya.
“Alia…” Tengku Syahran
memberanikan diri untuk bersuara.
Zahlia dilihatnya sudah
berbaring di atas permaidani tanpa apa-apa alas.Hanya
bantal semata-mata.Wanita itu tetap membisu dan diam.
M ata Zahlia terkebil-kebil
mengarahkan pandangan ke sudut lain.Jijik mahu meratah
pandangan mata suaminya lagi.Kalau boleh dia tidak mahu
mendengar suara itu juga.Zahlia sudah terlupa dengan
jeritan hatinya tadi.
Tengku Syahran kecewa
dengan respons Zahlia lalu perlahan-lahan dia mendekati
Zahlia.Tubuh Tengku Syahran turut rebah bertentangan
dengan Zahlia.Berkongsi bantal yang sama.Terus bersabung
panahan mata masing-masing sehingga menggegarkan
seluruh urat nadi kedua-duanya.
Zahlia bertindak untuk
memalingkan tubuhnya.Cuba untuk menenangkan kencang
yang berombak di dada.Dia terasa tangan Tengku Syahran
memeluk pinggangnya.Dia hanya diam.Kalau ditolak, dia
takut tindakan ganas itu berulang lagi.
“Maafkan abang!”
Zahlia terasa lehernya
dikucup lembut.Dia memejam matanya.Suara gemersik
begitulah yang dirindui.Bukan herdikan dan sepak terajang
yang menyakitkan tubuhnya.Zahlia tidak tahu kenapa hari
ini dia tidak menolak suaminya yang mahu bermesra
dengannya.Malah jarak waktu seminggu yang diambil untuk
mengelakkan diri dari berbicara dengan Tengku Syahran
sebenarnya turut menghukum jiwa Zahlia yang kian
menyayangi lelaki itu.Teringat kembali jeritan hatinya tadi.
“Abang bersumpah…”
“Jangan!” potong Zahlia.
Tengku Syahran
terpana.Kali pertama sejak seminggu yang lalu wanita itu
akhirnya membuka mulut.Hanya untuknya di ruang bilik
itu.Tiada lagi terselit nada tangisan.Cukup tenang
sekali.Lidah Tengku Syahran kelu tiba-tiba.
Tengku Syahran
merapatkan tubuhnya lagi.Bagaikan terhidu haruman wangi
yang terlahir dari rambut lurus milik isterinya.Benar kata
hatinya… dia menyintai wanita itu.Terlalu cinta! Cinta yang
membuatkan hatinya lebih merana, hebat dan asyik dari
perasaan cinta yang pernah dirasai bersama Nazirah.
“Abang kejam, kan? Tak
patut buat Alia macam tu.”
Zahlia terdengar bisikan
lembut itu menyapa telinganya.Dia membisu.Gagal untuk
mengeluarkan suara.
“Abang bersumpah,Alia!
Abang bersumpah bersungguh-sungguh takkan buat macam
tu lagi.” penuh kesungguhan Tengku Syahran membisikkan
kalimah tersebut.Itu doanya.Tidak mahu menyakiti wanita
kesayangannya lagi.
“Jangan! Nanti sumpah
memakan diri!”
“Biarkan.Abang rela mati
dimakan sumpah asalkan abang tak berperangai macam tu
lagi,” balas Tengku Syahran.Dia bersyukur Zahlia sudah
boleh mengeluarkan banyak bicara.Dia tak mahu wanita itu
senyap dan membisu.
Zahlia
mengeluh.Semenjak peristiwa dua malam berturut-turut itu,
dia tidak tahu sama ada kasih dan sayangnya masih wujud
untuk Tengku Syahran atau tidak.Yang Zahlia tahu dia
rindukan belaian mesra lelaki itu seminggu lamanya.Dan
tadi… segala rahsia hatinya telah diakui yang hatinya telah
terisi dengan cinta lelaki itu.
Lamunan Zahlia
terbantut apabila tubuhnya ditarik supaya menghadap
Tengku Syahran.Zahlia diam dan menurut.Melawan
pandangan suaminya yang disedari dia pasti tertewas!
“Hukumlah abang, Alia!
Abang merayu tetapi tolong jangan menghukum abang
dengan membisu begini.Jiwa abang lebih terseksa,” ucap
Tengku Syahran beriak sesal.
Zahlia memejam
matanya.Tidak rela menjawab walaupun sepatah.Dia sendiri
belum bersedia memaafkan lelaki itu.Benarkah? Zahlia
tertanya-tanya.Ya! Zahlia pasti yang dia belum
bersedia.Tetapi, dalam waktu yang sama dia masih
memerlukan lelaki itu di sisinya.Apa maknanya perasaan ini?
Tidak semena-mena air
mata Zahlia merembes keluar dari kelopak mata yang
tertutup rapat.Pantas diseka oleh ibu jari Tengku
Syahran.Zahlia terasa dahinya dicium lembut.Syahdu
hatinya.
Perlahan-lahan Zahlia
merapatkan sendiri tubuhnya ke arah lelaki itu lalu dipeluk
sepenuh kasih.Tanpa dipaksa dia menangis di dada
itu.Terungkai sebuah dendam cinta yang menyeksakan.
Zahlia terlena dalam
dakapan Tengku Syahran malam itu.Nyenyak tidurnya tiada
lagi diganggu dengan mimpi ngeri yang pernah menyekat
ketenangannya.Tiada juga sendu yang berlagu-lagu berserta
esak tangis yang menemani tidur malamnya seperti
beberapa malam yang lalu.
Bab 48

R
AJA KHALIDA risau melihat Zahlia.Sejak akhir-akhir
ini, Zahlia nampak muram dan suka
termenung.Raja Khalida tahu anaknya itu sedang
memendam sesuatu.Naluri keibuannya dapat
menangkap perubahan itu.Raja Khalida dan Zahlia
sedang duduk di belakang rumah Syarifah Muzainah.Masing-
masing hanya menyepi dengan khayalan sendiri.
Terdetik di hati Raja Khalida, adakah
perselisihan kecil sedang berlaku antara Zahlia dengan
Tengku Syahran? Raja Khalida ingin bertanya tetapi dia takut
soalan yang akan ditanya nanti akan membuat anaknya rasa
tersinggung.
Raja Khalida tersenyum
kecil.Teringat memori lamanya dengan Megat Safiuddin
sewaktu dia sedang mengandungkan Zahlia.Dia pernah
mengidamkan ikan terubuk panggang.Berhari-hari dia
meminta suaminya membelikan lauk keinginannya itu.Tetapi,
setiap hari jugalah Raja Khalida memendam rasa akibat
sikap endah tak endah suaminya yang selalu sibuk dengan
tugas.
Raja Khalida ingat yang dia
pernah mengalirkan air mata kerana perkara sekecil
itu.Tetapi, hati sensitifnya tidak boleh diubati kerana Megat
Safiuddin bersikap tidak mempedulikan
keinginannya.Tersedu-sedan dia menangis di hadapan
suaminya merayu-rayu demi memenuhi
keinginannya.Pernah juga dia mengugut mahu meninggalkan
suaminya itu seandainya apa yang diidamkan tidak dipenuhi.
Silap suaminya juga
kerana terlupa.Terus Raja Khalida menyambar beberapa
helai pakaiannya dan disumbat ke dalam beg kecil.Dia
melangkah keluar dari rumah itu dengan air mata.Tetapi di
pertengahan jalan, Megat Safiuddin datang menghalang
sambil menghulurkan bungkusan ikan terubuk panggang ke
arahnya dengan senyuman mengusik.
“Maafkan abang.” Masih
terdengar bisikan halus itu bergema di gegendang telinga
Raja Khalida.
Raja Khalida tidak
menghiraukan ucapan maaf itu.Keinginannya yang berhari-
hari harus dipenuhi segera.Tanpa sabar dia menyambar
bungkusan itu.Juga tidak perlu menunggu lama untuk
meratah isi ikan terubuk panggang yang penuh dengan
tulang di tepi jalan.
“Abang tak ada
pengalaman nak handle perempuan mengandung.” Megat
Safiuddin risau melihat reaksi Raja Khalida.Namun, dia
terpaksa akur.
Raja Khalida tetap
mengunyah isi ikan itu penuh rakus tanpa mempelawa
suaminya makan.Kemudian setelah kenyang, dia
menyerahkan saki-baki ikan itu kepada suaminya.Megat
Safiuddin menyambutnya bagaikan orang bodoh.
“ Jom, kita balik,” ujar Raja
Khalida sambil memusingkan tubuhnya berpatah balik ke
rumah.Beg pakaian sengaja ditinggalkan untuk diangkat oleh
suaminya.
Raja Khalida tahu Megat
Safiuddin terkejut dengan perubahan moodnya.Tiada lagi
rajuk di hati Raja Khalida.Untuk apa bermasam muka? Ikan
yang diidamkan sudah dapat.
Raja Khalida
mengeluh.Kenangan lama menggamit dirinya sebentar tadi,
akhirnya pergi jua.Raja Khalida memandang Zahlia yang
sedang menyepi.Dia perlu bertanya.
“Puteri…” tegurnya
lembut.
Zahlia tidak mendengar
teguran itu.
“Puteri?” Kali ini suara
Raja Khalida lebih kuat.Berjaya meretakkan kaca-kaca
lamunan yang semakin sesat dalam benak Zahlia.
Zahlia menoleh pada
Raja Khalida.Sedikit terpinga-pinga.
“ Ya? Mama panggil Alia?”
tanya Zahlia meminta kepastian.
Raja Khalida berasa pelik.
“Kenapa mama?” tanya
Zahlia lagi.
Keadaan yang sunyi
bagaikan memberi peluang kedua-dua beranak itu untuk
menggunakan bahasa panggilan yang selama ini sering
disembunyikan di mata umum.
Zahlia teringat peristiwa
seminggu yang lalu.Semasa dia dan Tengku Syahran duduk
berdua-duaan di tempat tersorok di rumah besar dua tingkat
itu.Di situlah hampir sahaja dia melepaskan semua
persoalan kisah hidupnya yang telah terjawab sekian
lama.Rahsia yang sedang disorokkan dari suaminya.
Dengarlah Tengku
Syahran… aku bukanlah seburuk yang kau sangkakan! Aku
dilahirkan dari ikatan yang sah dan suci.Dan ini, di
hadapanku wajah mamaku yang kau anggap telah
melahirkan aku sebagai anak haram.Jeritan batin Zahlia
bergema nyaring dalam jiwanya.
“Puteri ada
masalahkah?” soalan Raja Khalida menyedarkan Zahlia.
Zahlia terkejut dengan
pertanyaan mamanya.Dia tidak mahu masalahnya dengan
Tengku Syahran kali ini diketahui sesiapa.Biar dia yang
tanggung segalanya.Biar masalah rumah tangga itu
dirahsiakan dan hanya dia dan Tengku Syahran yang tahu
punca berlakunya kekeruhan itu.
Zahlia tidak mahu
memburuk-burukkan nama Tengku Syahran biarpun dia
sendiri pernah merungut sikap lelaki itu di dalam hati.Zahlia
sanggup menyembunyikan perbuatan kasar lelaki itu
terhadapnya dari diketahui oleh sesiapa.
“Ah, biarkan Alia! Untuk
apalagi dihebohkan hal itu kepada khalayak ramai
seandainya nama kau turut sama busuk apabila suami kau
dikeji.Bukankah maruah seorang suami terletak pada rahsia
yang disimpan oleh isterinya sendiri? Itu pesan Nabi
Muhammad S.A.W. dan kau sendiri tak pernah lupa.” Zahlia
terdengar bisikan halus itu bergema.
“Tetapi… bagaimana dengan
maruah aku? Aku masih isterinya yang sah sehingga ke hari
ini.Cuma dua malam itu aku tak lagi merasakan yang diriku
adalah isterinya.Sebaliknya tak ubah seperti seorang pelacur
yang terpaksa menyerah maruah diri apabila dipaksa.”
Zahlia cuba menjawab.
Ya, ALLAH! Benarkah begitu
sekali anggapanku terhadap diri ini? Jika itu yang terdetik,
bantulah aku! Aku tidak mahu menambahkan lagi dosa
dengan suamiku.
Bu angkanlah perasaan buruk
sangka dari tercetus di hatiku ini.Aku menyayangi dia
semenjak dia berkecil hati denganku dulu.Dan aku berjaya!
Janganlah kerana kesilapannya dua malam itu, aku buang
dirinya jauh-jauh.
A ku dapat lihat kesungguhan
kasih sayang dan cintanya yang dicurahkan padaku dari
setiap perbuatannya.Sinar matanya… mungkin sudah lama
terbias dengan perasaan itu.Cuma aku yang tidak berani
untuk menatapnya.Aku akan belajar.
“Puteri… hei, kenapa
menangis ni?”
Zahlia pantas menyeka air
matanya yang tanpa sedar meleleh jatuh.Dia memaksa diri
menguntum senyuman sambil menggeleng pada mamanya
yang semakin risau.
“Tak ada apa-apalah
mama.Tiba-tiba Alia teringatkan arwah nenek.Dah
seminggu… arwah pergi.Walaupun Alia tak berapa kenal,
Alia tetap terasa kehilangannya,” bohong Zahlia.
“Kita doakan rohnya
selamat.Itu yang penting.”
Zahlia mengangguk.Raja
Khalida terus bangun.
“Jomlah kita masuk,” ajak
Raja Khalida sambil menarik tangan Zahlia.
“Mama masuk dululah.Alia
nak duduk lama sikit.”
“Kalau begitu, mama masuk
dulu, ya?” ujar Raja Khalida.
Zahlia mengangguk.

TENGKU SYAHRAN yang sejak tadi dapat mendengar


perbualan Raja Khalida dan Zahlia terkaku di sebalik
dinding.Mama? Puteri? Apa yang telah berlaku sebenarnya?
Benarkah tekaanku seminggu yang lalu? Alia adalah anak
Mak Su yang hilang?
Tengku Syahran telah
dengar dengan jelas semua perbualan itu.Dia sedar dia tidak
bermimpi.Dia masih waras dan semakin bersemangat untuk
mengetahui apa yang sebenarnya.
Raja Khalida yang ingin
masuk ke pintu rumah tersentak apabila ternampak kelibat
Tengku Syahran sedang berdiri di balik dinding.Dia
dengarkah?
“Eh, Mak Su! Dari mana?”
soal Tengku Syahran selamba.
Raja Khalida cuba bersikap
tenang.Dia gementar dalam diam apabila mendapati Tengku
Syahran sedang berdiri tegak di balik dinding.
“Mak Su dari sana.Berbual
dengan Alia.Dia ada kat sana tu,” jawab Raja Khalida tenang.
“Ohh… Syah tau.Tadi Alia ada
beritahu Syah.” Tengku Syahran cuba berbohong.
Tadi selepas selesai
menunaikan solat Subuh, isterinya itu sudah tiada.Entah di
mana Zahlia mandi dan bersolat, Tengku Syahran langsung
tidak tahu.Sehinggalah dia sampai di tempat tersorok itu
mencari Zahlia dan mendengar setiap perbualan mereka.
Raja Khalida mengangguk.
“Mak Su masuk dulu, ya?”
Raja Khalida melangkah pergi.
Tengku Syahran terdiam
sejenak.Kemudian mengalihkan pandangan pada
Zahlia.Diakah Puteri Safira Khairina? Anak Mak Su yang
hilang bertahun-tahun lalu? Tengku Syahran tertanya-tanya
di dalam hati.
Jika benarlah dia orangnya?
MasyaALLAH! Apa yang telah aku lakukan? Kenapa aku tak
boleh terima alasan yang dia tak mengenali lelaki yang
tinggi lampai tu? Sebaliknya aku lebih rela mengambil
kesempatan ke atasnya sehingga dia menangis tersedu-
sedan.
Zahlia adalah calon yang
pernah dicadangkan untuk menjadi isteriku sejak kecil
lagi.Kenapa aku tak boleh perasan persamaan matanya
dengan Mak Su? Mengapa lambat sangat aku
mengetahuinya?
Tanpa sedar, Tengku
Syahran menangis di situ.Dia terkulai menghadap kiblat
dengan tangisan yang berbunyi kecil.Ya, ALLAH! Dua kali aku
melakukan perbuatan itu! Dua kali!
Air mata Tengku Syahran
mula mengalir.Semakin deras mengalir membasahi
pipinya.Tengku Syahran memandang Zahlia lagi.Dia yakin
dengan perasaannya.Lantas Tengku Syahran melangkah ke
tempat itu.Bercucuran air matanya gugur ke bumi.Dia malu
dengan perbuatannya tetapi sampai bila egonya harus
berdiri tegak? Sekurang-kurangnya Tengku Syahran perlu
merendahkan sedikit perasaan ego itu sekiranya melalui
cara tersebut Zahlia sudi memaafkan dirinya.
Tengku Syahran melutut di
hadapan Zahlia.Tersedu-sedan tangisannya menghadap
Zahlia.Zahlia terkejut dengan kehadirannya tiba-tiba.
“Abang minta maaf Alia…
abang merayu! Abang melutut! Maafkan kesalahan abang
kerana dua malam tu.Abang berdosa Alia… abang berdosa!”
tersekat-sekat suara Tengku Syahran bersama sedu-
sedannnya.
Zahlia terlopong dengan
tindakan dan kata-kata Tengku Syahran.Dia sebenarnya
masih ralit melayani perasaan bahagia akibat dipeluk Tengku
Syahran semalam.Zahlia kaku melihat air mata suaminya
mengalir di hadapannya.
Baru sebentar tadi Zahlia
sudah berkira-kira untuk memaafkan lelaki itu dan
kemunculan Tengku Syahran yang tiba-tiba bagaikan faham
dengan kata putus yang semakin jelas di dalam dirinya.
Zahlia tidak mahu Tengku
Syahran melutut lagi.Lantas Zahlia bangun dan berdiri
bertentangan dengan Tengku Syahran.Menarik lelaki itu agar
berdiri tegak di hadapannya.Dengan sendiri matanya turut
ditakungi air.Hangat membasahi wajahnya.
“ Alia dah maafkan abang.”
Pendek Zahlia berkata.
Tengku Syahran seperti
tidak percaya.Diamati anak mata coklat yang sudah
merembeskan air mata itu dalam-dalam.Tidak dapat tidak,
hanya seketika dia dapat merenung biasan cahaya
keikhlasan di situ kerana Zahlia begitu pantas menundukkan
kepala ke bawah.Kebiasaan yang dilakukan apabila Tengku
Syahran memandangnya lama-lama.
Tengku Syahran sudah
pasti dengan kebenaran ucapan itu.Terus ditarik Zahlia ke
pelukannya.
“Abang akan
bertanggungjawab Alia… jangan risau! Walau apa pun yang
berlaku, Alia tetap akan jadi isteri abang.Walaupun rahsia
perkahwinan kita terbongkar sekalipun… kita pasti
bersama.Faham?”
Zahlia mengangguk.Dia
mula melentokkan kepalanya di dada bidang itu.
“Ingat, abang sayangkan
Alia.Jika abang tak dapat memiliki Alia, abang boleh jadi
gila.Alia nak abang jadi gila?” tanya Tengku Syahran laju.
Zahlia menggeleng.Air
matanya masih mengalir.Tetapi, tiada tangisan yang
kedengaran.Hanya sendu yang berbunyi.Kata-kata Tengku
Syahran bersatu dengan harapannya.Zahlia
bersyukur.Pelukannya dieratkan lagi.
“Abang jangan lakukan
macam tu pada Alia lagi, ya?” pesan Zahlia tenang dan
sopan.Berharap lelaki itu mengerti dengan perasaan
takutnya.
“Abang bersumpah!
Perkara tu takkan berlaku lagi.Abang berani bersumpah!”
“Abang buat Alia jadi
takut.Alia betul-betul tak kenal lelaki tu.Alia takut dia lakukan
perkara yang tak senonoh pada Alia.Alia ingatkan abang
datang sebab nak tolong Alia.Rupa-rupanya malam tu…”
esak Zahlia berbunyi semula.Dia gementar mengingati
malam itu.Suaranya mula berselang-seli dengan tangisan di
dada bidang Tengku Syahran.
Tengku Syahran terus
mengetatkan lagi pelukannya.Berharap Zahlia berasa
selamat bersamanya.Sempat dikucup bahu isterinya itu
melepaskan rindu yang menggunung.
“Jangan ingatkan
lagi.Abang pun nak lupakan peristiwa malam tu.Abang tau
Alia mesti payah nak melupakannya, abang akan bantu.”
Za hlia mengangguk.Setuju
dengan cadangan Tengku Syahran.Mereka menyepi dalam
pelukan.Lama sekali.Seolah-olah melepaskan beban
kerinduan akibat lama terpisah.
Suasana terus menjadi
hening.Bagaikan mengerti wujudnya situasi baru dalam
perhubungan mereka.Juga bagaikan merestui kasih sayang
yang semakin parah antara kedua-duanya.
“Alia…” Tengku Syahran
bersuara sayup-sayup.
“Hmmm…” perlahan
Zahlia menyahut.Dia leka dalam pelukan itu.
“Boleh abang tanya satu
soalan?”
Zahlia pelik dengan
pertanyaan itu.Tengku Syahran menguraikan
pelukan.Membuatkan Zahlia mengambil peluang itu untuk
memandang wajah Tengku Syahran sebelum mengalihkan
mata ke sudut lain.
“Mengenai apa?” tanya
Zahlia sambil kakinya menguis-nguis tanah.
“Hubungan Alia dengan
Mak Su.”
Terus Zahlia terasa
dadanya berombak.Kakinya berhenti menguis tanah.
“Ceritakanlah Alia.Abang
dah tau Alia dengan Mak Su ada pertalian, kan?” soal Tengku
Syahran.
Pantas Zahlia menafikan
kata-kata itu dengan gelengan.Dia bergerak jauh sedikit dari
Tengku Syahran sambil memeluk tubuh.Berusaha untuk
bertenang.
“Tak adalah.Mak Su kan
ibu saudara abang.Mestilah ibu saudara Alia jugak.”
Alasan Alia tak dapat
diterima oleh akal Tengku Syahran.Tengku Syahran tidak
percaya.Dia sudah mendengar segala-galanya tadi.Kini dia
cuma mahukan kepastian.Kenapa Zahlia masih cuba
berbohong?
“Abang dah dengar
Alia.Puteri dengan mama… apa bendanya tu? Please
berterus-terang.” Tengku Syahran memujuk.Menghampiri
Zahlia semula.
Zahlia terus menjarakkan
diri.Takut dengan pengakuan itu.Dia sudah tahu? Jadi,
perlukan aku berterus-terang?
Zahlia pernah terfikirkan
hal ini dahulu.Tetapi, dia belum bersedia waktu itu.Tambah-
tambah lagi sekarang ni, dia baru sahaja menerima Raja
Khalida sebagai mamanya.
“Alia… janganlah tipu
abang lagi.Tolonglah…”
Zahlia terdiam.Sudah
bersediakah aku membongkarkan rahsia ini? Zahlia
menggigit bibir.Mencari kekuatan untuk bersuara.
Zahlia terasa tangannya
diusap lembut.Lelaki itu terlalu hampir dengannya.Sedang
menguntum senyuman.Kacak sungguh!
“Abang tak bermaksud
nak menakutkan atau memaksa Alia.Tapi sebagai suami,
abang tak mahu lagi mencurigai isteri sendiri.Abang dah
serik! Tolonglah Alia… jelaskan pada abang hal yang
sebenar.” Tengku Syahran memujuk lagi.Erat tangannya
meramas jari-jemari Zahlia.
Zahlia tertunduk.Malu
dengan penipuannya sebentar tadi.Pujukan Tengku Syahran
menusuk ke sanubari.Zahlia mengetap bibir.Mencari
kekuatan untuk memberitahu Tengku Syahran perkara yang
sebenarnya.
“Kalau Alia betul-betul
anak Mak Su, apa abang nak buat?” lambat-lambat Zahlia
membuka mulut dengan wajah ditundukkan.
“Kalau Alia betul-betul
anak Mak Su, abang nak peluk Alia kuat-kuat! Kenapa tak
beritahu abang berita gembira ni awal-awal? Sepatutnya kita
kongsi berita gembira ni sama-sama sayang!” Tengku
Syahran berbisik di telinga Zahlia sambil memeluknya.
Zahlia menolak tubuh
Tengku Syahran.Dia lemas di perlakukan begitu.
“Alia tak cakap pun yang
Alia memang anak Mak Su.Alia cuma tanya aje.Kenapa
dengan abang ni?” Zahlia masih cuba menafikan tekaan
suaminya.Manalah tahu ada ruang untuknya menyimpan
rahsia itu lagi.
Tengku Syahran meraup
rambutnya ke belakang.Mulai bosan dengan tindakan Zahlia
yang seboleh-bolehnya mahu menyembunyikan sesuatu
daripadanya.
“Berterus-terang ajelah
Alia.Janganlah tipu abang lagi.” Tengku Syahran semakin
hilang sabar.
Zahlia membetulkan
tudungnya.
“Alia cakap apa yang
betul! Abang yang tiba-tiba timbulkan hal ni.Alia tak ada
kaitan dengan Mak Su pun.” Zahlia berkata lagi.
Tengku Syahran
geram.Sepantas kilat ditarik tubuh Zahlia ke arahnya.Tubuh
isterinya itu dipeluk seerat yang mungkin.Kalau boleh, tidak
mahu dilepaskan lagi wanita itu pergi darinya.
“ Abang, lepaskanlah Alia
bang.Alia rimas.” Zahlia cuba menepis tubuh Tengku
Syahran.
Tengku Syahran buat
tidak tahu.Malah tangannya makin kemas memeluk tubuh
itu sehingga terasa lekuk tubuh Zahlia melekap ke tubuhnya.
“Abang…” Zahlia mula
merayu.
“Tak nak! Kecuali Alia
beritahu abang cerita yang sebenarnya,” ujar Tengku
Syahran.
Zahlia
mendengus.Pelukan suaminya terasa ketat sehingga tiada
ruang untuknya bergerak langsung.
“Alia merayu pada
abang… tolonglah lepaskan Alia,” pinta Zahlia.
Tengku Syahran
mengeluh kecil.Perlahan-lahan dilepaskan pelukan itu.Dia
berdiri menghadap Zahlia.
“Kenapa susah sangat
Alia nak berterus-terang?” tanya Tengku Syahran hambar.
Zahlia tertunduk.Dia
malu untuk memandang wajah lelaki itu.
“Suka hati Alialah kalau
tak nak beritahu abang.Malas abang nak ambil tahu lagi!”
Tengku Syahran ingin berlalu.Tetapi, lengannya sempat
disambar.
Zahlia menarik tangan
Tengku Syahran.Dengan sendiri memeluk tubuh Tengku
Syahran.Tanpa disuruh atau dipaksa.
“Maafkan Alia sebab
merahsiakan hal ni.Alia takut abang tak nak terima sebab
berkahwin dengan dua pupu sendiri.” Zahlia
menyembamkan pipinya di dada bidang Tengku Syahran.
Tengku Syahran tersentak
mendengar pengakuan Zahlia.Lama dirinya terpaku di dalam
pelukan isterinya sebelum dia membalas pelukan itu.
Tidak lama kemudian,
Zahlia merungkaikan pelukan.Zahlia mengesat air mata
yang mengalir tiba-tiba.Melihatkan keadaan itu, Tengku
Syahran menghela nafas.
“Abang sayangkan
Alia.Bukan sebab yang lain, tapi diri Alia sendiri.Ingat
sayang! Abang tak kisah asal Alia dari mana.Abang takkan
persoalkan lagi status Alia.Perkara yang berlaku dulu, abang
akui kesilapan abang.Dan abang berjanji perkara tu takkan
berlaku lagi.Berikan abang peluang kedua,” ujar Tengku
Syahran dengan penuh perasaan.
Tengku Syahran sudah
lupa dengan masalah yang menimpa.Ingatannya tiba-tiba
mati dari memikirkan hal-hal berkaitan dengan ugutan Linda
dahulu.Tengku Syahran hanya mampu membayangkan saat-
saat indah yang bakal dilaluinya bersama Zahlia.Tiada Linda
yang mengganggu hidup.Dengan sendirinya bibir Tengku
Syahran mengukir senyuman.Zahlia berasa pelik.
“Kenapa abang senyum?”
teguran Zahlia menyentakkan lamunan.
Tengku Syahran
tersipu.Rambut yang terjatuh di dahi segera ditolak ke
belakang.
“Alia sudi berikan abang
peluang kedua?” tanya Tengku Syahran lagi.
Zahlia menunduk sebelum
mengangguk.Tengku Syahran tersenyum gembira.Tenang
hatinya melihat penerimaan Zahlia.
“Terima kasih sayang.”
Dikucup lembut dahi isterinya.
“Tapi, abang kena janji
dengan Alia.Abang mesti rahsiakan hal ni dulu.Alia tak mahu
sesiapa pun tau yang Alia ni anak Mak Su,” pinta Zahlia
bersungguh-sungguh.
Tengku Syahran
merenung anak mata isterinya.Kepalanya
diangguk.Kemudian matanya tertancap pada jam di tangan.
“Abang rindukan suara
Alia.Masa abang merajuk dulu, abang selalu dengar.Lepas
abang dah okey, Alia pulak yang buat hal.” Tengku Syahran
meraba-raba jam tangan pemberian Zahlia.
“Eh, tolong sikit ya! Siapa
yang buat hal sebenarnya? Abang ke Alia? Ini yang Alia nak
marah lagi ni!”
“Okey… okey…okey…
abang yang salah! Jadi, Alia sudi maafkan abang tentang
segala-galanya?” tanya Tengku Syahran lembut merenung
isterinya.
Zahlia cuba melawan
pandangan mata Tengku Syahran.Namun dia kalah jua!
Tengku Syahran ketawa
kecil.Lama-kelamaan ketawanya itu semakin galak dan mula
memecah kesunyian yang terulit di kawasan belakang
banglo dua tingkat itu.
Zahlia terkejut melihat
kelakuan Tengku Syahran.
“Syhhh… kenapa dengan
abang ni? Nanti orang dengar, kita yang susah! Keluarga
ramai-ramai kat dalam, kita senang-senang duduk kat luar,”
marah Zahlia separuh berbisik.
Tengku Syahran
mematikan gelak.Hanya membiarkan riak-riak senyuman
terlahir di permukaan bibirnya.
“Abang suka tengok Alia
tersipu macam tadi.”
“Maksud abang?”
“Yalah… bila Alia cuba nak
pandang mata abang mesti tak lama.Abang rasa abang tau
sebab apa! Alia berdebar-debar, kan?”
Zahlia tertunduk
mendengar dakwaan suaminya.Dalam hati
mengiakan.Tetapi, dia tidak mahu mengaku.
“Tak adalah.Siapa cakap?
Abang ingat Alia ni pemalu sangat ke?” ucapan berani itu
diucap dengan wajah yang tetap tertunduk.
Tengku Syahran terus
ketawa.Zahlia sudah pandai membalas ucapannya dengan
berani.Namun, Tengku Syahran tetap tidak yakin dengan
kata-kata itu.Tengoklah tadi, cakap beria-ia pun, mata masih
pandang ke bawah.
“Cakap besar! Cubalah…
kalau Alia dapat pandang mata abang ni lima saat pun,
abang akan bagi hadiah.”
Zahlia terkedu.Dia malu
tetapi cabaran itu harus disambut.Pantas diangkat wajahnya
mendongak ke arah lelaki itu.Melawan pandangan mata
yang hitam bersinar.
Tengku Syahran turut
memandang Zahlia.Sengaja melepaskan satu perasaan
menggoda di situ.Dia tahu Zahlia sedang menggelabah.Dia
tahu hati Zahlia sedang berperang sesama
sendiri.Sebenarnya dia juga sedang berdebar-debar.Entah
mengapa kali ini hatinya bagaikan ditarik-tarik untuk
meneliti ke segenap wajah itu.
Direnung segala anggota
wajah itu dengan perasaan berkocak.Tengku Syahran cuba
menghampirkan wajahnya ke arah itu.Sedikit-sedikit!
Semakin hampir! Tetapi apabila bibirnya hampir mengenai
wajah itu, Tengku Syahran terasa tubuhnya ditolak.
“Oh, abang main tipu!
Mana boleh macam ni? Nak ambil kesempatan pulak,”
rungut Zahlia dengan wajah yang masam.
Tengku Syahran
tersedar.Kecewa juga kerana keinginannya tadi tidak
menjadi.Tetapi dia tetap mengakui kesalahannya dalam
hati.Pantas ditoleh ke arah jam.Sudah lebih sepuluh saat
mereka memandang sesama sendiri.Wow! Zahlia sudah
semakin berani.
“Sebenarnya tadi abang
nak bagi Alia hadiah sebab berjaya pandang mata abang
lebih kurang sepuluh saat,” ujar Tengku Syahran.
“Mana hadiahnya?”
“Yang tadilah…”
Zahlia tidak
faham.Berkerut dahinya.
“ Yang mana?” tanya Zahlia
pelik.
Cupp! Satu ciuman kecil
hinggap di bibir Zahlia.
Zahlia terpana.Tengku
Syahran sedang ketawa besar.
Terus Zahlia
mengancingkan gigi sambil bercekak pinggang.
“Ambil kesempatan!”
Zahlia menjerit kecil.
Ketawa Tengku Syahran
semakin kuat.Lucu melihat reaksi dan kemarahan isterinya
yang dianggap satu gurauan.Dia melihat wajah Zahlia sudah
merah padam.
“Bila masa pulak abang
ambil kesempatan ni?” pertanyaan itu bercampur dengan
gelak ketawa.
Zahlia mengetap
bibir.Geram dan malu kerana dipermainkan.
“Abang ambil kesempatan
nak…” ayat itu tidak jadi diteruskan.
“Nak apa?”
Zahlia terasa wajahnya
makin panas.Nada lelaki itu seperti ingin mengusiknya lagi.
“Nak…tulah.”jawab Zahlia.
“Apa?” Tengku Syahran
mengangkat kening.
“Malaslah nak cakap
lagi.Alia nak masuk.”
Zahlia merengus
geram.Ketika dia ingin berlalu, tangannya disambar.
“Abang masih tak puas
hati dengan tenungan tadi.Abang akan tunggu saat Alia dah
boleh tenung mata abang ni lama-lama.Okey? I will wait,
honey!” ucapan itu terluah bersama satu kucupan di dahi
Zahlia.
Zahlia menghela nafas
geram.Tetapi, akhirnya dia menguntum senyuman
lega.Perlahan-lahan pasangan itu menapak ke dalam rumah
bersama perasaan berbunga yang tersemat di kelopak hati
masing-masing.

Bab 49
“K AMI nak balik hari ni! Kamu berdua, bila nak balik?”
soal Tengku Badariah pada Tengku Syahran yang sedang
mengunyah kuih pulut panggang.
Tengku Syahran
menoleh seketika ke arah Zahlia.Zahlia juga sedang
memandangnya.Tengku Syahran menjungkit kening sebagai
isyarat bertanya kepada isterinya.
“Ikut abanglah.Abang
yang bawa kereta,” jawab Zahlia yang mengerti isyarat yang
diberikan.
“Kalau kamu berdua
nak tinggal di sini dua, tiga hari lagi apa salahnya.Kesian
pulak mak tengok Mak Su dan Mak Long kamu tinggal
berdua aje.” Tengku Badariah berkata.
Tengku Syahran
menoleh lagi ke arah Zahlia.Dia faham dengan riak yang
ditunjukkan.Pasti Zahlia juga berpendapat yang sama
dengan kata hatinya.
“Bolehlah mak! Syah
rasa elok juga kalau kami tinggal di sini lama sikit.” Tengku
Syahran menjawab.
Dada Zahlia terasa
lapang mendengar ucapan suaminya itu.Tambahan pula,
apabila dia melihat wajah mamanya yang masih hiba.Zahlia
menoleh seketika ke arah mamanya yang berada tidak jauh
daripadanya.Ketika itu, Raja Khalida dan Raja Khalisah hanya
mendiamkan diri.
“Baguslah kalau
begitu.Mak dengan ayah kamu nak bertolak petang nanti,”
ujar Tengku Badariah.
“Kamu, Kimi? Nak
balik bila?” soal Tengku Badariah kepada Tengku Hakimi
yang membisu.
“Ikut mak
sekalilah.Esok,Murni dah start sekolah.Ana pun sekolah,
kan?”
Tengku Farhana
mengangguk.
“Kenapa mak nak
balik awal sangat?” soal Zahlia yang tidak banyak suara
sejak akhir-akhir ini.
“Ayah kamu tu hah,
asyik ingat pejabat dia aje.Dari dalam flight, sampailah dah
sampai kat Malaysia ni, asyik-asyik office dia.Hisy… bosan
betul mak!”
“Alah mak, takkan tak
kenal ayah! Mana nak buang masa sesuka hati macam tu
aje.Itu pun kalau mak tak paksa ayah ambil cuti, entah bila
lagi nak ajak mak berjalan agaknya,” sampuk Tengku Hakimi
tiba-tiba.
“Along, Cherating
macam mana?” soal Tengku Syahran pula.Mereka tidak
sempat berbual panjang sebelum ini kerana tidak
berkesempatan.
“Em, nice place!
Along cadangkan kau ke sana, Syah! Bawa Alia
sekali.Gerenti kau nak pergi lagi! Kan Sofea?” ujar Tengku
Hakimi sambil berpaling ke arah isterinya.
Sofea mengangguk
sambil tersenyum.
“Ajaklah Alia ke
sana,” beritahu Sofea kepada adik iparnya.
“Betul tu
angah.Angah ni entah bila nak berubah.Dari belum kahwin,
sampailah dah ada isteri, asyik ingat kerja aje.Perangai
sebijik macam ayah.” Tengku Farhana pula mencelah.
Tengku Syahran
merenung geram kepada adik bongsunya itu.Tetapi,
renungan tajam itu sempat dihapuskan apabila terasa
tangan Zahlia memukul lembut tangannya.
“Elok jugak cadangan
tu Syah.Ayah dengan mak kamu dah berseronok sebulan
setengah.Kamu, masa baru lepas kahwin dulu pergi bercuti
tiga minggu aje.Tak puas agaknya si Alia tu nak berjalan
lagi.”
“Eh, tak adalah
ayah.Tiga minggu tu pun dah cukup pada Alia,” jawab Zahlia
tiba-tiba.
Tengku Syahran
tersenyum memandang Zahlia.
“Tapi, tak sempat
kamu nak berjalan puas-puas.Kat rumah kita tu,tak ada
privacy.” Tengku Ismail berkata lagi.
“Alah, kalau nak
privacy tak semestinya nak ajak bercuti aje ayah! Kat dalam
bilik pun privacy jugak,” jawab Tengku Syahran selamba.
Wajah Zahlia bertukar
warna.Matanya menjeling ke arah suaminya yang sedang
ketawa mengusik.
“Kau ni Syah… main-
main pulak dia.” Tengku Badariah bersuara.Mereka yang lain
turut ketawa apabila tangan Zahlia sempat mencubit paha
Tengku Syahran tanda geram.
Suasana ceria itu
terganggu apabila terdengar bunyi loceng berdenting di luar
rumah.Zahlia ingin bangun tetapi Tengku Syahran terlebih
dahulu melangkah ke arah pintu.Tidak berapa lama
kemudian, Tengku Syahran kembali semula bersama dua
orang lelaki berkot di ruang makan.
Zahlia seperti dapat
membaca sesuatu di riak wajah suaminya lantas
mengarahkan mata kepada Raja Khalida.
“Ini Encik Basir, wakil
peguam arwah Nenek Uda dan ini Encik Johan yang
bertindak sebagai saksi kepada wasiat arwah.” Tengku
Syahran memperkenalkan dua orang lelaki itu.
“Maafkan saya kerana
mengganggu.Saya nak berjumpa dengan waris si mati,”
beritahu Encik Basir dengan penuh tertib.
Raja Khalida dan Raja
Khalisah bangun serentak dan melangkah ke arah tetamu
lalu membawanya ke ruang tamu.Tengku Syahran duduk di
sisi isterinya Manakala keluarga Tengku Badariah yang lain
hanya mengambil tempat tidak jauh dari ruang tamu.
Kemudian, pembantu
rumah melangkah ke ruang tamu menatang dulang yang
berisi cawan dan air.Keadaan menjadi hening seketika
sebelum Encik Basir mengambil keputusan untuk membuka
mulut.
“Pertama sekali,
sebelum saya bacakan wasiat si mati… saya perlu pastikan
bahawa tiga orang waris penting si mati ada bersama di
hadapan saya.” Encik Basir mula membuka fail.
Raja Khalida dan Raja
Khalisah berpandangan.Pelik dengan kata-kata Encik Basir.
“Waris pertama, anak
sulung si mati, Raja Khalisah binti Raja Ibrahim.Waris kedua,
anak kedua si mati, Raja Khalida binti Raja Ibrahim.Dan waris
ketiga, iaitu cucu tunggal si mati, Puteri Safira Khairina binti
Megat Safiuddin.Adakah ketiga-tiga waris ini ada bersama?”
soal Encik Basir penuh sopan dan tertib.
Zahlia menelan air
liur.Tiba-tiba duduknya menjadi tidak selesa.Suasana di
ruang tamu terasa panas dengan sendiri.Zahlia perasan
mata Raja Khalida sempat mengerling ke arahnya.Zahlia
terasa tangannya digenggam lembut oleh jari-jemari Tengku
Syahran.Zahlia berasa gugup di situ.Hanya membiarkan
tangannya membalas genggaman yang erat tersulam di jari-
jemarinya.
“Don’t be scared.Abang
ada dekat sini.” Zahlia terdengar bisikan itu di telinga.
“Boleh saya tau sama
ada tiga orang waris penting ini ada di hadapan saya ketika
ini?” soal Encik Basir lagi.
Raja Khalisah
memandang Raja Khalida.Dia tahu tentang rahsia yang
sedang disembunyikan oleh kedua beranak itu.Dia sedar
Raja Khalida sedang gusar dan resah untuk memberikan
jawapan kepada persoalan tadi.Perlahan-lahan dia
mengeluh.
“Maafkan kami Encik
Basir! Buat masa ni salah seorang dari waris, belum kami
temui.Saya rasa elok kalau Encik Basir jangan bacakan dulu
wasiat arwah ibu kami.Kami perlu mencari waris itu dahulu.”
Jawapan yang terlafaz oleh Raja Khalisah melegakan hati
Zahlia.
Tengku Badariah dan
Tengku Ismail mengangguk serentak.Encik Basir yang
mendengar pengakuan itu hanya mengukirkan senyuman.
“Kalau begitu saya
terpaksa simpan dulu wasiat ni.Saya amanahkan oleh
Allahyarhamah Puan Syarifah Muzainah di hadapan saksi
untuk membacakan wasiatnya hanya jika ketiga-tiga waris
berada di hadapan saya.Saya harap apabila waris itu telah
ditemui, silalah ke pejabat saya.Ini kad saya.” Encik Basir
menghulurkan sekeping kad kepada Raja Khalisah.
Encik Basir dan Encik
Johan bangun serentak.Mereka bersalaman dengan penghuni
rumah besar itu sebelum masing-masing meminta diri.
“Manalah anak kamu
pergi, Ida? Akak rasa baik kamu cuba cari dia di rumah mak
angkatnya tu.Ini amanah arwah, kita tak boleh lengah-
lengahkan.” Tengku Badariah berkata kepada Raja Khalida.
Raja Khalida hanya
berlagak tenang.Cuba mengawal perasaan yang mahu
berkocak.
“InsyaALLAH kak! Saya
akan cari dia secepat mungkin.”
“Em, baguslah! Akak
pun teringin jugak nak tengok anak kamu tu.Dah besar
panjang agaknya.”
Tengku Badariah
tersenyum pada suami di sisi.
“Kak Long pulak, tak
ada apa-apa rancangan selepas ni? Yalah, takkan Kak Long
nak tinggal di rumah ni sorang-sorang?” Tengku Badariah
bertanya.
Raja Khalisah menarik
nafas panjang.
“Entahlah Yah.Kak long
tak pasti lagi.Nak tinggalkan, terasa sayang.Nak duduk…
tinggal sorang-sorang.Yalah, akak ni anak pun tak ada.Suami
pulak entah ke mana.Kak Long ingat nak kerjakan haji.”
“Mak Long nak pergi
Mekah dengan siapa? Takkan nak pergi sorang-sorang?” soal
Tengku Farhana yang sejak tadi membisu.
“Kenapa? Kau nak ikut
Mak Long?”
“Eh, tak adalah.”
Tengku Farhana tersipu malu.
“Kalau kau nak
temankan, apa salahnya? Kita pergi sama-sama nak? Mak
Long belanja.”
“Ya ke Mak Long?”
Tengku Farhana bersorak apabila Raja Khalisah mengangguk.
“Alah… Fiza pun nak
ikut jugak.” Tengku Hafizah pula mencelah.Tidak puas hati.
“Yalah Fiza! Kita pergi
sama-sama,” jawab Raja Khalisah bersungguh-sungguh.
Rumah itu kembali
ceria.Zahlia tersenyum memandang Tengku Syahran.Lelaki
itu terus menggenggam jari-jemarinya mesra.Membalas
senyumannya.

“OKEYLAH,mak nak balik dulu! Kamu Syah… bila kamu nak


balik nanti, bawa kereta tu elok-elok,” pesan Tengku
Badariah sambil menghulurkan tangan kepada anak dan
menantunya.Tengku Syahran mengangguk.
“Angah, bawalah Kak
Alia pergi jalan-jalan.Kak Alia tak pernah meronda kat sini
lagi.” sempat Tengku Hafizah berkata sebelum melangkah
masuk ke dalam kereta.
Zahlia hanya tersenyum
kecil mendengar kata-kata adik iparnya.
“Betul tu Syah.Bawa
isteri kamu ni jalan-jalan.Along jarang nampak kamu bawa
Alia ke mana-mana.Kesian dia,” sampuk Tengku Hakimi yang
entah bila muncul di situ.
Tengku Syahran hanya
memeluk mesra bahu isterinya.
“Tengok tu Alia, awak
ajelah buah hati mereka.Abang ni, sesuai jadi pemandu
pelancong awak agaknya.” Tengku Syahran berkata kepada
isterinya.
Zahlia ketawa sambil
menampar lembut tangan suaminya yang tergantung di
bahu.
“Dahlah tu, Yah! Nanti,
lambat benar pulak kita sampai KL.” Tengku Ismail
mencelah.
“Yalah… jom! Ida, akak
balik dulu! Kak Long, Yah balik dulu,” ujar Tengku Badariah
sambil melangkah masuk ke dalam kereta.
“Bawa kereta elok-elok
nanti, Syah.”
“Kami pun nak balik,”
beritahu Tengku Hakimi kepada adiknya.Dia masuk ke dalam
kereta sementara Sofea sedang mengarahkan Tengku Murni
ke tempat duduk belakang.
“Akak balik dulu, Syah,”
ujar Sofea pula.
Zahlia melambaikan
tangan ke arah mereka.Kereta itu meluncur laju dan terus
hilang dari pandangan.

“SATU perdua dari hartanya diserahkan kepada cucu tunggal


si mati, iaitu Puteri Safira Khairina binti Megat Safiuddin.”
Bagaikan terdengar ayat Encik Basir di telinga Zahlia sekali
lagi.
Zahlia menoleh ke arah
Tengku Syahran yang sedang memandu kereta.Dia ingin
bertanya sesuatu tetapi tidak jadi apabila melihat suaminya
itu hanya membisu.Zahlia kembali menegakkan kepala ke
hadapan.
Mereka telah tiba di
pekarangan tempat letak kereta Plaza Angsana.Tengku
Syahran memarkirkan keretanya di satu petak kosong dan
terus mematikan enjin.Kemudian, Tengku Syahran keluar dari
kereta.Dia pelik melihat Zahlia yang masih membatu tidak
bergerak.
“Alia!” panggilnya.
“Aaaa?”
“Kita dah sampai.Jom,”
ucap Tengku Syahran sambil menutup pintu keretanya.
Zahlia cepat-cepat
keluar dari Honda Prelude itu dan berjalan ke arah Tengku
Syahran.
“Sejak kita keluar dari
bilik Encik Basir tadi, abang tengok Alia dah jadi
bisu.Mengapa?” soal Tengku Syahran sambil memegang
tangan Zahlia.
Mereka melangkah masuk ke
ruang membeli-belah Plaza Angsana yang ternama itu.
“Abang rasakan, patut ke Alia
terima harta tu?”
Air muka Zahlia
serius.Genggaman tangan Tengku Syahran dibalas
kemas.Merelakan jari-jemari kasar itu menyimpul ke seluruh
jarinya.
“It’s up to you! Alia ada hak
nak buat keputusan.Kalau Alia rasa nak terima,
terimalah.Kalau Alia tak mahu terima, Alia boleh tolak.Apa-
apa pun keputusan Alia, abang akan sokong.”
“Alia rasa nak sedekahkan
pada Sinar Iram.”
“Em… bagus cadangan
tu.Abang setuju,” ujar Tengku Syahran.
“Alia tak berhak terima harta
nenek.Alia tak pernah menjalankan tanggungjawab Alia
sebagai cucu tunggal kepada arwah nenek.”
“Mengapa Puteri cakap macam
tu? Selama ni, mana Puteri sedar yang Puteri masih ada
nenek?” ucapan Tengku Syahran menyebabkan Zahlia
melepas pandang pada Tengku Syahran.Puteri? Zahlia
hairan.
Tengku Syahran hanya
tersenyum meskipun dia sedar isterinya berasa aneh dengan
panggilannya sebentar tadi.
“Kenapa? Puteri hairan abang
panggil macam tu?”
“Alia rasa tak selesalah bang!”
“Kan itu nama panggilan
Puteri yang sebenar.Wah, abang tak sangka isteri abang ni
memang puteri yang turun dari kayangan.” Tengku Syahran
tersenyum lagi.
“Janganlah cakap macam tu.”
“Puteri di depan abang ni
bukan saja puteri yang hanya pada nama.Tapi, juga seorang
puteri yang telah berjaya mencuri hati abang.”
“Abang!!” Zahlia tertunduk
malu.Wajahnya terasa panas.
“Yalah! Abang panggil nama
biasa aje.” Tengku Syahran ketawa melihat wajah isterinya
berubah.Dia tahu isterinya malu.
“Jom, abang bawa Alia makan
Laksa Johor.Sesekali rasa masakan kampung sendiri, mesti
sedap,” ajak Tengku Syahran sambil menarik tangan Zahlia.
Zahlia terdorong ke hadapan
dengan langkah kaki yang pantas menuruti Tengku
Syahran.Mereka singgah di sebuah restoran tempatan.
“Bagaimana? Sedap tak?”
Tengku Syahran menolak
mangkuk yang sudah kosong ke hadapan.Kemudian, dia
menyedut air tembikai di dalam gelas sepuas mungkin.
Zahlia hanya menguis-nguis
laksa yang masih bertimbun di dalam mangkuk.Matanya
beralih kepada wajah Tengku Syahran.Ada sesuatu riaknya
yang sengaja mahu ditunjukkan pada suaminya.Tekak Zahlia
tidak boleh terima! Tetapi, Tengku Syahran buat-buat tidak
faham.
“Sedap,kan? Abang suka
makan Laksa Johor ni tau.Nanti Alia kena belajar bagaimana
cara nak buat.Bolehlah Alia masakkan untuk abang.” Tengku
Syahran berkata.
Zahlia mengangguk
lemah.Laksa itu mula disuapkan ke mulutnya perlahan-
lahan.Memaksa diri untuk menelan.
“Hei, janganlah paksa diri
kalau Alia tak suka.”
Tengku Syahran menarik sudu
dari tangan Zahlia.Segera ditolak mangkuk laksa itu
menjauhi isterinya.Zahlia sedikit tersentak.Cepat-cepat
menoleh ke arah Tengku Syahran.Lelaki itu hanya mengeluh.
“Kenapa tak cakap pada
abang yang Alia tak suka? Kan Alia boleh pesan menu lain.”
Suara Tengku Syahran sedikit marah.
“Alia…”
“Alia ingat abang paksa Alia
makan laksa ni ya?”
Zahlia tertunduk.
“Tekak Alia tak boleh terima,”
beritahu Zahlia takut-takut.
“Hisy… Alia ni! Jangan jadi
macam lalang.Ikut semua cakap orang.Orang ke sini, Alia ke
sini! Orang ke sana, Alia ke sana! Sesekali, kita nak ada
pendirian sendiri jugak.Faham?”
Zahlia mengangguk.
“Sudahlah.Biar abang
habiskan laksa tu.Membazir kalau dibiarkan macam tu
aje.Alia nak pesan menu lain?”
Tengku Syahran menarik
mangkuk laksa itu dekat dengannya.Zahlia
menggeleng.Segera mencapai gelas air di atas meja lalu
disedut tetapi perbuatannya terhenti apabila terpandang
mata Tengku Syahran sedang merenungnya.
“Kenapa?” soal Zahlia pelik.
“Tak ada apa-apalah,” ujar
Tengku Syahran sambil menyuap kembali laksa ke dalam
mulut sambil tersenyum.
Zahlia semakin
hairan.Mengapa dia tersenyum? Zahlia meraba-raba sekitar
mulutnya.Tiada apa-apa yang melekat di situ.Matanya meliar
ke sekeliling meja.Tiba-tiba Zahlia terasa wajahnya diserbu
rasa panas.Gelas di tangan perlahan-lahan diletakkan
semula ke atas meja.Zahlia tersalah ambil gelas!
“Apa salahnya Alia minum air
abang?” Tengku Syahran menegur selamba.
Zahlia malu.Segera mencapai
gelas airnya yang sebenar dan menyedutnya perlahan.
“Suami isteri yang makan
berkongsi pinggan, minum berkongsi cawan akan sentiasa
diberkati ALLAH.Apatah lagi kalau berkongsi straw.” Tengku
Syahran mengusik.
Zahlia terdiam.Dia malu
dengan kejadian yang tidak disengajakan tadi.Entah
bagaimana matanya boleh tak perasan yang tangannya
mencapai gelas Tengku Syahran? Namun, hati Zahlia tetap
tercuit dengan kata-kata Tengku Syahran yang terucap
tadi.Dia tersenyum di dalam hati.

Bab 50
Z
AHLIA meletakkan novel Ombak Rindu karya
Fauziah Ashari di atas almari kecil sambil
mengesat air mata.Kisah Izzah dan Hafiz begitu
menyayat hatinya.Apabila difikir-fikirkan nasibnya
dengan nasib Izzah begitu berbeza sekali.Izzah
mengenali pakciknya sanggup menjual anak saudara
sendiri.Sedangkan dia masih mempunyai seorang mama
yang baru dikenali dan sudi memberikannya kasih
sayang.Zahlia patut bersyukur dengan kelebihannya itu.
Zahlia melangkah ke tepi
tingkap.Menyelak langsir yang berterbangan ditiup angin
petang.Dia bersendirian di dalam bilik selepas pulang dari
Sinar Iram tadi.Sejak pulang dari kampung beberapa minggu
lalu Zahlia terasa otaknya kembali ringan.Dia sudah selesai
menguruskan perpindahan milik harta wasiat Syarifah
Muzainah ke atas nama Sinar Iram.
Tengku Syahran amat
bersetuju ketika dia memberitahu kata putusnya itu.Zahlia
juga tidak teragak-agak dalam membuat keputusan kerana
dia sudah mendapat segala-gala yang diimpikan.Dia sudah
mempunyai mama dan suami yang sudi bertanggungjawab
untuk memberi kasih sayang kepadanya.Itu sudah memadai.
Zahlia memeluk tubuhnya
sambil menghadap tingkap yang terbuka luas.Dari bilik itu
dia dapat melihat taman mini Villa Sakura.Tengku Hafizah
dan Tengku Farhana ada di situ.Mungkin sedang berbual-
bual.Zahlia tersenyum.Kemesraan adik iparnya begitu
mencuit hati.Keramahan Tengku Badariah dan Tengku Ismail
telah menyemarakkan kasih sayangnya pada kedua-dua
insan itu dan cinta Tengku Syahran kepadanya mampu
membuatkan Zahlia terawang-awang ke dalam dunia
rekaannya.
Zahlia berpusing.
“Haa!” satu suara
menyergah.
Berderau darah Zahlia.Segera
menutup mata dan menyandar di dinding tingkap.Terasa
bagaikan hendak gugur jantungnya.Tiba-tiba ada bunyi
ketawa meletus di dalam bilik itu.Zahlia kenal dengan suara
itu.
Perlahan-lahan dia membuka
mata.Apabila kelopak matanya dibuka, tubuhnya terus diraih
ke dalam pelukan.Zahlia terkedu.Bunyi ketawa itu masih
kedengaran.Malah semakin dekat di telinga.
“Ayang terkejut ke?” soal
Tengku Syahran seraya melepaskan pelukan.
Zahlia merengus kecil.Dia
kenal dengan kehangatan tubuh Tengku Syahran.Dia terus
membalas pandangan mata Tengku Syahran sekejap.Tengku
Syahran menghentikan ketawa.Melahirkan senyuman manis
di bibirnya.Niatnya ingin mengucup pipi Zahlia tetapi pantas
dihalang apabila Zahlia meregangkan lagi jarak antara
mereka.Tengku Syahran mengerutkan dahi.
“Kenapa? Abang rindu kat Alia
tau? Sampai tak sabar-sabar abang nak balik dari pejabat
tadi,” ujar Tengku Syahran sedikit kecewa.Tetapi Zahlia
bersikap selamba.Seolah-olah tidak mengerti kata-kata
Tengku Syahran.
“Abang tu tak faham bahasa
ke? Dah berapa kali Alia pesan, kalau nak masuk bilik kena
buat apa?”
“Tau! Kena bagi salam.”
“Habis tu? Alia tak dengar
pun! Buat terkejut orang aje.Entah bila dia menyelinap?”
“Elehh, dia yang termenung
sampai tak sedar.Abang nampak Alia bertenggek dekat
tingkap ni masa abang lalu kat taman mini tadi.Alia yang tak
perasankan abang.” Tengku Syahran menjawab.
Zahlia memusingkan
tubuh.Selamba tindakannya sehingga menimbulkan niat
nakal di hati Tengku Syahran.Dengan pantas, Tengku
Syahran memeluk pinggang Zahlia.
Zahlia hampir menjerit
dengan tindakan yang deras itu.Cuba dilonggarkan tangan
itu tetapi Tengku Syahran sengaja mengetatkan lagi
rangkulannya.
“Mana Alia nak lari? Pintu tu
abang dah kunci.Dan kuncinya ada dalam poket seluar
abang ni.Kalau Alia berani, seluklah dalam poket
abang.Ambil sendiri.” Tengku Syahran bersuara dalam nada
usikan.
Mula-mula Zahlia terfikir juga
mahu memprotes lagi tetapi lama-kelamaan dia hanyut
dalam pelukan itu.Dia hanya membiarkan pelukan tadi
semakin erat di pinggangnya.
“Abang dah lama sampai? Alia
tak nampak pun,” tanya Zahlia sambil mencari raut wajah
Tengku Syahran di belakangnya.
“Adalah dalam setengah jam
abang perhatikan Alia.Sayang fikirkan apa? Semua masalah
kan dah hampir selesai.Tinggal masalah kita aje.InsyaALLAH
kita akan beritahu mak dan ayah tentang kita.Abang rasa
elok kalau kita tunggu sampai perkahwinan kita genap
setahun.Boleh kita sambut anniversary sekali.”
Zahlia terdiam.Terasa ada
satu ciuman singgah di lehernya.
“Abang ni controllah
sikit.Tu, Fiza dengan Ana nampak nanti, malu tau!” marah
Zahlia.
“Apa yang susah? Tutup
ajelah langsir tu.Tak ada orang nampak.Kita berdua aje yang
tau.”
Tengku Syahran sudah
menarik Zahlia.Berkira-kira untuk menarik langsir menutupi
tingkap.
“Hei, abang jangan nak
merepek-repek.Dah nak Maghrib ni! Abang tu mandi pun tak
lagi, dah ingat benda lain.Asarnya dah ke belum?” Zahlia
cuba menegur.
Tengku Syahran hanya
tersenyum.Zahlia tidak pernah lupa mengingatkannya
tentang solat.Tengku Syahran bersyukur.Zahlia telah
membuka matanya besar-besar mengenai kesempurnaan
solat.
“Abang dah solat dengan
Adli tadi.Lepas habis appointment dengan Cik Dahlia wakil
dari Syarikat Kenchana, kami terus singgah kat masjid.”
“Emm… baguslah.”
“Alia tak cemburu ke
abang keluar dengan Cik Dahlia tu? Lawa orangnya tau!”
duga Tengku Syahran.
Zahlia berpusing.Tegak
berdiri di hadapan Tengku Syahran.
“Tak kuasa Alia nak
cemburu-cemburu.Alia bukannya macam abang.Cemburu
buta! Lagipun, abang keluar dengan Cik Dahlia tu dengan
Adli, kan? Tak ada sebab Alia nak cemburu.Buang karan aje.”
Tengku Syahran ketawa
kecil.Isterinya itu tidak pernah mencurigai tindak-
tanduknya.Itu satu lagi kelebihan Zahlia yang membuatkan
Tengku Syahran bertambah sayang padanya.
“Abang nak makan apa
malam ni? Nanti Alia masakkan.” Suara Zahlia
lembut.Tangannya disangkutkan ke bahu Tengku
Syahran.Ada senyuman mesra lahir di bibirnya.
“Alia tak payah
masaklah.Hari ni kita makan lauk yang Kak Salmah masak,”
ujar Tengku Syahran cuba mendekatkan lagi wajahnya.Zahlia
faham dengan maksud tingkah laku Tengku Syahran.Segera
dia menahan wajah yang semakin hampir itu.
“Pergilah mandi dulu.Balik
dari pejabat nak peluk orang.Peluh abang tu, Alia rimas.”
Zahlia menjatuhkan tangan.
“Peduli apa!”
Ciuman mesra itu tetap
singgah di pipi Zahlia dan kemudian melekat pula di
dahinya.Zahlia menampar lembut pipi Tengku Syahran yang
tersengih.
Kemudian mata Tengku
Syahran terpandangkan rantai yang tersangkut di leher
Zahlia.Hatinya kembang apabila melihat rantai
pemberiannya dahulu masih tergantung di situ.
“Apa yang abang tengok?”
soalan Zahlia membuatkan Tengku Syahran melebarkan
senyuman.
“Leher Alia tu, geramnya
abang tengok,” usik Tengku Syahran.
“Abang jangan nak
mengada-ngadalah.Mulalah tu nak cakap yang bukan-
bukan.”
Tengku Syahran terus
ketawa.Wajah Zahlia yang kemerah-merahan ditatap
sepenuh hati.Rambut lurus Zahlia yang berterbangan
menutup sedikit wajahnya diselak lembut ke
belakang.Dibelai dan diusap dengan senyuman.
“Rambut Alia ni
cantik.Hidung Alia, pipi Alia dan segala-galanya milik Alia,
abang nampak cantik.Dan satu lagi… mata Alia tu, lagi
cantik,” sambung Tengku Syahran lagi.
Zahlia diam.Hanya
membiarkan pengucapan lelaki itu menjamah telinganya.
“Kenapalah abang tak
perasan waktu pertama kali kita berjumpa? Kalau tak, mesti
kita tak perlu jalani kehidupan yang susah macam ni, kan?
Kena fikirkan waktu yang sesuai baru nak hebohkan pada
semua tentang perkahwinan kita,” ucap Tengku Syahran.
Zahlia tersenyum.Tengku
Syahran memandang senyuman itu.
“Janganlah senyum
menggoda macam tu! Hati abang tak tahanlah.”
Zahlia mematikan
senyumannya.
“Abang ni,” marah Zahlia.
“Betul! Alia betul-betul
mampu buat abang hilang akal tau.Setiap masa Alia jugak
yang abang ingat! Tak ada orang lain.”
Bicara romantis itu
membuatkan Zahlia telan air liur.Dia ingin membalas
renungan mata Tengku Syahran tetapi dia gementar.Jadi, dia
terus tunduk ke bawah.
“Dua hari lagi genap
setahun perkahwinan kita.Abang tak sabar nak tunggu Alia
jadi hak abang.Dalam waktu yang sama abang
gementar.Alia pulak, apa yang Alia rasa?” soal Tengku
Syahran.
Zahlia terdiam.Lagi dua hari?
Terlalu cepat masa berlalu.Saat bahagianya dengan Tengku
Syahran terlalu mengasyikkan sehingga dia hampir terlupa
dengan masalah yang belum diselesaikan.Sewaktu dalam
perjalanan pulang dari kampung dahulu, Tengku Syahran
sudah memberitahu Zahlia tentang kehilangan surat
perjanjian itu.Zahlia terkejut tetapi dia tidak mampu
melakukan apa-apa apabila Tengku Syahran memberitahu
orang yang mencuri itu adalah Linda.
“Alia pun takut jugak.Alia takut
di saat-saat akhir, mak dengan ayah tau segala-
galanya.Abang pun satu, kenapa tak beritahu Alia awal-awal
yang surat tu Linda dah curi? Abang ingat abang boleh
tanggung seorang diri? Kan Alia pun terlibat sama dalam hal
ni.Apa salahnya kalau Alia berkongsi masalah dengan abang
sekali?”
“Abang tak mahu Alia risau.Tapi,
abang sendiri yang risau.Tambah-tambah selepas tengok CD
yang Linda bagi tu.Abang cakap benda yang tak senonoh
aje, kan? Kasihan pipi isteri abang ni.Tak semena-mena kena
penampar sulung dari abang.”
Tengku Syahran mengusap pipi
Zahlia yang pernah ditamparnya suatu ketika dulu.Rasa
menyesal bertubi-tubi datang.Terlalu banyak wanita itu
dikasarinya.
Zahlia tersenyum kecil.Teringat
betapa garangnya Tengku Syahran malam itu.Bersuara pun
dengan bahasa yang kasar.
“Kalau mak tau bagaimana
bang?”
“InsyaALLAH kalau kita pandai
menyimpan rahsia ni, mak takkan tau.Tapi, janganlah
risau.Kita akan berterus-terang selepas segala-galanya
selesai.Sekurang-kurangnya kalau apa-apa berlaku, kita
tetap bersama,” luah Tengku Syahran dengan tenang.
Zahlia tunduk.Turut berdoa di
dalam hati.
“Jangan tinggalkan abang ya?
Kalau Alia nak tengok abang masuk Tanjung Rambutan,
beranilah buat.Puas hati Alia agaknya sebab dapat tengok
abang terkurung kat dalam bilik khas untuk pesakit jiwa
yang kritikal.Tapi, abang rasa elok abang mati dari terus
hidup kalau abang dapat tau Alia curang.Cinta abang dah
sepenuh jiwa untuk Alia.Dah tak boleh berpatah balik.Macam
cinta abang pada Naz…irah.”
Tengku Syahran menghentikan
bicara.Zahlia mendongak dengan wajah yang sudah
berubah.Mata mereka berlaga seketika.
“Nazirah? Siapa Nazirah?” soal
Zahlia cuba mengetahui sama ada dia tersalah dengar atau
tidak.Nama itu seperti pernah didengari.Tapi, Zahlia lupa.Di
mana?
Tengku Syahran mengetap
bibir.Tiba-tiba dia teringatkan Nazirah.Wajah lembut Zahlia
yang mengingatkan memori lamanya dengan Nazirah.Kedua-
duanya mempunyai bening mata yang
mengasyikkan.Mampu memberi ketenteraman dalam
jiwanya.Mata yang penuh mengharap dan punya kasih
sayang yang mencurah-curah di dalam dasarnya yang cantik
menawan.
“Siapa Nazirah bang? Cakap
cepat! Kalau tak malam ni abang tidur kat luar!” ucapan
Zahlia penuh dengan nada ugutan.
Tengku Syahran melepaskan
ketawa yang menggeletek hatinya.Mungkinkah Zahlia
cemburu? Tengku Syahran meneka sendiri.Pertama kali dia
melihat Zahlia melayan rajuk yang minta cepat
dipujuk.Zahlia benar-benar sudah menyayanginya jika benar
wanita itu cemburu ketika nama Nazirah tersasul dari
mulutnya tadi.Tengku Syahran membelai rambut Zahlia
tetapi tangannya ditepis pantas.
“Sudahlah.Benci tengok abang!
Dah ada perempuan lain rupa-rupanya.Beria-ia dia suruhkan
kita sayangkan dia.Menyampah!”
“Aikk… cemburu pulak? Tadi
Alia kata tak kuasa nak melayani perasaan cemburu.Tiba-
tiba nak marah ni kenapa?”
Tengku Syahran mencuit
hidung Zahlia.
“Abang tulah.Entah siapa
agaknya si Nazirah tu?”
“Alah, Alia tak payah
taulah.Kisah lama abang aje.Bila ada masa nanti, abang
akan ceritakan okey?”
Zahlia terdiam.Memang dia
cemburu kerana nama perempuan lain disebut oleh Tengku
Syahran semasa dia hampir-hampir hanyut dengan bisikan
lembut lelaki itu tadi.Sedang dia tersenyum sendiri, tiba-tiba
nama perempuan lain menampar cuping telinganya.Isteri
mana yang tidak cemburu?
“Dahlah tu, Alia.Esok, abang
dah start cuti.Kita jalan-jalan kat KLCC okey? Abang bawa
Alia tenang-tenangkan fikiran.Sekarang abang nak
mandi.Alia temankan abang, ya?” Tengku Syahran sudah
menarik tangan Zahlia menuju ke penyidai baju untuk
mengambil tuala.
Zahlia tersentak.
“Eh, tak naklah! Abang
mandilah sendiri.Alia sediakan baju abang.”
Tengku Syahran menghentikan
langkah.Wajah tersipu-sipu Zahlia ditelan pandangan mata.
“Alia ni… dah jadi isteri abang
pun nak malu-malu lagi.Suka hati Alialah.Abang nak…” ayat
itu terhenti di situ.
Wajah Tengku Syahran tiba-
tiba bertukar warna.Zahlia terkejut melihat Tengku Syahran
yang sedang menahan sesuatu keluar dari mulutnya.
“Kenapa bang?”
Zahlia mula risau.Tingkah laku
Tengku Syahran nampak panik.Pantas Zahlia memeluk
lengan Tengku Syahran dan memimpinnya ke katil.
“Abang rasa tekak abang loya
tiba-tiba.Nak termuntah,” beritahu Tengku Syahran sambil
duduk di birai katil.
“Apa yang abang makan?
Mesti benda yang merepek-repek ni.” Zahlia mengurut
belakang Tengku Syahran.
“Mana ada! Abang makan nasi
macam biasalah.Entah tekak abang ni rasa something.Sejak
semalam abang rasa macam nak makan Laksa
Penang.Kenapa ya?”
Tengku Syahran mengerutkan
dahi.Zahlia tidak mengerti.Terus merenung wajah Tengku
Syahran yang juga sedang memandangnya.Tengku Syahran
tersenyum nakal.
“Alia mengandung kot?”
tekaan Tengku Syahran membuatkan Zahlia terdiam.Tidak
tertelan rasa air liurnya.
“Tak mungkinlah! Apa pulak
sampai ke situ.Alia sihat aje.Abang yang rasa lain
macam.Bukannya Alia.” Zahlia cuba memprotes.
Tengku Syahran cuba
merenung mata Zahlia yang redup di sisi.Wanita itu segera
tunduk.Seolah-olah tidak mengerti dengan pandangan mata
suaminya.
“Kalau Alia ada rasa semacam
cakap cepat-cepat tau?”
“Abang, kita kan dah janji
kena settlekan hal kita dulu.Mana boleh Alia mengandung?”
“Apa salahnya? Kalau jadi
pun, anak kita jugak.”
“Alia tengah sihat walafiat
ni.Tak ada apa-apa tanda pun.Abang yang tak sihat,nak
kaitkan dengan Alia pulak.”
Zahlia tetap berusaha
menafikan.Memang tiada apa-apa tanda yang membolehkan
dia meneka yang dia tengah mengandung.Dia tidak ada pula
rasa mengidamkan sesuatu.Tidak juga badannya lemah dan
tekaknya loya seperti yang dialami oleh rakan-rakannya
yang mengandung.
“Hei, sekarang ni kan zaman
siber! Isteri yang mengandung, suaminya yang
mengidam.Alia pernah dengar tentang tu?” soal Tengku
Syahran sengaja mengusik.
Zahlia menggeleng laju.
“Itulah… tak banyak bergaul
dengan orang.Tengok abang ni, macam-macam cerita abang
tau.Ada seorang kawan abang tu, isterinya mengandung, dia
yang muntah-muntah, nak makan benda-benda yang
masam-masam.Macam abanglah kot.”
“Ah, tak percayalah.Abang tu
bukannya boleh dilayan sangat.Malas Alia nak ambil
tau.Abang pergilah mandi cepat.Sekejap lagi kita jemaah
sama-sama.”
Tengku Syahran mengeluh
kecil sambil bangun dan melangkah ke bilik air.Selepas
Tengku Syahran menghilangkan diri, Zahlia mengetap
bibir.Fikirannya diburu pelbagai persoalan.Bukan tentang
cerita Tengku Syahran sebentar tadi, sebaliknya nama
perempuan yang disebut secara tidak sengaja.Siapa
Nazirah? Zahlia tertanya-tanya.Tidak langsung teringat
tentang perbualannya dengan Anissa suatu hari dulu.
Zahlia terus dipagut rasa
cemburu.
Bab 51

K
EESOKAN harinya, Zahlia dan Tengku Syahran
bersiar-siar di sekitar KLCC seperti yang
dijanjikan.Mereka tidak banyak membeli barang
tetapi gemar berlegar-legar di sekitar taman KLCC.
Setelah puas berjalan di situ, Tengku
Syahran terus membawa Zahlia ke rumah teres dua tingkat
milik Puan Azizah.Mujur wanita itu ada di rumah ketika
Honda Prelude Tengku Syahran sampai di hadapan pintu
pagar rumah teres itu.
“Kenapa tak cakap awal-
awal yang kamu berdua nak datang? Kalau tak, boleh mak
siap-siapkan apa-apa.” Suara Puan Azizah kedengaran dari
dapur.
Zahlia dan Tengku Syahran
yang sedang duduk di ruang tamu hanya berbalas
senyuman.Itu rancangan Tengku Syahran secara
mengejut.Zahlia sendiri tidak tahu.Ketika Tengku Syahran
memandu keretanya memasuki ke susur Jalan Taman
Connought tadi barulah Zahlia perasan ke mana arah tujuan
mereka selepas berjalan di KLCC.
“Alia pergi jenguk mak kat
dapur sekejap bang.Abang duduklah dulu tengok-tengok
album lama tu.”
Tengku Syahran
mengangguk.
Zahlia terus menuju ke
dapur.Ketika itu, Puan Azizah sedang membancuh air.
“Tak usah susah-susahlah
mak.Kami singgah ni bukannya lama.Saja jenguk-jenguk
mak,” ujar Zahlia.
“Alah, dah terlanjur kau
datang ni, duduklah lama-lama sikit.Bukannya selalu.”
Zahlia tersenyum dan
perlahan-lahan Zahlia memeluk lengan Puan Azizah mesra.
“Dah besar-besar pun nak
bermanja lagi? Suami kau kat depan sorang-sorang
tu.Pergilah teman.”
“Tak apa.Dia tengah tengok
album lama.Mak masak apa hari ni?”
“Rezeki kau dengan Syah
agaknya, Alia! Kata orang tu langkah kanan.Kebetulan ada
sorang makcik tu upah mak masakkan laksa untuk jamuan
anaknya pagi tadi.Terlebih-lebih pulak.Kau pun macam
terbau-bau aje.Tiba-tiba menjenguk mak.”
Zahlia terus mencapai sudip
dan mengacau kuah Laksa Penang yang sedang membuak-
buak.Aromanya menusuk hidung dan amat
menyelerakan.Teringat kehendak Tengku Syahran semalam
yang bersungguh-sungguh mahukan Laksa
Penang.Nampaknya hari ni, kehendak lelaki itu dapat
dipenuhi.
“Alia, ni gambar Alia masa
darjah berapa?”
Tengku Syahran melangkah
ke dapur lalu menunjukkan sekeping foto ketika Zahlia
berumur 12 tahun.Gambar menunjukkan Zahlia sedang
mengambil sijil di atas pentas.
“Oh, gambar tu masa Alia
darjah enam.”
“Alia dapat anugerah apa
ni?” soal Tengku Syahran.
Zahlia menjungkitkan
bahu.Tangannya ligat mengacau kuah laksa di dalam periuk
yang berasap-asap.Malas dia hendak menjawab.Puan Azizah
yang sedang menyusun cawan ke dalam dulang segera
mengintai foto tersebut.
“Dapat anugerah pelajar
terbaik, Syah! UPSR dia dapat A penuh.Tak pernah ponteng
sekolah.” Puan Azizah menyampuk.
Tengku Syahran
membesarkan mata.Zahlia sudah malu-malu di situ.
“Kenapa mak beritahu? Alia
malaslah nak heboh-heboh.” Zahlia memuncung.
Puan Azizah ketawa kecil
bersama Tengku Syahran.
“Eh, mak masak laksa ke?”
Tengku Syahran tiba-tiba terhidu bau kuah laksa segera
menegur.Tiba-tiba pintu seleranya terbuka luas.Zahlia
memberi isyarat mata pada Tengku Syahran supaya
bersabar.
“Ya,Syah.Rezeki kau
agaknya!” pendek ucapan Puan Azizah.
“Dah mendidih kuah tu
Alia.Senduklah dalam mangkuk dan hidangkan kat
depan.Kita makan sama-sama,” sambung Puan Azizah
beberapa ketika.
Puan Azizah sudah keluar
menuju ke hadapan sambil menatang dulang yang berisi
air.Tengku Syahran mengintai ke dalam periuk.
“Cepatlah Alia! Abang dah
kecur air liur ni.”
Zahlia ingin ketawa melihat
tingkah laku Tengku Syahran yang tidak sabar-sabar.
“Abang pergilah duduk kat
depan dulu.Nanti Alia bawa kuah dengan laksanya.”
“Biar abang
tolonglah.Lambat sangat Alia ni.Abang dah tak boleh tahan
selera lagi.Teringin betul! Alia pergi bawa mi laksa tu dulu.”
Tengku Syahran mencapai
mangkuk kaca di tangan Zahlia dan mula menyenduk kuah
laksa itu dari periuk.Zahlia mengetap bibir.Kalau dah
teringin, apa-apa boleh berlaku!
Zahlia terus mengambil mi
laksa yang tersedia di dalam mangkuk menuju ke ruang
hadapan.
“Syah mana? Tadi mak
nampak dia yang beria-ia nak makan laksa.”
“Tengah senduk kuah
mak.Alia nak buat, disuruhnya Alia keluar.Entah apa kenanya
dengan dia tu sejak semalam.Sibuk sangat nak makan
laksa,” bebel Zahlia sambil meletakkan mangkuk di
tangannya di atas meja.
“Kenapa kau tak masak?
Dah tau suami tu teringin, Alia sebagai isteri kenalah
ikutkan.”
“Bukan Alia tak mahu buat,
Alia dah lupa cara yang mak ajar tu.Dah setahun tak
praktis.Nasib baik kami datang ni, ada rezeki! Kalau tak?”
Puan Azizah ketawa.Tengku
Syahran muncul dengan mangkuk kuah di
tangannya.Perbualan Zahlia dan Puan Azizah
terhenti.Selepas Tengku Syahran meletakkan mangkuk kuah
laksa tersebut di atas meja, mereka terus menjamu selera.
Tengku Syahran tersenyum
lega.Kehendaknya benar-benar telah dipenuhi.Zahlia yang
sedang mengunyah di sisinya turut kelihatan
berselera.Hampir pukul 11.00 malam, baru mereka bergerak
pulang ke Villa Sakura.

LINDA menumbuk-numbuk permukaan meja berkali-


kali.Sejak semalam, mulutnya tidak henti-henti
melemparkan sumpah-seranah dengan kata-kata
kesat.Kemarahan Linda makin meluap-luap.Penantiannya
selama tiga bulan untuk melihat kejatuhan dan kemusnahan
hidup Zahlia dan Tengku Syahran hanyalah sia-sia belaka.
Semalam, dia terserempak
dengan pasangan suami isteri itu sedang membeli-belah di
Suria KLCC.Wah, bukan main ceria wajah kedua-duanya!
Macam tak ingat langsung dengan surat perjanjian yang ada
pada aku.Linda bengang.Ugutan yang sengaja diada-adakan
untuk menakut-nakutkan Tengku Syahran tidak langsung
menjadi.
Apa yang dilihat oleh Linda
di Suria KLCC semalam, amat menyakitkan hatinya.Betapa
mesra kedua-dua insan itu berjalan bersama sambil
berpimpin tangan bagaikan menarik-narik jiwanya untuk
melakukan sesuatu.
Bersiap-sedialah Syah! Kau
ingat aku main-main? Hari ini, kau akan sedar siapa Linda
sebenarnya! Linda tiba-tiba ketawa besar.
Linda mematikan
ketawanya.Kandungannya yang sedang membesar
dipandang dengan jelingan.Dia mengutuk bayi di dalam
perutnya.Setiap kali dia membayangkan saat-saat ketika
bayi yang tidak diketahui bapanya itu, Linda pasti
menyumpah sendirian.
Linda membuka laci
mejanya.Tangannya mencapai sekeping kertas yang terselit
di antara fail-fail yang ada di dalamnya.Kertas yang masih
kemas tanpa lipatan itu ditatap lama bersama senyuman
yang terukir di bibirnya.
Kertas itu perlahan-lahan
dimasukkan ke dalam sampul surat besar.Setelah
mencatatkan sesuatu di permukaan sampul itu, Linda
bingkas bangun.
Linda keluar dari biliknya
dengan beg yang tergantung di bahu dan sampul surat
besar yang tergenggam di tangan.Terkedek-kedek dia
berjalan bersama perut yang memboyot.Ketika sampai di
luar biliknya, suara bising staf-stafnya berbual menangkap
pendengaran.Linda mula naik angin.
“Ni, kenapa bersembang
ni? Tak ada kerja nak buat?” marah Linda.
Dua orang gadis yang
sedang gelak ketawa tadi, terkejut disergah begitu.Kedua-
duanya terus berdiri dan tunduk di hadapan Linda.Takut dan
gerun untuk merenung wajah majikan yang berbadan dua
itu.
“Maria, I nak keluar
sekejap.Kalau sesiapa cari I tolong ambilkan pesanan!” ujar
Linda kepada salah seorang dari gadis yang sedang berdiri di
hadapannya.
Maria tersentak
mendengar suara lantang itu.Gementar dia mahu
memandang raut bos yang ditakuti itu.Maria terus
menundukkan wajahnya.
“You dengar tak apa yang I
cakapkan ni?” sergah Linda.
Maria gugup.Bagaikan
lembu dicucuk hidung dia mengangguk laju.Linda terus
berlalu.
“Ttt…tt…tapi Cik Linda,
setengah jam lagi, Cik Linda ada meeting dengan credit card
department.” Tiba-tiba Maria bersuara.
Langkah kaki Linda
terhenti.Dia baru teringat tentang mesyuaratnya itu.Segera
dia mendengus.
“Postpone ke pukul 12.00
tengah hari.I ada kerja sekarang!” jawab Linda dan mula
mengatur langkah.
“Pukul 12.00? Itu waktu
lunch! Staf tak ramai masa tu Cik Linda.” Maria berkata lagi.
Linda mengerutkan
dahi.Matanya kian mencerlang merenung wajah gadis yang
berbaju kurung di hadapannya.
“That’s not my problem! I
nak you beritahu officer di credit card department, tepat
pukul 12.00 semua staf mesti dah ada kat meeting
room.Kalau I tak nampak salah seorang dari staf di bahagian
credit card, I akan pecat sesiapa sahaja.Even you pun I boleh
pecat.Faham?” tengking Linda kuat.
Maria menarik nafas.Laju
kepalanya diangguk.
“Baik Cik Linda.”
“Sudah.Buat kerja you.Dari
tadi I nampak you dengan Ika tak habis-habis bersembang.”
Linda mengomel.
Maria mengerling teman di
sisi yang turut membisu.Merah padam mukanya menahan
malu.
“Macam tak ada kerja! And
you Ika, kalau tak ada apa-apa urusan penting, jangan nak
menyibuk di tempat orang.Selesaikan kerja you dulu.Go
back to your place,” marah Linda lagi.
Gadis bertubuh genit itu
mencacak pergi apabila disuruh.Meluat dia melihat tubuh
gempal Linda yang kian menyakitkan hatinya.

LINDA memberhentikan kereta tidak jauh dari Villa


Sakura.Dia duduk menyepi di situ untuk memastikan
keadaan di Villa Sakura itu benar-benar tidak
berpenghuni.Kemudian dia keluar dari kereta.Terhendap-
hendap memerhatikan ruang villa dari celah-celah pagar
besi.
Dengan pantas Linda
memasukkan sampul surat itu ke dalam lubang peti surat
dan berpusing menghala ke kereta.Belum pun sempat Linda
melangkah, dia terasa bahunya disentuh.
“Linda…” satu suara
menegurnya.
Linda mati kutu.Perlahan-
lahan dia memusingkan tubuh dan mendapati wajah Raja
Khalida berada di hadapannya.Wanita itu sedang
memandangnya pelik.
“Kenapa dari tadi Auntie Ida
tengok Linda terhendap-hendap? Linda cari siapa?” soal Raja
Khalida lembut.
Linda menggeleng.Wajah
Raja Khalida sengaja ditatap dalam riak sedih,Linda ingin
menutup mata Raja Khalida dengan lakonannya.Perlahan-
lahan Linda tunduk ke lantai.
“Linda ingat, Linda nak
jumpa Auntie Badariah.Linda rindu sangat.Tapi, Linda
malulah auntie,” ujar Linda berpura-pura sedih.
Raja Khalida merenung
wajah itu.Matanya terarah pada perut Linda yang memboyot
pula.Timbul rasa belas di hatinya mengenangkan nasib
wanita yang lebih kurang sebaya dengan Zahlia.
“Kenapa nak malu? Jom
auntie bawakan,” pinta Raja Khalida.
Linda menggeleng.
“Tak payahlah auntie.Linda
dah banyak lakukan dosa.Linda tau ramai yang salahkan
Linda dalam hal ni.Tapi Linda jugak manusia.Pernah
melakukan kesalahan.Linda dah bertaubat auntie.Linda dah
berjanji tak mahu buat perkara terkutuk lagi,” ujar Linda
beria-ia.Dalam hatinya dia sendiri yang tahu betapa geli
perasaannya digeletek dengan ayat yang terucap di
mulutnya tadi.
“Lagipun auntie… Linda
rasa tak sabar nak menatap muka baby ni.Walau apa pun
yang terjadi, dia tetap anak Linda.Linda yang bersalah
sedangkan dia tak pernah tau apa-apa pun,” beritahu Linda
tenang.
Raja Khalida tersenyum
gembira mendengar pengakuan itu.Baguslah kalau betul
wanita itu telah bertaubat.
“Baguslah Linda.Auntie
seronok dengar Linda cakap macam tu.Jom auntie bawa
Linda ke dalam.”
“Tak payahlah auntie.Kejap
lagi, Linda ada appointment dengan doktor.Linda nak scan
baby ni.Lelaki atau perempuan.” Suaranya sengaja
diceriakan.
Raja Khalida tersenyum
lagi.

“Ermmm… baguslah.Bila
doktor ramal tarikh duenya?” tanya Raja Khalida.
“Mungkin tiga bulan lagi,” ujar
Linda.
“Okeylah auntie.Linda pergi
dulu.Kirimkan salam Linda pada Auntie Badariah,” ujar Linda
sambil menghulur salam pada Raja Khalida.
Wanita itu menyambut dengan
senyuman.
Linda berlalu.Sebaik sahaja
Linda memboloskan diri ke dalam kereta, bunyi ketawa yang
kuat pecah secara mendadak di mulutnya.Ketawa itu
akhirnya bertukar menjadi tangisan kecil yang sengaja
dibuat-buat.Tidak lama kemudian Linda menyepi di dalam
kereta.
Fikirannya sudah lupa segala-
galanya.Tidak langsung diingat mesyuarat yang sedang
berlangsung di pejabatnya.Yang dia tahu hanyalah
kegembiraan kerana hatinya puas.Tipu muslihatnya kini
benar-benar menjadi.
Bab 52

“S AYANG, abang nak isi minyak kereta sekejap.Lepas


tu, baru kita settlekan hal kita, okey?”jerit Tengku
Syahran.Zahlia hanya mendiamkan diri dan dari tadi asyik
mengelamun panjang.Dia setia menanti suaminya
membasuh kereta di pekarangan Villa Sakura itu.Dan sejak
tadi juga fikirannya terus melayang-layang.Tengku Syahran
perasan dengan situasi itu.Perlahan-lahan dia menghampiri
Zahlia.
“Alia dengar tak apa
yang abang cakap tadi?” soal Tengku Syahran sambil
melabuhkan punggung di sebelah isterinya.
Zahlia terpinga-
pinga.Dia tidak mendengar apa yang Tengku Syahran
katakan.Zahlia hanya merenung wajah suaminya dengan
pandangan kosong.
“Sayang, kenapa ni?
Pelik abang tengok isteri abang hari ni.You have any
problem?” ujar Tengku Syahran sambil merenung isterinya.
Zahlia hanya
menggeleng.
“Jangan tipu abang!
Abang tengok Alia senyap aje.Asyik termenung dari
tadi.Macam tak ada mood! Alia… er… datang bulan ke?” soal
Tengku Syahran malu-malu.
Zahlia mengerling ke
arah Tengku Syahran sejenak.Tersipu-sipu dia mendengar
pertanyaan itu.Kemudian kepalanya digelengkan.Tengku
Syahran tidak berputus asa.
“Kalau Alia ada
masalah, baik Alia beritahu abang.Abang rasa ini bukan
masalah berkaitan dengan perjanjian kita.Mesti ada problem
lain ni.” Tengku Syahran cuba meneka.
“Tak ada apa-apalah
bang.Nothing happened! Cuma sejak semalam Alia rasa
macam tak sihat.Tak sedap badan.Agaknya sebab perubahan
cuaca kot.Abang dah habis cuci kereta?” soal Zahlia mencari
ruang untuk mengubah tajuk.
Tengku Syahran
mengangguk.
“Sudah.Tapi, abang nak
pergi isi minyak kereta sekejap.Lepas abang balik, bolehlah
kita beritahu mak dan ayah segala-galanya,” ujar Tengku
Syahran.
“Abang nak pergi isi
minyak kereta?”tanya Zahlia.
Tengku Syahran
mengangguk lagi.
“Alia masuk dulu.Bila
abang balik, kita panggil mak dan ayah,” ucap Tengku
Syahran sambil melangkah ke kereta.
Zahlia terus bangun.
“Alia nak ikut!” spontan
ucapannya keluar.
Tengku Syahran
mematikan langkah.Berpaling semula ke arah
isterinya.Hairan dengan permintaan Zahlia yang tiba-tiba.
“Alia nak ikut?”
bagaikan tidak percaya, Tengku Syahran bertanya.
Zahlia segera
mengangguk dan melangkah menghampiri Tengku Syahran.
“Boleh tak bang, kalau
Alia nak ikut abang pergi isi minyak kereta?” Zahlia memujuk
Tengku Syahran sambil memegang tangan lelaki itu.
Tengku Syahran
merenung wajah lembut Zahlia.Aneh sungguh sikap isterinya
hari ini.
“Boleh tak bang?” suara
Zahlia kedengaran lagi.Separuh merayu.
Tengku Syahran
mengeluh tiba-tiba.
“Alia tak payah
ikutlah.Kalau Alia duduk kat rumah lagi senang.Abang pergi
isi minyak tak lama.Stesen minyak tu pun bukannya jauh
mana kalau Alia nak ikut pun.” Tengku Syahran membantah
permintaan isterinya.
Wajah Zahlia bertukar
keruh.
“Alaa… Alia nak ikut
jugak!” Zahlia bersuara dengan nada sayu.
Tengku Syahran
mengeluh lagi.
“Kan semalam kita dah
puas berjalan kat KLCC, takkan Alia tak puas berjalan
dengan abang lagi? Sekarang… abang nak pergi isi minyak
kereta aje sayang,” ucap Tengku Syahran sungguh-sungguh.
“Alia nak ikut jugak.” Zahlia
mula memuncung.
“Alia, stesen minyak tu
bukannya tempat berkelah.Tu… abang nak pergi yang dekat
seberang jalan tu aje.Kalau Alia tengok dari sini pun, dah
nampak bumbung stesennya.Apa pulak nak ikut? Alia tunggu
ajelah kat rumah.Abang pergi tak lama.Lepas isi minyak,
terus balik.” Tengku Syahran sudah membuka pintu kereta.
Zahlia menarik nafas
sebak.Pilu seketika.
“Sampai hati abang.Abang
memang tak sayangkan Alia agaknya,” ujar Zahlia sambil
mengetap bibir.
Tengku Syahran yang
mendengar kata-kata itu, ketawa tiba-tiba.Pantas dicuit
hidung si isterinya.
“Entah-entah nak jumpa
Nazirah, kan?”
Tengku Syahran
membeliakkan mata.
“Kenapa pulak ni? Abang nak
pergi isi minyak kereta aje, nak kait-kaitkan dengan Nazirah
pulak.Bukannya abang nak pergi bernikah lain.Yang Alia nak
merajuk macam budak kecil ni kenapa?” soal Tengku
Syahran terus mengusik pipi isterinya.
“Dahlah tu.Abang pergi
dulu.Kejap lagi abang balik.” Tengku Syahran masuk ke
dalam kereta.
Tidak lama kemudian, kereta
Honda Prelude itu mula meninggalkan pekarangan Villa
Sakura.Zahlia hanya mampu memandang kereta itu berlalu
dengan hati yang sebak.Apabila kereta itu hilang dari
pandangan, Zahlia bagaikan terasa ada air hangat mengalir
ke pipi.Pantas Zahlia menyeka air mata itu dan kemudiannya
melangkah ke dalam rumah.

ZAHLIA memegang permukaan pintu bilik air dan perlahan-


lahan melangkah keluar.Tangannya masih mengurut-urut
tekak yang terasa mual.Sudah beberapa kali dia berulang-
alik dari bilik air untuk memuntahkan isi perut yang
meloyakan tekaknya.
Baru sekejap tadi, Zahlia
berkecil hati dengan sikap Tengku Syahran yang seolah-olah
tidak mengerti dengan kehendaknya.Kalau diikutkan hati, dia
ingin melayan rajuknya lagi.Tetapi apabila difikirkan semula,
Zahlia berasa tidak masuk akal jika ingin merajuk hanya
kerana suaminya itu tidak membawanya ke stesen minyak.
Zahlia duduk di kerusi
panjang.Termenung lagi.Entah apalah yang tidak kena
padanya sejak semalam.Zahlia sendiri buntu memikirkan
angin badannya yang berubah-ubah.
Setengah jam kemudian,
Tengku Syahran pulang.Lelaki itu menyelinap masuk ke
dalam bilik dengan senyuman.Zahlia tidak menegur
suaminya.Hanya mendiamkan diri.
“Alia masih marahkan
abang?” lembut suara Tengku Syahran memujuk
Zahlia.Kemudian, dia duduk di hadapan Zahlia sambil
meramas-ramas jari-jemari isterinya.
Zahlia tunduk.Tidak mahu
menjawab.
“Alia, abang rasa… Alia yang
abang kenal sekarang ni, tak sama dengan Alia yang abang
kenal dulu.Apa sebenarnya yang dah berlaku pada Alia?
Abang pelik tengok perangai Alia macam ni,” ujar Tengku
Syahran.
Zahlia membatu lagi.Entah
mengapa air matanya tiba-tiba mahu mengalir.Hatinya jadi
sensitif tiba-tiba.Pantas diseka air matanya itu.Tengku
Syahran menarik nafas panjang.Semakin pelik dengan sikap
Zahlia.
“Cuba pandang abang! Lepas
tu tolong jelaskan apa yang mengganggu fikiran Alia? Abang
semakin tak faham dengan perangai Alia sejak semalam
lagi.” Tengku Syahran berterus-terang.Dia bangun dan duduk
di sisi Zahlia.
Zahlia meraup wajahnya
sekali.Mencari kekuatan untuk membuka mulut.Matanya
dikerling sekali imbas ke arah Tengku Syahran sebelum
mencerunkan kelopak matanya ke bawah semula.
“Kalau abang dah tak
sayangkan Alia lagi, baik kita tak payah bersama selepas ni.”
Selamba Zahlia melepaskan ucapan.
Bulat mata Tengku Syahran
mendengar pengakuan itu.Benarkah? Takkan sampai begitu!
“Apa yang Alia merepekkan ni?
Bila masa pulak abang cakap yang abang tak sayangkan
Alia?”
“Alia tak payah tunggu abang
cakap! Alia tengok abang… Alia dah tahu.” Zahlia menjawab.
Tengku Syahran mengeluh
kecil.Tidakkah wanita itu sedar kasihnya kian menggunung
saban hari? Begitu mudah sekali dia menilai kasih sayangku
padanya? Tengku Syahran terus-terusan mengeluh.
“Dengar sini Alia! Jangan
disebabkan abang tak bawa Alia ke stesen minyak tadi, Alia
buat keputusan yang terburu-buru.Perkara tu tak masuk
akal.” Tengku Syahran menyangkal kehendak Zahlia.
Zahlia merengus kecil.
“Alia tak kisah! Pokok
pangkalnya abang dah kecilkan hati Alia.Alia tak minta
abang apa-apa pun.Alia cuma nak ikut abang aje.Permintaan
Alia yang sekecil itu pun abang tak boleh nak penuhi.Abang
memang kejam.” Zahlia sebak semula.
Tengku Syahran semakin
pening dengan karenah Zahlia.Dia termenung seketika
sebelum jari-jemari Zahlia diramas lagi.Tertumpah kasih
sayangnya di situ.Kenapa kau masih tak mengerti?
“Okey, kalau Alia rasa
tindakan abang tadi kejam pada Alia, abang minta
maaf.Tapi…” bicara Tengku Syahran terhenti.Direnung lagi
wajah yang masih mencuka itu dengan perasaan sabar.
“… abang nak ingatkan Alia!
Selama ni bila abang ajak Alia berjalan, susah sangat Alia
nak ikut.Kenapa pulak hari ni, abang nak pergi isi minyak
kereta aje, Alia beria-ia nak ikut? Kalau tempatnya satu jam
dari sini tak apa jugak.Ini kat seberang jalan tu aje,”
sambung Tengku Syahran dengan tutur kata yang tenang.
Zahlia mengesat air mata
yang ingin menitis.Sebenarnya dia juga tidak faham dengan
kehendaknya tadi.Yang dia tahu, dia mahu mengikut lelaki
itu.Itu sahaja!
“Dahlah tu sayang.Kita
selesaikan masalah kita dulu ya?” pujuk Tengku Syahran dan
mula bangkit untuk menuju ke bilik air.Tetapi belum pun
sempat dia menerpa ke situ, tubuh Zahlia terlebih dahulu
meluru ke dalam bilik air dengan keadaan yang tergesa-
gesa.
Tengku Syahran tersentak
melihat isterinya sedang membongkok di mangkuk
sinki.Terhenjut-henjut tubuh itu kelihatan apabila ada cecair
yang banyak keluar dari mulutnya.Pantas Tengku Syahran
menuju ke arah Zahlia.
“Ya ALLAH! Kenapa tak
beritahu abang yang Alia tak sihat?” Tengku Syahran
menggosok belakang Zahlia dengan perasaan cemas.
Muntah Zahlia semakin
banyak.Tekaknya terasa perit apabila mengeluarkan lendir-
lendir yang cair berserta bau yang kuat menyengat
hidung.Tengku Syahran terus mengurut belakang
isterinya.Kemudian, perlahan-lahan tengkuk isterinya dipicit
agar isterinya terasa selesa.
“Dah okey?” tanya Tengku
Syahran dengan nada risau.
Zahlia kembali berdiri
tegak.Tubuhnya terasa lemah.Ingin terjatuh tetapi segera
dipaut oleh tangan suaminya.Zahlia menarik nafas.Sedikit
lega.
“Nak muntah lagi?” tanya
suaminya.
Zahlia menggeleng lemah.
“Abang bawa Alia keluar dulu.”
Zahlia mengangguk.Kakinya
bergerak perlahan-lahan.Tetapi tiba-tiba dia terasa tubuhnya
melambung.Tengku Syahran mengendongnya ke dalam
rangkulan.Zahlia terpana! Namun dia hanya membiarkan.
Tengku Syahran meletakkan
tubuh Zahlia di atas katil.Dia duduk di sisi isterinya dan terus
memandang raut yang kelihatan pucat tidak bermaya.
“Kenapa boleh jadi macam ni?
Alia salah makan ke?” soal Tengku Syahran sedikit cemas.
Zahlia menggeleng.
“Habis, perut Alia kosong
kot?Abang tengok Alia tak makan sejak pagi tadi,” teka
Tengku Syahran lagi.
Zahlia menggeleng.
Tengku Syahran
terdiam.Memikirkan alasan lain pula.
“Haa… semalam kita makan
Laksa Penang tu, perut Alia tak tahan pedas?” suaminya
masih meneka.
Zahlia tetap menggeleng.
Kali ini dahi Tengku Syahran
berkerut.Diamati wajah yang terbaring itu mencari
jawapan.Zahlia bangkit dari pembaringan.
“Alia…” Tengku Syahran masih
sukar mempercayai jawapan yang sedang bermain-main di
dalam fikirannya.
Zahlia terkaku sambil
tunduk.Kali ini apa pula tekaannya?
“Alia mengandung?” teka
Tengku Syahran.
Zahlia telan air liur.
“Betul ke?” tanya Tengku
Syahran sekali lagi.
Zahlia menggigit
bibirnya.Pantas sekali dia menggeleng.
“Tipu! Alia mengandung,
kan? Kalau tak, kenapa perangai Alia pelik?” soal Tengku
Syahran beria-ia.
Zahlia terus
tunduk.Gementar dadanya.Anggapan lelaki itu benar-benar
sama dengan tekaannya sejak dia muntah malam tadi
lagi.Tetapi benarkah dia mengandung? Zahlia ragu-ragu.Dia
hanya membalas persoalan suaminya dengan jungkitan kecil
di bahu.
“Abang bawa Alia ke
klinik,” ujar Tengku Syahran tiba-tiba.
Zahlia menggeleng.
“Alia nak kita selesaikan
dulu masalah kita.” Akhirnya Zahlia membuka mulut.Lemah
suaranya kedengaran.
Tengku Syahran meraih
tubuh Zahlia ke dalam pelukan.Dikucup lembut pipi itu
berkali-kali.
“Abang harap tekaan
abang tadi tepat.Lepas kita selesaikan hal kita, abang akan
bawa Alia ke klinik! Kita tunggu berita gembira ni sama-
sama,” ucap Tengku Syahran penuh harapan.
Zahlia turun dari katil
sejurus selepas Tengku Syahran merungkaikan
pelukan.Tetapi, pandangannya terasa berbalam-
balam.Otaknya terasa pening berputar.Zahlia nyaris rebah
namun sempat ditangkap oleh Tengku Syahran.
“Alia!!!” Zahlia terdengar
namanya dipanggil.
Dalam keadaan separuh
sedar, telinga Zahlia dapat menangkap suara bising dan
nyaring seorang wanita yang tiba-tiba muncul di antara
mereka.Suara itu seperti dikenalinya.Pandangan Zahlia
semakin kabur.Tetapi dia dapat melihat kelibat asing itu
semakin menghampirinya.Zahlia sempat merasa tubuhnya
ditolak sekuat hati.Zahlia dapat merasa keperitan tubuhnya
terhempas ke lantai.Zahlia terus lemah.Selepas itu, matanya
tertutup rapat.Gelap.Hilang segalanya.

Bab 53

Z AHLIA cuba membuka kelopak mata.Tekaknya masih


terasa perit.Ketika itu, suasana agak sunyi dan
hening.Zahlia terasa kepalanya bagaikan mahu
berpusing.Tangannya mula memicit-micitkan kepala.
Buat seketika Zahlia terlupa apa
yang sedang berlaku.Terkebil-kebil matanya meneliti di
segenap bilik yang gelap tanpa lampu yang terpasang.
Zahlia mencapai jam loceng di tepi
katilnya.Diamati jarum jam itu di celah-celah cahaya dari
luar yang terpasang.Tepat menunjukkan pukul 11.00
malam.Ya ALLAH! Lamanya aku tertidur.
Zahlia terkejut.Dia mahu
bangun tetapi kesakitan yang menerjah di seluruh urat saraf
menghalangnya untuk terus duduk lama-lama.Zahlia
terbaring semula.Tetapi dia cuba menguatkan semangatnya.
Perlahan-lahan dia turun
dari katil dan berdiri tegak.Kakinya mula bergerak ke arah
pintu.Dia menekan suis lampu.Terpana matanya apabila
melihat seluruh lantai bilik yang berselerak.Zahlia cuba
mengingati apa-apa peristiwa yang berlaku.Gagal memberi
jawapan kepadanya.
Zahlia menghela nafas
seketika.Dia menyandar di dinding bilik.Tiba-tiba matanya
terpaku pada kerusi panjang yang kosong.Hatinya bagaikan
ditarik sesuatu.Mana Syah? Zahlia mula menyarung tudung
ke kepala sebelum melangkah keluar bilik.
Ketika kakinya baru
sampai di anak tangga pertama, telinganya menangkap
bunyi suara bising yang bergema dari ruang tamu.Zahlia
menghentikan langkahnya.Mencari sedikit ruang untuk
mengenal pasti pemilik suara yang kuat itu.Tengku Badariah!
“Mak tak suka kau simpan
perempuan tu lagi! Selama ni mak percaya pada dia.Mak
percaya pada kamu, Syah.Rupa-rupanya kamu pembohong!
Kamu ingat perkahwinan ni perkara main-main ke?
Berkahwin dengan cara tak senonoh macam ni!” nyaring
suara itu menusuk ke lubang telinga penghuni Villa Sakura
yang sedang duduk membisu di situ.
Zahlia turut
tersentak.Luruh terasa jantungnya.Bagaikan tidak terpijak
tapak kakinya ke tanah.Mak sudah tahu?
“Kalau kamu tak sampai
hati nak suruh dia keluar, biar mak yang halau dia!”
sambung Tengku Badariah.
“Jangan mak! Alia isteri
Syah.”
“Memang dia isteri kamu
hari ni.Tapi, mak nak kamu ceraikan dia.Mak tak mahu
tengok muka dia lagi.Suruh dia keluar!” tengking Tengku
Badariah.
Tengku Syahran
menggeleng.Tengku Ismail dengan anak-anaknya yang lain
turut terkejut dengan permintaan Tengku Badariah.Tetapi
mereka tidak mampu melakukan apa-apa.Mereka hanya
membatu melihat kedua beranak itu bertegang urat.
“Mak, Alia takkan
keluar.Syah akan hidup bersama Alia,” beritahu Tengku
Syahran berani.
Tengku Badariah
mengancingkan giginya.
“Kamu jangan jadi bodoh
kerana dia! Banyak perempuan lain yang boleh kamu jadikan
isteri.Tapi bukan dia!”
“Kenapa?”
“Mak tak suka! Kamu ni
Syah… kalau mak tak terima surat ni agaknya, sampai mak
mati pun, kamu akan menipu mak.Apa nak jadi dengan
kamu ni hah? Sejak bila kamu pandai menipu mak dengan
ayah ni?” marah Tengku Badariah kuat.
“Yah, perlahankan sikit
suara awak tu! Tak elok kalau jiran-jiran dengar nanti.” tiba-
tiba Tengku Ismail menyampuk.
“Itulah abang! Anak-anak
dah buat tak senonoh macam ni, abang masih tak banyak
cakap.Mendiamkan diri ajelah yang abang tau.Yah malu
bang! Anak menantu kita buat perkara kahwin sesuka hati.”
Tengku Badariah mendengus.
“Abang tau.Tapi kalau
dengar si Alia tu nanti, tak elok!Dia tengah tak sihat tu!”
“Biar dia dengar! Baru
puas hati Yah agaknya.Perempuan macam tu memang tak
sesuai duduk dengan kita.Pandai sangat bermuka-muka.”
Ayat Tengku Badariah membuatkan Zahlia terkedu.Terkaku
dirinya di anak tangga itu.
“Mak, dengar dulu apa
yang Syah nak cakap.Memang Syah yang bersalah dalam hal
ni mak.Tak ada kaitan dengan Alia.Syah yang rancang
semuanya.”
“Kamu yang rancang?
Habis, kenapa syarat dia berlebih-lebih dari kamu? Dah tu,
terima RM 30,000 lagi? Kamu jangan ingat mak bodoh! Mak
hidup lebih dulu dari kamu!”
“Betul mak.Semuanya
berpunca dari Syah sebab Syah tak mahu mak jodohkan
Syah dengan Linda.Takkan itu pun salah?” ujar Tengku
Syahran tenang.
“Memang salah.Kamu
gunakan cara macam ni untuk menutup mata mak.Konon-
konon bercinta selepas kemalangan.Rupa-rupanya kamu
dengan perempuan tu menipu mak selama ni.Tak guna!”
Tengku Badariah menjawab lagi.
“Habis, mak suka Syah
kahwin dengan Linda? Perempuan yang dah
mengandungkan anak luar nikah tu?” Tengku Syahran
semakin geram.
Tengku Badariah
terdiam sejenak.
“Sekurang-kurangnya
kamu boleh berbincang dulu dengan mak.Kenapa ambil
tindakan yang bodoh macam ni?”
“Mak tak pernah nak
faham perasaan Syah! Dah banyak kali Syah beritahu mak
yang perangai Linda tu tak senonoh.Mak yang tak nak
dengar!” suara Tengku Syahran semakin mendatar.
“Mak buat macam tu
untuk kebahagiaan kamu.Mak tak mahu kamu menderita lagi
selepas Nazirah pergi.Mak nak hidup kamu lebih teratur,”
ujar Tengku Badariah perlahan.
Zahlia yang berdiri
tegak di anak tangga terus diam membatu.Nazirah? Zahlia
telan air liur.Perempuan hari itukah?
“Cara mak yang tak
betul.Linda bukan orang yang sesuai untuk hidup dengan
Syah.Agaknya masa tu mak dah lupa yang anak mak dah
dewasa.Syah boleh cari jodoh Syah sendiri.Kenapa mesti
mak yang nak tentukan calon isteri Syah?” Tengku Syahran
semakin berani meluahkan perasaan yang sudah lama
terbuku di dada.
“Mak tak mahu kau
buat silap.Sekarang… kamu tengoklah.Apa yang kamu buat?
Kamu ambil perempuan yang entah apa-apa sebagai
isteri.Dah tu kahwinnya siap bersyarat-syarat.Mak tak suka
cara begini.”
“Kami dah janji yang
kami tetap akan bersama.”
“Cukup! Mak tak mahu
dengar apa-apa lagi.Kamu jangan menggatal nak buat
keputusan yang merepek-repek.Jangan harap perempuan tu
akan jadi menantu dalam keluarga kita lagi.Ceraikan dia!”
“Tapi mak, Syah
sayangkan dia.Kami dah bersetuju.”
“Mak kata cukup…
cukup! Mak tak nak dia ada kaitan dalam keluarga kita
lagi.Tinggalkan dia! Lagipun, kamu tak pernah usik dia, apa
yang susah? Perkara ni takkan dipanjangkan-panjangkan
lagi.Mak mahu dia berambus atau mak yang akan heret dia
keluar!”
Tengku Syahran
terdiam.Adik-beradik yang lain turut sama membisu.Tengku
Ismail pula mengeluh berat melihat kemarahan isterinya.
“Yah, bawalah
bersabar.Jangan terlalu mengikut perasaan marah awak tu.”
Tengku Ismail menyampuk lagi.
Tengku Badariah
menjeling ke arah suaminya.
“Selagi dia ada dalam
rumah ni, hati Yah sakit bang tau tak? Memang dasar anak
luar nikah!”
“Mak! Jangan hina
Alia.Alia bukan anak luar nikah.” Tengku Syahran menafikan
kata-kata itu sekeras-kerasnya.
Sementara itu di anak
tangga, air mata Zahlia sudah lama bercucuran.Hatinya
semakin pilu mendengar kata-kata penghinaan itu.Zahlia
tunduk menahan sebak.
“Mana kamu tahu?
Kamu tak sedar dari mana dia datang? Tu rumah anak-anak
yatim Sinar Iram tu! Orang jumpa pun kat tengah-tengah
semak.Entah siapa ibu bapanya.”
“Mak jangan hina
sampai macam tu sekali.Alia bukan anak luar nikah! Walau
apa pun yang berlaku, Syah tetap akan bersama dengan
Alia.Ini keputusan Syah.”
“Kamu jangan nak
berdegil.Ni perempuan tulah yang ajar.Mak tak pernah
mendidik kamu berperangai begitu tau?”
“Syah tak peduli
dengan apa yang orang nak kata! Syah tetap dengan
keputusan Syah.Lagipun elok kalau Syah berterus-terang
pada mak.Syah dah pernah usik Alia.Syah dah sentuh
dia.Sekarang Syah tak kisah apa yang mak nak kata.”
Ucapan Tengku Syahran itu membuatkan mulut Tengku
Badariah terlopong.Terjelepok punggungnya terjatuh di atas
kerusi bersebelahan suaminya.
“Ya ALLAH, Syah! Apa
yang kamu dah buat ni?” jerit Tengku Badariah sambil
mengongoi di dada suaminya.
Penghuni Villa Sakura
yang lain turut terkejut mendengar pengakuan itu.
“Betulkah apa yang
kamu beritahu ni Syah?” soal Tengku Ismail meminta
kepastian.
Tengku Syahran
tertunduk.Mengangguk.
“Sampai hati kamu
Syah! Kamu kecewakan perasaan mak.Dia bukan perempuan
yang sesuai untuk melahirkan zuriat kepada kamu dan
keluarga kita.” Tengku Badariah bersuara dalam nada
esakan.
“Kenapa bukan dia?”
“Keturunan dia tak
jelas.Dia tak sepatutnya terlibat dalam keluarga kita,” ujar
Tengku Badariah lagi.
Tengku Syahran
menarik nafas panjang.
“Syah rasa Syah patut
beritahu mak satu rahsia lagi.Sebenarnya Alia tu…” belum
sempat Tengku Syahran menghabiskan ayatnya, dia
terdengar satu dentuman yang kuat dari tingkat atas.Semua
mata tertumpu ke situ.
Tengku Syahran mula
risau.Alia dengarkah? Tengku Syahran tertanya di dalam
hati.Dia tidak menunggu lama.Pantas kakinya bergerak
memanjat tangga.Pintu bilik dilihatnya tertutup rapat seperti
ketika dia dipanggil oleh emaknya tadi.
Tengku Syahran terus
memulas tombol pintu.Ketat terkunci.Dia terkedu.Dipulas
lagi tombol yang bulat itu.Tetap melekat rapat.Tengku
Syahran mengetuk pintu biliknya berkali-kali.Tiada langsung
reaksi dari dalam.
Tengku Syahran berasa
cemas.
“Alia buka pintu ni?”
jeritnya perlahan.
Zahlia tersandar di
balik pintu.Suara Tengku Syahran sayup-sayup menyapa
telinganya.Peritnya patah perkataan Tengku Badariah terlalu
mencarik hati Zahlia.Zahlia terkaku sendirian.Lemah terasa
otot-ototnya untuk berdiri di situ.Tiba-tiba Zahlia terkulai
layu di lantai.Berombak-ombak dadanya menahan sebak
yang ingin bertukar menjadi air jernih yang mula bertakung
di matanya.
Zahlia memejam
mata.Tanpa disuruh, air jernih itu menitis.Hangat
melembapkan pipinya yang putih bersih.Zahlia menangis di
situ.
“Alia, buka pintu ni
sayang! Abang tau Alia dengar apa yang abang cakapkan
ni.Tolong buka pintu ni Alia.”
Zahlia mengengsot
sedikit ke hadapan.Dia duduk di lantai menghadap
pintu.Matanya yang berkaca-kaca dibiarkan memandang
tombol pintu yang bergerak.Kepalanya digeleng.
“Alia dengarlah cakap
abang ni… kita bincang sama-sama.Tapi,Alia kena buka pintu
ni dulu.” Suara Tengku Syahran mulai lembut.Berusaha
untuk memujuk hati isterinya.
Sedu-sedan Zahlia
semakin kuat memenuhi ruang bilik.Tangisannya sudah
berlagu-lagu.Baju yang dipakainya sudah lembap dibasahi
dengan hujan air mata.
Perlahan-lahan Zahlia
bangun tetapi hala kakinya tidak terarah ke muka pintu
sebaliknya tapak kaki itu semakin menjauh meninggalkan
tempat di mana tubuhnya terkulai tadi.Zahlia tidak lagi
mampu memujuk hatinya yang lara.
Sementara itu, Tengku
Syahran sudah tidak keruan arah tujuannya.Mundar-mandir
jalannya di hadapan pintu bilik yang masih tertutup
rapat.Sudah setengah jam Zahlia tidak memberikan apa-apa
respons.Tengku Syahran perlu bertindak.
Laju Tengku Syahran
menapak semula ke ruang tamu.
“Mak, mana kunci
spare?” tanya Tengku Syahran.
Tengku Badariah
menjeling ke arah Tengku Syahran.Pertanyaan anaknya itu
tidak ingin dijawab.Tengku Ismail yang melihat sikap acuh
tidak acuh isterinya segera menggeleng.Tumpuannya beralih
pada Tengku Syahran pula.Anak keduanya itu kelihatan
kelam-kabut dan tidak tentu arah.Tengku Ismail bersimpati
pada nasib anaknya.
“Cuba kau tengok
dalam kabinet kat bilik bacaan.Ayah ada letak kunci spare
kat situ,” jawab Tengku Ismail bagi pihak isterinya.
Tengku Syahran mula
bergerak memanjat tangga sekali lagi.Kakinya pantas
menuju ke bilik bacaan dan mencapai kunci spare di tempat
yang telah dimaksudkan oleh ayahnya.Setelah mencapai
segugus kunci itu, Tengku Syahran melangkah ke pintu
biliknya semula.Satu-persatu anak kunci dimasukkan ke
lubang tombol untuk membuka pintu biliknya.Tetapi, belum
pun sempat anak kunci terakhir masuk ke lubang tombol,
pintu biliknya sudah terbuka dari dalam.
Tengku Syahran
tersentak.Raut wajah Zahlia yang lencun ditatap dalam riak
hiba.Hatinya sebak melihat kesedihan hati isterinya yang
amat disayangi.Sedikit sebanyakTengku Syahran mula
memahami kepedihan jiwa apabila dilempar dengan kata-
kata nista emaknya tadi.Tengku Syahran menerpa ke arah
Zahlia.Didakap erat tubuh yang terkaku dan lesu menghadap
dirinya itu.Dicium wajah isterinya bertalu-talu.
“Sayang jangan ambil
hati dengan apa yang mak cakapkan tadi, ya?! Fikirkan hal
kita yang lebih penting,” pujuk Tengku Syahran.
Zahlia tidak peduli
dengan pujukan itu.Pelukan suaminya tidak juga
dibalas.Dibiarkan lelaki itu dengan kata-katanya.Hati Zahlia
sudah terluka.Pandangannya kosong dan kabur sekali,
impian untuk hidup bahagia di sisi lelaki itu telah punah
ketika mendengar ucapan Tengku Badariah yang kuat
memukul deria pendengaran.
Perlahan-lahan Zahlia
menolak tubuh suaminya menjauhinya.Tindakannya itu
membuatkan Tengku Syahran terpana.Tolakan tangan itu
sungguh lembut tetapi begitu menyentuh jiwa
lelakinya.Tengku Syahran mula tersedar yang hati isterinya
itu benar-benar telah terluka.
“Don’t be like this,
honey! You are a tough woman.Alia tak boleh lemah macam
ni.Please wake up! Abang nak Alia pulihkan semangat Alia
macam dulu.Alia kan perempuan yang tak tau mengalah.Alia
kena kuat.”
Mata Tengku Syahran
mula berkaca-kaca.Sedih hatinya melihat sikap Zahlia.Tidak
sanggup untuknya melihat air mata yang berterus-terusan
membasahi pipi Zahlia yang berjaya memikat hatinya
itu.Tengku Syahran juga dapat merasakan air hangat yang
menitis ke pipinya.
Zahlia mula
menjarakkan diri dari Tengku Syahran.Beg pakaian yang
terselit di sebalik dinding pantas dicapai.Diisinya beberapa
helai pakaian dan kemudian kakinya mula melangkah keluar
dari bilik itu.Dahi Tengku Syahran berkerut.Air matanya
semakin laju menitis ketika melihat beg pakaian berada di
tangan Zahlia.Hatinya terus diburu rasa sebak.Ya, ALLAH!
Benarkah ini satu dugaan?
“Alia, jangan!” Tengku
Syahran merampas beg itu.
Zahlia tidak terdaya
untuk melawan.Suara Tengku Syahran yang tersekat-sekat
membuatkan air matanya semakin laju menitis.Tetapi hati
Zahlia betul-betul kecewa.Dia tidak lagi diperlukan di rumah
itu.Untuk apa dia menyeksakan diri berlama-lama di sini?
Zahlia merenung
wajah Tengku Syahran seketika.Tapak tangannya mula
menghampiri pipi lelaki itu.Lantas dikesat air mata yang
semakin kuyup di wajah suaminya.Bibirnya menguntum
senyuman.Tawar dan hambar.Tangan kanan lelaki itu dicapai
dan dikucup.
“Halalkan makan
minum Alia!” ujar Zahlia akhirnya.
Beg pakaian dicapai
semula.Tengku Syahran terkaku.Beginikah berakhirnya
ikatan ini? Begitu mudah? Tengku Syahran semakin pilu.Dia
meluru ke arah Zahlia lagi.
“Jangan tinggalkan
abang, sayang! Kita boleh bina hidup baru.Alia tak mungkin
boleh selemah ini.Mana Alia yang abang kenal dulu?” Tengku
Syahran menarik tubuh Zahlia.Didakap penuh erat.Tengku
Syahran menangis tersedu-sedan di bahu Zahlia.
Langkah Zahlia
terhenti lagi.Kepalanya digeleng.
“Cukuplah sekali Alia
rasa terhina dengan kata-kata abang dulu.Yang tu… Alia
boleh maafkan sebab Alia sedar ianya satu salah faham.Tapi
kali ni, Alia betul-betul kecewa bang.Alia tau bukan abang
yang cakap, tapi Alia tetap sedih walaupun Alia memang
bukan anak luar nikah.Sekurang-kurangnya Alia pernah
hidup dengan gelaran tu.Lepaskanlah Alia!” Zahlia berlalu
menuruni anak tangga.
“Alia…”
Zahlia tidak
mempedulikan jeritan itu lagi.Dia terus melangkah.
Ketika Zahlia tiba di
ruang tamu, semua mata tertumpu ke arahnya.Zahlia
mengumpul sepenuh kekuatan.Menggerakkan kaki ke arah
adik-beradik iparnya.Dipeluk tubuh Tengku Hafizah dan
Tengku Farhana seerat mungkin.
“Akak dah fikirkan
masak-masak?” soal Tengku Hafizah.
Zahlia hanya
mengangguk.Dia menuju ke arah Tengku Hakimi pula.Tangan
lelaki itu disalamnya.Tengku Hakimi berasa pilu.
“Jaga diri baik-baik
Alia!” sempat Tengku Hakimi berpesan.
Zahlia tersenyum dan
mengangguk.Menoleh sekilas wajah Sofea yang duduk di sisi
Tengku Hakimi.Dia beralih pula pada birasnya.Mereka tidak
bercakap walaupun sepatah.Sofea sedih melihat wajah
Zahlia.
Kaki Zahlia
melangkah pada Tengku Ismail tidak jauh dari situ.Pancaran
sinar wajah tua itu mengundang air jernih di juring
matanya.Pantas Zahlia menyeka.Dia tunduk menghulur
tangan.
“Maafkan Alia atas
apa yang berlaku, ayah! Harap ayah halalkan apa yang
terlebih dan terkurang pada Alia,” ujar Zahlia tenang.
“Kalau kamu perlukan
apa-apa bantuan, carilah ayah.Kalau malu kat rumah, telefon
ayah di pejabat,” beritahu Tengku Ismail.
Zahlia hanya
tersenyum.Kakinya diarah pada Tengku Badariah.Tetapi
wajah bengis itu tidak langsung memandangnya.Zahlia cuba
menghulurkan tangan.Takut-takut.Sah, tangannya tidak
disambut.Zahlia menjatuhkan tangannya semula.
“Mak, ampunkan
salah silap Alia selama setahun Alia di rumah ni.Alia tak tau
sampai begini sekali kesudahannya.Alia minta maaf!” lembut
tutur kata Zahlia sambil merenung wajah yang bengis itu.
Tengku Badariah
merengus.
“Tunggu apa lagi?
Berambuslah! Menyampah aku tengok muka kamu.” Tengku
Badariah bersuara.
Zahlia memejamkan
matanya seketika sambil menarik nafas panjang.
“Alia minta ampun
mak,” ujar Zahlia sekali lagi.Biarpun huluran tangannya tidak
disambut, Zahlia tetap mencapai tangan itu untuk
dicium.Tetapi tubuhnya ditolak.
“Kamu tak layak cium
tangan aku! Perempuan tak guna! Nah, ambil semula surat
perjanjian kamu ni.Tak ingin aku nak simpan.” Tengku
Badariah melemparkan kertas di tangannya ke muka Zahlia.
Zahlia sebak tetapi
tetap menahan tangisan.
“Yah!!” tegur Tengku
Ismail tidak senang dengan perbuatan isterinya.
Zahlia tidak banyak
bicara lagi, tubuhnya terus dipusing dan kakinya mula
melangkah meninggalkan ruang tamu rumah itu.Ketika
kakinya sampai di pintu besar, hayunan kakinya terhenti
apabila terdengar namanya dipanggil.
“Alia!!”
Zahlia berpaling
semula.Wajah Tengku Syahran terlekat di ruang mata.Zahlia
ternampak tubuh itu terhenjut-henjut dalam sedu.Zahlia
terlihat raut yang sudah pun basah.Lelaki itu
menggeleng.Zahlia tersenyum tawar sebelum mengambil
keputusan untuk terus menapak keluar.
Zahlia menangis
tersedu-sedan apabila kakinya menjejaki di pekarangan
garaj kereta.Zahlia menuju ke arah keretanya bersama air
mata yang semakin laju gugur ke bumi.
“Alia… Alia tak
sayangkan abang lagi? Kan kita pernah berjanji akan hidup
bersama walau apa pun yang terjadi.Alia mesti kuat
sayang… ini hanya dugaan!” entah bila Tengku Syahran
berada di sisinya, Zahlia sendiri tidak sedar.
Zahlia hanya
menggeleng.Beg pakaian dicampak ke belakang
kereta.Sebaik sahaja tubuhnya ingin memboloskan diri ke
dalam kereta, tangannya ditarik kasar.Tubuhnya tidak
bergerak malah ditekan kuat ke kereta.Dirinya terperangkap
bertentang mata dengan Tengku Syahran.Mata Tengku
Syahran dilihatnya sudah kuyu dan berair dengan banyak.
“Abang tak
kisah.Kalau Alia betul-betul nak tinggalkan rumah ni, abang
akan ikut.”
Zahlia terperanjat.
“Jangan bang! Jangan
kusutkan lagi masalah kita.Alia boleh jaga diri Alia
sendiri.Abang tak perlu tambahkan kemarahan mak.Biar Alia
yang tanggung semuanya.”
“Tapi, apa yang
berlaku semuanya berpunca dari abang.Abang yang perlu
bertanggungjawab.Kenapa mesti Alia yang menderita
seorang?”
“Mungkin dah nasib
Alia agaknya.Menderita sebelum mengecapi bahagia.Tak apa
abang! Alia dah bersedia.Abang tak usah risau dengan
keadaan Alia.Alia boleh uruskan sendiri.” Zahlia menolak
tubuh Tengku Syahran.
“Jangan jadi bodoh
Alia.Setiap masalah ada penyelesaiannya.”
“Inilah
penyelesaiannya.Alia perlu keluar dari rumah ni.”
“Melarikan diri bukan
jalan keluarnya.Cara ini hanya akan membuatkan abang
bertambah derita.I love you, sayang.Kenapa Alia tak nak
faham perasaan abang?”
Demi mendengarkan
ayat itu, Zahlia menitiskan air mata.Wajah Tengku Syahran
kelihatan bersungguh-sungguh menyatakan ungkapan
itu.Zahlia pilu.Bukan dia tidak faham tetapi keadaan yang
memaksanya bertindak begitu.
“Jangan tambahkan
penderitaan hati Alia dengan tuduhan abang.Mana abang
tau perasaan Alia? Alia jugak sayangkan abang.Tapi,
mungkin jodoh kita sampai di sini aje.”
“Tak mungkin!
Masalahnya sekarang hanya Alia, bukan abang.Alia yang tak
mahu bagi peluang untuk kita cipta hubungan baru.Alia yang
terus menyerah kalah pada takdir.Kita tak boleh macam tu!
At least, kita perlu berusaha,” ujar Tengku Syahran dalam
sendunya.
Zahlia terdiam
seketika.Suasana suram mengulit setiap ruang antara
mereka.Mata yang kuyu mengerdip cuba dibuka seluas-
luasnya untuk merenung wajah lelaki itu.
Buat pertama kali,
Zahlia berjaya menempatkan anak mata hazelnya lama ke
dasar mata Tengku Syahran.Terasa sesuatu yang menjentik-
jentik fikirannya untuk memeluk tubuh lelaki itu secara tiba-
tiba.Lama mereka berpelukan erat di situ.
“Hiduplah dengan
abang, Puteri.Jangan pergi macam tu aje.Abang akan
merana!” Tengku Syahran merayu-rayu.
“Mak dah bencikan
Alia.Hubungan kita tak akan direstui.”
“Tapi, mak belum tahu
tentang hubungan Alia dengan mama! Kita patut dedahkan
hal tu.”
“Jangan! Alia tak
mahu kaitkan mama dalam hal ni.Hal mama tak ada kaitan
dengan perkahwinan kita.”
“Alia… abang boleh
mati kalau tak bersama Alia, abang ikut sekali ya?”pujuk
Tengku Syahran lagi.
Zahlia membisu.Dia
tidak tahu hendak memberi jawapan apa.Dia hanya
membiarkan tubuhnya dipeluk erat.

“SYAH, Puteri! Kenapa ni?” tiba-tiba Raja Khalida


muncul.Zahlia melepaskan pelukan.Begitu juga dengan
Tengku Syahran.
“Mama!!” Zahlia
menerpa memeluk Raja Khalida pula.
Raja Khalida pelik
namun pelukan anaknya disambut jua.
“Kenapa ni Puteri?
Apa dah jadi?” soal Raja Khalida penuh sabar walaupun
hatinya berkocak-kocak ingin tahu.
Zahlia menangis di
bahu mamanya.
Raja Khalida
memandang Tengku Syahran pula.Wajah yang keruh itu
membuatkan dahinya berkerut.Mata yang bengkak dan
sembap itu membuatkan hati Raja Khalida meneka
sendirian.Pasti ada sesuatu yang berlaku.
“Mak kamu dah tau,
Syah?” tanya Raja Khalida.
Tengku Syahran
mengangguk lemah.
Raja Khalida
memeluk Zahlia.Diusap bahu itu lembut dan penuh kasih.
“Sabar Puteri.Mama
ada bersama Puteri.Kita masuk dalam dan bincang sama-
sama,” ujar Raja Khalida tetapi Zahlia tidak mahu menapak
ke dalam Villa Sakura lagi.Dia mahu tunggu di luar.
Akhirnya Tengku
Syahran dan Raja Khalida melangkah masuk.Setelah kelibat
mereka hilang, Zahlia melangkah ke dalam kereta Proton
Wiranya.Selepas menghidupkan enjin, Zahlia terus
memandu keluar meninggalkan pekarangan Villa Sakura.
Tengku Syahran yang
sudah melangkah ke dalam rumah, terkejut mendengar enjin
kereta yang semakin berbalam-balam.Dia berlari keluar
semula.Namun, kereta Zahlia sudah hilang.Tengku Syahran
kaget.Dirinya panik.
“Alia, jangan
tinggalkan abang!” jerit Tengku Syahran kuat.
Namun, Zahlia tetap
pergi.Dan tidak mungkin dia mendengar jeritan suaminya
itu.
Bab 54

T ENGKU SYAHRAN tidak berputus asa.Tanpa membuang


masa, dia terus menghidupkan enjin kereta Honda
Preludenya dan mengekori kereta Zahlia dari belakang.Dia
tidak mahu membiarkan isteri yang amat disayanginya itu
meninggalkannya begitu sahaja.Tengku Syahran memandu
keretanya begitu laju.Dia percaya isterinya masih ada di
hadapan.
Akhirnya Tengku Syahran dapat
mengejar Zahlia.Dia mengekori kereta itu dari jarak
jauh.Tidak mahu isterinya perasan.Kini, dia telah sampai di
kawasan perumahan milik Adli dan Anissa.Kelihatan Zahlia
sedang berdiri di hadapan pintu pagar rumah temannya
itu.Zahlia sedang menekan loceng.
Terus sahaja Tengku
Syahran memberhentikan kereta dan melangkah keluar
mendapatkan Zahlia.
“Alia, kenapa pergi
macam tu aje? Kan mama kata kita bincang dulu,” ujar
Tengku Syahran sambil memegang bahu isterinya.
“Tak ada apa-apa yang
nak dibincangkan lagi bang.Kisah kita dah tamat.” Mendatar
sahaja suara Zahlia sambil menepis tangan Tengku Syahran
di bahunya.
Zahlia menekan loceng
rumah Adli sekali lagi.Tengku Syahran terpaksa mengikut
rentak Zahlia.Tidak mahu menyakiti hatinya lagi.Dia mesti
bersikap sabar dengan perangai isterinya kali ini.
“Alia,mama boleh
terangkan segala-galanya pada mak.Tentang Alia dan status
Alia.Alia bukan anak luar nikah.Semua orang akan tahu,
Alia!” Tengku Syahran tidak berputus asa memujuk.
“Apa bezanya bang?
Cuba abang cakap… kenapa mesti ada mulut yang
membeza-bezakan taraf hidup seseorang?” Zahlia seperti
mahu menjerit di situ.
“Abang tak tau nak
cakap apa sebab yang abang tau… abang sayangkan
Alia.Abang nak hidup dengan Alia.That’s all!”
Zahlia menarik
nafasnya dalam-dalam.Tapak kakinya seperti telah melekat
di hadapan pintu pagar itu.Gagal bersuara.
“Dengar sini, Alia!
Tindakan yang Alia ambil ni takkan selesaikan apa-
apa.Hanya menyeksakan diri sendiri dan perasaan
abang.Alia tak perlu buat begitu.Alia hanya perlu ikut abang
balik dan bincang sama-sama dengan mak dan mama.”
Suara Tengku Syahran mulai kendur.
“Kita balik dulu,
sayang,” sambung Tengku Syahran.
“Tak nak!”
“Jangan degil.Mari…
ikut abang.”
Tengku Syahran
menggenggam pergelangan tangan Zahlia.
“Lepaslah… Alia tak
nak balik rumah tu lagi.” Zahlia meronta-ronta minta
dilepaskan.
Tengku Syahran tidak
peduli dengan rayuan Zahlia.Ditariknya tubuh Zahlia.Namun,
kemunculan Adli dan Anissa di hadapan pintu pagar
menghentikan perbuatan Tengku Syahran.
Adli dan Anissa
berpandangan seketika.Hairan melihat riak kekeruhan yang
melanda kedua-dua wajah itu.
“Syah, what
happened?” tanya Adli sambil membuka pintu pagar.
Tengku Syahran
menoleh ke arah Zahlia.Kemudian berpaling semula ke arah
Adli.Dia tidak tahu bagaimana mahu memberitahu.
Sebaik sahaja pintu
pagar dibuka, Zahlia terus meluru ke arah Anissa.Dipeluknya
tubuh itu untuk meredakan kesedihan hatinya.
Adli semakin
pelik.Tetapi, apabila melihat riak keresahan yang tertumpah
di wajah Tengku Syahran, dia sudah mula mengagak
puncanya.Adli memberi isyarat kepada Anissa supaya
membawa Zahlia ke dalam.Isterinya hanya menurut.
Selepas Anissa dan
Zahlia berlalu, Adli mempelawa Tengku Syahran ke dalam
rumah.Lelaki itu menurut lemah.

SUASANA sepi membaluti segenap pelosok ruang tamu


rumah Adli.Zahlia yang duduk bersebelahan Anissa sejak
tadi hanya membisu seribu bahasa.Setiap patah perkataan
yang diceritakan kepada Adli dan Anissa semuanya lahir dari
mulut Tengku Syahran.Lelaki itu yang membuka mulut dan
meluahkan segala-galanya.
Adli terdiam.Sekali-
sekala matanya menjeling ke arah Anissa yang turut
membantu menenangkan hati wanita itu.
“Bagaimana Li? Apa
yang patut aku buat? Aku mahu terus bersama Alia.” Tengku
Syahran bersuara setelah agak lama mendiamkan diri.
Adli merenung wajah
yang buntu itu.Rasa simpatinya tumpah.
“Aku bukan tak nak
tolong kau, Syah! Keputusannya terletak pada tangan kau
dan Alia.Kalau Alia setuju, aku tak boleh nak paksa.Itu hak
dia!” Adli berat mahu meluahkan kata-kata.
Tengku Syahran
semakin bingung.Dihembus nafas yang berat dan
menyeksakan dada.Kemudian Tengku Syahran bangun dan
berjalan ke arah Zahlia.
“Alia dah fikir masak-
masak? Betul, Alia tak mahu hidup bersama abang?” soal
Tengku Syahran pilu.
Zahlia tunduk.Dia juga
pilu sebenarnya tetapi bagaimana dia mahu meneruskan
hidup seandainya lelaki itu kehilangan keluarga semata-
mata mahu hidup dengan wanita murah sepertinya?
Zahlia tidak mahu perkara itu berlaku.Biarlah dia yang
mengalah.
“Kita sama-sama
sayang-menyayangi.Pedulikan anggapan orang.Yang penting
hati kita.Alia tak perlu kisah dengan kata-kata mak.Abang
yang hidup dengan Alia, bukan mak,” sambung Tengku
Syahran seolah-olah memujuk.
Zahlia tetap
membisu.Tengku Syahran mengumpul kesabaran.Bercakap
dengan Zahlia memerlukan ketenangan.
“Tolonglah
Alia.Terimalah abang.Kita tinggalkan tempat ni dan bina
hidup baru di tempat lain, ya?” Tengku Syahran masih
berbicara lembut.
Adli dan Anissa pula
hanya diam dan adakalanya masing-masing
berpandangan.Zahlia tetap diam.Tengku Syahran menarik
nafas.Dia perlu bertanya sekali lagi.
“Alia betul-betul tak
mahu hidup dengan abang lagi?” kali ini soalan itu ditanya
bersama air mata yang mengalir lesu di pipi.
Zahlia memejamkan
matanya sekejap.Kemudian dia mengangguk berat.Tengku
Syahran mengetap bibir.Mengeluh kecil sambil merenung
wajah itu.
“Abang kena
bertanggungjawab ke atas Alia.Abang dah…” Tengku
Syahran tidak mampu meneruskan kata-kata.Dia
memejamkan mata.
Adli dan Anissa
berpandangan.Kemudian menumpukan perhatian ke arah
pasangan yang sedang berinteraksi itu.
“Bagaimana kalau Alia
betul-betul mengandung? Anak tu anak abang jugak!”
Tengku Syahran tiba-tiba bertanya.
Adli dan Anissa
terlopong.Hampir ternganga mulut kedua-duanya setelah
mendengar pengakuan Tengku Syahran.
“Syah!” Adli
menyampuk.Meminta kepastian tentang pernyataan Tengku
Syahran sebentar tadi.
Tengku Syahran
menoleh ke arah Adli.Kepalanya diangguk perlahan.Zahlia
pula hanya membisu.
Tengku Syahran
bingkas berdiri.Kebisuan Zahlia membuatkannya pasrah di
situ.Dia merenung wajah ayu itu buat kali terakhir sebelum
menghayun langkah ke arah Adli dengan semangat yang
telah rapuh.Tiba di hadapan Adli, Tengku Syahran
melepaskan nafas berat.
“Li, maafkan aku
kerana terpaksa membebankan diri kau dengan masalah
aku.Aku tak bermaksud nak menyusahkan kau
sebenarnya.Tapi, aku terpaksa akur dengan keputusan
Alia.Aku harap kau sudi jaga dia sementara waktu ni.Aku
akan cari tempat untuk dia tinggal nanti,” ujar Tengku
Syahran bersama air matanya sekali lagi.
Betapa keputusan itu
amat memedihkan hati.Namun, Tengku Syahran terpaksa
redha.Itu suratan hidupnya.Keputusan Zahlia terpaksa
dihormati.Tengku Syahran mula melangkah meninggalkan
ruang tamu rumah temannya itu.
“Syah, kau nak ke
mana?” pintas Adli.
Tengku Syahran
mematikan langkah.
“Satu tempat yang
belum aku tentukan tapi yang pastinya bukan di sini lagi,”
ucap Tengku Syahran tenang.
“Jangan terlalu ikutkan
perasaan Syah.Hidup mesti diteruskan.”
Ucapan Adli tidak
merubahkan pendiriannya.Tengku Syahran harus keluar dari
belenggu yang akan menambahkan lagi keperitan
hatinya.Dia harus berada jauh dari Zahlia.
“Jaga diri Alia baik-
baik.Abang pergi dulu!” pesan Tengku Syahran tanpa sedikit
pun memandang wajah Zahlia.
Tengku Syahran sudah
melangkah keluar untuk meninggalkan rumah temannya
itu.Adli tidak mampu menghalang.Tiba-tiba Adli teringatkan
sesuatu lantas dia berlari keluar mendapatkan Tengku
Syahran bersama sebuah sampul surat di tangan.
“Syah!” Adli
menjerit.Dia berlari ke arah Tengku Syahran.
“Syah… ini geran
tanah rumah kau.Aku dah belikan rumah untuk kau.Kunci
dan semua dokumen penting ada dalam tu,” ujar Adli lalu
menghulurkan sampul surat besar ke arah temannya.
Tengku Syahran
menyambut sampul surat itu dengan senyuman tawar.Tiada
lagi perasaan ceria yang hinggap di hatinya.
“Terima kasih atas
bantuan kau, Li.Tetapi yang paling aku risaukan adalah
Alia.Aku amanahkan dia pada kau buat sementara waktu
ni.Aku akan carikan dia satu tempat yang lebih elok.Janji
dengan aku, Li?”
Adli mengangguk.
“Terima kasih.Satu
lagi, kalau betul-betul Alia mengandung, kau jangan risau
dengan perbelanjaannya.Aku akan tanggung,” sambung
Tengku Syahran lagi.
“Kau nak ke
mana,Syah? Bagaimana aku nak hubungi kau?” tanya Adli
risau.
Tengku Syahran
menjungkit bahu.Kakinya melangkah kembali.Tetapi sebelum
melangkah ke luar pagar, dia sempat bersuara. “Rahsiakan
tentang rumah yang aku beli tu!”
Kelibat Tengku
Syahran mula menghilang di sebalik kegelapan malam.Dia
pergi membawa sekali penderitaan hati yang tidak
tertanggung.
Semasa keretanya
bergerak membelah malam untuk meninggalkan rumah Adli,
dia tidak menyedari sepasang mata milik Zahlia sempat
menghantar pemergiannya bersama air mata yang
bercucuran di sebalik langsir tingkap.Pasangan itu terpisah
di situ.

Sebelumnya kau
pergi
Renunglah aku di
sini
Kerna mungkin
terjadi
Kita takkan bersua
lagi
Anggaplah
pertemuan ini
Mungkin yang
terakhir
Dan tak usah kita
kesali
Atas apa yang
terjadi
Dalam sayu, Zahlia teringat
cebisan rangkap sebuah lagu yang pernah digemarinya
dahulu.Hatinya rancak menyanyi mengikut rentak lagu itu
sedangkan sanubarinya hanya tahu menangisi pemergian
lelaki itu.Dan yang menyedihkannya, Tengku Syahran tidak
langsung merenungnya buat kali terakhir.Zahlia pasrah.
Bab 55

Z AHLIA duduk termenung di ruang makan.Sudah dua


minggu dia berada di rumah Adli dan selama dua minggu
itu jugalah Tengku Syahran menghilang.Di manakah
suaminya itu menghilang? Rasa rindu mula membuak-buak
datang.Tetapi Zahlia hanya pendamkan di dalam
hati.Sesungguhnya itu adalah keputusannya.
Adli ada memberitahu Zahlia
yang Tengku Syahran tidak lagi ke pejabat semenjak
berakhirnya malam itu.
Tiba-tiba Anissa muncul
di ruang makan sambil mengendong bayi
perempuannya.Anissa melangkah mendekati Zahlia dan
melabuhkan punggungnya di sisi Zahlia.Zahlia melemparkan
senyuman hambar.
“Kenapa Alia? Ada
masalah ke?” tanya Anissa lembut.
“Tak adalah.Saya
okey,” jawab Zahlia sambil menyenduk nasi goreng yang
terhidang di atas meja ke dalam pinggan.
Anissa hanya
memerhatikan gelagat Zahlia.
“Are you sure?”
“Yes.”
Keadaan sunyi
kembali.Zahlia kelihatan berselera mengunyah nasi
goreng.Dia sudah mempelawa Anissa makan tetapi wanita
itu hendak menidurkan anaknya dahulu.
Selepas habis makan
nasi goreng, Zahlia mencapai seketul karipap pula.Kemudian
mengambil lagi.Begitu berselera nampaknya.Ketika karipap
itu tinggal lagi sedikit barulah Zahlia sedar tingkah-lakunya
telah diperhatikan oleh Anissa.
“Kenapa Anis pandang
saya macam tu?” tanya Zahlia.
“Saya tengok Alia kuat
makan sekarang.Is there something wrong?” tanya Anissa
penuh senyuman mengusik.
“Mana ada! Anis ni…
merepek ajelah!” jawab Zahlia selamba.Cawan berisi air
Nescafe dihirup perlahan-lahan.
“Entah-entah tekaan
Syah tu betul tak? Kalau Alia betul-betul pregnant
bagaimana?” tanya Anissa beria-ia.
Zahlia
tertunduk.Wajahnya terasa panas tiba-tiba.Dia
menjungkitkan bahu membuatkan Anissa ketawa melihat
respons Zahlia yang lucu.
“Nanti kita ke klinik.Buat
check up.”
“Ehh, tak usah.Saya tak
apa-apa Anis.Selera saya memang macam ni!”
“Saya tak percaya.”
“It’s up to you.”
“Okey… Alia ada datang
bulan sejak kebelakangan ni?” tanya Anissa.
Zahlia
terdiam.Memikirkan hal itu.Perlahan-lahan dia
menggoyangkan kepala.
“Dah berapa lama?”
“Lebih kurang dua
bulan,” jawab Zahlia takut-takut.
“Haa… it shows that
you’re pregnant.I think better kita pergi check jugak.Apa-apa
kemungkinan, boleh kita bersedia dari awal,” cadang Anissa.
Zahlia mengerutkan
dahi.Cepat-cepat dia menggeleng.
“Saya punya period
memang tak pernah teratur.Anis tak payah risau.I’m not
pregnant,” ujar Zahlia sambil membawa pinggan dan cawan
kotor ke sinki.
“Okeylah… kita tutup
soal tu.Tengah hari ni, kita nak masak apa?” tanya Anissa
sambil mengikut Zahlia dari belakang.
“Saya ada
cadangan.Sejak dari semalam saya terfikir nak buat benda
ni.Tapi saya tak tau,” ujar Zahlia dengan senyuman manis.
“Apa dia?” tanya Anissa.
Zahlia ingin menjawab
tetapi dia tidak jadi.Wajah Anissa ditenung lagi.
“Saya ni menyusahkan
Anis ke?”
“Hei, kenapa cakap
macam tu?”
“Yalah… saya rasa
macam saya ni menyusahkan hidup Anis dan Adli sahaja,”
ujar Zahlia sambil mencuci pinggan kotor.
“Syah kan kawan
kami.Amanah dia perlu kami turuti,” beritahu Anissa tenang.
Zahlia termenung di
sinki dapur.Memandang pemandangan luar.
“Saya fikir nak cari
rumahlah, Anis.Menyewa! Tak payah menyusahkan Anis dan
Adli lagi.” tiba-tiba Zahlia memberi pendapatnya.Anissa
terkejut.
“Alia nak duduk di
mana? Kan rumah ni dah ada! Lagipun Alia dah berhenti
kerja.Susah nak tinggal menyewa ni.” Anissa membantah.
Zahlia terus
membuang pandang ke luar tingkap.
“Saya boleh cari
pekerjaan lain.Kan banyak kat luar? Lagipun, saya tak
pernah gunakan ijazah saya tu.Saya boleh cari kerja yang
elok,” ujar Zahlia bersungguh-sungguh.
“Jangan… kalau Syah
tau, dia akan kecewa dengan kami,” celah Anissa.
“Saya ada hak buat
keputusan saya sendiri.”
“Alia, Syah sayangkan
Alia.Dia akan kecewa kalau tau Alia berada jauh darinya,”
pujuk Anissa penuh kelembutan.
“Itu lebih baik untuk
dia dan saya saling melupakan.Hubungan kami tak direstui.”
Zahlia memandang
tepat wajah Anissa.Dia berharap Anissa faham dengan
permintaannya.
“Beginilah, saya akan
bincang hal ni dengan Adli.Kalau Adli setuju, saya akan
beritahu Alia.Tapi, kalau Adli tak setuju… you must stay here
sampai keadaan betul-betul dah stabil.” Ucapan Anissa
membuatkan Zahlia tersenyum.
“Terima kasih Anis!”
“Saya berdoa Adli tak
setuju,” beritahu Anissa berterus-terang.
Zahlia hanya
tersenyum manja.Tiba-tiba wajahnya berubah kelat.Zahlia
mengurut tekaknya.Anissa pelik melihat Zahlia.
“Alia, kenapa?”
soalnya.
Zahlia tidak
menjawab.Dia tidak tentu arah.Memusingkan tubuh ke arah
sinki dan membongkokkan kepala di situ.Terus mulutnya
memuntahkan bahan-bahan yang memualkan
tekaknya.Habis keluar segala makanan yang baru dijamah
tadi.Warna mukanya turut berubah merah.
Anissa
terkejut.Mendekati Zahlia dan menggosok-gosok tubuhnya.
“Peritnya…” Zahlia
menggosok tekaknya.
“Nak muntah lagi?”
Zahlia
menggeleng.Melangkah ke ruang hadapan.Anissa menurut
dari belakang.Dia ingin menyatakan sesuatu tetapi tidak
jadi.Dia terus diam.
“Saya rasa nak
makan Laksa Johorlah.Anis tau masak Laksa Johor tak?” soal
Zahlia lalu duduk di atas kerusi.
Anissa
mengangguk.Dia semakin pelik.Menurut Tengku Syahran,
Zahlia tidak berapa gemar dengan makanan
itu.Mungkinkah…
“Anis ajar saya boleh?
Saya teringin nak makan sejak semalam,” ujar Zahlia penuh
harapan.
Anissa tidak terus
menjawab.Fikirannya terasa ingin menduga wanita itu.
“Boleh, tapi bukan
hari ni.Saya ajar Alia esok… okey? Hari ni… saya nak masak
nasi ayam.Kita makan nasi ayam.”
Dahi Zahlia
berkerut.Air mukanya berubah terkilan.Dia ingin membantah
tetapi takut dikata memerintah di rumah orang.Akhirnya
Zahlia diam membisu.Anissa berlalu ke dapur.Sejurus
selepas Anissa berlalu, Zahlia mengesat air matanya.Hatinya
terusik.Tekaknya terlalu inginkan Laksa Johor.Tetapi dia perlu
bersabar sehingga hari esok.
Anissa kembali
semula dengan buah oren yang sudah dipotong lalu
dihidangkan di atas meja.
“Makanlah buah tu
dulu.Tekak Alia masih loya, kan?”
Anissa duduk di sisi
Zahlia.Zahlia segera mencapai sepotong buah oren dan
mengunyahnya perlahan.Tekaknya terasa lega sedikit.
Anissa mengeluh.Dia
mencapai gagang telefon dan menekan nombor pejabat
Adli.Zahlia hanya memerhatikan tingkah Anissa sambil
menggigit sepotong lagi buah yang terhidang di atas meja.
“Helo bang! Anis ni…
abang balik sekarang boleh tak? Kita bawa Alia ke klinik.”
Zahlia menghentikan
kunyahan.Memandang Anissa yang juga sedang
merenungnya.
“I think she’s
pregnant.” Anissa menyambung.
Zahlia terpana.Anissa
meletakkan gagang kembali.Dia membalas pandangan
Zahlia yang terkedu di sisinya.
“Apa maksud Anis
sebenarnya?” Zahlia cuba bertanya.
Anissa mengeluh lagi.
“I think he’s right!”
“Who?”
“Syah! You’re pregnant
Alia.You gonna be a mom.”
“ I don’t think so.”
“Trust me.Saya pernah
lalui saat sebegini.”
Zahlia terus diam
seribu bahasa.

“CONGRATULATIONS!! Your test shows that you’re


pregnant.”
Zahlia terdiam
mendengar kata-kata doktor wanita itu.Seakan-akan tidak
percaya.Anissa yang berada di sisi terus merangkul
tubuhnya.
“Alhamdulillah.Dah
berapa bulan doktor?” tanya Anissa.
“Hmmm… about two
months.She needs more rest and sleep.May I see her
husband?” tanya doktor itu.
Anissa memandang
Zahlia.Dia menoleh ke arah doktor itu semula.
“Suami dia
outstation.Saya yang jaga dia sekarang,” jawab Anissa bagi
pihak Zahlia.
“Anak pertama?” soal
doktor itu.
Zahlia
mengangguk.Doktor itu terdiam.
“Sayangnya.Sepatutnya
suami puan perlu berkongsi berita ini bersama-sama.Tapi tak
apalah,” ujar doktor itu.
Zahlia menoleh ke arah
Anissa.Rasa sebak mula menunjal.
“Beginilah, kandungan
puan masih belum stabil.Puan nampak lesu dan letih.Saya
akan bagi vitamin dan puan kena makan ikut peraturan
sehingga habis.Rehat mesti cukup.Jangan buat kerja-kerja
yang boleh menyebabkan keguguran.”
Zahlia tidak mampu
bersuara.Dia tidak pasti sebenarnya! Dia gembirakah? Tetapi
dalam waktu yang sama dia sebak.
“Alia, dengar tak doktor
cakap apa?” tegur Anissa.
Zahlia mengangguk.
“Doktor, dalam sebulan
berapa kali saya kena buat medical check up?” akhirnya
Zahlia bersuara.Ada riak gembira.
Doktor itu
tersenyum.Faham dengan setiap gelagat wanita yang bakal
bergelar ibu.
“Saya akan beritahu
tarikhnya setiap kali puan ke sini.Ia tak kerap tapi
bergantung kepada keadaan si ibu,” jawab doktor itu lagi.
“Terima kasih doktor,”
ujar Zahlia pendek.
“Puan boleh ambil
ubatnya di luar ya?”
Anissa dan Zahlia
bangun serentak.Mereka keluar mendapatkan Adli yang
sedang menanti bersama si kecil.Adli memandang Anissa
yang sedang tersenyum ke arahnya.Tertanya-tanya.
“Positive,” beritahu
Anissa.
Adli hampir
ternganga.Dia pandang Zahlia pula.
“Really?” tanyanya
seakan tidak percaya.
Zahlia mengangguk.
“Alhamdulillah.” Adli
bersuara.
Nama Zahlia
kedengaran di kaunter.Zahlia terus melangkah ke situ.
“Bagaimana dengan
Syah bang? Dia patut tau!” Anissa berbisik kecil.
“Abang tengah
ikhtiarkan.Abang tak tau dia ada kat mana sekarang
ni.Abang ada jugak cuba telefon rumah dia… adik dia kata
dah dua minggu dia tak balik.”
Adli menyerahkan
anaknya kepada Anissa apabila bayi itu merengek kecil.
“Dia tak ada call
abang?”
Adli menggeleng.
“Kasihan dia.Abang
risau kalau-kalau dia lakukan perkara-perkara bodoh.Dia
terlalu sayangkan Alia.”
“Hisy… selisih malaikat
empat puluh empat.Syah takkan buat benda bodoh
bang.Abang kan dah lama kenal Syah.Dia mesti ada kat satu
tempat.”
“Dah selesai.” Tiba-tiba
Zahlia muncul.
Adli dan Anissa
menghentikan bicara mengenai topik Tengku Syahran.
“Jomlah… kita pergi
makan dulu.Anis dengan Alia tak makan lagi kan?” soal Adli.
“Kita balik ajelah
bang.Anis nak masak Laksa Johor!”
“Laksa Johor? Rajinnya
isteri abang.”
“Bukan isteri abang.Itu
ibu baru tu teringin nak makan Laksa Johor dari semalam,”
usik Anissa.
Zahlia tertunduk malu.
“Kalau menyusahkan
tak payahlah Anis.Saya tak kisah pun.” Suara Zahlia tenang.
Anissa tersenyum.
“Saya pernah rasai
perasaan tu, Alia.Jangan jadi macam saya dahlah.Nak makan
buah durian belanda pun susah sangat.Sampai merajuk-
rajuk baru dapat,” peril Anissa sambil menjeling suaminya.
Adli ketawa besar.
“Yalah… dia minta buah
tu bukan musimnya.Mana nak cari?” balas Adli bersama
ketawanya.Zahlia turut ketawa.Mereka melangkah menuju
ke kereta Adli.
Di dalam kereta,
suasana bungkam.Hanya ditemani bunyi lagu di radio.Anissa
entah bila terlena bersama bayinya.
Sesekali terdengar
keluhan terkeluar dari bibir Zahlia.Tidak tahu kenapa saat
gembiranya terganggu dengan kehadiran wajah Tengku
Syahran.Sekejap-sekejap dia meletakkan tangan di
perutnya.Seakan terasa benih lelaki itu sedang bercambah di
dalam rahimnya.
Zahlia mengeluh
lagi.Lebih kuat dari tadi sehingga Adli yang sedang
memandu memandangnya melalui cermin pandang
belakang.
“Kenapa?” tanya Adli.
Zahlia
tersentak.Terlupa dirinya masih di dalam kereta.
“Tak ada apa-apa,
Adli.Tiba-tiba teringatkan dia…” Zahlia berterus-terang.
Adli senyap
seketika.Sebenarnya dia turut memikirkan hal Tengku
Syahran.Dia masih tertanya-tanya di mana lelaki itu
menghilang sehingga tidak langsung mengirim khabar
berita.
“Dia ada telefon Adli?”
Zahlia memberanikan diri untuk bertanya.
“Tak.Saya pun tak tau
di mana dia tinggal sekarang ni! Kenapa? Alia nak beritahu
dia pasal hal ni ke?” soal Adli cuba memancing.
Zahlia membiarkan jari
telunjuknya bermain-main di hujung tudung.
“Dia berhak tahu sebab
anak ni, anak dia jugak,” Zahlia menjawab perlahan.Penuh
berhati-hati agar Adli tidak mengesyaki yang sebenarnya dia
merindui lelaki itu.
Adli tersenyum.
“Baguslah kalau Alia
fikir macam tu.Dia mesti gembira kalau dapat tau berita ni!”
“Saya pun harap
begitu.”
Zahlia menyepi
kembali.Tiba-tiba dia teringatkan mamanya.Sudah dua
minggu wanita itu tidak diketahui khabarnya.Sejak Zahlia
meninggalkan Villa Sakura, segala-galanya bagaikan telah
mati dari hidupnya.
“Esok, saya nak ke
rumah mama saya.” Zahlia membuka mulut lagi.
Adli dan Anissa sudah
mengetahui tentang hal itu.Mereka juga sudah maklum yang
Zahlia adalah dua pupu kepada Tengku Syahran.
“Pergilah.Dia mesti
risau kalau Alia terus diam macam ni,” jawab Adli tenang.
Suasana kembali sepi
sehingga mereka sampai semula di rumah dua tingkat itu.
Bab 56

Z AHLIA berulang kali menekan loceng pagar rumah Raja


Khalida.Dia menanti dengan penuh debaran.Tidak lama
dia berdiri di situ, dia sudah nampak kelibat Raja Khalida
berlari-lari anak ke arahnya.
Sejurus selepas pintu pagar
dibuka, tubuh Zahlia terus lemas dalam pelukan Raja
Khalida.Wanita itu menangis teresak-esak di
bahunya.Sementara Zahlia masih berlagak selamba dan
tenang sekali.
“Puteri pergi mana?
Dah dua minggu tak telefon mama,” tanya Raja Khalida
sebaik sahaja pelukan terlerai.
Zahlia tidak
menjawab.Mereka berjalan ke arah rumah dua tingkat itu.
“Mama risaukan
Puteri.Puteri hilangkan diri sekelip mata,” sambung Raja
Khalida apabila mereka duduk di ruang tamu.
“Maafkan Puteri,
mama! Fikiran Puteri buntu.” Zahlia bersuara perlahan.
Raja Khalida terkejut
dengan kata-kata Zahlia.Puteri? Dia pelik.Tetapi malas mahu
bertanya.
“Puteri tinggal kat
mana sepanjang dua minggu ni?” soal Raja Khalida lagi.
“Rumah kawan.”
“Dengan Syah?”
“Tak.Puteri sorang.”
“Syah pergi mana?
Kalau dia tak ada dengan Puteri, dia ada dengan siapa?”
Za hlia menjungkitkan
bahu.Raja Khalida mengeluh.
“Kenapa Puteri tak
balik rumah mama? Ini kan rumah Puteri jugak.”
“Puteri perlukan
ketenangan.Puteri tak mahu mengganggu mama.”
Raja Khalida
membisu.Pilu hatinya memandang anak tunggalnya itu
kelihatan lesu tidak bermaya.Menderita sungguh kehidupan
anaknya itu.Raja Khalida teringat ketika dia menerangkan
segala rahsia pertaliannya dengan Zahlia.
Tengku Badariah
terkejut dan benar-benar rasa bersalah.Berkali-kali wanita itu
meminta maaf kerana menuduh Zahlia yang bukan-
bukan.Kasihan Puteri!
“Tinggallah dengan
mama, Puteri! Jangan lupa yang Puteri masih ada mama
dalam dunia.Buat apa menumpang rumah orang? Puteri
masih ada rumah sendiri.”
Raja Khalida
merenung tepat wajah yang membiaskan memori lamanya
dengan Megat Safiuddin.Rindunya terubat.
“Puteri sedang
merancang untuk mencari kehidupan Puteri sendiri.Mama
janganlah risau.Anak mama kan dah besar.Dah boleh buat
keputusan sendiri.Puteri tak mahu susahkan mama.Biar
Puteri merasa hidup berdikari,” jawab Zahlia penuh
ketenangan.Entah dari mana perasaan itu hadir, Zahlia
sendiri tidak tahu.
Zahlia terdengar
Raja Khalida mengeluh.
“Mak mentua Puteri
minta maaf.Dia tak sangka sampai begitu sekali dia terlepas
cakap.Dia marah kerana Puteri dan Syah main-main dengan
ikatan perkahwinan.Baliklah Puteri… dia menunggu Puteri di
rumahnya,” pujuk Raja Khalida mengharapkan Zahlia
termakan hati dengan kata-katanya.
Zahlia tidak tahu
bagaimana mahu menjawab.Terdiam sejenak.
“Dia menyesal
menuduh Puteri yang bukan-bukan.Dia risau Syah tak balik
rumah sejak malam tu.Kasihan dia Puteri! Badan dia nampak
kusut tunggu Puteri pulang setiap hari,” sambung Raja
Khalida lagi.
Zahlia tetap diam.
“Puteri… Puteri kan
dah besar.Dah boleh buat keputusan sendiri dan mesti Puteri
tau mana yang baik dan buruk sesuatu perkara tu kan?
Fikirkanlah… mak mentua Puteri tu tak pernah sakitkan hati
Puteri.Dia cuma tersilap cakap waktu tu.Kenapa susah
sangat nak maafkan dia?” pujuk Raja Khalida bersungguh-
sungguh.
“Mama… Puteri tak
marahkan mak lagi.Tapi Puteri jugak tak mungkin balik ke
rumah tu semula.Benarkanlah Puteri hidup sendiri
mama.Puteri nak merasai susah senang hidup sendiri.”
“Tapi Puteri duduk
sorang-sorang.Mama risau.”
“Mama janganlah
risau.Puteri takkan keseorangan lagi bila sampai masanya.”
Raja Khalida
memandang Zahlia.Hairan dengan kata-kata itu.
“Mama tak faham.”
Tangan Zahlia
mengusap-usap perutnya dengan senyuman.Raja Khalida
memandang perbuatan Zahlia dengan perasaan aneh yang
menjadi-jadi.
“Mama nak jadi nenek
tak?” tanya Zahlia.
Raja Khalida
terlopong.Dia sudah dapat menangkap maksud kata-kata itu.
“Puteri pregnant?” soal
Raja Khalida.
Zahlia mengaku.
“Mama suka tak?”
“Of course honey.Bila
Puteri tau?”
“Semalam.Puteri akan
jadi ibu.Mama akan jadi nenek.”
“Syah akan jadi papa?”
pintas Raja Khalida.
Zahlia telan air
liur.Terdiam menggigit bibir.Memang itu yang ingin
dinyatakan tadi tetapi Raja Khalida terlebih dahulu
menyatakannya.
“Tinggallah dengan
mama, Puteri.Mama boleh jaga Puteri,” ujar Raja Khalida
tiba-tiba.
Zahlia bangun.Beralih
tempat dekat dengan mamanya.
“Puteri akan jaga diri
Puteri elok-elok.Mama jangan sekali-kali risau, okey? Puteri
akan pastikan kesihatan Puteri, makan minum Puteri, dan
pergerakan Puteri tak melampaui batas.Puteri ingat yang
perut Puteri ada baby.Puteri tau Puteri akan jadi ibu.Mama
jangan risau, ya?” beritahu Zahlia sambil memeluk tubuh
Raja Khalida.
Raja Khalida
sebak.Dibalas pelukan anaknya yang tersayang.Diangguk-
angguk kepalanya tanda setuju walaupun berat hatinya
mahu melepaskan anak yang sudah berbadan dua itu hidup
bersendirian.
“Okeylah mama.Puteri
nak balik dulu.Puteri nak pergi melawat kawan Puteri yang
kat hospital tu.Mama jaga diri tau.Cucu mama ni pun nak
kenal nenek dia jugak.” Zahlia berseloroh.
Raja Khalida
tersenyum.Mengesat air mata yang telah mengalir lesu.
“Puteri pun sama,”
pesannya.
“Rahsiakan hal ni
mama.Jangan beritahu mak!”
“Kenapa?”
Za hlia tidak menjawab
soalan itu.Berharap mamanya faham sendiri.Kereta Zahlia
menghilang tengah hari itu.Meninggalkan Raja Khalida yang
masih dilanda sebak.

“KAU pembohong Alia! Kau penipu! Mengapa kau buat begini


untuk aku?” Razif membentak.
Razif marah setelah
mendapat tahu Zahlia tidak lagi bekerja di Sinar Iram.Di
situlah terbongkarnya rahsia perkahwinan Zahlia.
Zahlia hanya
mengetap bibir memandang lelaki yang terbaring di katil
besi itu.
“Aku minta maaf.Aku
cuma nak tolong kau.”
“Kau buat perkara
bodoh ni untuk tolong aku? Tapi kenapa?”
“Aku tak rasa tindakan
aku bodoh.Aku tolong kau Razif.Pertolongan ikhlas dari aku
untuk kau.” Zahlia tepat memandang Razif.Dia sedih
pertolongannya tidak dihargai.
“Dengan mengahwini
lelaki itu? Sumpah! Aku ingat kau berkahwin dengannya
sebab cinta.Rupa-rupanya kau tipu aku.Bodohnya aku kerana
mempercayai kau selama ini.”
“Aku dah agak ini
penerimaan kau terhadap aku, Razif.Okay, fine! Kalau kau
tak dapat memaafkan aku, tak apa.Aku tak menyesal
dengan setiap tindakan aku.Sekurang-kurangnya aku dah
jalankan tanggungjawab aku sebagai sahabat.”
Mereka menyepi.Razif
tertunduk berfikir.Menyesal juga kerana menambahkan lagi
penderitaan temannya.Entah bagaimanakah hidup wanita itu
kini.
Razif memandang
Zahlia semula.Terpancar raut kesedihan di situ.Pasti wanita
itu sedang menderita dengan kehidupan yang
dilaluinya.Razif menghela nafas.
“Aku tak marahkan kau
sebenarnya.Aku cuma kecewa dengan tindakan kau,
Alia.Mengapa kau korbankan diri kau untuk aku?”
“Sebab kau kawan
aku.Aku sayangkan kau.Aku tak mahu kau tinggalkan aku
dalam usia muda.Banyak yang perlu kau lalui dalam hidup
ini.”
Razif ketawa
akhirnya.Diikuti dengan Zahlia.
“ Kau jangan sekali-kali
lupa yang ajal maut di tangan ALLAH.Kalau aku dah nak
mati, bila-bila masa ALLAH boleh ambil nyawa aku,” ujar
Razif masih bersisa ketawa.
“Razif… jangan cakap
macam tu.”
“That’s true, right?”

Zahlia
terdiam.Mengangguk lemah.
“Kau maafkan aku?”
tanya Zahlia mengubah topik.
Razif menggigit
bibir.Lambat-lambat mengangguk jua.Zahlia tersenyum
puas.
“ Terima kasih.” Pendek
ucapannya.

Bab 57
S UDAH tiga bulan berlalu.Zahlia masih tinggal di rumah
Adli.Tengku Syahran entah di mana hilangnya.Adli pula
berhari-hari mencari maklumat berkenaan Tengku
Syahran.Tetap gagal.Kini fikirannya buntu.
“Alia mana?” tanya Adli kepada
Anissa yang baru duduk di sebelahnya.
“Ada kat atas dengan Fiqa.Fiqa
tu, kalau dengan Anis… bukannya nak sangat.Dengan auntie
dia jugak nak memerintah.Kasihan Alia! Dahlah macam tu,
kena layan Fiqa lagi.” Anissa merungut dengan senyuman.
Adli hanya ketawa
mendengar rungutan isterinya.
“Baby dia tak
meragam?” soal Adli lagi.
Anissa menggeleng.
“Tak ada pulak Alia
mengadu.Elok aje Anis tengok,” jawab Anissa.
Adli terus diam.Tidak
mahu bertanya lagi.
“Syah tak ada call
abang?” Anissa bertanya.
Adli mengeluh.Buntu
fikirannya memikirkan masalah itu.Hampir setiap hari dia
menanti panggilan telefon Tengku Syahran.Tetap
hampa.Tengku Syahran terus menyepi.
“Entah mana Syah
tinggal sekarang ni.Langsung tak kirim khabar.Abang
kasihankan Alia tu… she was pregnant about five months
already tapi Syah tak pernah tau langsung.” Adli mengeluh.
Anissa terdiam.Setuju
dengan pendapat suaminya.
“Entah-entah dia ada
call abang.Abang aje sembunyikan dari Anis dan Alia.”
Anissa cuba menyerkap jarang.Adli membeliakkan mata.
“Pandainya dia nak
tuduh orang.Abang langsung tak tau mana Syah tinggal.Duit
bulan-bulan pun dia kirim dengan wang pos.Mana abang tau
alamat dia.” Adli berterus-terang.
Anissa berasa bersalah
kerana menuduh suaminya tadi.Terdiam.Suasana sunyi itu
menjadi sedikit bising apabila telefon berdering.Adli segera
menjawab.
“Helo…” senyap
seketika di hujung talian.
“Helo…” Adli
memanggil lagi.
“Li?” suara itu
menegur.
Adli tersentak.Dia
segera menoleh ke arah Anissa.
“Syah!” suara Adli
hampir menjerit.Anissa mendekati suaminya.
“Kau sihat?” bunyi
nada di hujung talian hambar sekali.
Lidah Adli pula
bagaikan kelu untuk berbicara.Tiga bulan Tengku Syahran
tidak menghubunginya.Tiba-tiba Adli seperti kehilangan idea
untuk melafazkan kata-kata.
“Alhamdulillah… aku
sihat.Anak isteri aku pun sihat.” Lambat-lambat Adli
membuka mulut.Sengaja tidak mahu bercerita tentang
Zahlia lagi.
“Kau sihat, Syah?”
tanya Adli pula.
“Aku sihat…” pendek
ucapan Tengku Syahran.
Keadaan sepi
semula.Hanya terdengar nafas yang terhembus mengenai
corong telefon.
“Kau di mana sekarang
ni, Syah? Tiga bulan kau tak hubungi aku.Aku risau kat
sini.Baliklah Syah,” pujuk Adli penuh riak merayu.
Tengku Syahran tidak
bersuara.
“Aku ada kat satu
tempat.” Hanya itu yang terucap di bibir Tengku Syahran.
“Di mana?”
“Tak payahlah kau
tau.”
“Syah, Alia is
pregnant.Almost five months.She needs you here.”
Tengku Syahran tidak
terkejut.Dia sudah mengetahui hal itu dalam diam.Sebab itu
dia tidak pernah lupa untuk mengirimkan wang untuk
perbelanjaan isterinya setiap bulan.Duit yang diperoleh hasil
dari makan gajinya di sebuah syarikat komputer.Mujurlah dia
mempunyai sedikit ilmu dalam bidang itu.
“Aku dah poskan kunci
rumah aku.Mungkin sampai esok.Nanti kau suruh Alia tinggal
di rumah tu.Aku dah siapkan semuanya.Aku tak nak
susahkan kau lagi.” Tengku Syahran cuba mencari peluang
untuk meluahkan hasratnya.
Adli tersentak dengan
kata-kata Tengku Syahran.Dia mula menyusun perkataan
untuk membalas ucapan temannya.Anissa yang tidak lepas-
lepas mendengar perbualan itu terdiam tanpa kata.
“Alia dah nak sarat,
Syah.Takkan aku nak tinggalkan dia sorang-sorang kat
rumah tu.Kalau apa-apa terjadi macam mana? Lainlah kalau
kau ada tengok-tengokkan dia,” bantah Adli.
Tengku Syahran
terdiam lagi.Mengakui kebenaran ucapan Adli.Dia mengeluh
tiba-tiba.
“Biar Alia rasa susah
senang hidup sendiri.Aku nak dia kandungkan anak aku kat
rumah tu.Tak payah mengganggu hidup kau lagi.Kau dengan
Anissa pun mesti dah lama mahukan privacykan?” dalam
serius Tengku Syahran bergurau.
Tercetus ketawa di
bibir Adli setelah mendengar ayat itu.Bergabung bersama
ketawa Tengku Syahran.
“Kau masih macam
dulu Syah!” Adli bersuara dalam ketawanya.
“Anis, pampers Fiqa kat
mana? She’s piss off!” jeritan Zahlia yang terdengar dari
anak tangga mematikan ketawa Tengku Syahran serta-
merta.
Rindunya dia pada
suara lunak itu terlalu menggegar perasaan.Suara yang
masih manja dan lembut menyapa telinga, amat-amat
dirindui hampir tiga bulan lamanya.Anissa berpandangan
dengan Adli sebelum masing-masing mengalihkan
pandangan pada Zahlia yang sedang berdiri di anak tangga.
Zahlia yang tadi dapat
mendengar gelak ketawa Adli yang kuat seolah-olah terasa
pelik apabila suasana menjadi sunyi tiba-tiba.Tambahan pula
dua pasang anak mata yang sedang merenung dirinya di situ
membuatkan jejak kakinya terasa kekok.
“Li, aku nak cakap
dengan Alia sekejap,” pinta Tengku Syahran menyedarkan
Adli yang masih diam.
Adli menoleh ke arah
Anissa sebelum memandang Zahlia.Gagang telefon
ditunjukkan ke arah wanita itu.
“Syah,” ujar Adli.
Zahlia
tersentak.Berdiri lama sebelum melangkah perlahan-lahan
menuruni anak tangga dengan perut yang kian
membesar.Selepas dia mencapai gagang, Adli dan Anissa
berlalu ke tingkat atas.Bagaikan faham dengan situasi
itu.Zahlia melabuhkan punggungnya di atas kerusi.Kemudian
melekapkan lubang telefon ke telinga.
“Assalamualaikum.”
Zahlia cuba mengawal nada suaranya.Dalam rindu yang
sarat dengan rasa gembira.
Tengku Syahran dapat
mendengar suara lembut itu.Rindunya terubat.Fikirannya
berkocak membayangkan keadaan isteri tersayang yang
sudah tiga bulan ditinggalkan.
“Waalaikumussalam.”
Pendek ucapannya.Namun mampu membuatkan air mata
Zahlia bertakung sedikit.
“Alia sihat?” tanya
Tengku Syahran perlahan.
Zahlia hanya mampu
mengeluh.Pada zahirnya, memang dia sihat.Tetapi…
batinnya selalu merindukan Tengku Syahran.Sihatkah dia?
Zahlia sendiri pun kurang pasti.
“Alhamdulillah.Abang?”
“Abang sihat.Cuma…
terlalu rindukan sayang!” sempat Tengku Syahran mengusik.
Zahlia hanya
diam.Menahan air mata yang kian bertambah di tubir
matanya.
“Alia tak rindukan
abang?” tanya Tengku Syahran pula.
Rindukah aku
padanya? Soalan itu bermain-main di fikiran Zahlia.Dia tidak
tahu hendak jawab apa.Tetapi dia dapat rasakan air jernih
yang bertakung kian menuruni juring matanya.Zahlia
menyedari dadanya mula berombak-ombak
menahan tangis.Dia terdengar bunyi hembusan nafas yang
meluncur ke corong telefon.
“Baby sihat tak?”
Tengku Syahran menyoal lagi.Persoalan yang lain pula.
Kali ini Zahlia gagal
membendung air matanya.Ia menitis jua.Mengalir laju di
pipinya yang sentiasa kelihatan basah.Zahlia gagal
mengeluarkan suara.Dia menggigit bibirnya.Takut lelaki itu
dapat mengesani situasi tersebut.Namun pendengaran
Tengku Syahran amat cekap.Tangisan kecil Zahlia yang halus
mengalir ke salur pendengaran amat mengusik hati.
“Alia menangis ke?”
tanya Tengku Syahran selamba.Lembut dan perlahan.
Zahlia tidak
menjawab.Membiarkan air mata itu mengalir laju.Dia sudah
malas mahu menyekat perasaannya lagi.Biarlah ia diketahui,
asalkan beban perasaan itu tidak menyeksakan lagi
nalurinya.
“Janganlah macam
tu.Abang sihat kat sini.Abang sedang cuba sesuaikan diri
abang dengan keadaan.Alia pun jagalah diri elok-elok.Jangan
banyak bergerak.Baby pun… jangan lupa bagi makan.Beri
makanan yang berkhasiat.Alia kena banyak makan sayur
dan buah-buahan.Sementara waktu ni, lupakan dulu jeruk-
jeruk dan asam-asam tu.Jaga kesihatan Alia dan baby
kita.Kalau boleh, lahirkanlah abang anak lelaki kembar.”
Panjang ceramah Tengku Syahran.
Zahlia memejamkan
matanya.Sungguh! Dia rindukan lelaki itu.Terlalu…
merindui.Zahlia mula tersedu.Suasana menjadi sepi
semula.Suara Tengku Syahran sudah senyap di hujung
talian.Zahlia membuka matanya.Dia harus berterus-
terang.Hari itu… segala-galanya harus diselesaikan.Zahlia
menarik nafas.Mengumpul kekuatan untuk meluahkan rahsia
hatinya setelah sekian lama ditinggalkan.
“Abang baliklah! Alia
perlukan abang.Baby kita pun perlukan abang.Alia dah
bersedia hidup dengan abang dan anak kita.Alia rindukan
abang.Sungguh! Jangan hukum perasaan sendiri lagi! Kalau
begini gayanya, biarlah Alia aje yang mengalah,” ucap
Zahlia penuh perasaan.
Talian Tengku Syahran
tetap senyap.Tiada lagi deruan nafas yang berbunyi di
situ.Zahlia telan air liur.Kebisuan itu menyesakkan nafasnya.
“Abang!” panggil
Zahlia.
Talian tetap
menyepi.Air mata Zahlia semakin deras menitis.
“Abang!” panggilnya
lagi.Nadanya mula kalut.
“Abang!” Zahlia ingin
menjerit.Tangisannya sudah kedengaran.
Zahlia kaget.Tetapi…
tiada langsung sahutan.Yang kedengaran hanyalah ton talian
yang sudah terputus.Menunjukkan Tengku Syahran sudah
tiada di situ.Zahlia terkedu menggigit bibir.Menahan tangis
yang sudah berbunyi.Lelaki itu telah meninggalkannya sekali
lagi dan membiarkan dirinya merindu semula.Zahlia
tertunduk dan terus menangis.
Kenapa abang
tinggalkan Alia lagi? Hati Zahlia merintih pilu.
LINDA ternampak kelibat Faizal keluar dari bilik air dengan
memakai tuala.Cepat-cepat Linda menutup matanya.Tidak
mahu diganggu lagi.Tetapi sangkaannya meleset.Tiba-tiba
dia terasa tubuhnya ditindih.Segera dia membuka
mata.Tapak tangannya menghalang wajah Faizal yang ingin
menghampiri.Faizal menghentikan niatnya.
“Kenapa?” tanya
Faizal hampa.Dia bangun dan duduk di birai katil.
Linda
tersenyum.Bangun dan menghampiri Faizal.
“I nak you tolong I
satu perkara aje lagi,” ujar Linda dengan suara menggoda.
“Lagi? Kali ni apa
pulak? You nak suruh I ganggu perempuan tu?” Faizal sedikit
marah.
Linda tersengih.
“Tolonglah.You aje
yang boleh bantu I sekarang ni.” Linda merengek kecil.
Faizal
mengeluh.Rengekan itu selalu mencairkan hatinya.
“Linda… kenapa nak
ganggu hidup dia lagi? Dia dengan Syah kan dah berpisah!
Jangan kacau hidup mereka lagi.You dah ada I.I boleh jaga
you dan anak ni.Kita kahwin.” Faizal menyatakan hasratnya.
Linda sedikit
tersentak.Kahwin? Satu perkara yang membebankan!
Rungut Linda di dalam hati.
“Kita kahwin, okey? I
tak nak hidup kita selamanya macam ni.Kita adakan
perubahan.You jadi isteri I dan I jadi suami you.You lahirkan
anak untuk I dan kita jaga sama-sama.”
Linda telan air
liur.Faizal sudah merancang? Linda menunjukkan muka
bosannya tetapi segera dia memaniskan muka.Berlakon!
“You nak ajak I
kahwin?” soal Linda minta kepastian.
Faizal mengangguk.
“Kita
bertaubat.Kahwin ikut cara Islam dan lakukan segala-galanya
ikut cara Islam.Kita dah jauh menyimpang, Linda.Sementara
masih ada peluang hidup ni, baik kita berubah dan
bertaubat.I takut kita mati nanti tak sempat nak bertaubat.”
Faizal berkata lagi.
Linda mencebirkan
bibirnya dalam diam.Sejak bila pulak mamat ni dah jadi
alim? Ceh! Linda menyumpah dalam hati.
“Okey… okey…
macam nilah.You lakukan kerja ni last untuk I.Lepas
segalanya beres, I akan ikut cakap you.Kalau betul you nak
kahwin dengan I, I akan setuju.Okey?” ujar Linda
bersungguh-sungguh.
Faizal terdiam
sejenak.Berfikir sebelum mengangguk.
“Okey.But you mesti
janji dengan I.”
“I janji.” Linda
mengangkat tangan seolah-olah bersumpah.
“Hmm… apa yang
perlu I buat?” tanya Faizal.
“I nak you musnahkan
hidup perempuan tu! Biar dia malu nak hidup lagi.”
Faizal mengerutkan
dahi.Tidak mengerti caranya.
“Bagaimana?”
“You perkosa dia! I nak
bila zuriat tu lahir, Syah pun geli nak pegang apatah lagi
mengaku anak sendiri,” beritahu Linda penuh dengan
bisikan syaitan.
Faizal mengetap
bibir.Dia menoleh ke arah Linda.
“Selama ni you rasa I
perkosa you ke?” soalnya.
Linda ketawa.
“Tak adalah.I yang rela
sendiri,” jawab Linda masih dengan ketawanya.
Faizal turut ketawa.
“Okey.I akan lakukan
kerja ni secepat mungkin.”
Faizal mencapai seluar
dan baju yang bergelimpangan di lantai.Disarungkan ke
tubuh.Linda hanya memerhatikan tingkah laku Faizal
bersama sorakan kemenangan di dalam hati.
“I akan tunggu you,”
ujar Linda dalam nada manja.
Faizal menghampiri
Linda.Dikucup dahi wanita itu bertalu-talu.
“You mesti jadi milik I ,”
bisik Faizal perlahan.
Faizal melangkah
keluar.Beberapa saat kemudian, Linda turut menyarungkan
baju tidur ke tubuhnya.Dia mencapai sebatang rokok lalu
dinyalakan.Dia berjalan keluar.Berdiri di tiang tangga teratas
sambil memerhatikan jasad Faizal menghilang di muka pintu
besar rumah itu.
Linda rakus menyedut
rokoknya.Sejurus selepas Faizal hilang, Linda ketawa
besar.Bergema-gema di seluruh rumah itu.
“Bodoh kau, Faizal!
Beginikah caranya nak bertaubat?” jerit Linda sekuat hati.
Linda mula melangkah
ke anak tangga.Dengan ketawa yang seumpama syaitan,
kakinya melangkah untuk turun ke bawah.Namun, sudah
suratan agaknya, kaki Linda terpijak sehelai kain yang
bersepah di anak tangga.Dia tersungkur jatuh.Berguling-
guling di setiap anak tangga.
Linda terbaring di lantai
bawah.Perutnya terasa sakit sekali.Dia dapat merasakan
darah yang panas mengalir keluar dari celah
kakinya.Pandangannya juga semakin kelam.Seluruh
tubuhnya terasa amat sakit.
Linda mengerang
keseorangan.Suara tangisannya yang kuat memenuhi ruang
rumah yang gelap lama-lama menjadi perlahan.Akhirnya
suara tangisan itu semakin kecil dan terus hilang.Tubuh
Linda sudah kaku terbaring di situ.Pandangannya gelap.
Bab 58

M ALAM ini suasana begitu nyaman sekali.Zahlia sedang


berehat di ruang tamu sambil menonton drama
melayu.Sudah seminggu Zahlia tinggal di rumah baru
pemberian Tengku Syahran.Tidak lagi menumpang di rumah
Adli.Zahlia terkejut apabila diberitahu oleh Adli yang rumah
itu adalah hadiah dari Tengku Syahran.
Pada mulanya Zahlia tidak mahu
menerima tetapi atas desakan Adli dan Anissa, Zahlia
terpaksa akur.Itu amanah Tengku Syahran, kata
mereka.Lagipun memang itulah peluangnya untuk tidak
menyusahkan lagi kehidupan Adli dan Anissa.
Semasa Adli
membawanya singgah di rumah dua tingkat itu, tiga hari
sebelum dia berpindah, Zahlia terperanjat apabila mendapati
rumah tersebut sudah lengkap dengan semua perabot dan
perhiasan.Gambar-gambar perkahwinannya dengan Tengku
Syahran sudah siap tergantung di dinding ruang tamu.Begitu
juga di bahagian dapur, semua kabinet sudah dipenuhi
dengan makanan dan kelengkapan memasak.
Kemudian dia naik ke
tingkat atas.Bilik utama sudah siap berhias indah dengan
katil yang sudah bercadar.Perabot dan set kerusi yang
menarik tersusun megah.Di satu sudut, terhias sebuah rak
khas untuk novel.Sempat Zahlia mencapai satu daripada
novelnya dan menilik.Ada tertulis nama dan
tandatangannya.
Zahlia mengimbau
semula kenangannya pada malam dia meninggalkan Villa
Sakura.Seingatnya novel itu talah ditinggalkan di dalam
bilik.Zahlia hanya membawa beberapa helai pakaian sahaja.
Zahlia menuju ke
almari baju.Dia membuka pintu almari dan mendapati ada
sedikit bajunya yang tersusun di situ.Zahlia terdiam.Dia
tidak tahu bagaimana barang-barangnya itu ada di situ.
Kemudian, Zahlia
melangkah ke bilik sebelah.Sebaik sahaja pintu bilik dibuka,
air mata Zahlia hampir luruh.Seluruh bilik itu sudah dipenuhi
dengan pakaian dan alat-alat mainan kanak-kanak.
Pintu almari dibuka.Di
ruang matanya penuh dengan pakaian kanak-kanak yang
berlipat dan bergantungan.Tiba-tiba matanya tertancap
pada sekeping sampul yang terselit di bawah pakaian yang
berlipat.
Zahlia duduk
perlahan-lahan dan mencapai sampul surat itu.

Untuk Puteri abang,


Jagalah rumah ni elok-
elok.Abang serahkan segala-galanya pada Alia.Alia
hanya perlu duduk, makan dan tidur.Jangan lakukan
kerja yang berat-berat.Bil air, telefon dan elektrik,
abang akan uruskan.Kalau Alia perlukan duit, abang
dah buatkan akaun bank atas nama Alia.Kad, buku
dan nombor pin abang dah letakkan dalam laci
almari.
Alia mesti ingat pesan
abang, jangan lakukan kerja yang berat-berat.Jaga
kesihatan Alia dan baby kita.Nama Alia, abang akan
daftarkan di satu klinik swasta.Abang akan kirimkan
nama klinik itu nanti.
Itu sahaja dari abang.Izinkan
abang pandang Alia dari jauh jika hanya itu yang
mampu abang lakukan untuk mengubat
rindu.Assalamualaikum…

Rindu selalu,
Abang.
ZAHLIA tersentak apabila terasa pipinya basah.Bayangan isi
surat yang dibaca seminggu yang lalu berbalam-balam
hilang dari kotak ingatan.Zahlia tersedar yang dia sedang
keseorangan ketika itu.Sedang bersendirian di dalam bilik
yang dingin dan sejuk ditiup angin malam.
Tiba-tiba dia terasa
tekaknya haus.Zahlia bangun dan melangkah perlahan-lahan
ke pintu bilik dan menuruni anak tangga penuh berhati-
hati.Di dapur, dia mengeluarkan sebotol air oren dari peti
sejuk.Kemudian menuangnya ke dalam gelas manakala
sebelah tangannya mengusap-usap perutnya dengan
senyuman.
“Anak ibu haus ke?”
dia bercakap seorang diri.Zahlia meletakkan gelas yang
masih berbaki air oren itu di atas meja makan.
Dalam waktu yang
sama Zahlia terdengar bunyi loceng berdering di luar
rumah.Zahlia menoleh ke arah jam.Teringat janji Adli dan
Anissa yang ingin bertamu di rumahnya malam itu.Zahlia
mengukir senyuman.Segera mencapai tudung dan
melangkah ke pintu hadapan.Tanpa disengajakan, tangannya
terlanggar gelas yang masih berisi air orennya tadi.Terus
tertumpah air itu ke lantai.
“Ya ALLAH!.” Zahlia
bersuara.Dia mencari-cari kain buruk berdekatan.Tetapi
bunyi loceng yang berkali-kali menghentikan niatnya.
Zahlia meninggalkan
tumpahan air itu seketika dan melangkah ke pintu.Mencapai
kunci pintu pagar dan keluar.Zahlia pelik apabila ternampak
seorang lelaki sedang berdiri di luar pagar.
Zahlia memberanikan
diri mendekati.
“ Ya, encik cari siapa?”
soal Zahlia takut-takut.Wajah lelaki itu tidak jelas kelihatan.
“Puan Zahlia?”
Zahlia mengangguk.
“Encik ni?”
“Saya… telah dihantar
oleh Tengku Syahran untuk mengirimkan sesuatu kepada
puan,” ujar lelaki itu.
Zahlia telan air liur.Dia
terdiam sejenak.
“Dia ada di mana?”
tanya Zahlia kepada lelaki yang berdiri di luar pagar itu.
“Syah berada jauh
dari sini dan telah mengirimkan sesuatu kepada puan dan
anaknya,” beritahu lelaki itu lagi.
Zahlia tersenyum
kecil.Tengku Syahran masih mengingati kewujudannya.
“Mana barangnya?”
Zahlia bertanya lembut apabila mendapati tiada barang
yang tersangkut di tangan lelaki itu.
“Ohh… ada dalam
kereta saya.Sekejap ya?” lelaki itu berlalu.
Zahlia cepat-cepat
membuka pintu pagar.Dia menanti lelaki itu datang
semula.Apabila lelaki itu sampai di hadapannya, dihulurkan
sebungkus plastik kepada Zahlia.Zahlia menyambut dan
sempat mengintai isi di dalamnya.Terdapat beberapa helai
baju di situ.Zahlia tersenyum.
“Terima kasih,” ujar
Zahlia.
Lelaki itu
mengangguk.
“Saya balik dulu.”
“Ehh, masuklah
dulu.Minum-minum,” pelawa Zahlia.
Lelaki itu nampak
keberatan tetapi dia menurut.Zahlia hanya membenarkan
lelaki itu duduk di luar rumah.Sementara dia masuk ke
dalam membuat air.Apabila Zahlia keluar semula, dia
terkejut kerana mendapati lelaki itu sudah berada di ruang
tamu rumahnya.Zahlia terkesima seketika.
“Jangan takut.Saya
hanya nak tengok rumah Syah.” Lelaki itu memberitahu
apabila melihat Zahlia bagaikan terperanjat.
“Minumlah.” Zahlia
pelawa.Tidak seramah tadi.
“Nama encik ni
siapa?” tanya Zahlia takut-takut.
“Saya? Errr… panggil
saya Faiz.”
“Oh, bagaimana
boleh kenal dengan Syah?”
“Satu tempat kerja,”
jawab lelaki itu acuh tak acuh.
Zahlia
terdiam.Memandang lelaki itu menghirup air yang terhidang
di atas meja.Dia merenung raut itu.Seperti pernah dilihatnya
sebelum ini.Zahlia terus mengamati segenap wajah itu.Ada
tahi lalat di tepi mata tersebut membuatkan Zahlia
teringatkan seseorang.
Lelaki itu menyedari
dirinya diperhatikan.Segera dia memandang ke arah
Zahlia.Dahi Zahlia yang berkerut menyebabkan bibir lelaki
itu mencetuskan senyuman nakal.Dia nampak Zahlia mula
menjauhkan diri.
“So, you boleh ingat I
lagi?” lelaki itu mula tergelak kecil.
Zahlia gugup.Faizal?
Zahlia mendapati pintu rumahnya sudah tertutup
rapat.Jantungnya berdegup kencang.
“Kau nak apa?”
“I nak you… you
kena layan I macam suami you malam ni!” pengakuan itu
menambahkan lagi getaran di hati Zahlia.Faizal sudah
melangkah ingin mendekatinya.
Zahlia mula berasa
cemas.Sempat dia mencapai cordless phone dan berlari ke
belakang meja makan.Dia ingin menekan nombor telefon
Adli.Tetapi Faizal bertindak lebih pantas.Faizal telah
mencabut wayar di hujung telefon.
“Tolonglah keluar
dari sini.” Zahlia seolah-olah merayu.
Faizal masih ketawa.
“Tak mungkin.I kena
rosakkan you dulu sebelum I dapat kahwin dengan Linda.”
“Linda?”
“Kenapa? You terkejut?”
Faizal terus ketawa.
“Laknat kau! Sampai
bila kau nak mengganggu hidup aku?”
Zahlia mula menjerit-
jerit.
“Sampai kau malu nak
hidup lagi.” ketawa Faizal semakin bergema lantang.
Zahlia telan air liur.Dia
terperangkap di hujung dinding.Faizal dilihatnya sudah
semakin hampir.Zahlia ingin melarikan diri.Tetapi tangan
Faizal sempat menangkap pergelangan tangannya.Zahlia
hampir terjatuh.Mujurlah dia sempat berpaut di kayu
kerusi.Cepat-cepat Zahlia menolak tubuh Faizal.
Zahlia berjaya bergerak
ke arah pintu.Dia ingin keluar dari situ.Gagal lagi apabila
baju mengandung yang dipakai tersangkut di hujung kerusi
berukir.Zahlia terjerat di situ.Dia berusaha menarik bajunya
dari terus tersangkut.Malang sekali bajunya terkoyak.
Terdedahlah
sebahagian dari tubuhnya.Faizal mula bernafsu.Hilang
bayangan tubuh Linda.Muncul keinginan yang meluap-luap
terhadap tubuh Zahlia.Faizal melangkah ke arah Zahlia.Dia
menarik tubuh itu sekuat hati lantas dihempaskan ke kerusi
panjang.
“You kena layan I dulu
sebelum melarikan diri,” ujar Faizal sambil mengusap paha
gebu Zahlia.
Tudung di kepala sudah
ditarik keluar. Zahlia semakin kuat meraung.Perasaannya
berdebar-debar.Ya ALLAH… bantulah aku! Doanya dalam
hati.
Zahlia mengumpul
sepenuh kekuatan.Belum pun sempat Faizal naik ke kerusi
itu, Zahlia sudah menendang tubuh itu.Tersungkur Faizal ke
belakang sehingga terkena air panas yang terhidang di atas
meja.Lelaki itu mengerang kecil.
Zahlia bangun dan
berlari menjauhi ruang tamu.Dia ingin menuju ke dapur
mencari apa-apa senjata yang boleh dijadikan
penyelamat.Namun Zahlia terasa tubuhnya ditolak.Dia
tergerak ke hadapan.Tidak sedar kakinya terpijak tumpahan
air oren yang lupa dilap.
Zahlia tergelincir ke
lantai.Tubuhnya terhempas ke bawah dan terus terbaring di
situ.Zahlia menarik nafas yang semakin tidak menentu.Dia
terbayang wajah Tengku Syahran yang tiba-tiba melayang di
fikirannya.
Pandangannya semakin
berpinar-pinar.Di waktu yang sama dia ternampak ada
cahaya lampu memancar ke cermin rumahnya.Zahlia tidak
mampu melawan kesakitan itu.Perlahan-lahan kelopak
matanya tertutup.Membiarkan dunia yang menakutkan
berganti dengan suasana sunyi dan gelap.
Faizal yang
menyaksikan kejadian itu seakan-akan terkejut.Entah
mengapa dia menjadi begitu takut.Dia kaku berdiri
memerhatikan tubuh yang sudah tidak bergerak lagi.Mati
terus niatnya untuk menyentuh tubuh itu.
Faizal ternampak dua
manusia yang tidak dikenali masuk ke dalam rumah.Faizal
semakin kalut.Mula berkira-kira untuk melarikan diri.
“ Tak guna! Apa kau buat
kat sini?” jerit Adli kuat sementara Anissa sudah berlari
mendapatkan tubuh Zahlia yang terbaring.
Faizal cemas.Kepalanya
digeleng.Tubuh Adli yang kian mendekati cuba dijauhi.Faizal
berundur setapak.
“Bukan aku yang bunuh
dia.Bukan aku!! Linda yang suruh! Linda…” jerit Faizal
seperti orang gila.
Adli tersentak.
“Linda?”
“Jahanam kau!”
Tangan Adli ingin
menangkap pergelangan tangan Faizal tetapi ditepis sekuat
hati.Faizal berlari keluar.Langkahnya laju dan pantas untuk
meninggalkan rumah itu.Destinasi utamanya hanyalah
satu.Rumah Linda!
Adli mula menghampiri
Zahlia.Anissa yang cemas sejak tadi, kelihatan pilu
menangisi nasib Zahlia.
“Abang telefon polis
dulu.Lepas tu, kita bawa Alia ke hospital.” Adli berkata
sambil menekan punat telefon bimbitnya.
Anissa mengangguk
lemah.Cuba bertenang.Tidak lama kemudian, Zahlia sudah
pun berada di dalam kereta untuk dibawa ke hospital.

KERETA Faizal sudah pun sampai di hadapan banglo mewah


milik Linda.Kelam-kabut dia melangkah keluar dari kereta
dan berlari ke pintu rumah.Langkahnya tidak
teratur.Mujurlah daun pintu tidak berkunci.Segera dia
memulas tombol pintu itu dan melangkah ke dalam dengan
nafas yang tidak menentu.
Faizal berasa
lega.Daun pintu ditutup rapat dan dikunci sepantas
kilat.Keadaan rumah yang suram dan gelap juga seolah-olah
memberinya peluang untuk bertenang dari situasi panik
sebentar tadi.Nasib baik Adli tidak mengejarnya sehingga ke
rumah itu.
Faizal mengurut
dada.Bersandar di balik pintu.Kemudian dia memberanikan
diri mengintai di sebalik langsir.Manalah tahu, tiba-tiba Adli
muncul di situ.Faizal melilaukan pandangan.Tiada apa-
apa.Akhirnya Faizal tersenyum senang.
“Linda!” Faizal mula
melaungkan nama wanita kesayangannya itu.
Kakinya melangkah
sementara matanya sedang memandang tingkat atas.Tiada
respons dari Linda.Faizal menghampiri anak tangga.
“Linda!” Faizal
memanggil lagi.
Masih tiada respons.
“Hisy… ke mana pulak
dia ni?” Faizal membebel seorang diri.
Kemudian Faizal
mengatur langkah untuk naik ke atas.Dalam keadaan samar-
samar itu, dia ternampak sesusuk tubuh terbaring di tepi
tangga.
Faizal telan air liur.Dia
cuba mengamati pemilik sebenar tubuh itu.Gagal kerana
suasana gelap.Pantas Faizal menekan suis lampu di dinding
berhampiran.Demi terpandangkan wajah pemilik tubuh itu,
kaki Faizal terpaku.Tangannya menggigil ketakutan.Di
pandangan matanya, tubuh Linda sedang beku dan kelihatan
tompokan darah yang melekat dibeberapa bahagian pakaian
Linda.
Faizal menjadi
panik.Lebih hebat dari perasaan yang dirasai ketika melihat
tubuh Zahlia yang terjelepok di hadapannya tadi.
“Tak mungkin! Tak
mungkin! Linda…” Faizal menjerit kuat.
Kakinya mula
melangkah ke arah Linda.Lalu diangkat dan dikendong
sekuat hati.Tubuh Linda dibawa ke sofa panjang.Faizal
meraung kecil.Dicium dan dipeluk tubuh itu.Berharap benar
wanita itu sedar.
Tetapi Faizal
kecewa.Mata Linda tertutup rapat.Malah tiada lagi nafas
yang menderu.Ketika itu, Faizal dapat mendengar bunyi siren
polis mula menghampiri.
Faizal masih memeluk
tubuh Linda.Tidak lagi berniat untuk melarikan diri.Ketika
beberapa orang polis menolak daun pintu rumah itu, Faizal
hanya memandang dengan pandangan kosong.Dia seperti
orang yang kehilangan akal.
Bab 59

P OHON-POHON menghijau memenuhi suasana di waktu


itu.Ianya amat menenangkan fikiran Zahlia.Di manakah
tempat ini? Hati Zahlia tertanya-tanya.Tiba-tiba dia terasa
bahunya dipeluk mesra.Apabila dia berpusing, Tengku
Syahran berdiri megah di sisinya sambil tersenyum manis.
Zahlia turut membalas
senyuman itu.Dipegangnya tangan Tengku Syahran yang
melingkari di seluruh bahunya.Zahlia terasa sungguh
bahagia.Dia sempat mengucup tangan itu.Namun, pelukan
yang erat tiba-tiba menjadi semakin longgar.
Tengku Syahran
semakin jauh dari pandangan mata.Zahlia kaget.Dia tidak
mahu perkara itu berlaku.Rindunya pada Tengku Syahran
sudah tidak dapat dibendung lagi.Zahlia tidak ingin
ditinggalkan lagi.
“Abang!” panggilnya
dengan kuat.
Namun, Tengku
Syahran semakin jauh.Zahlia di situ keseorangan.Di satu
tempat yang kosong dan sunyi benar.Zahlia perhatikan
keadaan sekeliling.Tiada langsung manusia di situ.
“Abang…” Zahlia
memanggil lagi tetapi panggilannya tidak bersahut.
Zahlia ingin
menangis.Dia bangun dan berlari-lari ke seluruh tempat
yang begitu asing padanya.
“Abang, jangan
tinggalkan Alia.Alia takut… abang!” Zahlia tetap melilau.
Namun, kelibat Tengku
Syahran sudah tiada lagi.Langsung tidak meninggalkan
sebarang kesan mahupun bayangan.Zahlia terkulai di
situ.Merenung segenap sudut yang luas tanpa penghujung.
“Abang…” Zahlia
merintih pilu.Dia menutup matanya dan tunduk.Ingin
menangis.
“Alia…” Zahlia
terdengar ada suara bergema di telinganya.Dia mengangkat
wajah.
“Alia… bangun
sayang.” Suara itu semakin dekat.
Perlahan-lahan Zahlia
membuka kelopak matanya.Dia sedang berada di satu bilik
yang sejuk dan dingin.Tiada pohon-pohon hijau seperti
tadi.Zahlia melihat keadaan sekelilingnya.Dia tidak
keseorangan.Di sebelah kanannya ada Raja Khalida dan di
sebelah kirinya pula ada Puan Azizah.
Kemudian Zahlia
ternampak Adli dan Anissa di hujung katil.Dia juga
ternampak keluarga Tengku Badariah sedang berkumpul di
sekeliling katil.Semua mata sedang memandangnya.
Zahlia meliarkan
pandangan ke satu-satu wajah.Mencari-cari raut yang
datang dalam mimpinya tadi.Dia inginkan kehadiran lelaki
itu di saat ini.Rindunya yang sarat semakin kuat
mencengkam jiwa.Zahlia kecewa kerana wajah-wajah itu
tidak langsung memberikannya harapan.Dia pandang ke
arah Raja Khalida.
“Mama…abang mana?
Alia nak abang,” ujarnya dalam nada sayu.Air matanya
dibiarkan bertakung.
Raja Khalida
memandang wajah Puan Azizah sebelum melarikan
pandangan ke arah Adli dan Anissa.Dicapainya tangan Zahlia
lalu disulamkan ke seluruh jarinya.
“Syah tak ada
sayang.Kami tengah cari dia.”
Zahlia menggeleng.
“Alia jumpa dia tadi.Alia
tau abang ada kat sini.Tolonglah mama… Alia nak abang.”
Zahlia merengek-rengek kecil.Suaranya separuh merayu.
Raja Khalida
memandang Tengku Badariah pula.Wanita itu hanya diam
sejak tadi.Mungkin menyesali tindakan yang diambil
beberapa bulan yang lalu.
“Nanti mama cari ya?”
pujuk Raja Khalida penuh sabar.
“Alia nak abang
sekarang.Alia nak dia ada kat sini.” Zahlia mula
menangis.Esakannya membuatkan sudut kecil Raja Khalida
tersentuh.Dia turut menangisi nasib anak tunggalnya.
“Puteri janganlah
macam ni.Keadaan Puteri masih belum stabil.Puteri kena
jaga kesihatan Puteri dan baby,” pujuk Raja Khalida lagi.
“Mama… tolonglah cari
abang.Alia nak abang.” Tiada perkataan lain yang keluar dari
mulut Zahlia.
Sungguh! Dia merindui
Tengku Syahran.Ketakutannya kepada kejadian yang hampir
meragut maruahnya amat menggetarkan jiwa.
“Macam ni… apa kata
kalau Alia tidur dulu.Bila Alia bangun nanti, mesti Syah ada
kat sini.Okey? Syhhh… Alia tidur dulu.” Terdengar suara Puan
Azizah memecah tangisan kecil Zahlia.
Zahlia berhenti
menangis.Ubat bius yang masih berbaki dalam darahnya
perlahan-lahan menyebabkan matanya kuyu.Akhirnya Zahlia
tertidur semula.
Raja Khalida
mengeluh.
“Bagaimana Li? Mana
kita nak cari?” soal Raja Khalida kepada Adli.
Tengku Badariah sudah
menangis di sisi suaminya.Mereka yang lain sedang
membisu.Puan Azizah mengusap rambut lurus Zahlia dengan
penuh kasih sayang.
“Saya tak tau
makcik.Syah langsung tak hubungi saya,” beritahu Adli.
Tengku Badariah
semakin sebak.
“Semuanya salah Yah,
bang! Kalau Yah tak ikutkan perasaan, benda macam ni
takkan berlaku,” ujar Tengku Badariah sambil mengesat air
matanya.
“Akak,kita lupakan soal
tu dulu.Apa yang penting, di mana Syah berada! Kita kena
cari dia,” beritahu Raja Khalida berbaur pujukan.
Tengku Ismail
mengangguk dan sempat memandang anak-anaknya yang
diam sejak tadi.
“Kamu semua ada
cadangan?” tanya Tengku Ismail.
Mereka menggeleng.
“Syah tak pernah call
Kimi.Kimi pun tak tau mana dia berada,” jawab Tengku
Hakimi tenang.
“Ana pun sama.”
Tengku Farhana pula menyampuk.
Tengku Hafizah tidak
menjawab apa-apa.Dia hanya senyap sambil mengiakan
kata-kata adiknya.
Raja Khalida menghela
nafas.Bingung fikirannya.Dia kasihkan anak tunggalnya
itu.Dia tidak mahu anaknya itu merana lagi.Raja Khalida juga
takut penderitaan yang pernah dialami jatuh ke tangan
anaknya pula.
“Kita berdoa
ajelah.Mudah-mudahan ALLAH tergerakkan hati Syah untuk
mencari Alia,” ujar Raja Khalida lemah.
Mereka yang lain terus
senyap.

SETENGAH jam kemudian, Zahlia membuka mata.Terkebil-


kebil dia memerhati keadaan sekeliling.Setiap wajah itu
diperhati dan diamati lagi.Mencari raut yang masih muncul
di dalam lenanya.Namun tiada.
Zahlia mengetap bibir
dan mengeluh.Dia memandang ke arah Raja Khalida yang
asyik mengelap air mata yang gugur.Zahlia juga sedar yang
juring matanya sedang berair.Zahlia hanya membiarkan
keadaan itu.Biarlah air mata itu tumpah seandainya melalui
cara itu, kerinduan yang sarat di hatinya dapat dikurangkan.
Saat ini tiada yang
penting dalam fikiran Zahlia selain kewujudan Tengku
Syahran yang benar-benar diharapkan.Itulah keinginannya
ketika dia membuka kelopak mata.Dia hanya mahukan
Tengku Syahran yang menyapa matanya terlebih dahulu.
Tetapi segala-galanya
hampa.Raut yang datang dalam mimpinya itu hanyalah
mainan perasaannya.Kemunculan wajah yang turut
diharapkan dalam dunia realitinya tidak berlaku sama
sekali.Zahlia pilu.
“Mama, Alia nak balik.”
Zahlia bersuara perlahan.
“Puteri dah boleh
keluar esok.Esok kita balik ya? Kita balik rumah mama,” ujar
Raja Khalida .
Zahlia pantas
menggeleng.
“Alia nak balik rumah
Alia.Alia nak tunggu abang balik.”
Raja Khalida terkesima
dengan keputusan itu.Dia memandang Puan Azizah seketika.
“Puteri masih belum
sihat.Baliklah rumah mama dulu… bila dah elok, barulah
balik rumah Puteri,” ujar Raja Khalida sambil menahan sedih.
“Tak nak.Alia nak balik
rumah Alia.Alia tak nak pergi tempat lain.Alia nak tunggu
abang balik,” bantah Zahlia bersungguh-sungguh.Air mata
Raja Khalida menitis lagi.
“Okey… okey… nanti
mama hantarkan.” Raja Khalida akhirnya mengalah.
Selepas itu, Zahlia
terus membisu.Tiada mood untuk bersuara lagi.Akhirnya, dia
terlena kembali.

Bab 60

“M AAFKAN mak, Alia! Mak terlepas cakap.Mak tuduh


kau yang bukan-bukan.Mak rasa berdosa sekarang.” Tengku
Badariah mengusap lembut tangan Zahlia.
Zahlia baru sahaja
sampai di rumahnya.Dia sedang duduk di birai katil di dalam
biliknya.Dia tidak sedar bila Tengku Badariah berada di
sisinya.
“Mak tak sangka Syah
boleh ambil tindakan begini,” ujar Tengku Badariah dalam
nada kesalnya.
“Alia dah lupakan
semuanya mak.Dah lama perkara tu berlaku.Alia tak mahu
fikirkan lagi.” Zahlia kelihatan tenang.Sesungguhnya
memang dia tidak marahkan wanita itu lagi.
“Tak mungkin kau
maafkan mak begitu mudah.”
Zahlia terdiam.Dia
melirikkan matanya ke arah bingkai gambar yang terletak di
almari kecil bersebelahan katilnya.Dicapai gambar itu ke
dalam genggamannya dan diusap-usapnya lembut.Gambar
Tengku Syahran tersergam indah.
“Alia tak marahkan
mak.Alia yang bersalah kerana menipu mak selama ni.”
“Mak dah pun tak
mahu ingatkan lagi hal tu.Apa yang mak kesalkan tindakan
Syah meninggalkan kamu,” ujar Tengku Badariah sambil
menggigit bibir.
“Itu bukan kesalahan
abang, mak! Alia yang buat dia melarikan diri.Alia yang
bersalah kerana menjadikan keadaan lebih rumit.Kalau Alia
terima keputusan dia hari tu, dia takkan pergi dengan cara
begini,” Zahlia sudah mula sebak.
“Hisyy… jangan cakap
macam tu.Mak yakin dia ada berhampiran dengan kita.Dia
mesti pulang.”
Zahlia
tersenyum.Sesaat dua Zahlia terasa tubuhnya didakap.
“Pindah ke Villa Sakura
semula, Alia,” pinta Tengku Badariah penuh harapan.
Zahlia melepaskan
pelukan.
“Lebih elok begini,
mak.Biarlah Alia duduk di sini aje.Abang pun entah ke mana!
Lepas anak ni lahir, Alia ada rancangan sendiri.Alia ingat nak
cari kerja,” ujar Zahlia tenang.
“Mak sayangkan kamu,
Alia.” Tengku Badariah menarik tubuh itu ke pelukannya lagi.
“Alia pun sama.” Zahlia
membalas.
Tengku Badariah
menangis teresak-esak.
“Kamu tau tak yang
Linda dah tak ada?” soal Tengku Badariah perlahan.
Pelukan mereka
terlerai.
“Maksud mak?”
“Linda meninggal
dunia masa hari kejadian kamu tu!”
“Haa?” Zahlia terkejut.
“Dia terjatuh dari
tangga dan meninggal bersama anak tu.Mungkin itu
balasannya.Dia yang mahu musnahkan hidup kamu dengan
Syah! Dia yang hantar lelaki yang bertanggungjawab ke atas
kejadian yang menimpa kamu.”
Zahlia tidak tahu
hendak berkata apalagi.Berita itu sungguh mengejutkan.Dia
hanya diam dan termenung.Sedar-sedar Tengku Badariah
sudah meninggalkannya.
Zahlia bersendirian
lagi.Perlahan-lahan dia merebahkan tubuhnya di tilam yang
sudah dua hari ditinggalkan.Dingin sekali.Saat itu, Zahlia
bagaikan terdengar bisikan halus Tengku Syahran yang
berbaur usikan.Dan di kala itu juga, dia teringat satu
ungkapan lelaki itu yang sering bermain-main di fikirannya.
‘Jangan sampai satu
waktu, Alia yang menyerah kalah!Time tu, Alia hanya mahu
melihat wajah abang sahaja bila Alia buka mata.’
Zahlia telan air
liur.Perkara itu memang benar-benar terjadi ke atas
dirinya.Tengoklah apa yang telah berlaku? Dia hampir
menjadi gila kerana lelaki itu.
Zahlia melabuhkan
tapak tangannya ke atas perut.Bibirnya tersenyum.Bingkai
gambar lelaki yang di dalam genggamannya itu dicium
sekali sebelum dilekapkan ke perutnya.
Kemudian dia memeluk
bingkai gambar itu sambil memejamkan matanya.Entah
mengapa lenanya mudah sekali datang menjelma dan cepat
sekali dunianya yang ligat berpusing semakin
berbalam.Fikirannya mula longgar dan tanpa disedari
kelopak matanya tertutup rapat.
ZAHLIA tersedar lagi.Tapi, dia berasa pelik.Suasana di situ
amat asing baginya.Di manakah aku? Dia tertanya-tanya.Dia
memandang sekeliling.Tiada seorang pun di situ.Yang
kelihatan hanyalah dunia yang dikelilingi padang pasir yang
luas.Begitu luas sehingga dia sendiri tidak tahu di manakah
penghujungnya.
Kemudian dia ternampak
seorang lelaki menghampiri.Terus dia memanggil.Lelaki itu
semakin mendekati.Kini sudah berada di hadapannya.Lelaki
itu tersenyum.Zahlia pelik.Lelaki itu masih tersenyum.
Tiba-tiba dia terasa
bahunya digoyang-goyang.Bayangan itu hilang.Dia cuba
membuka mata.Wajah mamanya kelihatan.Dia menoleh ke
sekeliling bilik.Semua ahli keluarganya ada di situ.
“Puteri, Puteri tak apa-
apa?” lembut suara mamanya menangkap ke telinga.Zahlia
tidak bersuara hanya memandang mamanya tanpa kata.
Zahlia kaku di situ.Sejak
tadi bibirnya terkunci.Nafasnya sahaja yang kedengaran
lemah.Lama dia merenung siling rumahnya.
“Mama, Puteri ada kat
mana ni?” Zahlia bertanya tiba-tiba.
Semua mata yang
memandang terkejut dengan soalan yang ditanya.Masing-
masing berpandangan sesama sendiri.Bukankah itu rumah
yang diduduki oleh Zahlia selama ini? Persoalan itu bermain-
main di benak masing-masing.
“Puteri… ni kan rumah
Puteri.Kenapa ni?” Raja Khalida mula risau.
“Puteri tak pernah
tengok bilik ni pun? Kenapa nampak lain?” Zahlia bertanya
lagi.Wajahnya nyata mempamerkan yang dia tidak
mengetahuinya.Tengku Ismail yang tadi terdiam, mula
mendekati.
“Alia… Alia… kenal ayah
tak?” lelaki itu bertanya.
Zahlia mengalihkan
pandangan ke arah suara itu.Matanya tepat memandang
lelaki di sebelahnya.Lama dia memandang.Bibirnya
diketap.Perlahan-lahan dia tersenyum dan kemudian
mengangguk.Dia menoleh ke wajah mamanya semula.
“Mama, tadi Puteri
nampak abang… tapi dia datang sekejap aje,” ujar Zahlia
membuatkan semua yang ada di bilik itu semakin
risau.Berpandangan mereka sesama sendiri.
“Puteri rasa
penatlah.Kepala Puteri ni pening sangat.Puteri rasa nak
tidur.”
Zahlia memejamkan
matanya kembali.Kemudian suaranya tidak kedengaran
lagi.Terus tenggelam bersama lenanya.
Air mata Raja Khalida
bergenang.Kemudian mengalir perlahan-lahan menjatuhi
pipi.Hatinya sebak dan pilu.Wajah Zahlia yang sedang lena
ditatap sayu.Lemah tidak bermaya.
Dia tersentak seketika
apabila terasa bahunya disentuh seseorang.Lembut.
“Mak Su, sabarlah.Fiza
rasa Kak Alia letih sangat agaknya.Mungkin selepas dia
berehat, eloklah tu.” Tengku Hafizah memujuk.
“Yalah Ida.Akak pun rasa
begitu.Entah-entah dia berfikir banyak sangat tu.” Tengku
Badariah menyokong kata-kata Tengku Hafizah.Tengku
Hakimi yang dari tadi berdiri di sisi Sofea mula mendekati.
“Mak Su, janganlah risau
sangat.Kimi pun percaya, Alia tak apa-apa.Terlalu asyik fikir
masalah sendiri agaknya.” Tengku Hakimi berkata.
“Dahlah.Tak payah
bising-bising di sini.Biarlah Alia berehat puas-puas dulu.”
Tengku Ismail berkata.Serentak itu mereka melangkah
longlai keluar dari bilik itu.
Bab 61

S UDAH hampir tiga bulan peristiwa itu berlalu.Zahlia


sudah sihat dan sabar menanti kehadiran bayi yang
dinanti-nantikan.Soal Tengku Syahran cuba dipendamkan di
dalam hati.Walaupun zahirnya dia nampak riang tetapi
batinnya hanya kerinduan yang bermaharajalela.
“Puteri… mama nak minta maaf
banyak-banyak.Hari ni mama tak dapat nak temankan Puteri
pergi check up,” ujar Raja Khalida melalui telefon.
Zahlia terasa sedikit
hampa tetapi dia harus mendengar alasan mamanya terlebih
dahulu.
“Kenapa?”
“Mama terlupa yang
mama kena hantar Mak Long Puteri ke airport.”
Zahlia terus
terbayangkan wajah Raja Khalisah.Sudah lama dia tidak
mendengar khabar tentang ibu saudaranya itu.Sihatkah dia?
“Mak Long nak ke
mana?” soal Zahlia.
“Kan nak buat
umrah.Takkan Puteri tak ingat, hari tu Mak Long ada buat
kenduri,” jawab Raja Khalida.
“Yalah.Puteri lupa.Tapi
Mak Long pergi Mekah ni seorang aje ke?” soal Zahlia.
“Eh, tak adalah.Last-
last minute satu famili ayah mentua Puteri pun nak
pergi.Kecuali Fiza.”
“Hmm… tak
apalah.Kalau macam tu, Puteri pergi sendiri.”
“Sorry Puteri.Mama
tak sangka boleh terlupa.Apa kata kalau Puteri suruh Fiza
temankan?” Raja Khalida masih terasa bersalah.
“Tak apa.Puteri boleh
pergi sendiri.Tapi… kenapa Fiza tak ikut?” tanya Zahlia lagi.
“Ada hal katanya
petang nanti! Rugi betul… Mak Long nak belanja, dia kata
nak jumpa kawan.Buatlah umrah dulu, kawan kan boleh
jumpa bila-bila,” bebel Raja Khalida.
Zahlia tersenyum
kecil.Teringat sewaktu dia dengan Tengku Syahran
mengerjakan umrah sebelum bercuti ke Tokyo dahulu.Tidak
sangka saat yang tidak pernah dihargai dahulu, seperti
manis apabila dikenangi semula.
“Puteri?”
“Haa… ya! Puteri
masih di sini.Nanti mama kirimkan salam Puteri pada Mak
Long dan keluarga mak, ya? Ikutkan hati ni rasa nak pergi
jugak.Tapi, appointment tu dah dekat sangat.” Zahlia
berkata.
“Ehh, Puteri pergi
appointment.Biar mama yang uruskan hal Mak Long! Puteri
drive kereta elok-elok.Biar lambat asalkan selamat.Lepas
check terus balik.” Raja Khalida berpesan.Risau dengan
keadaan Zahlia yang sudah lapan bulan berbadan dua.
Terdengar ketawa kecil
berbunyi di hujung telefon.
“Mama, baby ni belum
nak keluar lagi,” ujar Zahlia masih ketawa.
“Puteri jangan cakap
macam tu.Kandungan ni bukannya boleh diramal
sangat.Lagipun, mama tengok perut Puteri tu besarnya
semacam,” ujar Raja Khalida.
“Dahlah tu mama!
Puteri tau jaga diri.Lagipun lepas appointment, Puteri nak
pergi shopping,” ujar Zahlia seperti meminta kebenaran.
“Yalah.Elok-elok tau?”
“Ya… Puteri tau.”
“Okeylah… mama
pergi dulu! Petang nanti mama singgah kat
sana.Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.”
Talian terputus.

ZAHLIA keluar dari klinik Doktor Yusliza.Penuh hati-hati dia


berjalan dengan perutnya yang sudah berusia lapan
bulan.Kakinya melangkah menghala ke kereta Proton Wira
yang diparkir berhampiran dengan klinik itu.
Pergerakan yang laju
dan pantas sedikit demi sedikit menjadi perlahan.Zahlia
terasa bagaikan dirinya sedang diekori.Dia menghentikan
langkah.Berpaling dan memerhati keadaan sekeliling.
Kemudian Zahlia
melangkah semula ke kereta.Meletakkan beg tangannya di
kusyen sebelah dan menghidupkan enjin.Beberapa minit
kemudian, Zahlia sudah berada di pekarangan gedung
Mother House.Dia membelek-belek baju bayi yang terdapat
di gedung itu.Tanpa disedari, ada sepasang mata sedang
memerhatikannya dari jauh.
Zahlia memilih
beberapa helai pakaian dan melangkah ke kaunter untuk
membuat bayaran.Selepas membayar harga barang, Zahlia
ingin keluar.Tetapi Zahlia terpandang buaian bayi berwarna-
warni di satu sudut berhadapan dengan cermin kedai.
Zahlia melangkah ke
situ sambil tangan kanannya mengusap-usap perutnya.
“Baby nak tidur dalam
buaian ni tak?” Zahlia menyoal perlahan.Ada senyuman kecil
terukir di bibirnya.
Zahlia membelek-belek
buaian itu.Senyuman manis masih terterap di bibir.Tetapi
senyuman itu tiba-tiba menjadi kaku.Dengan sendirinya
mata Zahlia menjamah sepasang mata yang sedang
merenungnya di balik tiang tidak jauh dari kedai itu.
Perbuatan Zahlia
terhenti.Dia ternampak lelaki itu ingin melangkah
pergi.Zahlia panik apabila lelaki itu sudah bergerak
meninggalkan tiang tersebut.Zahlia terus melangkah pantas
keluar dari kedai itu.Dia ingin mendapatkan lelaki itu.
Sepantas manalah
jalannya untuk mengejar lelaki yang bayangnya semakin
jauh.Zahlia menghentikan langkahnya.Nafasnya terasa
sesak.Dia mula melangkah ke sebuah kerusi kosong yang
terdapat di situ.Dia duduk seketika.Penat.
Zahlia mengalihkan
semula pandangan ke arah kelibat lelaki yang hilang
tadi.Pandangannya tersebar berserta dengan satu perasaan
hampa.Dia mula bangun dan sekali lagi membuang pandang
ke tempat itu sebelum dia melangkah meninggalkan gedung
itu.

TENGKU SYAHRAN menyepi diri.Dia sedang duduk di dalam


kereta.Baru sekejap tadi dia berjaya melarikan diri dari
terserempak dengan Zahlia.Entah apalah silapnya hari itu
sehinggakan intipannya tidak mengena.
Tengku Syahran
mengeluh.Rindunya saban hari telah membuatkan dia
bertindak begitu.Memerhatikan gerak geri Zahlia setiap
waktu.Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia mendapatkan
tubuh Zahlia ke dalam pelukannya tetapi Tengku Syahran
segera mengingatkan keputusan Zahlia dahulu.
Tengku Syahran
terpaksa redha dengan keputusan yang diambil Zahlia.Dia
tidak mahu memaksa walaupun dia yang terpaksa
menanggung beban kerinduan yang teramat mencengkam
dirinya.
Berita mengenai
tragedi yang menimpa Zahlia dahulu masih tidak dapat
dilupakan.Disebabkan itu Tengku Syahran telah mengambil
keputusan untuk menjadi pemerhati sepenuh masa untuk
Zahlia dalam diam.Kadangkala banyak maklumat diperoleh
dari Tengku Hafizah.Tengku Syahran bersyukur kerana
adiknya itu sudi membantu.
Dahulu ketika pertama
kali dia menelefon Villa Sakura semenjak dia meninggalkan
rumah itu, Tengku Hafizah yang menyambut panggilannya
itu.Tengku Syahran mendapat tahu pelbagai cerita mengenai
Zahlia dari adiknya.
Selain itu, Tengku
Syahran juga telah meminta bantuan dari Tengku Hafizah
untuk membawa keluar barang-barang Zahlia dan
dipindahkan ke rumah baru yang kini diduduki oleh Zahlia.
Namun, peristiwa yang
paling memilukan hati ialah ketika Tengku Syahran melawat
Zahlia di hospital beberapa bulan yang lalu akibat peristiwa
hitam yang diberitakan kepadanya.
Dengan pertolongan
Tengku Hafizah, Tengku Syahran berjaya menyusup masuk
ke dalam wad di mana Zahlia ditempatkan.
Sungguh, dia bagaikan
mahu menangis apabila melihat wajah lesu Zahlia yang
sedang terlena.Ingin dicapai jari-jemari halus itu.Namun,
Tengku Syahran tidak berani.Takut-takut Zahlia terjaga dan
menyedari kehadirannya di situ.
Setiap hari Tengku
Syahran tidak lupa melawat Zahlia.Datangnya di tengah-
tengah malam agar kehadirannya tidak disedari.Mujurlah
Tengku Hafizah amat memahami lantas telah memberitahu
Tengku Badariah dan Tengku Ismail agar gilirannya menjaga
Zahlia adalah di waktu malam.
Peluang itu diambil
sepenuhnya oleh Tengku Syahran.Dan yang paling penting,
rindunya terubat setelah memerhati raut yang lembut itu.
Tengku Syahran
mengeluh.Kasih sayangnya pada Zahlia telah menyebabkan
dia sanggup melakukan apa sahaja.Dia seringkali berdoa
agar isterinya itu sentiasa dilindungi dan janganlah kejadian
buruk yang menimpanya beberapa bulan yang lalu berlaku
lagi.
Tengku Syahran
tersedar.Sudah terlalu lama dia berada di dalam
kereta.Pantas teringatkan pertemuannya dengan Tengku
Hafizah sekejap lagi.Dia ingin segera menemui adiknya
untuk mengetahui perkembangan semasa perihal
Zahlia.Terus Tengku Syahran menghidupkan enjin.Tidak lama
kemudian, Honda Preludenya bergerak meninggalkan
kawasan tempat letak kereta itu dan menuju ke tempat yang
dijanjikan.

ZAHLIA duduk di ruang tamu rumahnya.Sebentar tadi, Raja


Khalida datang dan kini sedang sibuk memasak di dapur
untuk makan tengah hari.Zahlia ingin membantu tetapi
dihalang.Akhirnya Zahlia hanya membeku di ruang tamu itu.
Mata Zahlia dilepaskan
ke gambar perkahwinan yang tergantung di dinding
bertentangan dengannya.Dia meneliti bingkai gambar emas
yang berukir itu.Dipandang gambar perkahwinannya lama-
lama.Fikirannya kemudian leka teringatkan novel-novel yang
bersusun di rak khas di dalam biliknya.Dia juga tidak pernah
melupakan saki-baki pakaiannya yang pernah ditinggalkan di
Villa Sakura dahulu.
Zahlia telan air
liur.Kalau Tengku Badariah pernah mengaku yang Tengku
Syahran tidak pernah pulang ke Villa Sakura lagi sejak
malam itu, habis bagaimana lelaki itu boleh mendapatkan
semua barang-barangnya ini? Semua novelnya lengkap
bertulis nama dan bertandatangannya.
Zahlia sedar Tengku
Syahran menghilangkan diri malam itu tanpa apa-apa
barang atau beg yang dibawa bersama.Malah Zahlia perasan
lelaki itu tidak berkasut malam itu.Hanya sehelai
sepinggang.Mungkinkah… ada seseorang dari Villa Sakura
yang tahu di mana lelaki itu berada? Zahlia meneka.
Tiba-tiba Zahlia
teringatkan kata-kata Raja Khalida pagi tadi tentang
pemergian Tengku Farhana mengikut Raja Khalisah ke
Mekah.Tengku Hafizah pula? Ingin berjumpa temannya
petang ini! Tiba-tiba mulut Zahlia sedikit terbuka.Fiza?
Zahlia tersentak
apabila terasa bahunya disentuh.Berdebar jantungnya.
“Kenapa dengan
Puteri? Diam aje! Risau mama,” tegur Raja Khalida.
Raja Khalida gusar
apabila Zahlia diam.Dia akan terkenangkan keadaan Zahlia
ketika Zahlia masuk ke hospital.Betapa Raja Khalida takut
melihat Zahlia yang bagaikan hilang arah kerana terlalu
merindui Tengku Syahran.Setiap waktu apabila Zahlia terjaga
dari tidur, apa yang disebut dahulu adalah Tengku
Syahran.Raja Khalida risau ia akan memudaratkan Zahlia
apatah lagi bayi yang sedang dikandungnya.
Zahlia
bangun.Sepantas kilat dia berdiri meskipun tidak selincah
dahulu.Dia tenung Raja Khalida seketika dan selepas itu
berjalan mundar-mandir di ruang tamu rumah.
“Mengapa ni?” soal
Raja Khalida semakin pelik.
“Puteri nak cari
abang.” Pendek ucapan Zahlia.
Raja Khalida
tercengang.Dia membalas renungan Zahlia.
“Kenapa tiba-tiba?”
“Bukan tiba-
tiba.Memang sejak dulu Puteri dah fikirkan hal ni.Puteri perlu
bertindak sekarang,” ucap Zahlia lagi.
“Tapi… Puteri nak cari
kat mana?”
Zahlia terdiam.Dia
menarik nafas dalam-dalam.
“Puteri rasa… Puteri
dah dapat klunya!”
“Kita pergi sama-
sama!”
“Tak usah.Biar Puteri
pergi sorang.”
Raja Khalida tidak
tahu hendak kata apalagi.Dia terus diam apabila Zahlia
mencapai kunci kereta dan melangkah keluar.
Bab 62

Z AHLIA mematikan enjin kereta.Keluar dan melangkah


pantas mendapatkan Tengku Hafizah yang sedang
melangkah memasuki kawasan taman rekreasi petang itu.
“Fiza!” panggilnya kuat.
Tengku Hafizah mematikan
langkah.Berpusing dan terkejut melihat Zahlia.
“Akak?”
Zahlia
tersenyum.Sejak dari Villa Sakura, Zahlia mengekori kereta
Tengku Hafizah sehinggalah ke taman rekreasi itu.Zahlia
bertindak nekad apabila menyedari Tengku Hafizah adalah
orang yang mengetahui tentang kehilangan Tengku Syahran.
“Fiza buat apa kat
sini?” Zahlia serkap jarang.
Tengku Hafizah telan
air liur.Cuba bersikap selamba.
“Fiza… err… saja
jalan-jalan,” jawabnya.
Zahlia mengangguk.
“Jalan-jalan dengan
akak boleh tak Akak pun sorang-sorang ni.” Zahlia sengaja
menyoal lagi.
Tengku Hafizah
mengetap bibir.Wajahnya kelihatan resah.
“Fiza nak jumpa
kawan.” Gadis itu memberi alasan.
“Jumpalah kawan
Fiza.Akak ikut.”
“Eh, tak boleh.Fiza
nak privacy.”
Kali ini Zahlia
terdiam.Dia merenung Tengku Hafizah yang nampak
gusar.Lantas dia mencapai tapak tangan Tengku Hafizah dan
menggenggamnya erat.Tengku Hafizah terkejut.
“Janganlah tipu akak
lagi.Akak tau Fiza nak jumpa angah, kan?” Zahlia mula
berterus-terang.
Tengku Hafizah
mengigit bibir.Tertunduk ke bawah.Malu dengan renungan
dan genggaman tangan itu.Akhirnya dia mengangguk
perlahan-lahan.
“Izinkan akak jumpa
dia, Fiza.”
“Haaa?”
“Tolonglah…”
“Tapi…” Tengku
Hafizah masih gusar.Dia gementar dengan permintaan itu.
“Tolonglah Fiza.Akak
rindukan dia.Bukannya akak seorang tapi baby ni jugak.”
Zahlia sedikit merayu.
Tengku Hafizah tidak
mampu meluahkan apa-apa.Ingin ditolak, dia rasa
bersalah.Ingin diterima, dia takut angahnya tidak mahu
berjumpa dengannya lagi seperti ugutan lelaki itu beberapa
bulan yang lalu.
“Please… akak perlu
berjumpa dengannya.Sekejap pun jadilah.Fiza nak suruh
akak melutut pun akak sanggup.” Zahlia sudah bersedia
untuk melutut tetapi segera dihalang oleh Tengku Hafizah.
Betapa hebatnya
beban kerinduan itu sehingga kakak iparnya itu sanggup
membuang harga diri di hadapan khayalak ramai.Tengku
Hafizah semakin malu dengan pembohongannya tadi.Wajah
Zahlia tetap kelihatan tenang walaupun menanggung
penderitaan perasaan yang maha berat.
“Akak merayu pada
Fiza.Kalau angah benar-benar melarikan diri dari akak, akak
akan pergi sendiri.Akak cuma mahukan kata putus
darinya.Betulkah dia ingin membuang akak dari hidupnya
bersama-sama dengan anak yang akak kandung?” Zahlia
berusaha memujuk.
Kali ini Tengku
Hafizah mengeluh kecil.Dia hanya mengangguk sambil
menunjukkan jari ke satu tubuh yang sedang kaku melayani
perasaan di sebuah pokok yang rendang.
Zahlia memandang
ke arah itu.Rindunya mula melimpah-ruah mengiringi
jalannya yang semakin pantas.Dia terasa air matanya
meleleh keluar dari kedua-dua belah mata.
Tidak sanggup lagi
dia menunggu walaupun sesaat untuk berpisah dengan
Tengku Syahran.Serasa ingin berlari sekuat hati
mendapatkan tubuh itu jika dia tidak memikirkan keadaan
dirinya.
Zahlia menghentikan
langkahnya betul-betul berhadapan dengan kerusi yang
menempatkan tubuh yang kelihatan kurus tidak
bermaya.Lelaki itu sedang melayani lamunan.
Zahlia sedut nafasnya
dalam-dalam.Gerak kaki yang diatur semakin tidak
menentu.Membuak-buak menyertai perasaan tidak
sabarnya.
“Abang!” sapa Zahlia
bersama sendu.
Tengku Syahran
terkejut.Lamunannya hilang dengan sendiri.Dunianya
bagaikan terhenti berputar.Tengku Syahran terasa suasana
di sekelilingnya begitu hening dan sunyi dengan tiba-
tiba.Dalam waktu yang sama, anak matanya dapat
menangkap dengan jelas sekujur tubuh yang tegak berdiri di
hadapannya.
Bermimpikah aku?
Persoalan itu muncul dalam benaknya.Tengku Syahran
ternampak Zahlia semakin laju menuju ke arahnya.Dia juga
sudah berdiri seolah-olah ingin menyambut tubuh itu ke
dalam pelukannya.
Tidak lama kemudian,
Zahlia sudah hilang dalam dakapan Tengku Syahran
bersama-sama tangisan yang menjadi-jadi.Tengku Syahran
turut memeluk tubuh itu.Malah diperkemaskan lagi agar
terubat segala rindu yang menyala-nyala.
“Kenapa abang
tinggalkan Alia sampai macam ni?” Zahlia menangis tersedu-
sedan.Membiarkan air matanya jatuh menitis ke baju t-shirt
yang dipakai oleh Tengku Syahran.
Tengku Syahran pilu
mendengar pengakuan itu.Pipi Zahlia dikucup berkali-
kali.Masih hangat dan lembut seperti dahulu.Tengku Syahran
erat merapatkan tubuhnya ke tubuh Zahlia.
“Abang pergi mana?
Enam bulan abang biarkan Alia sendirian merindui abang!
Abang tak rindukan Alia ke?” Zahlia menangis lagi.Semakin
laju air mata itu menderu.
Kehangatan pelukan
Tengku Syahran terasa menjalar ke seluruh tubuhnya.Seolah-
olah memadamkan api kesengsaraan akibat menanggung
kerinduan itu.
“Abang pun sama,
Alia.Abang pun rindukan Alia.” Terlepas juga ungkapan
itu.Tengku Syahran turut merasakan matanya basah
ditakungi air mata.
“Habis, kenapa abang
tak cari Alia?”
Tengku Syahran tidak
menjawab.Dia lebih rela menggunakan masa itu untuk terus
berada dalam dakapan wanita kesayangannya.Tetapi Tengku
Syahran terasa tubuhnya ditolak lembut.
“Abang dah tak
sayangkan Alia agaknya? Abang memang benar-benar
mahukan perpisahan ini?” soal Zahlia semakin galak
mengalirkan air mata.
Tengku Syahran kaget
apabila Zahlia mula menjarakkan diri.Dia menahan air mata
yang ingin meleleh.Wajahnya ditunduk.Dia tidak mahu
berpisah lagi.Itu harapannya.
Zahlia yang terasa
seksa dengan kebisuan Tengku Syahran mula mengorak
langkah.Dia tidak mahu jawapan lelaki itu.Dia tidak rela
lelaki itu memberikan jawapan yang akan menambah
penderitaan batinnya.Dia bakal menjadi ibu! Ada nyawa baru
dalam perutnya yang sedang menunggu masa untuk melihat
dunia yang sepatutnya diserikan bunga-bunga
bahagia.Bukan kesengsaraan yang menyakitkan
hati.Bukan… jerit hatinya.
“Kalau begini, baik
kita terus berpisah.” Zahlia melangkah pergi.
Tengku Syahran
panik.Dia tidak mahu kehilangan Zahlia lagi.
“Abang tak mahu
khianati keputusan Alia.Abang takut kemunculan abang
hanya akan menyebabkan Alia terus melarikan diri dari
abang.” Tiba-tiba Tengku Syahran berterus-terang.
Zahlia menghentikan
langkahnya.Kuyup wajahnya bersama sendu.Zahlia berpaling
kembali.
“Sampainya hati
abang.Hari-hari Alia menunggu abang! Takkan abang tak
kenal perangai Alia? Setahun kita duduk bersama, bang! Bila
Alia merajuk, selama mana Alia boleh melayani rajuk?
Takkan abang tak faham,” ujar Zahlia.
Tengku Syahran
mendekati Zahlia.Wajah itu semakin menawan di hatinya.
“Itulah yang abang
takut nak hadapi.Bila Alia merajuk, memang senang untuk
dipujuk.Tetapi bila Alia terluka? Abang takut untuk melihat
air mata Alia terus-terusan keluar.Abang takut Alia terus
mengungkit setiap kata-kata penghinaan tu.Abang rela kita
begini kalau itu yang membuatkan Alia tak dilimpahi kata-
kata tu lagi.”
“Dan kita sama-sama
menderita? Abang sanggup mendera perasaan Alia begini?
Anak kita bang… anak yang Alia kandungkan ni, sudah enam
bulan tak kenal siapa ayahnya! Hanya gambar abang yang
Alia tunjukkan.Itukah caranya yang abang mahu?” Zahlia
terus menangis.Dia terasa lemah untuk terus menatap wajah
Tengku Syahran.
Tengku Syahran
menyeka air mata Zahlia dari terus gugur.Direnung anak
mata coklat cair yang memikat.Ada kedamaian yang
bermukim di dadanya.
“Abang tak tau Alia
turut sama menderita seperti abang.Setiap hari abang
berusaha melupakan bayangan Alia.Abang gagal! Alia tetap
yang abang sayang,” ucap Tengku Syahran separuh
berbisik.Dia ingin memeluk tubuh Zahlia.Tetapi tangan
Zahlia menghalang.
“Abang cuba untuk
melupakan Alia?” sedikit terkejut pertanyaan itu.
Tengku Syahran
terdiam.Kaku tertunduk.
Nafas Zahlia terasa
berombak-ombak.Dia sebak dengan pengakuan itu.
“Kalaulah Alia tau, dari
dulu lagi Alia buang perasaan sayang Alia untuk abang!
Agaknya sebab itulah abang tak pernah mahu bertanyakan
khabar Alia dan anak kita.Setakat yang sekali tu, baik tak
usah.Mana pergi tanggungjawab abang? Memang Alia tau
abang hantar duit, abang sediakan keperluan semua
cukup.Tapi satu yang abang lupa… kasih sayang! Alia nak
kasih sayang dari abang… bukan duit!” tubuh Zahlia
terenjut-enjut semula.Derita hatinya terasa menyala
kembali.
Zahlia mengesat air
matanya dengan belakang tangan.Menarik nafas dan mula
melangkah perlahan-lahan.Tengku Syahran berlari
mendapatkan Zahlia.
“Alia, jangan
tinggalkan abang lagi.Maafkan abang! Abang tak tau sampai
begitu sekali penderitaan Alia.”
Zahlia terperangkap
lagi dalam pelukan yang menjerat.Dia terasa wajahnya
ditatap dan sering dicium oleh bibir Tengku Syahran.Belaian
yang sering dirindui selama ini.
“Maafkan abang,
sayang.Abang tak sanggup lagi kehilangan Alia.Berilah
abang peluang untuk kita membina semula rumah tangga
kita.”
“Itu aje? Mudah
sungguh abang tolak dan tarik perasaan Alia.Abang tau tak…
kita nyaris kehilangan anak kita.Mana abang pergi waktu Alia
betul-betul mahukan abang di sisi Alia? Mustahil Fiza tak
pernah ceritakan kisah tiga bulan lalu kepada abang.”
Zahlia sudah kelihatan
tenang.Air matanya sudah kering.Dia ingin melepaskan
amarahnya terhadap lelaki itu sepuas-puasnya.Tidak
langsung diketahui yang ketika dia terlantar di hospital,
berhari-hari Tengku Syahran datang untuk menemani
lenanya di waktu malam.Zahlia tidak pernah tahu!
Ah, Tengku Syahran
pun tidak mahu menyentuh tentang itu.Dia bagaikan
kehilangan suara.Biarlah perkara itu menjadi rahsia antara
dirinya dengan Tengku Hafizah.
Tengku Syahran
mengambil keputusan untuk menjawab setiap kata-kata
Zahlia.Dia sedar kesilapannya mengabaikan keselamatan
wanita itu.Dia rasa berdosa! Seandainya kandungan itu
benar-benar keguguran, dialah orang yang akan rasa
bersalah seumur hidup!
“Masa Alia buka mata,
Alia cari abang dulu… dua hari bang! Abang buat Alia
hampir-hampir putus asa.Mujur Alia masih ada iman.Kalau
tak…”
“Alia… abang minta
maaf sungguh-sungguh.Abang sedar segala-galanya
bermula dari abang.Sejak kita bernikah lagi.”
Tengku Syahran
terdiam.Mengeluh seketika mengimbau kisah silamnya
dengan Zahlia.
“Abang yang menjadi
puncanya!Dan abang takkan maafkan diri abang kerana
pernah bertindak kejam pada Alia dulu.Tapi sungguh! Abang
sayangkan Alia.Cinta abang pada Alia tak setanding cinta
abang pada Nazirah.Abang sayang kedua-duanya.Tapi
sayang abang pada Alia lebih hebat dari sayang abang pada
insan yang sudah tiada!” sambung Tengku Syahran lagi.
Giliran Zahlia tidak
menjawab apa-apa.Dia terkejut kerana lahir nama baru dari
bibir itu.Dia ingat dengan nama yang pernah disebut Anissa
dan nama itu jugalah yang pernah disebut oleh lelaki itu
dahulu yang membuatkan dia cemburu dalam diam.Zahlia
tidak pernah lupa sejak hari itu.
“Abang akui Alia
adalah insan kedua yang berjaya menambat hati abang.Tapi
abang nak Alia tau, tak semestinya cinta dari insan kedua
tidak berjaya memikat hati abang yang dulu pernah
terisi.Abang sayangkan Alia.” Panjang Tengku Syahran
membongkar rahsia kisah silamnya.
Zahlia sudah kembali
bertenaga.Dia ingin mendengar cerita selanjutnya.Dalam
waktu yang sama, Tengku Syahran menarik Zahlia menuju ke
kerusi yang ditinggalkan tadi.Mereka duduk di situ.
“Abang merana sejak
kehilangan Nazirah.Dan abang berazam tak mahu bercinta
lagi.Tetapi keputusan mak untuk menjodohkan abang
dengan Linda telah membuatkan abang terpaksa bertindak
mencari isteri pilihan sendiri.Abang tak sangka Alia yang
abang pilih secara spontan.Dan yang paling abang tak
sangka Alialah jugak yang berjaya membuka jendela hati
abang yang telah tertutup rapat,” beritahu Tengku Syahran
ikhlas sambil mengeluh kecil.
Zahlia berasa tenang
kembali.Hati panasnya sudah sejuk.Melihat wajah Tengku
Syahran membuatkan perasaannya kembali berbunga
bahagia.
“Kerana sayang abang
pada Alia yang menggila tu, abang curiga dengan setiap
pergerakan Alia.Abang cemburu melihat Alia selalu ke
hospital melawat Razif.Masa tu, layanan Alia pada abang
jugak seolah-olah abang ni yang terhegeh-hegeh mahukan
Alia.
Abang sakit hati
melihat Alia dengan Bernard walaupun dalam CD.Dan yang
paling abang geram, bila ternampak dengan mata abang
sendiri yang lelaki itu pegang pipi Alia.Abang rasa kasih
sayang abang diabaikan,” ujar Tengku Syahran sambil
menghela nafas.Diraup rambutnya ke belakang dengan
tenang.Hatinya lega kerana segala isi hatinya sudah terluah.
Zahlia turut
mengeluh.Menyesal kerana memarahi Tengku Syahran
sehingga menyebabkan lelaki itu menceritakan segala-
galanya.
“Abang berjanji takkan
abaikan Alia lagi.Cuma… berilah abang satu lagi peluang,”
rayu Tengku Syahran penuh harapan.
Zahlia menoleh ke
arah wajah itu.Benang urat di hatinya kian menyulam
sesama sendiri.Menganyam perasaan bahagia yang kian
terasa.
“Syarat… jangan
tinggalkan Alia lagi.Kalau betul-betul terjadi, nahas abang!
Jangankan nak terima abang, nak pandang muka pun Alia
tak ingin.” Zahlia meluahkan saki-baki perasaan amarahnya.
Tengku Syahran
tersenyum.Memerhatikan bibir yang pada awalnya tidak
henti-henti memarahi dirinya.Sedar-sedar dia terasa
tangannya ditampar lembut.
“Kenapa senyap? Alia
tengah marah abang ni,” gerutu Zahlia dalam nada
rajuknya.
Tengku Syahran
melebarkan senyuman.
“Maafkan abang ya?
Abang berjanji takkan buat sayang macam tu lagi.”
“Itu ajelah yang abang
tahu.Maaf! Maaf! Maaf! Alia bosan.Aduh!” ucapan Zahlia
terhenti secara mengejut.Tapak tangannya mula memegang
permukaan perut yang dilindungi dengan pakaian
mengandung itu.
Tengku Syahran yang
sedang tersenyum terkejut dengan jeritan kecil itu.Dia
memandang Zahlia.Dia ternampak Zahlia sedang
memegang perut.
“Kenapa? Nak bersalin
ke?” pertanyaan Tengku Syahran hampir membuatkan Zahlia
meletuskan ketawanya.Zahlia melihat wajah Tengku Syahran
yang panik.Lucu sungguh!
“Belum lagilah, abang
ni!”
“Habis? Kenapa
menjerit?”
“Haa… cuba abang
rasa ni… cepat!” Zahlia menarik tangan Tengku Syahran ke
perutnya.
Tengku Syahran hanya
menurut.Tiba-tiba mulutnya sedikit terbuka.Dia membalas
pandangan Zahlia yang sedang mengukir senyuman
kepadanya.
“Apa tu?” soal Tengku
Syahran aneh.
“Hmm… inilah baby
punya siku.Anak kita dah cukup sifat,” jawab Zahlia
manja.Zahlia sudah lupa penderitaan hatinya.
Tengku Syahran
terdiam.Terus membiarkan tangannya di perut Zahlia.Dia
pandang ke arah Zahlia yang sedang tersenyum
sendirian.Isterinya itu cepat benar berubah moodnya.Tadi
bukan main merajuk, sekarang… Tengku Syahran turut rasa
terjebak dengan senyuman itu.Tanpa diduga, dia bangun dan
menarik tangan Zahlia mengikut jejak kakinya.

Zahlia pelik dengan


situasi itu.
“Abang… nak ke mana
ni?” tanya Zahlia.
Lelaki itu hanya diam
dan terus menarik tangan isterinya.
“Abang?”
“Kita ke rumah
abang.Dekat aje dari sini.”
“Buat apa?” soal Zahlia
hairan.
“Ambil semua pakaian
abang.Mulai saat ini, kita takkan berpisah lagi.Kecuali
ALLAH.”
Zahlia terdiam.Dia
tidak membantah.Tidak juga menjawab apa-apa.Sebaliknya
meneruskan langkah menuruti lelaki itu.
Bab 63

“N AH, ini untuk Alia dan cucu mak.” Tengku Badariah


menghulurkan sebungkus plastik yang diikat kemas kepada
Zahlia.Ketika itu, mereka sedang berada di rumah Zahlia.
Zahlia hanya
tersenyum dan menggeleng.
“Buat apalah mak
membazirkan duit.Kalau mak gunakan duit tu untuk
keperluan mak sendiri kan elok.”
“Alah… apa
salahnya.Alia kan menantu mak.Dah tu tak dapat pergi
Mekah sama-sama pulak tu.Macam Sofea, dia dah ikut
sekali.Mak pun dah ada belikan untuk dia.Nah, ambil ni Alia.”
Kali ini, barulah
Zahlia menyambut huluran itu.Dia membelek-belek
kandungan di dalam beg plastik sambil tersenyum.
“Terima kasih, mak,”
ucap Zahlia.
Tengku Badariah
mengangguk.
Hari itu, Zahlia terasa
hidupnya sungguh bahagia.Pagi-pagi lagi dia sudah
menyiapkan diri untuk menyambut kepulangan keluarga
mentuanya dari Mekah.
Lagipun, ada berita
gembira yang bakal disampaikan oleh Zahlia sebentar
lagi.Zahlia terasa tidak sabar.Sedaya-upaya cuba
disembunyikan.Sebab itulah Zahlia beria-ia minta keluarga
Tengku Badariah singgah ke rumahnya dahulu sebaik sahaja
sampai di KLIA tadi.
“Kandungan kamu ni
nampak dah sarat.Kamu pasti ke belum masanya?” Tengku
Badariah menyoal sambil tepat memandang perut Zahlia
yang makin membesar.
Zahlia tersenyum
kecil.
“Belum.Kalau ikut
jangkaan doktor, lebih kurang dua atau tiga minggu
lagi.Lagipun, tak ada pulak baby ni meragam tak tentu
hala.Lagi membuatkan Alia banyak bergerak adalah,” ujar
Zahlia sambil mengusap-usap perutnya.
Tengku Badariah
cuba tersenyum.Entah mengapa rasa bersalah bertubi-tubi
datang ke sanubarinya.Kasihan menantuku ini! Di saat
menunggu hari yang paling bahagia, suami pula tiada di
sisi,detik hati kecilnya.
Tengku Badariah
mengeluh.Zahlia pelik mendengar keluhan itu.
“Maafkan mak
kerana membuatkan kamu kehilangan Syah.Sumpah, mak
tak sangka hati Syah begitu keras sekali sehingga enam
bulan lamanya dia meninggalkan kamu.Mak rasa berdosa
Alia.” Tangisan Tengku Badariah kedengaran tiba-tiba.
Zahlia kaget apabila
Tengku Badariah memeluk tubuhnya.Lama dia membiarkan
pelukan itu sebelum membalasnya sepenuh hati.
“Dahlah tu mak.Alia
tak apa-apa.Perkara tu pun dah lama berlaku.Mak janganlah
risau.” Zahlia cuba memujuk.
“Mak rasa
bersalah.Kamu tak pernah marahkan mak.Kamu buat mak
rasa berdosa.Kalau anak kamu lahir nanti, di mana kita nak
cari Syah? Syah ni pun satu! Merajuknya melampau-
lampau.Sampai tak ingin menjenguk kamu walaupun sekali.”
Tengku Badariah sudah meleraikan pelukannya.
Zahlia mendiamkan
diri.
“Maafkan mak,
Alia.”
“Dahlah.Jom kita ke
bawah.Mama dah siap masak agaknya.Kejap lagi, bolehlah
kita makan.” Zahlia bangun sambil menarik tangan emak
mentuanya.
Ketika sampai ke
ruang tamu, semua ahli keluarga sedang duduk sambil
berbual.Raja Khalida sedang memasak di dapur.Atau
mungkin sedang menghidangkan lauk-pauk di atas meja.
Awal-awal lagi
Zahlia telah dilarang menjejakkan kaki ke dapur.Dia hanya
dipinta berehat dan duduk diam-diam.
Zahlia duduk
bertentangan dengan Tengku Hafizah.Mata Tengku Hafizah
mengisyaratkan sesuatu pada Zahlia.Zahlia hanya
menjungkitkan kening seolah-olah mengerti dengan isyarat
itu.Zahlia menarik nafas dalam-dalam.
“Mak, ayah!
Sebenarnya hari ni ada sesuatu yang Alia nak beritahu.Alia
harap mak dan ayah tak marahkan Alia kerana terburu-buru
mengambil keputusan ni tanpa menunggu mak dan ayah
balik dari Mekah.”
“Apa dia?” tanya
Tengku Ismail seolah-olah tidak sabar.
“Sebenarnya, Alia…”
“Assalamualaikum.”
Belum pun sempat
Zahlia meluahkan isi hati yang sedang berbuku di dada,
kedengaran suara seorang lelaki memberi salam di luar
rumah.
Suasana yang bising
terus menjadi senyap.Masing-masing berpandangan sesama
sendiri.Tengku Badariah tidak menunggu lama untuk
mengetahui pemilik suara itu, lantas dia berlari ke muka
pintu.
Tengku Badariah
terpaku.Tengku Syahran turut terpaku.Zahlia yang sejak tadi
hanya duduk di ruang tamu, turut bangun dan melangkah
keluar rumah.Dia juga menjadi pemerhati di situ.
Tengku Badariah
tidak dapat menahan sebak.Di tubir matanya, air jernih kian
sarat bertakung dan perlahan-lahan air mata itu gugur ke
pipi.
“Mak, ampunkan
Syah, mak.Ampunkan Syah!” Tengku Syahran menerpa ke
arah Tengku Badariah lalu dipeluk tubuh yang sudah
berbulan-bulan ditinggalkan.
Tengku Badariah
juga membalas pelukan Tengku Syahran.Kedua-duanya
menangis dalam pelukan.
“Mak pun nak minta
maaf dari kamu.Mak berdosa kerana bertindak kejam pada
kamu dan Alia.Maafkan mak!” Tengku Badariah menangis
tersedu-sedan.
Tengku Syahran
sudah merungkaikan pelukan.Pantas mendapatkan Tengku
Ismail pula.
“Ayah,” sapanya
sambil memeluk Tengku Ismail.
Tengku Ismail turut
memeluk Tengku Syahran.Simpatinya tidak henti-henti
apabila melihat tubuh yang susut dan kurus itu.
Tengku Syahran
berjumpa dengan adik-beradiknya pula.Bertanya khabar dan
kemudian barulah dia mendapatkan Zahlia yang tidak
bersuara sejak tadi.
Tubuh Zahlia
dirangkul kemas.Dahi Zahlia dicium lembut.Zahlia terasa
jari-jemarinya disulam.Zahlia hanya membiarkan.Malah dia
membalas sulaman itu agar menjadi erat.
“Mak, ayah! Kami dah
ambil keputusan untuk hidup bersama,” ucap Tengku
Syahran sambil menoleh ke arah Zahlia.
Tengku Badariah
memandang Tengku Ismail.
“Kalau begitu,
pindahlah kembali ke Villa Sakura semula.Jangan tinggalkan
rumah itu lagi,” pinta Tengku Badariah.
“Syah rasa biarlah
kami merasai hidup berdikari pulak mak.Syah nak uruskan
rumah tangga Syah sendiri.Lagipun Alia dah ambil
keputusan tak mahu bekerja lagi.Biarlah dia menjaga
keperluan Syah dan anak kami nanti.Mak tak payahlah
risau.”
“Mak tak mahu kamu
dan Alia berada jauh dari mak.Kalau boleh, mak mahu
semua menantu dan anak-anak mak tinggal di Villa
Sakura.Sekarang, semuanya dah tinggal jauh.Kamu memang
tak sayangkan mak agaknya.” Tengku Badariah merajuk.
Tengku Hakimi dan
Sofea ingin ketawa melihat wajah mencuka Tengku
Badariah.Tengku Hafizah dan Tengku Farhana turut
tersenyum.
“Mak, kami tak nak
susahkan mak.Izinkanlah kami hidup sendiri.” Zahlia pula
berkata.
Tengku Badariah
mengetap bibir.Termakan juga hatinya dengan pujukan
menantunya.Tidak lama kemudian, bibir Tengku Badariah
mengukir senyuman.Tidak lagi mahu melayani rajuk.
Bab 64

T ENGKU SYAHRAN ternampak kelibat Zahlia sedang duduk


mengelamun seorang diri di luar rumah.Bunyi bising
tetamu-tetamu yang hadir di kenduri doa selamat rumahnya
bagaikan tidak langsung mengganggu lamunan wanita
itu.Entah apa yang mengganggu hati isterinya itu tidak
langsung dapat dikesan oleh Tengku Syahran.
Timbul di sudut hatinya untuk
menyakat isteri kesayangannya itu.Perlahan-lahan kakinya
melangkah ke situ.Sampai di situ, segera Tengku Syahran
memeluk tubuh isterinya.
“Abang! Terkejut Alia.”
Zahlia bersuara sedikit marah.
Tengku Syahran
ketawa kecil.Dia mencium pipi Zahlia sebelum merungkaikan
pelukan.Lalu melabuhkan punggung di sisi Zahlia.
“Kenapa duduk sorang-
sorang kat sini? Kan ramai kat sana! Sayang tak nak makan
ke?” soal Tengku Syahran lembut.
Zahlia membalas
pandangan suaminya tanpa ragu.Bibirnya mengukir
senyuman nipis.
“Alia belum lapar
lagi.Abang dah makan ke?”
“Belum jugak.Kita
makan sekalilah ya?” pinta Tengku Syahran.
Zahlia mengangguk.
“Tapi… baby ni tak
lapar ke?” tanya Tengku Syahran seraya mengusap perut
isterinya lembut.
Zahlia ketawa.
“Belumlah…”
jawabnya ringkas.
“Hari ni baby boy ni
meragam tak?” soal Tengku Syahran mengusap lagi perut
Zahlia yang semakin membesar.
Perbuatan itu
membuatkan Zahlia memandang Tengku Syahran dengan
dahi yang berkerut.
“Mana abang tau yang
ni… baby boy?” Zahlia sengaja manyoal.
Tengku Syahran
tersenyum sumbing.
“Ikut gerak hati,”
jawabnya ringkas.
“Ehh, mana boleh
macam tu? Kalau nak keluar perempuan…
perempuanlah.Kalau nak keluar lelaki… lelakilah,” ujar Zahlia
selamba.Dia ingin ketawa dengan jawapan Tengku Syahran
tadi.
“Alah, bagilah abang
anak kembar lelaki,” pinta Tengku Syahran penuh harapan.
“Kembar? Alaa…
penatlah Alia.Abang ingat senang ke nak lahirkan anak
kembar?” Zahlia merungut kecil.
“Okeylah… kalau
keluar sorang pun soranglah.Abang tak kisah.Tapi mesti
lelaki tau.”
“Kalau ada rezeki
ALLAH nak bagi… kita terima aje bang.Alia tak kisah apa-apa
pun jantina anak kita.Lelaki dan perempuan kan sama
aje.Anugerah ALLAH.” Zahlia memeluk lengan suaminya
pula.
Tengku Syahran
terdiam.Mengakui kata-kata itu.Dia sebenarnya turut tidak
kisah.Apa yang lahir dari bibirnya itu hanya sekadar
harapan.Kalau yang lahir bukan seperti yang diharapkan,
tidak mungkin dia tidak akan mengakui zuriatnya.
Tengku Syahran
menerapkan senyuman manis.Dia bahagia apabila Zahlia
memeluknya sebegitu.Seakan kesepian hatinya telah
terisi.Tiada lagi wajah Nazirah yang datang mengganggu
seterusnya menjerat dirinya dari bercinta.Kini hanya belaian
lembut Zahlia yang menjadi igauan setiap hari.Belaian yang
selalu membangkitkan rindu yang berpanjangan di
hati.Tanpa sedar melekat satu ciuman dari bibirnya ke pipi
isterinya.
Zahlia terkejut.
“Hei, tak malu ke?
Ramai orang kat sana tau!” Zahlia menjarakkan wajahnya.
Terdengar gelak
ketawa suaminya itu yang bernada usikan.
“Eleh, bukannya
nampak!Lagipun Alia dah jadi milik abang selama-
lamanya.Abang punya sukalah.Kalau tak pun… jom kita
masuk bilik,” ujar Tengku Syahran.
“Hisyy… abang ni tak
habis-habis.Tak ada kerja lain ke? Kenduri ni, kat rumah kita
cik abang ooiii,” marah Zahlia sedikit tersipu.
“Itu kan satu kerja
jugak.”
“Ah, sudah… sudah…
tak larat Alia nak layan abang kat sini.Ada aje nak
dijawabnya.Alia nak pergi kat sana.” Zahlia ingin bangun
tetapi Tengku Syahran pantas menyambar pergelangan
tangannya.
“Alia nak pergi mana?
Duduklah dulu dengan abang.”
“Alahh… Alia nak ke
sana,” ujar Zahlia sambil menuding jari telunjuk ke arah
ruang makan.
Tengku Syahran
mengetap bibir.Bingung melihat gelagat isteri yang sentiasa
aktif.
“Alia dah lapar ke?
Abang ambilkan,” soal Tengku Syahran.
“Bukan.”
“Habis? Baby yang
lapar?”
Zahlia menggeleng
lagi.
“Alia nak pergi jenguk
mak dengan mama tu.Kesian mereka.Kenduri ni kat rumah
kita, tapi mereka yang kena layan tetamu.”
“Tak payahlah
risau.Fiza dengan Ana kan ada.Biar mereka yang tolong.Alia
duduk diam-diam kat sini.”
“Tapi…”
“Puteri… dengar cakap
abang, okey.Puteri tunggu kat sini.Abang pergi ambilkan air.”
Tengku Syahran berlalu
pergi.
Zahlia duduk
bersendirian semula.Memerhati Raja Khalida, Tengku
Badariah dan Puan Azizah yang sedang sibuk melayani
tetamu.
Zahlia tiba-tiba
ternampak Fatimah sedang melayani suaminya Bernard atau
nama Islamnya Ahmad Adam.Zahlia tersenyum.Jodoh
mereka bertemu di depan aku rupanya! Kemudian, Zahlia
terpandangkan Adli dan Anissa.Pasangan suami isteri itu
dilihatnya sedang ketawa melayani keletah Fiqa.Zahlia turut
tersenyum.Teringat keletah Fiqa yang rapat dengannya
ketika dia tinggal di rumah Adli dulu.
Matanya beralih ke
sudut lain pula.Bibir Zahlia tersenyum membalas senyuman
Hazwin yang jauh melambai-lambaikan tangan sambil
mengusap perutnya.Zahlia turut melambaikan
tangan.Hazwin bakal bergelar ibu beberapa bulan lagi.
Zahlia
bersyukur.Kemudian dia terlihat wajah ceria Sofea di sudut
kecil taman rumahnya.Wanita itu nampak berseri-seri
semenjak disahkan mengandung.Semua itu anugerah
ALLAH.Zahlia terasa bahagia dikelilingi dengan insan yang
benar-benar mengasihi dirinya.
Tiba-tiba Zahlia
teringatkan Razif yang masih terlantar sakit.Razif sudah
mengenali suaminya.Malah sudah berkali-kali Tengku
Syahran melawat Razif sendirian apabila Zahlia kadang-
kadang tidak sihat.Maklumlah berbadan dua.
Zahlia tersenyum
lagi.Segala kemarau yang pernah melanda hidupnya dahulu
sudah kembali pulih.Zahlia tidak henti-henti memanjatkan
kesyukuran.

Bab 65

T ENGKU SYAHRAN berjalan mundar-mandir di hadapan


pintu wad bersalin.Bila punggungnya dilabuhkan di atas
kerusi, dia rasa tidak selesa.Ingin berdiri di satu tempat
secara statik pun, Tengku Syahran tetap tidak senang hati.
Hatinya gelisah.Ahli-ahli
keluarganya yang lain turut sama membisu.Masing-masing
mempamerkan riak kerisauan.Sudah dua jam menanti di
situ,benar-benar membuatkan Tengku Syahran terasa
bagaikan ingin merempuh pintu wad bersalin itu sekuat
hati.Tidak sabar-sabar rasanya mahu mengetahui
perkembangan diri isterinya.Selamatkah dia?
Ya ALLAH,
selamatkanlah isteri dan anakku!Doa Tengku Syahran di
dalam hati.
Tengku Syahran
melangkah mendekati pintu wad.Cuba mengintai di celah-
celah cermin kecil yang terdapat di pintu itu.Tiada langsung
ruang yang membolehkan dia melihat situasi di dalam.
Tengku Syahran
semakin tidak tentu hala.Dia mengalihkan pandangan pada
Tengku Badariah dan kemudian pada Raja Khalida serta ahli-
ahli keluarganya yang lain.
“Mak, kenapa lambat
sangat?” Tengku Syahran bertanya.
T engku Badariah yang
sejak tadi duduk di sisi Tengku Ismail mula mengerling ke
arah Tengku Syahran.Raja Khalida yang duduk di tepi Tengku
Hafizah juga turut memandang.Hatinya turut gelisah.
“Sabarlah.Kejap lagi
selesailah agaknya.” Tengku Badariah cuba bersikap
tenang.Padahal hatinya turut berasa risau.
“Syah risaulah
mak.Dah dua jam Alia kat dalam tu.Takkan lama sangat.”
“Itulah kamu.Isteri
tengah sarat pun, sibuk dengan kerja.Kamu tengoklah apa
dah jadi.”
Tengku Syahran
menggaru-garu kepalanya.Cuba mengintai cermin kecil di
pintu itu lagi.Kemudian Tengku Syahran duduk di tempatnya
semula.Rasa bersalah timbul di sudut hati.
Dia teringat selepas
dia menerima panggilan telefon dari hospital tentang
keadaan Zahlia.Tengku Syahran terus bergegas
meninggalkan Neraca Holdings.Kerisauannya menerjah-
nerjah ketika diberitahu yang Zahlia memandu sendiri ke
hospital dalam keadaan genting.Turut diberitahu yang wanita
itu pengsan di hadapan pintu hospital bersama telefon
bimbit yang tertera nombor telefon Tengku Syahran di
tangan.
Tengku Syahran
didatangi perasaan bersalah lagi.Memang sejak pagi lagi
telefon bimbitnya sengaja dimatikan.Tidak langsung terfikir
yang isterinya itu akan menghubunginya.
Tengku Syahran
mengeluh kecil.Sepatutnya dia memohon cuti untuk
menjaga isterinya dalam saat-saat menanti kelahiran anak
sulungnya itu.Kenapa dia tidak terfikir semua itu?
Tengku Syahran
terasa ingin menangis.Sesekali tangannya meraup
rambutnya ke belakang.Bagaikan menyesali
ketidakprihatinannya tadi terhadap Zahlia.Hatinya mula
berdoa, berharap benar isterinya itu benar-benar selamat.
Alia, jangan
tinggalkan abang, sayang! Bisik Tengku Syahran penuh
harapan.
Tiba-tiba pintu wad
bersalin itu terkuak.Tengku Syahran bingkas bangun.Seorang
doktor wanita lengkap berpakaian jubah putih keluar sambil
mencabut keluar sarung tangan getahnya.
Tengku Syahran
pantas menuju ke arah doktor itu.Begitu juga ahli-ahli
keluarganya yang lain.
“Doktor, bagaimana
keadaan isteri saya?” soal Tengku Syahran cemas.
Doktor wanita itu
hanya tersenyum.
“Alhamdulillah,
semuanya selamat.Tahniah, encik dapat anak lelaki,”
beritahu doktor itu dengan senyuman.
Tengku Syahran
tersenyum lebar.Suara riuh ahli-ahli keluarganya yang lain
turut kedengaran ceria.
“Boleh saya tengok
isteri saya?” tanya Tengku Syahran tidak sabar-sabar lagi.
“Boleh.Tapi, encik
kena tunggu kami pindahkan isteri encik ke wad dulu.Nanti,
encik boleh pergi tengok dia.Buat masa ni, isteri encik
sedang tidur.Dia masih lemah.”
“Terima kasih,
doktor.”
“Sama-sama.Sekejap
lagi, bolehlah encik azankan anak-anak encik.Pembantu saya
sedang bersihkan kedua-duanya.” Doktor itu berkata dan
terus berlalu.
Tengku Syahran
terdiam.Anak-anak? Kedua-dua? Apa maksudnya? Tengku
Syahran bagaikan terpinga-pinga.
Tiba-tiba dia melihat
dua orang jururawat datang membawa keluar dua orang
bayi lelaki.Tengku Syahran pelik.Anak aku ke tu? Soalnya di
dalam hati.
“Eh, Syah! Apa
tunggu lagi.Azankanlah yang sorang tu.Yang ni biar ayah
yang azankan.” Suara Tengku Ismail berjaya mematahkan
khayalan Tengku Syahran.
“Kenapa ada dua?”
soal Tengku Syahran.
“Kamu tak tau ke
yang Alia tu mengandung kembar?” tanya Tengku Badariah
pula.
Tengku Syahran
menggeleng.
“Hei, Puteri ni pun
satu.Bukan nak diberitahu perkara ni pada Syah.Hisyy…
budak-budak sekarang ni.” Raja Khalida menggeleng sambil
ketawa kecil.
Tengku Syahran
semakin hairan.
“Apa maksud
mama?” tanya Tengku Syahran pada Raja Khalida.
“Pada awal
kandungan lagi, doktor dah sahkan dia mengandung
kembar.Dia tak beritahu kamu?”
Tengku Syahran
menggeleng.
“Haa… sekarang ni,
kamu dah tau kan? Ni, anak kamu.Dua orang,” ujar Raja
Khalida sambil tersenyum.
Tengku Syahran
mengalihkan pandangan pada dua orang bayi di
hadapannya.Lama dia merenung kedua-dua bayi tersebut
dan akhirnya bibir Tengku Syahran mengukir senyuman.Tiba-
tiba hatinya didatangi perasaan gembira.Segera dia
bersyukur ke hadrat ILAHI atas kurniaannya itu.
“TERIMA kasih,sayang! I love you.” Tengku Syahran berkata
sambil mengucup pipi Zahlia lembut.
Zahlia hanya
tersenyum manis.Tangan Tengku Syahran dicapai dan
digenggam erat.Ketika dia membuka mata beberapa minit
tadi, Tengku Syahran sedang duduk di sisinya sambil
membaca surat khabar.
Menyedari Zahlia
sudah terjaga, terus Tengku Syahran melipat surat khabar
dan meletakkan di rak khas.Ahli-ahli keluarga yang lain
sudah pulang.Hanya tinggal Tengku Syahran dan Zahlia di
dalam bilik itu.Anak-anaknya pula sedang diberi rawatan
khas untuk mengesahkan mereka bebas dari penyakit.
“Mana anak-anak
kita?” soal Zahlia sambil matanya melilau mencari anak-
anaknya.
“Ada kat
nurse.Mereka beri susu tadi.Dah tidur agaknya.” Tengku
Syahran membalas genggaman tangan Zahlia.
Zahlia tersenyum
manis.
“Anak kita comel
tak?”
“Emm… macam
ayahnyalah.”
“Perasan.”
Tengku Syahran
ketawa kecil.Jari-jemari Zahlia dibawa ke mulutnya lalu
dikucup lembut.
“Abang gembira
dapat dua orang sekaligus?” Zahlia bertanya.Berniat ingin
mengetahui isi hati suaminya itu.
Tengku Syahran
melepaskan pandangan ke arah Zahlia.Kalau diikutkan
hatinya, dia ingin menjerit sekuat hati untuk menyatakan
betapa gembiranya dia dengan kurniaan itu.Biar satu dunia
tahu!
“Kenapa tak beritahu
abang yang kita akan dapat twins?”
“Saja nak bagi
surprise,” jawab Zahlia manja.
“Nakal.”
Zahlia ketawa.
“Abang suka tak?”
Zahlia bertanya sekali lagi.
Tengku Syahran
mengangguk.
“ Thanks honey! I
love you.”
“I love you too.”
Ucap Zahlia sambil tersenyum.
Tengku Syahran
membalas senyuman isterinya.Tetapi senyuman yang mekar
itu tiba-tiba mati apabila melihat Zahlia bangun.
“Alia nak ke mana ni?”
Tengku Syahran hairan apabila Zahlia bergerak menuruni
katil.
“Alia nak pergi tengok
anak-anak kitalah.”
“Eh, mana boleh
bergerak sesuka hati.Nanti doktor marah.”
“Alah, sekejap aje.Alia
nak tengok rupa mereka,” pinta Zahlia cuba memujuk.
Tengku Syahran
terdiam.Wajah penuh mengharap Zahlia dipandang
sejenak.Lama dia membisu sebelum berkira-kira untuk
mengeluarkan bicara.
“Alia tunggu di sini
dulu.Abang pergi ambil kerusi roda.Kita pergi sama-sama,
okey.”
“Tapi…”
“Dengar cakap
abang.Kalau tak, jangan pergi.” Tengku Syahran bersuara
tegas.Zahlia menelan air liur.
“Yalah.” Lambat-
lambat Zahlia berkata.
Tengku Syahran
menghilang di balik pintu dan hadir semula dengan kerusi
roda di tangan.
Di waktu itu, Zahlia
sedang mencapai gelas di tepi katil.Berniat untuk
membasahkan tekak yang terasa kering.
“Hei, kenapa tak cakap
kat abang yang Alia nak air? Biar abang ambilkan.”
Tengku Syahran
berjalan ke arah Zahlia.Mencapai gelas di tangan Zahlia dan
menuangkan air suam lalu disuapkan ke mulut Zahlia
perlahan-lahan.
Zahlia pelik dengan
kelakuan Tengku Syahran yang nampak risau dengan setiap
pergerakannya.Tetapi Zahlia hanya mendiamkan diri.
“Jomlah kita pergi.Alia
pun dah tak sabar-sabar nak tengok anak-anak kita.” Zahlia
bangun dan melangkah ke kerusi roda.
“Elok-elok melangkah
tu.Pegang tangan abang ni.” Tengku Syahran menghulurkan
tangan.
Zahlia mula
mengeluh.Tengku Syahran hanya bersikap selamba.
“Abang! Kenapa
dengan abang ni? Alia tak apa-apa.Kan masih boleh
bergerak ni.Yang abang risau sangat ni apasal?” Zahlia
mengetap bibir.
Setiap tingkah laku
Tengku Syahran amat merimaskan dan adakalanya
melahirkan rasa gelihati di sanubarinya.Kini, Tengku Syahran
pula yang mengeluh.
“Alia kan baru first
day.Kena berhati-hati.Doktor dah pesan pada abang supaya
tak bagi Alia bergerak sangat.”
Zahlia menggeleng.
“Alia taulah abang
risau.Tapi janganlah sampai Alia naik rimas.”
“Alia rimas ke?”
Tengku Syahran
melabuhkan punggungnya di atas katil.Sedikit sebanyak
dirinya berkecil hati dengan kata-kata Zahlia.
Za hlia tersenyum kecil
dengan perangai suaminya.Dah jadi ayah pun nak merajuk
lagi!
“Bukan macam tu
maksud Alia.Abang tu yang risau sangat.Alia okey aje,”
beritahu Zahlia sambil duduk di sisi Tengku Syahran.
Tangan lelaki itu
dicapai lantas digenggam.Tiada respon.Tengku Syahran
hanya kaku membuatkan Zahlia menoleh pada wajah di
sisinya.Juga tiada reaksi untuk suaminya membalas
pandangannya.
“Okey, Alia minta
maaf kalau abang berkecil hati.Alia tak bermaksud pun nak
kecilkan hati abang.Cuma Alia tak mahu abang treat Alia
macam budak-budak kecil.Alia tak nak menyusahkan
abang.” Zahlia tunduk menyesali kata-katanya.
Tengku Syahran yang
mendengar kata-kata itu tersentuh hatinya.Perlahan-lahan
dia memandang Zahlia.Serentak itu, Tengku Syahran
menggenggam jari-jemari yang halus di tangannya.
“ Abang pun nak minta
maaf sebab buat Alia rasa bersalah.Abang berjanji takkan
rimaskan Alia lagi.” Tengku Syahran berkata pula.
Zahlia mengangkat
wajah dan merenung ke arah Tengku Syahran.Bibir lelaki itu
tersenyum seterusnya membuatkan Zahlia turut ingin
tersenyum.
“Jomlah, abang
tunjukkan anak-anak kita.”
Tengku Syahran
bangun.Zahlia juga bangun dari katil.Ketika Zahlia ingin
berjalan ke arah kerusi roda, dia terasa tangannya dipegang
kuat.
Pantas Zahlia menoleh
pada Tengku Syahran.Pelik dengan pautan yang terasa
begitu erat.
“Tak bolehlah, Alia.”
Ucapan Tengku Syahran yang tiba-tiba makin membuatkan
Zahlia berasa hairan.
“Apa yang tak boleh?”
soal Zahlia sambil mengerutkan dahi.
Pegangan tangan
suaminya dirasakan semakin kemas.
“ Bila abang tengok Alia
bergerak, perasaan abang tak boleh dikawal.Abang tetap
risau,” ucap Tengku Syahran sambil tersengih.
Zahlia mengetap bibir
dan mendengus kecil.Namun lama-kelamaan bibir Zahlia
mekar dengan senyuman.
“I love you,” luah Zahlia
sambil membalas pautan tangan suaminya.
Tengku Syahran terasa
bahagia.
“I love you too,” balas
Tengku Syahran berserta kucupan lembut di pipi isterinya.
Terima kasih, TUHAN-
ku! Kekalkanlah kebahagiaan ini.Doa Zahlia sambil
menerapkan senyuman manis.Penuh kebahagiaan yang
tersirat!

TAMAT

BIODATA PENULIS
Nama sebenarnya ialah Intansuhana Ramli tetapi
beliau lebih gemar menggunakan nama Damya
Hanna dalam menghasilkan novel-novel
ciptaannya.Masih lagi menuntut di Universiti
Kebangsaan Malaysia dalam jurusan akaun.
Anak kelahiran Selangor
Darul Ehsan ini, dahulunya hanya menulis sekadar
untuk mengisi masa lapang.Tidak ada niat langsung
mahu menghantar manuskrip yang telah siap ke
mana-mana syarikat penerbitan.Tetapi atas dorongan
keluarga dan rakan-rakan, beliau mula bersemangat
untuk menulis sejak menuntut di Universiti
Kebangsaan Malaysia.Di situlah, beliau banyak
mengumpul idea yang kebanyakannya beliau
perolehi dengan membeli novel-novel dari pelbagai
syarikat penerbitan.
Damya Hanna pernah juga
menghasilkan sebuah manuskrip tetapi gagal
menarik minat editor kerana panjangnya yang tidak
mengikut prosedur syarikat.Dari situlah semangatnya
kembali berkobar-kobar untuk mendalami lagi bidang
penulisan dan akhirnya beliau berjaya menghasilkan
jalan cerita yang berjudul BICARA HATI.
BICARA HATI adalah novel
sulung Damya Hanna bersama ALAF 21.Pelbagai
konflik masyarakat telah dihidangkan dalam novel
terbaru beliau.Elemen kasih sayang, suka, duka,
cinta, dendam, keazaman dan keagamaan diselitkan
dalam novel ini.Setiap watak yang ditonjolkan dalam
novel ini membawa plot cerita yang berbeza.
Di masa terluang, beliau
suka menulis dan membaca dan penulis idola beliau
ialah Fauziah Ashari, Nor Zailina Nordin dan
Norhayati Berahim.
Kerinduan

Dulu pernah aku bersumpah


Selalu setia jikaku bercinta
Masih melekat rasa itu
Saat cintamu datang padaku

Semua terwujud saat kau singgah


Kaulah si cinta untuk setia merindu

(Chorus *)
Kerinduan…
Tak akan menghilang
Kan selalu kurasa
Tak mampu ku menghindar
Kau berikan…
Apa yang kupinta
Kau mengikatku dalam cinta
Temaniku dalam setia…(jalani hidup ini)

Aku tak pernah mengharapkan


Cinta yang datang membelaiku
Aku dapat selalu bertahan
Menahan cintamu di sukmaku

Kehadiranmu basuh jiwaku


Engkau surutkan api cinta diriku

Ulang chorus * (2X)

Shiela Majid

You might also like