Read without ads and support Scribd by becoming a Scribd Premium Reader.
 
1.0 Pengenalan
Aktiviti kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah, dan setiap murid harusmelibatkan diri. Aktiviti ini boleh dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah, mengikutkesesuaian sesuatu aktiviti. Dengan andaian bahawa murid-murid tidak mendapat pengalamantertentu di bilik darjah, maka aktiviti kokurikulum dapat menyediakan pelbagai pengetahuan dan pengalaman untuk perkembangan mental, minat, bakat, jasmani, rohani dan pembentukan nilai-nilai estetika serta sosial yang positif.
2.0 Matlamat Aktiviti Ko-Kurikulum Ke Arah Pemupukan Nilai dan Etika
Matlamat utama aktiviti kokurikulum adalahuntuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara. Antara matlamat yang hendak dicapai ialahseperti berikut:
Menyemai kesedaran murid-murid terhadap agama dan kepercayaan kepada Tuhan.
Menyeimbangkan antara perkembangan mental dengan perkembangan rohani, jasmanidan emosi murid-murid.
Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan di kalangan murid dalam sekolah dan diantara sekolah.
Membina dan meningkatkan minat dan bakat murid-murid dalam aktiviti yang diceburi;
Membina dan meningkatkan disiplin murid;
Mewujudkan budaya sekolah yang menarik dan menggembirakan;
Membina dan meningkatkan kerjasama dan sumbangan hubungan dua hala antarasekolah dan masyarakat;
Mewujudkan sekolah berwatak.Suatu Pemerhatian
 
Satu pemerhatian telah dibuat selama dua bulan di sebuah sekolah kebangsaan untuk mengkajidan mengenalpasti beberapa jenis aktiviti ko-kurikulum yang boleh merangsang pemupukan nilaidan etika. Aktiviti ko-kurikulum tersebut ialah Persatuan Pengguna, Kelab Bola Sepak danTunas Kadet Remaja Sekolah.
3.0 Analisis Ringkas
Analisis terhadap kegiatan ko-kurikulum bagi setiap komponen dibuat secara ringkas meliputiempat bahagian iaitu:
Matlamat
Strategi
Pelaksanaan
Impak kepada murid
3.1 Persatuan Pengguna3.1.1 Matlamat
Persatuan Pengguna ditubuhkan di peringkat sekolah rendah bagi melahirkan generasi mudayang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dalam bidang kepenggunaan. Persatuan ini jugadilihat mampu mengorganisasikan kelompok murid melalui kepimpinan yang diterajui olehmurid-murid itu sendiri.
3.1.2 Strategi
 
Persatuan Pengguna ini mensasarkan penyertaan murid dari Tahap Dua iaitu tahun empat, tahunlima dan tahun enam. Terdapat beberapa modul yang digunakan untuk menggerakkan persatuanini. Ada di antara modul yang digunakan diperoleh dari agensi kerajaan yang lain sepertiKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).Banyak nilai murni yang diterapkan kepada ahli-ahli persatuan melalui pelbagai aktiviti yangdianjurkan. Sebagai contoh, melalui penganjuran bengkel kepenggunaan, setiap ahli (murid)didedahkan dengan persekitaran yang penuh dengan nilai murni. Buktinya, slot pengguna bijak menerapkan ciri-ciri yang baik seperti bijaksana, saling menghormati, bertolak ansur, jujur dan banyak lagi.
Search History:
Searching...
Result 00 of 00
00 results for result for
  • p.
  • Notes
    Load more