You are on page 1of 12

Negara Jepun sebuah negara kepulauan yang terletak di sebelah timur

pantai Benua Asia. Nama negara Jepun membawa maskud sumber matahari
atau dalam bahasa nggeris "the sourse of the rising sun. Orang Jepun pula
lebih suka menggelarkan negaranya sebagai Nihon atau Nippon yang membawa
maksud 'negara matahari terbit' dalam bahasa Jepun. Sebelum pemeritahan
Meiji, Jepun diperintah oleh Keshogunan Tokugawa (1603-1867) yang
mengamalkan sistem pemeritahan secara feudalisme. Pada masa itu,
masyarakat Jepun telah dibahagikan kepada 4 kelas iaitu Samurai (Pahlawan),
Nomin (Kaum tani), Shonin (petukang) dan Chonin (saudagar). Sistem
pemeritahan dan pentadbiran negara Jepun pada masa itu dikuasai oleh para
shogun yang merupakan pemimpin tertinggi samurai. Shogun bukan sahaja
mempunyai kuasa muktak dalam politik. Malahan, menguasai aspek ekonomi
dan sosial negara. Empayar Tokugawa mendominasi arena politik Jepun dari
tahun 1603 hingga 1867. Sistem pemeritahan feudal yang diamalkan oleh
empayar Tokugawa menyebabkan kerajaan ini mengamalkan 'Dasar Tutup Pintu'
untuk menjaga kedaulatan dan keselamatannya daripada ancaman kuasa-kuasa
besar.

Empayar Shogun tergugat apabila berlakunya perubahan ekonomi di
negara Jepun pada abad ke 18 hingga ke 19. Perdagangan semakin
berkembang pesat dan proses urbanisasi telah membawa kekayaan kepada
kumpulan-kumpulan tertentu, misalnya saudagar tetapi keadaan ini telah
mengakibatkan kemiskinan kelas Samurai yang merupakan tulang pemerintahan
sistem politik Tokugawa. Pada abal ke-18, sistem politik dan sosial masyarakat
Jepun mula berubah dengan mendadak akibat sistem ekonomi tukar barang
ditukarganti dengan sistem wang. Keadaan ini menjadi saudagar semakin
berpengaruh dalam masyarakat. Saudagar-saudagar mula menentang
pemeritahan Tokugawa apabila pemeritah Tokugawa mengenakan Dasar isolasi
yang mengehadkan dunia perdagangan saudagar-saudagar. Atas alasan ini,
saudagar-saudagar sering bekerjasama dengan pihak anti-tokugawa untuk
menggulingkan empayar Tokugawa. Kedudukan Shogun Tokugawa semakin
terjejas apabila negara Jepun mengalami kemerosotan ekonomi menjelang abad
ke-18 dan ke 19. Penduduk Jepun semakin ramai tetapi hasil pertanian tidak
dapat menampung jumlah bilangan rakyat yang ramai. Justeru, Pemerintah
Shogun telah memaksa para petani untuk meningkatkan hasil keluaran pertanian.
Beban petani semakin berat apabila Shogun mengenakan cukai-cukai tambahan
kepada golongan petani. Faktor-faktor ini menyebabkan rakyat Jepun semakin
tidak puas hati terhadap pemeritahan Shogun. Kedatangan orang barat
mempercepatkan lagi keruntuhan empayar Shogun Tokogawa. Kekalahan
peperangan Choshu menyebabkan Shogun semakin kehilangan sokongan
rakyat jelata. Pada tahun 1867, Shogun Keiki bersetuju meletakkan jawatan dan
menyerahkan kuasa pemerintahan Jepun kepada Maharaja Meiji. Dengan ini,
tamatlah Shogun Tokugawa di Jepun .

Negara Jepun telah menjadi kuasa dunia pada zaman pemerintahan
Meiji. Pemeritahan Meiji juga dikenali sebagai Revolusi atau Pembaharuan
Meiji ialah seurutan peristiwa yang mencetuskan perubahan besar-besaran
dalam struktur politik dan struktur Jepun yang berlaku pada separuh kedua abad
ke-19 yang menyaksikan pengakhiran zaman Shogun Tokugawa dan
kebangkitan Zaman Meiji. Pembaharuan ini membolehkan Empayar Jepun
bangkit sebagai kuasa besar. Zaman pemerintahan Meiji bermula pada tahun
1867. Pemerintah Meiji setelah mengambil tampok pemerintahan daripada
keshogunan Tokugawa telah mengambil daya usaha untuk memajukan dan
membangunkan Jepun. Maharaja Meiji ialah Maharaja Jepun yang Ke-122. Di
bawah pemeritahan baginda selama 44 tahun (1868 hingga 1912), negara Jepun
banyak mengalami perubahan dari segi politik, sosial dan ekonomi. Pemeritahan
Meiji bertujuan untuk mengembalikan maharaja kepada kedudukannya yang
sebenar sebagai ketua masyarakat Jepun yang tertinggi. Pemimpin-peminpin
muda dari suku kaum Satsuna dan Choshu yang berwawasan dan semangat
patriotik yang kuat telah menjadi pendorong untuk memodeninasikan negara
Jepun. Pemimpin-pemimpin muda ini menyedari bahawa Jepun tidak dapat
menandingi kuasa imperialis barat yang merupakan ancaman utama kepada
kedaulatan Jepun kecuali negara Jepun menjadikan sebuah negara moden yang
mempunyai kuasa tentera yang kuat. Justeru, lahirnya ideal 'Eukoku Kyohei'
yang bermaksud sebuah negara yang kaya dengan kuasa kententeraan yang
kuat. Mereka mula menggubal satu dasar modenisasi yang menyeluruh dari segi
politik, ekonomi dan sosial . a melibatkan penyerapan teknologi dan sains dari
Barat yang diselaraskan dengan ciri-ciri Jepun.

Ciri-ciri utama kejayaan pemodenan negara Jepun adalah kewujudan
pemimpim-peminpim muda yang berdedikasi, berwawasan dan bersemangat
taat dan setia kepada negara yang menjadi teladan kepada rakyat Jepun pada
masa itu. Golongan pemimpin muda ini telah melancarkan pemodenan dengan
mendapat kebenaran dan sokongan penuh daripada Maharaja Meiji. Mereka
berusaha menyerapkan pengetahuan dan teknologi barat untuk memodenkan
Jepun. Kejayaan Meiji dan pemimpin membentuk satu masyarakat yang
terpelajar melalui sistem pelajaran dan pendidikan yang moden telah
membolehkan kepimpinan yang berkesan di negara Jepun. Selain itu, semangat
kebangsaan yang kuat dan cintakan tanah air yang sangat unggul di kalangan
pemimpin muda ini dalam membangunkan negara telah menjadi contoh kepada
rakyat jelata. Seterusnya, merangsang rakyat Jepun sudi mengorbankan
kepentingan diri demi nusa dan bangsa.

Pemerintah Meiji juga menggunakan taktik psikologi dalam memastikan
dasar-dasar kerajaan mendapat sokongan daripada rakyat jelata. Pemerintahan
Jepun telah mewujudkan empat slogan sebagai teras kepada rakyat Jepun untuk
meyokong kepimpinan Meiji dan rakyat Jepun dapat berdiri setanding dengan
ketamadunan barat. Slogan Fukoku Kyohei yang bermasksud 'Kuatkan Tentera
Kuatkan Ekonomi'. Prinsip ini mendokong cita-cita bahawa segala pemikiran dan
jasad orang-orang Jepun hendaklah memperkuatkan keselamatan negara dan
memperkukuhkan ekonomi supaya rakyat Jepun disegani dan dihormati di dunia.
Oleh itu mereka digesa bekerja kuat tanpa rasa jemu supaya negara mencapai
keunggulan. Slogan kedua Bunmei Kaika atau 'Meningkatkan Kecerdikan Dalam
Pendidikan'. Slogan ini merangsang rakyat-rakyat Jepun agar bersemangat
mencari, mengamalkan dan menyebarkan ilmu-ilmu baru berteraskan sains dan
teknologi kepada seluruh anak-anak Jepun. ni dibuat berdasarkan Jepun telah
ketinggalan jauh dari segi pencapaian teknologi dan ekonomi apabila membuka
pintu negaranya ke atas negara-negara barat. Bagi menjamin maruah dan
bangsa Jepun dihormati, rakyat disarankan menimba ilmu tanpa sempadan.
Manakala Shokusan Kogyo (Menjalankan Program Perindustrian Berat) yang
mendokong cita-cita bahawa negara Jepun mestilah maju dalam lapangan
perindustrian berat untuk mengembangkan ekonomi Jepun di seluruh dunia.
Tokyo telah memainkan peranan sebagai pusat perindustrian dan penyelidikan di
lapangan perindustrian supaya negara Jepun mampu mengeksport barang-
barangnya ke seluruh dunia. Di bawah slogan ini, ramai orang Jepun telah
dihantar ke negara barat untuk menimba ilmu pengetahuan dan pulang ke Jepun
sebagai perintis serta penasihat kepada orang-orang Jepun di lapangan
perindustrian. Slogan keempat ialah Kokusai- Kankei 'Menjalin Perhubungan
dengan Masyarakat Antarabangsa Untuk menjadi sebuah negara maju rakyat
Jepun diminta mengadakan perhubungan dengan seluruh dunia agar negara
Jepun terkenal dan ini sekaligus berupaya meningkatkan perdagangan Jepun.
Budaya Jepun menjadi elemen penting diperkenalkan oleh orang-orang Jepun
melalui konsep 'kaizen' dan 'arigato'. Melalui slogan-slogan ini, pemikiran rakyat
Jepun telah disatukan dengan hidup bermatlamat dan sentiasa melindungi dan
mengikuti dasar-dasar kerajaan agar negara maju dari segi politik, sosial dan
ekonomi.

Pendidikan merupakan satu usaha yang sistematik yang disengajakan,
yang dibuat oleh sesuatu masyarakat untuk menyampaikan pengetahuan, nilai,
sikap dan kemahiran kepada ahlinya, usaha memperkembangkan potensi
individu dan perubahan yang berlaku dalam diri manusia. Pendidikan amat
penting kerana ia dapat melahirkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap
supaya membolehkannya berupaya melaksanakan tugas secara produktif serta
sempurna, demi memberikan sumbangan terhadap kemajuan dan pembangunan
negara. Pada zaman pemeritahan Meiji, Pendidikan amat dititikberatkan oleh
kerajaan Meiji. ni kerana pendidikan yang berkualiti akan melahirkan dolongan
cendekiawan yang berakhlak mulia, berwawasan tinggi, sentiasa berusahan
mencapai kesempurnaan hidup serta sanggup menerima cabaran hidup.
Pelbagai usaha telah dijalankan untuk memodenkan pendidikan di negara dan
menyediakan pendidikan yang terbaik bercorak identiti negara Jepun untuk
semua rakyat. Kerajaan Meiji juga berjaya mempercayaikan rakyatnya bahawa
pendidikan boleh menjadikan negara makmur dan masyarakat yang mahir
dalam bidang sains dan teknologi akan berpendapatan tinggi seterusnya
meningkatkan taraf hidup seseorang. Untuk usaha ini, Kerajaan Meiji telah
membentuk sisitem pendidikan moden dan menggantikan sistem pendidikan
Terrakoya. Sistem pendidikan Terrakoya amat mementingkan kemahiran
membaca,menulis dan mengira telah dirombak dengan penumpuan utama ke
arah pemikiran yang kritis. Kerajaan Meiji telah menubuhkan Kementerian
Pendidikan pada tahun 1871 dan pembentukan Rukun asas Pendidikan Rasmi
Negara (Gakusei 1872 ) yang berperanan menambahbaikkan mutu pendidikan
Jepun. Kementerian Pendidikan Jepun telah mendapat ilham daripada negara-
negara barat sebagai model dalam memajukan pendidikan.

Pemerintah Meiji telah mengeluarkan peruntukan yang besar dalam bidang
pendidikan. Pemimpin Meiji sedar mutu pendidikan akan terabai dan rakyat
lambat menerima pembaharuan ilmu-ilmu moden tanpa adanya kepakaran dan
buku-buku ilmuan bagi rakyat Jepun meningkatkan ilmu pengetahuan dan
bidang teknologi. Justeru, pakar-pakar asing dan penterjemah buku-buku asing
ke dalam bahasa Jepun diambil. Tenaga-tenaga pengajar dari luar negara yang
profesional telah diambil dari negara Eropah dan Amerika Syarikat. Anataranya,
professor yang terkenal seperti E.S Morse dari Havard pada tahun 1877 dan
Ernest Fenoliosa dari Boston pada tahun 1878. Ramai rakyat Jepun juga
dihantar ke Eropah untuk mempelajari pelbagai ilmu. Dalam tahun 1871,
terdapat kira-kira 54 orang pelajar telah dihantar ke Britain untuk mempelajari
ilmu aspek angkatan laut dan perkapalan perdagangan, ke Jerman pula untuk
mempelajari aspek tentera darat dan ilmu perubatan. Pelajar-pelajar ke Amerika
Syarikat pula mempelajari perkara-perkara mengenai perdagangan dan ekonomi.

Pada tahun 1872, satu undang-undang telah diadakan di mana semua kanak-
kanak yang berumur 6 tahun diwajidkan menerima pendidikan sewajibnya 4
tahun. Menjelang tahun 1880, hampir 28000 buah sekolah rendah telah dibina di
seluruh negara Jepun. Pemerintahan Meiji tidak bulat-bulat menerima sistem
pendidikan barat. Pendidikan Jepun amat menekan identitinya diri sendiri.
Rakyat harus disemai semangat cintakan negara, menghargai nilai-nilai tradis
dan patuh kepada ketua. Di bawah dasar ini, pusat-pusat pengajian tinggi di
dalam negara telah ditubuhkan. Universiti Diraja Tokyo merupakan universiti
pertama ditubuhkan di negara Jepun iaitu pada tahun 1877. Beberapa tahun
kemudian, beberapa buah lagi universiti telah ditubuhkan di Sappora, Sendai,
Kyoto dan Fukuoka. Selain sistem pelajaran negara, sekolah-sekolah, maktab-
maktab dan univesiti-universiti swasta telah ditubuhkan. Anatara universiti
persendirian yang terkenal pada masa itu ialah Universiti Kelo yang diasakan
oleh Fukuzawa Yukchi. Kejayaan dalam pemodenan pendidikan Jepun telah
membantu kerajaan Meiji melahirkan sekumpulan cendekiawan yang berdaya
siang, berpandangan jauh dan mempunyai pemikiran yang kritis dan kreatif
yang merupakan sumber yang penting dalam menggerakan negara Jepun ke
arah negara maju. Perkembangan pendidikan zaman Meiji juga berjaya
menyatupadukan rakyat dengan mengarahkan rakyat kearah modenisasi
nasional.

Ciri-siri yang seterusnya ialah berjaya memodenkan ekonomi negara.
Keunggulan sesebuah empayar amat bergantung kepada ekonomi negara
tersebut. Zaman sebelum pemeritan Meiji, Jepun merupakan sebuah negara
yang terpencil, belum berindustri dan amat bergantung kepada sektor pertanian.
Sebaik sahaja pemerintah Meiji mengambil kuasa pemerintahan daripada
Shogun Tokugawa pada tahun 1868-1912, kerajaan Meiji mengambil daya
usaha yang gigih memajukan dan memodenkan pembangunan ekonomi bagi
memajukan negara Jepun. Negara Jepun adalah kepulauan yang terhad kepada
sumber alam semula jadi. Justeru, adalah satu keperluan bagi negara Jepun
memperluaskan perniagaan ke tempat-tempat lain di dunia bagi kepentingan
ekonomi negara. Kesedaran terhadap realiti ini telah mendorong kerajaan Jepun
berusaha memajukan industri perkapalan perdagangan untuk kejayaan
ekonominya. Bagi mengekalkan negara Jepun sebagai sebuah negara yang
berpengaruh dan berkuasa, pada tahun 1869, pemerintah Meiji telah
menetapkan keputusan pembinaan kapal-kapal moden. Perusahaan kapal-kapal
kecil telah digantikan dengan kapal-kapal yang besar dan berteknologi tinggi.
Pengumunan ini telah keluarkan oleh Perdana Menteri Jepun melalui arahan
yang bernombor 968. Pada tahun1870, pengumunan ini dijalankan sekali lagi
untuk meningkatkan pertumbuhan syarikat-syarikat perkapalan Jepun. Kedua-
dua pengistiharkan ini menunjukkan secara jelas pemerintah Meiji
mengutamakan dan menggalakkan perdagangan luaran. Pedagang-pedagang
Barat seperti Amerika Syarikat, British, Perancis, German dan lain-lain berlumba-
lumba ingin mendapatkan konsesi perdagangan terbuka luas di Jepun. Dasar
terbuka ini telah menyebabkan pelabuhan-pelabuhan utama seperti Tokyo,
Osaka, Kyoto,Yokohama, Nigata menjadi tumpuan pertukaran perdagangan
antarabangsa.

Kententeraan yang kuat menjamin kestabilan ekonomi. Pemimpin Meiji
juga turut membina kapal perang bagi mengawal dan menjamin kedaulatannya
daripada sebarang ancaman daripada luar. Pembinaan kapal-kapal perang ini
ternyata telah membantu kejayaan Jepun di dalam menewaskan China pada
1894-1895 dan Rusia 1904-1905. Kedua-dua buah negara tersebut merupakan
antara negara yang paling kuat di dunia. Kemenangan ini telah meninggikan lagi
imej Jepun di kalangan negara-negara barat. Menerusi pelaksanaan dasar
industri perkapalan moden, pemerintah Meiji telah berjaya membuka mata
orang-orang Jepun bahawa dasar pemencilan diri tidak lagi menguntungkan
orang-orang Jepun dan negara mereka secara keseluruhannya. Berlandaskan
perdagangan import dan eksportnya, pemerintah Meiji juga turut memajukan
pembinaan jalanraya, landasan keretapi, dan telegraf. Perkembangan ini adalah
penting bagi membantu negara Jepun melaksanakan revolusi industri
berat seperti penubuhan kilang-kilang simen, besi, pembinaan pelabuhan-
pelabuhan. Revolusi perindustrian berat ini tidak akan berjaya jika pengangkutan
perkapalan tidak dijalankan lebih dahulu. Selain daripada perindustrian
perkapalan yang ditumpukan oleh Pemerintah Meiji, berbagai-bagai program
ekonomi diadakan untuk kesejahteraan rakyat. Kerajaan Meiji peka terhadap
keadaan masyarakat Jepun pada masa itu. Rakyat Jepun tidak mempunyai
sumber kewangan yang banyak dalam mengembangkan dan memodenkan
industri-industri yang sedia ada. Kerajaan Meiji pun membangunkan
perindustrian berat di negaranya dengan mengambil alih dan mula membiayai
pembangunan perindustrian dengan modal yang diperolehi dari cukai dan
pinjaman saudagar. Untuk terus meningkatkan lagi bidang industri, kerajaan
telah menubuhkan Kementerian Perusahaan pada bulan Disember 1870.
Kerajaan Meiji mula mengimport mesin-mesin dan menjual mesin-mesin ini
kepada pengusaha tempatan secara ansuran, perindustrian utama seperti kilang
kain bulu dan tekstil, simen, dan kertas ditubuhkan. Pemimpin-pemimpin juga
berusaha memperkembangkan industri besi dan keluli, perkapalan, ketenteraan,
tanah, pembinaan untuk melahirkan sebuah masyarakat usahawan dan negara
industri.

Keruntuhan empayar Tokugawa berkait rapat dengan kemunduran sektor
pertanian pada masa itu. Sektor pertanian adalah asal kemajuan yang tidak
boleh diketepikan. Justeru itu, pemerintah Meiji juga membangun pertanian
secara moden bagi meningkatkan daya pengeluaran pertanian khususnya dalam
bekalan makanan, tanaman padi yang merupakan makanan utama rakyat Jepun.
Tanah-tanah telah dibuka dengan luasnya di Pulau Honshu dan Hokkaido.
Tanaman padi, teh, buah-buahan dan sayur-sayuran diberi tumpuan utama. Para
pelajar telah dihantar ke luar negara untuk mendalami bidang pertanian,
khususnya di Britiain untuk mendalami cara-cara penggunaan jentera moden,
baja kimia, cara mengawal penyakit, pemasaran dan sebagainya. Usaha-usaha
ini berjaya menstabilkan ekonomi negara kerana hasil pengeluaran semakin
meningkat dan manpu menampung keperluan rakyat di seluruh negara.

Kemunculan Zaibatsu iaitu keluarga perdagangan seperti Mitsui,
Mitsubishi, Sumitomo dan Yasuda telah mempercepatkan proses perindustrian
dan pertumbuhan kapitalisme di Jepun. Kumpulan ini telah berkembang menjadi
syrikat-syarikat gergasi dalam bidang perindustrian dan perdagangan. Zaibatsu
Mitsui dan Mitsubishi telah bekerjasama erat dengan beberapa pemimpin Meiji.
Kumpulan ini menjadi penggerak dalam semua lapangan pembagunan seperti
pembinaan jalan raya, landsan keretapi, penubuhan bank-bank dan sebagainya.
nstitusi-institusi kewangan ditubuhkan untuk menjana projek-projek
perindustrian secara besar-besaran dan mengurus kewangan negara. Pada
tahun 1870, sistem kewangan baru diperkenalan daripada 'ryo' kepada 'yen'.
Sistem cukai, sistem tarif dan perlindungan turut diperkenalkan bagi mengurus
ekonomi Jepun. Pada tahun 1876, Pemerintah Meiji telah menubuhkan Pusat
Galakan Perdagangan untuk menyelaraskan aktiviti-aktiviti perdagangan baru,
menyusun kemudahan pengangkutan dan mengkaji masalah-masalah
perdagangan di dalam dan di luar negara. Pusat ini juga ditugaskan untuk
mencari peluang-peluang perdagangan di seluruh Negara. Kemuncak daripada
kepesatan ekonomi ini ialah penubuhan Bank ndustri pada tahun 1900. Selain
itu kerajaan Meiji juga turut merangka satu bentuk sistem ekonomi baru yang
sistematik. Sistem ini meliputi sistem perkembangan infrastruktur termasuk jalan
raya, sistem keretapi, sistem pos dan telegraf, penerimaan organisasi saham
bersama sebagai satu bentuk perbadanan, mengimport jentera serta memilik
negarakan kilang-kilang.

Sokongan rakyat menjamin kesejahteraan dan kemakmuran negara.
Pemerintah Meiji amat peka terhadap sokongan rakyat terhadap
pemerintahannya. Justeru, setelah menerajui pemerintahan kerajaan Jepun,
pada 3 Januari 1868, beliau telah melafaz beberapa ikrar yang bertujuan untuk
menaik taraf negara Jepun supaya setaraf negara-negara yang sudah maju di
barat. krar Meji mengandungi lima usul iaitu :-

i. Membentuk kerajaan berdasarkan demokrasi berparlimen
ii. Menggalakan yang menghalang bidang pelajaran.
iii.Menghapuskan adat istiadat lama yang menghalang proses pemodenan.
iv.Golongan atasan diarahkan supaya jangan memandang rendah kepada
orang-orang bawahan seperti petani dan pegawai tentera dan awam.
v.Dasar tutup pintu dan anti orang asing adalah tidak menguntungkan dan perlu
dihapuskan.

Baginda juga menghapus feudalisme dan sistem kelas untuk
menyakinkan rakyat bahawa mereka dihargai oleh pemerintah. Penghapusan
feudalisme ini memperkukuhkan kedudukan kerajaan Meiji. ni membolehkan
kerajaan mempunyai kuasa yang sepenuhnya ke atas negara dan rakyat.
Manakala penamatan sistem kelas telah membolehkan rakyat jelata menikmati
hak asasi yang sama dan adil sebagai rakyat Jepun. Sebelum pemerintah Meiji,
rakyat Jepun dibahagikan kepada golongan samurai, petukang, petani dan
pedagang. Status Samurai berstatus tinggi dan menikmati hak-hak isitimewa
yang berlebihan berbanding kelas-kelas yang lain. Contohnya, golongan
Samurai yang merupakan tulang belakang sistem pemerintahan Tokugawa boleh
mengenakan cukai kepada mana-mana lapisan kelas. Pada tahun 1873, sistem
fiskal telah diubahsuai. Sistem bayaran cukai secara tradisional dan rampasan
harta secara paksaan telah dihapuskan. Bayaran wang secara tunai dipraktikan
dalam sebarang jenis urusniaga. Satu sistem cukai pusat yang moden telah
ditubuhkan bersama-sama dengan satu sistem wang yang baru. Semua rakyat
dikenakan yang adil berdasarkan keupayaan diri sendiri. Rakyat yang miskin
pula dibebaskan beban cukai malahan bantuan kewangan akan disalurkan untuk
meningkatkan status kehidupan golongan tersebut. Usaha-usaha ini secara
tidak langsung membentuk semangat kesatuan di kalangan masyarakat Jepun
kerana dirasai dihargai seterusnya mendorong rakyat Jepun melibatkan diri
dengan aktif dalam memastikan kejayaan setiap dasar pembangunan dan
pemodenan negara Jepun.

Dalam usaha pemodenan Jepun, pemerintah Meiji amat menekan sistem
pentadbiran yang sistematik, licin dan cekap. Satu piagam telah digariskan untuk
dijadikan panduan kepada pegawai untuk menjalankan tugas. Piagam itu
mempunyai lima perkara yang penting telah ditandatangani pada 6 April oleh
Maharaja Meiji. Antara lima perkara tersebut ialah;

. Dewan-dewan perbahasan akan ditubuhkan dalam semua undang-
undang haruslah ditentukan oleh pendapat ramai.
. Semua pegawai kerajaan mesti sepakat dalam melaksanakan dasar
kerajaan.
. Semua rakyat mesti dibenarkan mengembangkan bakatnya dan
menggunakan hak-haknya untuk memenuhi aspirasinya.
V. Segala adat lama yang tidak berfeadah adalah dihapuskan.
V. Jepun hendaklah mengambil semua pengetahuan dan kemahiran dari
dunia luar untuk menjadikan Jepun negara yang moden dan kuat.

Pada 11hb. Februari 1886, Maharaja Meiji telah mewujudkan
Perlembagaan Meiji ( Perlembagaan Negeri Jepun yang pertama dan bertulis ).
Perlembagaan Meiji mengandungi dua buah dewan iaitu Dewan Pertuanan dan
Dewan Perwakilan. Pemerintah Meiji juga membuat perubahan dari dasar
pemencilan kepada dasar berbaik-baik dengan negara barat. Pada tahun 1877
Menteri Luar negeri Terajima Munenori, telah membuka jalan perundingan
dengan Amerika Syarikat. Kerajaan Meiji juga menjalankan dasar berbaik-baik
dengan pemimpin-peminpin negara barat khususnya Britain, Amerika Syarikat,
German, Perancis, Belanda, Sepanyol, Portugis dan lain-lain untuk menimba
berbagai-bagai ilmu khususnya sains dan teknologi. Pemindahan ibu negara
diraja dari Kyoto ke Edo merupakan detik-detik yang penting yang menunjukkan
Jepun sangguh menerima perubahan demi kemajuan negara.
Kesimpulannya, ciri-ciri pemerintah Meiji amat berfokus kepada
pembinaan modal insan yang bertaraf dunia. Pakar-pakar dalam bidang ekonomi,
perindustrian dan pendidikan diambil daripada negara-negara Eropah untuk
membantu negara Jepun membangunkan insan yang berpengetahuan, berdaya
siang dan cintai kepada negara. Selepas 13 tahun memerintah negara Jepun,
kerajaan Meiji telah membina hampir 28000 buah sekolah dengan lebih
daripada 2 juta pelajar untuk menyediakan tenaga pekerja yang berpengetahuan
bagi menenuhi permintaan perkembangan semasa negara. Pelbagai langkah
atau dasar dilaksanakan untuk memupuk semangat kebanggaan diri di kalangan
rakyat agar masyarakat Jepun mengiktirafkan diri setara dengan rakyat di
negara-negara barat. Keberkesanan kerajaan Meiji menyatupadukan rakyat dan
menyemai semangat nasionalisme yang kuat di kalangan rakyat Jepun
menjadikan segala-gala dasar kerajaan Meiji mendapat sokongan penuh rakyat
jelata. Rakyat juga sangguh mengorbankan kepentingan diri demi kemakmuran
negara. Ciri-ciri seterusnya ialah pemimpim-pemimpin muda yang berwawasan.
berdedikasi dan semangat nasionalisme yang kuat. Pemimpim-pemimpin muda
ini menyerapkan pengetahuan dan teknologi negara-negara barat tanpa
mengetepikan dan pengabaian identiti dan budaya negara diri sendiri. Golongan
pemimpin muda ini membuat banyak pembaharuan dan perubahan dari segi
politik, ekonomi dan sosial yang bermatlamat akhirnya menjadi negara Jepun
negara yang maju dan kuasa besar pada masa itu. Usaha-usaha ini
mendatangkan hasil apabila negara Jepun berjaya mengalahkan dua kuasa
yang kuat pada masa itu iaitu negara China dan Russian. Kemenangan ini telah
membuktikan bahawa Maharaja Meiji berjaya memajukan negara Jepun dan
timbul sebagai salah sebuah kuasa besar di dunia.

You might also like