You are on page 1of 1

Plot novel ini dijalin menurut kronologi.

O Permulaan: Penceritaan dimulakan dengan kelahiran Hassan sehinggalah dia membesar


dan belajar di Sekolah Pondok Kampunag Sega, Kuala Sawah, Rantau, Negeri Sembilan.
Walau bagaimanapun, sewaktu pendudukan Jepun pada Disember 1941, pengajian
Hassan terhenti dan dia pulang ke kampung.
O Perkembangan: Datuk Hassan, iaitu Penghulu Ismail telah mengahwinkan Hassan dengan
Siti Zabedah. Ketika itu Hassan baru berumur 17 tahun. Isteri Hassan, ibu mentua, nenek
mentuanya, dan nak buah isterinya telah dibunuh oleh pihak Bintang Tiga selepas Jepun
menyerah kalah. Kemudian Penghulu Ismail pula di tangkap oleh pengganas komunis
kerana disyaki bekerjasama dengan Jepun. Selepas kejadian itu, Hassan mengambil
keputusan untuk menyertai Kor Rejimen Askar Melayu. Hassan kemudiannya diserapkan
ke Rejimen Kedua Askar Melayu di Kem Bagan Pinang, Port Dickson. Selepas itu,
Hassan telah diukarkan ke beberapa tmpat sehinggalah dinaikkan pangkat sebagai
koperal dalam Pasukan Batalion Keempat Rejimen Askar Melayu. Dalam menjalankan
tugasnya, Hassan telah bertempur dengan pengganas komunis di Ladang Sungai Kawang.
Hari tersebut juga merupakan hari pertunangannya denagan Siti Aisyah Haji Bujang.
Pada 16 November 1953 Hassan telah bertempur dengan pengganas komunis di Pahang.
O Klimaks: Hassan mengetuai satu gerakan di kawasan WaterIall Estet. Dalam gerakan
tersebut, beliau berjaya menumpaskan usaha pengganas komunis yang hendak
bermesyuarat untuk menggagalkan sambutan Hari Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31
Ogos 1957. Seterusnya, Hassan gagal dalam peperiksaan kenaikan pangkat. Pada 5 Ogos
1962 , perkhidmatan Hassan ditamatkan tanpa sebarang sebab. Beliau turut gagal
mendapatkan pencen kerana tidak memenuhi syarat walaupun telah berkhidmat selama
16 tahun. Hassan membuat rayuan kepada Menteri Pertahanan, iaitu Tun Abdul Razak.
Akhirnya, Hassan diterima untuk menyambung perkhidmatannya semula dalam Pasukan
Askar Wataniah.
O Peleraian: Kapten Hassan diarahkan bertugas di beberapa tempat semsa berlaku
konIrontasi dengan Kerajaan Republik Indonesia. Setelah konIrontasi tamat pada bulan
Ogos 1966, Kapten Hassan mengambil keputusan untuk bersara pada 30 September
1967. Selepas bersara, beliau menceburi bidang perniagaan dan aktiI dalam politik. Pada
30 April 1991, pukul 4.30 pagi, Hassan telah menghembuskan naIas terakhir di Hospital
Besar Seremban kerana sakit lemah jantung.

You might also like