You are on page 1of 16

PENGENALAN KEPADA SOFTWARE PROTEL 99SE FOR

SCHEMATIC

Memulakan penggunaan perisian Protel 99SE untuk litar schematic.

Setelah tetingkap window dipaparkan.

• Klik ‘Start Programs Protel 99SE trial Protel 99SE’

Memulakan New Design Database

Kesemua design document akan disimpan dalam satu fail di Microsoft Access
Database. Untuk memulakan design:

• Klik menu ‘File New Design’


• Masukkan nama fail design dalam ‘Database File Name’. Jika tidak, fail akan
disimpan sebagai ‘MyDesign.ddb’.
• Tentukan lokasi fail disimpan dalam ‘Database location’ supaya mudah untuk
capaian.
Melukis litar skematik

• Right Click pada folder, satu menu akan dipaparkan


• Klik New, satu tetingkap New Document akan dipaparkan. Kemudian
pada tetingkap, pilih Schematic Document.
• Satu tetingkap yang memaparkan helaian skematik baru dipaparkan.

• Anda boleh menulis nama fail yang dikehendaki. Klik kanan pada fail
Sheet1.sch. Tekan rename dan masukkan nama yang dikehendaki.
Adding/Removing Component Library

Adding dan removing component library bertujuan untuk memudahkan pengguna


untuk memilih komponen yang dikehendaki untuk melukis litar nanti.

• Daripada tab ‘Browse Sch’, pastikan ‘Library’ dipilih.


• Kemudian, klik ‘Add/Remove’, satu tetingkap ‘Change Library File List’
akan dipaparkan.
• Klik pada ‘Library file name’ yang dikehendaki dan klik ‘Add’ untuk tambah
senarai pada ‘Selected Files’.
• Apabila selesai memasukkan library, klik OK. Pada tab ‘Browse Sch’, akan
dipaparkan senarai library yang telah dipilih. Pada setiap library, terdapat
senarai komponen yang boleh dipilih.
• Untuk membuang senarai library yang tidak dikehendaki,klik pada butang
Add/Remove. Pada tetingkap ‘Change library File List’, klik pada ‘Selected
Files’ fail yang tidak dikehendaki. Kemudian tekan butang Remove.
Apabila selesai tekan OK. Senarai baru akan dipaparkan pada tetingkap
‘Browse Sch’.

Tab ‘Browse Sch’

Library

Senarai komponen

rajah komponen
Placing Component/Editing Component

Bahagian ini bertujuan untuk memilih dan menempatkan komponen yang


dikehendaki pada helaian skematik.

• Pilih komponen yang dikehendaki dari senarai library.


• Di bawah panel senarai komponen, dipaparkan rajah komponen
tersebut. Komponen yang bersesuaian boleh dipilih berdasarkan ciri
yang dipaparkan (jumlah pin, active high/low).
• Kemudian, klik pada komponen yang dikehendaki dari panel senarai
komponen.
• Klik butang Place dan klik kiri tetikus sekali lagi untuk menempatkan
komponen tadi dalam helaian skematik. Klik kanan tetikus untuk
membatalkannya.
• Untuk mengubah kedudukan komponen tersebut, klik tanpa lepas
pada komponen tersebut dan gerakkannya pada kedudukan yang
dikehendaki. Untuk mengalihkan komponen tersebut pada arah yang
berlainan (rotate), tekan kekunci ‘space bar’ pada keyboard.
• Jika komponen yang dicari tidak dijumpai, klik butang Find pada
bahagian Browse Schematic.

Terdapat beberapa cara untuk memadamkan komponen pada skematik:

• Klik sekali pada komponen tersebut. Kemudian tekan kekunci ‘delete’


pada keyboard.
• Daripada menu ‘Edit  Delete’. Kemudian klik kanan tetikus pada
mana-mana komponen yang tidak diperlukan dan kiri tetikus untuk
membatalkannya.
• Untuk memadam lebih daripada satu komponen, select semua
komponen yang hendak dipadam, kemudian tekan kekunci ‘Ctrl’ dan
‘Delete’ secara serentak. Kesemua komponen yang dipilih akan
dipadamkan.

**TIPS**
Apabila memilih komponen, komponen akan dihighlightkan dengan warna kuning. Oleh itu,
untuk menghilangkan highlight tersebut, tekan butang X tanpa lepas dan diikuti dengan A.
• Jika komponen yang dicari tiada di dalam library, anda boleh mencari
dengan menekan butang Find.

• Satu tetingkap “Find Schematic Component” seperti rajah diatas akan


muncul. Carian boleh dilakukan samada dengan menggunakan “By
Library Reference” ataupun “By Description”.
• Apabila menggunakan “By Library Reference”, taip nombor siri
komponen. Contohnya adalah seperti di bawah:
ULN2801A (18)  18 adalah bilangan pin komponen
• Apabila menggunakan “By Description”, taip jenis komponen yang
ingin dicari. Contohnya seperti “Diode”. Kemudian ia akan mencari
semua komponen yang mempunyai perkataan Diode.
• Apabila selesai, tekan butang “Find Now”. Sekiranya terdapat
komponen yang berkaitan, tetingkap kemudiannya akan
menyenaraikan senarai library dan komponen tesebut. Jadi, pengguna
boleh memilih komponen yang dikehendaki.
• Jika masih tidak terdapat komponen yang dikehendaki, maka
pengguna perlu membuat sendiri library untuk komponen tersebut.

**TIPS**
Senarai library yang selalu digunakan adalah Miscellaneous Devices.lib dan
Microchip Microcontroller.lib

• Untuk melihat tetingkap Part, klik dua kali pada komponen. Tetingkap
Part akan muncul. Tetingkap ini berfungsi untuk menetapkan
kedudukan, Designator serta Footprint untuk sesuatu komponen.
• Contoh footprint untuk komponen adalahseperti berikut

Component Footprint
Resistor AXIAL
Capacitor RAD
I.C DIP
Diode Diode

• Designator bertujuan untuk melabelkan komponen supaya tidak


terkeliru semasa membaca litar
**TIPS**
Setiap komponen mestilah dilengkapi dengan maklumat mengenai
footprint dan designator supaya apabila proses netlist nanti tiada masalah
akan wujud

Pendawaian Komponen

• Klik ‘Place  Wire’. Satu palang besar akan kelihatan


• Fungsi ini adalah untuk menyambungkan diantara satu komponen
dengan satu komponen yang lain
• Untuk memulakan penyambungan, klik kiri tetikus di tempat untuk
memulakan penyambungan dan gerakkan palang tersebut ke point
yang seterusnya.
• Klik kiri tetikus sekali lagi untuk membuat penyambungan yang
seterusnya
• Untuk membatalkan arahan penyambungan wire, klik kanan tetikus
sekali
• Ulang arahan diatas untuk membuat penyambungan menggunakan
komponen lain yang terdapat pada menu ‘Place’
• Lakukan yang seterusnya pada komponen yang lain mengikut litar
yang diberikan

**TIPS**
Klik View, Toolbars dan Wiring Tools untuk mengaktifkan toolbar bagi Wiring
Tools
Zoom

• Klik menu ‘View’. Anda boleh memilih saiz yang ingin dibesarkan. Anda
juga boleh memilih samada ingin membuat zoom in atau zoom out
• Kawasan di dalam litar akan dibesarkan atau dikecilkan mengikut saiz
yang telah ditetapkan
• Untuk mengembalikan kepda saiz asal, klik ‘Fit Document’

**TIPS**
Cara yang mudah adalah dengan menggunakan butang Page Up dan Page Down
pada keyboard. Mouse adalah pada kawasan yang ingin dibesarkan.
Page Up - Besarkan saiz kertas
Page Down - Kecilkan saiz kertas
Report

• Selepas melukis litar, apa yang perlu dilakukan adalah untuk memeriksa
litar samada semua sambungan adalah betul atau tidak.
• ‘Electrical Rules Check’ (ERC) bertujuan untuk melihat senarai ralat yang
mungkin wujud semasa edit component pada helaian skematik
• Semua ralat perlu dibetulkan sebelum litar tersebut ditukarkan kepada
PCB
• Jika ralat ini tidak dibetulkan, akan timbul masalah komponen yang tidak
bersambung dan juga kompnen yang tidak wujud
• Untuk membuat ERC, pilih menu ‘Tools’ diikuti dengan ERC…
• Kemudian satu tetingkap ‘Setup Electrical Rule Check’ akan muncul.
Terdapat dua fungsi di dalam tetingkap ini. Pertama ialah ‘Setup’. Di
bahagian kita boleh menentukan ERC Option, Option, Sheet to Netlist dan
Net Identifier Scope. Bahagian kedua ialah Rule Matrix. Kita boleh
menentukan legend untuk penyambungan komponen di litar

Tetingkap ERC
• Kemudian, satu fail akan wujud. Fail itu adalah fail *.ERC. Fail ini
mengandungi maklumat mengenai ralat-ralat yang ada. Contohnya seperti
komponen yang tidak bersambung dan juga input yang terapung (floating
input)

Update PCB

• Selepas komponen pada litar telah siap dibetulkan ralatnya, litar boleh
ditukarkan ke PCB.
• Sebelum membuat ‘Update PCB’ pengguna perlu membuka satu fail
*.PCB. Pilih menu ‘File  New’. Pilih PCB Document. Satu fail *.pCB akan
muncul.
• Klik menu ‘Design  Update PCB’. Satu tetingkap ‘Update Design’ akan
muncul.
• Pengguna boleh melihat perubahan yang telah dilakukan pada litar
dengan memilih ‘Preview Changes’.

Tetingkap Update Design

• Klik ‘Execute’ untuk membolehkan litar skematik ditukarkan kepada PCB.


PCB Design

• Buka fail *.PCB. Setelah melakukan ‘Update PCB’ komponen daripada


skematik akan muncul pada helaian PCB.

Mengubah konfigurasi PCB

• Untuk menukar unit, klik ‘View  Toggle Units’


o Ia akan menukarkan unit daripada inci (mil) kepada millimeter (mm)
atau sebaliknya

• Komponen adalah pada bahagian ‘Top Overlay’. Pada layer ini, warna
track adalah warna kuning. Track ini adalah diatas track ‘line’. Jadi ia tidak
akan bertembung.

Meletakkan Komponen

• Komponen-komponen yang terdapat pada helaian PCB hendaklah


disusun.
• Cara penyusunan yang baik ialah mengasingkan bahagian analog dan
bahagian digital. Kemudian kedua-dua ground untuk analog dan digital ini
dicantumkan.

Analog ground dan digital ground

• Cara untuk mengasingkan digital ground dan analog ground ini adalah
dengan menetapkan samada komponen di litar skematik disambungkan
dengan digital ground atau analog ground
• Klik dua kali pada simbol ground. Tetingkap Power Port akan muncul.
Pada bahagian Net, tuliskan DGND untuk digital ground dan AGND untuk
AGND.
• Pada litar skematik, simbol perintang digunakan untuk menyambungkan
diantara analog ground dan digital ground. Satu kaki disambungkan
kepada analog ground dan satu kaki lagi disambungkan kepada digital
ground.
• Akan tetapi, pada bahagian PCB, simbol yang digunakan bukanlah simbol
perintang. Wujudkan library baru untuk penyambung ini. Kedua-dua pad
untuk komponen ini adalah pada bahagian bottom layer.
• Bentuk pad adalah rectangle. Satu garis kecil digunakan untuk
menyambungkan kedua-dua pad ini.

• Tujuan mengasingkan antara analog ground dan digital ground adalah


untuk menstabilkan isyarat. Jika ground untuk digital dan analog
bersilang, kemungkinan isyarat akan terganggu. Oleh itu, pengasingan ini
amat penting.
• Rajah dibawah adalah contoh library untuk penyambungan ground ini.

Rajah penyambungan ground

• Berdasarkan rajah di atas, kedua-dua pad adalah bersaiz besar. Ini


bertujuan untuk menstabilkan isyarat kerana ini ia adalah pusat
penyambungan untuk kedua-dua isyarat analog ground dan digital
ground. Jika pad ini bersaiz kecil, kemungkinan isyarat menjadi tidak
stabil.
• Apabila membuat proses Route, pad ini akan berwarna hijau. Perkara ini
terjadi kerana Protel akan menganggap ia sebagai dua line yang bertindih.
Anda tidak perlu membuat perubahan pada simbol ini kerana dua pad ini
memang hendak disambungkan.

Penyusunan komponen

• Klik kanan pada mouse. Klik ‘Snap Grid’ dan pilih nilai yang terendah ( mil
ataupun mm). Ini adalah untuk memudahkan penyusunan komponen
kerana jarak langkauan komponen pada helaian PCB akan menjadi kecil.
• Komponen ini disusun pada bahagian ‘Top Overlay’. Pada bahagian
‘Current Layer’ dalam ‘Browse PCB’, pilih ‘Top Overlay’. Warna pada
bahagian ini ialah kuning.
• Penyusunan komponen adalah seperti yang diterangkan di atas. Tujuan
penyusunan sedemikian adalah supaya jarak diantara komponen-
komponen yang bersambungan tidak terlalu jauh. Ini kerana jika lokasi
komponen tersebut jauh, kemungkinan terdapat isyarat yang hilang.
• Sebagai contoh, jika masukan A/D terlalu jauh daripada mikropengawal,
kemungkinan bacaan yang diambil adalah tidak tepat.
• Selain penyusunan secara manual, anda juga boleh membuat
penyusunan secara automatik. Klik menu ‘Tools  Auto Placement 
Auto Placer...’. Satu tetingkap ‘Auto Place’ akan muncul. Setkan nilai-nilai
pada Settings yang anda kehendaki. Klik ok.

Tetingkap Auto Place

• Untuk kemudahan, tekan Page Up atau Page Down untuk tujuan zoom.
Kependekan lain yang boleh digunakan adalah tekan kekunci V + F untuk
‘Fit Board’ atau V + D untuk ‘Fit Document’. Ini membolehkan anda
melihat keseluruhan helaian PCB yang mempunyai komponen.
• Komponen yang disusun hendaklah dalam bentuk segi empat. Ini
bertujuan untuk menjimatkan ruang kerana apabila membuat ‘Auto Route’,
‘Keepout Layer’ adalah dalam bentuk segi empat.
Auto Route

• Klik pada bahagian ‘Current Layer’ dan pilih ‘Keep Out Layer’. Warna
untuk layer ini ialah warna ungu.
• Contoh ‘Keep Out Layer’ adalah seperti di bawah

Keep Out Layer

• Daripada contoh di atas, semua komponen adalah di dalam ‘Keep Out


Layer’. Semua komponen adalah disusun dalam keadaan segi empat. Ini
bagi menjimatkan ruang PCB.
• Apabila membuat ‘Auto Route’ komponen yang akan diproses adalah di
dalam kawasan ‘Keep Out Layer’ ini sahaja. Komponen yang berada di
luar layer ini tidak akan diproses.
• Sebelum membuat ‘Auto Route’ anda dikehendaki menetapkan peraturan-
peraturan bagi membina line.
• Klik ‘Design  Rules’. Di sini anda boleh menetapkan ketebalan line,
besar lubang dan sebagainya. Rajah di bawah merupakan tetingkap bagi
‘Design Rules’.
Tetingkap Design Rules

• Setelah melakukan ‘Design Rules’, anda sudah boleh melakukan ‘Auto


Route’.
• Klik ‘Auto Route  All’. Satu tetingkap ‘Auto Router Setup’ akan
dipaparkan.

Tetingkap Auto Router Setup


• Pada bahagian ‘Routing Grid’, saiz untuk ‘Grid’ biasanya adalah
ditetapkan pada jarak 25 mil. Jika saiz ini tidak sesuai, ia akan ditukarkan
kepada jarak 20 mil.
• Tekan ‘Route All’ untuk memulakan proses routing.

Litar lengkap

• Rajah di atas adalah litar yang sudah siap. Jalur biru menandakan litar
adalah pada bahagian bawah manakala jalur merah menandakan litar
berada pada bahagian atas.
• Save helaian PCB.

You might also like