You are on page 1of 10

RANCANGAN HARIAN MENGAJAR Ke-3 BAHASA MELAYU TINGKATAN SATU Mata Pelajaran Tingkatan Bilangan Pelajar Masa Tema

Tajuk Pelajaran Kemahiran Bahasa: 1.3 2.11 2.8 3.13 Kemahiran Berfikir Objektif : : : : : Bahasa Melayu 1 Keledang 30 orang 70 minit Mesra Alam Hiduup Bahagia

: Program Kitar Semula (Rencana) : Mendengar dan memahami maklumat tertentu seperti isi-isi penting dan tema. : Membaca dan memahami pelbagai bahan prosa untuk mengenal pasti dan menyusun idea dan isi-isi penting. : Membincang dan menentukan maklumat yang tersurat dan tersirat dan juga isu-isu semasa. : Menulis pernyataan daripada bahan grafik . : Menjana idea, membanding dan membeza, merumus, soal jawab, penyelesaian masalah. : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar dapat: a) b) c) Menyenaraikan empat kebaikan program kitar semula. Menyatakan semula secara lisan tiga kaedah pelaksanaan program kitar semula. Mencatat lima isi penting daripada petikan; dan membuat sebuah ringkasan yang tidak melebihi 80 patah perkataan. : Sains dan Alam semulajadi : Laras Bahasa : Cintai alam sekitar, ikhlas 1. 2. 3. 4. Petikan Esei ( Sasbadi,2010) Internet Slaid/Video Lembaran Kerja

Penyerapan:

Ilmu Aspek Bahasa Nilai

Bahan Sumber Pengajaran : & Pembelajaran

CATATAN : Proses P&P dijalankan di bilik yang mempunyai kemudahan sistem computer Langkah/ Masa Induksi Set (4 minit) Isi Kandungan Konsep maksud kitar semula Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran 1. Guru menayangkan klip Video: http://www.youtube.com/wa tch 2. Guru mengemukakan soalan-soalan berkaitan dengan isu itu. 3. Murid menyatakan jenis bahan buangan sampah yang mereka ketahui. 4. Guru memperkenalkan tajuk pelajaran Program Kitar Semula. 1. Guru meminta murid melayari laman web:
http://www.infosihat.gov.my/ media/elearning/Health Games/ Kitar semula.php.

Bahan Sumber Perisian


Persembahan

Kemahiran/ Strategi Soal jawab


Menghubung kait

klip video (dari internet)

Slaid power point: gambargambar pembuanga n sampah

Langkah 1 (6 minit)

Penyediaan Pelajar kepada, Amalan Kitar Semula Konsep, maksud kitar semula

Komputer yang berinternet

Perbincangn

Menjana idea

2. Pelajar diberi peluang 5 minit bermain dalam Amalan Kitar Semula. Cara bermain sila rujuk laman web. 3. Objektif permainan menguji tahap amalan dan pengetahuan pelajar mengenai kitar semula. 1. Guru mengedarkan bahan petikan dan meminta pelajar menumpukan perhatian kepada teks dengan memberikan panduan membaca. 2. Pelajar membaca petikan untuk mengedar isi dan mencatat .Pelajar memporses dan merumus isi daripada bahan yang dibaca 3. Pelajar berbincang tentang isi daripada bahan berdasarkan panduan bacaan mengikut Slaid Petikan Skiming, Scaning mendalam/ peta minda

Langkah 2 (20 minit)

Mendengar & membaca:

kumpulan. Langkah/ Masa Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran 4. Guru mengendalikan perbincangan tentang isi petikan. 5. Guru menggalakkan pelajar memberi jawapan selain yang boleh didapati daripada petikan. Langkah 4 (8 minit) Hasil perbincangan kumpulan 1.Murid membentangkan hasil perbincangan mengikut kumpulan. 2.Guru dan murid menilai hasil kerja kumpulan serta membuat rumusan. 1.Guru mengedarkan kad arahan yang mengandungi tugasan mengikut kumpulan. 2.Kumpulan 1 & 2 melengkapkan peta minda kepentingan program kitar semula dan membuat rumusan dengan menggunakan satu perenggan. 3.Kumpulan 3 & 4 berbincang tentang masalah pelaksanaan program kitar semula serta tindakan menjayakan program ini. 4. Pelajar menyelesaikan masalah yang diberi mengikut kumpulan. Penutup (7 minit) 1. Wakil kumpulan membentangkan cadangan penyelesaian masalah. 2. Guru membimbing pelajar membuat ulasan tentang laporan 3. Guru meminta pelajar membuat rumusan tentang pelajaran, Mencatat/ Bacaan luas Rumusan Peta minda- Perbincang kertas an kelas, mahjung soal jawab. Bahan Sumber Kemahiran/ Strategi

Langkah 5 (25 minit)

Aktiviti susulan Program Kitar Semula.

Lembaran kerja-kertas manila

Perbincang an kumpulan, penyelesaia n masalah.

dengan tidak melebihi 80 patah perkataan. Petikan RHP Ke-3: Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang kebaikan program kitar semula. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan Dewasa ini, program kitar semula telah mula diberi perhatian oleh kerajaan kerana kawasan pelupusan sampah sudah semakin terhad. Antara tujuan program kitar semula adalah kerana kawasan pelupusan sampah yang semakin kecil sedangkan sisa bahan buangan semakin hari semakin banyak. Keadaan seperti ini jika tidak diuruskan dengan baik akan menyebabkan pencemaran serta boleh menyebarkan wabak penyakit. Program kitar semula dapat mengurangkan kuantiti sampah kerana bahan buangan seperti surat khabar, botol minuman dan besi boleh dikitar semula dan diproses menjadi bahan mentah untuk kegunaan pelbagai industri. Dalam hal ini mengitar semula penting untuk menjimatkan kos pengurusan sampah oleh pihak majlis perbandaran dan pihak swasta. Kos pengurusan sampah bukanlah murah kerana proses ini melibatkan banyak pihak dan kenderaan yang besar. Oleh sebab itu sampah perlu diuruskan dengan baik agar dapat menjimatkan perbelanjaan membersihkan keadaan persekitaran. Program kitar semula juga membekalkan bahan mentah untuk industri tertentu, misalannya kertas surat khabar lama penting untuk kilang kertas. Manakala besi buruk boleh dijadikan bahan logam yang penting untuk industri besi dan logam. Botol minuman dan bekas makanan plastik boleh dijadikan sumber industri yang berasaskan barangan plastik. Oleh sebab itu ada pihak tertentu melihat program ini sebagai sumber pendapatan kerana semua bahan berkenaan boleh dijual, justeru, bahan berkenaan tidak harus dibuang di merata-rata tempat kerana ada banyak faedah yang boleh kita peroleh jika dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Kitar semula juga penting agar alam sekitar bersih dan bebas daripada pencemaran. Kebersihan alam akan menambah keceriaan di sesuatu kawasan. Orang ramai boleh menikmati keindahan alam dengan sepenuhnya jika alam sekitar bersih kehidupan menjadi lebih seronok dan selesa. Sesuatu yang lebih penting melalui program kitar semula ialah dapat mendidik masyarakat supaya mementingkan kebersihan alam sekitar. Melalui program tersebut kita mengharapkan agar semua penduduk Malaysia dapat memainkan peranan masing-masing untuk menjaga alam sekitar setiap masa. Orang ramai harus mengetahui tempat pembuangan sampah yang betul. Mereka hendaklah membuang sampah di tempat yang telah ditentukan oleh pihak berkuasa tempatan. Alam sekitar yang bersih akan menjamin keselesaan hidup di mana-mana juga kita berada di negara ini.

A.Tuliskan bahan buangan sampah sarap yang dapat dikitar semula.

Bahan Buangan Yang dapat dikitar semula

B. Berpandukan petikan yang diberi, senaraikan bahan buangan yang dapat dikitar semula dan dijadikan bahan baru:

Bahan Buangan yang dapat dikitar semula 1 2 3 4

Senaraikan bahan-bahan yang baru

C.

Berdasarkan petikan, bincang dan catatkan kelebihan-kelebihan program kitar semula.

Kelebihan-kelebihan

Program Kitar Semula

D.

Berdasarkan petikan, bincang dan tuliskan cadangan-cadangan untuk menangani masalah-masalah kitar semula.

Cadangancadangan untuk menangani masalah-masalah kitar semula

C.

Berdasarkan petikan, bincang dan catatkan kelebihan-kelebihan program kitar semula.

Kelebihan-kelebihan

Kitar semula untuk memelihara ruang hidup kita Kitar semula untuk persekitaran yang lebih sihat dan lebih bersih

Program Kitar Semula

Kitar semula untuk mengurangkan pencemaran

Kitar semula untuk menjimatkan kos, sumber dan tenaga


________________________________________________________________________ D. Berdasarkan petikan, bincang dan tuliskan cadangan-cadangan untuk menangani masalah-masalah kitar semula.

Cadangancadangan untuk menangani masalah-masalah kitar semula

E.

Apakah tindakan yang anda boleh ambil bagi membantu sekolah menjayakan Program Kita Semula.

Cotoh Jawapan dan nota rujukan: Masalah /halangan Amalan Kitar Semula 1. Sikap :Terdapat segelintir penduduk yang tidak mempedulikan amalan kitar semula ini. Kebanyakan plastik, kertas dan kaca yang boleh dikitar semula dibuang ke tempat sampah dan kemudiannya dibakar dengan begitu sahaja. Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya pencemaran udara. 2. Kurang Pengetahuan: Hasil daripada kajian saya, kebanyakan penduduk kampung yang membuang bahan kitar semula ini adalah disebabkan oleh kurangnya pengetahuan tentang pentingnya amalan kitar semula. Mereka lebih senang membuang bahan tersebut daripada mengitarnya semula. bagi mereka amalan kitar semula ini hanya membuang masa dan tidak mempunyai apa-apa kepentingan. 3. Harga Terlalu Rendah: Kebanyakan pusat pengumpulan mengambil barangan kitar semula dengan harga yang rendah. Kertas di beli dengan harga tidak kurang 20 sen untuk I kilogram. Harga yang rendah menyebabkan penduduk lebih senang membakar bahan tersebut daripada menjualnya kerana harga yang rendah dan tidak menguntungkan. 4. Kurang Pusat Pengumpulan: Di kawasan Parit Sulong hanya terdapat sebuah pusat pengumpulan bahan kitar semula. Keadaan ini menyukarkan penduduk untuk menjual barangan kitar semula memandangkan lokasi pusat ini terlalu jauh buat penduduk yang tinggal di kawasan hujung kampung. Tambahan pula, pusat ini hanya menerima bahan kitar semula yang dihantar oleh penduduk sahaja. Mereka tidak menyediakan perkhidmatan mengambil barangan kitar semula daripada penduduk kampung. 5. Kurang Kerjasama: Terdapat juga penduduk yang tidak memberikan kerjasama apabila kempen kitar semula ini dijalankan oleh kerajaan. Sikap tidak peduli dan tidak mahu mengambil kisah amalan kitar semula ini menyebabkan usaha kerajaan untuk menjimatkan tenaga dan bahan kitar semula tidak akan tercapai atau terlaksana. Saya berpendapat penduduk kampung perlu insaf dan berubah sikap untuk menjadikan amalan kitar semula ini sebagai sebahagian daripada hidup mereka. Amalan ini dapat menyelamatkan negara kita daripada mengalamai kemusnahan sumber.

Langkah/cadangan untuk mengatasi masalah dalam melaksanakan kitar semula 1. Kempen :Negara kita menyambut perayaan seperti Hari Perhutanan Sedunia, Hari Bumi, Hari Alam Sekitar Sedunia dan Minggu Alam Sekitar Malaysia pada setiap tahun. Objektif utamanya adalah untuk meningkatkan kesedaran menjaga alam sekitar. Ini bagi melahirkan masyarakat yang lebih prihatin, peka dan bersama-sama memainkan peranan untuk mengamalkan amalan kitar semula. kempen dan program yang dilaksanakan ini dapat member keinsafan kepada rakyat supaya menjaga alam sekitar daripada mengalami kemusnahan. 2. Pendidikan :Guru-guru di sekolah boleh memberi galakan kepada pelajar untuk melaksanakan amalan kitar semula. Guru perlu menyatakan bahawa amalan kitar semula ini dapat menyelamatkan bumi dan alam sekitar kita daripada musnah. Guru juga boleh mengadakan pertandingan di sekolah untuk menarik minat pelajar mengamalkan kitar semula dengan menyediakan hadiah kepada pelajar yang menyertai pertandingan tersebut. 3. Menyediakan Kemudahan Pusat Pengumpulan : Pihak berkuasa tempatan perlu menyediakan lebih banyak pusat pengumpulan kitar semula bagi menarik penduduk untuk mengamalkan amalan kitar semula. Ini penting supaya penduduk lebih peka dengan tidak membuang bahan yang boleh dikitar semula sesuka hati. Ini dapat mengelakkan daripada pembaziran. Pihak sekolah juga boleh menyediakan tong-tong kitar semula dan diletakkan di lokasi yang strategik bagi memudahkan pelajar membuang bahan yang boleh dikitar semula ke dalam tong yang betul. 4. Gotong Royong: Penduduk kampung boleh juga bersama-sama bergotong royong untuk membersihkan kawasan kampung. Pastikan penduduk kampung mengumpulkan bahan kitar semula ini dan tidak membakar atau membuangnya begitu sahaja. Ketua kampung memainkan peranan yang penting supaya penduduk bekerjasama mengamalkan amalan kitar semula ini. Semua pihak perlulah berganding bahu dan bekerjasama untuk memastikan amalan kitar semula ini dapat dijalankan dengan sempurna. Semua peringkat umur perlu mempunyai sikap bertanggungjawab untuk sama-sama menjaga bumi ini daripada terus mengalami kemusnahan.

You might also like