Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
3Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
ARAK

ARAK

Ratings: (0)|Views: 648 |Likes:
Published by rakiah_wan

More info:

Published by: rakiah_wan on Nov 18, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/25/2012

pdf

text

original

 
 
 
 
o
 
o
 
o
 
o
 
o
 
o
 
o
 
o
 
 
 
 
 
Kesan / Akibat Meminum Minuman Keras
Kesan minum arak dan alkohol. Alkohol bukan sahaja boleh memabukkan, tetapi juga mampumemudaratkan kesihatan diri sekiranya diamalkan berterusan. Ia umpama kombinasi dadah danracun kepada badan kita. Malahan hampir setiap agama di dunia ini turut melarang tabiattersebut di kalangan para penganutnya. Kesan ketagihan akibat meminum alkohol bukannyabergantung kepada jenis alkohol tetapi jumlah yang diminum pada satu-satu masa.Manakala ilmuan Islam iaitu Abdul Laith Assamarqandi berkata dalam kitabnya Tanbihul
Ghafilin: “ Awaslah kamu dari meminum arak kerana ia mengandungi sepuluh bahaya:
 1. Peminumnya berkelakuan seperti orang gila dan menjadi bahan ketawa anak-anak kecil dantercela di kalangan orang-orang berakal.2. Memboroskan harta dan merosakkan akal.3. Menyebabkan permusuhan dengan kawan-kawan.4. Terhalang daripada mengingat Allah dan sembahyang.5. Terdorong melakukan zina kerana dalam keadaan mabuk si peminum mungkin menceraikanisterinya tanpa disedari.6.Arak adalah pembuka bagi segala kejahatan.7. Perbuatan meminum arak mengganggu Malaikat yang menjaga si peminum disebabkankefasikan dan bau busuk arak yang diminumnya.8. Dikenakan hukuman dera 80 kali di dunia dengan disaksikan oleh keluarga dan teman-teman.
 
9. Perbuatan meminum arak menutup pintu langit disebabkan segala kebaikan dan doanya tidak terangkat ke langit selama 40 hari.10. Membawa akibat buruk terhadap diri si peminum kerana ditakuti tercabut imannya ketikamati.Ini telah banyak dibuktikan melalui kajian-kajian ilmiah samaada darisegi sains, psikologi dankemasyarakatan menunjukan kebenaran yang jelas bahawa sesetengah jenayah dan keruntuhanakhlak dan moral yang berlaku dalam masyarakat di antara lain berpunca dari gejala arak.Meminum arak boleh membawa akibat-akibat yang sangat buruk terhadap diri peminum,keluarga dan masyarakat.Pada dasarnya terdapat dua kesan yang ketara pada penagih alkohol terhadap kesihatan danperhubungan sosial, bagi individu yang meminum arak iaitu kesan jangka pendek dan jangkapanjang. Kesan jangka pendek pengambilan alkohol lebih kurang satu botol besar menjadikanseseorang itu kurang daya koordinasi seperti tidak boleh berjalan dengan betul dan tidak bolehmembuka pintu. Dalam masa yang singkat ini juga boleh menyebabkan hangover. Hangoverlazimnya disebabkan oleh keracunan alkohol, bahan lain dalam alkohol dan tindakbalas ketagihalkohol.1.Kesan dari segi Kesihatan:Tanda-tanda hangover alkohol termasuklah sakit kepala, loya, muntah, cirit birit, gangguanpergerakan usus dan menggeletar selama 8
 – 
12 jam kemudian Kesan jangka panjang akandirasai selepas meminumnya selama beberapa bulan atau tahun. Kesan utama adalah seperti sakit jantung, hati atau penyakit dalam perut. Bila situasi ini berlaku mereka akan kurang seleramakan, kekurangan vitamin, jangkitan penyakit, mati pucuk atau kekurangan haid. Kematianyang awal adalah lebih kerap pada orang yang kuat minum, terutamanya daripada sakit jantungatau hati, radang paru-paru, kanser, keracunan alkohol yang teruk, kemalangan, pembunuhan danpembunuhan diri.2.Kesan Pada anggota Tubuh Badan:a)
Kesan pada otak
1) Selepas minum, alkohol akan meresap dari usus kecil ke dalam darah. Alkohol terus dibawake jantung yang kemudiannya mengepam darah beralkohol tadi ke seluruh tubuh. Dari sini iaterus meresap ke dalam otak dan seterusnya ke urat saraf. Otak merupakan salah satu organpenting yang dimiliki oleh manusia kerana otaklah yang mengawal segala pergerakan danperlakuan seseorang dan dengan kemasukan bahan asing ini ke dalamnya ia akan mempengaruhipergerakan dan kelakuan peminumnya.2) Menyebabkan berlakunya penindasan kawasan-kawasan yang biasanya mengawal maruah dandisiplin diri sehingga peminum mula merasa kurang sifat malu, fikiran bercelaru, danpergerakannya pula agak tidak terkawal.3) Kurang keupayaan dari segi belajar, membentuk idea spontan, menumpukan fikiran, danmembuat pertimbangan yang teliti. Semakin banyak jumlah alkohol yang diminum semakin kuat
 
otak tertindas sehinggakan boleh menyebabkan tidak sedarkan diri dan seterusnya kematian.b)
Kesan pada hati
1) Setiap kali seorang peminum meminum alkohol, hati akan mengalami kecederaan (mendapatluka). Sel hati akan mati dan menjadi parut. Parut ini akan mengurangkan kemampuan hati untuk berfungsi dengan sempurna. Parut yang serius akan menyebabkan hati tidak dapat berfungsilangsung. Keadaan ini disebut sirosis hati dan boleh membawa maut.2) Bengkak hati (hepatitis) juga boleh berlaku disebabkan oleh lebihan toksik alkohol. Padamulanya ia menyebabkan hati mengembang dan lama kelamaan saluran darah akan mengecut.Ini menyebabkan darah tidak dapat mengalir ke hati dengan sempurna dan akhirnya salurandarah akan membengkak lalu pecah. Pada peringkat kritikal, penghidap hepatitis akanmengalami muntah darah dan najis mereka akan bercampur dengan darah. Kesan pada perutAlkohol menyebabkan kerengsaan perut (gastritis) yang akhirnya boleh membawa kepada ulser.Bagi mereka yang memang menghidapi ulser perut, sakitnya akan menjadi semakin teruk.c)
Kesan pada saraf 
1) Boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit seperti sindrom Wernicke-Korsakoff dankerosakan sel-sel otak, yang seterusnya membawa kepada komplikasi psikiatri. Peminum bolehmengalami halusinasi pendengaran, amnesia, paranoia, depresi dan kecenderungan membunuhdiri.d)
Kesan pada janin dan anggota lain dalam tubuh badan:
1) Peminum alkohol kronik yang sedang hamil boleh menyebabkan kandungannya mempunyaiciri-ciri kecacatan seperti kekurangan berat badan, saiz kepala yang terlalu kecil berbandingtubuh, kurang penyelarasan otot, keadaan muka yang rata, dan kelemahan sendi-sendi.2) Bertindak dengan pelbagai sistem dan organ tubuh. Contohnya, kesan terhadap sistemperedaran tubuh menyebabkan darah lebih banyak dialirkan ke kulit. Ini menyebabkan kulitpeminum menjadi kemerah-merahan dan perpeluhan meningkat. Pengepaman jantung jugabertambah pantas dan kuat seperti individu yang sedang melakukan senaman. Kepada penghidappenyakit jantung, mereka mempunyai kemungkinan diserang penyakit itu.3) Lebih cenderung membuang air kecil dengan kerap kerana etanol boleh merencat hormonpenahan kencing.4) Mungkin mengalami anemia, hipoglisemia (kekurangan gula di dalam darah), dan ketandusanvitamin.5) Boleh meningkatkan risiko kanser sebanyak 15 kali terutamanya pada bahagian mulut dantekak.6) Apabila diminum dengan banyak arak boleh merosakkan selaput lendir perut dan menjadiracun yang meresap dengan cepat ke dalam bahagian tubuh manusia terutama jantung dan buahpinggang.

Activity (3)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
Azlan Mohd Hanif liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->