Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
4Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Cuaca Dunia Makin Pelik

Cuaca Dunia Makin Pelik

Ratings:

5.0

(1)
|Views: 848 |Likes:
Published by api-3851565

More info:

Published by: api-3851565 on Oct 19, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/18/2014

pdf

text

original

 
Cuaca dunia makin pelik
Oleh Nurul Adlina Kamaludin
REKOD bumi kini mencatatkan perkembangan pelik. Bahang panas melampau di Amerika Syarikatdan Eropah tetapi keadaan sebaliknya di negara panas, Afrika Selatan yang dilitupi salji. Tidakketinggalan beberapa siri taufan yang semakin kerap dan ganas, termasuk berstatus taufanraksasa menggegarkan China ketika banjir terus menelan korbannya dari Pakistan, Habsyah, Koreasehinggalah ke India.Keadaan cuaca tidak menentu itu menyaksikan beratus-ratus kematian dalamsekelip mata manakala lebih sejuta lain hilang tempat tinggal. Nilai kerugian akibat kehilangan jiwadan kemusnahan harta benda mencecah berbilion dolar.Inilah senario terkini keadaan cuaca duniayang lebih banyak pelik daripada kebiasaannya. Catatan rekod daripada panas dan sejukmelampau selain rentetan satu demi satu taufan ganas yang seakan tidak memberi ruang baginegara mangsa untuk bernafas. Keadaan diburukkan lagi dengan ancaman gempa bumi kian kerapdengan catatan skala Richter lebih daripada sederhana sehingga menyebabkan amaran ombakbesar atau tsunami yang amat asing bagi rantau Asia Pasifik, kini berlaku hampir setiap bulan.Pendek kata, bukan saja perkembangan politik dunia diselubungi pelbagai kekacauan, tetapi rekodalam sekitar pun tidak terkecuali kelam kabutnya sebagaimana yang ketara di beberapa negaradalam tempoh dua bulan lalu.Namun, antara contoh ‘klasik’ atau ketara adalah membabitkankejutan perbezaan cuaca ketara benua Eropah dan Amerika dengan Afrika. Apa tidaknya, Eropahdan Amerika yang lebih diketahui menikmati cuaca sejuk sebaliknya diselubungi panas melampaudengan paparan rakyatnya kepanasan terpampang di kebanyakan media utama dunia baru-baruini.Keadaan sebaliknya berlaku di bahagian selatan dua benua itu apabila Afrika Selatan yangsudah sinonim dengan cuaca panas, sebaliknya menyaksikan kehadiran salji buat kali pertamasejak 1981.Cuaca sejuk melampau di kawasan termasuk bandar Soweto, selatan Johannesburgserta kawasan penempatan eksklusif di Sandton mencatatkan suhu sehingga 1 darjah Celsius."Salji yang turun itu menjadi satu fenomena unik bagi kami kerana ia jarang berlaku di negara ini.Cuaca sejuk memang berlaku tetapi tidaklah sehingga menurunkan salji," kata Kevin Rae,Timbalan Pengurus Jabatan Kaji Cuaca Afrika Selatan di Pretoria yang dipetik media tempatan.Ketika penduduk Afrika Selatan memakai baju sejuk dengan anak kecilnya riang bermain salji,warga Amerika dan Eropah lebih selesa berpakaian tipis dan merendamkan kaki di air pancutakibat cuaca panas melampau.Laman web pusat pemantau cuaca Agensi Pentadbiran Aeronautikdan Angkasa Lepas Amerika (Nasa) merujuk bulan lalu sebagai tempoh paling panas sejak enamtahun lalu dengan catatan suhu kira-kira 40 darjah Celsius. Suhu permukaan tanah turutmeningkat dengan sebahagian Kanada dan Mexico juga lebih panas berbanding tempoh 2000-2005.Di Amerika, korban cuaca panas itu mencecah lebih 200 orang termasuk 164 orang diCalifornia dengan selebihnya dilaporkan di New York dan Chicago. Keadaan itu menyebabkanberlakunya kejadian bekalan elektrik terputus.Di Eropah sekurang-kurangnya 29 orang maut diParis akibat panas melampau. Namun fenomena sepanjang Julai yang reda awal bulan ini masihterkawal dan tidak seburuk kejadian pada 2003 apabila sekurang-kurangnya 15,000 maut diPerancis dan 20,000 lain di Itali akibat cuaca panas yang keterlaluan.Ramai kalangan saintismengaitkan keadaan pelik itu sebagai kesan pemanasan global - satu keadaan yang dijangkaberlarutan akibat pencemaran gas rumah hijau hasil pembakaran bahan fosil yang terperangkapdalam atmosfera.Biarpun sukar membuktikannya, seperti diakui Asher Timms, pegawai PusatPenyelidikan Perubahan Cuaca Tyndall di Britain, corak cuaca bumi kini berubah."Akibatnya paras air laut semakin meningkat yang berkait rapat dengan salji yang semakinberkurangan atau cair di kebanyakan kawasan pergunungan serta bungkah ais Greenland yangmencair. Ini menyebabkan air laut semakin panas dan menyebabkan taufan makin ganas berlakudengan kerap."Malah antara bukti taufan yang mengganas adalah di China yang menyaksikankemudaratan akibat serangan tiga taufan dalam tempoh sebulan. Dimulai taufan Bilis, Prapiroondan terbaru taufan raksasa Saomai dengan angin selaju 216 kilometer sejam. Serangan taufan itumenyaksikan banjir dan tanah runtuh yang setakat ini menyebabkan hampir 1,000 orang terbunuhtermasuk 600 akibat taufan Bilis saja.Keadaan banjir itu turut meragut nyawa di ceruk lain dunia diKorea Utara, India dan di Habsyah. Malah di Habsyah selain 254 kematian, seramai 250 orangmasih hilang sehingga hari ini.

Activity (4)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Haziq Najwan liked this
mokule liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->