You are on page 1of 3

Imbangan Air Pada Skala mikro:Imbangan Air tempata

boleh dikaji meliputi skala wilayah,negeri,atau kawasan yang kecil misalnya di sebuah kawasan lembangan saliran atau di satu kawasan tadahan hujan Input air dating dari hujan atau dari lembangan saliran yang bersebelahan dengannya. Air tersebut disimpan di dalam system saliran(sungaia),tasik,kolam dan sebagainya yang ada di kawasan tadahan berkenaan selain daripada simpanan kekal sebagai air bawah tanah Output dikeluarkan oleh proses sejatan-peluhan,diguna oleh tumbuhan dan haiwan,diluahkan oleh sungai ke laut dan yang digunakan manusia. Contoh kawasan tadahan masa kini seperti kawasan tadahan Langat dan kawasan tadahan Semenyih yang erletak di Selangor.

Imbangan Air Negatif Dan FEnomena Kemarau.


Konsep imbangan air negatif dan fenomena kemarau.

Boleh ditakrifkan sebagai kekurangan air yang dialami oleh sesebuah kawasan dalam tempoh tertentu iaitu kadar sejatan melebihi daripada kerpasan(hujan) yang turun di kawasan berkenaan Kesan daripada imbangan air negatif ialah fenomena kemarau Kemarau didefinisikan sebagai keadaan di mana jumlah sejat peluhan yang melebihi jumlah kerpasan yang turun untuk satu tempoh yang lama atau panjang

Faktor-Faktor Berlakunya Imbangan Air Negatif dan Fenomena Kemarau:Kajian Kes di Malaysia
Faktor semula jadi

Faktor El-Nino Dikaitkan dengan kenaikan suhu Lautan Pasifik yang berupaya mengubah,melemah dan menghentikan tiupan angin timuran yang selama ini membawa hujan yang lebat di Semenanjung Malaysia

Suhu yang panas menyebabkan udara menjadi lebih kering,lembapan tanih dan akuifer kekurangan air serta proses transpirasi tumbuhan berkurangan sekaligus mengurangkan peratus kelembapan udara dan kebarangkalian untuk hujan turun adalah tipis Ini menyebabkan kawasan tadahan akan berkurangan. Selain El-Nino,perubahan cuaca secara semulajadi seperti perubahan suhu,hujan dan angin mengikut musim juga berlaku Di Malaysia,perubahan musim monson timur laut kawasan negeri pantai barat mengalami kekurangan hujan akibat halangan Banjaran Ttiwangsa Jika pengurangan hujan berlaku,fenomena kemarau akan terjadi Factor angin juga boleh mempengaruhi kemarau Halaju angin yang kuat akan membawa awan ke tempat lain lantas kawasan yang sepatutnya hujan akan menghadapi kekurangan air.

Faktor tindakan manusia Pembangunan yang pesat menyebabkan bukit-bukit yang ada digondolkan serta hutanhutan diteroka dengan rakus untuk pembinaa petempatan,perindustrian dan lain-lain tanpa memikirkan keburukan yang bakal dihadapi pada masa hadapan. Dengan kata lain manusia telah menolak konsep pembangunan lestari Penyahutanan menyebabkan kekurangan bekalan air yang ketara dialami oleh tasik,kolam dan sebagainya Menurut Prof Madya Dr.Mohd Ali Hassan,Pensyarah Jabatan Geologi Universiti Malaya,10 km dari kawasan tadahan sebenarnya bertindak sebagai pemampan atau buffer zone untuk menjamin bekalan air yang berterusan kepada kawasan tadahan seterusnya kepada sungai dan empangan. Jikalau pembalakan ingin dijalankan,haruslah dilakukan di luar 10km seperti yang dibuat di Perancis. Zon pemampan penting kerana ia bertindak sebagai tempat penyelamat,menakung dan menyimpan air tanih untuk dibekalkan kepada sungai menerusi edaran air tanih Sistem akuifer bertindak sebagai konduit yang membolehkan air mengalir menuju ke sungai,tasik,kolam dan sebagainya

Apabila penyahhutanan dijalankan di dalam zon pemampan ini akan memusnahkan sistem akuifer sekaligus menganggu kapasiti storan air tanih dan akhirnya menyebabkan kawasan berkenaan jadi kering kontang Permintaan air untuk domestic dan perindustrian terus meningkat tidak sepadan dengan penawarannya. Akibat kecuaian manusia penawaran air bersih semakin berkurangan Contoh LOji Air Sungai Langat terpaksa diberhentikan operasinya beberapa kali akibat pencemaran ammonia yang tinggi parasnya yang dibuang oleh kilang-kilang yang berdekatan.

You might also like