You are on page 1of 2

12. PERATURAN-PERATURAN 12.

1
PERATURAN PENGGUNAAN PERPUSTAKAAN diminta menanggalkan kasut semasa

12.1.1 Guru-guru dan murid-murid memasuki perpustakaan.

12.1.2 Setiap murid tidak boleh membuat bising atau bermain-main sewaktu berada di perpustakaan. 12.1.3 Murid-murid tidak dibenarkan membawa beg sekolah, sebarang jenis karung, makanan dan minuman ke dalam perpustakaan. 12.1.4 Setiap murid mestilah mempunyai kad ahli untuk membuat pinjaman dan pemulangan buku. Kad ahli mestilah dijaga dengan baik. 12.1.5 Murid-murid boleh membuat pinjaman buku sebanyak 2 buah dan jangkamasa pinjamannya ialah satu minggu. 12.1.6 Setiap buku yang dipinjam atau dipulangkan mestilah berada dalam keadaan baik. 12.1.7 Pengguna bertanggungjawab menggantikan semula buku perpustakaan yang telah dihilangkan. 12.1.8 Semua jenis bahan yang dibawa keluar atau masuk hendaklah diberitahu dahulu kepada guru perpustakaan atau pengawas perpustakaan. 12.1.9 Guru darjah dan murid-murid hendaklah menggunakan masa 5 minit yang akhir waktu perpustakaan kelas untuk memastikan perpustakaan berada dalam keadaan kemas, teratur dan bersih sebelum keluar. 12.1.10 Rekod Penggunaan Perpustakaan mestilah diisi oleh guru setiap kali membawa masuk murid-muridnya. 12.1.11 Pengguna dilarang mengalihkan mana-mana jenis perabot yang telah sedia teratur.

12.2

PERATURAN PENGGUNAAN BILIK MULTIMEDIA

12.2.1 Pelajar diminta senyap apabila memasuki bilik audio visual. 12.2.2 Pelajar tidak dibenarkan makan, minum atau tidur di dalam bilik audio visual. 12.2.3 Pelajar tidak dibenarkan membuka tutup suis-suis televisyen, video, radio atau peralatan lain serta mengubah kedudukan peralatan ini tanpa kebenaran. 12.2.4 Pelajar dikehendaki menyusun semula kerusi meja sebelum meninggalkan bilik ini. 12.2.5 Pelajar tidak dibenarkan masuk ke bilik audio visual semasa sesi pembelajaran tanpa diiringi guru. 12.2.6 Pelajar dikehendaki meletakkan beg mereka di luar bilik audio visual di tempat yang disediakan. 12.2.7 Sebarang perisian seperti cakera padat, kaset, pita video dan lain-lain tidak dibenarkan ditayang tanpa kebenaran Guru PSS. 12.2.8 Segala perisian di dalam bilik audio-visual tidak boleh dikeluarkan dari bilik ini tanpa pengetahuan Guru PSS. 12.2.9 Pakaian mestilah kemas dan lengkap sewaktu berada dalam bilik audio visual. 12.2.10 Jaket, baju panas dan lain-lain pakaian selain pakaian sekolah adalah tidak dibenarkan dipakai atau dibawa masuk ke bilik audio visual.

12.3

PERATURAN PENGGUNAAN PSS UNTUK GURU

12.3.1 Guru-guru perlu mengisi buku penggunaan bilik semasa menggunakan bilikbilik di Pusat Sumber. 12.3.2 Guru-guru pengiring perlu mengawal disiplin pelajar di dalam bilik-bilik Pusat Sumber. 12.3.3 Sebarang tempahan penggunaan bilik perlu dibuat sekurang-kurangnya sehari sebelum hari penggunaannya. 12.3.4 Semua peminjaman bahan buku dan bahan bukan buku perlu dibuat di bawah pengawasan Pengawas Pusat Sumber bertugas atau guru PSS. 12.3.5 Guru-guru perlu memastikan semua suis ditutup dengan elok dan bilik dikunci selepas menggunakan bilik-bilik Pusat Sumber

You might also like