Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
30Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Pengenalan-tan Sri Azman Hashim

Pengenalan-tan Sri Azman Hashim

Ratings: (0)|Views: 6,245|Likes:
Published by efatimah_1

More info:

Published by: efatimah_1 on Nov 19, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

09/16/2013

pdf

text

original

 
1
PENGENALAN
Perkataan usahawan mula diperkenalkan dalam tahun 1970 iaitu semasa pelancaran DasarEkonomi Baru. Ianya bukanlah satu perkara yang baru kepada kita. Perkataan usahawan
mempunyai erti yang sama dengan perkataan Inggeris ‘entrepreneur’. Perkataan ‘entrepreneur’ berasal dari perkataan Perancis, ‘entreprendre’ yang bererti memikul tugas atau tanggungjawab.Perkataan ‘entrepreneur’ telah digunakan semenjak tahun 1775 oleh Richard Cantillon yang
merujuk kepada kegiatan dalam keusahawanan.Banyak kajian telah dilakukan oleh pelbagaipihak dan beberapa pengertian kepada perkataan usahawan telah diberikan seperti berikut:-1. Kamus Dewan Edisi Baru mentakrifkan usahawan sebagai orang yang mengusahakan sesuatuperusahaan iaitu pengusaha. Pengusaha dimaksudkan sebagai pekerjaan secara besar-besaranuntuk membuat barang-barang industri atau pekerjaan berniaga secara besar-besaran.2. The Encyclopedia Americana International Edition memberi maksud usahawan sebagai ahliperniagaan yang mengambil risiko menggabungkan faktor pengeluaran termasuk modal, buruh,bahan dan menerima ganjaran melalui keuntungan daripada nilai pasaran barangannya.3. Joseph A.Schumpeter, seorang ahli ekonomi menyatakan usahawan adalah seorang inovatoryang boleh mengakibatkan kepada suatu pembaharuan.Secara kesimpulannya, boleh kita nyatakan bahawa usahawan adalah seorang yang mengambilrisiko memulakan atau menubuhkan sesuatu perniagaan atau perusahaan dan mengusahakannya.Seseorang yang telah memulakan perniagaan atau telah membeli perniagaan yang dimulakanoleh orang lain juga dikenali sebagai usahawan. Usahawan juga adalah seorang pengurus yangmenerajui perniagaannya dan dapat menuntut hak keempunyaan ke atas perniagaan tersebut.Oleh itu ia menanggung risiko perniagaan. Usahawan mempunyai wawasan danmengembangkan perniagaan untuk kemakmuran masyarakat. Ia adalah seseorang yang inginkankebebasan dalam perniagaan, membuat keputusan sendiri dan seterusnya ingin berjaya atas usahasendiri. Dalam tugasan kali ini tokoh usahaw
an yang dipilih adalah Tan Sri Dato’ Azman
Hashim iaitu Pengerusi AmBank Group.
 
2
1.0 Latar Belakang Tan Sri Azman Hashim
Tan Sri Azman Hashim dilahirkan di Kuala Lumpur pada Julai 1939 di Kampung Baru, KualaLumpur.Beliau adalah yang pertama dikalangan 13 adik beradik yang berjaya melanjutkanpelajaran ke luar Negara. Bapanya seorang pembantu pejabat di Lembaga Letrik Negara ( LLN )ketika itu dan ibunya, seorang guru, adalah ibubapa yang mengawal ketat anak mereka, terutamadi bidang pelajaran. Tan Sri Azman Hashim, satu nama besar industry perbankan dan pengerusiAmBank Group, adalah seorang seorang yang tidak mudah diperlekehkan. Ketika berusia 14tahun, beliau menamatkan Senior Cambridge di Methodist Boys School di Sentul, KualaLumpur.Pemegang biasiswa Yayasan Colombo itu kemudian melanjutkan pelajaran ke Australia danpulang sebagai akauntan bertauliah sebelum umurnya mencecah 21 tahun.Beliau memulakankerjayanya sebagai akauntan berkanun pada tahun 1955 di Messrs. OL Haines & Co. Australia.Beliau berpengalaman luas dalam industri perbankan dan mula terlibat dalam sektor perbankansejak 1960 apabila beliau kembali dari Australia sebagai akauntan berkanun. Tan Sri Azmanmemulakan kerjayanya dalam sektor perbankan di Bank Negara Malaysia.Selepas beberapa tahun bekerja di Bank Negara Malaysia, Tan Sri Azman meletakkan jawatanpada tahun 1964 bagi memulakan firma perakaunannya sendiri, iaitu Azman, Wong, Salleh &Co. Dua tahun kemudian, beliau menjadi Pengarah Malayan Banking Berhad (Maybank) dandilantik sebagai Pengarah Eksekutif Maybank dari tahun 1971 hingga 1980.Seterusnya, Tan Sri Azman dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif Kwong Yik Bank yang kinidikenali sebagai RHB Bank Berhad selama dua tahun, dari tahun 1980 hingga 1982. Pada tahun1982, beliau membeli Arab - Malaysian Merchant Bank yang kini dikenali sebagai AmBank dariusahawan Arab, iaitu Hussain Najadi. Hussain mengasaskan bank itu pada tahun 1975 bagimembawa masuk pelaburan dari negara - negara Arab ke Malaysia. Selepas pembelian itu, TanSri Azman dilantik sebagai pengerusinya.
 
3
2.0 Latar Belakang Perniagaan yang Dijalankan
Ditubuhkan pada Ogos 1975, Kumpulan AmBank adalah kumpulan perbankankelima terbesar diMalaysia dari segi aset pada 30 Jun 2010 dan terdiri daripada AMMB Holdings Berhad dananak-anak syarikatnya AmInvestment Bank Berhad, AmInvestment Group Berhad, AmBank (M)Berhad, AmLife Insurance Berhad dan AmG Insurance Berhad.AmBank Group adalah salah satu kumpulan perkhidmatan kewangan terulung di Malaysiadengan kedudukan kepimpinan dalam perbankan runcit, perbankankomersial, perbankanpelaburan dan insurans. Dengan sejarah yang ditubuhkan dan rekod prestasi yang focus kepadapelanggan dan inovasi, Kumpulan AmBank terus memberi perkhidmatan kepada pelanggandengan pelbagai produk dan perkhidmatan yang inovatif.AmBank Group percaya bahawa mereka boleh meluaskan kedudukan kepimpinannya denganmenggerakkan pengetahuan dan kemahiran kakitangan mereka, memanfaatkan kuasateknologicanggih dan mengambil kesempatan ke atas ekuiti jenama yang kukuhkami.Falsafah Kumpulan AmBank menggabungkan komitmen yang berakar umbi kepada pelbagaipelanggan yang berpuas hati, dengan inisiatif yang dipacu oleh pelanggan dalam semua bentuk komunikasi dan interaksi dengan semua kumpulan pelanggan. Kumpulan komited untuk menyediakan produk dan perkhidmatan baru dan inovatif kepada pelanggan dengan perkongsianstrategic dengan Australia dan New Zealand Banking Group (ANZ), salah satu bank terkemukadi Australia.
3.0 Latar Belakang Produk atau Perkhidmatan yang Dikeluarkan
Kumpulan menyediakan pelbagai produk dan perbankan pelaburan, perbankan komersil,pembiayaan runcit dan perkhidmatan kewangan yang berkaitan, juga termasuk perbankan Islam,pengunderaitan am dan insurans hayat, saham,saham dan broker niaga hadapan, nasihatpelaburan dan aset, harta dan unitpengurusan amanah.

Activity (30)

You've already reviewed this. Edit your review.
Nur Dina added this note
tq
1 thousand reads
1 hundred reads
Nur Afiqah liked this
KesavanVeera liked this
Ir Mrb liked this
Fatin Atikah liked this
Cik Naa liked this

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->