You are on page 1of 14

Abdul Hakim B Hishamuddin

Pencapaian pendidikan di kalangan pekerja

Pencapaian pendidikan di kalangan pekerja


Pelaburan modal manusia ialah proses memperoleh dan meningkatkan bilangan individu yang memiliki pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang merupakan keperluan kritikal dalam proses pembangunan ekonomi.

Modal manusia merupakan unsur terpenting pembangunan sumber manusia, mencipta daya tahan ekonomi dalam menghadapi krisis dahsyat dan keunggulan daya saing. Individu berpendidikan berupaya mengembangkan visi tentang kehidupan yang maju, membina sikap serta etos kerja, produktif dan responsif terhadap penguasaan teknologi terkini.

Dengan adanya pencapaian pendidikan dalam kalangan pekerja, manusia akan memerah otak untuk memperoleh dan mencerna ilmu pengetahuan. Tangan manusia pula membolehkan pengetahuan tadi dipindahkan dalam bentuk praktikal menerusi reka bentuk alat-alat baru. Pendidikan mencetus kreativiti, menjana pengetahuan dan kemudian diaplikasikan secara praktikal.

Pelaburan dalam modal manusia memungkinkan pemanfaatan teknologi dan memperluas magnitud kegunaannya. Ia juga mencetuskan mekanisme penerimaan (adaptation, absorptive capacity) teknologi termaju yang bergantung kepada kemahiran intelektual, pemerolehan pengetahuan dan know-how. Ia boleh diringkaskan seperti berikut:

Penyelidikan Asas + DS

Penyelidikan Gunaan + D SE

Kemajuan Teknologi + D MS + D TSE

S = Saintis SE = Saintis dan Jurutera MS = Saintis Pengurusan TSE = Juruteknik dan Operator mahir + D = Perubahan positif (Sumber Dhesi,1979:7)

Faedah pencapaian pendidikan dalam kalangan pekerja


:
Faedah Langsung Faedah Tidak Langsung Faedah Luaran

* meningkatkan pendapatan pekerja * meningkatkan produktiviti pekerja * mobiliti pekerja bertambah * ciptaan dan inovasi * pekerja terlatih boleh dieksport

* membasmi buta huruf

* agihan pendapatan cekap

* taraf kesihatan meningkat

* negara stabil & nilai demokrasi terpelihara

Terdapat juga faedah ekonomi seperti produktiviti dan pendapatan yang boleh diukur menerusi kaedah analisis kos faedah, kadar pulangan individu, kadar pulangan sosial dan perbakian. Faedah bukan ekonomi pula berupa kesan tidak langsung terhadap perkembangan aktiviti ekonomi dan sukar diukur. Misalnya dari segi politik, pendidikan memupuk sikap kewarganegaraan atau patriotisme.

Individu berpendidikan akan mengerti tentang hak dan tanggungjawabnya terhadap demokrasi. Dari segi sosiobudaya, individu berpendidikan juga bersikap terbuka dalam menghadapi situasi berbilang budaya. Wujud toleransi bukan sahaja di peringkat domestik, bahkan di peringkat serantau sehingga mewujudkan iklim yang baik untuk pelaburan ekonomi.

Keluarga pekerja turut menerima limpahan faedah. Para ibu boleh memperuntukkan masa yang sepatutnya digunakan untuk menjaga anak sendiri dengan aktiviti produktif yang lain apabila anak ke sekolah. Produktiviti sekolah dari segi penjagaan kanak-kanak boleh diukur daripada pendapatan purata ibu bekerja. Kehidupan komuniti dan kejiranan juga lebih tenteram

1.2 Pencapaian pendidikan dikalangan tenaga kerja k-ekonomi memerlukan tenaga kerja yang berpendidikan. Pencapain pendidikan tertiari di Malaysia masih rendah. Tahun 2000 kurang 14% mempunyai pendidikan tertiari. Pertumbuhan tenaga kerja peringkat ini juga bergerak perlahan dari tahun 1990-2000

Komposisi pekerja berasaskan pengetahuan Pasaran buruh Malaysia terdiri daripada kurang 12% pekerja peringkat profesional dan teknikal pekerja pentadbiran dan pengurusan dalam lingkungn 4% Maka jumlah peringkat tenaga kerja peringkat tinggi 16% jauh lebih rendah berbanding Singapura 22.3% komposisi peringkat operator pengeluaran adalah tertinggi di Malaysia menunjukkan ekonomi masih berintensifkan buruh

Kemajuan aktiviti penyelidikan dan pembangunan Perbelanjaan kerajaan dlm penyelidikan, bilangan saintis, jurutera, dan juruteknik masih jauh lebih rendah berbading negara maju Pendidikan tertiari terutama universiti sepatutnya diarahkan menghasilkan lebih ramai saintis dan jurtera tetapi apa yang berlaku bidang sains sosial lebih ramai berbanding teknikal. dlm k ekonomi penyelidikan dan pembangunan sangat penting bagi menjana idea baru dan menggalakkan inovasi serta menggiatkan sektor perkhidmatan serta sokongan.

kesimpulan
Kajian Psachoropoulus menunjukkan bahawa perbelanjaan dalam pendidikan menggambarkan pelaburan dalam modal insan adalah menguntungkan, sama ada kepada individu, mahupun masyarakat. Keputusan melabur dalam modal manusia membabitkan keseimbangan kos langsung dan kos lepas akibat pendidikan formal dengan prospek pulangan untuk pekerja berpendidikan. Majikan juga menikmati keadaan pekerja yang berdisiplin, berdaya maju dan bersikap terbuka terhadap perubahan.

You might also like