Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
2Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Biografi of Said Nursi malay

Biografi of Said Nursi malay

Ratings: (0)|Views: 251 |Likes:
Published by Nurgentr Nur
biography of Said nursi malay language
biography of Said nursi malay language

More info:

Published by: Nurgentr Nur on Nov 19, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

02/27/2014

pdf

text

original

 
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIMDEDIKASI
Kepada generasi muda yang datang sebalik keghaiban. Kepada para pahlawanIslam yang datang dengan kapal iman. Kepada mereka yang dilihat oleh Ustadz Nursidengan mata hatinya sehingga beliau mencintai mereka dan menulis surat kepada merekadan beliau meletakkan kepercayaan dan harapan pada mereka. Kepada mereka yang akanterbuka takdir dalam sedikit masa lagi… Kami persembahkan buku ini dengan harapansemoga mereka mendapatkan di dalamnya cahaya harapan dan kunci kehidupan imanyang kekal.
 
 
MUKADIMAH
Peristiwa berdarah di dalam sejarah bangsa-bangsa dan kejadian besar danmenyeleweng dari perjalanan yang lurus di dalam kehidupan umat-umat, memiliki tokoh-tokoh besar dan orang-orang genius lagi handal yang mendapat bimbingan Ilahi untuk diutus di tengah-tengah pergelutan dan kekacauan ini supaya mereka dapat mengatasisituasi dan menghalang bangsa mereka daripada kejatuhan di lembah kehampaan dandaripada penyelewengan yang mengerikan dari konteks sejarah dan peradaban mereka.Badiuzzaman Said Nursi adalah salah seorang daripada tokoh besar itu. AllahTa’ala meletakkan pada bahunya tanggungjawab untuk bangun dengan memperbaharuikehidupan iman yang redup di dalam hati dan beban melawan arus deras yang hampirmelucuti bangsa Turki yang Muslim dari sejarah, agama dan keIslamannya.Buku ini hanyalah merupakan usaha sederhana yang menguraikan kehidupantokoh besar yang produktif ini dan untuk mengetahui lautan ilmunya yang dalam danluas, yang perhiasan dan mutiaranya tidak habis-habisnya.Dapat dikatakan bahawa buku kami ini meneroka dua permasalahan:Pertama: Ia menerangkan tentang suatu masa sejarah daripada kehidupan Turkimoden dan kesan-kesan mendalam dan jelas yang ditinggalkan oleh kepribadian UstadzNursi di dalam kehidupan politik, pemikiran dan sosial bangsa Turki. Pengaruh ini masihberkesan dan memainkan peranannya sehingga setelah kemangkatan beliau. Kesan ini jelas dapat disaksikan dan dapat dirasakan serta diakui oleh musuh-musuh beliau.Kedua: Buku ini membentangkan kehidupan salah seorang tokoh dai’e Islam padazaman moden. Melalui pengkajian kehidupannya dapat kita tekankan satu hakikat sejarahyang paling besar iaitu bahawa agama Allah Yang Maha Agung ini adalah agama vital,kekal dan mampu memberi pada setiap masa dan tempat dan bahawa vitaliti ini sanggupmembangkitkan bangsa dan umat dan menyerahkan kepimpinan dunia kepada merekaselagi ada hati yang peka lagi bersih, akal yang cerdas, fikiran yang terbuka, keikhlasanyang sempurna dan kerja yang sungguh-sungguh.
 
Barangkali buku kami ini adalah yang paling lengkap mengenainya dalam BahasaArab hingga sekarang. Kami memohon kepada Allah Ta’ala supaya memberi taufik kepada kami untuk menerangkan aspek-aspek selain daripada kehidupan dan peninggalanUstadz Nursi pada masa yang akan datang.Buku ini terdiri dari tiga bahagian:Bahagian Pertama mencakupi riwayat hidup beliau dengan agak terperinci.Bahagian Kedua adalah kajian analisis terhadap risalah-risalah an-Nur iaiturisalah-risalah yang beliau karang selama 23 tahun daripada kehidupan yang beliau laluidi antaranya penjara, pengasingan dan pengusiran.Bahagian Ketiga adalah contoh-contoh yang dinukilkan dan diterjemahkan daririsalah-risalah an-Nur yang lengkap.Dalam setiap bahagian kami telah merujuk kepada sumber-sumber utama dalambahasa Turki, baik yang tercetak mahupun yang berbentuk manuskrip.Kami berdoa kepada Allah semoga amal kami ini yang ikhlas semata-mata keranaAllah. Sesungguhnya Dia adalah Maha Dekat lagi Maha Mengabulkan doa.Kami akhiri doa dengan alhamdulillahi rabbil ‘alamin.Pengarang,IHSAN QASIM AS-SALIHI.

Activity (2)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->