You are on page 1of 14

PROGRAM PERSEDIAAN UNIVERSITI

SMK SER TANJONG,MELAKA


TAJUK :
Terangkan corak kepercayaan dan agama yang terdapat daIam masyarakat
MaIaysia dan sejauhmanakah IsIam memainkan peranan penting daIam
masyarakat MeIayu sebeIum 1874
SEJARAH
940/2
Nama Tuitor :
Harun Bin Hashim
Nama PeIajar :
Nur Nadhirah Binti Mohd Misnan
PPUS Tahun 1


Kursus Sejarah Kertas 2
Tarikh Penyerahan :
30 Oktober 2011



Kepercayaan Tradisi Dan IsIam:
Amalan kepercayaan masyarakat Melayu banyak dipengaruhi oleh amalan dan
kepercayaan dalam amalan nenek moyang atau kepercayaan Hyang, Hindu, dan
Buddha seperti percaya kewujudan 'mana', mentera atau jampi, sihir, bomoh atau
dukun, sumpah atau tulah,daulat raja, dan pelbagai jenis hantuyang berhubung kait\
dengan konsep syaitan dalam slam.Kepercayaan kepada penyembahan nenek
moyang masih diamalkan oleh masyarakat Melayu walaupun setelah kemasukan
agama Hindu dan Buddha. Keadaan ini dapat dilihat daripada pemujaan yang
dilakukan mereka di candi-candi Lembah Bujang yang tidak mempunyai kesamaan
dengan penyembahan kuil oleh masyarakat Hindu-Buddha di ndia.Oleh itu,
kepercayaan ini lebih lebih tertumpu kepada perkongsian amalan yang
dicampuradukkan sehingga mewujudkan satu amalan bentuk baru, tetapi masih
didominasi oleh kepercayaan Hindu. Sehingga kedatangan slam amalan-amalan ini
masih tidak luput daripada naluri orang Melayu. Walaupun, amalan-amalan ini
bertentangan dengan syariat slam, orang-orang Melayu masih tidak membuangnya
daripada budaya masyarakat. Keadaan ini dapat difahami berdasarkan sebab-
sebab berikut :
1. Penerimaan Orang MeIayu Tentang Konsep Ketuhanan Yang Ada Pada
SuItan:
a menyentuh konsep daulat dan derhaka serta tulah.Kepercayaan yang
sultan mempunyai kekuasaan luar biasa dan selalunya dikaitkan dengan
aspek ketuhanan. Maka timbul unsur hak sultan dalam agama.
2. Pensenyawaan Unsur IsIam dan Hindu:
4 Unsur-unsur yang menjadi amalan agama Hindu diberi nafas baru
dalam slam. Sebagai contoh:
4 Dalam majlis perkahwinan disenyawakan amalan seperti tepung tawar,
berinai, bersanding, dan lenggang perut. Kalau dalam Hindu ia
berkaitan dengan agama, tetapi diubah konsep menjadi adat budaya
kepada masyarakat Melayu.
4 Majlis Kematian: Diadakan kenduri 3,7,40 dan 100 hari. Dengan tujuan
untuk mengingati jenazah. Dalam kepercayaan Hindu hari-hari tersebut
ada bahagianbahagian mayat yang pecah..
4 Majlis Perayaan: Memasang pelita. Dengan harapan malaikat akan
berkunjung ke rumah dalam hindu dewa. Walaupun begitu kesedaran
agama slam menyebabkan konsep ini bertukar kepada kemeriahan
dan sebagai satu adat dan budaya.
3. Cara Pendakwahan:
4 Cara berdakwah disebarkan dan kerelaan anutan agama slam.
Pendakwahan menggunakan aspek hiburan seperti dalam wayang
kulit, mak yong, main puteri dan lain-lain hiburan tradisi yang masih
mempunyai unsur kehinduaan.
4 Dalam menentukan ia tidak ke arah syirik maka istilah dan bentuk
upacara ditukarkan kepada unsur-unsur slam seperti bacaan ayat
suci dan tujuan diadakan agar mendapat rahmat daripada Allah
S.W.T.
4 Penerimaan slam oleh masyarakat Melayu bukan kerana kefahaman
mereka, tetapi kerana ikutannya dengan wibawa Sultan. Oleh sebab
itu, proses pendakwahan dan pengembangan ajaran dan sebaran
agama ini banyak dilakukan di istana-istana.
4 Proses melambatkan proses mengubah konsep Hindu untuk
digantikan dengan konsep dan amalan slam.
4. Konsep Agama dan Kepercayaan Yang Bercampuradukan:
4 Konsep agama dan kepercayaan yang bercmpur aduk hingga
mengelirukan masyarakat.Masyarakat menganggap seolah-olah
kepercayaan itu adalah sebahagian daripada agama sedangkan ia
berbeza.
4 Mohd Taib Othman mendefinisikan agama sebagai satu amalan cara
hidup yang berorganisasi dan bermatlamat, dan keprcayaan sebagai
satu pernyataan tentang sesuatu perkara untuk dipercayai.
4 Masyarakat Melayu tidak memisahkan konsep ini hingga kelihatan
agama dan kepercayaan itu sama.
. Pengaruh Adat Dan Budaya Masyarakat:
4 Masyarakat melayu amat berpegang kepada konsep biar mati anak
jangan mati adat . Oleh sebab adat-adat Melayu banyak bertentangan
dengan slam maka proses menukarkan adat ini perlu dijalankan dengan
berhati-hati. Oleh itu adat yang dirasakan tidak bertentangan dengan
slam secara langsung masih diterima cuma aspek kepecayaan
keagamaan disisihkan secara berhati-hati dengan amalan Al-Quran dan
sunnah Nabi S.A.W.
4 Keadaan ini adalah berikutan berlakunya proses persenyawaan,
reintperetation dan rearrangement.
. Proses Pemberian Makna Baru (reinterpretation) dan pengaturan
dengan cara baru (rearrangement):
4 Apabila wujud konflik antara amalan, adat dan agama masyarakat
Melayu menggunakan proses-proses ini untuk diteruskan amalannya.
ni seterusnya berlaku pensenyawaan terhadap amalan dan
kepercayaan. Sebagai contoh:
4 Konsep penunggu ditukarkan kepada konsep keramat.
4 Konsep hantu ditukarkan kepada syaitan
4 stilah Dewata Raya ditukar kepada Allah S.W.T. Siva dianggap
mahaguru, Nur Muhammad dan Luqman Al-Hakim ada pawang silam
dan aku adalah pawang keempat, Pawang tuan juga dikaitkan dengan
Siva, Nabi Muhammad dan kadang kala Allah S.W.T.

Aspek Kepercayaan
Mana : Satu kepercayaan yang membolehkan seseorang mendapat
MANA atau kekuatan daripada seseorang yang dikalahkan atau
dibunuh. Sebagai contoh seorang pahlawan yang berjaya
membunuh musuhnya, pahlawan tersebut mendapat kekuatan
atau kesaktian musuhnya yang dibunuhnya.
Mentera dan jampi : John D Gimette dalam bukunya A Dictionary of Malay Medicine
mentakrifkan Jampi atau mentera sebagai penggunaan serapah
oleh bomoh atau pawang dalam amalan sihir orang Melayu.
Selalu ia menggunakan kata-kata atau ayat-ayat tertentu
yang difahami maksudnya oleh Bomoh. Apabila kedatangan
slam kata-kata atau ayat-ayat tersebut ditukar bentuk
kepada ayat-ayat suci Al-Quran. Sebagai contohnya ayat-
ayat yang digunakan sebelum kedatangan slam adalah
seperti yang berikut:
"Hai pinang sepiak muri tanaman aharaja Dewana.......
Perkataan aharaja Dewana ini boleh ditukarkan kepada nama
para nabi atau wali dalam slam...dan boleh ditambah dengan
kalimah syahadah.
Sihir dan tilik :bnu Khaldun melihat sihir dan tilik sebagai satu ilmu tentang
persediaan jiwa manusia untuk mempengaruhi alam kebendaan
sama ada tanpa bantuan atau dengan bantuan dari langit. Yang
pertama dilihat sebagai sihir dan kedua tilik. A.S. Homby dalam
Oxford Advanced Learner's Dictionary of Current English
menyatakan sihir adalah seni yang mengawal kejadian dengan
pendakwaan pengggunaan tenaga luar biasa. a witchcraft,
praktis tahyul primitif berdasarkan kepercayaan kepercayaan
terhadap agen ghaib. Sihir hitam dilakukan dengan pertolongan
syaitan dan sihir putih (?) tanpa pertolongan syaitan.
Tahap-tahap atau martabat sihir :
1. a dapat mempengaruhi melalui kemahuan semata-mata
tanpa bantuan. ni yang disebut 8ihir oleh golongan failasuf.
2. a dapat mempengaruhi dari bantuan dari mizaj, bintang-
bintang, elemen-elemen alam atau angka-angka bilangan, ini
yang dinamakan tilik, ia lebih lemah daripada yang pertama.
3. a dapat mempengaruhi perasaan yang berkhayal dan
gambaran yang mahu diberikan dan kemudian
membawanya kembali kepada alam nyata, seperti membuat
mereka seolah-olah ternampak sesuatu, sedangkan ia
sebenarnya tidak ada di hadapan mereka. ni yang disebut
khayalan atau hallucination oleh golongan falsafah.
Setelah kedatangan slam istilah sihir ditukar kepada jampi
serapah atau mantera.
Bomoh/Pawang/Dukun: Dianggap oleh masyarakat Melayu berasal dari Luqman
Al-Hakim, dan bertugas bagi menyembuhkan sihir. a
sebagai alat bagi mengubati penyakit dan dilihat sebagai
seorang yang berdekatan dengan Tuhan. Oleh itu, ia
mendakwa diri mereka sebagai keturunan daripada para
aulia atau wali, dan sebelum slam biasanya ia
mempunyai kuasa berhubung dengan para dewa seperti
Siva.



AmaIan Agama
Kepercayaan Animisme:
1. Amalan animism merupakan kepercayaan kepada kuasa-kuasa ghaib yang
dipercayai mempunyai semangat. Semangat ialah jiwa atau roh yang terdapat
pada sesuatu benda, sama ada bernyawa atau tidak bernyawa.
2. Masyarakat Melayu menganut fahaman ini sebelum kedatangan agama
Hindu.
3. Semangat ini ditakuti dan dipuja. Antara semangat ini termasuklah pokok-
pokok besar dan gunung yang dianggap mempunyai penunggu.
4. Masyarakat Melayu percaya bahawa kuasa-kuasa ghaib ini boleh membawa
kebaikan seperti menambahkan rezeki atau membawa maIa petaka seperti
kemarau, banjir, dan sebagainya.
5. Justeru itu, masyarakat Melayu mengadakan upacara-upacara tertentu
seperti memuja pantai dan semangat padi bagi mengelakkan diri daripada
ditimpa bencana.
6. Masyarakat Melayu percaya upacara ini dapat menjamin keselamatan dan
menambah hasil tanaman mereka.
7. Kepercayaan ini amat tebaI dalam kalangan orang Melayu dan kepercayaan
ini mula beransur-ansur hilang setelah kedatangan agama slam.

Agama Hindu-Buddha:
1. Masyarakat Melayu menganut agama Hindu-Buddha sebelum kedatangan
agama slam. Pengaruh Hindu-Buddha bertapak di Tanah Melayu dikatakan
pada abad ke-4M berikutan wujudnya dua buah kerajaan Hindu iaitu
angkasuka dan Kedah Tua.
2. Kerajaan-kerajaan awal seperti Ayuthia, Champa, dan srivijaya merupakan
kerajaan-kerajaan besar yang menganut agama Hindu. Pengaruh agama ini
turut meresap di Tanah Melayu.
3. Agama Hindu-Buddha dipercayai disebarkan oleh pedagang dan mubaIigh
Hindu dan Buddha. Kerajaan-kerajaan awal di Tanah Melayu telah lama
mempunyai hubungan perdagangan dengan ndia.
4. Selain itu,para pedagang dan mubaligh turut menyebarkan kebudayaan mereka.
Keadaan ini telah mempengaruhi kehidupan dan kebudayaan orang Melayu. ni
ditambah dengan perkahwinan campur orang asing dengan masyarakat
tempatan.
5. Kesannya, banyak adat dan budaya Melayu lama mempengaruhi oleh
kepercayaan Hindu-Buddha seperti dalam adat istiadat dan upacara
perkahwinan.
6. Agama Hindu-Buddha dikatakan mengangkat darjat golongan pemerintah
apabila mereka diletakkan di tempat yang paling tinggi dalam hierarki
masyarakat.
7. Golongan pemerintah ini dianggap mempunyai kedudukan istimewa kerana
mengikut kepercayaan Hindu-Buddha, raja dianggap sebagai wakil Tuhan di
dunia ini.
Agama IsIam:
1. Agama slam dipercayai dating ke Alam Melayun pada abad ke-7 yang
disebarkan oleh pedagang dan pendakwah slam dari Asia Barat
2. Agama Polo semakin berkembang berikutan wujudnya kerajaan IsIam Pasai
dan PerIak di Selat Melaka sekitar abad ke-13.
3. Marco Polo pengembaraan dari Venice dalam perjalanan pulang dari China
telah melawat Sumatera pada tahun 1292. Beliau telah singgah di Perlak dan
menyatakan sudah wujud pengislaman orang Perlak oleh pedagang asing di
Nusantara.
4. Pada abad ke-14, Ibn Battutah yang singgah di samudera dalam perjalanan
pergi dan balik dari China menyatakan bahawa Raja Samudera telah
memeluk agama slam yang mengikut Mazhab Shafie. Manakala negeri-
negeri lain yang terletak berhampiran Samudera belum lagi memeluk slam.
5. Dalam tempoh abad ke-13 hingga ke-16, pengaruh agama slam berkembang
luas hampir ke seluruh Kepulauan Melayu. Perkembangan tersebut telah
menghakis sebahagian amalan atau kepercayaan Hindu-Buddha yang telah
lama bertapak di Tanah Melayu.
6. Agama slam kemudiannya telah berkembang luas dan menjadi agama
anutan sebahagian besar penduduk di Kepulauan Melayu.

Kesan Kedatangan IsIam DaIam Sosiobudaya
1. Kedatangan slam membawa konsep tauhid dengan mempercayai Tuhan
yang satu. Masyarakat Melayu mula meninggalkan kepercayaan
berbentuk animism atau politisme.
2. slam telah mengubah cara berfikir masyarakat Melayu daripada
kepercayaan bercorak tahyul kepada bercorak rasionaI. Upacara atau
adat istiadat yang bertentangan dengan akidah slam mula ditinggalkan
secara beransur-ansur. Contohnya, perkahwinan, pertabalan diraja, adat
turun tanah, dan lain-lain telah disesuaikan dengan unsure-unsur
keislaman. Antara upacara yang mengandungi unsure keislaman ialah
upacara berkhatam al-Quran, berzanji, dan marbahan yang mulia
diamalkan oleh masyarakat Melayu.
3. Upacara dan adat istiadat yang bertentangan dengan akidah IsIam mula
ditinggalkan secara beransur-ansur seperti upacara semah dan mandi
tolak bala pada bulan safar.
4. Masyarakat Melayu mula menerima dan mengamalkan ajaran slam dalam
kehidupan mereka. Kepercayaan terhadap ahli sihir, dukun, bomoh, dan
tokoh-tokoh Hindu diganti dengan tokoh-tokoh slam.
5. Agama slam terus berkembang luas hampir ke seluruh Kepulauan Melayu
pada abad ke-15.
6. Hukum-hukum slam diterapkan dalam system pentadbiran. Sisitem
pemerintahan Melayu-slam yang terawal ialah Kesultanan Melayu
Melaka. Hukum syarak digunakan dengan meluas di negeri-negeri Perak,
Johor, Terengganu, dan Pahang. Hukum syarak digunakan dalam
undang-undang jenayah seperti mencuri, menyamun, membunuh, berzina,
dan lain-lain.
7. Hukum Kanun Melaka memperlihatkan hokum-hukum slam seperti
membunuh, berzina, minum arak, dan memfitnah telah digunakan sebagai
sebahagian daripada perlembagaan Melaka.
. slam memperbetulkan kepercayaan yang menganggap ketua Negara
sebagai luar biasa atau berketurunan dewa. Sebaliknya menganggap raja
sebagai khalifah Allah di dunia untuk memerintah umat slam. Gelaran raja
kemudiannya digantikan dengan gelaran suItan.
9. Dalam system pemerintahan, slam telah memperkenalkan system
kesultanan yang berbeza daripada system pemerintahan beraja Hindu-
Buddha yang diamalkan sebelum ini.Sistem pentadbiran yang diamalkan
telah melantik pegawai-pegawai agama yang bertugas sebagai penasihat
kepada sultan dalam hal-hal yang berkaitan dengan agama.
10. Melalui sistem pemerintahan bercorak slam ini, konsep devaraja
dihapuskan dan digantikan dengan konsep suItan sebagai bayangan
Allah di muka bumi. ni bererti segala titah sultan atau raja tidak boleh
disanggah kerana segala urusan pentadbiran raja bererti melanggar
perintah Allah. Raja yang zalim akan menerima hukuman, bukan daripada
ummah atau rakyatnya, tetapi menerima terus hukuman daripada Allah.
11. Kedatangan slam telah mengubah sistem pendidikan awal di Tanah
Melayu. Kanak-kanak mempelajari agama slam seperti mempelajari al-
Quran, belajar sembahyang, dan fardhu ain. Kelas-kelas agama diadakan,
seterusnya sekolah pondok didirikan. Sekolah pondok menawarkan mata
pelajaran tauhid, fikah, hadis, nahu, tasawuf, tajwid, dan lain-lain. Sekolah
pondok, merupakan pendidikan tertinggi di negeri-negeri Melayu pada
tahun 150.
12. Perkembangan peradaban berlandaskan slam membawa kepada
kemunculan berbagai-bagai hasil kesusasteraan Melayu slam seperti
ikayat :hammad Ali anafiah, Hikayat Amir Hamzah, Hikayat skandar
Dzulkarnain, di samping berbagai bentuk sastera, prosa dan puisi
berbentuk lisan seperti syair, gurindam, seloka, dan pantun.
13. Pengaruh slam juga dapat dilihat dalam bidang kesenian. Pengaruh ini
dilihat pada ukiran di dinding masjid seperti kubah, mimbar,mihrah,menara
azan, dan sebagainya. Disamping itu, terdapat tulisan dan ukiran bercorak
bunga dan geometri serta ayat-ayat al-Quran pada bangunan atau rumah
masyarakat Melayu.
Rumusan
Pengalaman sistem feudal telah mewujudkan hubungan timbal balas yang
melahirkan suasana harmoni dalam masyarakat. Golongan pemerintah telah
memerintah dan member perlindungan kepada golongan yang diperintah manakala
golongan diperintah memberi taat setia kepada raja dan pembesar. Keadaan ini
berubah setelah kuasa Barat yang menjajah negara kita hanya memeberi perhatian
kepada golongan bangsawan sahaja.


Nota Kaki
1. Longman Teks Pra-U STPM Sjarah Malaysia.
a. Mahdi Shuid
b. Suzani Osman
c. Sazlina Othman

BibIiografi
1. Localhost/D:/Document/sejtema1.htm
2. Teks Pra-U STPM,Mahdi Shuid, Suzani Osman, Sazlina
Othman,Longman,muka surat 34, 35,36.

You might also like