You are on page 1of 1

Amalan Pertanian Baik (Cood Agricultural Practices - CAP)

GAP adalah satu cara mengurus ladang pertanian (tanaman, ternakan dan perikanan) yang
berasaskan prinsip dan piawaian minimum amalam mengurus dan mengendali ladang pertanian
yang perlu disediakan dan diamalkan oleh pengusaha. Penerapan amalan ini bermula dari
peringkat perancangan dan pembangunan ladang, pengurusan sumber dan pemasaran hasil
pertanian.
Garis panduan amalan ini membolehkan ladang diuruskan lebih sistematik, cekap sehingga satu
piawaian kualiti dicapai. Ladang yang menerapkan amalan ini akan menentukan produktiviti
ladang dioptimumkan, hasil ladang berkualiti dan selamat dimakan, kebajikan pekerja terpelihara
dan kesejahteraan alam sekitar dijaga.

-ektif GAP
1 Memberi kesedaran dan pengetahuan kepada pengusaha di Malaysia
tentang kepentingan GAP dalam menghasilkan hasil pertanian yang
berkualiti, selamat dan sesuai dimakan dan memenuhi ciri-ciri
keselamatan serta piawaian antarabangsa dan pada masa yang sama
tidak menjejaskan alam sekitar
2 Memberi kesedaran dan pengetahuan kepada pengusaha tentang cara-
cara penggunaan racun perosak, baja kimia dan ubat-ubatan yang betul
3 Memberi pengetahuan dan kesedaran kepada orang ramai dan pengguna
tentang Iaedah membeli hasil pertanian yang dikeluarkan oleh ladang-
ladang yang diberi pengiktiraIan persijilan, dan
4 Memberi pengetahuan, kesedaran, kemahiran dan pengiktiraIan kepada
pengusaha ladang pertanian yang mengamalkan GAP melalui program
persijilan seperti Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM)

Faedah GAP

Pengusaha yang mengamalkan GAP akan menikmati Iaedah seperti
berikut:
1 Memastikan produk pertanian dari ladang memenuhi tahap keperluan
piawaian keselamatan yang minimum di peringkat pasaran domestik dan
luar negara
2 Memastikan produk dari ladang pertanian berkualiti
3 Menggalakkan dan meyakinkan penerimaan pengguna ke atas produk-
produk pertanian keluaran ladang domestik
4 Membantu membangunkan industri pertanian negara secara mesra alam
dan mampan, dan
5 Meningkatkan produktiviti dan pendapatan pengusaha

You might also like