You are on page 1of 9

Liabiliti

Di Malaysia didapati banyak restoran makanan segera dibuka dan boleh


dikatakan setiap penjuru bandaraya. Restoran makanan segera kini tumbuh
bagaikan cendawan selepas hujan. Tambahan pula, penggemar makanan segera ini
tidak sedar bahawa makanan yang mereka ambil setiap hari akan merosakkan
kesihatan mereka sendiri. Bagi penduduk Malaysia, pengambilan segera yang
melampaui akan mengakibatkan seseorang itu mengalami masalah obesiti dan
kegemukan.
Obesiti ialah berat badan yang lebih atau kegemukan. a berpunca daripada
pengambilan kalori lebih daripada yang diperlukan oleh badan. Tabiat pengambilan
makanan yang tidak sihat ini seperti makan makanan berminyak dan karbohidrat
tinggi juga boleh menyumbang ke arah penyakit obesiti. Tambahan pula, obesiti
dikenalpasti apabila masyarakat negara ini tidak melakukan aktiviti fizikal dan
senaman secara berkala. Penyakit obesiti dapat dikaitkan dengan risiko penyakit
kencing manis atau diebetes, penyakit jantung, darah tinggi, paras kolestrol tinggi,
strok, masalah pernafasan, komplikasi sendi, dan tulang seperti osteoarthritis,
masalah sukar tidur, kemurungan, kegemukan akan bertambah apabila umur
meningkat.
Mengikut statistik yang menunjukkan penduduk Malaysia mengalami obesiti di
antara usia 18 tahun ke atas meningkat sebanyak tiga kali ganda daripada 4.4
peratus kepada 14 peratus pada tahun1996 dan tahun 2006. ni dapat dilihat
berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan, kadar kegemukan
dan obesiti di Malaysia adalah tinggi berbanding negara-negara lain di rantau ini. Di
Malaysia boleh dikatakan 4 orang daripada 10 orang dewasa mengalami masalah
kegemukan ataupun obesiti. Obesiti telah menjadi punca masalah kesihatan di
kalangan kanak-kanak dan remaja. Akhirnya masalah penyakit yang kronik
meningkat di kalangan rakyat Malaysia.
Tidak dinafikan bahawa ramai kanak-kanak yang menghadapi kenaikan berat
badan yang melampaui disebabkan penggambilan makanan yang tidak seimbang
dan tidak mempunyai makanan yang berkhasiat yang menyerupai gaya makanan
segera. Jika penggambilan makanan segera diamalkan selalu, maka dalam sepuluh
tahun akan datang boleh katakan satu daripada sepuluh kanak-kanak boleh menjadi
gemuk. Selain itu, kanak-kanak yang gemar makanan segera akan mengalami risiko
tahap kolestrol yang tinggi. Walaupun penyakit ini tidak memberikan tanda-tanda
yang awal pada peringkat kanak-kanak tetapi memberi kesan yang buruk seperti
penyakit jantung pada peringkat dewasa nanti.
Makanan segera kurang baik untuk kesihatan kerana salah satunya makanan
ini mengandungi aditif yang banyak. ni kerana bahan ini merupakan bahan kimia
yang dicampurkan ke dalam makanan dan ubat-ubatan supaya dapat meningkatkan
kualiti makanan dan menambahkan rasa yang enak pada makanan serta
mengekalkan kesegaran tanpa berubah konstur makanan. Sebagai contoh aditif
mempunyai peranan sebagai pewarna yang dimasukkan di dalam mentega untuk
menyerlahkan warna kuning sejak dahulu.
Antara contoh lain aditif juga merupakan bahan-bahan campuran yang mana
awalnya bermula huruf "E sebagai contoh E101(Riboflavin), E123(Amaranth),
E211(Natrium Benzote), E249 (Kalium Nitrit), E322 (Lesitin) dan lain-lain. Selain itu,
kebiasaanya makanan segera mengandungi perasa contonya Monosodium
glutamate (MSG). Antara kesan sampingan yang didapati termasuklah panas badan
di bahagian tengkuk dan belakang tubuh serta perasaan tertekan di bahagian dada
muka. Namun, kajian saintifik gagal untuk membuktikan bahawa tanda-tanda
disebabkan MSG. Sebaliknya, kajian tersebut mendapati kesan sampingan buruk
yang akan dialami oleh segelintir masyarakat yang menggunakannya. Jadi, MSG
boleh digunakan dengan selamat dan sesuai sebagai aditif makanan.
Disamping itu, makanan segera sangat diketahui ramai dengan makanan
yang mempunyai lemak yang berlebihan. Sebagai contoh sebiji burger mempunyai
kandungan sebanyak 35% atau lebih kadar minyak tersebut. Manakala ubi kentang
juga dikatakan lebih baik dari aspek khasiatnya berbanding daripada ban yang dibuat
daripada tepung putih halus tetapi ia telah direndam dalam lemak rendah.
Kelazimannya, lemak tepu dapat menyebabkan peningkatan kepada penyakit
jantung berdasarkan lemak yang didapati dalam anggaran antara 11 dan 16g lemak.
Selain itu, ada juga sebahagian makanan diletakkan keju ke atas makanan tersebut.
ni kerana keju tersebut sudah dicampurkan bersama gula, garam, pengemuisi, asid
laktik, pengawet, dan bahan lain dan keju ini bukan lagi keju yang sebenar.
Tambahan pula, lemak dan garam yang berlebihan mengakibatkan seseorang itu
akan mengalami penyakit seperti tekanan darah yang tinggi.
Penduduk negara ini dianggarkan seramai 5 juta orang yang dilaporkan
menghadapi penyakit darah tinggi atau masalah hipertensi pada usia 18 tahun ke
atas. Berdasarkan kenyataan ini Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai
menyatakan bahawa jumlah tersebut adalah melibatkan 30 peratus daripada
populasi penduduk dewasa negara ini. Kebanyakan penduduk negara ini tidak
mengamalkan gaya hidup dan pemakanan yang sihat ketika usia muda. Sikap
masyarakat yang mengambil mudah tentang kesihatan merupakan faktor utama
yang mengakibatkan masyarakat negara ini menyebabkan penyakit darah tinggi.
Tekanan darah tinggi akan memberikan beban kepada jantung lalu akan berlakunya
arteriosklerosis iaitu pengerasan dinding arteri dan ia akan meningkatkan risiko
mendapat penyakit jantung dan strok. Jika masalah hipertensi tidak dapat dirawat
dengan segera akan membawa kepada penyakit kronik seperti retinopati, strok, paru-
paru berair, penyakit berkaitan jantung, buah pinggang dan otak yang boleh
membawa maut.
Penggambilan gula dalam kuantiti yang banyak dan berlebihan di dalam
manisan, coklat, dan makanan ringan boleh menyebabkan kesan keatas mental
seseorang itu. Selain makanan segera, makanan juga mempunyai kesan yang buruk
kepada otak kita. ni kerana dengan penggambilan ini dapat merosakkan fungsi otak.
ni berdasarkan satu kajian yang dilakukan daripada Baycreast Centre for Geriatric
Care di Universiti Toronto, Kanada yang menyatakan bahawa mereka mendapati di
dalam makanan segera mempunyai lebihan minyak yang boleh merosakkan daya
konsentrasi dan ingatan otak. Namun begitu, otak kitasebenarnya memerlukan
glukosa untuk berfungsi dengan baik oleh sebab penggambilan lebihan minyak dapat
menggangu peranan glukosa tersebut. ni jelas apabila seorang profesor Carol
Greenwood dan juga merupakan ahli sains dari Kunin-Lunenfeld Applied Research
Unit di Universiti Toronto yang memberi kesimpulan yang jelas bahawa makanan
ringan ataupun makanan segera yang mempunyai kandungan kadar lemak dan
protein yang tinggi dan berlebihan dan penggambilan karbohidrat yang sedikit serta
rendah bukan makanan yang sesuai untuk otak manusia.
Selain itu, konsep makanan segera begitu ketara dalam masyarakat negara
pada hari ini kerana mereka ingin cepat, mudah tanpa menunggu berjam-jam untuk
menikmati makanan dan lazat. Antaranya kita dapat lihat dalam pembuatan mi
segera, ia dibuat sekadar menggunakan air panas sahaja. ni memudahkan kepada
pengguna kerana ia tidak menggambil masa yang lama hanya rendam 2 minit sahaja
dan boleh dimakan. Dari sudut positifnya kita dapat lihat konsep makanan segera ini
memang sesuai dengan gaya hidup pada zaman ini yang mementingkan masa bagi
orang yang sibuk bekerja untuk mencari rezeki. Tetapi makanan segera yang disebut
tadi juga memberi kesan yang negatif terhadap masyarakat kini apabila kerap
mengamalkan makanan segera mengakibatkan masyarakat negara ini malas untuk
memasak walaupun memasak yang senang dan mudah contohnya hanya
menggoreng telur, tetapi bagi mereka perbuatan itu telah melambatkan pergerakan
mereka. Pada zaman globalisasi, ramai wanita yang tidak pandai dan mahir dalam
kemahiran memasak apabila ditanya. ni dapat menunjukkan bahawa wanita pada
masa kini suka makan makanan yang segera di kedai dan di mana-mana berbanding
memasak dan menyediakan makanan sendiri.
Mengikut kajian yang dibuat oleh Good Food Chanel mengatakan bahawa
mereka mendapati 65 peratus daripada wanita yang menetap di Britain telah
menyatakan bahawa mereka tidak mahir dan tidak tahu dalam memasak dan salah
satu sebab adalah lambakan makanan segera di pasaran. ni bermakna bahawa
kewujudan produk makanan segera yang pelbagai ini dapat mendorong mereka lebih
suka untuk memilih makanan ini. Selain itu, mereka dapat memilih menu makanan
yang mereka sukai tanpa mereka terpaksa menyediakan makanan yang mengambil
masa yang agak lama.
ni bermakna bahawa faktor makanan segera adalah menyebabkan
masyarakat menjadi malas. Apabila mereka mengamalkan budaya begini, 10 tahun
akan datang yang berlaku kepada remaja adalah mereka tidak kenal lagi masakan
makanan tradisional yang turun-temurun daripada nenek moyang mereka. ni
menyebabkan mereka terbiasa dengan menikmati makanan segera sahaja dan
menjadi kebanggaan oleh setiap lapisan masyarakat di negara ini. Demikian juga,
mereka hanya mengetahui makanan barat sahaja berbanding dengan makanan
timur kerana mereka tidak lagi mengenal makanan tradisional seperti nasi lemak,
nasi kerabu dan roti jala. ni disebabkan mereka terpengaruh apa yang dibawa oleh
budaya barat dengan menikmati makanan segera. Hal yang demikian, mereka malas
hendak belajar memasak kerana kemungkinan mereka akan mengatakan memasak
sendiri adalah meremehkan dan makanan segera lebih enak daripada masakan
sendiri.
Bukan itu sahaja dengan penciptaan teknologi yang canggih seperti telefon
pintar, komputer dan komunikasi tanpa wayar antaranya wi-fi, internet dan
sebagainye memudahkan masyarakat kita berhubung untuk memesan makanan
segera. Disamping itu juga pada masa kini dengan menekan nombor mereka
daripada pihak perkhidmatan makanan segera juga menyediakan penghantaran
makanan ke rumah. ni dapat menyenangkan lagi masyarakat negara ini pada masa
kini tanpa tidak bersusah payah untuk mengeluarkan tenaga mereka.
Walaubagaimanapun dengan cara ini mereka lebih menjadi malas untuk
menyediakan makanan yang lebih berkhasiat kerana terdedah dengan budaya ini.
Namun, apabila mereka mengamalkan budaya ini setiap masa ini yang dikatakan
seperti 'dapur tidak berasap' kerana leka dengan makanan segera.
Seterusnya, kesan makanan segera adalah dapat menjejaskan hubungan
kekeluargaan. ni terjadi kerana isteri atau ibu tidak menyediakan masakan sendiri
dan hanya membeli makanan segera yang mudah untuk disediakan. Kebanyakan
para ibu yang juga wanita bekerjaya apa lagi yang menjawat jawatan tinggi lebih
menghabiskan masa di pejabat dan disebabkan penat daripada bekerja seharian,
maka mereka tidak sempat untuk memasak dan menyediakan makanan untuk
keluarga mereka. Langkah yang mudah adalah mereka terpakasa mengambil
keputusan untuk membeli makanan segera sebagai hidangan untuk dinikmati kerana
hidangan ini cepat disediakan untuk keluarga mereka. Jika mereka hanya
menghidangkan makanan segera apabila makan bersama, maka anak-anak mereka
tidak akan diajar cara-cara memasak atau menyediakan makanan. Pada masa yang
sama nilai kemesraan dan komunikasi antara keluarga tidak wujud apabila makan
bersama kerana anak-anak. ni bermakna mereka tidak dapat berkongsi pengalaman
dan kisah di meja makan. Mereka tidak berpeluang melakukan ini kerana kerana
masing-masing tidak banyak masa dapat diluangkan di meja makan.
Kasih sayang antara ibu bapa dan anak-anak berkurang disebabkan mereka
jarang merasai makanan dari air tangan ibu mereka sendiri. Jadi kemesraan antara
ibu bapa dan anak-anak semakin terhakis kerana budaya makan bersama semakin
hilang.
Makan bersama keluarga adalah penting dalam kehidupan sesebuah keluarga
kerana pada waktu ini mereka boleh berkumpul dan ibu bapa dapat berkomunikasi
dengan anak-anak mereka selepas seharian sibuk bekerja. Hal ini penting kerana
dapat mengeratkan silaturrahim antara keluarga mereka sendiri bahkan anak-anak
mereka dapat berkongsi masalah yang berlaku di sekolah mereka. ni bermakna
anak mereka berasa akan dihargai apabila ibu bapa mereka sanggup mendengar
masalah mereka. ni dapat meringankan beban yang ditanggung oleh anak-anak
tersebut. Sebaliknya perubahan semakin mendapat temapat dalam masyarakat
Malaysia kini akan menyumbangkan kepada keruntuhan institusi kekeluargaan
kerana ahli keluarganya tidak dapat berkongsi masalah bersama-sama.
Perkara ini memang dianggap remeh oleh sesetengah masyarakat negara ini
tetapi ia tetap akan menjejaskan hubungan kekeluargaan malah akan memberi
kesan kepada pembangunan masyarakat yang terdiri daripada ahli institusi keluarga.
Dahulu dapat dilihat bahawa anak-anak berbangga apabila menikmati makanan
masakan ibu mereka tetapi kini perkara ini sudah tidak sentiasa diamalkan dan
diambil berat meskipun ia tetap menjadi kebanggaan keluarga.
Kesan makanan segera yang terakhir adalah kos mahal. Lazimnya harga
makanan segera adalah mahal. Jika masyarakat mengamalkan selalu makanan
segera akan meningkatkan taraf kos hidup. Pengamalan makanan segera setiap hari
akan menambahkan beban kepada golongan berpendapatan rendah.
Tidak dinafikan bahawa masyarakat negara Malaysia kini sudah memiliki taraf
hidup yang tinggi kerana pertumbuhan ekonomi negara yang mantap. Sungguhpun
begitu masyarakat tidak bersikap terlalu boros. Jika dibandingkan kos untuk
memasak sendiri di rumah lebih murah dan jimat daripada kos menikmati hidangan
di restoran makanan segera. Masyarakat negara ini terutamanya suami isteri yang
bekerja lebih gemar berkunjung ke restoran makanan segera.
Masyarakat Malaysia terutama pasangan suami isteri yang bekerjaya lebih
gemar menikmati hidangan di restoran makanan segera. ni menyebabkan golongan
ibu atau suri rumah malas untuk memasak. Golongan isi rumah seharusnya
mengurangkan beban perbelanjaan keluarga yang mengakibatkan peningkatan kos
sara hidup.
Pada hakikatnya, tidak salah jika masyarakat negara ini menjamu selera di
restoran makanan segera tetapi yang menjadi masalah pada masa kini adalah
masyarakat menjadikan menikmati makanan di restoran makanan segera sebagai
trend dan budaya mereka. Masyarakat Malaysia perlu membuat keputusan yang
bijak untuk mengendalikan perbelanjaan dalam institusi keluarga. Mereka juga perlu
berfikir secara rasional bahawa makanan segera itu penting atau mereka menjadikan
makanan itu penting dalam kehidupan mereka. Keluarga yang mengamalkan
kehidupan yang sederhana dan tidak boros melahirkan keluarga yang sejahtera.

f
Dimuat turun daripada http://www.scribd.com/doc/73007533/Anda-Memilih-Makanan-
Segra-Atau-Makanan-Segera pada 13 November 2011.
Dimuatturun daripada http://www.konsumerkini.net.my/v1/index.php/berita-
terkini/keselamatan-produk/168-makanan-segera-yang-berleluasa
Nor dayu Bosro. 5 juta penduduk hidap darah tinggi (2011, November 15), Kosmo,2
Rakyat Malaysia paling ramai obes di Asia (2011, November 15), Kosmo,2

You might also like