You are on page 1of 1

Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia Seksyen Pembangunan Manusia dan Latihan Aras 14, No.

2 Menara 2, Jalan P5/6 Presint 5 62200 W.P Putrajaya (up.: Encik Rusli bin Hassan) Tuan, Surat Tunjuk Sebab Ketidakhadiran Kursus Teknik Penyelesaian Masalah Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas. 2. Saya Mohamad Hapiz Bin Abdul Rahman no. pengenalan 860716-38-7029 dan juga Mohamad Azizi bin Abdul Malek no I.C. 850170-13-5191 tidak dapat meghadirkan diri ke Kursus Teknik Penyelesaian Masalah yang berlangsung di Hotel City Villa, Kuala Lumpur pada tarikh 17 hingga 20 Oktober 2011. 3. Sebab ketidakhadiran kami adalah kerana kami akan mengikuti satu lagi kursus seperti di bawah: Kursus : Kursus Keselamatan Makanan dan Kesihatan Pekerjaan Tarikh : 17 Oktober 2011 hingga 20 Oktober 2011 Tempat : Puteri Resort Ayer Keroh, Melaka 4. Dukacita dimaklumkan juga, pihak kami tidak dapat mencari pengganti bagi kursus ini kerana surat tawaran kursus ini diterima oleh kami pada tarikh 14 Oktober 2011. 5. Di sini kami lampirkan kedua-dua surat tawaran Kursus Keselamatan Makanan dan Kesihatan Pekerjaan dan Kursus Teknik Penyelesaian Masalah sebagai rujukan pihak tuan. Segala perhatian dan kerjasama tuan dalam perkara ini amatlah dihargai. Sekian, terima kasih. Yang benar, Mohamad Hapiz bin Abdul Rahman Pegawai Perkhidmatan Pengajian Tinggi DH41 Kolej Komuniti Chenderoh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

You might also like