You are on page 1of 1

keberkatan hadir majlis ilmu

pujangga arab ada berkata: �tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.�

kata-kata ini menerangkan kepentingan seseorang mencari ilmu sepanjang masa dan di
mana juga dia berada.

kedatangan ramadan juga tidak menghalang seseorang daripada menuntut ilmu.

dalam hadis masyhur, rasulullah turut menerangkan kelebihan seseorang yang


menuntut ilmu ketika ramadan.

daripada anas bin malik, katanya, rasulullah bersabda yang bermaksud: �sesiapa
yang menghadiri majlis ilmu pada ramadan, allah mencatat setiap langkahnya
menyamai ibadat setahun dan dia bersamaku (rasulullah) di bawah arasy.

�sesiapa memelihara solat jemaah pada ramadan, setiap rakaat diberi ganjaran
sebuah kota yang dipenuhi nikmat daripada allah.

�sesiapa melakukan kebaikan kepada orang tuanya pada ramadan, nescaya memperoleh
perhatian daripada allah dengan penuh kasih sayang, sedang aku (rasulullah)
menjaminnya dalam syurga.

�perempuan yang mencari keredaan suaminya pada ramadan, maka baginya pahala
seumpama pahala mariam dan siti aisyah.

�sesiapa yang menolong keperluan orang islam pada ramadan, nescaya allah menolong
1,000 keperluannya pada kiamat.�

justeru, ramadan bukan saja terkenal sebagai bulan latihan, kesabaran (syahru as-
sabr) dan berkat (syahru barakah), malah bulan ilmu. ia memberi peluang kepada
seseorang mendapat ganjaran dan pahala serta menjauhkan diri daripada perkara sia-
sia.

dalam kitab ihya� ulumiddin, imam al-ghazali menjelaskan bahawa abu darda�
berkata, rasulullah bersabda yang bermaksud: �hendaklah kami menjadi orang
berilmu. jika tidak, jadilah orang yang mempelajari ilmu.

�jika tidak, jadilah orang yang mendengar ilmu. jangan kamu jadi golongan keempat
(yang tidak termasuk dalam golongan itu). hendaklah kamu tinggalkan perbuatan
golongan keempat itu.�

sesungguhnya, majlis ilmu berfungsi mendidik manusia mengenal keesaan allah,


khususnya melalui penjelasan berkenaan ilmu tauhid.

dengan tauhid, manusia akan mengenali siapakah dirinya dan tidak akan sesekali
melakukan tindakan menyalahi syariat.

You might also like