You are on page 1of 2

TEKS UCAPAN PERASMIAN HARI ANUGERAH KOKURIKULUM SMA NILAI.

Terima Kasih kepada Saudara Pengerusi Majlis, Yang Berusaha En Abd Hamid b. Hj Omar, Ketua Unit Kokurikulum Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan. Yang Berusaha Ustaz Zaki b. Abd Ghani, Ketua Sektor Pendidikan Islam JPNS Yang Berusaha, Tn. Hj.Abdul Halim b. Othman, Pengetua, SMA Nilai. Pn. Siti Aminah Ngan bt Abdullah, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Pn Norizan bt Mohamed Kalam, Penolong Kanan Kokurikulum, Barisan Guru-guru, AJK PIBG dan Pelajar-pelajar sekalian, Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh dan Salam Satu Malaysia. Bersyukur kita kerana pada pagi yang mulia ini dapat kita bersama-sama menghadiri Majlis Anugerah Cemerlang Kokurikulum, SMA Nilai, bagi tahun 2010. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih atas kesudian pihak sekolah menjemput saya menghadiri majlis yang gilang-gemilang ini. Majlis seperti ini amat baik dijadikan sebagai acara tahunan kerana ianya memberi pengiktirafan kepada mereka yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam bidang ko- akademik dan juga kokurikulum. Selain memberi pengiktirafan, majlis ini juga turut akan menyuntik semangat kepada pelajar-pelajar lain untuk meningkatkan pencapaian masing-masing. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Memperkasakan pelbagai ilmu pengetahuan, memberi penekanan dalam bidang sukan dan kokurikulum serta penerapan pelbagai kemahiran dalam kalangan pelajar-pelajar menjadi agenda utama bagi sesebuah sekolah. Walau bagaimanapun, penguasaan ilmu dan berketrampilan sahaja tidak mencukupi seandainya faktor nilai -nilai murni tidak dijadikan pedoman. Nilai-nilai agama dan moral serta semangat perpaduan inilah yang akan memberi petunjuk dan pedoman kerana ia terkandung nilai yang baik untuk generasi muda menempuh kehidupan yang penuh cabaran. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Pembangunan kokurikulum perlu dirancang teliti dengan mengambil kaedah menyeluruh dan bersepadu. Segala bakat dan potensi para pelajar dapat dibangunkan dengan efektif. Dengan ini, SMA Nilai akan dapat melahirkan generasi pewaris kepemimpinan negara yang memiliki semangat perpaduan dan

semangat kesukanan, mencakupi pelbagai rutin kehidupan, berketrampilan dalam pelbagai bidang, kritis dan kreatif sekaligus kontruktif Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Kita tidak mahu melahirkan ulat buku yang hanya cemerlang dari segi akademik semata-mata, sebaliknya generasi yang seimbang perkembangannya dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual, mempunyai disiplin diri yang tinggi, berketrampilan, patriotik dan tidak bersikap individualistik malah mampu memainkan peranan dalam masyarakat. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Dengan adanya gandingan mantap antara pihak sekolah dengan pihak ibu bapa akan menjadikan SMA Nilai lebih beraspirasi untuk meningkatkan pencapaian ko -akademik dan kokurikulum pelajar agar terus cemerlang serta dapat meningkatkan penglibatan dan rasa kepunyaan ibu bapa serta komuniti terhadap sekolah ini. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Akhir sekali, saya mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah yang telah menganjurkan majlis anugerah ini dengan jayanya. Saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pelajar serta guru-guru yang menerima anugerah kokurikulum ini. Harapan saya agar sekolah ini akan terus mencipta dan mengukir kejayaan dalam semua bidang yang sedang dan yang akan diceburi. Dengan sukacitanya, saya merasmikan Hari Anugerah Cemerlang Kokurikulum SMA Nilai bagi tahun 2010. Sekian, terima kasih.

You might also like