Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
6Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
SIKAP PELAJAR SEMASA MENYANYIKAN LAGU NEGARAKU

SIKAP PELAJAR SEMASA MENYANYIKAN LAGU NEGARAKU

Ratings: (0)|Views: 464 |Likes:
Published by Suhaimi Shoib
SIKAP PELAJAR SEMASA MENYANYIKAN LAGU NEGARAKU
SIKAP PELAJAR SEMASA MENYANYIKAN LAGU NEGARAKU

More info:

Published by: Suhaimi Shoib on Nov 23, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/13/2014

pdf

text

original

 
 Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd’05)
1
SIKAP PELAJAR SEMASA MENYANYIKAN LAGU NEGARAKU
PEMBENTANG:ASRI BIN HAJI CHE MATSMK CHENDERIANG35350 TEMOH, PERAK DARUL RIDZUAN
PENDAHULUAN1. Pendahuluan
Lagu Negaraku atau Negara Ku ialah lagu kebangsaan Malaysia. Negarakutelah dipilih menjadi lagu kebangsaan ketika Tanah Melayu memperoleh kemerdekaandaripada Britian pada tahun 1957. Sebagai lagu kebangsaan, Negarakumelambangkan identiti dan maruah bangsa yang merdeka.Melalui nyanyian Lagu Negaraku, semangat patrotik boleh disemai dalam jiwa pelajar. Ini secara tidak langsung akan mewujudkan perasaan kasih sayang danberani untuk berkorban demi negara di kalangan rakyat Malaysia.Lirik Lagu Negaraku mengandungi susunan kata-kata yang merangsangpenyanyi dan pendengar yang prihatin untuk menyayangi Malaysia. Ia adalahsumpah dan ikrar rakyat Malaysia untuk berjuang membela bangsa dan tanah air.Lirik yang indah serta bersemangat mengajak kita untuk bersatu padu tidak mengiraapa juga bangsa kita. Perpaduan adalah sangat penting bagi sesebuah negara yangterdiri dari pelbagai kaum. Melalui nyanyian lagu kebangsaan yang sama iaitu LaguNegaraku, perasaan bersatu dapat dipupuk dan disemai. Banyak kempen dan program yang telah dan sedang dianjurkan oleh pihakkerajaan untuk menanam semangat cintakan negara. Di antara program-programtersebut ialah Kempen Kibarkan Bendera Kita, Program Rakan Muda, ProgramKhidmat Negara, Kempen Menjaga Alam Sekitar dan sebagainya. Melalui kempendan program yang seperti ini semangat cintakan negara akan dapat diperkukuhkanlagi. Melalui nyanyian dan penghayatan yang baik semasa menyanyikan LaguNegaraku turut membantu ke arah itu. 
2.1. Objektif Kajian
Kajian terhadap sikap pelajar semasa menyanyikan Lagu Negarakudiharapkan akan dapat mencapai objektif-objektif berikut:
 
i) Untuk mengetahui posisi dan fostur badan murid semasa menyanyikanLagu Negaraku.ii) Untuk mengetahui perasaan pelajar terhadap ciri-ciri yang terkandungdalam Lagu Negaraku.iii) Untuk mengetahui perasaan pelajar terhadap pelajar lain yang tidakmemberikan rasa hormat terhadap Nyanyian Lagu Negaraku.iv) Untuk mengetahui pengetahuan pelajar terhadap sejarah Lagu Negaraku.
 
 Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd’05)
2
v) Untuk mengetahui perasaan pelajar sekiranya lagu lain dicipta untukmenggantikan Lagu Negaraku sebagai lagu kebangsaan.
2.2. Latar Belakang Kajian
Kajian telah dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Chenderiang,35350 Temoh, Perak Darul Ridzuan. Sekolah ini baru saja di buka pada tahun 2003.Seramai 646 orang pelajar sedang belajar di tingkatan peralihan, tingkatan satu,tingkatan dua, tingkatan tiga serta tingkatan empat. Terdapat seramai 34 orang guruyang bertugas dan diketuai oleh Encik Fauzi Bin Lokman.Sekolah ini dikategorikan sebagai sekolah gred B. Ia terletak dalam daerahBatang Padang dan di bawah pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah BatangPadang. Pelajarnya terdiri dari pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina, India, Punjabi danAsli. Kebanyakan pelajar adalah dari keluarga yang berpendapatan sederhana danrendah.
 2.3. Sampel Kajian
Pengkaji telah menggunakan sepenuhnya pelajar-pelajar dari SekolahMenengah Kebangsaan Chenderiang sebagai sampel. Semua pelajar ini telahdiperhatikan sikap mereka semasa menyanyikan Lagu Negaraku melalui kaedahpemerhatian.Sementara itu, tiga puluh orang pelajar telah dipilih untuk menjawab soalan-soalan kaji selidik, lima orang pelajar yang lain pula telah dipilih untuk ditemu bualdan tiga orang guru dari sekolah yang sama telah memberikan kerja sama untuksesi temubual sebagai pelengkap kepada kajian yang telah dijalankan.
2.4. Batasan Kajian
Kajian ini hanya dapat dijalankan dalam masa yang singkat keranakesuntukan masa. Ia telah dimulakan dari bulan Disember 2003 dan berakhir padabulan Febuari 2004. Masa yang singkat ini menghalang pengkaji dari mengkajidengan lebih mendalam sikap pelajar semasa menyanyikan Lagu Negaraku.
2.5. Soalan-soalan Kajian
Untuk mendapatkan maklumat dalam kajian yang dijalankan, pengkaji telahmenggunakan 3 kaedah yang bersesuaian iaitu pemerhatian, temu bual dan kajiselidik. Melalui pemerhatian, kriteria yang diperhatikan adakah pelajar berdiri tegaksemasa menyanyikan Lagu Negaraku? Bagi kaedah temubual pula, pengkaji telahmengutarakan sebanyak 13 soalan yang digunakan sebagai asas pertanyaan.Namun begitu, soalan-soalan ini telah diubah suai oleh pengkaji semasa menemubual sampel untuk mendapat maklumat yang lebih terperinci. Melalui kaji selidikyang telah dijalankan, sampel hanya perlu menjawap 'ya' atau 'tidak' kepada 12soalan yang diutarakan.
 
 Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd’05)
3
4. DAPATAN KAJIAN4.1 Pendahuluan
Tiga puluh orang pelajar telah dipilih secara rawak untuk menjawab soalan-soalan kaji. Lima belas sampel adalah perempuan dan bakinya adalah pelajar lelaki.iaitu sepuluh orang pelajar Melayu, enam orang pelajar Cina, empat orang pelajar India, lapan orang pelajar berketurunan Asli dan dua orang berketurunan Punjabi.Lima orang pelajar yang lain pula telah dipilih untuk ditemu bual iaitu tigaorang pelajar lelaki dan dua orang pelajar perempuan serta tiga orang guru,Pengkaji telah menggunakan sepenuhnya pelajar-pelajar dari Sekolah MenengahKebangsaan Chenderiang sebagai sampel. Semua pelajar ini telah diperhatikansikap mereka semasa menyanyikan Lagu Negaraku melalui kaedah pemerhatian.
 4.2. Dapatan Dari Soal Selidik
Semua pelajar memberikan respon yang positif apabila ditanyakan soalanadakah pelajar akan berdiri tegak semasa menyanyikan Lagu Negaraku. Merekaakan berdiri tegak pada setiap kali menyanyikan Lagu Negaraku. Melalui dapatanini, bukti telah menunjukkan bahawa pelajar ada memiliki semangat menghormatiLagu Negaraku melalui pernyataan yang telah mereka berikan.Pelajar juga mengakui bahawa mereka berjaya untuk menghafal senikataLagu Negaraku dengan baik. Lirik lagu dan melodi yang menarik juga telah berjayamenambat hati pelajar. Sebahagian besar dari pelajar menggemari Lagu Negaraku.Dari tiga puluh sampel yang diuji, seramai dua orang atau 6.66% pelajar tidakmenggemari lagu tersebut.Dari sejumlah tiga puluh sampel dalam kaji selidik yang dijalankan, seramaienam orang pelajar atau seramai 20% yang menyatakan bahawa mereka tidakmenghayati senikata Lagu Negaraku semasa mereka menyanyikannya. Duadaripada mereka adalah pelajar yang sama yang menyatakan bahawa mereka tidaksuka akan Lagu Negaraku. Selebihnya adalah pelajar lain iaitu seramai empatorang pelajar yang turut menyertai mereka.Dari enam orang sampel yang diambil dalam soal selidik ini, empat dari darimereka adalah pelajar lelaki sementara dua adalah pelajar perempuan. Inimenunjukkan bahawa dari jumlah pelajar yang tidak menghayati senikata LaguNegaraku, 66.66% adalah pelajar lelaki dan sementara bakinya pula iaitu sebanyak33.33% adalah pelajar perempuan.Jika dibandingkan pula dari sudut bangsa, tiga pelajar dari enam pelajar yangtidak menghayati senikata Lagu Kebangsaan adalah pelajar berketurunan Cina, duapelajar India dan seorang lain-lain. Keseluruhan pelajar ataupun 100% pelajar berbangsa Melayu. menyatakan bahawa mereka menghayati senikata LaguNegaraku semasa menyanyikannya. Penyelidik merasakan bahawa faktor bahasadalam Lagu Negaraku dan bahasa yang digunakan oleh pelajar berketurunanMelayu banyak memberikan kesan kepada jawapan ini.Jika ditinjau pula perasaan bangga menjadi rakyat Malaysia semasamenyanyikan Lagu Negaraku. 100% pelajar memberikan jawapan yang sama.

Activity (6)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
Ramlah Yusof liked this
Ann Ying liked this
ChoonYin Law liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->