Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
47Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
PENGURUSAN KOIR DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI SEKOLAH MENENGAH : SATU KAJIAN KES

PENGURUSAN KOIR DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI SEKOLAH MENENGAH : SATU KAJIAN KES

Ratings: (0)|Views: 1,724 |Likes:
Published by Suhaimi Shoib
PENGURUSAN KOIR DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI
SEKOLAH MENENGAH : SATU KAJIAN KES
PENGURUSAN KOIR DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI
SEKOLAH MENENGAH : SATU KAJIAN KES

More info:

Published by: Suhaimi Shoib on Nov 23, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/20/2013

pdf

text

original

 
 Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd’05)
 
PENGURUSAN KOIR DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DISEKOLAH MENENGAH : SATU KAJIAN KESLaura Annie Lalita Rajamoney
Pensyarah Muzik Unit Muzik, Jabatan Kajian Sosial,Maktab Perguruan Ipoh, Perak 
 ABSTRAK 
Sebagaimana Pendidikan Muzik memainkan peranan penting di sekolah-sekolah di negarakita, pengajaran dan pembelajaran koir juga perlu dititik beratkan. Kajian ini yang merupakan satu kajian kes telah berupaya mencari strategi yang digunakan dalam 2 buah sekolah menengah dalam pengajaran dan pembelajaran koir, masalah-masalah yang dihadapi serta kriteria yang digunakan untuk menilai sesebuah koir yang berkualiti. Kaedah pemerhatian, temubual serta senarai semak telah digunakan untuk melihat strategi yang digunakan oleh tiga orang guru muzik sekolah menengah dan seorang guru koir swasta. Kedua-dua sekolah menengah ini telah diperhatikan dari hari pertama latihan koir sehinggake hari pertandingan koir daerah masing-masing. Keputusan juga telah diperoleh dari kedua-dua dapatan serta pertandingan. Secara keseluruhan, strategi yang digunakan oleh Sekolah A terbukti lebih berkesan dari Sekolah B dari segi pemanasan suara dan kekerapan berlatihWalaupun terdapat masalah-masalah yang dihadapi oleh keempat-empat orang guru muzik,namun ia bolehlah diselesaikan dengan bantuan pihak-pihak tertentu seperti sokongan dariibu bapa dan sekolah. Kriteria yang ketara sekali yang digunakan untuk menilai sesebuahkoir dirujuk kepada kualiti vokal sesebuah koir itu sendiri. Kajian ini telah menunjukkandengan jelasnya bahawa adalah penting untuk para guru menggunakan strategi yang berkesan apabila melatih sesebuah koir untuk menghasilkan sebuah koir yang berkualiti
.
 
 Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd’05)
 
PENGENALAN
Pengajaran dan pembelajaran koir di sekolah bukanlah sesuatu yang baru diwujudkan.Tidak boleh dinafikan bahawa perkara ini makin hari makin lebih diberi perhatianoleh pendidik-pendidik muzik. Sesetengah sekolah mampu membiayai tenaga pengajar dari luar (seperti sekolah-sekolah di bandar) walaupun ia menelan belanjayang besar, hanya untuk memastikan bahawa pasukan koir sekolah itu menjuarai pertandingan-pertandingan, baik peringkat daerah mahupun peringkat negeri. Apakahyang dimiliki oleh pengajar-pengajar luar ini yang tidak ada pada pendidik-pendidik muzik di sekolah?
 
Melihat kepada matlamat program Pendidikan Muzik di kedua-dua peringkat persekolahan, nyata sekali mata pelajaran ini adalah ke arah pendidikan estetik 
 (aesthetic education)
yang tidak kurang pentingnya dalam perkembangan individuyang seimbang. Hal ini perlu dipandang serius lebih-lebih lagi pada masa munculnya banyak informasi dan dapatan baru tentang perkembangan individu seperti pelbagaikecerdasan (
Multiple Intelligence
)
 
dan kecerdasan emosi (
 Emotional Intelligence
)
 
yang mengambil kira unsur-unsur afektif dalam usaha mencapai kecemerlangan.Dalam teori pelbagai kecerdasan (
Multiple Intelligence
) oleh Gardner (1983),muzik diperakukan sebagai satu kecerdasan di bawah klasifikasinya tersendiri.Gardner membahagikan pelbagai kecerdasan manusia kepada lapan kategori; iaitukecerdasan verbal-linguistik (mendengar, bertutur, membaca, menulis, membuat
encoding 
dan
decoding 
bahasa), kecerdasan logik- matematik (menyelesaikanmasalah, penaakulan, logik dan kemahiran nombor), kecerdasan visual spatial(berkaitan dengan arah, arkitek, penyusunan dan hiasan), kecerdasan muzikal(mengarang, menggayakan, menghayati dan mengenal muzik), kecerdasaninterpersonal (empati, mudah memahami, menyelesaikan konflik, kemahiran mencarikonsensus), kecerdasan intrapersonal (pengetahuan kendiri, konsep kendiri, penilaiankendiri, emosi), kecerdasan kinestatik (menari, melompat, membuat pergerakan), dankecerdasan naturalis (mengenal pasti, membuat kategori mengenai alam). Potensiindividu dalam aspek ini telah pun dibuktikan melalui kajian saintifik dan maka ituterpulang kepada kita untuk mengeksploitasinya ke arah pembinaan insan yangseimbang dan berketrampilan.Ernest L. Boyer (1987) dalam bukunya
College
telah menyatakan,
“If the push for educational excellence is to yield results, the nation’scolleges and universities must ask hard questions about the qualityof their own work.” (p. xi)
 Kajian mengenai kecerdasan memberi impak yang hebat dalam bidang pendidikan apabila Gardner (1983) memperkenalkan Multiple Intelligence. Gardner mendefinisikan kecerdasan sebagai “…
ability to solve problems or fashion productsthat are of consequences in a particular cultural setting or community
”. Inimenunjukkan bahawa kesepaduan kecerdasan-kecerdasan amat penting dalam perkembangan pendidikan kanak-kanak.Guru-guru muzik di sekolah dipertanggungjawabkan untuk merealisasikanhakikat ini. Ini hanya boleh dibuat dengan penglibatan pelajar-pelajar sekolah dalamaktiviti-aktiviti yang berunsurkan muzik, seperti dalam pancaragam sekolah, orkestrasekolah, kumpulan kamar (
chamber group
) sekolah, dan tidak ketinggalan kumpulankoir sekolah yang akan diberi tumpuan dalam kajian ini.Pendidikan Muzik KBSM adalah program pendedahan secara umum untuk  pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Program pembelajaran muzik yangdisediakan mempunyai ciri-ciri pembinaan insan dan perkembangan diri individu
 
 Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd’05)
 daripada segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Sebagai satu mata pelajaran, program yang disediakan mengambil kira ilmu pengetahuan, kemahiran dan penerapan nilai. (PPK, Jan.2001)Di peringkat sekolah menengah, kurikulum Pendidikan Muzik yangdisediakan merupakan program pembelajaran untuk lima tahun. Kurikulum yangdisediakan adalah berkonsepkan
 general music program
dengan matlamat untuk dilaksanakan di semua sekolah menengah, sekurang-kurangnya di peringkatmenengah rendah.Matlamat kurikulum ini adalah untuk melahirkan murid yang berilmu, berketrampilan dan berpengalaman muzik bagi membolehkannya mempunyai disiplindalam mereka cipta, membuat persembahan dan menikmati muzik ke arah membantu pembentukan insan yang mempunyai emosi seimbang serta kreatif, inovatif daninventif. Ini jelas kelihatan dalam penglibatan pelajar-pelajar dalam koir sekolah. Ini jelas kelihatan dalam pertandingan koir antara sekolah-sekolah peringkat negeri dankebangsaan, sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri dan kebangsaan dansebagainya.Kurikulum ini ditujukan kepada pelajar sekolah menengah yang mempunyaiminat untuk mengetahui, memahami dan mendapatkan kemahiran dan pengalamandalam seni muzik sama ada untuk meneroka dan memperkembangkan bakat sendiriatau sekadar berkebolehan menghayati seni muzik secara terdidik. (PPK, Jan. 2001)Di peringkat menengah rendah, Pendidikan Muzik merupakan mata pelajaranwajib alternatif kepada Pendidikan Seni Visual. Pelajar yang mengikuti kelasPendidikan Muzik tidak perlu mengikuti kelas Pendidikan Seni Visual. Tiada peperiksaan di peringkat Penilaian Menengah Rendah (P.M.R.). Di peringkatmenengah atas pula, pendidikan muzik adalah mata pelajaran elektif dan pelajar mengambil peperiksaan muzik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (S.P.M.).Koir sekolah tidak diterapkan dalam kurikulum sekolah, tetapi adalah salah satukomponen dalam Ko-Korikulum sekolah. Biasanya latihan untuk mengajar sesuatukumpulan itu dijalankan selepas waktu persekolahan dan bukan sewaktu pengajarandan pembelajaran (P&P) sekolah dijalankan. Ada juga sekolah yang tidak menerapkankoir dalam ko-korikulum sekolah.Hampir setiap sekolah mempunyai koir sekolah yang tersendiri. Walaupunsesebuah sekolah itu tidak mempunyai Pendidikan Muzik dalam kurikulum sekolah,koir sekolah tetap wujud.Didapati kebanyakan sekolah yang mewujudkan koir adalah hanya semata-matauntuk mengambil bahagian dalam pertandingan – baik peringkat daerah, negeriataupun untuk peringkat kebangsaan. Selain itu, wujudnya persaingan yang hebatantara sekolah-sekolah yang bertanding. Persaingan-persaingan ini wujud keranamasing-masing ingin meningkatkan mutu ataupun kualiti persembahan.Untuk mengendalikan sesebuah koir sekolah itu bukanlah mudah. mengekalkankualiti sesebuah koir itu merupakan satu cabaran yang besar, khasnya kepada pendidik-pendidik muzik. Latar belakang ahli-ahli koir juga merupakan satu faktor yang menyumbang kepada pengekalan kualiti.

Activity (47)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Nur Arif Shah liked this
Fhatihah Hadi liked this
Coca D'amor liked this
Yana Suliman liked this
am90 liked this
crome91 liked this
Cynthia Yong liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->