You are on page 1of 4

1.

0PENGENALAN

Asas dalam memahami sesuatu teks ataupun pernyataan adalah daripada sebutan. Bermula
dengan sebutan, seseorang itu akan mula mencari makna ataupun maksud perkataan yang
disebut. Hasil daripada Iahaman terhadap makna perkataan tersebut maka pembinaan ayat
dapat dibuat dan mula berkembang menjadi ayat yang lengkap. Menurut Fries (1962)
dalam Mahzan Arshad (2009) menyatakan dalam tahun 1960 dan 1970-an, pakar-pakar
dalam bidang bacaan mempercayai bahawa kemahiran bacaan adalah hasil terakhir dalam
proses mendekod.

Kemahiran menyebut perlu dikuasi oleh kanak-kanak, hal ini adalah kerana ia merupakan
asas kepada kemahiran bacaan. Setelah kemahiran sebutan dapat dikuasai oleh kanak-
kanak maka wujud pula proses mendekod. Menurut mahzan arshad (2009) mendeIinisikan
mendekod ialah satu proses menukarkan mesej kepada pelbagai lambang yang dapat
diIahami oleh penghantar mesej dan penerima mesej sahaja. Dalam asas keIahaman,
mendekod adalah satu aktiviti yang sangat penting. Jika kanak-kanak ataupun sesiapa saja
sukar memahami sesuatu istilah dan kesukaran ini tidak diselesaikannya maka kesannya
semakin hari semakin mereka sukar untuk mereka memahami apa yang mereka baca. Hal
ini adalah kerana mereka hanya mengetahui bahan yang dibaca di atas permukaan kertas
pada peringkat pengenalan huruI sahaja dan tidak memahami bahan tersebut daripada
makna yang terkandung di dalamnya. Pemahaman hanya akan berlaku jika pembaca dapat
mengerti akan maksud yang hnedak disampaikan oleh penilis, membuat perhubungan
antarn maklumat yang dibacanya dengan maklumat yang telah diketahuinya dan membuat
aplikasi terhadap apa yang telah dipelajarinya dengan apa yang dilakukannya setiap hari.

Pada tahun 1960-an, 1970-an, 1980-an, pendidik bahasa berpendapat bahawa cara yang
paling baik bagi memahami bacaan adalah dengan mengenal pasti satu set kemahiran
yang dikenali sebagai 'kemahiran keIahaman. Setiap orang mempunyai kemahiran
keIahaman mereka sendiri dalam memahami sesuatu teks ataupun bahan itu, misalnya
membaca lantang, mencari makna perkataan atau Irasa, mencari maklumat yang
terkandung dalam baha, menjawab soalan yang dikemukan dan lain-lain lagi. Pendidikan
pada masa kini percaya bahawa kemahiran membaca bukan sahaja terhad pada kemahiran
memahami sesuatu petikan semata-mata dan dapat menjawab pemahaman. Walaupun
matlamat umum dalam pengajaran pemahaman tercapai tiaitu pelajar dalam memahami
petikan dalam teks tetapi secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan kemahiran
berbahasa.

Seseorang pembaca yang baik ialah pembaca yang dapat memahami apa yasng dibaca
berlandaskan tujuan dan tindakan yang diambil sesuadah membaca akan membina makna
berasakan pengalaman yang dipunyai, minat dan kecenderungan, kekuatan dan gaya
pembelajaran. Dalam memahami sesuatu teks ataupun petikan, seseorang itu perlu
mempunyai startegi tertentu bagi memudahkan proses memahami seterusnya mencapai
matlamat membaca. Berasaskan model konstrukivis, pemahaman bacaan digerakkan oleh
motivasi, tujuan, proses konstruktiI dan terkawal. Mari kita lihat pemahaman yang
berasaskan motivasi dan tujuan terlebih dahulu. Strategi pemahaman ini harusnya
mempunyai motivasi dan juga tujuan. Menurut Mahzan Arshad (1993, 1998) kaitan
motivasi dengan pencapaian dalam proses pembelajaran telah banyak dijalankan dan
memang terdapat kaitan yang signiIikasi antara pelajar yang berpencapaian tinggi dengan
motivasi yang tinggi dan sebaliknya. Oleh hal demikian, seseorang yang ingin
pemahaman yang tinggi terhadap sesuatu teks maka haruslah juga mempunyai motivasi
yang tinggi dalam bahan yang dibacanya. Seterusnya bahan yang mudah diIahami akan
memberi motivasi yang tinggi kepada kita untuk membaca dan sebaliknya teks yang sukar
dapat memberi cabaran untuk kita agar terus memahami dengan bermotivasi.

Selain itu pemahan juga boleh berasaskan kepada satu proses yang konstruktiI. Pembaca
yang baik dapat memahami dalam satu proses yang berterusan bukan hanya kepada satu
titik sahaja. Oleh hal demikian pembaca akan terus mahu mengetahui apa yang belum
diketahuinya menerusi apa yang telah dibaca. Walau bagaiamanapun kawalan pemikiran
yang berterusan diperlukan bagi memindahkan satu bahagian maklumt dalam bahan
bacaan ke bahagian maklumat yang lain berdasarkan keperluan pembaca. Manakala
pemahaman berasaskan proses sokongan ini berbeza dengan yang lain. Dalam pemahanan
sokongan ini, guru akan memabntu pelajar dalam menyokong di belakang dengan
memberikan panduan dari satu unit kecil seperti perkataan sehinggalah kepada sebesar-
besar unit yang berkaitan antara satu sama lain. Guru boleh menyokong pemahaman
dengan mengunakan gambar rajah bagi memperlihatkan maksud secara bersepadu.
Setelah mempunyai kemahiran yang kukuh untuk memahami, barulah pembaca tersebut
dilepaskan untuk memahami bahan bacaanya tanpa bantuan guru.

.0TU1UAN

Dalam sesebuah intitusi pendidikan mempunyai ramai mahasiswa-mahasiswi yang
berjaya mendapat keputusan cemerlang. Kebiasaanya mahasiswa cemerlang ini mendapat
keputusan cemerlang bukan hanya beberapa kali sahaja tetapi ia berterusan. Oleh hal
demikian, golongan ini mesti mempunyai cara ataupun kaedah tersendiri dalam
memahami apa yang dipelajarinya. Di samping itu tahap keIahaman seseorang itu berbeza
dengan individu lain. Walau bagaimanapun dalam kajian ini ingin melihat strategi
membaca seseorang itu memberi kesan terhadap tahap keIahaman. Selain itu, dalam
kajian ini juga ingin melihat berbeza mahasiswa yang berbeza tahap kecemerlangan iaitu
dari segi keputusan peperiksaan dan hubungannya dengan strategi membaca. Seterusnya
dalam kajian ini juga ingin melihat Iaktor lain yang dapat mempengaruhi seseorang itu
mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.\



.0E1KTIF

O Mengetahui startegi membaca yang digunakan oleh mahasiswa-mahasisiwa yang
mendapat keputusan cemerlang.
O Membandingkn perbezaan startegi membaca di antara mahasiswa yang mendapat
keputusan cemerlang dengan mahasiswa yang mendapat keputusan sederhana,
O Mengenal pasti Iaktor lain yang mempengaruhi mahasiswa-mahasiswa mendapat
keputusan yang cemerlang.


.0PERSALAN
Apakah startegi membaca yang digunakan oleh mahasiswa-mahasiswa yang mendapat
keputusan cemerlang?
Adakah terdapat perbezaan strategi membaca di antara mahasiswa yang mendapat keputusan
cemerlang dengan mahasiswa yang mendapat keputusan sederhana?
Adakah terdapat Iaktor lain yang mempengaruhi mahasiswa-mahasiswa mendapat keputusan
cemerlang?

You might also like