You are on page 1of 19

1.

PENDAHULUAN

Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terdapat 136 tadika yang berdaftar sehingga tahun 2000. Kelulusan perancangan adalah diperlukan untuk kegunaan bangunan sebagai tadika di bawah Akta 267 ( Perancangan ) Wilayah Persekutuan 1982 ( Seksyen 19 ). Premis tadika tidak boleh digunakan serentak sebagai tempat kediaman dan lainlain. Setiap bangunan yang mempunyai sepuluh atau lebih pelajar-pelajar adalah dianggap sebagai sekolah mengikut Akta Pelajar 1961. Tadika adalah dianggap sekolah sekiranya ia mempunyai 10 atau lebih kanak-kanak yang berumur 4 6 tahun.

1.1

Tujuan

Garis panduan perancangan tadika di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) disediakan bertujuan untuk memberi panduan dalam menilai dan menimbang permohonan tadika di dalam kawasan WPKL supaya selaras dengan kehendak-kehendak yang ditetapkan di dalam akta dan keperluan jabatan berkaitan.

1.2

Objektif

i.

Memastikan lokasi tadika bersesuaian dengan kehendak perancangan.

ii.

Memastikan pengusaha tadika menjalankan aktiviti mengikut garis panduan dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

1.3

Skop Garis Panduan

Skop garis panduan ini hanya melibatkan aktiviti tadika yang dijalankan oleh pengusaha swasta dan kerajaan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

1.4

Definisi

Tadika merupakan pusat taman didikan kanak-kanak atau pra-sekolah sebelum mereka memasuki persekolahan sebenar sama ada di sekolah swasta atau sekolah kerajaan.

2.0

DASAR-DASAR DAN GARIS PANDUAN SEMASA

2.1

Dasar Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020

(PSKL 2020)

Permintaan terhadap keperluan kemudahan masyarakat yang lebih berkualiti telah meningkat. DBKL mesti memenuhi aspirasi ini dan matlamat menyediakan kemudahan, yang setanding dengan bandar raya lain bertaraf dunia. Dasar: CF 9: DBKL akan menggalakkan penyediaan pelbagai kemudahan masyarakat oleh pihak swasta sebagai alternatif pelaburan. Mengikut PSKL, peruntukan piawaian tadika bagi 10,000 penduduk bersamaan 2 unit tadika dengan keluasan 0.10 hektar.

2.2

Dasar JKPB

i.

Pemerosesan Permohonan Bagi Tadika / Taska (Polisi/Dasar bertarikh 14.9.1988)

Datuk Bandar mengarahkan bahawa dalam memproses permohonan bagi tadika/taska, lapuran kepada TPC hendaklah mengandungi butir-butir dan maklumat yang lengkap mengenai bilangan murid, umur mereka, waktu operasi, bilangan guru, angka-angka mengenai jumlah penduduk kawasan perumahan berkenaan dan lain-lain yang berkaitan.

ii.

Kelulusan Bagi Premis Tadika / Taska


(Polisi/Dasar bertarikh 19.1.1989)

Datuk Bandar menyatakan bahawa dalam kelulusan bagi premis tadika/taska, perhatian utama hendaklah diberi terhadap cara susunatur dan pemasangan alat-alat kelengkapan di dalam premis tadika/taska itu supaya keselamatan kanak-kanak terjamin dan supaya sebarang kemalangan tidak berlaku.

3.0

GARIS PANDUAN PERANCANGAN

3.1

Jenis Bangunan Yang Sesuai

Tiap- tiap bangunan yang hendak digunakan sebagai tadika mestilah sesuai dari segi keselesaan, rekabentuk, struktur dan keselamatan.

Bangunan-bangunan ini termasuk;

i)

Rumah kediaman dari jenis:

Rumah sebuah dimana saiz lotnya mestilah lebih kurang 7,000 kaki persegi dan kawasan plinth tidak lebih daripada 30%. Rumah berkembar lot tepi, jika lot pertengahan hendaklah dicantumkan kedua-dua lot jadi sebuah tadika. Rumah-rumah lot sudut ( corner lot ) dari jenis teres dan berangkai dengan keluasan tanahnya tidak kurang dari 3,000 kaki persegi. Rumah sebuah di kampong tradisional dan kampong Melayu. Rumah pangsa pangsapuri yang mempunyai ruang khas untuk kegunaan tadika.

ii)

Lain-lain bangunan termasuk :

Bangunan didalam kawasan perkarangan masjid, surau madrasah; Bangunan didalam kawasan perkarangan gereja, tokong cina, kuil hindu; Dewan orang ramai / serbaguna Sekolah-sekolah sedia ada yang mempunyai bangunan berasingan dan Bangunan-bangunan yang dibina khas untuk tadika.

3.2

Bangunan-Bangunan Yang Tidak Sesuai

i.

Rumah teres dan berangkai yang terletak di lot tengah dan lot tepi yang tidak mempunyai kawasan lapang.

ii.

Rumah kediaman yang terletak di hujung persimpangan atau berhampiran lebuhraya dan jalan-jalan yang terlalu sesak dan sibuk dengan kenderaan lalulintas;

iii.

Unit-unit kediaman di dalam blok-blok rumah pangsa / pangsapuri.

3.3

Bilangan Pelajar

i.

Bilangan pelajar yang dibenarkan adalah ditetapkan mengikut Pawaian Ordinan Sekolah 1950. Ordinan ini menetapkan bahawa seorang pelajar tadika memerlukan ruang seluas 15 kaki persegi ( 15 kaki persegi/murid).

ii.

Dalam mengira ruang lantai minima yang dikehendaki bagi tiap-tiap kanakkanak tadika, hanya keluasan ruang bilik-bilik darjah sahaja dikira.

iii.

Luas mana-mana jalan lalu, bilik setor, dapur, pejabat, kemudahan tandas atau mana-mana kawasan lain dalam lingkungan taman yang Datuk Bandar adalah berpuas hati tidak sesuai bagi maksud itu, hendaklah tidak dimasukkan.

3.4

Keperluan Tandas

i.

Hendaklah berasingan bagi murid-murid lelaki dan perempuan.

ii.

Peralatan dan rekabentuk tandas;

Kemudahan bersuci, mesti menyediakan elbow tap; Lantai tandas hendaklah sentiasa bersih, tidaklicin dan tidak bertakung;

Sediakan tempat pemegang (railing )- untuk kanak-kanak cacat; Mangkok tandas tidak melebehi 6 inci tinggi dari lantai; Besin mencuci tangan hendaklah rendah; dan Lain-lain peralatan yang sesuai, ( sekiranya ada kanak-kanak cacat )

3.5

Kemudahan Belajar Dan Rekreasi

i.

Hendaklah diasingkan;

ii.

Sediakan ruang untuk perpustakaan;

iii.

Sediakan kawasan permainan yang lengkap dengan alat-alat permainan yang tidak merbahaya.

3.6

Tempat Rehat Kanak-Kanak Sakit

i.

Satu ruang berasingan hendaklah disediakan bagi kanak-kanak yang kurang sihat;

ii.

Sediakan kotak perubahan kecemasan.

3.7

Dapur Dan Penyediaan Makanan

i.

Dapur hendaklah mempunyai pintu yang tidak mudah dibuka dan dimasuki oleh kanak-kanak.

ii.

Alat-alat yang digunakan untuk menyediakan makanan hendaklah bersih;

iii.

Tempat makan yang bersih hendaklah disediakan;

iv.

Dapur hendaklah terpisah daripada bilik-bilik darjah atau kawasan yang diasingkan untuk aktiviti-aktiviti kanak-kanak;

v.

Tempat setor bahan-bahan makanan mestilah bersih dan selamat; dan

vi.

Kanak-kanak tidak boleh dibenarkan masuk ke dalam dapur dan setor pada setiap masa.

3.8

Kemudahan Kecemasan / Keselamatan

i.

Perlu ada dua pintu keluar berasingan ( satu di hadapan dan satu di belakang );

ii.

Semua pintu dan tingkap di tingkat atas bangunan tidak boleh di pasang pagar besi ( grills );

iii.

Semua pintu dan tingkap mestilah mudah dibuka dari dalam;

iv.

Tingkap dari jenis louvres tidak di benarkan;

v.

Semua punca kuasa (power point ) hendaklah dipasang dengan plug kosong dan berkedudukan di paras tinggi;

vi.

Lampu meja dan berkaki tidak dibenarkan; dan

vii.

Pintu pagar dan grills tingkat bawah hendaklah dari jenis yang tidak tajam dan merbahaya.

3.9

Lain-Lain Syarat

i.

Tangga bangunan tadika

Hendaklah selamat untuk kegunaan kanak-kanak;

Tangga kayu/ stair case dan tangga batu hendaklah dialas dengan permaidani atau bahan lembut; dan

Hendaklah dipasang dengan pemegang ( railing ) yang tingginya sesuai dengan ketinggian kanak-kanak.

ii.

Telefon

Tiap-tiap tadika hendaklah mempunyai kemudahan talefon untuk kegunaan harian dan masa kecemasan.

iii.

kawasan Lapang

Semua lubang dan man-hole di kawasan lapang hendaklah diratakan dan ditutup.

a.

Tanaman dan Pokok-pokok

Tanaman dan pokok-pokok yang ditanam hendaklah dari jenis tidak merbahaya; pokok-pokok jenis berduri, beracun, bermiang hendaklah dielakan; dan

Pokok pokok jenis rending digalakan di tanam di kawasan lapang.

b.

Parit-parit terbuka

Semua parit-parit terbuka di bahagian hadapan terutama di tempat kanak-kanak menunggu keselamatan kanak-kanak; dan bas hendaklah ditutup untuk

Semua parit di kawasan lapang/ppermainan mesti ditutup.

c.

Pagar Keselamatan

Hendaklah dibina di sekeliling kawasan tadika; dan Pintu pagar hadapan hendaklah ditutup untuk keselamatan kanak-kanak.

3.10

Faktor-Faktor Lain

Setiap tadika tidak dibenarkan mengadakan kelas lebih daripada 2 sesi.

3.11

Kelulusan Perancangan

i.

Borang Permohonan

Borang-borang permohonan boleh di dapati di Jabatan Perancang Bandar,DBKL. Borang ini hendaklah di kemukakan dengan butir-butir tersebut dubawah.

ii.

Pelan-pelan cadangan

a.

12 salinan pelan-pelan tapak ( sekil 1: 500 atau 1: 1000 serta pelan lokasi ( sekil 1:250 atau 1: 500 ) diatas saiz kertas A1 ( 594 mm x 841 mm 0 atau A2 ( 420 mm x 594 mm ).

b.

7 set pelan lakar bangunan ( sekil 1: 200 atau 1: 400 ) diatas saiz kertas A1 atau A2.

c.

Pelan-pelan tersebut hendaklah termasuk dan menandakan:

Sekil yang betul. Petunjuk utara dan tajuk cadangan dalam Bahasa Malaysia.

Nombor dan sempadan lot berkenaan dan lot-lot bersebelahan.

Tandatangan pemilik tanah.

Pandangan sudut/hadapan (elevation ) dan keratin (crosssection ).

Ruang lantai yang akan ditukar kegunaanya hendaklah dikepongkan ( edged ) merah. Jenis kegunaan yang dicadangkan dan luasnya ( dalam kaki atau metr persegi ) mesti ditunjukan.

Semua pelan-pelan yang dikemukakan hendaklah dilipat dan dikepilkan seperti disyorkan.

d.

Dokumen-dokumen.

1 salinan fotostat resit yuran memfail. 1 salinan fotostat geran tanah / perjanjian jualbeli. 1 salinan terbaru resit cukai pintu. Gambar luar, dalam premis dan gambar tapak ( saiz 3R ) Senarai nama pemilik lot-lot bersebelahan

3.12

Pindaan Pelan Bangunan

i.

Sekiranya ada pindaan setelah permohonan diluluskan, pemohon dikehendaki mengemukakan pindaan pelan bangunan kepada Jabatan Bangunan.

ii.

Pemohon mesti mendapatkan kelulusan sebelum beroperasi dan sekiranya tidak mematuhi kehendak tersebut pemohon boleh didenda.

3.13

Syarat-Syarat Jabatan Lain

Kelulusan perancangan diberi untuk kegunaan sesuatu bangunan sebagai tadika tertakluk tiap-tiap permohonan mestilah memenuhi segala syarat-syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan.

Nota :

Semua permohonan yang tidak mematuhi garis panduan ini akan ditolak

terus atau diberi pertimbangan atas dasar merit. Datuk Bandar boleh pada bila-bila masa meminda atau mengenakan lain-lain syarat jika beliau berpuas hati ianya perlu di atas kuasa-kuasa yang diberi padanya yang terkandung dalam Akta 267, perancangan ( Wilayah Persekutuan ) 1982.

4.0

PENUTUP

Melalui garis panduan tadika yang disediakan ini, pihak berkuasa dan pengusaha dapat menjalankan aktiviti dengan lebih tersusun dan tahap keselamatan kanak-kanak dapat

dipertingkatkan. Ini selaras dengan dasar Pelan Struktur Kuala Lumpur yang menghendaki kemudahan masyarakat disediakan sebaik mungkin dalam membentuk generasi masa depan yang lebih baik.

You might also like