You are on page 1of 2

PROGRAM KLINIK MOTOSIKAL BERSAMA SHAHROL YUZY

INGIN MENJADI PELUMBA? Berminat untuk menjadi pelumba? Berikut adalah beberapa langkah yang anda perlu lakukan untuk melibatkan diri dalam dunia sukan pemotoran. LANGKAH 1: TELEFON AAM MOTORSPORTS Langkah pertama untuk memperolehi lesen perlumbaan adalah menghubungi AAM Motorsports melalui Talian 55104679. Kakitangan AAM Motorsport akan memberi nama, nombor telefon, dan alamat panel doctor AAM yang terdekat kepada anda. LANGKAH 2: JALANI PEMERIKSAAN KESIHATAN Untuk menjadi pelumba anda harus mempunyai kesihatan yang baik. Oleh itu, setelah anda memperolehi maklumat panel doctor AAM, anda harus membuat pertemuan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. LANGKAH 3: SERTAI KELAB BERDAFTAR AAM Selepas lulus ujisn pemeriksaan kesihatan, anda perlu menjadi ahli salah satu kelab berdaftar dengan AAM. Dari situ pegawai kelab berkenaan akan memberi anda bimbingan tentang proses yang seterusnya.

LANGKAH 4: LULUS UJIAN PENULISAN Langkah terakhir sebelum memperolehi lessen perlumbaan ialah anda perlu lulus ujian penulisan yang perlu dilalui oleh semua bakal pelumba. Jika anda gagal, anda perlu menduduki sesi tutorial dan ujian penulisan sekali lagi. Lesen perlumbaan hanya akan dikeluarkan setelah anda lulus ujian penulisan ini. LANGKAH 5: SERAHAN DOKUMEN Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk memohon lessen perlumbaan adalah seperti berikut:

Salinan lessen memandu RTD dan lessen memandu yang telah diperbaharui (jika ada) Salinan kad pengenalan/passport Salinan ahli kelab berdaftar AAM atau resit rasmi 3 keping gambar saiz pastport (2 keping gambar tambahan bagi kategori lebihan) Borang AAM diperlukan bagi pendaftar di bawah umur 18 tahun Bagi pemohon yang ingin memperbaharui lesen perlumbaan, mereka harus menyerahkan lessen perlumbaan AAM yang telah tamat.

Jenis-jenis Lesen Perlumbaan AAM akan keluarkan lessen perlumbaan untuk peserta dan pasukan bagi setiap acara sukan pemotoran yang diiktiraf oleh AAM. Walaubagaimanapun, sebagai permulaan, anda hanya diberi lessen National C (Novis - 135cc). Pemegang lessen perlumbaan National C hanya boleh menyertai acara-acara diperingkat kebangsaan sahaja. Taraf lesen perlumbaan anda akan dinaikkan ke National B jika anda berjaya menamatkan mana-mana enam pusingan acara kebangsaan pada tahun yang sama atau telah memegang lesen National C melebihi 5 tahun. Lesen perlumbaan motosikal yang dikeluarkan oleh AAM adalah National C

You might also like