You are on page 1of 39

KUMPULAN SNOPY TAHUN 6 BESTARI

1.0 SEJARAH SUKAN

Sejarah sukan kemungkinannya bermula sejak kewujudan manusia sebagai tujuan bersukan dan makhluk aktif. Sukan merupakan cara berguna bagi manusia meningkatkan kelebihan mereka keatas alam semulajadi dan persekitaran. Sejarah sukan mampu mengajar kita banyak perkara mengerai perubahan kemasyarakatan dan mengenai sifat semulajadi sukan itu sendiri. Sukan kelihatannya membabitkan asas kemahiran manusia dikembangkan dan dilatih bagi kemahiran itu sendiri, selari dengan dilakukan kerana kegunaannya.

Ia turut menunjukkan bagaimana kepercayaan masyarakat berubah dan dengan itu terdapat perubahan dalam peraturannya. Sebenarnya ketika kita pergi semakin jauh dalam sejarah bukti yang semakin sedikit menjadikan teori mengenai asal dan tujuan sukan sukar disokong. Sungguhpun begitu, kepentingannya dalam sejarah manusia tidak dapat dinafikan.

SEJARAH SUKAN MENURUT KUNO

Sukan yang telah wujud sekurang-kurangnya dua setengah ribu tahun dahulu termasuk "hurling" (menyerupaki "field hockey") di Ireland Silam, "harpastum" (sama seperti Rugbi di Rom Silam, cuju (sama seperti persatuan bolasepak) di China Silam, dan polo di Parsi Silam. Permainan bola Mesoamerika wujud lebih tiga ribu tahun dahulu.

KUMPULAN SNOPY TAHUN 6 BESTARI

Terdapat peninggalan dan struktur yang mencadangkan bahawa orang-orang Cina terlah terbabit dengan aktiviti sukan se awal 4000 BC. Giminastik kelihatan merupakan sukan yang popular dalam sejarah silam China. Peringatan kepada Firaun menunjukkan sejumlah sukan termasuk berenang dan mengail, adalah popular dan mempunyai peraturan beberapa ribu tahun dahulu di Mesir purba. Sukan Mesir lain termasuk melontar lembing, lompat tinggi dan gusti. Sukan Persia Silam seperti seni mempertahankan diri tradisi Iran, Zourkhaneh mempunyai kaitan rapat dengan kemahiran berperang. Antara sukan lain termasuk yang berasal dari Persia adalah polo dan tombak ("jousting").

SEJARAH SUKAN MENURUT YUNANI

Gambaran upacara sukan dapat dilihat dalam kesenian Minoan Zaman Gangsa di Crete (dari sekitar 2700 hingga 1450 BC), kebanyakannya membabitkan acara keugamaan melompat lembu dan kemungkinannya melawan lembu jantan. Homer menceritakan bahawa sukan diamalkan semasa zaman Mycenaean, antara 1600 BC dan ca. 1100 BC.

Dalam Iliad terdapat gambaran panjang mengenai sukan penkebumian yang diadakan bagi menghormati pahlawan yang mati, dan terbabit dengan sukan digambarkan sebagai pekerjaan golongan bangsawaan dan yang kaya, yang tidak perlu melakukan kerja berat mereka sendiri. Dalam Odyssey, Raja Odysseus dari Ithaca membuktikan status rajanya kepada Raja Alkinos dari Phaiakes dengan menunjukkan kemahirannya melontar javelin.

KUMPULAN SNOPY TAHUN 6 BESTARI

2.0 JENIS-JENIS SUKAN

SUKAN TRADISIONAL/RAKYAT Antara sukan-sukan tradisional yang terdapat di Malaysia adalah seperti permainan wau. Walaupun ramai yang tidak menyedari bahawa mereka sedang bersukan, namun aktiviti-aktiviti seperti disenaraikan di atas adalah antara kegiatan utama atau kegiatan rutin di masa lapang bagi sebahagian rakyat di Malaysia.

Sukan seperti permainan Wau, tarian Naga atau permainan gasing mempunyai ciriciri kesenian yang melambangkan keindahan dan keharmonian rakyat di Malaysia. Aktiviti ini kebiasaannya akan di lakukan di dalam sekelompok manusia yang mempunyai minat yang sama. Masing-masing akan berkongsi tenaga, pendapat dan masa semata-mata untuk memastikan aktiviti seperti ini dapat di laksanakan.

Selain itu, terdapat juga sukan rakyat yang pada awalnya dimainkan sebagai sukan harian dan kini telah di mainkan di kejohanan-kejohanan sukan utama seperti sepak raga yang telah dikomersilkan sebagai permainan sepak takraw yang telah menjadi salah satu acara di beberapa kejohanan peringkat kebangsaan atau asia tenggara. Sukan rakyat seperti tuju guli, galah panjang, batu seremban dan sebagainya lebih banyak dimainkan oleh kanak-kanak. Permainan-permainan seperti ini atau sukan rakyat ini telah dipermainkan sejak turun-temurun dan dipelajari dari generasi terdahulu.

KUMPULAN SNOPY TAHUN 6 BESTARI

SUKAN PADANG Sukan padang di Malaysia boleh dikatakan sebagai sukan utama yang dilakukan oleh rakyat berbilang usia. Sukan padang seperti bola sepak, hoki, ragbi, bowling padang, golf dan lain-lain dimainkan di seluruh pelusuk negara. Terutamanya permainan bola sepak yang boleh dimainkan hampir di mana sahaja telah menjadi antara sukan paling popular di Malaysia. Seterusnya sukan seperti hoki dan ragbi juga mendapat tempat di kalangan para atlit di Malaysia. Sukan baru seperti bowling padang dan golf dimainkan oleh golongan yang lebih berkemampuan kerana kos yang agak tinggi untuk melakukannya.

SUKAN BALAPAN Aktiviti-aktiviti balapan ini adalah antara sukan umum yang disertai oleh rakyat Malaysia di beberapa kejohanan peringkat Asia Tenggara, Asia atau peringkat Antarabangsa. Sukan seperti lari pecut, lari berganti-ganti, lompat kijang, lari berpagar, lompat jauh, lontar peluru, lempar cakera, lompat tinggi, lompat bergalah dan seumpamanya adalah antara sukan-sukan yang disertai oleh rakyat-rakyat di Malaysia. Kejohanan-kejohanan peringkat sekolah, daerah, negeri dan sehingga ke peringkat nasional sering diadakan sepanjang tahun untuk menyerikan dunia sukan tanahair.

SUKAN AIR Di Malaysia sukan air ini juga antara aktiviti yang menarik perhatian ramai. Terdapat pelbagai sukan air yang dilakukan di Malaysia seperti kapal layar, bot laju, kayak, perahu panjang, berenang, menyelam, polo air, gimnastik, snorkling dan sebagainya. Sukan-sukan ini biasanya dimainkan sama ada di dalam pusat akuatik,

KUMPULAN SNOPY TAHUN 6 BESTARI

kolam, tasik, sungai dan laut. Sukan air di Malaysia juga telah diperkenalkan sehingga ke peringkat antarabangsa.

KUMPULAN SNOPY TAHUN 6 BESTARI

2.1 SUKAN PERMAINAN TRADISIONAL

Koba Permainan ini amat mudah dilakukan dan ia menggunakan dua jenis alat sahaja iaitu sekeping serpihan batu leper dan kotak rokok. Dalam hubungan ini lazimnya kanakkanak pada masa dahulu suka mencari dan mengumpulkan kotak rokok untuk digunakan dalam permainan ini. Tempat bermain tidak memerlukan kawasan yang luas. Setiap permainan memerlukan sekurang-kurangnya 2 orang. Bilangan pemain yang paling sesuai ialah 3 atau 4 orang.

Layang-Layang Permainan layang-layang atau wau mengandungi unsur-unsur budaya Melayu asli terutama pada bentuk layang-layang atau wau itu sendiri. Di Malaysia lazimnya permainan layang-layang dilakukan selepas musim menuai padi atau pada masa nelayan tidak dapat pergi ke laut menangkap ikan. Antara jenis layang-layang ialah Layang-layang Baruk, Layang-layang Puyuh, Layang-layang Burung dan yang terkenal ialah Wau Bulan.

KUMPULAN SNOPY TAHUN 6 BESTARI

Sabung Ayam Permainan 'menyabung ayam' disebut juga sebagai 'berlaga ayam'. Berdasarkan pelbagai peristiwa dan cerita yang tertulis di dalam buku-buku hikayat termasuk juga cerita-cerita mulut, kononnya 'menyabung ayam' merupakan permainan utama bagi golongan di raja di rantau ini di zaman lampau. Kononnya pertaruhan antara raja-raja di zaman dahulu dalam permainan 'menyabung ayam' ini hingga ke tahap mempertahankan negeri masing-masing.

Biji Saga Permainan ini juga dikenali dengan nama 'main buah saga'. Nama yang lebih tepat ialah biji saga kerana bahan yang dijadikan alat permainan ini adalah biji saga. Permainan ini sesuai dimainkan oleh kanak-kanak perempuan. Bagaimanapun ada juga kana-kanak lelaki yang bermain permainan ini. Tempat bermain yang paling sesuai ialah di atas simen. Lazimnya apabila permainan ini diadakan, rakan-rakan sebaya akan duduk berhampiran untuk menyaksikan kecekapan dan kebolehan sesesorang pemain melagakan biji saga yang diselerakkan di atas lantai.

KUMPULAN SNOPY TAHUN 6 BESTARI

Berlaga Kerbau dan Lembu Kegemaran berlaga lembu atau kerbau terdapat di kalangan masyarakat petani khususnya yang berusaha menyerjakan sawah padi. Di antara tempat yang kerap diadakan permainan tersebut adalah Perlis, Kedah dan Kelantan. Menurut keterangan orang tua-tua salah satu tujuan mengadakan permainan ini adalah untuk menggalakkan orang memelihara lembu atau kerbau dengan baik. Permainan ini juga adalah untuk hiburan. Bagaimanapun dalam perkembangannya, permainan berlaga lembu dan kerbau telah menimbulkan gelaja kurang sihat dalam masyarakat setempat. Temasya tersebut telah menjadi tempat orang mewujudkan satu jenis perjudian.

Congkak Permainan congkak ialah sejenis permainan Melayu tradisional yang digemari oleh kaum wanita dan kanak-kanak. Permainan ini memerlukan dua orang pemain.Alatan yang digunakan dalam permainan ini adalah papan congkak dan buah congkak. Kadang-kadang sebagai ganti papan congkak, lubang-lubangnya dibuat di atas tanah. Sementara biji-biji congkak pula ialah guli-guli kaca, buah getah, biji saga, batu-batu kecil dan sebagainya. Setiap papan congkak hanya boleh dimainkan oleh dua orang sahaja.

KUMPULAN SNOPY TAHUN 6 BESTARI

Ia merupakan jenis permainan Anjung. Tujuan permainan ialah untuk mengumpul dan giliran menapak akhir. Bilangan pemain ialah seorang sepasukan. Alatan yang digunakan di dalam permainan ini ialah Papan congkak dan cakak. Gelanggangnya adalah sebuah papan congkak yang mengandungi sekampong 5, 7, 8 atau 9. Rumah Anak serta 1 Rumah Ibu. Tiap Rumah Anak diisi cakak.

Papan congkak mengandungi 14 lubang yang dipanggil "kampung". Terdapat dua lubang besar di setiap hujung papan congkak. Lubang ini dipanggil "rumah". Cara-cara Bermain Congkak

a)Permainan ini dimulakan serentak dengan memasukkan sebiji "buah" ke dalam setiap "kampung" sendiri dan seterusnya masukkan ke dalam "rumah". Seterusnya "buah" hendaklah dimasukkan ke dalam "kampung" lawannya. Jika ia singgah di kampung lawan yang tidak ada buah ia dikira mati.

(b) Jika buah terakhir singgah di kampung lawan yang mempunyai buah, maka ia boleh meneruskan permainan.

(c) Jika ia mati di kampung sendiri, bertentangan dengan kampung lawan yang

KUMPULAN SNOPY TAHUN 6 BESTARI

mempunyai buah, ia berhak mengambil buah lawannya itu.

(d) Sekiranya ia mati di kampung sendiri setelah melalui kampung lawan dan didapati di kampung lawan tidak ada buah, maka ia mati dalam kerugian.

(e) Di akhir permainan buah hanya tinggal beberapa biji sahaja dalam kampung masing-masing. Mereka dikehendaki berjalan tapak secara serentak menuju ke arah rumah masing-masing. Sekiranya salah seorang kehabisan buah dalam kampung ianya dikira kalah.

Batu Seremban Merupakan jenis permainan Laman. Tujuan permainan ialah untuk memungut mata timbangan terbanyak. Bilangan pemain ialah beberapa pasukan atau satu (1) orang sebelah / sepasukan. Alatan yang digunakan di dalam permainan ini ialah Lima (5) uncang (3 cm persegi satu butir). Gelanggangnya adalah Permukaan rata.

Ceper Permainan ini hampir sama bentuknya dengan 'main koba' tetapi bahan yang digunakan adalah berbeza. Bahan-bahan yang dijadikan alat permainan ini ialah tutup botol minuman yang diperbuat daripada timah dan ia dileperkan. Satu lagi alat yang digunakan ialah kepingan serpihan batu seperti yang digunakan dalam

10

KUMPULAN SNOPY TAHUN 6 BESTARI

permainan koba.

Dam Aji Merupakan jenis permainan Anjung. Tujuan permainan ialah untuk mengalahkan pihak lawan. Bilangan pemain ialah dua orang seperlawanan dan satu (1) orang sepasukan. Alatan yang digunakan di dalam permainan ini ialah Tir dan Papan Dam. Gelanggangnya adalah Permukaan rata.

Dam Harimau Merupakan jenis permainan Anjung. Tujuan permainan ialah untuk mengumpul dan giliran menapak akhir. Bilangan pemain ialah seorang sepasukan. Alatan yang digunakan di dalam permainan ini ialah Papan congkak dan cakak. Gelanggangnya adalah sebuah papan congkak yang mengandungi sekampong 5, 7, 8 atau 9; Rumah

11

KUMPULAN SNOPY TAHUN 6 BESTARI

Anak serta 1 Rumah Ibu. Tiap Rumah Anak diisi cakak.

Galah Panjang Merupakan jenis permainan Laman. Tujuan dan matlamat permainan adalah untuk mengalahkan pihak lawan melalui jumlah Bilon yang diperolehi. Pemain terdiri daripada regu iaitu tiap-tiap regu mestilah mengandungi lima (5) orang pemain ( empat (4) orang pemain dan satu (1) simpanan ). Perlawanan di dalam permainan ini adalah berkonsepkan Pertahan oleh satu regu dan Penyerang oleh satu regu yang lain. Gelanggang Galah panjang di bina di permukaan yang rata dan mendatar.

Gasing Permainan gasing merupakan permainan untuk orang lelaki muda dan dewasa. Bagaimanapun ada juga jenis gasing keciltetapi bentuknya sama dimainkan oleh golongan kanak-kanak. Gasing kanak-kanak ini terbahagi kepada 2 jenis iaitu

12

KUMPULAN SNOPY TAHUN 6 BESTARI

'gasing Melayu' dan 'gasing Cina'. Pada masa dahulu permainan gasing merupakan sejenis permainan yang mendapat perhatian umum dan ramai peminatnya. Di samping bermain sebagai riadah dan memenuhi masa lapang, permainan ini dimeriahkan melalui perlawanan antara pasukan di peringkat kampung, daerah dan negeri.

Getah Permainan ini dinamakan 'main getah' kerana bahan yang digunakan ialah getah halus berbentuk gelang yang digunakan sebagai pengikat bungkusan atau barangbarang kecil. Ia sesuai dimainkan oleh kanak-kanak lelaki atau perempuan dan biasanya mereka bermain di dalam rumah. Tempat bermain adalah di atas simen atau lantai papan yang tidak berlubang. Permainan ini merupakan permainan masa lapang terutama di musim hujan kerana pada masa itu kanak-kanak terpaksa berada di dalam rumah. Untuk meluangkan masa lapangnya mereka melakukan permainan ini.

13

KUMPULAN SNOPY TAHUN 6 BESTARI

Guli Permainan guli amat digemari oleh kanak-kanak di merata-rata tempat di Malaysia. Ia tidak memerlukan ruang atau padang yang luas. Di kampung-kampung, biasanya kanak-kanak bermain guli di halaman rumah. Permainan ini tidak mempunyai musim tertentu. Alat permainan ini hanya merupakan benda bulat yang diperbuat daripada batu dan kapur. Lazimnya 2 jenis guli akan digunakan iaitu guli batu dan guli kapur. yang warn

Permainan ini bias a-warni yang jernih dan satu lagi guli besar berwarna Gusti Tangan Merupakan jenis permainan Anjung. Tujuan permainan ialah untuk merebahkan

14

KUMPULAN SNOPY TAHUN 6 BESTARI

tangan lawan. Bilangan pemain ialah seorang sepasukan. Alatan yang digunakan di dalam permainan ini ialah Meja. Gelanggangnya adalah Satu ( 1 ) permukaan meja dengan lebarnya antara 0.6 0.8 meter; Dilukis dua ( 2 ) lengkang dengan garis pusat 0.1 meter untuk letak siku; Jarak antara dua (2) lengkang (diukur pada pusat) ialah antara 30 cm 40 cm.

Ketingting Merupakan jenis permainan Laman. Tujuan permainan ialah untuk mengimbang badan ke padan/ paduk. Bilangan pemain ialah beberapa pasukan atau tiga (3) orang seregu sepasukan. Alatan yang digunakan di dalam permainan ini ialah Gundu/ Tagan. Gelanggangnya adalah permukaan yang rata; dibina Rumah Ketinting yang mengandungi 9 petak segi empat sama berukuran 40 cm setiap petak iaitu Satu petak loteng, Dua petak serambi, Satu petak tengah, Satu petak-kelek, Dua petak-lambur, Dua petak-tangga. Jarak paduk dengan tangga 5 meter.

15

KUMPULAN SNOPY TAHUN 6 BESTARI

Permainan ini perlu kecekapan Ketuk Keli Merupakan jenis permainan Laman. Tujuan permainan ialah untuk mengukur sukat terbanyak. Bilangan pemain ialah 3 orang seregu sebelah/ sepasukan. Alatan yang digunakan di dalam permainan ini ialah Ketuk sepanjang 40 sm, bergarispusat 2 sm, Keli sepanjang 15 sm bergaris pusat 2 sm. Gelanggangnya adalah Kawasan lapang mengandungi Rumah di sudut berukuran 3 sm lebar X 16 sm panjang, Dua (2) watas bersudut tepat (90) dibina dari pangkal sudut rumah. Watas lengkok papan berjarak 2.5 meter diukur dari sudut.

Sepak Bulu Ayam Di beberapa daerah di negeri Johor permainan ini dikenali dengan nama ' sepak yem'. Ia sangat digemari oleh kanak-kanak lelaki di peringkat sekolah rendah. Alat yang digunakan dalam permainan ini ialah serangkai empat helai bulu ayam yang diperbuat. Rangkaian bulu ayam itu dicacak serta diikat di atas sekeping kertas tebal atau sekeping getah yang berukuran dua inci garis pusat. Permainan ini ialah menyepak bulu ayam itu ke atas, seberapa kali yang dapat tanpa jatuh ke tanah.

16

KUMPULAN SNOPY TAHUN 6 BESTARI

Sepak Raga Ratus Merupakan jenis permainan Laman. Tujuan permainan ialah untuk menimbang bola. Bilangan pemain ialah beberapa pasukan atau lima (5) orang seregu sepasukan. Alatan yang digunakan di dalam permainan ini ialah Bola raga. Gelanggangnya adalah permukaan rata, dibina lengkang bulatan bergaris pusat tiga (3) meter.

Sorok-Sorok Permainan ini merupakan permainan masa lapang. Di sesetengah tempat ia dipanggil dengan nama 'main ibu' atau 'main induk'. Permainan sorok-sorok dilakukan oleh sekurang-kurangnya dua orang dan selebih-lebihnya sepuluh orang. Ia lebih sesuai dimainkan oleh kanak-kanak lelaki. Namuin demikian, ada juga kumpulan kanakkanak perempuan yang bermain sorok-sorok sesama mereka. Tujuan permainan ini

17

KUMPULAN SNOPY TAHUN 6 BESTARI

adalalah untuk mencari pemain-pemain yang menyorokkan diri di sesuatu tempat.

Tating Lawi Merupakan jenis permainan Laman. Tujuan permainan ialah untuk menating bola lawi. Bilangan pemain ialah beberapa pasukan atau satu (1) orang sepasukan. Alatan yang digunakan di dalam permainan ini ialah Bola lawi. Gelanggangnya adalah Permukaan rata.

18

KUMPULAN SNOPY TAHUN 6 BESTARI

2.2 SUKAN PERMAINAN DALAMAN, LUAR DAN LASAK (EKSTRIM): PADANG, AIR DAN BALAPAN 2.2.1 SUKAN PERMAINAN DALAMAN (INDOOR GAMES)

Futsal Futsal ialah salah satu daripada sukan versi bolasepak yang diiktiraf oleh FIFA (Federal International of Football Association). Perkataan Futsal berasal daripada Portugis (futebol de Salao) dan Sepanyol (futbol sala) yang mana kedua-duanya membawa maksud hall football.

Futsal dimainkan oleh dua pasukan yang mengandungi lima orang pemain, termasuk penjaga gol. Setiap pasukan boleh mempunyai sebilangan pemain gantian. Gelanggang futsal dibatasi dengan garisan dan jaring. Peraturan FIFA telah menarik minat orang ramai kepada permainan futsal ini. Kebanyakkan negara mempromosikan sukan futsal ini sebagai sukan tidak formal yang membentuk pasukan lima-sebelah.

Futsal

19

KUMPULAN SNOPY TAHUN 6 BESTARI

Gimnastik Gimnastik adalah merupakan jenis sukan terakhir yang ditekankan di dalam sukan teras Negara.Sukan ini biasanya hanya disertai oleh golongan remaja yang berusia di dalam lingkungan belasan tahun. Seperti acara sukan yang lain, sukan ini juga dilakukan secara individu ataupun berpasukan.Dari segi pemarkahan pula,ianya adalah subjektif di mana jumlah markah adalah berdasarkan kepada penilaian pengadil.

Antara tokoh di dalam sukan ini ialah puteri gimnas Negara 2004 Duratun Nashihin Rosli yang banyak menyumbag emas kepada Negara di peringkat antarabangsa terutama sukan Sea. Kejayaan manis Negara dalam acara sukan gimnas adalah pada sukan komenwel 1998 apabila meraih satu emas dalam acara gimnas berirama berpasukan.

Selain itu aktiviti yang berkaitan sukan juga banyak telah mengharumkan nama Negara. Antara nama nama tersebut seperti Datuk Azhar Mansur,perahu layar yang mengelilingi dunia secara solo, Datuk Malik maiden, renang yang mana merentasi Selat Inggeris. Indivividu-individu ini telah menyahut cabaran Malaysia Bileh dan telah menaikan nama Malaysia di peringkat dunia.

Salah satu aksi menarik dalam sukan gimnastik

20

KUMPULAN SNOPY TAHUN 6 BESTARI

Renang Seperti mana olahraga,sukan renang juga terdiri daripada beberapa acara di dalamnya seperti acara 100 meter renang gaya bebas,gaya kuak lentang serta acara terjun papan anjal ataupun platform. Sukan renang ini boleh secara individu,kuartet ataupun berpasangan mengikut jenis acara yang mereka sertai.

Lee Mun Yee,Daniel Bego,Alex Lim,Daniel Bego dan Brian Nickson Lomas adalah merupakan tokoh di dalam acara renang. Malaysia juga telah melahirkan ratu renang Negara yang boleh dikatogerikan lagenda iaitu Nurul Huda Bahrain yang pernah memungut lapan pingat emas di sukan Sea Kuala Lumpur 1989.

Nurul Huda memenangi acara renang pada Sukan SEA 1989.

Skuasy Skuasy adalah merupakan acara sukan terbaru yang berjaya menaikkan nama Negara kita di persada antarabangsa. Sukan ini dimainkan oleh dua orang pemain perseorangan. Mata bagi permainan ini ialah setakat 11 mata dan akan dimainkan dalam beberapa set.

21

KUMPULAN SNOPY TAHUN 6 BESTARI

Pencapaian negara kita di dalam sukan ini memang cemerlang di mana contohnya Nicole Ann David telah berjaya mencipta sejarah menjadi pemain nombor satu dunia setelah berjaya memenangi beberapa kejohanan utama pada tahun ini. Antaranya ialah kejohanan Terbuka Malaysia, menjadi wanita pertama Asia memenangi terbuka British dan terbaru memenangi kejuaraan dunia di Hong Kong. Antara anak watan Malaysia yang berjaya di dalam sukan ini ialah Nicole Ann David dan juga Kenneth Low.

Nicol Ann David melangkah penuh bergaya dalam set setiap perlawanan skuasy.

Bowling Sukan Bowlingjuga merupakan antara sukan yang popular di negara kita. Sukan ini boleh dimainkan sama ada secara perseorangan atau pun secara berpasukan yang terdiri daripada empat dan tiga orang(trio).

Sukan ini juga sememangnya telah menjadi pengharum nama Negara di mana atlitatlit negara telah pun berjaya mendapat pingat untuk Negara kita di kejohanan antarabangsa seperti di sukan Asia, Komenwel dan sukan Sea. Kejayaan paling manis bagi kontijen Bowling Negara ialah meraih dua emas di sukan Asia di Busan.Tokoh di

22

KUMPULAN SNOPY TAHUN 6 BESTARI

dalam permainan ini ialah seperti Shalin Zulkifli yang bakatnya talah pun diasuh semenjak kecil lagi.

Bowling

Badminton Selain daripada bolasepak,sukan badminton juga adalah merupakan jenis sukan yang boleh dikategorikan sebagai sukan tradisi yangdimainkan di Negara kita. Boleh dikatakan Malaysia antara kuasa Badminton dunia yang setanding dengan nama-nama besar dalam sukan ini seperti China, Indonesia dan Korea.

Sukan ini dimainkan oleh dua orang pemain bagi permainan perseorangan dan empat orang bagi permainan beregu.Pengadil bagi sukan ini pula dinamakan

umpire.Manakala garisan gelanggan akan dijaga oleh empat orang yang di namakan penjaga garisan.Jumlah mata bagi acara lelaki ialah 15,manakala bagi acara perempuan pula ialah 11 mata.Adakalanya ianya akan dilanjutkan mata iaitu

23

KUMPULAN SNOPY TAHUN 6 BESTARI

deuce.Terdapat dua set bagi setiap perlawanan dan ianya akan berlanjutan ke set ketiga jika jika kedua-dua belah pihak sama-sama memenangi setiap satu set. Sukan ini sememangnya telah menjadi pengharum kepada nama negara kita sejak dahulu lagi.Negara kita telah memenangi beberapa kejohanan yang berprestij di dunia seperti Piala Thomas dan juga pingat perak di Sukan Olimpik, emas di sukan Asia dan juga Sukan Sea.

Ada beberapa nama besar di dalam sukan ini.Antaranya ialah adik-beradik Sidek iaitu Jalani,Misbun,Razif dan Rashid.Sekarang ini juga terdapat beberapa orang pemain muda yang sedang meningkat naik seperti Lee Chong Wei dan Hafiz Hashim.

Badminton

Ping Pong Ping Pong mula diperkenalkan di England diakhir tahun 1800an. Pada awalnya sukan ini juga dikenali sebagai gossima, flim-falm atau ping-pong.

24

KUMPULAN SNOPY TAHUN 6 BESTARI

Sukan ini telah hilang kepopularannya sehinggalah beberapa kumpulan sekitar Eropah menamakanya semula sebagai table tennis dalam tahun 1920an. Tidak lama kemudian, sukan ini semakin popular sehinggalah ke Jepun dan negara Asia yang lain.

Negara Jepun telah mendominasi sukan ini sekitar tahun 50an dan 60an, kemudian China juga menyertainya. Dalam tahun 1980an sukan ini telah menjadi salah satu sukan yang dipertandingkan dalam sukan Olimpik dan negara-negara lain seperti Sweden and Korea Selatan juga menyertainya sebagai pasukan pilihan.

Ping pong permainan yang memerlukan stamina yang kuat

Foosball Ia mengandungi 8 rod dan pepatung table soccer dengan sebiji bola bersama-sama dengan beberapa pemegang. Terdapat dua goal dikedua-dua penamat. Setiap pemain menggunakan pemegang yang disediakan untuk menggerakkan orang/pemain dan cuba untuk menjaringkan goal yang terletak dipihak lawan.

25

KUMPULAN SNOPY TAHUN 6 BESTARI

Bola Keranjang Bola Keranjang merupakan sukan yang popular masakini. Ianya merupakan sukan dimana dua pasukan yang mengandungi lima pemain dalam satu pasukan cuba mendapatkan mata dengan memasukkan bola ke dalam jaring lawan masing-masing.

Disruptive physical contact (foul) adalah tidak dibenarkan dan terdapat beberapa
peraturan yang mesti dipatuhi dalam penghantaran bola kepada rakan sepasukan (violations). Bola keranjang telah berkembang kepada pengunaan teknik shooting, penghantaran, dribbling dan sebagainya.

26

KUMPULAN SNOPY TAHUN 6 BESTARI

Karom Karom merupakan salah satu sukan tabletop. Ianya sesuai dimainkan tatkala berada dirumah dan sesuai kepada peringkat umur kanak-kanak hinggalah kepada peringkat dewasa. Ianya amat mudah untuk dimainkan. Permainan ini dimainkan diatas sekeping papan lacquered yang biasanya berukuran 29 inci persegi. Tujuan permainan ini adalah untuk memasukkan sembilan carrommen kedalam lawan masing-masing.

Dart Dart ialah sejenis permainan yang telah wujud sejak lama dahulu. Ia merupakan permainan yang popular yang mengutarakan percantuman bakat, skill dan nasib. Dart berasal dari Longbow, England. Set-up papan dart ini agak mudah, tetapi peraturannya agak ketat supaya keselarasan boleh di buat dengan lebih terperinci. Keselamatan adalah penting dalam permainan darts kerana ianya boleh

merbahayakan sekiranya tidak dikendalikan dengan baik.

27

KUMPULAN SNOPY TAHUN 6 BESTARI

Billiards

Billiards/Pool merupakan sukan indoor yang dimainkan diatas meja menggunakan


sebatang kayu atau cue stick. Ianya digunakan untuk menggerakkan bola disekeliling meja tersebut dan dimasukkan kedalam lubang-lubang yang disediakan untuk memperolehi mata yang tertentu.

Billiard berasal daripada perkataan Perancis billart yang bermaksud kayu, secara praktikalnya sama dengan sukan golf. Pool datang dari perkataan poolrooms dimana orang-orang berjudi secara off- trek dalam lumba kuda. Oleh kerana biasanya rooms yang digunakan menggunakan meja billiards, maka pool menjadi sinonim dengan billiard. Kini istilah pool and billiard pocket digunakan secara meluas dan ianya merujuk kepada perkara yang sama.

28

KUMPULAN SNOPY TAHUN 6 BESTARI

2.2.2 SUKAN PERMAINAN LUAR ( OUTDOOR GAMES)

Hoki Hoki adalah merupakan acara sukan yang dimainkan secara berpasukan dan memerlukan kerjasama secara berpasukan yang kuat.Ianya terdiri daripada beberapa orang pemain yang bermain di setiap bahagian seperti penjaga gol,pertahanan,tengah dan penyerang.Selain itu,permainan hoki juga memerlukan kayu hoki dan bolanya sendiri. Dari segi pencapaian pula,pasukan Negara kita adalah merupakan negara yang agak sederhana jika dibandingkan dengan negara-negara lain seperti India dan Pakistan. Tokoh di dalam sukan hoki bagi negara kita ialah S.Kuhan dan juga Minarwan Nawawi.

Hoki permainan yang menguji daya kekuatan fizikal

Olahraga Olahraga adalah merupakan sukan yang mana di dalamnya terdapat beberapa lagi acara sukan seperti acara larian 100 meter,200 meter,110 meter berpagar, lompat jauh,lempar cekera,lompat kijang,lontar peluru,dan lompat tinggi. Sukan olahraga adalah dilakukan secara perseorangan dan peraturan dari setiap acara adalah berbeza dari acara lain.

29

KUMPULAN SNOPY TAHUN 6 BESTARI

Olahraga juga telah memberikan sumbangan yang membanggakan kepada pasukan olahraga Negara.Sejak dari dahulu lagi,negara kita telah pun berjaya menjadi kuasa besar di dalam sesetengah acara seperti acara lompat pagar 110 meter di mana negara kita telah pun berjaya mendominasi acara tersebut sejak Nur Herman Majid. Tidak lupa juga atlet 100 meter Negara yang pernah mendominasi acara ini di peringkat asia seperti datuk Dr. M Jagatnesen dan Rabuan Pit.

Lumba lari berpagar salah satu jenis permainan ini

Bola Sepak Bola sepak adalah merupakan sukan yang paling digemari di Negara kita dan juga di dunia. Justeru itu,tidak hairanlah sukan bola sepak mempunyai peminat yang ramai iaitu dari golongan kanak-kanak hinggalah kepada warga emas. Sukan bola sepak adalah dimainkan oleh 11 orang bagi setiap pasukan. Terdapat beberapa posisi yang digunakan di dalam sukan ini, iaitu, penjaga gol, pemain pertahanan, pemain tengah dan juga penyerang. Jumlah pemain di setiap posisi adalah bergantung kepada strategi yang digunakan oleh setiap pasukan. Contohnya ialah 4-4-2 yang bermakna empat orang pemain pertahanan,empat orang pemain tengah dan dua orang penyerang. Setiap pasukan akan diuruskan oleh seorang pengurus dan juga jurulatih.

30

KUMPULAN SNOPY TAHUN 6 BESTARI

Di Malaysia kita mempunyai liga tempatan untuk memeriahkan lagi bolasepak tanahair yang dikenali liga Super,liga premier 1 dan 2 yang disertai oleh pasukan negeri-negeri dan juga kelab. Antara piala yang diperkenalkan oleh FAM ialah seperti Piala liga Super dan Primier, piala Sumbangsih, dan piala FA. Sejarah sistem liga di Negara ini bermula apabila FAM mula memperkenalkan liga semi Pro pada tahun 1990.

Pencapaian pasukan kebangsaan kita pada masa sekarang dalam sukan bola sepak agak kurang membanggakan jika dibandingkan dengan pencapaian pasukan era 70-an dan 80-an di mana kita pernah melayakkan diri ke sukan Olimpik. Pada temasya Sukan SEA yang lepas iaitu di Filipina, Negara kita cuma mampu meraih pingat gangsa serta cuma berada di tangga kelima di kalangan Negara ASEAN. Terdapat beberapa orang tokoh di dalam sukan ini yang cukup disegani seperti Allahyarham Mokhtar Dahari, Hassan Sani dan juga Santokh sigh.Malah terdapat di antara pemain-pemain pada era tersebut yang telah menjadi jurulatih yang di segani di Negara kita seperti Dollah Salleh dan juga Zainal Abidin Hassan.

Sukan Bola Sepak sememangnya mempunyai peminatnya tersendiri

31

KUMPULAN SNOPY TAHUN 6 BESTARI

Ragbi Ragbi dikatakan "a fast-paced, evergrowing game". Dimainkan oleh dua pasukan, pemain dari setiap pasukan akan mencuba skor dengan cara menyepak, melontar, atau membawa bola sehingga mereka boleh menyepak untuk melepasi gol lawan atau menyentuh di belakang garisan lawan. Pasukan yang memungut mata paling banyak maka pasukan itu yang akan diisytiharkan menang bagi perlawanan ini.

Ramai mengenali ragbi adalah salah satu sukan yang kasar dan lasak. Namun, ianya adalah salah satu sukan yang membentuk keperibadian dan disiplin seseorang. Ramai juga beranggapan sukan ragbi adalah untuk lelaki sejati sahaja. Untuk bermain ragbi, setiap pasukan perlu mempunyai seramai 15 orang pemain. Tetapi untuk masa sekarang, permainan ragbi 7 dan 10 sebelah semakin meningkat popular. Terdapat dua kumpulan pemain. Kumpulan pertama dipanggil "forwards" yang terdiri daripada lapan pemain. Kumpulan kedua pula dipanggil "queus" yang terdiri daripada tujuh orang pemain.

Ragbi

(Sumber gambar: AP)

32

KUMPULAN SNOPY TAHUN 6 BESTARI

Tenis Tenis adalah sebuah permainan yang menggunakan raket dan bola dan dimainkan di sebuah gelanggang yang dibahagi dua oleh sebuah jaring. Kategori bagi pertandingan biasanya termasuk perseorangan lelaki, perseorangan wanita, beregu(di mana dua pemain yang sama jantina bermain), serta beregu campuran. Terdapat juga

pertandingan untuk orang kurang upaya. Dalam empat pertandingan 'grand slam' hanya 128 peserta akan bertanding.

Sukan Tenis banyak melahirkan bintang-bintang sukan terkemuka dunia.

33

KUMPULAN SNOPY TAHUN 6 BESTARI

2.2.3 SUKAN SUKAN LASAK (EKSTRIM)

Go-Kart Sukan go-kart bukanlah satu perkara baru dalam arena sukan di negara kita. Sukan ini tidak lagi terpinggir malah semakin hari pelbagai perubahan dilakukan bagi meninggikan lagi mutu penciptaannya di samping memenuhi saingan perlumbaan gokart yang semakin mencabar. Namun begitu, dalam merekabentuk sebuah go-kart yang lebih murah dan mudah ternyata Malaysia masih lagi ketinggalan. Rekabentuk go-kart yang akan direka ini adalah salah satu usaha bagi melihat kemampuan generasi rakan muda abad 21 di setiap Institut Pengajian Tinggi di negara kita dalam menghasilkan sebuah prototaip go-kart yang mempunyai rekabentuk tersendiri yang mesti memenuhi setiap syarat yang telah di gariskan oleh pihak penganjur.

Prototaip go-kart yang dibina ini bukan sekadar untuk kegiatan riadah tetapi untuk dijadikan asas kepada perlumbaan sukan bermotor. Proses pembuatan prototaip gokart ini mempunyai pelbagai proses sebelum sebuah prototaip yang dikehendaki itu dicipta. Beberapa aspek perlu diambil kira antaranya adalah penyediaan methodologi rekabentuk berdasarkan pertandingan rekabentuk terkini yang sedia ada di pasaran. Perbandingan ini adalah berkaitan dengan rekabentuk dan pembinaan rekabentuk itu sendiri. Seterusnya pemasangan , pengubahsuaian, ujipandu serta pengubahsuaian semula perlu dilakukan sebelum ciri-ciri kesempurnaan sebuah go-kart yang sebenar dihasilkan.

34

KUMPULAN SNOPY TAHUN 6 BESTARI

Go Kart semakin menjadi tarikan kepada golongan remaja.

Terjun Bungee Ia juga dikenali sebagai Bungee, Bungy, Bunjee, Le Benji or Suicide Practice dan ianya semakin digemari dewasa ini, khususnya para belia. Perkataan bungee mula diperkenalkan sekitar tahun 1930 dan nama tersebut digunakan untuk getah pemadam. Menurut A.J Hackett, Bungee ialah slanga orang New Zealand untuk tali elastik.

Meskipun bahaya besar boleh dihadapi dalam terjunan yang terlalu tinggi tersebut, beberapa juta penerjun bungee telah berjaya dalam aktiviti tersebut sejak tahun 1980an lagi.

Malangnya kadar eksiden dalam sukan lasak ini terlalu tinggi dan amat mengerikan. Salah satu kesilapan yang sering mengakibatkan kemalangan ialah menggunakan tali yang terlalu panjang. Tali hendaklah lebih pendek daripada ketinggian platform untuk memberi ruang kepada tali untuk meregang dan menjadikan penerjunan selamat.

35

KUMPULAN SNOPY TAHUN 6 BESTARI

Terjun Bungee aktiviti lasak yang mencabar

Paintball Paintball ialah sejenis sukan dimana para pesertanya menggunakan marker untuk menembak paintball (saiz guli, .68 caliber, kapsul gelatin yang dipenuhi dengan cat berwarna kepada pemain yang lain. Sukan ini diperkenalkan pada tahun 1980an dan menjadi terkenal begitu cepat sekali

Sukan ini boleh dimainkan secara indoor atau outdoor dalam pelbagai stail. Tidak ada peraturan tertentu dalam permainan ini. Ianya terpulang kepada objektif, strategi dan daya imaginasi para pemain itu sendiri. Sukan ini menggunakan banyak jenis peralatan dan unik jika dibandingkan dengan sukan lasak yang kain. Malahan ianya menggunakan slanga yang tersendiri dalam berkomunikasi diantara pemain. Bertentangan dengan sesetengah pendapat, paintball merupakan salah satu sukan yang paling selamat dan hanya dimainkan oleh mereka yang mempunyai pelbagai kemahiran.

36

KUMPULAN SNOPY TAHUN 6 BESTARI

Paintball merupakan sukan yang makin diminati pada masa kini.

37

KUMPULAN SNOPY TAHUN 6 BESTARI

RUJUKAN

Allen Guttmann, Women's Sports: A History, Columbia University Press 1992

Allen Guttmann, Games and Empires: Modern Sports and Cultural Imperialism, Columbia Univ Press, 1996

Gleyse, Jacques (1995, reed. 2006). Archologie de l'Education physique au XXe

sicle en France, Paris: P.U.F.

Gleyse, Jacques (1997.). L'Instrumentalisation du corps. Une archologie de la

rationalisation instrumentale du corps de l'Age Classique l'poque hypermoderne, Paris, Montral: L'harmattan.

Mangan, J.A. (1996). Militarism, Sport, Europe: War Without Weapons, Routledge.

Martin Polley, 'Sports History: a practical guide', Palgrave, 2007.

Scott A.G.M. Crawford (Hrg.), Serious sport : J.A. Mangan's contribution to the

history of sport, Portland, OR : Frank Cass, 2004

The new American sport history : recent approaches and perspectives, ed. by
S.W. Pope, Urbana [u.a.] : Univ. of Illinois Press, 1997

38

KUMPULAN SNOPY TAHUN 6 BESTARI

http://www.kbs.gov.my/

http://www.sabah.gov.my/kkbs/

http://pmr.penerangan.gov.my http://pdtjerantut.pahang.gov.my/index.php?option=com_content&view=article& id=98&Itemid=155&lang=bm

39

You might also like