You are on page 1of 10

http://abubakar69.blogspot.com/2010/01/alat-artikulasi.

html

Alat Artikulasi
1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Alat tutur atau alat artikulasi merupakan alat-alat yang memainkan peranan amat penting dalam
mengeluarkan atau menghasilkan bunyi bahasa. Alat-alat ini adalah terdiri daripada bibir atas
dan bibir bawah, hujung lidah, hadapan lidah, belakang lidah, gusi, batas gusi, lelangit keras,
lelangit lembut dan pita suara.

Kesemua alat-alat yang dinyatakan di atas berIungsi bagi menghasilkan bunyi bahasa ( vokal,
konsonan, dan diItong ) yang dilabelkan mengikut alat dan daerah pengeluaran yang terlibat.
Tegasnya bunyi bahasa merupakan bunyi-bunyi yang berIungsi di dalam pertuturan.

Bunyi-bunyi bukan bahasa pula adalah bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat tutur (
artikulasi ) manusia tetapi masih belum dapat dianggap sebagai bunyi salah satu bahasa di dunia
ini. Contoh-contoh bukan bunyi bahasa ialah bunyi batuk, bunyi siulan, bunyi orang berdehem,
tiruan kepada bunyi-bunyi binatang, sendawa, mendengkur, bunyi orang kedinginan ( menggigil
) dan sebagainya.


1.2 ObjektiI

Kajian kertas kerja ini akan memperincikan beberapa objektiI seperti berikut :
a) Mengetahui alat-alat tutur ( artikulasi ).
b) Menyatakan peranan alat-alat tutur ( artikulasi ) dan gambar rajah dalam menghasilkan bunyi
bahasa Melayu dari segi vokal dan konsonannya dan yang dilabelkan mengikut alat dan daerah
pengeluaran yang terlibat.

1.3 Kaedah

Kaedah yang diguna pakai di dalam menyiapkan kertas kerja ini ialah dengan
menggunakan kaedah kepustakaan. Beberapa buah buku, majalah, jurnal, artikel telah digunakan
sebagai bahan rujukan dan panduan semasa menyusun atur tugasan yang diberikan ini. Segala
bahan yang diperolehi daripada pelbagai sumber telah dianalisis dan disusun atur mengikut
kesesuaian untuk dikelaskan serta dikategorikan di bawah sub-topik.

1.4 Batasan Kajian

Dalam penulisan kertas kerja ini penulis telah mengambil kira beberapa batasan, untuk
memastikan bahawa kajian tidak terpesong dari batasan-batasan yang telah ditetapkan. Dalam
hal ini penulis menumpukan kajian tentang alat tutur ( artikulasi ) dan peranannya dalam
mengeluarkan bunyi bahasa terutamanya dari segi pengeluaran bunyi vokal dan konsonan bahasa
Melayu.

1.5 DeIinisi Konsep

Dalam kertas kerja ini, penulis ingin menjelaskan pengertian deIinisi berkaitan
dengan tajuk yang dikaji. Menurut Kamus Dewan, alat membawa maksud bahagian tubuh
manusia yang mengerjakan sesuatu atau organ ( 1998 : 27 ). Tutur pula bererti apa yang
diucapkan, kata, perkataan atau ucapan ( 1998 : 1502 ). Manakala peranannya menjelaskan
maksud mempunyai peranan, tugas, Iungsi atau memainkan sesuatu peranan ( 1998 : 1011 ).
Dalam pula menjelaskan tentang antara, bahagian atau yang berkaitan dengan atau terbatas pada
lingkungan sesuatu ( 1998 : 264 ). Pengeluaran pula membawa maksud perihal mengeluarkan,
usaha ( proses ) menghasilkan, atau penghasilan (1998:620 ). Bunyi mengikut Kamus Dewan
merupakan sesuatu yang kedengaran atau dapat di dengar ( 1998 : 191 ).

Manakala bahasa ialah satu sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan
dalam lingkungan satu kelompok manusia iaitu antara seorang individu dengan individu yang
lain ( 1998 : 87 ). Melayu pula menjelaskan maksud nama suatu bangsa dan bahasa ( terutama di
Semenanjung Malaysia ) ( 1998 : 874 )
Jelaslah sudah bahawa deIinisi berkaitan tajuk ini ialah membincangkan bahagian- bahagian alat
artikulasi pada tubuh manusia dan seterusnya menyatakan peranan alat-alat tersebut sewaktu atau
dalam menghasilkan bunyi bahasa.
2.0 ALAT TUTUR ( ARTIKULASI )

Seperti mana yang kita ketahui bahawa bunyi bahasa terjadi jika udara mengalami
halangan atau hambatan pada alat-alat artikulasi. Secara terperinci bahagian-bahagian tubuh
yang ikut menentukan baik secara langsung ataupun tidak langsung dalam hal terjadinya bunyi
bahasa itu adalah alat artikulasi. Alat tutur ( artikulasi ) atau disebut juga artikulator yang
berIungsi dalam penghasilan bunyi-bunyi bahasa terdiri daripada alat-alat yang berikut:

i. Paru-paru ( lungs ).
ii. Batang tenggorok ( trachea ).
iii. Pangkal tenggorok ( larynkx ).
iv. Pita-pita suara ( vocal cord ).
v. krikoid ( cricoid ).
vi. Tiroid ( throid ) atau halekum.
vii. Aritenoid ( arythenoids ).
viii. Dinding rongga kerongkong ( wall oI pharynx ).
ix. Epiglotis ( epiglottis ).
x. Akar lidah ( root oI the tongue ).
xi. Akar lidah, lidah belakang, pangkal lidah ( hump, back oI tongue, dorsum ).
xii. Tengah lidah ( middle oI the tongue, medium ).
xiii. Daun lidah ( blade oI the tongue, lamina ).
xiv. Hujung lidah ( tip oI the tongue, apex ).
xv. Anak tekak ( uvula ).
xvi. Langit-langit lembut ( soIt palate, velum ).
xvii. Langit-langit keras ( hard palate, palatum ).
xviii. Gusi dalam, gusi belakang, ceruk gigi, lengkung kaki gigi alveola, ( alveolum ).
xix. Gigi atas ( upper teeth, deria ).
xx. Gigi bawah ( lower teeth, denta ).
xxi. Bibir atas ( upper lip, labia ).
xxii. Bibir bawah ( lower lip, labia ).
xxiii. mulut ( mouth ).
xxiv. Rongga mulut ( oral cavity, mouth cavity ).
xxv. Rongga hidung ( nose cavity, nasal cavity ).
xxvi.
Rajah 1 : Alat-alat yang Mengeluarkan Bunyi Bahasa Melayu








2.1 PERANAN ALAT TUTUR DALAM PENGELUARAN BUNYI BAHASA

Manusia yang dilahirkan ke dunia biasanya amat sempurna kejadiannya. Salah satu anugerah
yang ada pada manusia ialah mereka dilengkapi dengan alat-alat yang berkaitan dengan
penghasilan bunyi. Dalam hal ini, ia melibatkan aspek alat tutur dan peranannya dalam
pengeluaran bunyi yang mana kita boleh bahagikan kepada tiga, iaitu :
1) alat bahagian dalam tubuh
2) alat artikulasi
3) daerah artikulasi

3.1. Alat Bahagian Dalam Tubuh

3.1.1. Paru-paru

Paru-paru adalah organ yang bertanggungjawab menyedut udara dan mengepam
udara keluar yang seterusnya menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Kebanyakan bunyi yang
dihasilkan adalah proses daripada pengepaman keluar udara dari paru-paru. Kualiti bunyi yang
dihasilkan bergantung pada proses pengembangan dan pengucupan paru-paru. Lazimnya, apabila
kita bercakap, udara yang disedut masuk ke dalam paru-paru tidaklah sama banyak seperti kita
bernaIas biasa.


3.1.2 Trakea
Ia merupakan saluran udara di antara larinks dan paru-paru. Alat ini
membolehkan laluan udara dari rongga hidung dan mulut masuk paru-paru, dan keluar kembali.
Udara yang keluar dari paru-paru inilah yang dimanipulasi oleh alat dan daerah artikulasi bagi
menghasilkan bunyi.

3.1.3 Larinks

Organ ini pula adalah bahagian pipa mengandungi tisu yang dinamakan pita
suara. Ini adalah alat yang terlibat dalam menghasilkan semua suara.

3.1.4 Pita Suara

Organ ini terdiri daripada dua keping tisu nipis yang dipanggil pita suara. Dua
keping ini dapat dirapatkan menjadi tertutup rapat dan direnggangkan menjadi terbuka luas.
Apabila pita suara ini dibiarkan terbuka luas, udara akan keluar dengan cepat. Apabila pita suara
ini dirapatkan, saluran udara menyempit. Ini menyebabkan udara keluar menghasilkan bunyi
seperti apabila kita melaIazkan bunyi awal kata habis dalam bahasa Melayu. Manakala apabila
dirapatkan hingga tertutup, iaitu sehingga tisu pita suara ini menyentuh satu sama lain, maka
udara yang melaluinya menyebabkan ia bergetar.
Tinggi rendah kelangsingan bergantung pada bagaiman pita suara ini diubah suai. Ruang di
antara pita-pita suara ini dinamakan glottis. Di kawasan inilah terhasilnya bunyi hentian glottis.
3.1.5 Kotak suara

Kotak suara merupakan tempat letaknya pita suara. Ia terdiri daripada beberapa
Keping tulang rawan pada bahagian luarnya. Bahagian ini juga dikenali sebagai halkum. Fungsi
kotak suara boleh dipecahkan kepada dua, iaitu Iungsi biologi dan Iungsi bahasa. Fungsi
biologinya ialah bagi melindungi paru-paru dengan menahan butir-butir makanan dan juga cecair
daripada memasuki trakea. Sementara Iungsi bahasa, ia menghasilkan bunyi-bunyi bahasa
mengikut kedudukan posisinya yang diubah suai.

3.1.6 Epiglotis

Epiglotis ialah tisu yang terletak di belakang lidah dan di depan pintu masuk ke
larinks. Ia tidak mempunyai Iungsi menghasilkan bunyi. Epiglotis hanya memberikan laluan
kepada udara melalui larinks dan semua sistem pernaIasan yang lain.

3.1.7 Farinks
Alat ini adalah pipa yang membentuk kerongkong yang menghubungkan larinks
dengan bahagian atas rongga tekak, anak tekak, dan rongga hidung.

3.2 Alat-alat Artikulasi

Alat artikulasi merupakan alat yang digunakan bagi menghasilkan bunyi. Alat-alat
ini adalah bibir atas dan bawah, hujung lidah, hadapan lidah, belakang lidah, gusi, batas gusi,
lelangit keras, lelalangit lembut, dan pita suara. Alat ini dapat kita bahagi kepada dua, iaitu yang
aktiI dan pasiI. Alat artikulasi aktiI adalah alat yang boleh digerakkan manakala yang pasiI pula
adalah sebaliknya. Antara alat artikulasi aktiI ialah lidah, lelangit lembut dan gigi bawah.

3.2.1 Lidah

Lidah merupakan alat yang paling aktiI dalam menghasilkan bunyi bahasa. Lidah
terbahagi kepada hujung lidah, depan lidah dan belakang lidah. Hujung lidah dapat digerakkan
ke depan dan ke belakang bagi menghasilkan bunyi. Depan lidah pula boleh diangkat ke atas
menyentuh lelangit keras, dan belakang lidah ( akar lidah ) boleh diangkat menyentuh lelangit
lembut.

3.2.2 Bibir

Bibir merupakan alat artikulasi yang terletak di bahagian luar rongga mulut yang
boleh berIungsi menyekat perjalanan udara. Ia terdiri daripada otot-otot yang kenyal yang boleh
dihampar dan dibundarkan.

Apabila membunyikan bunyi | i | misalnya keadaannya menjadi terhampar, sebaliknya apabila
membunyikan bunyi | u | bibir menjadi bundar. Bibir juga berIungsi dalam membuat sekatan
kepada udara yang keluar daripada rongga mulut. Untuk membunyikan bunyi | m | misalnya,
udara disekat di bibir.

3.2.3 Gigi

Gigi juga mempunyai peranan di dalam penghasilan bunyi-bunyi bahasa tetapi
peranannya tidaklah begitu aktiI. Bahagian ini tidak boleh digerak-gerakkan dan Iungsinya ialah
menahan udara daripada terus keluar dengan bebas dari rongga mulut. Dalam penyebutan bunyi-
bunyi | |, | j |, | c | dan | | gigi turut sama berperanan , iaitu sebagai daerah penyebutan.

3.2.4 Lelangit

Lelangit dapat dibahagi kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras dan lelangit
lembut. Lelangit keras terletak di antara gusi dan lelangit lembut. Lelangit keras ini juga
berIungsi sebagai daerah artikulasi dalam pengeluaran bunyi-bunyi. Sementara lelangit lembut
pula terletak ke dalam sedikit, iaitu selepas lelangit keras dan sebelum anak tekak. Lelangit
lembut boleh diturunnaikkan. Apabila ia diturunkan, rongga mulut akan tertutup dan udara akan
keluar melalui rongga hidung. Dengan demikian alat ini amat penting untuk menentukan sama
ada bunyi yang dikeluarkan itu bunyi sengau atau tidak.
Apabila lelangit lembut diturunkan, bunyi yang keluar adalah bunyi sengau dan kalau dinaikkan
bunyi yang keluar bukanlah bunyi sengau.

3.2.5 Gusi

Gusi adalah alat pertuturan yang letaknya di antara gigi dan lelangit keras.
Keadaannya cembung dan ia berIungsi sebagai daerah artikulasi, iaitu daerah penyebutan. Gusi
berperanan dalam pengeluaran bunyi-bunyi seperti | t |, | d |, | l | dan sebagainya dengan
bantuan hujung lidah yang berIungsi membuat penyekatan.

3.2.6 Rongga

Sebagaimana yang dapat digambarkan oleh gambarajah, rongga terbahagi kepada
tiga, iaitu rongga mulut, rongga hidung dan rongga tekak. Rongga merupakan bahagian lapang
yang menjadi tempat lalunya udara yang keluar dari paru-paru. Rongga tekak bermula daripada
bahagian di sebelah atas selepas pita suara hinggalah ke bahagian anak tekak.

Rongga mulut pula bermula dari ruang di hadapan belakang lidah membawa kepada bahagian
bibir ( sebelah dalam ) sementara rongga hidung bermula dari bahagian di belakang anak tekak
hinggalah ke hidung. Rongga tekak dan rongga hidung boleh di buka atau ditutup, bergantung
kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan ataupun diturunkan.



3.2.7 Rahang

Rahang tidaklah begitu memainkan peranan yang teramat penting di dalam proses pengeluaran
bunyi-bunyi bahasa . Walau bagaimanapun kedudukannya adalah penting di dalam pembunyian
bunyi-bunyi vokal. Keadaan buka di antara kedua rahang ( rahang atas dan rahang bawah )
adalah sempit sewaktu membunyikan vokal-vokal | i | dan | u | dan terbuka luas sewaktu
membunyikan vokal | a | dan | |.

3.3 Daerah Artikulasi

Daerah artikulasi ialah kawasan tempat sentuhan alat artikulasi semasa
menghasilkan sesuatu bunyi. Pelbagai bunyi bahasa dapat dihasilkan apabila daerah sebutan dan
alat sebutan dimanipulasi. Alat artikulasi yang sama menghasilkan bunyi bahasa yang berlainan
apabila menyentuh daerah artikulasi yang berlainan.

Penamaan bunyi-bunyi bahasa adalah berdasarkan kepada cara sesuatu bunyi itu dihasilkan. Ini
melibatkan alat dan daerah yang disentuh oleh alat artikulasi tersebut. Sebagai contoh, jika
hujung lidah menyentuh bahagian belakang atas gusi dan lelangit lembut pula menyentuh rongga
belakang tekak, maka bunyi yang dihasilkan adalah bunyi | t |. Bunyi ini dilabelkan sebagai
letupan gusi tak bersuara kerana udara yang tersekat di belakang lidah dilepaskan secara serta-
merta dengan tidak menggetarkan pita suara. Dalam hal ini pita suara menentukan sama ada
bunyi yang dihasilkan itu diklasiIikasikan sebagai bersuara ataupun sebaliknya.
Jikalau pita suara bergetar maka bunyi yang dirujuk itu dikatakan bersuara sebaliknya pula jika
tidak bergetar maka bunyi yang dihasilkan itu dinamakan sebagai tak bersuara.

Apabila pada masa menghasilkan sesuatu bunyi itu terasa getaran yang berlaku, maka bunyi
tersebut diklasiIikasikan sebagai bunyi bersuara. Selain itu, cara lain yang boleh dilakukan ialah
meletakkan jari di dalam telinga, kemudian laIazkan bunyi bersuara, maka yang akan kedengaran
nanti adalah bunyi berdesir, atau dalam bahasa Inggeris dikatakan hissing dan buzzing. Ini
menunjukkan bahawa pita suara sedang bergetar.

4.0 Pengeluaran Bunyi Bahasa Melayu Dan Peranan Alat Tutur

Setelah membuat kajian penulis kertas kerja ini mendapati terdapat enam alat tutur penting di
dalam penghasilan bunyi bahasa iaitu paru-paru, larings, Iarings, epiglotis, rongga hidung dan
rongga mulut. Berikut dihuraikan organ-organ atau alat tutur bagi penghasilan bunyi bahasa
terutamanya bahasa Melayu dan peranananya dalam pengeluaran bunyi bahasa tersebut Melayu.

4.0.1 Proses Penghasilan Bunyi Vokal Hadapan Sempit | i |

Bagi menghasilkan bunyi vokal hadapan sempit proses berikut berlaku:
I. Bibir dihamparkan.
II. Depan lidah dinaikkan tinggi |setinggi mungkin kena gusi|
III. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar
melalui rongga hidung.
IV. Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar lalu getarkan pita suara.
V. Contoh bunyi bahasa yang dihasilkan dalam perkataan ialah :
Awal perkataan |ibu|
Tengah perkataan |bila|
Akhir perkataan |tali|












Rajah 2 : Peranan Alat Tutur Dalam Pengeluaran bunyi vokal | i | dalam Bahasa Melayu

4.0.2 Proses Penghasilan Bunyi Vokal Hadapan Separuh Sempit
(Separuh Tinggi) | e |
Bagi menghasilkan bunyi vokal hadapan separuh sempit proses berikut berlaku:
I. Bibir dihamparkan separuh sempit.
II. Depan lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah gusi.
III. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup hidung supaya udara tidak keluar melalui
rongga hidung.
IV. Bunyi yang dihasilkan ialah |e| contoh dalam perkataan:
Awal perkataan |ekor|
Tengah perkataan |leper|
Akhir perkataan |sate|











Rajah 3 : Peranan Alat Tutur Dalam Pengeluaran bunyi vokal | e | dalam Bahasa Melayu
4.0.3 Proses Penghasilan Bunyi Vokal Hadapan Luas (Rendah) | a |

Bagi menghasilkan bunyi vokal hadapan luas proses berikut berlaku:
I. Bibir dalam keadaan hampar.
II. Hadapan lidah diturunkan serendah mungkin.
III. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara dari paru-
paru tidak keluar melalui rongga hidung.
IV. Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke
rongga mulut.
V. Bunyi yang dihasilkan ialah |a| contoh dalam perkataan:
Awal perkataan |ajar|
Tengah perkataan |paku|
Akhir perkataan |kuda|









Rajah 4 : Peranan Alat Tutur Dalam Pengeluaran bunyi vokal | e | dalam Bahasa Melayu.
4.0.4 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan Bahasa Melayu letupan dua
bibir | p | dan | b |

Bagi menghasilkan bunyi vokal hadapan luas proses berikut berlaku:
I. Letupan ini terhasil apabila bibir atas dan bawah dirapatkan dan lelangit lembut merapat ke
dinding belakang rongga tekak.
II. Keadaan ini menyebabkan udara dari paru paru tertahan di dalam rongga mulut dan saluran
suara. Kemudian udara yang ditahan ini dilepaskan dengan serta merta.
III. Apabila udara tertahan yang dilepaskan itu keluar tanpa menggetarkan pita suara maka bunyi
yang dihasilkan itu adalah letupan bibir tak bersuara
| p |. Apabila pelepasan udara tersebut menggetarkan pita suara maka bunyi yang dihasilkan itu
adalah letupan bersuara | b |.
Contoh bunyi konsonan dalam bahasa Melayu :
Letupan dua bibir tak bersuara | p |
Awal perkataan |panjat|
Tengah perkataan |sepak|
Akhir perkataan |sedap|
Letupan dua bibir bersuara | b |
Awal perkataan |buku|
Tengah perkataan |tiba|
Akhir perkataan |sebab|









Rajah 5 : Peranan Alat Tutur Dalam Pengeluaran bunyi bunyi konsonan
| p | dan | b |
4.0.5 Konsonan letupan pita suara / glotis | |
I. Letupan pita suara ini dihasilkan apabila pita suara dirapatkan, dan keadaan ini menyebabkan
aliran udara terkumpul dan tertahan.
II. Apabila secara serta merta pita suara ini terbuka dan membebaskan udara, bunyi yang
dihasilkan itu dinamakan letupan pita suara | |.
III. Oleh sebab bunyi ini berlaku pada pita suara, bunyi ini tidak dapat dikatakan bunyi bersuara
atau tak bersuara.
Bunyi tersebut dalam Bahasa Melayu adalah seperti berikut :

Awal perkataan |ribut |
Tengah perkataan |sa at|
Akhir perkataan |gala |









Rajah 6 : Peranan Alat Tutu Dalam Pengeluaran bunyi konsonan
letupan pita suara| |
4.0.5 Sengau lelangit keras gusi bersuara | |
Konsonan sengau lelangit keras dihasilkan dengan depan lidah dirapatkan kepada lelangit keras
gusi.
Lelangit lembut dalam keadaan biasa yang menyebabkan rongga melalui hidung . Semasa
melaIazkan bunyi ini pita suara digetarkan.
Lihat contoh dibawah ini :
Awal perkataan |nyanyi|
Tengah perkataan |minyak|





Rajah 7 : Peranan Alat Tutur Dalam Pengeluaran bunyi konsonan| |
4.0 Penutup
4.1 Kesimpulan
Berdasarkan isi yang telah dihuraikan di atas, dapatlah dibuat satu kesimpulan bahawa alat-alat
tutur ( alat artikulasi ) atau organ-organ yang berIungsi di dalam menghasilkan bunyi-bunyi
bahasa memainkan peranan utama dalam kehidupan kita seharian untuk berinteraksi antara
individu dengan individu yang lain. Secara terperinci bahagian-bahagian tubuh yang ikut
menentukan baik secara langsung ataupun tidak langsung dalam hal terjadinya bunyi bahasa itu
ialah alat tutur ( alat artikulasi ).

Kesemua alat artikulasi yang telah dihuraikan di atas memang memainkan peranan yang amat
penting dalam pengeluaran bunyi bahasa. Bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan bergantung pada
alat artikulasi dan daerah artikulasi yang terlibat.

Untuk menghasilkan pengeluaran bunyi konsonan dan vokal Melayu kita perlu mengambil kira
tentang keadaan pita suara bagi menentukan sama ada bunyi yang dihasilkan itu bersuara atau
pun tidak. Disamping itu kita perlu mengetahui tentang alat dan daerah artikulasi yang
diperlukan semasa pengeluaran bunyi ini, dengan cara ini kita akan mengetahui bunyi apakah
yang didengar oleh kita itu.

You might also like