SISTEM PERUBATAN TRADISIONAL
Sejak beberapa abad yang lampau perubatan dan rawatan tradisional Melayu telah menjadi suatutradisi dan merupakan cabang ilmu perubatan. Ia sering di kaitkan dengan zamankegemilangannya.
Bomoh
dan
Tok Dukun
telah menjadi pilihan masyarakat melayu pada masa itu untuk mendapatkan rawatan. Masyarakat mengiktiraf mereka kerana mempunyai kemahiran untuk mengubati penyakit yang berkaitan dengan
jasmani
(fizikal) dan
rohani
(dalaman).
Bomoh
dan
Tok Dukun
telahdigunakan secara meluas oleh segenap lapisan masyarakat dan menjadi orang terpenting bagi mengubati penyakit. Masyarakat amat percaya dan mempunyai keyakinan dengan amalan perubatan danrawatan
Bomoh
dan
Tok Dukun.
Pengamal perubatan tradisional Melayu (
Bomoh
dan
Tok Dukun
) banyak bergantung kepada pengetahuan dan ingatan yang di warisi dari gurunya secara turun-temurun. Ada juga yang dikatakanmendapat ilmu tentang perubatan dan rawatan melalui mimpi atau ilham dengan cara-cara yang tertentu.Walau bagaimanapun perubatan dan rawatan jenis ini memerlukan mereka mengenalpasti hakikat sebenar penyakit yang terkandung di dalam diri pesakit berkenaan. Rawatannya adalah bagi membersihkan si pesakit daripada unsur-unsur penyakit sehinggalah sembuh. Dengan itu bahan-bahan semulajadi ciptaantuhan digunakan bagi mengubati penyakit si pesakit. Antaranya yang paling kerap digunakan adalahdaripada jenis tumbuh-tumbuhan dan herba.Pernah pada suatu ketika perubatan dan rawatan tradisional Melayu menjadi tidak popular dikalangan masyarakat Melayu. Ini disebabkan penemuan kaedah-kaedah perubatan dan rawatan yang lebihmoden dan saintifik. Kaedah perubatan dan rawatan seperti ini lebih di percayai oleh kalangan golongan bangsawan dan para cendiakawan. Perubatan dan rawatan tradisional Melayu terpaksa bersaing denganamalan perubatan dan rawatan baru ini. Pada masa yang sama kaedah perubatan dan rawatanseperti
alopati, homeopati, naturopati, oesteopati
dan sebagainya telah mulai berkembang dan bercambah.Pada zaman penjajahan amalan perubatan dan rawatan
alopati
sangat popular sehinggakan amalan perubatan dan rawatan tradisional Melayu di lupai. Masyarakat lebih mempercayai perubatan dan rawatanmoden yang di bawa oleh penjajah kerana kajian yang dijalankan terhadap sesuatu penyakit adalah lebihsaintifik dan lengkap.
.
Namun sejak akhir-akhir ini, perubatan dan rawatan tradsional Melayu mulaimendapat tempat di hati masyarakat di negara kita. Masyarakat lebih menggemari perubatan dan rawatantradisonal Melayu yang tidak menggunakan bahan-bahan kimia dan beracun. Mereka lebih menyenangi perubatan dan rawatan tradisional Melayu yang menggunakan sumber semulajadi terutama sekalidaripada tumbuh-tumbuhan.