You are on page 1of 1

BB(D)04/05( ) 25 ZULHIJJAH 1432

21 NOVEMBER 2011
Kepada,



.......................................


Saudara / Saudari,

PERLANTIKAN SEBAGAI URUSETIA KURSUS PRA SUKARELAWAN BBM 2011 ANJURAN
PERTUBUHAN BRIGED BAKTI MALAYSIA CAWANGAN KELANTAN

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pertubuhan Briged Bakti Malaysia Cawangan Kelantan (Unit
Masyarakat) akan mengadakan Kursus Pra Sukarelawan BBM 2011 lepasan SPM dan STPM
sebagaimana maklumat seperti berikut :

Tarikh : 18 22 Disember 2011 (Ahad Khamis)
Tempat : Rumah Putera Harapan, Taman Sabariah, Kota Bharu

3. Sehubungan dengan itu, saudara / saudari telah dilantik sebagai Urusetia bagi kursus tersebut.

4. Saudara / saudari diminta melaporkan diri pada 17 DISEMBER 2011 (SABTU), JAM 5.00
PETANG bertempat di RUMAH PUTERA HARAPAN, TAMAN SABARIAH, KOTA BHARU.

5. Pihak Penganjur akan menyediakan kemudahan penginapan dan makan-minum sepanjang
tempoh kursus tersebut.

Kerjasama dan sokongan amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

"SEDIA BERBAKTI"
'ILTIZAM KAMI: MELAHIRKAN SUKARELAWAN PROFESIONAL'

ang menjalankan amanah,



MOHD FUZ B. MAT NOOR
Setiausaha BBMCK

Sk.
1. Penolong Pengarah Kokurikulum JPN Kelantan
2. bhg. Dato' Dr. Rusdi b. Abdul Raman
Pengerusi Briged Bakti Malaysia Cawangan Kelantan
3. Fail Timbul

You might also like