You are on page 1of 41

Saya ingin merakam setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada guru Pengajian Am 1 iaitu Puan Fiona

June Simon yang sentiasa memberikan bimbingan dan tunjuk ajar. Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada kedua ibubapa saya kerana telah membari sokongan dan dorongan serta bantuan kewangan dalam menjayakan projek Pengajian Am ini. Tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan saya kerana turut membantu saya dalam membuat projek ini. Akhir sekali,ucapan ribuan terima kasih kepada pihak yang berkenaan kerana sudi menbantu saya dalam menjayakan projek ini.

ISI KANDUNGAN
Penghargaan .. 1 Perbadanan Awam. ..3 Perbezaan Jabatan,Badan Berkanun dan Badan Tidak Berkanun. 8 Perbadanan Awam di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar.. 10 Perbadanan Awam di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Tani13 Perbadanan Awam di bawah kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi. 16 Perbadanan Awam di bawah Kementerian Pembangunan Uashawan dan Koperasi.. 18 Perbadanan Awam di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan inovasi 21 Perbadanan Awam Dibawah kementerian Pengangkutan . 23 Perbadanan Awam di bawah Kementerian Kewangan. 25 Perbadanan Awam di bawah Kerajaan Negeri 27 Soalan 29 Rujukan . 42 Powerpoint print out......

PERBADANAN AWAM

Perbadanan awam

Perbadanan awam merupakan badan khas yang menjalankan kegiatan berunsur perniagaan dan kerajaan mempunyai kepentingan ekuiti dalamnya. Perbadanan awam terbahagi kepada perbadanan awam persekutuan yang diletakkan dibawah Kerajaan Persekutuan dan perbadanan awam negeri diletakkan dibawah Kerajaan Negeri

PERBADANAN AWAM

KERAJAAN PERSEKUTUAN

KERAJAAN NEGERI

PERBADANAN AWAM PERSEKUTUAN

PERBADANAN AWAM NEGERI

Terdapat dua bentuk perbadanan awam Badan berkanun Badan tidak berkanun Ciri ciri badan berkanun

BADAN BERKANUN PERTUBUHAN

CIRI-CIRI
Organisasi ditubuh di bawah Akta Parlimen atau Enkmen Negeri Diketuai oleh Pengurus Besar yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Jabatan Perkhidmatan Awam dan Perbendaharaan mesti dirujuk sebelum mengubah bilangan pekerja. Organisasi ini secara langsung dikawal oleh menteri yang menggariskan dasardasar penting organisasi dan mengawal kegiatannya. Agensi-agensi pusat yang membuat anggaran belanjawan tahunan dan rancangan pembangunan lima tahun badan-badan berkenaan. Terlibat dalam pembangunan sosioekonomi Negara. Melicinkan pentadbiran dengan mengurangkan birokrasi. Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA)

Ahli

Kawalan

Fungsi

Contoh

Ciri-ciri badan tidak berkanun

Pertubuhan Ahli Kawalan

Fungsi

Contoh

Organisasi ditubuhkan dibawah Akta Syarikat 1965. Pengurus Besar sebagai ketua eksekutif yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Kerajaan mempunyai ekuiti ke atasnya dengan kawalan menteri secara tidak langsung . Dasar-dasarnya ditentu dan dijalankan oleh Lembaga Pengarah. Perbelanjaan tertakluk kepada organisasi sendiri. Bebas menjawat kakitangan tanpa rujukan kepada agensi kerajaan. Menjalankan kegiatan bercirikan perniagaan untuk memperoleh keuntungan bagi kerajaan. Melaksanakan bidang sosioekonomi yang tidak mampu diceburi oleh sektor swasta . Syarikat induk dengan anak-anak syarikat membangunkan negara. Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) Syarikat Perkapalan Antarabangsa (MISC)

Perbadanan awam melibatkan kerajaan dalam bidang sosioekonomi yang tidak diceburi oleh sektor swasta.

Perbadanan awam melibatkan kerajaan dalam sektor yang tidak mampu diceburi oleh sektor swasta kerana modal yang tinggi atau pulangan untung yang marginal.

Fungsi fungsi perbadanan awam

Perbadanan awam membolehakn kerajaan menyediakan perkhidmatanperkhidmatan awam

Perbadanan awam menambahkan penglibatan bumiputera dalam bidang ekonomi.

PERBEZAAN JABATAN ,BADAN BERKANUN ,DAN BADAN TIDAK BERKANUN

Jabatan
Ditubuhkan mengikut undangundang biasa. Menjalankan pentadbiran mengikut arahan menteri dan undang-undang

Badan Berkanun
Ditubuhkan di bawah Akta Parlimen atau Enakmen Negeri Membuat perakuan untuk menyelesaikan sesuatu masalah,isu,atau perkara yang khusus tanpa terikat dengan peraturan pentadbiran Mebolehkan kerajaan mengambil bahagian dalam bidang sosioekonomi dengan lebih efektif tanpa red tape kerana terpisah daripada peranan sebuah jabatan kerajaan Dikawal oleh menteri secara longgar Belanjawan dan rancangan pembangunan dikawal oleh agensi pusat Ditadbirkan oleh satu Lembaga Pengarah yang terdiri daripada pegawai kanan kerajaan.Ketua eksekutif bergelar Pengarah dan dilantik oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Semua kakitangan merupakan kakitangan awam dan peminjaman kakitangan awam dari jabatan lain.Skim kakitangan adalah mengikut Jabatan Perkhidmatan Awam Boleh menubuhkan anak syarikat

Badan Tidak Berkanun


Ditubuhkan di bawah Akta Syarikat Membolehkan kerajaan terlibat secara aktif dalam kegiatan ekonomi

Membolehkan kerajaan membuat perancangan pembangunan berdasarkan kehendak rakyat ;juga menguatkuasakan undang-undang

Membolehkan kerajaan giat dalam aktiviti ekonomi dan perniagaan terutamanya dalam sektor yang kurang diceburi oleh sektor swasta dan mempunyai objektif untuk memperoleh keuntungan Dikawal oleh menteri secara tidak langsung Bebas dalam belanjawan dan rancangan pembangunan Ditadbir oleh sebuah Lembaga Pengarah Pengurus yang dilantik oleh menteri.Ketua eksekutifnya ialah Pengurus Besar yang dilantik oleh menteri

Dikawal oleh menteri secara ketat Belanjawan dan rancangan dikawal oleh kementerian berkenaan Pentadbir termasuklah Ketua Pengarah,pengarah,setiausaha,dan pegawai penguat kuasa yang semuanya merupakan kakitangan kerajaan yang dilantik oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Semua kakitangan merupakan kakitangan awam dan peminjaman kerajaan awam dari jabatan lain boleh dilakukan.Skim kakitangan ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Tiada anak syarikat

Keputusan tentang skim perkhidmatan dan pengambilan kakitangan adalah bebas seperti swasta dan dibuat oleh badan itu sendiri Boleh menubuhkan anak syarikat

PERBADANAN AWAM DI BAWAH KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH

10

FELCRA Bhd FELCRA atau Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan ditubuhkan pada tahun 1966 sebagai badan berkanun kerajaan untuk memenuhi matlamat yang berikut a) Memulihkan tanh pertanian yang terbiar b) Memajukan tanah yang dibenarkan oleh Kerajaan Negeri c) Mewujudkan peluang pekerjaan melalui projek pertanian Pada tahun 1997,FELCRA dikorporatkan dan ditukar nama menjadi FELCRA Bhd, sebuah syarikat milik penuh kerajaan. Objektif FELCRA adalah seperti yang berikut; a) Memberikan nilai pulangan yang tinggi atas ladang-ladang yang dibangunkan b) Meningkatkan kualiti hidup kumpulan sasar,iaitu masyarakat luar bandar dan juga stafnya c) Memperbaik tahap produktivi melalui kecekapan dan teknologi pengurusan yang terkini d) Memperluaskan teknologi penyatuan dan pemgurusan tanah ke luar Negara e) Mempertingkatkan ekonomi nilai tambah syarikat

PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH (RISDA) Ditubuhkan pada tahun 1973 RISDA bertujuan untuk membentuk masyarakat pekebun kecil yang progresif dan sejahtera melalui aktiviti perladangan dan komersial Objektif RISDA adalah untuk membolehkan pekebun kecil memperoleh pendapatan sekurang-kurangnya RM 2000 sebulan sekeluarga menjelang tahun 2010 Fungsi-fungsi RISDA adalah seperti yang berikut; a) Melaksanakan pembaharuan pertanian yang dihasilkan daripada penyelidikan b) Bekerjasama dengan agensi-agensi lain yang bertanggungjawab dalam penyelidikan,pengembangan,pinjaman pertanian,pemprosesan,dan pemasaran getah bagi mempercepatkan proses permodenan sektor pekebun kecil c) Melaksanakan penanaman semula dan penanaman baru dengan klon-klon baru yang dapat mengeluarkan hasil yang tinggi melalui malan agronomi yang baik d) Memastikan sektor pekebun kecil dimodenkan dari segala segi bagi membaiki keadaan ekonomi mereka e) Mendapatkan dan menyimpan perangkaan yang perlu berhubung dengan pembangunan sektor pekebun kecil f) Mengambil bahagian dalam apa-apa aktiviti yang ditentukan oleh menteri yang bertanggungjawab dari semasa ke semasa berhubung dengan pembaikan dan kemajuan sektor pekebun kecil
11

g) Melaksanakan program pembangunan di bawah tanggungjawab Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

BADAN BERKANUN YANG LAIN 1. 2. 3. 4. 5. 6. LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA(KEJORA) LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA) LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN (KESEDAR) LEMBAGA KEMAJUAN PAHANG TENGGARA (DARA) LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH PULAU PINANG (PERDA) LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH (KETENGAH)

12

PERBADANAN AWAM DI BAWAH KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

13

LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG (LPP) Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) ialah badan berkanun LPP ditubuhkan untuk memenuhi matlamat yang berikut; a) Menggalakkan pembangunan sosial petani-petani b) Mendaftarkan dan mengawal pertubuhan-pertubuhan peladang c) Menyediakan bantuan wang untuk aktiviti-aktiviti pertanian

LEMBAGA PEMASARAN PERTANIAN PERSEKUTUAN (FAMA) Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) ialah badan berkanun Tugas FAMA adalah untuk mengawasi,mengkoordinasi,dan membaiki serta membangunkan pemasaran hasil-hasil pertanian atau hortikultur Malaysia , sama ada yang segar atau yang diproses FAMA menjalankan fungsi-fungsi yang seperti yang berikut; a) Mengkoordinasi aktviti-aktiviti berkaitan dengan pemasaran pertanian sama ada yang melibatkan pihak swasta atau jabatan /agensi kerajaan b) Membaiki sistem pemasaran dan memperluas serta memajukan pasaran baru bagi hasil-hasil pertanian Malaysia c) Bekerjasama dengan pihak swasta dan jabatan/ agensi kerajaan bagi mewujudkan pemasaran pertanian yang cekap dan berkesan d) Membangunkan dan memajukan pengurusan yang cekap dan berkesan dalam industri pertanian berkaitan dengan aktiviti pemasaran atau pemprosesan hasil-hasil pertanian e) Melibatkan diri secara langsung dalam industri pertanian berkaitan dengan aktiviti pemasaran atau pemprosesan hasil-hasil pertanian

INSTITUT PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN PERTANIAN (MARDI) 14

Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian (MARDI) ialah badan berkanun Objektif utama penubuhan MARDI adalah untuk menghasilkan dan memperkenalkan teknologi yang bariu dalam sektor pertanian MARDI menjalankan fungsi-fungsi yang berikut; a) Menjalankan penyelidikan saintifik,teknikal,ekonomi,dan sosial berkaitan dengan pengeluaran ,penggunaan ,dan pemprosesan semua tanaman (kecuali getah dan kelapa sawit)dan ternakan b) Menjadi pusat pengumpulan dan penyebaran maklumat serta khidmat nasihat saintifik ,teknikal ,dan ekonomi tentang industri pertanian c) Menjadi pusat bagi khidmat pakar lanjutan dalam industri pertanian d) Member nasihat tentang latihan pekerja bagi penyelidikan saintifik dan teknikal e) Menyediakan bantuan bagi tujuan penyelidikan saintifik,teknikal,dan ekonomi

PADIBERAS NASIONAL BERHAD (BERNAS) Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) ditubuhkan untuk mengambil alih pengurusan Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) apabila LPN diswastakan pada tahun 1996 BERNAS menjalankan fungsi-fungsi yang berikut; a) Memelihara,mengekalkan dan mengawasi Stok Penimpal Padiberas Negara b) Mengurus Skim Pengilang Beras Bumiputera c) Mewakili kerajaan dalam pentadbiran dan pemberian subsisdi kepada pesawah-pesawah padi d) Membeli padi daripada pesawah-pesawah padi pada harga minimum yang terjamin e) Menjadi pembeli yang terakhir kepada pesawah-pesawah padi jika pesawah-pesawah padi tidak dapat menjual hasil padi mereka

15

PERBADANAN AWAM DI BAWAH KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI

16

LEMBAGA GETAH MALAYSIA (MRB)

LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA (MTIB)

LEMBAGA KOKO MALAYSIA (MCB)

BADAN BERKANUN DI BAWAH KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI

LEMBAGA TEMBAKAU NEGARA (MTB)

LEMBAGA KELAPA SAWIT MALAYSIA (MPOB)

LEMBAGA PEMASARAN LADA HITAM MALAYSIA (PMB)

17

PERBADANAN AWAM DI BAWAH KEMENTERIAN PENBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI

18

MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA) Majlis Amanah Rakyat (MARA) ialah badan berkanun. MARA ditubuhkan untuk memenuhi matlamat yang berikut; a) Mewujudkan kaum bumiputera yang cekap dalam perniagaan b) Melibatkan kaum bumiputera dalam pekerjaan yang berkaitan dengan perniagaan c) Menambah hak milik saham bumiputera dalam sektok syarikat d) Meningkatkan kedudukan sosioekonomi kaum bumiputera

PERBADANAN INDUSTRI BERAT MALAYSIA BERHAD (HICOM) Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (HICOM) ialah badan berkanun HICOM ditubuhkan untuk memenuhi matlamat berikut; a) Mengenalpasti projek-projek industri berat b) Melabur dalam projek-projek industri berat dan mengurusnya

SYARIKAT INDUSTRI MAKANAN MALAYSIA (FIMA) Syarikat Industri Makanan (FIMA)ialah badan tidak berkanun FIMA ditubuhkan untuk memenuhi matlamat yang berikut; a) Meluaskan kegiatan perindustrian dan menggalakkan industri yang berasaskan pertanian b) Menggalakkan kaum bumiputera mengambil bahagian dalam industri pengeluaran makanan

PETROLIAM NASIONAL BERHAD (PETRONAS) Petroliam Nsional Berhad (Petronas) ialah badan tidak berkanun Petronas ditubuhkan untuk memenuhi matlamat yang berikut; a) Mencari gali minyak dan gas b) Memperkembangkan industri petrolium

19

PERBADANAN NASIONAL BERHAD (PNS) Perbadanan Awam Berhad (PNS) dahulunya dikenali sebagai PERNAS Sebagai syarikat komersial, matlamat PNS adalah seperti yang berikut; a) Untuk meningkatkan bilangan usahawan menengah bumiputera di kalangan bumiputera yang berkelayakan b) Mewujudkan kemahiran keusahawanan dan budaya korporat d kalangan usahawan menengah bumiputera c) Menyediakan sistem pangkalan data efektif tentang golongan menengah bumiputera yang akan bertindak sebagai alat untuk mengukur prestasi usahawan menengah bumiputera

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA (MKM) Maktab Kerjasama Malaysia (MKM) ialah satu-satunya institusi pengajian koperasi di Negara ini Matlamat MKM adalah seperti yang berikut; a) Mewujudkan dan meningkatkan jaringan perhubungan antarabangsa bagi melaksanakan latihan yang bersifat global b) Menyediakan dan melaksanakan latihan dan pendidikan yang relevan dan menepati keperluan semasa gerakan koperasi c) Meningakatkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengurusan koperasi d) Meningkatkan kemahiran pengurusan pemimpin ,usahawan dan tenaga kerja koperasi melalui program latihan ,khidmat nasihat, dan konsultansi

20

PERBADANAN AWAM DIBAWAH KEMENTERIAN SAINS , TEKNOLOGI, DAN INOVASI

21

INSTITUT PENYELIDIKAN PERINDUSTRIAN DAN PIAWAIAN MALAYSIA (SIRIM berhad) Institut Penyelidikan Perindustrian dan Piawaian Malaysia (SIRIM) dikorporatkan pada bulan September 1996 dan menggunakan nama baru SIRIM Berhad SIRIM Berhad ialah badan tidak berkanun yang dimiliki kerajaan sepenuhnya SIRIMBerhad ialah penggerak utama dalam kajian dan pembangunan industri untuk mewujudkan kedinamikan dalam ekonomi Negara melalui keunggulan teknologi dan pengiktirafan dunia terhadap barang-barang dan perkhidmatan Malaysia SIRIM Berhad menjalankan fungsi fungsi yang berikut; a) Mempromosikan dan menjalankan penyelidikan saintifik industri b) Menggalakkan kecekapan dan pembangunan industri c) Menyediakan perkhidmatan pemindahan teknologi dan nasihat d) Membangunkan piawai Malaysia dan mempromosikan jaminan piawai dan kualiti untuk meningkatkan daya saing e) Meningkatkan kebajikan,kesihatan,serta keselamatan awam dan industri

INSTITUT SISTEM MIKROELEKTRONIK MALAYSIA BERHAD (MIMOS BERHAD) Mimos ditubuhkan pada 1Januari 1985 dengan sokongan penuh daripada kerajaan Pada bulan Januari 1995 ,MIMOS dilantik menjadi urus setia kepada Majlis Teknologi Maklumat Negara yang berhasrat untuk membentuk sebuah masyarakat yang kaya dengan ,maklumat selaras dengan visi polisi Negara , Wawasan 2020,dan memberikan tumpuan penting terhadap pembangunan dan pengaplikasian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam usaha-usaha pembangunan negara Fungsi dan objektif MIMOS Berhad adalah seperti yang berikut; a) Sebagai penasihat kepada kerajaan dalam bidang teknologi ,pollisi ,dan strategi tentang pembangunan ICT b) Menghasilkan inovasi-inovasi yang memberikan pertambahan nilai untuk keperluan industri ,masyarakat, dan Negara c) Menjadi organisasi penyelidikan dan pembangunan dalam bidang ICT

22

PERBADANAN AWAM DI BAWAH KEMENTERIAN PENGANGKUTAN

23

PENERBANGAN MALAYSIA BERHAD

SYARIKAT PERKAPALAN ANTARABANGSA

KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD (KTMB)

PUSPAKOM
BADAN TIDAK BERKANUN DALAM KEMENTERIAN PENGANGKUTAN

BADAN BERKANUN DALAM KEMENTERIAN PENGANGKUTAN

LEMBAGA PELABUHAN PENGANGKUTAN

24

PERBADANAN AWAM DI BAWAH KEMENTERIAN KEWANGAN

25

BADAN BERKANUN DALAM KEMENTERIAN KEWANGAN


Bank Negara Malaysia mengawal semua bank dan institusi kewangan;mengurus percetakan mata wang ringgit

BADAN TIDAK BERKANUN DALAM KEMENTERIAN KEWANGAN

Bank Islam Malaysia Berhad

Bank Simpanan Nasional Berhad (BSN)

Bank Industri Malaysia Berhad

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja(KWSP)

Khazanah Nasional Berhad

Danaharta Nasional Berhad

26

PERBADANAN AWAM DI BAWAH KERAJAAN NEGERI

27

Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) BADAN BERKANUN Perbadanan Pinjaman Sabah

Yayasan Sabah PERBADANAN AWAM DI BAWAH KERAJAAN NEGERI

Pihak Berkuasa Air Negeri

Amanah Saham Pahang Berhad BADAN TIDAK BERKANUN Syarikat Kemajuan Perumahan Sarawak

Labuan Wood Product (Sabah)

28

SOALAN

29

1. Antara yang berikut , yang manakah bidang tugas utama Institut Penyelidikan Perindustrian dan Piawaian Malaysia? I. Menjalankan penyelidikan perindustrian II. Memajukan perindustrian berat III. Mencari pasaran luar negara untuk barangan keluaran Malaysia IV. Menyediakan perkhidmatan pengiktirafan kualiti barangan industri buatan Malaysia A. dan II C. I dan IV B. dan III D. II dan IV 2. Antara yang berikut , yang manakah ialah objektif utama penubuhan perbadanan awam? I. Membolehkan rakyat mengambil bahagian dalam perniagaan II. Membolehkan kerajaan bergiat aktif dalam bidang pembangunan sosioekonomi III. Menjamin sektor yang tidak menguntungkan terus wujud untuk kepentingan negara IV. Membolehkan kerajaan mencari keuntungan kewangan] A. I dan II C. II dan III B. I dan III D. III dan IV 3. Yang manakah padanan yang betul bagi jabatan atau badan berkanun dan fungsinya? Jabatan /Badan Berkanun Fungsi I Jabatan Perkhidmatan Haiwan Meningkatkan jumlah ternakan dan hasil ternakan II Jabatan Pertanian Mengadakan kemudahan baja,racun,perkhidmatan jentera,dan pemprosesan hasil pertanian III Lembaga Pertubuhan Peladang Menentukan jenis ternakan dan penggunaan teknologi baru dalam sektor pertanian IV Padiberas Nasional Berhad Mengawasi stok penimbal beras Negara A. I dan II B. I dan III C. I dan IV D. III dan IV

30

4. Antara yang berikut ,yang manakah fungsi terpenting Institut Penyelidikan Perindustrian dan Piawaian Malaysia ? A. Menjalankan penyelidikan dalam bidang industri B. Mengawal dan menentukan mutu barangan keluaran industri C. Memberikan khidmat nasihat kepada sektor industri D. Mengeluarkan penggunaan lambang mutu MS kepada barangan keluaran industri

5.

Dalam melaksanakan tanggungjawabnya , Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi dibantu oleh badan-badan yang berikut ,kecuali A. Lembaga Minyak Kelapa Sawit B. Lembaga Getah Malaysia C. Lembaga Tembakau Negara D. Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan Antara yang berikut , yang manakah tidak termasuk dalam bidang penyelidikan Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia ? I . Padi III. Nanas II . Getah IV. Kelapa sawit A. I dan II C. II dan III B. I dan IV D. II dan IV

6.

7. Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mempunyai objektif untuk memajukan sistem pemasaran hasil hasil pertanian agar petani mendapat pulangan yang berpatutan. Lembaga ini mengendalikan pemasaran : I. Buah buahan II. Minyak kelapa sawit III. Sayuran IV. Tembakau A. I dan II C. II dan III B. I dan III D. III dan IV 8. Antara yang berikut yang manakah bukan fungsi Lembaga Penggalakan Pelancongan ? A . Bertanggungjawab terhadap promosi pelancongan di dalam dan luar negara B . Mengeratkan hubungan kerajaan dengan agensi pelancongan tempatan dan antarabangsa C . Mengadakan kursus kursus pemandu pelancong dan mengawal aktiviti aktiviti mereka D .Mengendalikan projek projek pembinaan hotel

31

9. Antara yang berikut ,yang manakah merupakan badan tidak berkanun Persekutuan? A. Petronas B. Bank Negara Malaysia C. Universiti Kebangsaan Malaysia D. Majlis Amanah Rakyat 10. Yang manakah peranan Perbadanan Nasional Berhad ? I. Meningkatkan bilangan usahawan bumiputera II. Membasmi kemiskinan kaum bumiputera III. Menawarkan latihan kemahiran teknikal kepada kaum bumiputera IV. Mewujudkan budaya korporat dalam kalangan usahawan bumiputera A . I dan II B . I dan IV C . II dan IV D . III dan IV 11. Semua di bawah ialah fungsi Padiberas Nasional Berhad kecuali A . membeli padi daripada pesawah pesawah padi B .menguruskan penanaman padi di seluruh negara C . memberikan subsidi kepada pesawah pesawah padi D . mengawasi stok penimbal beras negara 12. Yang manakah antara yang berikut bukan fungsi Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia? A . mengkaji penanaman dan pengurusan hutan B . mentadbirkan dan menguruskan sumber sumber hutan C . mengkaji pemprosesan dan pengilangan hasil berasaskan kayu D . mengkaji penggunaan dan pengawetan kayu kelapa sawit dan getah dalam industri perabot secara intensif 13. Yang berikut ialah senarai badan badan awam yang berkaitan dengan pertanian .Yang manakah tidak benar tentang objektif penubuhannya ? Badan Berkanun Objektif Penubuhan A Lembaga Pemasaran Pertanian Meningkatkan pendapatan petani di kawasan luar Persekutuan (FAMA) bandar dengan membantu pemasaran hasil petani B Lembaga Petubuhan Peladang (LPP) Memberikan subsidi dan kemudahan kepada pertubuhan peladang C Padiberas Nasional Berhad Memastikan bekalan beras adalah cukup bagi mengatasi segala kecemasan D Institusi Penyelidikan dan Menyelidik cara penangkapan dan penternakan Penbangunan Petanian Malaysia ikan yang lebih baik

32

14. Kementerian Perbadanan awam Kementerian Perusahaan Perladangan P - Institut Penyelidikan Perindustrian dan dan Komoditi Piawaian Malaysia II. Kementerian Sains, Teknologi,dan Q Lembaga Getah Malaysia Inovasi III. Kementerian Pembangunan Usahawan R Lembaga Kemajuan Pekebun Pekebun dan Koperasi Kecil Getah IV. Kementerian Kemajuan Luar Bandar S Maktab Kerjasama Malaysia dan Wilayah Yang manakah padanan yang betul tentang kementerian dan perbadanan awam di bawah tanggungjawabnya I. I. P P Q Q II. Q Q P P III. R S R S IV. S R S R

A B C D

15. Antara yang berikut, manakah benar tentang bidang kuasa Perbadanan Awam ? Badan Berkanun Badan Tidak Berkanun A Membantu kerajaan dalam Membolehkan kerajaan melaksanakan sesuatu pemguatkuasaan undang undang tanggungjawab yang khusus dan penting tanpa terikat oleh peraturan pentadbiran B Pelantikan pegawai kanan kerajaan Terletak di bawah pengawasan oleh sebagai ahli Lembaga Pengarah kementerian berkenaan seara longgar C Pegawai tadbir utama ialah Pengarah Mesti didaftarkan di bawah Akta Syarikat D Membolehkan kerajaan menceburi Membolehkan kerajaan membuat keuntungan bidang yang tidak mampu diceburi oleh kewangan sektor swasta 16. Antara padanan yang berikut, yang mankah benar tentang badan berkanun dan badan tidak berkanun ? Badan Berkanun Badan Tidak Berkanun I. Ditubuhkan di bawah Akta Parlimen Ditubuhkan di bawah Akta Syarikat atau Enakmen Dewan Undangan Negeri II. Pegawai perkhidmatan awam boleh di Pegawai perkhidmatan awam tidak boleh pinjam dipinjam III. Anggaran belanjawan tahunan tertakluk Anggaran belanjawan tahunan tertakluk kepada kepada kawalan agensi pusat kawalan agensi pusat IV. Tidak boleh menubuhkan anak syarikat Boleh menubuhkan anak syarikat A . I dan II C. II dan III B. I dan III D. II dan IV

33

17. Antara yang berikut, yang manakah benar tentang badan berkanun? I. Ditubuhkan di bawah Akta Syarikat II. Anggaran belanjawan mesti diluluskan oleh Penbendaharaan Malaysia III. Sebuah Lembaga Pengarah akan diwujudkan IV. Ahli Lembaga Pengarahnya dilantik oleh menteri yang mengawalnya A . I dan II B . I dan IV C . II dan III D . III dan IV 18. Yang manakah benar tentang badan berkanun dan badan tidak berkanun? I. Melantik kakitangan secara bebas II. Anggaran belanjawan di kawal oleh kerajaan III. Boleh meminjam pegawai daripada Jabatan Perkhidmatan Awam Persekutuan IV. Boleh menubuhkan anak syarikat, walaupun tidak berbentuk syarikat induk Badan Berkanun Badan Tidak Berkanun A I , II III ,IV B I, III II, III C I, IV II, III D II , III I , IV

19.

Mengawal semua bank dan institusi kewangan Menguruskan percetakan mata wang Ringgit

Tugas yang tersebut diatas dilaksanakan oleh A . Perbendaharaan Malaysia B . Jabatan Perdana Menteri C . Bank Negara Malaysia D . Parlimen

34

20. Antara pernyataan yang berikut, yang manakah badan-badan berkanun di Malaysia? I. Majlis Amanah Rakyat (MARA) II. Universiti Putra Malaysia (UPM) III. System Penerbangan Malaysia (MAS) IV. Syarikat Perkapalan Antara-Antara Negara (MISC) A . I dan II B. I dan III C . II dan III D. II dan IV 21. Antara pernyataan yang berikut, yang manakah benar tentang Perbadanan Awam? I. Ahli ahli Lembaga Pengarah dilantik oleh cabinet II. Menguruskan Kumpulan Wang di bawah kawalannya III. Setiausaha Perbadanan Awam mewakili Kementerian tertentu IV. Memiliki kuasa yang lebih berhubung dengan pengurusan kewangan A . I dan II B. I dan IV C . II dan III D. III dan IV 22. Kementerian I. Kementerian Pembangunan Luar Bandar II. Kementerian Pembangunan Usahawan III. Kementerian Luar Bandar P Q R Badan berkanun Perbadanan Kemajuan Bandar (UDA) Majlis Amanah Rakyat (MARA)

Institusi Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM) IV. Kementerian Perusahaan Utama S Lembaga Kemajuan PekebunPekebun Kecil Getah (RISDA) Apakah padanan yang betul tentang kementerian dan badan berkanun di bawah tanggunganjawabnya? I. A B C D R R S S II. Q P Q P III. S S R Q IV. P Q P R

23. Antara pernyataan yang berikut,yang manakah benar tentang badan- badan berkanun? I. Di bawah kawalan kementerian II. Organisasi ini ditubuh di bawah Akta Parlimen III. Bebas menentukanjumlah pekerja dan taraf jawatan IV. Diketuai Menteri yang dilantik Yang di-Pertuan Agong A. I dan II B. I dan IV C . II dan III D. III dan IV

35

24. Antara badan yang berikut,yang manakah merupakan badan badan berkanun? I. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) II. Koridor Raya Multimedia (MSC) III. Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) IV. Institusi Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI) A . I dan II B. I dan IV C . II dan III D. III dan IV 25. Objektif Meningkatkan kedudukan sosioekonomi kaum bumiputera II. Perbadanan Pembangunan Bandar Memberi subsidi dalam bentuk wang kepada (UDA) bumiputera untuk menetap di bandar III. Permodalan Nasional Berhad (PNB) Meningkatkan hak milik saham bumiputera dalam sektor syarikat di Malaysia IV. Lembaga Kemajuan Tanah Membantu membuka tanah- tanah baru untuk Persekutuan (FELDA) bumiputera A . I dan II B. I dan III C. II dan III D. III dan IV I. Badan berkanun Majlis Amanah Rakyat (MARA)

26. Yang berikut ialah senarai jabatan dan badan berkanun dalam Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.Yang manakah benar tentang fungsinya? Jabatan /Badan berkanun Fungsi I. Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Memajukan pengurusan dan pemasaran di bidang perikanan dan menyediakan kemudahan kredit II. Jabatan Perkhidmatan Haiwan Meningkatkan jumlah ternakan dan hasil ternakan III. Lembaga Pertubuhan Peladang Menentukan jenis ternakan dan penggunaan teknologi baru dalam sektor IV. Jabatan Pertanian Mengadakan kemudahan baja,racun,perkhidmatan jentera dan memproses hasil pertanian A . I dan II B. I dan III C. II dan IV D. III dan IV 27. Antara pernyataan dibawah ini,yang manakah bukan tanggungjawab Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA)? I. Memajukan dan menyelaraskan aktivtiti pembangunan perindustrian di Malaysia II. Mempertimbangkan dan menilai permohonan lessen pengusaha kilang III. Membuka kilang-kilang di negeri-negeri mundur IV. Memajukan dan menjalankan penyelidikan perindustrian di Malaysia A . I dan II B. I dan III C . II dan IV D. III dan IV

36

28. Yang manakah antarayang berikut benar tentang Universiti Malaya di Malaysia ? I. Ditubuhkan di bawah Akta Parlimen II. Tidak boleh bergiat dalam bidang perniagaan III. Tidak boleh menubuhkan anak syarikat IV. Pengambilan kakitangan tertakluk kepada kawalan kerajaan A . I dan II B. I dan IV C . II dan III D. III dan IV 29. Yang manakah antara yang beikut tidak benar tentang badan berkanun di Malaysia ? I. Ditubuhkan di bawah Akta Parlimen II. Tidak boleh bergiat dalam bidang perniagaan yang bermotifkan keuntungan III. Tidak boleh menubuhkan anak syarikat IV. Pengambilan kakitangan tertakluk kepada kawalan kerajaan A . I dan II B.I dan III C . I dan IV D. II dan IV 30. Antara padanan yang berikut,yang manakah benar tentang badan berkanun dan badan tidak berkanun? Badan berkanun Badan tidak berkanun I. Ditubuhkan di bawah Akta Parlimen Ditubuhkan di bawah Akta Syarikat atau Enakmen Dewan Undangan Negeri II. Pegawai Perkhidmatan Awam boleh Pengawai Perkhidmatan Awam tidak dipinjam boleh dipinjam III. Anggaran belanjawan tahunan Anggaran belanjawan tahunan tertakluk kepada kawalan agensi tertakluk kepada kawalan agensi pusat pusat IV. Tidak boleh menubuhkan anak Boleh menubuhkan anak syarikat syarikat A. I dan II B. I dan III C. II dan III D. II dan IV

31. Yang manakah padanan yang benar antara agensi dan peranannya? Agensi Fungsi I. FELDA Membangunkan tanah persekutuan II. LPP Membangunkan sektor perkebunan getah III. UDA Membangunkan usahawan bumiputera di Bandar IV. PKEN Meningkatkan pembangunan industri negeri A. I dan II B. I dan III C. II dan IV D. III dan IV

37

32. Apakah yang dimaksudkan perbadanan awam? _______________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________________ 33. Perbadanan Awam terbahagi kepada dua iaitu. _______________________________________________________________________________ 34. Nyatakan lima contoh badan berkanun __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________

35. Nyatakan lima contoh badan tidak berkanun __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ 36. Bagaimanakah kerajaan mengawal badan berkanun __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ 37. Senaraikan tiga fungsi perbadanan awam.. __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ ________________________________________________________________

38

38. Berikan perbezaan antara badan berkanun dan badan tidak berkanun __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ ________________________________________________________________ 39. Nyatakan perbadanan awam yang terdapat dalam Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ 40. Nyatakan perbadanan awam yang terdapat dalam Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ ________________________________________________________________ 41. Majlis Amanah Rakyat merupakan badan.

42. Badan berkanun ditubuhkan di bawah Aktamanakala badan tidak berkanun ditubuhkan di bawah Akta.. . 43. Matlamat utama badan berkanun ialah manakala matlamat utama badan tidak berkanun ialah . 44. Tujuan penubuhan perbadanan awam ialah. 45. Apakah matlamat Majlis Amanah Rakyat (MARA)? _______________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________________

39

46. Apakah fungsi SIRIM Berhad. ___________________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________________ 47. Apakah badan berkanun yang terdapat di bawah Kerajaan Negeri ? ___________________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________________ ___________________________________________________________ 48. Apakah badan tidak berkanun yang terdapat di bawah Kerajaan Negeri? ___________________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________________ ___________________________________________________________

49. Apakah fungsi Maktab Kerjasama Malaysia (MKM)? ___________________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________________ ___________________________________________________________

50. Apakah fungsi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)? ___________________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________________ ___________________________________________________________

40

Teks PRA-U STPM Pengajian Am 1 (Longman) Effective Practice STPM Pengajian Am Kertas 1 (OXFORD FAJAR) Pengajian Am Kertas 1 dan 2 (Fajar Bakti)

41

You might also like