You are on page 1of 22

KURSUS:

KKD 2063 PEMBANGUNAN SAHSIAH

NAMA: NOR SYAFAWATI BINTI MOHAMAD YASIN GROUP: EL-A05 MATRIKS NO: D20102045323 PENSYARAH: PN. NAZARIAH BT. ABDUL SAMAD TAJUK: TUGASAN 3

Pengenalan:
Guru merupakan salah satu profesion yang amat mulia di mata masyarakat kita. Tanpa guru, tiada Perdana Menteri, tiada doktor, tiada professor dan tiada juga wujudnya ketamadunan. Kini, rasa hormat kian hilang terhadap kerjaya ini. Persoalannya mengapa kepercayaan kepada guru semakin terhakis? Ini kerana sejak akhir-akhir ini, semakin hangat dipaparkan di dada-dada akhbar dan media-media massa tentang isu-isu berkaitan antara salah laku guru dengan pelajar. Jika kita memperkatakan tentang isu pelajar bermasalah. Pelajar bermasalah sememangnya datang daripada keluarga yang mempunyai ikatan kekeluargaan yang rapuh. Didikan di awal tahun yang tidak kukuh kemudian tidak ada kesinambungan sehingga mereka membesar adalah punca utama. Jika asas ini dibina dengan kukuh dan diberi penjagaan seterusnya, sekurang-kurangnya apa jua cabaran duniawi yang mendatang dapat ditangani dengan risiko yang rendah. Namun, bagaimana pula dengan guru bermasalah? Sukar hendak dirungkaikan persoalan ini.. Terdapat ramai guru yang tidak jujur dalam melaksanakan tanggungjawab mereka, mengambil mudah tugas mendidik dan mengajar. Mungkin terperangkap dengan godaan dan ancaman persekitaran. Tidak dapat dinafikan, masih ramai juga guru yang menjalankan tugas mereka dengan penuh amanah, dedikasi dan ikhlas untuk memajukan para pelajar, tahniah buat mereka. Terbaru yang kita dengar baca dan tontoni guru menampar pelajar, guru merendam pelajar, guru merotan pelajar dan mungkin hari ini akan ada lagi isu yang bakal disajikan dalam berita utama. Perkara yang berkaitan dengan masalah ini sebenarnya bukanlah suatu perkara yang patut kita pandang remeh. Setiap individu mempunyai tanggungjawab dalam membendung kemelut ini daripada terus menjadi barah. Mengapa seorang guru boleh bertindak melebihi batas (tanpa disedari)? Fenomena yang melanda negara kita hari ini adalah.. "kecemerlangan akademik" adalah di anggap sebagai "kunci" utama kejayaan. Benarkah? Fenomena ini telah menghantui semua pihak bermula daripada pelajar itu sendiri, ibu bapa, keluarga, guru, pengetua, sekolah, jabatan, daerah, negeri dan sebagainya. Terlalu mengaggung-aggungkan pencapaian ini menyebabkan

semua pihak berada dalam tekanan. Dalam hal ini seolah-olah apa sahaja cara dihalalkan (realpolitik) dan yang penting sasaran mendapat kecemerlangan. Cabaran era komunikasi abad ke-21 terhadap sistem pendidikan negara begitu terasa. Ledakan teknologi maklumat dan kemajuan teknologi global serta kewujudan arus perdana Koridor Raya Multimedia (MSC) dalam sistem pentadbiran negara, menuntut konsep pendidikan mencorak ke arah yang bercirikan teknologi secara saintifik. Profesion perguruan juga merupakan badan yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan untuk menghasilkan rakyat masa depan yang serba canggih sebagai jentera penggerak negara. Tanggungjawab profesion perguruan menjadi semakin berat kerana rakyat masa hadapan yang hendak dihasilkan itu bukan sahaja perlu diterapkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan sematamata, tetapi perlu juga diseimbangkan dengan nilai sosial yang baik dari segi moral dan etika yang murni. Malangnya ketika kita bersungguh-sungguh menyahut cabaran masa kini untuk merealisasikan aspirasi negara, timbul pula pelbagai masalah dikalangan guru-guru. Berita guru memukul pelajar, mendera, mencabul dan merogol anak didik sendiri sering berlaku dan menjadi topik media. Tidak kurang juga apabila ia menjadi bualan hangat dikalangan masyarakat. Kejadian guru-guru memukul pelajar sering dipilih untuk dijadikan tajuk utama bagi media massa. Dahulu, para pendidik mempunyai status yang tinggi dalam hierarki hidup masyarakat tetapi sekarang tidak lagi. Adakah ini berpunca dari sikap dan kelalaian guru itu sendiri? Di sini akan dikupaskan salah satu isu yang melibatkan salah laku guru iaitu keganasan guru iaitu keganasan fizikal dan keganasan seksual.

Pengertian Etika
Etika (etimologi), berasal dari bahasa Yunani adalah 'Ethos', yang membawa maksud watak kesusilaan atau adat kebiasaan (custom). Etika biasanya berkait rapat dengan perkataan moral yang merupakan istilah dari bahasa Latin, iaitu 'Mos' dan dalam bentuk jamaknya 'Mores', yang bererti juga adat kebiasaan atau cara hidup seseorang dengan melakukan perbuatan yang baik (kesusilaan), dan menghindari perkara-perkara tindakan yang buruk1. Etika juga merupakan suatu sistem yang berkaitan dengan dasar akhlak dan tingkah laku bagi sesuatu kumpulan manusia atau organisasi. Sistem dasar ini meliputi aspek-aspek moral yang baik dan yang buruk, serta yang betul dan yang salah dengan tujuan memberi garis panduan kepada ahli-ahli berkenaan. Dalam pergaulan hidup bermasyarakat, bernegara hingga pergaulan hidup peringkat global diperlukan suatu sistem yang mengatur bagaimana seharusnya manusia bertingkah laku. Hal inilah yang mendasari kesuburan dan perkembangan etika dalam masyarakat kita. Oleh itu berdasarkan pengertian di atas jelas bahawa etika berkaitan dengan pembuatan keputusan bagi semua jenis tindakan di mana tindakan-tindakan tersebut membawa seseorang itu untuk berinteraksi dengan orang lain secara berprotokol, sempurna, berhemah dan berkesan. Di samping itu, juga etika melihat secara khusus mengenai tingkah laku manusia yang dikira patut atau tidak patut dilakukan selaras dengan norma-norma dan nilai-nilai yang diterima oleh semua masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.

Etika Profesion Perguruan


Bermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa pelajar. Setiap badan profesional mempunyai kod etika masing-masing. Setiap profesion menetapkan nilai-nilai asas yang perlu ditaati oleh semua insan yang menjalankan pekerjaan tersebut. Kementerian Pelajaran telah berusaha sejak dari dahulu lagi untuk menjadikan bidang perguruan ini sebagai satu kerjaya yang profesional. Laporan
1

Keith, 2006

Suruhanjaya DiRaja Mengenai Perkhidmatan Perguruan Malaysia Barat 2, telah mencadangkan supaya diadakan Etika Profesion Perguruan (EPP) bagi Pembentukan Tatasusila Guru.

Isu yang melanggar etika profesion keguruan-Keganasan Guru


Kes berkaitan cikgu ganas dilaporkan akhbar sepanjang 2007 26 April 2007: KUALA LUMPUR: Sukar dipercayai apabila seorang guru antara empat lelaki yang ditahan polis bandar raya kerana terbabit dalam penagihan ganja. Dalam operasi dijalankan sepasukan anggota Jabatan Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, lelaki berusia 20-an itu, yang mengajar di sebuah sekolah di Lembah Klang, didapati positif dalam ujian air kencing bersama beberapa suspek, termasuk seorang pengawal keselamatan. 26 April 2007: KOTA BHARU: Akibat tidak tahan menjadi pemuas nafsu gurunya, seorang pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah di Rantau Panjang, dekat Pasir Mas, membuat laporan polis kelmarin. Pelajar berusia 15 tahun itu mendakwa guru itu beberapa kali mencabul kehormatannya, termasuk di sekolah dan rumah suspek. 7 April 2007: SIK: Seorang bapa mendakwa anaknya, murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Lubuk Merbau di sini, ditendang guru agamanya kerana bangun dari tempat duduk untuk mengambil kotak pensil yang terjatuh. Abdul Rashid Hussain, 50, penoreh getah dari Kampung Kuala Beris di sini, berkata perbuatan guru itu tidak boleh diterima kerana menegur menggunakan kaki sehingga menyebabkan anaknya kesakitan.Beliau mendakwa guru itu menendang anaknya dua kali di depan 40 murid lain ketika kelas agama Islam, Isnin lalu. Sesekali guru menjadi tumpuan media dan menjadi topik perbualan ramai. Guru juga adalah manusia biasa yang tidak dapat tidak mungkin terjerumus dalam masalah yang tidak sepatutnya dialami oleh insan yang bergelar guru. Menoleh kembali beberapa insiden yang kurang enak didengar dan tidak sanggup dibaca sekiranya tersiar di media cetak. Antaranya ialah : 1. Mencabul murid sendiri 2. Mencabul sesama guru

(Laporan Aziz, 1971)

3. Salah guna wang kerajaan 4. Mencederakan murid

Cabul sebelum rotan (News) BEGINImangsa menunjukkan cara guru terbabit memeriksa mereka.

Isu pada kini yang sering dikaitkan dengan profesion guru ialah masalah keganasan, pencabulan dan rogol terhadap murid di kalangan guru. Masalah ini adalah salah satu isu yang melanggar etika dalam profesion perguruan. Gejala ini haruslah dibendung demi menjaga nama baik profesion perguruan di mata masyarakat. Kita juga sering mendengar di akhbar-akhbar

mengenai isu ini. Kebiasaannya, murid-murid takut untuk melaporkan jenayah yang dilakukan oleh guru ini kerana mereka telah diugut oleh guru supaya tidak memberitahu sesiapa akan jenayah yang telah mereka lakukan. Perbuatan terkutuk ini haruslah dipandang serius oleh setiap lapisan masyarakat supaya profesion perguruan akan lebih terjamin dan mempunyai nama baik. Permasalahan yang timbul ini adalah disebabkan daripada guru itu sendiri dimana guru-guru tidak menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka sendiri apabila memegang jawatan sebagai seorang guru. Selain itu juga, guru-guru yang bermasalah seperti ini kurangnya pendedahan agama yang kuat serta tidak mempunyai tanggungjawab yang tinggi terhadap anak didik mereka. Mereka juga menganggap jawatan guru yang dipegangnya itu adalah sekadar untuk mengajar di dalam kelas. Selain itu, punca bebanan kerja yang semakin meningkat di sekolah juga menyebabkan guru-guru menghadapi pelbagai tekanan. Ini secara tidak langsung boleh menyebabkan gangguan emosi di kalangan guru. Apabila wujudnya gangguan emosi, berkemungkinan individu-individu ini mudah hilang pertimbangan dan seterusnya menyebabkan mereka melakukan pilihan yang salah untuk memuaskan hati mereka dan melegakan tekanan mental yang dialami. Ini juga akan membawa kepada punca tingkah laku ganas, baik keganasan seksual atau keganasan fizikal. Pada masa lalu memang banyak ibu bapa menyerahkan tanggungjawab mendidik kepada guru. Jika guru menghukum murid, murid tidak berani mengadu kepada ibu bapa sebab ibu bapa akan memihak kepada guru. Kini banyak ibu bapa berpelajaran tinggi dan mengubah cara keibubapaan daripada penggunaan kekerasan kepada psikologi. Cara kekerasan pada mereka adalah kuno dan kolot yang tidak sesuai lagi pada zaman ini. Tetapi hakikatnya, bukanlah mudah untuk meninggalkan cara kekerasan dalam mendidik pelajar. Menurut pakar pendidikan, guru sekarang berdepan dengan bilangan pelajar yang terlalu ramai ditambah dengan pelbagai karenah. Ini berbeza dengan murid yang diajar oleh rakan sejawat mereka sedekad dua yang lalu. Ketika itu murid lebih patuh kepada guru dan ia wajar dicontohi 3.

Prof. Dr. Robiah Sidin

Prof. Dr. Robiah Sidin berpendapat punca guru bertindak keterlaluan mungkin kerana menghadapi tekanan jiwa akibat beban kerja yang terlalu banyak, tanggungjawab semakin berat dan tuntutan masyarakat yang menggunung terhadap guru. Punca guru bertindak agak kasar mungkin kerana hilang kesabaran. Mungkin jika seorang murid yang nakal, guru dapat kawal tetapi kalau terlalu ramai, ia boleh menghilangkan kesabaran guru. Guru juga manusia biasa, jika terlalu tertekan, sesekali kesabaran tidak boleh dikawal4. Walau bagaimanapun, menurut seorang kaunselor Universiti Islam Antarabangsa, Asniza Mamat, salah satu andaian punca guru bertindak ganas terhadap murid ialah guru itu sendiri tidak berminat kepada profesion perguruan. Bila tidak minat, bagaimana seseorang guru itu hendak menyesuaikan diri dengan karenah murid. Sudah tentu mereka tidak punya perasaan sabar. Mereka mudah merasa marah. Guru juga adalah manusia biasa yang mempunyai emosi, kadangkala perasaan marahnya sampai ke tahap lupa bahawa dia adalah guru dan berhadapan dengan anak orang lain, jelas beliau. Menurut beliau juga, sesetengah guru menghukum dengan tujuan untuk mendidik kerana kenakalan murid berkenaan. Jangan salahkan guru sahaja kerana ibu bapa juga terlibat kerana kurang menekankan pendidikan moral kepada anak masing-masing. Ada juga murid yang berperangai baik di rumah tetapi nakal di sekolah, tegas beliau. Menurut Asniza lagi, kebanyakan guru kini yang dikeluarkan dari maktab atau universiti bukan sebenarnya bercita-cita untuk menjadi guru. Apabila bilangan guru amat berkurangan, kita menerima sahaja golongan yang sebenarnya tidak begitu sesuai menjadi guru. Mereka yang dilatih di maktab dan universiti inilah ada yang bersifat negatif dan orang begini tidak sesuai sebagai guru. Walau bagaimanapun, ini bukanlah menunjukkan bahawa kita harus menyokong keganasan yang dilakukan guru. Sebaliknya kita sama-sama perlu memikirkan jalan terbaik untuk menyelesaikan

Ahli sosiologi UKM, Dr. Sarifa Zaleha Syed Hassan

masalah agar perkara yang sama tidak berulang lagi dan bukan hanya menuding jari kepada mana-mana pihak. Guru merupakan satu profesion mendidik dan membentuk modal insan yang cemerlang serta melahirkan satu golongan yang berjaya di masa hadapan. Profesion guru bukan untuk disalah guna dengan menganggap ia merupakan satu profesion yang mudah dan menyenangkan. Tanggungjawab dalam membentuk modal insan adalah merangkumi semua aspek kehidupan. Guru seharusnya memberikan masa depan yang cerah kepada anak didiknya, bukan memberikan jalan yang gelap serta kehancuran kepada anak didik mereka.

Guru yang penyayang dan sabar akan sentiasa didampingi anak muridnya

1(b) Huraikan kesan isu tersebut kepada pembangunan sahsiah guru.

Kesan kepada Pembangunan Sahsiah Guru


Pembangunan sahsiah merupakan satu fokus yang begitu penting terutamanya dalam konteks pendidikan yang melibatkan para pendidik. Pembangunan sahsiah yang sempurna sebagaimana yang dikehendaki oleh ajaran agama dan nilai-nilai budaya dalam masyarakat dengan pembangunan intelektual merupakan kejayaan kepada masyarakat dan negara. Ia merupakan satu wadah pengisian dalam kehidupan individu yang melibatkan aspek rohani, jasmani, intelek dan emosi iaitu selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan5. Sahsiah atau personaliti adalah corak keseluruhan seseorang individu yang merangkumi cara seseorang berfikir, berasa, bertingkah laku dan berhubung dengan alam sekitarnya6. Selain itu, sahsiah juga merujuk kepada pembentukan psikologi seseorang individu secara keseluruhan. Ini merangkumi perangai, kecerdasan, sentimen, sikap, minat, kepercayaan, cita-cita dan nilainilai. Sahsiah adalah organisasi dinamik sistem psikofizikal pada seseorang individu yang menentukan tingkah laku dan fikirannya yang khusus7. Sahsiah manusia boleh diperhati, dikenalpasti dan diperihalkan 8. Pembangunan sahsiah merujuk kepada aspek perubahan pada diri manusia itu sendiri sama ada perubahan itu ke arah positif atau negatif 9. Perubahan yang positif akan membentuk individu yang berdikari dengan segala nilai positif yang murni.
5

Abdul Jalil (1998) Ee Ah Meng, 1999 Allport (dalam Cloninger, 2008) Asmah dan Herman, 1995 Wan Azmi, 1992

Pembangunan sahsiah juga membawa makna membina akhlak, peribadi dan tingkah laku dengan matlamat menjadikan seseorang itu bertamadun, intelek, murni dan berdaya maju (Mohd Nasir et al. 2006). Maka, fokus pembangunan tersebut merangkumi tingkah laku secara keseluruhan sama ada dalaman atau luaran.

a) Kesan kepada mangsa


-Kesan daripada salah laku guru terhadap muridnya amatlah besar. Antaranya ialah mangsa mungkin terganggu dari segi psikologi seperti perasaan rendah diri dan takut yang keterlaluan, fisiologi seperti migrain, kurang selera makan dan gangguan kesihatan lain, dan perubahan-perubahan tingkah laku seperti ponteng kerja, pendiam, pemarah atau membunuh diri (Sabhita Marican, 1999). Selain itu, mereka yang mengalami gangguan seksual pula akan berasa kecewa, tertindas dan diketepikan. Mereka juga mungkin mengalami gangguan emosi yang serius dan menyebabkan mereka hilang keyakinan diri, sentiasa berada dalam ketakutan dan hilang rasa hormat terhadap guru. Kemungkinan juga mereka akan terdedah kepada masalah sosial yang lain seperti penyalahgunaan dadah dan penyalahgunaan alkhohol.

b) Kesan kepada diri sendiri


- Guru seharusnya mempamerkan contoh yang baik (role-model) kepada murid, ibu bapa dan masyarakat. Sebagai guru, sewajarnya kita menunjukkan kesabaran yang tinggi serta nilai kasih sayang dalam mendidik murid-murid kita. Dengan berlakunya pelbagai isu yang membabitkan keganasan guru terhadap pelajar, banyak kesan yang akan dihadapi guru terbabit. Kesan yang paling ketara ialah kesan terhadap diri sendiri. Iaitu imej diri sebagai seorang guru akan terjejas. Selain itu, hubungan antara guru yang melakukan keganasan dengan pihak pentadbir, rakan sekerja, ibu bapa dan masyarakat akan turut terjejas. Salah laku guru terbabit akan menyebabkan dia disisihkan dan diketepikan.

c) Kesan terhadap profesion perguruan


- Isu yang telah dikupas tersebut iaitu keganasan guru yang sering diperkatakan dan terpapar di ruang akhbar pada masa sekarang memberikan kesan atau impak yang besar serta menyeluruh

dalam segala aspek. Aspek yang terlibat dan akan mendapat kesan adalah aspek profesion perguruan itu sendiri, di mana guru merupakan individu yang dianggap mulia oleh ibu bapa serta masyarakat. Oleh kerana isu ini dilakukan oleh guru, maka profesion perguruan itu sendiri akan mendapat kesan di mana ibu bapa berasa curiga dan ragu untuk menghantar anak mereka di sekolah. Selain itu juga, masyarakat juga akan memandang serong serta mencurigai apa yang dilakukan oleh guru terhadap anak-anak murid di persekolahan. Keraguan dan perasaan tidak mempercayai lagi akan profesion perguruan ini menyebabkan timbulnya isu profesion perguruan pada masa sekarang tidak lagi efisien dan menitik beratkan maruah serta tanggungjawab yang tinggi dalam profesion perguruan. Isu ini akan mencalarkan nama baik guru yang dari dulu lagi profesion ini adalah satu profesion yang mulia.

d) Kesan kepada sekolah


- Sememangnya salah laku yang dilakukan oleh guru akan meninggalkan kesan kepada sekolah. Antara kesan utamanya ialah menjejaskan nama baik sekolah. Ini akan menyebabkan masyarakat mula hilang kepercayaan terhadap guru-guru dan pentadbiran sekolah. Selain itu, pihak sekolah juga mungkin menghadapi tekanan daripada pelbagai pihak misalnya PIBG, untuk menguruskan sekolah khasnya keselamatan murid.

e) Kesan terhadap masyarakat


- Kes salah laku guru yang hebat diperkatakan meninggalkan kesan yang amat mendalam terutamanya berkaitan dengan persepsi masyarakat terhadap guru. Dengan adanya kes-kes sebegini, masyarakat akan memandang rendah terhadap profesion keguruan. Selain itu,

kepercayaan mereka terhadap profesion keguruan akan semakin pudar. Ini akan menyebabkan timbul perasaan curiga terhadap guru. Adalah amat menyedihkan sekiranya kesan sebegini berlaku terhadap profesion keguruan kerana guru dan masyarakat seharusnya bersepadu dan menjalinkan kerjasama yang erat dalam mendidik generasi akan datang.

1(c) kaitkan isu tersebut dengan satu teori pembangunan sahsiah.


Teori pembangunan sahsiah yang diguna pakai dalam membuat perkaitan mengenai isu ini adalah pendekatan psikoanalitik Sigmund Freud. Pendekatan yang dipelopori oleh Sigmund Freud (1856-1939) adalah pengasas pendekatan psikoanalitik dalam bidang psikologi. Menurut pendekatan ini tingkah laku seseorang pada masa kini adalah hasil daripada pengalaman zaman kanak-kanak, penekanan perasaan erotik dan konflik bawah sedar semasa melalui perkembangan psikoseksual sejak lahir hingga dewasa. Oleh itu, Frued menganggap zaman kanak-kanak yang dilalui oleh seseorang itu amatlah penting kerana beliau percaya peristiwa-peristiwa semasa kecil mempunyai kesan sepanjang hayat kepada psikologi individu. Pendekatan ini juga menutarakan mengenai pandangan terhadap manusia di mana, Freud mempercayai manusia dilahirkan dengan desakan naluri yang semulajadi (inborn drives). Pendekatan ini melihat manusia sebagai tidak rasional, tidak sosial dan penuh dengan desakan yang merosakkan dirinya dan manusia sebagai individu tidak dapat membawa arah kepada nasib haluannya. Freud melihat sifat manusia pada dasarnya adalah deterministik. Tingkah laku manusia pula lebih digalakkan oleh naluri kehaiwanan (animalistic instincts) dan desakan biologikal. Desakan yang paling utama adalah desakan mendapatkan kepuasan nafsu sendiri (self gratification). Desakan ini berlaku dalam diri seorang sama ada lelaki atau perempuan dan mereka telah terperangkap kepada asas naluri dan desakan yang jahat ini. Desakan-desakan kejahatan perlu dibendung dengan pengalamanpengalaman dalam masyarakat, seperti kekeluargaan dan sosialiasi. Sekiranya sosialiasi ini tidak berlaku, maka individu akan berhadapan dengan ciri-ciri yang boleh merosakkan peraturanperaturan dalam masyarakat sendiri.

STRUKTUR KEPRIBADIAN DALAM PANDANGAN FRUED Dalam teori psikoanalitik, struktur kepribadian manusia itu terdiri dari id, ego dan superego. Id adalah komponen kepribadian yang berisi impuls agresif dan libinal, dimana sistem kerjanya dengan prinsip kesenangan pleasure principle. Ego adalah bahagian kepribadian yang bertugas sebagai pelaksana, dimana sistem kerjanya pada dunia luar untuk menilai realiti dan berhubungan dengan dunia dalam untuk mengatur dorongan-dorongan id agar tidak melanggar nilai-nilai superego. Superego adalah bagian moral dari kepribadian manusia, karena ia merupakan filter dari sensor baik- buruk, salah-benar, boleh- tidak sesuatu yang dilakukan oleh dorongan ego. Gerald Corey menyatakan dalam perspektif aliran Freud ortodoks, manusia dilihat sebagai sistem energi, dimana dinamika kepribadian itu terdiri dari cara-cara untuk mendistribusikan energi psikis kepada id, ego dan super ego, tetapi energi tersebut terbatas, maka satu diantara tiga sistem itu memegang kontrol atas energi yang ada, dengan mengorbankan dua sistem lainnya, jadi kepribadian manusia itu sangat ditentukan oleh energi psikis yang menggerakkan. Dalam psikodinamika masing-masing bahagian dari kepribadian total mempunyai fungsi, sifat, komponen, prinsip kerja dinamika dan mekanisme tersendiri, namun semuanya berinteraksi begitu erat satu sama lainnya, sehingga tidak mungkin dipisahkan10. Id bagian tertua dari aparatur mental dan merupakan komponen terpenting sepanjang hidup. Id dan instink-instink lainnya mencerminkan tujuan sejati kehidupan organisme individual. Jadi id merupakan pihak dominan dalam kemitraan struktur kepribadian manusia. Cara kerja masingmasing struktur dalam pembentukan kepribadian adalah: (1) apabila rasa id-nya menguasai sebahagian besar energi psikis itu, maka pribadinya akan bertindak primitif, implusif dan agresif dan ia akan mengumbar impuls-impuls primitifnya, (2) apabila rasa ego-nya menguasai

10

Calvil S. Hall dan Lindzey,

sebahagian besar energi psikis itu, maka pribadinya bertindak dengan cara-cara yang realistik, logis, dan rasional, dan (3) apabila rasa super ego-nya menguasai sebagian besar energi psikis itu, maka pribadinya akan bertindak pada hal-hal yang bersifat moralitas, mengejar hal-hal yang sempurna yang kadang-kadang tidak rasional. Jadi untuk lebih jelasnya sistem kerja ketiga struktur kepribadian manusia tersebut adalah: Pertama, Id merupakan sistem kepribadian yang orisinil, dimana ketika manusia itu dilahirkan ia hanya memiliki Id saja, karena ia merupakan sumber utama dari energi psikis dan tempat timbulnya instink. Id tidak memiliki organisasi, buta, dan banyak tuntutan dengan selalu memaksakan kehendaknya. Aktiviti Id dikendalikan oleh prinsip kenikmatan dan proses primer. Id mulai berkembang pada usia bayi, bagian kepribadian yang paling primitif, dan sudah ada sejak lahir Aspek biologis dari kepribadian.Id terdiri dari dorongan (impuls) dasar: keperluan makan, minum, eliminasi, menghindari rasa sakit, memperoleh kenikmatan sosial. Id juga merupakan kondisi Unconsciousness, sumber energi psikis, sistem kepribadian yang dasar, terdapat naluri-naluri bawaan, berisi keinginan-keinginan yang belum tentu sesuai dengan norma. Id biasanya menuntut segera dipuaskan (the principles of constancy). Id akan Menjalankan fungsi tindakan refleks dan proses berfikir primer. Kedua, Ego mengadakan kontak dengan dunia realiti yang ada di luar dirinya. Di sini ego berperanan sebagai eksekutif yang memerintah, mengatur dan mengendalikan keperibadian, sehingga prosesnya seperti polis trafik yang selalu mengawal jalannya id, super-ego dan dunia luar. Ia bertindak sebagai penengah antara naluri dengan dunia di sekelilingnya. Ego ini muncul disebabkan oleh keperluan-keperluan dari suatu organisme, seperti manusia lapar perlukan makan. Jadi lapar adalah kerja Id, yang memutuskan untuk mencari dan mendapatkan serta melaksanakan itu adalah kerja ego.sedangkan pertimbangan halal dan haram dalam mencari

makan adalah kerja Super ego. Ego mulai berkembang usia 2-3 th. Ego merupakan aspek psikologi keperibadian. Ego berada pada tingkat pra sedar. Ego menjalankan fungsi dengan proses berfikir sekunder (rasional). Ego merupakan hasil hubungan individu dengan dunia luar (The realita of principles) dan penengah tuntutan id dan superego. Ketiga, superego adalah yang memegang keadilan atau sebagai filter dari kedua sistem kepribadian, sehingga tahu benar-salah, baik-buruk, boleh-tidak dan sebagainya. Di sini superego bertindak sebagai sesuatu yang ideal, yang sesuai dengan norma-norma moral masyarakat. Super ego Mulai berkembang dalam usia 4-6 tahun. Super Ego merupakan aspek sosiologis keperibadian, sistem keperibadian yang berisikan nilai-nilai dan aturan yang sifatnya evaluatif. Terbentuk melalui internalisasi nilai-nilai atau aturan-aturan dari significant others. Berfungsi dalam legislatif dan yudikatif. Super Ego juga terdiri dari : kata hati (nurani) & ego ideal. Fungsi utama: 1) pengendali id, 2) mengarahkan ego pada tujuan yang yang sesuai dengan moral pennimbang kenyataan, 3) mendorong individu ke arah kesempurnaan. Dalam isu yang telah dikupaskan iaitu isu keganasan yang membabitkan guru baik dari keganasan seksual mahupun fizikal, perkaitan pendekatan mengenai manusia oleh Sigmund Freud ini adalah di mana manusia dilahirkan dengan naluri yang semula jadi, manakala beliau juga menyatakan bahawa sifat manusia adalah tidak rasional, tidak sosial dan tingkah laku manusia digalakkan oleh naluri kehaiwanan. Di sini dapat dijelaskan bahawa, keinginan untuk melakukan perbuatan keganasan, rogol dan pencabulan tersebut adalah disebabkan naluri kehaiwanan yang diterangkan dalam pendekatan tersebut. Keinginan untuk mempunyai pasangan dan keinginan nafsu yang tinggi tersebut merupakan satu sikap atau naluri yang dikongsi oleh manusia dengan haiwan, maka manusia yang terdorong untuk melakukan perbuatan seperti pencabulan dan rogol tersebut adalah berdasarkan kehendak dan naluri kehaiwanan atau lebih

dikenali sebagai nafsu. Selain itu, menurut pendekatan ini, menyatakan bahawa desakan paling utama dalam diri sama ada lelaki atau perempuan adalah mendapatkan kepuasan nafsu sendiri. Dalam konteks isu rogol ini, setiap manusia samada lelaki atau perempuan mempunyai keinginan yang tinggi dalam nafsunya, apabila melihat anak gadis yang tertarik dan menarik, maka desakan dan dorongan tersebut menjadi lebih menigkat. Selain itu, tindak balas yang selari dengan kehendak perogol daripada mangsa juga menjadikan guru tersebut tinggi akan desakan naluri kehaiwanan dan mendapatkan kepuasan nafsu sendirinya. Sebagai seorang guru, kawalan nafsu ini haruslah dipelihara dan dijaga rapi kerana nafsu atau naluri kehaiwanan terseut akan menyebabkan terjadinya jenayah-jenayah seperti rogol dan pencabulan terhadap murid-murid. Selain daripada itu juga, menurut pandangan psikoanalitik struktur personaliti manusia terdiri daripada tiga sistem utama iaitu; id yang didorong oleh tenaga untuk hidup serta berprinsipkan kenikmatan; ego adalah diri yang sedar dan berprinsipkan realiti; dan superego adalah komponen sosial yang berprinsipkan moral. Sesuatu tingkah laku itu terjadi hasil daripada interaksi antara ketiga-tiga sistem utama tersebut dalam menentukan agihan tenaga psike kepada id. Id yang beroperasi ditahap bawah sedar adalah sebagai penggerak tingkah laku yang berusaha menggunakan tenaga psike untuk bertindak memenuhi kehendaknya. Bagaimanapun ego sebagai komponen psikologi yang beroperasi di tahap sedar akan merujuk kepada superego sebagai badan kehakiman yang menentukan sesuatu tingkah laku itu baik atau buruk. Sekiranya desakan id tersebut menepati kehendak moral atau tidak menyalahi undang-undang dan beretika maka ego akan membenarkan id menggunakan tenaga psikik untuk bertindak. Maka terhasillah tingkah laku. Sebaliknya, jika didapati tingkah laku yang ingin dikakukan id adalah menyalahi peraturan moral, maka ego tidak membenarkan id menggunakan tenaga psike tersebut, justeru tingkah laku yang dihajati individu tersebut tidak akan berlaku.

Menurut pandangan psikoanalitik struktur personaliti manusia ini mengenai isu pencabulan dan rogol adalah di mana id merupakan satu naluri bawah sedar yang primitif. Naluri primitif ini lebih dikenali sebgai kehendak, berkaitan dengan isu keganasan seks, naluri primitif yang terlibat adalah kehendak untuk melakukan hubungan seks yang tinggi. kehendak ini berada dalam pmikiran yang tidak sedar, dan ia nya tidak berada di dunia yang nyata atau dunia realiti. Manakala ego seperti apa yang diutarakan dalam pendekatan ini adalah diri yang sedar dan berprinsipkan naluri. Naluri atau kehendak untuk melakukan seks pada peringkat ini menjadi kenyataan dan menjadi realiti kerana pada peringkat ini, ia nya menjadi tingkah laku. Sekiranya, dorongan dan rangsangan yang diterima selari atau signifikan dengan kehendak id, maka ego akan menjalankan tanggungjawabnya di alam atau dunia realiti. Oleh hal yang demikian, kehendak untuk melakukan pencabulan dan rogol tersebut berlaku pada tahap atau struktur ini. Selain itu, tahap yang seterusnya adalah superego di mana superego ini merupakan satu piawaian moral yang menentukan samada sesuatu tingkah laku tersubut harus dilakukan atau tidak. Berkaitan dengan isu pencabulan dan rogol tersebut, pada tahap ini,guru tersebut tidak mempunyai sebarang kekuatan yang kuat pada superegonya di mana guru tersebut tidak mempunyai pegangan agama yang kuat, pendidikan moral yang tinggi dan sebagainya. Oleh hal yang demikian, tingkah laku pencabulan dan rogol tersebut terus dilakukan oleh guru tersebut kerana superegonya tidak dapat mengawal dan menghalang ego daripada terus bertingkah laku dan memainkan peranannya di dunia realiti.

Kesimpulan:
Secara kesimpulannya, guru sebagai penjawat awam perlu berpegang teguh kepada kod etika yang telah digariskan. Isu-isu pelanggaran kod etika keguruan seperti isu penyalahgunaan masa dan penyalahgunaan wang di sekolah perlu dibendung daripada terus menular kerana ianya membawa kesan yang buruk terhadap profesion keguruan, pembangunan modal insan dan masa depan anak bangsa. Jelasnya, guru sepatutnya tidak mengambil kesempatan di atas apa yang berlaku terhadap pelajar tetapi sebaliknya membantu mereka menyelesaikan masalah yang dihadapi. Selain itu terdapat kes di mana guru menyebarkan sesuatu yang menjejaskan keselamatan negara. Hal ini bertentangan dengan tanggungjawab guru yang sepatutnya tidak menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara (Utusan Malaysia, 18 September 2008). Oleh yang demikian, Etika Profesion Perguruan penting untuk menjadi panduan guru-guru dalam menjalankan tugas mendidik. Bakal-bakal guru harus mengetahui kod etika profesion perguruan serta mematuhinya demi menjamin martabat profesion perguruan dipandang mulia. Etika yang dipegang oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ialah berlandaskan Tatasusila Profesion Perguruan. Etika inilah yang menjadi landasan yang perlu diikuti dan dihayati oleh para guru di Malaysia. Penghayatan dan pengamalan etika-etika ini akan memartabatkan lagi kedudukan guru sebagai profesion yang dimuliakan oleh masyarakat sejak dahulu. Kejayaan dalam melahirkan guru yang beretika bergantung kepada sejauh mana guru komited dengan etika perguruan yang telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Persoalannya sekarang adakah para guru tahu dan mengamalkan etika perguruan yang ada. Ikrar

di bawah merupakan satu bentuk penyataan etika secara jelas yang dipersetujui untuk dipatuhi oleh guru sekiranya terlibat dalam profesion perguruan.

Rujukan:
Abdul Jalil Borham (1998). Program pembangunan sahsiah pelajar dan pelaksanaannya di IPT di Malaysia. Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar Pengurusan Asrama Peringkat Kebangsaan. Johor: Universiti Teknologi Malaysia. Abd Majid Mohd Isa & Rahil Mahyuddin (1995). Psikologi pendidikan 1: Pertumbuhan dan perkembangan. Petaling Jaya: Longman. Cloninger, S. (2008). Theories of personality: Understanding persons (5th Ed.). New Jersey: Pearson Education Inc. Ee Ah Meng (1996). Psikologi perkembangan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Schultz, D & Schultz, S.E. (2009 ). Theories of personality. (9th ed.). Australia: Wadsworth Cengage Learning. Siti Fatimah Abdul Rahman (1993). Asas-asas masyarakat cemerlang. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia. Simanowitz, V. & Pearce, P. (2003). Personality development: Core concepts in therapy. Great Britain: MPG Books Ltd, Bodmin, Cornwall.

http://mydiped2001.tripod.com/etikaguru.htm http://perkhidmatanawam.blogspot.com/2007/06/dewan-rakyat-200-aduan-salahlaku-guru.html http://blackblogger.wordpress.com/2007/04/29/salah-guru-murid-atau-siapa/

http://virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=34161

http://mahasiswakini.com/2009/04/perlaksaan-rotan-dan-dilema-masalahdisiplin-pelajar/ http://www.malaysiaria.com.my/forum/topics/kuasa-guru-merotan
http://biaqpila.blogspot.com/2009/06/polis-siasat-guru-paksa-muridlakukan.html#ixzz1MhgHGUac

You might also like