You are on page 1of 10

http://kumpulansiswazahguru.blogspot.com/2010/12/bmm3108-sistem-bahasa-melayu.

html


Alat-alat Pertuturan Manusia
- Setiap alat mempunyai fungsi tertentu sebagai alat pertuturan. Dua jenis alat
pertuturan iaitu:
a. Artikulator
b. Titik Artikulasi


BMM3108 HURUF VOKAL BAHASA MELAYU
Huruf Fonem(huruf) di depan di tengah di belakang
a
e (pepet)
e (taling)
i
o
u
[a]
[]
[e]
[i]
[o]
[u]
aku
emak
elok
itik
otak
ubat
padi
peta
petak
biru
topi
kuda
buka
idealisme
sate
tali
kuno
dadu


Bunyi-bunyi Bahasa

a. Alat-alat pertuturan manusia menghasilkan dua jenis bunyi, iaitu bahasa dan bukan
bahasa iaitu gerak tubuh.
b. Bunyi bahasa terhasil daripada alat-alat pertuturan manusia. Terdapat 3 jenis bunyi
bahasa iaitu vokal, konsonan dan bunyi diftong.
c. Bunyi bukan bahasa dihasilkan oleh alat-alat pertuturan tetapi mesej yang ingin
disampaikan tidak difahami sepenuhnya.
- contoh; Bunyi batuk, berderham, pergerakan tangan.


'4aI
a. Bunyi vokal dihasilkan tanpa halangan , sekatan ataupun sisihan pada arus ugara
yang dikeluarkan oleh paru-paru.
b. Terdapat 8 bunyi vokal iaitu 6 vokal asli dan 2 vokal pinjaman.



Sifat-sifat '4aI
a. Bibir berkeadaan neuteral semasa menghasilkan bunyi vokal ini.
b. Vokal umumnya bersuara, pita suara akan bergetar.
c. Tiada sebarang sekatan, halangan atau geseran semasa vokal dihasilkan.

0/u/uan '4aI DaIam Bahasa M0Iayu
a. Vokal membentuk suku kata dan kata.
b. Vokal depan ( i, e, s, a ) adalah pada suku kata.
c. Vokal didahului oleh bunyi "hentian glotis".

Awal Tengah Akhir Terbuka Akhir Tertutup
e e/kor Belas Sate Telek
i i/bu Bilah Kali Saling
a a/yam Malu Saya Botak

Cara M0nghasiIan Bunyi Bahasa
A. Konsonan
a. Konsonan adalah bunyi-bunyi selain bunyi-bunyi vokal.
b. Bunyi konsonan dihasilkan oleh alat pertuturan manusia dengan membuat sekatan,
halangan ataupun geseran.
c. Ketika dihasilkan, udara dari paru-paru akan menghasilkan sekatan di rongga mulut,
tekak dan hidung.
d. Ada 18 konsonan asli dan 9 konsonan pinjaman.
e. Konsonan asli terdiri daripada,\;
- Bunyi letupan (Plosif)
- Bunyi letusan (Afrikat)
- Sengauan (Nasal)
- Geseran (Frikatif)
- Sisihan (Lateral)
- Getaran (Tril)
- Bunyi separuh vokal (Geluncuran)


%an/a Baca
Tanda baca digunakan dalam sistem ejaan Rumi Bahasa Melayu.
Merupakan lambang-lambang dalam penulisan bahasa untuk memperjelaskan maksud.

a. Tanda Titik [.] - Berahir sesuatu ayat / ayat penyata.
b. Tanda Koma [,] - Terdapat pengguguran sesuatu unsur ayat.
c. Tanda Koma Bertindih [;] - Fungsi sebagai unsur kaitan dua ayat.
d. Tanda Titik Bertindih [:] - Digunakan selepas ayat penyata diikuti ayat lain yang
berkaitan.
e. Tanda Soal [?] - Hadir di akhir ayat.
f. Tanda Seru [!] - Hadir di akhir ayat bagi menunjukkan rasa hairan, marah, menyindir,
sakit.
g. Tanda Sempang [-] - Bagi kata ganda.
h. Tanda Kurung [( )] - Wujud unsur selitan dalam ayat.
i. Tanda Petik [" "] - Menunjukan bahagian yang dilafazkan atau cakap ajuk.

%atabahasa

.::Pengenalan::.
- ia merangkumi pembentukan kata serta proses pembinaan ayat.
- tatabahasa melibatkan pembentukan kata, frasa, klausa dan ayat.
- bunyi bahasa adalah unsur-unsur pembentukan kata.
- wacana hasil himpunan ayat-ayat.

.::Latar Belakang Tatabahasa::.
- tatabahasa sebahagian daripada kajian bahasa.
- bentuk kata ada kaitan dengan Morfologi.
- binaan kata ialah kata-kata dalam fungsi dan peranan dalam ayat.
- penggolongan kata - proses menjeniskan perkataan berdasarkan bentuk dan fungsi
perkataan dalam golongan yang sama.
- struktur kata - binaan ayat-ayat yang dihasilkan oleh alat-alat pertuturan manusia dan
menjadi unti bahasa yang bermakna.

.::Definisi Tatabahasa::.
- merupakan pengetahuan tentang pembentukan kata dan proses penyusunan kata
dalam ayat.
- tatabahasa Bahasa Melayu meliputi bidang kajian Morfologi dan sintaksis.

.::Bahagian Tatabahasa::.
a. Morfologi
- bidang tatabahasa berkaitan dengan aspek kata, dari segi struktur dan pembentukan
kata serta penggolongan kata.
- unit terkecil yang mempunyai maksud atau tugas ialah morfem. Sesuatu perkataan
terbentuk daripada satu morfem atau lebih.
- contoh; perkataan berkawan mempunyai dua morfem iaitu kata dasar "kawan" dan
awalan "ber-".

b. Sintaksis
- bidang ilmu bahsa yang melibatkan kajian proses pembinaan ayat.
- sintaksis mengkaji bentuk, struktur dan binaan ayat.

c. Konsep Morfem
- unit asas terkecil yang menjalankan tugas nahu.
- walaupun unit terkecil tetapi tidak dapat dikategorikan dalam unit nahu.
- Morfem ada dua jenis, iaitu morfem bebas (iaitu kata tanpa imbuhan) dan moefem
terikat (iaitu terdiri daripada bentuk-bentuk imbuhan).


!0rban/ingan Bahasa /an %atabahasa

Ayat Klausa Frasa Kata Morfem Fonem Bahasa

Ayat Klausa Frasa Kata Morfem Tatabahasa

.::Konsep Asas Sintaksis::.
- sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan ayat. ni
termasuk kaedah penyusunan perkataan dalam membentuk sesuatu ayat.
- ayat boleh terbentuk daripada beberapa perkataan yang mempunyai makna lengkap.
- ayat mempunyai subjek dan prediket. `Subjek' dalam ayat ialah konstituen yang
menjadi judul dan unsur yang diterangkan. `Predikat' adalah bahagian yang terdiri
daripada frasa yang berfungsi sebagai penerang subjek.

- frasa ialah susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya satu atau dua perkataan
yang berpotensi uuntuk dikembangkan menjadi lebih perkataan.
- Klausa merupakan satu unit gabungan perkataan yang mengandungi subjek dan
prediket serta konstituen kepada ayat. Klausa tidak mempunyai tanda baca yang
lengkap mahupun intonasi yang sempurna.

3.2.1 MORFOLOG
.::Morfologi::.

.::Pengenalan::.
- dalam Bahasa Melayu, morfologi melibatkan tiga perkara iaitu proses pembentukan
kata, penggolongan kata, dan struktur kata.

.::Definisi Morfologi::.
- Morfologi merupakan bidang tatabahasa yang berkaitan aspek bahasa dan kata
termasuk struktur dan pembentukan kata. unit terkecil dipanggil Morfem.

.::Konsep Morfem::.
- morfem ialah unit tatabahasa terkecil dan fungsi nahu.
- terdapat 2 morfem iaitu 'morfem bebas' dan 'morfem terikat'.

.::Konsp Perkataan::.
- kata akar atau akar kata ialah bentuk morfem terikat yang perlu bergabung dengan
morfem lain untuk membentuk kata.
- contoh: arus (akar kata) + sungai (morfem bebas)
= Arus sungai

.::Kata Dasar::.
- dikenali juga sebagai 'kata pokok' yang merupakan kata yang menjadi asas bagi kata
terbitan.

.::Bentuk Kata::.
- bentuk kata ialah unit tatabahasa yang berbentuk tunggal dan terbentuk daripada
pengimbuhan, penggandaan atau pemajukan sesuatu kata.
- binaan kata merupakan kata-kata yang digolongkan berdasarkan peranan masing-
masing dalam sesuatu ayat.
- terdapat 4 bentuk kata dalam Bahasa Melayu.
a. Kata Tunggal
- kata daripada sebarang golongan yang tiada imbuhan, penggandaan atau pemajukan.
b. Kata Terbitan
- kata yang terbentuk daripada proses pengimbuhan. Kebanyakan daripada kata dasar
menerima imbuhan daripada morfem bebas.
c. Kata Majmuk
- terhasil apabila dua kata dasar atau lebih membawa makna tertentu.
- dieja secara terpisah, namun berfungsi sebagai satu unit.
d. Kata Ganda
- bentuk kata yang dihasilkan dengan mengulangi kata dasar, sama ada seluruh kata
dasar atau sebahagian kata dasar (Penggandaan penuh dan penggandaan separa).

.::Proses Pembentukan Kata::.
- satu proses penghasilan kata dalam Bahasa Melayu melelui proses pengimbuhan,
pemajmukan, penggandaan, dan pengakroniman.
- ini akan menimbulkan kata-kata baru dan menambahkan perbendaharaan kata.

.::Pengimbuhan::.
- Melibatkan awalan, akhiran, apitan dan sisipan.

.::Pemajmukan::.
- penggabungan dua kata dasaratau lebih untuk menghasilkan satu bentuk kata.
- terdapat 29 kata majmuk yang telah mantap dan dieja.

.::Penggandaan::.
- proses menggandakan kata dasar sama ada secara penuh atau seluruh kata dasar,
sebahagian kata dasar atau gandaan berentak.

.::Golongan Kata::.
- perkataan digolongkan dalam golongan-golongan tertentu berdasarkan
struktur,fonologi, morfem, sintaksis dan semantik.
- terdapat 4 kategori iaitu;
a. Kata Nama
- unsur penting dalam binaan nama. terdiri daripada nama orang, nama tempat dan
nama benda.
- kata nama terdiri daripada 'kata nama khas', 'kata nama am' dan 'kata ganti nama'.

kata nama khas
- hidup - manusia
- bukan manusia (haiwan, tumbuh-tumbuhan)
- tak hidup (benda mati dan tidak hidup sifatnya seperti nama negeri, institusi, bangsa,
organisasi.)

kata nama am
- kata nama am abstrak (Bukan kebendaan)
- contoh : cinta, mimpi.
- kata nama am kongkrit (Kebendaan)
- contoh : Pelajar, rumah, larutan.

Kata ganti nama
- kata ganti nama tunjuk
- kata ganti nama diri - diri tanya
- diri orang

b. Kata Kerja
- merangkumi kata-kata dasar yang menjadi unsur utama dalam binaan frasa kerja.

Kata Kerja
- Tak Transitif
- Berpelengkap
- Tak Berpelengkap
- Transitif
- Aktif
_ Pasif

c. Kata Adjektif
- juga dikenali sebagai kata sifat yang merupakan perkataan unsur inti dalam sesuatu
binaan frasa adjektif.

Penggolongan kata Adjektif
1.cara - Mudah, Sukar
2.sifat - Baik, Jahat
3.jarak - Dekat, Jauh
4.waktu - Sekarang, Nanti
5.warna - Biru, Merah
6.bentuk - Bulat, Bujur
7.ukuran - CM, nci
8.perasaan - Suka, Gembira
9.pancaindera - Rasa, Bau, Dengar, Dsb

d. Kata Tugas
- hadir dalam frasa, klausa atau ayat.
- kata tugas untuk kata seru, nafi, arah, tanya, bantu, penegas, perintah, hubung,
bilangan, penguat, pemeri, pembenar, sendi nama dan pangkal ayat.


3.2.2 SNTAKSS
.::Pengenalan::.
- sintaksis ialah bidang ilmu bahasa berkaitan dengan proses pembinaan ayat.
- dalam dinaan ayat, frasa dan klausa adalah penting.

.::Definisi Sintaksis::.
- sintaksis ialah bidang yang mengkaji hukum atau rumus tatabahasa.
- aspek penting seperti konsep frasa dan klausa, penggolongan kata serta
pembentukan dan pembinaan ayat.

.::Ayat::.
- ayat adalah unit pengucapan yang terletak di peringkat susunan yang paling tinggi.
- Binaan ayat mempunyai subjekdan predikat.

.::Pola-pola Ayat Dasar::.
- ayat dasar merupakan ayat inti yang dapat mengalami peluasan.
- dalam Bahasa Melayu terdapat 4 jenis pola iaitu;
a. Frasa Nama + Frasa Nama (FN+FN)
b. Frasa Nama + Frasa Kerja (KN+FK)
c. Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN+FS)
d. Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN+FS)

.::Frasa::.
- Frasa ialah satu unit tatbahasa berdasrkan kata susunan yang mengandungi satu atau
dua perkataan yang berpotensi untuk diluaskan menjadi dua perkataan atau lebih.
- contoh : "Budak --> Budak sekolah --> Seorang budak sekolah".

.::Jenis-jenis Frasa::.
- tardapat 4 jenis frasa iaitu :
a. Frasa Nama (FN)
- terdiri daripada satu perkataan atau beberapa binaan dalam satu ayat.
b. Frasa Kerja (FK)
- terdiri daripada kata kerja tak transitif.
c. Frasa Adjektif (FA)
- susunan perkataan terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mengandungi
kata sifar (Ajdektif).
d. Frasa Sendi Nama (FS)
- terdiri daripada satu sendi nama dan satu frasa sebagai pelengkap.

.::Klausa::.
- klausa merupakan unit gabungan perkataan yang mengandungi subjek dan predikat.
- fungsi klausa sebagai konstituen kepada ayat.
- jenis-jenis klausa terdiri daripada;
a. klausa bebas (utama)
b. klausa terikat (tak bebas)

.::Ragam Ayat::.
- merangkumi ayat aktif dan ayat pasif.
- ayat aktif ialah yang menggunakan kata kerja aktif.
- ayat aktif boleh dipasifkan, terdiri daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif.
- sebagai panduan;
Ayat Aktif - aktif transitif
- aktif tak transitif
Ayat Pasif - ayat pasif dengan kata kerja.
- ayat pasif dengan kata nama ganti
- ayat pasif dengan perkataan "Kena"

.::Jenis-jenis Ayat::.
a. Jenis-jenis Ayat
1. Ayat penyata
2. Ayat perintah
- Ayat suruhan
- Ayat larangan
- Ayat silaan
- ayat permintaan
3. Ayat seruan
4. Ayat tanya

.::Bentuk Ayat::.
- terdapat pelbagai ragam dan bentuk ayat-ayat dasar / ayat mudah / ayat inti.
- terdapat beberapa pola ayat seperti ayat pasif, ayat tunggal, ayat majmuk dan
sebagainya.

a. Ayat Tunggal
- ayat tunggal mengandungi satu klausa bebas.
- ayat tunggal terdiri daripada satu subjek (inti) dan satu predikat (cerita) sahaja.
- ayat tunggal merupakan ayat dasar.

b. Ayat Majmuk
- ayat majmuk atau ayat kompleks merupakan gabungan dua atau lebih ayat tunggal
dalam satu ayat.
- ia boleh dibahagikan kepada beberapa ayat seperti;
- Gabungan
- Pancangan
- Komplemen
- Pancangan Relatif
- Pancangan Keterangan
- Majmuk Campuran


3.3 SEMANTK
.::Semantik::.

.::Pengenalan::.
- bidang kajian bahasa yang mengkaji maksud dan makna kata.
- beberapa konsep dipelajari seperti sinonim, antonim, hiponim, homonim, dan polisim.

.::Definisi Semantik::.
- semantik ialah makna kata, satu cabang linguistik. mengkaji makna kata dalam
bahasa tertentu, dikaitkan dengan masyarakat, dan faktor-faktor yang mempengaruhi.

.::Makna Perkataan::.
- terdapat hubungan semantik antara satu perkataan dengan perkataan bahasa lain
atau perkaitan beberapa jenis perkataan.

.::Perkaitan Makna Perkataan::.

Makna Perkataan
- Polisim
- Antonim
- Hiponim - homonim
- Homofon
- Homograf

.::Peribahasa::.
- masyarakatMElayu kaya dengan pelbagai bentuk kata berbunga yang diwarisi dari
tutun-temurun.
- peribahasa sudah sebati dalam masyarakat Melyu dan merupakan warisan yang amat
tinggi nilainya.
- peribahasa terdiri daripada simpulan bahasa, perumpamaan pepatah dan bidalan.
Peribahasa mempunyai falsafah hidup dan nilai moral yang tinggi.

a. perumpamaan / simile
- perumpamaan ialah kata-kata kiasan yang membawa perbandingan makna.
Perumpamaan mempunyai erti dua lapis.
b. pepatah
- pepatah juga dikenali sebagai perbilangan. Pepatah ialah ungkapan yang merupakan
pusaka adat resam masyarakat Melayu.
c. bidalan
- Bidalan ialah peribahasa yang mempunyai makna selapis sahaja.
d. kiasan
- kiasan ialah bahasa yang diungkapkan dimana ia dibandingkan dengan yang lain.
e. simpulan bahasa
- ungkapan atau rangkai kata yang tersimpul dan digunakan dalam keadaan tertentu.
f. rumusan
- rumusan ialah peribahasa di dalam warisan budaya Melayu.

.::Perbandingan::.
- terdapat dalam perumpamaan.
- Perbandingan terbahagi kepada dua jenis iaitu perbandingan terus terang dan
perbandingan tidak terus terang.
- di dalam perbandingan, terdapat 5 jenis perbandingan iaitu;
a. Tamsil
- memberi misalan berkias.
- mengandungi pengajaran dan teladan.
b. barat
- bahasa yang menggunakan kata-kata berkias dalam perkataan sesuatu maksud.
- maksud juga berbeza secara tersurat dan tersirat.
c. Kiasan barat
- gabungan bahasa ibarat dengan bahasa kiasan.
- selalu digunakan didalam penulisan prosa dan puisi.
d. Tamsil barat
- tamsil ibarat merupakan gabungan bahasa tamsil dan bahasa ibarat dalam bentuk
kesatuan kata.
- ia mengandungi unsur-unsur pengajaran.
e. Cerita barat dan Cerita Kiasan
- ia berperanan untuk memberi pengajaran dan teladan kepada manusia.

.::Kiasan::.
- kiasan ialah bahasa yang diucapkan tantang sesuatu perkara dibandingkan dengan
perkara lain.
- kiasan terbahagi kepada 2 bentuk iaitu;
a. kiasan asal
- bagasa yang memerangkan sesuatu perkara dengan menggunakan benda lain
sebagai perbandingan.
b. kiasan berpindah
- menggunakan kata perbandingan seperti bak, ibarat, umpama, laksana dan bagai.
- kiasan berpindah ini boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu;
- kiasan bersandar
- kiasan melarat
- kiasan melompat
- kiasan terus
- kiasan berangkap
- kiasan berbunga
- kiasan pemanis

You might also like