You are on page 1of 29

Nama Kursus Kod Kursus Semester Tajuk

: Pengurusan Pembelajaran : KPS 3014 : 2 Sesi 2010/2011 : Profesionalisme dalam kalangan guru di Malaysia

Kumpulan Kuliah : F

Nama Siti Suriani binti Ismail Nurul Hidayah binti Hamzah Nor Hidayah binti Saad

No Matrik D20091035081 D20091035090 D20091035108

Program Pendidikan Sains Pendidikan Sains Pendidikan Sains Pendidikan Sains Pendidikan Geografi

Maszawani binti Abdul Wahab D20091035110 Siti Nabila Huda binti Rashid D20091035618

ISI KANDUNGAN

Bil 1 2 3

Tajuk 1.0 Pengenalan 2.0 Latar belakang 3.0 Pernyataan Masalah

Halaman 1 2 5

4.0 Objektif Kajian

5.0 Metadologi

6.0 Hasil Kajian 6.1 Motivasi guru 6.2 Profesion 6.3:Persediaan Guru

7 7 14 18

7.0 Kesimpulan

23

Bibliografi

Lampiran

1.0 Pengenalan Dalam era globalisasi dan K-ekonomi, pendidikan di Malaysia perlu relevan dengan perkembangan dunia semasa. Hal ini kerana pendidikan memainkan peranan yang amat penting dalam merealisasikan objektif negara ke arah mewujudkan sumber manusia yang boleh bersaing dalam arena globalisasi dan K-ekonomi. Memandangkan pendidikan sentiasa mengalami perubahan, maka guru juga mestilah berubah. Persoalannya, adakah guru sudah

memperlengkapkan diri dalam menghadapi perubahan. Keperluan guru untuk berubah merupakan elemen penting dalam menghadapi perubahan kerana sikap dan keupayaan guru sering menjadi punca kepada masalah yang dihadapi dalam melaksanakan perubahan. Menurut kamus dewan edisi keempat profesionalisme bermaksud sifat-sifat (kemampuan, kemahiran, cara pelaksanaan sesuatu dan lain-lain) sebagaimana yang sewajarnya terdapat pada atau dilakukan oleh seorang profesional. Menurut Harison dan Gowin (1966), telah menggariskan beberapa ciri guru yang berkesan. Antaranya ialah: (i) Jujur, (ii) Baik hati, (iii) Mesra, (iv) Kesefahaman, (v) Bijak dan berbudi, (vi) Suka bekerjasama, (vii) Bermoral tinggi, (viii) Tinggi tahap etika dan profesionalisme, (ix) Mempunyai keinginan belajar yang kuat, (x) Mempunyai keinginan mengajar yang kuat, (xi) Mempunyai semangat dan minat yang kuat terhadap manusia, (xii) Mampu menganalisis diri sendiri, (xiii) Mempunyai kawalan diri daripada segi emosi dan kehendak, (xiv) Sanggup mengkritik diri sendiri, (xv) Mempunyai keyakinan diri dan kepada tugas, (xvi) Mempunyai budaya diri seperti; tabah, intelektual, bermoral, sosial dan profesional, (xvii) Mempunyai taraf diri seperti: boleh menetapkan nilai diri dan kerja; dan (xviii) Mempunyai rasa pengorbanan diri seperti sanggup mengorbankan diri demi kebajikan dan minat pelajar (www.ipislam.edu.my/uploaded/file/saifo.pdf). Berdasarkan falsafah pendidikan guru iaitu: guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menyanjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dalam memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

Dalam falsafah di atas, matlamat pendidikan guru adalah menghasilkan guru yang berkualiti dari segi peribadi , profesional, sosial dan amalan tingkah laku, menguasai ilmu, kemahiran dan amalan nilai-nilai keguruan, serta berupaya mencapai kecemerlangan dalam menangani tuntutan pengisian wawasan pendidikan dalam abad ke-21 (Mook Soon Sang, 1998). Selain daripada itu juga, guru perlu memperlengkapkan diri dengan tiga aspek asas yang termaktub dalam Model Konseptual Pendidikan Guru iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai (Mook Soon Sang, 1998). Pengetahuan di sini bermaksud guru perlu mempunyai pengetahuan tentang perkembangan dan kepentingan pendidikan dalam kehidupan. Bagi aspek kemahiran, guru haruslah mempunyai kemahiran iktisas yang merangkumi kemahiran

menggunakan bahan-bahan pelajaran dengan tujuan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Bagi aspek nilai pula, ianya merujuk kepada amalan nilai-nilai murni dan perlakuan guru. Di samping itu, model ini juga menekankan matlamat mengembangkan potensi guru secara seimbang dan bersepadu dari segi rohani, emosi, intelek dan jasmani. Jadi sebagai seorang guru, ketiga-tiga aspek ini perlu ada dalam diri setiap individu dalam melahirkan guru yang tinggi nilai profesionalismenya dan seterusnya memartabatkan lagi profesion perguruan itu sendiri. Kebanyakan guru sekarang ini, memilih profesion perguruan bukan kerana minatnya terhadap bidang ini tetapi berdasarkan beberapa faktor. Menurut kajian Muhamad Sani et al. (2002) dalam Siti Zafirah (2008) pula mendapati ahli keluarga, rakanrakan dan saudara mara merupakan faktor yang mempengaruhi pemilihan kerjaya perguruan. Oleh sebab itu, guru pada masa sekarang kurang bermotivasi dan kurang berkemahiran dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Guru perlu memainkan peranan sebagai pendidik yang menghayati aspek profesionalisme dan berketerampilan bagi membolehkan Malaysia bersaing di peringkat antarabangsa dan mewujudkan satu pendidikan yang dinamik.

2.0 Latar belakang Perguruan adalah satu profesion yang bermatlamatkan pembentukan insan dan ihsan manusia yang sempurna agar manusia yang sempurna itu mengerti tentang peranan dan tanggungjawab mereka terhadap diri sendiri, masyarakat, alam yang mereka diami serta terhadap keesaan yang Maha Pencipta. Menurut Micheal Fullan dalam Amin Senin (2008), there is no single strategy that can contribute more to meaning and improvement than ongoing professional development. Profesionalisme pada asasnya dianggap suatu nilai yang murni jika individu mengamalkan tanggungjawabnya dengan penuh dedikasi, tidak mementingkan diri atau suka memilih pekerjaaan. Profesionalisme seseorang guru berkait rapat dengan mutu pendidikan kepada beberapa segi, seperti sikap dan nilai guru dalam pengajaran umpamanya, akan mempengaruhi minat, sikap dan nilai pelajar. Begitu juga dengan pendekatan yang digunakan turut memberi pengaruh terhadap tingkah laku, tahap penerimaan dan kefahaman pelajar dengan pembelajaran. Mutu pendidikan juga berkait rapat dengan keberkesanan dalam

menggunakan sumber pengajaran secukupnya yang turut mempengaruhi minat, kefahaman, penyertaan dan pencapaian pelajar dalam pembelajaran. Keberkesanan dalam profesion perguruan berkait rapat dengan keupayaan dan usaha guru yang gigih untuk menyempurnakan tanggungjawab terhadap pelajar, sekolah dan masyarakat. Antara tumpuan keberkesanan dalam profesion ini ialah sejauh mana persediaan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran, motivasi guru, dan kebolehan dalam mengendalikan blik darjah. Saban hari, banyak laporan dan berita tentang guru yang tidak profesional dalam menangani masalah pelajar dan sekolah. Kebiasaan puncanya adalah disebabkan oleh emosi guru terbabit. Dipukul guru kerana bertanyakan miyak wangi adalah antara berita yang hangat diperkatakan oleh masyarakat pada tahun lepas. Nurasyira Zakaria, 13, berkata dia mengalami bengkak pada bahagian kepala akibat diketuk dengan tangan dan dihentak dengan buku teks (Berita Harian, 10.2.2010) . Walaubagaimanapun, pelajar terbabit telah mendapatkan rawatan di Hospital Parit Buntar. Menurut blog rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia, bermain dengan emosi masih merupakan faktor yang dominan bagi menjayakan sesuatu program atau aktiviti. Bijak menggunakan emosi membolehkan hasrat seseorang itu tercapai tapi jika salah mengadunkan ramuannya, akan membangkitkan kemarahan melampau. Oleh itu, pengawalan emosi dalam kalangan guru adalah amat penting bagi memastikan objektif sebenar tercapai. Guru bukan sahaja bertindak sebagai tenaga pengajar bahkan guru juga menjadi pembentuk disiplin pelajar di sekolah. Jika seseorang guru tidak menunjukkan contoh yang baik, maka suasana sekolah yang berdisiplin tidak dapat diwujudkan. Sebagaimana yang sering diperkatakan, guru menjadi role model kepada pelajar. Segala tindak tanduk guru termasuk tingkah laku, cara berkomunikasi ataupun berfesyen akan sentiasa diperhatikan oleh pelajar. Sahsiah yang ditunjukkan oleh guru juga sentiasa menjadi ikutan para pelajar. Menurut Ahmad Fadzli Yusof (2004) dalam Azhar bin Ahmad (2007), menyatakan guru mestilah mempunyai peribadi yang mulia, berbudi pekerti, perwatakan baik dan guru hendaklah berusaha untuk menepati waktu dan penjadualan yang telah ditetapkan. Guru dilahirkan bukan dicipta, jika seseorang guru yang dilahirkan tidak menepati segala aspek yang diperlukan oleh seorang guru, mangsanya pada kemudian hari adalah pelajar di sekolah. Motivasi guru juga merupakan aspek penting dalam profesionalisme perguruan. Guru yang bermotivasi akan sentiasa bersemangat untuk mengendalikan bilik darjah dan

sekolah walaupun mempunyai pelbagai masalah. Menurut kajian yang dilakukan oleh Cheng (1993), dalam Abdul Ghani Abdullah dan Tang Keow Ngang (2006), mendapati sekolah yang mempunyai budaya yang kukuh menghasilkan guru yang bermotivasi, persekitaran organisasi yang kaya dengan ideologi, penyertaan bersama, dan kepimpinan berkarisma. Selain itu, budaya kolaboratif juga dapat meningkatkan keakraban hubungan yang seterusnya menyebabkan guru mengalami kepuasan bekerja yang tinggi dan peningkatan produktiviti. Pernyataan ini disokong oleh Gable (2004) dalam Abdul Ghani Abdullah dan Tang Keaw Ngang (2006), yang mengatakan sekolah yang mengamalkan budaya kolaboratif dikatakan mempunyai ciri organisasi yang sihat, termasuk kesediaan untuk berubah dan lebih responsif kepada perubahan. Malahan, sebarang aktiviti kerja yang berasaskan budaya kolaboratif dianggap sebagai salah satu cara guru menyuburkan amalan pedagoginya secara bersama kerana dapat memperbaiki amalan pengajaran dan pembelajaran guru. Kajian yang dijalankan oleh Ishak (1993), dalam Abdul Ghani Abdullah dan Tang Keaw Ngang (2006) terhadap 463 orang guru daripada 33 buah sekolah menengah di negeri Kelantan mendapati guru lebih bermotivasi apabila mereka mendapati pengetua mereka mengamalkan budaya kolaboratif. Hubungan yang signifikan ini menjelaskan bahawa pengurusan budaya kolaboratif berupaya meningkatkan tahap motivasi guru. Persediaan pembelajaran dan pengajaran oleh guru sebelum masuk ke kelas dan memulakan pengajaran adalah amat penting dalam memastikan proses tersebut berjalan dengan lancar. Guru yang profesional akan sentiasa merancang segala aktiviti dan keperluan sebelum memulakan kelas. Menurut Norhaidi Sorponen (2010), tanpa adanya persediaan yang baik sebelum ke kelas, sesi pengajaran akan menjadi lain dan tidak sama seperti yang tertulis dalam buku rancangan mengajar dan guru akan lebih banyak bersadai di meja berbanding bergerak ke sekitar memantau aktiviti pelajar. Seorang guru perlu bijak membahagikan masa dan membuat persiapan sebelum menghadapi kelas. Persediaan yang teliti oleh guru daripada segi alat bantu mengajar, topik yang difokuskan dan gaya pengajaran yang bersesuaian dapat meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran.

3.0 Pernyataan masalah Saban hari, institusi guru telah menyebabkan berlakunya lambakan guru dari setahun ke setahun di pasaran. Namun, adakah setiap guru yang dipasarkan itu benar-benar bersedia

untuk mengharungi profesion ini. Profesion ini memerlukan tahap profesional yang tinggi untuk seorang guru itu benar-benar berwibawa. Pencapaian di transkip akhir pengajian pendidikan belum tentu boleh menjamin tahap profesional guru itu. Setiap guru mestilah memiliki karakter dan bersikap profesional dalam mengajar para pelajar di sekolah. Guru yang berkarakter adalah guru yang cerdas, mandiri serta berwawasan luas (Usman, 2006). Beliau juga menyatakan bahawa seorang guru yang berkarakter bererti dirinya juga telah memiliki kompetensi dan profesional. Oleh itu, guru mesti menguasai bahan pelajaran yang akan diajarkan kepada anak didiknya. Penguasaan bahan pelajaran merupakan kompetensi yang amat penting bagi seorang guru. Faktor kecerdasan emosi boleh dilihat sebagai salah satu faktor yang mempengaruhi pembelajaran seseorang yang akan membawa implikasi terhadap pencapaian akademik pelajar. Pencapaian akademik yang cemerlang sering dikaitkan dengan kecerdasan pelajar yang tinggi, manakala faktor kecerdasan emosi tidak diberikan penekanan sewajarnya.

Menurut Mulyasa (2005) pula, masih banyak guru yang kurang motivasi secara peribadi untuk mengembangkan profesion mereka sebagai guru. Guru yang mempunyai hubungan baik dengan pelajar boleh membimbing dan membantu pelajar dalam pencapaian akademik. Guru juga perlu bijak mengawal emosi diri dengan mengkaji situasi persekitaran pelajar supaya menimbulkan minat pelajar dalam mata pelajaran yang diajarkan (Usman, 2006). Sesetengah daripada guru juga mempunyai emosi yang negatif dari segi pergaulan dengan guru-guru lain.Para guru sentiasa berdepan dengan masalah apabila bekerja dengan guru-guru lain dalam menjalankan tugas di sekolah. Perkara ini bermula daripada perasaan rendah diri diikuti dengan sikap mengasingkan diri daripada rakan sekerja, mengalami kemurungan, menghadapi masalah sosial dan akhirnya akan menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Guru perlu bersikap profesional dalam mendidik pelajar dengan mendalami pelbagai gaya dan bentuk pengajaran bagi menarik minat pelajar. Masalah yang biasa di hadapai oleh guru adalah berpunca daripada kekurangan kemahiran menggunakan alat teknologi sebagai alat bantu mengajar yang telah disediakan oleh kerajaan. Kesannya, kemudahan yang telah disediakan tidak digunakan dan dimanfaatkan.

4.0 Objektif kajian

Secara amnya kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui tahap profesionalisme dalam kalangan guru. Pengkaji telah mengedarkan borang soal selidik kepada responden. Para responden adalah terdiri daripada beberapa orang guru yang menetap di Tanjung Malim. Tiga skop utama yang telah dikaji adalah motivasi guru, profesionalisme dan persediaan guru. Secara khususnya, kajian ini dijalankan bagi:
i.

Mengetahui tahap motivasi guru-guru sekitar Tanjung Malim dalam mengendalikan sesi pembelajaran di sekolah

ii. iii.

Menganalisis tahap profesionalisme guru-guru sekitar Tanjung Malim Mengetahui tahap persediaan guru dalam mengendalikan bilik darjah dan sekolah.

5.0 Metadologi kajian Dalam usaha menjalankan kajian ini, pengkaji telah menggunakan kaedah soal selidik bagi menjalankan kajian yang bertajuk profesionalisme guru. Pengkaji telah menggunakan 15 set soalan untuk diedarkan kepda 15 orang responden yang terdiri daripada golongan pendidik di sekitar Tanjung Malim. Setiap set soalan dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu bahagian A, B, dan C. Setiap bahagian mengandungi lima pernyataan yang telah dikatogerikan dimana bahagian A untuk mengkaji motivasi guru, bahagian B pula mengenai profesional guru manakala bahagian C megkaji tentang persediaan guru. Pernyataan tersebut dipetik dan dibina melalui tiga bahagian tersebut. Responden dikehendaki menjawab sama ada (sangat setuju), (setuju), (tidak setuju), dan (sangat tidak setuju) bagi setiap pernyataan tersebut. Melalui kaedah ini juga pengkaji telah membina carta yang menunjukkan

peratusan kajian. Di samping itu, pengkaji juga telah menggunakan kaedah pemerhatian. Melalui kaedah ini pengkaji memantau tentang punca terjadinya masalah ini dalam diri guru sekarang. Selain itu, pengkaji juga menggunakan kaedah library research untuk mendapatkan maklumat tambahan. Kaedah ini membolehkan pengkaji memberi definisi sebenar tentang profesionalisme guru. Selain itu, pengkaji juga telah memilih kaedah pemerhatian dan library research ini untuk menguatkan lagi hujah-hujah berkenaan profesionalisme guru ini. Di samping itu, pengkaji juga telah mendapatkan maklumat tambahan menerusi laman web di internet.

6.0 Hasil Kajian

6.1 Motivasi guru Dalam persekitaran persekolahan guru merupakan antara subjek yang terpenting bagi memastikan kecemerlangan pembelajaran pelajar. Namun bukan semua guru dikatakan boleh memberi sumbangan dengan sepenuhnya kepada prestasi pencapaian pelajar. Hanya guru yang betul-betul bermotivasi sahaja mampu mengubah pencapaian pelajarnya dalam pembelajaran. Ini kerana dengan adanya nilai motivasi dalam diri seseorang guru, ini akan menjadi pendorong kepada guru tersebut untuk terus berusaha membantu pelajarnya dalam meningkatkan prestasi akademik. Oleh itu, adalah amat penting bagi sesebuah sekolah untuk mendapatkan khidmat daripada guru yang bersungguh-sungguh dalam mendidik pelajarnya. Bak kata pepatah Melayu genggam api biar sampai jadi bara. Sikap guru yang hanya hangat-hangat tahi ayamdalam mendidik pelajarnya hanyalah akan memberi seribu kerugian kepada sekolah terbabit. Sehubungan dengan itu, istilah motivasi dapat ditakrifkan sebagai sesuatu yang menggerak dan mengarah tuju seseorang dalam tindakan-tindakannya sama ada secara negatif atau positif. Motivasi ini dapat pula dibahagikan kepada dua iaitu motivasi dalaman, intrinsik dan juga motivasi luaran, ektrinsik. Motivasi dalaman yang ada pada seseorang guru itu dikatakan lebih berkesan berbanding dengan motivasi luaran. Ini adalah kerana motivasi dalaman adalah merupakan inisiatif yang muncul dari dalam diri guru itu sendiri. Manakala motivasi luaran pula biasanya dikaitkan dengan beberapa faktor seperti tekanan daripada pengetua terhadap guru mengenai prestasi pelajar-pelajarnya. Terdapat beberapa teori yang menerangkan istilah motivasi ini dengan lebih jelas. Antaranya adalah Teori Insentif yang menerangkan bahawa seseorang itu akan melakukan tindakan yang sepatutnya kerana ada insentif yang akan diperolehi nya. Sebagai contoh, seseorang guru itu akan cuba berusaha untuk meningkatkan pencapaian pelajarnya kerana guru itu yakin akan menerima insentif daripada pengetua sekolah. Contoh insentif yang biasa diberikan oleh pengetua sekolah adalah dengan memuji guru tersebut di hadapan guru-guru lain. Ini akan membuatkan guru tersebut berasa segala kesungguhannya mendapat penghargaan daripada pengetua dan guruguru sekolah yang lain. Selain daripada itu, Maslow juga turut memperkenalkan teori yang dikenali sebagai Teori Hirarki Kebutuhan. Melalui teori ini, Maslow menerangkan mengenai kebutuhan fisiologis, kebutuhan rasa aman,kebutuhan sosial,kebutuhan harga diri dan kebutuhan untuk mewujudkan diri. Bagi guru yang bermotivasi, terdapat beberapa kriteria yang dapat diperhatikan.

Dimana melaui kriteria inilah guru-guru tersebut dapat dibezakan dengan guru-guru yang lain. Salah satu personaliti yang menggambarkan bahawa seseorang guru itu bermotivasi adalah sikap keghairahan (enthusiasm). Sikap enthusiasm adalah suatu sikap dimana mencerminkan keyakinan seseorang guru itu terhadap apa yang diajarnya. Sebagai contoh, Cikgu Aishah dapat mengajar pelajarnya dengan begitu jelas sekali lantaran daripada sikap enthusiasm yang ada pada dirinya yang membuatkan cikgu Aishah berasa yakin dengan segala pengajarannya. Dengan adanya sikap ini, seseorang guru itu akan dihormati oleh pelajarnya. Bukan itu sahaja, guru tersebut juga akan dapat membuatkan sesi pembelajarannya dapat menarik minat dan tumpuan pelajarnya. Bagi guru yang mempunyai kriteria ini, guru tersebut hendaklah bijak dalam mempamerkan sikap enthusiam itu kepada pelajarnya dengan menggunakan pelbagai cara mahupun kaedah yang bersesuaian. Salah satu contoh, guru tersebut boleh menggunakan pertuturan, gerak isyarat dan ekspresi muka untuk menonjolkan sikap enthusiasm kepada pelajarnya. Secara ringkasnya, guru yang mempunyai nilai enthusiasm ini akan menunjukkan kesungguhannya semasa mengajar melalui nada suara dan gerak geri.Personaliti kedua bagi guru bermotivasi adalah kemesraan. Sikap kemesraan ini merupakan satu sikap positif yang menunjukkan bahawa guru tersebut bersedia untuk bersikap terbuka dan sanggup berusaha keras untuk membantu pelajarnya. Kebiasaannya, guru yang mempunyai nilai kemesraan akan selalu melahirkan wajah yang ceria kepada pelajarnya melalui senyuman. Guru yang kelihatan selalu gembira dan bertenaga semasa mengajar merupakan salah satu contoh perilaku positif yang ditonjolkan oleh guru yang mempunyai nilai kemesraan yang tinggi. Personaliti seterusnya adalah sentiasa bersikap positif dan optimis. Sikap ini membolehkan guru bermotivasi untuk melaksanakan tanggungjawabnya tanpa berasa terbeban dengan tugasannya di sekolah. Disebabkan oleh arus kemodenan ini, manusia menjadi semakin celik ilmu dan cetek akhlaknya. Oleh itu, menjadi tanggungjawab yang besar bagi seseorang guru itu untuk membentuk pelajarnya yang seimbang dan bersepadu dari aspek jasmani, emosi,rohani dan intelektual sepertimana yang terkandung dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Guru yang bermotivasi merupakan guru yang berkesan dalam membantu seseorang pelajar memperoleh sebanyak mungkin daripada pengajarannya. Selain itu, guru yang berkesan dalam melaksanakan tugasannya juga merupakan guru yang mampu memotivasikan pelajarnya. Guru seharusnya mampu untuk menggerakkan motivasi pembelajaran pelajar ke tahap maksimum sebelum pelajar terbabit menempuhi peperiksaan yang penting seperti Sijil Penilaian Malaysia,SPM dan sebagainya.

Bagi setiap permasalahan yang dikenalpasti haruslah diikuti dengan langkah untuk mengatasinya. Oleh itu, bagi melahirkan guru yang bermotivasi di sekolah, terdapat

beberapa cadangan yang harus diberi perhatian. Cadangan pertama dalam meningkatkan tahap motivasi guru adalah dengan menggantikan sistem Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dengan satu sistem lain yang lebih efektif. Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam (Berita Harian, 20.1.2011), beliau menyatakan dalam pembentangan bajet 2011 lalu mengenai kewujudan rungutan yang timbul berhubung dengan PTK. Sehubungan dengan itu, kerajaan memutuskan untuk menggantikan PTK dengan sistem penilaian yang baru. Sistem PTK dikatakan amat tidak relevan untuk dijadikan kayu pengukur bagi kenaikan pangkat dalam sektor perkhidmatan awam kerana PTK hanyalah bersandarkan kepada sistem peperiksaan semata-mata. Lantaran daripada itu, pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri disambut dengan meriah oleh kakitangan awam. Walaubagaimanapun, sistem baru itu belum lagi diberi nama khusus tetapi yang pastinya sistem baru ini akan mengambil kira pelbagai aspek untuk dinilai. Antara aspek yang diberi perhatian dalam sistem baru adalah seperti pengalaman kerja, produktiviti, pencapaian individu serta kemampuan menjawab soalan peperiksaan yang berkaitan dengan tugas hakiki. CUEPACS merupakan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam mewakili hampir 1.2 juta kakitangan awam mahu yang mahukan sistem PTK dimansuhkan dan digantikan dengan sistem yang lebih adil. Dengan wujudnya sistem baru ini, para guru akan berasakan bahawa hak sebagai salah seorang kakitangan awam akan diadili dengan lebih saksama dan adil. Justeru, hal ini akan mendorong para guru untuk menjadi lebih bersemangat dalam melaksanakan tugasan sebagai pendidik generasi muda negara. Cadangan kedua adalah dengan mengadakan kursus pemantapan guru. Melalui kursus ini, pelbagai jenis aktiviti boleh diadakan seperti bengkel untuk mengenali potensi dan kelebihan diri sendiri. Di samping itu juga, dengan adanya kursus ini, para guru akan mula sedar mengenai tanggungjawab sebenar yang harus dilaksanakan. Bagi menjayakan lagi program kursus ini, pihak sekolah haruslah mendapatkan khidmat pakar motivator yang bagus bagi mencapai objektif dan matlamat kursus ini diadakan. Kemampuan pakar motivator dalam menyedarkan para guru mengenai potensi dan kelebihan diri masing-masing akan membuatkan para guru menjadi lebih bersemangat untuk kembali menjalankan tugas mereka di sekolah. Tambahan lagi, melalui program ini juga para guru akan dapat bersamasama mengurangkan tekanan kerja mereka dengan melakukan aktiviti-aktiviti santai bersama dengan guru-guru yang lain. Dengan erti kata lain, program ini akan memberi peluang kepada

para guru untuk merehatkan minda mereka buat seketika. Diharapkan dengan berakhirnya program ini, para guru akan menjadi lebih bermotivasi sekembalinya mereka ke sekolah dan ini akan memberi manfaat kepada semua pihak di sekolah terutamanya pelajar. Mempunyai guru yang bermotivasi mampu menukarkan mood pelajar daripada malas belajar kepada mood suka belajar. Perkara ini akan menyumbang manfaat kepada prestasi sekolah supaya berada dalam pencapaian yang membanggakan. Pernahkah terfikir di kotak pemikiran kita,tentang apa yang bakal terjadi sekiranya sistem persekolahan di Malaysia ini ditakluki oleh guru-guru yang tidak bermotivasi. Pepatah Melayu juga ada mengatakan kerana nila setitik rosaklah susu sebelanga. Melalui pepatah ini apa yang dapat diperkatakan adalah walaupun hanya terdapat segelintir para guru yang bersikap bekerja sambil lewa tanpa mempedulikan prestasi pelajarnya, perkara ini akan tetap memberi kesan yang besar kepada sistem persekolahan di Malaysia. Terdapat banyak kesan negatif yang bakal muncul sekiranya perkara ini benar-benar berlaku. Kesan negatif ini dapat dibahagikan kepada tiga skop utama iaitu pertama daripada aspek guru,kedua pelajar dan terakhir adalah sistem persekolahan. Bagi guru yang tidak bermotivasi salah satu aspek yang dapat diperhatikan adalah dari segi kelemahannya dalam menguasai kandungan mata pelajaran yang diajar. Di sekolah guru merupakan sumber rujukan pertama bagi pelajar. Disebabkan oleh itu, tahap penguasaan yang sepenuhnya terhadap subjek yang diajar harus diberi perhatian serius. Tambahan lagi,guru yang tidak bermotivasi juga tidak akn mengendahkan akan prinsip pengajaran. Dalam prinsip pengajaran ini,ianya menyatakan bahawa guru hendaklah merancang pengajaran mengikut fasa yang teratur dan tersusun sebagai langkah pertama. Bagi langkah kedua pula, guru mestilah mempunyai set induksi berkenaan dengan aktiviti ringkas yang mampu menarik minat pelajar. Seterusnya, adalah penyampaian. Cara penyampaian guru pula perlulah jelas agar tidak mengelirukan pelajar. Sikap guru yang tidak bermotivasi juga akan turut mempengaruhi semangat pelajar untuk belajar ini kerana kebanyakan pelajar menjadikan guru sebagai idol. Oleh itu, adalah menjadi satu tanggungjawab kepada para guru untuk terus menunjukkan sikap positif iaitu bermotivasi tinggi ketika sesi pembelajaran berlangsung.

TIDAK SETUJU

SANGAT SETUJU

SETUJU

SANGAT TIDAK SETUJU

Carta bar menunjukkan hasil kajian yang diperoleh melalui borang soal selidik Sampel soalan Sangat setuju setuju 1 2 3 4 5 2 5 1 8 7 4 7 9 4 5 Tidak setuju 7 2 4 2 3 Sangat tidak setuju 2 1 1 1 0

Jadual daripada hasil kajian Para pengkaji telah membuat analisis berkaitan dengan keputusan yang diperoleh melalui carta bar dan jadual di atas. Oleh itu, para pengkaji telah merumuskan hasil kajian di atas kepada dua kategori iaitu:

Sangat setuju dan setuju dikategorikan sebagai setuju Tidak setuju dan sangat tidak setuju pula dikategorikan sebagai tidak setuju

Hasil analisis daripada carta bar dan jadual Sampel soalan 1 2 3 4 5 setuju 6 12 10 12 12 Peratusan setuju 40% 80% 66.6% 80% 80% Tidak setuju 9 3 5 3 3 Peratusan tidak setuju 60% 20% 33.3% 20% 20%

Dalam borang soal selidik yang telah dieadarkan,para pengkaji mendapati hanya sebanyak 40% sahaja responden yang menyatakan minat yang mendalam terhadap profession perguruan. Manakala selebihnya iaitu 60% lagi menyatakan tidak setuju. Menurut (Straker;1988 Musa Matrak 1993&1995;Subramaniam1995) dalam Halimah Harun (2006), tanggapan negatif seperti kerjaya ini merupakan kerjaya yang berstatus rendah di samping pendapatan yang kecil merupakan salah satu faktor mengapa kerjaya perguruan ini mengalami penurunan dalam bilangan graduan bermula sekitar tahun 80-an. Menurut Musa Matrak (1995) dalam Halimah Harun (2006) mengatakan faktor lain seperti faktor perubahan sosial dan ekonomi yang pesat sekitar tahun 80-an juga, menyebabkan bilangan graduan lelaki untuk memilih kerjaya ini amat tipis. Menurut kajian yang telah dilakukan oleh Mohd. Sahandri (1996) dalam Halimah Harun (2006), faktor luaran seperti keluarga,rakan-rakan dan saudara-mara merupakan faktor yang mempengaruhi pemilihan kerjaya guru. Bagi yang menyatakan setuju pula, para pengkaji mendapati responden memilih kerjara perguruan adalah kerana kerjaya ini akan membuatkan masyarakat menghormati dan memandang mulia

terhadap responden. Tambahan lagi, kebanyakan responden juga menyatakan beberapa faktor lain seperti waktu kerja yang pendek,terjamin masa depan serta cuti rehat yang panjang. Bagi soalan kedua, sebanyak 80% menyatakan bahawa responden mampu untuk memotivasikan pelajar dengan menggunakan pengalaman bergaul dengan pelajar. Ini bermakna, responden menyatakan para guru yang telah lama mengajar mampu untuk mengubah perspektif pelajarnya daripada negatif kepada positif terhadap pembelajaran. Kebanyakan responden yang terdiri daripada guru-guru baru berkhidmat tidak berani menyatakan persetujuan untuk soalan ini. Sebanyak 66.6% respon daripada responden menyatakan tidak berputus asa sekiranya pelajar tidak menyiapkan kerja sekolah. Para responden menyatakan walaupun pernah terdetik untuk malas mengajar golongan pelaja sebegini, namun responden masih lagi menguatkan semangat untuk terus memotivasikan diri responden di samping memotivasikan para pelajar. Namun begitu, 33.3% responden menyatakan perkara yang berlainan. Responden berasakan usaha responden untuk membantu pelajar mendapat kecemerlangan tidak dihargai. Soalan ke empat dan kelima mencatat keputusan yang sama dimana sebanyak 80% responden bersemangat untuk mengadakan kelas tambahan dan juga akan sentiasa memberi komitmen dalam apa jua aktiviti yang dianjurkan di sekolah. Hal ini adalah disebabkan oleh keinginan para responden yang tinggi untuk melihat pelajarnya berjaya. Bukan itu sahaja,para responden juga ingin menunjukkan kesungguhannya dalam menyokong Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang telah digariskan. Peranan pengetua sekolah juga amat mempengaruhi semangat para responden untuk terus bersemangat dalam meningkatkan prestasi pelajar. Walaubagaimanapun, sebanyak 20% responden menyatakan tidak sanggup memberi komitmen dalam aktiviti di sekolah dan jikalau boleh tidak mahu mengadakan kelas tambahan. Para responden memberi alasan seperti tidak harus terlalu membebankan pelajar dengan akademik semata-mata tanpa menghiraukan pengalaman persekitaran sosial yang harus dilalui oleh pelajar yang merupakan kelompok remaja. Para responden juga mengatakan melalui pengalaman ini, para pelajar akan dapat memberi peluang kepada pelajar untuk menjadi lebih matang. Selain daripada itu, alasan seperti tidak mendapat sambutan dari segi kehadiran pelajar terutamanya pelajar dari kelas kurang cemerlang. Disebabkan hal sebegini, para responden tidak bersemangat untuk membuat kelas tambahan.

6.2 Profesion

TIDAK SETUJU SETUJU

Respon Bilangan No Soalan 1 2 3 4 5 Setuju 5 4 4 10 4 Tidak setuju 10 11 11 5 11 Peratusan Setuju 33 27 27 67 27 Tidak setuju 67 73 73 33 73

Berdasarkan soal selidik yang telah diedarkan kepada 15 orang responden yang terdiri daripada kalangan pendidik yang pernah mengajar di sekolah, pengkaji telah membuat analisis bagi setiap soalan yang berada dalam skop professional. Bagi soalan pertama persoalan mengenai kemampuan para guru dalam mengawal disiplin pelajar dikemukakan. Setelah borang ini dianalisis, pengkaji mendapati daripada 15 orang responden, sebanyak 5 orang bersetuju bahawa guru berkeupayaan untuk mengawal disiplin pelajar manakala 10 orang lagi tidak bersetuju yang responden mampu mengawal disipilin pelajar. Bagi soalan kedua, pengkaji telah mengemukakan persoalan mengenai sejauh manakah keberkesanan kursus perguruan dalam meningkatkan profesionalisme seorang guru. Sebanyak 4 orang daripada kalangan responden bersetuju mengatakan kursus perguruan dapat membantu meningkatkan profesion perguruan manakala 11 orang daripada kalangan responden lagi tidak bersetuju mengenai penyataan ini. Bagi soalan ketiga pula pengkaji telah mengemukakan persoalan mengenai kebolehan guru dalam mengawal emosi semasa

berada di dalam kelas. Melalui analisis para pengkaji mendapati 11 orang daripada kalangan responden bersetuju bahawa para guru mampu mengawal emosi sewaktu berada di dalam kelas manakala selebihnya seramai 4 orang lagi tidak yakin bahawa guru mampu mengawal emosi sewaktu berada di dalam kelas. Seterusnya bagi soalan keempat, pengkaji mengemukakan persoalan mengenai kebolehan guru mengendalikan aktiviti di luar bilik darjah seperti aktiviti sukan, badan beruniform, persatuan dan lain-lain. Bagi soalan ini, seramai 10 orang responden yakin mengenai kebolehan guru mengendalikan aktiviti

seumpama ini, manakala yang selebihnya seramai 5 orang lagi tidak bersetuju mengenai penyataan ini. Melalui analisis yang dibuat, pengkaji mendapati seramai 4 orang responden

bersetuju mengenai kecekapan para guru dalam menguruskan rekod murid manakala yang selebihnya iaitu seramai 11 orang responden mendapati para guru tidak cekap dalam menguruskan rekod murid. Seperti yang ditakrifkan oleh Kamus Dewan dalam Ee Ah Meng (1998), profesion ialah pekerjaan yang memerlukan pendidikan tinggi dan latihan khas. Oleh itu adalah jelas bahawa kriteria yang menentukan sama ada sesuatu pekerjaan itu merupakan profesion ataupun bukan bergantung kepada pendidikan tinggi dan latihan khas. Keguruan adalah merupakan satu profesion kerana ia memenuhi banyak kriteria yang diperlukan. Namun apa yang menyedihkan, berdasarkan soalan- soalan yang dikemukakan dalam skop profesion, pengkaji mendapati kebanyakan guru masih belum dapat memenuhi piawai profesionalisme yang telah ditetapkan.

Sebagai contoh, bagi soalan pertama, hanya 67% daripada kalangan responden mengatakan mereka tidak mampu untuk mengawal disipin pelajar. Pernyataan ini disokong dengan lambakan kes yang terpampang di dada akhbar pada masa kini di mana pelajar telah bertindak kasar terhadap gurunya. Sumber yang dipetik daripada berita harian yang berbunyi seorang pelajar tingkatan empat sebuah sekolah di kawasan Nibong Tebal, menampar seorang guru wanita berusia 29 tahun di dalam kelas kerana tidak berpuas hati dengan tindakan guru terbabit menamparnya. Pelajar tersebut bukan sahaja telah melanggar disiplin bahkan dia telah melakukan tindakan yang memalukan gurunya yang sepatutnya disanjung dan dihormati. Dalam hal ini, pelajar tidak haruslah disalahkan dengan sepenuhnya kerana guru dan ibu bapa juga berperanan besar dalam mencorakkan peribadi dan mendisiplinkan anak-anak. Justeru itu, guru berperanan menggubal peraturan untuk diikuti oleh pelajar semasa berada di dalam bilik darjah. Peraturan itu haruslah eksplisit, jelas dan boleh dikuti. Namun begitu terdapat beberapa garis panduan yang mesti diikuti semasa menggubal

peraturan. Antaranya ialah tidak menetapkan terlalu banyak peraturan, memberikan contoh bagi setiap peraturan dan menyatakan contoh tingkah laku yang salah dari segi peraturan sekolah. Selain itu, guru juga perlulah berbincang dengan pelajar sebelum mengambil sesuatu tindakan. Seelok-eloknya perbincangan hendaklah dilakukan pada hari pertama kelas dan guru perlulah mengemukakan alasan mengapa peraturan-peraturan tersebut digubal. Bagi memastikan keberkesanan peraturan yang digubal, guru mestilah sentiasa memantau tindakan- tindakan yang dilakukan oleh pelajarnya. Persoalan mengenai sejauh mana keberkesanan kursus perguruan dalam

meningkatkan dan memelihara imej profesion turut dikemukakan dalam soalan ketiga. Menurut Hartley et al (1996), praktikum adalah masa yang sangat penting dalam latihan keguruan di mana guru pelatih mengaplikasikan segala input yang diterima semasa sesi pengajian ke alam persekolahan. Jadi, tegas Hartley, guru pelatih mesti diberi pendedahan yang secukupnya dalam pedagogi semasa menjalani latihan atau kursus perguruan. Namun, berdasarkan analisa daripada borang soal selidik yang telah diedarkan kepada responden, kebanyakan responden tidak menyetujui keberkesanan kursus perguruan dalam membantu meningkatkan dan memelihara imej profesion. Hal ini adalah kerana para guru tidak mempraktikkan apa yang dipelajari semasa praktikum ke dalam cara pengajaran di sekolah. (http://www.ipbl.edu.my/bm/penyelidikan/seminarpapers/2005/ramachandranMPBP.pdf) Bagi soalan ketiga, persoalan mengenai sejauh mana kebolehan guru dalam mengawal

emosi semasa berada dalam kelas turut dikemukakan. Berdasarkan data yang diperolehi daripada soal selidik didapati 23% daripada kalangan responden bersetuju bahawa mereka mampu mengawal emosi semasa berada dalam kelas manakala 73% lagi tidak bersetuju ataupun bermakna sebilangan besar para guru masih belum mampu mengawal emosi semasa berada dalam kelas. Dapatan ini boleh disokong melalui (Utusan Malaysia, April 2001) yang melaporkan bahawa seorang murid tahun tiga di Klang mendakwa telah dicekik, dirotan dan ditendang dadanya oleh empat orang guru. Dalam (Berita Harian, Ogos 2004) melaporkan di Kuantan, 21 orang pelajar Sekolah Kebangsaan Jengka 1, Bandar pusat Jengka Maran, telah ditampar, dan dipaksa membersihkan papan hitam dengan menggunakan pipinya. Kejadian itu telah menimbulkan kemarahan ibu bapa pelajar. Terakhir (Berita Harian, 15.8.2004) juga melaporkan bahawa, di Ipoh seorang pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson, mendakwa ditumbuk, ditampar dan dirotan oleh guru matematiknya hingga menyebabkan tangan kiri pelajar berkenaan bengkak dan dirawat di Hospital Ipoh (HI). Kejadian-kejadian seperti ini menunjukkan bahawa, sebahagian daripada guru tidak dapat mengawal emosi ketika berhadapan dengan pelbagai karenah pelajar di dalam kelas sehingga menyebabkan para guru melakukan pelbagai perkara yang boleh menimbulkan kecederaan fizikal dan juga kesan psikologi yang mendalam terhadap pelajar. Sesetengah pelajar berasa takut untuk datang ke sekolah akibat perlakuan guru yang sedemikian. Seterusnya bagi soalan yang keempat, pengkaji mengemukakan persoalan mengenai kebolehan guru mengendalikan aktiviti di luar bilik darjah. Kebanyakan responden yakin akan kemampuan para guru dalam mengendalikan aktiviti di luar bilik darjah. Dalam konteks negara ini, penglibatan dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum dianggap penting sebagai satu medium untuk memenuhi hasrat dasar pendidikan kebangsaan iaitu perpaduan dalam kalangan pelajar yang terdiri daripada berbilang kaum ( Faridah 1988). Hal ini juga bertepatan dengan dengan hasrat dasar Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang telah menyarankan pembentukan individu yang rasional dan seimbang serta kukuh dalam perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Persoalan terakhir yang dikemukakan oleh pengkaji masih lagi berada dalam skop profesion iaitu mengenai tugas menguruskan rekod peribadi dan kecemerlangan pelajar. Oleh sebab sebilangan besar daripada responden tidak pernah mengajar di sekolah rendah, jadi melalui data yang diperoleh, hanya 27% daripada kalangan responden bersetuju akan kebolehan dalam mengurus rekod peribadi dan kecemerlangan pelajar.

6.3 PERSEDIAAN GURU Menurut Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman (2008) program pendidikan di negara ini, khususnya bagi peringkat sekolah digubal berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang menggambarkan bahawa pembangunan insan itu perlulah seimbang dan menyeluruh perkembangannya dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Oleh yang demikian, guru sebagai agen sosialisasi di sekolah perlu menjadi teras pelaksanaan pendidikan. Terdapat banyak peranan yang perlu dimainkan oleh guru dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai pendidik. Antara tugas seorang guru ialah sebagai role model kepada pelajar, pembentuk akhlak yang mulia, pakar dalam pengetahuan yang dimilikinya dan mahir dalam beberapa kemahiran untuk diajar kepada para pelajarnya. Guru yang berkualiti ialah guru yang bersifat professional, mahir dalam semua hal perguruan, tahu tentang teori dan amalannya, tahu tentang pengajaran dan pembelajaran, peka kepada perkembangan pendidikan, mengikuti perkembangan ilmu dan patuh kepada tatasusila perguruan ( Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman, 2008). Seorang guru yang mempunyai sifat profesionalisme yang tinggi mempunyai ciri berdedikasi dan komited terhadap profesionnya, bertanggungjawab serta sanggup bekorban. Proses pendidikan yang berkualiti pula merujuk kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan mampu diterima serta dihayati oleh pelajar. Pengajaran yang efektif pula merupakan pengajaran yang membolehkan pelajar memperolehi kemahiran, pengetahuan dan sikap yang telah ditetapkan ( Dick & A. Reiser, 1996). Guru ataupun bakal guru perlu melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran dan teknik pengajaran serta mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dalam pelbagai bidang. Menurut Abu Ghafar Md Din (2003), proses pengajaran bukan semata-mata proses bercirikan sains, tetapi juga memiliki ciri-ciri seni. Proses pengajaran berunsurkan seni kerana guru perlu kreatif semasa proses pengajaran yang akan menjadikan pengajaran lebih mudah difahami, menarik dan berkesan. Di samping itu, guru perlu kemahiran dan ilmu pengetahuan yang tinggi kerana guru perlu menyalurkan maklumat yang betul serta dalam keadaan yang mudah difahami kepada pelajar. Kesimpulannya, seorang guru memerlukan persediaan yang cukup untuk menjalankan proses pengajaran yang berkualiti dan efektif serta mudah diterima pelajar.
TIDAK SETUJU SETUJU

Bil. Item

Respon Setuju (%) Tidak Setuju (%) 6.67 13.3

1 2

Saya masuk ke kelas tepat pada waktunya

93.33

Saya sentiasa mengulangkaji terlebih dahulu topic 87.67 yang perlu diajar sebelum masuk ke kelas

3 4

Saya menyediakan nota untuk pelajar

66.67

33.33 20.00

Saya menggunakan tayangan video, model dan 80.00 demostrasi untuk menarik minat pelajar

Saya sentiasa mengenalpasti serta menganalisis 66.67 keupayaan dan kelemahan pelajar.

33.33

Jadual 1 berdasarkan dapatan kajian daripada borang kaji selidik. Antara persediaan guru yang boleh dilakukan adalah dengan datang awal ke kelas bagi memastikan pelajar tidak membuat bising, merayau-rayau di luar kelas dan menghalang

pelajar daripada ponteng. Sebanyak 93.33% responden bersetuju untuk masuk ke kelas tepat pada waktunya. Guru yang berdedikasi sentiasa bersemangat untuk masuk ke kelas lebih awal untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Seorang guru juga harus memilki kecekapan dalam semua bidang dan tidak hanya tertumpu kepada bidang perguruan sahaja. Dalam erti kata lain, guru harus memiliki ilmu pengetahuan yang luas. Sistem pendidikan di Malaysia sentiasa mengalami transformasi dari semasa ke semasa. Antara perubahan yang dialami adalah perubahan nilai, fikiran, kehendak dan kemajuan teknologi yang diusahakan manusia. Senario semasa yang berlaku dan yang akan datang menyebabkan penekanan adalah lebih kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan pembangunan manusia dari segi mental, fizikal dan spiritualnya (Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman, 2008). Justeru itu, guru perlu mengetahui pelbagai aspek termasuk di peringkat tempatan dan global. Seorang guru yang bijak sebolehnya mengaitkan topik pembelajaran dengan aktiviti dan peristiwa yang berlaku di dunia luar. Hal ini demikian kerana, guru akan dapat melatih para pelajar supaya berfikir di luar kotak pemikiran. Sebagai contoh, guru yang mengajar subjek Pengajian Am boleh mengaitkan topik yang diajar dengan isu-isu perlembagaan, pilihan raya dan pentadbiran di Malaysia supaya pelajar lebih jelas tentang topik tersebut. Sebanyak 87.67% responden bersetuju bahawa para guru mengulangkaji terlebih dahulu topik yang perlu diajar sebelum masuk ke kelas manakala 13.3% mengatakan yang sebaliknya. Hal ini penting bagi setiap guru supaya guru mengajar dengan lebih yakin, mampu mengawal kelas dengan baik dan merancang pengajaran dengan baik. Dengan mengulangkaji topik yang diajar terlebih dahulu sebelum masuk ke kelas, guru mampu untuk memastikan objektif pengajaran disediakan dengan jelas serta menyusun aktiviti pengajaran mengikut objektif tersebut. Menurut Abd. Ghafar Min (2003), objektif dan matlamat pengajaran yang perlu disediakan oleh seorang guru perlu kerana ingin menentukan arah dan tujuan pengajaran, memberi panduan memilih isi pelajaran, member i panduan bagi menentukan teknik atau kaedah pengajaran, membantu guru mengenalpasti bahan bantu mengajar, memberi panduan untuk membina ujian dan membantu penyelia untuk menilai guru. Penerangan guru juga akan menjadi jelas dan mudah difahami oleh pelajar sekiranya guru tersebut terlebih dahulu mengulangkaji topik yang akan diajar. Sebanyak 66.67% responden bersetuju para guru menyediakan nota untuk pelajar manakala 33.33% mengatakan yang sebaliknya. Penyediaan nota dan handout kepada pelajar juga merupakan salah satu teknik pengajaran. Nota yang diberikan bukanlah merangkumi

sepenuhnya apa yang bakal diajar, namun ianya mengandungi isi-isi penting topik berkenaan, peta minda, rujukan tambahan dan sebagainya. Nota dan handout yang diberikan kepada para pelajar boleh dianggap sebagai nilai tambah dalam kaedah pengajaran. Berdasarkan kaji selidik, 80.00% daripada kalangan responden bersetuju para guru

menggunakan tayangan video, model dan demostrasi untuk menarik minat pelajar manakala 20.00% lagi tideak bersetuju. Guru yang profesional mempunyai pelbagai kaedah untuk menarik minat pelajar untuk belajar. Guru akan mengaplikasikan kepelbagaian kaedah dalam menyampaikan isi pelajaran. Seboleh-bolehnya guru perlu mahir dalam pelbagai kaedah pengajaran supaya pelajar tidak merasa jemu dan bosan untuk belajar. Pendekatan pendidikan secara tradisional yang memberi penekanan kepada penyampaian pengetahuan semata-mata melalui cara syarahan atau penerangan guru secara sehala, tidak lagi dapat dianggap sebagai kaedah yang memuaskan dalam proses pengajaran dan pembelajaran hari ini (Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman, 2008). Menurut Ibrahim Bajunid (2000) dalam Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman, (2008) guru bukan lagi sage on the stage sebaliknya guru adalah the guide by the side. Ini bermaksud guru juga berperanan sebagai fasilitator yang membantu perkembangan pembelajaran pelajar. Oleh yang demikian, guru harus menguasai kemahiran penggunaan alat bantu mengajar yang terkini seperti komputer, multimedia, internet dan sebagainya untuk menarik minat para pelajar. Bagi meningkatkan minat para pelajar untuk belajar secara

optimum, seorang guru perlulah menggunakan kemahiran mengajar dengan teknik yang sesuai dan berkesan. Minat, sikap dan penerimaan pelajar terhadap pembelajaran adalah tidak sama. Namun, hal ini mampu diatasi oleh guru dengan penggunaan kaedah pengajaran yang

berkesan, teknik penyampaian yang jelas, mudah difahami serta watak dan peribadi guru yang baik boleh memupuk minat pelajarnya untuk memberi tumpuan. Abd. Ghaffar Md. Din (2003) menyatakan terdapat pelbagai kaedah dan teknik pengajaran seperti kaedah kuliah atau syarahan, kaedah perbincangan, kaedah tunjuk cara, kaedah projek, kaedah menyelesaikan masalah, kaedah dapatan, kaedah main-peranan dan kaedah simulasi. Jadi para guru boleh mengaplikasikan pelbagai kaedah dan teknik

pengajaran terhadap pelajar di dalam kelas. Namun setiap kaedah-kaedah ini juga mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri. Oleh yang demikian, guru haruslah menyeimbangkan kaedah-kaedah yang ingin digunakan supaya tidak menimbulkan masalah sewaktu pengajaran. Pepatah Cina ada mengatakan saya dengar, mungkin saya lupa; saya

dengar mungkin saya faham; saya buat, tentu saya ingat. Dwyer (1978) dalam Abd. Ghafar (2003) mengatakan bahawa satu kajian dibuat untuk meninjau peranan deria semasa manusia mengumpul ilmu pengetahuan atau belajar. Dapatan kajian tersebut mendapati peratus penglibatan setiap deria adalah berbeza. Pengkaji mendapati 1% adalah melalui deria rasa, 1.5% melalui deria sentuhan, 3.5% melalui deria bau, 11% melalui deria pendengaran manakala 83% lagi adalah melalui deria penglihatan. Melalui kajian tersebut, deria yang paling berfungsi untuk mengumpulkan maklumat atau belajar ialah deria penglihatan dan diikuti oleh deria pendengaran. Manusia berkomunikasi melalui lisan dan tulisan. Namun sebenarnya, komunikasi secara visual adalah lebih berkesan seperti pepatah Inggeris yang berbunyi A picture is worth a thousand words. Media pengajaran yang digunakan dalam kaedah pengajaran adalah berkait rapat dengan deria. Abd. Ghafar Md. Din (2003) mengklasifikikasikan media pengajaran kepada lima iaitu alat pandang, alat dengar, alat pandang dengar, media bukan eletronik dan media elektonik. Fungsi media dalam pengajaran ialah memudahkan guru menerangkan sesuatu konsep, merangsang minat pelajar dengan gambar, video dan persembahan yang menarik, mempelbagaikan kaedah pengajaran, menjimatkan masa untuk pengajaran, melibatkan pelajar secara aktif, dan menajamkan deria pelajar. Oleh yang demikian, guru haruslah bijak menggunakan alat bantu mengajar dan media-media yang berpatutan sebagai nilai tambah dalam proses pengajaran.

Persediaan guru untuk mengajar juga meliputi analisis terhadap ciri-ciri pelajar. Para guru seharusnya mengenali pelajarnya dan mengetahui latar belakang mereka. Hal ini demikian untuk memudahkan para guru untuk mengajar, tidak mengguris perasaan pelajar secara tidak sengaja sekiranya terdapat perkara yang berkaitan dengan latar belakangnya dan mencari kaedah yang berkesan kepada semua pelajar mengikut minat dan kecenderungan mereka. Terdapat perbezaan daripada pelbagai aspek antara pelajar-pelajar di dalam sebuah kelas seperti minat, hobi, tahap penerimaan, tahap kecerdasan dan kepandaian. Jadi, tugas seorang guru ialah mengenalpasti ciri-ciri pelajarnya bagi menentukan sama ada pengajaran yang disampaikan itu berjaya atau tidak. Berdasarkan data yang diperoleh daripada soal

selidik, 66.67% responden bersetuju bahawa para guru dapat mengenal pasti serta menganalisis keupayaan dan kelemahan pelajar manakala 33.33% lagi tidak bersetuju. Guru yang mempunyai komitmen yang tinggi terhadap profesionnya akan berbuat demikian untuk memastikan setiap pelajarnya menerima pembelajaran yang sama tahap di mana tidak wujud

jurang antara pelajar yang pandai dan pelajar yang tidak pandai.

Persedian guru sebelum, semasa dan selepas memasuki kelas untuk proses pengajaran penting bagi memastikan objektif dan pelan pengajaran berjaya dan pelajar menerima pengajaran dengan baik dan mampu mengaplikasikannya. Guru seharusnya seorang yang komited dan bertanggungjawab terhadap tugasnya dalam menyampaikan ilmu dan membantu pelajar memperkembangkan tahap potensi pelajar.

7.0 Kesimpulan Secara tuntasnya, kebanyakan guru mempunyai keinginan untuk memperbaiki diri berkaitan dengan tanggungjawab profesional, yang disebut perkembangan profesionalisme. Ini termasuklah bidang pengajaran yang luas dan keupayaan mentadbir dan memimpin. Seseorang guru juga mungkin mahukan pendedahan kepada teknik mengajar terbaru, ataupun mempelajari cara menggunakan simulasi dan main peranan dalam bilik darjah. Begitu juga dengan perkembangan teknikal, guru-guru juga ingin mempelajari segala ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan bidangnya. Ini mungkin dapat diperolehi dengan menghadiri seminarseminar, simposium, dan konferens berkenaan dengan kerjayanya.

Kekuatan dan kemajuan sesebuah negara banyak bergantung kepada sistem pendidikan yang baik dan berkesan, manakala kekuatan sesebuah sistem pendidikan itu bergantung kepada guru yang berkualiti. Seperti yang dinyatakan dalam Wawasan 2020 (Mahathir, 2001), pendidikan merupakan agenda penting yang akan memenuhi aspirasi untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjadi realiti. Justeru itu, sistem pendidikan haruslah mempunyai guru-guru yang berkualiti dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk merealisasikan wawasan tersebut. Sebagai seorang guru, falsafah pendidikan guru haruslah menjadi panduan kerana falsafah itu sendiri menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada matlamat dan pendidikan guru di Malaysia. Guru juga haruslah memperbaiki diri untuk mempertingkatkan profesionalisme guru untuk melakukan perubahan dalam pendidikan. Pendidikan tinggi tidak akan menjamin seseorang guru itu menjadi profesional, tetapi kemahiran yang diperolehi, dan kebolehan mengaplikasikan dalam suasana pendidikan yang realistik akan menentukan peningkatan profesionalisme.

Bibliografi Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman (2008). Falsafah Pendidikan dan Kokurikulum . Tanjung Malim: Quantum books.

Abd.Ghafar Md. Din (2003). Prinsip dan Amalan Pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distribution Sdn Bhd.

Amin senin (2008). Pembangunan profesional guru. Kuala Lumpur: Utusan Publication and distributors sdn bhd.

Creative thinking (2009). Diperoleh pada Mac 13, 2011 daripada http://oll.moe.gov.my/2008/ jqafut/mod/forum/discuss.php?d=526

Creative thinking (2009). Diperoleh pada Mac 14, 2011 daripada http://www.slideshare.net/ arthurjeo/6-peningkatan-profesionalisme-guru

Creative thinking (2011). Diperoleh pada Mac 15, 2011 daripada http:// cikguadura.wordpress.com/2011/01/24/penilaian-baru-mampu-tingkat-motivasi-kerjapenjawat-awam-pengganti-ptk/

Creative thinking (2011). Diperoleh pada Mac 16, 2011 daripada http://www.ipbl.edu.my/bm/ penyelidikan/seminarpapers/2005/ramachandranMPBP.pdf

Dick, W .dan Reiser, R ( 1996). Merancang Pengajaran yang Efektif. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Halimah Harun (2006). Diperoleh pada

Minat, motivasi dan kemahiran mengajar guru pelatih. Mac 15,2011 daripada http://www.google.com.my/

#sclient=psy&hl=en&q=jurnal+minat%2Cmot+ivasi+dan+kemahiran+mengajar+guru+ pelatih&aq=&aqi=&aql=&o

Mok Soon Sang (1998). Panduan Dan Latihan UKELP Bahagian C: Inventori Sahsiah Keguruan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Saipo.

Guru Menghadapi Perubahan. Diperoleh www.ipislam.edu.my/uploaded/file/saifo.pdf

pada

Mac

16

2011

daripada

Siti Zafirah (2008). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pemilihan Profesion Perguruan Di Kalangan Pelajar Tahun 4 Perdana Jabatan Pendidikan Teknikal Dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan, UTM. Diperoleh pada Mac 10, 2011 daripada http:// www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/psm%20SITI%20ZAFIRAH.pdf

Lampiran BORANG KAJI SELIDIK PROFESIONALISME GURU JANTINA : UMUR : PENGALAMAN MENGAJAR : NO ITEM RESPON SANGAT SETUJ SETUJU U 1. Saya memilih profesion perguruan disebabkan oleh minat yang mendalam terhadap bidang ini. Saya berkebolehan untuk memotivasikan pelajar Saya tidak akan berputus asa jika pelajar saya enggan menyiapkan kerja sekolah TIDAK SETUJ U SANGAT TIDAK SETUJU

2. 3.

4. 5.

Saya gemar mengadakan kelas tambahan untuk pelajar Saya sentiasa memberi komitmen dalam program yang dianjurkan sekolah

BAHAGIAN A: MOTIVASI

BAHAGIAN B: PROFESION NO. ITEM RESPON SANGAT SETUJ SETUJU U 1. 2. 3. 4. 5. Saya berkemampuan dalam mengawal disiplin pelajar Saya yakin kursus perguruan mampu mempertingkatkan profesion guru Saya mampu mengawal emosi semasa berada dalam kelas Saya berkebolehan mengendalikan aktiviti di luar bilik darjah Saya cekap dalam menguruskan rekod peribadi dan kecemerlangan murid TIDAK SETUJ U SANGAT TIDAK SETUJU

BAHAGIAN C: PERSEDIAAN GURU NO. ITEM RESPON SANGAT SETUJ SETUJU U 1. 2. 3. 4. Saya masuk ke kelas tepat pada waktunya Saya sentiasa mengulangkaji terlebih dahulu topik yang diajar sebelum masuk ke kelas Saya menyediakan nota untuk pelajar Saya menggunakan tayangan video, model dan demonstrasi untuk menarik minat pelajar TIDAK SETUJ U SANGAT TIDAK SETUJU

5.

Saya sentiasa mengenalpasti serta menganalisis keupayaan dan kelemahan pelajar

You might also like