You are on page 1of 1

Laporan Aktiviti Persatuan Bahasa Malaysia

Persatuan Bahasa Malaysia telah menjalankan pelbagai aktiviti yang


memberi manIaat kepada ahli-ahli persatuan sepanjang tahun ini.

Pada bulan Januari 2011, ahli-ahli telah didedahkan teknik-teknik
bersyarahan dan berpidato di khalayak ramai. Di samping itu, ahli-ahli
diperkenalkan permainan tradisional seperti permainan congkak dan Sahibba
pada bulan-bulan berikut.

Kesemua ini dapat mencungkil bakat ahli-ahli dalam permainan
tradisional. Selain itu, pertandingan mendeklamasikan sajak juga diadakan
dalam kalangan ahli-ahli pada bulan Mac. Ahli-ahli persatuan dapat
menghayati kesenian sajak.

Pada bulan Mei dan Jun , ahli-ahli menyaksikan video tentang cerita
rakyat. Ahli-ahli memperoleh nilai murni dan pengajaran daripada tayangan
tersebut.

Pada bulan Julai dan Ogos, ahli-ahli menyertai pertandingan membina
kosa kata. Kumpulan yang menang diberi hadiah.

Aktiviti-aktiviti telah berjaya dijalankan di samping membawa
manIaat kepada setiap ahli. Semoga persatuan kami akan mengadakan
aktivit tersebut pada tahun yang akan datang.


Yang menjalankan tugas, 13.11.2011


(NOR IDURA BINTI JOHARI)
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Malaysia,
SJKT ALOR GAJAH

You might also like