You are on page 1of 13

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS, 35900 TANJUNG MALIM PERAK DARUL RIDZUAN

Muzik Dan Pergerakan Kreatif (KAQ 1063) Esei Muzik dan Pergerakan Awak Kanak-kanak

En.Mohd Radzhi bin Abdul Rahman

Louisa Wilhelmina Pinto E 20091000471 Kumpulan C

Isi Kandungan

Tajuk 1.0 Pengenalan 2.0 Bagaimana muzik dan pergerakkan dapat menggalakkan perkembangan 2.1 Perkembangan sosial dan emosi 2.2 Perkembangan Fizikal 2.3 Perkembangan Kognitif 2.4 Perkembangan bahasa dan komunikasi 3.0 Peranan cikgu untuk memerhati dan bertindak balas kepada kanakkanak. 4.0 Bagaimanakah kanak-kanak terlibat dalam muzik dan pergerakan 4.1 Mendengar 4.2 Bernyanyi 4.3 Bergerak mengikut rentak muzik 4.4 Bermain dengan alat-alat muzik 4.5 Meniru pergerakan 5.0 Mewujudkan persekitaran untuk muzik dan pergerakan 6.0 Strategi untuk memperkenalkan lagu baru kepada kanak-kanak 7.0 Penutup 8.0 Rujukan

Muka surat 1 2-3

4-5

5-7

7-8 8 9 10

1.0 Pengenalan Muzik secara semula jadi dapat menggembirakan dan menarik minat kanak-kanak. Program pendidkan awal kanak-kanak yang menyediakan waktu untuk muzik dan pergerakan memberi peluang kepada kanak-kanak yang bersemangat tinggi dan tenaga kreatif untuk berseronok. Pengalaman muzik dan pergerakan kanak-kanaka dapat membantu untuk memperkembangkan kedua-dua belah otak di mana ini merupakan satu penemuan yang penting dalam satu penyelidikan otak. Muzik dan pergerakan menyumbang kepada perkembangan kanak-kanak secara holistik. Muzik bermaksud bunyi yang dihasilkan oleh seseorang ataupun kumpulan. Muzik boleh dikira sedap didengari bergantung kepada individu yang mendengarnya. Muzik dimainkan dengan menggunakan pelbagai alat muzik untuk menghasilkan bunyi. Pergerakan pula bermaksud satu tindakan untuk ubah ke lokasi lain. Pergerakan juga adalah pertukaran posisi tanpa mengubah lokasi seseorang. Muzik dan pergerakan mudah dilakukana kerana muzik dan pergerakan tidak perlu dilakukan di kawasan luar rumah ataupun di luar kelas. Kanak-kanak boleh melakukan aktiviti muzik dan pergerakan di dalam rumah dengan hanya memerlukan ruang yang kecil sahaja. Contohnya, kanak-kanak boleh duduk dalam pasangan menyanyikan lagu sambil tepuk tangan bersama kawan. Kanak-kanak terdedah kepada bunyi muzik dalam sekitar rumah mereka setiap hari. Contohnya ; seseorang kanak-kanak mungkin mempunyai permainan alat muzik dan mobil yang bergerak yang menghasilkan bunyi untuk dodoian. Bunyi kicauan burung, kucing mengaum, ayam berkokok, anjing menyalak di luar rumah adalah bunyi sekitar kanak-kanak. Radio dan televisyen di rumah yang mainkan muzikal iklan. Tambahan pula, muzik tema program televisyen selalu akan dimainkan sebelum program tersebut bermula. Kebanyakkan kanak-kanak tidak banyak membuat pergerakan di rumah walaupun mereka terdedah kepada muzik atau bunyi-bunyi. Mungkin sebab ruang terhad atau ibu bapa menterhadkan pergerakan kanak-kanak kerana bimbang kanak-kanak akan cedera ataupun memcahkan apa-apa di rumah. Jadi waktu muzik dan pergerkan boleh dijalankan di sekolah. Guru boleh mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk kanak-kanak kerana muzik dan pergerakan penting dalam membantu perkembangan kanak-kanak.

1 2.0 Bagaimana muzik dan pergerakkan dapat menggalakkan perkembangan 2.1 Perkembangan sosial dan emosi Aktiviti muzik dan pergerakkan merupakan aktiviti di mana semua kanak-kanak dapat berkongsi pengalaman yang sama supaya semua kanak-kanak rasa sebahagian daripada kumpulan dan tidak rasa terasing. Muzik yg berlainan jenis dapat menimbulkan perasaan dan perlakuan yag berlaina dalam kanak-kanak. Muzik yang meriah akan menimbulkan perasaan yang suka dan seronok, kanak-kanak akan secara semula jadi membuat pergerakkan badan yang mudah mengikut rentak muzik. Muzik yang tenang dapat menenangkan kanak-kanak apabila kanak-kanak sedang rasa marah atau takut. Kanak-kanak menggunakan badan mereka untuk mengespresikan emosi yang berlainan seperti gembira,marah,sedih. Perkembangan social kanak-kanak berkembang apabila mereka bermain mainan muzik yang mudah seperti Papaku pulang dari koata. Melalui lagu ini, kanak-kanak bukan sahaja nyanyi bersama, mereka perlu buat pergerakan seperti kereta dalam kumulan bersama kawan-kawan. Di sini kanak-kanak sama-sama berasa seronok dan bergelak bersama kawan mereka. Dengan aktiviti mudah ini, perkembangan emosi dan perkembangan sosial kanak-kanak dapat dirangsangkan.

2.2 Perkembangan Fizikal Motor kasar kanak-kanak dapat berkembang apabila mereka melakukan pergerakan mengikut rentak muzik dan melalui aktiviti pergerakan lain. Contohnya, melalui lagu ABC, cikgu boleh meminta kanak-kanak melengkung badan untuk menhasilkan huruf C ataupun lagu Old MacDonald had a farm di mana cikgu boleh meminta kanak-kanak melakukan pergerakan haiwan yang terdapat dalam lagu tersebut. Melalui aktiviti pergerakan memainkan Ikut ketua mereka boleh meningkatkan kemahiran dalam mengawal otot-otot besar, pengimbangan badan dan koordinasi badan. Kanak-kanak dapat mengukuhkan kemahiran otot-otot kecil apabila mereka belajar bermain jari dan bermain dengan alat-alat muzik. Apabila kanak-kanak bermain dengan alat-alat muzik, kanak-kanak perlu menggengam dan melalui mainan muzik enjit-enjit semut atau itsy bitsy spider kanak-kanak perlu melakukan pergerakan jari mereka.

2 2.3 Perkembangan Kognitif Perkembangan kognitif kanak-kanak berkembang semasa kanak-kanak menyelesaikan masalah apabila terlibat dalam aktiviti muzik dan pergerakan. Mereka menggunakan pemikiran logik untuk mengetahui alat-alat muzik manakah yang boleh digunakan untuk membuat bunyi seperti bunyi guruh. Kanak-kanak juga perlu berimaginasi untuk membayangkan bagaimanakah hendak menhasilkan huruf-huruf dengan melengkungkan badan mereka. Kanak-kanak juga menghasilkan corak dengan perkataan yang dinyanyikan, dengan pergerakan yag dilakuakan oleh badan mereka dan dengan alat-alat muzik. Selain itu, kanak-kanak belajar tentang konsep nombor dengan menepuk tangan dan menghentak kaki empat kali sambil bernyanyi lagu nombor. Kanak-kanak juga berfikir secara simbolik apabila mereka bergerak seakan-akan gajah ataupun lompat seperti arnab.

2.4 Perkembangan bahasa dan komunikasi Perkembanga bahasa kanak-kanak berkembang apabila perkembangan kognitif mereka berkembang. Melalui nyanyian lagu, pembendaharaan kata kanak-kanak akan bertambah. Lagu kanak-kanak dapat menolong kanak-kanak mempelajari perkataan baru yang tidak pernah didengari. Kanak-kanak boleh pilih lagu kegemarannya dan nyanyi lagu tersebut. Kanak-kanak lama-kelamaan akan menghafal lagu itu dan mengetahui semua perkataan yang terkandung dalam lagu tersebut. Apabila perkembangan bahasa kanak-kanak berkembang, kanak-kanak dapat berkomunikasi dengan orang sekelilingnya. Kanak-kanak sering berkomunikasi dengan rakannya sambil melakukan pergerakan bersama. Tanpa komunikasi, kanak-kanak tidak dapat bekerjasama melakukan sesuatu pergerakan berpasangan. Melalui komunikasi dan interaksi, kanak-kanak dapat berkembang dari segi sosial.

3 3.0 Peranan cikgu untuk memerhati dan bertindak balas kepada kanak-kanak Cikgu perlu fikirkan apakah lagu kegemaran cikgu semasa zaman kanak-kanak. Dimanakah cikgu berada apabila cikgu menyanyikan lagu tersebut? Apakah cikgu sedang lakukan ketika itu? Siapakah yang mengajar cikgu lagu tersebut? Kenapakah lagu itu masih diingati sehingga hari ini? Adakah lagu itu mempunyai cerita yang boleh dikaitkan? Pengalaman dengan muzik, dimana sering dikaitkan dengan pergerakan, selalunya diingati kerana muzik tidak terhad kepada intelek tetapi juga menyentuh perasaan dan mengaitkan deria. Kedua-duanya adalah cara untuk menyampaikan pemikiran, idea, perasaan dan cerita. Muzik dan pergerakan penting bagi menolong membentuk hubungan dan merapatkan lagi seseorang individu antara satu sama lain. Sebagai seorang cikgu, cikgu harus pilih lagu yang dapat mengembirakan kanakkanak dan mengenalkan lagu itu, permainan aksi, dan aktiviti muzik dan pergerakan yang lain. Tetapi peranan utama cikgu adalah untuk merangsangkan perkembangan kanak-kanak dengan memerhatikan cara mereka bertindak balas terhadap muzik, bercakap dengan mereka tentang apa yang mereka tengah lakukan, bertindak balas terhadap penerokaan mereka dan bertanyakan soalan kepada kanak-kanak. Kanak-kanak belajar bahawa pergerakan boleh menyampaikan mesej atau maksud dan mewakili sesuatu tindakan. Contohnya, ibu jari yang naik bermaksud bagus atau okay. Oleh sebab itu, pergerakan badan adalah sesuatu yag seronok untuk dilakukan dan ini merupakan peluang yag baik untuk mereka belajar menyelesaikan masalah melalui pergerakan badan. Terdapat kanak-kanak yang lemah bercakap tetapi boleh menyelesaikan masalah dengan pergerakan badan atau jari. Cikgu perlu adakan aktiviti di mana kanak-kanak yang lemah dalam lisan dapat menunjukkan kemampuan mereka dalam pergerakan badan supaya mereka tidak rasa bosan di sekolah. Apabila cikgu bertanyakan soalan yang kanak-kanak perlu jawab dalam bentuk lisan seperti Bolehkan kamu tolong Pooh fikirkan cara lain untuk Pooh menaiki pokok untuk mengambil madu? ataupun Semalam cikgu guna apa untuk mencipta gitar?, sesetengah kanak-kanak mungkin mengalami masalah untuk menjawab dalam perkataan.

4 Tetapi apabila soalan yang kanak-kanak boleh menjawab dalam bentuk pergerakan seperti Bagaimanakah ular bergerak? Bagaimana pula katak bergerak?, kanak-kanak secara tidak langsung akan membuat pergerakan haiwan tersebut. Ini merupakan peluang bagi kanakkanak yang lemah dalam lisan untuk menjawab soalan guru. Masalah yang boleh diselesaikan dengan pergerakan menimbulkan pelbagai jenis cabaran kepada semua kanak-kanak dan satu cara untuk kanak-kanak yang kurang ilmu lisan untuk menunjukkan kemampuan mereka.

4.0 Bagaimanakah kanak-kanak terlibat dalam muzik dan pergerakan Kanak-kanak terlibat dalam aktiviti muzik dan pergerakan dalam pelbagai cara. Gaya mereka bergantung, kebanyakkan bergantung kepada minat kanak-kanak, temperamen dan pengalaman kanak-kanak.

4.1 Mendengar Dari peringkat awal, kanak-kanak tertarik kepada muzik dan boleh mengenal pasti bunyi-bunyi yang pernah didengari. Dalam peredaran masa, kanak-kanak menjadi lebih mahir dalam mengenal pasti perbezaan muzikal contohnya seperti perubahan dalam tempo (laju-perlahan), nada (tinggi-rendah), dan suara (kuat-perlahan). Kanak-kanak yang lebih berumur sudah mula untuk mendengar nyanyian mereka sendiri ataupun bermain menerokai bunyi untuk disamakan dengan muzik yang mereka dengari.

4.2 Bernyanyi Pada peringkat awal, kanak-kanak boleh bernyanyi bersama dengan orang lain, tetapi bukan selalu seiringan ataupun nada yang sama dengan orang lain. Lama kelamaan, mereka mula mempunyai kebolehan untuk menyanyi dengan nada yang sama apabila bernyanyi beramai-ramai. Selepas itu, mereka boleh bernyanyi seorang diri, dan akhirnya, bernyanyi mengikut nada dan lagu.

5 4.3 Bergerak mengikut rentak muzik Pada mulanya, kanak-kanak akan bergerak mengikut rentaknya sendiri dan bukan rentak muzik. Bergerak mengikut rentak muzik di mana tempo muzik adalah perlahan adalah lebih susah bagi kanak-kanak yang lebih muda. Walaubagaimanapun, bila kanak-kanak mencapai umur tiga atau empat, mereka boleh ikut rentak yang biasa. Mereka mula sesuaikan pergerakan badan dengan perubahan dalam muzik mengikut kelajuan dan perlahannya rentak muzik.

4.4 Bermain dengan alat-alat muzik Pada peringkat awal, kanak-kanak akan memanipulasi dan mengkaji alat-akat muzik. Mereka menjadi lebih prihatin dan sedar terhadap kelainan dalam bunyi terhadap alat-alat muzik contohnya bunyi angin, perkusi, dan brass. Kanak-kanak belajar untuk mengenali bunyi setiap alat-alat mainan muzik. Seterusnya, kanak-kanak akan menggunakan alat-alat muzik tersebut untuk bermain bersama dengan pergerakan yang dilakukan oleh mereka. Walaupun mereka tidak dapat menyamakan bunyi dengan pergerakan mereka, mereka akan berkawad sambil memukul kayu dram. Apabila kanak-kanak lebih berumur, kebanyakan kanak-kanak boleh bermain dengan perkusi yang mudah seperti dram. Kanak-kanak boleh bermain seiringan dengan muzik mengikut tempo. Kanak-kanak akan menggunakan kemahiran mendengar muzik dan kemahiran mengira untuk mengikut tempo muzik yag didengari.

4.5 Meniru pergerakan Bayi boleh meniru pergerakan mudah yang dilihat oleh mereka pada waktu tersebut. Mereka akan senyum balik apabila orang lain senyum kepada mereka, dan apabila ibunya membuka mulut, mereka juga turut akan ikut dan membuka mulut mereka sendiri. Segala perlakuan yang mudah mereka akan meniru kerana mereka mampu meniru gaya perlakuaan tersebut.

6 Pada tahun ke dua, kebanyakan kanak-kanak dapat melakukan perlakuan manusia yang biasa dilihat oleh mereka. Melakukan pergerakan objek adalah lebih susah bagi mereka. Contohnya, kanak-kanak merasakan bahawa menunjukkan pergerakan buaiyan ataupun pergerakan pengelap tingkap, ataupun kapas yang sedang jatuh lebih susah daripada membuat pergerakan seperti seseorang menendang bola ataupun membasuh tangan mereka. Kemampuan tersebut akan berkembang, bersama dengan kemampuan mereka untuk berkomunikasi menggunakan perkataan ataupun pergerakan. Contohnya, Tunjukkan kepada cikgu muka marah ataupun Bagaimanakah kamu mengangkat sesuatu yang sangat berat?.

5.0 Mewujudkan persekitaran untuk muzik dan pergerakan Muzik dan pergerakan membuatkan kanak-kanak melibatkan diri dalam aktiviti, mangambil bahagian dalam pengalaman berkumpulan, dan membuat kajian terhadap bahanbahan dengan sendirian. Oleh itu, persekitaran yang diwujudkan mesti melibatkan sebuah lokasi yang khusus dimana cikgu boleh meletakkan alat-alat muzik, pita perakam, dan bendabenda lain. Di tempat ini yang disediakan oleh cikgu, kanak-kanak boleh membuat atau mendengar muzik dengan bebas dan menari bersama muzik jika mereka hendak melakukannya. Aktiviti muzik dan pergerakan boleh dilakukan dimana adanya ruang, alatalat mainan, muzik yang dapat didengari. Persekitaran yang diwujudkan mestilah dapat menarik minat dan membangkitkan semangat bermain kanak-kanak. Apabila cuaca baik, cikgu boleh bawa alat-alat untuk untuk aktiviti muzik dan pergerakan ke kawasan luar ataupun terbuka untuk kanak-kanak merasai pengalaman di luar kelas selain daripada bermain di dalam kelas. Kanak-kanak akan lebih seronok bermain di luar kerana mereka banyak meluangkan masa mereka di dalam kelas. Untuk mewujudkan persekitaran untuk muzik dan pergerakan, cikgu perlu sediakan ruang untuk membuat aktiviti pergerakan. Ruang yang terhad dan sempit akan menimbulkan rasa tidak mahu bermain. Kanak-kanak akan melanggar sesama diri dan kemungkinan akan timbul pergaduhan.

7 Cikgu juga perlu menyediakan alat-alat unuk kanak-kanak gunakan untuk bermain dan bergerak bersama muzik. Alat-alat tidak semestinya alat-alat muzik yang menghasilkana bunyi. Alat-alat itu boleh jadi selendang yang panjang untuk kanak-kanak gerakkan supaya nampak seperti angin meniupkan selendang itu. Pastikan alat-alat adalah cukup untuk semua kanak-kanak, ini adalah untuk mengelak kanak-kanak merebut atau bergaduh. Kanak-kanak akan melibatkan diri kalau aktiviti muzik dan pergerakan dapat menarik minat mereka atau aktiviti itu merupakan pengalaman mereka di rumah dan kalau sebahagian besar kelas melibatkan diri, secara tidak langsung seseorang kanak-kanak itu juga akan masuk dalam kumpulan untuk main sekali. Oleh itu, adalah tanggungjawab cikgu untuk mewujudkan persekitaran yang menarik untuk kanak-kanak.

6.0 Strategi untuk memperkenalkan lagu baru kepada kanak-kanak Memperkenalkan lagu yang baru kepada kanak-kanak tidak mudah kerana kanakkanak tidak pernah dengar lagu tersebut. Kalau cikgu adakan aktiviti menggunakan lagu yang baru kepada kanak-kanak, mereka tidak akan mengambil bahagian dan berasa bosan. Sebelum melaksanakan aktiviti, guru perlu pastikan semua kanak-kanak kenal lagu tersebut. Untuk memperkenalkan lagu yang baru kepada kanak-kanak, cikgu perlulah pilih lagu yang pendek dan menggunakan perkataan yang mudah untuk disebut oleh kanak-kanak. Lagu yang pendek dan menganduungi perkataan yang mudah untuk disebut membantu memudahkan kanak-kanak pelajari lagu tersebut. Melodi lagu tersebut juga perlulah mudah untuk kanak-kanak ingat. Cikgu perlu pastikan bahawa dia sudah dapat mengingati lagu itu supaya cikgu boleh menceritakan mengenai lagu tersebut seolah-olah menceritakan cerita daripada buku cerita. Barulah cikgu boleh nyanyikan lagu itu kepada kanak-kanak. Cikgu hasrus sentiasa bersenyum ketika bernyanyi dan boleh menggunakan bahan atau alat-alat yang dapat menarik minat kanak-kanak. Contohnya props seperti boneka, kad bergambar, costume untuk menolong kanak-kanak ingtat perkataan dalam lagu. Kemudian guru boleh tambahkan pergerakan atau aksi dalam nyanyian lagu.

8 7.0 Penutup Muzik dan pergerakan dalam kelas adalah satu bahagian penting dalam harian kanakkanak ataupun bayi. Muzik dan pergerakan dapat membantu untuk mengembankgkan kemahiran motor kasar dan juga motor halus kanak-kanak. Ketika kanak-kanak melakukan pergerakan menggunakan anggota badannya, motor kasar kanak-kanak dapat berkembang. Motor halus pula dapat berkembang dengan menggengam alat-alat mainan muzik dan memainkan alat-alat muzik tersebut. Selain daripada itu, muzik dan pergerakan dapat mengembangkan kemahiran sosial, kemahiran mendengar dan membantu untuk mengekspresi emosi kanak-kanak. Kemahiran sosial berkembang apabila kanak-kanak nyanyi rama-ramai bersama kawan mereka dan muzik memerlukan kemahiran mendengar untuk mendengar bunyi yang dihasilkana. Aktiviti muzik dan pergerakan adalah salah satu cara untuk kanak-kanak mengekspresikan emosi yang tidak dapat diluahkan melalui kata-kata. Oleh itu, cikgu haruslah adakan waktu khususnya untuk muzik dan pergerakan di mana kanak-kanak boleh bermain dan berasa seronok. Aktiviti belajar juga boleh menggunakan kaedah bermain dengan muzik dan melakukan pergerakan.

9 8.0 Rujukan http://blog.musicwithbill.com/ http://www.ehow.co.uk/info_7856389_childrens-activities-music-movement.html http://www.creativekidsonthemove.com/Dance.htm http://www.madacademy.com/music-and-movement/default.htm http://www.ehow.com/how_2073316_teach-creative-movement.html http://www.dltk-kids.com/articles/creativemovement.htm http://faculty.ksu.edu.sa/25050/459%20%20%201/Music%20and%20Movement %20excerpt.pdf http://www.earlylearningactivities.com/PDF/musicmovement.pdf http://www.little-folks-music.com/ http://www.wiu.edu/thecenter/art/artexpress/music.html http://psikomotor48.blogspot.com/2010/04/definisi-pergerakan.html http://dictionary.kids.net.au/word/movement

10

You might also like