You are on page 1of 6

PANDUAN MENANAM RUMPUT PASTURA DAN FODDER

Menanam
Menanam rumput sebaik-baiknya dilakukan pada awal musim hujan. Oleh itu
taburan hujan di satu-satu kawasan perlu di ketahui sebelum penanaman dilakukan. Kelembapan yang
mencukupi/sesuai diperlukan untuk pencambahan atau pertumbuhan yang berkesan. Pengairan mengunakan
Irrigator dan 'sprinkler juga sangat membantu untuk mendapatkan kelembapan yang baik tanpa terlalu bergantung
kepada hujan. Bagi kawasan yang terlalu berair, saliran pula perlu untuk mengalirkan keluar air yang berlebihan.
Kadar kuantiti biji benih sehektar ataupun jarak menanam perlu diberi perhatian kerana Iaktor ini akan menentukan
pertumbuhan dan kepadatan yang baik serta mengelakkan pertumbuhan rumpai yang tidak diingini.
Ada 2 cara menanam :-
O Mengunakan biji benih
O Menanam secara tampang/keratan batang

Menanam Mengunakan Biji Benih
Kuantiti biji benih yang diperlukan bagi sehektar bergantung kepada jenis, kualiti dan cara menanam. Jika peratus
percambahan baik, kadar yang digunakan adalah kurang dan begitulah sebaliknya.
Berikut adalah kadar kuantiti biji benih beberapa jenis rumput dan kekacang (sekiranya kualiti biji benih digunakan
adalah baik serta telah disimpan dengan sempurna) :-
Benih rumput
iji benih rumput Kadar semaian (kg/hektar)
Rumput Kuda/Guinea 2 - 6
Rumput Para 2 - 6
Rumput Setaria 2 - 5
Rumput Brachiaria decumben 3 - 6
Rumput Brachiaria humidecoIa 5 - 7
Kadar di atas adalah sesuai jika biji benih tersebut betul-betul bermutu tinggi dimana peratus percambahannya lebih
kurang 60 . Jika percambahan rendah iaitu kurang daripada 30 maka lebih baik kadar diatas diberi 2 kali ganda.

PASTURA CAMPUR KEKACANG
Tujuan menanam kekacang bersama dengan rumput bermutu:
1. Mengurangkan kos membaja,
Kekacang mempunyai bintil-bintil akar yang boleh mengikat nitrogen diudara iaitu anggaran 50-
250 kg/hektar/tahun.
2. Protein kasar (crude protin) kekacang adalah lebih tinggi daripada pastura. Dengan adanya kekacang
didalam pastura dapat meningkatkan peratus nilai protin kasar, bererti menambah kelazatan dan ini akan
menambahkan pengambilan bahan kering oleh ternakan.
Ada beberapa cara menanam rumput bermutu bercampur kekacang. Jika kedua-duanya ditanam dengan biji benih:-

1. Kekacang boleh ditanam bersama rumput dalam baris yang sama
2. atau, kekacang boleh ditanam diantara baris rumput.
Setiap 2-3 tahun mengikut keadaan, biji benih kekacang perlu ditabur dipetak campuran untuk memperbaiki peratus
kandungan kekacang. Ini kerana kadar pertumbuhan kekacang adalah lambat berbanding dengan rumput dan
kesuburan rumput boleh menyekat perkembangan kekacang, malah boleh menghapuskan sama sekali sekiranya tiada
usaha dibuat untuk memperbaiki keadaan.
Rumput MARDI digit (Digitaria setivalva
Berasal dari AIrika Selatan, sejenis rumput yang bersetolon .
Tumbuh bertompok-tompok dan batang yang tegak seperti serai, buku ruas mempunyai sedilit bulu halus
Stolon pada mulanya tumbuh tegak tetapi kemudian rebah dan menjalar seperti stolon biasa.
Batang dan daunnya lembut dan bolih tumbuh setinggi 30 -50 cm
Hasil bahan kering 16 23 tan/ha/tahun
Protein kasar 9.0 Sesuai untuk ragutan
Sesuai dibiak dengan keratin rumpun walaupun terdapat sedikit biji benih yang subur.
Sesuai ditanam pada semua jenis tanah terutamanya jenis tanah gambut.

W
Rumput Kuda / Guinea (!anicum maximum
Tingginya diantara 1.5 2 m
Terdapat beberapa jenis : Rumput kuda biasa, green panic, hamil, coloniao, dan makuaene.
Di Malaysia jenis yang biasa ditanam ialah guinea biasa dan hamil, kerana hasil yang tinggi sepanjang tahun.
Bolih menghasilkan bahan kering sebanyak 20 26 tan/ha/tahun (dengan jarak pemotongan 6-8 minggu )
dengan kadar pembajaan 200-400 kg N/ha/tahun
Protein kasar 11.9
Tahan pada musim kemarau yang panjang, memerlukan iklim yang lembab untuk hidup subur.
Tahan naungan seperti dibawah kawasan tanaman kelapa dan tanaman utama yang masih muda
Tidak sesuai dikawasan air bertakung.


Rumput signal (rachiaria decumbens
Rumput signal tumbuh menjalar, cepat membiak dan sesuai dengan iklim lembabseperti Malaysia
Buku ruas pada batang mengeluarkan akar dan cabang membolihkannya membiak dengan cepat.
Tumbuh setinggi 30 50 cm, daunnya pendek, tirus dan tajam dihujung
Berwarna hijau dan mempunyai sedikit bulu halus. Walaupun berbunga tetapi biji benih kurang subur
Cara yang paling baik untuk menanam ialah dengan keratan tunggul
Kadar penanaman dengan biji benih ialah antara 3 5 kg/ha
Bolih hidup dalam keadan kemarau, tidak sesuai kawasan air bertakung
Kombinasi kekacang yang sesuai ialah desmodium dan epil-epil
Tahan serangan serangga dan penyakit
Hasil bahan kering ialah 14 26 tan/ha/tahun,
Protein kasar 8.5
dengan kadar pembajaan 200-400 kg N/ha/tahun
Sesuai untuk ternakan ruminant besar, ia tidak disyorkan pada kambing da biri-biri
Kerana mengakibatkan Iotosensitiviti dan jaundis
Hasil susu dari lembu yang merabut rumput campuran dengan petai belalang atau baja N ialah 6-8 kg/ekor/hari

Rumput setaria ($etaria sphacelata kultivar Ka:ungula
Berasal dari kawasan tropika dan subtropika AIrika
Mengeluarkan tiler yang banyakdan membiak dengan mengunakan umbisi yang pendek.
Daunnya panjang dan tirus berwarna hijau tua dan tidak mempunyai bulu
Tumbuh setinggi 1.5 2.0 m
Bunga berbentuk seperti ekorberukuran 20 25 cm panjang, berwarna perang kehijau-hijauan
Tahan terhadap serangan penyakit atau perosak
Sesuai ditanam pada semua keadaan jenis tanah dan memerlukan hujanyang serdahana banyak
Bolih ditanam dengan mengunakan tiler berakar atau biji benih pada kadar 2 5 kg/ha
Setanding dengan rumput lain dari segi mutu dan hasil
Pertumbuhan atau respon yang baik dengan baja N
Tahan pada musim kemarau
Hasil bahan kering ialah 16 18 tan/ha/tahun
Protein kasar 10.5
Prestasi ternakan tidak sebaik jika meragut rumput guinea tau MARDI digit
Dilapurkan ia mempunyai kandungan karbohidrat terlarut yang rendah
Daunnya yang segar mempunyai keasasidan yang tinggi
Kandungan asid organic yang tinggi seperti asid oksalik yang bolih memudaratkan ternakan seperti kuda.

Rumput setaria ($etaria sphacelata variety splendida

Berasal dari kawasan tropika dan subtropika AIrika kemudian dibawa ke Asia dan Australia
Mengeluarkan tiler yang banyak dan membiak dengan mengunakan umbisi
Daunnya panjang, tirus dan berwarna hijau dan kurang mempunyai bulu
Rumput boleh tumbuh setinggi 3.0 m dan bunga berbentuk seperti ekor berukuran
10 15 cmpanjang dan berwarna perang kehijau-hijauan
Tidak diserang penyakit atau perosak
Sesuai ditanam pada semua jenis tanah dan memerlukan air yang banyak
Kandungan airnya tinggi berbanding denga jenis rumput yang lain
Rumput ini juga mengandungai oksalat dan akan bertambah dengan pertambahan baja N
Oksalat tidak menjadi masalah pada ruminant yang biasa dengan rumput ini tetapi akan menyebabkan
masalah penyakit tulang 'osteodystrophiaIibrosa bagi kuda
Bolih ditanam dengan menggunakan bahan tampang.
Sesuai untuk system potong angkut atau ragutan
Hasil bahan kering 16.6 18.6 tan/ha/tahun (jarak pemotongan setiap 6 minggu)
Protein kasar 12.4

Rumput Gajah (!ennisetum pupureum)

Ditanam dinegara ini sejak tahun 1950 an
Menanam dengan keratin batang, hasil bahan kering tinggi
Hasil berkurangan pada musim kemarau
Rumput ini adalah rumput tahunan yang tegap menyerupai tebu dan balih tumbuh setinggi 2 5 m, mempunyai
umbisi yang mudah membiak dan mengeluarkan tiler
Daunnya lebar, nipis dan mempunyai tulang daun
Bunga berbentuk silinder, berwarna kuning keemas-emasan
Memerlukan tanah yang subur untuk membiak, tanah yang sesuai ialah tanah yang peroi
Memerlukan baja yang banyak terutamanya baja N
Bolih ditanam ditanah berpasir dengan memberi baja najis ternakan
Ternakan gemar rumput gajah yang muda kerana batangnya lembut
Jarak pemotongan antara 4 6 minggu
Hasil bahan kering ialah 20 30 tan/ha/tahun
Protein kasar 10
Boleh ditanam bersama centro dan puero.

Rumput humidicola (racharia humidicola)

Berasal dari AIrika Selatan dan diperkanalkan di Australia, Fiji, Papua New Guinea,
Dan Asia Tenggara
Nama komersial bagi biji benih rumout ini ialah B. humidicola kultiver Tully,
Sesuai pada semua jenis tanah terutamanya tanah berpasir
Tahan terhadap pemotongan dan hasil bahan kering tinggi
Tidak menyebabkan Iotosensitiviti kepada ruminant
Sesuai ditanam di lading kelapa bertanah -ris
Tahan pada musim kemarau dan kawasan air bertakung
Rumput ini tumbuhan saka yang berstolon dengan daun berbentuk lanseolat, kurang berbulu dan rimbun
Bolih dibiak denga biji benih atau tampang
Sesuai dipotong setiap 4 6 minggu
Hasil bahan kering 11 18 tan/ha/tahun
Protein kasar 10.2 (pada tanah bris, asid sulIat dan pendalaman)
Kekacang yang sesuai ialah epil-epil
Rumput para (rachiaria mutica)
jenis menjalar dan mudah mengeluarkan akar pada setiap ruas
Daun berbulu berukuran kira-kira 30 cm panjang
Sistem akarnya cetek
Bolih tumbuh setinggi 2.5 m dan mudah dibiakkan dengan biji benih atau keratin batang.
Berasal dari AIrika tetapi amat sesuai dengan keadaan setempat
Hidup dengan subur jika mendapat air yang banyak dan mengalir seperti parit
Pertumbuhan terjejas pada musim kemarau
Untuk mendapat hasil yang tingi perlu di porong atau diragut hingga paras tanah
Tidak bagitu tahan ragutan berbanding dengan rumput signal
Kekacang yang sesuai ialah centro dan puero
Hasil bahan kering 15 20 tan/ha/tahun (bergantung pada kesuburan tanah & pengurusan)
Protein kasar 8.1

Rumput parit (xonopus compressus) (berdaun leber sedikit)

Tahan lasak membiak dengan mengunakan umbisi
Berasal dari Mexico, Amerika Tengah dan Carribean
Membiak subur pada kawasan tanah liat
Paling sesuai pada kelembapan tinggi
Rumput ini disyorkan pada system menternak yang inputnya rendah
Samada dikawasan naungan atau kawasan kurang subur.
Tanpa memerlukan pembajaan dan tahan naungan
Hasil bahan kering 6 10 tan/ha/tahun
Protein kasar 7.5.
Berupaya mengeluarkan biji benih yang banyak
Biasanya ditanam dengan mengunakan tompokan berakar
Rumput ini lebih dikenali sebagai hiasan halaman

Rumput ker-au (!aspalum confugatum)

Rumput tahunan yang mempunyai stolen
Stolon dan batang yang tegak setinggi 20 60 cm
Daunya tirus berukuran 4 20 cm panjang dan 5 10 cm lebar
Berasal dari kawasan Amerika dan hidup segar pada kawasan beriklim lembab,
tanah berasid dan juga di kawasan yang bernaung
Hasil bahan kering 6 12 tan/ha/tahun
Kandungan Protein kasar dan penghadaman in-vitronya lebih tinggi dibandingkan dengan rumput yang lain
Protein kasar 13.6

PEMULIHAN PEDOK DAN PENANAMAN SEMULA
Padang Ragut atau pedok juga memerlukan pemerhatian yang khusus. Dalam jangkamasa yang lama biasanya sesuatu
pedok perlu dibuat pemuliharaan atau penanaman semula.
Pemulihan (renovation) dan penanaman semula (recultivation) adalah dua kerja yang berbeza. Pemulihan ialah
melibatkan kerja-kerja pemulihan tanah samada untuk memulihkan siIat Iizikal tanah atau kesuburan tanah itu sendiri.
Manakala penanaman semula ialah melibatkan kerja-kerja penyediaan tanah secara keseluruhan seperti plough,
Harrow dan rotovate.
Pemulihan Pedok
Pemulihan pedok dibuat bila kualiti pertumbuhan rumput tidak lagi elok. Pertumbuhan yang tidak baik ini adalah
disebabkan oleh beberapa Iaktor seperti peringkat kepadatan tanah oleh traktor, kekurangan pembajaan dan
pertambahan pertumbuhan rumpai.
Baikpulih (renovation) kawasan pastura dibuat beberapa cara:-
O Pembajakan ringan (Light/lenient total area `tillage`) - diikuti dengan penaburan biji benih
O Pembajakan ringan terpilih sepenuhnya (Full/complete spot tillage) - diikuti dengan penaburan biji benih
O Pembajakan ringan sepenuhnya (Full/complete strip - tillage) - diikuti dengan penaburan biji benih
O Menabur biji benih tanpa penyediaan tanah - Overseeding without tillage
Cara diatas sesuai bagi rumput yang senang bercambah atau merebak seperti rumput Brachiaria decumbens atau
rumput guinea.
Tillage atau bajak ringan dibuat dengan mengunakan Harrow, biasanya kerja-kerja ini dibuat pada awal musim hujan.
Penanaman semula
Penanaman semula dibuat bila pemulihan tidak lagi boleh dibuat. Bila kuantiti rumput kurang dari 35 , maka
penanaman semula perlu dibuat. Penanaman semula melibatkan kos yang tinggi, kerana pembajaan atau penyediaan
tanah dibuat pada keseluruhan kawasan.
Stylo AlIaIa

ote. Rufukan dari Unit !emakanan Ternakan
Ibu !efabat !erkhidmatan Haiwan & Institut Haiwan (!anduanpasture&Foder.html)

You might also like