Bahasa Melayu telah sekian lama telah menjadi bahasa pengantar di sekolah,maktab, politeknik dan universiti-universiti di Malaysia. Ia juga menjadi bahasarasmi di semua agensi kerajaan termasuk di mahkamah.
Jelas sekali BahasaMelayu telah diiktiraf oleh semua kaum sebagai bahasa utama dan dapatdigunakan bersama untuk mencapai matlamat perpaduan.Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merupakan kemuncak bagimenentukan bahasa Melayu digunakan sepenuhnya sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan. Sehingga kini, universiti itu telah melahirkan ratusan ribusiswazah yang menerima pendidikan dalam Bahasa Melayu.
Ratusan tesispada peringkat ijazah sarjana dan kedoktoran ditulis dalam Bahasa Melayu,dan puluhan, malahan ratusan, profesor telah menyampaikan syarahanperdana tentang pelbagai ilmu dalam Bahasa Melayu. Semua perkara ini tidakterhad kepada orang Melayu sahaja, tetapi melibatkan semua kaum yangmenjadi warganegara Malaysia. Tidak syak lagi bahawa Bahasa Melayu telahmembuktikan kejayaan dan keupayaan sebagai bahasa ilmu, bahasa bagiwahana ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang.Bahasa Melayu tetap mempunyai peranan sebagai bahasa ilmu dalam duniaabad ke-21. Namun, kejayaan Bahasa Melayu dalam tugas ini amat bergantungpada kesediaan pengamal Bahasa Melayu untuk menggunakan bahasatersebut sebagai bahasa ilmu. Peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmupengetahuan moden akan tetap kekal walaupun tidak dinafikan bahawa dinegara ini, Bahasa Inggeris turut berfungsi sebagai bahasa untuk menimbailmu. Keadaan ini tidak bercanggah kerana sudah menjadi dasar pendidikannegara untuk menghasilkan pelajar yang dwibahasa sifatnya.Berdasarkan perancangan dan usaha-usaha yang dipaparkan dalam PelanInduk Pembangunan Pendidikam (PIPP) ini, jelas usaha memartabatkanBahasa Melayu tetap menjadi agenda utama. Hal ini kerana Bahasa Melayusebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa pengantar dalampendidikan sewajarnya terus diperkasakan dan dimantapkan agar