You are on page 1of 32

Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

ASAS MEMAHAMI PENDIDIKAN KHAS

MOHD. MOKHTAR BIN HJ TAHAR HAFIZAH JAMALUDIN (A93696)

Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

Kandungan

1.0 Abstrak

2.0 Objektif penulisan

3.0 Definisi Pendidikan Khas 3.1 Kanak-kanak istimewa 3.2 Kategori kanak-kanak istimewa 3.3 Akta Pendidikan Malaysia dan Public Law 94-142 3.3.1 Akta Pendidikan Malaysia 3.3.2 Peraturan-peraturan pendidikan (pendidikan khas) 1997 3.3.3 Public Law 94-142 3.4 Cabaran semasa dan akan datang

3 5 6 7 7 8 10 11

4.0 Perancangan dan Penyediaan Perkhidmatan Pendidikan Khas 4.1 Proses Pendidikan Khas 4.2 Kepentingan Kolaboratif dan berkumpulan 4.3 Rancangan Pendidikan Individu (RPI) 4.4 Persekitaran kurang terhad 4.5 Pendidikan Inklusif 4.6 Ke mana arah tuju Pendidikan Khas

15 15 17 17 18 19 20

5.0 Keluarga dan Penjaga Kanak-kanak dengan keperluan khas. 5.1 Sokongan untuk keluarga dan penjaga yang terlibat. 5.2 Memahami keluarga dan penjaga kanak-kanak kurang upaya 5.3 Komunikasi guru-penjaga 5.4 Cara lain penglibatan penjaga

21 21 26 28 29

6.0 Cadangan

30

7.0 Rumusan

30

MOHD. MOKHTAR BIN HJ TAHAR HAFIZAH JAMALUDIN (A93696)

Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

1.0 Abstrak

Penulisan ini tentang pendidikan khas. Pendidikan Khas adalah pendidikan yang khusus untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Maka penulisan ini menjelaskan tentang perkara asas dalam memahami pendidikan khas. Maka, penerangan lebih menekankan kepada tiga perkara utama. Pertama, tentang apakah itu pendidikan khas. Kedua, membincangkan perancangan dan penyediaan perkhidmatan dalam Pendidikan Khas. Ketiga, penulisan ini menumpukan terhadap keluarga dan penjaga kanak-kanak berkeperluan khas.

2.0 Objektif Penulisan

Selepas membaca dan mengupas penulisan ini, seseorang itu dapat menjalankan Pendidikan Khas dan membantu kanak-kanak berkeperluan khas. Antara objektif penulisan ini adalah

i. ii. iii.

menerangkan apakah itu Pendidikan Khas. menyatakan setiap perancangan dan penyediaan perkhidmatan Pendidikan Khas. mengenalpasti keluarga bagi kanak-kanak berkeperluan khas.

3.0 Definisi Pendidikan Khas

Pendidikan Khas disediakan untuk kanak-kanak berkeperluan khas seperti yang bermasalah penglihatan, masalah pendengaran, masalah pembelajaran dan pemulihan.

Menurut Gargiulo R.M.(2001), Pendidikan Khas adalah program pengajaran yang direka untuk kesesuaian keperluan unik dalam proses pembelajaran seorang

MOHD. MOKHTAR BIN HJ TAHAR HAFIZAH JAMALUDIN (A93696)

Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

individu. Ia mungkin menggunakan bahan yang direka khas, kemudahan, perkhidmatan dan strategi pengajaran yang diubahsuai.
Sumber rujukan ( )
1

Menurut Chua Tee Tee (1992) pula, Pendidikan Khas merujuk kepada pendidikan bagi kanak-kanak luar biasa, iaitu kanak-kanak yang dari segi intelek, sosial atau emosi, tidak mencapai pertumbuhan dan perkembangan biasa, sehingga mereka tidak mendapat faedah sepenuhnya daripada rancangan sekolah biasa.
Sumber rujukan (
2

Dalam buku Maklumat Pendidikan Khas 2003, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ada menyediakan perkhidmatan pendidikan bagi pelajar bermasalah pendengaran, pelajar bermasalah penglihatan, pelajar bermasalah pembelajaran dan pelajar pemulihan. Di bawah KPM, kategori pela jar bermasalah pembelajaran adalah seperti berikut:

1) Sindrom Down 2) Autisme ringan 3) Attention Deficit Hyperactive Disorder (Kanak-kanak yang mengalami masalah mengekalkan tumpuan kerana keupayaan konsentrasi terhad dan mempunyai tingkah laku yang impulsif) 4) Terencat akal minimum (kanak-kanak yang mempunyai IQ<70) 5) Bermasalah pembelajaran spesifik (contoh Disleksia)
Sumber rujukan (
3

Objektif Pendidikan Khas dari Jabatan Pendidikan Khas adalah: 1. menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan untuk murid-murid dengan keperluan khas. 2. menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap murid dengan keperluan khas.

Gargiulo, R. M. 2001. Special Education in contempora ry society: An introduction to exceptionality.United State of America: Thomson Learning, Inc.
2

Chua Tee Tee. 1992. Pendidikan Khas dan pemulihan bacaan asas. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka 3 Jabatan Pendidikan Khas. 2003. Maklumat Pendidikan Khas.Kuala Lumpur: Jabatan Pendidikan Khas.
MOHD. MOKHTAR BIN HJ TAHAR HAFIZAH JAMALUDIN (A93696)

Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

3. menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi murid dengan berkeperluan khas. 4. menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini.
Sumber rujukan (
4

Pada pendapat saya, Pendidikan Khas adalah perkhidmatan pendidikan yang menyediakan kurikulum, ko kurikulum, infrastruktur, bahan bantu mengajar, persekitaran dan rancanga n pengajaran individu yang direka dan diubahsuai untuk keperluan pelajar Pendidikan Khas itu sendiri. Keperluan-keperluan yang khas ini diperlukan bagi memaksimumkan kebolehan khusus setiap pelajar dan mengurangkan masalah yang dihadapi. Maka pelbagai khid mat dan bantuan diperlukan bagi menjalankan perkhidmatan Pendidikan Khas ini termasuklah daripada ibu bapa.

3.1 Kanak-kanak istimewa

Kanak-kanak istimewa, terdapat banyak panggilan dan gelaran yang diberikan terhadap mereka ini. Dalam bidang pendidikan, mereka dipanggil pelajar pendidikan khas. Mari kita lihat definisi kanak-kanak istimewa ini menurut pakar pendidikan.

Menurut Zalizan Mohd Jelas (1994), golongan kanak-kanak istimewa/ kurang bernasib baik ini sebagai kanak-kanak dengan keperluan khas kerana kanak-kanak ini memerlukan pengubahsuaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kanak-kanak ini juga memerlukan peruntukan Pendidikan Khas untuk perkembangan optimum.
Sumber rujukan (
5

Pada pendapat saya, kanak-kanak istimewa adalah kanak-kanak yang mempunyai kelebihan dan kekurangan dari tahap kanak-kanak normal. Seperti pelajar
4 5

http://apps2.emoe.gov.my/ Khadijah Rohani Mohd Yunus & Zalizan Mohd. Jelas. 1994. Satu tinjauan Prevalence Kanak -kanak

bermasalah pembelajaran pada Tahap I Sekolah Rendah mengikut persepsi guru. Jurnal Pendidikan UKM 19 :9-26

MOHD. MOKHTAR BIN HJ TAHAR HAFIZAH JAMALUDIN (A93696)

Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

pintar cerdas atau Sindrom Down. Jika pelajar yang mempunyai kekurangan pada fizikal, mental dan pergerakan motor. Mereka ini perlu dilatih dengan pelbagai bahan bantuan seperti alat bantu pendengaran, bahan bantu mengajar yang menarik dan alat fisioterapi.

3.2 Kategori kanak-kanak istimewa

Di Malaysia sistem Pendidikan Khas kita terbahagi kepada empat bahagian; a) Pelajar bermasalah pendengaran. b) Pelajar bermasalah penglihatan c) Pelajar pemulihan. d) Pelajar Bermasalah pembelajaran.
Sumber rujukan (
6

Menurut Zalizan Mohd Jelas (1994), masalah pembelajaran merujuk kepada segala tingkah laku yang mengganggu kefungsian seseorang kanak-kanak dalam setting pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Sumber rujukan (
7

Menurut Gargiulo, R. M.(2001), Public Law 105-17 (the Individuals with Disabilities Education Act Amendments of 1997) telah mengenalpasti terdapat 13 kategori dalam kanak-kanak berkeperluan khas iaitu: 1) Autisme (Autism) 2) Pekak buta (Deaf-blindness) 3) Masalah pendengaran termasuklah kurang pendengaran (Hearing impairment including deafness) 4) Pembantutan mental (Mental retardation)
6

Jabatan Pendidikan Khas. 2003. Maklumat Pendidikan Khas.Kuala Lumpur: Jabatan Pendidikan Khas. Khadijah Rohani Mohd Yunus & Zalizan Mohd. Jelas . 1994. Satu tinjauan Prevalence Kanak -kanak

bermasalah pembelajaran pada Tahap I Sekolah Rendah mengikut persepsi guru. Jurnal Pendidikan Jilid 19: ms. 9-26

MOHD. MOKHTAR BIN HJ TAHAR HAFIZAH JAMALUDIN (A93696)

Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

5) Kecacatan multiple (Multiple disabilities) 6) Kecacatan dari segi ortopedik (Orthopedic impairment) 7) Kecacatan yang berpunca dari hal kesihatan (Other health impairment) 8) Gangguan emosi yang teruk (Emotional disturbance) 9) Masalah pembelajaran yang spesifik (Specific learning disabilities) 10) Masalah bahasa dan pertuturan (Speech or language impairment) 11) Kerosakan trauma otak (Traumatic brain injury) 12) Masalah penglihatan (Visual impairment including blindness) 13) Kebantutan perkembangan (Development delay) (Gargiulo R.M 2001: ms. 10)

Pada pendapat saya, bagi golongan yang cacat anggota fizikal dan pelajar pintar cerdas, golongan ini menerima layanan yang istimewa dari kerajaan. Seperti mendapat kaki palsu bagi golongan cacat fizikal dan bagi pelajar pintar cerdas melanjutkan pelajaran dengan menjimatkan tahun di sekolah rendah atau menengah.

3.3 Akta Pendidikan Malaysia dan Public Law 94-142

3.3.1 Akta Pendidikan Malaysia

Akta Pendidikan Malaysia 1996 ada menyebut tentang Pendidikan Khas pada bab 8 iaitu: Pendidikan Khas boleh diadakan di sekolah khas atau mana-mana sekolah rendah atau menengah mengikut budi bicara Menteri.(40)

Sejajar dengan Akta Pendidikan 1996 (Bab 8, Seksyen 40-41), maka Kementerian Pendidikan Malaysia telah menetapkan Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997.
Sumber rujukan(
8

Akta pendidikan dan peraturan-peraturan. Act 550. 2004. Kuala Lumpur: MDC Publishers Sdn. Bhd.

MOHD. MOKHTAR BIN HJ TAHAR HAFIZAH JAMALUDIN (A93696)

Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

3.3.2

Kandungan Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997

Kandungan Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997 iaitu: Bahagian I Permulaan 1. Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas)1997 dan hendaklah mula berkuatkuasa pada 1 Januari 1998. 2. Dalam peraturan-peraturan ini ,melainkan jika konteksnya mengkehendaki makna yang lain:

murid- murid dengan keperluan khas ertinya murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan atau kecacatan pendengaran atau mempunyai masalah pembelajaran;

program pendidikan khas bermaksud: a. suatu program yang disediakan di sekolah khas bagi murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan atau kecacatan pendengaran; b. suatu program pencantuman di sekolah biasa bagi murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan atau kecacatan pendengaran atau mempunyai masalah pembelajaran; dan c. suatu program pendidikan inklusif bagi murid- murid dengan keperluan khas yang boleh menghadiri di dalam kelas biasa bersama-sama dengan murid- murid biasa.

MOHD. MOKHTAR BIN HJ TAHAR HAFIZAH JAMALUDIN (A93696)

Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

Bahagian II Pendidikan Khas

1) Bagi sekolah kerajaan dengan bantuan kerajaan, murid- murid dengan keperluan khas yang boleh dididik adalah layak untuk menghadiri program pendidikan khas yang boleh dididik adalah layak untuk menghadiri program pendidikan khas kecuali bagi murid- murid yang berikut: a. Murid yang cacat anggota tetapi mempunyai kebolehan mental untuk belajar seperti murid biasa; dan b. Murid yang mempunyai pelbagai kecacatan atau yang sangat cacat anggotanya atau yang terencat akal yang berat.

2) Seseorang murid dengan keperluan khas adalah boleh dididik jika dia mampu untuk mengurus diri sendiri tanpa bergantung pada orang lain dan disahkan oleh suatu panel yang terdiri daripada pengamal perubatan, pegawai dari Kementerian Pendidikan dan pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, sebagai berupaya mengikuti program pendidikan kebangsaan.

3) Dalam melaksanakan kurikulum pendidikan khas, guru-guru boleh mengubah suai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat pendidikan khas.

Dibuat pada 30 Disember 1997 40. Menteri hendaklah mengadakan pendidikan khas di sekolah khas yang ditubuhkan di bawah perenggan 34(1)(b) atau di mana- mana sekolah rendah tau menengah yang difikirkan oleh Menteri suai manfaat.

41. (1)

Tertakluk kepada subsekdyen (2) dan (3), Menteri bolehlah melalui

peraturan-peraturan menetapkan: a. Tempoh pendidikan rendah dan menengah yang sesuai dengan keperluan murid yang menerima pendidikan khas;

MOHD. MOKHTAR BIN HJ TAHAR HAFIZAH JAMALUDIN (A93696)

Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

b. Kurikulum yang digunakan hendaklah berhubungan dengan pendidikan khas; c. Kategori murid yang memerlukan pendidikan khas dan kaedah yang sesuai bagi pendidikan murid dalam setiap kategori sekolah khas; dan d. Apa-apa perkara lain yang difikirkan Menteri suai manfaat atau perlu bagi maksud Bab ini.

(2)

Tempoh yang ditetapkan oleh Menteri di bawah perenggan 1(a) tidak boleh kurang daripada tempoh minimum pendidikan rendah atau menengah, mengikut mana- mana yang berkenaan, yang diperuntukkan di bawah akta ini.

(3)

Kurikulum yang ditetapkan di bawah perenggan (1)(b) hendaklah mematuhi kehendak Kurikulum Kebangsaan setakat semunasabah praktik.
Sumber rujukan

( 9)

3.3.3 PUBLIC LAW 94-142

Dari buku yang ditulis oleh Gargiulo,R.M.(2001) Special Education in contemporary society: An introduction to exceptionality. Buku ini ada menyatakan tentang The Individuals with Disabilities Education Act (Public Law 94-142).

..All handicapped children have available toa free appropriate public education which emphasizes special education and related services designed to meet their unique needs, to assure that the rights of handicapped children and their parents or guardians are protected, to assist States and localities to provide for the education of all

handicapped children, and to assess and assure the affectiveness of efforts to educate handicapped children.[Seksyen 601(c)]

Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, [KP(PUU)S 10075/07/I/ Jld. II, PN(PU2) 569]

MOHD. MOKHTAR BIN HJ TAHAR HAFIZAH JAMALUDIN (A93696)

10

Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

Presiden Gerald Ford yang menandatangani dan mengesahkan rang undangundang ini menjadi undang-undang yang sah ,Public Law 94-142 (PL 94-142)pada 29 November 1975.

PL 94-142 ini melibatkan enam komponen major dan akhirnya menukar sistem pendidikan di United States. 1. Pendidikan kebangsaan yang percuma. A free appropriate public education (FAPE). Semua kanak-kanak mendaapat pendidikan, tidak kira bagaimana keadaan dan kecacatan yang dialami. Pendidikan yang sesuai disediakan tanpa sebarang kos kepada ibu bapa dan penjaga. Juga perkhidmatan seperti terapi pekerjaan boleh dijalani. 2. Mengurangkan batasan persekitaran. The least restrictive environment (LRE). Pelajar OKU perlu memaksimumkan penglibatan dalam persekitaran biasa. Maka penempatan perlu konsisten dengan keperluan Pendidikan Khas. 3. Rancangan Pengajaran Individu (RPI). An individual education program (IEP). Penyediaan RPI yang sesuai oleh guru Pendidikan Khas yang bertauliah. Penerangan lebih lanjut pada subtajuk 4.3 Rancangan Pengajaran Individu (RPI). 4. Prosidur untuk pemprosesan dalam Pendidikan Khas. Procedural due process. Ini untuk menjamin keselamatan pelajar Pendidikan Khas. Malahan meyakinkan kepada ibu bapa dan penjaga untuk i)hak merahsiakan semua rekod ii) memeriksa semua rekod, iii) memperoleh kebebasan dalam penaksiran. 5. Tiada diskriminasi dalam penilaian. Nondiscriminatory assessment. Ini penting untuk penempatan atau RPI. Kumpulan multi disiplin akan menaksir pelajar sama ada berlaku bias budaya, kaum dan bahasa. 6. Penglibatan keluarga. Parental participation. Penglibatan ibu bapa dalam proses membuat keputusan yang memberi kesan pada pendidikan anak-anak mereka.
Sumber rujukan (
10

10

Gargiulo, R. M. 2001. Special Education in contemporary society: An introduction to exceptionality.United State of America: Thomson Learning, Inc.

MOHD. MOKHTAR BIN HJ TAHAR HAFIZAH JAMALUDIN (A93696)

11

Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

3.4

Cabaran semasa dan akan datang

Antara cabaran semasa adalah untuk menyatukan kerjasama dan pendapat antara beberapa pihak dalam kerajaan. Misalnya, hubungan antara Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (SUHAKAM) dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Kepentingan kedua-dua pentadbiran perlu saling bekerjasama antara satu sama lain bagi menjaga hak kanakkanak kurang upaya dalam bidang pendidikan. Di dalam buku Laporan Persidangan Kebangsaan Pendidikan Hak Asasi Manusia di sekolah yang diterbitkan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) dan hasil kerjasama dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) pada tahun 2004 telah memperuntukkan satu kumpulan dalam membincangkan tentang hak kanak-kanak kurang upaya terhadap pendidikan.

Dalam buku tersebut juga, ucaptama pertama Yang Bahagia Datuk Abdul Rafie bin Ahmad;

A place for Human Right Education in school.

Dalam ucapan beliau, antara perkara yang diperhatikan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia adalah: a) hak terhadap keselamatan. b) masalah sosial di sekolah dan hak terhadap pembangunan. c) hak kanak-kanak kurang upaya terhadap pendidikan.

Isu-isu dan masalah yang dikenalpasti oleh SUHAKAM:

1) Kemudahan Fizikal

Pemerhatian SUHAKAM dalam Pendidikan Khas adalah kemudahan fizikal di sekolah. Laporan ini diadakan pada tahun 2004, maka cabaran semasa adalah untuk memperlengkapkan kemudahan-kemudahan di sekolah. SUHAKAM juga ada menyatakan kedudukan bilik darjah dan pusat sumber serta keadaan fizikal lain yang
MOHD. MOKHTAR BIN HJ TAHAR HAFIZAH JAMALUDIN (A93696)

12

Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

tidak mesra kurang upaya atau keadaan fizikal sekolah yang tidak memenuhi keperluan OKU ini. Ini akan menimbulkan masalah terhadap OKU.

2) Kekurangan guru terlatih

Di samping itu, SUHAKAM juga menyatakan terdapat kekurangan kemudahan pendidikan termasuk guru yang mengetahui bahasa isyarat, alat bantuan pendengaran, dan kurikulum pendidikan itu sendiri juga menjadi persoalan yang penting.

3) Kurikulum

SUHAKAM juga mendapati kurikulum yang disediakan dan dibina tidak selaras dan selari dengan kehendak dan keupayaan pelajar OKU. Kurikulum yang tidak sesuai akan membantutkan perkembangan pelajar OKU dan hasil perubahan pembelajaran kurang dapat dilihat.

4) Kesedaran masyarakat

Dari Laporan Persidangan Kebangsaan Pendidikan Hak Asasi Manusia di Sekolah disediakan oleh SUHAKAM dan KPM, punca pelajar OKU tidak mendapat pendidikan adalah kurang kesedaran masyarakat. Ini berlaku kerana kekurangan maklumat berkenaan Pendidikan Khas dan sekolahnya disebarluaskan. Maka berlaku masalah ibu bapa yang mengalami kesulitan tidak tahu ke mana menghantar untuk kanak-kanak OKU ini mendapat pendidikan.

Syor SUHAKAM

1) Mempertingkatkan penyediaan keadaan fizikal di sekolah seperti kedudukan kelas dan infrastruktur bangunan. 2) Memperbanyakkan guru- guru terlatih untuk penyediaan bahan bantu mengajar (BBM) dan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).

MOHD. MOKHTAR BIN HJ TAHAR HAFIZAH JAMALUDIN (A93696)

13

Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

3) Pihak Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) meneliti semula dan memperbaharui kembali sistem kurikulum Pendidikan

Khas supaya selaras dengan keupayaan pelajar OKU. 4) Memperbaharui sistem peperiksaan yang dihadapi pelajar OKU.
Semua di atas sumber rujukan

( 11 )

Dari buku Pembangunan Pendidikan 2001-2010 yang disediakan oleh KPM terdapat beberapa isu dan cabaran pada masa akan datang dalam pembangunan pendidikan dalam masa satu dekad ini. Antaranya;

1) Isu dan cabaran KPM perlu memperbanyakkan dan memperluaskan Program Pendidikan Khas. Maka kanak-kanak OKU berpeluang mendapat Program Pendidikan Khas. Ini bermakna kanak-kanak OKU berhak mendapat pendidikan pra sekolah dan sekolah rendah. 2) Cabaran KPM bagi menghadapi kekurangan dan ketidaksepadanan guru Pendidikan Khas. Ini berlaku kerana kekurangan guru dan penempatan yang salah. Guru yang tidak terlatih dan kurang memahami Pendidikan Khas mengajar dalam kelas bercantum dan program inklusif. 3) Cabaran utama KPM adalah untuk memperluas akses alternatif aliran pendidikan. Ini membawa makna pelbagai cara/bentuk dan mata pelajaran pendidikan diajar kepada pelajar OKU. 4) Cabaran KPM bagi meningkatkan peranan orang perseorangan dan perasatuan bukan kerajaan untuk berkongsi kos perbelanjaan untuk membiayai program pendidikan khas yang tinggi. 5) Cabaran KPM adalah menyediakan lebih banyak peluang pendidikan vokasional kepada pelajar OKU.

Dalam buku Pembangunan Pendidikan 2001-2010 ini, terdapat isu dan cabaran yang dinyatakan dalam masa sedekad ini yang sudah tercapai. Misalnya bahagian 3.85
11

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia & Kementerian Pelajaran Malaysia. 2004. Laporan Persidangan Kebangsaan Pendidikan Hak Asasi Manusia di sekolah. Kuala Lumpur: Penerbit Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia.

MOHD. MOKHTAR BIN HJ TAHAR HAFIZAH JAMALUDIN (A93696)

14

Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

dalam Pendidikan Menengah, menyatakan pelajar bermasalah penglihatan dan bermasalah pembelajaran tidak berpeluang melanjutkan pelajaran dalam aliran teknikal atau vokasional pada peringkat SPM. Maka terbina Sekolah Menengah Vokasional (Pendidikan Khas) Indah Pura, Kulai, Johor yang melengkapi masalah dan isu yang dihadapi dalam Pend idikan Khas.
Semua di atas sumber rujukan (
12

4.0 Perancangan dan Penyediaan Perkhidmatan Pendidikan Khas

4.1 Proses Pendidikan Khas

Dalam kursus GC3233 Pentadbiran dan pengurusan Pendidikan Khas yang diseliakan oleh dua orang pensyarah iaitu Norshidah Mohammad Salleh dan Dr. Rosadah Abdul Majid. Ada menyatakan terdapat lima proses Pendidikan Khas iaitu:

Langkah pertama: Kenalpasti pelajar keperluan khas. Pada peringkat ini, ibubapa perlu menjalankan perhatian yang lebih terhadap anak-anak mereka. Ini kerana ibubapa adalah orang yang terdekat terhadap bayi/anak-anak mereka. Jika didapati

perkembangan fizikal menghadapi masalah dan kebantutan berbanding pencapaian sebenar anak ini mengikut umur. Misalnya sepatutnya bayi sudah boleh mendengar suara pada 2/3 bulan tetapi tidak juga menoleh ke arah suara si ibu. Jika ini berlaku, ibu bapa harus merujuk kepada pakar perubatan.

Malah jika berlaku masalah pembelajaran terhadap anak-anak ini. Maka di sekolah, guru pula memainkan peranan melihat dan memastikan sama ada anak muridnya ada yang mengalami masalah pembelajaran. Jika ada, guru harus meminta ibubapa merujuk kepada pakar perubatan yang bertauliah.

12

Pembangunan Pendidikan 2001-2010.Perancangan Bersepadu Penjana Kecemerlangan Pendidikan. (2001)


MOHD. MOKHTAR BIN HJ TAHAR HAFIZAH JAMALUDIN (A93696)

15

Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

Langlah kedua: Nilai keperluan khas. Pada proses kedua ini, doktor akan mendiagnosis kanak-kanak yang disyaki bermasalah. Jika diyakini oleh doktor bahawa anak ini menghidapi masalah- masalah yang tertentu. Justeru masalah-masalah ini akan disahkan dan ditetapkan oleh pakar perubatan seperti disahkan menghidap Autime atau Disleksia.

Langkah ketiga: Rancang program pendidikan. Seterusnya, pihak sekolah dan guru pendidikan khas merancang program pendidikan untuk kanak-kanak ini. Misalnya mentadbir sebuah kelas program masalah pembelajaran untuk menampung pendidikan bagi pelajar masalah pembelajaran. Guru melihat kelebihan dan kelemahan pelajar. Hasil dari pemerhatian, guru merancang pendidikan yang akan disediakan dan menjangkakan hasil pencapaian pelajar dari pendidikan yang akan disediakan ini.

Langkah keempat: Laksanakan program pendidikan. Setelah merancang, program ini harus dilaksanakan. Pihak sekolah wajib menyediakan kelas-kelas yang sesuai untuk program ini. Setelah sebuah program ditubuhkan, maka harus ada beberapa orang guru pendidikan khas mengikut bilangan pelajar khas. Seterusnya, menyusun pentadbiran bagi melicinkan sepanjang perjalanan program bermasalah pembelajaran.

Pentadbir/penyelaras pendidikan khas pula menyediakan kemudahan-kemudahan yang sesuai dalam pembelajaran anak murid mereka.

Dalam proses melaksanakan pendidikan masalah pembelajaran ini, guru pendidikan khas harus menggunakan kemudahan yang disediakan. Misalnya, melibatkan kerja berkumpulan dan bantuan rakan sebaya untuk membantu rakan yang lain. Semasa proses ini, para pelajar akan dapat meningkatkan kemahiran sosial.

Langkah kelima: Menilai program. Peringkat terakhir, pentadbir/ penyelaras pendidikan khas akan menilai sejauh manakah pencapaian anak-anak murid mereka. Jika kebanyakan murid mengalami sedikit pemulihan, mengetahui kelebihan masing- masing dan dapat menonjol kelebihannya kepada orang lain seperti memasuki pertandingan dan
MOHD. MOKHTAR BIN HJ TAHAR HAFIZAH JAMALUDIN (A93696)

16

Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

mendapat pekerjaan yang sesuai dengan dirinya. Maka, guru harus meneruskan program pendidikan yang telah berjaya dilaksanakan dan mendapati hasil yang memuaskan pada tahun berikutnya. Malah merancang untuk mempertingkat program tersebut.
Semua di atas umber rujukan (
13

4.2 Kepentingan Kolaboratif dan berkumpulan

Menurut Friend, M.& Bursuck,W. (2002), kolaboratif adalah usaha sama manusia bekerja bersama. Ia adalah stail interaksi antara profesional memilih untuk mencapai matlamat yang sama.

Menurut Garguilo R.M.(2004), hasil kolaboratif dapat dilihat dalam pembinaan Rancangan Pendidikan Individu (RPI). Di Malaysia, pelbagai pihak perlu bertindak secara kolaboratif bagi melaksanakan program pendidikan khas dan dikenali sebagai Pasukan Khidmat Sokongan Pendidikan Khas. Dalam profesion pendidikan khas melibatkan kolaboratif antara; a) Pentadbir sekolah. b) Guru khas, guru resos, guru kelas c) Staf sokongan sekolah d) Pakar-pakar perubatan, jurupulih dan jururawat e) Ibubapa dan ahli keluarga f) Persatuan-persatua n dalam komuniti g) Jabatan-jabatan kerajaan h) Organisasi Bukan Kerajaan (NGO)

4.3 Rancangan Pendidikan Individu (RPI)

13

Roshidah Mohd Salleh & Rosadah Ab.Majid. 2005. Nota kuliah Pentadbiran dan pengurusan Pendidikan Khas. Universiti Kebangsaan Malaysia

MOHD. MOKHTAR BIN HJ TAHAR HAFIZAH JAMALUDIN (A93696)

17

Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

Menurut Gargiulo, R. M. (2001), Rancangan Pendidikan Individu (RPI) adalah satu bahagian daripada kesemua strategi yang dibina untuk menyampaikan perkhidmatan kepada kanak-kanak berkeperluan khas dalam usia tiga tahun ke atas.

Menurut Garguilo, R.M.(2001), RPI diperlukan untuk maklumat:

1) Tahap akademik yang semasa dan terkini. 2) Matlamat tahunan dan objektif pengajaran. 3) Memperlengkapkan perkhidmatan pendidikan. 4) Pencapaian pelajar yang berkebolehan dan berpeluang memasuki program pendidikan biasa. 5) Rancangan untuk permulaan pendidikan dan tempoh perkhidmatan pendidikan. 6) Prosedur yang melihat objektif pendidikan yang lebih spesifik disemak secara tahunan untuk mengenalpasti objektif pengajaran tercapai atau tidak.
Sumber rujukan (
14

4.4

Persekitaran kurang terhad

Dalam PL 94-142, salah satu komponen major, ada menyatakan tentang memberikan persekitaran yang kurang terhad iaitu dipanggil the least restrictive environment (LRE). Menurut Gargiulo, R. M. (2001) persekitaran yang kurang terhad adalah sebuah penempatan yang sesuai dengan keperluan pembelajaran pelajar berkeperluan khas.

Persekitaran kurang terhad adalah persekitaran disesuaikan mengikut keperluan khas pelajar tersebut. Suasana dan kaedah pengajaran dan pembelajaran dirancang dengan berhati- hati agar proses pembelajaran berjalan dengan lancar. Misalnya program inklusif boleh dijalankan mengikut kesesuaian dan tahap pencapaian pelajar yang sama dengan rakan sebaya. Jika tidak, pelajar yang tahap pencapaian yang lebih rendah dari sebaya akan mengalami beban belajar dalam program inklusif. Maka minat untuk
14

Gargiulo, R. M. 2001. Special Education in contemporary society: An introduction to exceptionality.United State of America: Thomson Learning, Inc.

MOHD. MOKHTAR BIN HJ TAHAR HAFIZAH JAMALUDIN (A93696)

18

Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

belajar berkurang kerana berasa malu. Guru dan pihak sekolah harus menyediakan persekitaran yang sesuai bagi meningkatkan pembelajaran pelajar pendidikan khas.

Menurut Garguilo R.M.(2004), berdasarkan kepada LRE perkhidmatan pendidikan khas adalah perlu disediakan dalam setting yang menghampiri kepada pendidikan dalam kelas biasa. Sementara itu, guru perlu memerhatikan keperluan khas/unik dan penyediaan bahan untuk pelajar pendidikan khas.

4.5 Pendidikan Inklusif

Menurut Zalizan Mohd. Jelas (1999), dalam menjayakan sebuah projek rintis pendidikan inklusif dan KPM telah memilih sebuah sekolah rendah di Kuala Lumpur untuk menjalankan sebuah kajian kes mengkaji pendidikan inklusif. Menurut Zalizan Mohd. Jelas, beliau mendapati amalan inklusif adalah satu proses yang melibatkan interaksi antara fahaman terhadap realiti dan penilaian pelajar pendidikan khas dan ahli masyarakat.
Sumber rujukan (
15

Pendidikan inklusif adalah pendidikan yang memberi peluang kepada pelajar pendidikan khas untuk belajar bersama di dalam kelas untuk pelajar normal. Penempatan pelajar pendidikan khas dalam kelas biasa dan kemudahan dalam kelas tersebut dikongsi bersama.

Pendidikan inklusif terbahagi kepada tiga jenis iaitu; a) Inklusif penuh adalah merupakan pelajar pendidikan khas mengikuti sepenuhnya kelas biasa dengan dibantu oleh seorang guru resos/guru pendidikan khas. b) Inklusif separa adalah pendekatan pendidikan yang membolehkan pelajar khas dan pelajar biasa belajar bersama dalam kelas biasa untuk mata pelajaran-mata pelajaran tertentu.
Sumber rujukan (
16

15

Zalizan Mohd.Jelas .1999.Pendidikan Inklusif : Satu kajian kes. Jurnal Pendidikan. 24. ms. 43-57. Fakulti Pendidikan UKM, Bangi. 16 Jabatan Pendidikan Khas. 2003. Maklumat Pendidikan Khas.Kuala Lumpur: Jabatan Pendidikan Khas.
MOHD. MOKHTAR BIN HJ TAHAR HAFIZAH JAMALUDIN (A93696)

19

Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

c) Inklusif tempat adalah penempatan-penempatan kelas-kelas pendidikan khas di dalam sekolah biasa. Pelajar-pelajar pendidikan khas menghadiri perhimpunan, aktiviti-aktiviti sukan dan ko kurikulum serta

menggunakan kemudahan sekolah bersama-sama pelajar biasa.

4.6 Ke mana arah tuju Pendidikan Khas

Arah tuju Pendidikan Khas bagi negara kita, Malaysia telah ditetapkan dan bertunjangkan Falsafah Pendidikan Negara. Maka begitu juga arah tuju/ matlamat Pendidikan Khas iaitu;

Ia menyediakan perkembangan optimum kanak-kanak dengan keperluankeperluan pendidikan khas agar dapat berfungsi sebagai individu yang berkemahiran, berdikari, berha luan, boleh merancang, mengurus kehidupan sendiri dan boleh menyesuaikan diri dalam masyarakat.
Sumber rujukan (
17

Dalam menuju ke arah matlamat Pendidikan Khas, beberapa perkara harus dijalankan bagi mencapai matlamat ini. Ini adalah tugas utama Jabatan Pendidikan Khas. Jabatan ini ditubuhkan pada 1 Oktober 1995. Jabatan ini bertanggungjawab untuk: 1) Merancang dan mengurus semua sekolah pendidikan khas rendah dan menengah, 2) Merancang dan menyelaras semua sekolah pendidikan khas integrasi (percantuman),

17

http://apps2.emoe.gov.my/

MOHD. MOKHTAR BIN HJ TAHAR HAFIZAH JAMALUDIN (A93696)

20

Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

3) Merancang, menyelaras dan menilai dasar-dasar dan peraturan-peraturan dari segi peluang pendidikan ya ng seimbang, khidmat bantu dan sokongan bagi pelajar pendidikan khas dan dasar pendidikan vokasional pendidikan khas, 4) Merancang kurikulum, aktiviti dan hal ehwal pendidikan khas, 5) Menyediakan perancangan, penyelidikan dan penilaian pendidikan khas, 6) Menyediakan perancangan latihan dan pembangunan staf, dan 7) Menyelaras Program Pendidikan Pemulihan Khas. (Jabatan Pendidikan Khas 2003: ms 3)

5. 0 Keluarga dan Penjaga Kanak-kanak dengan keperluan khas.

5.1 Sokongan untuk keluarga dan penjaga yang terlibat.

Pelbagai jenis sokongan boleh diterima oleh keluarga dan penjaga kanak-kanak khas ini. Ini kerana para pemimpin di Malaysia ini amat prihatin terhadap kemudahankemudahan untuk orang kurang upaya(OKU). Maka, sebuah kementerian ditubuhkan untuk memenuhi keperluan ini. Ia dipanggil Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, yang kini dipimpin oleh Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Malah dengan adanya kementerian ini nasib para OKU lebih terjamin dan perancangan lebih tersusun.

Maklumat didapati dari buku Panduan perkhidmatan bagi kanak-kanak kurang upaya ada menyatakan setelah pemeriksaan kesihatan dijalankan di hospital kerajaan yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, kanak-kanak ini harus mendaftar kepada Jabatan Kebajikan Malaysia.

Langkah seterusnya OKU ini akan menerima pelbagai kemudahan dari;

1. Kementerian Kesihatan Di bawah kementerian ini OKU akan menerima perkhidmatan seperti;
MOHD. MOKHTAR BIN HJ TAHAR HAFIZAH JAMALUDIN (A93696)

21

Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii.

Penilaian awal (Multidiscipline team) Pemulihan Carakerja. Pemulihan Anggota (Fisioterapi) Pemulihan Pertuturan. Pemulihan Pendengaran. Rawatan susulan. Penilaian Pemakanan (Dietition) Rawatan Psikologi (Kanak-kanak/remaja)

2. Jabatan Kebajikan Masyarakat. Di bawah kementerian ini OKU akan menerima perkhidmatan seperti; i. ii. iii. Pendaftaran dan kad kenal diri OKU. Pemulihan dalam Komuniti (PDK). Perkhidmatan Luar (Bantuan, Geran pelancaran, Elaun Pekerja Cacat, Alat tiruan seperti kaki palsu). iv. Perkhidmatan Pemulihan di Institusi. -Taman Sinar Harapan Institusi Taman Sinar Harapan (TSH) ini dikenali tempat selamat untuk menempatkan kanak-kanak masalah pembelajaran yang mengalami kes penderaan, pengabaian dan pembuangan di bawah Seksyen 17 Akta Kanak-Kanak 2001. Institusi ini membela kanak-kanak yang bernasib malang bertukar menjadi ceria, tidak merasa sunyi dan penuh dengan pelbagai ilmu.

v. vi.

Latihan Kemahiran Vokasional. Perkhidmatan, Kaunseling dan Khidmat nasihat

Penempatan Kerja.

3. Kementerian Pendidikan Malaysia. Di bawah kementerian ini OKU akan menerima perkhidmatan seperti; i. ii. iii. iv.
MOHD. MOKHTAR BIN HJ TAHAR HAFIZAH JAMALUDIN (A93696)

Pra-sekolah. Program Integrasi. Kelas bermasalah Pembelajaran. Kelas bermasalah Pendengaran. 22

Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

v. vi. vii.

Kelas bermasalah Penglihatan. Sekolah Pendidikan Khas. Sekolah Menengah Vokasional.

4. Jabatan Tenaga Kerja. Di bawah kementerian ini OKU akan menerima perkhidmatan seperti; i. Melaksanakan program-program promosi dan

penggalakkan penggajian OKU di sektor swasta. ii. iii. Membantu mendapatkan pekerjaan di sektor swasta. Menguatkuasakan Akta Kerja 1955. - menerima aduan dan menyelesaikan aduan berkaitan pekerjaan.

Sokongan dari Jabatan Tenaga Kerja untuk memastikan setiap OKU mendapat kerja dan rekod mereka dikemaskini. Seterusnya ini memudahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat memberikan Elaun Pekerja Cacat. Tujuan elaun ini diberi untuk menggalakkan OKU untuk terus bekerja dan berdikari dengan hasil kerja dan gaji yang diberi oleh majikan.

Carta Aliran Pencari Kerja OKU


Mendaftar Perakuan Daftar Panggilan Temuduga

A
Temuduga Memaklumkan kepada JTK

Berjaya

A ---- Calon yang telah berjaya mendapat pekerjaan melalui usaha sendiri diminta memaklumkan ke JTK bagi tujuan mengemaskini rekod.

MOHD. MOKHTAR BIN HJ TAHAR HAFIZAH JAMALUDIN (A93696)

23

Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

5. Badan bukan Kerajaan (Non-Government Organization-NGO)

Di Malaysia terdapat Badan-badan bukan Kerajaan (NGO) yang membantu kerajaan menyediakan perkhidmatan. Antaranya; i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. xi. xii. Mengadakan Pusat Harian dan Pusat Latihan. Pemulihan dalam Komuniti. Program Intervensi Awal. Multi disiplin aktiviti di Komuniti. Pendidikan /latihan untuk hidup berdikari. Bimbingan dan sokongan melalui laman web. Kumpulan sokongan/ kumpulan ibubapa. Pengajaran bahasa isyarat. Pengajaran Braille. Kaunseling. Kelab Sosial. Pusat Sumber/Rujukan/pertanyaan.

Badan bukan Kerajaan (Non-Government Organization-NGO) yang terlibat secara langsung dengan badan kebajikan di seluruh Malaysia. Berikut adalah senarai beberapa NGO yang terlibat;

Bil. 1.

Badan Bukan Kerajaan Majlis Pemulihan Malaysia

Kemudahan Perhubungan antara badan-badan bagi orang kurang upaya diselaraskan dengan kerajaan dalam bidang vokasional, pemulihan, rujukan, bimbingan, intervensi awal. Begitu juga dengan perhubungan dengan komuniti.

2. 3. 4.

Persatuan Kesihatan Mental Malaysia Persatuan Kebajikan Orang Kerdil Malaysia Persatuan Kebangsaan Pekak

-Kemudahan dari segi pentadbiran. -Kemudahan dari segi pentadbiran. -Kemudahan tadika bagi kanak-kanak masalah

MOHD. MOKHTAR BIN HJ TAHAR HAFIZAH JAMALUDIN (A93696)

24

Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

Malaysia 5.

pendengaran pada peringkat permulaan.

Majlis Kebangsaan bagi Orang Buta -Badan ini bertindak bagi menyelaraskan semua Malaysia perkhidmatan untuk orang masalah penglihatan pada peringkat kebangsaan. -Kemudahan yang disediakan adalah asrama dan pusat latihan. -Kemudahan yang disediakan adalah pusat harian.

6. 7.

Pusat Latihan Gurney untuk Orang Buta Majlis Kebangsaan bagi PersatuanPersatuan untuk Kanak-kanak Spastik Malaysia

8. 9. 10. 11.

Yayasan Kiwanis Sindrom Down Persatuan Kebangsaan Autisme (NASOM) Persatuan Dyslexia Wilayah Persekutuan Malaysian Care

-Kemudahan disediakan dari segi pendidikan untuk pelajar Sindrom Down. -Kemudahan disediakan dari segi pendidikan. -Kemudahan disediakan dari segi pendidikan. -Menyediakan pendidikan dan pengkhususan kerja.

12. 13.

Persatuan Sindrom Down Malaysia Dignity and Services

-Kemudahan dari segi pengurusan dan pentadbiran. -Bertindak bagi meningkatkan kesedaran masyarakat, hidup berdikari dan bimbingan keluarga.

14.

Persatuan Kanak-kanak Istimewa Kajang, Selangor

-Kemudahan dari segi pusat harian.

15.

Persatuan Orang yang Amat Cacat Akal Selangor & Wilayah Persekutuan (Taman Sea).

-Kemudahan dari segi pusat harian.

16. 17.

Rumah Amal Cheshire Selangor. Persatuan Orang Pekak Kuala Lumpur.

-Kemudahan dari segi asrama. -Kemudahan dari segi pusat harian.

18. 19. 20.

Persatuan Kanak-kanak Spastik Selangor. Pusat Majudiri YMCA Kuala Lumpur Persatuan Menggalakkan Kesihatan

-Kemudahan dari segi pusat harian. -Kemudahan dari segi asrama dan pusat harian. -Kemudahan dari segi pusat harian.

MOHD. MOKHTAR BIN HJ TAHAR HAFIZAH JAMALUDIN (A93696)

25

Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

Jiwa Perak 21. 22. Pusat Kebajikan Orang-orang Cacat Manjung, Perak Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (Ipoh) 23. 24. Persatuan Kanak-kanak Terencat Akal (Butterworth) Rumah Bethany (Sekolah Kanakkanak Terencat Akal), Teluk Intan,Perak 25. Yayasan Nicholas bagi Orangorang Cacat Penglihatan, Pulau Pinang 26. Majlis Pusat Kebajikan Semenanjung Malaysia. (Cawangan negeri Kedah) 27. 28. 29. 30. Majlis Kebajikan Kanak-kanak Kedah Persatuan Kanak-kanak Khas, Sungai Petani Persatuan Kanak-kanak Spastik Pulau Pinang Persatuan Pemulihan Orang Cacat Kubang Pasu 31. Persatuan Kanak-kanak Terencat Akal Pulau Pinang
18

-Kemudahan dari segi pusat harian. -Kemudahan dari segi pusat harian.

-Kemudahan dari segi pusat harian. -Kemudahan dari segi asrama dan pusat harian.

-Kemudahan dari segi pusat harian.

-Kemudahan dari segi bengkel terlindung.

-Kemudahan dari segi pusat harian. -Kemudahan dari segi pusat harian. -Kemudahan dari segi pusat harian. -Kemudahan dari segi asrama.

-Kemudahan dari segi pusat harian.

Sumber rujukan semua di atas (

5.2 Memahami keluarga dan penjaga kanak-kanak kurang upaya


18

Jabatan Kebajikan Masyarakat. 2003. Panduan perkhidmatan bagi kanak -kanak kurang upaya. Kuala

Lumpur: Jawatankuasa Inter-agensi Program Perkembangan dan Pembangunan Kanak-kanak Negara 2003.

MOHD. MOKHTAR BIN HJ TAHAR HAFIZAH JAMALUDIN (A93696)

26

Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

Kini dalam persediaan menjadi guru, kita tidak harus menyalahkan segalanya akibat dari tindakan ibubapa. Ibubapa sendiri mengalami kejutan dari kesan ketidakupayaan anak mereka. Maka kita harus memahami keluarga dan penjaga kanakkanak kurang upaya ini.

Kesan pertama, keluarga mengalami perubahan besar dalam aspek kehidupan keluarga selepas kelahiran bayi mereka yang kurang upaya. Perubahan dari segi perbelanjaan bagi menampung kos pemulihan dan membeli barang khusus untuk proses pemulihan.

Kesan kedua, keluarga mengalami perubahan dari segi struktur peranan dan tanggungjawab. Tanggungjawab bapa lebih kepada pencarian harta untuk menampung pelbagai kos pemulihan dan rawatan. Manakala ibu, memberikan masa yang lebih untuk perhatian anak ini. Malah begitu juga, adik-beradik yang lain lebih bertanggungjawab terhadap kebajikan saudara mereka.

Kesan ketiga, keluarga juga mengalami gangguan emosi. Ini berlaku sekiranya terdapat ahli keluarga yang tidak dapat menerima ketidakupayaan anaknya. Tanda-tanda gangguan emosi adalah; 1) Mengalami kesedihan yang tiada penghujung. 2) Perasaan terkejut. 3) Keliru 4) Kecewa 5) Tertekan dan perubahan perasaan yang tidak stabil 6) Rasa bersalah 7) Bercelaru 8) Marah 9) Masalah psikologi

Kesan keempat adalah sifat penolakkan dan penafian yang kuat. Ia menghalang proses penerimaan terhadap anak kurang upaya ini. Sikap ini jika tidak dibendung maka akan berlaku masalah psikologi dan gangguan emosi.
MOHD. MOKHTAR BIN HJ TAHAR HAFIZAH JAMALUDIN (A93696)

27

Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

Kesan kelima, akibat gangguan emosi (kesedihan yang berpanjangan). Akhirnya sebuah keluarga tidak berfungsi dengan baik dan timbul pula konflik dalam diri setiap ahli keluarga. Begitu juga perasaan bersalah, menurut Nixon (1993) terdapat tiga jenis perasaan bersalah iaitu; 1) rasa bersalah penyebab adalah pasangan akan menyalahkan diri kerana punca masalah adalah darinya. Misalnya akibat faktor keturunan. 2) rasa bersalah peranan adalah akibat pengabaian peranan seperti tidak dibawa berjumpa doktor kerana demam panas. 3) rasa bersalah moral adalah akibat sikap tidak menjaga moral sehingga mengidap sakit HIV, AIDS dan siplis.
Sumber rujukan di atas (
19

5.3 Komunikasi guru-penjaga

Sebelum ini kita ada membincangkan hubungan kolaboratif. Dalam hubungan kolaboratif adalah usaha sama untuk menjayakan rancangan program pendidikan khas. Maka ia akan melibatkan usaha sama antara guru dan penjaga. Sama ada dalam pembinaan RPI dan menjayakan sesuatu aktiviti seperti gotong-royong, Majlis Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) dan sebagainya. Justeru,komunikasi antara guru dan penjaga menjadi tunjung dalam perhubungan dan sistem komunikasi.

Dari buku Introduction to special education: teaching in an age of challenge. Menururt Garguilo dan Graves (1991) mencadangkan tujuh cadangan untuk meningkatkan hubungan antara guru dan penjaga; 1) Menerangkan istilah.Guru menerangkan istilah- istilah khas dalam pendidikan khas. Maka ibubapa dan penjaga lebih memahami makna sebenar Cerebral palsy daripada yang lebih pakar.

19

Roshidah Mohd Salleh. 2005. Nota kuliah Falsafah dan isu Pendidikan Khas. Universiti

Kebangsaan Malaysia

MOHD. MOKHTAR BIN HJ TAHAR HAFIZAH JAMALUDIN (A93696)

28

Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

2)

Mengakui

perasaan. Guru ibubapa

harus yang

mengakui masih

perasaan kecewa

ibubapa. dengan

Misalnya terdapat

lagi

ketidakupayaan anak mereka. Guru mengakui tidak salah ibubapa untuk berasa kecewa. Para guru hendaklah memahami perasaan ini dan menerima perasaan untuk memulihkan semangat ibubapa. 3) Dengar. Guru menjadi pendengar yang aktif terhadap segala agenda ibubapa. Ini memudahkan guru memahami apa yang difikirkan oleh ibubapa. 4) Dua langkah. Pertama dalam proses berkongsi maklumat tentang proses diagnosis anak-anak ini, beri masa kepada ibubapa untuk menerima maklumat. Kedua, penglibatan ibubapa dalam setiap proses pembelajaran anak-anak. 5) 6) 7) Sentiasa memaklumkan maklumat anak-anak kepada ibubapa. Guru sentiasa bertanggungjawab. Guru memahami struktur keluarga dan gaya hidup ibubapa setiap pelajar pendidikan khas.
Sumber rujukan di atas (
20

5.4 Cara lain penglibatan penjaga

Pelbagai penglibatan penjaga boleh dijalankan di sekolah. Ini bagi menjayakan hubungan kolaboratif antara penjaga dan guru. Bentuk-bentuk penglibatan ibubapa adalah; 1) Penglibatan diri dalam aktiviti yang dianjurkan sekolah. 2) Penglibatan ibu bapa dalam pembinaan RPI anak mereka. 3) Penglibatan diri dalam PIBG dan Badan Kebajikan di kawasan berhampiran. 4) Penglibatan diri dalam segi keewangan. Ibubapa membantu guru dalam segi keewangan.

20

Smith, D.D. 1998.Introduction to special education: teaching in an age of challenge. Needhan Height :Allyn and Bacon.

MOHD. MOKHTAR BIN HJ TAHAR HAFIZAH JAMALUDIN (A93696)

29

Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

5) Penglibatan diri dari segi sumbangan tenaga membantu pihak sekolah. 6) Penglibatan diri dalam memberikan buah fikiran, cadangan dan nasihat kepada pihak sekolah.
Sumber rujukan (
21

6.0 Cadangan

Pada pendapat saya, sistem pendidikan khas masih lagi ketinggalan di Malaysia ini. Kita telah ketahui bahawa semakin maju negara semakin dunia memandang kita. Tetapi sanggupkah kita melihat ada pelawat asing memberi komen bahawa negara kita masih kekurangan perkhidmatan dalam pendidikan khas. Kita harus menerima kenyataan ini. Maka cadangan saya perkukuhkan lagi sistem pentadbiran dalam Jabatan Pendidikan Khas dan Kementerian Pelajaran Malaysia sendiri.

Selain itu, masyarakat masih kekurangan maklumat tentang Orang Kurang Upaya (OKU). Jika ada yang ketahui adalah individu- individu yang terlibat dalam bidang pendidikan, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan ibu bapa anak berkeperluan khas. Maka, pelbagai usaha perlu ditingkatkan seperti yang telah diadakan iaitu iklan televisyen menyuruh OKU yang masih belum mendaftar, mendaftar sebagai OKU dan mendapat kad kenal diri OKU. Serta seperti kereta berhias bantuan murid dan pendidikan khas semasa Sambutan Kemerdekaan tahun 2005 di Putrajaya. Pendedahan seperti ini menunjukkan bahawa negara kita semakin bertindak dengan serius terhadap perkhidmatan pendidikan khas dan kebajikan OKU.

7.0 Rumusan.

Kita dapat mempelajari dan memahami pelbagai kandungan dalam pendidikan khas. Sebelum kita memulakan pelbagai langkah pengajaran dan pembelajaran, asas pemahaman terhadap pendidikan khas perlulah dikuasai. Setiap ciri-ciri kanak-kanak
21

Roshidah Mohd Salleh & Rosadah Ab.Majid. 2005. Nota kuliah Pentadbiran dan pengurusan Pendidikan Khas. Universiti Kebangsaan Malaysia

MOHD. MOKHTAR BIN HJ TAHAR HAFIZAH JAMALUDIN (A93696)

30

Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

berkeperluan khas, akta pendid ikan, program dalam pendidikan khas dan penglibatan ibubapa, kerajaan, dan badan bukan kerajaan (NGO) perlu difahami sepenuhnya.

Maka dengan kefahaman yang mendalam tentang pendidikan khas dapat menjayakan dan mencapai matlamat Pendidikan Khas. Selama ini negara kita Malaysia pesat membangun tetapi masih lagi ketinggalan dalam bidang menyediakan perkhidmatan pendidikan khas. Maka hasil penulisan ini sedikit sebanyak dapat menyumbangkan sedikit kefahaman tentang pendidikan khas.

Rujukan

Akta pendidikan dan peraturan-peratur an. Act 550. 2004. Kuala Lumpur: MDC Publishers Sdn. Bhd. Chua Tee Tee. 1992. Pendidikan Khas dan pemulihan bacaan asas. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Friend,M& Bursuck,W.(2002).Including students with special needs (3rd ed). Needham Heights,MA:Allyn and Bacon Gargiulo, R. M. 2001. Special Education in contemporary society: An introduction to exceptionality.United State of America: Thomson Learning, Inc. Gargiulo, R. M. 2004. Special Education in contemporary society: An introduction to Exceptionality Second Edition.United State of America: Thomson Learning, Inc. Jabatan Kebajikan Masyarakat. 2003. Panduan perkhidmatan bagi kanak -kanak kurang upaya. Kuala Lumpur: Jawatankuasa Inter-agensi Program Perkembangan dan Pembangunan Kanak-kanak Negara 2003. Kementerian Pendidikan Malaysia. 2001. Pembangunan pendidikan 2001-2010. Perancangan bersepadu penjana kecemerlangan pendidikan. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Khadijah Rohani Mohd Yunus & Zalizan Mohd. Jelas. 1994. Satu tinjauan Prevalence Kanak-kanak bermasalah pembelajaran pada Tahap I Sekolah Rendah mengikut persepsi guru. Jurnal Pendidikan UKM 19:9-26 Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, [KP(PUU)S 10075/07/I/ Jld. II, PN(PU2) 569]
MOHD. MOKHTAR BIN HJ TAHAR HAFIZAH JAMALUDIN (A93696)

31

Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

Mok Soon Sang. 1992. Pendidikan di Malaysia. Kuala Lmpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Roshidah Mohd Salleh & Rosadah Ab.Majid. 2005. Nota kuliah Pentadbiran dan pengurusan Pendidikan Khas. Universiti Kebangsaan Malaysia Roshidah Mohd Salleh. 2005. Nota kuliah Falsafah dan isu Pendidikan Khas. Universiti Kebangsaan Malaysia Smith, D.D. 1998.Introduction to special education: teaching in an age of challenge. Needhan Height :Allyn and Bacon. Suruhanjaya Hak Asasi Manusia & Kementerian Pelajaran Malaysia. 2004. Laporan Persidangan Kebangsaan Pendidikan Hak Asasi Manusia di sekolah. Kuala Lumpur: Penerbit Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia. Zalizan Mohd. Jelas. 1999. Pendidikan Inklusif: Satu kajian kes. Jurnal Pendidikan.24. ms. 43-57. Fakulti Pendidikan UKM, Bangi. http://apps2.emoe.gov.my/ Kementerian Pelajaran Malaysia; Jabatan Pendidikan Khas. 25 Januari 2005

MOHD. MOKHTAR BIN HJ TAHAR HAFIZAH JAMALUDIN (A93696)

32

You might also like