You are on page 1of 11

Topik 3 Struktur

Dalaman Penglahiran Bahasa

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. 3. 4. 5. Merumuskan proses asosiasi perkataan yang berlaku semasa leksikon mental; Menghuraikan tiga model penglahiran leksikal; Membandingkan antara model pemprosesan bahasa daripada atas ke bawah dengan model pemprosesan bahasa dari bawah ke atas Menghubungkaitkan keupayaan daya ingatan dengan pemprosesan bahasa; dan Membezakan antara daya ingatan pendek dengan daya ingatan

PENGENALAN
Dalam topik yang lepas, kita telah memahami konsep pemerolehan bahasa serta beberapa teori pemerolehan bahasa. Kemudian, kita telah mengenal fungsi dan peranan otak dalam hal menerbitkan bahasa dalam pertuturan dan komunikasi. Dalam topik ini pula, kita akan meneliti proses yang terlibat dalam penglahiran bahasa. Lazimnya, kita jarang memikirkan tentang bagaimana bahasa dilahirkan. Mungkin sebilangan daripada kita menganggap perkara itu kurang penting. Namun, adalah penting bagi kita untuk mempelajari bagaimana penglahiran bahasa berlaku untuk memastikan proses komunikasi seharian kita berjalan dengan lancar.

26

TOPIK 3

STRUKTUR DALAMAN PENGLAHIRAN BAHASA

Selain itu, anda juga akan didedahkan kepada pemprosesan bahasa dan peranan daya ingatan dalam penglahiran bahasa.

AKTIVITI 3.1
Pernahkah anda berfikir bagaimana anda melahirkan bahasa? Bahasa boleh dilahirkan melalui beberapa proses. Sila layari laman web berikut untuk memperoleh sedikit maklumat awal. http://www.encyclopedia.com/doc/1B1-376064.html http://www.answers.com/topic/psycholinguistics?cat=healthkekek

3.1

PEMENDAMAN DAN PENGGUNAAN LEKSIKAL

Setiap orang memiliki akal budi. Di dalam akal budi kita terdapat bahasa. Tetapi bagaimana pula bahasa terletak di sana? Bagaimanakah kita belajar untuk melahirkan dan memahami leksis atau perkataan? Cuba anda imbas kembali ketika baru dilahirkan. Anda tidak boleh berbahasa atau memahami perkataan yang dituturkan. Semasa berusia empat tahun, kebanyakan dari kita sudah memiliki kosa kata asas yang cukup untuk berbahasa dengan baik. Ini adalah kerana otak kita akan memendam sejumlah perkataan yang kita pelajari setiap hari dan disimpan di dalam akal budi. Perkataan-perkataan tersebut akan digunakan apabila bertutur. Mari kita bincangkan pula bagaimana perkataan yang tersimpan di dalam akal budi kita diasosiasikan dengan pemikiran kita seterusnya memberikan makna terhadap perkataan tersebut.

3.1.1

Asosiasi Perkataan

Dalam otak kita ada leksikon atau leksikon mental (mental lexical). Leksikon di sini bermaksud kosa kata atau perbendaharaan kata yang disimpan dalam akal budi kita dalam bentuk entri leksis bagi setiap item. Item-item leksis disusun dalam leksikon dengan cara yang demikian untuk membolehkan kita mendapatkan semula perkataan dengan pantas. Hal menyimpan leksikon dalam otak disebut sebagai pemendaman leksikal (lexical storage). Oleh itu, kita akan sentiasa berusaha untuk mencapai kata yang terpendam dalam leksikon kita

TOPIK 3

STRRUKTUR DALAMAN PENGLAHIRAN BAHASA

27

untuk bercakap atau menulis. Manakala akses leksikal (lexical access) adalah proses mendapatkan kata daripada leksikon mental. Bagaimanakah kata-kata dikaitkan dalam otak kita? Asosiasi perkataan lazimnya mula berlaku apabila seseorang itu bertindak balas terhadap sesuatu rangsangan, iaitu kata yang dilihat atau didengar. Asosiasi atau kaitan berlaku untuk mendapatkan makna perkataan, dan bukannya bentuk perkataan tersebut. Asosiasi makna dengan leksikon adalah lebih kuat berbanding dengan asosiasi kesamaan bunyi atau tulisan. Oleh hal demikian, asosiasi perkataan di sini merujuk kepada tugas otak kita meneliti kata-kata yang terpendam dalam jaringan semantik untuk membuat pilihan perkataan. Makna asosiasi perkataan lazimnya adalah berdasarkan pengelompokan semantik, iaitu cara kata-kata dihimpunkan dalam kumpulan berdasarkan pertalian makna. Adalah penting untuk anda memahami bahawa kata-kata tidak terpendam dalam akal budi secara bebas. Sebaliknya, kata-kata asas kelihatan mempunyai asosiasi atau kaitan dengan kata-kata lain. Misalnya, apabila seorang penutur itu ingin mencari nama sejenis buah-buahan. Barangkali pada mulanya dia akan memikirkan senarai buahbuahan yang dia ketahui, seperti epal, pisang, rambutan, duku dan limau. Kemudian dia mengakses kata rambutan daripada leksikon mental kerana dia akan mengaitkan struktur fizikal buah itu yang mempunyai rambut. Apa yang sebenarnya berlaku adalah dia sedang membuat asosiasi dengan perkataan rambutan kerana rambutan ada kaitan makna dengan rambut. Kebanyakan model asosiasi perkataan yang terkini mengandaikan bahawa katakata dikaitkan dalam satu jaringan yang kompleks. Jaringan ini menggambarkan hubungan semantik seperti berikut: Sinonimi Antonimi Hiponimi Konsep-konsep tersebut akan dibincangkan dengan lebih lanjut dalam Topik 7 nanti. Hubungan sedemikian juga membolehkaan asosiasi atau kaitan antara perkataan. Sebenarnya, perkataan dipendam dalam leksikon berdasarkan kriteria semantik. Misalnya, kata kubis akan dipendam bersama sawi,

28

TOPIK 3

STRUKTUR DALAMAN PENGLAHIRAN BAHASA

kangkong dan kacang panjang dalam subset sayur-sayuran. Sudah tentu katakata ini ada asosiasi antara satu sama lain kerana tergolong dalam kelompok sayur-sayuran.

Rajah 3.1: Asosiasi perkataan dalam kelompok sayur-sayuran

Di sini, kita dapat merumuskan bahawa pemendaman leksikal dan cara mendapatkan leksis daripadanya menjadi aspek penting dalam bidang psikolinguistik. Untuk bertutur, kita berusaha untuk mendapatkan semula perkataan daripada leksikon mental yang terpendam dalam otak.

3.1.2

Model Penglahiran Leksikal

Kita telah pun memahami proses penglahiran bahasa dan bagaimana asosiasi perkataan berlaku di dalam akal budi kita. Seterusnya, kita akan membincangkan pula cara kita memproses leksis atau perkataan dan seterusnya melahirkan leksis tersebut dalam pertuturan. Sebelum pertuturan dilahirkan, ada beberapa peringkat yang terlibat. Rajah 3.1 menunjukkan peringkat penglahiran pertuturan.

TOPIK 3

STRRUKTUR DALAMAN PENGLAHIRAN BAHASA

29

Rajah 3.2: Peringkat melahirkan pertuturan

Jika anda meneliti Rajah 3.2, terdapat lima peringkat yang terlibat dalam penglahiran bahasa. Namun begitu, kita hanya akan memfokuskan kepada peringkat leksikal sahaja buat masa ini. Peringkat ini merupakan pencarian semula (retrieval) entri leksis daripada leksikon. Sebaik sahaja entri leksikal bagi sesuatu perkataan diakses, maka maklumat tentang kata tersebut sudah sedia wujud. Terdapat beberapa model penglahiran leksikal. Antara model tersebut adalah seperti berikut: (i) Model Serial Model ini berpendapat bahawa kita akan mencari padanan bagi perkataan yang kita dengar atau baca. Oleh yang demikian, jelas bahawa kata-kata yang kerap digunakan akan cepat dikenal pasti berbanding dengan yang kurang kerap. Model ini mencadangkan bahawa kata-kata tidaklah terpendam begitu sahaja dalam leksikon tetapi mengikut urutan kekerapan penggunaannya. Model ini disokong oleh model Search yang dipelopori oleh Forster (1979). Model Search Model search merupakan satu lagi model bagi mengakses leksis. Model ini berpendapat bahawa kata-kata yang dipendam dalam leksikon mental diteliti secara serial, iaitu satu per satu item untuk menemui padanannya dalam isyarat bahasa, iaitu yang didengar atau dilihat.

(ii)

30

TOPIK 3

STRUKTUR DALAMAN PENGLAHIRAN BAHASA

(iii) Model Verifikasi Satu lagi model search dipelopori oleh Becker (1979) yang dikenal sebagai model verifikasi. Model ini menghadkan subset perkataan yang dicari dengan menggunakan kriteria semantik (makna), iaitu item dikaitkan dengan konteks tertentu dan kriteria ortografi, iaitu item yang mempunyai bentuk yang sama dengan kata sasaran. Oleh yang demikian, dapatlah kita fahami bahawa terdapat beberapa model dalam psikolinguistik. Model-model tersebut menerangkan bagaimana leksis atau kata diakses daripada leksikon mental yang tersimpan dalam otak sebelum kita melahirkan bahasa.

SEMAK KENDIRI 3.1


(a) (b) Apakah maksud leksikon mental? Huraikan secara ringkas bagaimana proses penglahiran leksikal berlaku berdasarkan model Search.

3.2

PEMPROSESAN BAHASA

Kita sering melakukan aktiviti seperti mendengar, bertutur, membaca dan bercakap setiap hari. Bolehkah anda bayangkan, bagaimana bahasa diproses ketika kita melakukan aktiviti-aktiviti tersebut? Dalam ilmu psikolinguistik, cara kita memproses bahasa amat penting. Hal ini merupakan operasi mental yang berlaku dalam otak kita. Usaha memproses bahasa, lazimnya melibatkan empat kemahiran, iaitu: Kemahiran bertutur Kemahiran mendengar Kemahiran membaca Kemahiran menulis Selain itu, pemprosesan bahasa juga melibatkan hal mendapatkan item leksikal daripada leksikon mental. Sebelum membincangkannya dengan lebih lanjut, eloklah kita mengenali maksud pemprosesan bahasa. Pemprosesan bahasa merujuk kepada cara manusia memproses pertuturan atau tulisan, lalu memahami proses tersebut

TOPIK 3

STRRUKTUR DALAMAN PENGLAHIRAN BAHASA

31

sebagai bahasa. Kebanyakan teori terbaharu menyokong idea ini dan berpendapat bahawa proses ini dijana keseluruhanya oleh otak kita. Terdapat dua model pemprosesan bahasa. Model tersebut adalah seperti berikut: (a) (b) Model Bawah ke Atas (bottom-up processing) Model Atas ke Bawah (up-bottom processing)

Selanjutnya, kita akan cuba memahami model pertama, iaitu pemprosesan bahasa bawah ke atas. Model ini merupakan suatu pendekatan untuk memproses bahasa lisan atau tulisan. Pemprosesan ini bergantung pada maklumat sebenar yang didapati dalam isyarat pertuturan atau pada halaman buku yang dibaca. Apa yang berlaku dalam model ini ialah unit-unit kecil dibina secara beransur-ansur menjadi unit yang lebih besar. Model ini berpendapat bahawa pemprosesan bermula daripada maklumat bawah dan kemudian menjadi semakin besar ketika menaik ke atas. Misalnya, dalam hal mendengar, peringkat paling bawah ialah ciri fonetik. Si pendengar akan memproses fonem menjadi suku kata, suku kata menjadi perkataan, perkataan menjadi klausa, dan klausa menjadi proposisi. Pada peringkat akhirnya, pendengar mendapat makna global tentang pertuturan lalu memperoleh maklumat baharu. Kelihatan model ini berlawanan dengan model kedua, iaitu pemprosesan bahasa atas ke bawah. Model pemprosesan bahasa atas ke bawah merujuk kepada pengaruh pengetahuan peringkat tinggi (konsepsi) terhadap pemprosesan peringkat bawah (tanggapan). Misalnya, ketika kita merancang untuk bertutur atau menulis, kita mengalami proses atas bawah. Proses ini bermula dengan proposisi yang adalah besar, iaitu peringkat konsepsi. Kemudian proses ini bergerak ke bawah dan berakhir dengan yang kecil, iaitu tanggapan. Tanggapan di sini ialah kata-kata lisan atau tulisan pada halaman buku bagi orang yang merancang pertuturan atau tulisan. Secara ringkasnya, pemprosesan atas ke bawah merujuk kepada proses konsepsi manakala pemprosesan bawah ke atas merujuk kepada tanggapan atau persepsi. Demikianlah perbincangan kita tentang dua model pemprosesan bahasa. Keduadua model ini ada kekuatan dan kelemahannya, dan kita perlu memanfaatkan idea kedua-dua model tersebut.

32

TOPIK 3

STRUKTUR DALAMAN PENGLAHIRAN BAHASA

SEMAK KENDIRI 3.2


(a) (b) (c) Apakah definisi pemprosesan bahasa? Bagaimanakah bahasa diproses dalam model bawah ke atas? Bolehkan anda bezakan antara model ini dengan model atas ke bawah?

3.2.1

Daya Ingatan dan Bahasa

Dalam hal pemprosesan bahasa, daya ingatan sangat berkait dengan bahasa. Dalam pada itu, penyimpanan pengetahuan bahasa pula ada kaitan rapat dengan konsep daya ingatan. Dalam kehidupan seharian, kita bercakap, membaca dan memberi respons terhadap bahasa. Kita berupaya melakukan semua perkara ini kerana daya ingatan kita. Sebenarnya, semuanya berasal daripada ingatan kerana ingatan menjana perkara-perkara tersebut. Selain itu, daya ingatan juga memainkan peranan penting ketika kita menyampaikan sesuatu maklumat. Sebelum berbicara lanjut, elok kita memahami maksud ingatan dahulu. Menurut Noor Aina Dani (2007), daya ingatan merupakan gudang untuk menyimpan fakta dan pengetahuan am yang dipelajari seseorang. Semua perkara itu secara tidak langsung digunakan untuk menyimpulkan makna. Noor Aina menyatakan bahawa ingatan mempunyai empat jenis makna seperti berikut: sebagai produk yang merujuk kepada jumlah perkara yang tinggal dalam akal budi kita sebagai peristiwa yang dialami. diumpamakan seperti tempat sebagai satu sifat khas dalam sistem saraf manusia yang memberikan kita sesuatu produk. diibaratkan sebagai satu kuasa. Bagaimanakah kita menyimpan pelbagai maklumat dalam otak? Umpamanya, kita memerlukan ingatan tentang sejumlah perkataan, peraturan bunyi dan tatabahasa untuk berbahasa. Bagaimanakah kita dapat mengendalikan pelbagai maklumat dengan begitu pantas? Danial Schacter (1996), berpendapat bahawa otak kita dilengkapi dua jenis ingatan untuk memproses maklumat, iaitu ingatan yang bekerja dan ingatan jangka panjang.

TOPIK 3

STRRUKTUR DALAMAN PENGLAHIRAN BAHASA

33

Ingatan yang bekerja memproses maklumat masa sekarang, manakala ingatan jangka panjang menyimpan maklumat bagi jangka masa yang lama. Ingatan yang bekerja membolehkan kita melakukan perkara-perkara yang mudah, seperti mengingat nombor telefon bimbit rakan kita. Oleh hal demikian, ingatan jenis ini terlibat dalam proses penyimpanan dan pemprosesan maklumat secara serentak (Salthouse et.al, 1989). Semasa memproses sesuatu maklumat, ingatan jenis ini perlu menyelenggarakan beberapa maklumat. Antara fungsinya ialah mentafsir dan menghasilkan bahasa. Ingatan jangka panjang mencatat pengalaman lepas dalam daerah otak yang dikenal sebagai serebral korteks. Kita boleh memendamkan beberapa fakta dalam ingatan jangka panjang jika pengalaman yang berkaitan dengan sesuatu fakta berlaku secara berulang-ulang.

3.2.2

Penggunaan Daya Ingatan

Ingatan merupakan faktor penting dalam pemerolehan keupayaan memahami dan menghasilkan pertuturan dalam bahasa. Tanpa keupayaan ingatan, kita tidak dapat mempelajari perkataan dan nahu sesuatu bahasa. Misalnya, kita mengamati seekor kucing, dan kemudian mendengar cara haiwan itu dirujuk dalam bahasa Melayu, iaitu kucing. Jadi kita mempelajari perkataan itu kerana perkaitan atau asosiasi antara benda yang diamati dengan bentuk bunyi (lihat Rajah 3.2). Sebenarnya, pengamatan sesuatu benda dengan bunyi d imantapkan sehingga terjelma gambaran benda tersebut.

Rajah 3.2: Asosiasi pengamatan bunyi dengan perkataan

Terdapat dua konsep tentang penyimpanan: ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang. Dalam ingatan jangka pendek, perkataan atau angka yang berjumlah sehingga tujuh dapat diingat dengan mudah dalam jangka masa yang

34

TOPIK 3

STRUKTUR DALAMAN PENGLAHIRAN BAHASA

pendek. Misalnya, nombor telefon pejabat OUM yang terdiri daripada lapan nombor mudah diingat, iaitu dua. Ingatan jangka pendek mempunyai kemampuan yang terbatas. Jika seseorang mengingat serentetan perkataan yang tidak berkaitan, maka seseorang itu dapat mengingat maksimum tujuh perkataan sahaja. Demikian juga semakin lama kita mendengar sesuatu percakapan, semakin sedikit bentuk percakapan yang dapat diingat. Sebaliknya, semakin banyak pula makna percakapan diingat. Bagi ingatan jangka panjang, seseorang cenderung menyimpan isi atau makna ayat didengar. Isi atau makna dapat disimpan dalam ingatan untuk jangka waktu yang lama. Kebolehan ini berbeza antara individu. Lazimnya, perkataan yang terkandung dalam ayat akan dibuang daripada ingatan. Kajian yang dibuat antara kedua-dua jenis ingatan menunjukkan bahawa perkataan atau ayat yang dihafal secara harfiah hilang dengan cepat, sedangkan makna atau konsep masih bertahan dalam ingatan dengan lebih lama. Keadaan ini menjelaskan bahawa perkataan dan ayat yang dihafal secara harfiah disimpan dalam ingatan jangka pendek. Tafsiran semantik, isi atau makna yang biasanya bertahan lama akan disimpan dalam ingatan jangka panjang.

Dalam otak kita terdapat leksikon mental, iaitu kosa kata dalam keadaan yang tersedia untuk digunakan. Leksikon umumnya merujuk kepada perbendaharaan kata, iaitu sejumlah perkataan yang dimiliki oleh seseorang penutur. Pemendapan leksikal merujuk kepada penyimpanan perkataan dalam otak untuk digunakan ketika kita memerlukannya. Ketika kita mendapatkan semula perkataan daripada leksikon, proses itu dinamakan akses leksikal atau mendapatkan semula perkataan. Terdapat banyak model penglahiran leksikal. Antaranya ialah model Serial, model Search, dan model Verifikasi. Pemprosesan bahasa merujuk kepada cara kita memproses pertuturan atau tulisan dalam otak kita. Dua model pemprosesan bahasa ialah model bawah ke atas dan model atas ke bawah.

TOPIK 3

STRRUKTUR DALAMAN PENGLAHIRAN BAHASA

35

Ingatan jangka pendek mempunyai kemampuan yang terbatas dan kita tidak boleh ingat lebih tujuh perkataan. Ingatan jangka panjang mampu menyimpan maklumat bagi jangka waktu lama.

Daya Ingatan Ingatan Jangka Panjang Ingatan Jangka Pendek Item Leksis Leksikon Leksikon Mental Model Penglahiran Leksikal Model Search

Model Serial Model Verifikasi Pencarian Semula Penglahiran Bahasa Pemendaman Leksikal Pemprosesan Atas ke Bawah Pemprosesan Bawah ke Atas

Field, J. (2003). Psycholinguistics: A resource book for students. Routledge: London. Field, J. (2004). Pyscholinguistics: Key concepts. Routledge: London. Noor Aina Dani. (2007). Pengantar psikolinguistik. Sasbadi: Petaling Jaya (Bab 3-Ingatan, hlm. 137-138). Steinberg. D. D. (1993). An introduction to psycholinguistics. Longman: New York, London.

You might also like