You are on page 1of 3

UWS 10202 - HUBUNGAN ETNIK - SOALAN OB1EKTIF

1 Konsep ini digunapakai bagi membuat pengukuran di antara kelompok manusia berdasarkan
perbezaan biologikal dan Iizikal.

Apakah konsep yang dimaksudkan?

A Ras
B Suku
C Etnik
D Bangsa

2 Etnik atau kaum merupakan konsep yang merujuk kepada suatu kumpulan manusia yang
dicirikan oleh .

A perbezaan geograIi
B persamaan ideologi
C perbezaan kebudayaan
D penumpuan gin tertentu.

3 Antara keunikan yang terdapat di Malaysia ialah kepelbagaian penduduknya yang terdiri daripada
berbilang kaum yang sering dirujuk sebagai masyarakat majmuk.

Konsep ini merujuk kepada kewujudan

A dasar perbezaan warna kulit yang diamalkan oleh pemerintah
B pelbagai organisasi kaum dan budaya dalam kalangan masyarakat
C pelbagai kaum, adat, bahasa dan agama yang terdapat di dalam sesebuah Negara.
D pelbagai warisan budaya yang diperturunkan daripada satu generasi kepada satu generasi
yang lain.

4 Jelaskan kepentingan pembinaan bangsa dalam konteks masyarakat majmuk?

A Mengikat ahli masyarakat melaluiciri-ciri kebudayaan dan aspirasi yang sama.
B Memberi garis panduan bertingkah laku melalui nilai dan norma kepada ahli masyarakat.
C Menyedia system set interaksi yang baik kepada ahli masyarakat melalui cara berIikir dan
bertindak.
D Mengukur set penilaian untuk menjadi titik rujukan melalui persamaan pegangan dan
ideology kepada ahli masyarakat.

5 DeIinisikan maksud konsep etnosentrisme?

A Prinsip tentang sikap yang dihasilkan tanpa satu penyelidikan Iakta yang sempurna.
B Pandangan bahawa sesuatu kelompok itu merupakan titik rujukan kepada kelompok lain.
C Konsep mengenai suatu kelompok tertentu oleh orang ramai disebabkan ketiadaan ilmu
pengetahuan yang khusus.
D Anggapan bahawa cara yang dilakukan oleh kumpulannya adalah terbaik manakala
Iikiran orang lain mesti ditolak dan ditentang.

6 Sikap atau tanggapan yang lazimnya bersiIat negative berdasarkan generalisasi yang tidak rasional
terhadap sesuatu kumpulan etnik dinamakan .

A rasisme
B prejudis
C streotaip
D etnosentrisme

7 Pilih matlamat UTAMA berintegrasi.

A Mewujudkan masyarakat majmuk yang harmoni
B Menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara yang maju.
C Membawa kesejahteraan kepada rakyat tanpa mengira kaum
D Mewujudkan identity nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah.

8 Aspek budaya merupakan satu elemen penting dalam kepentingan bermasyarakat.
Apakah yang dimaksudkan dengan budaya?

A Idea yang dikongsi bersama oleh masyarakat tentang apa yang baik, betul dan
dikehendaki.
B Cara hidup manusia yang meliputi pemikiran, nilai, pandangan dan perlakuan manusia.
C Satu prinsip umum yang menyediakan anggota masyarakat dengan satu ukuran yang
seragam.
D Peraturan dan panduan yang dikongsi bersama bagi mengawal tingkah laku tertentu dalam
kehidupan.

9 'Peminjaman dan penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan kelompok lain.
Biasanya, kelompok minority mempelajari dari kelompok dominan.

Terjemahkan pernyataan di atas mengikut kaedah Iormula.

A A B C A
B A B C D
C A B C A B C
D A B C A B C

10 Proses akomodasi atau penyesuaian sebagai dasar untuk menyelesaikan masalah dalam hubungan
etnik di Malaysia dilaksanakan menerusi beberapa langkah seperti berikut.

I identiti dan budaya hidup sesuatu kelompok etnik tidak dihapuskan tetapi disuburkan.
II pengamalan pelbagai agama dan kepercayaan secara bebas bagi tiap-tiap kelompok etnik.
III penggunaan pelbagai bahasa di samping pengiktiraIan terhadap bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan.
IV kesanggupan golongan minority untuk menghilangkan identity mereka dengan menyerap
budaya golongan majority

A I dan II
B II dan III
C I, II dan III
D I, III dan IV

11 'Satu proses menyatukan pelbagai kumpulan etnik dari segi biologi dan dalam proses tersebut
semua entiti kebudayaan pelbagai kumpulan dicampuradukkan melalui perkahwinan yang
akhirnya mewujudkan satu budaya yang baharu.

Proses tersebut berkaitan dengan konsep

A Asimilasi C Akomodasi
B Akulturasi D Amalgamasi



12




Tentukan konsep yang diwakili pada rajah di atas.

A Asimilasi C Pluralisme
B Akulturasi D Amalgamasi
B A A
B

You might also like