Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
16Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Teks Penuh Ucapan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Pada 13 Oktober 2008

Teks Penuh Ucapan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Pada 13 Oktober 2008

Ratings:

4.7

(10)
|Views: 1,373 |Likes:
Ucapan Anwar Ibrahim membahaskan Belanjawan 2008
Ucapan Anwar Ibrahim membahaskan Belanjawan 2008

More info:

Published by: Mohd Zaidi bin Harun on Oct 20, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

02/20/2013

pdf

text

original

 
Page
1
of 
77
 
Teks penuh Ucapan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia pada13 Oktober 2008
Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh, salamsejahtera Tuan Yang di-Pertua.Izinkan saya mengucapkan rasa hormat kepada Tuan Yang di-Pertua memberi kesempatan berbahasdi hadapan Tuan Yang di-Pertua yang saya kenal sebagai orang yang pendekar dan petah berbicara,berbahas sendiri.[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat]Saya juga ingin menyatakan penghargaan kepada bekas Menteri Kewangan, Perdana Menteri, Dato’Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana membentangkan Belanjawan Negara bulan lalu.Meskipun terdapat perbezaan dasar yang ketara di antara kami dalam Pakatan Rakyat dan PerdanaMenteri, bekas Menteri Kewangan, saya ingin melahirkan rasa hormat dan menghargai usaha beliausehingga dapat membentangkan satu belanjawan dalam keadaan krisis yang besar yang hampirmelanda pada ketika itu.Hanya setelah setengah purnama berlalu, keadaan negara bertambah meruncing. Keadaan dianggapsudah sampai ke tahap parah. Persoalan yang pertama yang harus kita bahaskan, adakah wajar untukkita meneruskan perbahasan tentang satu belanjawan yang sudah ketinggalan melihat kepadaunjuran, akta, data, satu setengah purnama yang lalu dengan keadaan sekarang.Apakah wajar Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan yang mulia ini diminta untuk terus berbahassatu belanjawan yang sudah tidak realistik, tidak menepati fakta dan tidak mampu mengangkatekonomi dan menyelamatkan negara kita dari kemelut ekonomi yang kian meruncing.Saya hargai usaha menteri dan negara, Perbendaharaan, Unit Perancang Ekonomi yang bekerjabertungkus-lumus menyediakannya. Akan tetapi mereka juga arif dan tahu benar bahawa kenyataandan kegawatan sekarang sudah jauh berbeza. Ini bukan sahaja akibat dari krisis kewangan bermuladari masalah sub prima yang menelan hampir USD1 trilion.Pasaran kredit hampir lumpuh, ia bukan sahaja melibatkan industri kewangan besar tetapi telahmengancam kekuatan industri kewangan dan syarikat kewangan paling besar di dunia, Freddie Mac,Fannie Mae, Lehman Brothers, Meryll Lynch dan juga AIG yang dianggap satu kekuatan induk dalaminstitusi kewangan…Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: [Bangun]Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat, nak bagipeluang dengan…, awal sangat Yang Berhormat ya.Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Ya, kalau boleh saya akan beri ruang sebentar lagi.Kalau sekadar meminjam dengan izin, Warren Buffet “Financial weapons of mass destruction”.
 
Page
2
of 
77
 Soalnya Tuan Yang di-Pertua, bukan lagi isu yang menyangkut ekonomi gergasi seperti AmerikaSyarikat, Eropah dan Jepun tetapi untuk kita menafikan kesan dan dampak yang serius yang akanmelanda negara kita, itu adalah sesuatu yang tidak munasabah. Sebab itu saya ingin menggesaMenteri Kewangan yang baru yang harus menghormati dan mendengar hujah Ahli-ahli Dewan dantidak sibuk kempen mempertahankan jawatannya kerana isu yang berada di hadapan kita ini isu yangserius.Dan saya ingat Tuan Yang di-Pertua bahawa sepanjang saya menjadi Menteri Kewangan sepanjanglapan tahun, saya tidak pernah meninggalkan Majlis di Dewan ini tatkala Ketua Pembangkangmenyampaikan ucapan… [Tepuk]Akan tetapi kerana keangkuhan, arrogance of power pemimpin-pemimpin yang ada sekarang, tidaklangsung menghormati, bukan sekadar pandangan pembangkang, Perdana Menteri baru merasakanbagaimana pandangan rakan-rakannya begitu kasar dan ganas sehingga berjaya menghumbankanbeliau awal daripada jadual.Tuan Yang di-Pertua, saya menekankan ini kerana cara realistik. Lihat sahaja Singapura, Singapuratentunya secara relatif punyai kekuatan ekonomi yang jauh lebih kukuh dari Negara kita. Akan tetapidalam pada itu pun setelah melihat dua suku tahun pertama pertumbuhan yang negatif.Pertumbuhan negatif dua kali berturut-berturut, itu akan menyebabkan negara mulai mengalamikemelesetan. Dan bila recession ini berlaku, Perdana Menteri Singapura segera membuat kenyataanbahawa Singapura sudah pun mula menerima kesan kemelesetan.Di Malaysia, keadaan di sebaliknya kerana Menteri Kewangan yang baru sibuk dengan kelulusanprojek-projek meganya dan membuat kenyataan bahawa kekuatan ekonomi dan fundamental diMalaysia amat kukuh. Inilah saya ucap tahniah kerana inilah Menteri Kewangan satu-satunya di duniayang anggap ekonominya kukuh… [Tepuk]Akan tetapi kenyataannya berbeda kerana kesan harga barang yang meningkat, harga minyak, hargakeperluan asas melambung. Pertumbuhan mengecut, pengangguran bertambah dan parahnyadirasakan oleh peniaga kecil, petani, nelayan dan Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua lebih merasaikerana di Sarawak dan Sabah harganya jauh lebih tinggi daripada yang dialami di sini.Oleh yang demikian, saya sekali lagi ingin menekankan kepada Menteri Kewangan yang baru supayamengumpulkan seluruh kekuatan pakar-pakar ekonomi kita dalam dan luar kerajaan diPerbendaharaan Bank Negara, Unit Perancang Ekonomi dan lain-lain untuk melihat semula danmenjana kekuatan. Jika tidak kita akan terus lumpuh.Pakar ekonomi dunia tidak ada yang menyanggah keperluan kita mengkaji semula. Friedrich Hayekdengan izin, tatkala menyampaikan ucapan hadiah Nobel ekonominya, ‘The Pretends of Knowledge’,menyatakan kalau tidak kita terima dan sedia belajar bahawa pengurusan ekonomi itu begitukompleks dan pengetahuan asas itu sangat penting. Bagaimana kepintaran kita merangka tidakmungkin dapat menyelesaikan masalah kalau kita tidak cepat membuat beberapa penyesuaianmengikut persekitaran semasa.He will therefore dengan izin have to use what knowledge he can achieve, not to shape the results asthe craftsman shapes his handy work but rather to cultivate a growth by providing the appropriateenvironment in the manner in which the gardener does this for his plants.
 
Page
3
of 
77
 Tuan Yang di-Pertua, kita sedang dilanda krisis kewangan dan ekonomi yang besar. Bagi semuapenganalisis tanpa pengecualian dari yang pemerintah dan yang di peringkat swasta, institusikewangan tempatan dan luar negara dan internasional, tanpa kecuali mengatakan bahawa dalamkeadaan sekarang, masa terdekat mungkin satu atau dua tahun lagi, tidak ada ekonomi yangmungkin selamat. Justeru itu harus ada sesuatu pendekatan yang lebih kreatif, yang dapatmembendung serangan yang hebat ini.Kita pernah dulu menyebut tentang kupasan Joseph Schumpeter, pakar ekonomi yang mengandaikangejala krisis dari semasa ke semasa ini sebagai dengan izin, differential gates of creative destruction.Apakah kita sedia untuk memanfaatkan kegawatan yang ada ini untuk menolak cara yang rosak,rasuah, penyelewengan, kesediaan memberikan projek kepada keluarga dan rakan-rakan ataumengangkat semula ekonomi berdasarkan kepada pertimbangan yang lebih rasional, yang lebihtransparent, telus dan lebih bertanggungjawab.Tentunya creative destruction itu pedih kerana ia hanya mampu dilakukan sekiranya kita terimahakikat apa yang disebut oleh Nabi Allah Shuib dalam Al-Quran… [Membaca sepotong ayat Al-Quran]Iaitu perubahan sedaya upaya kita.Akan tetapi kalau kita terima masalah, kekal dengan kecenderungan untuk bertindak secara angkuhdan cara mengaut keuntungan secara tamak haloba, mengizinkan rasuah tanpa kawalan, mustahil…[Bercakap dalam bahasa Arab] Perubahan itu dapat berlaku. Sekiranya kita bicara soal pembaharuanatau reform , ia juga mencangkup perubahan yang diungkapkan oleh pakar dalam isu politicaleconomy, pengurusan yang lebih baik, sistem politik yang lebih munasabah dan persekitaran yangmembantu mengangkat pertumbuhan ekonomi.Siapa kita Ahli-ahli Parlimen, Ahli-ahli Yang Berhormat jika kita tidak peka dengan permasalahan inidan mengetahui setiap pandangan kita dan kupasan kita. Dasar ekonomi kita akan mencangkupkepentingan bukan sahaja negara, angka dan statistik tetapi kehidupan rakyat iaitu pendidikan anak-anak kita. Harga barang rakan-rakan kita di kampung dan di desa, kesusahan mereka mendapatpeluang dan kemudahan yang baik. Apa yang kita lakukan di sini, belanjawan diputuskan oleh YangBerhormat Menteri akan memberi kesan bukan saja kepada Ahli Yang Berhormat tetapi kepadarakyat jelata.Tuan Yang di-Pertua masih ingat bila Brutus menentang Julius Caesar yang diktator itu, dia bertanyakepada orang-orang Romawi, “Who is here, so based that would be a bondman?’ Siapa di kalangankita? Dia bertanya kepada rakyat Romawi. Saya bertanya kepada Ahli Yang Berhormat di sebelah sinidan lebih-lebih lagi di sebelah sana.Siapa di antara kita yang begitu lemah, jelik dan tidak ada keupayaan sehingga sanggup menjadihamba. Menghina diri mereka sendiri, mengiakan kepada keganasan, kepalsuan, rasuah dankezaliman. Mengiakan kepada sikap racist dan penghinaan etnik. Menelan begitu semata-matakerana kita terlalu kecil dan merasa diri terlalu hina dan tidak mempunyai kekuatan untuk bangunmengatakan Ahli Yang Berhormat atau Yang Amat Berhormat enough is enough. Enough of this…,enough of this corruption, enough of this racist remark against us, dengan izin Tuan Yang di-Pertua.Sebab itu, kita tidak boleh mampu berbicara soal pengurusan ekonomi dari kalangan yangmempunyai hati kecil walaupun keupayaan dan kekayaannya melimpah.

Activity (16)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
cwnorani liked this
Akhi Man liked this
0465825 liked this
Mohamad Mahfuz liked this
Aainashuha Yusli liked this
amran liked this
Mohd Fahdly liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->