You are on page 1of 10

SOALAN PENILAIAN KENDIRI (bab 1)

A. SoaIan Objektif:
1. Penyelidikan dikatakan satu seni untuk menyingkap (the art of
discovery ilmu pengetahuan. Ertinya:
A. lmu dicipta
B. lmu ditemui
C. lmu disebar
D. lmu diberi
2. Pilih kenyataan paling tepat mengenai penyelidikan dan
pengurus
A. Pengurus mesti menjalankan penyelidikan.
B. Pengurus tidak patut mengupah orang lain menjalankan
penyelidikan bagi pihaknya.
C. Pengurus mungkin tidak perlu menjalankan penyelidikan,
tetapi beliau harus ada ilmu tentang penyelidikan.
D. Penyelidikan dan pengurus langsung tidak ada perkaitan.
3. Kepercayaan terhadap kerdipan mata kiri dalam masyarakat
Melayu bahawa ada sesuatu peristiwa buruk akan dihadapi adalah
satu sumber pengetahuan yang:
A. Telah diuji kasahihannya
B. Sentiasa benar
C. Belum diuji kesahihannya
D. Mudah untuk menguji kesahihannya
SOALAN PENILAIAN KENDIRI (bab 2)
A. SoaIan Objektif:
1. Salah satu ciri utama penyelidikan asas (-asic research berbeza
dengan penyelidikan gunaan (applied research ialah:
A. Mengambil masa yang lama
B. Menggunakan kaedah tradisional
C. Hasil kajian tidak ada aplikasi terdekat
D. Mudah dilakukan
2. Satu kajian untuk mengetahui hubungan di antara faktor
demografi terhadap pencapaian pelajar adalah salah satu contoh
kajian:
A. Eksperimen
B. Deskriptif
C. Korelasi
D. Demografik
3. Bagi mengenal pasti corak demografi sasaran pasaran pusat
membeli belah di pekan Jitra, bentuk penyelidikan yang perlu
dilakukan ialah:
A. Eksperimen
B. Deskriptif
C. Korelasi
D. Demografik
SOALAN PENILAIAN KENDIRI (bab 3)
A. SoaIan Objektif:
1. Proses penyelidikan saintifik yang berkaitan dengan analisis data
adalah melibatkan semua aktiviti-aktiviti berikut, kecuali:
A. Data diproses dan diolah.
B. Hasil kajian boleh dijelaskan secara secara deskriptif dan
juga infrensi.
C. Penyelidik melengkapkan jawapan responden yang tidak
lengkap.
D. Hipotesis kajian diuji.
2. Di bawah adalah padanan-padanan proses penyelidikan yang
munasabah, melainkan:
A. Pemerhatian - permasalahan kajian
B. Kerangka teori - rajah skimatik
C. Pengoperasian pemboleh ubah - alat pengukur kajian
D. nterpretasi data - merekodkan data
3. Hasil kajian saintifik adalah
A. Sentiasa benar
B. Tidak boleh dipertikaikan
C. Hanya betul
D. Amat tepat
SOALAN PENILAIAN KENDIRI (bab 4)
A. SoaIan Objektif:
1. Bidang kajian boleh diperolehi dari situasi berikut:
A. Masalah praktikal
B. Kerja perundingan
C. Di dalam penjara
D. Semua situasi di atas
2. Lain-lain istilah yang berkaitan dengan sesuatu bidang kajian
boleh diperolehi daripada sumber-sumber berikut, kecuali
A. Kamus
B. Ensiklopedia
C. Buku perangkaan
D. Buku teks
3. Reka bentuk kajian adalah
A. Merupakan sebahagian daripada latar belakang kajian
B. Merupakan sebahagian daripada kaedah/metode kajian
C. Termasuk di bawahnya kaedah/metode kajian
D. Melaporkan kajian
SOALAN PENILAIAN KENDIRI BAB 5
A. SoaIan Objektif:
1. Masalah kajian boleh terdiri daripada perkara berikut, kecuali:
A. Kekangan yang dihadapi penyelidik dalam
menjalankan kajiannya.
B. Sesuatu konsep yang berkehendakkan penjelasan
empirikal.
C. Masalah yang sedang berlaku dalam organisasi dan
memerlukan penyelesaian.
D. Aspek organisasi yang memerlukan pembaikan.
2. Masalah manakah yang tidak sesuai untuk penyelidikan?
A. Adakah terdapat perbezaan gaya pengurusan antara
bangsa-bangsa di dunia?
B. Adakah faktor-faktor motivasi kerja dapat diaplikasikan
secara universal?
C. Adakah bentuk hubungan antara suasana kerja dengan
kepuasan kerja sama untuk semua budaya di dunia ini?
D. Kenapa terdapat pelbagai bangsa di dunia ini?
SOALAN PENILAIAN KENDIRI BAB 6
A. SoaIan Objektif:
1. Data primer merujuk kepada:
A. Data yang diperolehi daripada sumber bercetak.
B. Data yang dikumpul oleh penyelidik daripada responden
kajiannya.
C. Data yang dibekalkan oleh pihak berkuasa.
D. Data yang diterbitkan secara rasmi oleh sesebuah
organisasi.
2. Antara berikut, manakah yang tidak termasuk dalam
maklumat
latar belakang organisasi?
A. Tanggapan pekerja terhadap pekerjaannya.
B. Sejarah penubuhan organisasi.
C. Sistem ganjaran.
D. Peluang peningkatan di dalam kerjaya.
A. SoaIan Objektif: BAB 7
1. Antara berikut, yang manakah bukan merupakan tujuan ulasan
karya?
A. Untuk membantu penyelidik membentuk model
penyelidikan (kerangka teori.
B. Untuk memperlihatkan kepentingan serta kerelevanan
penyelidikan yang dijalankannya kepada rakan-rakan
penyelidik lain.
C. Untuk menunjukkan bahawa penyelidik membuat
rujukan yang banyak.
D. Untuk membolehkan penyelidik mengenal pasti
metodologi dan teknik penyelidikan yang telah digunakan
oeh penyelidik terdahulu.
SOALAN PENILAIAN KENDIRI BAB 8
A. SoaIan Objektif:
1. Kerangka teori kajian menggambarkan yang berikut, kecuali:
A. Hubungan di antara pemboleh ubah.
B. Arah dan bentuk hubungan di antara pemboleh ubah.
C. Darjah kekuatan hubungan di antara setiap pemboleh
ubah.
D. Kedudukan dan hubungan yang logik bagi pemboleh
ubah yang terlibat.
2. Ciri-ciri hipotesis adalah seperti berikut, kecuali:
A. Dinyatakan dalam bentuk kenyataan.
B. Boleh dinyatakan dalam bentuk persoalan.
C. Satu bentuk tekaan secara ilmiah.
D. Boleh ditulis dalam bentuk ayat atau simbol statistic.
3. Contoh hipotesis nol adalah:
A. Kepuasan kerja adalah berbeza berdasarkan jantina
B. l = p
C. Kepuasan kerja lelaki adalah lebih tinggi berbanding
kepuasan kerja perempuan
D. l = p
4. Apakah yang dimaksudkan dengan variabel bersandar?
A. Variabel yang dipengaruhi oleh variabel lain
B. Variabel yang mempengaruhi variabel lain
C. Variabel yang nilainya tidak berubah
D. Variabel yang dipengaruhi dan mempengaruhi variabel
lain
5. Pilih hipotesis tak berarah daripada hipotesis-hipotesis di bawah:
A. Prestasi pelajar sepenuh masa adalah lebih baik daripada
pelajar PJJ.
B. Terdapat hubungan yang positif antara pengalaman
dengan prestasi.
C. Terdapat perbezaan dalam prestasi akademik antara
pelajar PJJ dengan pelajar sepenuh masa.
D. Terdapat hubungan negatif antara prestasi kerja dengan
pengalaman.
SOALAN PENILAIAN KENDIRI BAB 17
A. SoaIan Objektif:
1. Mana satu yang salah mengenai cadangan awal kajian:
A. Menterjemahkan idea penyelidik di dalam bentuk
penulisan.
B. a dibuat untuk tujuan kelulusan pihak pembiaya
penyelidikan.
C. Untuk mendapat pandangan membina daripada
penyelidik lain.
D. Melaporkan hasil kajian rintis.
2. Perkara yang tidak betul mengenai cadangan kajian ialah:
A. Melaporkan hasil kajian rintis
B. Menjelaskan pengoperasian pemboleh ubah
C. Menyatakan analisis yang akan digunakan
D. Melaporkan hasil analisis kajian
3. Hebahan hasil kajian boleh dibuat melalui saluran-saluran
berikut, kecuali:
A. Kertas seminar
B. Artikel dalam akhbar
C. Pembentangan cadangan kajian
D. Junal ilmiah
SOALAN PENILAIAN KENDIRI
A. SoaIan Objektif:
2. Etika membicarakan perkara-perkara berikut, kecuali:
a. Betul / salah
b. Adil / tidak adil
c. Moral / tidak bermoral
d. Menang / kalah
2. Manakah antara padanan-padanan potensi isu etika yang tidak
mungkin berpunca daripada penyelidik:
a. Pelanggan - minta rasuah
b. Responden - pecah rahsia
c. Pembiaya - melambatkan bayaran
d. Ahli pasukan penyelidik - mengabaikan soal keselamatan
3. Penyelidik A telah mengatahui bahawa penyelidik B telah
menandakan sendiri soal selidik yang tidak dijawab oleh
responden kajiannya. Tindakan Penyelidik A yang manakah
boleh dikira sebagai beretika:
a. Penyelidik A mendiamkan diri kerena ianya tidak ada
kena mengena dengan dirinya.
b. Tidak berani berkata apa-apa kerana penyelidik A tidak
mahu dikata mahu menjaga tepi kain orang lain.
c. Penyelidkik A merasa penyelidik B berhak berbuat
demikian kerana tidak ada cara lain.
d. Penyelidik A tidak dapat melelapkan mata apabila
memikirkan tindakan penyelidik B.

You might also like