You are on page 1of 26

BAB II

KAJIAN LITERATUR

2.1

Pengenalan

Pada hari ini mungkin ramai tidak begitu jelas akan perbezaan di antara kerja pembaikan bangunan kaedah biasa berbanding dengan pembaikan bangunan menggunakan kaedah kerja baik pulih. Inilah yang cuba diketengahkan memandangkan teori perlaksanaannya yang kelihatan sama pada dasarnya, namun aplikasi dalam perlaksanaan kerjanya adalah sangat jauh berbeza dengan prosedurprosedur yang berlainan. Dalam konteks menyelesaikan permasalahan ini, pemahaman yang tepat mengenai definisi kerja yang dilaksanakan adalah sangat penting supaya teknik kerja yang akan dijalankan bersesuaian dengan tajuk kerja. Berdasarkan sejarah mengenai idea kerja baik pulih yang terawal telah mula diguna pakai dalam tahun 1953 Masihi di Spanyol, bagi kerja-kerja membaik pulih binaan Grand Mosque yang berusia lebih daripada 300 tahun di ketika itu. Ianya dibina mengikut kaedah kerja dan seni bina Arab lama menjadikan antara faktor yang diambil kira mengapa ianya dibaik pulih dengan kaedah kerja konservasi memandangkan nilai sejarah dan estetika yang ada padanya(Norman Williams, 1983). Dalam abad ke 18 barulah bermula era akan

7 kesedaran yang meluas bagi membaiki dan mengekalkan bangunan serta monumen lama yang bersejarah giat dilaksanakan dengan meluas di Eropah dan Barat. Latar belakang sejarah kerja-kerja konservasi di negara kita pula agak kabur. Ini berdasarkan kesedaran pengekalan,membaiki dan membaik pulih monumen bersejarah hanya mula dilaksanakan oleh pihak persendirian dan swasta pada peringkat awalnya, di mana tidak begitu banyak rekod yang dicatatkan secara formal dan terperinci untuk rujukan pada hari ini. Kesedaran sebenar hanya wujud selepas negara mencapai kemerdekaan didorong pula oleh faktor memperingati dan mengabadikan kesan sejarah itu sendiri bagi tujuan simpanan dan tarikan pelancong. Namun pada hari ini perkembangannya yang agak sihat dibantu oleh penglibatan dari pelbagai pihak kerajaan dan badanbadan bukan kerajaan yang mula mengambil inisiatif bagi memulihara kepentingan monumen dan tapak sejarah untuk tatapan generasi masa depan.

2.2

Definisi

Memandangkan kerja-kerja pemuliharaan bangunan dan monumen bersejarah ini masih terlalu asing di negara kita, maka adalah penting bagi menjelaskan takrif yang jelas bagi beberapa istilah yang biasa diguna pakai dalam proses perlaksanaannya. (Paiman Keromo, 2002).

2.2.1

Konservasi

(Concervation)

Kerja-kerja membaik pulih yang mana ianya cuba memulihara semula sesuatu bangunan atau tapak sejarah kepada binaan dan bahan-bahan pembinaan yang sehampir mungkin dengan keadaan asal seperti ianya mula-mula dibina. Kajian sejarah dan arkeologi akan memberikan maklumat mengenai bahan binaan dan

8 penggunaannya yang asal agar dapat di konservasi dengan sebaik mungkin kepada keadaan asal. Ini bertujuan mendapatkan panorama dan perkitaran yang sehampir mungkin dengan keadaan sejarah awal pembinaannya.

2.2.2

Restorasi

(Restoration)

Secara umumnya ianya adalah kerja-kerja baik pulih dengan mengekalkan keaslian seni bina dan bahan-bahannya kepada suatu masa atau era pembinaan , pemerintahan atau era kegemilangannya yang sebaik mungkin tahap awal ianya didirikan dan seterusnya hinggalah kepenggunaannya yang asal. Kajian terperinci dalam penentuan era yang akan direstorasi adalah amat penting bagi memastikan sejarah yang tepat sahaja digunakan. Dalam melaksanakan kerja restorasi ini berkemungkinan besar ianya akan melibatkan kerja-kerja pembinaan semula terutama pada bahagian-bahagian jasad bangunan asal yang telah musnah akibat faktor cuaca atau manusia kepada keadaan sedia kala dan berfungsi seperti asal.

2.2.3

Preservasi

(Preservation)

Kerja-kerja pengawasan dan penjagaan sesebuah bangunan dan tapak bersejarah agar ianya tidak mengalami kerosakan dengan menggunakan kaedah saintifik dan sistematik berpandukan prosedur-prosedur tertentu yang telah ditetapkan oleh badan bertindak atau berwajib melalui hasil pemerhatian dan kajian yang dilaksanakan. Penggunaan kaedah terkini juga boleh digunakan dalam menyeimbangkan proses kerja yang dilaksanakan.

2.2.4

Pembinaan Semula (Reconstruction)

Hanya akan dilaksanakan ke atas bangunan dan monumen bersejarah yang musnah sama sekali oleh sebab perbuatan manusia atau faktor alam sekitar. Kajian dan rekod yang ada digunakan dalam membina semula kepada rupa bentuk asal menggunakan bahan binaan dan teknik yang asal

2.3

Perundangan Yang Terlibat

Memandangkan kebanyakan bangunan bersejarah adalah warisan negara yang terkawal, maka ianya dilindungi di bawah perundangan dalam dan luar negara yang telah digubal bagi menjamin warisan pengekalannya. Oleh yang demikian sebagai salah sebuah negara yang mempunyai perlembagaan dan undang-undang, perkara kerja baik pulih ini tertakluk seperti berikut.

2.3.1

Perundangan Dalam Negara

Akta Benda purba 168 Tahun 1976 Akta yang diperuntukkan kepada Jabatan Muzium dan Antikuiti Malaysia bagi tujuan melindungi dan menyelamatkan harta dan budaya khazanah negara.

Akta-Akta Lain a) Kanun Tanah Negara, Tahun 1960,

10

b) Akta Pengambilan Tanah, Tahun 1960,

c) Akta Kerajaan Tempatan, Tahun 1976, d) Akta Perancang Bandar Dan Desa, Tahun 1976, e) Perlembagaan Persekutuan, f) Akta Perancang Bandaraya Kuala Lumpur, Tahun 1973, g) Pemuliharaan Dan Pemugaran Budaya Negeri Melaka, Tahun 1988.

2.3.2

Perundangan Luar Negara

Konservasi bangunan dan tapak tanah bersejarah adalah merupakan suatu bidang yang perlu kepada penyelarasan yang seragam dari segi teknik dan prosedurnya mengikut peraturan-peraturan piawaian antarabangsa. Ini bagi memastikan agar kerja-kerja ini diiktiraf sehingga ke peringkat antarabangsa. Ianya hendaklah mematuhi piawaian United Nations Education, Science And Culture Organization atau singkatannya UNESCO yang menjadi badan bertindak di peringkat antarabangsa dalam menjalankan kajian mengenai kerja memulihara dan baik pulih tempat-tempat serta bangunan bersejarah bagi negara keanggotaannya. Sebagai sebuah badan yang cukup berpengaruh, UNESCO juga ada menggubal undang-undang serantau yang mewajibkan negara anggotanya, termasuklah negara kita Malaysia yang menandatangani 3 buah memorandum persefahaman antarabangsa yang berkaitan dengan tugas-tugas untuk mengekalkan harta budaya warisan Negara.

11 Berdasarkan kepada situasi ini maka negara kita Malaysia semestinya akur dengan kehendak ini agar kita tidak akan dipertikaikan oleh negera-negara anggota kesatuan ini dalam melaksanakan rang undang-undang yang telah termaktub. 2.4 Panduan Kerja-Kerja Konservasi

Secara amnya pemerhatian bagi setiap kes kerja-kerja konservasi ini adalah sesuatu yang subjektif. Namun bagi kerja konservasi fasad bangunan ianya dapat diringkaskan mengikut skop-skop kerja yang paling asas. Bermula dari penyelidikan, kajian bahan, kerja merawat bahan, kerja pembaikan dan kerja dokumentasi adalah penting dalam mencapai matlamat serta maksud konservasi itu sendiri. Peringkat penyelidikan, kajian dan dokumentasi adalah paling penting dalam menentukan hala tuju kerja serta bagi kemudahan kajian di masa hadapan. (Alan Dobby, 1978)

2.4.1

Penyelidikan

Proses awal dalam menjawab persoalan bagaimana kerja konservasi ini akan dilaksanakan. Ianya dapat memberi maklumat awal mengenai bangunan secara terperinci agar langkah kerja susulan dapat dirancang. Antara penyelidikan yang dilaksanakan adalah:

i.

Penyelidikan Sejarah Merangkumi sejarah pembinaan dan penggunaan bangunan atau monumen dari mula ianya didirikan bagi menentukan kepentingannya dari sudut sejarah. Kajian dijalankan berdasarkan dari rekod seperti bahan bertulis yang masih ada dan juga dari maklumat lisan yang boleh dipercayai kebenarannya.

12 ii. Penyelidikan Seni bina Bagi menentukan unsur-unsur yang diterapkan dan juga perubahan atau pembangunan semula yang telah dilakukan sepanjang bangunan atau monumen itu wujud. Ini bagi memudahkan dalam penentuan konsep pemuliharaan yang akan dilaksanakan kelak.

2.4.2

Kajian Konservasi

i.

Kajian Landskap Penelitian landskap asal penting bagi mewujudkan suasana landskap baru yang berada dalam keadaan harmoni dan memenuhi kehendak tujuan asal bangunan atau monumen dibina.

ii.

Kajian Tapak Mengenal pasti kesan pergerakan tanah yang menjadi faktor utama yang merosakkan bangunan atau monumen terutamanya akibat pergerakan kesan jangka panjang. Kajian juga meliputi tentang kehadiran makhluk perosak di kawasan tapak seperti anai-anai, tikus dan lain-lain.

iii.

Kajian Alam Sekitar Memahami kesan persekitaran alam sekitar ke atas bangunan dan monumen akibat faktor seperti kesan lulu hawa, penyejatan, tumbuhan parasit dan lainlain aktiviti yang dapat memberi reaksi ke atas rupa bentuk dan fizikal bangunan terutamanya bagi yang telah dimamah usia.

13

iv.

Kajian Bahan-Bahan Binaan Kajian ke atas bahan merangkumi kajian-kajian seperti: a. Jenis bahan binaan serta teknik dan cara pembuatannya. Ini bagi menentukan penggantian bahan baru yang lebih menyerupai bahan asal dari segi jenis, saiz dan teknik pemasangannya. b. Kekuatan bahan binaan yang akan digunakan agar dapat ditentukan kekuatan maksimum tanggung bebannya apabila digunakan kelak. c. Kandungan bahan kimia dan pH dalam bahan untuk memahami tindak balas kimia terutamanya bagi yang bersifat mereput atau menghakis. d. Kajian pereputan terutamanya bahan kayu yang alah terhadap persekitaran yang lembap agar rawatan yang bersesuaian dapat dilaksanakan.

2.4.3

Ekskavasi Arkeologi

Kajian arkeologi penting bagi kes kerja konservasi bangunan terutamanya yang menyimpan khazanah sejarah yang tinggi atau terdapat bahagian yang tertimbus atau runtuh di mana ianya bertujuan bagi:

i.

Mengesan Struktur Tertimbus

14 Adalah sering ditemui struktur yang telah tertimbus apabila dilaksanakan kerja-kerja penggalian tapak di kawasan bangunan. Ini adalah berkemungkinan binaan yang ada sekarang didirikan di atas tapak bangunan lama di mana sebahagian dari binaan yang ada telah tertimbus setelah ianya runtuh. Justeru itu dengan mengesan binaan yang hilang dengan proses ekskavasi ini akan memberi maklumat dengan lebih terperinci di mana struktur tersebut yang berkemungkinan menemukan dengan bahagian lain atau rupa asal bangunan dengan lebih tepat.

ii.

Mengesan Artifak-Artifak Arkeologi Tertimbus. Bagi tapak bangunan kawasan yang bersejarah, kebarangkalian menemui artifak dan bahan sejarah adalah tinggi. Artifak yang ditemui berkemungkinan mempunyai hubung kait rapat dengan penggunaan bangunan yang berhampiran, dalam kaitan mengenai penggunaan, adat dan budaya yang lampau. Penemuan seperti ini dapat dijadikan rujukan dan bahan kajian kepada mengenai sejarah bangunan itu sendiri.

iii.

Mengenal pasti Dasar Tapak Bebas Dari Binaan-Binaan Lain Setiap tapak monumen yang telah dilaksanakan kajian arkeologi juga bagi memastikan ianya bebas dari artifak sejarah dan struktur arkeologi lama .Maka pembangunan kawasan ini akan dapat dilaksanakan tampa kehilangan maklumat sejarah yang penting.

Kajian ini akan dilaksanakan oleh mereka yang berkelayakan dan mempunyai lesen yang disahkan bagi menjalankan kerja-kerja arkeologi. Ini bagi memastikan teknik cari gali yang dilaksanakan adalah mengikut teknik yang betul di samping memastikan bahan khazanah bersejarah negara tidak dikeluarkan secara berleluasa.

15 Sewaktu kerja penggalian permukaan dasar tanah kawasan bangunan secara langsung ianya dapat dijalankan pemerhatian mengenai dasar asas bangunan untuk rujukan.

Rajah 2.1: Contoh kaedah arkeologi yang dilaksanakan

Rajah 2.2: Kaedah dokumentasi di tapak artifak yang ditemui.

16

2.4.4

Penyediaan Pelan

Ianya lebih bertujuan kepada kaedah penyimpanan rekod jasad bangunan atau monumen sebelum dan selepas kerja konservasi dilaksanakan. Penyediaan pelan yang diperlukan tidaklah seperti pembinaan baru sebaliknya keadaan bangunan yang sedia ada perlu diukur bagi penyediaan yang akan merekodkan segala kecacatan, keretakan dan kerosakan yang wujud pada keadaan bangunan sebelum kerja-kerja dilaksanakan. Ianya juga dikenali sebagai lukisan HABS yang bermaksud Historical Amerian Building Survey iaitu piawai dalam melaksanakan kerja-kerja konservasi bangunan dan monumen untuk negara Amerika dan kegunaannya di Malaysia, ianya diubah suai kepada Historical Architecture Building Survey oleh pihak Muzium Negara. Lukisan ini akan disediakan sebelum dan selepas kerja baik pulih dijalankan sebagai syarat yang perlu dipatuhi. Pelan atau lukisan terukur ini dapat disediakan dalam dua cara iaitu:

a) Penyediaan Secara Manual. Pelan atau lukisan disediakan secara manual iaitu dengan membuat pengukuran ke atas keseluruhan bangunan atau monumen itu sendiri di tapak. Data dari pengukuran yang diperolehi kemudiannya akan digunakan untuk melukis semula fasad dalam bentuk berskala penuh berserta butiran terperinci.

b) Penggunaan Kaedah Fotogrametri Teknik fotogramentri adalah merupakan kaedah terkini dalam menyediakan pelan atau lukisan bangunan yang sedia ada. Gambar yang diambil menggunakan kamera digital yang kemudiannya diproses dengan program simulasi komputer kepada gambar-gambar

17 kepada skala yang sesuai. Penggunaan kaedah ini adalah lebih mudah dan cepat di mana bahagian terperinci kerosakan pada bangunan dapat dilihat dengan jelas, namun ianya melibatkan perbelanjaan yang agak tinggi berbanding kaedah manual.

Rajah 2.3 : Pelan cadangan kerja berdasarkan kaedah manual

c) Pelan Lokasi Pelan ini menunjukkan lokasi tempat bangunan atau monumen itu berada. Ianya akan memberikan maklumat mengenai keadaan geografi serta infrastruktur yang ada berhampiran tapak. d) Pelan Cadangan Kerja Pemuliharaan Pelan ini disediakan berdasarkan kepada pelan terukur sebelum kerja yang disertakan dari data-data maklumat yang diperolehi berdasarkan penyelidikan dan kajian-kajian awal. Melalui pelan inilah teknik dan kaedah kerja yang sesuai bagi kerja konservasi bangunan akan ditentukan.

18

2.4.5

Dokumentasi

Kaedah dokumentasi yang digunakan pada hari ini dapat dipertingkatkan mutunya dengan mengaplikasikan kecanggihan teknologi yang semakin baik. Perkembangan peralatan teknologi yang semakin pesat seperti penggunaan komputer dan kamera digital memudahkan lagi teknik mendokumentasi. Dalam kerja konservasi hari ini teknik dokumentasi yang boleh dilaksanakan adalah seperti :

i.

Gambar Berskala Teknik gambar sebenar bangunan yang diambil dalam bentuk imej dua dimensi dan disusun menggunakan skala yang bersesuaian dalam bentuk berwarna. Bahagian bangunan akan digridkan kepada sempadan yang bersesuaian di lokasi sebenar. Gambar diambil mengikut petak-petak grid dan diproses menggunakan atucara komputer agar mengikut saiz dengan skala sebenar di tapak. Ianya perlu disediakan pada sebelum, semasa dan selepas kerja dilaksanakan supaya dapat dilihat perubahan dari kerja pembaikan yang dilaksanakan.

ii.

Rekod Kerja Pemuliharaan Rekod kerja adalah dalam bentuk laporan bertulis, data-data, diagram, gambar dan jadual berkaitan yang mengandungi maklumat sepanjang proses kerja berjalan. Ianya juga disediakan sebelum, semasa dan selepas kerja bagi tujuan simpanan dan rujukan untuk kerja-kerja pemuliharaan akan datang. Dokumentasi dalam bentuk video dan interaktif juga sesuai diaplikasikan agar maklumat dapat disimpan bersesuaian dengan keadaan teknologi semasa.

19

2.5

Kaedah Pemuliharaan

Sebagai panduan yang khusus, setiap kerja pemuliharaan perlu mematuhi satu garis panduan yang menepati kehendak rang undang-undang kerja yang berkaitan. Ianya dinilai dari beberapa sudut di mana etika kerja yang harus mematuhi piawai mengikut maksud kerja konservasi itu sendiri. Berikut adalah beberapa faktor yang boleh diambil kira bagaimana kaedah kerja baik pulih dilaksanakan.

2.5.1

Kepentingan Pemuliharaan

Kepentingan pemuliharaan akan memberikan gambaran dari sudut di mana bangunan atau monumen akan di konservasi. Terdapat beberapa kepentingan yang diambil kira seperti:

i.

Kepentingan Sejarah Perkara penting yang ditekankan agar pemuliharaan dilaksanakan ke atas bangunan dan monumen ialah atas dasar kepentingan sejarah, di mana pengekalannya akan dijadikan sebagai bahan bukti untuk tatapan dan rujukan masa hadapan.

ii.

Kepentingan Seni Bina Perkembangan dan kemajuan seni bina yang telah berlaku adalah satu catatan yang ingin dikekalkan demi perkembangan bidang ini dimasak

20 hadapan. Catatan dalam bentuk ini juga dijadikan sebagai identiti mengwakilkan masyarakat setempat serta sebagai ukuran mengenai ketamadunan bangsa sesebuah negara di masa lampau.

iii.

Mengingatkan Kembali Kenangan Masa Lampau Pengekalan bangunan dan monumen tapak tanah bersejarah juga memberikan kesan psikologi kepada orang ramai untuk menegangkan kembali perkaitan untuk peristiwa-peristiwa penting masa lalu. Melalui kenangan peristiwa masa lampau sedikit sebanyak dapat menanamkan semangat jati diri,nasionalisme dan kenegaraan.

iv.

Meningkatkan Tarafnya Melalui kerja-kerja pemuliharaan ini maka ianya dapat memungkinkan ekonomi setempat dari sudut pelancongan. Dari sudut penggunaannya pula, ianya memberikan fungsi baru yang akan memastikan bangunan dan monumen itu akan terus dapat memberikan khidmat daripada dibiarkan musnah tampa penyelenggaraan.

v.

Menyeimbangkan Integrasi Pembangunan Bagi bangunan yang berada dalam tapak kawasan yang strategik, terutamanya kawasan tumpuan umum seperti kawasan bandar, kerja pemuliharaan ini dapat menyeimbangkan nilai estetika rupa bentuk fasad selain daripada pembinaan bangunan-bangunan baru dan pencakar langit. Ini memberikan suasana yang lebih harmoni.

21

2.5.2

Pemuliharaan Landskap

Bahagian landskap ini akan memberikan imej bangunan seterusnya akan menggambarkan suasana yang lebih harmoni. Kajian dilaksanakan berdasarkan dokumen-dokumen lama, tradisi rumpun bangsa pembinaannya dan juga dari maklumat kerja-kerja cari gali yang dilaksanakan. Maklumat ini akan memberikan gambaran terhampir mengenai reka bentuk bangunan tersebut pada waktu dahulu. (Geoffrey Young, 1977)

Rajah 2.4: Senarai butiran pada bangunan lama kawasan kajian.

22

2.5.3

Pemuliharaan Rupa bentuk Fasad Bangunan

Telah menjadi kebiasaan bagi kebanyakan bangunan dan monumen sejarah akan mengalami beberapa tokok tambah sama ada di bahagian fasadnya atau bahagian-bahagian lain struktur. Antara beberapa sebab mengapa perubahan ini terjadi adalah disebabkan oleh:

Sejarah penggunaannya yang berubah-ubah mengakibatkan tindakan pengguna yang sewenang-wenangnya menokok tambah binaan pada jasad bangunan mengikut keperluan keadaan semasa.

Keperluan kekuatan struktur yang berbeza atau berlaku kegagalan yang memerlukan penggantian atau pembaikan bahagian struktur.

Contoh yang paling jelas adalah bahagian bangunan yang dibina dalam keadaan berhampiran atau sederet. Di sini kita akan dapat jelas melihat perbezaan seni bina terutamanya bahagian fasadnya. Oleh yang demikian pengekalan satu-satu unsur seni bina yang seragam pada suatu kawasan adalah agak sukar terutamanya jika bangunan itu telah lama dibina disebabkan oleh faktor-faktor di atas. Dalam melaksanakan kerja-kerja pemuliharaan ini bukan sahaja perlu menitik beratkan dari segi keperluan bangunan ini secara individu sahaja, tetapi juga ianya perlu diteliti secara mikro dan menyeluruh di dalam sesebuah zon kawasan persekitarannya. Justeru itu diperkenalkan satu sistem pemuliharaan secara pembahagian zon atau kelompok tertunamnya bagi sesuatu kawasan yang mengandungi pelbagai era binaan bangunan dan monumen bersejarah yang mempunyai nilai dan kepentingan yang tinggi untuk dikekalkan. Kajian akan lebih tertumpu kepada sesuatu bahagian secara terperinci bagi memudahkan kerja. (Alexander Cooper, 1976)

23

2.5.4

Pemuliharaan Bumbung

Setiap bangunan didirikan mempunyai ciri-ciri seni bina dan fungsinya yang tersendiri berdasarkan kehendak pemilik dan bahan-bahan binaan yang ada berdasarkan teknologi semasa perkembangan teknologi semasa. Ciri-ciri seni bina bumbung dan bahan-bahannya adalah merupakan salah satu imej yang melambangkan identiti bangunan yang dibina. Penutup bumbung yang digunakan biasanya terdiri daripada bahan organik, seramik dan bahan logam seperti zink serta kuprum. Bagi penutup bumbung bangunan dari jenis bahan organik seperti daun nipah dan rumbia, ianya adalah sangat sukar untuk dipulihara atau langsung tidak dapat dipulihara memandangkan bahan asalnya yang bersifat reput. Kebiasaannya ianya akan ditukarkan dengan bahan lain yang lebih sesuai tetapi masih mengekalkan imej dan identitinya yang asal. Bagi penutup bumbung yang diperbuat daripada logam seperti zink atau kuprum, keadaannya sama juga seperti bahan jenis organik. Dengan keadaan iklim negara kita yang panas dan lembap sepanjang tahun tidak memungkinkan bahanbahan ini dipulihara setelah ianya mengalami proses pengoksidaan, pengaratan dan pereputan. Oleh yang demikian bahan-bahan ini juga ke biasanya ditukarkan dengan bahan baru tetapi dari jenis yang sama dengan bahan asal. Bagi penutup bumbung yang diperbuat dari jenis seramik dan tanah liat pula, biasanya ianya mempunyai daya tahan yang lebih lama jika ianya tidak mengalami pecah atau bocor. Bagi penutup bumbung dari jenis ini ianya hanya perlu dicuci dengan bahan dari jenis alkali atau air biasa. Kemudiannya ianya disemburkan dengan larutan ammonia bertujuan membunuh microbological yang tumbuhan dan seterusnya ianya disapukan dengan bahan slikon atau bahan kalis air bertujuan mengurangkan kadar keporosan di samping meningkatkan kekuatannya.

24 Selain mengekalkan bahan-bahan asal penutup bumbung, reka bentuk dan juga ketinggian asalnya juga perlu dikekalkan sebagaimana asal bagi mendapatkan rupa bentuk keadaan seperti awal sebelum dibaik pulih.

2.5.5

Pemuliharaan Bahan Kayu Dan Organik

Bahan-bahan kayu dan organik ini hendaklah melalui beberapa proses yang cermat dan teliti agar keadaannya tidak terjejas selepas dipulihara. Antara beberapa proses yang perlu dijalankan adalah:

i.

Pembersihan Kerja-kerja pembersihan bahan dengan menyapu atau menggunakan penyedut habuk bagi menanggalkan segala kotoran dan habuk yang terlekat. Bagi bahan organik, penggunaan air adalah ditegah bagi mengelakkan daripada ianya mengalami keadaan lembapan berlebihan selepas dibersihkan.

ii.

Penelitian Dan Penyambungan Memeriksa keadaan fizikal bahan dari sebarang kerosakan. Sekiranya terdapat sebarang kerosakan, bahagian tersebut akan digantikan dengan bahan dari jenis yang sama dengan teknik penyambungan yang sesuai tampa menjejaskan kekuatan dan fungsinya.

iii.

Rawatan Menggunakan Bahan Kimia Bahan yang telah siap dipulihara akan dipasangkan semula pada bahagian tempat asalnya. Adalah penting supaya bahan tersebut dirawat terlebih dahulu

25 dengan menggunakan bahan kimia seperti ammonia atau lain-lain bahan yang dapat mencegah makhluk perosak dan serangan microbiological. Penggunaan timber wax juga dapat melindungi bahan dari kelembapan dengan sifatnya yang kalis air serta membantu melawan tindak balas cahaya dan haba.

Sesetengah kerja pemuliharaan mungkin juga tidak perlu melalui semua peringkat di atas kerana ianya bergantung kepada kualiti dan keadaan bahan itu sendiri. Ianya terlebih dahulu perlu dikenal pasti agar proses pemuliharaan yang akan dijalankan sebaliknya tidak akan menjejaskan kuliti bahan yang dirawat.

2.5.6

Pemuliharaan Bahan Batu

Kebanyakan struktur bangunan dan monumen berjasad besar dibina dengan bahan daripada batu dan juga blok batu bata. Teknik pemuliharaannya juga seperti bahan kayu dan bahan organik, Cuma segi penggunaan bahan kimia yang berbeza.

i.

Penyelidikan dan Kajian Sebelum ianya dipulihara, kajian asal bahan penting bagi mengetahui maklumat asal usulnya, kaedah pembuatan, kandungan bahan kimia, kadar keporosan, pH, kelembapan dan juga faktor pereputannya.

ii.

Pembersihan Bahan Ianya dari jenis bahan yang mudah diserang proses lulu hawa dan ketumbuhan makhluk microbiological serta pengaruh kelembapan. Oleh itu pembersihan dilakukan dengan maklumat yang diperolehi

26 hasil dari kajian digunakan. Maka dapat ditentukan nisbah air bahan kimia yang sesuai untuk digunakan ke atas bahan batu ini agar ianya tidak memberi kesan peroi atau hancur semasa dibersihkan.

iii.

Peneguhan Bahan Dengan kemajuan teknologi bahan binaan hari ini, pelbagai kaedah rawatan dapat dilaksanakan bagi proses meneguhkan struktur bahan binaan batu dan blok batu bata. Bahan dikeringkan terlebih dahulu sehingga kepada 60% pengeringan sebelum rawatan dilaksanakan. Menggunakan teknik suntikan bahan kimia seperti bahan silikon akan diisikan ke dalam bahagian tembok batu yang lompong atau mengalami keadaan yang dipanggil honey comb. Bagi rawatan bahagian permukaan luaran, kaedah semburan bahan kimia yang bersifat kalis air dapat menghalang daripada lembapan menyerap ke dalam bahagian batu. Di mana ia menjadi salah satu agen pereputan kepada bahan batu. Bahan silikon yang terdapat di pasaran pada hari ini dapat diperolehi dengan kandungan,warna, dan kekuatan yang boleh disediakan mengikut spesifikasi yang dikehendaki. Sifat-sifat yang hampir sama dengan bahan asal akan mengurangkan proses penolakan antara bahan baru dan bahan lama akibat proses pengembangan dan pengecutan yang tidak seragam

2.5.7

Pemuliharaan Plaster Simen

Permukaan dinding simen boleh dibersihkan terus dengan bahan kimia yang sama seperti bahan dan kaedah membersihkan bahan batu. Bagi proses peneguhan bahan plaster kapur yang terkopek yang disebabkan oleh faktor usia atau perbuatan

27 manusia, permukaan ini akan dibaiki dengan menggunakan bahan lime mortar iaitu bahan dari campuran kapur dan pasir serta bahan selikat yang bersesuaian mengikut nisbah yang bersesuaian yang diperolehi hasil keputusan kajian awal yang dijalankan. Kajian kadar bancuhan, kekerasan dan keporosan bahan lime mortar hendaklah mempunyai nilai yang hampir dengan nisbah bahan plaster simen sedia ada. Ianya digunakan kerana sifat elastik dengan perubahan keadaan cuaca, suhu dan akibat plaster simen sedia ada serta risiko penolakan bahan yang rendah.

2.5.8

Pemuliharaan Warna Dan Cat

Pemuliharaan cat dan warna bagi bangunan dan monumen di negara kita adalah di tahap yang hampir-hampir tidak memungkinkan ianya dapat dilaksanakan. Ianya disebabkan oleh faktor kebanyakan cat pada bangunan dan monumen sering dilapiskan berkali-kali dan warna yang bertukar-tukar dengan kualiti cat yang berbeza-beza. Pada kebiasaannya cat hanya dapat dikaji dari segi warna dan jenis catnya, sedangkan cat dan warna asal tidak dapat dipulihara. Proses yang boleh dilaksanakan adalah seperti berikut:

i.

Pembersihan Cat-Cat Lama Terlebih dahulu kaji cat dilaksanakan untuk simpanan rekod dan mengenal pasti warna serta jenis cat yang telah digunakan. Cat yang dibersihkan dengan mengompelkannya menggunakan scrapper atau bahan penggal cat paint remover tampa menjejaskan permukaan bangunan atau bahan.

28 ii. Mengecat Semula

Kerja-kerja mengecat semula hendaklah menggunakan cat dari bahan dan warna yang sama seperti yang diperolehi dari kajian warna. Bagi kes bangunan yang asalnya tidak dicat tetapi kemudiannya dicat, maka sebaik mungkin bangunan ini tidak perlu dicat semula.

2.5.9

Pemuliharaan Dasar Tapak Bangunan

Kebanyakan bangunan dan monumen lama yang terdapat di Malaysia tidak mempunyai tapak dasar yang benar-benar kukuh disebabkan oleh teknologi lampau yang agak terhad. Justeru itu proses peneguhan bahagian dasar bagi kes yang bermasalah adalah agak rumit. Namun dengan teknologi yang terdapat pada hari ini, masalah bahagian asas dapat diselesaikan dengan kaedah yang lebih mudah. Antara kaedah peneguhan yang boleh dilaksanakan adalah seperti:

i.

Penggunaan Cerucuk Mikro Bagi binaan di atas tanah berkeadaan lembut, elastik tinggi dan sensitif terhadap getaran, kaedah cerucuk mikro ini adalah paling sesuai dengan kaedah pemasangannya yang selamat dan binaannya yang kukuh menjadikannya pilihan agar kesan gegaran semasa kerja yang minimum ke atas bangunan untuk mengelakkan berlakunya keretakan ke atas binaan.

ii.

Membaiki Struktur Asas Sedia ada Kaedah ini lebih bergantung kepada bentuk bangunan itu sendiri, di mana kajian mendalam harus dilakukan terlebih dahulu agar perubahan sama ada proses pelebaran atau mendalamkan saiz asas perlu dilaksanakan.

29 Perancangan awal penting bagi menyediakan sokongan sementara dan penentuan saiz selamat bagi mengelakkan berlakunya kegagalan semasa dan selepas pembiakan.

Memandangkan bahagian ini akan terlindung oleh permukaan tanah, maka kaedah yang mungkin berbeza dari kaedah pembinaan asal asas dapat dilaksanakan memandangkan perkara utama di sini adalah untuk memastikan struktur bangunan berada dalam keadaan kukuh dan selamat. Sekiranya tanah bahagian tapak juga tidak dapat menjalankan tugasnya menanggung beban, maka kerja peneguhan ke atasnya juga harus dilaksanakan. Bagi kerja peneguhan bahagian tanah pula, beberapa aspek pemuliharaan yang boleh diambil kira seperti:

i.

Peneguhan dengan menggunakan kaedah grouting yang dipamkan ke dasar tanah untuk meneguhkan strukturnya.

ii.

Bagi tanah yang mempunyai paras air bumi tinggi, keadaan yang praktikal dapat dilaksanakan adalah dengan menggunakan pam dengan mengepam air bumi keluar atau penyediaan saluran air bawah tanah. Ini bagi memastikan resapan air ke atas bangunan dapat dikurangkan dan kejadian enapan struktur dapat dikawal.

Pada hari ini terdapat pelbagai kaedah lain seperti penggunaan membrane sheet dan penggunaan bahan kimia yang dapat mengurangkan pengaliran air dalam tanah di kawasan tapak bangunan dan monumen. Namun penyelesaian sesuatu masalah adalah berbeza dan ianya bergantung kepada keadaan dan kesesuaian tapak.

30 2.5.10 Penggantian Bahan Binaan

Penggantian bahan binaan adalah dilarang sama sekali dalam melaksanakan kerja-kerja pemuliharaan bangunan dan monumen bersejarah. Walau bagaimana pun sekiranya ianya terpaksa dilakukan maka hendaklah mematuhi syarat-syarat berikut;

i.

Dari Jenis Bahan Yang Sama Bahan penggantian yang digunakan hendaklah dari jenis yang sama dengan bahan yang asal, jika mungkin ianya didapati dari lokasi tempat yang sama bahan asal diperolehi.

ii.

Ukuran Yang Sama Ukuran bagi bahan yang digantikan hendaklah seperti ukuran bahan asal dengan dimensi sehampir mungkin.

iii.

Teknik Pemasangan Yang Sama Teknik pemasangan bahan yang baru juga hendaklah menggunakan teknik pemasangan asal, dari segi susunannya mahupun dari bentuk pemasangan hendaklah sehampir mungkin dengan keadaan asal.

iv.

Menandakan Bahan Yang Baru Semua bahan baru yang dipasang hendaklah ditandakan tarikh pemasangan dengan penanda dari jenis bahan yang kekal agar mudah dikenal pasti. Ianya sebagai rujukan dan rekod di masa hadapan.

31 2.6 Kesimpulan

Kesimpulannya setiap bahagian bangunan yang akan di konservasi akan menjalani kajian dan rawatan yang akan memastikan keadaannya baik, kukuh dan selamat untuk digunakan semula tampa perubahan fizikal yang jelas serta dalam masa yang sama memastikan nilai estetika asalnya terpelihara. Setiap masalah haruslah diselesaikan dengan pendekatan yang paling relevan dengan berpandukan kepada bidang maklumat kejuruteraan serta ianya mengambil kira dari sudut sejarah dan keadaan bahan dan bangunan itu sendiri. Perancangan awal adalah amat penting bagi menentukan kaedah penyelesaian yang bersesuaian agar teknik yang betul dapat diaplikasikan kepada bangunan dalam memastikan keasliannya terpelihara. Hasil kerja konservasi yang baik dapat dilihat berdasarkan kualiti kerja selepas ianya siap di mana bangunan atau monumen berada dalam keadaan seperti awal ianya dibina serta mencapai tahap keadaan lebih baik daripada sebelum kerja.

You might also like