Kedatangan Islam dengan al-Quran dan al-Hadis telah membuka lembaranbaru dalam sejarah ketamadunan manusia dan perkembangan ilmu. Ilmu-ilmu seperti Usul al-Fiqh, Usul Tafsir dan Balaghah yang dihasilkan oleh Islamtidak pernah diketahui sebelum ini. Kemunculan ilmu-ilmu tidak lain dantidak bukan untuk menghuraikan dan menjelaskan maksud al-Quran dan al-Hadis. Antara ilmu yang muncul ialah ilmu
Rijal Hadis
iaitu ilmu yang berkaitdengan perawi-perawi yang meriwayatkan hadis-hadis Rasulullah.Ilmu
Rijal Hadis
adalah ilmu yang sangat luas. Mengetahuinya adalahmengetahui satu bahagian yang besar dalam ilmu-ilmu Islam. Imam Ali bin al-Madini berkata: "Kefahaman yang mendalam tentang makna-makna hadisadalah separuh ilmu dan mengenali para perawi adalah separuh ilmu. (AbuGhuddah, Lamahat, hal. 80)Kata-kata Ibn al-Madini jelas menunjukkan betapa tingginya kedudukan ilmurijal yang sebaris dengan ilmu memahami kandungan hadis. Oleh kerana itu,ulama menulis sejumlah kitab yang tidak terhitung banyaknya tentangkeadaan para perawi hadis.Ilmu ini dapat dibahagikan kepada dua. Pertama, ilmu sejarah perawi dankedua, ilmu Jarh wa Ta`dil. Dalam tulisan ini, penulis akan membincangkanpecahan pertama sahaja yang skopnya itu sangat luas.
Ilmu Tarikh al-Ruwat atau sejarah para perawi
Dr. `Ajjaj al-Khatib menyebutkan takrif ilmu ini. Kata beliau, ilmu Tarikh al-Ruwat ialah ilmu yang memperkenalkan perawi dari sudut yang berkaitdengan periwayatan hadis oleh mereka. Ilmu ini merangkumi biografi danpenjelasan keadaan perawi, tarikh lahir dan wafat, negeri mereka, tarikh mulamendengar hadis, pengembaraan, tarikh ketibaan di sesebuah negeri, guru-guru, perawi lain yang menerima hadis daripadanya dan mendengar hadis darisyaikh yang nyanyuk sebelum atau selepas berlaku nyanyuk. (Usul al-Hadith,hal. 253) Ilmu ini sama berkembang dengan ilmu hadis. Dari satu sudut, ilmuini kelihatan sebahagian dari ilmu sejarah. Cuma ia lebih tertumpu kepadakeadaan para perawi.
Pengenalan Para Perawi
Secara asasnya, seseorang perawi dikenali dengan nama asal tetapi adakalanya lebih dikenali dengan kunyah atau nisbahnya. Apabila seorang perawiitu dikenali dengan abu fulan (bapa si fulan) atau ummu fulan (ibu si fulan)maka itu dikatakan kunyah. Kunyah merupakan panggilan yang cukup utuhdalam sistem panggilan masyarakat Arab yang menggambarkan kedudukanseseorang dalam masyarakat. Begitu juga apabila perawi itu dikaitkan dengansesuatu bangsa, tempat dan keturunan maka itu dipanggil sebagai nisbah. Disamping itu, ada juga perawi yang diberikan laqab atau gelaran yang