Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
1Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
CQR Artikel

CQR Artikel

Ratings: (0)|Views: 594|Likes:
Published by ibnzul

More info:

Published by: ibnzul on Nov 29, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/11/2012

pdf

text

original

 
1
Israiliyyat Dalam Tafsir Surah Yusuf: Kajian Terhadap karya
 Jam’u al 
-
Fawa’id 
wa Jawahir al-
Qala’id 
oleh Syeikh Dawud bin Abdullah al-Fatani.
Oleh:Mohd Aizul Yaakob
1
, Shahril Nizam bin Zulkipli
2
&Mohammad Hasbullah bin Salim
3
 
Abstrak
Kewujudan unsur-unsur Israiliyyat dalam pentafsiranal-Quran sememangnya tidak dapat dinafikan. Unsur-unsur ini banyak dikesan terutamanya ketika
membahaskan perihal para anbiya‟ ataupun kisah
-kisah yang terdapat di dalam al-Quran dan al- Hadith. Kertas kerja ini cuba menganalisis Israiliyyat  yang terdapat dalam sebahagian tafsiran surah Yusof oleh Syeikh Dawud bin Abdullah al-Fatani.Pengenalan ringkas mengenai karya ini serta bentuk-bentuk israiliyyat yang terdapat dalam tafsir akanditonjolkan dalam tulisan ini. Unsur-unsur Israiliyyat  yang terdapat dalam tafsir surah Yusof dalam karyaini akan dianalisis di akhir tulisan ini
Pendahuluan
Pengaruh Israiliyyat dalam kitab-kitab tafsir bukan sahaja terdapat dalam karya-karyaarab, tetapi juga menyerap masuk ke dalam karya-karya jawi di alam nusantara.Unsur-unsur ini telah banyak dikesan dalam penulisan tafsir di alam melayu,terutamanya ayat-ayat yang memaparkan
kisah para anbiya‟,
kisah umat-umatterdahulu, penciptaan makhluk dan perkara-perkara
ghaibiyyat 
. Kemungkinan jugakerana sifat sosiologi masyarakat melayu ketika itu yang meminati penceritaanberunsur mitos dan perkara ganjil sehingga menyebabkan pengaruh ini mudahtersebar. Tidak hairanlah unsur-unsur Israiliyyat yang dibentangkan melaluipenulisan-penulisan karya jawi juga mendapat perhatian dan tempat di hati mereka.
Definisi Israiliyyat, dan Sikap terhadapnya
 Israliyyat 
adalah
kata jama‟, yang
berasal daripada perkataan
 Israiliyyah
, iaitu nisbahkepada Bani Israil. Perkataan israiliyyat adalah sinonim merujuk kepada cerita,
1
Pelajar Ijazah Tinggi, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
2
Pelajar Ijazah Tinggi, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
3
Pelajar Ijazah Tinggi, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
 
2maklumat, dan riwayat-riwayat yang diambil daripada bani Israil.
4
Namun begitu,kebanyakan para ulama meluaskan maknanya dengan merangkumkan kesemua cerita-cerita lama yang mempengaruhi tafsir dan hadith yang bersumber daripada yahudi,nasrani, dan bangsa-bangsa lain di kalangan musuh-musuh Islam.
5
 Para ulama mempunyai pandangan tersendiri terhadap kedudukan riwayat Israiliyyatdalam Islam. Sebahagian daripada mereka menolak periwayatan daripada sumberIsrailiyyat dan sebahagian yang lain mengharuskannya. Kedua-duanyanya didasaridengan hujah-hujah yang tersendiri:
 a) Antara hujah kelompok yang membolehkan:
i.
 
Al-Quran membenarkan pertanyaan kepada ahl al-Kitab sekiranya didapatisesuatu yang meragukan terhadap wahyu yang diturunkan Allah s.w.t. kepadaumat Islam:Maksudnya:
Oleh sebab itu, sekiranya Engkau (Wahai Muhammad) merasa ragu-ragu tentang apa yang Kamiturukan kepadamu, maka bertanyalah kepada orang-orangYang membaca kitab-kitab yang diturunkan dahuludaripadamu (kerana mereka mengetahui kebenarannya).Sesungguhnya telah datang kepadamu kebenaran dariTuhanmu, maka jangan sekali-kali Engkau menjadi darigolongan yang ragu-ragu.
Yunus: 94ii. Rasulullah s.a.w. membenarkan periwayatan daripada sumber israiliyyat:
6
 
4
 
Ramzi Na‟na‟ah, Dr.
(t.t.),
al-Israiliyyat wa Atharuha fi Kutub al-Tafsir 
, Beirut: Dar al-
Diya‟, h.
73
5
Muhammad Husain al-Dhahabi (1986),
al-Israiliyyat fi al-Tafsir wa al-
Mawdu‟at fi Kutub al 
-Tafsir 
, c.3, T.T.P.: Maktabah Wahbah, h. 13; Salah Abd al-Fattah al-Khalidi (1997),
 Israiliyyat Mu‟asarah
, c. 2,Amman: Dar Ammar, h. 11-12
6
Ab
u
 
„Abd Allah Mu
h
ammad bin Isma
i
l bin Ibrah
i
m bin Mugh
i
rah bin Bardibah al-Bukh
a
r
i
(2000),
Sah
h Bukh
a
dalam Syeikh
Sa
lih bin „Abd al
-
„Aziz bin Mu
h
ammad bin Ibr
a
h
i
m,
Mawsu‟ah al 
-Hadithal-Syarif al-Kutub al-Sittah
, Riya
d
h: D
a
r al-Sal
a
m, Cet. 3,
Kitab Ahadith al-
 Anbiya‟ 
,
 Bab Ma Dhukira
„an Bani Israil 
, no. Hadith: 3461, h. 282
 
3
ععاوعنأاصاعول
:
اعوآاحوعئاإوجحوب عا أهرا
Maksudnya:
 Dari ‟Abd Allah bin ‟Amru sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Sampaikanlah dariku
walaupun sepotong ayat, dan ceritakanlah dari Bani israildan tidaklah menjadi kesalahan bagi kamu, Barangsiapaberdusta ke atasku, bersiaplah untuk menempah tempatnya di
neraka.”
 
ii. Para sahabat pernah merujuk kepada ahl kitab:
7
 Ini dapat dibuktikan apabila
„Abd Allah bin „Amr pernah berjumpa dengan
dua orang sahabat di kalangan ahl kitab, dan meriwayatkan hadith daripadamereka.
8
 
 b) Antara hujah kelompok yang melarang:
i.
 
Larangan daripada al-QuranFirman Allah swt:Maksudnya:
 Dan janganlah Engkau mengikut apa yangengkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya.Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati,semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.
Al-
Isra‟: 36
 ii. Larangan daripada Rasulullah s.a.w.Teguran Rasulullah s.a.w. terhadap tindakan Umar al-Khattab yang membaca lembarankitab yang diterima daripada ahl kitab di hadapannya:
9
 
7
Rosmawati bt Ali@ Mat Zin (2004),
 Riwayat Israiliyyat: Pengaruhnya dalam Manuskrip Hadith di Alam Melayu
, Ijazah Doktor Falsafah Usuluddin, Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi PengajianIslam, Universiti Malaya, h. 84
8
 
Ahmad bin „Abd Halim bin „Abd Salam bin „Abd Allah bin Muhammad bin Khidir bin „Ali bin „Abd
Allah bin Taymiyyah (t.t.),
 Muqaddimah Ibn Taymiyyah fi Usul al-Tafsir 
, Damsyiq: al-Taraqqi, h. 26

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->