Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
9Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Tugasan Kedua Teknologi Hijau

Tugasan Kedua Teknologi Hijau

Ratings: (0)|Views: 2,495|Likes:
Published by elly635

More info:

Published by: elly635 on Nov 30, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOC, TXT or read online from Scribd
See More
See less

05/14/2013

pdf

text

original

 
1.0PENGENALAN
Apabila sesebuah negara semakin pesat membangun, populasi manusia semakinmeningkat. Ini menyebabkan kadar permintaan manusia terhadap sesuatu keperluan adalahtinggi. Gaya hidup manusia yang mahukan kehidupan yang lebih baik seperti rumah, bekalanelektrik dan air, kereta dan lain-lain menyebabkan permintaan terhadap sumber semulajadisemakin tinggi. Pengurusan sumber semulajadi yang tidak terancang seperti penggunaan bahanapi fosil secara berleluasa, pelepasan asap hitam ke atmosfera, pembuangan sisa pepejal dantoksik yang tidak terkawal dan sebagainya akan menyebabkan pencemaran. Sekirannya pengurusan sumber semulajadi ini tidak diuruskan dengan baik, ianya akan menjejaskan kualitihidup manusia dan alam sekitar. Setiap penduduk di dunia perlulah berkerjasama dan bertanggungjawab dalam menangani masalah ini.Sehubungan dengan itu, masyarakat dunia kini menghadapi dua cabaran utama, iaitu isu perubahan iklim dan keselamatan tenaga. Kedua-dua isu tersebut harus ditangani secara kolektif dan efektif. Satu pendekatan yang kritis amatlah penting. Berdasarkan keperluan ini, TeknologiHijau telah menjadi portfolio Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, (KeTHHA) yangtelah ditubuhkan pada 9 April 2009. Teknologi Hijau mempunyai peranan strategik yang lebih jauh daripada setakat mencapai autonomi tenaga dan menangani perubahan cuaca. TeknologiHijau akan membantu pembangunan masyarakat berilmu yang mendorong ke arahmempraktikkan tenaga lestari dan cara hidup yang lebih baik. Kita boleh hidup lebih lestari jikakita menjadi seorang yang lebih celik alam sekitar, belajar daripada alam semulajadi, hidupdengan lebih sederhana dan menjadi rakyat yang aktif dalam membangunkan alam sekitar.Teknologi ialah satu penciptaan atau alat yang akan menambah baik kehidupan manusia.“Teknologi” berasal daripada perkataan Greek iaitu “technologia”. Penciptaan, pembangunandan penggunaan teknologi telah meningkat dengan hebat sejak abad yang lalu, bermula daripadarevolusi industri pada abad ke-18. Penerokaan sumber semulajadi yang berlebihan melaluiteknologi menghasilkan produk sampingan seperti bahan buangan dan pencemaran. Makasesebuah negara akan menghadapi cabaran untuk mencari penyelesaian untuk mengatasi masalah penyusutan sumber semulajadi, perubahan iklim, bekalan tenaga dan jaminan bekalan makanan.
 
Aplikasi Teknologi Hijau dilihat sebagai salah satu penyelesaian yang digunakan olehsesebuah negara untuk menangani isu tenaga dan alam sekitar secara serentak. Teknologi Hijauini adalah suatu teknologi yang membolehkan sesebuah negara itu bertambah maju tetapi padamasa yang sama dapat meminimumkan kesan negatif terhadap alam sekitar. Aplikasi TeknologiHijau juga adalah selaras dengan konsep pembangunan mapan di mana pembangunan yangdilaksanakan perlu memenuhi keperluan semasa tanpa menjejaskan keperluan generasi masadepan. Sehubungan itu, kita bertanggungjawab untuk memastikan generasi akan datang dapatsekurang-kurangnya menikmati kualiti kehidupan yang kita perolehi sekarang atau kualiti yanglebih baik dari sekarang.
2.0TEKNOLOGI HIJAU (ASPEK EPISTEMOLOGI)
Penubuhan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air mencerminkan keseriusanMalaysia dalam menyampaikan mesej bahawa bersih dan hijau ialah cara mewujudkan satuekonomi yang berdasarkan penyelesaian mapan. Dasar Teknologi Hijau Negara akanmenyediakan panduan dan memacu peluang baru untuk perniagaan dan industri untuk membawakesan positif kepada pembangunan ekonomi kita. Ia juga menjadi asas kepada rakyat Malaysiauntuk menikmati kualiti hidup yang lebih baik, selaras dengan dasar-dasar Negara termasuk Rangka Rancangan Jangka Panjang, supaya objektif pembangunan untuk rakyat diseimbangkandengan aspek alam sekitar.
2.1Definisi Teknologi Hijau
Menurut KeTHHA, Teknologi Hijau merujuk pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memulihara alam sekitar dan sumber semula jadi, danmeminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia. Teknologi Hijaumerujuk produk, peralatan, atau sistem yang memenuhi kriteria-kriteria seperti meminimumkandegradasi kualiti persekitaran, mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau yang rendah atau sifar,selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semuahidupan, menjimatkan tenaga dan sumber asli dan menggalakkan sumber-sumber yang boleh
 
diperbaharui. Menurut Wikipedia, Teknologi Hijau atau Teknologi Alam Sekitar adalah penggunaansains alam sekitar untuk memulihara sumber dan alam sekitar semula jadi danmengawal kesan negatif aktiviti manusia.Teknologi Hijau adalah teknologi rendah karbon dan lebih mesra alam berbandingdengan teknologi sedia ada. Apabila kita menggunakan teknologi hijau, kita menggunakansumber-sumber seperti tenaga, air dan sebagainya secara minimum untuk menghasilkan sesuatu produk. Oleh yang demikian, apa-apa teknologi yang menyumbang kepada pengurangan pelepasan Gas Rumah Hijau atau digunakan untuk membangunkan produk dan perkhidmatanyang menghasilkan pelepasan Gas Rumah Hijau yang tinggi perlu dikurangkan melaluikesedaran pada peringkat permulaannya dan selanjutnya melalui penguatkuasaan.
2.2Dasar Teknologi Hijau
Dasar Teknologi Hijau Negara telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Abdul Razak pada Julai 2009 dan ianya menekankan tentang pemacuan pertumbuhan ekonomi negara ke arah pembangunan yang mapan di mana pembangunanhendaklah memenuhi keperluan masyarakat masa kini tanpa mengabaikan keperluan generasiakan datang. Dasar Teknologi Hijau Negara adalah berasaskan empat tunggak iaitu tenaga, alamsekitar, ekonomi dan sosial. Dari aspek tenaga, teknolgi hijau akan mencari kaedah untuk mengurangkan penggunaan tenaga dan pada masa yang sama mempromosikan kecekapan gunatenaga. Dari aspek alam sekitar, kesan kepada alam sekitar dapat diminimumkan dan dipelihara.Dari aspek ekonomi, Teknologi Hijau meningkatkan pembangunan ekonomi negara melalui penggunaan teknologi . Dari segi sosial pula, kualiti hidup rakyat dapat dipertingkatkan.
2.3Objektif Teknologi Hijau
Objektif Teknologi Hijau Negara adalah untuk mengurangkan kadar peningkatan penggunaan tenaga dalam masa yang sama meningkatkan pembangunan ekonomi. Selain itu,

Activity (9)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Ng Ai Qi liked this
Faiq Johan liked this
Syan Lee liked this
Syan Lee liked this
Syahir Abd Aziz liked this
sakurashahid liked this
jass388 liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->