You are on page 1of 6

Bahasa Melayu Tahun 6 Simpulan Bahasa

1. Murid baru itu _____________ hendak menjadi ketua kelas. A. B. C. D. ada angin ada bakat ada hati ada sengat

2. Saya tidak mahu ikut bersama-sama May Tan kerana saya tahu dia hanya _______________. A. B. C. D. ambil mudah ajak-ajak ayam angkat bahu alas cakap

3. _______________ Encik Farizal akan melangsungkan perkahwinannya pada minggu hadapan. A. B. C. D. Anak dagang Anak jantan Anak bulan Anak buah

4. Liyana menerima pekerjaan guru sandaran itu sebagai _______________ untuk memperoleh pekerjaan yang lebih baik. A. B. C. D. batu loncatan batu api durian runtuh tanda mata

5. Saya ________________ untuk pergi ke rumah Pak Lang pada malam ini. A. B. C. D. berat mata berat mulut berat hati berat tulang

6. Amira bukanlah seorang murid yang sombong tetapi dia hanya __________________. A. B. C. D. berat mulut berat mata berat hati berat tulang

7. Nizam _________________ kerana dia akan mengambil balik apa-apa pemberian yang diberikan. A. B. C. D. busuk hati ada sengat ganti tikar buruk siku

8. Budak yang ______________ itu telah ditangkap oleh pihak polis kerana mencuri di pasar raya. A. B. C. D. curi tulang cepat tulang hisap darah kepala batu

9. Saya harap kamu berdiam diri dan tidak __________________ kerana hal ini masalah keluarga kami. A. B. C. D. gatal tangan hisap darah campur tangan lepas tangan

10. Jawatan sebagai pengerusi sudah pasti --- Datuk Isa kerana tidak ada sesiapapun yang mahu bertanding untuk merebut jawatan itu. A. B. C. D. bekas tangan dalam tangan tangan kanan tangan terbuka

11. Sarina berasa _______________ kerana pendapat dan cadangannya tidak dipertimbangkan langsung. A. B. C. D. berat hati sampai hati tawar hati jauh hati

12. Budak lelaki itu --- sebab perangainya yang tidak menentu dan sukar diramalkan. A. B. C. D. ringan kepala kepala angin keras kepala kepala batu

13. Kami sanggup mempertahankan --- daripada dijajah semula oleh bangsa asing. A. B. C. D. ibu ayam ibu keladi ibu pertiwi ibu kandung

14. Warden itu ___________________ apabila ada pelajar-pelajar yang tidak menutup lampu pada pukul 11 malam. A. B. C. D. naik darah hisap darah darah daging darah muda

15. Untuk __________________ bapanya, Azhar membelikannya sebuah televisyen. A. B. C. D. sejuk hati ambil hati putih hati teguh hati

16. Saya sungguh menyesal kerana telah meminjam wang daripada __________________ itu. A. B. C. D. ikan darat ulat darat lintah darat pacat darat

17. Perniagaannya ________________ kerana kesan kegawatan ekonomi yang telah melanda negara. A. B. C. D. mengadu untung harga mati gulung tikar mata duitan

18. Saya mahu bukti __________________ sebelum kamu menggeledah rumah saya. A. B. C. D. hitam putih bendera putih putih mata putih hati

19. Izzat dapat mendengar ketukan pintu pada malam itu kerana pada ketika itu dia _____________________. A. B. C. D. tidur-tidur itik tidur-tidur ayam telinga kuali telinga nipis

20. Anuar akan mencari kerja di ibu kota. Kalau _________________ dapatlah dia hidup senang. A. B. C. D. untung sabut mengadu untung durian runtuh dapat terpijak

You might also like