You are on page 1of 4

hLLp//flqhamblogspoLcom/

:-,^ ~,~-`





Apa maksud istinjak?

stinjak bermaksud membasuh tempat keluar najis iaitu zakar/faraj dan dubur selepas membuang air kecil (yakni
kencing) atau air besar (yakni berak). Hukumnya adalah wajib.

Apakah bahan yang harus digunakan untuk istinjak?

Bahan untuk beristinjak ialah air. Anas r.a. memceritakan; "Adalah Nabi s.a.w. apabila keluar membuang air, aku
akan bawakan untuknya satu bekas air untuk beliau beristinjak. Diharuskan juga menggunakan benda-benda kesat
seperti batu, kertas dan sebagainya yang boleh menanggalkan najis. Banyak hadis menceritakan Nabi s.a.w.
beristinjak menggunakan batu.

Menurut mazhab Syafi'ie, paling baik ialah menggabungkan kedua-duanya; iaitu menyapu najis dengan benda kesat
(tisu atau sebagainya), kemudian disusuli dengan membasuh dengan air. Cara ini adalah terbaik kerana dapat
menjimat air dan mengelak tangan dari terlalu banyak menyentuh najis. Harus menggunakan salah satu cara iaitu
dengan air sahaja atau dengan benda kesat sahaja, namun beristinjak dengan air adalah lebih afdhal kerana lebih
menyucikan.
Tangan manakah yang hendak digunakan ketika beristinjak?

Beristinjak sunat menggunakan tangan kiri. Beristinjak dengan tangan kanan adalah makruh, kecuali tidak dapat
dielakkan. Kata Nabi s.a.w.; "Sesiapa dari kamu kencing, janganlah ia memegang zakarnya dengan tangan
kanannya dan janganlah juga ia beristinjak dengan tangan kanannya.
1



1
#iwayat mam Bukhari dari Abi Qatadah r.a
hLLp//flqhamblogspoLcom/

Apakah syarat-syarat beristinjak dengan benda kesat?

Namun jika hendak beristinjak dengan benda-benda kesat sahaja (tanpa menggunakan air), mesti memenuhi syarat-
syarat di bawah;

1. Hendaklah dengan sekurang-kurangnya tiga kali sapuan, tidak boleh kurang darinya.
2
Salman r.a. menceritakan;
"Nabi s.a.w. menegah kami dari beristinjak kurang dari tiga batu (yakni tiga sapuan batu).
3
Jika tiga kali sapuan tidak
mencukupi, wajib ditambah dan sunat tambahan itu ganjil (yakni lima, tujuh dan sebagainya).

2. Hendaklah najis tidak melepasi papan punggung atau hasyafah (yakni kepala zakar). Jika najis meleleh melepasi
kawasan tersebut, wajib istinjak dengan air.

3. Hendaklah sebelum najis kering. Jika najis telah kering, wajib istinjak dengan air.

4. Bahan yang digunakan hendaklah bersih dan kering. Sifatnya hendaklah boleh meanggalkan najis, iaitu tidak
terlalu licin atau terlalu kasar kerana tujuan intinjak ialah untuk menanggalkan najis, maka hendaklah bahan yang
digunakan boleh memenuhi tujuan tersebut.

5. Bahan yang digunakan bukan dari makanan manusia atau jin seperti tulang. Kata Nabi s.a.w.; "Janganlah kamu
beristinjak dengan tahi binatang, dan juga dengan tulang kerana ia adalah makanan saudara kamu dari kalangan
jin.
4


Apakah adab-adab semasa membuang air keciI atau air besar?

1. Jangan membuka aurat sebelum masuk ke dalam tandas. Apa yang selalu atau kadang-kadang dilakukan oleh
sebahagian dari kita hari ini iaitu menyelak atau mengangkat kain hingga nampak aurat sebelum masuk tandas
adalah menyalahi Syarak. Hukumnya adalah haram.

2. Ketika memasuki tandas dahulukan kaki kiri dan sebelum melangkah masuk, bacalah terlebih dahulu;
~ -' + ' - ~= = ~ - = ' --' = '
(#iwayat mam al-Bukhari)

3. Keluar dari tandas, dahulukan kaki kanan dan apabila telah berada di luar tandas bacalah;

=- ' - = ~~= ' - ~ ' -~ - = ,~ `' - ' '=
(#iwayat mam Abu Daud, Tirmizi dan bnu Majah)

4. Janganlah bercakap-cakap semasa di dalam tandas kecuali tidak dapat dielakkan. Malah Nabi s.a.w. tidak
menjawab salam ketika baginda sedang buang air. bnu Umar menceritakan; "Seorang lelaki telah lalu berhampiran
Nabi s.a.w. yang sedang kencing. a memberi salam kepada baginda, namun baginda tidak memjawab salamnya.
5


5. Jangan membawa masuk barang-barang yang terdapat nama Allah atau ayat al-Quran atau sebagainya yang
dimuliakan oleh agama.



2
Sekalipun telah kelihatan bersih dengan sekali atau dua kali sapuan. ni kerana tiga kali sapuan itu adalah had
minima yang ditetapkan Nabi s.a.w., tidak harus kuraang dari itu
3
#iwayat mam Bukhari, Muslim, Tirmizi, Abu Daud dan Nasai.
4
#iwayat mam at-Tirmizi.
3
#iwayat mam Muslim.
hLLp//flqhamblogspoLcom/

5. Jika terpaksa membuang air di tempat yang tidak mempunyai tandas (seperti di hutan dan sebagainya), hendaklah
menjaga adab-adab berikut selain dari adab-adab di atas tadi:

a) Hendaklah mencari tempat yang jauh dari orang ramai.
b) Jangan mengadap ke arah qiblat atau membelakanginya.
c) Hendaklah mencari tempat yang sesuai. Elakkan dari buang air di jalan lalu lalang orang ramai, tempat berteduh
mereka, laluan air, di bawah pohon yang berbuah atau sebarang tempat yang menjadi tumpuan orang ramai. Hal
tersebut amat dilarang oleh Nabi s.a.w. kerana mengundang laknat orang terhadap pelakunya.
d) Jangan buang air di air yang tenang. Jabir r.a. berkata; "Nabi menegah kencing di air yang tenang
d) Jangan buang air di lubang yang telah tersedia kerana ia dikhuatiri didiami oleh binatang atau jin. Abdullah bin
Sarjis r.a. berkata; "Nabi s.a.w. melarang kencing ke dalam lubang
6

Apa hukum kencing sambiI berdiri?

Diriwayatkan dari Huzaifah r.a. yang menceritakan; Aku bersama Nabi s.a.w.. Apabila sampai di satu tempat
pembuangan sampah, Nabi s.a.w. kencing di situ sambil berdiri. Aku pun berpaling menjauhi baginda. Namun
baginda berkata kepadaku; 'Hampirilah'. Aku pun menghampiri Nabi hingga aku berdiri hampir dengan dua tumitnya.
Setelah selesai kencing, Nabi mengambil wudhuk dengan menyapu dua khufnya. (#iwayat mam Bukhari dan
Muslim)

Hadis ini menunjukkan keharusan kencing sambil berdiri, bukan menunjukkan kebiasaan Nabi s.a.w.. Kebiasaan
Nabi s.a.w. ialah kencing sambil duduk sebagaimana riwayat dari Saidatina 'Aisyah r.a. yang berkata; "Jika ada
sesiapa menceritakan kepada kamu bahawa Nabi s.a.w. kencing berdiri, maka jangan kamu mempercayainya. Nabi
tidak kencing melainkan sambil duduk. (#iwayat mam Ahmad, at-Tirmizi, an-Nasai dan lain-lain. Menurut mam
Nawawi; sanad hadis ini adalah baik).

Berdasarkan hadis ini, sebahagian ulamak menegaskan; hukum kencing berdiri adalah makruh kecuali jika ada
sebarang keuzuran. Menurut mereka; perbuatan Nabi kencing berdiri dalam hadis pertama di atas adalah kerana ada
keuzuran bagi baginda; kemungkinan susah bagi baginda untuk duduk pada ketika itu memandangkan tempat itu
ialah tempat pembuangan sampah atau mungkin juga baginda mengalami sakit tulang belakang. Menurut mam
Syafi'ie; orang Arab jika mereka mengalami sakit belakang, mereka akan kencing berdiri.

Di kalangan para sahabat sendiri terdapat khilaf tentang kencing berdiri. Terdapat riwayat menceritakan bahawa
Saidina Umar, Ali, Zaid bin Tsabit, bnu Umar, Abu Hurairah dan Anas r.a. pernah kencing sambil berdiri. Antara
sahabat yang memakruhkannya pula ialah bnu Mas'ud dan diikuti oleh mam as-Sya'bi dan brahim bin Sa'ad.

Kesimpulannya; kencing berdiri hukumnya adalah harus atau makruh mengikut perbezaan ulamak di atas. Namun
yang terbaik ialah kencing sambil duduk. ni ditegaskan oleh mam bnu al-Munzir; "Kencing sambil duduk lebih aku
sukai. Namun kencing berdiri hukumnya adalah harus. Kedua-duanya ada dalil dari Nabi s.a.w..

6
#iwayat mam Abu Daud.
hLLp//flqhamblogspoLcom/

You might also like