You are on page 1of 10

Cetakan Forum

Course ID : KPF3012 < Group Name : Group EL-A37 < Full Name : LOGES A/P SOCKALINGAM Date posted

Title

Message

Full Name

FORUM 1

Falsafah Pendidikan Kebangsaan(PFK) adalah untuk memperkembangkan potensi modal insan negara dengan seimbang dari pelbagai aspek seperti jasmani,emosi, rohani dan intelek. Maka guru dipertanggungjawabkan untuk memikul amanah ini. Peranan guru amat penting dalam pendidikan. Oleh itu, sebagai seorang guru tanggungjawabnya adalah untuk mengajar, membimbing dan menjadi inspirasi kepada anak didiknya selepas ibubapa. Guru membentuk murid sedari awal bermula dari kelas prasekolah sehingga ke bidang yang paling tinggi. Mencungkil/mengembangkan bakat atau potensi murid sehingga ke tahap yang cemerlang. Penerapan nilai-nilai murni perlu diterapkan selaras dengan perkembangan murid. Guru juga haruslah menjadi penyampai ilmu pengetahuan kepada murid agar memperoleh kemahiran yang terkini agar dapat melengkapkan diri dengan cabaran yang mendatang. Selain itu juga, guru merupakan role model kepada murid. Menjadi pembimbing untuk membimbing murid agar lebih berkualiti dan dapat bersaing dengan dunia luar. Guru juga perlu memastikan hasrat yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan tercapai dengan mendidik murid dengan ikhlas dan sentiasa mengamalkan nilainilai akuantabiliti sebagai seorang guru. Guru bertanggungjawab terhadap pencapaian, kemajuan dan kelakuan murid. Oleh itu, guru harus sentiasa dapat melaksanakan tugas dengan sempurna.

11 Oct 2011 12:33:09 AM

LOGES A/P SOCKALINGAM

FORUM 1

Falsafah Pendidikan Negara menjadi teras kepada semua aktiviti pendidikan selain daripada Falsafah Pendidikan Guru itu sendiri. FPK merupakan dasar kepada pendidikan. Sebagai seorang guru kita perlulah memahami dan menghayati falsafah ini agar segala

11 Oct 2011 12:31:32 AM

LOGES A/P SOCKALINGAM

tindakan yang dilakukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui landasan yang betul dan bertujuan untuk membentuk generasi terbilang. Setiap guru perlulah sentiasa menghayati bahawa tujuan pendidikan negara untuk membentuk peribadi warganegara yang seimbang bermula dari alam PRA sekolah hinggalah peringkat tertinggi.Setiap guru perlu mengaplikasikan nilai-nilai yang telah diterap semasa belajar atau berkursus iaitu membentuk guru yang berfikiran positif, cekap, bertanggungjawab, berdaya saing, memberi fahaman individu tentang alam sekeliling dan membentuk tingkah laku yang mulia seterusnya dapat membentuk dengan bangsa Malaysia yang menjadikan Rukun Negara sebagai panduan hidup. Sebagai seorang guru menjadi kewajipan kepada kita mengikut prinsip-prinsip dan nilai asas yang telah ditanam dalam diri untuk membentuk anak-anak bangsa yang seimbang dan harmonis dari segi JERIS seiringdengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk menjamin pembangunan individu dan memelihara masyarakat yang bersatu padu.Sebagai seorang guru juga kita perlu muhasabah diri dan membuat refleksi adakah pengajaran yang disampaikan mencapai objektifnya bukan sekadar mengajar 'seronok sendiri'.Tujuan utama kita sebagai guru ialah menyampaikan ilmu agar dapat membentuk generasi berilmu dan seimbang dari segala segi. Guru sebagi role model.Apa yang dilakukan oleh guru akan diikuti oleh murid-murid. Justeru, guru mesti menunjukkan contoh terbaik dari semua segi samada perlakuan, akhlak dan emosi.

FORUM 2

Salam Sejahtera dan salam 1 Malaysia PPSMI merupakan satu dasar kerajaan Malaysia yang diperkenalkan secara berperingkatperingkat di sekolah mulai tahun 2003 di bawah pimpinan Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Pada 8 Julai 2009, kerajaan telah memutuskan untuk memansuhkan perlaksanaan Dasar PPSMI ini di sekolah-sekolah mulai 2012 diganti dengan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI). Sebagai seorang guru yang terlibat secara langsung dalam perlaksanaan PPSMI, saya sama sekali tidak bersetuju jika Dasar PPSMI kembali dilaksanakan diperingkat sekolah. Beberapa kajian yang dilakukan pihak cendikiawan dan pakar bahasa, pemansuhan Dasar PPSMI adalah wajar kerana selepas tempoh percubaan selama 6 tahun telah memberikan banyak petunjuk di mana wujud kegagalan dari segi objektif dan pelaburan pendidikan untuk tempoh jangka panjang. Sejak perlaksanaan pada tahun 2003 kerajaan telah membelanjakan kos sebanyak RM 5 billion meliputi penyediaan peralatan dan latihan guru. Antaranya, dapatan kajian daripada Pemuafakatan Badan Ilmiah Nasional (Pembina) dengan kerjasama lapan universiti tempatan, menutup tirai perdebatan dengan merumuskan perlaksanaannya mampu menimbulkan petaka berganda (double jeopardy) kepada murid terutamnya kurang 75% tergolong dalam kategori sederhana dan lemah untuk matapelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Menurut Pensyarah Pendidikan Melayu Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Mohad Sahandi Gani Hamzah yang mengetuai kajian ini, sekiranya PPSMI ini terus dilaksanakan, ia akan membunuh minat, semangat dan keghairahan murid untuk terus mempelajari dan mendalami ilmu Sains dan Matematik bermula di peringkat sekolah rendah lagi. Selain itu kajian juga menunjukkan bahawa tahap pengupayaan dalam PPSMI hanya 54.4% , 55% yang menggunakan teknologi maklumat (IT) dalam pengajaran dan

11 Oct 2011 12:35:40 AM

LOGES A/P SOCKALINGAM

pembelajaran serta keupayaan guru bercakap dalam Bahasa Inggeris cuma 60% dan didapati 38.2% guru tidak layak mengajar dalam Bahasa Inggeris tetapi masih meneruskan PPSMI. Oleh yang demikian, berdasarkan pengalaman saya selama 6 tahun mengajar Matematik dalam Bahasa Inggeris, keputusan pemansuhan Dasar PPSMI ini adalah tepat sekali untuk menggelakkan implikasi yang lebih buruk, selain mengembalikan martabat Bahasa Melayu serta mempertautkan pengukuhan perpaduan di Malaysia.

FORUM 2

Pada pendapat saya Dasar PPSMI tidak perlu dilaksanakan lagi kerana terdapat banyak kelemahan semasa perlaksanaanya, Contohnya berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Pemuafakatan Badan Ilmiah Nasional (PEMBINA) pada tahun 2008, melibatkan 5 buah universiti iaitu" tahap kompentasi guru dalam PPSMI serta implikasinya terhadap Modal insan murid" mendapati dasar PPSMI telah membantutkan tahap kecerdasan murid serta merugikan generasi akan datang .Kajian ini mendapati peperiksaan hanya mampu menunjukkan peningkatan minimum kepada pengguasaan bahasa Inggeris sebanyak 4%. Pada masa yang sama juga mengurangkan minat untuk mempelajari subjek sains dan matematik. Kesimpulannya, Dasar PPSMI tidak perlu dilaksanakan semula kerana satu dasar baru bagi memartabatkan bahasa Malaysia dan memperkukuhkan bahasa Inggeris telah diperkenalkan kepada murid tahun satu bermula tahun ini iaitu MBMMBI dan akan diperluaskan perlaksanaannya kepada murid tahun empat dan tingkatan empat pada tahun 2012.
Saya amat bersetuju dengan pandangan dan keterangan cikgu.Walaubagaimanapun pendidikan bertaraf dunia adalah satu wawasan unggul bagi mereformasikan

11 Oct 2011 12:37:04 AM

LOGES A/P SOCKALINGAM

FORUM 3

04 Nov 2011 11:41:09 AM

LOGES A/P SOCKALINGAM

pelbagai aspek organisasi pendidikan di semua peringkat persekolahan. Ini termasuklah membaiki :

Kualiti pengajaran

Kualiti perkhidmatan

Kualiti kurikulum

Kualiti penilaian dan pensijilan

Kualiti pensyarah

Kualiti perkembangan dan kebajikan pelajar

Kualiti persekitaran budaya pelajar dan organisasi

Kualiti pengurusan dan pentadbiran universiti

Kualiti kepimpinan universiti

Kualiti penyeliaan

Kualiti mentoring

Kualiti perkembangan staf atau tenaga pengajar

FORUM 3

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia Sistem pendidikan negara kita akan mengalami transformasi pada tahun depan dengan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah untuk Tahun 1. Tahap 1 sekolah rendah (Tahun 1 - 2) akan tertumpu kepada penguasaan 4M (membaca, menulis, mengira & menaakul) dan kemahiran ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai. Sementara Tahap 2 sekolah rendah (Tahun 3 6) akan tertumpu kepada pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai. Pembangunan modal insan dari akar umbi dengan berkesan akan melahirkan modal insan yang bertaraf dunia suatu masa nanti. Pengukuhan 4M(membaca, menulis, mengira & menaakul) sejak dari mula memasuki alam persekolahan dengan sempurna akan melahirkan insan yang sempurna apabila mereka tamat belajar nanti. Memasuki alam pekerjaan pula, Mereka dengan asas yang kukuh hasil daripada kurikulum standard yang akan lebih mudah meneroka pelbagai bidang dan dapat meningkatkan potensi diri menjadi modal insan yang bertaraf dunia yang mampu bersaing dengan bakat- bakat luar biasa daripada negara luar.

11 Oct 2011 12:42:25 AM

LOGES A/P SOCKALINGAM

FORUM 3

Saya bersetuju dengan pandangan cikgu,lagi pun untuk menjadikan pendidikan negara bertaraf dunia, perubahan yang hendak dibuat mestilah sesuai dengan tuntutan semasa. Dalam kontek Malaysia sistem pendidikan mesti dibangunkan dan dibuat pembaharuan supaya ia dapat memenuhi tuntutan wawasan 2020 kerana wawasan ini tidak akan menjadi kenyataan tanpa pembangunan sumber manusia dari segi kuantitif dan kualitif. Perubahan dan pembaharuan adalah berdasarkan kepada hakikat bahawa tanpa sistem pendidikan yang bertaraf dunia, impian untuk mentransformasikan Malaysia menjadi

04 Nov 2011 11:47:02 AM

LOGES A/P SOCKALINGAM

negara maju tidak mungkin dapat dicapai.

FORUM 3

Pandangan cikgu amat dihargai, dalam menuju ke arah pendidik dan pendidikan bertaraf dunia setiap lapisan masyarakat mahupun individu haruslah memainkan peranan masing-masing. Kita perlu bekerjasama dan berganding bahu dalam melaksanakan dan merealisasikan wawasan negara demi untuk melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, bertanggungjawab, inovatif, kreatif, progresif dan berakhlak mulia selaras dengan falsafah pendidikan negara. Sebagai golongan bukan pendidik, kita janganlah meletakkan seluruh tanggungjawab ini hanya kepada golongan pendidik sahaja, tetapi haruslah memberikan komitmen yang menyeluruh dan bersepadu.

04 Nov 2011 12:01:42 PM

LOGES A/P SOCKALINGAM

FORUM 3

Dalam menuju ke arah pendidik dan pendidikan bertaraf dunia setiap lapisan masyarakat mahupun individu haruslah memainkan peranan masing-masing. Kita perlu bekerjasama dan berganding bahu dalam melaksanakan dan merealisasikan wawasan negara demi untuk melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, bertanggungjawab, inovatif, kreatif, progresif dan berakhlak mulia selaras dengan falsafah pendidikan negara.

04 Nov 2011 12:19:43 PM

LOGES A/P SOCKALINGAM

Dasar KSSR merupakan proses melakukan satu bentuk holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan , pedagogi, peruntukan masa , kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah.Selain itu, dalam KSSR juga aspek kreativiti dan inovatif , keusahawanan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi diberi penekanan.Melalui aspek - aspek ini mereka dapat membangunkan modal insan yang bertaraf dunia..

FORUM 4

Salam satu Malysia. Guru adalah merupakan

23 Nov 2011

LOGES A/P SOCKALINGAM

ejen kepada keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan keberkesanan para guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan, keilmuan dan keluhuran peribadi.Peranan guru berfungsi bukan sahaja untuk memberi kesedaran pada diri sendiri malah juga masyarakat serta tentang hubungan dan komitmen. Perpaduan kaum dapat dicapai sekiranya guru menerapkan nilai-nilai murni seperti saling menghormati antara satu sama lain tidak mengira bangsa dan agama.
FORUM 4

10:18:42 AM

Samal serjahtera dan salam 1 Malaysia, Pada Pendapat saya apa yang dikatakan guru sebagai arkitek bangsa ialah, Guru sebenarnya adalah agen perancang kepada pembangunan manusia dan pemangkin kepada kecemerlangan bangsa dalam semua bidang. Tanpa guru tidak mungkin kita dapat mencapai tahap yang kita nikmati kehidupan seperti sekarang ini. Tugas sebagai seorang guru banyak cabarannya. Setiap guru perlu mempunyai daya ketahanan mental dan fizikal. Guru dikatakan sebagai arkitek pembinaan Negara Bangsa kerana melihat kepada tanggungjawabnya terhadap Masyarakat dan Negara iaitu : Mengelakkan diri daripada meyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang boleh bertentangan dengan Rukunegara. Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warga negara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. Menghormati masyarakat tempat mereka berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat. Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan tahap kehidupan moraliti, kebudayaan dan kecendikiawanan masyarakat. Berpegang kepada

11 Oct 2011 12:40:09 AM

LOGES A/P SOCKALINGAM

tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan harian dengan baik. Guru bertanggungjawab dalam melahirkan bangsa yang cemerlang, gemilang dan terbilang pada masa yang akan datang. Oleh itu guru dikatakan sebagai arkitek pembangunan Negara Bangsa kerana guru mempunyai pelbagai ilmu, kepakaran dan kemahiran yang akan disalurkan kepada jutaan manusia di institusi pendidikan dari peringkat rendah ke peringkat yang tertinggi.
FORUM 4 Saya juga bersependapat dengan cikgu.Kalau dulu guru terpaksa berhadapan dengan pihak penjajah secara terang-terangan, kini, jajahannya diterjemahkan dalam bentuk yang lain pula iaitu lebih mencabar lagi kerana ia melibatkan jajahan pemikiran, budaya dan jati diri yang perlu dihadapi secara professional dan kreatif. 23 Nov 2011 10:22:11 AM LOGES A/P SOCKALINGAM

FORUM 4

Cikgu memberi penjelasan yang cukup baik. Terima kasih. Guru akan berkorban untuk nusa dan bangsa. Memang seorang guru itu bukanlah seperti tentera yang berjuang untuk negara tercinta tapi seorang guru itu akan mencorakkan masa depan negara. Guru itu pemangkin negara bangsa. Guru juga yang bakal melahirkan pemimpin pada masa hadapan.
Salam satu Malaysia Tujuan utama peraturan adalah untuk menjaga imej kerajaan khasnya perkhidmatan awam.Tindakan tatatertib merupakan langkah yang perlu diikuti supaya dapat menghukum guru yang didapati melanggar mana-mana peraturan. Dengan itu, guru dapat membaiki tingkah laku mereka pada masa hadapan dan pada masa yang sama menjadi panduan dan pengajaran kepada orang lain. Peraturan-peraturan perkhidmatan keguruan sentiasa dikemaskini dari masa ke semasa untuk memastikan semua guru memahaminya. Selain itu , ini juga memastikan semua guru sentiasa mematuhi peraturan-peraturan tersebut. Peraturan yang berkuatkuasa beserta amaran di mana sekiranya berlaku pelanggaran tatatertib tindakan tegas boleh diambil. Dalam menjalankan tugas, guru dibekalkan kuasa. Kuasa tersebut mestilah dikawal untuk mengelakkan penyelewengan, menyalahgunakan kuasa atau kepentingan peribadi dan supaya reputasi perkhidmatan awam tidak terjejas. Peraturan ini juga dilaksanakan untuk memelihara tingkah laku dan juga dapat mengelakkan keraguan masyarakat terhadap kejujuran dan

23 Nov 2011 10:36:31 AM

LOGES A/P SOCKALINGAM

FORUM 5

11 Oct 2011 12:53:52 AM

LOGES A/P SOCKALINGAM

kesungguhan guru dalam melaksanakan tugas mereka. Sekian, terima kasih. FORUM 5 Salam satu Malaysia Tujuan utama peraturan adalah untuk menjaga imej kerajaan khasnya perkhidmatan awam.Tindakan tatatertib merupakan langkah yang perlu diikuti supaya dapat menghukum guru yang didapati melanggar mana-mana peraturan. Dengan itu, guru dapat membaiki tingkah laku mereka pada masa hadapan dan pada masa yang sama menjadi panduan dan pengajaran kepada orang lain. Peraturan-peraturan perkhidmatan keguruan sentiasa dikemaskini dari masa ke semasa untuk memastikan semua guru memahaminya. Selain itu , ini juga memastikan semua guru sentiasa mematuhi peraturan-peraturan tersebut. Peraturan yang berkuatkuasa beserta amaran di mana sekiranya berlaku pelanggaran tatatertib tindakan tegas boleh diambil. Dalam menjalankan tugas, guru dibekalkan kuasa. Kuasa tersebut mestilah dikawal untuk mengelakkan penyelewengan, menyalahgunakan kuasa atau kepentingan peribadi dan supaya reputasi perkhidmatan awam tidak terjejas. Peraturan ini juga dilaksanakan untuk memelihara tingkah laku dan juga dapat mengelakkan keraguan masyarakat terhadap kejujuran dan kesungguhan guru dalam melaksanakan tugas mereka. Sekian, terima kasih. FORUM 5 11 Oct 2011 12:53:54 AM LOGES A/P SOCKALINGAM

Salam satu Malaysia. Peraturan perkhidmatan keguruan dapat menjamin perkhidmatan yang cemerlang. Dengan adanya peraturan sedemikian ia dapat melicinkan jentera pentadbiran dan pengurusan sekolah. Tujuan utama peraturan ini adalah berusaha membentuk warganegara yang berilmu bagi manyalurkan ilmu kepada anak murid. Dengan menyedari peraturan ini tanggungjawab seorang pendidik dapat menyempurnakan dalam profesion keguruan menerusi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Guru-guru yang menerima dan ikut peraturan perkhidmatan ini boleh menjamin perkhidmatan yang cemerlang.

11 Oct 2011 12:55:15 AM

LOGES A/P SOCKALINGAM

You might also like