REFLEKSI TAJUK PELAJARANUNITTAJUK
2Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK): Huraian dan penghayatan
1.Ringkasan Isi Kandungan Unit
Unit ini menerangkan definisi, proses dan matlamat pendidikan di Malaysia dan elemen-elemen dalam pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.1. Falsafah bermaksud mencintai kebijaksanaan atau kehikmahan.2. Falsafah Pendidikan merupakan panduan terhadap perkara-perkara yang berhubung kaitdengan pendidikan.3. Cabang Falsafah iaitu metafizik, epistemologi, aksiologi dan logik.4. Falsafah Umum Barat dibahagikan kepada aliran tradisional (idealisme dan realisme) danaliran moden (pragmalisme dan eksistensialisme).5. Falsafah Pendidikan Barat dibahagikan kepada aliran tradisional (perenialisme danesensialisme) dan aliran moden (progresivisme dan rekonstruksionisme).6. Falsafah Islam menjadikan ilmu wahyu sebagai sumber utamanya kerana keterbatasankemampuan akal manusia.7. Falsafah Pendidikan Islam berasaskan al-Quran.8. Pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, merealisasikan perpaduan kaum danmenghapuskan kemiskinan.9. Kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah panduan bagi semua aktivitipendidikan.10. Rakyat Malaysia yang memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmurankeluarga, masyarakat dan negara dengan mengamalkann sikap toleransi, saling hormat-menghormati dan bekerjasama bagi mencapai perpaduan, kesejahteraan dan kestabilannegara.
2.Pilih 5 konsep yang terdapat dalam tajuk ini dan berikan penjelasannyaKonsepPenjelasan
1.metafizikPersoalan-persoalan yang tidak dapat diselesaikan secarasaintifik tentang hakikat realiti, kehidupan dan kewujudan tuhanyang ada.2.epistemologiTeori ilmu pengetahuan yang merangkumi ilmu wahyu, ilmuempirikal, ilmu intuitif, ilmu autoritatif dan ilmu rasional,terutamanya kajian kritis.3.aksiologiTeori nilai yang dibahagikan kepada nilai etika (nilai moral,tingkah laku dan adat) dan nilai estetika (keindahan dankesenian).4.eksistensialismeMazhab dalam aliran moden yang mementingkan pengalamandengan persekitaran.5.rekonstruksionismeMazhab ini memberi perhatian terhadap pembentukan semulamasyarakat untuk perubahan dan reformasi sosial supayamengenalpasti masalah dan mahir mengatasikannya.
3.Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteksprofesionalisme keguruan anda.
Kandungan unit ini banyak memberi pendedahan kepada saya tentang Falsafah PendidikanKebangsaan. Selepas memahami Falsafah Pendidikan Kebangsaan, saya akanmelaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan sedaya upaya supaya hasratyang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan tercapai. Guru harusmemperkembangkan potensi murid dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani sedangkannegara memerlukan rakyat Malaysia sihat, berkemahiran dan cergas tubuh badan untuk terusmembangunkan negara dan bersaing di peringkat global.